penya ta rasmi p arlimenjilid ii bil. 7 malaysia hari rabu 3hb jun, 1992 penya ta rasmi p arlimen...

97
Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL KEDU A Second Session KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 1153) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Keselamatan Soslal Pekerja (Plndaan) (No. 2) [Ruangan 1232] Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusla [Ruangan 1246) Rang Undang-undang Kanun Tanah Negara (Hakmlllk Pulau Pinang dan Melaka) (Plndaan) [Ruangan 1304) Rang Undang-undang Tribunal Perkhldmatan Awam (Pindaan) [Ruangan 1307) Rang Undang-undang Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pindaan) [Ruangan 1313] Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) [Ruangan 1322) Rang Undang-undang Pencen Pihak-plhak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Plndaan) [Ruangan 1331] USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan darlpada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 1292) DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, IBU PEJABAT, KUALA LUMPUR 1994 PNMB

Upload: others

Post on 12-Jan-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

Jilid II Bil. 7

MALAYSIA

Hari Rabu 3hb Jun, 1992

PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament

PENGGAL KEDU A Second Session

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 1153)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Keselamatan Soslal Pekerja (Plndaan) (No. 2) [Ruangan 1232]

Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusla [Ruangan 1246)

Rang Undang-undang Kanun Tanah Negara (Hakmlllk Pulau Pinang dan Melaka) (Plndaan) [Ruangan 1304)

Rang Undang-undang Tribunal Perkhldmatan Awam (Pindaan) [Ruangan 1307)

Rang Undang-undang Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pindaan) [Ruangan 1313]

Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) [Ruangan 1322)

Rang Undang-undang Pencen Pihak-plhak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Plndaan) [Ruangan 1331]

USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan darlpada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 1292)

DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, IBU PEJABAT, KUALA LUMPUR 1994

PNMB

Page 2: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

MALAYSIA

PARLIMEN KELAPAN-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KEDUA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, DATO' VADIVELOO A/L Gov1NDASAMY, D.P.M.S., S.M.S., A.M.N. (DiJantik).

.,

Menteri Belia dan Sukan, TUAN HAii ANNUAR BIN MusA (Dilantik).

Tuan Tirnbalan Yang di-Pertua, TuAN ADAM BIN KAmR (Dilantik).

Timbalan Menteri Pertanian, DATO' S. SuBRAMANIAM, D.s.N.s., D.P.M.J., S.M.J. (Dilantik).

Setiausaha Parlirnen Kernenterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pcngguna, DR SAK CHENG LuM (Dilantik).

Setiausaha Parlirnen Kernenterian Kewangan, TUAN MusTAPA BIN MOHAMED (Dilantik).

TUAN HAJI SYED ABDUL HAMID SAGAFF, P.I.S., B.S.I., P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAn ABDUL MAJID BIN HAn ABDULLAH, P.1.s., P.P.M. (Johor).

TUAN ABDUL RASHID BIN !SMAIL, A.M.N., P.K.T., P.J.K., P.J.M. (Pulau Pinang).

TUAN HAJI ABDlJL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik).

DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI ABDULLAH, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K., J.C. (Dilantik).

TUAN HAJI AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (Dilantik).

PuAN HAJAH AsMAH BINTI HAn IsMAIL, A.M.N., P.J.K. (Pahang).

TUAN AZMAN ATAR BIN 0rHMAN, P.J.K., P.B.M. (Dilantik).

DATO' AzuMu BIN TAK, o.P.M.P., P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

PUAN HAJAH CHE PORA BINTI HAJJ OMAR, A.M.N., P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

DATO' WILLIAM CHEK LIN KWAI, D.S.D.K., A.M.K., P.P.N., J.P. (Dilantik).

TUAN CHONG Cm S10NG alias CHONG FAH (Negeri Sembilan) .

TUAN FRANKIE C110NG Yu CHEE, A.D.K. (Sabah).

Page 3: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1147 3 JUN 1992 1148

Yang Berhormat TUAN DAHALAN BIN HAJI EMBUN (Perlis).

"

"

"

"

"

TUAN DING SELING (Dilantik).

TUAN HAJI DoL BIN DoLAH, A.M.N., P.P.N., J.P. (Melaka).

TUAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur).

TUAN GHAZAL! BIN HAJI EMBONG, P.J.K. (Dilantik).

PuAN HAJAH HABIDAH BINTI JusoH alias YusoF, P.J.K. (Terengganu).

WAN HAMID EDRUcE BIN TuANKU HAJJ MoHAMAD, A.B.s. (Sarawak).

TUAN Ho CHENG WANG (Perak).

PuAN IDA DuMPANGAL NEE IDA UNDAN, B.s.K. (Sabah).

TUAN Isu BIN HAn S1PUT (Dilantik-Wilayah Persekutuan Labuan).

TUAN ITAM WAu BIN NAWAN, P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAn JAMALUDIN BIN HAJI AHMAD, A.M.N., A.N.s., P.M.c., P.J.K., J.c. (Negeri Sembilan).

TUAN JOHAN B.O.T. GHAN! alias CHRISTOPHER, K.M.N. (Dilantik).

PuAN KALTHOM BINTI HAn OTHMAN (Kelantan).

TUAN c. KRISHNAN, A.M.N .. (Dilantik).

PuAN LAw JACK YooN (Dilantik).

DATO' DR MAK HoN KAM, o.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

TUAN HAJI MOIIAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ, A.M.P., B.K.T. (Dilantik).

JEN. (B) TAN SRI DATO' Mono. GHAZAL! BIN DATO' MOHD. SETH, M.l.D., P.P.M., K.M.N., J.M.N., S.M.J., P.P.C., P.N.B.S., D.P.M.J., P.S.M., S.P.M.J., P.M.N., SJ.M.P.,

D.H.M.S., P.G.A.T. (Dilantik).

TUAN MOHD. ZAIN BIN HAJJ MAT DAUD (Kelantan).

TUAN MUNISAMY A/L KuPPAN, A.M.N., A.M.P., P.P.T. (Dilantik).

TUAN MUSTAFA BIN AWANG, P.P.N., P.J.K. (Terengganu).

TUAN NEo TUAN CHENG, P.P.N. (Johor).

TUAN Na PENG HAY, P.J.K. (Melaka).

DATO' Na THIAN HocK, o.s.s.A., s.M.s., P.J.K., J.P. (Dilantik).

TUAN RAHIM BIN BABA, A.M.r. (Dilantik).

PuAN RosALIND YAU Sm1K MENG, K.M.N., A.M.N. (Selangor).

PUAN RAJAH RosNAll BINTI HAJJ MOHD. SALLER, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

Page 4: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1149 3 JUN 1992 1150

Yang Berhormat TUAN SAAD BIN HAJJ MAN (Dilantik).

"

"

TUAN SAIDIN BIN MouAMAD (Perlis).

TUAN V. K. SELLAPPAN, s.s.A., A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN SHuIB BIN ENDUT, A.M.N., A.M.K., P.J.K. (Kedah).

TUAN HAn SHurn BIN SHAWAL, A.M.K., A.M.N., P.J.K. (Kedah).

TUAN DouGLAS SuLLANG ANAK GANDA (Sarawak).

DATUK TAN GIM HuA, D.M.P.N., J.M.N., J.P. (Pulau Pinang).

DATO' TAN T1Ew BocK, o.P.M.P., A.M.P. (Dilantik).

TuAN T10No THAI KING (Dilantik).

TUAN K. VIJAYANATHAN A/L KESAVA PILLAI, D.J.N., K.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN WoNG KIE YIK (Dilantik).

DATUK DAv~o YEoH ENG HocK, D.M.s.M. (Dilantik).

TUAN HAn ZAINAL BIN Mo. DERos, s.s.A., P.J.K., J.P. (Selangor).

PuAN RAJAH ZALEHA BINTI Huss1N (Dilantik).

Page 5: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1151 3 JUN 1992

DEWAN NEGARA

PEGA WAI-PEG A WAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Taijadin bin Saberan.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

Penolong Setiausaha: Zamani bin Sulaiman.

SAHAGIAN PENYATA RAS:vtl PARLIMEN

Pegawai Penerbitan: Ramaswamy.

Pen. Pegawai Penerbitan: Shamsiah binti Mohd. Yusop.

Pe/apor Perbahasan Par/imen:

Haji Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Haji flassan.

Hajah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abd. Samad.

Jainah binti Sakimin.

Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., B.s.o., P.J.K.

1152

Page 6: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1153 3 JUN 1992 1154

MALAYSIA

DEW AN NEGARA

Selasa, 3hb Jun, 1992

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

{Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

BELIA-BANTUAN KEPADA PERTUBUHAN

1. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan jumlah bantuan Kerajaan yang diberikan kepada persatuan dan pertubuhan belia seluruh negara dan apakah nama persatuan belia yang mendapat bantuan dan daripada jumlah itu, berapakah yang diberikan kepada persatuan belia mengikut pecahan kaum.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan (Dato' Ismail bin Said): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan ada menyediakan kemudahan bantuan pentadbiran dan projek kepada persatuan dan pertubuhan belia. Bantuan pentadbiran hanya dibcrikan kepada majlis-majlis belia dan pertubuhan-pertubuhan induk belia di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.

Bagi tahun 1990 Kerajaan telah mengeluarkan bantuan sebanyak $1,093,067; bagi tahun 1991 jumlah bantuan yang diberikan ialah sebanyak $362,000. Sementara bantuan bagi

tahun 1992, ianya masih lagi di peringkat pertimbangan Kementerian. Bantuan yang diberikan itu adalah berasaskan kepada program dan aktiviti yang memberi faedah kepada pembangunan masyarakat belia tanpa mengira kaum.

Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan kepada Yang Berhormat. Saya ingin mendapat penjelasan, bagaimanakah peruntukan­perun tukan kewangan itu disalurkan kepada persatuan-persatuan belia di peringkat-peringkat daerah dan di kampung-kampung melalui Majlis Belia Negeri. Adakah hanya ahli yang bergabung dengan Majlis Belia sahaja mendapat peruntukan?

Dato' Ismail bin Said: Tuan Yang di-Pertua, kaedah yang Kementerian Belia dan Sukan amalkan untuk memberi bantuan kepada pertubuhan belia adalah berdasarkan kepada permohonan dan juga kepada kemampuan kewangan tahunan Kementerian pada tahun yang ber­kenaan.

Berkenaan cara bantuan ini disalurkan kepada badan-badan yang bergabung dengan Majlis Belia sama ada di peringkat daerah ataupun negeri adalah terserah kepada badan induk yang berkenaan untuk menen­tukannya. Kementerian Belia dan Sukan tidak campur tangan.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah benar

Page 7: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1155 3 JUN 1992 1156

kurangnya sambutan belia dari keturunan India dan Cina di dalam penglibatan keahlian di dalam persatuan-persatuan belia?

Soalan yang kedua, apakah masalah.­masalah yang dihadapi oleh Kementerian Belia dan Sukan di dalam mengintegrasikan belia-belia di dalam tanahair kita?

Dato' Ismail bin Said: Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua soalan Yang Berhormat itu adalah merupakan soalan yang lain, tetapi walau macam manapun, izinkan saya menjawab dakwaan Yang Berhormat mengenai sambutan belia-belia kepada kegiatan belia daripada kaum bukan bumiputera tidak menggalakkan adalah tidak bcgitu tepat.

Mengenai masalah-masalah yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, saya rasa tidak ada masalah yang besar yang dihadapi oleh ahli-ahli belia yang terdiri daripada berbagai kaum di negara kita ini dan masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan cara baik di peringkat ahli-ahli persatuan belia.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya difahamkan bahawa sebuah pertubuhan belia yang besar telah berpecah dua. Satu pihak dikendalikan oleh penyokong Kerajaan dan satu pihak lagi oleh pembangkang. Saya ingin tahu apakah sikap Kerjaan dan apakah nasib masa hadapan untuk pertubuhan ini, dan juga bagaimanakah peruntukan yang disebutkan tadi akan diberikan?

Dato' Ismail bin Said: Tuan Yang di-Pertua, memang benar bahawa ada satu pertubuhan belia mempunyai dua presiden pada hari ini, seolah-olah sebuah kapal ada mempunyai dua nakhoda. Tetapi sikap Kerajaan atau sikap Kementerian ialah kita hanya

mengiktirafkan kepimpinan Belia 4B yang menyokong Kerajaan, oleh kerana cara kepimpinan ini dipilih ialah mengikut lunas-lunas demokrasi.

Dan untuk itu Kementerian Belia dan Sukan telahpun menyediakan suatu peruntukan sebanyak $30,000 bagi membantu persatuan Belia 4B yang dipimpin oleh pengerusinya yang menyokong Kerajaan.

KAKITANGAN SYARIKAT INSURANS-KOMPOSISI KAUM

2. Tuan C. Krishnan minta Menteri Kewangan menyatakan benarkah daripada 68 syarikat insurans, 60 syarikat insurans tidak mencerminkan komposisi kaum dalam pengambilan kakitangan.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Loke Yuen Yow): Tuan Yang di-Pertua, setakat 31hb. Disember, 1991 sebanyak 16 buah daripada sejumlah 58 buah syarikat insurans yang didaftarkan di bawah Akta Insurans 1983 masih lagi belum mematuhi Dasar Pembangunan Nasional yang menghendaki supaya mereka mengambil sekurang­kurangnya 30% kakitangan bumi­putera.

Waiau bagaimanapun, kebanyakan syarikat terbabit telah sedia mempunyai sekurang-kurangnya 25% kakitangan .bumiputera pada kese­luruhannya. Dan Bank Negara dari semasa ke semasa terus menggesa syarikat-syarikat insurans berkenaan agar mematuhi Dasar Pembangunan Nasional dari segi gunatenaga mereka.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada akhir tahun 1991 penyertaan kaum bumiputera di dalam ind ustri insurans secara kese­luruhannya adalah seramai 4,917 orang

•'

Page 8: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

' "

1157 3 JUN 1992 1158

ataupun 40.7% dan di peringkat pengurusan pula terdapat sebanyak 24.8% penyertaan kakitangan bumi­putera.

PERDAGANGAN DUA HALA MALAYSIA-AUSTRALIA

3. Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz minta Menteri Per­dagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian untuk menentukan bahawa 'volume' per­dagangan di antara Malaysia dan Australia tidak terjejas kerana tindakan penyiaran filem "Turtle Beach" olch produser filem Australia. Atau adakah usaha-usaha untuk mcngimport barangan yang sama umpamanya daripada New Zealand dan negara­negara lain tanpa memberi kcutamaan kepada barangan Australia.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Tuan S. S. Subramaniam): Tuan Yang di-Pertua, penyiaran filem "Turtle Beach" oleh penerbit filem Australia tidak menjejaskan hubungan perdagangan di antara Malaysia dcngan Australia. Filem tersebut juga kurang mendapat sambutan di kalangan rakyat Australia. Di samping itu Kcrajaan Australia juga telah membuat kenyataan di Parlimen Australia bahawa pihaknya tidak ada kena­mengena dengan penerbitan dan penyiaran tersebut.

Dalam pada itu perdagangan dua hala telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 13% pada tahun 1991 di mana jumlah nilai perdagangan dua hala telah meningkat dari $4,260 juta kepada $4,844 juta. Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan hubu­ngan perdagangan dengan rakan-rakan perdagangannya termasuk Australia.

Untuk makluman Yang Berhormat, MITI akan menganjur satu rombongan galakan perdagangan dan pelaburan ke Australia pada bulan Julai tahun ini. Di samping itu MITI juga akan menyertai pameran Australian International Food Exhibitions, dengan izin, di Melbourne, Australia pada 6hb hingga 9hb Scptem ber 1992. Kerajaan meng­amalkan satu sistem perdagangan yang bebas dan terbuka dan amalan diskriminasi dalam dagangan eksport dan import tidak dipraktikkan oleh Kerajaan.

HUKUMAN MA TI-JUMLAH PESA LAH

4. Jen (B) Tan Sri Dato' Mohd Ghazali bin Dato' Mohd Seth minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah pesalah-pesalah yang dihukum gantung sampai mati berpandukan peruntukan Akta Dadah Berbahaya 1985 dan adakah peratusnya kurang sebelum Akta ini dilaksanakan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): Tuan Yang di-Pertua, jumlah pesalah­pesalah yang dihu\rnm mati di bawah Seksyen 39(8) Akta Dadah Berbahaya 1983 sehingga kini ialah seramai 327 orang. Berdasarkan kepada perangkaan itu kes-kes hukuman mati mandatori tidak berkurangan. Ini adalah di­sebabkan di antara lain mereka yang ditangkap mengedar dadah hanya "couriers" atau orang upahan sahaja. Apabila mereka ditangkap, orang upahan ini senang ditukar ganti. Ketua­ketua sindiket yang bertanggungjawab ke atas kemasukan bekalan dadah dan para pem biayanya tidak langsung menanggung risiko kerana mereka tidak pernah membawa dadah sendiri. Ganjaran lumayan yang diperolehi dari kegiatan pengedaran dadah juga merupakan satu faktor tarikan dan

Page 9: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1159 3 JUN 1992 1160

dorongan kepada mereka yang ingin kekayaan dengan cepat tanpa me­mikirkan risiko yang mereka tanggung nan ti.

Tuan• Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Daripada jumlah 300 lebih yang telah dihukum gantung, berapa daripada mereka terdiri daripada warganegara luar iaitu bukan warganegara Malaysia? Dan soalan yang kedua, jika sekiranya yang digantung itu adalah orang yang bukan warganegara Malaysia, adakah tiap­tiap kali kita hendak gantung bukan warganegara Malaysia ini kerajaan daripada mana orang hendak kena gantung itu adakah mereka selalu menghantar perutusan ataupun rayuan untuk meringankan hukuman ini? Jikalau ada, saya ingin tahu berapa daripada rayuan ini diterima ataupun berapa yang ditolak.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di­Pertua, di antara 327 orang yang dikenakan hukuman mati itu termasuklah kebanyakannya rakyat negara ini dan sebahagian lagi adalah terdiri dari orang Iuar. Angka tcpat saya kena minta notis.

Pada mulanya Kerajaan kita kuatkuasakan Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) ini memang ada terdapat negara asing membuat sesuatu rayuan. Tetapi setakat beberapa tahun kebelakangan ini Kerajaan telahpun melalui saluran yang sesuai me­nerangkan undang-undang kita kepada mereka, maka kebelakangan 101

lebihlah mereka mematuhi undang­undang negara Malaysia. Sebenarnya apabila seseorang daripada Iuar kalau dia bawa masuk dadah mereka itu semua sudah cukup diberi amaran. Sebelum dia sampai ke negara ini di lapangan terbang pun sudah diingatkan. Begitu juga kita punya sebaran sudah sampai ke luar negeri. Jadi semua mereka yang hendak masuk ke negara

kita ini sudah tahu. Bila sudah tahu yang negara kita mempunyai undang­undang yang ketat dia buat juga, tidak boleh salahkan negara kita Iagi. Itulah dari segi persediaan Kerajaan memang sudah cukup dan rayuan kalau ada pun adalah tertakluk kepada undang­undang. Kita tidak timbang atas sebab­sebab politik ataupun atas sebab-sebab kemanusiaan ataupun apa-apa. Semuanya kita ikut undang-undang.

Jen (B) Tan Sri Dato' Mohd Ghazali bin Dato' Mohd Seth: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sctelah hukum bunuh dijatuhkan adakah Kementerian berkenaan siar­kan dengan Iuas kepada masyarakat melalui mass-media dengan kata-kata, dengan izin, "crime does not pay". Maksud saya di sini ialah ini boleh diibaratkan sebagai deterent. Kalau tidak, buat masa sekarang siaran itu keluar "hidup mati, hidup mati" jadi tidak mengingatkan kepada orang­orang yang jahat.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di­Pertua, memang Kerajaan kita selama ini telah buat banyak usaha untuk menyiarkan melalui iklan-iklan ataupun melalui sebaran am, TV ataupun melalui signboard di mana­mana kita sentiasa memperingatkan siapa-siapa sahaja iaitu "Dadah Membawa Maut"-sama ada maut dari segi mangsa ataupun dari segi pengcdar. Saya rasa dari segi mass­mcdia memang sudah banyak kita buat dan juga suratkhabar tiap-tiap kali kalau ada kes belum sampai hukuman dijatuhkan, pada masa ditangkap, didakwa, mass media sudah memperbesarkan dengan mengatakan "ini adalah mandatory death". Jadi saya rasa cukuplah sebaran itu setakat ini.

Puan Hajah Habidah binti Jusoh: Tuan Yang di-Pertua, soalan tam­bahan. Yang Berhormat, saya ingin mendapat penjelasan di antara 327 orang pesalah-pesalah yang dihukum

~:

Page 10: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1161 3 JUN 1992 1162

gantung sampai mat1 1tu, di antara berapa ke berapakah umur mereka itu dan berapakah pula bilangan wanita.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di­Pertua, saya ingin minta rnaaf kerana tidak dapat memenuhi sernua angka­angka ini di sini tetapi saya mohon notis. Waiau bagaimanapun saya boleh beritahu bahawa kebanyakan yang mengedar dadah ini adalah kaurn lelaki lebih daripada kaum wanita.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tarnbahan. Memandangkan kepada undang-undang yang dibuat ini nampaknya pengedar dadah ini kurang takut. Tidakkah ada cadangan Kerajaan supaya pern­bunuhan ini dilakukan di ternpat urnurn, misal kata di Stadium Merdeka dan sebagainya? (Ketawa)

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di­Pertua, saya ingin rnernberi sedikit penjelasan walaupun narnpaknya angka ini sudah naik tetapi ianya tidak bermakna mereka ini kurang takut. Kalau kita kaji secara rnendalam sebenarnya kita banding secara angka absolute sahaja, kita tidak banding secara relatif selarna ini negara kita ekonomi sudah besar dan bi1angan penduduknya pun sudah bertambah, kegiatan sosial pun sudah lcbih, tekanan sosial pun sudah lebih. Kalau dari segi itu sebenamya angka sahaja yang naik dan ini tidak bermakna mereka ini kurang takut, lebih-lebih lagi kalau sekiranya tidak ada undang­undang yang begitu menakut-nakutkan mungkin angka ini rneningkat beberapa kali ganda. Jadi itulah satu kenyataan saya hendak beritahu Dewan yang mulia ini.

Tuan Mustafa bin Awang: Penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak boleh minta penjelasan pada masa soal jawab.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Tadi kita mendengar yang mati terbunuh dan dihukum gantung hanya orang-orang upahan. Jadi, tentulah ada kepala dia atau "Draco" dia. Jadi, adakah Kerajaan mengenalpasti ketua sindiket mengedar dadah dan apakah ikhtiar Kerajaan untuk menghancurkan ketua sindiket yang tidak mati itu?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di­Pertua, Kerajaan ada strategi dan langkah-langkah untuk ketua sindiket kalau sekiranya kita dapat maklumat yang cukup jelas dan konkrit yang menunjukkan bahawa seseorang itu adalah memang ketua sindiket, walaupun dia ada bawa dadah. Walaupun kita tidak dapat tangkap orang itu dengan dadah ada padanya, tetapi kita masih ada suatu Akta yang bersiap sedia bila-bila masa untuk golongan itu iaitu Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pence­gahan Khas), 1985. Kita boleh tangkap ketua-ketua sindiket ini masuk ke dalam Pulau Jerjak dan masuk ke dalam tempat-tempat tahanan tanpa pergi ke mahkamah. Jadi, mereka tidak boleh dilepaskan walaupun tidak mati, tetapi dia tidak boleh dibe.baskan. Itulah satu langkah yang kita buat sckarang.

TEMBAKAU DAN ROKOK­MENGURANGKAN IMPORT

5. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengambil langkah bagi me­ngurangkan import tembakau daripada luar negcri untuk melindungi industri tempatan. Sila beritahu jumlah import tembakau dan rokok dari luar negeri yang diluluskan oleh Kerajaan setiap tahun.

Page 11: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1163 3 JUN 1992 1164

Timbalan Menteri Perusahaan Utama (Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor): Tuan Yang di­Pertua, Kerajaan telah memutuskan bahawa mulai tahun 1992 import tembakau Virginia dikesan dan dikawal selia dengan menggunakan lcsen import atau Approved Permit (A.P.), dengan izin, di bawah Seksyen 31 Akta Kastam 1967. Tujuannya ialah untuk menentukan bahawa pengilang­pengilang rokok di negara int

menggunakan lebih banyak tembakau Virginia tempatan supaya dapat meningkatkan taraf sosio-ekonom i penanam-penanam tembakau terutama di negeri-negeri yang kurang maju seperti Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis.

Tuan Yang di-Pertua, jumlah import tembakau Virginia yang telah di­luluskan bagi tahun 1992 adalah sebanyak 1.5 juta kg. Ketika ini Kementerian saya sedang mengkaji semula keperluan penggunaan tembakau Virginia import oleh kilang­kilang rokok bagi tahun 1992.

Mengenai import rokok, Kerajaan tidak menghadkan jumlah rokok yang boleh diimport. Untuk makluman, jumlah import rokok bagi tahun 1991 adalah sebanyak 2,218,300 kg dengan nilai sebanyak $93,654,517.00

Tuan Saad bin Haji Man: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya hendak tahu berapa banyakkah jumlah hasil yang didapati oleh Kerajaan daripada industri tembakau negara pada masa sekarang?

Keduanya, apakah asas-asas pem­berian kuota tembakau kepada penanam-penanam tembakau· yang diamalkan sekarang?

Ketiga, adakah benar ada tuduhan­tuduhan yang mengatakan berlakunya penyelewengan di dalam pembcrian kuota tembakau?

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang di­Pcrtua, tentang pendapatan yang diperolehi oleh Kerajaan, saya tidak ada angka-angka. Saya minta notis.

Tentang asas pembahagian kuota, ini adalah bcrdasarkan kepada pengawit­pengawit. Oleh itu pengawit-pengawit yang telah memperolehi kuota akan dikaji apakah kuota mereka ini dipenuhi atau tidak; apakah mereka mematuhi segala peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh LTN atau tidak, dan kalau sekiranya mereka tidak mematuhi, maka tindakan untuk memotong akan dibuat.

Mengenai dengan penyelewengan, saya rasa schingga kini kita tidak dapat apa-apa laporan yang berkaitan dengan penyclewengan, tetapi apa yang kita dapati ialah pemotongan kuota secara umum adalah disebabkan oleh kescluruhan kuota-kuota di negara kita ini terpaksa dikurangkan oleh kerana permintaan rokok kita berkurangan. Misalnya, kalau tahun 1990, kilang rokok telah mengeluarkan sebanyak 18.428 bilion batang, tahun 1991 kita dapat kcluarkan hanya 18.160 bilion batang, manakala pasaran pula pada tahun 1990 ialah sebanyak 18.628 bilion batang tetapi pada tahun 1991 mcnurun kepada 17 .984 bilion batang.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sedangkan kita menggalakkan petani­petan i menanam tembakau kerana hasilnya besar, kita juga tidak mahu orang mati kerana tembakau. Jadi, ingin saya bertanya sama ada diwujudkan pihak-pihak yang membuat penyelidikan untuk mengeluarkan jenis tembakau yang kurang nicotine content supaya selamat dihisap. Sekian.

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-

Page 12: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1165 3 JUN 1992 1166

Pertua, saya rasa apa yang didapati, tidak seorang pun lagi yang mati kerana rokok. Jadi, sebab itu kita akan menunggu ada sesuatu gantian untuk menggantikan rokok. Jadi, kalau ada, maka kajian yang menyeluruh baharulah kita buat. Oleh kerana tidak ada orang yang mati, maka kajian itu tidak perlu, kerana ini memcrlukan wang.

AGENSI KERAJAAN­LANGKAH MEMBANTERAS

SALAHGUNA KUASA

6. Tuan Saidin bin Mohamad minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan telah mengambil langkah bagi mengawal dan seterusnya mcmbantcras kemungkinan berlaku penipuan dalam agensi Kerajaan dan apakah lahgkah­langkah itu.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Othman bin Abdul):Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks pencegahan rasuah, penye­lewengan dan penyalahgunaan kuasa, Badan Pencegah Rasuah dan Badan­badan Kerajaan telah dan scdang mengambil langkah-langkah scwajar­nya bagi mengawal dan mcmbanteras gejala-gejala di atas. Di antara langkah­langkah yang diambil itu ialah:

(1) menganjurkan program-program pendidikan agama dan moral seperti mengadakan ceramah, dialog, seminar, bcngkcl, forum dan lain-lain;

(2) menerapkan nilai-nilai murni ke dalam budaya kerja kakitangan Kerajaan seperti penerapan nilai-nilai Islam;

(3) melancarkan operasi-operasi mengejut di jabatan-jabatan Kerajaan;

(4) mengadakan perbincangan­perbincangan dengan ketua-

ketua jabatan serta pegawai­pegawai tentang usahasama dalam pencegahan rasuah dan penyelewengan;

(5) mengedarkan bahan-bahan penerangan dan bacaan yang bertemakan pencegahan rasuah kepada kakitangan Kerajaan.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, bila discbut tadi Badan Pencegah Rasuah, setiap hari kita dengar rakyat menyatakan bahawa Badan Pencegah Rasuah ini suka mengambil tindakan kepada orang-orang yang kecil atau 'ikan bilis', kena kepada 'jerung besar' dia pun takut kepada 'jerung' itu. Benarkah perkataan itu?

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, tidak benar, kerana dalam Kerajaan yang bersih, cekap dan amanah di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed sekarang, semuanya akan kena, jerungkah, ikan biliskah, yang bcrsalah tetap akan didakwa.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pcrtua, menurut Setiausaha Parlimen tadi, banyak penerangan-penerangan dan kursus-kursus telahpun dijalankan. Apakah pada pandangan Setiausaha Parlin'len setelah kursus-kursus dan juga penerangan-penerangan dijalan­kan, rasuah telahpun berkurangan di ncgara ini kalau dibandingkan dengan masa-masa yang lalu?

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, kita menjalankan kegiataan-kegiatan ini untuk me­nyedarkan pegawai-pegawai Kerajaan dan kakitangan Kerajaan tentang betapa jijiknya menerima rasuah dan sememangnya daripada angka-angka yang telahpun kita dapati, memang kcadaannya itu telahpun menurun dan kesedaran di kalangan kakitangan Kerajaan kita adalah memang cukup tinggi tentang soal ini. Dengan sebab

Page 13: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1167 3 JUN \992 1168

itulah kita dapat melihat bahawa usaha pencegahan itu dijalankan dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan, rasuah dan sebagainya.

Tuan Haji Mohamed Nasri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, rasuah ini adalah satu jenayah yang unik yang mana kedua-dua pelaku itu bersalah, bukan sahaja penerima, yang memberi itu pun juga bersalah. Jadi, langkah yang telah diambil seperti yang disebutkan oleh Seti a usaha Parlimen sebentar tadi banyak dilakukan ke arah untuk mengingaLkan bakal-bakal yang mungkin the potential, dengan izin, penerimanya. Apakah langkah-langkah yang harus dilakukan kepada orang luar yang hendak merasuahkan kepada pegawai­pegawai Kerajaan ini? Saya ingat Lidak cukup untuk kita membcrikan penerangan kepada Pegawai-pcgawai Kerajaan sahaja, pihak di luar itu pun perlu diberi penerangan. Jadi, apakah langkah Kerajaan?

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, kita melakukan proses pencegahan ini, kita memang scdar bahawa kedua-dua pihak yang mcmbcri dan menerima itu adalah bersalah di bawah Akta Rasuah yang telahpun dijalankan oleh Kerajaan. Sebab itu, kita agak sukar untuk mengenali ataupun orang-orang yang bakal memberi rasuah. Oleh itu, kita memberikan ceramah, dialog, pen­didikaR ini kepada orang-orang yang kita fikirkan boleh dengan m udah untuk menerima rasuah, untuk mencegah mereka supaya tidak menerima rasuah. Dan sudah pasti dalam masyarakat ramai pun ki ta menganjurkan supaya jangan membcri rasuah. Ini kita edarkan berbagai-bagai risalah seperti di kalendar yang ki ta letakkan di atas meja pegawai/ kakitangan Kerajaan, "Jangan Membcri Rasuah". Ini bermakna kita mengingatkan orang yang berurusan

dengan kakitangan Kerajaan supaya ~~reka juga menyedari tentang hakikat Inl.

Saya yakin memang ini merupakan satu perkara yang agak sukar, tetapi kita menjalan-kan usaha sekuat dan scbaik mungkin untuk kedua-dua belah pihak menyedari tentang hakikat bahawa memberi dan menerima itu adalah suatu perbuatan yang tidak bolch ditcrima olch masyarakat dan Kerajaan.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pcrtua, Setiausaha Parlimen tadi menyebut mengenai pegawai Kcrajaan. Tidakkah ada pegawai­pcgawai lain yang bukan dinamakan pcgawai Kerajaan yang menerima rasuah. Apa yang kita dan rakyat scluruhnya faham selama ini, kalau $1,000 atau $5,000 ke bawah-rasuah. Kalau SI ju ta ke atas 'ra' apa pula? (Ketawa)

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pcrtua, tidak ada terma yang lain, sama ada $1 juta ataupun $10, semuanya dikira rasuah. Sebenarnya kita dalam konteks ini kita bercakap soal pentadbiran Kerajaan yang 'Bcrsih, Cckap dan Amanah'. Sebab, itu saya bercakap menjawab dalam kontcks 'Bersih, Cekap dan Amanah' kakitangan Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua:Yang Berhormat Datuk David Yeoh Eng Hock.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pcrtua, dengan izin, soalan No. 7.

MEROKOK-PELAKSANAAN LARANGAN

7. Puan Law Jack Yoon (di bawah S.O. 23(2)) minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada langkah-langkah telah diambil oleh Kerajaan untuk

Page 14: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

..

1169 3 JUN 1992 1170

melarang orang ramai merokok di tempat-tempat terten tu dan amaran bahawa merokok membahayakan kesihatan, telah mengurangkan bilangan perokok yang telah meningkat 1.7 juta orang.

Menteri Kesihatan (Dato' Lee Kim Sai): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, langkah­langkah pencegahan sepcrti larangan merokok di tempat-tempat tcrtcntu serta tanda amaran merupakan strategi jangka panjang.Kesan daripada langkah-langkah tersebut di dalam mengubah tabiat masyarakat hanya dapat dilihat dengan jclas pada jangkamasa yang lama.

Walau bagaimanapun, kcputusan analisa awal kajian yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan bagi meng)caji kesan perlaksanaan larangan merokok di semua kemudahan perubatan dan kesihatan di bawah Kementerian ini menunjukkan kcsan positif.

Kajian tersebut menunjukkan kira­kira 14% daripada kakitangan yang telah berhenti merokok adalah akibat langsung daripada langkah-langkah Kementerian m1 melaksanakan larangan merokok tersebut. Ini menunjukkan bahawa tabiat ini bolch dibendung dengan melaksanakan langkah-langkah yang sedemikian.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Untuk mengukuhkan semangat 'Kepimpinan Melalui Teladan' dan memandangkan Ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat/ Dewan Negara adalah pemimpin di kalangan rakyat, maka bilakah Yang Berhormat Menteri Kesihatan akan mengumumkan bahawa di Parlimen ini akan dijadikan kawasan larangan merokok? (Ketawa)

Dato' Lee Kim Sai: Tuan Yang di­Pertua, Kementerian Kesihatan hanya boleh meminta kerjasama daripada

agensi-agensi Kerajaan ataupun mana­mana tuan punya bangunan ataupun tempat-tempat perniagaan dan sebagainya untuk menentukan sama ada bangunan atau pejabat itu dilarang merokok.

Berdasarkan kepada dasar ini, Parlimen diminta untuk mejalankan satu survey, satu makluman balas sama ada Ahli-ahli Parlimen kedua-dua Dewan ini bersetuju supaya kawasan Parlimen ini dilarang merokok. Dengan makluman balas yang preliminary didapati agaknya majoriti boleh bersetuju tetapi sama ada kawasan Parlimen ini dilarang merokok, itu terpulang kepada Yang di-Pertua kcdua-dua Dewan.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita telah mendengar tadi jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, kajian yang dibuat adalah positif. Tetapi tadi jawapan daripada Kementerian Perusahaan Utama mengatakan tidak ada orang mati kerana merokok. Jadi, di antara kcdua-dua Kementerian ini di manakah logiknya rakyat hendak terima, kalau ditahan merokok, penanam tembakau akan hilang mata pencarian, kalau tidak akibat rokok akan menjejas kesihatan rakyat. Jadi, saya hendak mendapat penjcfasan, di mana sebenarnya kcdudukan dasar sekarang?

Dato' Lee Kim Sai: Tuan Yang di­Pertua, memang benar belum ada kes pesakit mati kerana telah memakan tembakau atau menghisap rokok. ( Ketawa) Saya katakan yang "mati" terus.

Tetapi mengikut pengalaman Pegawai Perubatan ataupun Ke­mentcrian Kes-ihatan, kalau dibandingkan mereka yang merokok dengan mereka yang tidak merokok, kes-kes ataupun kemungkinan­kemungkinan peratusan yang tinggi

Page 15: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1171 3 JUN \992 1172

menghidapi sakit jantung ataupun 'lung-cancer' dan beberapa penyakit didapati orang yang merokok menghidapi penyakit-penyakit ini mempunyai percentage yang lebih tinggi daripada mereka yang tidak merokok.

Selain dari segi kesihatan diri sendiri bagi seseorang perokok itu, environment-tempat untuk orang ramai-bagi mereka yang tidak merokok itu patut diberi perlindungan. Maka ada setengah tempat bolch dikuatkuasakan dengan cara penguat­kuasaan undang-undang. Tetapi banyak tempat dilarang merokok mengikut cara atau proses penggalakan.

Jen. (8) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Selaku seorang yang menghisap rokok begitu kuat sejak tahun 1950, saya ingin tahu dari Yang Berhormat Menteri, apakah priority kalau dibandingkan dari segi mengambil tindakan oleh Kerajaan, pencegahan menghisap rokok, menahan supaya orang tidak menghisap rokok ataupun dadah ataupun crimes dan segala­galanya. Kalaulah priorities ini tidak begitu tinggi, jadi biarlah orang hisap rokok itu hisap, asalkan jangan dia memujuk orang lain menghisap rokok. (Ketawa)

Dato' Lee Kim Sai: Tuan Yang di­Pertua, Kerajaan memang sedar tentang priority di antara crime, lebih-lebih lagi white collar crime seperti kejadian baru-baru ini atau dadah traficking dan kesan-kesan merokok. Waiau bagai­manapun, bagi menjalankan pe­nguatkuasaan undang-undang untuk melarang orang merokok di merata tempat, maka hendaklah ditentukan tempat-tempat yang tertentu sahaja; setakat ini dikuatkuasakan dengan undang-undang seperti di dalam lift ataupun di tempat-tempat panggung wayang dan sebagainya.

Selain daripada itu, ada juga dicadangkan supaya dikuatkuasakan undang-undang bahawa semua air-cond restaurant dilarang merokok. Tetapi setelah dikaji semula, cadangan itu diberi compromised, bahawa restoran­restoran yang berkenaan digalakkan untuk membuat 'smoking zone' atau tempat untuk merokok, tempat untuk tidak merokok, supaya kedua-dua pihak diberi perlindungan ataupun protection.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pcrtua, mcngikut Menteri Kesihatan dan juga Timbalan Menteri Perusahaan Utama tadi tidak ada bukti berlakunya kematian kerana merokok. Jadi sebagai Menteri Kesihatan, saya ingin bertanya adakah orang yang mati kerana tidak mcnghisap rokok? (Ketawa)

Dato' Lee Kim Sai: Tuan Yang di­Pcrtua, minta maaf, boleh jelaskan lagi?

Tuan Rahim bin Baba: Maksud saya, kerana Kementerian Kesihatan banyak hendak menghalang ora,ng daripada menghisap rokok ataupun sebagainya adakah kes-kes berlakunya kematian kerana tidak menghisap rokok?

Dato' Lee Kim Sai: Tuan Yang di­Pertua, tugas ataupun tanggungjawab Kcmcntcrian Kcsihatan untuk menjaga kcsihatan orang ramai ataupun individual bukan sahaja hanya berdasarkan kepada seseorang pesakit mati kerana sesuatu tetapi lebih mementingkan long term effect, dengan izin, secara jangka panjang. Jadi sebagaimana yang saya sebutkan tadi, kalau mereka menghisap rokok dibandingkan dengan mereka yang tidak menghisap rokok, kemungkinan menghidapi penyakit-penyakit seperti lung cancer dan sebagainya mempunyai pcratus yang lebih tinggi. Itulah untuk masa jangka panjang ada faedah untuk kita tidak merokok.

Page 16: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1173 3 JUN 1992 1174

JABATAN KERJA RAYA­PENSW AST AAN

8. Puan Hajah Habidah binti Jusoh minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah Jabatan Kerja Raya (JKR) akan diswastakan dan bilakah ianya bermula dan bahagian apakah sekarang ini telah dilaksanakan dan syarikat manakah yang telah ditubuhkan bagi pe­ngendaliannya. Bilakah pula pcnjualan saham untuk projek swasta ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya (Tuan Kerk Choo Ting): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Kerja Raya telahpun membuat tinjauan awalan untuk mengkaji kemungkinan sama ada Jabatan ini boleh diperbadankan atau diswastakan. Setakat ini, Kementcrian Kerja Raya belum ada apa-apa cadangan untuk menswastakan atau memperbadankan JKR.

BANK SIMPANAN NASIONAL­JUMLAH WANG SIMPANAN

MURID SEKOLAH

9. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) sehingga sekarang berapa murid-murid di sekolah rendah dan menengah yang menyimpan wang dalam bank-bank swasta serta Bank Simpanan Nasional;

(b) berapa jumlah simpanan untuk:

(i) murid-murid sekolah ren­dah;

(ii) murid-murid sekolah me­nengah; dan

(c) adakah bilangan penyimpan yang terdiri daripada murid­mttrid bertambah selaras dengan penambahan jumlah murid­murid.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr Fong Chan Ono): Tuan Yang di­Pertua,

(a) bilangan murid-murid seko1ah dan rendah dan menengah yang (b) menyimpan wang dalam Bank

Simpanan Nasional ialah seramai 86,482 orang. J umlah wang simpanan murid-murid sekolah rendah dan menengah di Bank Simpanan Nasional pada tahun 1990 adalah $6,200,000. Kementerian Pendidikan tidak mempunyai maklumat tentang bilangan murid atau jumlah wang yang disimpan oleh murid-murid di bank-bank swasta.

(c) Bilangan murid yang me­nyimpan wang di Bank Simpanan Nasional sejak tahun 1986 hingga kini telah menurun.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, kepada Yang Berhormat Tim balan Menteri di Kementerian Pendidikan, adakah Kementerian akan bercadang mengadakan satu program untuk menggalakkan lebih ramai murid-murid sekolah untuk berjimat­cermat dan meningkatkan bilangan menyimpan dalam bank?

Dr Fong Chan Onn: Tuan Yang di­Pertua, memang Kementerian Pen­didikan ada skim-skim khas untuk menggalakkan murid-murid atau pelajar-pelajar sekolah untuk me­nyimpan wang khususnya di Bank Simpanan Nasional. Tetapi hingga masa sekarang oleh kerana munculnya persaingan dari bank-bank swasta, kita nampak bilangan murid dan jumlah wang yang disimpan oleh murid-murid di Bank Simpanan Nasional telah menurun. Ini bukan kerana murid­murid tak simpan wang, tetapi kebanyakan mereka ditarik perhatian ke bank-bank swasta di mana mereka juga adakan skim-skim khas untuk menggalakkan pelajar-pelajar tertentu untuk menyimpan wang di sana.

Page 17: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1175 3 JUN 1992 1176

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 1982 sebanyak 1,345 sekolah tel ah mengam bil bahagian dalam skim khas untuk simpanan pelajar-pelajar di Bank Simpanan Nasional, tetapi atas persaingan yang dihadapi oleh Bank Simpanan Nasional tersebut, bilangan sekolah yang mengambil bahagian dalam skim galakan khas untuk Bank Simpanan Nasional telah menurun. Sehingga pada tahun 1990 hanya 718 sekolah sahaja yang masih terlibat dalam skim tersebut.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah program-program yang telah diambil oleh Kerajaan untuk menggalakkan lebih pelajar menyimpan wang?

Dr Fong Chan Onn: Tuan Yang di­Pertua, sebenarnya Kementerian Pendidikan selalu menggalakkan pelajar-pelajar untuk menyimpan wang, bukan sahaja di Bank Simpanan Nasional tetapi juga di bank-bank swasta. Salah satu rancangan khas ialah melalui aktiviti-aktiviti koperatif sekolah-sekolah tersebut di mana kita galakkan pelajar-pelajar kutip wang melalui simpanan di koperatif tersebut dan koperatif juga menyimpan kutipan mereka sama ada di Bank Simpanan Nasional atau di bank-bank tertentu. Selain daripada itu juga, aktiviti­aktiviti ko-kurikulum dan juga dalam matapelajaran tertentu, guru-guru juga telah terangkan faedahnya pelajar­pelajar mereka menyimpan wang dalam sistem kewangan kita di mana mereka boleh mendapat faedah tertentu dan juga seterusnya menyambung usaha mereka kepada pembangunan nasional.

AIDS/HIV-KEBERKESANAN PROGRAM PENCEGAHAN

10. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) sejauhmana perkembangan penyakit AIDS dan Virus HIV buat masa ini; dan

(b) sejauhmana keberkesanan dalam beberapa langkah Kerajaan untuk mencegah wabak yang merbahaya ini merebak kepada orang ramai.

Dato' Lee Kim Sai: Tuan Yang di­Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30.4.1992 ini sebanyak 47 kes AIDS dan 3,227 pembawa kuman AIDS telah dikenalpasti di negara ini.

(b) Adalah sukar bagi Kerajaan untuk mengukur dengan tepat kebcrkesanan langkah-langkah yang telah diambil melalui peraturan pengawasan yang sedia ada. Waiau bagai­manapun, tidak boleh dinafikan tahap kesedaran orang ramai terhadap bahaya penyakit AIDS 101 adalah tinggi. Dalam hubungan ini, Kerajaan sedang menjalankan satu kajian pengetahuan, sikap dan tabiat (knowledge, attitude and behaviour) untuk mengukur kcbcrkesanan program yang telah dijalankan.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, saya minta sedikit pcnjelasan daripada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan. Kalau kita kira kematian kerana penyakit AIDS ini mana lebih ramai dengan kematian bersabit jalan raya?

Tuan Yang di-Pertua: Ini soalan tambahankah?

Tuan Mustafa bin Awang: Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Bukan penjclasan.

Dato' Lee Kim Sai: Tuan Yang di­Pertua, kematian jalan raya bukan dalam potfolio Kementerian saya. Boleh bcritahu berapa ramai telah mati kcrana .....

.•

Page 18: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1177 3 JUN 1992 1178

Tuan Mustafa bin A wang: Saya minta penjelasan daripada Menteri, bilangan yang mati kerana sakit AIDS ini · dengan bilangan yang mati kerana kemalangan jalan raya, mana lcbih ramai?

Dato' Lee Kim Sai: Tuan Yang di­Pertua, saya minta maaf, saya tak ada bilangan orang mati kerana lalulintas. Jadi, boleh minta bantuan daripada Yang Berhormat Timbalan Mcntcri Pengangkutan. (Ketawa)

Tuan Yang di-Pertua: Ini soalan kepada Yang Berhormat Menteri.

Dato' Lee Kim Sai: Pada keseluruhannya, orang mati kerana kemalangan (accident), mati sakit jantung dan cancer adalah yang paling tinggi kalau dibandingkan bilangannya. 'retapi oleh kerana saya tidak ada angka (figure) orang mati kemalangan lalulintas, · maka tidak dapat saya bandingkan, minta maaf.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja. Kalau boleh sentuh bilangan yang mati kerana penyakit AIDS berapa orang, jadi kita boleh bandinglah dengan yang mati akibat kemalangan jalan raya.

Tuan Yang di-Pertua: Tadi sudah sebutkan. Yang Berhormat, bilangan yang mati... ....

Dato' Lee Kim Sai: Tidak, belum sebut bilangan yang mati kerana AIDS.

Tuan \ ang di-Pertua: Oh, belum?

Dato' Lee Kim Sai: Bilangan yang mati kerana AIDS itu 34 dari 4 7 yang mengidap AIDS.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, dahulu zaman boleh dikatakan zaman bodoh, befom ada kemajuan negara ini tida\c. ada bunyi langsung fasal AlDS atau virus HIV, tetapi bi la negara kita

sudah cukup maju sekarang, tiba-tiba datang AIDS, datang kuman virus HIV, siapa pembawanya? Kalau kita kenal kenapa kita tidak membunuh pem­bawanya itu? (Ketawa)

Dato' Lee Kim Sai: Tuan Yang di­Pertua, siapa yang sebenarnya pembawa HIV atau AIDS itu barangkali susah dikesan, tetapi sebab­sebab yang menyebabkan AIDS itu discbarkan bagi negara kita, kes AIDS dikcsan hanya mulai pada tahun 1985 di mana penyakit itu disebabkan diberi suntikan darah ataupun diberi ubat pengeluaran darah-blood product. Jadi, itulah salah satu yang dikesan daripada mereka yang boleh dikatakan pembawa AIDS itu daripada luar negeri, tetapi pembawa AIDS itu boleh dikatakan dengan berbagai-bagai cara, tetapi kuman yang boleh dijangkiti daripada satu orang kepada satu orang berdasarkan kepada beberapa saluran; melalui suntikan darah, melalui intercourse yakni sexual activities dan didapati baru-baru ini kalau ibu yang ada mempunyai kuman AIDS itu kemungkinan menjangkiti kepada bayi yang akan dilahirkan.

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah penerangan bahaya AIDS ini telah diperluaskan ke sekolah-sekolah dan juga ke pusat-pusat pengajian tinggi?

Yang kedua, adakah benar peratusan yang tinggi pengidap-pengidap AIDS ini adalah terdiri daripada penagih dadah?

Dato' Lee Kim Sai: Tuan Yang di­Pertua, memang menjadi program Kementerian Kesihatan untuk me­nyebarkan information berkenaan AIDS itu kepada semua golongan ataupun kepada seluruh masyarakat khususnya kepada pelajar-pelajar dan kumpulan-kumpulan yang menjadi target. Jadi, betul, didapati 80% pembawa HIV daripada penagih dadah.

Page 19: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1179 3 JUN 1992 1180

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa AIDS ini, sumber orang mendapat AIDS ini ialah kerana mungkin dadah, iaitu menggunakan jarum yang sama iaitu jarum yang kotor; kedua, jangkitan hubungan jenis; dan ketiga jangkitan hubungan jenis sejenis, maknanya gay people. Jadi, baru-baru ini saya tengok dalam suratkhabar ada satu kumpulan wanita kononnya untuk membanteraskan AIDS telah sama-sama mengadakan satu projek menjahit selimut atau patched blanket. Saya ingin me­ngingatkan bahawa orang yang menjahit selimut sebagai ingatan kepada orang yang mati kerana AIDS, itu adalah budaya yang datang daripada San Francisco. San Francisco ini scmua gay, maknanya orang yang suka sama jenis; lelaki suka lelaki dan perempuan suka perempuan. Jadi, saya bimbang seolah-olah kalau kita menggalakkan wanita ini untuk mengadakan projek sebagai hendak membanteraskan AIDS dengan menjahit selimut,maka ini seolah-olah memberi isyarat bahawa kita membenarkan hubungan jenis sejenis, seolah-olah kita memperingati orang yang mati AIDS ini daripada hubungan jenis sejenis ini diperingati oleh kita. Jadi, isyarat yang mungkin diberikan kepada orang ramai seolah­olah kita setuju hubungan jenis sejenis. Saya minta supaya kita berhati-hati dengan soal hendak membanteraskan AIDS ini.

Tuan Yang di-Pertua: Apakah soalan?

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, soalannya saya minta supaya Kerajaan jangan benarkan lagi projek seperti ini kerana ia memberikan isyarat. Jadi, soalan saya, apakah Kerajaan sedar?

Tuan Yang di-Pertua: Itu pan­dangan sahaja.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bukan pandangan, saya hendak tanya soalan, apakah Kerajaan sedar tentang perkara ini?

Dato' Lee Kim Sai: Pendirian Kementerian Kesihatan jelas tidak menggalakkan hubungan-hubungan seperti yang telah disebutkan sama ada sejenis ataupun hubungan seks yang tidak sihat dan sebagainya, tetapi kcrjasama daripada salah satu NGO yang discbutkan itu barangkali mcngikut pandangan atau fikiran itu, inilah cara yang boleh menolong Kcmenterian Kesihatan mencegah AIDS daripada jangkitan di kalangan yang tertentu. Tetapi kalau cara yang disebutkan itu mungkin memberi satu signal yang tidak sihat ataupun salah faham, Kcmenterian akan memberi perhatian dan memberi nasihat yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Wan Hamid Edruce bin Tuanku Haji Mohamad.

Tuan Ding Seling: Tuan Yang di­Pcrtua, dcngan izin, soalan No. I I.

LAPANGAN TERBANG SIBU-KELEWATAN

PEMBINAAN

11. Tuan Ding Seling (di bawah S.O. 23(2)) minta Menteri Pengangkutan menyatakan tentang langkah-langkah yang diambil untuk membantu kontraktor pembinaan Lapangan Terbang Sibu yang baru bagi menyiapkan kerja mengikut jadual pada awal tahun depan; difahamkan bahawa pembinaan lapangan terbang itu kini agak jauh ketinggalan daripada jadual kerana menghadapi beberapa masalah.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, sehingga akhir April 1992, kerja-kerja pembinaan Lapangan Terbang Baru

Page 20: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1181 3 JUN 1992 1182

Sibu telah mencapai 28% siap. Walaupun projek ini mengalami kelewatan, usaha sedang dijalankan bagi mempercepatkan lagi pelaksanaan projek. Dalam hal ini, bcberapa langkah tertentu telah diambil seperti mengarahkan kontraktor mengambil lebih ramai pekerja dan menambah lagi waktu . bekerja atau working hours, dengan izin, dengan mengadakan syif kerja.

HOSPITAL BESAR KUANTAN­BANGUNAN GANTIAN

12. Tuan Foo Boon Liang minta Menteri Kesihatan menyatakan difahamkan timbulnya keraguan di kalangan penguasa Hospital Be~ar di negara kita memandangkan sebanyak 12 buah nukleus hospital baru yang mungkin akan siap dibina di bebcrapa daerah di seluruh negara dalam tahun 1993/1994. Keraguan tersebut adalah mengenai pengisian keperluan kaki­tangan termasuk pengisiannya yang akan dihadapi oleh Hospital Besar Baru Kuantan. Blok Utama dijangka akan siap dibina dan bermula per­khidmatannya mungkin dalam 1993/94. Apakah jaminan yang boleh diberikan oleh Kementeriannya bahawa segala kesulitan yang akan dihadapi oleh Hospital Besar Kuantan dapat diatasi agar perkhidmatannya tidak terjcjas sejajar dengan imej barunya.

Dato' Lee Kim Sai: Tuan Yang di­Pertua, Kementerian memang me­ngambil maklum akan projek menggantikan bangunan Hospital Besar Kuantan kepada bangunan baru 9 tingkat yang dijangka siap pada tahun 1993. Tindakan yang sewajarnya sedang diambil oleh Kementcrian untuk mewujudkan jawatan-jawatan tambahan yang diperlukan bagi membolehkan hospital berkcnaan berfungsi dengan sepenuhn)1a.

Waiau bagaimanapun, seperti Yang Berhormat sedia maklum, scbanyak 8

projek hospital baru bukan bangunan gantian dijangka siap dan mula bcroperasi pada tahun 1993 nanti. Hospital-hospital baru ini sewajarnya diberi keutamaan dari segi pewujudan dan peng1sian jawatan kerana Kementerian menghadapi masalah kekurangan pengeluaran anggota Paramedik dan Profesional. Waiau bagaimanapun, Kementerian sedang berusaha dengan giatnya untuk mengatasi masalah ini melalui penambahan pengambilan bilangan pclatih dan pengambilan kakitangan secara kontrak.

AMANAH SAHAM BUMIPUTERA-BANTUAN

PERUNTUKAN KEPADA RAKYAT TERMISKIN

13. Tuan Haji Zainal bin Md. Deros minta Menteri Kewangan menyatakan mengenai pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB) di bawah skim bantuan pembangunan rakyat tcrmiskin, bolehkah Menteri Kewangan mencrangkan:

(a) berapa ramaikah golongan tersebut yang sudah di­kenalpasti. Berapakah jumlah yang diperuntukkan serta berapa jumlah yang dicadangkan untuk diberikan kepada setiap orang; dan

(b) bilakah skim tersebut akan dilaksanakan.

Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini jumlah golongan termiskin yang dikenalpasti berjumlah 142,765 orang dan jumlah tersebut diambil dari Daftar Induk Program Pcmbangunan Rakyat Termiskin dan Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $500 juta untuk membantu rakyat termiskin melabur dalam skim Amanah Saham Bumiputera.

Page 21: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

------------ - -- -- --

1183 3 JUN 1992 1184

Peruntukan tersebut adalah dalam bentuk pinjaman tanpa faedah mclalui Bank Negara Malaysia dan diuruskan oleh PNB, iaitu Permodalan Nasional Berhad. Setiap ketua keluarga yang layak akan diberi pinjaman sebanyak $5,000.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini Skim Pinjaman ASB di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin telah dilancarkan di semua negeri kecual i Wilayah Persekutuan.Bagi negeri­negeri yang telah melancarkan Skim Pinjaman ASB (PPRT), borang pinjaman sudah diedarkan kepada peminjam-peminjam.

Tuan Ding Seling: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan bilangan orang miskin tadi, adakah merangkumi orang Penan yang berjumlah 10,000 orang?

Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, saya kurang pasti apa yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat itu termasuk dalam skim ini, tetapi mengikut syarat-syarat permohonan ini semua bumiputera termasuk Orang Asli, dan saya anggap kaum yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat itu termasuk dalam skim ini.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya mempunyai dua soalan tambahan.

Pertamanya ialah di samping Kerajaan Pusat memperuntukkan $500 juta untuk membantu rakyat termiskin membeli Amanah Saham Bumiputera, Kerajaan-kerajaan Negeri juga mempunyai skim yang sama. Jadi apakah tidak berlaku pertindihan terhadap pemberian-pemberian ini?

Soalan saya yang kedua, ialah tadi disebutkan bahawa 142,765 orang ini

tidak termasuk penduduk-penduduk Wilayah Persekutuan. Apakah tidak ada golongan miskin di Wilayah Persekutuan ini?

Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, skim-skim lain yang dilancarkan ataupun dijalankan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri mempunyai syarat-syarat masing­masing. Jadi, Kementerian atau Kcrajaan Pusat yakin bahawa skim­skim itu apabila dijalankan tidak akan memberi apa-apa masalah.

Mengenai Wilayah Persekutuan mengapa skim ini belum dilancarkan olch Wilayah Persekutuan, ini adalah discbabkan oleh sebab-sebab yang tertentu.

Wilayah Persekutuan adalah sebagai satu tempat ataupun kawasan di mana skim ini pada awalnya ataupun pada prinsipnya ialah untuk rakyat miskin yang kebanyakannya adalah di kawasan luar bandar. Waiau bagaimanapun, dari segi pcntadbiran apabila menjalankan skim 101, Kerajaan menghadapi beberapa masalah, tetapi saya anggap bahawa masalah ini akan dapat diselesaikan dan akan dilancarkan secepat mungkin.

TV3-PENERIMAAN SIARAN DI LABUAN

14. Tuan Isli bin Haji Siput minta Menteri Penerangan menyatakan:

(a) adakah pihak Kementerian sedar bahawa penerimaan siaran TV3 di kawasan Labuan kurang jelas;

(b) pihak RTM dalam penyiaran program-program siarannya kerapkali tidak menepati waktu yang telah ditetapkan dalam susunan rancangan. Salah satu contoh, Dunia Jam 10 yang sepatutnya disiarkan pada jam 10.00 selalunya dimulakan lama selepas jam 10.00; dan

?

Page 22: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1185 3 JUN 1992 1186

(c) pihak RTM kerapkali mem­berhentikan siaran untuk menayangkan iklan di tcngah­tengah ayat yang belum tamat dalam sesuatu dialog di mana menyebabkan "frustrasi" kepada penonton.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan (Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman): Tuan Yang di­Pertua, TV3 adalah sebuah stcsen televisyen swasta yang mcmpunyai dasar perniagaannya send i ri dan perancangan bagi penambahan liputan adalah tertakluk kepada dasar ini.

(a) Untuk makluman Yang Berhormat, pihak TV3 scdang membuat kajian dan pe­rancangan bagi mempcrbaiki dan memperluaskan liputan TV3 termasuk di kawasan Labuan.

(b) Pihak RTM kadangkala mengubah masa siarannya setelah mengambilkira kepen­tingan para penonton. Di antara beberapa sebab perkara yang menyebabkan diubah masa penyiaran adalah:

(i) program-program siaran langsung yang mengambil masa siaran melebihi dari anggaran.

(ii) penyiaran rancangan­rancangan yang tidak dijadualkan tetapi mem­beri manfaat kepada penonton, contoh-berita kilat kebakaran Lapangan­terbang Subang.

(c) Iklan merupakan maklumat pada penonton dan di samping itu ianya adalah sumber pendapatan pada RTM. Pihak Kementerian akan mengkaji dari masa ke semasa supaya iklan melalui televisyen akan disiarkan dengan penjejasan minimum bagi keselesaan para penonton.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk soalan Jawab Mulut telah cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 15 hingga 58 adalah diberi di bawah ini)

KAD PENGENALAN BARU­JUMLAH

15. Tuan Haji Syed Abdul Hamid Sagaff minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa jumlah kad pengenalan baru dikeluarkan sejak ia dilancarkan.

Tuan Ong Ka Ting: Sehingga 9 Mei 1992 sebanyak 1,181,646 Kad Pcngenalan Bermutu Tinggi (KPT) telah dikeluarkan.

ORANG ASLl-PROGRAM MENYATUPADUKAN

16. Tuan Itam Wali bin Nawan minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan di bawah program Kementerian:

(a) apakah jenis-jenis program yang dirancangkan bagi menyatu­padukan Orang Asli ke dalam masyarakat Malaysia yang lain; dan

(b) jika ada nyatakan jumlah me­ngikut tempat dan negeri.

Tuan Mohd. Yasin bin Kamari: Kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli mempunyai program cara umum yang tersusun ke arah objektif menyatupadukan Orang Asli dengan masyarakat Malaysia yang lain. Program tersebut ialah melalui proses pembangunan sosio-ekonomi dengan aktiviti-aktiviti seperti:

(i) Pembangunan Pertanian in-situ (setempat);

Page 23: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

11&7 3 JUN 1992 1188

(ii) Pembangunan Tanah Tersusun;

(iii) Pembangunan Institusi;

(iv) Perusahaan Kecil;

(v) Pendidikan;

(vi) Kesihatan dan Perubatan; dan

(vii) Latihan Kemahiran dan lain­lain.

Satu bidang baru yang diutamakan ialah program bagi Pembangunan Insan.

Program-program tersebut dilak­sanakan di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia di mana terdapat Orang Asli dan program tersebut disokong oleh beberapa agensi untuk mempercepatkan proses integrasi.

CUKAINEGERIKELANTAN­JUMLAH

17. Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah keseluruhan cukai yang dibayar oleh penduduk negeri Kelantan kepada Kerajaan Pusat pada tahun 1991.

Dato' Loke Yuen Yow: Jumlah keseluruhan cukai yang dibayar oleh penduduk negeri Kelantan kepada Kerajaan Pusat pada tahun 1991 adalah sebanyak $133.7 juta. Angka ini adalah termasuk pungutan cukai jualan sebanyak $44.4 juta.

KILANG MEMPROSES KELAPA SA WIT DI SABAH/SARA WAK

18. Tuan Ding Seling minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan:

(a) berapakah kilang-kilang mem­proses kelapa sawit yang kini bertempat di Sabah dan Sarawak; dan

(b) berapakah yang dijangkakan ditubuh dalam Rancangan Pembangunan Malaysia Keenam ini.

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kilang-kilang memproses kelapa sawit boleh dibahagikan kepada dua kategori besar iaitu kilang-kilang yang memproses buah sawit (oil palm mills) bagi mendapat minyak sawit mentah (MSM), dan kilang-kilang penapis (palm oil refineries) yag memproses minyak sawit mentah kepada minyak sawit diproses dan keluaran-keluaran hiliran lain.

(a) Sehingga 31 Disember 1991, terdapat 30 buah kilang memproses buah sawit di Sabah dengan kapasiti mengilang sebanyak 4,809,600 tan buah tandan basah (BTB) setahun dan 5 buah di Sarawak dengan kapasiti 681,600 tan BTB setahun. Mengenai kilang­kilang penapis pula, terdapat sebanyak 4 buah kilang terempat di Sabah yang telah diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan jumlah kapasiti 532,000 tan minyak sawit mentah setahun, manakala bagi Sarawak, sebuah projek penapisan minyak sawit diluluskan dengan kapasiti sebanyak 115,500 tan setahun.

(b) Berdasarkan kepada jangkaan pertambahan keluasan tanaman kelapa sawit sebanyak 240,000 hektar sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995), yang dianggarkan dapat mengeluarkan hasil sebanyak 4,090,080 tan buah sawit, jumlah tambahan kilang buah yang diperlukan ada1ah 30 buah iaitu 15 buah di Semenanjung (kapasiti

Page 24: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1189 3 JUN 1992 1190

1,964,080 tan BTB), 12 di Sabah (kapasiti 1,694,000 tan BTB) dan 3 buah di Sarawak (kapasiti 43,200 tan BTB). Waiau bagaimanapun, jumlah sebenar kilang-kilang yang akan didirikan bergantung kepada pihak swasta yang berkenaan. Bagi kilang-kilang penapis, Kerajaan juga tidak menentukan bilangan kilang yang akan ditubuh dalam Rancangan Malaysia Keenam oleh kerana perancangan dan penubuhan kilang-kilang tersebut dibuat oleh pihak swasta sendiri. Jumlah kapasiti kilang-kilang penapis yang diluluskan sekarang dijangka mencukupi untuk menampung pertambahan pengeluaran minyak sawit mentah sepanjang tempoh rancangan tersebut. Waiau bagaimanapun, Kerajaan masih membenar penubuhan kilang­kilang penapis di Sabah dan Sarawak secara projek bersepadu, jika ada permo­honan-permohonan untuk mendirikan kilang-kilang penapis di sana.

KAD PENGENALAN MERAH­PEMBERIAN KEPADA PEKERJA

ASING

19. Tuan V.K. Sellappan minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) apakah kriteria Kementerian untuk memberi kad pengenalan berwarna merah kepada pekerja­pekerja asing;

(b) sebutkan bilangan kad pengenalan merah yang dikeluarkan sepanjang lima tahun lalu mengikut negara masing-masing;

(c) berapa lamakah mereka boleh bermastautin di Malaysia dengan menggunakan kad pengenalan merah ini;

(d) adakah mereka berpeluang memohon untuk menjadi warganegara Malaysia; dan

( e) adakah Kementerian berhasrat untuk memberi kad pengenalan bewarna lain untuk membezakan mereka dari pemastautin-pemastautin tetap yang tidak mempunyai sijil warganegara Malaysia.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang untuk memberi kad pengenalan merah kepada pekerja-pekerja asing di negara ini. Pengeluaran kad ini adalah berasas kepada permohonan Permit Masuk yang mana jika diluluskan barulah layak dikeluarkan kad pengenalan merah.

(b) Kementerian tidak menyimpan perangkaan kad pengenalan merah yang dikeluarkan mengikut negara asal pemegangnya.

(c) Pemegang kad pengenalan merah adalah bertaraf penduduk tetap negara ini. Mereka boleh tinggal terus di negara ini selama mereka suka dan Kerajaan tidak menetapkan atau menghadkan tempoh tinggal mereka. Waiau bagaimanapun, Kerajaan mempunyai kuasa membatal taraf penduduk tetap orang-orang tersebut sekiranya melanggar peruntukan Akta Imigresen yang man a selepasnya kad pengenalan merah mereka akan ditarik balik dan mereka diusir dari negara ini.

(d) Pemegang kad pengenalan merah boleh memohon untuk menjadi warganegara Malaysia setelah syarat-syarat permo­honan mencukupi.

Page 25: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1191 3 JUN 1992 1192

(e) Setakat ini, Kementerian tidak bercadang untuk memberi kad pengenalan berwarna lain kepada penduduk tetap negara ini.

SAMPAH-SARAP-JUMLAH PEMBUANGAN

20. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) adakah Kementerian mempunyai statistik mengenai berapa tan sampah-sarap dibuang oleh Majlis Tempatan dan bandaraya dalam tahun 1991; dan

(b) memandangkan negara kita akan menjelang ke negara perindustrian pada tahun 2020, adakah pihak Kementerian bercadang melengkapkan atau mengadakan satu "rubbish re­cycling plant" yang moden dalam Rancangan Malaysia Keenam untuk tujuan mengatasi kesusahan tempat membuang sampah-sarap.

Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha:

(a) Kementerian ini tiada mem­punyai statistik sebenar mengenai jumlah sampah-sarap yang dihasilkan oleh 94 buah Pihakberkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1991. Waiau bagai­manapun berdasarkan kajian yang dibuat oleh Kementerian, adalah dianggarkan sampah­sarap yang dihasilkan pada tahun 1991 sebanyak 1.7 juta tan. Perkiraan ini dibuat berdasarkan kepada bilangan penduduk di dalam kawasan pentadbiran Pihakberkuasa Tempatan dan kadar purata pengeluaran sampah sebanyak

0.5 kg/kapita setiap hari dengan kadar pertambahan 2% setiap tahun.

(b) Mengenai "rubbish recycling plant" yang diutarakan oleh Yang Berhormat, buat masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk membina kilang tersebut kerana kos yang agak mahal. Tetapi Kementerian telah menjalankan akti vi ti-akti vi ti menggalakkan orang ramai supaya dapat mcngasingkan sampah-sarap yang bolch digunasemula dari rumah untuk dijual kepada pengilang-pengilang tempatan. Kaedah ini adalah cara yang paling murah dalam melak­sanakap aktiviti gunasemula. Lagipun usaha mengguna semula bahan buangan adalah salah satu urusan yang sesuai diusahakan oleh pengusaha swasta.

GURU BAHASA TIONGHUA­KELA Y AKAN

21. Tuan Neo Tuan Cheng minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kementerian bercadang mengambil pelajar-pelajar lepasan Sekolah-sekolah Menengah Bebas Tionghua dan Siswazah-siswazah Taiwan untuk dijadikan guru-guru Bahasa Tionghua untuk memper­tingkatkan lagi mutu pelajaran bahasa · ibunda di Sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dan Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan.

Dr Fong Chan Onn: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan hanya menerima calon-calon kelulusan SPM/ SPVM/SPMV/STPM. Mereka di­syaratkan mempunyai 5 kepujian termasuk Bahasa Malaysia di dalam peperiksaan SPM dan setaraf dengannya sebagai syarat kemasukan ke maktab-maktab perguruan.

Page 26: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1193 3 JUN 1992 1194

Sekiranya ada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Bebas Cina dan Siswazah Taiwan yang mempunyai kelayakan tersebut, mereka boleh memohon dan diberi pertimbangan untuk mengikuti kursus di maktab perguruan.

KANTIN SEKOLAH-JUMLAH KES KERACUNAN MAKANAN

22. Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Kesihatan menyatakan berapakah kes keracunan makanan di kantin sekolah yang berlaku dalam tahun 1991. Berapakah murid-murid yang terlibat dan apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan keracunan tersebut.

Dato' Lee Kim Sai: Bilangan kes keracunan makanan yang berlaku di kantin sekolah sepanjang tahun 1991 adalah sebanyak 4 7 kejadian yang melibatkan seramai 2,112 orang murid­murid. Sebilangan besar kes-kes tersebut mengalami tanda-tanda ringan yang memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.

Hasil dari siasatan yang dilakukan, faktor-faktor utama yang menyebabkan keracunan makanan adalah:

(a) pengusaha-pengusaha kantin tidak menjaga kebersihan diri serta pengendalian makanan yang tidak teratur yang bolch mencemarkan makanan;

(b) tidak mempunyai peralatan yang sesuai dan mencukupi untuk penyediaan makanan yang selamat; dan

(c) penyimpanan makanan yang terlalu lama, kadangkala semalaman, yang menyebabkan makanan . dicemari oleh kuman dan toksin yang merbahaya.

JALAN RAY A KAW ASAN PARLIMEN SALANDAR­

PEMBESARAN

23. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) adakah pihak Kerajaan bercadang hendak membesarkan seluruh jalan-jalan raya di dalam Parlimen Salandar;

(b) jika ada, bilakah projek ini akan dapat dilaksanakan.

Tuan Kerk Choo Ting: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini tidak ada projek khas khusus untuk membesarkan seluruh jalan-jalan raya di dalam Parlimen Salandar.

LALULINT AS DI BANDA RAY A KUALA LUMPUR­

KESESAKAN

24. Puan Hajah Asmah binti Haji Ismail minta Perdana Menteri menyatakan berhubung dengan satu cadangan pihak Kerajaan untuk mengatasi kesesakan lalulintas di Bandaraya Kuala Lumpur ini menerusi sistem zon masa:

(a) adakah pihak Kerajaan telah membuat kajian dan percubaan menerusi sistem zon masa ini; dan

(b) jika sudah, adakah ia akan dapat mengatasi · masalah yang dihadapi pada hari ini.

Tuan Othman bin Abdul: Sebagai salah satu usaha untuk mengatasi kesesakan lalulintas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mencadangkan pelaksanaan Sistem Zon Terhad bagi Kuala Lumpur. Waiau bagaimanapun, cadangan ini masih dalam peringkat konsep dan kajian terperinci masih belum dijalankan. Cadangan Pelak­sanaan Sistem Zon Terhad ini adalah

Page 27: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

119.5 3 JUN 1992 1196

bertujuan untuk mengurangkan kemasukan kenderaan terutama kenderaan persendirian di Kawasan Perancangan Pusat. Untuk mengawal kemasukan kenderaan ini, bayaran akan dilcenakan ke atas semua kenderaan yang memasuki zon terhad ini.

PASUKAN BOMBA SUKARELA-PENUBUHAN

25. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) berapa banyak Pasukan Bomba Sukarela ditubuhkan di seluruh negara mengikut negeri-negeri; dan

(b) apakah syarat-syarat penubuhan Pasukan Bomba Sukarela.

Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha:

(a) Sehingga akhir tahun 1991, sejumlah 128 Pasukan Bomba Sukarela telah ditubuhkan di seluruh negara dengan bilangan keanggotaan seramai 4,398 orang. Pecahan mengikut negeri-negeri adalah seperti berikut:

Negeri Bilangan Pasukan

Pahang 6 Joh or 7 Selangor 12 Negeri 10 Sembilan Melaka I Sa bah 14 Sarawak 14 Perak 20 Pulau Pinang 5 Kedah 20 Perlis 5 Wilayah 1 Persekutuan Terengganu 10 Kelantan 3

Jumlah 128

(b) Pada masa ini penubuhan Pasukan Bomba Sukarela adalah didaftarkan di bawah pendaftaran Jabatan Pendaftar Pertubuhan dengan mematuhi peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966. J abatan Perkhidmatan Bomba akan terlibat hanya dari aspek teknikal kebombaan seperti Iatihan kebombaan, tatacara operasi melawan kebakaran dan lain-lain perkara berkaitan kcbombaan.

Mengenai syarat-syarat penu­buhan Pasukan Bomba Sukarela, adalah dimaklumkan bahawa ianya akan ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Ini adalah kerana penubuhan Bomba Sukarela tidak di­daftarkan di bawah Jabatan Bomba tetapi sebaliknya didaftarkan di bawah Pendaftar Pcrtubuhan.

PENGUSAHA BOT BILIS DI TA NJ UNG DAW AI, YAN, KEDAH

26. Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar minta Menteri Pertanian menerangkan apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasi masalah­masalah yang dihadapi oleh pengusaha bot bilis di Tanjung Dawai, Yan, Kedah akibat kemasukan ikan bilis dari negara luar.

Dato' S. Subramaniam: Pada masa ini terdapat sebanyak 34 bot dilesen dengan pukat jerut bilis di Tanjung Dawai, Yan, Kedah. Masalah yang dihadapi oleh pengusaha bilis di sini adalah persaingan dengan kemasukan ikan bilis dari luar, terutama dari Thailand.

Bagi membolehkan pengusaha bilis ini bcrtanding dengan kemasukan bilis

Page 28: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

..

1197 3 JUN 1992 1198

dari luar, Kementerian telah me­ngambil langkah-langkah berikut:

{i) meningkatkan mutu penghasilan bilis tempatan dengan melatih dan memberi khidmat nasihat ~epada pengusaha bilis, tentang cara pengendalian yang baik;

(ii) meningkatkan penggunaan teknologi moden di dalam penangkapan bilis bagi mengurangkan kos pengcluaran; dan

(iii) meneroka pasaran di peringkat antarabangsa dengan mengadakan promosi pasaran di peringkat antarabangsa.

UNIVERSITI TEMPATAN­TENAGA PENGA.JAR

27. Tuan Haji Abdul Salam bin Awang minta Menteri Pendidikan menyatakan dari jumlah tenaga pengajar di setiap universiti tempatan, berapa ramai yang mempunyai pengalaman profesional iaitu biasa bekerja dalam profesion tertentu sebelum menjadi pensyarah. Institusi­institusi berkaitan ialah U.M., U.S.M., U.K.M., U.T.M., U.U.M. dan I.T.M.

Dr Fong Chan Onn: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kebanyakan daripada tenaga pcngajar di universiti tempatan adalah merupakan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing. Di kalangan mereka, ada juga yang telah mempunyai pengalaman profesional dan pernah berkhidmat di dalam bidang kerjaya yang lain sebelum mereka menjadi pensyarah di univcrsiti­universiti berkenaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah menjadi matlamat universiti-universiti di negara ini untuk melantik mereka yang berpengalaman sebagai pensyarah universiti. Sebagai contoh, beberapa buah univcrsiti

tempatan telah mengambil pensyarah­pensyarah sambilan yang telah berkhidmat dengan cemerlang, sebagai pensyarah-pensyarah tetap di universiti-universiti tersebut.

KAD KREDIT-JUMLAH DIBERHENTIKAN

PEMEGANG

28. Tuan Rahim bin Baba minta Mcntcri Kewangan menyatakan:

(a) berapa ramaikah pemegang kad kredit yang telah diberhentikan kemudahan kredit mereka; dan

(b) dari jumlah di atas, berapa ramaikah yang telah dan sedang diambil tindakan mahkamah oleh syarikat kad kredit.

Dato' Loke Yuen Yow: Kementerian Kewangan tidak dapat memastikan bilangan pemegang kad kredit yang telah diberhentikan kemudahan kredit mereka. Ini adalah kerana terdapat ramai pemegang kad kredit yang mempunyai lebih daripada satu kad dan jikalau salah satu daripada kemudahan kredit mereka di­berhentikan, mereka masih boleh mendapat kemudahan kredit daripada kad-kad kredit yang lain.

Rekod-rekod yang ada di Kementerian Kewangan hanyalah mengenai bilangan kad kredit yang telah dibatalkan perkhidmatan mereka di mana dalam tahun 1991, ia dianggarkan sebanyak 204,336. Di antara sebab-sebab pem batalan itu termasuklah:

(i) kad-kad telah tidak diambil oleh pemohon-pemohon;

(ii) pemegang kad meninggal dunia; dan

(iii) pemegang kad tidak mampu menjelaskan tunggakan kredit yang perlu dibayar.

Page 29: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1199 3 JUN 1992 1200

Dalam hubungan ini, bilangan pembatalan kad kredit bukanlah mencerminkan kesalahan pemegang kad tetapi juga kerana sebab-sebab lain yang tidak melibatkan · perlanggaran undang-undang. Dengan demikian, soal tindakan mahkamah ke atas kes pembatalan kad-kad itu setakat ini adalah tidak berbangkit.

Tindakan mahkamah biasanya diambil ke atas mereka yang terlibat dalam penipuan kad kredit. Perkara ini adalah dalam bidang kuasa pihak Polis dan Kementerian Kewangan tidak menyimpan rekod mengenainya.

LANDASAN KERET APl­PERBUA TAN SABOTA.I

29. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Pengangkutan menyatakan perkem­bangan terakhir usaha-usaha berhubung dengan perbuatan khianat oleh orang­orang yang telah mengalihkan landasan keretapi di Johor baru-baru ini.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, kes ini telah diserahkan kepada pihak Polis untuk menjalankan penyiasatan dan KTM memberikan kerjasama yang rapat dalam usaha membanteras kegiatan anasir jahat ini dengan menyelidik secara menyeluruh semua aspek yang dapat difikirkan boleh membawa kepada berlakunya insiden ini. Di antara perkara-perkara yang sedang giat diselenggarakan bagi membantu pihak Polis adalah seperti berikut:

Mengumpul maklumat lengkap untuk penyiasatan terhadap:

(i) semua pekerja landasan sambilan KTM yang ditamatkan perkhidmatan mereka;

(ii) semua pekerja kontrak yang berkhidmat di bawah syarikat

tertentu yang menjalankan kerja membaikpulih landasan di tempat berkenaan; dan

(iii) semua syarikat kontrak yang telah disenaraihitamkan oleh KTM/Kerajaan.

JUALAN MURAH DI PUSAT MEMBELI-BELAH-OPERASI

PEMERIKSAAN

30. Tuan Haji Doi bin Dolah minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan adakah Kementerian ini telah melancarkan operasi pemeriksaan ke atas pusat-pusat beli-belah dan gedung­gcdung perniagaan dalam masa perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Puasa baru-baru ini. Berapa ramaikah peniaga yang telah diambil tindakan kerana melanggar Akta Jualan Murah dan barangan palsu.

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Objektif Kementerian Pcrdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melancarkan operasi pemeriksaan ke atas pusat-pusat beli­belah dan gedung-gedung perniagaan di musim perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini ialah untuk membanteras penye­lewengan dalam perdagangan, iaitu dalam usaha melindungi pengguna.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tindakan pemeriksaan ke atas prcmis-prcmis perniagaan dijalankan secara berterusan. Pemeriksaan ini dipertingkatkan di musim-musim perayaan memandangkan permintaan terhadap barang-barang perlu ber­tambah dengan banyaknya setiap kali menjelang musim perayaan.

Bilangan peniaga-peniaga yang diambil tindakan kerana melanggar

..

Page 30: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1201 3 JUN 1992 1202

Peraturan Jualan Murah dan menjual barang-barang tiruan adalah seperti berikut:

Tahun

1988 1989 1990 1991 1992 (April)

Jualan Murah Palsu

243 165 92 96 65

Menjual Barang­barang Tiruan

441 337 177 462 184

SEKOLAH RENDAH KERAJAAN/ BANTUAN KERAJAAN DI

SARA WAK-PERUNTUKAN

31. Tuan Tiong Thai King minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) dalam Rancangan Malaysia Keenam, berapa jumlah wang telah diperuntukkan bagi pen­didikan sekolah rend ah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan di Sarawak pada tahun 1991 dan 1992;

(b) berapakah jumlah wang tclah diperuntukkan untuk projek bangunan baru, projek tambahan bangunan, penggantian bangunan, atau alat kclengkapan dan pembaikan permainan bagi sekolah-sekolah rendah Bantuan Kerajaan Jenis Kebangsaan (Cina) di Sarawak pada tahun 1991 dan 1992;

(c) memandangkan jawatan kosong guru besar bagi 13 buah sekolah rendah jenis kebangsaan (Cina) di Bahagian Sibu, yang sampai kini masih belum diisikan kekosongannya, apakah tinda­kan yang akan diambil olch Kementerian untuk menye-

. diakan bilangan guru dan guru­guru yang mencukupi untuk mengisikan jawatan kosong itu di sekolah-sekolah tersebut khasnya, dan di seluruh ncgcri amnya; dan

(d) berapakah peruntukan wang yang telah disediakan untuk menjalankan program latihan profesional, sekolah-sekolah teknik dan vokasional di Sarawak dalam tahun 1991 dan 1992 di bawah Rancangan Malaysia Keenam.

Dr Fong Chan Onn:

(a) & (b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tahun 1991 dan 1992 negeri Sarawak telah diperuntukkan sejumlah $11 juta dan $13.2 juta bagi sekolah rendah Kerajaan dan sebanyak $3.98 juta dan $1.99 juta bagi Sekolah Bantuan Modal.

(c) (i) Langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh Kementerian untuk menambah bilangan guru-guru di sekolah rendah Cina ialah:

(a) maktab-maktab perguruan di Sarawak telah dan sedang melatih guru-guru yang berkelayakan u n t u k mengkhusus Bahasa Cina. Seramai 58 orang akan tamat latihan mereka pada tahun ini (1992);

(b) lepasan-lepasan maktab perguruan yang mempunyai kelayakan Bahasa Cina (satu mata pelajaran) peringkat SRP dari SPM telah dan akan di­tempatkan di

Page 31: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1203 3 JUN 1992 1204

sekolah-sekolah rendah Cina untuk mengisi kekosongan­k ek o song an terse but;

(c) maktab-maktab perguruan di Sarawak jug a telah dan sedang melatih guru-guru sandaran Cina melal ui K ursus Dal am Cuti (KDC) dengan tujuan untuk lantikan tetap. Seramai 34 orang sedang menjalani KDC pada tahun ini.

(ii) Kekosongan jawatan guru besar iaitu jawatan naik pangkat di sekolah rendah Cina di Sarawak akan diisi sebaik sahaja Kementcrian Pendidikan selesai mengurus kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah B3 ke BJ dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah B8 ke B3 dan penempatan mereka yang berjaya dalam urusan tersebut.

(d) Dalam Rancangan Malaysia Keenam, sejumlah $10 juta telah dicadangkan untuk latihan profesional bagi sekolah­sekolah vokasional, termasuk sekolah-sekolah vokasional di Sarawak. Peruntukan bagi politeknik yang juga meliputi negeri Sarawak berjumlah $65 juta. Tiada pecahan mengikut tahun dilakukan kerana pemberian peruntukan hanya diberi apabila terdapat permintaan dari negeri-negeri berkenaan.

UBATAN DARI TUMBUHAN LUAR NEGERI-KAJIAN

32. Tuan K. Munisamy minta Menteri Kesihatan menyatakan bahawa pada pengetahuan saya, tumbuh-tumbuhan di luar Malaysia mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Sejauh manakah R&D ke atas penanaman dan pcngel uaran ubat yang bernilai ini dijalankan untuk digunakan sebagai perubatan barat.

Dato' Lee Kim Sai: Setakat ini belum ada institusi yang menjalankan kajian terhadap tumbuh-tumbuhan dari I uar Malaysia, walaupun beberapa ubatan dari tumbuhan luar negeri tcrdapat di pasaran dalam bentuk tablet, kapsul, akar-akar kayu dan juga bentuk jamu. Khasiat dari ubat-ubat tersebut dipercayai oleh pengguna berdasarkan kepada apa yang dinyatakan oleh pengamal perubatan tradisional yang menjualkan atau sumber lain dari bahan bacaan bcrkenaan seperti majalah.

UNIVERSITI TEMPATAN­BILANGAN PELAJAR MENOLAK

TAWARAN

33. Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat. Daud minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) berapakah jumlah bilangan pelajar-pelajar yang diterima masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi pada tahun lepas tidak melaporkan diri; dan

(b) sila nyatakan sebab-musabab mengikut kajian Kementerian Pendidikan mengapa pelajar­pelajar terse but tidak melaporkan diri supaya per~ara seperti ini tidak berulang Jagi pada tahun ini.

Page 32: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

"

1205 3 JUN 1992 1206

Dr Fong Chan Onn:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan pelajar­pelajar yang menolak tawaran untuk memasuki universiti bagi tahun 1991/92 adalah kecil iaitu kira-kira 1 % sahaja. Waiau bagaimanapun, kekosongan tempat disebabkan penolakan tersebut ·telah diisi oleh calon­calon lain yang dipilih daripada senarai calon-calon simpanan yang telah disediakan olch Kementerian Pcndidikan.

(b) Mengikut kajian Kementcrian Pendidikan antara scbab-scbab pelajar berkenaan menolak tawaran memasuki univcrsiti tempatan ialah:

(i) mereka telah mendapat pekerjaan;

(ii) mereka telah mengikuti pengajian di institusi­institusi pengajian tinggi swasta yang lain;

(iii) pelajar bcrkcnaan Lelah mendapat tawaran melanjulkan pelajaran ke luar negara; dan

(iv) kursus yang ditawarkan, bukan merupakan pilihan utama pclajar.

SKIM LENCANA ANTI DADAH-KEBERKESANAN

34. Pua~ Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pcn­didikan menyatakan sejauh manakah berkesannya Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) dalam membanteras pe­nyalahgunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Dr Fong Chan Onn: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) merupakan salah satu sahaja daripada

pelbagai strategi yang digunakan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid sekolah. SLAD yang dilaksanakan dalam bentuk pengajaran telah berjaya memberi kefahaman mengenai akibat pe­nyalahgunaan dadah kepada murid­murid sekolah. Adalah rumit untuk mengetahui kesan-kesan tertentu akibat dari SLAD kerana ia bergantung kepada faktor-faktor yang pelbagai.

PEPERIKSAAN BAHASA MALAYSIA PERINGKAT SPM­

KEMEROSOT AN

35. Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pen­didikan menyatakan apakah sebab­sebabnya terjadi sedikit kemerosotan mengenai keputusan Bahasa Malaysia dalam keputusan Peperiksaan SPM yang baru lalu. Apakah langkah­langkah untuk membaikinya.

Dr Fong Chan Onn: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peningkatan a tau kemerosotan scbanyak I% hingga 5% adalah suatu perkara biasa (normal) bagi sesebuah pcperiksaan awam seperti peperiksaan SPM yang mclibalkan bilangan calon yang ramai.

Kemerosotan sebanyak 0.9% dalam pcpcriksaan Bahasa Malaysia peringkat SPM tahun lalu menunjukkan keadaannya masih lagi terkawal. Secara am, kemerosotan ini adalah disebabkan terdapat pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai beberapa aspek bahasa seperti tatabahasa, perbcndaharaan kata, kelemahan dalam menjawab soalan-soalan kefahaman di samping kelemahan dalam penulisan karangan. Kelemahan ini pula berbeza­beza antara individu.

Kementerian Pendidikan memang scntiasa mengambil berat dalam usaha untuk mempertingkatkan mutu pencapaian Bahasa Malaysia di peringkat SPM. Pelbagai usaha telah dan scdang dilakukan.

Page 33: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1207 3 JUN 1992 1208

Antara langkah-langkah yang diambil ialah mempastikan pelajar­pelajar dapat menguasai beberapa aspek bahasa melalui penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran, mengadakan kursus-kursus pening­katan pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru bahasa, meng­galakkan penggunaan pusat sumber serta menambah lebih ramai lagi guru siswazah terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru juga diberikan kesedaran tentang kepentingan menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan kepada para pelajar.

PEKERJA ASING-JUMLAH

36. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Dalam Ncgcri menyatakan pekerja-pekerja asing yang ada di Malaysia mengikut kategori yang dinyatakan:

(a) perladangan;

(b) sektor perkilangan;

( c) binaan; dan

(d) pembantu rumah.

Tuan Ong Ka Ting: Jumlah pekerja asing yang masih berada di Malaysia pada masa ini kerana dibenar bckerja adalah seperti berikut:

(a) Perladangan 27,061 orang (b) Sek tor Tiada

perkilangan (c) Binaan 200 orang (d) Pernbantu rurnah 8, 117 orang.

Jumlah yang dinyatakan tadi tidak termasuk pekerja asing tanpa izin (PATI) yang kini sedang mendaftar diri di Jabatan Imigresen untuk tujuan mengesahkan kehadiran mereka.

INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM)-MENAMBAH BILANGAN

37 .Puan Hajah Asmah binti Haji Ismail minta Menteri Pendidikan menyatakan berhubung dengan 'Institut

Kcmahiran MARA (IKM)' yang mana mcnjadi rebutan dan pilihan anak-anak muda pada masa ini:

(a) adakah pihak Kerajaan sedar iaitu permohonan-permohonan untuk memasuki IKM ini terlalu ramai sedangkan ketika ini hanya terdapat 10 buah IKM di seluruh negara yang me­nawarkan 44 kursus ketukangan yang mcliputi pelbagai bidang; dan

(b) adakah pihak Kerajaan ber­cadang hendak menambah lagi IKM ini supaya dapat memenuhi permohonan-permohonan para pclajarnya dan juga permintaan majikan yang memerlukan kemahirannya.

Dr Fong Chan Onn:

(a) Permohonan memasuki IKM di scluruh negara memang amat mcnggalakkan dan perkara ini memang disedari oleh pihak MARA. Bagi mengatasi masalah tersebut sebagai langkah jangka pendek, per­mohonan yang gagal akan disalurkan kepada Pusat GIA T atau menempatkan mereka melalui Program Latihan sambil kerja.

(b) Dalam usahanya untuk me­nampung permintaan yang tinggi ini pihak MARA memang telah merancang untuk men­dirikan sekurang-kurangnya scbuah IKM bagi setiap negeri dan Pusat GIAT di setiap

.daerah.

WARGANEGARA ASING­PENYELUDUPAN MELALUI

LAPANGAN TERBANG SUB ANG

38. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah benar terdapat

Page 34: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

"

1209 3 JUN 1992 1210

perbuatan menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Subang oleh beberapa sindiket asing lintuk mengeksport warganegara Republik Rakyat China (RRC) ke Amerika Syarikat, apakah tindakan Kerajaan bagi mencegah perkara terse but.

Tllan Ong Ka Ting: Perbuatan menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Subang oleh sindiket untuk menyeludup warga­negara asing khususnya warganegara Republik Rakyat China (RRC) ke negara-negara ketiga memang ada berlaku. Tetapi kegiatan ini Lelah diketahui dan dipatahkan.

Bagi mencegah perkara ini daripada berlaku, Kementerian Dalam Negcri telah mengambil langkah-langkah seperti berikut:

(a) mengetatkan kawalan di semua pintu masuk, dan memeriksa dengan lebih rapi orang-orang yang disyakki;

(b) mengambil tindakan undang­undang terhadap wargancgara asing yang berkaitan dan ke alas sindiket yang mengatur kemasukan mereka; dan

(c) menyenaraihitamkan nama mereka ke dalam senarai syak Jabatan Imigresen Malaysia.

JAWATANKUASA PELABURAN ASING-GARISPANDUAN

39. Tuan Azman Atar bin Othman minta Perdana Menteri menyatakan sebab-sebab mengapa Kerajaan membatalkan "guideline" yang di­sediakan oleh Jawatankuasa Pclaburan Luar.

Tuan Othman bin Abdul: Tujuan utama Deraf garispanduan JawaLan­kuasa Pelaburan Asing (Foreign Investment Committec-FIC) ialah

untuk memberi penjelasan yang lebih terperinci mengenai dasar-dasar dan langkah-langkah yang diamalkan oleh FIC. Deraf ini disediakan setelah FIC menerima banyak rungutan pihak pelabur-pelabur terhadap dasar-dasar dan peraturan-peraturan FIC yang dikatakan tidak jelas. Sebagai amalan biasa, Deraf garispanduan FIC yang baru ini telah dibincangkan dengan pihak swasta untuk mendapatkan pandangan mereka sebelum ianya dilaksanakan. Semasa perbincangan tersebut, pihak pelabur swasta telah menyatakan kebimbangan bahawa satu garispanduan yang begitu terperinci akan menjejaskan ikl im pelaburan negara, terutamanya di masakini di mana terdapat ketidaktentuan di dalam pasaran modal pelaburan dunia. Oleh itu untuk mengelakkan kesalah­fahaman, kekeliruan dan kesalah­tafsifan yang diragui mungkin akan menjejas iklim pelaburan negara ini, Kerajaan telah memutuskan untuk tidak melaksanakan deraf garispanduan yang baru, dan sebaliknya mengekalkan Garispanduan FIC yang sedia ada.

DASAR PERTANIAN NEGARA-KAJIAN SEMULA

40. Tuan Azman Atar bin Othman minta Menteri Pertanian menyatakan sama ada Dasar Pertanian Negara (DPN) yang dilancarkan pada tahun 1984 akan diubahsuai sebab keperluan pertanian dekad 90an adalah lebih mencabar lagi dan jika benar, sila nyatakan program-program yang sesuai bagi mengatasi masalah petani-petani dan nelayan-nelayan di negara kita ini.

Dato' S. Subramaniam: Dasar Pertanian Negara yang dilancarkan pada tahun 1984 memang sedang dikaji semula dan kajian tersebut adalah di pcringkat akhir. Dasar Pertanian Negara 1984 akan digantikan dengan Dasar Pertanian Negara 1992-2010.

Page 35: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1211 3 JUN 1992 1212

DPN 1992-2010 itu akan me­ngandungi kelainan terutama dari segi strategi, landasan dan filosofi pem­bangunan sektor pertanian meliputi 20 tahun akan datang. Dasar ini akan merangkumi arah haluan seperti yang terkandung dalam RRJP2 dan Wawasan 2020.

DPN 1992-2010 akan mem­pergiatkan proses transformasi sektor pertanian kepada satu sektor yang moden dan komersial di mana momentun pertumbuhan dan pem­bangunannya akan berlandaskan kepada kuasa pasaran dengan penekanan kepada aspek sumber tena~a manusia. Seperti Yang Berhormat scdia maklum, cabaran pembangunan pada masa hadapan akan banyak bertumpu kepada usaha-usaha ke arah penin~­katan penglibatan para peta01, penternak dan nelayan pada satu tahap yang komersial dan berday~ .tahan. Dalam hal ini, DPN terbaru 101 akan menyediakan beberapa penyesuaian dari segi pendekatan pelaksanaan program pembangunan untuk memastikan:

(i) pencapaian seimbang pertanian pembuatan;

pembangunan yang di an tar a sektor

dengan sektor

(ii) peningkatan integrasi sektor pertanian dengan sektor-sektor lain dalam ekonomi khususnya sektor pembuatan; dan

(iii) pencapaian tahap pembangunan yang lebih tinggi bagi industri makanan.

Cabaran-cabaran yang penting yang akan menghadapi petani dan nelayan ialah keupayaan menjalankan kegiatan­kegiatan mereka sebagai satu kegiatan yang 'viable', menguntungkan dan 'efficient'. Oleh itu program-program pembangunan bagi mere.ka akan meliputi perkara-perkara bei;1kut:

(i) pembentukan komuni ti usaha­wan perdagangan pertanian

(ii)

(iii)

(iv)

yang berdikari dan berdayamaju dan mampu mengambil risiko dan mengamalkan inovasi;

untuk memberi keutamaan bagi penglibatan golongan sasar dalam pelbagai aktiviti komersial pertanian yang akan dibantu melalui satu cabang pelaburan khas;

perancangan korporat jangka masa sederhana dan panjang yang akan menyediakan peluang-peluang pelaburan dalam pelbagai bidang dengan tujuan untuk mempercepatkan pcnglibatan para petani, pcnternak dan nelayan dalam scktor pertanian moden. Program ini ~kan membentuk komuniti perdagangan dan industri bumiputera dalam aktiviti-aktiviti pertanian yang berkaitan; dan

usaha-usaha ke arah mem­pergiatkan lagi perbadanan agensi-agensi pertanian yang berkaitan adalah merupakan usaha daya maju yang boleh dipertimbangkan untuk jangka­masa sederhana bagi mem­bolehkan badan-badan ini membcri latihan sambil belajar dan pembangunan keupayaan pengurusan di kalangan petani, penternak dan nelayan di samping membimbing mereka menerokai bidang-bidang per­tanian komersial/perniagaan tani di masa hadapan.

SUKAN NEGARA­KEMEROSOTAN

41. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah sebab berlaku kemerosotan sukan negara terutama dalam bidang bolasepak yang mana ianya merupakan sukan utama yang boleh meng­harumkan nama negara. Apakah benar Liga Semi-Pro boleh memberi

..

Page 36: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1213 3 JUN 1992 1214

keuntungan dan tumpuan kcpada pasukan-pasukan negeri dan tidak memberi tumpuan kepada pasukan kebangsaan yang menyebabkan kegagalan Pasukan Bolasepak di peringkat antarabangsa.

Dato' Ismail bin Said: Kenyataan yang dibuat oleh Yang Bcrhormat bahawa prestasi sukan negara telah merosot adalah kurang tepat. Kita baru sahaja berjaya mercbut kembali Piala Thomas baru-baru ini dan Pasukan Hoki Negara. kita juga telah bcrjaya menempah tempat di Sukan Olimpik di Barcelona. Kementerian Belia dan Sukan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu sukan negara supaya Malaysia disegani dalam arena sukan. Bagi sukan bolasepak khasnya, kegagalan pasukan negara dalam beberapa kejohanan pcringkat antarabangsa baru-baru ini tidak bcrcrti mutu ,pasukan kebangsaan tclah merosot. Malahan Persatuan Bolascpak Malaysia telah berjaya mencapai matlamat melibatkan beribu-ribu kaum belia secara langsung atau tidak langsung dalam sukan bolasepak dan sedang bekerja keras untuk meng­harumkan nama negara dalam bidang sukan bolasepak. Mulai tahun 1985 langkah-langkah telah diambil untuk memperkuatkan Pasukan Bolasepak Kebangsaan dan menyediakan landasan yang kukuh bagi pembangunan sukan bolasepak melalui aktiviti-aktiviti berikut:

(i) mengelolakan pelbagai jcnis pertandingan bagi pasukan­pasukan di bawah umur 14 tahun hingga peringkat Scmi­Pro;

(ii) mewujudkan satu sistem kejurulatihan yang kukuh dan boleh dibanggakan;

(iii) memantapkan organisasi dan pengurusan bidang bolascpak

sehingga ke tahap yang terbaik di Benua Asia dan setanding dengan negara-negara Eropah; dan

(iv) mewujudkan program pembangunan sukan bolasepak dengan memberi tumpuan kepada pembangunan pengadil.

Dalam pembangunan su~an bola­sepak, tumpuan dan keuntungan kepada pasukan negeri seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat merupakan satu keuntungan kepada negara. Pen­dedahan dan latihan yang diterima oleh pcmain-pemain Pasukan Negeri adalah merupakan satu usaha langkah panjang yang akan menyediakan sekumpulan pcmain yang cemerlang untuk Pasukan Kcbangsaan Negara kelak.

BADAN PEGUAM­MENUBUHKAN

42. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Undang-undang men­yatakan adakah langkah-langkah konkrit untuk menubuhkan satu lagi badan Peguam selain dari Majlis Peguam kini ·dan apakah sebab atau rasional di sebaliknya.

Dato' Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Buat masa ini Kerajaan tidak bcrcadang untuk menubuhkan satu lagi badan Peguam selain dari Majlis Peguam. Majlis Peguam adalah sebuah badan yang ditubuhkan di bawah Akta Profesion Undang-undang dan Kerajaan berpendapat memadai profcsion undang-undang diawasi dan dikawal oleh sebuah badan profesion sahaja, yang dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih di kalangan mereka sendiri.

LESEN TV-PENGUATKUASAAN

43. Datuk David Yeoh Eng Hock minta Menteri Penerangan menyatakan bahawa memandangkan ramai

Page 37: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1215 3 JUN 1992 1216

pengguna radio dan tv berdaftar di negara ini yang tidak berlesen sedangkan di bawah Seksyen 14 Akta Penyiaran menghendaki semua peng­gunanya memiliki lesen daripada Jabatan Perlesenan, apakah langkah­langkah yang akan diambil oleh Kementerian menasihati mereka supaya mematuhi Akta itu.

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Mengikut statistik yang ada terdapat seramai 3,407,839 pemilik televisyen di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Langkah-langkah berikut telah diambil dari semasa ke semasa supaya pengguna-pengguna alat TV mematuhi Akta Penyiaran 1988:

(i) menghantar peringatan kepada pembeli baru;

(ii) membuat pengumuman/pe­ringatan melalui radio, TV, unit bergerak Jabatan Penerangan dan akhbar-akhbar tempatan;

(iii) menghantar surat-surat kepada pejabat-pejabat Kerajaan dan swasta, kilang-ldlang dan Ketua Kampung;

(iv) mengadakan ceramah dan dialog; dan

(v) tindakan penguatkuasaan.

Kesan daripada tangkah-langkah yang tersebut di atas, keluaran lesen TV terus meningkat dari setahun ke setahun .. Keluaran dan basil lesen TV bagi tempoh lima (5) tahun mulai 1987 hingga 1991 adalah seperti berikut:

Tahun Keluaran Hasil Lesen Lesen ($)

l. 1987 1,672,687 40, 144,488.00 2. 1988 1,720,868 41,296,464.00 3. 1989 1,743,776 41,850,624.0.0 4. 1990 1,773,770 42,570,480.00 5. 1991 1,857,760 45,076,320.00

Sehubungan itu juga tindakan kompaun dan saman telah diambil ke atas pengguna-pengguna alat TV yang

melakukan kesalahan di bawah Akta Penyiaran 1988. Jumlah kes kompaun dan saman bagi tempoh lima tahun mulai 1987 hingga 1991 adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah Kes Jumlah Kes Kompaun Saman

1. 1987 15,837 6,636 2. 1988 16,028 8,324 3. 1989 13,749 8,322 4. 1990 27,028 6,674 5. 1991 31,844 11,131

Untuk makluman Yang Berhormat, para pendengar tidak diperl ukan mengambil lesen untuk memiliki radio.

PEMEGANG KAD PENGENALAN MERAH MEMILIKI SIJIL

KELAHIRAN TEMPATAN­PERANGKAAN

44. Tuan K. Vijayanathan minta Menteri Dalam Negeri memberikan butir-butir dan bilangan orang-orang yang duduk di negara kita yang telah lahir di sini dan memegang Sijil Beranak Tempatan tetapi mereka mempunyai Kad Pengenalan Merah dan sebab-sebab mengapa begitu.

Tuan Ong Ka Ting: Kementerian Dalam Negeri tiada menyimpan perangkaan orang-orang yang lahir dan duduk di sini serta memegang sijil kelahiran tempatan tetapi mempunyai kad pengenalan merah.

SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA PENUH­

HILANGAN PELAJAR DALAM KELAS

45. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Pendidikan menyatakan mengenai:

(a) bilangan murid-murid yang maksima untuk sesebuah kelas menengah di sekolah-sekolah berasrama penuh;

Page 38: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1217 3 JUN 1992 1218

(b) bilangan murid-murid yang maksima untuk sesebuah kelas di sekolah menengah biasa; dan

( c) sekiranya terdapat perbezaan di antara dua jenis sekolah itu, apakah sebab-sebabnya.

Dr Fong Chan Onn:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan maksima pelajar-pelajar dalam sesebuah kelas menengah di sekolah­sekolah berasrama penuh ialah 35 orang.

(b) Berdasarkan garispanduan dan peraturan perancangan bangunan oleh Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos Bagi Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN), Jabatan Perdana Menteri, bilangan maksima pclajar untuk sesebuah kelas di sckolah menengah biasa mengikut keperluan KBSM ialah 35 orang.

(c) Tidak ada perbezaan dari segi bilangan maksima pelajar untuk sesebuah kelas di sekolah menengah biasa dan sekolah berasrama penuh.

NOMBOR KAD PENGENALAN BARU-PENGGUNAAN

PELBAGAI URUSAN

46. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bolehkah nombor kad pengenalan baru itu dapat dilengkapkan sebagai satu nombor kemudahan bagi tujuan semua kegunaan seperti nombor fail cukai pendapatan, lesen pemandu, akaun bank-bank, lesen pendaftaran per­niagaan, akaun elektrik dan bekalan air dan sebagainya. Ini bukan satu kemudahan kepada orang ramai tctapi juga menyenangkan Kerajaan mcn­yiasat sesiapa pun dengan nombor kad pengenalan dari segi kes kejahatan.

Tuan Ong Ka Ting: Dari segl. konsepnya nombor Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) memang ideal bagi tujuan pelbagai guna seperti Yang Berhormat nyatakan. Waiau bagai­manapun, pelaksanaannya memerlukan penelitian dengan pihak-pihak ber­kenaan.

LESEN MENANGKAP IKAN LAUT DALAM-JUMLAH

47. Wan Hamid Edruce bin Tuanku Haji Mohammad minta Menteri Pertanian menyatakan perkara-perkara bcrikut:

(a) jumlah lesen laut dalam yang telah diluluskan dan jumlah mereka yang sudah beroperasi setakat ini;

( b) apakah nisbah pasaran ikan di Sarawak antara yang ditangkap di perairan tempatan dengan yang diimport; dan

( c) berapakah jumlah lesen yang dikeluarkan bagi mengimport ikan di Sarawak.

Dato' S. Subramaniam:

(a) Sehingga Januari 1992 sebanyak 639 buah lesen telah diluluskan dan sebanyak 566 buah sedang beroperasi.

( b) Nisbah pasaran ikan di Sarawak antara yang ditangkap di perairan tempatan dengan yang diimport ialah 13: 1.

(c) Sehingga bulan Mei, 1992 sebanyak 18 buah lesen mengimport ikan telah dikeluarkan di negeri Sarawak.

KESESAKAN BANDA RAY A KUALA LUMPUR-SYARIKAT

BAS DISA TUKAN

48. Tuan Haji Zainal bin Md. Deros minta Perdana Menteri menyatakan bilakan syarikat-syarikat bas akan

Page 39: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1219 3 JUN 1992 1220

disalUkan di bawah satu syarikat bagi menyelesaikan masalah kesesakan Bandaraya Kuala Lumpur. Bagaimanakah langkah-langkah lain yang diambil untuk mengurangkan kesesakan tersebut.

Tuan Othman bin Abdul: Jawatankuasa Khas Pembangunan Kuala Lumpur di dalam mesyuarat keduanya pada 17 Februari, 1992 telah memutuskan supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan kajian penyusunan sem ua -sistem pengangkutan bas dan gabungan syarikat-syarikat bas di Kuala Lumpur. Lanjutan dari keputusan tersebut, DBKL telah melantik Juruperunding, Tetuan Sir William Halcrow & Partners (M) Ltd. bagi menjalankan kajian terse but.

Kajian peringkat awalan telah dimulakan pada 11 April, 1992 dan dijangka siap dalam masa dua belas (12) minggu. Laporan kajian peringkat awalan akan dibentangkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembangunan Kuala Lumpur akan datang.

Untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas di Bandaraya Kuala Lumpur ini, langkah-langkah lairi dan strategi yang diambil oleh pihak DBKL adalah seperti berikut:

(1) Pembinaan Jejambat (Flyover)

5 buah bulatan yang menjadi punca kesesakan lalulintas telahpun dipertingka tkan dengan membina jejambat. Bulatan-bulatan berkenaan adalah seperti berikut:

(a) Bulatan Jalan Cheras

(b) Bulatan KM5 1/i Jalan Ch eras

(c) Bulatan Jalan Kg. Pandan/Jalan Tun Razak

(d) Bulatan Jalan Tun Razak/Jalan Pahang

(e) Bu Iatan Edinburgh.

(2) Melebar dan Memperbaiki Ja/an-jalan Yang Sedia Ada dan Membina Jalan-jalan Baru

Di antara jalan-jalan utama yang telah dilebar dan diperbaiki ialah:

(a) Jalan Raja Chulan

(b) Jalan Ampang

(c) Jalan Gombak

(d) Jalan Sentul

( e) Jalan Genting Kelang

(f) J alan Puchong (Fasa 1 & 2 telah siap, Fasa 3 & 4 akan dijalankan dalam Rancangan Malaysia Keenam).

Di antara cadangan-cadangan jalan raya baru yang telah dikenalpasti ialah:

(a) Jalan 'Eastern Route' dari Jalan Imbi ke Jalan Genting Kelang di sebelah timur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (rekabentuk sedang dijalankan).

(b) Jalan Lingkaran Tengah II-dahulu dinamakan 'Outer Ring Road' iaitu di sekeliling sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (reka­bentuk sedang dijalan­kan).

(c) Jalan 'Northern Route' dari Jalan Pahang ke Jalan Ulu Klang yang akan melalui Taman Air Panas dan Tarn an Setiawangsa (masih di peringkat kajian).

Page 40: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

\,

1221 3 JUN 1992 1222

(d) Lebuhraya 'East-West Link' dari Jalan Cheras (Tam an Connaught) hingga Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (kcrja pembinaan akan dijalan­kan pada tahun 1993).

(3) Memperbaiki Persimpangan la/an

Beberapa persimpangan jalan telah dilebar untuk mcmperbaiki pengaliran lalulintas iaitu:

(a) Jalan Ipoh/Jalan Pcr­hentian

(b) Jalan Sentul/Jalan Sentul Sehaluan

(c) Jalan Damansara/Jalan Kepong

(d) Jalan Semarak/Jalan Padang Ten1bak

(e) Jalan Cheras/Jalan masuk ke Taman Segar.

(4) Cadangan Projek-projek Pe­ngangkutan Awam

Beberapa projek-projek sistem pengangkutan awam telahpun dicadangkan bagi Kuala Lumpur untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Antara projek-projek yang utama adalah seperti berikut:

(a) Sistem Transit Laju Ringan (LTR)

(b) Sistem Monorel

(c) Sistem Rel Komuter (KTM Double Tracking).

(5) Sistem Berkongsi Kereta

Sis tern berkongsi kereta dijangka merupakan satu penyelesaian jangka pendck bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas yang dihadapi oleh Bandaraya Kuala

Lumpur. Pihak Kerajaan akan menetapkan prosidur-prosidur bagi menentukan sistem berkongsi kereta boleh dijayakan iaitu:

(i) Pada peringkat permu­laannya Kerajaan akan menggalakkan pemilik­pemilik kereta untuk melibatkan diri dalam sistem ini. Galakan ini terlebih dahulu dilak­sanakan oleh kakitangan sektor awam dan ke­m udiannya meliputi kakitangan sektor swasta.

(ii) Seterusnya Kerajaan akan mengadakan polisi­polisinya dengan tujuan menghadkan penggunaan/ kemasukan kereta-kereta ke pusat bandar Kuala Lumpur.

(iii) Berbagai bentuk insentif sedang dalam pertimbangan untuk diberi kepada sesiapa yang terlibat dalam usaha mencapai kejayaan sistem ini.

KILANG BERAS BUKAN BUMIPUTERA-MASALAH

49. Dato' William Chek Lin Kwai minta Menteri Pertanian menyatakan sama ada masalah yang dihadapi oleh kilang-kilang beras kepunyaan bukan bumiputera telah diselesaikan dengan cara memuaskan:

(a) jika ya, melalui apa cara masalah tersebut diselesaikan; dan

(b) jika tidak, sebab apa begitu lama.

Dato' S. Subramaniam: Masalah utama yang dihadapi oleh mana-mana

Page 41: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1223 3 JUN 1992 1224

industri pemprosesan adalah mengenai bekalan barangan mentah, dan di dalam hubungan ini adalah padi. Di dalam keadaan bekalan padi berkurangan, bukan sahaja kilang bukan bumiputera tetapi kilang bumiputera dan LPN juga akan menghadapi masalah bekalan.

Dalam tahun 1991, jumlah padi yang dipasarkan di Kedah adalah 753,218 tan metrik berkurangan sebanyak

·63,394 tan metrik (7%) berbanding dengan tahun 1990. Kekurangan ini adalah disebabkan poleh masalah bekalan air pada musim 11/91. Kekurangan ini melibatkan LPN dan kilang swasta. Belian LPN berkurangan daripada 223 ,009 tan metrik kepada 216,570 tan metrik, manakala pihak swasta daripada 593,603 tan metrik kepada 536,648 tan metrik.

Jumlah padi yang dibeli ada kaitan dengan tempoh tuaian bagi satu-satu masa. Sekiranya tempoh tuaian padi panjang, pihak swasta akan berkemampuan membeli lebih banyak padi jika dibandingkan dengan tempoh tuaian padi yang pendek. Kela­zimannya, kilang-kilang swasta akan hanya membeli mengikut kemampuan pengendalian harian mereka sahaja.

Masalah bekalan padi ini akan hanya dapat diatasi apabila pengeluaran padi kembali normal.

"CAPITATION GRANT" KEPADA PENDUDUK WILAYAH

PERSEKUTUAN

50. Tuan Rahim bin Baba minta Menteri Kewangan memberi penjelasan bilakah Kerajaan Persekutuan ber­cadang memberi peruntukan mengikut bilangan orang (Capitation Grant) kepada 1.1 juta penduduk Wilayah Persekutuan yang telah diberhentikan sejak tahun 1981 yang lalu.

Dato' Loke Yuen Yow: Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan

Persekutuan tidak pernah mengadakan peruntukan bagi Wilayah Persekutuan di bawah Pemberian Mengikut Bilangan Orang atau "Capitation Grant". Olch yang demikian, kenyataan oleh Yang Berhormat bahawa Kerajaan Persekutuan telah memberhentikan pemberian mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant) sejak tahun 1981 tidaklah timbul.

Mengenai soal bilakah Kerajaan Pcrsekutuan hendak memberikan peruntukan kepada Wilayah Per­sekutuan mengikut bilangan kepala, perkara ini juga tidak berbangkit kerana W ilayah Persekutuan tidak termasuk di bawah takrif sebuah negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk melayakkannya menerima pemberian tersebut. Sungguhpun begitu, Kerajaan Persekutuan ada memperuntukkan pemberian­pembcriaIT tertentu kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk manfaat penduduk-penduduk di dalam kawasan Wilayah Persekutuan.

UNIT PENERANGAN BERGERAK KE KAW ASAN PEDALAMAN

51. Tuan Itam Wali bin Nawan minta Menteri Penerangan menyatakan iaitu majoriti Orang Asli berjumlah 83,453 di Semenanjung Malaysia tinggal di kawasan pedalaman tidak terdedah kepada media cetak dan elektronik lantas kurang mendapat mesej galakan pembangunan sosio ekonomi:

(a) adakah pihak Kementerian bercadang memperluaskan khidmat unit penerangan bergerak sehingga ke kawasan pedal am an menyampaikan ceramah hasrat Kerajaan terhadap pembangunan masyarakat dan negara; dan

(b) adakah pihak Kementerian bercadang membuat filem dokumentari pendidikan pem­bangunan sosio ekonomi

Page 42: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1225 3 JUN 1992 1226

terhadap masyarakat daif luar bandar setaraf dengan Orang Asli.

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman:

(a) Kementerian ini melalui Jabatan Penerangan melaksanakan Perkhidmatan Bergerak ke kawasan pedalaman dari scmasa ke semasa.

Jabatan akan meningkatkan kekerapan lawatan ke kawasan pedalaman bagi meningkatkan lagi kegiatan menyampaikan pengumuman khususnya untuk menyediakan dan memper­lengkapkan masyarakat meng­hadapi cabaran Wawasan 2020.

(b) Filem Dokumentari khusus mengenai pendidikan pem~

bangunan sosio-ekonom i ter­hadap masyarakat daif luar bandar setaraf dengan Orang Asli akan dimasukkan ke dalam senarai perancangan pencrbitan filem yang akan dikendalikan oleh Jabatan ini pada masa akan datang.

KAUM PENAN DI SARA WAK-PENINGKAT AN

TARAF HIDUP

52. Tuan Itam Wali bin Nawan minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan iaitu terdapat sejumlah kecil komuniti Penan di Sarawak masih tertinggal jauh di belakang dari segi pembangunan sosio-ekonomi dan masalah mereka tersebar luas di luar negara:

(a) berapa seriuskah keadaan itu dilihat dari segi keselamatan dan imej negara Malaysia; dan

(b) adakah pihak Kementerian bercadang memperluaskan khidmat sebuah agensi seperti diwujudkan bagi Orang Asli di

Semenanjung Malaysia untuk menerangkan mereka kepada pihak Kerajaan kita dan merancangkan pembangunan sosio ekonomi komuniti itu.

Tuan Mohd. Yasin bin Kamari:

(a) Kerajaan sedar bahawa terdapat sebilangan kecil kaum Penan di Sarawak yang masih mundur dari segi pembangunan ekonomi dan sosial. Keadaan ini telah diambil kesempatan oleh pihak­pihak tertentu dan meng­eksploitasi dengan memburuk­burukkan imej negara ini di luar negara untuk kepentingan mereka. Waiau bagaimanapun, perbuatan-perbuatan keji sedemikian sentiasa diawasi oleh Kerajaan dan dapat dibendung. Setakat 101

keadaannya tidak sebegitu serius dan Kerajaan dari masa ke semasa memberi penjelasan kepada negara-negara luar akan keadaan yang sebenarnya.

(b) Untuk meningkatkan pem­bangunan masyarakat Penan, Kerajaan telah dan sedang melaksanakan rancangan­rancangan yang tertentu. Ini termasuklah sebuah Jawatan­kuasa Khas bagi menyelaras usaha meningkatkan taraf hidup kaum Penan yang telah di­wujudkan di Sarawak.

KEGIATAN MEMBURUKKAN NEGARA-TINDAKAN

53. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh manakah Kementerian telah me­ngenalpasti pertubuhan dan rakyat Malaysia di luar negara yang terlibat dengan kegiatan memburuk-burukkan Malaysia. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap mereka (rakyat Malaysia) yang benar-benar tcrlibat secara langsung.

Page 43: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

-------------- -

1227 3 JUN 1992 1228

Tuan Ong Ka Ting: Kerajaan setakat rn1 telah mengenalpasti beberapa pertubuhan dan rakyat Malaysia yang terlibat dengan kegiatan memburuk-burukkan negara ini di luar negara. Tindak-tanduk mereka senriasa diawasi dan diperhatikan. Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka sekiranya kegiatan mereka itu sampai ke tahap mengancam dan memudaratkan keselamatan negara serta ketenteraman awam.

JETI T ANJONG BRUAS, MELAKA-PERKEMBANGAN

PENSW AST AAN

54. Tuan Ng Peng Hay minta Mcnteri Pengangkutan menyatakan:

(a) sejauh manakah perkembangan kemajuan penswastaan jeti Tanjong Bruas, Melaka se­hingga kini masih belum dilaksanakan;

(b) adakah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) bercadang untuk mengkaji semula projek tersebut kerana kelembapan pelak­sanaannya; dan

(c) jeti tersebut sesungguhnya amat penting dalam perkembangan ekonomi negeri Melaka.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail:

(a) Berkenaan dengan kemajuan penswastaan Pelabuhan Melaka, sukacita dimaklumkan bahawa rundingan dengan pihak yang akan mengambilalih operasi di Pelabuhan Melaka telah selcsai. Waiau bagaimanapun, terdapat sedikit kelewatan dalam pe­laksanaannya oleh sebab masalah tanah yang dijangka selesai dalam sedikit masa.

(b) Kerajaan akan meneruskan dengan penswastaan Pelabuhan Melaka.

(c) Kerajaan sedar bahawa jeti tersebut sangat penting untuk ekonomi negeri Melaka. Dengan penswastaan jeti tersebut nanti, kecckapan serta produktivitinya akan bertambah lagi.

mu PEJABAT POLIS NEGERI MELAKA-PEMBINAAN

BANGUNAN BARU

55. Tuan Haji Doi bin Dolah minta Mcnteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) adakah Kementerian rn1 mempunyai rancangan membina bangunan baru bagi Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di negeri Mclaka yang mana bangunan yang ada sekarang terlibat dcngan rancangan Komplek Persejarahan Melaka. Jika ada, di manakah akan dibina dan berapakah kosnya; dan

(b) adakah pembinaan Ibu Pejabat Polis Melaka itu dilengkapkan dengan tempat kediaman pegawai dan anggota polis bagi kemudahan mereka.

Tuan Ong Ka Ting: Kementerian ini memang telahpun mula me­laksanakan pembinaan bangunan baru bagi Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di negeri Melaka serta pembinaan Ibu Pcjabat Polis Daerah dan pembinaan rumah-rumah kediaman untuk anggota Polis DiRaja Malaysia sebanyak 556 unit di Mukim Bukit Baru, Melaka Tengah, Melaka. Kos pembinaan bagi projek ini adalah sebanyak $29,990,650 dan dijangka siap pada bulan Oktober 1993.

PENDATANG TANPA IZIN­OPERASI PENDAFTARAN

56. Tuan Haji Doi bin Dolah minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) berapa ramaikah pendatang tanpa izin membuat pendaftaran dalam 'Operasi Pendaftaran'

Page 44: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1229 3 JUN 1992 1230

yang dilaksanakan oleh Ke­menterian ini dan sila nyatakan bilangan mengikut negara asal

. mereka;

(b) adakah Kementerian ini dapat mengesan berapa ramai pula pendaftar tanpa izin yang tidak berdaftar dalam 'Operasi Pendaftaran' itu dan apakah tindakan yang diambil; dan

(c) Kementerian ini melalui Polis DiRaja Malaysia telah me­lancarkan 'Operasi Nyah' di sepanjang pantai di negara ini selepas Operasi Pendaftaran itu. Berapa ramaikah pendatang tanpa izin yang mendarat dan ditahan dalam operasi tersebut dan apakah tindakan yang diam bi I.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Jumlah Pekerja Asing Tanpa Izin (PA TI) yang tel ah mendaftar sehingga 24.5.92 ialah seramai 144,923 orang. Sebahagian besar daripada mereka adalah warganegara Indonesia, Bangladesh, Myanmar, India dan Thai.

(b) Kementerian Dalam Negeri tidak dapat mengetahui bilangan PATI yang belum mendaftar. Mereka yang gaga! mendaftar selepas 30.6.92 akan diambil tindakan berikut:

(i) ditangkap; dan

(ii) diusir keluar.

(c) Sejak pelancaran 'Op Ny ah' pada 3.12.91 seramai 9,053 orang pendatang tanpa izin (PTI) telah ditangkap (sctakat

3.5.92) dan 2,105 or11ng daripada mereka telah diusir keluar .

RTM-PERKHIDMAT AN PEMANCARAN KEPADA

MASY ARAKAT DESA

57. Tuan Ding Seling minta Menteri Penerangan menyatakan apakah tindakan-tindakan Kementerian Pcnerangan boleh ambit untuk menentukan orang-orang kampung di pedalaman, seperti Sarawak, me­nikmati perkhidmatan pemancaran RTM (Radio Televisyen Malaysia) dan seterusnya mendapat maklumat­maklumat penting mengenai dasar­dasar pembangunan Kerajaan, demi membolehkan orang-orang desa itu mengubahsuaikan pandangan mereka.

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Kementerian ini senantiasa mengambil tindakan supaya liputan radio dan TV dapat diterima seluas­luasnya oleh para pendengar dan penonton di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Waiau bagaimanapun, penyrimaan siaran terganggu di beberapa kawasan akibat 'terrain' yang bergunung-ganang. Untuk mengatasi masalah ini, Kementerian ini dalam RM6 akan melaksanakan beberapa projek untuk meningkatkan lagi liputan siaran radio dan TV yang lebih luas, termasuk kawasan pedalaman di Sarawak.

Kementerian ini juga melalui J abatan Perkhidmatan Penerangan melaksanakan rancangan aktiviti penerangan bersemuka melalui kegiatan-kegiatan sivik, pameran, Pertunjukan Pentas Bergerak (PENT ARAMA) dan penyebaran buku­buku kecil mengenai dasar-dasar Kerajaan dan membolehkan rakyat tcrutamanya yang tinggal di desa mcngubahsuaikan pandangan mereka.

Page 45: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1231 3 JUN 1992 1232

AIDS-PEMERIKSAAN KE AT AS BAKAL PENGANTIN/W ANITA

HAMIL

58. Tuan V.K. Sellappan minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) adakah Kementerian akan mewajibkan pemeriksaan penyakit AIDS kepada bakal pengantin dan wanita-wanita yang hamil;

(b) jika tidak, mengapa; dan

(c) berapakah .anggaran perbe­lanjaan yang akan dibelanjakan untuk membina hospital bagi merawat pesakit AIDS. Apakah keistimewaan yang akan disediakan di hospital ini.

Dato' Lee Kim Sai:

(a) & (b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ke­menterian Kesihatan tidak · bercadang me­wajibkan pemeriksaan penyakit AIDS ke atas bakal pengantin oleh kerana tindakan rn1 bukan satu Jangkah pencegahan yang ber­kesan. Sebaliknya, Ke­menterian menggalakkan sesiapa sahaja yang mengesyaki diri mereka dijangkiti supaya men­jalani pemeriksaan da­rah. Berkenaan dengan wanita-wanita hamil, Kementerian Kesihatan telahpun menjalankan pemeriksaan darah untuk penyakit AIDS secara 'sentinel' untuk menge­san penularan penyakit di kalangan golongan hete­roseks. Waiau bagai­manapun, tidak ada wanita hamil dikesan positif terhadap kuman AIDS.

(c) Kementerian Kesihatan belum bercadang mem­bina hospital, khusus bagi merawat pesakit AIDS. Buat masa ini, pesakit-pesakit AIDS diberi rawatan dari hospital-hospital yang berdekatan yang mem­punyai doktor pakar. Perancangan ini didapati masih mencukupi dan memuaskan.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG KESELAMAT AN SOSIAL

PEKER.JA (PINDAAN) (NO. 2)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekaraog". (2hb Jun, 1992)

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Bcrhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia menyambung ucapannya.

3.37 pig.

Timbalan Menteri Somber Manusia (Dato' M. Mahalingam): Tuan Yang di-Pertua, sepertimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Rang Undang-undang Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 1992 telah diwartakan pada 20hb Februari, 1992. Menteri Sum ber Manusia berhasrat untuk menguat­kuasakan beberapa peruntukan dalam Akta itu khususnya mengenai empat perkara yang saya sebut semalam, mulai lhb Januari, 1992 me-

Page 46: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

--·-··-·-------------

1233 3 JUN 1992 1234

mandangkan ia akan memberi manfaat kepada pekerja-pekerja dan tanggungan mereka lebih awal lagi.

Di sini, saya ingin mengl}capkan ribuan. terima kasih kepada pihak majikan dan pekerja atas sokongan yang telah diberi kepada Akta itu.

Tuan Yang di-Pertua, untuk memenuhi hasrat itu masalah perundangan telah timbul. Pindaan yang dicadangkan sekarang ini akan dapat mengatasi masalah pcrundangan yang telah ditimbulkan itu. Dcngan lulusnya pindaan yang dicadangkan ini, peruntukan-peruntukan yang bcrkaitan dengan perkara-perkara yang ditimbulkan tadi dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 1992 itu akan dapat dikuatkuasakan mulai lhb Januari 1992.

Tuan Yang di-Pertua, hasrat ini bukan sahaja memberi faedah kepada para pekerja dan tanggungan mereka, tetapi juga memperkukuhkan per­hubungan tiga pihak dapat disemai iaitu Kerajaan, majikan dan pckcrja.

Saya juga ingin menegaskan bahawa Kementerian Sumber Manusia sentiasa mengambil perhatian berat ke atas kehendak-kehendak kaum pckerja dan sedapat boleh cuba memenuhi harapan mereka selaras dengan konsep masyarakat penyayang.

Saya harap Rang Undang-undang ini akan mendapat sokongan pcnuh dari Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Sekian, tcrima kasih.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr. Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ah\i Yang Berhormat, masalah di hadapan

Majlis ialah Suatu Akta untuk meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 1992 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang· Berhormat Tuan K. Munisamy.

3.39 ptg.

Tuan K. Munisamy: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang untuk saya berucap sedikit mengenai Rang Undang-undang bernama Akta Keselamatan Sosial Pckcrja (Pindaan) 1992.

Sebelum saya menyokong. Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pckcrja itu, saya ingin memberi bcbcrapa cadangan untuk memperbaiki lagi kebaikan-kebaikan ataupun faedah-faedah yang sedang diberi oleh PERKESO kepada para pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan­cadangan untuk memperbaiki faedah­faedah SOCSO kepada para pekerja ialah Skim Pencen Ilat, Invalidity Pension Benefit, dengan izin.

Skim Pencen Bat ini adalah khas untuk pekerja-pekerja yang berkhidmat hingga mereka berumur 55 tahun. Semua pekerja-pekerja ini adalah menyumbangkan untuk PERKESO dan adalah wajar bagi SOCSO untuk memulangkan faedah-faedah yang bcrmakna.

Pada pendapat umum, tenaga buruh Malaysia adalah bahawa sesiapa yang bcrada di dalam perkhidmatan yang bcrumur 55 tahun, Tuan Yang di­Pcrtua, barulah dibenarkan untuk menyumbangkan untuk PERKESO bagi keselamatan seperti yang dicadangkan oleh KWSP.

Ramai buruh dari sektor-sektor ladang dan industri telah memberi pendapat bahawa sebagai permulaan, ke\ayakan bagi Invalidity Pension Benefit, dengan izin, perlulah

Page 47: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1235 3 JUN 1992 1236

dilanjutkan untuk lima tahun lagi, selepas persaraan mere!<a pada umur 50 tahun.

Misalnya, apabila seorang pekcrja telah memenuhi semua syarat-syarat lain dan bersara pada umur 55 tahun, pada umur 60 tahun, jika beliau masih hidup, tetapi sedang mengalami masalah kesihatan yang rumit tanpa sebarang pendapatan, beliau hendaklah dibenarkan layak m.emohon untuk Skim Pencen Ilat.

Tuan Yang di-Pertua, sebilangan besar para pekerja Malaysia yang lain juga telah memberi cadangan bahawa faedah-faedah kematian perlu dilanjutkan kepada semua para pcsara selepas umur 55 tahun yang tclah menyumbang untuk PERKESO, iaitu apabila seorang pekerja telah bersara daripada perkhidmatan bel ia u pad a umur 55 tahun dan apabila bcliau meninggal dunia, warisnya hendak layak memohon untuk perbelanjaan pengkebumian faedah kematian.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan­cadangan yang tersebut di atas akan membantu mengatasi kekurangan buruh dalam sektor ladang. Ini adalah kerana pada masa ini Jebih ramai pekerja ladang-ladang, pekerja di bawah kontrak dan sebagai buruh biasa selepas persaraan mereka pada umur 55 tahun. Pada masa ini apabila scorang pekerja tidak mengeluarkan sumbangan KWSP, tetapi _masih meneruskan bekerja selepas 55 tahun, beliau masih perlu menyumbangkan untuk KWSP. Demikian juga SOCSO perlu membenarkan seorang pekerja me­nyumbang untuk SOCSO sehingga masih dalam perkhidmatan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan rn1 beliau dan warisnya diberi per­lindungan oleh faedah-faedah PERKESO. Faedah-faedah PERKESO yang telah dibaiki ini akan mcnarik lebih ramai pekerja-pekerja yang telah

bersara untuk terus bekerja di sektor ladang untuk mengatasi kekurangan pckcrja.

Tuan ,Yang di-Pertua, akhirnya s~ya menyokong Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) (No. 2) 1992.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Bcrhormat Tuan Saidin bin Mohamad.

3.44 pig.

Tuan Saidin bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, bagi membahaskan Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Ke­sclamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 1992, maka suka saya memperkatakan bcbcrapa perkara.

Scbagai sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab mengenai skim bcncana kcrja dan skim pencen ilat, sudah tentu mendapat maklumat tcrpcrinci tcntang pekerja-pekerja di semua majikan. Namun begitu, ada majikan-majikan yang cuba meng­elakkan daripada melaporkan pekerja­pckerja mcreka. Di sini saya ingin mendapat maklumat bilangan majikan yang bcrdaftar dengan PERKESO bagi tah un 1991 dan bilangan pekerjanya dan berapakah banyak caruman yang dipungut daripada kedua-dua skim itu. Apakah masih terdapat majikan yang enggan mematuhi arahan itu dan apakah tindakan bagi majikan yang cngkar, yang telah dan akan diambil olch Kerajaan? Bagaimanakah se­seorang ahli yang meninggal pihak PERKESO mendapat maklumat? Soalan ini diajukan kerana ada rungulan-rungutan mengenai faedah pcngkcbumian, yakni bagi ahli-ahli yang mcninggal, ahli itu berhak mcndapat faedah daripada skim itu tctapi lambat diterima oleh warisnya. Bcrapakah banyak kes-kes kemalangan yang bclum dapat diselesaikan dan scbab-scbabnya.

..

Page 48: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

-- ----------------------

1237 3 JUN 1992 1238

Tuan Yang di-Pertua, di samping pindaan Akta PERKESO yang baru bagi membolehkan faedah-faedah yang lebih baik kepada ahli-ahli, apakah PERKESO juga akan membekalkan lagi alat-alat ataupun kemudahan­kemudahan lain kepada ahli-ahli yang lemah, maksud saya yang terlantar. Penguatkuasaan Akta ini bermula daripada tahun 1992. Ini bermakna banyak kes-kes yang terlibat dan kemungkinan kos pun terlibat. Jadi, dengan sebab itu apakah Kerajaan tidak terlibat sama dengan kos yang ahli­ahlinya terlibat daripada bulan Januari 1992?

Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil terhadap majikan-majikan haram yang terdapat dalam negara kita sekarang ini yang tidak berdaftar dengan PERKESO? Begitu juga bagaimanakah kedudukan pekerja­pekerja daripada Jabatan-jabatan lain. Misal kata Jabatan RELA, iaitu pegawai luarnya ataupun Jabatan KEMAS, iaitu terdiri daripada Penyelia-penyelia dan Pemaju Masyarakat. Begitu juga Jabatan Penerangan, Pegawai Penerangan Luar, mereka tidak termasuk dalam golongan skim pencen. Bahkan mereka ini tidak ada kemudahan-kemudahan lain sepertimana pekerja-pekerja kilang.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, dalam menyokong Rang Undang-undang ini, itulah sahaja yang saya hendak ketahui, dan dengan ini saya menyokong Rang Utldang-undang tersebut.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan C. Krishnan.

3.48 ptg.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian di dalam perbincangan suatu Akta untuk meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 1992.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucap syabas kepada Kementerian Sumber Manusia kerana Kementerian ini dapat membolehkan beberapa peruntukan Akta dikuatkuasakan mulai dripada lhb Januari, 1992.

Tuan Yang di-Pertua, cuma saya ingin memaklumkan kepada pegawai­pegawai di. Kementerian Sumber Manusia supaya mengambil perhatian terhadap kemalangan-kemalangan perusahaan yang berlaku di dalam industri kita ini. Saya difahamkan dua hingga tiga orang mati tiap-tiap hari di dalam kemalangan perusahaan di dalam negara kita ataupun menghadapi cedera di dalam kemalangan-kemalangan itu. Oleh sebab itu, Kementerian Sumber Manusia harus mengambil tindakan­tindakan terhadap pencegahan di dalam industri kita. Kita sedia maklum satu malapetaka telah berlaku di Bright Sparklers di Sungai Buluh di mana beberapa orang telah terkorban di dalam satu kemalangan perusahaan baru-baru ini di Sungai Buluh.

Saya tidak mahu perkara-perkara ini berlaku di- dalam negara kita. Kita sedia maklum, SOCSO telahpun ditubuhkan pada tahun 1969, sudah hampir 23 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, angka-angka kemalangan perusahaan 101

mengelirukan. Pada tahun 1989, kemalangan perusahaan ialah sebanyak 107,479. Mungkin saya tidak tahu angka-angka pada tahun 1990 dan 1991. Ini akan berubah lagi, mungkin meningkat lagi. Oleh sebab itu, saya menyeru kepada Timbalan Menteri supaya pegawai-pegawai di dalam Kementerian ambit tindakan-tindakan untuk mencegah kemalangan­kemalangan perusahaan berlaku.

Saya difahamkan di industri-industri elektronik ada beberapa pekerja­pekerja menjadi pekak ataupun separuh buta kerana ini adalah satu teknologi baru. Oleh sebab itu, bermaknanya

Page 49: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1239 3 JUN 1992 1240

SOCSO ini diberikan kepada orang yang sudah mati. Sebelum breadwinner, dengan izin, menjadi beban di dalam satu-satu kemalangan, Kementerian harus ambil tindakan untuk mencegah. Saya sungguh­sungguh berharap dan merayu kepada Kementerian supaya menitikberatkan mengenai pencegahan kemalangan perusahaan di dalam negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya kurang faham, kalau boleh saya minta Timbalan Menteri memberi penjelasan mengenai SOCSO yang dibayar kepada sektor awam. Saya kurang faham, kalau tidak saya merayu kepada Kementerian Sumber Manusia, pekerja-pekerja di sektor awam pun dapat faedah-faedah daripada SOCSO. Kalau tidak, saya harap Kementerian ini akan ambil perhatian tentang perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, pampasan ataupun pemberian SOCSO itu mengambil masa lebih kurang 3 hingga 6 bulan. Ada kes-kes yang lebih dari itu. Kalau boleh SOCSO rn1 mempercepatkan pembayarannya. Kita sedia maklum apabila seseorang jadi mangsa di dalam kemalangan, ia perlukan bantuan kewangan dan saya minta SOCSO itu kalau boleh mempercepatkannya. Macam di Bright Sparklers itu, beberapa agensi-agensi Kerajaan telahpun ambil tindakan cepat tetapi SOCSO itu, saya difahamkan sama ada benar atau tidak, ambil lebih kurang satu tahun untuk menjelaskan bayaran-bayaran SOCSO. Kalau bolch, kalau ini benar, saya harap di dalam kes-kes yang lain, Kementerian ini ambil kira tentang pembayaran ini supaya dibayar dengan secepat mungkin kepada mereka ataupun pekerja-pekerja yang mengalami kemalangan· ini.

Dengan kata-kata ini, Tuan Yang di­Pertua, saya menyokong suatu Akta untuk meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 1992. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Ding Seling.

3.54 ptg.

Tuan Ding Seling: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pckcrja (Pindaan) (No. 2) 1992.

Dalam menyokong Rang Undang­undang ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya sama ada Rang Undang­undang ini merangkumi pekerja­pekcrja dalam pembalakan. Kalau tidak ataupun kalau belum dirangkumi, kalau Rang Undang-undang ini belum diextendedkan, dengan izin, kepada pekerja-pekerja dalam pembalakan, saya ingin menyeru Kementerian berkenaan untuk mengambil langkah untuk menentukan mereka itu dirangkumi juga di bawah Rang Undang-undang ini.

Saya menyatakan demikian, Tuan Yang di-Pertua, kerana saya sendiri telah melihat beberapa kes accident ataupun kemalangan dalam akti vi ti pembalakan di mana orang-orang yang terkena kemalangan itu telah mati begitu sahaja dan pernah juga saya scbagai seorang individu bertanya dengan kcluarga yang berkenaan, tidak ada apa-apa lindungan bagi mereka selepas itu. Maksud saya, selepas simati itu meninggal, maka mati begitu sahajalah, tidak ada apa-apa pampasan daripada mana-mana pihak pun.

Mungkin, Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan satu keadaan di mana di tempat-tcmpat pedalaman, di situ tidak ada orang tahu menahu mengenai wujudnya Rang Undang-undang seperti ini ataupun oleh kerana keadaan di situ tidak ada yang mendedahkan pihak majikan ataupun di sebaliknya pihak pekerja.

Pada amnya, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh Rang Undang­undang ini kerana saya rasa inilah satu-

..

Page 50: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1241 3 JUN 1992 1242

satunya yang menunjukkan Kerajaan kita mengambil berat tentang pekerja­pekerja yang menghadapi beberapa risiko yang begitu berat dalam tugas­tugas mereka setiap hari dan juga inilah satu-satunya yang membuktikan bahawa Kerajaan kita adalah bersifat penyayang terhadap mereka yang menjadi nadi kepada aktiviti-aktiviti pembalakan ataupun tugas-tugas yang lain dalam negara kita.

Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh Rang Undang­undang ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Hajah Che Pora.

3.58 ptg.

Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua, kerana diberi peluang untuk sama-sama menyokong Usu! pindaan Rang Undang-undang Pembangunan Sumber .Manusia.

Cuma saya ingin menarik perhatian Kementerian yang berkenaan, adakah pihak Kementerian sedar penye­lewengan-penyelewengan yang dilaku­kan oleh pihak majikan terutaroa kilang-kilang yang tidak mendaftarkan pekerja-pekerjanya dengan SOCSO ataupun PERKESO.

Satu lagi say'a ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri iaitu beFkenaan dengan penyelewengan yang berlaku di kilang-kilang di Kedah yang diumumkan dalam suratkhabar baru-baru ini berkenaan dengan pihak majikan tidak mencarumkan wang­wang pekerja kepada KWSP. Adakah tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian ataupun adakah tindakan yang sewajarnya akan diambil ataupun sudah diam bil?

Satu perkara lagi, yang ingin saya menarik perhatian ialah adakah pihak Kementerian membuat satu usaha

untuk memberi maklumat ataupun penerangan kepada pekerja-pekerja supaya mereka tahu apa yang menjadi hak mereka sendiri. Apa yang patut mereka buat untuk diri mereka sendiri yang mana pihak Kementerian ataupun pihak Kerajaan menyediakan perlindungan-perlindungan dan berbagai skim untuk kebaikan pekerja kerana dari apa yang saya tahu, ada satu kilang di Sungai Petani yang tidak membuat sumbangan KWSP pekerjanya selama 4 tahun tetapi pihak­pihak pekerjanya tidak menyedari hal ini.

Kilang ini ialah QCB di Sungei Petani. Ini satu contoh yang saya dapat secara langsung daripada seorang pekerjanya. Tetapi saya difahamkan pihak-pihak pekerja tidak memahami yang mereka ini ada mempunyai potongan-potongan KWSP dan sepatutnya mempunyai surat ke­ahliannya. Jadi, saya harap pihak Kementerian mengambil langkah untuk mem beri penerangan-penerangan kepada pihak pekerja supaya pihak majikan tidak dapat menipu atau menyeleweng kerana mereka sedar apa yang patut dibuat.

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, saya menyokong Usul ini dengan harapan pihak pekerja akan dapat menikmati keadaan yang lebih baik untuk mereka.

Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

4.01 ptg.

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pcrtua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan mengenai Rang Undang-undang ini, iaitu Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Munisamy a/

Page 51: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1243 3 JUN 1992 1244

all Kuppan, Senator Tuan Saidin bin Mohamad, Senator Tuan C. Krishnan, Senator Tuan Ding Seling dan Senator Puan Rajah Che Pora binti Haji Omar.

Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan daripada Yang Berhormat Senator Munisamy a/I Kuppan mengenai sama ada pekerja yang bekerja selepas mencapai umur 55 tahun masih mendapat perlindungan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969-Senator berkenaan sekarang tidak ada di sini. Akta Keselamatan Sosial Pekerja, Tahun 1969 memperuntukkan dua skim ilisurans sosial itu, iaitu:

(1) Skim Insurans Bencana Pekerjaan untuk melindungi orang-orang berinsurans ter­hadap kejadian-kejadian luar jangka kemalangan perusahaan dan penyakit dan perkhidmat;

(2) Skim Pencen Ilat untuk melindungi orang-orang ber­insurans terhadap kejadian­kejadian luar jangka ilat dan kematian akibat dari sebarang sebab.

Di bawah Skim Pencen Ilat, perlindungan diberi sehingga pekerja itu mencapai umur 55 tahun sahaja. Waiau bagaimanapun, tidak ada had umur sedemikian di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan. Oleh itu, pekerja-pekerja yang bekerja dalam perusahaan yang layak diliputi di bawah Akta itu selepas mencapai umur 55 tahun masih mendapat perlindungan di bawah Akta Skim lnsurans Bencana Pekerjaan Akta itu.

Menjawab mengenai soalan daripada Yang Berhormat Tuan Munisamy a/I Kuppan juga sama ada caruman yang telah dibayar untuk seorang pekerja itu dikem bal i kan

kepada pekerja-pekerja itu jika tidak ada apa-apa tuntutan dibuat sehingga mencapai. umur 55 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 adalah berasaskan prinsip insurans sosial. Di bawah prinsip ini, jika tidak ada apa-apa kejadian Iuar jangka berlaku kepada pekerja itu, caruman yang telah dibayar untuknya tidak akan dikembalikan kepadanya.

Untuk makluman Ahli Yang Bcrhormat, kebanyakan pendapatan PERKESO datang dari caruman yang dipungut daripada majikan dan pekerja dan pulangan pelaburan. Pendapatan ini dimasukkan dalam Kumpulan Wang PERKESO; jika Kumpulan Wang PERKESO itu dapat memperbaiki lagi faedah-faedah yang sedia ada dan mcmperkenalkan faedah-faedah baru tanpa apa-apa kenaikan kepada kadar caruman yang sedia ada, atau jika perlu dinaikkan sedikit sahaja.

Mcnjawab soalan Yang Berhormat Tuan Saidin bin Mohamad mengenai sama ada faedah pengurusan mayat dibayar kepada pekerja, Tuan Yang di­Pertua, di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, faedah pengurusan mayat sebanyak $1,000 dibayar bagi perbelanjaan menge­bumikan orang berinsurans yang mati dalam keadaan-keadaan berikut:

(I) dalam masa orang berinsurans menerima faedah kehilangan upaya tanpa mengira umurnya;

(2) akibat bencana bekerja tanpa mengira umurnya;

(3) dalam masa orang berinsurans menerima pencen ilat tanpa mengira umurnya; dan

(4) semasa orang berinsurans belu!ll mencapai umur 55 tahun tetapi

Page 52: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

-------------------------------------

1245 3 JUN 1992 1246

telah memenuhi syarat ke­layakan caruman bagi tempoh kelayakan penuh atau tempoh kelayakan yang dikurangkan.

Ini bermakna, jika kematian itu berlaku dalam masa orang berinsurans \tu menerima faedah hilang upaya atau akibat bencana bekerja itu semasa menerima pencen ilat, faedah pengurusan mayat akan dibayar walaupun kematian itu berlaku selepas orang berinsurans itu mencapai umur 55 tahun.

Menjawab soalan Yang Berhormat Tuan Saidin bin Mohamad dan Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar mengenai majikan tidak mencarum dan tidak ada atau publisiti-publisiti yang kurang. Saya ingin menjawab, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa selalu dibuat siasatan pintu ke pintu menunjukkan majikan yang tidak mencarum adalah kurang daripada 10% jumlah yang dilawati. Hukuman adalah cukup. Dasar Kerajaan supaya pekerja awam tidak diliputi, publisiti dibuat dari semasa melalui media iaitu_ radio, TV dan akhbar dan jemputan-jemputan yang diberi oleh Kementerian saya.

Menjawab soalan Yang Berhormat Tuan C. Krishnan -adakah Jiputan PERKESO untuk pekerja sektor

- awam.Tuan Yang di-Pertua, ini boleh dipertimbangkan. Waiau bagai­manapun, pekerja-pekerja dalam badan-badan berkanun dan kuasa-kuasa tempatan yang tidak diliputi oleh Akta Pencen adalah diliputi oleh Akta PERKESO sehingga ke masa ini.

Menjawab soalan Yang Berhormat Tuan Ding Seling, adakah pembalakan, Akta ini yang "extended" di tempat mereka bekerja.Tuan Yang di-Pertua, ada peruntukan di dalam Akta ini. Seorang yang bekerja di mana-mana tempat yang mendapat gaji kurang daripada $2,000 diliputi dengan undang Akta PERKESO ini.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tel ah mengam bil bahagian dalam perbahasan mengenai Kementerian saya sebentat tadi. Suka saya memaklumkan bahawa perkara-perkara yang berbangkit dan tidak dapat saya jawab dalam Dewan yang mulia ini akan diambil perhatian dan serius oleh Kementerian Sumber Manusia.

Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawa­tankuasa.

(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dcngan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PEMBANGUNAN SUMBER

MANUSIA

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

4.10 ptg.

Timbalan Menteri Sumber Manusia (Dato' M. Mahalingam): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

Page 53: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1247 3 JUN 1992 1248

mencadangkan supaya satu Rang Undang-undang bernama Pemba­ngunan Somber Manusia 1992 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sedang mengalami perubahan struktur ekonomi dan dengan cepat memasuki era perindustrian yang pesat. Proses perubahan ini yang berterusan ke tahun-tahun 90an akan meningkatkan permintaan terhadap kemahiran teknikal peringkat tinggi, keupayaan pengurusan dan keusahawanannya scna peningkatan tahap pembangunan teknologi dan penggunaan modal. Di samping itu, prospek ekonomi Malaysia menampakkan pei:kembangan yang menggalakkan pada masa depan. Kadar pertumbuhan ekonomi negara mencapai 8.8% dalam tahun 1991 iaitu satu pencapaian yang mem be­rangsangkan di jangka dapat dikekalkan pada tahun ini kerana Keluaran Dalam Negara Kasar sebenar diramalkan mencapai pertumbuhan sebanyak 8.7%. Dalam pertumbuhan ekonomi yang pesat ini, Kerajaan sedar bahawa sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK di jangka bertambah daripada 27% pada tahun 1990 kepada 37% menjelang tahun 2000, men­jadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berorientasikan ind ustri dan semakin bergantung kepada eksport barangan pembuatan bagi pertumbuhan pendapatan dan guna­tenaga.

Oleh itu, sepanjang dekad 90an, Kerajaan yakin pengurusan pembangunan somber manusia akan menjadi lebih penting. Daya bersaing, daya pengeluaran, daya cipta dan keupayaan dalam pengurusan teknologi baru akan ditentukan oleh kualiti somber manusia. Maka, untuk menyokong dan menggalakkan proses pembangunan ini, Malaysia perlu mewujudkan tenaga kerja berdisiplin yang dilengkapi dengan asas kemahiran tinggi dalam bi dang kemah iran

perindustrian moden serta mempunyai budaya dan etika kerja positif. Hanya dengan ciri-ciri ini, tenaga kerja kita dapat membolehkan Malaysia sentiasa berada di hadapan dan mengekalkan daya saingannya dan dapat mencapai matlamat untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mencapai matlamat ini, Kementerian Somber Manusia memang sedar bahawa ia mempunyai tanggungjawab yang agak berat untuk memberi panduan dalam pembangunan somber manusia. Maka dengan ini, Ke­mentcrian Sutnber Manusia setelah mcmperbandingkan pendekatan­pendckatan yang diamalkan di negara­nega,ra seperti Taiwan, Korea Selatan, Jcpun, Jerman, Brazil dan Singapura tclah merumuskan bahawa pendekatan yang paling sesuai dalam pembangunan sumber manusia adalah dengan menubuhkan sebuah tabung yang digelarkan Kumpulan Wang Pem­bangunan Somber Manusia yang akan dikendalikan bersama oleh sektor swasta dan awam. Ini juga adalah selaras dcngan pensyarikatan Malaysia yang diamalkan selama ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kumpulan Wang yang dicadangkan ini terdiri terutamanya dari bayaran levi oleh majikan sebanyak 1 % dari jumlah bayaran gaji dan elaun tetap bulanan dan aktiviti utamanya adalah pem­biayaan program latihan kepada perusahaan perniagaan yang membuat sumbangan terhadap Kumpulan Wang.

Pcnubuhan Kumpulan Wang ini juga membantu proses pemindahan teknologi dan memberi jaminan kepada pckcrja-pekerja dari segi, dengan izin, job security and job flexibility, dalam menghadapi proses perubahan dalam job configuration, dengan izin, akibat perubahan teknologi. Melalui pendekatan tersebut akan melahirkan pekcrja-pekerja yang lebih fleksibel

"

Page 54: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1249 3 JUN 1992 1250

dari segi keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan teknologi baru, walaupun dalam keadaan ekonomi yang berubah-ubah. Melalui usaha-usaha latihan 101 adalah diharapkan bukan sahaja masalah kekurangan tenaga kerja mahir di pasaran buruh akan dapat diatasi, tetapi jug a mengurangkan amalan "memancing" atau job pinching, dengan izin, tenaga kerja mahir di antara perusahaan perniagaan di scktor swasta lebih-lebih lagi dalam kcadaan pasaran buruh yang ketat. Dalam jangka panjang pula, adalah diharapkan penubuhan Kumpulan Wang ini akan juga dapat mengembangkan satu budaya latihan di antara pcrusahaan­perusahaan perniagaan di sektor swasta.

Tuan Yang di-Pertua, dalam konsep baru yang dicadangkan, sektor swasta akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam memikul tanggungjawab untuk melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja mahir. Di samping itu Kerajaan juga akan tcrus memberi keutamaan kepada pembangunan sumber manusia dalam memperuntukkan belanjawan bagi maksud ini. Waiau bagaimanapun, Kerajaan berpendapat sudahlah sampai masanya bagi sektor swasta memainkan peranan yang sama penting dalam melatih pekerja-pekerja dalam bidang yang diperlukan oleh mereka. Scktor swasta perlu meningkatkan usaha latihan sendiri untuk menampung sistem latihan di institusi-institusi latihan awam yang hanya mampu memberi latihan yang broad based, dengan izin, dan tidak secara khusus mengikut keperluan sesebuah pe­rusahaan perniagaan sclaras dengan tahap teknologi yang digunakan. Penubuhan Kumpulan Wang di mana sebahagian daripadanya terdiri dari sumbangan mereka sendiri akan mewujudkan keadaan yang kompetitif di kalangan perusahaan perniagaan

untuk melaksanakan program-program latihan supaya tidak kehilangan peluang untuk menggunakan wang dari Kumpulan Wang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kumpulan Wang yang dicadangkan akan meng­gantikan Skim Potongan Dua Kali bagi Latihan yang diluluskan dan telah dirangkakan supaya pemakaiannya adalah lebih luas. Di peringkat permulaan Akta ini akan meliputi semua perusahaan perniagaan di sektor perkilangan yang mempunyai 50 pekerja ke atas yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, 1965 ataupun di bawah Akta Perkongsian 1961. Manakala Skim Potongan Dua Kali bagi latihan yang diluluskan di­kekalkan bagi perusahaan perniagaan yang mempunyai kurang dari 50 pekerja. Ini adalah kerana sektor perkilangan kini merupakan sektor utama dan mengalami perkembangan dan perusahaan teknologi yang pesat. Pemakaian Akta ini akan diperluaskan untuk meliputi lain-lain sektor ekonomi apabila didapati perlu melalui proses rundingan dan perbincangan.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya dengan penjelasan yang diberikan oleh saya setakat ini, Ahli-ahli Yang Berhormat dapat memahami falsafah dan konsep dalam penubuhan Kumpulan Wang Pembangunan Sum­ber Manusia. Dengan ini saya akan meneruskan ucapan saya untuk memberi penjelasan mengenai kandungan Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia, 1992. Rang Undang-undang yang di­maksudkan ini mengandungi 8 Bahagian.

Bahagian I menerangkan antara lain pcmakaian dan penguatkuasaan Akta dan Bahagian II pula adalah b·erkaitan dengan Levi Pembangunan Sumber Manusia sebanyak 1 % dari jumlah upah bulanan pekerja, yang akan dikenakan

Page 55: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1251 3 JUN 1992 1252

ke atas setiap majikan yang diliputi oleh Akta berkenaan. Menteri Sumber Manusia adalah juga diberi kuasa mengubah kadar ini dari masa kc semasa apabila difikirkan perlu.

Bahagian III menerangkan syarat­syarat kelayakan menerima bantuan dari Kumpulan Wang. Apabila sesebuah perusahaan perniagaan menjalankan Iatihan yang diluluskan oleh Majlis, sebahagian besar perbelanjaan yang terlibat boleh dituntut dari Kumpulan Wang mengikut kadar-kadar yang akan ditetapkan oleh Majlis. Salah satu daripada syarat kelayakan menerima bantuan daripada Kumpulan Wang tersebut ialah majikan hanya layak menerima bantuan setelah membuat bayaran selama 6 bulan berturut-turut kepada Kumpulan Wang serta tidak mempunyai tunggakan bayaran yang belum dijelaskan.

Bahagian IV ad al ah berkai tan dengan penubuhan dan penggunaan

· Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia. Aktiviti utamanya yang akan diberi tumpuan adalah untuk menggalak, membangun dan me­ningkatkan kemahiran pekerja-pekerja melalui program-program Hltihan oleh perusahaan perniagaan yang membuat sumbangan terhadap Kumpulan Wang. Tumpuan latihan adalah bagi kategori pekerjaan yang menghadapi keku­rangan bekalan dan kemahiran baru yang diperlukan oleh sesebuah perusahaan perniagaan. Kumpulan Wang ini akan juga meliputi jenis-jenis latihan semula dan latihan untuk mempertingkatkan kemahiran pekerja akibat dari proses perubahan teknologi atau untuk mempertingkatkan pro­duktiviti pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian V pula adalah berkaitan dengan pembentukan Majlis Pembangunan

Sumber Manusia iaitu suatu pertubuhan perbadanan yang menjadi Pemegang Amanah Kumpulan Wang.

Majlis akan berfungsi untuk:

(i) menilai dan menentukan bentuk serta kandungan Iatihan dan latihan semula mengikut keperluan industri;

(ii) memaju dan menggalakkan Latihan Sumber Manusia melalui Kumpulan Wang;

(iii) menentu dan menasihatkan Men teri mengenai syarat­syarat penggunaan Kumpulan Wang.

Untuk tujuan melaksanakan fungsinya, Majlis diberi kuasa untuk:

(i) mengutip apa-apa wang yang harus diterima oleh Kumpulan Wang;

(ii) menimbang serta melulus atau menolak permohonan untuk membiayai latihan dari majikan;

(iii) menetap dan meluluskan jumlah serta syarat-syarat bantuan kepada majikan untuk tujuan latihan;

(iv) menentukan jadual dan syarat pengeluaran wang kepada majikan;

(v) menentukan tempat serta institusi latihan;

(vi) meminda jumlah atau syarat bantuan;

(vii) mengurus atau menubuhkan kemudahan latihan;

(viii) mengurus, mengawal serta mengawasi pelaksanaan program-program latihan; dan

Page 56: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1253 3 JUN 1992 1254

(ix) menggalak dan melibatkan diri dalam usaha latihan secara sendirian atau bersama pihak majikan.

Tuan Yang di-Pertua, Majlis akan dianggotai oleh 14 orang Ahli yang dilantik oleh Menteri. Seramai 8 orang mewakili pihak majikan dan 4 orang mewakili pihak Kerajaan, sementara 2 orang lagi dari mana-mana pihak yang difikirkan perlu. Ini adalah selaras dengan permintaan sektor swasta untuk memperolehi perwakilan majoriti dalam Majlis. Seorang Pengerusi Majlis akan dilantik oleh Menteri dari kalangan wakil-wakil pihak swasta, juga mengikut permintaan sektor swasta. Pendekatan ini adalah selaras dengan hasrat sektor swasta agar satu Private-sector Driven Council, dengan izin, ditubuhkan.

Bahagian VI Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia menerangkan prosedur pelantikan agen perlaksanaan bagi menjalankan kewajipan-kewajipan Majlis di mana perlu, yang bertujuan untuk mengelakkan kelewatan dalam mana­mana urusan Majlis yang berpunca dari kerenah pentadbiran. Sebagai contoh, agen pelaksanaan ini boleh diberi tugas untuk memproses dan meluluskan permohonan-permohonan untuk pem­biayaan latihan. Bahagian ini juga mengandungi peruntukan-peruntukan yang sewajarnya bagi melindungi wang tabung disalahgunakan oleh agen pelaksanaan dan menetapkan penalti bagi kes-kes penyalahgunaan.

Bahagian VII pula menentukan peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 terpakai berkaitan dengan urusan akaun dan audit Majlis, manakala Bahagian VIII mengandungi peruntukan­peruntukan am berkaitan dengan

kesalahan-kesalahan oleh Pertubuhan Perbadanan, kuasa Menteri untuk membuat peraturan, arahan dan prosedur rayuan.

Tuan Yang di-Pertua,bagi mem­buktikan komitmen Kerajaan dalam membantu sektor swasta melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja­pekerjanya serta menjayakan pelak­sanaan Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk me­nyumbang dalam bentuk geran penyama atas nisbah 1: 1 berdasarkan kiraan bagi satu tahun sahaja iaitu kira­kira $48.9 juta. Sumbangan ini akan diagihkan kepada 3 tahun iaitu sebanyak $16.3 juta setahun akan diberikan kepada Majlis bagi tempoh 3 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan persaingan antarabangsa yang hebat, daya hidup dan kemajuan berterusan, industri-industri ber­gantung kepada kemampuan untuk melaksanakan penyesuaian struktur dan perubahan teknologi. Dalam mencapai keadaan tersebut, usaha memper­tingkatkan kemahiran dan latihan semula pekerja sektor swasta melalui latihan merupakan usaha yang kritikal untuk melahirkan tenaga pekerja yang tinggi tahap kemahirannya serta fizikal dari segi keupayaan untuk mem­pertingkatkan produktiviti yang tinggi dan menghadapi perubahan teknologi dan ekonomi yang berubah-ubah. Penubuhan Ku~pulan Wang dan Majlis Pembangunan Sumber Manusia yang dicadangkan merupai jentera untuk melaksanakan Skim Insentif Latihan untuk mencapai matlamat tersebut dan juga mencapai matlamat untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Page 57: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1255 3 JUN 1992 1256

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk mengadaka.n peruntukan bagi pe­ngenaan dan pemungutan levi pembangunan sumber manusia bagi maksud menggalakkan latihan pekerja, penubuhan Majlis Pembangunan Sumber Manusia dan Kumpulan Wang dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri.

4.29 ptg.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Kementerian Sumber Manusia yang telah membawa rang undang-undang berkenaan dengan soal sumber manusia ini. Dan memang sebenarnya seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi memang kena pada masa dan ketikanya untuk kita mengadakan satu Akta yang se­demikian rupa. Cuma saya memberi pandangan sedikit dua tiga perkara yang mana kalau boleh diambil kira di masa-masa yang akan datang kalau tidak sempat sekarang.,

Yang pertama berkenaan Jadual I, syarikat yang dimaksudkan ialah syarikat yang mempunyai pekerja 50 atau lebih. Betul Yang Berhormat ya?

Dato' M. Mahalingam: Ya.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jadi pada pandangan saya oleh kerana kita hendak melindungi

pekerja-pekerja dan memang tidak boleh dinafikan bahawa kadangkala majikan ini menggunakan berbagai taktik tetapi sah daripada segi undang­undang untuk mengelak daripada menyertai skim seperti ini.

Kepada saya, kalau maknanya sesetengah majikan boleh tidak bayar SOCSO, boleh tidak bayar KWSP, sudah tentu juga dia akan memikirkan cara untuk mengelakkan diri daripada terbabi t dalam skim ini. Sebagai contoh, kalau disyaratkan kepada syarikat yang mempunyai pekerja 50, mungkin syarikat saya ambil 49 orang sahaja. Ini bermakna saya terlepas, walhal syarikat yang 49 orang itu juga bolch membuat kerja yang sama dengan syarikat yang mempunyai pekerja 50 orang, tetapi untuk mengelak saya daripada mengambil bahagian dalam skim ini kerana tidak mahu kena levi 1 %, maka saya ambil 49 orang. Jadi, kerana satu orang sahaja saya terlepas sebab saya punyai pekerja 49 orang. Jadi pekerja-pekerja syarikat saya tidak akan mendapat nikmat daripada Undang-undang Pem­bangunan Sumber Manusia ini.

Sebab itu saya mencadangkan, kalau kita bercakap tentang industri, kalau kita tahu iaitu bahawa satu syarikat dengan 10 orang pekerja tidak mungkin boleh menjalankan perniagaan ini, maka kita letak dalam Jadual Satu dikenakan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai tidak kurang daripada 10 orang pekerja. Dengan cara itu majikan memang tidak boleh tipu, sebab dia tahu dengan 10 orang memang tidak boleh membuat kerja, tetapi kalau 50 itu jumlah besar, sebab dengan 48 orang, 49 orang-kerja yang syarikat ada 50 orang itupun boleh diteruskan. Jadi, sebab itu saya minta supaya untuk mengelak daripada mana­mana majikan untuk tidak mengambil bahagian dengan cara mengadakan pekerja hanya 49 orang sahaja, maka saya kalau boleh mencadangkan iaitu

Page 58: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1257 3 JUN 1992 1258

kita fikirkan jumlah yang lebih rcndah dan dikenakan kepada syarikat yang mempunyai sama ada 20 pekerja ataupun 25, tidak 50. Kerana saya fikir jumlah itu adalah besar, dan mungkin syarikat-syarikat boleh mengelak daripada mengambil bahagian dalam skim ini dengan mengadakan hanya cukup 49 orang sahaja untuk bekcrja dalam syarikat itu.

Kedua, levi-levi 1 % ini hendak dikenakan kepada syarikat berasaskan kepada I% daripada jumlah upahan yang dibayarkan kepada pekerja pada satu bulan. Saya sekali lagi kerana hendak menjaga kebajikan pekcrja­pekerja, apakah tidak boleh 1 % lcvi ini, ukurannya jangan kepada gaji atau upahan pekerja. Sebab, kalau kita buat 1 % daripada gaji ataupun upahan pekerja, majikan sekali lagi, untuk tidak mahu membayar lebih dalam soal levi kepada Kerajaan ini, maka dia boleh rendahkan bayaran gaji dan upah kepada pekerja. Sekali lagi bcrmakna bahawa pekerja yang akan mcnjadi mangsa. Apa tidak kalau 1 % ini, ukurannya itu jangan diambil pada gaji pekerja, kita kata 1 % daripada jumlah nilai pengeluaran bulanan syarikat itu. Ataupun keuntungan syarikat itu. Jadi, tidaklah maknanya majikan itu boleh menganiayakan pekerja-pekerjanya. Sebab kalau kita kata 1 % daripada upahan bulanan pekerja, sudah tentu majikan yang tidak mahu membayar levi yang lebih kepada Kerajaan akan kurangkan gaji pekerja. Jadi, sekali lagi pekerja yang menjadi mangsa kepada apa yang dikatakan "permainan" olch majikan-majikan.

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)

Bukanlah maksud saya, iaitu bahawa majikan ini semua jahat. Tidak. Tetapi sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Che Pora scbcntar tadi, memang ada majikan yang walaupun undang-undang ada, kena

bayar KWSP, tetapi dia tidak bayar. Ada majikan yang seperti ini. Jadi, kita harus lindungi pekerja-pekerja. Jangan kita benarkan mereka ini dieks­ploitasikan oleh majikan-majikan. Sebab itu saya minta kalau boleh iaitu ukuran itu jangan kepada upahan atau gaji bulanan pekerja, biar ukuran itu kepada jumlah nilai pengeluaran bulanan ataupun kepada keuntungan tahunan ataupun bulanan. Itu lebih baik. Jadi, selain daripada gaji ataupun upah pekerja, maka majikan tidak boleh hendak mengeksploitasikan pekerja-pekerja ini.

Yang terakhir dan yang ketiga, saya ingin memberi pandangan, Yang Berhormat sebut sebentar tadi iaitu bahawa kejayaan di dalam- perniagaan ataupun kejayaan syarikat ataupun sihatnya negara ini banyak bergantung kepada tripartite, iaitu golongan pekcrja, Kerajaan dan majikan. Ini suatu pernyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Jadi, saya kira kita semua terima hakikat ini bahawa untuk memastikan kejayaan negara kita daripada segi perniagaan ekonomi dan semuanya, majikan, pckerja dan juga Kerajaan mesti duduk bersama membincang tentang masalah kita bersama. Tetapi saya rasa macam Kementerian tidak menepati iaitu kewujudan hubungan tripartite ini, kcrana saya tengok dalam Council yang hendak dilantik Yang Berhormat sebut daripada 12 tadi, 8 daripada majikan, 4 daripada sektor awam dan 2-yang akan dilantik daripada perlantikan Menteri. Apakah pekerja tidak penting untuk didengarkan pandangan mereka. Kita bercakap tentang sumber manusia, kita bercakap tentang pekerja dan apa yang hendak dilakukan terhadap pekerja dan sumber manausia ini·hanya diputuskan oleh sektor awam dan majikan sahaja. Jadi, mengapa tidak ada wakil daripada pihak pekerja untuk mcrcka memberi pandangan berkenaan dengan apa yang perlu dilakukan. Schab mereka itu pekerja dan mereka

Page 59: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1259 3 JUN 1992 1260

tAhu apa yang harus dilakukan terhadap diri mereka untuk memajukan lagi pengeluaran barangan dan Iain-lain.

Jadi, sebab itu saya kata, oleh kerana kita telah mengiktiraf betapa pentingnya tripartite agreement ini di antara majikan, Kerajaan dan juga pekerja, maka saya mahu supaya ini dicerminkan di dalam Council yang hendak diwujudkan di bawah Rang Undang-undang yang sedang diperbahaskan ini. Dan sekiranya pihak Yang Berhormat bersetuju untuk menerima cadangan saya, iaitu bahawa kita juga Ietak di dalam Council ini wakil pekerja, saya minta syarat pula dikeluarkan, iaitu wakil-wakil pekerja ini biarlah orang yang betul apolitical, dengan izin-, sebab saya tidak mahu wakil-wakil pekerja ini dia mempunyai warna parti-parti politik yang boleh mempolitikkan suasana, bukan dia dapat memajukan negara kita, malah dia akan menyekat kemajuan kita.

Jadi, Yang Berhormat, saya harap, kalau cadangan itu diterima-saya tengok ada juga syarat siapa yang boleh menjadi ahli Majlis, di dalam Jadual Kedua. Maksud di dalam Jadual Kedua ini bukan sahaja orang yang bankrap, gila ataupun yang telah diconvict sahaja yang tidak boleh menjadi Ahli Majlis, tetapi orang yang terlibat dengan mana-mana parti politik­bukan dengan parti pol itik Pembangkang sahaja, Kerajaan pun tidak boleh. Bermakna-parti politik sahaja-tidak boleh, sama ada dia wakil rakyat parti itu ataupun dia jawatankuasa tertinggi parti atau apakah, dia tidak boleh. Sebab kita tidak mahu soal-soal politik itu di masukkan di dalam soal Sumber Manusia ini.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja pandangan saya berkenaan dengan Rang Undang-undang ini, maka dengan

itu saya menyatakan sokongan saya kepada' Rang Undang-undang .Pem­bangunan Sumber Manusia tahun 1992. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan C. Krishnan.

4.40 ptg.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun untuk menyertai dalam perbahasan Rang Undang­undang Pembangunan Sumber Manusia 1992.

Tuan Yang di-Pertua, daripada huraian Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia, saya faham Rang Undang-undang ini bertujuan untuk mendirikan kumpulanwang dan menubuhkan Majlis Pembangunan Sumber Manusia, daripada itu kita boleh dapat faedah pemindahan teknologi dan daripada itu Iatihan budaya dan melahirkan satu pekerja yang mahir dan swasta terlibat di dalam lalihan dan pemindahan teknologi ini. .

Saya sungguh-sungguh mengalu­alukan Akta ini kerana daripada Akta ini kita boleh mendirikan satu golongan pekcrja yang mahir sambil kita menghadapi Wawasan 2020. Cuma satu, dua perkara sahaja yang saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana ini ada kekeliruan mengenai levinya yang 1 %. Fasal 3 bertujuan me­ngenakan ke atas seseorang Majikan suatu levi sebanyak 1 % daripada upah tiap-tiap seorang pekerjanya dalam mana-mana bulan. Sub-Fasal (2) memberi kuasa kepada Menteri melalui pcrintah yang disiarkan dalam Warta untuk mengurangkan atau menaikkan kadar levi dan sub-fasal (3) memperuntukkan penalti bagi ke­gagalan untuk membayar levi.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta sejauh mana kekeliruan harap tidak akan berlaku pada masa-masa akan

..

Page 60: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1261 3 JUN 1992 1262

datang.lnterpretasi itu akan memberi kekeliruan yang banyak, oleh sebab itu saya merayu kepada Menteri Sumber Manusia supaya diadakan satu kaedah mengenai levi di mana sekirahya tidak ada bayaran, sekiranya ada kegagalan mungkin mereka akan didenda. Oleh sebab itu saya minta Kementerian Sumber Manusia mengadakan satu kaedah bagi pendaftaran dan juga kalau sekiranya ada pembayaran lewat levi itu bagaimanakah perkara-perkara yang timbul dari segi pelaksanaan Akta ini dapat diatasi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dan satu lagi, kuasa untuk Mcnteri mengecualikan sepenuhnya atau sebahagiannya mana-mana majikan atau golongan majikan daripada pembayaran levi. Ini saya kurang faham, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mempertikaikan kuasa Menteri itu, Menteri memang daripada Kerajaan Barisan Nasional, segala kegiatan atau keputusan beliau sentiasa munasabah. Tetapi saya minta apa sebab kita adakan, kita sudah kata 50 pekerja kc atas harus membayar levi 1 %. Dan di sini apa sebab kita beri kuasa untuk Menteri mengecualikan majikan­majikan atau golongan majikan daripada pembayaran levi. Saya sungguh keliru, Tuan Yang di-Pertua. Kita katakan seperti rakan sejawat saya Tuan Haji Mohamed Nazri katakan, kalau ada majikan yang mengadakan 49 pekerja sahaja untuk mengelakkan daripada Akta ini, dia tidak perlu bayar 1 % levi untuk tabung ini. Tetapi di sini kalau sekiranya ada 50 ke atas, Menteri boleh mengecualikan.Ini mungkin ada pilih kasih. ltu saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya tidak ada kekeliruan. Saya ingin dapat satu penjelasan yang penuh daripada Timbalan Menteri, yang 50 ke atas itu apakah sebabnya Kementerian Sumber Manusia menetapkan di mana levinya akan dihadkan sampai 50 pekerja sahaja, apa sebabnya, mungkin ada sebab-sebab

yang tertentu. Mungkin ini banyak daripada luar negeri datang ke sini untuk melabur, mungkin pada masa sekarang pun, sebelum Akta inipun, pernah berlaku, seperti Matsushita menghantarkan ke luar negeri, adakah betul transfer of technology ada berlaku di situ, saya ingin tahu.

Tuan Yang di-Pertua, heavy industry sudah ada di sini, kalau mereka hendak mengambil balik ke negara mereka pun tidak boleh. Hendak balik ke Londonkah heavy industry itu, macam Lever Brothers -tidak boleh. Mungkin sebclum Akta ini mereka telah menjalankan latihan-latihannya tetapi cuma saya minta penjelasan daripada Timbalan Menteri supaya benar-benar transfer of technology harus berlaku, jangan pekerja-pekerja kita ini dihantar ke luar negeri hanya untuk bayang­bayang sahaja, kalau boleh benar-benar transfer of technology harus berlaku supaya kita boleh tampil ke hadapan ke Wawasan 2020.

Timbalan Yang di-Pertua: Macam mana pula cerita 50 atas tadi?

Tuan C. Krishnan: 50 atas?

Timbalan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan C. Krishnan: Oleh sebab itu, saya ingin penjelasan daripada Timbalan Menteri macam mana kita punya cottage industry yang kurang daripada 50% itu adakah tabung yang lain untuk menolong mereka, saya minta penjelasan daripada beliau supaya jangan salah interpretasi. Kalau salah, ada peguam-peguam yang hanya menunggu sahaja hendak inter­pretasikan dengari alasan-alasan itu di dalam mahkamah-mahkamah. Kita sudah tahu perkara itu, kawan saya Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri pun sudah tahu. Oleh sebab itu, kalau boleh senaraikan industri-industri

Page 61: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1263 3 JUN 1992 1264

~lu yang 50 ke atas itu, kita katakan mungkin heavy industries, electronic industries, ini sangat menyeluruh, Tuan Yang di-Pertua.Kalau boleh saya minta Timbalan Menteri Sumber Manusia supaya senaraikan industri-industri yang benar-benar terlibat di dalam Akta ini.

Cuma satu sahaja yang saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua, mengenai perlantikan Majlis itu, 8 daripada pihak majikan, 4 daripada Kerajaan, 2 itu dari mana? Kalau bolch jangan lantik daripada kesatuan. Saya menyeru pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja di dalam negara kita ini, dia selalu hendak menyalahkan Kerajaan sahaja. Apabila kita hantar dia pergi kc ILO, dia memburuk-burukkan Kerajaan kita, di mana-mana mesyuarat antarabangsa dia pergi pun, mereka daripada kesatuan-kesatuan swasta itu tidak bertanggungjawab. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila melantik seseorang di dalam lembaganya, khasnya di dalam Majlis ini.

Baru-baru ini Kongres Kesatuan Sekerja · Malaysia (MTUC) ada menyoalkan mengenai lantikan atau komposisi rombongan Kerajaan ke conference Pertubuhan B uruh Antarabangsa. Saya ingin mem­bangkitkan satu atau dua perkara berkenaan MTUC. Setiausaha Agung MTUC adalah Ahli Parlimen Puchung dan baru-baru ini mendakwa bahawa ada penyelewengan pemberian saham Telekom. Tetapi beliau ialah orang yang terlibat dalam penipuan.

Saya ada buktinya, Tuan Yang di­Pertua, dalam negeri 101 dan menyalahgunakan kuasa sebagai Setiausaha Agung MTUC. Saya beri contoh seperti berikut. Melalui surat bertarikh lhb Jun, 1989 dan 4hb Januari, 1990, Acting Secretary­General MTUC, Encik Rajasegaran sebagai Setiausaha Agung (Pemangku) minta bantuan daripada Japan Institute

of Labour untuk membeli komputer, termasuk hardware dan software untuk kegunaan MTUC sendiri.Japan Institute of Labour melalui order bertarikh 17hb Oktober, 1990 telah minta United Computer House, Klang untuk membekalkan komputer yang dikehenda~i oleh MTUC dan mengarah pembekal tersebut hantar barang tersebut kepada Yang Berhormat Dr. V. David, Setiausaha Agung MTUC.

Saya difahamkan Yang Berhormat Dr. V. David telah menerima komputer-komputer yang dibekalkan kepada MTUC, tetapi komputer­komputer tersebut tidak dipasang di mana-mana pejabat MTUC. Saya difahamkan komputer-komputer terscbut telah pada 22hb November, 1990 di pasang di Workers Institute of Technology yang ditajakan oleh Kesatuan Pekerja-pekerja Pen­gangkutan (Transport Workers Union). Pcnyclcwcngan telahpun terbongkar dan banyak pihak telah minta pcnjclasan daripada beliau, tetapi Yang Berhormat Dr V. David enggan mengulas atau memberi penjelasan hingga hari ini. Bersama-sama saya ada surat-surat yang ditulis oleh pihak MTUC kepada Japan Institute of Labour. Inilah penyelewengan seorang pemimpin kesatuan yang selalu mengatakan dialah yang menjadi pemimpin agung yang menuntut untuk pekerja-pckerja. Dia tidak seorang pemandu pun boleh jadi Setiausaha Agung kepada Transport Workers Union. Dia yang mengatakan ini salah, itu salah, Kerajaan salah, MIC salah, tetapi dia sendiri telah dapat barang­barang yang dituntut oleh MTUC untuk kegunaan MTUC, tetapi telah salahgunakan. Beliau telah menyorok barang-barang itu di Workers' Institute.

Tuan Ding Seling: (Bangun)

Timbalan Yang di·Pertua: Yang Bcrhormat Tuan Krishnan, ada yang mcminta penjelasan, Tuan Ding Seling.

Page 62: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1265 3 JUN 1992 1266

Tuan C. Krishnan: Ya, sila.

Tuan Ding Seling: Terima kasih.Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali ingin saya katakan juga saya bukanlah kawan Yang Berhormat M. David, saya belum pernah jumpa dia. Tetapi apa yang saya ingin katakan di sini ialah bukan semua pemimpin pekerja itu telah menyalahgunakan kedudukan mereka, seperti M. David. Jadi saya ingin minta penjelasan .....

Timbalan Yang di-Pertua: V. David!

Tuan Ding Seling: V. David, maaf. Jadi saya ingin minta penjelasan kenapakah Yang Berhormat mcmbawa kes beliau di sini?

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, macam lawyer pun ada lawyer yang baik seperti Yang Berhormat Tuan Haji Nazri (Ketawa), tctapi ada pemimpin ....

Timbalan Yang di-Pertua: Itu contoh lawyer yang baik. Apa pula contoh lawyer yang tak baik?

Tuan C. Krishnan: Timbalan Speaker Dewan Senate pun ada yang baik, macam Tuan Timbalan Speaker.(Ketawa) Tetapi ini dikatakan seorang Senator tidak baik, bukan semua Senator bersalah. Saya katakan pemimpin Setiausaha Agung MTUC salahgunakan kuasa. Presiden CUEPACS kita baik, orang nombor satu. Saya hendak timbulkan perkara ini kerana mungkin Menteri Sumber Manusia akan melantik pemimpin­pemimpin kesatuan di dalam Majlis ini. Saya cuma ingin bawa perhatian Dewan yang mulia ini, ada orang yang tidak kena-mengena dengan .....

Tuan Rahim bin Baba: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Krishnan, ada yang hendak minta penjelasan, boleh ya? Tuan Rahim Baba, sila.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Senator Krishnan, apakah Yang Berhormat ingin menyarankan kepada Kementerian supaya V. David tidak dilantik di dalam Majlis Perundingan ini?

Tuan C. Krishnan: Saya minta saudara V. David jangan dilantik. Saya m inta Pendaftar Kesatuan membuat satu siasatan terperinci mengenai kes ini. Saya minta Timbalan Menteri kalau boleh laporkan di sini besok, tetapi tak bolehlah, dia kena ·diberi masa, kalau boleh melalui akhbar. Inilah pemimpin­pemimpin yang mengatakan Kerajaan salah. Dia pergi ke luar negeri. Scseorang mesti sayang kepada negara, mesti ada satu konsep kebangsaan; cakap satu buat satu, sini duduk, sini terima. Kutipan-kutipan daripada ahli­ahli kesatuan, dia terima sini. Tetapi pergi kc luar negeri jumpa Mat Salleh, dia cakap, ini negeri tidak baik, itu tidak. baik, ini tidak baik. Pemimpin scmacam ini hams kita bongkarkan di dalam Dewan yang mulia ini. Oleh sebab itu, saya minta kalau boleh Kerajaan berwaspada dan Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pendaftar Kesatuan ini buat siasatan mengenai kesatuan-kesatuan ini.

Satu lagi, Tuan Yang di-Pertua. Say a tidak faham, kalau boleh pindakan undang-undang. Seorang tidak menjadi penoreh getah boleh jadi Setiausaha Agung NUPW, ber­maharajalela. Gaji dia belum tahu. Gaji Perdana Menteri kita sudah tahu. Berapa gaji dia, kita tidak tahu. Tanya dalam Dewan Rakyat, Yang Berhormat dari Bayan Barn tidak mahu beritahu. Inilah kita kena buat siasatan. Dia

Page 63: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1267 3 JUN 1992 1268

tamplt di hadapan orang ramai mengatakan dialah orang yang bersih sangat, itu tidak ada apa-apa, tetapi di belakang mereka buat bermacam­macam.

Ada banyak kes, Tuan Yang di­Pertua, saya hendak rujukkan. Saya boleh beri bukti-bukti itu dan buktinya banyak. Permit Penerbitan Malaysia, ini Kementerian Dalam Negeri ada beri permit tetapi dia gunakan permit itu seperti Majlis Malam Perpaduan Pekerja-Pekerja Malaysia (Cawangan Selangor), satu meja $2,500 hingga hari ini tidak ada akaun. Apabila Majlis minta, tidak"ada akaun. Saya ada miniL semua ini. Kalau boJeh, kita hams beri satu kuasa kepada Pendaftar Kesatuan supaya mereka membuat siasatan mengenai kesatuan-kesatuan yang tidak bertanggungjawab .....

Tuan Dahalan bin Haji Embun: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Krishnan, Tuan Dahalan minta penjelasan.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Daripada ucapan tadi jelas 'sekali bahawa ramai pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja ini bukan daripada golongan penyokong Kerajaan, tetapi ramai daripada Pembangkang, disebut tadi V. David. Jadi adakah bermakna bahawa daripada pihak pemimpin­pemimpin penyokong Kerajaan ini, seperti Yang Berhormat Tuan C. Krishnan ini tidak minat untuk hendak membela kaum pekerja ataupun tak laku di kalangan mereka, mengapakah ini?

Tuan C. Krishnan: Ini senang.Yang Berhormat Tuan Haji Nazri sudah cakap, kalau mahu jadi Ahli Parlimen jangan pegang jawatan di dalam kesatuan, jangan beri, kita pinda undang-undang.Ini Kerajaan

Barisan Nasional, kita ada 2/3 majoriti. Semangat 46kah, PASkah, DAPkah, cabar lagi satu kali, kita boleh menang lebih kerusi. Kita akan menggubal undang-undang. Kita adalah untuk rakyat, kepentingan rakyat. Kita benar­benar ' berjuang untuk rakyat. Pemimpin-pemimpin kesatuan itu yang tidak memandu kereta boleh jadi Setiausaha Agung kepada Transport Workers Union, macam mana dia tahu betapa susahnya, hujan-panas dia tahukah, duduk dalam bilik air-con.

Sctiausaha Agung NUPW 30 tahun, bolchkah dia tahu berapa susah penoreh gctah itu, mereka bangun pagi, nyamuklah, ularlah, ( Ketawa), tetapi dia duduk di mana? Duduk bilik air­cond. Dia mahu menggubal undang­undang dalam bilik air-cond! Kita harus pinda undang-undang supaya janganlah kita adakan pemimpin­pcmimpin yang palsu yang kita boleh katakan pemimpin-pemimpin di MTUC itu sentiasa memburuk-burukkan. kita sehingga International Metal Workers Federations telahpun diberitahu sejauh mana kita tidak boleh ambil bahagian di dalam ILO kerana kita tidak iktirafkan union peringkat kebangsaan unluk pihak-pihak pekerja-pekerja elcktronik.

Dia mengatakan kita memberitahu mercka supaya boleh adakan in-house union, dia tidak mahu menerima. Alasan itu katanya, ini kita tidak dcmokratik. Dia hendak bincang dcmokrasi boleh bincang demokrasi. Saya pun baru balik dari Amerika Syarikat, macam mana orang kulit hitam macam saya, saya hitam manislah (Ketawa) ditindas oleh pihak­pihak orang kulit putih. Kita sudah tahu apa berlaku di Los Angeles. lni negara 'best' saya boleh katakan, kita · ada banyak warna, banyak kulit, banyak agama, banyak rupa, gemuk semua, (K etawa) tetapi kita bersatu-padu. Kita

Page 64: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1269 3 JUN 1992 1270

tahu dan kita sedar bahawa kita harus bersatu-padu demi kestabilan dan demi kepentingan ekonomi negara, kes­tabilan politik negara, tetapi mereka yang pergi ke luar negeri itu mcrcka harus tahu cara macam mana orang­orang di sana menjalankan politik.

Di negara India dikatakan cradle of democracy, tidak benar. Di sana itu, macam mana orang yang ditindas oleh pihak-pihak atau puak-puak ber­kenaan? Itu saya tidak mahu huraikan di sini. Cuma saya ingin tahu di Dewan yang mulia ini apabila kita hendak lantik seseorang daripada kcsatuan itu, berwaspadalah tentang kcgiatan­kegiatan mereka kerana mcreka sentiasa berjuang. Mereka adalah satu golongan yang sentiasa menuntut untuk kebajikan pekerja-pekerja. Ini tidak benar. Kerajaan kitalah yang mem­bawakan Rang Undang-undang ini, Kerajaan kita benar-benar bcr­tanggungjawab. Mereka ini tidak menjaga, kalau orang sudah mendapat kemalangan, dia tidak boleh bekerja, duduk di rumah, dia tidak kira, fasal dia tidak bayar yuran. Orang yang very healthy person, dia sukalah fasal dia boleh bekerja, dia boleh bayar yuran, tetapi orang yang sudah tidak mampu bekerja, tidak boleh bayar yuran, dia tidak kira, tetapi Kerajaan kira. Kerajaan Barisan Nasional kira. Sebab itu ia bawakan SOCSO dan backdate, bukan macam parti-parti yang lain, cakap satu buat satu. Kerajaan Barisan Nasional benar-benar sayang kepada penduduk-penduduk, warganegaranya.

Tuan Yang di-Pertua, mungkin saya di sini sentuh kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri apabila melaksanakan Undang-undang ini jangan kita adakan kckel i ruan­kekeliruan. Kekeliruan-kekeliruan itu mungkin akan disalah intepretasikan oleh pihak-pihak tertentu. Oleh scbab itu, saya minta Yang Bcrhormat

Menteri memberitahu Dewan yang mulia ini sebab apa Menteri ada pengecualian, macam mana berlaku kegagalan? Saya difahamkan dia sudah membayar denda $5000, dia kena pergi jel, tetapi jangan kita ada membuat kesalahan, atau loophole di dalam Undang-undang ini.

Dengan kata-kata ini, Tuan Yang di­Pertua, saya menyokong penuh Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia 1990. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Tuan Ding Seling.

5.05 ptg.

Tuan Ding Seling: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian dan menyokong suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan levi pembangunan sumber manusia bagi maksud menggalakkan latihan pekerja­pekerj a penubuhan Majlis Pem­bangunan Sumber Manusia dan kumpulan wang yang diberi perkara­perkara yang bcrkaitan dengannya.

Terutama sckali, Tuan Yang di­Pcrtua, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian berkenaan oleh kerana telah me­mikirkan dan telah menggubal Rang Undang-undang ini serta menge­mukakan kepada Dewan kita yang mulia ini untuk dibincangkan. Saya rasa inilah satu-satunya Rang Undang­undang yang bolch kita katakan membawa kita ke satu langkah yang begitu positif ke arah apa yang telah divisikan sebagai tahap yang kita akan capaikan tahun 2020.

Bagaimanapun, Tuan Yang di­Pcrtua, saya ada sedikit-sebanyak hcndak mengemukakan pandangan sama juga seperti mereka iaitu Ahli­ahli Yang Berhormat yang telah mengatakan tadi, pertama sekali ialah

Page 65: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1271 3 JUN 1992 1272

mengenai levi. Levi yang dikenakan I% berdasarkan kumpulan gaji ini saya rasa adalah mungkin susah dilaksanakan. Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri tadi telah menyatakan bagaimana ini boleh terjadi.

Jadi, oleh yang demikian, saya ingin cadangkan dan sarankan sama ada levi ini boleh didasarkan kepada beberapa kriteria. Yang pertama ialah bolehkah satu daripada kriterianya berdasarkan kepada modal yang dibayar, dengan izin, based on paid-up capital bagi sesuatu syarikat itu?

Yang kedua, apakah, dengan izin, "skill-mix", yang dikenakan oleh kilang itu ataupun syarikat itu sama ada syarikat itu adalah satu-satunya yang begitu canggih dengan membina alat­alat seperti radio, television dan sebagainya ataupun satu-satunya yang hanya memproseskan bahan-bahan tempatan untuk eksport dan sebagainya. Jadi, dengan menggunakan tahap seperti itu saya rasa kita bolehlah mengenalpastikan sama ada benar­benar kita perlu mengenakan levi kita kepada sesuatu syarikat itu ataupun tidak oleh kerana setiap syarikat itu kita juga ingin kenalpastikan apakah benar-benar kita memerlukan "skill­mix" dalam sesuatu peringkat sama ada kita ada kebolehan untuk melatih ataupun di sebaliknya. Saya rasa kalaulah dalam pendapat dan pandangan saya dalam Akta ini nampaknya tumpuan adalah kepada kilang-kilang ataupun syarikat-syarikat yang agak canggih yang lcbih sophisticated, dengan izin.

Jadi, dengan itu nampaknya kita juga mementingkan syarikat-syarikat yang sedia ada dan kebanyakan syarikat-syarikat ini dalam sejarah yang lampau adalah kepunyaan orang­orang luar. Jadi, nampaknya penegasan kita itu adalah untuk melatihkan pekerja-pekerja bagi syarikat-syarikat kepunyaan orang luar.

Kalau ini benar, Tuan Yang di­Pcrtua, saya rasa penegasan kita agak kurang elok sedikit bagi kebaikan negara kita. Jadi saya sarankan bagaimana kalau kita lihat dari segi aspek lain iaitu syarikat-syarikat yang agak tidak canggih dari segi pemprosesan, yang disebut oleh Yang Berhormat Tuan C. Krishnan tadi, iaitu syarikat-syarikat yang memproseskan bahan-bahan tempatan sama ada di luar bandar atau sebagainya. Dengan itu kita bolehlah bukan sahaja melatih orang-orang kita, tetapi juga memberi pcnegasan kepada orang-orang kita, iaitu syarikat-syarikat tempatan supaya mercka bcnar-benar diberi latihan agar mcningkatkan kebolehan mereka dalam syarikat ataupun industri-industri mcrcka sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi pandangan saya ialah mengenai levi tadi, nampaknya kita tidak menyatakan dalam Rang Undailg-undang ini mcngenai time factor, dengan izin, yang mana levi itu boleh dipungut, walaupun kriteria bila mereka itu boleh mcnikmati bantuan dinyatakan, tetapi bagi mcreka yang membayar ini nampaknya tidak dinyatakan. Apakah ini nanti akan menimbulkan satu masalah di mana mereka yang seharusnya membayar peratusan yang dinyatakan itu tidak membayar, jadi apa yang akan terjadi?

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya ingin menyatakan sekali lagi dan saya menyokong Rang Undang-undang ini sebagai satu-satunya Rang Undang­undang yang begitu tepat pada masanya untuk mcmbawa negara kita ke arah yang kita ingini ke tahun 2020. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Tuan Dahalan.

5.12 ptg.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, saya me­ngucapkan terima kasih kerana

Page 66: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

..

1273 3 JUN 1992 1274

memberi peluang untuk membahaskan secara ringkas dan seterusnya me­nyokong di atas Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia 1992.

Tuan Yang di-Pertua, kita telahpun mendengar hujah-hujah yang banyak sebelum ini dan selepas ini jelas sekali bahawa falsafah serta konsep Kumpulan Wang Pembangunan ini sebagai satu cara untuk meningkatkan produktiviti, untuk hendak mening­katkan tahap disiplin dan kemahiran serta sikap positif di kalangan pckcrja­pekerja. Ini adalah satu usaha yang murni daripada Kerajaan demi kepentingan pembangunan industri di negara kita.

Memang sebelum daripada ini pun kita dapati pihak Kerajaan tclahpun mewujudkan beberapa institusi ke arah tujuan yang sama seperti UTM, ITM,

-JKM, MARA, vocational school dan sebagainya, masing-masing ini adalah untuk tujuan peningkatan tahap kemahiran bagi golongan pckerja­pekerja ·di seluruh negara.Dengan penubuhan satu lagi usaha kita harap usaha Kerajaan itu akan dapat tercapai dengan lebih meningkat lagi.

Satu dua soalan yang saya akan tujukan, Tuan Yang di-Pertua,yang pertama, sebelum saya lupa, iaitu dalam 50 orang ke atas tadi sama ada ini termasuk golongan pekerja-pekcrja daripada luar negara yang datang daripada Indonesia, Bangladesh, Filipina ataupun daripada mana-mana, yang telahpun bekerja dcngan kilang­kilang yang ada di Malaysia. Jadi kalau termasuk pekerja-pekerja luar ini, jadi nampaknya selain daripada orang Malaysia kita, pekerja-pekerja daripada Malaysia, jadi orang daripada luarpun akan dapat nikmat dan faedah daripada rancangan ini.

Selain daripada itu mengenai 50 orang ini, saya kira tidaklah begitu tepat untuk pelaksanaan oleh sebab kita dapati banyak industri yang high

technology ini, tidak semestinya labour intensive, HI-TEC Industry mungkin 5-6 orang sahaja, satu dua orang kerja press button dia terus jalan, tetapi syarikat-syarikat ini banyak buat duit, sebab dia tidak labour intensive, tidak banyak belanja, cost reduction exercise dia itu memang begitu efektif, jadi orang yang banyak duit ini pula tidak contribute oleh sebab dia di bawah daripada 50 orang pekerja. Rasa saya ini adalah satu over look daripada pihak Kerajaan, kalau boleh perkara ini discrapkan di bawah mana-mana satu rancangan, misalnya kita ambil kilang daripada segi prestasi a tau teknologinya, kalau HI-TEC mesti termasuk dalam golongan ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya ingin menempuh mengenai syarikat-syarikat tadi, saya tidak tahu tetapi disebut di sini 'industri ', jadi penekanan saya eloklah kalau pihak Kerajaan dapat me­nekankan kepada 'agro-based industries' dan industri-industri bio­technology ini untuk peningkatan makanan. Oleh sebab kita banyak sangat import makanan-makanan, jadi kalau pihak Kerajaan menekankan industri-industri seperti ini iaitu industri sebagai usaha import substitution, saya rasa eloklah kalau pihak Kerajaan menekankan lebih kepada small and medium scale industries. Inilah usaha-usaha yang mcmerlukan latihan-latihan yang lebih sclain daripada syarikat-syarikat yang lain, oleh sebab syarikat-syarikat yang besar seperti Tuan C. Krishnan sebut tadi memang mereka sudah ada skim­skim latihan, R&D mereka sudah ada. Jadi kalau kita hendak tekankan kepada yang besar ini, maknanya kita menolong mereka lagi, sedangkan mereka tidak perlu ini semua, oleh sebab mereka sudah ada kemampuan, tetapi eloklah rasa saya kita concentrate lebih daripada small and medium scale industries.

Page 67: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1275 3 JUN 1992 1276

Sungguhpun sumbangan yang dibuat oleh syarikat-syarikat yang besar, tetapi faedahnya pula dapat dinikmati oleh syarikat-syarikat yang bawah daripada 50 orang pekerja tadi, rasa saya itu adalah perkara yang adil. Kalau dia di bawah daripada 50 orang, dia tidak contribute, tidak ada si:tmbangan, tetapi dia dapat faedah daripada skim ini. Ini adalah satu cara yang rasa saya elok sangat kalau pihak Kerajaan dapat menjalankan usaha ke arah ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita dapati dalam bidang-bidang kerja di antara pekerja dengan majikan, yang bermasalah banyak ini adalah dari segi social contact, employer-employee relationship. Jadi bidang ini adalah satu masalah yang besar, yang kita dapati iaitu masalah loyalti pada sesebuah syarikat dan masalah condition of works, kadang-kadang bukan mas.alah gaji, tetapi kalau perasaan sudah meningkat sangat, kalau gaji besarpun dia keluar ke tempat lain juga, tetapi kebanyakan pekerja-pekerja yang keluar daripada sesuatu syarikat masuk ke syarikat lain itu kebanyakannya adalah daripada segi condition of works, kecuali di peringkat-peringkat atasanlah-sudah jadi General Manager, Manager-semua itu money is not important to them, but it is more of a prestige di peringkat atasan. Jadi banyak politik di peringkat atas, tetapi yang di bawah itu memang insentif dari segi duit.

lngin saya berbalik kepada nombor 2 yang saya sebut tadi, iaitu pekerja asing kalau diserapkan juga di bawah skim ini sebagaimana saya sebut tadi memanglah mereka mendapat faedah. Jadi, ini rasa saya tidaklah bcgitu bersetuju sangat. Oleh sebab, Tuan Yang di-Pertua, memang kita fahamlah kita lebih pentingkan orang kita dahulu, oleh sebab kalau kita ambil orang luar, selepas dia bekerja sini dua

tiga tahun, selepas ·dapat kemahiran dia pun balik ke kampung, dia pun mula industri di sana pula. Itu akan memberi sesuatu persaingan kepada industri yang kita ada di sini.

Tetapi selain daripada itu, banyaklah masalah-masalah sampingan dengan pekerja luar ini. Saya ingin sebutlah oleh sebab Menteri berkenaan ada bersama kita. Oleh sebab mereka telahpun mendapat beberapa faedah, kalau tidak silap saya, kalau pekerja luar yang sudah sah di sini, dia akan mendapat medical benefit daripada hospital-hospital kita, kalau tidak salah. Kalau salah, saya minta diperbetulkan. Selain daripada itu, saya ingat mereka tidak bayar sumbangan dari segi income tax. Jadi, kita pun tidak dapat faedah apa daripada mercka, scdangkan kita sendiri kena bayar income tax.

Jadi, ini mustahaklah daripada penetapan tanggagaji, Tuan Yang di­Pertua. Mungkin gaji untuk orang kita di sini, katalah X, untuk orang daripada luar pun serupa juga, X sama banyak. Tetapi kita kena potong EPF, kena potong SOCSO, kena potong income tax. Orang di sana mereka dapat lump­sum terns bawa balik. Jadi, itu faedah yang mereka pun dapat selain daripada unemployment benefit yang memang orang kita dapat, tetapi untuk pekerja­pekcrja luar ini, insurance benefit pun mercka boleh dapat lagi.

Sclain daripada itu, ingin saya tanya juga tajuk yang sama, Tuan Yang di­Pertua-pekerja luar. Bagaimanakah kalau seseorang pekerja, kalau dia berkahwin dengan orang di sini ataupun dia bawa ke mari isteri ataupun istcri ada di sana, kemudian hendak bawa masuk ke sini, bolehkah dia bawa masuk? Tctapi kalau dia berkahwin dcngan orang di sini, bagaimana pula status kedudukan dia di sini,sama ada dia kalau sudah qualified time periodnya, bolehkah dia jadi rakyat Malaysia? Kalau boleh, ini pun akan

Page 68: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

II

1277 3 JUN 1992 1278

jadi satu masalah, lebih-lebih lagi kalau sudah ada beranak-pinak di sini. Jadi, kita dapati sekarang pun kita tidak mahu berapa bilangan. Kerajaan tidak tahu dengan secara tepat berapa pckerja daripada luar negara yang ada di Malaysia.

Selain daripada itu, saya ingin tahu juga, Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya ada statistik daripada jumlah pekerja-pekerja luar yang datang ke negara kita ini dari segi jenisnya, antara lelaki dengan perempuan mana yang lebih banyak. Oleh scbab saya dapati kalau ikut pengalaman di EEC di Eropah, ramai yang datang itu lelaki, dia berkahwin dengan orang tempatan ataupun dia bawa isteri daripada s<}na ataupun dia balik ke negaranya, kemudian dia kahwin dan bawa balik isteri ke negara Eropah tadi dan beranak. Dan bila beranak di Eropah, dia jadi rakyat Eropah sebab kebanyakan negara di sana iktiraf secara itu. Jadi, saya ingin tahulah bagaimanakah kedudukan kalau tcrjadi di negara kita?

Selain daripada itu, mengenai pekerja-pekerja yang kita ambil, sekarang mungkin kebanyakannya yang muda-muda. Jadi, kita akan menerima mereka sampai berapakah umurnya, Tuan Yang di-Pertua? Kalau sudah sampai SO, SS bagaimana kedudukan akhirnya. Adakah kita akan benarkan mereka duduk di sini lagi ataupun hantar batik? Kalau dia datang umur 20 tahun, sekarang sudah SO tahun. 30 tahun kemudian itu saya ingat kampungnya, rumah di kampung sudah tidak ada lagi. Kalau hendak balik juga ke seberang laut ini pun sudah tidak ada apa lagi hendak tengok. Jadi, apakah kedudukan mereka akhirnya akan jadi kemudian kelak? Macam sekarang saya tidak tahu mungkin beberapa ratus ribu tahun yang ada­katalah 10, 20 tahun lagi, ini sudah tua­tua. Macam mana kita hendak accomodate keadaan bila sampai ketika itu.

Jadi, rasa saya setakat itulah perbahasan saya secara lingkas di atas Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia 1992. Dengan itu, sckali lagi saya menyokong. Sekian, tcrima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan K. Munisamy.

5.25 ptg.

Tuan K. Munisamy: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas kebenaran yang diberi untuk memberi sedikit pandangan dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kemente"rian Sumber Manusia sebab telah membentangkan Rang Undang­undang Pembangunan Sumber Manusia 1992 dalam Dewan yang mulia ini.

Saya bcrpendapat bahawa salah satu sebab mengapa bil ini dibentangkan ialah untuk menyediakan pasukan pckcrja di Malaysia supaya bergerak maju terhadap pencapaian Wawasan 2020 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada tahun lalu. Saya penuh yakin bahawa usaha utama yang diambil oleh Kementerian Sumber Manusia akan dapat membantu dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang membangun 30 tahun daripada sekarang. Sambil mengalu-alukan usaha yang utama ini, saya ingin juga menyentuh beberapa aspek-aspek yang saya fikir harus dibincangkan dalam Dewan ini.

Kita semua sedar bahawa sumber yang terpenting dalam mana-mana negara yang ingin membangun ialah tidak lain daripada sumber manusia. Pem bangunan sesebuah negara itu bukanlah boleh dihadkan ataupun ditugaskan kepada satu golongan yang tertentu sahaja. Ianya mestilah merangkumi tiap-tiap pekerja dalam

Page 69: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1279 3 JUN 1992 1280

negara ini. Tetapi menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia hanya majikan-majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya 50 pekerja akan dapat menyertai dalam levi pembangunan sumber manusia. Ini jelas menunjukkan bahawa Rang Undang-undang ini sudahpun mem bahagi-bahagikan pekerja-pckerja kita.

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Rang Undang-undang m1 ingin memberi faedah kepada majikan­majikan besar, tetapi mengenepikan majikan-majikan kecil. Hampir kesemua majikan besar sudahpun ada sistem latihan sendiri untuk pekerja mereka. Dalam kata lain, latihan adalah satu bahagian yang tetap dalam majikan-majikan besar. Dalam hubungan ini, saya merayu kepada Kementerian Sumber Manusia supaya memperluaskan Rang Undang-undang ini kepada semua majikan tidak mengira saiz pasukan pekerja, pada halnya majikan-majikan kecil yang bias an ya diketepikan harus di beri keutamaan dalam projek-projek sepcrti ini. Merekalah yang memerlukan bantuan yang lebih besar khususnya dalam usaha membasmikan ke­miskinan. Jadi, di mana difikirkan wajar, majikan-majikan yang kecil perlulah mengambilkira.

Rang Undang-undang ini hanya memberi tumpuan kepada majikan yang besar, tetapi melupakan majikan yang kecil. Amalan memecahkan pasukan pekerja tidak boleh membawa faedah yang diingini kepada negara yang membangun. Saya hendak tahu atas asas apakah saiz majikan dipilih untuk dikenakan levi tersebut? Barangkali Kementerian Sumber Manusia boleh memberi sedikit penjelasan mengenakan hanya I% daripada gaji pekerja itu, bukanlah masalah yang besar bagi majikan besar, biar pun yang kecil.

Oleh yang demikian, saya men­cadangkan supaya meluaskan levi kita kepada semua pihak tanpa mengira saiz supaya mengikuti latihan yang di­berikan ilu.

Tuan Yang di-Pertua, satu aspek dalam Rang Undang-undang ini yang amat menakutkan ialah kuasa penuh yang diberikan kepada Menteri Sumber Manusia untuk memberikan penge­cualian pcnuh atau separuh kepada mana-mana majikan atau sokongan majikan daripada pembayaran levi. Mengikut Rang Undang-undang ini, pengecualian ini adalah tertakluk kepada beberapa keadaan atau syarat yang ditetapkan dalam perintah yang disiarkan dalam Warta.

Tuan Yang di-Pertua, saya ber­pcndapat bahawa keadaan atau syarat­syarat yang dikatakan itu mestilah dihuraikan secara mendalam terlebih dahulu. J ika ianya tidak dihuraikan terlcbih dahulu, pada satu ketika nanti penyelewengan atau penyalahgunaan mungkin berlaku.Barangkali Menteri akan mula menggunakan budibicara scndiri untuk memberi pengecualian tcrsebut.

Saya tidak meramalkan bahawa penyalahgunaan ini tetap akan berlaku sebaliknya saya tidak ingin menoleh bahawa penyalahgunaan kuasa tidak akan bcrlaku nanti oleh kerana syarat­s yara t tersebut tidak dihuraikan sekarang. Barangkali Menteri yang berkenaan mungkin akan menentukan, dengan izin, instant reasons untuk mengeluarkan perintah dalam Warta Kerajaan untuk memberi pengecualian itu.

Olch yang demikian, adalah di­cadangkan supaya Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan sedikit garis panduan yang boleh melayakkan sescbuah pihak mendapatkan

Page 70: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1281 3 JUN 1992 1282

pengecualian itu. Jika tidak, nam­paknya kemungkinan penyalahgunaan kuasa mungkin akan berlaku pada suatu masa akan datang nanti.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyoal sedikit tentang Panel Pelaburan yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang ini. Penubuhan Panel Pelaburan adalah suatu yang perlu dialu-alukan tetapi saya berharap keutamaan tidak diberikan untuk memperkuatkan cuma Panel Pclaburan sehingga melupakan aspek-aspck lain dalam Rang Undang-undang ini.

Rang Undang-undang ini tidak memberi penjelasan tentang aspck yang akan dibuat dengan keuntungan yang akan diterima melalui pelaburan. Saya berharap Kementerian akan memberi penjelasan atas tujuan apakah pc­laburan dibuat.

Tuan Yang di-Pertua, biarkanlah saya bertanya tentang Majlis Pem­bangunan S'umber Manusia yang dicadangkan itu. Kita semua diberitahu bahawa tujuan utama Rang Undang­undang ini adalah untuk membawa kebajikan kepada golongan pekerja tetapi satu aspek penting dalam Rang Undang-undang ini menunjukkan bahawa kepentingan golongan pckerja telah dilupakan langsung.

Rang Undang-undang ini menga­takan bahawa Majlis Pembangunan Sumber Manusia ini akan dianggotai oleh 8 orang dari wakil majikan dan 4 orang dari wakil agensi Kerajaan atau sektor awam serta 2 orang lagi yang dilantik oleh Menteri iaitu 14 orang kesemuanya. Apa yang amat me­meranjatkan, apa yang tadi Yang

·Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri dan Tuan C. Krishnan sebut ialah Majlis Pembangunan Sumber Manusia yang ingin beroperasi untuk faedah pekerja tidak mempunyai seorang wakil pekerja pun di dalamnya.

Dalam keadaan ini saya kurang faham bagaimanakah hasrat, pendapat, fikiran ataupun keperluan para pekerja dapat didedahkan dalam Majlis tersebut. Saya tidak tahu sama ada 2 orang yang akan dilantik oleh Menteri itu akan terdiri daripada wakil pekerja tetapi bolehkah Kementerian Sumber Manusia menentukan bahawa Majlis Pembangunan Sumber Manusia diwakili oleh wakil pekerja bagi mcnjadikannya lebih berat dan bcrmakna.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap cadangan dan pandangan yang dikeluarkan oleh saya akan menerima perhatian yang sewajarnya untuk memperkuatkan lagi Rang Undang­undang ini.

Sckali lagi, saya mengucapkan syabas kepada Kementerian Sumber Manusia atas usaha ini yang akan menerima sanjungan tinggi dari masyarakat kita.

Akhirnya, saya menyokong Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia 1992. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Tuan Rahim bin Baba.

5.35 ptg.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pcrtua, saya turut bangun untuk membahaskan Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia yang tclahpun dibentangkan oleh Timbalan Mcnteri Sumber Manusia tadi.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mcmbincangkan Rang Undang-undang ini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Tim balan Menteri. Say a pcrcaya setelah Rang Undang-undang ini difikirkan, digubal, tentulah satu pengkajian ataupun satu anggaran telahpun dibuat. Berapakah jumlah yang dijangka akan dikutip oleh pihak

Page 71: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1283 3 JUN 1992 1284

Kementerian di dalam keadaan sekarang, dalam keadaan berpandukan kepada jumlah syarikat yang mempunyai bilangan pekerjanya lcbih daripada 50 orang? Saya percaya angka ini ada pada pegawai-pegawai dan saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat menjelaskan jumlah yang akan dijangka dikutip dalam masa setahun berpandukan kepad:i Rang Undang-undang ini.

Yang keduanya, Tuan Yang di­Pertua, saya bersetuju dengan rakan­rakan yang lain tadi mengenai levi 1 % yang dikenakan bergantung kepada bilangan pekerja yang melebihi 50 orang dan dikenakan mengikut gaji ataupun upah yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang berkenaan. Sepertimana yang telahpun dikatakan oleh Tuan Dahalan tadi, negara kita sekarang ini sedang beralih ke era capital intensive industries, dengan izin, jadi, saya percaya tentulah dari masa ke semasa kita sedang memikirkan kerana berlakunya kekurangan tenaga kerja tentulah kebanyakan daripada industri-industri yang ada sudah memikirkan untuk beralih daripada labour intensive kepada capital intensive dari kalau di bawah Akta ini mungkin syarikat­syarikat yang mempunyai kurang daripada 50 orang pekerja tetapi mempunyai payrol ataupun membayar gaji yang lebih daripada syarikat yang mempunyai lebih daripada 50 orang pekerja akan terkeluar. Katalah syarikat A yang mempunyai 40 orang pekerja tetapi syarikat ini membayar gaji $1 juta sebulan. Syarikat ini mengikut Akta ini tidak akan dikenakan levi tetapi katakan syarikat B yang mempunyai 60 orang pekerja dan membayar gaji sebanyak $500 ribu sebulan tetapi syarikat ini akan dikenakan levi di bawah Akta ini.

Jadi, ada sedikit tidak adillah kepada syarikat-syarikat yang berkenaan. Syarikat yang membayar lebih tidak kena kerana pekerjanya kurang tetapi

syarikat yang membayar kurang tetapi olch kerana pekerjanya lebih, dia terpaksa membayar levi. Saya ingin menyarankan di sini supaya satu kaedah lain levi ini dikenakan, kalau

. tadi sahabat saya Tuan Ding Seling mencadangkan berpandukan kepada modal berbayar iaitu paid-up capital, saya lebih suka kalau levi ini dikenakan kepada keuntungan syarikat, berpandukan kepada keuntungan sescbuah syarikat itu.

Saya menimbulkan ini kerana adalah dikhuatiri, katalah 2 syarikat yang sama mempunyai 50 orang pekerja tetapi dia membayar penggajian $1 juta sebulan, dia akan kena bayar $10 ribu sebulan untuk membayar levi kepada Kerajaan. Pada hal, katalah syarikat itu mcngalami kerugian $50 ribu tetapi di bawah Akta ini, kalau syarikat itu rugi sekalipun, syarikat itu kena juga me.mbayar. Maknanya, sudahlah dia mengalami kerugian sebanyak $50 ribu, kena pula bayar levi lagi $10 ribu. Pada ha! syarikat lain yang mempunyai kakitangan katakan 50 drang juga yang mcm bayar gaji $1 ju ta sebulan dan mungkin mendapat keuntungan $100 ribu sebulan, syarikat ini juga akan kena bayar $10 ribu juga. Jadi, di mana keadilan dari segi pembayaran yang akan dikenakan. Itulah sebabnya saya sarankan tadi levi ini biarlah mengikut keuntungan, kalau lebih keuntungan syarikat yang berkenaan, sepatutnya syarikat ini membayar lebih.

Saya nampak Yang Berhormat Timbalan Menteri mengangguk, kalau mengangguk itu maksudnya dia bersetujulah itu.

Dalam Sahagian II, seksyen 3(2) Akta ini discbutkan Menteri boleh dari masa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengurangkan atau menaikkan kadar levi yang dinyatakan dalam subseksyen (1). Di sini, saya ingin menyarankan walaupun kita percaya di atas kewibawaan Mcntcri-mcnteri kita. Tetapi pada masa

Page 72: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1285 3 JUN 1992 1286

yang sama juga, kita hendaklah memikirkan apa yang difikirkan oleh pihak majikan. Kalau kita gunakan perkataan "masa ke semasa", saya takut mungkin ada pihak-pihak majikan memikirkan mungkin hari ini kenakan levi 1 %, mungkin 2-3 bulan besok dinaikkan 3%, 5% ataupun sebagainya. Dan bagi memudahkan pihak majikan membuat perancangan dari segi belanjawan, saya mencadangkan supaya levi ini hanya bolch dipinda setahun sekali supaya majikan-majikan yang ingin membuat belanjawan untuk syarikatnya, dia sudah tahulah, tahun ini dia kena put aside, dengan izin, katanya 1 % kerana tel ah pun diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia 1 %. Jadi, tidak ada terfikir bahawa levinya akan dinaikkan 2% ataupun 3% ataupun sebagainya. Saya tidak menyatakan bahawa Menteri akan membuat sedemikian. Tetapi apa yang kita fikirkan dari segi majikan, pemikiran dari segi majikan untuk memudahkan pihak majikan itu untuk membuat belanjawan atau sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut Bahagian II, seksyen 3 disebutkan di sini bahawa jika seorang majikan gagal membayar apa-apa levi yang kena dibayar dalam masa suatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan, majikan itu adalah melakukan satu kesalahan. Dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi $10,000 atau di­penjarakan selama satu tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua­duanya. Saya percaya banyak dalam keadaan kita akan mengenakan denda. Dan cuma saya ingin berharap supaya dapat dibuat pindaan ataupun dapat difikirkan pada masa-masa yang akan datang supaya denda yang hendak dikenakan hendaklah melebihi dari levi yang tidak dibayar. Mungkin ada setengah-setengah majikan memikirkan kalau didenda $10,000, kalaulah levi yang dikenakan sampai ke $5,000 lebih baik dia tidak bayar. Dia tidak hendak bayar levi. Selepas itu dia bayar denda $10,000. Jadi, saya rasa lebih baik

difikirkan supaya levi ataupun denda yang dikenakan hendaklah melebihi dari levi yang tidak dibayar supaya ini tidak akan mengelakkan daripada setengah-setengah majikan mengambil kesempatan daripada perkara-perkara ataupun daripada undang-undang yang kita buat sendiri, walaupun diadakan boleh dipenjarakan ataupun sebagai­nya. Tetapi saya tidak percayalah kita sampai hendak mempenjarakan seorang majikan kalau tidak membayar Jevi ataupun sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kelima yang saya ingin menyentuh ialah di mana yang rakan-rakan saya sentuh tadi, Tuan Munisamy pun telahpun sentuh iaitu kuasa Menteri dalam membuat pengecualian. Saya pun bimbang juga apabila, saya tidaklah menyatakan bahawa Menteri kita akan menggunakan clause ini dengan sewenang-wenangnya. Tetapi apa yang dibimbangkan ialah takut timbul perasaan pilih-kasih bukannya yang dilakukan oleh Menteri tetapi perasaan majikan-majikan. Kalau ada majikan yang tidak dikenakan bayaran, dikecualikan oleh pihak Menteri, kemungkinannya ada majikan lain yang mem buat bayaran, menimbulkan perasaan yang tidak senang kerana seolah-olah berlaku pilih-kasih kenapa dia kena bayar, yang lain tidak kena membayar levi. Jadi, saya harap clause ini dapat dipergunakan dengan sebaik­baiknya dan, kalau boleh, jangan sekali-kali digunakan melainkan dalam keadaan-keadaan yang paling terdesak ataupun keadaan-keadaan yang paling tertentu barulah boleh digunakan.

Dal am Bahagian IV, Fasal 11 Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia, "maka hendaklah ditubuhkan satu Panel Pelaburan". Kita tahu bahawa tujuan ditubuhkan Kumpulan Wang ini adalah untuk pembangunan sumber manusia. Dan apa yang saya harapkan, saya bukanlah menyatakan bahawa kewangan ini tidak bolch dilaburkan ataupun sebagainya.

Page 73: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1287 3 JUN 1992 1288

Apa yang saya harapkan ialah janganlah hendaknya badan ini jadi satu lagi badan perniagaan. Jangan sekali-kali kerana memikirkan inginkan keuntungan dari segi pelaburan, kepentingan kita untuk membangunkan sumber manusia untuk memberikan latihan kepada pekerja-pekerja kita sehinggakan terjejas. Pelaburan hanya boleh dibuat apabila terdapatnya wang­wang yang berlebihan.

Timbalan Yang di-Pertua: Sudah cepat?.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, .ada yang minta saya sudahkah cepat, dia kata. Tetapi bagi saya ....

Timbalan Yang di-Pertua: Saya ingat tidak tahu wang apa.

Tuan Rahim bin Baba: Bagi saya, Tuan Yang di-Pertua, kerana kami pun antara Ahli-ahli Dewan Negara telah berjanji bahawa kesemua Bil yang akan dibawa di sini kami akan bahaskan.

Timbalan Yang di-Pertua: Bagus.

Tuan Rahim bin Baba: There is no free ride sebagai perkataannyalah walaupun ada sembilan Bil. Tetapi besok kita akan beri kerjasamalah dengan Tuan Yang di-Pertua. Kalau ada bil yang difikirkan tidak perlu dibahaskan, kalau dengan permintaan Tuan Yang di-Pertua, mungkin kita beri pertimbanganlah.

Mengenai panel pelaburan ini, saya mencadangkan supaya janganlah sampai kita menjejaskan kehendak ataupun masa depan pekerja-pekerja kita semata-mata kerana memikirkan dari soal keuntungan. Dan saya harap jika dilaburkan kewangan-kewangan ini biarlah dengan penuh berhati-hati dan dilaburkan dalam stok-stok yang termasuk di bawah trustee stock ataupun sebagainya. Dan syarat-syarat

pelaburan hendaklah diketatkan supaya tidak menjejaskan kewangan kerana kita tahu soal perniagaan ini, soal pelaburan ini kita selalu ingat untung sahaja. Sebenarnya, dalam banyak hal kadangkala itu kita juga menghadapi risiko. Kerana sepertimana yang telahpun saya katakan tadi Rang Undang-undang ini ataupun kewangan yang kita dapat adalah dengan tujuan utamanya ialah untuk melatih untuk membangunkan sumber manusia di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana untuk memberikan kesempatan kepada rakan-rakan yang lain, saya sekali lagi menyokong Rang Undang-undang ini dan saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kementerian Sumber Manusia yang telahpun mem­bentangkan Rang Undang-undang yang sungguh berfaedah kepada negara.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Bcrhormat Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth.

5.50 ptg.

Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri untuk menyokong Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan levi pembangunan sumber manusia bagi maksud menggalakkan la tihan pekerja-pekerja, penubuhan Majlis Pembangunan Sumber Manusia dan kumpulan wang dan bagi pekerja­pckerja berkaitan dengannya.

Di sini saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri Sumber Manusia kerana telah berjaya mengaturkan undang-undang ini.

Pada hemat saya haruslah awal-awal lagi diadakannya. Namun demikian, dcngan adanya ini nanti saya percaya

Page 74: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1289 3 JUN 1992 1290

pembangunan sumber manusia mulai dari tahun ini hingga tahun 2020 insya Allah akan lebih bermakna lagi kepada negara terhadap mencapai pem­bangunan yang lebih berkesan dan efisyen.

Tuan Yang di-Pertua, kita ketahui bahawa berjaya atau tidak sesuatu organisasi itu terletak banyak kcpada adanya kebolehan pembangunan sumber manusia. Begitu juga tcrhadap di kalangan tentera. Sungguhpun tentera dilengkapi dengan apa-apa alatan peperangan pun, akhir-akhirnya sumber manusia ataupun tentera yang dibelakang alat-alat peperangan itulah yang boleh menjaminkan kemenangan dalam peperangan.

Berbalik kepada susunan Rang Undang-undang tersebut sungguhpun padat rancangannya, saya ingin menyaran bahawa adalah penting kepada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan menentukan pegawai eksekutif ke atas itu semua yang akan memimpin dari semua lapisan Majlis Pembangunan Sumber Manusia, hendaklah dengan pegawai-pegawai yang betul-betul handal dan berkewibawaan. Dalam hal ini juga saya ingin memetik dari Fasal 15( I) yang mana anggota Majlis Pembangunan Sumber Manusia itu hanya terdiri daripada 14 orang. Ini ketahui sayalah setelah membacanya. Maksud saya kalau tidak silap, Pengerusi Majlis tersebut sepatutnya tidak termasuk dalam 14 orang anggota yang disebutkan tadi. Oleh kerana kalau ada sesuatu isu yang tidak dipersetujui di antara ahli-ahli 14 orang itu, ada kemungkinan 7 orang mengatakan "ya" dan 7 orang lagi mengatakan "tidak". Jadi, kalau dengan adanya 15 orang semuanya itu, dapat juga Pengerusi itu memainkan casting vote untuk menerima apa-apa juga polisi yang dibahaskan di dalam jawatankuasa itu.

Yang keduanya, saya ingin menyarankan perhubungan rapat di antara Majlis Pembangunan Sumber Manusia dengan industri-industri dan juga organisasi-organisasi yang berkaitan adalah sangat penting kepada Pengerusinya dan juga ahli-ahli Majlis itu merapatkan hubungan dengan semua yang berkenaan. Ini oleh kerana mengikut apa yang dicadangkan itu adalah luas dan boleh memainkan pcranannya demi untuk pekerja­pekerja. Jadi, inilah yang saya ingin melihat apabila Majlis ini dihidupkan.

Bcrbalik kepada Bahagian II iaitu levi pembangunan sumber manusia. Sungguhpun tiap-tiap majikan dikenakan levi iaitu I% daripada upah pekerja tersebut dalam mana-mana majikan pada tiap-tiap bulan, adakah bermakna majikan yang baru hidup dan tidak berkemampuan untuk membayarnya juga tertakluk pada masa yang dihadkan itu? Tidakkah pihak itu menunggu pembayaran hinggalah majikan baru yang tidak berdaya itu dapat bernafas supaya dia boleh membayarkan apa yang dikehendakkan?

Seterusnya saya juga ingin rujuk kepada Bahagian III, iaitu kelayakan bagi mendapatkan bantuan kewangan mclalui Fasal 6(1). Maksud saya di sini, mengapakah bantuan kewangan atau faedah lain yang diadakan di bawah Akta ini bermaksud menggalakkan latihan pekerja-pekerjanya, hanya boleh diberi selepas 5 bulan berturut-turut pembayaran levi oleh majikan mulai daripada pendaftaran itu. Mengapakah selepas 5 bulan dan tidak selepas 1 atau 2 bulan? Saya bertanya oleh kerana knowledge saya tidak begitu fasih terhadap perkara ini.

Ekoran dari itu saya juga ingin membawa pula kepada Bahagian IV, Fasal 9 (l) & (2). Apakah yang dimaksudkan di Fasal 9 (1) (d) itu yang mana ada menyebut perkataan, "apa-

Page 75: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1291 3 JUN 1992 1292

apa derma, caruman atau apa-apa jumlah wang lain yang diterima daripada mana-mana sumber."Di sini kalau tidak silap saya beberapa derma atau .gift, dengan izin, dan sebagainya pihak Kerajaan tidak benarkan atau digalakkan. Oleh kerana ini ada kemungkinan timbul salah-wasangka atau korupsi nanti. Mungkin pihak Yang Berhormat Menteri boleh memberi keterangan terhadap perkara ini.

Fasal 9(2) pula, saya ingin merujuk oleh kerana say a berasa c uriga sekiranya pembayaran belanjawan yang akan dilakukan oleh Majlis, termasuklah apa-apa fees dan kos dan apa jua belanja yang disebutkan di Fasal itu, ada kemungkinan tidak kemampuan Majlis Pembangunan itu. Inilah yang harus dihati-hatikan.

Saya juga ingin seterusnya me­nyentuh Fasal 21 di mukasurat 15, Anggota-anggota Majlis dan Panel Pelaburan. Saya tidak ketahui adakah Panel Pelaburan ini di bawah anjuran Majlis? Ataupun Panel itu bebas untuk menjalankan pelaburannya. Ketahui saya Panel Pelaburan di Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan juga mungkin di PNB, Panel Pelaburan itu bebas untuk menjalankan pernia­gaannya. Panel tidak diganggu oleh

• Majlis. Kalau Panel Pelaburan ini dicampurtangan oleh Majlis Ter­tingginya, saya tidak fikir Panel Pelaburan boleh berjaya. Panel Pelaburan ditugaskan oleh Majlis Pembangunan untuk berniaga mengutip wang yang berjuta-juta ringgit. Panel tetap akan sibuk dan kalau Majlis Tertinggi itu bercampurtangan, mungkin timbul gangguan dari segi administrasinya dan dalam men­jalankan tugas-tugas yang lain.

Saya juga ingin bertanya bahawa Akta yang dicadangkan ini nampaknya tidak ada menekankan kebajikan. Adakah pendapatan-pendapatan daripada Majlis melalui Panel

Pelaburan itu hanya digunakan untuk latihan dan membayar gaji pekerja­pckerja sahaja ataupun disalur juga terhadap kcbajikan pekerja-pekerja itu? Ini tidak jelas kepada saya menurut apa yang saya telah baca.

Selain daripada itu saya sokong apa yang sahabat-sahabat saya telah sampaikan tadi. Akhirnya, sekali lagi saya ingin menyokong Rang Undang­undang Pcmbangunan Sumber Manusia 1992.

USUL

W AKTU MESYUARA T DAN UR US AN YANG DIBEBASKAN

DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

6.07 ptg.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Othman bin Abdul): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu,

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(1), Dewan ini tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga Rang Undang-undang Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) yang tertera dalam Aturan Mesyuarat untuk hari ini telah selesai dipertimbangkan dan selesai sahaja selepas itu Dewan hendaklah ditangguhkan sehingga pukul 2.30 pctang esok.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (Tuan Mohd. Noh bin Rajah): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon me­nyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli­ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah ini kepada Majlis bagi diputuskan.

Page 76: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1293 3 JUN 1992 1294

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(1), Dewan ini tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga Rang Undang-undang Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) yang tertera . dalam Aturan Mesyuarat untuk hari ini tclah selesai dipertimbangkan dan selesai sahaja selepas itu Dewan hendaklah ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang esok.

RANG UNDANG-UNDANG PEMBANGUNAN SUMHER

MANUSIA

Perbahasan disambung semula.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli­ahli Yang Berhormat, siapa lagi hendak berucap. Kalau tidak kita minta Timbalan Menteri Sumber Manusia menjawab.Dipersilakan.

6.01 ptg.

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Rang Undang­undang ini iaitu Yang Berhorm~t Senator Tuan Haji Mohamed Nazn, Yang Berhormat Senator Tuan C. Krishnan, Yang Berhormat Senator Tuan Daing Seling, Yang Berhormat Senator Tuan Dahalan Haji Embun, Yang Berhormat Senator Tuan Munisamy, Yang Berhormat Senator Tuan Rahim Baba dan Yang Berhormat Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth.

Tuan Yang di-Pertua, pertama Yan~ Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazn

ada beri beberapa pandangan­pandangan yang mana pandangan itu baik, ada two schools of thought, macam mana kita mahu kutip levi seperti yang ada bayar road tax pun serupa macam ini; ada orang beritahu, kalau kita masuk di dalam petrol itu ada baik, sebab kalau seorang gunakan kereta kecil seperti Morris Minor atau seorang menggunakan petrol kurang, macam-macam cara ada. Tetapi di sini memang kita ikuti apa yang ada di lain­lain negara, ada yang experience itu yang kita turunkan di sini.

Di sini saya mahu sebut, Tuan Yang di-Pertua, pemakaian Akta untuk syarikat-syarikat yang mempunyai kurang dari 50 pekerja yang disebut oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz dan Yang Berhormat Tuan Dahalan bin Haji Embun dan Yang Berhormat Tuan Munisamy.

Di sini saya mahu memberitahu, Tuan Yang di-Pertua, Skim Kumpul~n Wang Pembangunan Sumber Manusia diperingkat permulaan ini hanya akan meliputi pengusaha perniagaan yang mempunyai 50 pekerja dan ke atas iaitu pengurusan perniagaan besar ?a~ sederhana, skim potongan dua kah d1 mana syarikat-syarikat boleh menik~ mati faedah potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan program latihan yan~ drjalankan masih dikekalkan bag1 pengusaha-pengusaha perniagaan kecil yang mempunyai kurang daripada 50 pekerja.

Pengecualian pada peringkat per­mulaan ini adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan pengusaha­pengusaha kecil serta membebankan mereka. Ini adalah memandangkan buat masa ini pengusaha-pengusaha per­n iagaan kecil didapati kurang keupayaan dan kemahiran untuk merancang keperluan latihan pekerja­pekerja mereka secara sistematik dan jika diliputi bersama dengan pengusaha perniagaan besar dan sederhana adalah

Page 77: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1295 3 JUN 1992 1296

dikhuatiri kepentingan mereka akan terjejas. Oteh itu, buat masa ini adalah tebih berfaedah bagi mereka menikmati skim potongan dua kali bagi latihan yang dilutuskan di mana mereka tidak membuat apa-apa sumbangan.

Wataupun mereka tidak ditiputi oleh Skim Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia ini, tetapi segala khidmat yang akan diberikan oleh Majlis nanti seperti khidmat juruperunding dalam merancang program-program tatihan akan diberikan kepada mereka secara percuma. Apabita mereka mempunyai keupayaan · yang sedemikian pertimbangan yang sewajarnya boleh diberikan supaya diliputi oteh Skim Kumpulan Wang Pembangunan Somber Manusia ini.

Tuan Yang di-Pertua, menjawab soatan berhubung dengan keahlian Majlis dari Yang Berhormat Tuan C. Krishnan ...

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Penjelasan.

Timbatan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed N azri minta penjelasan. Boleh ya? Sila.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat Yang Berhormat Timbatan Menteri menjawab soalan Yang Berhormat Senator Tuan Dahalan Haji Embun, tidak menjawab soalan saya. Sebab soalan saya bukan untuk memberikan kemudahan yang sama kepada syarikat yang kecil berkenaan dengan pengecualian tadi. Saya kata, kalau 50 itu dipakai sebagai angka mungkin majikan yang tidak mahu bayar levi, dia akan hanya mengambil 49 orang. Jadi, apakah perkara ini boteh berlaku dan kalau boleh berlaku apakah Yang Berhormat fikir iaitu apa

yang saya sebut itu benar iaitu ada syarikat yang hendak mengelak daripada membayar levi iaitu mengambil 49 orang sahaja? Itu soalan saya.

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, katau kita turunkan pun orang kurang 20 orang syarikat itu botch ambil 19 orang. Ini boteh jadi satu masalah. Tetapi kita fikirlah, permulaan kita jalan. Inilah pertama kali kita ketnukakan Rang Undang­undang ini. Kita hendak tengok macam mana ianya berjalan, akan datang jikalau ada apa-apa, kita akan ambit tindakan dan pindaan-pindaan boleh kita buat di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai keahlian Majlis iaitu soatan dari Yang Berhormat Tuan C.Krishnan, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri dan Yang Berhormat Munisamy. Sukacita saya memberitahu di sini Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia 1992 memang mcnetapkan anggota-anggota Majlis terdiri dari 8 orang wakil majikan,' 4 orang wakil agensi-agensi Kerajaan, 2 orang yang boleh memberi sumbangan kcpada pckcrjaan Majlis. Perwakilan majoriti dibcri kepada pihak majikan memandangkan Kumpulan Wang terdiri dari sumbangan dari syarikat­syarikat sektor swasta untuk keperluan latihan sektor berkenaan. Perwakilan dari pihak Kesatuan Sekerja boleh dipertimbangkan jika terdapat calon­calon yang mempunyai kepakaran tertentu yang dapat memberi sumbangan kepada pekerjaan Majlis kerana Seksyen 15(3) Rang Undang­undang berkenaan memberi kuasa kepada Menteri Sumber Manusia metantik dua orang ahli selain daripada wakil majikan dan agensi Kerajaan.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Penjelasan.

Page 78: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1297 3 JUN 1992 1298

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, permintaan penjelasan. Sila Tuan Haji Mohamed Nazri.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertu,a. Saya tahu iaitu bahawa Menteri ada kuasa untuk melantik dua orang lagi. Tetapi di dalam Rang Undang-undang ini tidak menyebut iaitu bahawa dua orang itu mestilah datang daripada pekerja. Itu tidak dijaminkan oleh Rang Undang-undang ini. Jadi, jawapan Yang Berhormat iaitu bahawa Menteri ada kuasa melantik dua orang itu, dia akan melantik mereka yang mempunyai expertise, itu tidak menjaminkan bahawa yang dua orang itu mewakili pekerja. Jadi, maksud saya tadi kalau Kerajaan sudah bersetuju iaitu bahawa dalam semua ini mesti ada tripartite pekerja, majikan dan juga Kerajaan, maka harus dicerminkan apa masalahnya. Kalau tidak boleh dibuat, alasan-alasan lain tolonglah bcri yang boleh meyakinkan kita.

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian saya boleh ambil kira apa Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri ada beritahu di sini. Semua levi yang kita dapat dari employer sahaja. Oleh itu yang kita berikan, lebih employer duduk di sini. Tetapi...

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, ini bukan soal kita hendak wakil pckcrja lebih daripada majikan. Soalnya pekerja tidak ada wakil langsung. Saya ingat kita tidak pertikaikan iaitu bahawa kerana majikan beri wang banyak, maka mereka hams ada majoriti. lni bukan soal majoriti, soal tidak ada langsung ini. Soal wakil majikan ramai tidak apa, kita setuju sebab dia yang mengeluarkan wang. Tetapi wakil pekerja tidak ada langsung ini. Ini persoalan kita.

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, seperti saya ada beritahu tadi, kalau memang wakil daripada pihak kesatuan sekerja ada calon-calon yang mempunyai kepakaran, memang pihak Kementerian boleh ambit tindakan dan memberikan peluang dan keutamaan kepada mereka. Tetapi orang yang duduk di dalam itu mestilah adalah kepakaran tertentu dengan kerja-kerja yang boleh memberikan sumbangan kepada pekerjaan Majlis, mengikut undang-undang yang ada.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila tcruskan.

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan dari Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri, Yang Berhormat Ding Seling dan Yang Berhormat Rahim Baba mengenai kutipan levi berdasarkan gaji bulanan. Tuan Yang di-Pertua, kutipan Levi ini adalah berasaskan kepada pengalaman di negara-negara lain kerana gaji yang dibayarkan kepada pekerja adalah lebih mudah untuk disemak dan cara ini adalah lebih sesuai berbanding dengan menggunakan hasil pengeluaran sesebuah syarikat sebagai asas.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pengecualian sepenuhnya atau sebahagian bayaran levi dalam keadaan-keadaan tertentu, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat C. Krishnan, Yang Berhormat Senator Munisamy dan Yang Berhormat Rahim Baba, di sini saya ingin memberitahu bahawa saya suka menegaskan bahawa peruntukan ini di dalam undang­undang berkenaan adalah juga satu daripada 'enabling clause' sahaja, dengan izin-peguam-peguam boleh faham ini. Sekiranya terdapat keadaan­keadaan tertentu di mana seseorang majikan tidak mampu membuat bayaran levi bagi sesuatu tempoh, maka pengecualian boleh diper-

Page 79: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1299 3 JUN 1992 1300

timbangkan oleh Menteri Sumber Manusia berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan. Sekiranya pengecualian tersebut diberikan, ianya akan tertakluk kepada beberapa syarat yang akan ditetapkan dalam perintah yang akan disiarkan dalam Warta Kerajaan, discretionnary matter, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan dari Yang Berhormat Senator C. Krishnan, jenis-jenis kursus dan program latihan yang akan dibiayai oleh Kumpulawang. Rahg Undang­undang Pembangunan Somber Manusia tahun 1992, menetapkan supaya Majlis Pembangunan · Sumber Manusia berfungsi untuk menilai dan me­nentukan jenis-jenis dan takat latihan dan latihan semula pekerja-pekerja yang akan dibiayai oleh Kumpulan­wang yang berkenaan. Waiau bagaimanapun, ianya hendaklah memenuhi keperluan pasaran buruh dan perubahan teknologi serta hasrat pencapaian strategi perindustrian. Berasaskan kepada kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia tumpuan bolehlah diberikan kepada latihan seperti berikut:

(i) latihan untuk pekerja-pekerja yang mengalami kekurangan dalam pasaran buruh, misalnya, penjaga jentera elektrik, dengan izin, chargeman dan operator mesin yang berkemahiran tinggi;

(ii) latihan dalam bidang-bidang kemahiran barn mengikut tahap perkembangan teknologi di sesebuah firma, misalnya, mikro-elektronik;

(iii) latihan semula untuk meningkatkan kemahiran pekerja sesuai dengan peningkatan teknologi yang dilaksanakan dalam proses pengeluaran;

(iv) latihan untuk meningkatkan produktiviti pekerja.

Sementara itu, bidang-bidang kemahiran berikut. boleh juga dipertimbangkan oleh Majlis iaitu kemahiran yang berkaitan dengan komputer, computer-related skills, dengan izin, kemahiran ketukangan (craft skills), kemahiran teknikal (technical skills), latihan pengurusan (management supervisory training), pendidikan iktisas dan latihan kemahiran kursus (professional, educational and specialised skill training), dengan izin, kemahiran penyelidikan dan pembangunan, dengan izin, research and development skills, program produktiviti dan peningkatan mutu atau, (productivity and quality improvement programme, dengan izin, pendidikan asas untuk latihan kemahiran, dengan izin, basic education for skill training.

Menjawab Yang Berhormat Senator C. Krishnan mengenai dengan transfer of technology, dengan izin, tujuan melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja memang bertujuan antara lain, membolehkan pekerja menerima dan menyesuaikan diri dengan teknologi baru yang diperkenalkan. Adalah dirasai melalui proses latihan semula yang berterusan ini sebarang pemindahan teknologi akan dapat dipercepatkan lagi.

Menjawab Yang Berhormat Ding Seling dengan procedure koleksi levi. Ini satu cara macam mana kita mahu buat kolcksi levi itu.

Kementerian kini dalam proses pcnyediaan peraturan-peraturan bagi melicinkan pelaksanaan skim ini. Pendapat-pendapat Ahli Yang Bcrhormat yang positif akan diambil kira.

Tuan Yang di-Pertua, menjawab Yang Berhormat Tuan Dahalan Haji Embun mengenai pekerja asing boleh

Page 80: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1301 3 JUN 1992 1302

terlibat di dalam program ini, Kumpulanwang Pembangunan Sumber Manusia tidak akan digunakan untuk melatih pekerja asing. Dengan perkataan lain, pekerja asing tidak dapat menikmati apa-apa faedah di bawah skim tabung ini.

Menjawab Yang Berhormat Senator Dahalan bin Haji Embun mengenai bio­technology, agro-based industry pun termas.uk di dalam Rang Undang­undang ini.

Menjawab Yang Berhormat Senator Munisamy dan Yang Berhormat Rahim Baba dan Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd. Ghazali iaitu berkcnaan dengan soalan panel pelaburan, Tuan Yang di-Pertua, tujuan dan aktiviti utama skim Kumpulanwang Pembangunan Sumber Manusia, sepertimana yang telah dijclaskan di dalam ucapan say a ialah mempergiatkan lagi usaha-usaha pembangunan sumber manusia. Pelaburan hanya akan dibuat apabila tujuan berkenaan tercapai dan terdapat wang lebihan. Oleh itu, peruntukan dalam Akta yang berkenaan dcngannya merupakan satu enabling clause, dengan izin.

Menjawab Yang Berhormat Senator Rahim Baba berkenaan dengan perubahan kadar levi, perubahan kadar levi akan hanya dilakukan mclalui proses perundingan dengan pihak sektor swasta dan tidak akan dilakukan secara serta-merta. Menjawab Yang Berhormat Senator Rahim Baba, jumlah levi yang dianggar dapat dipungut, berasaskan banci penyiasatan pembuatan bagi tahun 1989 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, jumlah upah gaji dianggarkan berjumlah $4,890 juta. Berasaskan kepada 1 % daripada jumlah up ah tersebut, jumlah levi adalah dijangkii sebanyak $48.9 juta setahun.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian ..... .

Tuan C. Krishnan: (Bangun).

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat Tuan C. Krishnan hendak minta penjelasan sedikit.

Tuan C. Krishnan: Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi jaminan bahawa siasatan akan dibuat terhadap perkara-perkara yang saya sebut mengenai barang-barang yang dihantar oleh Japanese Institute of Labour kepada MTUC dan barang­barang itu telahpun digunakan untuk Workers' Institute of Technology yang dipunyai oleh Transport Workers Union.

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Tuan C. Krishnan bukan berkaitan dengan Akta ini, sebab itu saya tidak jawab. Waiau bagaimanapun, Kementerian saya bolch ambil kira dan kalau ada apa-apa, Kementerian kita akan cuba selesaikan pcrkara ini.

Tuan Rahim bin Baba: (Bangun).

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Rahim minta penjelasan. Sila.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin menjelaskan sedikit, bagi pihak semua Senator saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana sesetengah soalan itu dapat dijawab dengan tepat. Maknanya pegawai-pegawai telahpun membuat homework, terutamanya soalan saya yang pertama tadi, mengenai levi yang akan dikutip setahun. Kita tidaklah hendak kata, kerana angka itu tcrlampau spesifik, tunggu esok

Page 81: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1303 3 JUN 1992 1304

ataupun kita minta secara bertulis. Jawapan macam inilah yang kita hendak, kerana seseorang Timbalan Menteri hendaklah bersedia dengan apa-apa jenis soalan yang dijangka akan disoal oleh Ahli-ahli Dewan Negara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Nampaknya Senator pun kena buat homework, Menteri pun kena buat homework.

Dato' M. Mahalingam: Semua orang kena buat homework, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Bukan budak-budak sekolah sahaja yang kena buat homework!

Dato' M. Mahalingam: Akhirnya saya mengucapkan terima kasih. sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Kementerian saya sebentar tadi. Suka juga 'saya maklumkan bahawa perkara yang berbangkit dan tidak· dapat saya jawab dalam Dewan yang mulia ini akan diambil perhatian yang serius olch Kementerian ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli­ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan Jawatankuasa.

bersidang sebagai

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 30 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Jadual-jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang cl,ilaporkan dcngan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG KA NUN T ANAH NEGARA

(HAKMILIK PULAU PINANG DAN MELAKA)(PINDAAN)

llacaan Kali Yang Kedua dan Kellga

6.24 pig.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (Tuan Mohd. Noh bin Rajah): Tuan Yang di-Pertua, saya m6hon men­cadangkan iaitu suatu Akta untuk meminda Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963 dibacakan kali yang kedua sckarang.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: Tuan Yang di-Pertua, sebelum Rang Undang-undang ini dibuka untuk dibahaskan, izinkan saya menerangkan latar be.lakang dan tujuan-tujuan Rang Undang-undang yang dibentangkan.

Mengikut Seksyen 108, Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963, Tanah-tanah Adat Mclaka atau Malacca Customary Land termasuk bangunan-bangunan di atasnya tidak boleh dimiliki, disewa dan dipajak oleh orang-orang bukan Mclayu. Sckatan-sekatan yang ketat

Page 82: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1305 3 JUN 1992 1306

yang tersebut di atas telah me­nimbulkan banyak kesukaran untuk membangunkan Tanah Adat Melaka, walaupun tanah-tanah terletak di lokasi yang baik dan berpotensi.

Antara masalah yang dihadapi ialah terhadnya kemampuan orang-orang Melayu Melaka untuk memajukan Tanah-tanah Adat Melaka. Justeru itu, tanah-tanah adat telah menjadi tcrbiar atau tidak mendapat pulangan yang maksimum. Untuk mengatasi keadaan yang tersebut serta meningkatkan pembangunan Tanah Adat Melaka ke tahap yang lebih pesat, dicadangkan bahawa Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Mclaka) 1963 dipinda untuk membolchkan orang bukan Melayu menyewa Tanah­tanah Adat Melaka bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun dan memajak, (lease) bagi tempoh tidak kurang dari tiga tahun tetapi tidak mclcbihi 30 tahun.Penyewa dan pemajak tcrscbut tidak boleh memberi penyewaan kecil, dengan izin, sub-tenancy atau pajakan kecil, dengan izin, sub-lease, dalam apa jua bentuk atau tempoh kepada mana­mana orang bukan Melayu sepanjang tempoh berkuatkuasa penyewaan atau pajakan tersebut.

Dengan demikian, walaupun pasaran sewaan dan pajakan tanah adat Mclaka akan diperluaskan, akan tctapi pemilikan tanah itu akan terus kckal di tangan orang-orang Melayu. Apabila sekatan ke atas penyewaan dan pajakan tanah adat Melaka dilonggarkan rnenurut cadangan pindaan kcpada Seksyen 108 Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963, adalah dipercayai tanah­tanah adat dapat dimajukan secara optimum dengan lebih mudah dan berkesan. Strategi baru pembangunan Tanah Adat Melaka akan dapat meningkatkan taraf ekonomi tuan-tuan Tanah Adat Melaka dan sekaligus dapat mencapai matlamat Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Malaysia Keenam.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menerangkan dengan ringkas unsur­unsur utama dalam Rang Undang­undang ini sebelum dibuka untuk dibahaskan.

Seksyen 108(l)(a) melarang sepenuhnya pajakan Tanah Adat Melaka kepada mana-mana orang yang bukan orang Melayu. Pindaan yang dicadangkan di Fasal 2 bertujuan mcngubahsuaikan larangan ini dengan membenarkan penyewaan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun dan pajakan bagi tempoh tiga tahun tetapi tidak mclcbihi 30 tahun. Waiau bagai­manapun, penyewaan dan pajakan itu tcrmasuk penyewaan kecil dan pajakan kccil dalam apa jua bentuk dan tempoh masa tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana orang bukan Melayu.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon dcngan hormatnya mencadangkan.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli­ahli Yang Berhormat, rilasalah di hadapan Majlis iaitu suatu akta untuk meminda Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

(Tiada perbahasan) Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang~undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatan­kuasa.

Page 83: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1307 3 JUN 1992 1308

{Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG TRIBUNAL PERKHIDMATAN

AWAM (PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

6.30 ptg.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Othman bin Abdul): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Tribunal Perkhidmatan Awam 1977 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memakiumkan bahawa Kerajaan tclah melaksanakan saraan, had-had dan syarat-syarat perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) bagi pegawai-pegawai awam mengikut syor­syor dan laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam (JKKMGSA).

SSB ini mula berkuatkuasa pada 1 hb Januari 1992. Kerajaan sedar bahawa perasaan terkilan di kalangan setengah­setengah pegawai awam akan berbangkit apabila suatu sistem saraan baru yang menyeluruh dilaksanakan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Tribunal Perkhidmatan Awam telah diwujudkan dalam tahun 1977 di bawah Akta Tribunal Perkhidmatan Awam 1977 sebagai satu badan bebas untuk menimbang dan memutuskan pertikaian mengcnai

anomali yang berbangkit daripada pelaksanaan Laporan-laporan Gaji Sufian, Aziz, Harun dan Jawatankuasa Kabinet.

Di bawah Akta ini, pegawai­pegawai awam boleh mengemukakan tuntutan-tuntutan yang mereka anggap anomali kepada Kerajaan untuk dirundingkan. Sekiranya penyelesaian tidak dicapai di peringkat rundingan, maka tuntutan-tuntutan berkenaan bolchlah dirujuk kepada Tribunal. Dalam tahun 1988, Akta ini telah dipinda dcngan memberi tempoh 3 tahun lagi untuk mengemukakan tuntutan yang dianggap anomali kepada Kerajaan. Tempoh tersebut telah berakhir pada 19hb Februari, 1991 dan sejak dari tarikh itu Kerajaan tidak lagi mendaftarkan apa-apa tuntutan.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang­undang ini bertujuan membolehkan pegawai-pegawai awam menge­mukakan tuntutan-tuntutan yang mcrcka anggap anomali yang ber­bangk it daripada pelaksanaan SSB scrta mcmbolehkan Tribunal menye­lcsaikan tuntutan-tuntutan tersebut. Di samping itu, pindaan-pindaan tersebut juga bertujuan memperkemaskan lagi proses penyelesaian pertikaian di oawah Akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mem bcri penjelasan secara ringkas pindaan-pindaan yang dicadangkan di dalam Rang Undang-undang ini seperti bcrikut:

(a) Takrif Anomali yang baru:

Takrif Anomali yang baru di bawah seksyen 2( c) yang mem bolehkan tuntutan-tuntutan yang berbangkit daripada pelak­san aan Laporan JKKMGSA dipertimbangkan.

Page 84: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1309 3 JUN 1992 1310

(b) Takrif Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam:

Takrif Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam di bawah seksyen 2 adalah bagi membezakan daripada Jawatankuasa Kabinct yang dibentuk dalam tahun 1976 untuk menyemak laporan semakan Suruhanjaya Gaji DiRaja 1975.

(c) Takrif Perkhidmatan Awam:

Takrif Perkhidmalan Awam yang diperuntukkan sekarang tidak merangkumi Pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Oleh kerana La po ran JKKMGSA mengandungi syor­syor tertentu mengcnai saraan anggota-anggota Pasukan polis piRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, maka takrif Perkhidmatan A warn yang sedia ada itu dipinda bagi/untuk meliputi Pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Temcra Malaysia.

(d) Rujukan tuntutan yang berbangkit daripada pelak­sanaan SSB:

Seksyen l 1(2A) dipinda untuk membolehkan pegawai-pegawai awam me~emukakan tumutan yang berbangki t dari pad a pelaksanaan SSB dalam lcmpoh satu tahun.

(e) Prerogatif Pengurusan:

Kerajaan ingin memaklumkan bahawa bukan semua perkara berkait.an dengan saraan, had­had dan syaral-syaral perkhidmatan anggota-anggola Perkhidmatan Awam boleh dirundingkan di antara pegawai yang terkilan dan Kerajaan ataupun dirujuk kepada

Tribunal. Seksyen 13 Akta Tribunal Perkhidmatan Awam 1977 sudahpun menetapkan beberapa perkara yang diiktiraf sebagai prerogatif pengurusan dan perkara-perkara ini tidak boleh dirundingkan atau dirujuk kepada Tribunal. Seksyen I3 ini dipinda untuk memperjelaskan lagi perkara-perkara prerogatif pengurusan yang tidak boleh dirujukkan kepada Tribunal.

(f) Pertikaian mengenai perkara­perkara prerogatif pengurusan:

Seksyen I I dipinda untuk membolehkan Kerajaan mem­perakui, dengan izin, certify sesuatu pertikaian itu adalah semata-mata a tau pada matannya mengenai perkara prerogatif penguru~an dan dengan itu tidak boleh dirujuk kepada Tribunal.

( g) P ertimbangan ke at as pertikaian mengenai perkara­perkara prerogatif pengurusan:

Seksyen 14 dipinda supaya Tribunal tidak melayan atau menyiasat sesuatu pertikaian yang telah diperakukan oleh Kerajaan sebagai perkara prerogatif pengurusan.

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

Tuan Yang di-Pertua, pindaan­pindaan yang dicadangkan ini bertujuan membolehkan pegawai­pegawai awam, pegawai-pegawai dan anggota-anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia mengem ukakan perasaan terkilan mereka yang mungkin berbangkit daripada pelaksanaan SSB. Selain daripada itu, proses penye­lesaian pertikaian dapat diperkemaskan lagi supaya pengendalian tuntuta~­tuntutan anomali daripada pegawa1-pegawai .awam berjalan dengan lancar.

Page 85: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1311 3 JUN 1992 1312

Kerajaan yakin bahawa melalui pindaan-pindaan yang dicadangkan ini, sahiran penyelesaian pertikaian dalam Perkhidmatan Awam akan terus terpelihara dan perhubungan per­usahaan diperkukuhkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Dr Sak Cheng Lum: Tuan Yang di­Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk meminda Akta Tribunal Perkhidmatan A warn 1977 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Tan Sri Ghazali.

6.36 ptg.

Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong Rang Undang-undang ini, akan tetapi saya ingin minta penjelasan terhadap yang disebutkan bahawa Rang Undang-undang ini ada termasuk erti istilah Perkhidmatan Awam untuk memasukkan Pasukan Polis dan Angkatan Tentera. Dari segi pihak Angkatan Tentera itu saya kurang pasti. Adakah ini bermakna apa yang tercatat pada Fasal 13, mukasurat 3, semuanya itu refer, dengan izin, kepada apa yang dinyatakan itu ataupun tidak.Kalau dari segi naik gaji, turun gaji dan komplen, itu saya faham.Tetapi. kalau termasuk yang ada tercatat dalam mukasurat 3, seksyen 13(a) sampai (p) itu, saya kurang pasti. Jadi saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sahaja.

Selain daripada itu, saya sokong Rang Undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua: Dijemput Setiausaha Parlimen menjawab.

6.38 ptg.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali yang telahpun memohon penjelasan mengenai perkara ini. Memang benar bahawa sekarang dalam Tribunal ini kita memasukkan Polis dan Tentera.

Yang dimaksudkan dengan seksyen 13, Akta 186 di mana kita menjeniskan prerogatif pihak pentadbiran di mana sekarang ini kita memperjelaskan sebenarnya ada 8 keseluruhannya di dalam Akta asal yang mana ini adalah terletak di ba wah perkara 13 dan sekarang ini pihak pengurusan boleh memperjelaskan a tau boleh mengklasifikasikan apa-apa lagi yang disebutkan sebagai prerogatif yang tidak boleh dirujuk kepada pihak Tribunal. Di sini kalau diizinkan, saya membacanya sedikit, iaitu:

the creation or grading of posts;

the creation or grading of schemes of service;

the promotion of a public officer from a lower grade to a higher grade;

• the transfer of a public officer;

the appointment of any person into the public service;

the termination of the service;

the dismissal and reinstatement;

the assignment or allocation of duties in the public service;

Page 86: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1313 3 JUN 1992 1314

Ini yang tercatat sekarang di dalam Akta 186, Seksyen 13.

Saya perjelaskan lagi di sini, mengulangi lagi bah a wa pihak pengurusan dapat menambahkan lagi perkara-perkara yang disebuLkan prerogatif yang tidak boleh dirujuk kepada Tribunal supaya pengurusan akan dapat berjalan dengan baik.

Jadi, itulah sedikit penjclasan saya kepada apa yang disebutkan olch Yang Berhormat Tan Sri Ghazali.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi dipuluskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang scbagai Jawatankuasa.

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

. RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PELABUHAN

BINTULU (PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Kctiga

6.44 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin .Paduka Hajah Zaleha binti

Ismail): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1991 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Rang Undang-undang ini bertujuan meminda Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981. Sejak pelaksanaan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu pada tahun 1981, Akta tersebut hanya dipinda sekali pada tahun 1987. Kementerian Pengangkutan dan pihak Lembaga Pelabuhan Bintulu telah mendapati bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu dipinda demi kelicinan pentadbiran dan bersesuaian dengan masa sekarang. Pada amnya, pindaan yang dicadangkan boleh dibahagikan kepada tiga perkara iaitu pemaliman, dcnda dan lain-lain.

Pada masa ini, hanya malim Lembaga Pelabuhan Bintulu yang boleh memalim kapal dalam kawasan pemaliman pelabuhan. Pindaan dibuat bagi membolehkan malim yang bukan pekcrja Lembaga Pelabuhan Bintulu untuk memalim kapal dalam kawasan pcrairan pelabuhan tetapi mereka mesti dilcsenkan oleh Jawatankuasa Pema­liman Pelabuhan. Dengan demikian, segala peruntukan dalam Akta ini yang mengawasi kegiatan dan kelakuan malim Lembaga perlu dipinda untuk membawa ke dalam lingkungannya malim-malim yang dilesenkan.

Denda

Lembaga Pelabuhan Bintulu bercadang menaikkan denda untuk bebcrapa jenis kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini. Kenaikan ini perlu memandangkan jumlah yang dikenakan sekarang telah lama dibuat dan adalah tidak sesuai lagi. Keba­nyakan daripada denda dinaikkan dari $500 ke $2,000, dari $1,000 ke $2,000 dan ada juga ke $5,000. Kenaikan denda adalah untuk kesalahan seperti memberi penyataan palsu mengenai muatan, dengan izin, "tonnage'',

Page 87: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1315 3 JUN 1992 1316

tuntutan dan dokumen temang kargo, memberi maklumat palsu tentang paras draught atau benaman air kapal, kegagalan pemunya kapal menggunakan malim Lembaga Pelabuhan atau malim yang dilesenkan untuk memalim kapal dalam kawasan pemaliman wajib; menghalang pekerja Lembaga Pelabuhan menaiki kapal bagi tujuan penyiasatan tentang kesalahan yang dilakukan dan mengendalikan kargo melalui pantai pelabuhan foreshore tanpa kebenaran Lembaga Pelabuhan.

Di samping itu, pindaan juga dibuat untuk memberi kuasa kepada Lembaga Pelabuhan mengenakan denda kepada sesiapa yang melanggar perintah atau arahan dalam mana-mana juga kawasan pelabuhan. Peruntukan yang sedia ada hanya meliputi kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan dermaga sahaja. Satu lagi pindaan memberi kuasa kepada Pengurus Besar Pelabuhan mengenakan kompaun ke atas beberapa kesalahan terhadap peruntukan-peruntukan Akta ini.

Memperuntukkan k'uasa mem­bolehkan Lembaga Pelabuhan menjalankan aktiviti-aktiviti tambahan yang ada kaitan dengan akti vi ti pelabuhan seperti mentadbir pelabuhan kering dan sebagainya; membolehkan Lembaga Pelabuhan membcri sumbangan kewangan untuk kebajikan kakitangannya; membolehkan Lembaga Pelabuhan membuat undang-undang kecil berkaitan dengan tender dan kontrak; membolehkan Lembaga Pelabuhan mendapat kembali perbelanjaan yang telah dilakukan untuk mengganti atau membaiki kerosakan harta-benda yang disebab­kan oleh keengganan atau kecuaian mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang diberi menurut Akta ini; dan memperuntukkan seksyen baru untuk mengawal perbuatan syarikat yang dilesenkan oleh Lembaga Pefabuhan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara­perkara yang telah saya sebutkan itu adalah perkara-perkara akan dipinda dalam Akta Lembaga Pelabuhan B intul u 1981. Say a ingin memak­Iumkan bahawa Akta Lembaga Pclabuhan Bintulu (Pindaan) 1992 ini tidak melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mcncadangkan.

Dr Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pcrtua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk meminda Akla Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Bcrhormat Tuan Ding Seling.

6.48 ptg.

Tuan Ding Seling: Tuan Yang di­Pcrtua, saya bangun untuk menyokong suatu Akta meminda Akta Lembaga Pclabuhan Bintulu 1981.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum, bandar Bintulu adalah scbuah bandar di Malaysia ini yang sangat pesat membangun dalam 10 Lah un yang Jal u dan oleh yang dcmikian adalah wajar bagi Kerajaan untuk memikirkan_satu Undang-undang yang dinamik oleh kerana Lembaga Pelabuhan Bintulu juga sama-sama pesat membangun ataupun pesat membesar dari segi aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam Lembaga Pclabuhan itu.

Dalam pada itu, Tuan Yang di­Pertua, saya ingin juga memberi pandangan sedikit mengenai Rang Undang-undang yang dikemukakan kepada kita ini. Pertama sekali

Page 88: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1317 3 JUN 1992 1318

mengenai denda. Denda yang dicadangkan dan disarankan kepada kita dalam Rang Undang-undang ini adalah di antara $500 sehingga $2,000 dan seterusnya dari $1,000 sehingga $2,000 dan ada juga ke $5,000. Saya kurang tahu apakah dasarnya perubahan ini dibuat sehingga beberapa ratus ganda, dari $500 sehingga $1,000 itu adalah 100 kali ganda dan seterusnya ada juga yang dari $1,000 sehingga $5,000.

Adakah ini menggambarkan aspck­aspek seperti inflasi dan nilai wang kita agak menurun sangat ataupun aspek­aspek yang lain iaitu dari segi banyaknya, kerapnya kes-kes yang kurang elok berlaku di tempat itu.

Kalau ianya yang kedua, iaitu kes­kes jenayah, tidak jujur melaporkan dari segi tonnage dan sebagainya, apakah sebabnya? Adakah mt disebabkan oleh kerana keruntuhan moral orang-orang yang menggunakan Lembaga Pelabuhan itu ataupun adakah ini dari aspek-aspek yang lain, misalnya dari segi machinery yang ada pada kita? Itu yang pertama.

Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, ialah mengenai rancangan ataupun cadangan untuk memberi, mengutip wang untuk kebajikan pekerja-pckcrja, iaitu perubahan pada Fasal 6 be;tujuan untuk meminda Seksyen 14, Akta ibu.

Saya menyanjung tinggi tujuan ini, kerana ini adalah merupakan satu­satunya di mana Kementcrian berkenaan menunjukkan bahawa negara kita bukan sahaja . me­mentingkan pembangunan fisikal, tetapi juga pembanguna_n manusia. Mementingkan pembangunan manusia yang menjadi nadi kepada aktiviti­aktiviti yang berlaku di tempat seperti pelabuhan itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Kemen­terian yang berkenaan oleh kerana menyelitkan aspek ini dalam pindaan Rang Undang-undang yang dicadang­kan ini. Saya hanya berharap mereka yang dekat kepada daerah Bintulu ini sedar mengenai cadangan ini, dan tahu bahawa Kerajaan bercadang melak­sanakan perkara ini nanti, khususnya mereka yang dahulu dalam pilihanraya Parlimen 1990 dan dalam pilihanraya ncgcri Sarawak pada September, 1991 yang menentang Kerajaan dengan begitu hebat, sedar bahawa inilah satu­satunya Kerajaan Barisan Nasional yang mementingkan rakyatnya bukan sahaja dari segi pembanguan fisikal, tctapi kebajikan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian yang berkenaan. Oleh kerana memikirkan perkara­pcrkara mengenai pemaliman seperti yang kita sedia maklum, seperti saya sebutkan awal-awal tadi juga bahawa aktiviti-aktiviti di pelabuhan itu pesat membangun dari setahun ke setahun, maka adalah begitu wajar untuk mcluaskan aktiviti-aktiviti pemaliman ini bukan sahaja kepada yang ada sekarang di bawah jagaan Lembaga Pclabuhan Bintulu, tetapi juga kepada orang-orang luar.

Pada pendapat saya, Tuan Yang di­Pertua, ini adalah begitu baik untuk memberi peluang yang luas kepada bukan sahaja orang tempatan, tetapi orang-orang Malaysia yang mungkin mempunyai kemahiran dalam aspek­aspek pemaliman. Dengan ini saya rasa timbullah satu skop lagi untuk mereka dalam perkhidmatan m1 untuk meluaskan pengalaman mereka dalam pekhidmatan yang tersebut. Dan mengenai pengluasan pemaliman ini, ianya juga memberi peluang kepada orang-orang tempatan dan orang-orang

Page 89: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1319 3 JUN 1992 1320

Malaysia untuk menceburkan diri di dalam kontrak-kontrak di dalam pemaliman.

Dalam ketiga-tiga aspek itu, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh cadangan Kementerian ini untuk memindakan Rang Undang-undang ini. Bagaimanapun saya ingin memberi satu pandangan sedikit mengenai kuasa yang diberi kepada Lembaga Pelabuhan iaitu kuasa meminjam wang dan kuasa menguruskan wang itu.

Saya tidak menyoal kebolehan, kemahiran ataupun kewibawaan mereka yang akan menguruskan wang yang dipinjamkan itu nanti, tetapi apa yang saya ingin sarankan di sini, ialah supaya proses-proses pengurusan sebelum meminjam itu adalah diselaraskan sejak permulaan, iaitu oleh Kementerian Kewarigan atau Kementerian yang berkenaan supaya keadaan itu tidaklah akan menimbulkan prasangka kemudian nanti.

Maka dengan itu, Tuan Yang di­Pertua, saya ingin menyatakan sekali lagi sokongan saya kepada Rang Undang-undang ini untuk diluluskan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

6.53 pig.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormal Tuan Ding Seling yang Lelah memberikan pandangan dan pendapal mengenai peruntukan-peruntukan pindaan yang dibuat dalam Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu ini.

Memang kita menyedari dan kita ketahui bahawa kepesatan pem­bangunan Lembaga Pelabuhan Bintulu ini tidak dapat kita sekat-sekat, kerana ianya adalah satu pelabuhan yang begitu popular dari segi LNG, dan ini juga adalah satu-satunya pelabuhan di negara kita yang menguruskan gas cecair dan LNG ini.

Mengenai denda yang telah disebut oleh Yang Berhormat tadi b-ukan semata-mata kerana inflasi, tetapi kcrana ianya telah begitu lama sejak tahun 1981 sehingga hari ini. Dan dcngan keadaan inflasi dan juga dengan kcadaan kenaikan harga barang dan sebagainya serta upah-upah, maka wajarlah denda-denda ini dinaikkan kerana $500 bagi setengah-setengah pihak hari ini tidak ada apa-apa pada dia, dengan izin, chickenfeed sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita terpaksalah menaikkan daripada $500 ada yang kepada $1,000 dan yang $500 dahulunya ada yang kepada $2,000 dan ada pula yang $5,000 tadi seperti Yang Bcrhormat tanyakan itu terlalu besar sangat kenaikannya, ianya adalah daripada $2,000 kepada $5,000 bukan $500 kepada $5,000.

Mengenai peruntukan yang membolchkan Lembaga Pelabuhan Bintulu ini memberikan sumbangan kcpada kebajikan pekerja, kerana pelabuqan ini begitu membangun dan kakitangannya juga bertambah, maka didapati sumbangan daripada pihak Lcmbaga itu sendiri kepada kebajikan pckerja-pekerja adalah sesuai dan sangat perlu. Oleh yang demikian, kita mcmberikan satu peruntukan kepada kebajjkan pekerja ini. Begitu juga mengenai aktiviti pemaliman, oleh kerana begitu banyak bilangan kapal yang masuk dan keluar daripada pelabuhan ini, maka malim-malim yang ada dcngan Lembaga kadang-kadang tidak mcncukupi, dan kalau Lembaga

Page 90: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

------ - --------------

1321 3 JUN 1992 1322

hendak menggajikan semua malim sampai berpuluh-puluh orang pun tidak ekonomik. Oleh kerana itu sebagai cadangan seperti kata Yang Berhormat tadi, kita beri satu peluang atau satu skop yang terbesar kepada mereka yang berkepakaran sebagai malim untuk membolehkan mereka mendapat ganjaran daripada kerja-kerja pemaliman ini.

Kuasa yang diberikan kcpada Lembaga ini iaitu meminjam dan menguruskan wang, scbcnarnya pengurusan wang ini dikawal oleh pihak Kementerian dan peminjaman ini juga mestilah dengan kebenaran Yang Berhormat Menteri dan juga dengan kebenaran Yang Berhormat Menteri Kewangan. Oleh yang demikian, pengawasan itu memang ada peruntukannya dan saya harap Yang Berhormat tidaklah bimbang atas perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja penjelasan saya mengenai tiga pcrkara yang telah dibangkitkan olch Yang Berhormat.

Tuan Yang oi-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai J awatan­kuasa.

(Tuan Yang di-Pertua pengerusikan Jawatankuasa)

mem-

Fasal 1 hingga 30 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PENCEN (PINDAAN)

Bacaan Kall Yang Kedua dan Ketlga

7.00 mlm.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang­undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Pencen 1980, (Akta 227) dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan telah melaksanakan saraan had-had dan syarat-syarat perkhid­matan di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) bagi pegawai-pegawai awam mengikut syor-syor Laporan Jawa­tankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam.

SSB ini mula berkuatkuasa pada lhb Januari, 1992. Dua daripada syor-syor Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mcngcnai Gaji Sektor Awam telah ditcrima oleh Kerajaan dan menyentuh pcrbckalan Akta Pencen 1980, (Akta 227).

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Dewan sedia maklum, Akta Pencen 1980 ialah Rang Undang-undang Pencen yang mentadbirkan urusan persaraan dan pengurniaan faedah pcrsaraan bagi anggota perkhidmatan awam. Akta berkenaan telah bcrkuatkuasa pada lhb Januari, 1976.

Rang Undang-undang Akta Pencen {Pindaan) 1992 yang dicadangkan ini bcrtujuan untuk meminda Akta Pencen

Page 91: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1323 3 JUN 1992 1324

1980 bagi melaksanakan dua keputusan Kerajaan iaitu:

(i) Cadangan mengurangkan tempoh perkhidmatan bagi tujuan pemberian taraf berpencen daripada IO tahun kepada 3 tahun.

(ii) Cadangan untuk membolehkan anggota perkhidmatan awam sama ada lelaki atau perempuan yang bersara secara pilihan sendiri pada umur 40 tahun dibayar ganjaran dan gantian cuti rehat sebaik sahaja anggota berkenaan mula bersara.

Pembayaran pencen pula dibuat mengikut perbekalan di dalam Rang Undang-undang yang sekarang ini iaitu pada umur 45 tahun bagi anggota perempuan dan umur 50 tahun bagi anggota lelaki yang dilantik sebelum 12hb April, 1991. Dan pada umur 55 tahun bagi mereka yang dilantik pada atau selepas tarikh tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, berikut adalah perihal mengenai pindaan-pindaan yang dicadangkan:

Pindaan seksyen 7-Buat masa sekarang, seseorang anggota tetap boleh diberi taraf berpencen jika dia telah genap tempoh selama tidak kurang daripada 10 tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira. Peruntukan ini dibuat berdasarkan La po ran Jawatankuasa Kabinet Mengenai Gaji pada tahun 1976.

Di bawah SSB, Kerajaan telah bersetuju supaya tempoh perkhidmatan bagi tujuan pemberian taraf berpenccn dikurangkan daripada 10 tahun kepada 3 tahun. Bersesuaian dengan keputusan Kerajaan itu, seksyen 7 dicadangkan dipinda bagi membolehkan seseorang anggota tetap diberi taraf sebagai anggota berpencen, jika ia telah genap tempoh selama tidak kurang daripada 3 tahun perkhidmatan yang bolch dimasukira.

Pindaan seksyen 12-Di bawah SSB, Kerajaan telah bersetuju supaya anggota perkhidmatan awam yang memilih bersara pada umur 40 tahun dibayar ganjaran dan gantian cuti rehat sebaik sahaja mereka mula bersara. Pada masa sekarang pembayaran ganjaran dan gantian cuti rehat kepada anggota perkhidmatan awam yang bersara secara pilihan sendiri pada umur 40 tahun dibuat pada genap umur 45 tahun bagi anggota perempuan dan 50 tahun bagi anggota lelaki yang dilantik sebelum 12hb April, 1991. Bagi anggota yang dilantik pada atau selepas tarikh tersebut, pembayaran adalah dibuat pada umur persaraan wajib iaitu 55 tahun.

Bcrikutan dengan pelaksanaan SSB, seksyen 12 dicadangkan dipinda, untuk membolehkan ganjaran dan ganti cuti rehat dibayar kepada semua anggota perkhidmatan awam yang bersara secara pilihan sendiri pada umur 40 tahun. Waiau bagaimanapun, tarikh pembayaran pencen kepada mereka masih dikekalkan iaitu pada genap umur 45 tahun bagi anggota perempuan dan genap umur 50 tahun bagi anggota lelaki yang _dilantik sebelum 12hb April, 1991 dan apabila genap umur 55 tahun bagi mereka yang dilantik pada atau selepas tarikh tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon m cncadangkan.

Dr Sak Cheng Lum: Tuan Yang di­Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu Akta bagi meminda Akta Pencen 1980 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba.

Page 92: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1325 3 JUN 1992 1326

7.06 mlm.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong suatu Akta bagi meminda Akta Pencen 1980. Dalam menyokong Usul ini, saya ingin membuat beberapa pertanyaan kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen.

Mengikut Fasal 3 Akta ini bahawa dengan tujuan untuk meminda seksyen 7 Akta bagi membolehkan seorang pegawai tetap diberi taraf sebagai seorang pegawai pencen jika dia Lelah genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga tahun perkhidmatannya yang boleh dimasukira. Pada masa sekarang, seorang pegawai tetap yang boleh diberi taraf sebagai seorang pegawai pencen jika dia telah genap tempoh selama tidak kurang daripada 10 tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira. Saya mengucapkan tahniah dan juga syabas pada pihak Kcrajaan kerana prihatin tentang masalah yang dihadapi oleh pegawai-pcgawai Kerajaan. Coma satu persoalan saya ialah bagaimana kedudukan setcngah­setengah daripada pegawai kita yang telahpun bersara ataupun yang telahpun berhenti sehelum pindaan ini dibuat? Umpamanya, mungkin ada yang telah bekerja enam ataupun tujuh tahun sebelum ini, tetapi sekarang ini telahpun meletakkan jawatan. Jadi, mereka ini seolah-olah tidak akan dibayar pencen kalau mengikut Akta ini. Adakah Akta ini akan meliputi mereka ini juga?

Yang keduanya ialah tentang bayaran, iaitu Fasal 4 di mana ia membolehkan ganjaran dan award wang tunai diberi sebagai ganti cuti rehat yang terkumpul atau lain-lain faedah diberikan kepada seorang pegawai ketika persaraannya. Kita memang mengalu-a\ukan bayaran gratuity ataupun award wang tunai dan

juga cuti rehat \c.erana dengan ini mem buatkan pegawai Kerajaan lebih bekcrja kuat lagi. Tetapi sepertimana yang telahpun diterangkan oleh Sctiausaha Parlimen tadi bayaran hanya akan dibuat selepas genap 45 tahun bagi pegawai wanita, dan juga 50 tahun bagi lelaki. Apa yang saya sarankan ialah supaya bayaran ini juga walaupun dibayar lewat apabila mereka ini menjelang umur 45 ataupun 50 tahun bagi perempuari ataupun lelaki, kita juga berharap supaya satu kadar faedah dibayar dikira daripada tempoh sepatutnya mereka ini bersara ataupun ganjaran ini sepatutnya diberikan. Katalah kalau dia bersara umur 35 tahun, hanya 40 tahun baru dia terima. Saya harap juga dapat difikirkan satu ganjaran faedah, kerana wang ini sepatutnya adalah wang mereka, dan mercka sepatutnya telahpun terima pada umur 35 tahun. Tetapi kerana dilewatkan-kalau wang ini di­masukkan pun disimpan di dalam bank ataupun institusi kewangan, mungkin pegawai-pegawai ini juga akan mcndapat pulangan faedah ataupun sebagainya.

Cuma ini pandangan saya, dan juga persoalan saya dalam menyokong Rang Undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali.

7.10 mlm.

Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong juga Rang Undang-undang ini akan tetapi saya ingin menyarankan perasaan saya terhadap yang diubahkan dari 10 tahun ke 3 tahun itu, adakah ini bermakna Kerajaan boleh anggapkan ramai lagi pegawai-pegawai yang mungkin ingin berhenti? Kalau begitu, bolch kita kira pada tiap-tiap tahun ramai pegawai-pegawai yang

Page 93: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1327 3 JUN 1992 1328

berkaliber ataupun berexperienced berhenti dan mendatangkan mudarat efficiency Kerajaan kita.

yang ini akan kepada

Jadi, ini yang saya ingin tahu daripada Yang Berhormat dan sekiranya begitu, apakah langkah­langkah yang Kerajaan sedang aturkan sekiranyalah perkara seperti ini akan berlaku? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri.

7.11 mlm.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: 'ruan Yang di-Pertua, saya cuma untuk menambah kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormal Tan Sri Ghazali sebentar tadi.

Kalau Tan Sri bimbang dari segi iaitu yang berkaliber akan mengambil kesempatan ini dan keluar, say a bimbang volume pula. Kalau sekaligus semua berhenti kerana mengambil kesempatan ini, apakah Kerajaan bersedia untuk menampung ke­kosongan yang mungkin berlaku kalau diambil kesempatan ini oleh semua pegawai Kerajaan? lni pandangan saya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Rosalind Yau Shuk Meng.

7.12 mlm.

Puan Rosalind Yau Shuk Meng: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun juga menyokong Rang Undang-undang Akta Pencen 1980. Dengan meminda seksyen 7 dan seksyen 12, adalah merupakan satu berita gembira bagi pegawai-pegawai Kerajaan dan ini juga merupakan perhatian istimewa Kerajaan terhadap kebajikan pegawai­pegawai Kerajaan.

Mengikut pemerhatian saya dan maklumbalas dari orang ramai adalah

diakui peningkatan taraf perkhidmatan, sikap pekerja dan efficiency bekerja di kalangan pegawai-pegawai Kerajaan dan berbagai Kementerian jelas terserlah sejak beberapa tahun kcbelakangan ini terutamanya di bahagian yang berurusan dengan orang ramai.

Seyogia diterangkan dan diharapkan dengan pindaan Rang Undang-undang Akta Pcncen 1980 ini akan menghasilkan satu tekad dan kesedaran pegawai-pegawai Kerajaan untuk terus meningkatkan khidmat cemerlang dan bekerja keras dengan penuh dedikasi, agar perjalanan jentera Kerajaan akan menjadi lcbih licin dan teratur.

Dcngan ini, saya sekali lagi menyokong Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 1992. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Dijemput Sctiausaha Parlimen menjawab.

7.13 mlm.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kcpada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tclahpun mengambil bahagian di dalam pcrbahasan ini. Ada 4 orang semuanya, insya-Allah, secara ringkas saya akan jclaskan.

Pertama sekali Yang Berhormat Rahim Baba tentang perbezaan apakah mereka yang bersara sebelum daripada tarikh penguatkuasaan Rang Undang­undang ini akan diberi juga keistimewaan ini. Ini sudah pasti, bahawa Kerajaan telahpun menetapkan tarikh tertentu yang akan diberikan ganjaran, yang diberikan kemudahan dan keistimewaan ini sebabnya apabila perkhidmatan itu ditamatkan sebelum sesuatu Rang Undang-undang itu diluluskan, maka perkhidmatannya itu dikira tamat pada tarikh dia meletakkan jawatan.

Page 94: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1329 3 JUN 1992 1330

Jadi, orang-orang ataupun pegawai yang meletakkan jawatan sebelum daripada tarikh ini, sudah pasti mereka tidak akan berkelayakan untuk mendapat taraf yang sama sepertimana yang telahpun saya huraikan di dalam Akta ini.

Perkara yang kedua ialah mengenai mengapa persoalan sampai 4S dan SO tahun bagi wanita dan lelaki mendapat bayaran pencen mereka sedangkan mungkin seorang pegawai itu meletak jawatan umurnya 40 tahun, S tahun kemudian baru dia mendapat pcnccn. Ini sudah dijelaskan bahawa supaya setiap yang berpencen ini, bagi mcrcka yang berpencen bermakna mcrcka tclah mengambil keistimewaan mercka di situ tetapi kalau bagi pegawai Kerajaan yang sedang bertugas, ianya terpaksa bekerja 8 jam sehingga umur mereka mencapai SS tahun bagi persaraan wajib, 4S tahun bagi wanita dan juga 50 tahun bagi lelaki yang kita bawakan ini.

Jadi, untuk samakan itu supaya pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat yang terus berkhidmat tetapi mereka tidak mendapat keistimewaan yang sama. Sebab itulah Kerajaan mengambilkira bahawa pada tarikh umur 4S tahun bagi perempuan dan 50 tahun bagi lelaki, mereka yang akan diberi ganjaran kemudahan-kemudahan ini untuk mendapat keistimewaan sepertimana yang telah dijelaskan oleh Yang berhormat berkenaan.

Bagi Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali dan juga Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri, dalam soal 10 tahun yang diturunkan kepada 3 tahun ini, sememangnya benar bahawa Kerajaan berusaha untuk mengurangkan saiz ahli-ahli Perkhidmatan Awam. Sekarang kita menanggung lebih 800,000 kakitangan Kerajaan dan saya dapati dalam satu bentuk yang besar

m1, Kerajaan tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan mengurus yang besar juga untuk negara. Dengan sebab itu, Kerajaan berusaha dengan mcmberi kemudahan-kemudahan dan insentif-insentif tertentu agar pegawai Kerajaan mendapat kemudahan untuk bersara awal supaya dapat kita kurangkan saiz perkhidmatan.

Waiau bagaimanapun, keraguan bahawa mungkin yang terbaik akan bersara, tiap-tiap seorang yang hendak bersara pilihan, mereka terpaksa memohon kepada Kerajaan dan Kerajaan mempertimbangkan. Jika jawatan itu adalah jawatan kritikal, jawatan yang sukar untuk diganti, jawatan kepakaran misalnya, maka sudah pasti Kerajaan tidak akan membenarkan dia berpencen pada umur pilihannya itu.

Jadi, saya rasakan keraguan­keraguan ini diambilkira oleh Kerajaan supaya memang tidak berlaku pegawai­pegawai yang berkebolehan, yang kita perlukan perkhidmatan mereka, kepakaran mereka berkhidmat, bcrpencen pada umur pilihan. Insya­Allah, memang itulah kedudukannya, Kerajaan akan mengkaji kepentingan kedudukan sesuatu jawatan sebelum meluluskan permohonan bagi sescorang pegawai untuk berpencen.

Saya juga tidak ada apa-apa jawapan untuk Yang Berhormat Rosalind, saya ucapkan terima kasih kerana pandangan beliau terhadap pcrkhidmatan Kerajaan kita yang sekarang dikatakan di kedudukan yang baik. Pandangan beliau, saya ucapkan tcrima kasih dan Tuan Yang di-Pertua, itulah sedikit maklumat-maklumat yang dapat saya berikan.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Page 95: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1331 3 JUN 1992 1332

Masalah dikemuka bagi dipuluskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatan­kuasa.

(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PENCEN PIHAK-PIHAK

BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN (PINDAAN)

Bacaan Kall Yang Kedua dan Kctiga

7.20 mlm.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan iaitu Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980, Akta 239 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Pertamanya saya ingin memak­lumkan bahawa Kerajaan telah melaksanakan saraan ada had dengan syarat-syarat perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) bagi pegawai-pegawai awam yang mengikul syor-syor Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam. SSB ini mulai berkuatkuasa pada lhb Januari, 1992. Dua daripada syor-syor Laporan Jawatankuasa Khas Kabinct Mengenai Gaji Sektor Awam yang

lelah. dilcrima oleh Kerajaan atau mcnycnluh perbekalan Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tcmpalan 1980.

Sebagaimana Dewan yang sedia maklum, Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 ialah Undang-undang Pencen yang mentadbirkan urusan persaraan dan pengurniaan faedah persaraan bagi anggota pihak-pihak bcrkuasa ber­kanun dan lempatan. Akta berkenaan telah berkualkuasa pada I hb Januari, 1976. Rang Undang-undang Akta Pcncen Pihak-pihak Berkuasa Ber­kanun dan Tempatan (Pindaan) 1992 yang dicadangkan ini bertujuan untuk meminda Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 bagi melaksanakan antara lain dua keputusan Kerajaan yang berkaitan dengan hal ehwal saraan anggota pihak bcrkuasa bcrkenaan, iaitu:

(1) Mcngenai keputusan mengu­rangkan tempoh perkhidmatan bagi tujuan pemberian taraf berpencen daripada 10 tahun ke 3 tahun;

(2) Mengenai keputusan mem­bolehkan anggota perkhidmatan awam sama ada lelaki atau pcrempuan yang bersara secara pilihan sendiri pada umur 40 tahun dibayar ganjaran dan ganlian cuti rehat sebaik sahaja anggota berkenaan mula ber­sara. Pembayaran pencen mereka masih dibuat mengikut perbekalan undang-undang yang ada sekarang ini, iaitu pada umur 45 tahun bagi anggota pcrempuan dan 50 tahun bagi anggota lelaki yang dilantik sebclum 12hb Disember, 1991, dan pada umur 55 tahun bagi mereka yang dilantik pada atau sclcpas pada tarikh tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, kedua, saya ingin memaklumkan bahawa menurut pcrbckalan seksyen 8, Akta Pencen

Page 96: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1333 3 JUN 1992 1334

Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980, majikan perlu membuat caruman bulanan kepada Kumpulan Wang Disatukan. Dcngan berkuatkuasanya Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991, Akta 454, peraturan itu hendaklah diselaraskan dengan mana majikan boleh terus membuat caruman kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen.

Ketiga, seterusnya saya ingin memaklumkan bahawa semasa Dewan ini meluluskan pindaan kepada Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980, Akta 239, dalam tahun 1980 terdapat sedikit kesilapan teknik percetakan di mana naskah Bahasa Malaysia Akta tcrsebut dicetak "55 tahun" sebagai umur yang boleh diambil kira seseorang lclaki sebagai setelah bersara apabila dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan lain. Sebenarnya umur yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi maksud itu ialah 50 tahun seperti tercetak di dalam naskah bahasa Inggcris. Perbezaan umur yang tcrdapat dalam naskah Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris perlu diselaraskan.

Tuan Yang di-Pertua, berikut adalah perihal mengenai pindaan-pindaan yang dicadangkan:

Pindaan seksyen 6-Buat masa sekarang, seseorang bertaraf tetap boleh diletak di bawah berpencen jika dia telah genap tempoh tidak kurang daripada 10 tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira. Peruntukan ini berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji, pada tahun 1976. Di bawah SSB, Kerajaan telah bersetuju supaya tempoh perkhidmatan bagi tujuan pemberian taraf berpencen dikurangkan daripada 10 tahun kepada 3 tahun. Bersesuaian dengan keputusan Kerajaan itu,

seksyen 6 dicadangkan dipinda bagi membolehkan seseorang anggota tetap diberi taraf sebagai anggota berpencen jika dia telah genap tempoh selama tidak kurang daripada 3 tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.

Pindaan seksyen 8-Pada masa sekarang seksyen 8, Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980, Akta 239, memperuntukkan supaya caruman bulanan pada kadar 171/2% daripada gaji anggota yang telah diberi taraf berpencen dan hendaklah dibayar oleh majikan kepada Kumpulan Wang Disatukan. Dengan berkuatkuasanya Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen, 1991, Akta 454, caruman berkenaan sepatutnya dimasukkan terus ke dalam Tabung Amanah Pencen. Oleh itu, cadangan pindaan kepada seksyen 8 ialah untuk membolehkan caruman

· majikan berkenaan dimasukkan terus ke dalam tabung amanah pencen terse but.

Pindaan seksyen 12-Di bawah SSB, Kerajaan telah bersetuju supaya anggota perkhidmatan awam yang memilih bersara pada umur 40 tahun dibayar ganjaran dan gantian cuti rehat scbaik sahaja mereka mula bersara. Pada masa sekarang, pembayaran ganjaran dan gantian cuti rehat kepada anggota perkhidmatan awam yang bersara secara pilihan sendiri pada umur 40 tahun dibuat pada genap 45 tahun bagi anggota perempuan d~n 50 tahun bagi anggota lelaki yang dilantik sebelum 12hb April, 1991.

Bagi anggota yang dilantik pada atau selepas tarikh tersebut, pembayaran adalah dibuat pada umur persaraan wajib iaitu 55 tahun. Berikutan dengari pelaksanaan SSB, seksyen 12 dicadangkan dipinda untuk membolehkan ganjaran dan gantian cuti rehat juga dibayar kepada semua anggota pihak-pihak berkuasa berkanun dan tempatan yang bersara

Page 97: PENYA TA RASMI P ARLIMENJilid II Bil. 7 MALAYSIA Hari Rabu 3hb Jun, 1992 PENYA TA RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1335 3 JUN 1992 1336

secara piJihan sendiri pada umur 40 tahun. Waiau bagaimanapun, tarikh pembayaran pencen kepada mereka masih dikekalkan iaitu genap 45 tahun bagi anggota perempuan dan genap 55 tahun bagi anggota lelaki yang dilantik sebelum 12hb April, 1991, dan apabila genap umur 55 tahun bagi mereka yang dilantik pada atau selepas tarikh terse but.

Pindaan seksyen 13~Seksyen 13 naskah Bahasa Malaysia, Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980, Akta 239 dicadang dipinda kerana terdapat kesilapan teknik percetakan, iaitu mengenai umur yang membolehkan seseorang pekerja lelaki disifatkan telah bersara apabila dilantik oleh/atau dengan kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat pada mana­mana pertubuhan lain. Begitu juga pindaan yang telah dibuat ke atas seksyen 13 Akta berkenaan pada 1985, seksyen 13(1), naskah Bahasa Malaysia, Akta berkenaan telah memperuntukkan bahawa jika pekerja lelaki yang berumur 55 tahun dilantik atau dengan kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan lain bila beliau disifatkan telah bersara, sedangkan naskah bahasa Inggeris menyebutkan umur 50 tahun. Bagi maksud yang sama, kesilapan percetakan dalam Akta naskah Bahasa Malaysia perlu diperbetulkan. Dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan adalah pekerja lelaki yang berumur 50 tahun boleh disifatkan telah bersara setelah dilantik atau dengan kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

L-Al7089.

Dr Sak Cheng Lum: Saya mohon mcnyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk meminda Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbµka untuk dibahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab tiada ahli yang hendak berucap, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kcdua sckarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatan­kuasa.

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Jawatankuasa)

Fasal I hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dcngan tidak ada pindaan:dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua: Dewan ditangguhkan sehingga pada pukul 2.30 pctang esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.30 ma/am.

"