bm version 05 - wordpress.com · kepada penyata maklumat produk prudential dan ilustrasi jualan...

8
“Setiap orang adalah JUTAWANPRUlink million INSURANS BERKAITAN-PELABURAN

Upload: others

Post on 03-Jun-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BM version 05 - WordPress.com · kepada Penyata Maklumat Produk Prudential dan Ilustrasi Jualan sebelum membeli pelan, dan merujuk kepada terma dan syarat dalam dokumen polisi untuk

“Setiap orang adalah JUTAWAN”

PRUlink million INSURANS BERKAITAN-PELABURAN

Page 2: BM version 05 - WordPress.com · kepada Penyata Maklumat Produk Prudential dan Ilustrasi Jualan sebelum membeli pelan, dan merujuk kepada terma dan syarat dalam dokumen polisi untuk

Setiap orang adalah JUTAWAN

Prudential percaya kita semua adalah jutawan. Sama ada anda memiliki perniagaan, hartanah atau seorang kakitangan; diberikan masa, anda berpotensi untuk mengumpul jutaan.

Soalan cepumasnya adalah bagaimana sekiranya masa bukan milik anda?

Kejadian yang tidak dijangka mungkin menimpa anda sebelum impian berjaya dicapai. Adakah anda bersedia, bukan sekadar untuk menghadapi kejadian yang dirancang, tetapi juga yang tidak dijangka?

Biar PRUlink million melengkapkan persediaan anda!

Page 3: BM version 05 - WordPress.com · kepada Penyata Maklumat Produk Prudential dan Ilustrasi Jualan sebelum membeli pelan, dan merujuk kepada terma dan syarat dalam dokumen polisi untuk

PRUlink million adalah pelan insurans hayat berkaitan-pelaburan premiumbiasa. Ia menawarkan kepada anda:

CIRI-CIRI MANFAAT

Nikmati ketenangan fikiran kerana anda akan menerima sekurang-kurangnya amaun jumlah diinsuranskan asas anda jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

Anda mungkin menerima lebih daripada jumlah diinsuranskan semasa anda jika prestasi dana meningkat!

Anda boleh memilih untuk dilindungi sehingga berumur 80 atau sehingga berumur 100.

Apabila berlaku Kematian, kami membayar yang mana lebih tinggi:a. Jumlah diinsuranskan semasa; ATAUb. Nilai unit-unit di dalam akaun anda (tidak

termasuk Akaun Unit Perlindungan) sertaJika manfaat opsyenal telah dibeli, anda juga akan menerima nilai unit-unit di dalam Akaun Unit Perlindungan sebagai tambahan kepada yang di atas.

Apabila berlaku TPD sebelum berumur 70 tahun, kami membayar yang mana lebih tinggi:a. Jumlah diinsuranskan semasa; ATAUb. Nilai unit-unit di dalam akaun anda (tidak

termasuk Akaun Unit Perlindungan).

Sila rujuk pada Penyata Maklumat Produk dan Ilustrasi Jualan untuk definisi TPD.

Dapatkan perlindungan jangka panjang dengan komitmen dari serendah 10 tahun!

Anda mempunyai pilihan untuk membayar premium selama 10 tahun, 20 tahun atau 30 tahun.Anda juga boleh memilih untuk membayar premium untuk keseluruhan tempoh polisi.

Kami menyediakan fleksibiliti untuk meningkatkan nilai polisi anda melalui Tokokan PremiumTunggal. Tokokan Premium Tunggal minimum adalah RM500.

Kami menyediakan 3 manfaat opsyenal untuk menambahbaik perlindungan anda: • Crisis Defender• Enhanced PRUpayor basic dan Enhanced PRUpayor saver• PRUspouse payor basic dan PRUspouse payor saver

Lampiran manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan.

Kami akan membayar kepada anda nilai unit-unit di dalam semua akaun anda.

Kami akan membayar kepada anda nilai unit-unit di dalam semua akaun anda.

Polisi anda tidak luput walaupun nilai unit-unit di dalam pelan telah sifar*.

*Tertakluk bahawa semua premium telah dibayar tanpa tunggakan dan tiada pengeluaran dilakukan.

Manfaat Kematian

Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (TPD)

Tertakluk kepada maksimum RM4 juta setiap hayat atas jumlah diinsuranskan.

Tempoh perlindungan yang Fleksibel

Tempoh bayaran premium yang Fleksibel

Meningkatkan nilai tunai melalui Tokokan Premium Tunggal

Meningkatkan perlindungan anda

Pada Serahan Polisi

Pada Kematangan Polisi

Jaminan Tidak-Luput

Page 4: BM version 05 - WordPress.com · kepada Penyata Maklumat Produk Prudential dan Ilustrasi Jualan sebelum membeli pelan, dan merujuk kepada terma dan syarat dalam dokumen polisi untuk

Umur Kemasukan

Tempoh BayaranPremium Tempoh Polisi

Jumlah Diinsuranskan

Premium

Berumur 19 hingga 70 tahun pada harilahir seterusnya

10, 20, 30 tahun dan tempoh premium penuh berdasarkan tempoh polisi

Sehingga berumur 80 tahun atau berumur 100 tahun

RM500,000 dan ke atas

Premium berbeza mengikut umur, jantina, status merokok, jumlah diinsuranskan, tempoh bayaran premium dan tempoh polisi.

Premium boleh dibayar secara tahunan, separa tahunan, sukuan atau bulanan melalui Debit Terus, Kad Kredit, Tunai atau Cek.

Apabila mana-mana manfaat opsyenal tamat, sekiranya premium masih perlu dibayar, premium akan berkurangan sewajarnya.

» Mengenai PRUlink million

Tahun Polisi

Peruntukan PremiumMengandaikan premium tahunan anda adalah RM5,000 untuk PRUlink million dan RM1,000 untuk PRUsaver, peruntukan premium anda adalah seperti berikut:

Untuk tempoh bayaran premium selama 10 tahun

1

60%

RM3,000

2

70%

RM3,500

4

80%

RM4,000

95%

RM950

5

95%

RM4,750

6

95%

RM4,750

Selepas 6

100%

RM5,000

Kadar Peruntukan premium PRUlink million Peruntukan Premium

Kadar Peruntukan premium PRUsaver

Peruntukan Premium

3

72%

RM3,600

Page 5: BM version 05 - WordPress.com · kepada Penyata Maklumat Produk Prudential dan Ilustrasi Jualan sebelum membeli pelan, dan merujuk kepada terma dan syarat dalam dokumen polisi untuk

Dana-dana PelaburanSemasa polisi anda bermula,premium yang anda bayar akan dilaburkan ke dalam PRUlink golden equity fund dan PRUlink golden bond fund berdasarkan campuran aset seperti jadual di bawah. Ia akan diselaraskan kepada campuran aset yang lebih terjamin apabila menghampiri penghujung tempoh polisi.

Amaun peruntukan premium, seperti ditunjukkan di atas, adalah sebelum ditolak caj perkhidmatan dan caj insurans. Jika anda membayar premium untuk tempoh selain daripada contoh di atas, sila rujuk Ilustrasi Jualan untuk kadar peruntukan premium.

Jika anda memilih untuk membayar premium untuk tempoh yang lebih pendek daripada tempoh polisi anda, dana-dana anda akan ditukar kepada PRUlink golden managed fund pada akhir tempoh bayaran premium.

Anda boleh memantau prestasi dana-dana anda dengan menyemak harga unit-unit yang diterbitkan setiap hari di laman sesawang kami di www.prudential.com.my

Tahun Polisi

Untuk tempoh bayaran premium selama 20 tahun dan ke atas

Baki Tempoh (dalam tahun) Tempoh Bayaran Premium

1

40%

RM2,000

2

50%

RM2,500

3

60%

RM3,000

4

70%

RM3,500

95%

RM950

5

90%

RM4,500

6

90%

RM4,500

Selepas 6

100%

RM5,000

Kadar Peruntukan premium PRUlink million Peruntukan Premium

Kadar Peruntukan premium PRUsaver

Peruntukan Premium

46 dan atas

41 – 45

36 – 40

31 – 35

26 – 30

21 – 25

16 – 20

11 – 15

6 – 10

5 dan kurang

PRUlink golden bond fundPRUlink golden equity fund

Page 6: BM version 05 - WordPress.com · kepada Penyata Maklumat Produk Prudential dan Ilustrasi Jualan sebelum membeli pelan, dan merujuk kepada terma dan syarat dalam dokumen polisi untuk

Caj

Manfaat opsyenal

Caj Perkhidmatan

Caj Insurans

Caj Pemprosesan

Caj Pengurusan Dana

RM6 sebulan untuk bayaran secara tunai atau cek.RM5 sebulan untuk kad kredit atau debit terus.

Caj insurans bulanan dikenakan bergantung kepada umur, tempoh, jantina, status merokok, jumlah diinsuranskan

Setiap tokokan dikenakan caj perkhimatan sebanyak RM25

PRUlink golden equity fund: 1.5% setahunPRUlink golden bond fund: 1.0% setahunPRUlink golden managed fund: 1.1% setahun

Manfaat Opsyenal

Crisis Defender

Enhanced PRUpayor basic

Enhanced PRUpayor saver1

PRUspouse payor basic

PRUspouse payor saver2

Penerangan

Crisis Defender adalah manfaat opsyenal yang dicipta untuk membayar manfaat sekali gus apabila didiagnosis mana-mana 36 penyakit kritikal.

Enhanced PRUpayor basic membayar premium asas PRUlink million anda dan premium Crisis Defender (jika dilampirkan) apabila didiagnosis penyakit kritikal atau hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum berumur 70 tahun pada harilahir seterusnya.

Enhanced PRUpayor saver membayar premium PRUsaver anda apabila didiagnosis penyakit kritikal atau hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum berumur 70 tahun pada harilahir seterusnya. Bayaran manfaat akan tamat apabila orang yang diinsuranskan meninggal dunia.

1Jika PRUsaver dan Enhanced PRUpayor basic dilampirkan, Enhanced PRUpayor saver dilampirkan secara automatik.

PRUspouse payor basic membayar premium asas PRUlink million anda dan premium Crisis Defender (jika dilampirkan) apabila suami/isteri anda meninggal dunia, hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum berumur 70 tahun pada harilahir seterusnya atau didiagnosis penyakit kritikal.

PRUspouse payor saver membayar premium PRUsaver anda apabila suami/isteri anda meninggal dunia, hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum berumur 70 tahun pada harilahir seterusnya atau didiagnosis penyakit kritikal.

Bayaran manfaat akan tamat apabila orang yang diinsuranskan meninggal dunia.

2Jika PRUsaver dan PRUspouse payor basic dilampirkan, PRUspouse payor saver dilampirkan secara automatik.

Page 7: BM version 05 - WordPress.com · kepada Penyata Maklumat Produk Prudential dan Ilustrasi Jualan sebelum membeli pelan, dan merujuk kepada terma dan syarat dalam dokumen polisi untuk

Sila ambil perhatian bahawa produk insurans ini terikat dengan prestasi aset-aset asas, dan bukan produk pelaburan tulen seperti unit amanah.

Nota Penting

• PRUlink million bukan produk mematuhi-Shariah.• Risalah ini adalah untuk tujuan penjelasan sahaja. Anda dinasihatkan supaya merujuk

kepada Penyata Maklumat Produk Prudential dan Ilustrasi Jualan sebelum membeli pelan, dan merujuk kepada terma dan syarat dalam dokumen polisi untuk butir-butir mengenai ciri-ciri penting pelan ini.

• Risalah ini hendaklah digunakan bersama Lembaran Fakta Dana PRUlink golden.• Anda seharusnya menilai kemampuan dan kesesuaian produk (termasuk manfaat opsyenal)

selaras dengan matlamat kewangan dan ketahanan risiko anda. Untuk mencapainya, kami menyarankan agar anda berbincang dengan ejen atau Perancang Kewangan anda yang akan melakukan analisa keperluan dan membantu anda mengambil keputusan yang wajar.

• Tempoh tinjauan percuma selama 15-hari diberikan selepas polisi ini diserah kepada anda untuk membolehkan anda mengajikan sama ada ia memenuhi keperluan anda. Jika polisi dibatalkan dalam tempoh ini, kami akan mengembalikan nilai unit-unit (pada tarikh harga unit seterusnya) serta premium yang tidak dilaburkan, caj perkhidmatan dan caj insurans, tolak perbelanjaan perubatan. Selain itu, jika tokokan dibuat, 5% daripada premium tidak teruntuk akan dibayar balik. Tokokan tidak dikenakan sebarang caj insurans.

• Kadar premium dan caj insurans untuk perlindungan asas untuk kematian / TPD adalah dijamin. Bagaimanapun, kadar premium dan caj insurans untuk manfaat lain tidak dijamin. Kami berhak untuk menyemak kadar premium dan caj (kecuali caj insurans untuk Manfaat Kematian dan TPD) semasa ulangtahun polisi dengan memberikan notis awal 90-hari jika rekod tuntutan sebenar lebih teruk dari jangkaan.

• Polisi akan kekal berkuat kuasa sehingga akhir tarikh luput polisi selagi anda membayar premium tepat pada masanya. Jika tidak, polisi anda mungkin akan berkuat kuasa selagi terdapat unit-unit yang mencukupi untuk membolehkan kami menolak caj insurans dan caj perkhidmatan.

• Tidak membayar premium boleh menyebabkan polisi ini berhenti.• Jika anda membatalkan polisi pada tahun-tahun awal, anda mungkin tidak dapat

memperoleh nilai penuh daripada amaun yang telah anda bayar. Apabila anda menyerahkan polisi, semua manfaat di bawah pelan ini akan ditamatkan.

• Prudential Assurance Malaysia Berhad dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Sebagai ahli PIDM, sebahagian daripada manfaat yang diinsuranskan di bawah polisi insurans yang ditawarkan oleh PAMB adalah dilindungi daripada kerugian sebahagian atau keseluruhan manfaat insurans oleh PIDM, sekiranya berlaku kegagalan penginsurans. Untuk maklumat lanjut mengenai had perlindungan dan skop perlindungan, sila dapatkan risalah maklumat PIDM dari PAMB atau layari laman sesawang PIDM (www.pidm.gov.my) atau hubungi talian bebas tol PIDM (1-800-88-1266).

Prudential Assurance Malaysia BerhadAhli PIDM

Page 8: BM version 05 - WordPress.com · kepada Penyata Maklumat Produk Prudential dan Ilustrasi Jualan sebelum membeli pelan, dan merujuk kepada terma dan syarat dalam dokumen polisi untuk