peperiksaan pertengahan tahun 2011- bahasa melayu 2- smk sultan ismail, johor bahru, johor

10
1103/2 1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT 1 SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Mei 2011 2 jam 30 minit SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR ___________________________________________________________ PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit 2 ½ jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.Kertas soalan ini mengandungi empat soalan 2. Jawab semua soalan 3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. _______________________________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

Upload: normarjana-ibrahim

Post on 04-Jul-2015

12.110 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

TARIKH PEPERIKSAAN10/5/2011PANEL PEMBUAT SOALANNORLELA ABDOLLAHZALEHA MASIMANNORMARJANA IBRAHIMPANITIA BAHASA MELAYU SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

TRANSCRIPT

Page 1: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- BAHASA MELAYU 2- SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

1103/2

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT 1

SULIT

1103/2

Bahasa Melayu

Kertas 2

Mei

2011

2 jam 30 minit

SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

___________________________________________________________

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

TINGKATAN 5

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

2 ½ jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.Kertas soalan ini mengandungi empat soalan

2. Jawab semua soalan

3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks

Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

_______________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

Page 2: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- BAHASA MELAYU 2- SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

1103/2

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT 2

SOALAN 1

RUMUSAN

(30 MARKAH)

Baca petikan di bawah dan buat suatu rumusan tentang langkah-langkah yang dapat

menggalakkan remaja menghayati semangat kejiranan dan faedah-faedah yang diperoleh

masyarakat daripada penghayatan tersebut.. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah

kata.

Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri daripada semua lapisan. Oleh hal itu,

remaja merupakan satu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan. Dalam hal ini remaja

ada peranannya yang tersendiri. Konsep kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti

dikekalkan oleh masyarakat , khasnya oleh golongan remaja. Melalui persaudaraan dan semangat

kejiranan perasaan kasih dan bantu-membantu tersemai dalam diri malah dapat membantu

mewujudkan kekuatan dalam kalangan rakyat untuk ingat-mengingati dan tegur-menegur, sehingga

seseorang itu berasa begitu lemah jika hidup tanpa jiran.

Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga dapat menghilangkan perasaan

dengki, iri hati, bermusuh-musuhan dan sifat negatif lain yang membawa perpecahan. Oleh sebab

remaja merupakan entiti penting dalam masyarakat maka remaja boleh mengaktifkan diri melalui

persatuan masyarakat seperti Rukun Tetangga yang semakin luas fungsinya meliputi aktiviti

pendidikan, alam sekitar, sukan, kesihatan,keagamaan dan ekonomi. Selain itu, remaja boleh

berperanan sebagai mata-mata kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah jenayah di kawasan

kejiranan masing-masing. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan guru berperanan untuk

memastikan remaja berupaya mentafsirkan peranan masing-masing dalam masyarakat apabila

dewasa kelak.

Namun begitu, pegangan agama mesti menjadi pegangan kuat dalam kalangan remaja.

Mereka perlu memahami dan menghayati matlamat hidup di dunia agar menjadi lebih

bertanggungjawab kepada diri sendiri, agama dan masyarakat. Hal ini akan menjadikan remaja

lebih peka akan konsep kejiranan. Pada masa yang sama, Rukun Tetangga perlu berbincang dan

bersepakat melaksanakan program yang bersesuaian dengan kehendak remaja demi kemaslahatan

jiran tetangga. Sebagai contoh, penganjuran Hari Keluarga dapat merapatkan hubungan silaturahim

antara penduduk, bak kata peribahasa “sepakat membawa berkat”. Masyarakat pula perlu

mempunyai kesedaran untuk berubah. Hasil kajian Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional

menunjukkan bahawa sikap mementingkan diri merupakan satu faktor utama kelunturan semangat

kejiranan.

Tindakan seterusnya ialah kesediaan pihak polis melibatkan masyarakat dalam usaha

mencegah jenayah dalam kalangan masyarakat. Rakan Cop yang diperkenalkan pada 9 Ogos 2004

diilhamkan atas kesedaran bahawa polis merupakan elemen pelengkap sesebuah masyarakat yang

aman dan harmoni. Pendekatan Rakan Cop adalah untuk membentuk interaksi dua hala dengan

masyarakat. Secara tidak langsung remaja boleh bertindak sebagai „ mata dan telinga‟ kepada

pihak polis demi keselamatan jiran mereka. Sementara itu, Gagasan 1Malaysia yang sangat

menekankan semangat perpaduan antara semua kaum di Malaysia perlu dihayati dan diaplikasikan

oleh golongan remaja dalam aktiviti seharian mereka demi pemupukan semangat kejiranan yang

utuh dalam kalangan masyarakat. Peranan semua pihak ini akan lebih berkesan jika media massa

memainkan peranan penting menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan remaja dan

masyarakat. Program penyiaran yang melibatkan remaja dalam aktiviti kejiranan dan perpaduan

Page 3: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- BAHASA MELAYU 2- SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

1103/2

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT 3

mampu mempengaruhi sikap dan mentaliti remaja terhadap kepentingan semangat kejiranan dalam

hidup mereka.

Segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat

dicapai dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, sentiasalah beringat bahawa “tiada gunung

yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni”. Demi melahirkan masyarakat yang

bersatu padu dan remaja yang peka akan kepentingan bermasyarakat, semua pihak dan anggota

masyarakat perlu berganding bahu.

(dipetik dan diubah suai daripada ,Hidup Berjiran Muafakat Masyarakat

Oleh Juliana Mansor

Majalah Dewan Siswa, Mac 2011)

SOALAN 2

(35 MARKAH )

Soalan 2(a) Petikan Umum

1. Berikan maksud rangkai kata satu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan

berdasarkan dalam petikan.

( 2 markah )

2. Mengapakah kejiranan yang akrab penting dalam hidup bermasyarakat?

( 3 markah )

3. Pada pendapat anda mengapakah golongan remaja dianggap sebagai satu entiti penting di sebuah

kawasan kejiranan.

( 4 markah )

Soalan 2(b) Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

MAN BENGAP tercengang-cengang melihat telatah SABARIAH yang resah seperti kucing hendak

beranak. SABARIAH bergerak perlahan-lahan ke arah emaknya dan terus memeluk kaki emaknya.

SABARIAH: Emak... Sabarlah minta maaf. (Sayu) Sabariah sudah lukakan hati emak.

(Menangis) . Sabariah sanggup potong jari ini untuk menebus salah Sabariah ,mak.

JIMAH menguis kakinya supaya pelukan SABARIAH terlepas.

Page 4: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- BAHASA MELAYU 2- SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

1103/2

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT 4

JIMAH: Pergi balik ke kota London engkau.

SAHRUL: Shahrul minta ampun, mak.

JIMAH melemparkan pandangnnya ke arah lain. SANI Cuma mampu memandang telatah

abang dan kakaknya.

SALMAH: Emak, Sal minta ampun, minta maaf banyak-banyak. Sal bersalah mak. Sal pentingkan

perniagaan daripada tanggungjawab pada emak, pada bapa.

Semua mata tertumpu pada JIMAH. JIMAH menahan sebak. Terketar-ketar bibirnya

menahan kedukaannya. Setelah dia dapat mengawal diri, baru JIMAH bercakap.

JIMAH: Sepatutnya kehadiran kamu pada kala aku dan bapa kamu ditimpa musibah,

menggembirakan hati aku. Bantu semangat aku yang sudah luntur. Bantu ringankan beban

derita yang aku tanggung. Tapi meleset sekali sangkaan aku. Kamu cuma fikirkan kerja, fikir

duit, fikir kerugian, fikir suami, ingat isteri. Berapa duit kamu habis berbelanja? Ratus ribu?

Huh tiada belas kasihan langsung! Kamu ingat duit yang kamu beri tiap-tiap bulan itu sudah

cukup untuk gembirakan kami? Duit ringgit bukan ukuran untuk membalas budi orang tua.

Kami tak perlu duit ringgit kamu. ( Berhenti seketika, menahan sebak di dada ). Kamu tak

malu pada Sani itu? Dia tu anak pungut. Anak pungut. Bukan anak aku tapi dia lebih dekat

dengan aku, dengan bapa kamu, daripada kamu semua ini. Wan bukan anak aku. Dia

menantu aku, tapi dia hambakan dirinya untuk aku. Dia dan Sani tahu membalas kasih

sayang dan budi yang selama ini aku dan bapa kamu beri.

SANI: Emak, cukuplah itu, emak. Emak penat.

SANI cuba mengendurkan ketegangan emaknya.

( dipetik daripada drama Tiang Cengal Dinding Sayung

Oleh Suriani Mohd. Yusof,

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010)

i. Apakah harapan Jimah terhadap anak-anaknya ketika dia menghadapi musibah?

( 2 markah )

ii. Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh anak-anak jika ibu bapa ditimpa malapetaka.

( 3 markah )

iii. Berikan satu pengajaran daripada petikan dan dua pengajaran dari keseluruhan drama.

( 3 markah )

Page 5: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- BAHASA MELAYU 2- SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

1103/2

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT 5

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan

ayat anda sendiri.

Sebermula adapun akan isteri saudagar itu, telah dilihat kelakuan raja demikian itu katanya,

“Hai Raja, kepada hati raja, hamba ini seperti perempuan yang lain itukah? Maka raja tiada tahu

malu dan sopan kepada segala manusia dan tidak takut akan azab Allah Taala. Jikalau hamba

mengerjakan pekerjaan yang demikian itu dan tiada diperkenankan oleh Allah sebagai lagi tiada

pada segala makhluk, muka yang mana hamba hendak pandangkan kepada orang, dan apalah jawab

tatkala di Padang Mahsyar di hadapan penghulu hamba Yang Maha Mulia itu. Bahawa

sesungguhnya pekerjaan itu akan mahsyur juga akhirnya dan lagi apabila didengar oleh suami

hamba, nescaya matilah hamba dibunuhnya. Syahadan lagi jika perempuan yang tiada berbudi lagi

hina zahil akalnya itu redalah ia mendapat malu dianya, tiada takut azab Allah Taala di dalam

neraka jahanam lima ratus ribu tahun lamanya itu, tiada ia takut asalkan ia dapat. Demikianlah

hamba dengar perihal orang orang yang menduakan suaminya itu. Adapun raja jika hamba hendak

berbuat khianat atas hamba raja dapat hamba perikan dia itu.

Setelah didengar oleh raja kata isteri saudagar itu maka raja pun tersenyum lalu bertitah, “Hai

ibuku, bahawa sesungguhnya telah taubatlah hamba daripada pekerjaan yang jahat itu!” Maka emas

yang dibawa itu habislah diberi raja kepada isteri saudagar itu. Hari itu juga raja kembali ke

negerinya diiringkan oleh orangnya yang empat itu. Setelah sudah sampai maka raja itu pun

menyuruh saudagar itu masuk ke dalam istana. Maka saudagar pun datang menghadapnya.

Seketika duduk maka titah raja, “ Hai bapaku, bahawa sungguh telah aku ambillah akan bapa

kepada aku dan isterimu pun aku ambilkan ibuku!”

( dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun

Antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud rangkai kata tidak diperkenankan berdasarkan konteks petikan di atas.

( 2 markah )

ii. Apakah yang diperkatakan oleh isteri saudagar kepada raja?

( 3 markah )

iii. Pada pendapat anda, mengapakah nasihat perlu diberi kepada seseorang dengan cara bijak

dan berhemah?

( 3 markah )

Page 6: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- BAHASA MELAYU 2- SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

1103/2

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT 6

Soalan 2(d) Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan

ayat anda sendiri.

MENGINTAI RUANG INSAF

Semakin berat kejahilan

terpikul di bahu

semakin jauh perjalanan

memburu nur-Mu

Sewaktu berlari di padang hidup

kerap kakiku tersadung selirat akar

kulitku tercalar duri pidana

pada samar kejauhan

ancala mulia makin kabur

dan menghilang

Sekadar songsong aksara kata

tanpa kembali ke tunjang makna,

“Apakah dalam saraf khilaf

dianugerahkan keinsafan?”

Rabb,

moga pintu taubat-Mu terbuka

sebelum api dari bara itu menyala

Syukri Abdullah

Sesudah Hujan Dahlia, 2002

Utusan Publications &Distibutors Sdn. Bhd.

(Dipetik daripada ANTOLOGI HARGA REMAJA

Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)

i. Berdasarkan sajak di atas , berikan maksud rangkai kata,

“Apakah dalam saraf khilaf

dianugerahkan keinsafan?”

( 2 markah )

ii. Mengapakah seseorang itu sering memandang ringan perintah dan ajaran agama?

( 3 markah )

iii. Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

( 4 markah )

Page 7: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- BAHASA MELAYU 2- SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

1103/2

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT 7

SOALAN 3

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

(30 MARKAH )

a. Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan

penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau

menggunakan frasa sebagai peribahasa atau kata nama khas.

i. bahasa asing

ii. bahasa hidup

iii. bahasa ibunda

iv. bahasa kebangsaan

v. bahasa peraga

vi. bahasa rojak

( 6 markah )

b. Teliti ayat-ayat di bawah dan susun semula menjadi AYAT SUSUNAN SONGSANG.

i. Mi kari dimasak oleh ibu.

ii. Sampah sarap yang banyak itu saya buang .

iii. Aminah dan Amnah akan menyertai pertandingan melukis.

iv. Buku itu dibaca oleh Ali kerana peperiksaan sudah hampir tiba.

v. Jalil berasa gembira apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan ini.

vi. Aqlima diisytiharkan oleh penganjur seminar itu sebagai peserta paling berwibawa.

( 6 markah )

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan.

Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan tanpa perlu menyalin semula ayat-ayat

tersebut. Anda tidak boleh meyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu

kesalahan imbuhan bagi setiap ayat.

i. Setelah penat menalaah buku, Rajan bersantai di beranda rumah untuk merehati mindanya.

ii. Aerofonik ialah kaedah menanam tumbuh-tumbuhan yang digantung di persekitaran rumah

hijau dengan menyembur larutan nutrien pada akar yang terjulur di udara.

iii. Ikhtisad negara perlu dibangunkan oleh rakyatnya sendiri malah penggantungan terhadap

tenaga kerja asing perlu diminimumkan.

( 6 markah )

Page 8: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- BAHASA MELAYU 2- SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

1103/2

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT 8

( d ) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan

bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya tanpa perlu menuli semula ayat-

ayat tersebut.Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 3 kesalahan penggunaan kata

atau istilah dan 3 kesalahan bahasa

Pada bulan Mac 2000, Thailand muncul sebagai negara keenam dunia dalam

penciplakan haiwan bila berjaya melahirkan anak lembu bernama “Ing”. Kejayaan ini

ditempa hasil dari idea inovatif pensyarah Fakulti Sains Haiwan, Chulalongkorn Universiti,

Dr. Rangsai Polpai. Sejak dari itu, kejayaan dalam bidang bioteknologi ini mencetuskan

pelbagai pertengkaran pendapat kerana dianggap bertentangan dengan nilai keagamaan dan

moral manusia.

( 6 markah )

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang

menggambarkan tiga situasi yang terdapat dalam petikan ini. Anda tidak boleh mengemukakan

lebih daripada tuga peribahasa.

Lam See Tong berada dalam keadaan serba salah. Dia tidak tahu sama ada mahu

melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan yang merupakan pilihan ibunya atau dalam

bidang seni bina yang merupakan pilihan ayahnya. Lam See Tong sendiri amat meminati

bidang kejuruteraan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu membantah kemahuan mereka

berdua. Kedua-dua ibu bapanya telah membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Segala

keperluannya semasa belajar akan dipenuhi oleh kedua-dua ibu bapanya. Bagi mengatasi

kekusutan ini, Lam See Tong mengajak kedua-dua ibu bapanya berbincang. Hasil daripada

perbincangan , kedua-dua ibu bapanya bersetuju agar Lam See Tong memilih jurusan yang

diminatinya iaitu kejuruteraan.

( 6 markah )

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang

berikut:

i. Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

ii. Kabus Di Perbukitan karya Mohammad Kholid Hamzah

(a) Jelaskan cara-cara yang digunakan oleh watak-watak untuk membantu menyelesaikan

masalah-masalah yang dihadapi sesama mereka.

[7 markah]

(b) Pengarang menggunakan pelbagai teknik plot dalam menghasilkan novel mereka. Satu

daripada teknik plot yang lazim digunakan ialah teknik „Imbas Kembali’. Berdasarkan

novel yang anda baca, kemukakan peristiwa-peristiwa yang menggunakan teknik „imbas

kembali‟ itu.

[8 markah]

------- Kertas Soalan Tamat------

Page 9: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- BAHASA MELAYU 2- SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

1103/2

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT 9

Page 10: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- BAHASA MELAYU 2- SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

1103/2

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT 10