perakaunan liabiliti

10
    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Upload: muhammad-syawal

Post on 10-Oct-2015

460 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

stpm matriks akaun

TRANSCRIPT

  • Bab 6 : Perakaunan Liabiliti

    161

    BAB 6PERAKAUNAN LIABILITI

    OBJEKTIF

    Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat :

    1. Memberikan definisi serta membezakan liabillliti semasa dan liabilitijangka panjang.

    2. Menjelaskan ciri dan jenis-jenis liabiliti semasa pasti dan liabilitisemasa dianggarkan.

    3. Menjelaskan ciri-ciri dan jenis-jenis liabiliti jangka panjang.4. Merekodkan urusniaga berkaitan liabiliti semasa dan liabiliti jangka

    panjang dalam setiap tempoh perakaunan.5. Melaporkan liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang dalam

    Lembaran Imbangan.

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 6 : Perakaunan Liabiliti

    162

    6.1 DEFINISI DAN JENIS LIABILITIMenurut MASB 20 (para 11) liabiliti ialah obligasi (obligations) semasa sesebuah perniagaan yangwujud disebabkan oleh peristiwa masa yang lepas, yang mana penyelesaian kepadanya dijangkaakan melibatkan pengaliran keluar sumber ekonomi perniagaan tersebut.Liabiliti merupakan jumlah hutang oleh penghutang kepada pemiutang yang perlu dijelaskandengan wang, barang atau perkhidmatan. Liabiliti boleh terdiri daripada pinjaman wang, rugidaripada kotingensi, gadai janji dan belian serta perkhidmatan secara kredit dan sebagainya.Liabiliti juga dikenali sebagai pengorbanan ke atas kelebihan ekonomi yang timbul dari obligasiatau tangungan semasa untuk sesebuah entiti perniagaan bagi memindahkan aset ataumenyediakan perkhidmatan kepada entiti perniagaan lain pada masa hadapan akibat daripadaurusniaga atau peristiwa pada masa lepas.6.1.1 Ciri-ciri Liabiliti1. Mesti wujud dalam keadaan semasa.2. Mesti melibatkan perbelanjaan pada masa hadapan.3. Mesti dapat menentukan kewujudanya.4. Mesti dapat ditentukan jumlahnya.5. Tempoh matang perlu diketahui atau dapat dianggarkan6.1.2 Jenis LiabilitiLiabiliti terbahagi kepada 2 jenis iaitu:1. Liabiliti semasa (current liabilities)2. Liabiliti jangka panjang (long-term liabilities)

    6.2 LIABILITI SEMASALiabiliti semasa adalah satu bentuk liabiliti yang dijangka akan dibayar menggunakan aset semasayang ada dengan mewujudkan liabiliti semasa yang lain dan mesti dibayar dalam masa satu tahun.Liabiliti semasa ialah obligasi yang perlu dijelaskan dalam temoh samada satu tahun atau satutempoh operasi (yang mana lebih panjang).Liabiliti semasa terbahagi kepada tiga jenis iaitu liabiliti pasti, liabiliti dianggarkan dan liabilitikontigensi (tidak dibincangkan).6.2.1 Liabiliti PastiLiabiliti yang pasti ialah liabiliti yang dikenalpasti dengan tepat nilainya serta darjah kepastianberlakunya liabiliti tersebut dapat ditentukan. Contohnya pembayaran kepada pihak bank padasetiap hujung bulan berjumlah RM 750. Liabiliti ini pasti berlaku kerana pembayaran perluu dibuatkepada pihak bank setiap hujung bulan dan jumlah yang terlibat adalah tetap, iaitu RM 750.Liabiliti yang pasti amaunya terdiri daripada akaun belum bayar, nota belum bayar jangka pendek,dividen belum bayar, pendahuluan, belanja belum bayar, cukai jualan belum bayar, hasil belumterperoleh dan lain-lain.

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 6 : Perakaunan Liabiliti

    163

    6.2.1.1 Akaun Belum BayarAkaun belum bayar merupakan satu bentuk obligasi yang terhasil daripada pembelian barangandan perkhidmatan secara kredit. Ini merupakan amaun yang perniagaan berhutang denganpembekalnya.Contoh 1 :Membeli barang niaga secara kredit daripada Perniagaan Murni bernilai RM 1,000 pada 15 Jun2005.

    2005Jun 15

    Dt. BelianKt. Akaun Belum Bayar(merekod belian barangniaga secara kredit)

    1,0001,000

    6.2.1.2 Nota Belum BayarNota belum bayar adalah obligasi dalam bentuk pemberian nota janji oleh peminjam kepadapemiutang. Nota janji yang diberikan adalah dalam bentuk janji bertulis untuk membayar jumlahasal yang dihutang bersama faedah sehingga satu tarikh tertentu di masa hadapan.Contoh 2 :Ct Sdn. Bhd. membuat pinjaman berjumlah RM 20,000 daripada Bank Nusa Bhd. pada 1 Julai2005 dan menandatangani nota janji untuk tempoh 2 bulan. Kadar faedah yang dipersetujui adalah15 % setahun atas nilai pinjaman.

    2005Julai 1

    Dt. TunaiKt. Nota Belum Bayar(merekod pinjaman dengan menandatangani nota)

    20,00020,000

    Ogos 31 Dt. Nota Belum BayarDt. Belanja Faedah (20,000 x 15% x 2/12)Kt. Tunai(merekod pembayaran nota bersama faedah padatarikh matang)

    20,000500

    20,500

    6.2.1.3 Belanja Belum BayarBelanja belum bayar (belanja terakru) adalah perbelanjaan yang telah berlaku tetapi pembayaranke atasnya belum dibuat atau belum direkodkan pada akhir tempoh perakaunan. Kebiasaannyabelanja belum bayar terdiri daripada gaji belum bayar, faedah belum bayar dan cukai belum bayar.Contoh 3 :Syarikat NTC Sdn. Bhd. mencatat jumlah cukai yang belum dibayar berdasarkan keuntungantahunannya untuk 2005 adalah RM 11,200. Pembayaran ke atas cukai ini dibuat pada 31 Januari2006.

    2005Dis. 31

    Dt. Belanja CukaiKt. Cukai Belum Bayar(merekod cukai tahun 2005 yang belum bayar)

    11,20011,200

    Ogos 31 Dt. Cukai Belum BayarKt. Tunai(merekod pembayaran cukai tahun 2005)

    11,20011,200

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 6 : Perakaunan Liabiliti

    164

    6.2.1.4 Hasil Belum Terperoleh (Hasil Terima Terdahulu)Hasil belum terperoleh adalah hasil yang mana bayarannya telah diterima tetapi barang atauperkhidmatannya belum diberikan. Ianya merupakan liabiliti sehingga barang diserahkan atauperkhidmatan disempurnakan pada masa akan datang.Contoh 4 :Pada 1 September 2005, Syarikat JIKA Bhd. telah menerima tunai berjumlah RM 240,000 bagibayaran pendahuluan bagi penghantaran majalah bulanan selama setahun. Pada akhir tahun, 1/3daripada majalah tersebut telah dihantar kepada pelanggan. Tempoh perakaunan syarikat iniberakhir pada 31 Disember setiap tahun.

    2005Sept. 1

    Dt. TunaiKt. Hasil Belum Terperoleh(merekod pendahuluan yang diterima)

    240,000240,000

    Dis. 31 Dt. Hasil Belum TerperolehKt. Hasil Jualan Majalah (1/3 x RM 240,000)(merekod hasil majalah yang telah dihantar kepadapelanggan)

    80,00080,000

    6.2.2 Liabiliti DianggarkanLiabiliti yang dianggarkan merupakan liabiliti yang kewujudannya adalah pasti tetapi jumlahtuntutan yang akan berlaku tidak dapat ditentukan dengan pasti. Amaun liabiliti ini perludianggarkan untuk pelaporan dalam Lembaran Imbangan. Anggaran mengenai amaun liabiliti iniditentukan berdasarkan pengalaman masa lalu dan ia adalah berbeza di antara sesebuahperniagaan dengan perniagaan yang lain. Contoh liabiliti ini ialah jaminan (warranties) belum bayar/ obligasi jaminan / waranti, premium dan kupon. Hanya contoh jaminan belum bayar yang akandibincangkan.6.2.2.1 Jaminan Belum Bayar (Estimated Liability Under Warranties)Perniagaan pembarangan biasanya akan memberikan jaminan ke atas barangannya di bawahperjanjian jaminan. Jaminan merupakan belanja yang diperuntukan oleh penjual bagi menyakinkanpembeli atas kualiti serta prestasi barangan yang dijual bagi satu tempoh tertentu dengan syarattertentu.Tempoh jaminan adalah ditentukan, biasanya antara 90 hari hingga satu tahun. Contohnya, jikatelevisyen yang dibeli rosak dalam masa sebulan dari tarikh pembelian, maka pembeli dibenarkanmembawa televisyen tersebut untuk diperbaiki tanpa dikenakan sebarang kos tambahan ataudigantikan dengan televisyen baru. Bagi pihak penjual, belanja membaiki barangan tersebutmerupakan kos tambahan dan dikenali sebagai belanja jaminan.Belanja ini tidak dapat dipastikan amaunnya dengan tepat dan memerlukan anggaran. Pelbagaifaktor perlu diambil kira dalam membuat anggaran, antaranya ialah tempoh masa jaminan, kualitiatau jenama barangan dan pengalaman yang lalu.Di bawah konsep pemadanan, perbelanjaan jaminan perlu direkodkan dalam tempoh yang samadengan tempoh di mana jualan berlaku. Walaupun liabiliti jaminan bergantung kepadakewujudannya pada peristiwa masa depan, ianya dianggap liabiliti kerana obligasi ke atas belanjajaminan telah berlaku dan amaunnya boleh dianggarkan.

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 6 : Perakaunan Liabiliti

    165

    Contoh 5:Andaikan perniagaan membuat jualan berjumlah RM200,000 dengan jaminan. Berdasarkanpengalaman lepas, 2 hingga 4 peratus daripada barangan yang dijual didapati rosak. Untuk itu,perniagaan menganggarkan bahawa 3 peratus daripada nilai jualan tahun ini perlu dibaiki ataudiganti dalam masa satu tahun tempoh / waranti.Dikehendaki:(a) Sediakan catatan jurnal untuk merekod urusniaga jualan dan belanja jaminan / waranti.(b) Katakan jumlah sebenar kerosakan keluaran yang di bawah jaminan / waranti adalah

    RM 5,800. Sediakan catatan jurnal jika perniagaan:(i) perlu membaiki keluaran ini(ii) menggantikan keluaran baru.

    Penyelesaian:a) Akaun Belum terima

    Jualan(Merekod jualan kredit)Belanja Jaminan (RM 200,000 x 3%) Jaminan Belum Bayar(Merekod belanja jaminan yang dianggarkan)

    RM200,000

    6,000*

    RM

    200,000

    6,000*

    b) (i) Jaminan Belum Bayar Tunai(Merekod Pembaikan keluaran baru)

    5,8005,800

    Atau(ii) Jaminan Belum Bayar Inventori(Merekod penggantian keluaran di bawah jaminan)

    5,8005,800

    6.3 LIABILITI JANGKA PANJANGLiabiliti jangka panjang adalah satu obligasi atau tanggungan yang dijangkakan akan dibayar didalam tempoh lebih daripada satu atau satu tempoh operasi, yang mana lebih panjang. Padaamnya, liabiliti jangka panjang terbahagi kepada dua iaitu amaun yang dipinjam untuk jangkamasapanjang dan liabiliti terakru jangka panjang.Liabiliti yang dikelaskan sebagai pinjaman jangka panjang adalah seperti bon belum bayar (bondspayable), nota belum bayar yang pembayarannya melebihi satu tahun dan gadaijanji belum bayar.Liabiliti terakru jangka panjang pula terdiri daripada tabung persaraan pekerja dan lain-lainkemudahan selepas persaraan yang diwujudkan oleh syarikat untuk para pekerjanya.Ciri-ciri Liabiliti Jangka Panjang:(i) Ianya merupakan satu obligasi. Ini bermakna syarikat adalah terikat untuk melaksanakan

    tanggungjawab.(ii) Obligasi ini adalah untuk pihak luar organisasi.(iii) Obligasi ini timbul dari urusniaga masa lepas.(iv) Amaun yang perlu dibayar untuk menunaikan obligasi ini telah dapat dipastikan.(v) Obligasi atau tanggungan ini akan ditunaikan selepas satu tempoh perakaunan daripada

    tarikh obligasi itu wujud.

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 6 : Perakaunan Liabiliti

    166

    6.3.1 Nota Belum Bayar Jangka PanjangNota belum bayar jangka panjang adalah obligasi dalam bentuk pemberian nota janji olehpeminjam kepada pemiutang. Nota janji yang diberikan adalah dalam bentuk janji bertulis untukmembayar jumlah asal yang dihutang bersama faedah pada satu tarikh lebih daripada satu tahunatau satu tempoh operasi, yang mana lebih panjang.Contoh 6:Andaikan Sistem Berhad membeli sebuah mesin yang berharga RM20,000 pada 1 Januari 2001.Pembiayaannya adalah melalui pembayaran cek sebanyak RM2,000 dan menandatangani notabelum bayar sebanyak RM18,000 di mana pembayaran balik akan dibuat dalam tempoh 3 tahun.Kadar faedah adalah 9%. Tempoh perakaunan syarikat ini berakhir pada 31 Disember setiaptahun.Dikehendaki:Sediakan catatan jurnal untuk merekod urusniaga dalam tahun 2001 dan pembayaran notabersama faedah pada tarikh matang.Penyelesaian:

    2001Jan 1 Mesin

    Bank Nota Belum Bayar(Merekod pembelian mesin)

    RM20,000

    RM2,000

    18,000

    2001Dis 31

    Belanja Faedah (18,000 x 9%) Faedah Belum Bayar(Merekod faedah belum bayar untuk tahun 2001)

    1,6201,620

    2002Dis 31

    Belanja Faedah (18,000 x 9%) Faedah Belum Bayar(Merekod faedah belum bayar untuk tahun 2002)

    1,6201,620

    2003Dis 31 Nota Belum Bayar

    Belanja FaedahFaedah Belum Bayar Bank(Merekod pembayaran nota pada tarikh matangbersama faedah)

    18,0001,6203,240

    22,860

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 6 : Perakaunan Liabiliti

    167

    6.3.2 Bon Belum BayarBon belum bayar adalah satu alat pinjaman. Ia diterbitkan oleh kerajaan atau syarikat besar yangkukuh kedudukan kewangannya. Bon adalah satu bentuk nota yang mana syarikat penerbitbersetuju untuk membayar balik pada nilai tara (nilai par) kepada pemegang bon pada tempohmatang dan membayar faedah mengikut kadar faedah yang ditentukan. Nilai tara merupakanjumlah wang yang dijanjikan oleh penerbit bon untuk dibayar balik kepada pemegang bon padatarikh matang.Tujuan bon diterbitkan adalah untuk mendapatkan pinjaman daripada beberapa pihak atau orangawam untuk jangkamasa yang panjang. Dengan demikian, syarikat yang menerbitkan bon dapatmemperolehi pinjaman yang besar jumlahnya. Syarikat yang menerbitkan bon perlu menjelaskanamaun yang dipinjam dan faedah yang dijanjikan pada masa yang ditetapkan. Penerbitan bonhanya boleh dibuat jika memorandum syarikat membenarkannya.(i) Penerbitan BonContoh 7:Nusantara Berhad dibenarkan menerbitkan 40,000 unit bon 7%, nilai tara RM1,000 tiap-tiap satudan matang dalam tempoh 5 tahun dan 10,000 unit bon 9%, nilai tara RM1,000 tiap-tiap satumatang dalam tempoh 10 tahun.Nusantara Berhad menerbitkan bon-bon berikut:Bon X : Bon 7%, nilai tara RM1,000 tiap-tiap satu berjumlah RM20,000,000 diterbitkan

    pada 1 April 2001.Bon Y : Bon 9%, nilai tara RM1,000 tiap-tiap satu berjumlah RM5,000,000 diterbitkan

    pada 1 Julai 2001.Dikehendaki:Sediakan catatan jurnal untuk menunjukkan terbitan kedua-dua bon ini dan kedudukannya dalamLembaran Imbangan pada 31 Disember 2001.

    Penyelesaian:20011 April Tunai

    Bon Belum Bayar, 7%(Merekod terbitan bon 7%)

    RM20,000,000

    RM20,000,000

    1 Julai Tunai Bon Belum Bayar, 9%(Merekod terbitan bon 9%)

    5,000,0005,000,000

    Syarikat Nusantara BerhadKunci Kira-Kira pada 31 Disember 2001 (Petikan)

    Liabiliti Jangka Panjang Bon Belum Bayar, 7% Bon Belum bayar, 9%

    RM20,000,000RM 5,000,000

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 6 : Perakaunan Liabiliti

    168

    (ii) Pembayaran FaedahSyarikat yang menerbitkan bon akan membayar faedah kepada pemegang bon pada masa yangtelah ditetapkan iaitu sama ada setiap enam bulan atau setiap satu tahun.Contoh 8:Andaikan Nusantara Berhad membayar faedah 2 kali setahun secara tunai dan bayaran ini dibuatterus kepada pemegang bon.Tunjukkan catatan jurnal untuk merekod faedah ini.Penyelesaian:

    200130 Sept. Belanja Faedah

    Tunai(Pembayaran faedah bon X untuk 6 bulan)

    RM700,000*

    RM700,000

    31 Dis. Belanja Faedah Tunai(Pembayaran faedah bon Y untuk 6 bulan)

    225,000**225,000

    * Belanja faedah = RM 20,000,000 x 7% x 6/12 = RM700,000** Belanja faedah = RM 5,000,000 x 9% x 6/12 = RM225,000

    (iii) Persaraan bon / Penebusan bonPersaraan bon adalah keadaan di mana pemegang bon dibayar balik sepenuhnya amaun yangterhutang. Ianya juga dikenali sebagai penebusan bon. Persaraan bon boleh dilakukan pada tarikhmatang atau sebelum tarikh matang bagi bon boleh panggil.Contoh 12:Andaikan Nusantara Berhad ingin menebus semula bon X dengan membayar tunai. Tunjukkancatatan jurnal untuk urusniaga ini.Penyelesaian:

    Bon Belum Bayar, 7% Tunai(Merekod penebusan bon X pada terikh matang)

    RM20,000,000

    RM20,000,000

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 6 : Perakaunan Liabiliti

    169

    Latihan KomprehensifPada 1 Januari 2001, buku lejer Perniagaan Haa Fizz menunjukkan baki liabiliti semasa sepertiberikut:

    Akaun Belum Bayar RM 42,500Cukai Jualan Belum Bayar 5,600

    Urusniaga bagi bulan Januari adalah seperti berikut:Jan 1 Mendapat RM30,000 dari Bank Raya untuk pinjaman berbentuk Nota Belum Bayar jangka

    panjang, 2 tahun, 10%.Jan 1 Meminjam dari Bank Publik RM15,000 tunai dengan menandatangani Nota Belum Bayar 4

    bulan, 12%.Jan 2 Menerima hasil sewa sebanyak RM6,000 daripada Syarikat TST bagi sewa sebahagian

    premis untuk tempoh setahun.Jan 5 Menjual barangan dan menerima tunai berjumlah RM15,750 setelah termasuk cukai jualan

    5%.Jan 7 Membeli barangniaga daripada Perniagaan Afikah sbanyak RM25,500 secara kredit.Jan 14 Menjelaskan cukai jualan tahun lepas kepada Jabatan Kastam.Jan 20 Menjual satu keluaran baru secara kredit sejumlah 500 unit pada harga RM 52 seunit.

    Cukai jualan untuk keluaran baru ini adalah 5%. Keluaran baru ini diberi jaminan selama 1tahun.

    Dikehendaki:(a) Jurnalkan kesemua urusniaga di atas.(b) Jurnalkan catatan pelarasan pada 31 Januari 2001 untuk:

    (i) Nota Belum Bayar yang masih dipegang.(ii) Anggaran liabiliti jaminan / waranti, dengan andaian bahawa 8% dari jualan

    keluaran baru akan dipulangkan untuk diganti dengan tunai.(iii) Sediakan bahagian liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang dalam Kunci kira-

    kira Perniagaan Haa Fizz pada 31 Januari 2001.Jawapan.(a) Catatan jurnal.Tarikh Nama akaun RM RMJan 1 Tunai

    Nota Belum Bayar, 10%30,000

    30,0001 Tunai

    Nota Belum Bayar,1 2%15,000

    15 0002 Tunai

    Hasil Sewa Hasil Sewa Belum Terperoleh

    6,000500

    5,5005 Tunai

    Jualan (15 750/105 x 100%) Cukai Jualan Belum Bayar

    15,75015,000*

    750

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 6 : Perakaunan Liabiliti

    170

    7 Belian Akaun Belum Bayar

    25,50025,500

    14 Cukai Jualan Belum Bayar Tunai

    5,6005,600

    20 Akaun Belum Terima(500 x RM52= 26,000) + (26,000 x 5%) Jualan Cukai Jualan Belum Bayar

    27,30026,0001,300

    31 Belanja Faedah Faedah Belum Bayar(Merekod belanja faedah Bank rakyat =RM 30,000 x 10% x 1/12)

    250250

    31 Belanja Faedah Faedah Belum Bayar(Merekod belanja faedah Bank Publik =RM 15,000 x 12% x 1/12)

    150150

    31 Belanja Jaminan Jaminan Belum BayarBelanja jaminan utk. jualan 20 Jan. =RM 26,000 x 8% = RM 2,080.

    2,0802,080

    6.4 PERSEMBAHAN LIABILITI DALAM PENYATA KEWANGAN

    Perniagaan Haa FizzKunci Kira-Kira

    Pada 31 Januari 2001Liabiliti Semasa RM RMAkaun Belum Bayar 68,000Cukai Jualan Belum Bayar 2,600Hasil Sewa Belum Terperoleh 5,500Faedah Belum bayar 400Jaminan Belum Bayar 2,080Nota Belum bayar 15,000 93 580Liabiliti Jangka PanjangNota Belum Bayar jangka panjang, 10% 30,000 30,000

    123,580

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online