peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 3

14
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan TIngkatan 3 Nama: _________________________________ Tingkatan: _______ Kertas ini mengandungi 60 soalan. Jawab semua soalan. 1. Mengapakah seseorang itu perlu mempunyai cita-cita? A Supaya dapat hidup dengan senang B Supaya dapat mengatasi kebolehan orang lain C Supaya akan memperoleh kejayaan dalam hidup D Supaya mendapat sanjungan daripada orang lain 2. Seseorang individu boleh mendapatkan maklumat tentang kerjaya yang ingin diceburinya melalui A keluarga B televisyen C rakan-rakan D agensi pekerjaan 3. Zana menyimpan cita-cita untuk menjadi pakar perubatan. Oleh itu, dia perlu cemerlang dalam subjek-subjek yang berikut, kecuali A Fizik B Kimia C Biologi D Sejarah 4. Yang manakah antara penyataan berikut bukan langkah-langkah untuk memilih kerjaya? A Mengambil kira persekitaran tempat kerja B Mempunyai kelayakan akademik yang diperlukan C Mengetahui serba-sedikit tentang kerjaya yang dipilih D Mengadakan perbincangan dengan kaunselor tentang kerjaya 5. Mengapakah personaliti penting kepada individu semasa membuat keputusan memilih kerjaya? A Kerana personaliti akan dapat melahirkan kepuasan bekerja B Kerana berjaya atau tidak kerjaya bergantung kepada personaliti C Kerana setiap kerjaya yang ditawarkan memerlukan personaliti yang berbeza

Upload: cikgu-azree

Post on 19-Jun-2015

6.818 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

doa hanya pada Allah..

TRANSCRIPT

Page 1: Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 3

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan TIngkatan 3

Nama: _________________________________ Tingkatan: _______

Kertas ini mengandungi 60 soalan. Jawab semua soalan.

1. Mengapakah seseorang itu perlu mempunyai cita-cita?

A Supaya dapat hidup dengan senangB Supaya dapat mengatasi kebolehan orang lainC Supaya akan memperoleh kejayaan dalam hidupD Supaya mendapat sanjungan daripada orang lain

2. Seseorang individu boleh mendapatkan maklumat tentang kerjaya yang ingin diceburinya melalui

A keluargaB televisyenC rakan-rakanD agensi pekerjaan

3. Zana menyimpan cita-cita untuk menjadi pakar perubatan. Oleh itu, dia perlu cemerlang dalam subjek-subjek yang berikut, kecuali

A FizikB KimiaC BiologiD Sejarah

4. Yang manakah antara penyataan berikut bukan langkah-langkah untuk memilih kerjaya?

A Mengambil kira persekitaran tempat kerjaB Mempunyai kelayakan akademik yang diperlukanC Mengetahui serba-sedikit tentang kerjaya yang dipilihD Mengadakan perbincangan dengan kaunselor tentang kerjaya

5. Mengapakah personaliti penting kepada individu semasa membuat keputusan memilih kerjaya?

A Kerana personaliti akan dapat melahirkan kepuasan bekerjaB Kerana berjaya atau tidak kerjaya bergantung kepada personalitiC Kerana setiap kerjaya yang ditawarkan memerlukan personaliti yang berbezaD Kerana personaliti dapat mempengaruhi majikan dalam setiap keputusan yang

dibuat

Page 2: Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 3
Page 3: Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 3

6. Adam ingin mencuba mendapatkan peluang kerjaya di luar negara. Bagaimanakah cara Adam dapat mengetahui peluang kerjaya tersebut?

A Melancong ke tempat tersebutB Melayari laman web di InternetC Mendapatkan maklumat di lapangan terbangD Mendapatkan maklumat melalui akhbar berbahasa Inggeris

7. Antara berikut merupakan kerjaya yang tergolong dalam bidang profesional, kecuali

A pensyarahB komposerC peguam belaD doktor perubatan

8. Apakah kebaikan kepada individu yang memilih kerjaya yang sesuai dengan dirinya?

A Mendapat gaji yang lumayanB Memperoleh kepuasan ketika melakukan kerjaC Mengelakkan individu tersebut mendapat kerja orang lainD Memudahkan individu tersebut mendapat kenaikan pangkat

9. Pemilihan kerjaya yang tidak sesuai dengan kebolehan individu akan menyebabkan

A individu itu akan mendapat gaji yang sedikitB individu itu tidak disukai oleh majikannyaC individu itu akan dipandang serong oleh rakan sekerjaD individu itu akan mengalami tekanan ketika melakukan kerja

10. Seseorang yang hendak memilih kerjaya yang sesuai mestilah berlandaskan

I persekitaran tempat kerjaII minat dan kebolehanIII kelayakan akademikIV gaji yang ditawarkan

A I dan IIB II dan IIIC II dan IVD III dan IV

11. Berikut ialah pekerjaan yang mementingkan kelayakan ikhtisas, kecuali

A buruh

Page 4: Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 3

B pelakonC peguamD peniaga

Page 5: Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 3

12. Kelayakan ikhtisas merujuk

A kemahiran dan kebolehanB kecekapan dalam pengiraanC kebolehan dalam kokurikulumD kecemerlangan dalam akademik

13. Datuk A bermula sebagai penjual burger sebelum menjadi usahawan berjaya. Apakah nilai yang sesuai diamalkan oleh Datuk A sehingga berjaya dalam kerjaya beliau?

A Baik hatiB Sopan santunC Mementingkan diriD Tidak mudah putus asa

14. Antara berikut merupakan kemahiran yang diperlukan oleh seseorang yang bercita-cita menjadi juruterbang, kecuali

A mempunyai minat yang mendalamB mempunyai rekod kesihatan yang baikC mengikuti latihan penerbangan di luar negaraD menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik

15. Apakah ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang yang bercita-cita menjadi kaunselor?

A kreatifB PeramahC KemahiranD personaliti menarik

16. Apakah kesan penebangan hutan terhadap alam sekitar?

A Udara akan menjadi kotorB Kepupusan flora dan faunaC Cuaca akan menjadi tidak menentuD Manusia tidak dapat bernafas dengan selesa

17. Bagaimanakah mengekalkan keseimbangan alam sekitar?

A Menanam sampah sarapB Tidak melakukan pembangunanC Memastikan air sungai sentiasa bersihD Memastikan pokok-pokok ditanam semula selepas penebangan

Page 6: Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 3

18. Apakah tujuan Penilaian Kesan kepada Alam Sekitar (EIA) diwujudkan?

A Mengadakan kempen kitar semulaB Mengenal pasti tempat yang tercemarC Untuk menangani masalah alam sekitarD Memastikan projek pembangunan berjalan lancar

19. Apakah peranan utama Sahabat Alam Malaysia (SAM)?

A Memastikan alam sekitar terjagaB Mengadakan kempen alam sekitarC Memastikan hutan dijaga dengan baikD Menangkap pihak yang mencemarkan alam sekitar

20. Mengapakah kita perlu menjaga alam sekitar?

A Supaya kita dapat hidup senangB Supaya kita tidak dianggap pengotorC Supaya kesejahteraan masyarakat terjagaD Supaya kita dapat menambahkan pendapatan

21. Kempen kitar semula diadakan bertujuan

A menunjukkan masyarakat yang kreatifB melahirkan masyarakat yang pemurahC mengurangkan kuantiti sampah yang dibuangD memupuk masyarakat yang pentingkan kesihatan

22. Antara berikut merupakan barang-barang yang boleh dikitar semula, kecuali

A cerminB botol kacaC barang plastikD kertas surat khabar

23. Penyataan yang manakah menunjukkan perbuatan menghargai alam sekitar?

A Puan Choi membuang sampah di belakang rumahB Johnny membuang sampah sarap ke dalam sungaiC Pak Cik Jamal membakar sampah sarap di halaman rumahD Keluarga Encik Chan menghantar barang-barang yang tidak digunakan ke pusat

kitar semula

24. Bagaimanakah pihak sekolah memainkan peranan memupuk murid-murid mencintai alam sekitar?

Page 7: Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 3

A Membina taman sains di sekolahB Selalu membawa murid-murid berkelahC Memaksa murid-murid membersihkan kelasD Menyuruh murid-murid mengumpul bahan kitar semula

25. Penilaian Kesan kepada Alam Sekitar (EIA)Sahabat Alam Malaysia (SAM)Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Mengapakah organisasi di atas diwujudkan?

A Memulihara kawasan yang tercemarB Mengenal pasti kawasan yang tercemarC Menangkap individu yang melakukan pencemaranD Untuk memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara

26. Apakah kesan jika sumber alam dapat diuruskan dengan baik?

A Dapat mengelakkan bencana alamB Dapat mengekalkan keseimbangan alamC Dapat menguntungkan pihak yang terlibatD Dapat menyumbang kepada ekonomi negara

27. Antara berikut, yang manakah bukan tujuan hutan simpan diwartakan?

A Menjaga petempatan orang asliB Mengelakkan kepupusan haiwanC Mencegah berlakunya bencana alamD Mengekalkan keindahan tumbuhan hutan

28. Kemusnahan hutan berlaku kerana aktiviti

I pembinaan lebuh rayaII penerokaan tanah untuk pertanian dan petempatanIII penanaman semula hutanIV kegiatan beriadah

A I dan IIB I dan IVC II dan IVD I, II, dan III

29. Bilakah Hari Bumi disambut oleh masyarakat seluruh dunia?

Page 8: Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 3

A MacB AprilC OktoberD Disember

30. Antara badan berikut, yang manakah bertanggungjawab memulihara alam sekitar?

A PERHILITANB Jabatan Kerja RayaC Jabatan Alam SekitarD Jabatan Parit dan Saliran

31. Apakah tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak?

A Mengawal pergerakan anak-anakB Menyediakan wang yang banyak untuk anak-anakC Memberi pendidikan yang cukup kepada anak-anakD Memastikan anak-anak tidak mempunyai kawan di luar rumah

32. Apakah tanggungjawab setiap anggota keluarga?

A Memberi wang kepada ahli keluargaB Sentiasa memberi hadiah yang mahalC Saling menyayangi antara satu dengan yang lainD Membiarkan ahli keluarga menentukan masa depan masing-masing

33. Antara berikut ialah tugas dan tanggungjawab ibu bapa, kecuali

A menentukan masa depan anak-anakB menjadi teladan yang baik kepada anak-anakC membentuk sahsiah yang baik kepada anak-anakD menyediakan tempat perlindungan kepada ahli keluarga

34. Bagaimanakah ibu bapa menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak?

A Menjaga keselamatan merekaB Memaksa anak-anak berdikariC Menurut segala kehendak anak-anakD Tidak campur tangan hal peribadi anak-anak

35. Yang manakah bukan keperluan asas yang diperlukan oleh anak-anak?

A PakaianB MakananC KenderaanD Tempat tinggal

Page 9: Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 3

36. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan?

A Harta yang banyakB Kurang didikan agamaC Ahli keluarga yang terlalu ramaiD Tidak mempunyai ilmu pengetahuan

37. Mengapakah aspek keselamatan perlu diutamakan dalam sebuah keluarga?

A Untuk memastikan ahli keluarga sentiasa gembiraB Untuk memastikan ahli keluarga tidak berasa tersisihC Untuk membuktikan kasih sayang kepada ahli keluargaD Untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan ahli keluarga

38. Antara berikut ialah tips keselamatan yang perlu diamalkan di rumah, kecuali

A membela haiwan peliharaanB menyimpan ubat-ubatan di tempat yang selamatC menyimpan benda tajam di tempat yang selamatD tidak menjemput orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah

39. Bagaimanakah seseorang itu dapat menjaga keselamatan diri ketika berada di luar rumah?

A Tidak keluar rumah terlalu lamaB Sentiasa membawa senjata bersama-samaC Melemparkan senyuman kepada sesiapa sahajaD Tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali

40. Seseorang yang tidak mempunyai __________ akan menyebabkan maruah keluarga tercemar.

A harga diriB gaya hidupC kasih sayangD ilmu pengetahuan

41. Yang manakah antara situasi berikut menunjukkan amalan menyayangi keluarga?

A Sarah membantu ibunya pada hari mingguB Sarah keluar rumah tanpa memberitahu ibu bapanyaC Sarah memarahi adiknya kerana menggunakan begnya tanpa minta izinD Sarah memberi alasan hendak belajar apabila ibunya meminta bantuannya

Page 10: Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 3

42. Apakah yang perlu dilakukan untuk melahirkan kesihatan mental yang baik dalam keluarga?

A Mengamalkan sikap mementingkan diriB Menyediakan kemewahan kepada ahli keluargaC Tidak mempedulikan hal yang remeh dalam keluargaD Sentiasa meluangkan masa untuk bersama-sama keluarga

43. Antara penyataan berikut, yang manakah bukan tindakan yang dapat mewujudkan hubungan mesra antara keluarga?

A Membawa ahli keluarga pergi bercutiB Menyediakan makanan yang lazat untuk ahli keluargaC Membiarkan ahli keluarga menyelesaikan masalah sendirianD Membelikan hadiah untuk ahli keluarga yang menyambut hari lahir

44. Apakah yang perlu dilakukan oleh anggota keluarga untuk menjaga maruah keluarga?

A Tidak berkawan dengan orang lainB Tidak menceritakan tentang keluargaC Tidak mendedahkan rahsia anggota keluargaD Tidak membawa rakan-rakan pulang ke rumah

45. Bagaimanakah sebuah keluarga yang harmoni dapat diwujudkan?

A Setiap ahli keluarga mempunyai wang yang banyakB Setiap ahli keluarga mesti mempunyai pelajaran yang tinggiC Setiap ahli keluarga tahu membuat keputusan untuk diri sendiriD Setiap ahli keluarga melaksanakan tanggungjawab masing-masing

46. Antara berikut merupakan ciri-ciri dalam membuat suatu keputusan, kecuali

A kebolehanB keyakinanC kelayakanD keberanian

47. Keputusan yang dibuat secara tidak seimbang akan

A memuaskan hati kedua-dua belah pihak yang terlibatB menyenangkan kehidupan kedua-dua belah pihakC menimbulkan persengketaan antara kedua-dua belah pihakD mengelakkan perbalahan antara kedua-dua belah pihak yang terlibat

Page 11: Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 3

48. Alvin amat cemerlang dalam mata pelajaran Matematik dan Kimia. Dia bercita-cita untuk menjadi saintis. Tindakan Alvin menunjukkan dia

A tidak mempunyai potensi diriB bijak membuat keputusan yang tepatC lemah dalam membuat keputusan yang tepatD terburu-buru apabila membuat keputusan

49. Antara pilihan berikut, yang manakah perlu ada terhadap seseorang yang hendak menjadi pemimpin supaya dia dapat membuat keputusan dengan bijak?

I KekuasaanII KebijaksanaanIII KeegoanIV Keadilan

A I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV

50. Seseorang yang dipertanggungjawab mengadili sesuatu pertandingan mestilah

A bijak dan adilB bersikap pilih kasihC membuat keputusan sesuka hatiD membuat keputusan berdasarkan kepentingan

51. Sesuatu keputusan yang bakal diambil akan memberi kesan kepada seseorang individu, selain itu turut memberi akibat kepada

A orang lainB kehidupanC diri sendiriD persekitaran

52. Sikap adil sangat penting kepada seorang hakim. Mengapakah sikap tersebut perlu diamalkan oleh seorang hakim?

A Supaya dia dihormati oleh pihak yang menangB Supaya dia mendapat tempat dalam kalangan masyarakatC Supaya keputusan tidak berpihak kepada satu pihak sahajaD Supaya para peguam tidak perlu mencari bukti yang banyak

53. Individu yang bijak dan adil dalam membuat keputusan akan melakukan perkara-perkara berikut, kecuali

Page 12: Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 3

A berfikir masak-masak sebelum membuat keputusanB tidak mempercayai sesuatu berita tanpa usul periksaC berfikir baik buruk sesuatu perkara secara mendalamD membuat keputusan tanpa meminta pendapat daripada orang lain

54. Yang manakah antara berikut menunjukkan seseorang itu membuat keputusan secara bijak

A memikirkan kepentingan diri sendiriB membuat keputusan berdasarkan gerak hatiC tidak membuat keputusan secara terburu-buruD bertindak berdasarkan keuntungan yang diperoleh

55. Shukri menyahut cabaran rakan-rakannya untuk mengadakan perlumbaan haram pada malam minggu nanti. Perbuatan Shukri menunjukkan

A tindakan yang beraniB tindakan yang bertanggungjawabC tindakan yang tidak bertanggungjawabD tindakan yang tidak menjatuhkan maruah diri

56. Seseorang yang bijak dan berpengetahuan mestilah membuat keputusan berdasarkan _________________.

A persekitaranB pengaruh emosiC pemikiran yang matangD pengaruh daripada orang lain

57. Syamri telah dicalonkan sebagai pengawas di sekolahnya. Syamri berada dalam dilema sama ada hendak menerima jawatan tersebut atau tidak kerana bimbang tidak dapat menjalankan tanggungjawab tersebut. Sebagai murid yang bijak, Syamri sepatutnya

A menolak sahaja pencalonan tersebutB mendesak cikgu memberikan masa untuk berfikirC menyuruh cikgu menggantikan dengan pelajar lainD menerima pencalonan tersebut dan bersedia memikul tanggungjawab

58. Mengapakah setiap orang perlu bijak membuat keputusan?

A Untuk kebaikan diri sendiriB Untuk mengelakkan umpatan orang lainC Untuk kebaikan diri sendiri dan orang lainD Untuk mendapat pujian daripada orang lain

Page 13: Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 3

59. Apakah yang perlu diambil kira sebelum seseorang itu mengambil sebarang tindakan?

A Memikirkan tentang kepentingan orang lainB Mengambil keputusan tanpa berfikir panjangC Memastikan kewajaran tindakan yang diambilD Membuat keputusan dengan memikirkan kepentingan sendiri

60. Manimala telah berasa tertekan dengan sikap ibu bapanya yang sering bergaduh. Cadangkan keputusan yang sepatutnya diambil oleh Manimala dalam menghadapi situasi tersebut.

A Melarikan diri dari rumahB Memarahi ibu bapa terhadap sikap mereka ituC Berbincang terlebih dahulu dengan ahli keluargaD Menceritakan masalah tersebut kepada rakan-rakan

Disediakan Oleh

______________(Nazliza

Disemak Oleh

______________(Azree b. Ahmad)