peperiksaan universiti sains malaysia …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/102 rpjj...

10
PEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Arahan-arahan Peperiksaan Untuk Calon-calon Rancangan Pengajian Jarak Jauh 1. Calon-calon mesti mengambil perhatian yang teliti tentang jadual waktu peperiksaan dari segi tarikh, masa, tempat dan susunan tempat duduk untuk kertas-kertas peperiksaan masing-masing. Calon-calon dinasihatkan supaya sentiasa melihat papan-papan kenyataan jika terdapat sebarang pindaan terhadap jadual waktu peperiksaan. Pindaan seperti itu, jika ada, akan dicetak di atas kertas biru dan dipaparkan di papan kenyataan di Pusat-pusat Peperiksaan. Kesilapan membaca jadual waktu tidak diterima sebagai alasan untuk gagal menghadiri peperiksaan. [Calon akan diberi Gred F* dan tidak di benar mengambil peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang/Tambahan ]. 2. Calon-calon mestilah tiba tepat pada waktu peperiksaan dan membawa Kad Pengenalan, Kad Daftar Pelajar dan Slip Peperiksaan masing-masing. Calon-calon yang tidak mempunyai Slip Peperiksaan tidak dibenarkan masuk sehingga kelayakannya untuk mengambil peperiksaan itu dibuktikan . Calon-calon yang tidak mempunyai Kad Pengenalan akan dikehendaki meyakinkan Ketua Pengawas/Pengawas yang bertugas di Dewan Peperiksaan berkenaan dengan pengenalan diri mereka. Calon tidak akan di benar mengambil peperiksaan bagi kursus yang tidak tercatat di dalam Slip Peperiksaan. Slip peperiksaan adalah dokumen rasmi Universiti dan calon tidak dibenarkan menulis pada mana-mana bahagian di atas slip peperiksaan . 3. Calon-calon tidak dibenarkan masuk ke Dewan Peperiksaan sehingga Pengawas yang bertugas memberi isyarat untuk berbuat demikian. Calon hanya dibenarkan masuk sepuluh minit sebelum peperiksaan bermula . Setelah dibenarkan calon hendaklah mengambil tempat duduk dengan senyap dan teratur. Calon yang hadir lewat lebih dari setengah jam tidak dibenarkan masuk ke Dewan Peperiksaan . 4. Selepas berada di tempat masing-masing calon-calon dikehendaki : [a] mengisi Borang Kehadiran dan meletakannya di atas meja di sudut sebelah kanan; [b] meletak Kad Pengenalan dan Slip Peperiksaan di atas Borang Kehadiran yang telah dilengkapkan. Borang Kehadiran akan dipungut oleh Pengawas-Pengawas. Calon-calon diingatkan supaya menyimpan Kad Pengenalan dan Slip Peperiksaan mereka selepas disemak. 5. Di atas kulit buku jawapan, Angka Giliran hendaklah ditulis dengan menggunakan ejaan dan juga angka seperti `Satu Kosong Kosong Kosong Satu' [10001]. Calon-calon mesti menulis Angka Giliran dengan angka sahaja di atas semua kertas jawapan yang digunakan. Calon-calon dilarang menulis nama mereka di atas buku/kertas jawapan . 6. Calon-calon yang tidak menulis Angka Giliran atau tersilap menulis Angka Giliran di buku jawapan/borang OMR, skrip jawapan berkenaan tidak akan diperiksa oleh pemeriksa dan calon-calon tidak akan menerima sebarang markah . 7. Calon-calon diingatkan supaya meneliti dan mematuhi segala arahan yang tercatat di atas kulit buku jawapan. Catatan kasar mestilah dibuat di atas kertas jawapan sahaja. Buku Jawapan Tambahan akan dibekalkan kepada calon-calon jika diminta. Semua kertas jawapan sama ada digunakan atau belum mestilah ditinggalkan di Dewan Peperiksaan. Calon-calon tidak dibenarkan membawa keluar buku jawapan dan/atau kertas jawapan dari Dewan Peperiksaan . 8. Buku, kertas dokumen, nota atau gambar, kecuali bahan-bahan yang dibenarkan oleh pemeriksa tidak boleh dibawa masuk atau dibawa keluar oleh calon dari tempat peperiksaan. Semasa berada di tempat peperiksaan, calon boleh menerima daripada Pengawas buku-buku, kertas-kertas, dokumen-dokumen, gambar-gambar atau sebarang bahan yang telah dibenarkan oleh Dekan/Pengarah di atas nasihat pemeriksa atau Majlis Pemeriksa. Unit Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar, Aras 5, Bangunan Canselori, 11800 USM Pulau Pinang. Telefon : 04 - 653 3479/3124/3121/3069/3074/3075/3077 Faksimile : 04 657 3409 E-mel : [email protected]/[email protected]/[email protected]/[email protected] http://registry.usm.my/exam

Upload: vuongngoc

Post on 16-Apr-2018

220 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/102 RPJJ HEBAHAN.pdfPEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA . ... MIRI. Unit Penilaian ... The following

PEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Arahan-arahan Peperiksaan Untuk Calon-calon Rancangan Pengajian Jarak Jauh

1. Calon-calon mesti mengambil perhatian yang teliti tentang jadual waktu peperiksaan dari segi tarikh, masa,

tempat dan susunan tempat duduk untuk kertas-kertas peperiksaan masing-masing. Calon-calon dinasihatkan supaya sentiasa melihat papan-papan kenyataan jika terdapat sebarang pindaan terhadap jadual waktu peperiksaan. Pindaan seperti itu, jika ada, akan dicetak di atas kertas biru dan dipaparkan di papan kenyataan di Pusat-pusat Peperiksaan. Kesilapan membaca jadual waktu tidak diterima sebagai alasan untuk gagal menghadiri peperiksaan. [Calon akan diberi Gred F* dan tidak di benar mengambil peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang/Tambahan].

2. Calon-calon mestilah tiba tepat pada waktu peperiksaan dan membawa Kad Pengenalan, Kad Daftar

Pelajar dan Slip Peperiksaan masing-masing. Calon-calon yang tidak mempunyai Slip Peperiksaan tidak dibenarkan masuk sehingga kelayakannya untuk mengambil peperiksaan itu dibuktikan. Calon-calon yang tidak mempunyai Kad Pengenalan akan dikehendaki meyakinkan Ketua Pengawas/Pengawas yang bertugas di Dewan Peperiksaan berkenaan dengan pengenalan diri mereka. Calon tidak akan di benar mengambil peperiksaan bagi kursus yang tidak tercatat di dalam Slip Peperiksaan. Slip peperiksaan adalah dokumen rasmi Universiti dan calon tidak dibenarkan menulis pada mana-mana bahagian di atas slip peperiksaan.

3. Calon-calon tidak dibenarkan masuk ke Dewan Peperiksaan sehingga Pengawas yang bertugas memberi

isyarat untuk berbuat demikian. Calon hanya dibenarkan masuk sepuluh minit sebelum peperiksaan bermula. Setelah dibenarkan calon hendaklah mengambil tempat duduk dengan senyap dan teratur. Calon yang hadir lewat lebih dari setengah jam tidak dibenarkan masuk ke Dewan Peperiksaan.

4. Selepas berada di tempat masing-masing calon-calon dikehendaki :

[a] mengisi Borang Kehadiran dan meletakannya di atas meja di sudut sebelah kanan; [b] meletak Kad Pengenalan dan Slip Peperiksaan di atas Borang Kehadiran yang telah dilengkapkan.

Borang Kehadiran akan dipungut oleh Pengawas-Pengawas. Calon-calon diingatkan supaya menyimpan Kad Pengenalan dan Slip Peperiksaan mereka selepas disemak.

5. Di atas kulit buku jawapan, Angka Giliran hendaklah ditulis dengan menggunakan ejaan dan juga angka

seperti `Satu Kosong Kosong Kosong Satu' [10001]. Calon-calon mesti menulis Angka Giliran dengan angka sahaja di atas semua kertas jawapan yang digunakan. Calon-calon dilarang menulis nama mereka di atas buku/kertas jawapan.

6. Calon-calon yang tidak menulis Angka Giliran atau tersilap menulis Angka Giliran di buku

jawapan/borang OMR, skrip jawapan berkenaan tidak akan diperiksa oleh pemeriksa dan calon-calon tidak akan menerima sebarang markah.

7. Calon-calon diingatkan supaya meneliti dan mematuhi segala arahan yang tercatat di atas kulit buku

jawapan. Catatan kasar mestilah dibuat di atas kertas jawapan sahaja. Buku Jawapan Tambahan akan dibekalkan kepada calon-calon jika diminta. Semua kertas jawapan sama ada digunakan atau belum mestilah ditinggalkan di Dewan Peperiksaan. Calon-calon tidak dibenarkan membawa keluar buku jawapan dan/atau kertas jawapan dari Dewan Peperiksaan.

8. Buku, kertas dokumen, nota atau gambar, kecuali bahan-bahan yang dibenarkan oleh pemeriksa tidak boleh

dibawa masuk atau dibawa keluar oleh calon dari tempat peperiksaan. Semasa berada di tempat peperiksaan, calon boleh menerima daripada Pengawas buku-buku, kertas-kertas, dokumen-dokumen, gambar-gambar atau sebarang bahan yang telah dibenarkan oleh Dekan/Pengarah di atas nasihat pemeriksa atau Majlis Pemeriksa.

Unit Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar, Aras 5, Bangunan Canselori, 11800 USM Pulau Pinang. Telefon : 04 - 653 3479/3124/3121/3069/3074/3075/3077 Faksimile : 04 657 3409 E-mel : [email protected]/[email protected]/[email protected]/[email protected] http://registry.usm.my/exam

Page 2: PEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/102 RPJJ HEBAHAN.pdfPEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA . ... MIRI. Unit Penilaian ... The following

Arahan-arahan Peperiksaan Untuk Calon-calon

Rancangan Pengajian Jarak Jauh

9. Calon-calon tidak dibenarkan merokok di dalam Dewan Peperiksaan semasa peperiksaan. 10. Calon-calon tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam Dewan Peperiksaan sebarang jenis beg, telefon

bimbit, dompet, kotak pensel, kotak geometri atau bekas lain. Mesin kira boleh dibawa masuk tanpa sarungnya jika dibenarkan oleh pemeriksa. Sila ambil perhatian, penggunaan Kamus Elektronik semasa peperiksaan adalah dilarang.

Calon-calon hanya boleh membawa masuk pen, pensel dan alat tulis lain yang dibenarkan sahaja.

11. Calon-calon tidak dibenarkan berhubung di antara satu dengan lain semasa peperiksaan, sama ada melalui

percakapan atau cara yang lain. Jika calon ingin berhubung dengan Pengawas, beliau mestilah mengangkat tangan.

12. Ketua Pengawas/Pengawas yang bertugas akan memberi isyarat yang nyata dan jelas untuk menandakan

bahawa peperiksaan telah tamat. Sebaik sahaja isyarat ini diberikan, semua calon hendaklah berhenti menulis.

13. Calon-calon adalah bertanggungjawab untuk mengikat buku jawapan [jika perlu] dan terus

berada di tempat masing-masing sehingga skrip jawapan dikutip oleh Ketua Pengawas/Pengawas dan calon-calon hanya dibenarkan keluar dari Dewan Peperiksaan setelah dimaklumkan oleh Ketua Pengawas/Pengawas.

14. Calon-calon hanya dibenarkan meninggalkan tempat peperiksaan selepas setengah jam peperiksaan

bermula. Walau bagaimanapun, tidak seorang calon pun dibenarkan meninggalkan Dewan Peperiksaan lima belas minit sebelum tamat peperiksaan.

15. Calon-calon yang jatuh sakit semasa peperiksaan sedang berlangsung mestilah melaporkannya kepada

Pengawas yang bertugas di Dewan Peperiksaan dengan secepat mungkin. 16. Calon-calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan bagi mana-mana kertas yang didaftarkannya

hendaklah memberi sebab-sebab mengapa mereka gagal menghadiri peperiksaan [secara bertulis] kepada Pendaftar [melalui Ketua Penolong Pendaftar (Unit Peperiksaan)], disokong oleh dokumen-dokumen yang sah [Sijil Cuti Sakit hendaklah dikeluarkan oleh Pusat Sejahtera (Kesihatan dan Pergigian) USM atau hospital/klinik kerajaan] dalam tempoh 7 HARI selepas peperiksaan kertas berkenaan dijalankan. Kegagalan untuk berbuat demikian akan dianggap bahawa calon tidak mempunyai sebarang alasan yang sah dan berkemungkinan diberi Gred " F*" bagi kertas tersebut.

17. Jika seseorang calon didapati meniru/menipu ataupun mempunyai bahan-bahan yang tidak

dibenarkan untuk dibawa ke dalam Dewan Peperiksaan semasa peperiksaan diadakan, tindakan disiplin yang sewajarnya akan diambil terhadap calon yang berkenaan. Jika seseorang calon disyaki meniru/menipu ia boleh disingkir dari Universiti.

18. Calon-calon yang gagal menghadiri kesemua kertas peperiksaan tanpa sebab yang dapat diterima oleh

Majlis Peperiksaan Universiti ataupun tanpa kelulusan pihak Universiti terlebih dahulu, akan dianggap gagal di dalam keseluruhan peperiksaan dan boleh dikeluarkan daripada Senarai Pelajar Berdaftar Universiti.

19. Bagi calon-calon yang mengalami masalah kesihatan, sila dapatkan nasihat Pengarah, Pusat Sejahtera

[Kesihatan dan Pergigian] Universiti Sains Malaysia atau hospital/klinik kerajaan.

ARAHAN INI HENDAKLAH DISIMPAN UNTUK RUJUKAN

“Memastikan Kelestarian Hari Esok”

Unit Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar, Aras 5, Bangunan Canselori, 11800 USM Pulau Pinang. Telefon : 04 - 653 3479/3124/3121/3069/3074/3075/3077 Faksimile : 04 657 3409 E-mel : [email protected]/[email protected]/[email protected]/[email protected] http://registry.usm.my/exam

RI/fay : C.RPJJ/102 RPJJ HEBAHAN . 3 Mac 2011

Page 3: PEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/102 RPJJ HEBAHAN.pdfPEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA . ... MIRI. Unit Penilaian ... The following

Semua Pelajar Ijazah Pertama Rancangan Pengajian Jarak Jauh

PERCETAKAN

SLIP PEPERIKSAAN OLEH PELAJAR RPJJ

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2010/2011

Tarikh mula aktiviti adalah :

Selasa, 15 Mac 2011 Semua pelajar RPJJ diwajibkan mencetak slip peperiksaan masing-masing melalui perkhidmatan portal Campus Online [http://campusonline.usm.my].

Setiap pelajar RPJJ perlu mempunyai SLIP PEPERIKSAAN untuk menduduki peperiksaan. Pelajar RPJJ yang tidak mempunyai slip peperiksaan tidak dibenarkan memasuki dewan peperiksaan.

Sekian, harap maklum dan terima kasih. 1 Mac 2011

“Memastikan Kelestarian Hari Esok” Unit Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar, Aras 5, Bangunan Canselori, 11800 USM Pulau Pinang. Telefon : 04 - 653 3479/3124/3121/3069/3074/3075/3077 Faksimile : 04 657 3409 E-mel : [email protected]/[email protected]/[email protected]/[email protected] http://registry.usm.my/exam RI/fay : C.RPJJ/102 RPJJ HEBAHAN

Page 4: PEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/102 RPJJ HEBAHAN.pdfPEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA . ... MIRI. Unit Penilaian ... The following

Semua pelajar Rancangan Pengajian Jarak Jauh [RPJJ] bagi Pusat Peperiksaan KUALA LUMPUR dan KUALA TERENGGANU

PERHATIAN

PERUBAHAN PUSAT PEPERIKSAAN Peperiksaan Akhir, Sidang Akademik 2010/2011

A. PUSAT PEPERIKSAAN KUALA LUMPUR Pelajar RPJJ yang memilih Pusat Peperiksaan Kuala Lumpur adalah secara automatik

ditukarkan kepada Pusat Peperiksaan Shah Alam dan semua peperiksaan akan dijalankan di tempat berikut :

PUSAT PEPERIKSAAN SHAH ALAM

International Education Centre (INTEC) UiTM Kampus Seksyen 17 40200 Shah Alam, SELANGOR

B. PUSAT PEPERIKSAAN KUALA TERENGGANU Semua peperiksaan bagi pelajar RPJJ yang memilih Pusat Peperiksaan Kuala

Terengganu akan dijalankan di tempat berikut :

PUSAT PEPERIKSAAN KUALA TERENGGANU

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Jalan Kemajuan, Padang Hiliran 21572 Kuala Terengganu, TERENGGANU

Perubahan Pusat-pusat Peperiksaan terlibat adalah untuk keselesaan pelajar-pelajar RPJJ. Sila rujuk PEMBERITAHUAN berikutnya untuk maklumat keseluruhan Pusat-pusat Peperiksaan, Peperiksaan Akhir, Sidang Akademik 2010/2011 bagi semua pelajar RPJJ.

Sekian, harap maklum dan terima kasih. 24 Februari 2011

“Memastikan Kelestarian Hari Esok” Unit Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar, Aras 5, Bangunan Canselori, 11800 USM Pulau Pinang. Telefon : 04 - 653 3479/3124/3121/3069/3074/3075/3077 Faksimile : 04 657 3409 E-mel : [email protected]/[email protected]/[email protected]/[email protected] http://registry.usm.my/exam RI/fay : C.RPJJ/102 RPJJ HEBAHAN

Page 5: PEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/102 RPJJ HEBAHAN.pdfPEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA . ... MIRI. Unit Penilaian ... The following

PUSAT-PUSAT PEPERIKSAAN RANCANGAN PENGAJIAN JARAK JAUH

PEPERIKSAAN AKHIR, SIDANG AKADEMIK 2010/2011

1.

ALOR SETAR

Dewan Iskandar Kolej Sultan Abdul Hamid 05460 Alor Setar KEDAH

8.

KUALA TERENGGANU

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Jalan Kemajuan, Padang Hiliran 21572 Kuala Terengganu TERENGGANU

2.

PULAU PINANG

Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia 11800 USM, PULAU PINANG

[Untuk aturan tempat duduk muktamad, sila rujuk kepada jadual waktu peperiksaan (HIJAU) yang dipaparkan di Kampus Induk].

9.

KUANTAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad Bandar Indera Mahkota 25200 Kuantan PAHANG

3.

IPOH

YMCA of Ipoh No. 211 Jalan Raja Musa Aziz 30300 Ipoh PERAK

10.

KUCHING

Kolej Sunway Kuching Lot 7487-7492, 2nd & 3rd Floors Block 16, Timberland, Rock Road 93200 Kuching, SARAWAK

4.

SHAH ALAM

International Education Centre [INTEC] UiTM Kampus Seksyen 17 40200 Shah Alam SELANGOR

11.

SIBU

Unit Penilaian dan Peperiksaan Pejabat Pelajaran Daerah Sibu Dalam Kawasan SMK Kampung Nangka Jalan Kampung Nangka 96000 Sibu, SARAWAK

5.

MELAKA

Pusat Pembelajaran Melaka Open University Malaysia No. 2, 2-1, 2-2 Jalan KPAA3 Kompleks Perniagaan Al-Azim 75150 Bandar Bukit Baru, MELAKA

12.

MIRI

Unit Penilaian & Peperiksaan Pejabat Pelajaran Daerah Miri Jalan Bintang 98000 Miri SARAWAK

6.

JOHOR BAHRU

Perbadanan Produktiviti Malaysia Pejabat Wilayah Selatan No. 8 Jalan Padi Mahsuri Bandar Baru UDA 81200 Johor Bahru, JOHOR

13.

KOTA KINABALU

Kinabalu Hostel Lembaga Sukan Negeri Sabah Beg Berkunci 142 88994 Kota Kinabalu SABAH

7.

KOTA BHARU

Dewan Siswa Nurani Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan 16150 Kubang Kerian, KELANTAN

PERHATIAN Anda hanya dibenarkan mengambil peperiksaan di Pusat Peperiksaan seperti yang dicatatkan dalam slip peperiksaan anda. Bagi mengelakkan kekeliruan, anda dinasihatkan menyemak/memastikan lokasi Pusat Peperiksaan anda terlebih awal sebelum tarikh peperiksaan bermula. Harap maklum dan terima kasih.

24 Februari 2011 “Memastikan Kelestarian Hari Esok”

Unit Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar, Aras 5, Bangunan Canselori, 11800 USM Pulau Pinang. Telefon : 04 - 653 3479/3124/3121/3069/3074/3075/3077 : http://registry.usm.my/exam E-mel : [email protected]/[email protected]/[email protected]/[email protected] RI/fay : C.RPJJ/102 RPJJ HEBAHAN

Page 6: PEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/102 RPJJ HEBAHAN.pdfPEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA . ... MIRI. Unit Penilaian ... The following

N O T I C E

Keputusan Majlis Peperiksaan Universiti Decision of the University Examination Council

Majlis Peperiksaan Universiti telah membuat keputusan seperti berikut bagi calon yang tidak menghadiri peperiksaan. The following decision has been made by the University Examination Council regarding students who are absent from examinations.

Catatan Notes

Gred Diperolehi Grade Obtained

SLJW Silap Lihat Jadual Waktu Peperiksaan Misread Examination Timetable

F*

THTA Tidak Hadir Tanpa Alasan Absent Without Valid Reason

F*

ADT Alasan Ditolak Unacceptable reasons for absence

F*

Pelajar Tahun Akhir yang akan berijazah dan mendapat Gred F* tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang [KSCP]. Final year students who may be graduating and who obtain Grade F* are not allowed to sit for the examination held during the Long Vacation Course [KSCP].

Patuh semua PERATURAN PEPERIKSAAN. Calon yang ditangkap kerana meniru/menipu dalam peperiksaan akan diambil tindakan tatatertib. Obey all EXAMINATION RULES. Disciplinary action will be taken against any candidate caught copying/cheating during the examination.

Pelajar taraf akademik TERTAHAN 2 [T2] perlu memastikan pencapaian akademik pada Peperiksaan Akhir ini memperolehi PNG 2.00 dan ke atas. Students with RETAINED 2 [T2] status must strive to ensure that they obtain a GPA of 2.00 and above this Final Examinations.

3 Mac 2011 “Memastikan Kelestarian Hari Esok”

Unit Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar, Aras 5, Bangunan Canselori, 11800 USM Pulau Pinang. Telefon : 04 - 653 3479/3124/3121/3069/3074/3075/3077 Faksimile : 04 657 3409 E-mel : [email protected]/[email protected]/[email protected]/[email protected] http://registry.usm.my/exam RI/fay : C.RPJJ/102 RPJJ HEBAHAN

Page 7: PEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/102 RPJJ HEBAHAN.pdfPEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA . ... MIRI. Unit Penilaian ... The following

Semua Pelajar Ijazah Pertama

Rancangan Pengajian Jarak Jauh

Sila Ambil Perhatian

1. Semua calon yang menduduki Peperiksaan Akhir, Rancangan Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia hendaklah berpakaian kemas dan sopan.

2. Pemakaian seluar pendek dan selipar getah adalah dilarang dan tidak dibenarkan sama sekali ketika menduduki peperiksaan.

3. Calon yang menduduki peperiksaan di larang merokok dalam kawasan sekolah/ bangunan peperiksaan.

Sila patuhi peraturan larangan merokok yang telah ditetapkan.

Terima kasih

3 Mac 2011

“Memastikan Kelestarian Hari Esok”

Unit Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar, Aras 5, Bangunan Canselori, 11800 USM Pulau Pinang. Telefon : 04 - 653 3479/3124/3121/3069/3074/3075/3077 Faksimile : 04 657 3409 E-mel : [email protected]/[email protected]/[email protected]/[email protected] http://registry.usm.my/exam RI/fay : C.RPJJ/102 RPJJ HEBAHAN

Page 8: PEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/102 RPJJ HEBAHAN.pdfPEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA . ... MIRI. Unit Penilaian ... The following

Sila ambil perhatian, telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik/dewan peperiksaan. Penggunaan telefon bimbit semasa peperiksaan adalah satu kesalahan.

Terima kasih

3 Mac 2011

“Memastikan Kelestarian Hari Esok”

Unit Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar, Aras 5, Bangunan Canselori, 11800 USM Pulau Pinang. Telefon : 04 - 653 3479/3124/3121/3069/3074/3075/3077 Faksimile : 04 657 3409 E-mel : [email protected]/[email protected]/[email protected]/[email protected] http://registry.usm.my/exam RI/fay : C.RPJJ/102 RPJJ HEBAHAN

Page 9: PEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/102 RPJJ HEBAHAN.pdfPEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA . ... MIRI. Unit Penilaian ... The following

Sila ambil perhatian, penggunaan Kamus Elektronik semasa peperiksaan berlangsung adalah dilarang.

Terima kasih 3 Mac 2011

“Memastikan Kelestarian Hari Esok”

Unit Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar, Aras 5, Bangunan Canselori, 11800 USM Pulau Pinang. Telefon : 04 - 653 3479/3124/3121/3069/3074/3075/3077 Faksimile : 04 657 3409 E-mel : [email protected]/[email protected]/[email protected]/[email protected] http://registry.usm.my/exam RI/fay : C.RPJJ/102 RPJJ HEBAHAN

Page 10: PEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA …registry.usm.my/pendaftar/upload/pekeliling/102 RPJJ HEBAHAN.pdfPEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA . ... MIRI. Unit Penilaian ... The following

Semua Pelajar Ijazah Pertama Rancangan Pengajian Jarak Jauh

Dimaklumkan bahawa semua pelajar Ijazah Pertama RPJJ boleh memilih sistem menyemak keputusan peperiksaan di atas sama ada melalui perkhidmatan Pesanan Ringkas [SMS], Infoline TeleAkademik dan Portal Campus Online.

Perkhidmatan tersebut boleh mula diakses seperti berikut :

Keputusan PROVISIONAL 24 Mei 2011 mulai 9.00 pagi

Perkhidmatan : SMS, Infoline TeleAkademik dan Portal Campus Online. Keputusan PENUH 6 Jun 2011

mulai 9.00 pagi

* Keputusan Peperiksaan Akhir, Sidang Akademik 2010/2011

Perkhidmatan Pesanan Ringkas [SMS] [ Talian : 15888 ]

USM<jarak>RESULT<jarak><No. Kad Pengenalan><jarak><Angka Giliran> Contoh : USM RESULT 890412076875 71007

Hantar Kepada : 15888

Perkhidmatan Infoline TeleAkademik

Sila dail 600 83 7899

Perkhidmatan Portal Campus Online

http://campusonline.usm.my

* Pengumuman keputusan peperiksaan ini adalah tertakluk kepada tarikh mesyuarat Majlis Peperiksaan Universiti. Sebarang perubahan [jika ada] akan dimaklumkan melalui perkhidmatan di atas. Pelajar dinasihatkan menyimpan slip peperiksaan yang boleh digunakan sebagai laluan kepada akses perkhidmatan tersebut.

Terima kasih. 3 Mac 2011

“Memastikan Kelestarian Hari Esok” Unit Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar, Aras 5, Bangunan Canselori, 11800 USM Pulau Pinang. Telefon : 04 - 653 3479/3124/3121/3069/3074/3075/3077 Faksimile : 04 657 3409 E-mel : [email protected]/[email protected]/[email protected]/[email protected] http://registry.usm.my/exam RI/fay : C.RPJJ/102 RPJJ HEBAHAN