penyelidikantindakan

Upload: faiziah-shamsudin

Post on 05-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 PenyelidikanTindakan

    1/12

    PENYELIDIKAN TINDAKANOleh : Faiziah Haji Shamsudin

    Jabatan Pengajian MelayuIPG Kampus Raja Melewar Seremban.

    Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan

    Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri

    dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang

    tugas mereka. Penyelidikan Tindakan adalah satu kaedah penyelidikan yang digunakan

    dengan meluas dalam pendidikan. Kebanyakan kaedah penyelidikan ini digunakan oleh

    guru dengan tujuan memperbaiki pengajaran mereka. Kaedah ini juga menggalakkan

    guru memikirkan dengan mendalam tentang pengajaran mereka. Penyelidikan

    Tindakan melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data untuk memahami dengan

    mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran dan berlainan daripada kaedah

    penyelidikan lain kerana kaedah ini bertumpu kepada penyelidik melihat dirii sendiri dan

    mencari jalan memperbaiki pengajaran.

    i. Somekh (1989) menyatakan Penyelidikan Tindakan sebagai satu kajian terhadap

    situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai

    penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

    ii. McNiff (1988) mentafsirkan Penyelidikan Tindakan sebagai satu pendekatan

    untuk menperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan

    dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka

    sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untukmengubahnya. Pendekatan ini melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan

    oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama-sama.

    Tujuan Kajian Tindakan

    Kajian Tindakan bertujuan untuk:

    i. meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Ini

    membolehkan penyelidik memperbaik prestasi dan kepuasan bekerja mereka

    sendiri.

    ii. menyelesaikan masalah-masalah profesional tanpa arahan luar.

  • 7/31/2019 PenyelidikanTindakan

    2/12

    iii. memperkembang kemahiran profesional guru khususnya mengenal pasti teknik

    atau kaedah pembelajaran yang berkesan.

    iv. memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan

    untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan.

    Ciri-ciri Kaedah Penyelidikan Tindakan

    Ciri-ciri kaedah Penyelidikan Tindakan adalah seperti berikut:

    i. menggalakkan penglibatkan/ penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki

    mutu kerja/ amalan kerja mereka.

    ii. memerlukan usahasama di antara pihak-pihak yang terlibat.

    iii. merupakan proses pembelajaran yang teratur.

    iv. membentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitran dan diri sendiri.

    v. menggalakkan fikiran yang terbuka.

    vi. membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak.

    vii. mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses

    penyelidikan.

    viii. berkembang melalui lingkaran renungan kendiri iaitu satu lingkaran yang

    mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian secara

    renungan.

    xi. melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi.

    x. dimulakan secara kecil-kecilan di mana mungkin seorang sahaja sebagai

    permulaan, kemudian melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang

    lebih besar.

    Perkara penting dalam Penyelidikan Tindakan

    Kaedah Penyelidikan Tindakan menitiberatkan 4 perkara iaitu;

    i. penyelidikan secara sistematik dan melibatkan pengumpulan bukti yang boleh

    digunakan sebagai asas untuk renungan yang menyeluruh.

  • 7/31/2019 PenyelidikanTindakan

    3/12

    ii. penyelidikan bukan sahaja menyelesaikan masalah tetapi juga memperlihatkan

    masalah.

    iii. penyelidikan bukan penyelidikan tentang orang lain tetapi penyelidikan yang

    dijalankan oleh individu atau kumpulan terhadap kerja mereka sendiri untuk

    memperbaiki diri mereka, kerja mereka dan juga untuk kebaikan orang lain.

    iv. penyelidikan bukannya satu-satu kaedah saintifik yang digunakan untuk kerja-

    kerja kurikulum. Penyelidikan bukannya tentang pengujian hipotesis atau

    penggunaan data untuk membuat kesimpulan malah penyelidikan menerima

    pandanga sains sosial yang berbeza daripada pandangan sains semulajadi.

    Penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik itu sendiri.

    Kepentingan Kaedah Penyelidikan Tindakan

    Kaedah Penyelidikan Tindakan dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan

    pembelajaran memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami,mengubah serta memperbaiki amalan sendiri.

    Kaedah Penyelidikan Tindakan dapat meningkatkan penggunaan bahan danmembentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif membentukkan budaya penyelidikansebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.

    Proses Kaedah Penyelidikan Tindakan

    Kaedah Penyelidikan Tindakan dapat dilaksanakan seperti proses yang berikut:

    i. Perancangan

    ii. Pelan Tindakan

    iii. Analisis dan Refleksi

    iv. Pengumpulan Data

    v. Pengumpulan Data

    vi. Refleksi Analisis Data

    vii. Pelan Tindakan

    viii. Perancangan Semula

  • 7/31/2019 PenyelidikanTindakan

    4/12

    Proses Kaedah Penyelidikan Berdasarkan Pendidikan

    Stephen Kemmis dan Robin Mctaggart (1988) telah memperkenalkan satu pendekatan

    menjalankan Penyelidikan Tindakan.

    Langkah 1 : Perancangan

    Apakah anda hendak buat?

    Adakah itu merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran

    anda?

    Adakah anda ingin membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada anda dan

    murid?

    Bolehkah anda nyatakan masalah dalam format soalan?

    Adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh anda

    seornag?

    Langkah 2 : Pelan Tindakan

    Adakah anda bercadang memperkenalkan kaedah, strategi atau teknik mengajar

    yang baharu?

    Adakah anda bercadang mengubah suai kaedah, strategi atau teknik mengajar

    yang anda sedang gunakan? Jika ya, tentukan manakah anda akan ubah suai?

    Berapa lama anda bercadang menjalankan kaedah, strategi atau teknik

    berkenaan dalam bilik darjah?

    Langkah 3 : Pengumpulan Data

    Apakah jenis maklumat anda ingin kumpulkan untuk menjawab soalan

    penyelidikan?

    Teknik Pengumpulan Data:

    - Temu duga murid

    - Pemerhatian dengan menggunakan senarai dengan memerhati apa yangberlaku dalam kalangan murid.

    - Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, latihan, karangan, lukisan, tulisan

    dan lain-lain.

    - Jurnal merekod pendapat, perasaan, dan pandangan guru.

    - Buku Nota mencatat apa yang siperhatikan berlaku dalam bilik darjah.

    - Mengambil gambar tentang apa yang berlaku dalam kelas.

  • 7/31/2019 PenyelidikanTindakan

    5/12

    - Tape audio perbualan dengan murid, guru lain.

    Langkah 4 : Refleksi Analisis Data

    Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada perkataan,

    frasa, ayat pendek, dan sebagainya. Ini berlainan dengan data kuantitatif

    yang merupakan nombor dan angka yang ditukarkan menjadi peratus,

    kekerapan, min, sisihan piawai dan sebagainya.

    Kajia dengan teliti perkataan, frasa, atau ayat yang disebut oleh murid atau

    perkataan, frasa, atau ayat yang anda telah cata tkan berdasarkan apa yang

    anda perhatikan.

    Susunkan perkataan, frasaatau ayat yang diperoleh kepada kategori

    tertentu.

    Cari tema, pola dan idea-idea umum yang timbul daripada data yangdikumpulkan. Contohnya: murid yang lemah turut bercakap dalam kelas, murid

    pandai membantu murid lemah, murid suka membuat kerja secara berkumpulan.

    Baca semua data kualitatif yang anda telah kumpulkan walau pun data

    bercanggah dengan apa yang anda telah rancangkan.

    Baca semua data beberapa kali supaya anda tidak terlepas pandang dan

    mungkin idea-idea baharu akan muncul.

    Kongsi data yang anda telah memperoleh dengan guru-guru lain untuk

    mendapat pandangan mereka.

    Langkah 5 : Perancangan Semula

    Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang dibuat terhadap data

    berkenaan, anda mungkin menyusun semula penyampaian kaedah mengajar.

    Contoh: masa yang diperuntukan murid membuat latihan dipendekkan atau

    dipanjangkan; guru memberi lebih banyak peluang kepada murid membuat

    penyampaian; guru mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang

    digunakan;guru menyusun semula bilangan murid dalaam sesuatu kumpulan

    kecil; guru memberi lebih banyak untuk menerangkan kepada murid konsep asasdan sebagainya.

    Langkah 6 : Pelan Tindakan

    Sama seperti langkah 2

  • 7/31/2019 PenyelidikanTindakan

    6/12

    Langkah 7 : Pengumpulan Data

    Sama seperti langkah 3

    Langkah 8 : Analisis dan Refleksi

    Sama seperti langkah 4

    Kesimpulan

    Penyelidikan Tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan

    kualiti pendidikan melalui perubahan. Penyelidikan merupakan kajian terhadap situasiyang melibatkan peserta dalan situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat

    untuk memperbaik kualiti amalan masing-masing.

  • 7/31/2019 PenyelidikanTindakan

    7/12

    Strategi Pengumpulan Data Kajian Tindakan

    i. Temu bual

    Temu bual digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk memperoleh maklumat

    tentang fakta, perasaan, kepercayaan dan aspek-aspek lain yang ingin diselidiki dalam

    sesuatu kajian atau penyelidikan. Menggunakan teknik temu bual, penyelidik dan

    subjek kajian perlu hadir bersama-sama secara bersemuka. Dalam pertemuan

    bersemuka ini data-data dan maklumat yang diingini diperoleh secara langsung.

    a. Temu bual tidak berstruktur

    Soalan yang dikemukan semasa temu bual, tidak di susun dan dijadualkan

    secara tetap. Responden bebas memberi maklum balas dengan caranya sendiri

    dan masa untuk responden memberi respons tidak ditetapkan. Melalui kaedahini, penemu bual mungkin meperoleh maklumat maklumat lain yang penting

    selain daripada apa yang telah ditetapkan yang boleh membantu penyelidik lebih

    memahami aspek yang dikaji.

    b. Temu bual berstruktur

    Semasa temu bual, soalan yang dikemukakan kepada responden menggunakan

    cara serta mengikut susunan yang sama. Penemu bual boleh mempermudah

    serta memperjelas soalan dalam had yang ditetapkan dan dibenarkan. Kaedah

    temu bual ini menjurus kepada orientasi maklumat yang diharapkan dan

    ditentukan sahaja secara ringkas dan padat.

    c. Temu bual semi-struktur

    Soalan yang dikemukakan kepada responden disusun dan dijadualkan tetapi

    responden diberi kelonggaran semasa memberi jawapan. Ia tidak begitu tegas

    seperti temu bual berstruktur. Soalan tidak begitu bebas seperti temu bual tak

    berstruktur. Soalan mungkin diubah suai dari segi susunan dan cara menyoal

    lebih fleksibel. Ia boleh memberi maklumat yang mungkin boleh boleh

    membandingkan antara responden berdasarkan faktor umur, kecerdasan, status

    dan sebagainya. Maklumat lengkap yang diharapkan bolehh diperoleh dismaping mempunyai peluang untuk meneliti dan mengkaji perkara lain yang

    berkaitan secara tidak langsung dengan tujuan kajian secara lebih mendalam.

  • 7/31/2019 PenyelidikanTindakan

    8/12

    d. Temu bual individu

    Temu bual secara individu adalah satu cara konvensional dalam mengumpul

    data secara bersemuka. Temu bual individu adalah untuk orang perseorangan

    dan dengan itu maklumat yang bersifat lebih personal boleh diperoleh. Kaedah

    ini membolehkan responden memberi respon yang lebih bebas dan mendalamtanpa rasa malu dan curiga. Kaedah ini juga dapat memberi gambaran

    perasaan, gerak tubuh responden, nada suara dan keadaan persekitaran secara

    lebih tepat.

    Kelemahan temu bual individu lebih kepada implikasi kewangan atau kos yang

    tinggi disamping masa yang lebih lama untuk menyelesaikannya. Penemu bual

    juga berkemungkinan tanpa disedari boleh menyinggung perasaan responden

    dengan isu-isu sensitif seperti ras, taraf sosioekonomi, budaya dan sebagainya.

    Penemu bual juga mestilah benar-benar mahir dan terlatih. Kelemahan lain yang

    mungkin ialah konflik personaliti dan kemungkinan berlakunya bias di pihakpenemu bual.

    e. Temu bual berkumpulan

    Keadaan keadaan temu bual berkumpulan boleh menjadi alternatif yang baik

    kepada temu bual individu. Kadang-kadang temu bual berkumpulan menjadi satu

    keperluan terutama jika tingkah laku yang ingin diperhati dan difahami berlaku

    dalam interaksi berkumpulan.Kaedah temu bual ini menjimatkan masa, lebih

    cekap dan ekonomi. Hal ini adalah penemu bual boleh bertemu dengan

    responden secara serentak dan meperoleh maklumat dengan hanya satupertemuan. Di samping itu, maklumat yang diperoleh mungkin dapat

    menggambarkan tingkah laku berkumpulan, penyesuaian i dividu, dan pola

    interaksi antara ahli.

    Kelemahan kaedah temu bual ini ialah mungkin menimbulkan rasa

    kebimbangan, rasa tidak selesa, dan ketakutan dalam kalangan responden

    kerana adanya perbezaan antara individu di samping tidak mengenali antara

    satu sama lain. Mungkin juga ada ahli kumpulan yang sukar di kawal kerana

    sangat berepngaruh dalam kumpulan itu. Unsur kesetiaan yang wujud dalam

    kumpulan mungkin menyekat dan menjadi penghalang kepada ahli untukmembuat penjelasan dan pendedahan kepada penemu bual.

    Kebaikan Kaedah Temu bual

    Mampu mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan terperinci

  • 7/31/2019 PenyelidikanTindakan

    9/12

    Boleh digunakan untuk memperoleh maklumat yang lebih mendalam yang tidak

    mungkin diperoleh melalui kaedah lain seperti temu duga dan teknik

    pemerhatian.

    Secara tidak langsung dapat menjalin dan mengekalkan hubungan dengan

    responden yang akan menyumbnag kepada maklumat yang lebih sah dan boleh

    dipercayai.

    Boleh digunakan sebagai satu kaedah semakan dengan cara memastikan

    keberkesanan komunikasi antara penemu bual dengan responden.

    Kelemahan Kaedah Temu bual

    Teknik temu bual melibatkan kos dan masa yang tinggi dan adakalanya tidak

    begitu sesuai.

    Responden mungkin berkecenderungan untuk berpendirian memuaskan hatipenemu bual dengan memberikan jawapan yang mungkin memihak atau

    menyokong kehendak penemu bual.

    Maklumat yang diperoleh bersifat subjektif yang menyebabkan mungkin berlaku

    bias di pihak penemu bual.

    Penemu bual perlu dilatih supaya bersifatprofesional dan ini merupakan kos,

    beban dan tanggungjawab yang tinggi.

    Kaedah Pemerhatian

    Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untukmengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang

    ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu

    bual. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek

    berpandukan pemboleh ubah pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan

    penyelidik adalah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,

    mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.

    Menggunakan kaaedah ini penyelidik atau pemerhati perlu memerhati sampel-

    sampelnya dalam tempoh masa yang tertentu. Kaedah pemerhatian ini banyak

    digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sain danbidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan

    terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.

    Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidikan mengkaji

    perekmbangan tingkah laku sesuatu unit sosial misalnya mengkaji perkembangan

    tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan,

    kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan dalam kalangan

  • 7/31/2019 PenyelidikanTindakan

    10/12

    individu yang menghadiri temu bual. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam

    penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar dalam kalangan kaunselor dan

    guru pelatih.

    Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan

    teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secarasistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan

    ytang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.

    Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah

    laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta

    persampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah

    laku yang perlu diperhati dan direkodkan.

    Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan

    berlaku berterusan ini perlu perlu dikategorikan ke dalam golongan ekslusif. Dengankata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya di kenal

    pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah

    laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui

    kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat.

    Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin

    senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku

    yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selepas

    itu paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat tentang

    tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam parastafsiranpemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh.

    Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku

    kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja,

    semesntara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. selain

    isu tentang generalisasi ini, isu yang lain ialah persampelan tingkah laku. Umumnya

    tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik

    dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.

    Untuk mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat persampelan sama ada

    persampelan masa. Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang

    hendak dijadikan sampel, sementara persampelan masa pula merujuk kepada

    perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.

  • 7/31/2019 PenyelidikanTindakan

    11/12

    Jenis-jenis Pemerhatian

    Pemerhatian Peserta

    Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam

    kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat

    pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua

    peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.

    Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri

    aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan kajian pemerhatian

    lebih sah dan boleh dipercayai. Menggunakan kaedah ini jufa memungkinkan

    maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati

    di peringkat awal.

    Pemerhatian Bukan Peserta

    Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuaii untuk

    membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang

    semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat pemerhatian secara

    teliti terhadap segala gerak geri ahli dengan kumpulan atau individu yang

    diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat

    rakaman trmasuk teropong, kaset, dan kamera video.

    Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan

    kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang

    tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan

    menyumbang kepada keputusan yang lebih tepat.

    Kebaikan Kaedah Pemerhatian

    Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas, teliti

    dan tepat dan data ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yan glebih sah

    serta boleh dipercayai.

    Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak

    boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian.

    Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada

    pemerhatian benar-benar dari sampel yan gingin dikaji bukan wakil sampel yang

    telah dikenal pasti.

  • 7/31/2019 PenyelidikanTindakan

    12/12

    Kelemahan kaedah Pemerhatian

    Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati

    dan diteliti.

    Sampel mungkin berasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku

    mereka diperhati. Pemerhati yang tidak betanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian

    yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka.

    Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor

    lain seperti perbezaan ras, budaya, fahaman dan nilai.

    RUJUKAN

    Sidek Mohd Noah,(2002) Reka Bentuk Penyelidikan. Serdang: Penerbitan UniversitiPutra Malaysia.

    Rahil Mahyudin et.al. (2009). Amalan Pengajaran Berkesan. Shah Alam. KarismaPublications Sdn. Bhd.