peperiksaan akhir tahun sivik tingkatan 1

8
1 Bahagian A: Soalan Objektif (60 MARKAH) Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 1 Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan demokrasi? A Kerajaan yang memerintah dengan adil. B Kerajaan yang dimonopoli oleh kerabat diraja. C Kerajaan yang dipilih oleh rakyat. D Kerajaan yang mempunyai penyokong yang ramai. 2 Kerajaan yang akan memerintah negara dipilih melalui proses A pelantikan. B pilihan raya. C perundingan. D pewarisan takhta. 3 Sistem raja berpelembagaan ialah A sistem beraja yang dilantik oleh pemerintah. B sistem beraja yang dipilih melalui sistem monarki. C sistem beraja yang dipilih oleh kerajaan pusat. D sistem beraja yang menepati perlembagaan negara. 4 Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong terhadap negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan? A Menjadi ketua agama Islam. B Mentauliahkan duta-duta negara. C Mengurniakan darjah kehormatan. D Merupakan lambang perpaduan di negeri-negeri tersebut. 5 Apakah tanggungjawab rakyat dalam mengekalkan sistem demokrasi negara? A Mengundi dalam pilihan raya. B Menggunakan bantuan kerajaan untuk kepentingan diri. C Mengkritik pentadbiran yang tidak berkesan. D Menambahkan bilangan parti politik. 6 Kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat bertanggungjawab A melaksanakan dasar pembangunan negara. B menjaga kebajikan rakyat yang telah memilih. C membangunkan kawasan yang dimenanginya sahaja. D menjalankan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong. PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Upload: syazwani-mueedin

Post on 06-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

TRANSCRIPT

Page 1: Peperiksaan Akhir Tahun Sivik Tingkatan 1

1

Bahagian A: Soalan Objektif (60 MARKAH)

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan demokrasi? A Kerajaan yang memerintah dengan adil. B Kerajaan yang dimonopoli oleh kerabat diraja. C Kerajaan yang dipilih oleh rakyat. D Kerajaan yang mempunyai penyokong yang ramai.

2 Kerajaan yang akan memerintah negara dipilih melalui proses A pelantikan. B pilihan raya. C perundingan. D pewarisan takhta.

3 Sistem raja berpelembagaan ialah A sistem beraja yang dilantik oleh pemerintah. B sistem beraja yang dipilih melalui sistem monarki. C sistem beraja yang dipilih oleh kerajaan pusat. D sistem beraja yang menepati perlembagaan negara.

4 Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong terhadap negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan? A Menjadi ketua agama Islam. B Mentauliahkan duta-duta negara. C Mengurniakan darjah kehormatan. D Merupakan lambang perpaduan di negeri-negeri tersebut.

5 Apakah tanggungjawab rakyat dalam mengekalkan sistem demokrasi negara? A Mengundi dalam pilihan raya. B Menggunakan bantuan kerajaan untuk kepentingan diri. C Mengkritik pentadbiran yang tidak berkesan. D Menambahkan bilangan parti politik.

6 Kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat bertanggungjawab A melaksanakan dasar pembangunan negara. B menjaga kebajikan rakyat yang telah memilih. C membangunkan kawasan yang dimenanginya sahaja. D menjalankan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong.

7 Rakyat berhak memilih wakil rakyat melalui proses pilihan raya yang diadakan setiap _____ tahun sekali. A tiga B empat C lima D enam

8 Wakil rakyat akan menyuarakan pendapat mereka melalui persidangan di _________________. A Parliman. B Dewan Rakyat. C Dewan Negara. D Suruhanjaya Pilihan Raya.

9 Rakyat berpeluang memilih kerajaan yang mentadbir melalui A pilihan raya. B undang-undang. C perlembangaan. D proses perundangan.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Page 2: Peperiksaan Akhir Tahun Sivik Tingkatan 1

2

10 Kita dapat mengamalkan prinsip demokrasi di dalam kelas dengan cara A melaungkan perkataan demokrasi beramai-ramai. B membuat bising di dalam kelas apabila tiada guru. C menghormati adat resam dan budaya rakan-rakan yang berbilang kaum. D merosakkan harta benda sekolah.

11 Kelebihan sistem demokrasi dalam memilih tokoh murid di sekolah ialah A dapat memilih rakan yang rapat. B dapat mewujudkan persaingan antara rakan-rakan. C dapat memilih calon yang berkelayakan. D dapat mengambil hati rakan yang tercalon sebagai tokoh murid.

12 Mengapakah kita perlu mengamalkan sikap saling menghormati antara satu sama lain? A Mewujudkan semangat perpaduan. B Mewujudkan semangat kekitaan. C Mewujudkan semangat berpersatuan. D Mewujudkan semangat persefahaman.

13 Kita boleh membentuk jati diri yang positif melalui A usaha yang berterusan. B pendidikan akademik di sekolah. C bakat dan potensi diri. D didikan agama dan moral.

14 Antara berikut, yang manakah menunjukkan sikap empati? A Menghulurkan derma tanpa mengharapkan balasan. B Memberi bantuan kewangan untuk menunjuk-nunjuk. C Menghulurkan bantuan kerana mahu menjaga hati seseorang. D Mengharapkan sesuatu apabila memberi sebarang bantuan atau pertolongan.

15 Apakah maksud kelestarian alam sekitar? A Menjaga keindahan alam sekitar. B Mengekalkan keadaan alam sekitar. C Membawa perubahan kepada alam sekitar. D Berusaha untuk memulihara alam sekitar.

16 Pilih warganegara yang mempunyai kesedaran sivik. A Menjaga harta benda awam untuk kepentingan bersama-sama. B Melakukan sesuatu tindakan untuk kepentingan diri sendiri. C Melanggar peraturan dan undang-undang negara. D Membaik pulih kemudahan awam yang rosak.

17 Apakah kelebihan mempunyai jati diri dalam menghadapi cabaran? A Menjadikan diri lebih berkualiti. B Dapat menunjukkan kehebatan diri. C Diri akan mendapat pujian daripada orang lain. D Dapat menaikkan imej dan maruah diri.

18 Individu yang mempunyai kesedaran sivik ialah individu yang A mempunyai pendidikan agama dan moral. B mematuhi norma-norma dalam masyarakat. C mempunyai perasaan empati terhadap golongan kurang upaya. D sering menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Page 3: Peperiksaan Akhir Tahun Sivik Tingkatan 1

3

19 Pilih situasi yang menggambarkan individu yang mempunyai kesedaran sivik. A Faizal membuang sampah melalui tingkap keretanya. B Roslan tidak menutup paip air di tandas awam dengan betul. C Suhana memberikan tempat duduk kepada nenak tua. D Chong Wei memotong barisan ketika membeli makanan di kantin.

20 Kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan melalui A Setiap kaum bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing. B Wujud diskkriminasi antara kaum dalam bidang ekonomi. C Bantuan kemanusiaan untuk mangsa bencana alam sukar diperoleh. D Berlaku pencemaran di kawasan bandar

21 Perpaduan antara kaum dapat dipupuk melalui perlakuan yang berikut. A Mencontohi cara hidup orang lain. B Menjauhkan diri daripada masyarakat agar tidak berlaku pertelingkahan. C Mengambil tahu hal peribadi orang lain. D Mengamalkan sikap bertolak ansur dalam masyarakat.

22 Antara berikut, penyataan manakah yang menggambarkan kehidupan masyarakat yang sejahtera? A Setiap kaum bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing. B Wujud diskriminasi antara kaum dalam bidang ekonomi. C Bantuan kemanusiaan untuk mangsa bencana alam sukar diperoleh. D Berlaku pencemaran di kawasan bandar.

23 Kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan sekiranya kita mengamalkan sikap A pesimistik. B bersatu padu. C individualistik. D berdaya saing.

24 Perlakuan menyayangi dan menghargai alam sekitar dapat ditunjukkan dengan cara A membuka kawasan perindustrian di luar bandar. B melaporkan kegiatan yang mencemarkan persekitaran kepada pihak berkuasa. C meneroka kawasan tadahan air. D menjadikan binatang yang telah diawet sebagai perhiasan.

25 Mengapakah kita perlu mengekalkan kelestarian alam sekitar? A Alam sekitar membantu meneruskan kelangsungan hidup makhluk lain. B Alam sekitar menyumbang kepada kekayaan negara. C Alam sekitar menggambarkan sikap masyarakat di sesuatu tempat. D Alam sekitar memerlukan kos yang tinggi untuk dipelihara.

26 Siapakah yang dimaksudkan dengan golongan kurang upaya? A Orang yang mengalami masalah kesihatan. B Orang yang tidak pandai berdikari dalam mencapat matlamat hidupnya. C Orang yang tidak mampu melaksanakan sesuatu tugas. D Orang yang tidak mampu memenuhi keperluan seperti individu normal.

27 Anda mempunyai seorang rakan yang datang daripada keluarga yang miskin. Dia berazam untuk mengubah kehidupan keluarganya dengan belajar bersungguh-sungguh. Bagaimanakah anda dapat membantu rakan anda itu mencapai cita-citanya? A Mengajaknya tinggal bersama-sama agar dapat belajar dengan selesa. B Meminjamkan buku rujukan yang tidak mampu dimilikinya.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Page 4: Peperiksaan Akhir Tahun Sivik Tingkatan 1

4

C Memberikan wang saku kepadanya pada setiap hari. D Meminta rakan-rakan membantunya secara bergilir-gilir.

28 Apakah cabaran utama dalam mewujudkan masyarakat yang sejahtera? A Perpaduan kaum. B Ketidakseimbangan ekonomi. C Pembangunan tidak menyeluruh. D Kegagalan pelaksanaan dasar kerajaan.

29 Bagaimanakah layanan yang harus diberikan kepada golongan kurang berupaya? A Menghormati kemudahan dan keistimewaan yang disediakan untuk mereka. B Memastikan mereka sentiasa berada dalam kelompok yang sama. C Menggalakkan mereka hidup berdikari tanpa bantuan orang lain. D Menyedarkan mereka tentang kelemahan dan kekurangan diri.

30 Apakah cabaran yang sering dihadapi oleh golongan kurang berupaya? A Kekurangan kemudahan untuk memajukan diri. B Sikap masyarakat yang memandang rendah kebolehan mereka. C Dasar kerajaan tidak menitikberatkan kebajikan mereka. D Ketiadaan pertubuhan yang dapat menjaga kebajikan mereka

Bahagian B : 20 MARKAH

Tandakan (/) pada pernyataan yang benar dan (X) pada pernyataan yang salah.

1. Pengawas sekolah sahaja yang perlu menjaga nama baik sekolah ( )

2. Setiap pertandingan yang melibatkan pasukan sekolah anda perlu diberikan

sokongan moral ( )

3. Persekitaran sekolah yang bersih dapat menjana pemikiran yang sihat ( )

4. Penghayatan nilai murni perlu bagi murid yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral

sahaja ( )

5. Menjaga imej sekolah ialah tanggungjawab pengetua dan guru semata-mata ( )

6. Menjaga keselamatan sekolah ialah tanggungjawab anggota polis sahaja ( )

7. Masyarakat setempat wajar untuk bersama-sama menjaga dan meningkatkan imej

sekolah ( )

8. Sekolah adalah satu-satunya institusi untuk membentuk disiplin dan akhlak murid ( )

9. Murid yang gagal dalam peperiksaan akan mencemarkan nama sekolah ( )

10. Semua murid perlu bersikap positif sama ada di dalam mahupun di luar sekolah ( )

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Page 5: Peperiksaan Akhir Tahun Sivik Tingkatan 1

5

Bahagian C: Soalan Struktur (20 MARKAH)

1) isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.(10 markah)

Penyelesaian Pertimbangan Keyakinan Mengelak Keputusan

a) Menghadapi sesuatu masalah atau konflik, kita tidak seharusnya ____________ daripada masalah tersebut tetapi mesti cuba menyelesaikan.

b) Setiap masalah atau ringtangan yang dihadapi dalam hidup ini pasti ada jalan ___________ yang terbaik

c) Setelah membuat ____________ terhadap konflik yang dihadapi, kita mesti yakin dengan keputusan yang telah kita pilih.

d) Seseorang yang mempunyai _________ yang tinggi akan sanggup menghadapi apa jua cabaran dan mampu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul walaupun bersendirian.

e) Orang yang selalu bergantung kepada orang lain untuk menyelesaikan masalahnya tidak akan dapat membuat __________ sendiri apabila menghadapi masalah pada masa akan datang.

2. Tandakan BETUL atau SALAH bagi situasi-situasi yang diberikan( 10 markah)

1. Keluarga yang harmoni akan melahirkan generasi yang mementinkan diri sendiri

2. kita harus menghormati orang yang lebih tua daripada kita dengan cara mengejek-gejek nasihat mereka.3. Datuk Scallie sedang sakit dan dirawat di hospital. Scallie telah melawat datuknya sambil membawa buah tangan. 4. Setiap anak mesti membalas jasa ibu bapa dengan membiarkan mereka bersendirian dikampung.5. kita dilarang menganiayai anggota keluarga kerana perbuatan tersebut boleh meregangkan hubungan kekeluargaan

KERTAS SOALAN TAMAT

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN