peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5

11
SEKOLAH KEBANGSAAN TOMBOVO, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TAHUN 5 MASA : 60 MINIT Nama:……………………………… Kelas:…………………….... Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A , Bahagian B dan Bahagian C . Jawab semua soalan di dalam kertas ini. BAHAGIAN A 1. Antara yang berikut, yang manakah bukan rangkaian yang terdapat di sekeliling kita? A. Tasik B. Sungai C. Jalan Raya D. Laluan Penerbangan 2. Rangkaian komputer yang mudah boleh terdiri daripada suis, komputer pelayan, komputer pelanggan dan... A. tetikus B. papan kekunci C. telefon meja D. pencetak rangkaian 3. Rangkaian komputer digunakan untuk tujuan berkongsi maklumat, perisian dan... A. peranti B. teknologi C. kegunaan D. alatan 4. Rajah 1 menunjukkan satu rangkaian berwayar. Rajah 1 Internet Komputer Modem

Upload: haikal-kasin

Post on 23-Jan-2018

444 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TOMBOVO,PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

TAHUN 5MASA : 60 MINIT

Nama:……………………………… Kelas:……………………....

Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A , Bahagian B dan Bahagian C . Jawab semua soalan di dalam kertas ini.

BAHAGIAN A

1. Antara yang berikut, yang manakah bukan rangkaian yang terdapat di sekeliling kita?

A. Tasik

B. Sungai

C. Jalan Raya

D. Laluan Penerbangan

2. Rangkaian komputer yang mudah boleh terdiri daripada suis, komputer pelayan, komputer pelanggan dan...

A. tetikus

B. papan kekunci

C. telefon meja

D. pencetak rangkaian

3. Rangkaian komputer digunakan untuk tujuan berkongsi maklumat, perisian dan...

A. perantiB. teknologi

C. kegunaanD. alatan

4. Rajah 1 menunjukkan satu rangkaian berwayar.

Rajah 1

Internet

Komputer

Modem

Page 2: Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5

Apakah tujuan kegunaan rangkaian itu?

A. Berkongsi peranti

B. Berkongsi maklumat

C.Berkongsi perisian

D. Berkongsi peralatan

5. Rajan ingin membandingkan rangkaian jalan raya dengan rangkaian komputer. Apakah persamaan antara kedua-dua rangkaian ini?

A. Kedua-dua rangkaian ini berkongsi perisian.

B. Kedua-dua rangkaian ini merupakan rangkaian berwayar.

C. Kedua-dua rangkaian ini menghubungkan dua atau lebih benda.

D. Kedua-dua rangkaian ini menggunakan laluan jalan raya

6. Rangkaian berwayar menggunakan media penghantar untuk menghubungkan komputer serta peranti antara satu sama lain. Apakah medium yang digunakan oleh rangkaian berwayar?

A. Wayar eletrik

B. Gelombang radio

C. Kabel telefon

D. Kabel rangkaian

7. Dolly mengakses Internet di rumahnya menggunakan Wi-fi. Aapakah jenis rangkaian yang digunakan oleh Dolly?

A. Rangkaian berwayar

B. Rangkaian tanpa wayar

C. Rangkaian gelombang radio

D. Rangkaian laluan udara

8. Teliti pernyataan di bawah.

Apakah jenis kabel yang dihuraikan di atas?A. Kabel sepaksi

B. Kabel pasangan terpiuh tidak bertebat

C.Kabel pasangan terpiuh bertebat

D. Kabel gentian optik

9. Antara peranti berikut, yang manakah membolehkan sesbuah komputer berhubung dengan dunia luar melalui rangkaian?

Kabel ini mempunyai empat lapisan dan biasa digunakan sebagai kabel TVF, kabel komunikasi jarak jauh melalui telefon dan kabel rangkaian komputer.

1

Page 3: Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5

A. Hab

B. Modem

C.Penghala

D. Kad antara muka rangkaian

10. Antara yang berikut, yang manakah bukan peranti rangkaian?

A. Suis

B. Modem

C. Pengimbas

D. Titik capaian tanpa wayar

11. Jasmin ingin mengakses Internet. Dia perlukan peranti ini untuk menjadi perantara antara komputernya dengan Pembekal Perkhidmatan Internet. Dia juga perlu peranti ini untuk menukar isyarat analog ke digital dan sebaliknya. Apakah peranti yang diperlukan oleh Jasmin?

A. Hab

B. Suis C. Modem

D. Kad antara muka rangkaian

12. Kabel jenis ini terdiri daripada wayar terpiuh dan disaluti penebat plastik berwarna tetapi tiada balutan logam. Apakah kabel ini?

A. Kabel sepaksi

B. Kabel gentian optik

C. Kabel pasangan terpiuh bertebat

D. Kabel pasangan terpiuh tidak bertebat

13. Rajah 2 menunjukkan sebuah peranti rangkaian.2

Page 4: Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5

Rajah 2A. Hab

B. Suis

C. Modem

D. Penghala

14. Halim mempunyai sebuah komputer riba. Dia ingin mengakses rangkaian komputer di makmal komputer sekolahnya serta mengakses Internet tanpa wayar. Apakah jenis peranti yang harus Halim pasang pada komputer ribanya?

A. Penyesuai rangkaian tanpa wayar

B. Kad antara muka rangkaian

C. Hab

D. Suis

15. Baca pernyataan di bawah.

Pernyataan di atas menghuraikan tentang....

A. Internet

B. Rangkaian C. Jaringan sejagat

D. World Wide Web

16. Erin ingin memuat turun fail daripada Internet. Apakah perkhidmatan Internet yang boleh digunakan oleh Erin?

A. E-mel

B. Kumpulan berita

C. Telefon Internet

D. Protokol pindah fail

17. Sirendren membuat carian dalam Internet menggunakan enjin gelintar. Dia menggunakan perkataan AND dan OR dalam cariannya. Apakah jenis carian yang dilakukan oleh Sirendren?

A. Simbol

B. Boolean

C. Berfrasa

D. Dan atau

____________ ialah satu jaringan berjuta-juta rangkaian komputer di seluruh dunia.

Page 5: Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5

18. Sharmeen sedang melayari Internet apabila dia terjumpa sebuah laman web yang didirikan oleh Cikgu Wahab. Cikgu Wahab menceritakan tentang dirinya dan hobinya di laman web tersebut. Apakah jenis laman web yang didirikan oelh Cikgu Wahab?

A. Laman web organisasi

B. Laman web peribadi

C. Laman web maklumat

D. Laman web komersial

19. Jaspreet ingin berkomunikasi dengan rakan-rakannya melalui Internet. Apakah perkhidmatan Internet yang boleh digunakan oleh Jaspreet?

I E-mel

II Pemesejan segera

III Telefoni Internet

IV Sistem Pesanan Ringkas

A. I dan II

B. II dan III

C. I,II dan III

D. I,II,III dan IV

20. Amirul menggunakan kata kunci bersimbol “kopi” apabila membuat carian di Internet. Antara yang berikut, yang manakah hasil carian kata kunci tersebut?

I “Kebaikan minum kopi susu”

II “Khasiat kopi”

III “Bancuh kopi”

IV “Manfaat kopi luwak”

A. I dan II

B. II dan III

C. I dan IV

D. II dan IV

40

3

Page 6: Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5

BAHAGIAN B

1. Maksud rangkaian:________________________________________________________

_____________________________________________________________.(2 Markah)

2. Berdasarkan medium rangakaian di bawah, susun yang terbaik dalam penghantaran data kepada yang paling kurang berkualiti. (6 Markah)

i. ___________________

ii. ___________________

iii. ___________________

3. Nyatakan Betul / Salah pada setiap pernyataan di bawah. (8 Markah)

a.Rangkaian komputer dapat diwujudkan dengan hanya sebuah komputer sahaja.

b. Rangkaian komputer dapat menjimatkan masa pengguna.

c. Kos akan meningkat jika rangkaian dibina untuk kegunaan di rumah.

d. Penggunaan rangkaian tanpa wayar adalah lebih mudah dan kemas.e. Satelit merupakan penghantar data yang terbaik dan pantas.

f.Dengan adanya rangkaian, komunikasi boleh dihubungkan ke seluruh dunia.

g.Pemilihan jenis kabel rangkaian adalah bergantung kepada saiz rangkaian yang akan dibangunkan.

h.Kabel UTP optik dapat membawa data dengan pantas berbanding kabel fiber optik.

● Kabel UTP● Kabel optik● Kabel sepaksi

16

Page 7: Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5

BAHAGIAN C

1. Senaraikan 8 jenis peranti rangkaian yang kamu pelajari. (16 Markah)iiiiiiivvviviiviii

2. Padankan nama peranti dengan betul. (6 Markah)

5

SUIS

HAB

PENGHALA

PENYESUAI RANGKAIAN

TANPA WAYAR

MODEM

KAD ANTARA

MUKA

Page 8: Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5

3. Internet bermaksud _______________________________________________________

_____________________________________________________________.(2 Markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

24

Page 9: Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PPT) 2015SKEMA JAWAPAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

TAHUN 5

BAHAGIAN A (40 Markah)

1. A2. D3. A4. B5. C

6. D7. B8. A9. D10. C

11. C12. D13. D14. A15. A

16. D17. B18. B19. C20. C

BAHAGIAN B (16 Markah)

1. Sekumpulan peranti yang dihubungkan dengan medium rangkaian tertentu dengan tujuan penghantaran data dan maklumat. (2 Markah)

2. i. Kabel optik ii. Kabel sepaksi

iii. Kabel UTP (6 Markah

3. Nyatakan Betul / Salah pada setiap pernyataan di bawah. (8 Markah) a. Salah b. Betul

c. Salah d. Betul

e. Betul f. Betul

g. Betul h. Salah

Page 10: Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5

BAHAGIAN C (24 Markah)

1. Senaraikan 8 jenis peranti rangkaian yang kamu pelajari. (16 Markah) Hab, Modem, Suis, Kabel Rangkaian, Penghala, Kad antara muka rangkaian, Titik

capaian tanpa wayar, Penyesuai rangkaian tanpa wayar.

4. Padankan nama peranti dengan betul. (6 Markah)

Suis

Hab

Penghala

Penyesuai rangkaian tanpa wayar

Modem

Kad Antara Muka Rangkaian

5. gabungan daripada perkataan inter dan network (antara rangkaian) yang merujuk kepada rangkaian yang dibina dengan menghubungkan banyak komputer di seluruh dunia.

(2 Markah)

Page 11: Peperiksaan pertengahan tahun tmk tahun 5

6