penyata sebelum pbs.docx
DESCRIPTION
Contoh sahajaTRANSCRIPT
2.1 PENYATAAN SEBELUM PBS
Sebelum menjalankan PBS, saya telah menerima taklimat tentang cara penjalanan
PBS daripada pensyarah-pensyarah dari unit Praktikum. Beliau telah memberi
penjelasa kepada kami semua supaya jelas tentang aktiviti yang perlu dijalankan
sepanjang masa PBS dijalankan. Sebelum menjalankan PBS, saya telah diberi
tugas supaya menjalankan aktiviti di sekolah rendah yang saya menjalankan PBS.
Fokus utama aktiviti saya ialah memerhati suasana sekolah dan mengetahui
tentang sistem pengurusan sekolah rendah yang saya jalankan PBS. Selain
daripada memerhati suasana sekeliling sekolah, dan mengetahui tentang sistem
pengurusan sekolah, saya juga perlu menfokus kepada aktiviti perkembangan
kognitif kanak-kanak yang telah disediakan dalam soalan kerja kursus pendek bagi
subjek Perkembangan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, saya juga perlu fokus
kepada aktiviti yang dapat saya berinteraksi dengan guru-guru dan murid-murid.
Tujuan utama aktiviti memerhati suasana sekolah adalah untuk mengenal
pasti bahawa adakah suasana sekolah tersebut sesuai untuk belajar. Aktiviti ini
adalah penting untuk masa hadapan saya supaya menjadi seorang guru yang
mengajar dengan berkesan. Hal ini kerana suasana yang baik boleh membantu
murid-murid belajar dengan lebih efektif. Tujuan utama aktiviti mengetahui tentang
sistem pengurusan sekolah rendah adalah untuk jelas dengan sejarah sekolah.
Dengan ini, saya akan lebih jelas tentang tanggungjawab saya pada masa hadapan
semasa saya berjaya menjadi seorang guru. Selain daripada itu, aktiviti yang
dijalankan untuk membolehkan saya berinteraksi dengan guru-guru dan murid-
murid adalah untuk menambahbaikan kemahiran bersosial. Ini adalah berguna
kepada saya pada masa kelak supaya dapat menyampaikan ilmu pengetahuan
dengan lebih jelas kepada murid-murid.
Aktiviti-aktiviti yang saya fokus akan dijalankan sepanjang masa aktiviti PBS
saya dijalankan. Saya akan menjalankan aktiviti temu bual dengan pentadbir
sekolah seperti guru besar dan guru disiplin supaya mengetahui tentang sistem
pengurusan sekolah. Melalui temu bual dengan guru-guru atau pihak pentadbir di
sekolah, saya boleh mengetahui tentang cara pengurusan sekolah dan maklumat-
maklumat yang saya ingin bagi keperluan PBS. Bagi aktiviti memerhati suasana
sekolah, saya telah merancang pelaksanaan aktiviti tersebut dengan mengambil
gambar kawasan sekeliling sekolah.