penyusunan ayat dan surah al quran

Upload: amalah69

Post on 19-Oct-2015

61 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ULUMUL QURAN

TRANSCRIPT

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN TOPIK 6 TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH ALQURAN PENGENALAN Dalam topik ini kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Ko nsep penyusunan ayat, bilangan ayat dan penyusunan surah-surah Penndetailan topi k-topik besar di atas merangkumi topik-topik kecil antaranya; maksud cara dan pa ndangan ulama mengenai ayat-ayat Al-Quran, penentuan bilangan ayat Al-Quran dan pendapat ulama mengenainya, kefahaman maksud surah dan hikmah penamaannya. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda dapat: 1. menghuraikan maksud istilah-istilah ayat dan surah dan istilah-istilah lain yang berkaitan dengan kedua-duannya; 2. menyataka n hikmah-hikmah penentuan ayat dan surah-surah al-Quran; dan 3. menjelaskan pend apat-pendapat ulama mengenai ayat-ayat dan surah al-quran dan menyatakan kesimpu lan mengenai kedua-duanya. PETA MINDA 80 OUM

TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN 6.1 KONSEP PENYUSUNAN AYAT Kita sering kali menyatakan ayat-ayat al-Quran sebanyak 6 ribu lebih. Apakah yan g anda fahami mengenai istilah ayat. 6.1.1 Takrifan Ayat Ayat pada bahasa dalam pelbagai situasi ayat al-Quran mempunyai pelbagai makna a ntaranya lain seperti berikut: 1. Bererti (Al-Alamah) alamat atau tanda seperti dalam ayat 248 surah Al-Baqarah yang bermaksud: Sesungguhnya tanda ia akan menjad i raja, ialah kembalinya tabut kepadamu 2. Bererti (Al-Ibrah) iaitu pengajaran se perti dalam firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya pada yang demikian itu terd apat pengajaran bagi kaum yang mengetahui.. Ayat 52 surah An-Naml. 3. Bererti (Al -Burhan) iaitu bukti seperti dalam ayat 22 surah Rum yang bermaksud: Dan di antar a bukti-buktinya ialah penciptaan langit dan bumi serta kelainan bahasa serta ku litmu. Makna-makna secara bahasa atau etimologi tersebut mempunyai perkaitan anta ra satu sama lain. Secara terminologi Ibrahim Al-Abyari dalam Tarikh Al-Quran meng ertikan ayat sebagai: " Maksudnya: Sekelompok Al-Quran yang terpisah daripada sebelumnya dan sesudahnya Al -Zarqani dalam Manahil Al-Urfan mengertikan ayat sebagai: " " Maksudnya: Kelompok kata-kata yang memiliki permulaan dan pengakhiran yang terdap at di-dalam surah-surah Al-Quran. OUM 81

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN TOPIK 6 Jelas kepada kita daripada kedua-dua takrifan tersebut ayat mengandungi perkarap erkara berikut; x x x Sekelompok kata-kata Mempunyai permulaan dan penghujung, w ujud Membentuk surah-surah Al-Quran. Hubungan antara makna secara istilah atauterminologi dengan makna bahasa atau et imologi di atas sangat erat. Ini disebabkan; x x x x x x Ayat Al-Quran merupakan mukjizat Ia juga tanda kebenaran bagi pembawa risalahnya, yakni Nabi Muhammad S AW. Ia juga merupakan pengajaran-pengajaran bagi yang mahu mengambil pengajaran. Ia termasuk perkara yang mengagumkan, kerana keluhuran dan kemukjizatannya. Ia juga mengandungi pengertian pengelompokan, kerana merupakan himpunan dari bebera pa kata dan huruf. Ia juga mengandungi pengertian bukti dan dalil, kerana ia men gandungi hidayah, ilmu, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT serta kebenaran ra sulnya. 6.1.2 Cara Mengenali Ayat Cara mengenali ayat pendapat ulama terbahagi kepada dua golongan; 1. Jumhur ulam a berpendapat Cara kita mengetahui ayat hanyalah melalui ketetapan , petunjuk at au tauqifi daripada Rasulullah s.a.w. sebagai contoh ketentuan tersebut ialah sabd a Nabi s.a.w; . Maksudnya: Sesungguhnya surah al-Fatihah mengandungi tujuh ayat dan surah alMulk pula mengadungi tiga puluh ayat Dengan itu kita tidak mampu mengetahui ayat-ayat Al-Quran melalui ijtihad atau qiyas. Kedua-dua cara ini adalah semata-mata merup akan pengajaran dan bimbingan. Pendapat ini berdasarkan beberapa hujah antaranya yang jelas ; x Ada sebahagian fawatih dikira sebagai ayat tetapi fawatih terten tu tidak pula dikira sebagai ayat. Contohnya fawatih " " dikira sebagai ayat tet api tidak pula bagi fawatih " ". Contoh lain ialah huruf muqataah " " dikira sat u ayat tetapi tidak pula pada " ".Seandainya dasar ketentuannya adalah qiyas, te ntu dua keadaan yang setara akan dianggap sama, tidak dibezakan seperti itu. 2. Sebahagian ulama pula berpendapat penentuan ayat sebahagiannya adalah ketentuan atau Tauqifi daripada Rasulullah dan pada sesetengah tempat adalah berdasarkan q iyas dan ijtihad. 82 OUM

TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN Ketentuan sebegini berlaku berpunca daripada kata atau lafaz yang terdapat pada akhir ayat yang diistilah sebagai fasilah. Apabila Nabi selalu membaca sesuatu laf az pada tempat tertentu dengan waqaf ,pastilah ia adalah akhir ayat atau fasilah . Begitu juga jika di sesuatu lafaz di tempat tertentu , nabi membaca dengan was al pastilah ia bukan penghujung ayat. Apa yang menjadi perbezaan dan ulama berij tihad dan qiyas ialah pada lafaz yang kadangkala Nabi Waqaf dan kadangkala nabi membaca secara wasal. Yang jelas dan pasti hal ini tidak mengapa kerana tidak me nhasilkan penambahan atau pengurangan ayat-ayat dalam Al-Qur'an. Punca utama adala h penentuan tempat fashl dan washl. Kadang-kadang dalam satu ayat terdapat dua h al. Salah satunya menghendaki dihitung fasilah, sedang yang lain menghendaki dih itung bukan fasilah. Milsalnya yang sangat mudah dan jelas ialah kata " " yang p ertama di dalam surah al-Fatihah. Ada yang menganggap sebagai hujung ayat dan ad a yang tidak. Sebabnya adalah pada Basmalah, apakah termasuk ayat dalam surah it u atau tidak.Namun mereka tetap sependapat bahawa jumlah ayatnya adalah tujuh .M ereka yang mengira Basmallah sebagai salah satu ayatnya, maka menjadikan " ir surah sebagai satu ayat. Manakala mereka yang tidak mengira Basmallah termasu k dalam ayat daripada surah itu, mereka menjadikan ayat ketujuhnya adalah kalima h setelah Alaihim yang pertama dan menganggap bahawa kata ini merupakan fasilah ke rana terletak pada akhir ayat keenam. Jika anda teliti pada mushaf tertentu diletakkan tanda la pada hujung ayat tertent u alQuran tetapi mushaf cetakan yang lain tidak pula meletakan tanda tersebut pa da hal kedua-dua ayat adalah ayat pada surah yang sama. 6.1.3 Jumlah Ayat Al-Qur'an Pendapat-pendapat Mengenai Bilangan Ayat Di dalam Kitab at-Tibyan karangan Imam An -Nawawi, disebutkan jumlah ayat Al-Quran disepakati jumlahnya ialah enam ribu du a ratus ayat lebih. Hanya jumlah penambahannya diperselisihkan di kalangan ulama al-Quran. Perbezaannya umumnya dapat dilihat melalui ulama-ulama daripada daera h-daerah berikut berikut; Ulama Madinah yang kedua seperti yang diriwayatkan Sya ibah penambahannya adalah empat belas ayat, dan seperti yang diriwayatkan Abu Ja'f ar adalah sepuluh ayat. Ulama Makkah penambahan nya adalah dua puluh ayat Ulama Kufah seperti yang diriwayatkan 'Asim ialah 6236 ayat Ulama Basrah adalah lima aya t Ulama Syam atau Syria adalah dua puluh enam OUM 83

sampa

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN TOPIK 6 Sebab Perbezaan Perbezaan pendapat para ulama dalam menetapkan jumlah keseluruha n ayat al-Quran adalah kerana; Ada sebahagian daripada mereka memandang fawatih A s-Suwar adalah sebagai satu ayat manakala yang lain tidak mengira ia sebagai satu ayat. Kelainan pendapat dalam menentukan fasilah antara ayat atau surah yang sa tu dengan yang lain. Adakalanya sesuatu ayat tertentu dipandang sebahagian ulama sebagai satu ayat manakala ulama lain memandangnya sebagai terdiri dua ayat. 6.1.4 Faedah Mengetahui Ayat 6.1.5 Penyusunan Ayat-ayat Al-Quran Selalu kedengaran adakah susunan ayat-ayat dan surah seperti yang tertulis dalam mushaf-mushaf sebenarnya susunan yang berdasarkan susunan penurunannya. Atau la in daripada itu. Ijmak ulama telah menetapkan bahawa urutan ayat sebagaimana yang kita lihat seka rang di dalammushaf-mushhaf adalah berdasarkan tauqif daripada Nabi SAW dari Allah SWT. Tauqifi bermaksud hal tersebut didasarkan pada perintah dan petunjuk darip ada nabi sesuai dengan petunjuk wahyu yang diterima oleh beliau darioada Allah m elalui perantaraaan Malaikat Jibril. Dengan itu ia bukanlah suatu perkara yang b oleh dipastikan oleh fikiran atau ijtihad peribadi. Senario itu terbukti jelas m elalui keadaan dan fakta-fakta berikut; 84 OUM

TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN (i) Jibril membawa ayat-ayat kepada Rasulullah SAW dan memberikan bimbingan perletak an ayat dalam surah-surah. Kemudian Nabi SAW membacakannya kepada para sahabat d an memerintahkan kepada para penulis wahyu untuk menuliskannya dengan menjelaska n surah yang menjadi induk ayat itu dan sekaligus tempatnya. Beliau membacakanny a kepada mereka berkali-kali, baik ketika solat, pemberian nasihat, mahupun sewa ktu memberikan keputusan. Jibril as juga membentangkannya sekali setiap tahun. D an pada tahun akhir, Jibril membentangkannya sebanyak dua kali. Semuanya menurut urutan sebagaimana yang kita kenal sekarang. Begitu juga setiap orang yang hafa z keseluruhan Al-Quran atau hafaz sebahagiannya menggunakan urutan seperti yang kita kenal sekarang. Urutan itu telah tersebar luas, dikaji di antara mereka, di baca dalam solat mereka, diambil dan dipindahkan sebahagian dari sebahagian yang lain dengan urutan seperti yang kita kenali sekarang. Tak ada seorang sahabat, bahkan khalifah sekalipun memiliki peranan dalam menentukan pengurutan ayat-ayat Al-Quran. Bahkan penghimpunan yang dilaksanakan pada masa Abu Bakar tidak lebih dari pemindahan Al-Quran dari pelepah-pelepah kurma, lempengan-lempengan batu d an tulang belulang ke dalam shahifah-shahifah. Dan penghimpunan Al-Quran pada ma sa Uthman juga tidak lebih dari sekadar penyalinan semula Al-Quran dari shahifah -shahifah ke dalammushaf-mushaf. Kedua penghimpunan itu tetap berdasarkan pada u rutan yang dihafaz yang berasal dari Nabi SAW dari Allah SWT. Memang begitulah, menurut ijma' urutan itu tidak dapat diragukan lagi.Sejumlah ulama terbilang meriw ayatkan hal ini, antara lain az-Zarkasyi di dalam al-Burhan dan Abu Ja'far di dala m ai-Munasabat. Beliau mengatakan: urutan ayat terjadi dengan tauqif dari Rasulul lah SAW dan bimbingan beliau, tanpa ada khilaf sedikit pun di kalangan umat Isla m. (ii) (iii) (iv) Dalil-dalil lain adalah; (i) Apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Uthm an ibn Abu al-Ash, katanya: Aku duduk di samping Rasulullah SAW. Tiba-tiba ada se seorang melihat beliau lalu meluruskan sesuatu di hadapan beliau.Kemudian beliau bersabda: Jibril telah datang kepadaku lalu memerintahkan kepadaku untuk meletak kan ayat ini di tempat ini dari surah ini. Ayat itu adalah firman Allah SWT: Ses ungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, memberi kepada kaum kerabat sampai akhir ayat. (Surah an-Nahl: 90) (ii) Dalil yang lain adalah riwayat yang ada di dalam sunah-sunah yang sahih tentang bacaan-bacaan Nabi SAW terhadap sejumlah surah, sebagaimana surah alBaqarah, Ali Imran dan an-Nisa'. Juga bacaan beliau terhadap surah al-A'raf di dalam solat maghrib, surah Al-Mukminin, surah ar-Rum di dalam solat subuh, surah as-Sajdah, surah al-Insan di dalam sola t subuh hari Jumaat, surah al-Jumuah dan al-Munafiqun di dalam solat Id. Semua i tu beliau baca sesuai dengan urutan yang kita kenali sekarang, didengar dan disa ksikan oleh para sahabat. OUM 85

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN TOPIK 6 (iii) Bukti lain lagi adalah yang ditakhrij oleh Imam Bukhari dari Ibn az-Zubair, kata nya: Saya berkata kepada Uthman ibn Affan: Firman Allah SWT dalam Surah alBaqara h, 234, terjemahannya: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan menin ggalkan isteriisteri.. Ayat itu telah dinaskhah oleh ayat lain, mengapa masih eng kau tulis? Atau kamu biarkan saja? Uthman menjawab: Wahai bapa saudaraku, aku ti dak akan mengubah sesuatu pun dari tempatnya. Hadis-hadis sahih ini sangat jelas menunjukkan bahawa penepatan ayat ditempatnya, meskipun telah dinaskhah merupaka n tauqifi.Saidina Uthman dengan pengakuannya sendiri, tidak mampu melakukan peru bahan kerana hal seperti itu tidak menjadi medan ra'yu dan ijtihad. (iv) Dalil lain lagi adalah riwayat Imam Muslim dari Umar, katanya:Aku tidak bertanya kepada Nabi SAW tentang sesuatu lebih dari pertanyaanku tentang al-Kalalah sampai beliau menohok dadaku dengan telunjuk beliau, seraya bersabda: Cukup bagimu (un tuk mengetahui hal itu) ayat ash-Shaif yang ada pada akhir surah anNisa' Anda dapat melihat bahawa Nabi SAW menunjukkan kepadanya tempat di mana ayat itu berada, yakni pada akhir surah al-Nisa' sebagaimana yang kita lihat sekarang iait u firman Allah SWT dalam surah an-Nisa', 16, maksudnya: Mereka meminta fatwa kepad amu (tentang kalalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalalah hingga akhir ayat. 6.2 6.2. 1 PENGERTIAN SURAH DAN URUTANNYA Maksud Surah dan Hikmah Pembahagian Surah Surah secara etimologi atau bahasa mempunyai beberapa pengertian, (i) Sebagaiman a dikatakan oleh penulis al-Qamus: Kata al-Surath bererti `al-Manzilah' (posisi). Su rah dari Al-Quran telah dikenal kerana posisinya pada suatu tempat secara berdam pingan. Masing-masing terputus dari yang lain. Juga bermakna al-Syaraf' (kemuliaan) , yang diambil daripada kata al-Sur yang bererti sesuatu yang meninggi di atas bum i. Sesuatu yang menonjol dan baik dari suatu bangunan,t anda dan pagar. Ia diamb il dari kata al-Tasur. Imam Badruddin al-Zarkashi dalam kitabnya Al-Burhan fi Ulum al-Quran' pula menjelaskan ia berasal dari kata al-Su'r atau al-Sur yang bererti sisa mi numan dalam suatu bekas. Dengan erti sebegini maka surah al-Quran bermaksud seba hagian kecil daripada al-Quran. (ii) (iii) (iv) 86 OUM

TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN Secara termologi, (i) Manna' al-Qattan mentakrifkan surah sebagai Maksudnya: Sejumlah ayat al-Quran paling sedikit tiga ayat, erdiri atas awal sura h dan akhir surah. Imam Badruddin al-Zarkashi juga menjelaskan maksud yang sama m elalui ungkapannya; (ii) Jadi surah bererti sekelompok, sejumlah atau sekumpulan ayat-ayat al-Quran yang terbentuk secara tersendiri dengan mempunyai permulaan dan akhiran. x Kefahaman itu diambil dari makna `tembok yang menghadkan sesuatu kota' kerana di dalamnya terd apat perletakan suatu kata di samping kata yang lain, suatu ayat di samping ayat yang lain. Ibarat suatu tembok, yang merupakan peletakan dan penyusunan bata, b aris demi baris. Ada kalanya di dalam surah terdapat makna luhur dan tinggi seca ra maknawi, yang menyerupai ketinggian tembok. Ada kalanya pula kerana surah mer upakan benteng dan penjagaan bagi Muhammad SAW dan apa yang dibawanya seperti Al -Quran dan agama Islam dari segi keberadaannya sebagai mukjizat yang melemahkan setiap yang sombong. Allah SWT akan menampakkan kebenaran yang benar dan menampa kkan kesalahan yang salah, meskipun para pendosa tidak suka. Ini lebih menyerupa i benteng yang membatasi suatu kota yang menjaganya dari ancaman musuh. x x Surah-surah dalam Al-Quran berbeza-beza dari segi panjang dan pendeknya. Yang te rpendek adalah surah al-Kautsar yang terdiri dari tiga ayat pendek dan yang terp anjang adalah surah al-Baqarah yang terdiri dari dua ratus lapan puluh lima atau lapan puluh enam ayat, merupakan deretan `at-thiwal'yang terpanjang. Bahkan di dala mnya terdapat ayat tentang hutang yang merupakan ayat sebagaimana telah dijelask an. Di antara surah al-Baqarah dengan surah al-Kautsar, terdapat banyak surah ya ng berbeza-beza dari segi panjang dan pendeknya. Pembatasan panjang atau pendek merupakan bidang kuasa Allah SWT semata kerana suatu hikmah murni yang diketahui oleh yang diberi pengetahuan oleh-Nya. OUM 87

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN TOPIK 6 6.2.2 Hikmah Pembahagian Surah-surah Al-Quran Ada beberapa hikmah dalam pembahagian Al-Quran ke dalam surah-surah antara lain: Pertama, memberi kemudahan kepada manusia dan merangsang mereka mengkaji dan me mpelajari Al-Quran, bahkan menghafalnya sebab seandainya Al-Quran merupakan satu rangkaian sahaja dan tidak dikelompok-kelompokkan sudah tentu akan sukar bagi m ereka menghafal ataupun memahaminya. Mereka akan susah menyelami lautan yang tid ak jelas pantainya. Kedua, mengisyaratkan tema atau topik perbincangan .Masing-m asing surah membincangkan sesuatu tema yang jelas. Misalnya surah surah al-Baqar ah, Yusuf, anNaml, dan al-Jin yang jelas mempunyai tema-tema perbincangan terten tu. Ketiga, mengisyaratkan bahawa panjangnya suatu surah tidak menjadi syarat ke mukjizatannya. Suatu surah tetap memiliki kemukjizatannya, walau betapa pun pend eknya seperti surah al-Kautsar. Penulis al-Kasysyaf Al-Zamakhsyari menjelaskan seba hagian daripada faedah menjadikan ayat-ayat al-Quran bersurah-surah ialah sesuat u perkara itu kalau dikategorikan kepada beberapa fasal dan jenis, adalah lebih elok dan lebih hebat pada pandangan kalau dijadikan kesemuanya suatu bab sahaja. 88 OUM

TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN Keempat, seorang pembaca bila telah menyelesaikan satu surah atau satu bab dari suatu buku, ia akan lebih bersemangat untuk meneruskan pada surah atau bab berik utnya, bahkan membuatnya lebih berkesan memahami maksudnya, dibandingkan bila se muanya hanya terdiri dari satu surah atau satu bab. Bandingannya adalah seumpama seorang musafir, bila telah melalui satu jarak tertentu, ia akan lebih berseman gat untuk meneruskan perjalanannya. Oleh kerana itu, Al-Quran dibahagi-bahagikan kepada beberapa surah. Kelima, sesaorang hafiz apabila sudah lancar menghafal s esuatu surah ia merasa yakin bahawa ia telah menyimpan sebahagian Al-Quran secar a utuh. Sehingga apa yang dihafalnya itu telah membuatnya merasa bangga. Riwayat mengenai hal ini misalnya hadis Annas: `Seseorang bila telah mampu membaca (denga n hafalan) surah al-Baqarah dan surah Ali Imran, ia telah hebat dikalangan kami'. Oleh kerana itu bacaan di dalam solat dengan satu surah penuh lebih Afdhal Keena m, menghuraikan secara terperinci berdasarkan sehingga pengertian menjadi terang dan jelas. masalah-masalah serupa Sheikh Abd Fattah al-Qadhi dalam kitabnya Tarikh Mushaf Syarif menyimpulkan dua pe njelasan jitu yang merumuskan hikmah-hikmah penyusunan ayat-ayat dan surah alQur an; Dalam susunan kedua-duanya terdapat hikmah ilahiah yang amat tinggi dan pada nya terletak suatu rahsia ajaib dari rahsia-rahsia kitab Allah kerana susunan me nurut seperti yang ada sekarang merupakan satu lagi aspek ikjaznya dan melahirka n suatu cara tertinggi yang mengelukan lidah-lidah orang yang sombong serta meng ubah suatu gubahan yang paling cantik yang diakui tentang ketinggian balaghahnya y ang telah menewaskan jaguh-jaguh dalam bidang fasahah dan balaghah. Susunan tauq ifi itu telah menjadikan ayat-ayat dan surah-surah al-Quran keseluruhannya berta ut kemas hujung-hujungnya, kukuh jalinannya, erat persambungan antara satu denga n yang lain seolah-olah setiap ayat dan surah saling bertaut kemas sekira-kira r osak maknanya kalau diceraikan dia. Setiap ayat dan surah merupakan satu bahagia n daripadanya tidak ia berdiri tegak tanpanya. Ia merupakan satu unit yang berpa du. 6.2.3 Pengelompokan Surah-surah Al-Quran Ulama menggelompokkan surah-surah menjadi empat kelompok. Masing-masing kelompok mereka nyatakan dengan istilah-istilah yang khusus, iaitu `al-Tiwal', `al-Mi'in', `alMathan i'dan `al-Mufassal': (i) Al-Tiwal' terdiri dari tujuh surah panjang iaitu al-Baqarah, Al i Imran, al-Nisa', alMaidah, al-An'am dan al-A'raf. Inilah enam surah yang pertama. Ya ng ketujuh pula, ulama berbeza pendapat, apakah surah al-Anfal dan Al-Baraah sek aligus kerana tidak adanya pemisahan antara keduanya dengan Basmallah, ataukah s urah Yunus. Al-Mi'un merupakan surah-surah yang jumlah ayatnya sekitar seratus ayat. (ii) OUM 89

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN TOPIK 6 (iii)

Al-Mathani merupakan surah-surah yang jumlah ayatnya di bawah kelompok alMi'un. Af-F arra' mengatakan bahawa al-Mathani adalah surah-surah yang jumlah ayatnya kurang d ari seratus ayat kerana ia diulang-ulang, lebih dari diulangulangnya kelompok al -Tiwal dan al-Mi'un Sedang `al-Mufassal' merupakan surah-surah yang ada pada bahagian akhir AlQuran. Ulama berbeza pendapat dalam menentukan permulaannya, menjadi sek itar dua belas pendapat. Ada yang mengatakan permulaannya adalah surah `Qaf'. Ada ju ga yang mengatakan selain itu. Al-Nawawi menilai sahih pendapat yang mengatakan bahawa permulaannya adalah surah al-Hujurat. Disebut al-mufassal kerana banyakny a pemisah antara surah-surahnya dengan Basmallah. Ada yang mengatakan kerana sed ikitnya mansukh didalamnya. Oleh kerana itu, al-mufassal disebut juga `al-Muhkam', s epertimana riwayat al-Bukhari dari Sa'id ibn Jubair, katanya: Sesungguhnya yang tua n sebut sebagai al-mufassal itu tidak lain adalah al-Muhkam. Al-mufassal dikelomp okkan lagi menjadi tiga kelompok, iaitu Tiwal. Ausatdan Qisar: Yang dikira kelomp wal adalah dari surah al-Hujurat hingga surah alBuruj. Yang dikira kelompok Ausa t adalah dari surah al-Tariq sampai surah alBayyinah. Manakala yang dikira kelom pok Qisar adalah dari surah az-Zalzalah sampai akhir Al-Quran. (iv) Pengelompokan ini berdasarkan sebuah hadith marfuk yang diriwayatkan Abu Daud at Tayalisi sanadnya sehingga Qatadah dan juga yang diriwayatkan oleh Abu Ubaid men erusi sanadnya daripada Wailah bin Asqa' daripada Rasulullah SAW yang bermaksud; Ak u telah dianugerahi 7 surah tuwwal menepati kitab Taurat dan menepati kitab Injil dan al-Mathani menepati kitab Zabur dan aku telah diberi kelebihan dengan al-Mufass al. 6.2.4 Susunan Surah-surah Ada tiga pendapat tentang urutan surah. 1. Pertama, bahawa urutan surah sebagaim ana yang kita lihat sekarang ini tidaklah berdasarkan `tauqif' dari Nabi SAW, akan t etapi berdasarkan ijtihad sahabat. Pendapat ini disandarkan kepada ulama-ulama, termasuk Imam Malik (w 179h) dan al-Qadhi Abu Bakar (w 403h) dan Abu Hussein Ahm ad Ibnu Faris (w 395h). Ibn Faris di dalam buku `al-Masail al-Khams', menjelaskannya seperti berikut: Penghimpunan Al-Quran dikelompokkan menjadi dua kelompok. Perta ma: penyusunan surah-surah, seperti mendahulukan tujuh surah yang masuk dalam 90 OUM

TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN kelompok al-Tiwal, lalu disusuli dengan kelompok al-Mi'un. Inilah yang ditangani o leh para sahabat. Ulama menggunakan beberapa dalil untuk menyokong pendapat ini: (i) Mushhaf-mushhaf yang dimiliki oleh para sahabat berbeza-beza dari segi urut an surahnya sebelum Al-Quran dihimpun pada masa Uthman. Seandainya urutan itu be rsifat tauqifi dari Nabi SAW, tentu mereka tidak mungkin akan mengabaikan masala h urutan surah dan berbeza pendapat tentangnya sebagaimana digambarkan oleh riwa yat-riwayat yang ada. Mushaf Ubai misalnya, dimulai dengan surah al-Fatihah, kem udian al-Baqarah, an-Nisa', Ali Imran dan al-An'am. Mushaf Ibn Mas'ud dimulai dengan s urah alBaqarah, an-Nisa', Ali Imran dan seterusnya yang jelas sangat berbeza denga nmushaf sebelumnya. Manakalamushaf Ali urutannya berdasarkan urutan nuzul, sehin gga diawali dengan surah al-`Alaq, lalu al-Muddasir, Qaf, AlMuzammil, al-Lahab,a l -Takwir dan seterusnya. Istidlal atau pengambilan dalil ini tertolak dalam tiga sudut; Mushaf-mushaf tersebut telah dicatat sebelum semakan terakhir antara Rasu lullah dengan Jibril. Jelas warid daripada banyak hadis-hadis sahih yang menjela skan susunan banyak surah-surah al-Quran sememangnya sedia dimaklumi semasa haya t Rasulullah. Zaid b Thabit yang dilantik mengetuai panel penghimpunan kitab suc i dan sebagai sahabat tunggal yang berada bersama-sama Rasulullah menyemak bacaa n terakhir menyusun surah-surah seperti yang ada sekarang. (ii) Riwayat yang ditakhrij oleh ibn Asytah di dalam al-Masahif melalui Ismail ibn Ab bas dari Hibban ibn Yahya dari Abu Muhammad al-Quraisy, katanya: Uthman memerinta hkan kepada mereka pasukan penghimpun Al-Quran untuk menyusunkan al-Thiwal denga n menjadikan surah al-Anfal dan al-Taubah ke dalam hitungan ke tujuh tanpa dipis ah dengan Basmallah antara keduanya. 2. Pendapat kedua ialah urutan surah-surah semuanya tauqif dari Rasulullah SAW seba gaimana urutan ayat. Tidak ada suatu surah yang diletakkan tanpa pengajaran dan petunjuk dari beliau. Mereka yang memiliki pendapat ini berdalil: (i) Bahawa par a sahabat sepakat terhadap mushaf yang merupakan hasil penghimpunan Uthman, tak seorang pun merasa keberatan. Kesepakatan seperti itu tidak akan terjadi dengan baik, kecuali bila urutan yang mereka sepakati itu merupakan tauqif kerana kalau urutan itu berdasarkan ijtihad, tentu yang memiliki mushaf dengan urutan yang b erbeza akan bersikap keras dengan mushaf yang dimilikinya. Tetapi kenyataan menu njukkan bahawa nereka tidak bersikap keras menggunakan mushaf mereka tetapi bera lih mengikut mushaf yang dihimpun oleh Uthman dan kemudian bersedia membakar mus haf-mushaf mereka. OUM 91

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN TOPIK 6 (ii) Kemudian mereka mengemukakan riwayat-riwayat untuk pendapat mereka sebagaimana d alil-dalil yang dijadikan sandaran ijma' Misalnya, riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud dari Hudzaifah al-Thaqafi katanya: Aku barada diantara para utusan dari Thaqif y ang masuk Islam. Sampai pada riwayat berikut: Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada kami: Aku sedang membaca se-hizib Al-Quran. Kerana itu, aku tidak ingin kecuali setelah menyelesaikannya. Kemudian kami bertanya kepada para sahabat: Bagaimana k alian menggelompokkan Al-Quran menjadi hizib-hizib? Mereka menjawab: Kami mengge lompokkannya berdasarkan per hizib tiga surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah dan tiga belas surah. Hizib Al-mufassal dari surah `Qaf', samp ai akhir. Mereka yang memiliki pendapat kedua mengatakan: Ini menunjukkan bahawa urusan surah sebagaimana kita lihat sekarang ini sudah ada sejak masa Rasulullah SAW (yang bererti merupakan tauqif dari beliau). (iii) Rasulullah juga membaca beberapa surah secara tertib di dalam sembahyang. Ini te rbukti melalui hadith yang diriwayatkan oleh Abi Ibn Syaibah yang bermaksud: Nabi pernah membaca beberapa surah Mufassal (surah pendek) dalan satu rakaat. (iv) Hadith riwayat Imam Bukhari daripada Ibn Mas'ud juga menyokong pendapat ini. Hadit h yang bermaksud: Surah Bani Israil, al-Kahfi, Maryam, Taha dan al-Anbiya; surah -surah ini termasuk kategori surah yang mula-mula aku pelajari. selepas itu Ibn Masud menyebut surah-surah tersebut secara berurutan seperti tertibnya susunan d alam mushaf terkini. (v) Ulama-ulama juga telah bersepakat menjelaskan wajib menghormati dan mengikuti su sunan surah-surah Al-Quran kerana penyusunan dan penulisannya telah ijma'. Sehubun gan dengan pendapat ini Imam al-Suyuti (w 911H) menyatakan; Di antara bukti menun ujukkan urutan surah-surah bersifat tauqifi iaitu surahsurah yang diawali dengan Ha Mim berurutan letaknya, begitu juga surahsurah yang diawali dengan To Sin . Teta pi surah-surah yang diawali dengan Sabbaha atau Yusabbihu letaknya tidak berurutan b egitu surah-surah AsSyuara dab Al-Qasas yang sama-sama diawali dengan To Sin Mim d iselangi dengan surah yang diawali dengan To Sin padahal surah al-Naml lebih pendi k daripada surah al-Qasas dan Al-syuarak. Jika sekiranya urutan itu bersifat ijt ihadi tentunya surah-surah itu diawali dengan Sabbaha atau Yusabbihu diletakkan dala m mushaf secara berurutan dan surah al-Naml diletakkan sesudah surah Al-Qasas. (vi) 92 OUM

TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN 3. Ada pula pendapat ketiga yang menjelaskan sebahagian surah Al-Quran tertibnya ad alah tauqifi manakala sebahagian yang lain berdasarkan ijtihad para sahabat. Pen dapat ini dinyatakan oleh Ibn Hajar melalui maksud hadith Huzaifah Al-Thaqafi; Ra sulullah berkata kepada kami : telah datang kepadaku waktu untuk membaca bahagia n (hizb) daripada al-Quran, maka aku tidak mahu keluar sebeleum selesai membacan ya. Lalu kami tanyakan kepada para sahabat Rasulullah bagaimanakah kamu semua me mbuat pembahagian al-Quran mereka menjawab kami membahagikannya menjadi tiga sur ah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah dan bahgian al-Mufassal sehingga tamat. Kesimpulannya pendapat pertama adalah pendapat yang rajih dan lebih tepat. Jumhu r Ulama berpendapat demikian antaranya: 1. Abu Bakar Ibn al-Anbari telah menyoko ng pendapat ini melalui penyataannya; Allah telah menurunkan Al-Quran seluruhnya ke langit dunia kemudian ia menurunkannya secara beransur-ansur. Sesebuah surah diturunkan kerana sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam hal ini Jibril sentiasa membimbing Nabi di manakah sesuatu surah seharusnya diletakkan. Justru itu susun an ayat dan surah-surah adalah berdasarkan penetapan Nabi SAW. Berkata al-Karaman i dalam Burhan ; Susunan surah-surah seperti yang ada sekarang adalah daripada Alla h sebagaimana yang tercatat dalam Lauh Mahfuz dan berdasarkan susunan itulah Rasul ullah membaca semasa membuat semakan dengan Malaikat Jibril. Dalam tahun kewafat annya dibuat semakan bacaan sebanyak dua kali Berhujah Al-Taibi: Keseluruhan al-Qura n diturunkan pada mulanya daripada Lauh Mahfuz ke langit dunia, kemudian diturun kan berperingkat-berperingkat menurut keperluan, kemudian dicatatkan dalam bentu k mushaf menurut tertib susunan yang terdapat pada asalnya di Luh Mahfuz 2. 3. Pendapat kedua dan ketiga dapat ditolak kerana; (i) (ii) Pendapat pertama hanya berdasarkan ijma'. Hadith yang dijadikan sandaran pendapat ketiga adalah hadith marfuk kepada Nabi . Menghormati Urutan yang Telah Ada Sheikh Zarqani dalam kitabnya Manahil menjelas kan: Samada urutan surah tauqifi atau ijtihad, seelok-eloknya tetap dihormati, l ebih-lebih lagi dalam penulisan mushaf, kerana hal itu telah menjadi ijma' sahabat . Ijmak juga merupakan hujjah. Di samping itu kerana menyimpang daripada susunan tersebut boleh menghasilkan fitnah. Menolak fitnah dan menghalang segala kemung kinan timbulnya kerosakan adalah wajib. OUM 93

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN TOPIK 6 Menyusun surah dalam pembacaan hukumnya tidak wajib hanya sunnah. Berikut ini ka mi kemukakan pernyataan Imam al-Nawawi di dalam bukunya, al-Tibyan: Ulama mengatakan: Sebaiknya membaca Al-Quran berdasarkan urutan mushaf. Mula-mula membaca al-Fatihah, kemudian al-Baqarah, diteruskan dengan Ali Imran dan seteru snya secara berurutan, samada dalam solat ataupun luar solat. Sehingga sebahagia n kolega kami menyatakan: Jika seseorang telah membaca surah al-Nas pada rakaat pertama, maka pada rakaat kedua selepas membaca al-Fatihah hendaknya membaca seb ahagian dari al-Baqarah. Sebahagian pendapat lain menjelaskan: Digalakkan bila se seorang telah membaca suatu surah, maka pembacaan berikutnya adalah surah yang t erdapat selepasnya. Dalilnya adalah bahawa urutan mushaf itu dibuat kerana ada h ikmahnya. Sehingga urutan seperti itu seelok-eloknnya tetap dijaga kecuali yang dikecualikan syara' seperti: (i) Solat subuh pada hari Jumaat, di mana pada rakaat pertama bibaca surah Qaf dan pada rakaat kedua dibaca surah al-Qamar. Juga dua rakaat fajar di mana pada rakaat pertama dibaca surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua dibaca surah al-Ikhlas. (ii) (iii) Begitu juga solat witir, di mana rakaat pertama dibaca surah al-A'la, rakaat kedua dibaca surah al-Kafirun dan rakaat ketiga dibaca al-Ikhlas dan al-Mu'awwiza tain Seandainya seseorang membaca tidak mengikut urutan, misalnya pada rakaat pe rtama ia membaca suatu surah, dan rakaat berikutnya membaca surah yang terletak sebelumnya, maka hukumnya harus. Berkaitan hal ini, banyak sekali athar yang men jelaskan. Umar ibn al-Khattab pernah membaca surah al-Kahfi pada rakaat pertama solat subuh dan surah Yusuf pada rakaat keduanya 6.2.5 Nama-nama Surah Ulama-ulama Salaf dan Khalaf menjelaskan nama-nama surah juga adalah tauqiifi. I ni bermaksud Nabi sendiri yang memberikan nama-nama surah al-Quran. Sebahagian s urah Al-Quran hanya mengandungi satu nama. Sheikh Salim Muhaisin menyatakan terd apat 74 surah yang masing-masing memilikki satu nama sahaja antaranya surah-sura h al-Nisak, al-Anam, Al-A'raf, Yunus, Hud, Yusuf, Al-Raad, Ibrahim, al-Haj, al-Muk minun, Nur dan lain-lain. 40 surah pula mengandungi lebih daripada satu nama. Se bahagian namanya adalah tauqifi dan sebahagian lagi adalah ijtihadi. Antara lain ; (i) (ii) Al-Fatihah juga dinamakan Umm al-Quran, Fatihah al-Kitab,al-Sab'u al-Ma thani, alWafiyat dan al-Kafiyat. Al-Maidah juga dinamakan surah Al-Uqud dan al-M unjiat. 94 OUM

TOPIK 6 PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH AL-QURAN (iii) (iv) Surah al-Naml juga dinamakan surah Sulaiman. Surah al-Saff Juga dinamakan surah Al-Hawaryyin. Imam Jalaludin al-Suyuti telah membentangkan dalam kitabnya al-Itqan hadis-hadis y ang menyebutkan nama-nama surah al-Quran serta alasannya. Sila rujuk. UJIAN 1 Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 10 minit 1. 2. Terangkan pengertian istilah ayat dengan jelas. Nyatakan dua sebab berlaku perbezaan dalam menentukan jumlah ayat-ayat AlQuran. UJIAN 2 Arahan : Jawab soalan ini dalam masa 30 minit 1. Huraikan dengan jelas faedah-fa edah yang diperolehi hasil daripada pengetahuan tentang surah-surah Al-Quran. Hu raikan dalil dan pendapat berkaitan dengan penentuan nama-nama surah dalam Al-Qu ran adalah tauqifi dan bukan ijtihadi. Nyatakan pengertian istilah berikut denga n jelas. (a) (b) (c) (d) Al-Tiwal Al-Miun Al-Mufassal Al-Mathani 2. 3. OUM 95