peperiksaan akhir untuk pelajarsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 cetak penyata...

32
BUKU PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Disediakan oleh : Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan (BHEPep) Universiti Teknologi MARA

Upload: vothuan

Post on 13-May-2019

277 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

1

BUKU PANDUAN

PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Disediakan oleh :Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan (BHEPep)

Universiti Teknologi MARA

Page 2: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

2

Page 3: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

3

KANDUNGAN

MUKA SURAT

5 - 7

8

9

10

11

12 - 13

14 - 16

17

18

19

20

20

20

PERKARA Pengenalan

Bahagian 1 : Sebelum Peperiksaan

Panduan untuk pelajar sebelum menduduki peperiksaan

1.0 Keterangan aktiviti utama 2.0 Carta Alir Soalan-soalan Lazim (FAQ) Bahagian 2 : Semasa Peperiksaan

Panduan untuk pelajar semasa menduduki peperiksaan

1.0 Keterangan aktiviti utama 2.0 Carta Alir Soalan-soalan Lazim (FAQ)

Bahagian 3 : Selepas Peperiksaan

Panduan untuk pelajar selepas menduduki peperiksaan

1.0 Keterangan aktiviti utama

1.1 Melihat dan mencetak keputusan peperiksaan akhir

1.2 Tindakan untuk membuat Rayuan

Semak Semula (RSS) keputusan peperiksaan

Page 4: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

4

1.3 Permohonan Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) sekiranya mendapat status gagal dan diberhentikan

1.4 Tindakan pelajar sekiranya layak

menduduki Peperiksaan Khas 2.0 Carta Alir Soalan-soalan Lazim (FAQ)

Jawatankuasa Penyediaan Dokumen

20

21

22 - 25

27

29 - 30

Page 5: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

5

1.0 PENGENALAN

Buku ini disediakan sebagai panduan kepada pelajar UiTM berkaitan dengan hal ehwal peperiksaan yang perlu diketahui bermula dari sebelum peperiksaan, semasa peperiksaan dan selepas peperiksaan bagi memudahkan pelajar. Carta alir juga disediakan bagi setiap proses tersebut.

Buku panduan ini diharapkan dapat membantu para pelajar UiTM dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran dan seterusnya menjadi mahasiswa yang mampu bertindak secara profesional dan efektif.

2.0 DEFINISI/TAFSIRAN

BHEPep : Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan

BHEA : Bahagian Hal Ehwal Akademik (Fakulti/ Akademi/ Pusat/ Institut/ UiTM Negeri/ UiTM Cawangan)

Upep : Unit Peperiksaan

BGP : Bilik Gerakan Peperiksaan

KP : Ketua Pengawas

TD(A) : Timbalan Dekan (Akademik)

TR(A) : Timbalan Rektor (Akademik)

BUKU PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Page 6: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

6

KPP : Ketua Pusat Pengajian

RSS : Rayuan Semak Semula

SM : Sepenuh Masa

SML : Sepenuh Masa Lanjutan

PLK : Pengajian Luar Kampus

PJJ : Pangajian Jarak Jauh

F/A/P/I/N/C : Fakulti/ Akademi/ Pusat/ Institut/ UiTM Negeri/UiTM Cawangan

SIMS : Sistem Pengurusan Pelajar Bersepadu (Student Integrated Management System)

RES TEMPLATE

: Sistem Kemasukan Markah (Result Entry System)

JWP : Jadual Waktu Peperiksaan

JPP : Jadual Pengawasan Peperiksaan

JPKS : Jadual Pengambilan Kertas Soalan

SRD : Sahsiah Rupa Diri

7

Page 7: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

7

Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan

Rujuk JWP muktamad

Daftar Kursus dan Bayar Yuran

Buat Validasi Kursus

Buat persiapan

Patuhi Peraturan Sahsiah Rupa Diri (SRD)

Patuhi arahan Ketua Pengawas sepanjang peperiksaan

Bawa Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan dan Kad Pelajar

Isi maklumat pada Slip Kedatangan Peperiksaan dan Buku Jawapan

Pastikan semua soalan dijawab berdasarkan arahan pada kertas soalan

Memohon Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP)

jika perlu dan layak

Memohon dan duduki Peperiksaan Khas jika layak

Pelajar melihat dan mencetak keputusan peperiksaan

Memohon Rayuan Semak Semula Keputusan Peperiksaan (RSS)

jika perlu dan layakPastikan kelengkapan peperiksaan mencukupi

Pastikan tarikh, masa dan tempat yang betul

SELEPAS PEPERIKSAANSEMASA PEPERIKSAANSEBELUM PEPERIKSAAN

Pastikan kebersihan dan susun atur kerusi dan meja berada dalam keadaan asal

DOKUMEN RUJUKAN1. Peraturan Akademik UiTM2. i-Student Portal3. Glosari Istilah Peperiksaan dan

Penilaian Pelajar UiTM4. Manual Pengurusan Peperiksaan

Akhir UiTM

HAL EHWAL PEPERIKSAAN YANG PERLU DIKETAHUI PELAJAR

7

Patuhi peraturan SRD Pelajar UiTM

Pastikan semua soalan dijawab dalam Bahasa Inggeris kecuali kursus yang

telah diluluskan oleh Senat

Serahkan Buku Jawapan yang lengkap

Page 8: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

8

Sebelum Peperiksaan....

1.Daftar kursus dan jelaskan

yuran pengajian

2. Validasi Kursus

6.Patuhi Peraturan Sahsiah

Rupa Diri (SRD)

5.Buat persiapan

peralatan/keperluan menjawab peperiksaan

4.Rujuk

JWP muktamad

3.Cetak Penyata

Kelayakan Menduduki Peperiksaan

Page 9: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

9

BAHAGIAN 1 : SEBELUM PEPERIKSAAN

1.0 KETERANGAN AKTIVITI UTAMA

1.1 Pelajar hendaklah mendaftar kursus berdasarkan pelan pengajian dan membayar yuran pengajian bagi membolehkan pelajar menduduki peperiksaan.

1.2 Pelajar hendaklah membuat validasi kursus. Sekiranya terdapat kesilapan pendaftaran kursus, pelajar perlu merujuk kepada Penasihat Akademik / Pejabat HEA Fakulti / UiTM Negeri / Kampus Cawangan untuk membuat pengemaskinian.

1.3 Pelajar hendaklah menyemak dan mencetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan yang boleh dimuat turun di i-student portal.

1.4 Pelajar hendaklah menyemak dan merujuk Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) muktamad yang dikeluarkan Pejabat HEA Fakulti / UiTM Negeri/Kampus Cawangan. Semak kod kursus, tarikh, masa dan tempat peperiksaan yang berkaitan.

1.5 Membuat persiapan dengan menyediakan peralatan dan keperluan menjawab peperiksaan yang sesuai seperti kalkulator, kamus, alat tulis dan lain-lain.

1.6 Patuhi Peraturan Sahsiah Rupa Diri (SRD).

Page 10: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

10

CARTA ALIR PROSES SEBELUM PEPERIKSAAN

Tanggungjawab

Pelajar

Pelajar

Pelajar

Pelajar

Pelajar

Pelajar

Proses Kerja

Daftar kursus dan bayar yuran pengajian untuk menduduki peperiksaan

Buat validasi Pendaftaran Kursus. Rujuk kepada Penasihat Akademik/ Pejabat Akademik Fakulti/ UiTM Negeri/ Cawangan sekiranya terdapat pengemaskinian pendaftaran kursus

Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan

Rujuk JWP muktamad – kod kursus, tarikh, masa dan tempat

Buat persiapan peralatan dan keperluan menjawab peperiksaan

Patuhi Peraturan Sahsiah Rupa Diri (SRD) untuk menduduki peperiksaan.

Aliran Kerja

MULA

TAMAT

Page 11: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

11

Soalan-Soalan Lazim

1. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya Penyata Menduduki Peperiksaan saya tidak menyenaraikan kursus yang saya daftarkan?

Pelajar hendaklah merujuk kepada Penasihat Akademik / Pejabat Hal Ehwal Akademik Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan untuk tindakan lanjut.

2. Apakah prosedur sekiranya saya ditimpa kemalangan sebelum

peperiksaan dijalankan dan saya ingin menduduki peperiksaan?

Perkara-perkara yang perlu dilakukan:i. Pelajar hendaklah melaporkan secara lisan kepada Penasihat

Akademik / Pejabat Hal Ehwal Akademik Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan.

ii. Pelajar hendaklah membuat permohonan secara bertulis dengan menulis surat rasmi berserta dengan dokumen sokongan (laporan perubatan, laporan polis dan lain-lain) kepada Dekan Fakulti / Rektor UiTM Negeri / Cawangan.

3. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya sakit dan tidak

boleh menduduki peperiksaan?

Pelajar hendaklah mendapatkan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor dari Pusat Kesihatan UiTM / Klinik Kerajaan / Pusat Kesihatan Kerajaan / Hospital Kerajaan / Pegawai Perubatan dari Panel Perubatan Majikan pelajar masing-masing dan diserahkan kepada pejabat HEA Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan dalam tempoh 24 jam setelah tamatnya peperiksaan kursus tersebut.

4. Sekiranya saya menghadapi masalah untuk menulis dan saya ingin

menggunakan komputer riba bagi menjawab soalan peperiksaan, apakah yang perlu saya lakukan?

Pelajar hendaklah membuat permohonan secara bertulis dengan menulis surat rasmi berserta laporan perubatan mengenai masalah kesihatan yang dihadapi kepada Dekan Fakulti / Rektor UiTM Negeri / Cawangan.

5. Sekiranya saya perlukan tambahan masa bagi menjawab soalan

peperiksaan kerana menghadapi masalah untuk menulis, apakah yang perlu dilakukan?

Pelajar hendaklah membuat permohonan secara bertulis dengan menulis surat rasmi berserta laporan perubatan mengenai masalah kesihatan yang dihadapi kepada Dekan Fakulti / Rektor UiTM Negeri / Cawangan.

Page 12: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

12

Semasa Peperiksaan....

3.Patuhi arahan Ketua

Pengawas sepanjang peperiksaan

2.Patuhi peraturan

SRD UiTM

1.Bawa Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan

dan Kad Pelajar

PASTIKAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT YANG BETUL

4.Isi maklumat pada

Slip Kedatangan Peperiksaan dan buku

jawapan

Page 13: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

13

5.Pastikan semua soalan dijawab berdasarkan arahan pada kertas

soalan

7.Pastikan kebersihan

dan susun atur kerusi dan meja berada dalam

keadaan asal

6.Serahkan buku jawapan yang

lengkap

PASTIKAN KELENGKAPAN PEPERIKSAAN MENCUKUPI

8.Keluar dari tempat

peperiksaan dengan tertib

Semasa Peperiksaan....

Page 14: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

14

BAHAGIAN 2 : SEMASA PEPERIKSAAN

1.0 KETERANGAN AKTIVITI UTAMA 1.1 Pelajar hendaklah memastikan masa dan tempat

yang betul bagi kod kursus peperiksaan yang diduduki.

1.2 Pelajar hendaklah membawa Penyata Kelayakan

Menduduki Peperiksaan dan Kad Pelajar sebelum masuk ke tempat peperiksaan serta mematuhi sahsiah rupa diri UiTM.

1.3 Pelajar hendaklah memastikan kelengkapan

menduduki peperiksaan mencukupi. 1.4 Mematuhi arahan Ketua Pengawas Peperiksaan

sepanjang menduduki peperiksaan. 1.5 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke tempat

peperiksaan setelah 30 minit peperiksaan bermula dan tidak dibenarkan meninggalkan tempat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan berakhir.

1.6 Melengkapkan maklumat pada Slip Kedatangan

Peperiksaan dan buku jawapan. 1.7 Memastikan semua soalan dijawab berdasarkan

arahan pada kertas soalan.

1.7.1 Perkara yang tidak dibenarkan semasa menduduki peperiksaan:

i. Meniru. ii. Membawa masuk nota iii. Membawa masuk “electronic devices”iv. Berkomunikasi atau mengganggu

ketenteraman pelajar lain.

Sekiranya tertangkap, pelajar akan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman seperti pada Kaedah 48 (Akta 174);

Page 15: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

15

a. amaran;

b. denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;

c. penggantungan daripada mana-mana daripada atau kesemua kemudahan Institusi selama tempoh yang ditentukan;

d. penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi selama tempoh yang ditentukan;

e. penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di Institusi;

f. penyingkiran daripada mana-mana bahagian Institusi selama tempoh yang ditentukan;

g. pembuangan daripada Institusi,

1.8 Soalan Peperiksaan Akhir (Item) mestilah dijawab dalam Bahasa Inggeris kecuali kursus yang telah diluluskan oleh Senat

1.9 Memastikan semua buku jawapan yang telah dijawab diserahkan kepada Pengawas Peperiksaan sewaktu proses pengumpulan buku jawapan.

1.10 Pelajar hanya dibenarkan membawa keluar kertas soalan peperiksaan sahaja. Buku jawapan tambahan, kertas atau dokumen yang disediakan tidak dibenarkan dibawa keluar dari tempat peperiksaan.

1.11 Memastikan kebersihan serta susun atur kerusi/

meja berada dalam keadaan asal dan pelajar dikehendaki keluar dari tempat peperiksaan dengan tertib.

Page 16: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

16

MENIRU BUKAN

BUDAYA KITA

ANDA BOLEH DIKENAKAN

TINDAKAN TATATERTIB!

Page 17: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

17

CARTA ALIR PROSES SEMASA PEPERIKSAAN

Tanggungjawab

Pelajar

Pelajar

Pelajar

Pelajar

Pelajar

Pelajar

Pelajar

Pelajar

Pelajar

Pelajar

Proses Kerja

Pastikan tarikh, masa dan tempat yang betul bagi kod kursus peperiksaan yang diduduki

Bawa Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan dan Kad Pelajar

Patuhi peraturan Sahsiah Rupa Diri (SRD) Pelajar UiTM

Pastikan kelengkapan menduduki peperiksaan mencukupi

Patuhi arahan Ketua Pengawas Peperiksaan sepanjang menduduki peperiksaan

Lengkapkan maklumat pada Slip Kedatangan Peperiksaan dan buku jawapan

Pastikan semua soalan dijawab berdasarkan arahan pada kertas soalan

Pastikan semua soalan dijawab dalam Bahasa Inggeris kecuali kursus yang telah diluluskan oleh Senat

Serahkan buku jawapan yang lengkap kepada Pengawas Peperiksaan semasa proses pengumpulan buku jawapan

Pastikan kebersihan serta susun atur kerusi/meja berada dalam keadaan asal dan dikehendaki keluar dari tempat peperiksaan dengan tertib.

Aliran Kerja

MULA

TAMAT

17

Page 18: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

18

Soalan-Soalan Lazim

1. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya kad pelajar saya hilang?

Sebelum peperiksaan: Pelajar hendaklah melaporkan kehilangan kad pelajar di Pejabat

Polis Bantuan UiTM untuk proses membuat kad pelajar yang baharu.

Semasa Peperiksaan: Pelajar hendaklah melaporkan kehilangan kad pelajar kepada

Pejabat Hal Ehwal Akademik Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan untuk mendapatkan kebenaran bertulis menduduki peperiksaan.

Pelajar dikehendaki melaporkan kehilangan kad pelajar di Pejabat Polis Bantuan UiTM untuk proses membuat kad pelajar yang baharu sejurus selepas peperiksaan kod kursus tersebut tamat.

2. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya Penyata Kelayakan

Menduduki Peperiksaan hilang / tidak boleh mencetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan sedangkan peperiksaan saya akan bermula sebentar lagi?

Semasa Peperiksaan: Pelajar perlu melaporkan kepada Pejabat Hal Ehwal Akademik

Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan dengan kadar yang segera untuk mendapatkan kebenaran bertulis menduduki peperiksaan.

3. Bagaimanakah prosedur menduduki peperiksaan untuk pelajar

rabun/buta?

Pelajar hendaklah membuat permohonan secara bertulis dengan menulis surat rasmi berserta laporan perubatan mengenai masalah kesihatan yang dihadapi kepada Dekan Fakulti / Rektor UiTM Negeri / Cawangan pada awal semester.

4. Sekiranya saya menghadapi masalah yang tidak boleh dielakkan,

bolehkah saya mengambil peperiksaan di kampus lain? Pelajar perlu memaklumkan / memohon kepada Penasihat

Akademik / Pejabat Hal Ehwal Akademik di Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan untuk dipertimbangkan menduduki peperiksaan di kampus lain.

Page 19: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

19

4.Pohon Rayuan

Meneruskan Pengajian (RMP) jika layak

3.Pohon dan

duduki Peperiksaan Khas jika layak

2.Pohon Rayuan Semak Semula

Keputusan Peperiksaan (RSS)

jika layak

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

RASMI DIUMUMKAN

1.Lihat dan Cetak

Keputusan Peperiksaan

Selepas Peperiksaan....

Page 20: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

20

BAHAGIAN 3 : SELEPAS PEPERIKSAAN

1.0 KETERANGAN AKTIVITI UTAMA

1.1 Pelajar boleh melihat dan mencetak keputusan peperiksaan setelah keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi.

1.2 Sekiranya pelajar ingin membuat Rayuan Semak

Semula (RSS) keputusan peperiksaan bagi kod kursus yang telah diambil, pelajar hendaklah membuat tindakan berikut:

1.2.1 Mengisi Borang Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan (HEA/RA/PP-2000-7).

1.2.2 Membuat bayaran di Unit Kewangan Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan.

1.2.3 Menghantar borang permohonan, keputusan peperiksaan dan resit bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan peperiksaan rasmi dikeluarkan ke Pejabat Hal Ehwal Akademik di Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan.

1.2.4 Keputusan Rayuan Semak Semula (RSS) yang berjaya akan mencatatkan perubahan pada keputusan peperiksaan di i-Student Portal.

1.3 Jika pelajar gagal dan diberhentikan:

1.3.1 Pelajar boleh membuat Rayuan Meneruskan

Pengajian (RMP) dengan mengisi Borang RMP yang boleh didapati di i-Student Portal.

1.3.2 Membuat bayaran di Unit Kewangan Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan.

1.3.3 Menghantar borang RMP, keputusan peperiksaan dan resit bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan peperiksaan rasmi dikeluarkan ke Pejabat Hal Ehwal Akademik di Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan.

Page 21: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

21

1.3.4 Keputusan RMP akan dipaparkan di i-Student Portal. Sekiranya berjaya, pelajar hendaklah mendaftar kursus, membayar yuran pengajian dan menghadiri kuliah.

1.4 Bagi pelajar semester akhir (layak menduduki Peperiksaan Khas berdasarkan Peraturan Akademik Universiti) :

1.4.1 Memohon Menduduki Peperiksaan Khas

secara online di i-Student Portal. 1.4.2 Membuat bayaran di Cawangan Bank Islam

Malaysia Berhad (BIMB) yang berhampiran. 1.4.3 Merujuk kepada Pejabat Hal Ehwal Akademik

di Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan untuk mendapatkan maklumat tentang peperiksaan khas bagi kursus yang didaftarkan.

1.4.4 Hadir dan menduduki Peperiksaan Khas

seperti yang didaftarkan. 1.4.5 Keputusan Peperiksaan Khas akan dipapar di

i-Student Portal.

Page 22: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

22

CARTA ALIR PROSES MELIHAT DAN MENCETAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR

Tanggungjawab

Pelajar

Pelajar

Pelajar

Proses Kerja

Pelajar ambil maklum tarikh keputusan peperiksaan

Pelajar boleh melihat keputusan peperiksaan melalui email (yang didaftarkan di i-Student Portal) atau di laman web i-Student Portal

Pelajar mencetak keputusan peperiksaan tersebut untuk rekod dan rujukan

Aliran Kerja

MULA

TAMAT

Page 23: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

23

CARTA ALIR PROSES TINDAKAN UNTUK MEMBUAT RAYUAN SEMAK SEMULA (RSS)

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Tanggungjawab

Pelajar

Pelajar

Pelajar

InfoTech

Proses Kerja

Mengisi Borang Rayuan Semak Semula (RSS) Keputusan Peperiksaan

Membuat bayaran di Unit kewangan Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan

Menghantar borang permohonan, keputusan peperiksaan dan resit bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan peperiksaan rasmi dikeluarkan ke pejabat HEA Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan

Keputusan RSS yang berjaya akan mencatatkan perubahan pada keputusan peperiksaan di i-Student Portal

Aliran Kerja

MULA

TAMAT

Page 24: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

24

CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN SEKIRANYA

MENDAPAT STATUS GAGAL DAN DIBERHENTIKAN

Tanggungjawab

Pelajar

Pelajar

Pelajar

InfoTech

Proses Kerja

Pelajar boleh membuat Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) dengan mengisi Borang RMP yang boleh didapati di i-Student Portal

Membuat bayaran di Unit Kewangan Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan

Menghantar borang RMP, keputusan peperiksaan dan resit bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan peperiksaan rasmi dikeluarkan ke pejabat HEA Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan

Keputusan RMP akan dipaparkan di i-Student Portal. Sekiranya berjaya, pelajar perlu mendaftar kursus, membayar yuran pengajian dan menghadiri kuliah.

Aliran Kerja

MULA

TAMAT

Page 25: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

25

CARTA ALIR PROSES TINDAKAN PELAJAR SEKIRANYA LAYAK

MENDUDUKI PEPERIKSAAN KHAS

Tanggungjawab

Pelajar

Pelajar

Pelajar

Pelajar

InfoTech

Proses Kerja

Memohon Menduduki Peperiksaan Khas secara online di i-Student Portal

Membuat bayaran di Cawangan BIMB yang berhampiran

Merujuk kepada Pejabat HEA di Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan untuk mendapatkan maklumat tentang peperiksaan khas bagi kursus yang didaftarkan

Hadir dan menduduki peperiksaan khas seperti yang didaftarkan

Keputusan peperiksaan khas akan dipaparkan di i-Student Portal

Aliran Kerja

MULA

TAMAT

Page 26: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

26

Page 27: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

27

Soalan-Soalan Lazim

1. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tertinggal keperluan peperiksaan di luar tempat peperiksaan semasa peperiksaan berlangsung?

Pelajar hendaklah mengangkat tangan dan memohon kebenaran

Ketua Pengawas / Pengawas untuk mengambil keperluan di luar tempat peperiksaan dengan diiringi seorang Pengawas / Pembantu Pengawas.

2. Adakah saya masih boleh menduduki peperiksaan sekiranya

saya hadir selepas 30 minit peperiksaan berlangsung? Tidak boleh (Rujuk Peraturan Peperiksaan Akhir).

3. Saya terbawa keluar buku/helaian jawapan selepas peperiksaan

tamat dan pelajar telah keluar dari tempat peperiksaan. Bolehkah saya menghantar buku / helaian jawapan tersebut?

Tidak boleh. 4. Bolehkah saya membuat Rayuan Semak Semula (RSS) sekiranya

saya tidak berpuashati dengan gred/keputusan kod kursus yang tiada peperiksaan akhir?

Tidak boleh (Rujuk Perkara 2.26, Peraturan Akademik Universiti).

5. Bolehkah saya membuat Rayuan Semak Semula (RSS) sekiranya

saya tidak berpuashati dengan keputusan Peperiksaan Khas / Peperiksaan Intersesi?

Tidak boleh (Rujuk Perkara 2.26, Peraturan Akademik Universiti).

Page 28: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

28

Page 29: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

29

JAWATANKUASA PENYEDIAAN DOKUMENBUKU PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

PENGERUSI

Puan Azida AzmiPengarah

Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan(Januari 2012 - Disember 2013)

Puan Hajah Nor Hashimah Haji RahmatPengarah

Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan(Disember 2013 - Kini)

PENYEDIA :

Encik Mohd Rafizi RahmadPenolong Pendaftar Kanan

Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM (Perak)

Encik Ak Ashaari Ak YussofPenolong Pendaftar

Bahagian Hal Ehwal PeperiksaanUiTM Shah Alam

Encik Mohd Yazed Abd RazakPenolong Pendaftar

Bahagian Hal Ehwal AkademikUiTM Cawangan Pulau Pinang

Encik Hairul Nizam OthmanPenolong Pendaftar

Bahagian Hal Ehwal AkademikUiTM Cawangan Kedah

Encik Mohd Fadil YusofPenolong Pendaftar

Bahagian Hal Ehwal AkademikUiTM Cawangan Johor

Encik Shamsol Kamal ShariffudinPenolong Pendaftar

Bahagian Hal Ehwal AkademikFakulti Perakaunan

UiTM Shah Alam

Page 30: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

30

Puan Aminah AmanPenolong Pendaftar

Bahagian Hal Ehwal AkademikUiTM Cawangan Sabah

Puan Nor Haizah MokhtarPenolong Pendaftar

Bahagian Hal Ehwal AkademikFakulti Muzik

UiTM Shah Alam

Encik Muhammad Syuhairi ZakariaPegawai Kokurikulum

Pusat KokurikulumUiTM Shah Alam

REKA LETAK & GRAFIK

Encik Rosman YahyaPegawai Eksekutif

Bahagian Hal Ehwal PelajarUiTM Shah Alam

Page 31: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

31

Bahagian Hal Peperiksaan (BHEPep) merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menerbitkan

Buku Panduan Peperiksaan Akhir Untuk Pelajar

Universiti Teknologi MARA Semoga dengan usaha murni ini dan sumbangan yang

diberikan mendatangkan manfaat kepada Bangsa, Agama dan Negara.

Penghargaan

Page 32: PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJARsabah.uitm.edu.my/v1/images/hea/panduanexampelajar.pdf7 Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan Rujuk JWP muktamad Daftar Kursus dan Bayar Yuran

32