penya ta ras mi parlimenjilid ii bil. 9 malaysia hari rabu 5hb ogos, 111!>2 penya ta ras mi...

94
Jilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL KEDUA Second Session KAND UN GAN MENGANGKAT SUMPAH: Y.B. Tuan Michael Bong Thiam Joon [Ruangan PENGUMUMAN TUAN YANG DI·PERTUA: Mengalu·alukan Ahli Barn [Ruangan 1549) Memperkenankan Akta-akta [Ruangan 1549] Perutusan daripada Dewan Rakyat [Ruangan 1551] Urusan Mesyuarat [Ruangan 1552] JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruaugan 1552] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1991 dan 1992) (No. 2) [Ruangan 1654] e [)ICETAKOLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD. !BU PE.JABAT. KUALA LUMPUR l'l<J4 PNMB

Upload: others

Post on 19-Feb-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

Jilid II Bil. 9

MALAYSIA

Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2

PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament

PENGGAL KEDUA Second Session

KAND UN GAN

MENGANGKAT SUMPAH:

Y.B. Tuan Michael Bong Thiam Joon [Ruangan 15~9)

PENGUMUMAN TUAN YANG DI·PERTUA:

Mengalu·alukan Ahli Barn [Ruangan 1549) Memperkenankan Akta-akta [Ruangan 1549]

Perutusan daripada Dewan Rakyat [Ruangan 1551] Urusan Mesyuarat [Ruangan 1552]

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruaugan 1552]

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1991 dan 1992) (No. 2) [Ruangan 1654]

e [)ICETAKOLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD. !BU PE.JABAT. KUALA LUMPUR l'l<J4

PNMB

Page 2: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

J

'

.... .. , . ;

--- -------~----------------

MALAYSIA

PARLIMEN KELAPAN-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KEDUA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, DATO' VADIVELOO A/L GovINDASAMY, D.P.M.S., S.M.S., A.M.N. (Dilantik).

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

.. ..

Menteri Belia dan Sukan, TUAN HAJI ANNUAR BIN MUSA (Dilantik).

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, TuAN ADAM BIN KADIR (Dilantik).

Timbalan Menteri Pertanian, DATO' S. SuBRAMANIAM, D.S.N.s., D.P.M.J., S.M.J. (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, DR SAK CHENG LuM (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, TUAN MusTAPA BIN MOHAMED (Dilantik). .

TUAN HAJI SYED ABDUL HAMID SAGAFF, P.I.S., B.S.I., P.P.N . (Dilantik).

TUAN HAn ABDUL MAJID BIN HAn ABDULLAH, P.1.s., P.P.M. (Johor) .

TuAN ABDUL RASHID BIN ISMAIL, A.M.N., P.K.T., P.J.K., P.J.M. (Pulau Pinang).

TUAN HAJI ABDUL SALAM BIN AWANG, A.M.N. (Dilantik) .

DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI ABDULLAH, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K., J.C. (Dilantik).

Tu.AN HAJI AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (Dilantik) .

PuAN RAJAH AsMAH BINTI HAJI IsMAIL, A.M.N., P.J.K. (Pahang) .

TUAN HAn AzMAN ATAR BIN OTHMAN, P.J.K., P.B.M. (Dilantik) .

DATO' AzUMU BIN TAK, D.P.M.P., P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak) .

TUAN MICHAEL BoNG THIAM JooN, A.B.s., J.B.s. (Dilantik) .

PUAN RAJAH CHE PORA BINTI HAJI OMAR, A.M.N., P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

DATO' WILLIAM CHEK LIN KWAI, D.S.D.K., A.M.K., P.P.N., J.P. (Dilantik).

TUAN CHONG Cm S10NG alias CHONG FAH (Negeri Sembilan) .

TUAN FRANKIE CHONG Yu CHEE, A.D.K. (Sabah) .

Page 3: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1543 5 ooos 1992 1544

Yang Berhormat TUAN DAHALAN BIN HAJI EMBUN (PerJis).

,,

,,

,,

,,

"

,,

,,

"

"

,,

TUAN DING SELING (Dilantik).

TUAN HAJJ DoL BIN DoLAH, A.M.N., P.P.N., J.P. (Melaka).

TUAN Foo BOON LIANG (Pahang Darulmakmur).

TUAN GHAZALI BIN HAJ1 EMBONG, P.J.K. (Dilantik).

PuAN HAIAH HABIDAH BINTI JusoH alias YusoF, P.J.K. (Terengganu).

w AN HAMID EDRUCE BIN TUANKU HAJI MOHAMAD, A.B.S. (Sarawak).

TUAN Ho CHENG WANG (Perak).

PuAN IDA DuMPANGAL NEE IDA UNDAN, B.s.K. (Sabah).

TUAN Isu BIN HAJJ SIPUT (Dilantik-Wilayah Persekutuan Labuan).

TUAN ITAM WAu BIN NAWAN, P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAJI JAMALUDIN BIN HAJI AHMAD, A.M.N., A.N.S., P.M.C., P.J.K., 1.c. (Negeri Sembilan).

TUAN JOHAN B.O.T. GHANI alias CHRISTOPHER, K.M.N. (Dilantik).

PuAN KALTHOM BINTI HAJJ OTHMAN (Kelantan).

TUAN C. KRISHNAN, A.M.N. (Dilantik).

PuAN LAw JACK YooN (Dilantik).

DATO' DR MAK HoN KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

TUAN HAJI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL Aziz, A.M.P., B.K.T. (Dilantik).

JEN. (B) TAN SRI DATO' MOHD. GHAZALI BIN DATO' MOHD. SETH, M.I.D., P.P.M., K.M.N., J.M.N., S.M.J., P.P.C., P.N.B.S., D.P.M.J., P.S.M., S.P.M.J. P.M.N., S.I.M.P., D.H.M.S., P.G.A.T. (Dilantik).

TUAN MoHD. ZAIN BIN HAII MAT DAUD (Kelantan).

TUAN MUNISAMY A/L KUPPAN, A.M.N., A.M.P., P.P.T. (Dilantik).

TUAN MUSTAFA BIN AWANG, P.P.N., P.J.K. (Terengganu).

TUAN NEO TUAN CHENG, P.P.N. (Johor).

TUAN NG PENG HAY, P.J.K. (Melaka).

DATO' Na THIAN HocK, D.s.s.A., s.M.s., P.J.K., J.P. (Dilantik).

TUAN RAHIM BIN BABA, A.M.P. (Dilantik).

PuAN ROSALIND y AU SHUK MENG, K.M.N., A.M.N. (Selangor).

PuAN HAJAH RosNAH BINTI HAJJ MOHD. SALLEH, A.M.N., P.I.K. (Dilantik).

..

~-

Page 4: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1545 5 ooos 1992 1546

Yang Berhormat TUAN SAAD BIN HAn MAN (Dilantik).

"

"

"

TUAN SAIDIN BIN MOHAMAD (Perlis).

TUAN V. K. SELLAPPAN, s.s.A., A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN SHUIB BIN ENDur, A.M.N., A.M.K., P.J.K. (Kedah).

TUAN HAn SHUIB BIN SHAWAL, A.M.K., A.M.N., P.J.K. (Kedah).

TUAN DouGLAs SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).

DATUK TAN GIM HUA, D.M.P.N., J.M.N., J.P. (Pulau Pinang).

DATO' TAN Trnw BocK, o.P.M.P., A.M.P. (Dilantik).

TUAN TIONG THAI KING (Dilantik).

TUAN K. VIJAYANATHAN A/L KESAVA PILLAI, D.J.N., K.M.N., P.J.K. (Dilantik).

DATUK DAVID YEOH ENG HocK, D.M.S.M. (Dilantik).

TUAN HAJI ZAINAL BIN Mo. DERos, s.s.A., P.J.K., J.P. (Selangor).

PuAN RAJAH ZALEHA BINTI HussIN (Dilantik).

Page 5: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1547 S OGOS 1992

DEWAN NEGARA

PEGA WAI-PEG A WAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar, K.M.N.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Taijadin bin Saberan.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

Penolong Setiausaha: Zamani bin Sulaiman.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Pegawai Penerbitan: Ramaswamy.

Pen. Penyunting: Shamsiah binti Mohd. Yusop.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Haji Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Haji Hassan.

Hajah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abd. Samad.

Jainah binti Sakimin

Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., B.s.o., P.J.K.

1548

Page 6: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1549 5 OGOS 1992 1550

MALAYSIA

DEW AN NEGARA

Rabu, Shb Ogos, 1992

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)

MENGANGKATSU~PAH

Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat Sumpah seperti yang disebutkan dalam ~erlem­bagaan:

Yang Berhormat Tuan Michael Bong Thiam Joon.

PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA

MENGALU-ALUKAN AHLI BARU

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, say a mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat Sumpah sebentar tadi. Saya berharap semoga Ahli yang baru dilantik itu dapat memberikan sumbangan beliau yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini dan kepada negara seterusnya dan semoga beliau dapat berkhidmat dengan cemerlangnya.

MEMPERKENANKAN AKTA-AKTA

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Dewan ~ni iaitu Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang

di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan Akta­akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam mesyuarat yang lalu seperti berikut:

1. Akta Perbekalan Tambahan (1991 dan 1992);

2. Akta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia 1992;

3. Akta Kebankrapan (Pindaan) 1992;

4. Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan (Pindaan), 1992;

5. Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan No. 2) 1992;

6. Akta Pembangunan Somber Manusia 1992;

7. Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) (Pindaan) 1992;

8. Akta Tribunal Perkhidmatan Awam (Pindaan), 1992; (No. 2);

9. Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pindaan) 1992;

10. Akta Pencen (Pindaan) 1992;

11. Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan), 1992;

12. Akta Timbang dan Sukat (Pindaan) 1992;

13. Akta Akitek (Pindaan), 1992;

14. Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) (No. 2), 1992; dan

Page 7: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1551 5 OGOS 1992 1552

15. Akta Kanun Tanah Negara (Pinclaan), 1992;

PERUTUSAN DARIPADA DEW AN RAKYAT

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima suatu Perutusan daripada Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negara memper­setujukan Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan tersebut.

Sayajemput Setiausaha membacakan Perutusan itu sekarang.

(Setiausaha membacakan Perutusan)

"4hb Ogas, 1992.

PERUTUSAN DARIPADA DEWAN RAKYAT KEPADA

DEWAN NEGARA

Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara,

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang yang berikut tanpa pindaan, dan meminta Dewan Negara mempersetujukannya:

1. Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan);

2. Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan);

3. Rang Undang-undang Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);

4. Rang Undang-undang Per­bekalan Tambahan (1991 dan 1992) (No. 2); clan

5. Rang Undang-undang Mahka­mah-Mahkamah Anak Negeri (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan).

Yang ikhlas,

t.t. YANG DI-PERTUA DEWAN

RAKYAT."

URUSAN MESYUARAT

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (Dato' Seri S. Samy Vellu): Tuan Yang di-Pertua, saya akan mencadangkan supaya Rang Undang-undang yang tersebut di dalam Perutusan itu dibacakan kali yang Kedua dan Ketiganya di Mesyuarat ini, iaitu:

l. Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan);

2. Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan);

3. Rang Undang-undang Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);

4. Rang Undang-undang Per­bekalan Tambahan ( 1991 dan 1992) (No. 2); clan

5. Rang Undang-undang Mahka­mah-Mahkamah Anak Negeri (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan).

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

JAWAPAN-JAWAPAN MULUTBAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

PENUNTUT WANITA DILONDON-LAPORAN

MENUKAR AGAMA

1. Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pendidikan menyatakan benarkah terdapat lebih dari 41 orang penuntut wanita di London telah hilang taraf sebagai seorang Islam kerana telah berkahwin dengan laki-laki yang bukan beragama Islam dan sanggup mengikuti agama suami mereka. Apakah tindakan kementerian dalam hal ini.

61. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah benar terdapat dakwaan yang menyata-

..

Page 8: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

..

1553 5 OGOS 1992 1554

kan terdapat penuntut Malaysia di Luar Negeri yang telah menukar ugama mereka dan apakah Kerajaan bercadang untuk mengambil langkah dan tindakan yang perlu bagi mengawasi aktiviti pelajar-pelajar Malaysia di luar negeri supaya perkara-perkara seperti di atas tidak berlaku.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr. Fong Chan Onn): Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana terdapat· dua orang Ahli Yang Berhormat yang mengemukakan soalan yang hampir sama pada hari ini maka saya memohon supaya soalan ini dijawab serentak. Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut adalah:

(i) Yang Berhormat Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh; dan

(ii) Yang Berhormat Tuan Saad bin Man.

Tuan Yang di-Pertua, melalui Jabatan Penuntut Malaysia di luar negeri, Kementerian Pendidikan telah membuat siasatan yang rapi berkaitan dengan laporan mengenai pelajar-pelajar wanita Melayu yang menukar agama.

Sehingga masa ini, hasil daripada siasatanitu didapati tidak ada maklumat yang mengesahkan adanya mana-mana pelajar Melayu Malaysia yang menukar agama Islam kepada agama-agama Iain.

Buat masa 101, Kementerian Pendidikan tidak bercadang membuat sebarang pindaan perakuan berkaitan dengan penghantaran pelajar ke luar negeri kerana peruntukan yang sedia ada telah menetapkan syarat-syarat yang ketat, antaranya pelajar-pelajar tajaan Kerajaan tidak dibenarkan berkahwin melainkan mendapat kebenaran Kerajaan terlebih dahulu semasa di dalam pengajian sama ada di dalam atau luar negeri. Syarat-syarat tersebut telah dimasukkan ke dalam Surat Perjanjian Biasiswa pelajar berkenaan.

Waiau bagaimanapun, untuk meng­elakkan perkara 101 berlaku, Kementerian Pendidikan bercadang untuk mempertingkatkan kursus- kursus bimbingan agama dan menyediakan buku-buku panduan agama bagi pelajar­pelajar yang akan bertolak ke luar negeri dan juga bagi yang sedia berada di dalam negeri. Program orientasi bagi pelajar­pelajar yang akan bertolak ke luar negeri juga akan dipertingkatkan.

PENCEMARAN ALAM SEKIT AR-ST AND ARD

PENGAWALAN

2. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan:

(a) apakah tafsiran pencemaran berhubung dengan:

(i) udara;

(ii) air; (iii) bunyi; dan

(iv) lain-lain jenis pence­maran; dan

(b) apakah "standard" yang diguna­kan. Apakah "standard" tersebut munasabah dari segi meng­imbangi matlamat pembangunan negara dan matlamat alam sekitar yang selamat.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Tuan Peter Chin Fah Kui): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Tafsiran pencemaran yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat itu adalah pen­cemaran alam sekitar dan tafsirannya ialah satu keadaan di mana berlaku penambahan satu atau Iebih bahan pencemar seperti benda asing, udara, affluen, bunyi bising, bahan­bahan buangan dan sebagainya kepada alam sekeliling di tahap yang boleh memberi kesan buruk

Page 9: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

--------------- ----

1555 5 OGOS 1992 1556

kepada manusia dan lain-lain hidupan serta alam sekeliling. Tafsiran terperinci mengenai pencemaran ini adalah seperti di Seksyen 2 Akta Kualiti Alam Sekeliling Tahun 1974.

(b) Standard yang digunakan untuk mengawal pencemaran adalah standard pelepasan pencemaran ke udara dan ke air yang dibuat di dalam beberapa peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling Tahun 1974.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak dapat memberikan sepenuhnya standard-standard tersebut kerana terlalu panjang. Pemakaian standard tersebut adalah berdasarkan kesesuaian­nya dengan keadaan setempat dan keupayaan tekno ekonomi. Oleh itu, standard tersebut munasabah dari segi mengimbangi matlamat pembangunan negara dan matlamat alam sekitar yang sihat.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan iaitu mengenai 2(b), mengenai standard. Sungguhpun diberi jawapan tadi, tetapi saya difahamkan bahawa standard ini adalah bukan standard yang digubal di negara kita. Sebenarnya standard yang kita gunakan ini adalah standard daripada negara asing. Saya difahamkan kebanyakan standard ini adalah daripada Eropah ataupun negeri-negeri mem­bangun. Jadi, oleh sebab dijawab tadi yang munasabah itu rasa saya kalau kita bandingkan Eropah dengan Malaysia, memang tidak dapat kita samakan. Jadi, apakah sebenarnya standard yang kita gunakan, adakah standard kita sendiri ataupun yang kita pin jam, itu soalannya?

Tuan Peter Chin Fah Kui: Sebenarnya standard ini memang digubal apabila kita menggunakan standard-standard. Sebagai contoh standard daripada Eropah, standard di Jepun dan sebagainya, tetapi kita tidak

menggunakan standard dari Eropah itu serta-merta atau keseluruhannya. Kita gunakan caranya untuk menetapkan apa itu standard yang kita hendak mengguna­kan seperti standard contoh dari segi standard BOD di dalam air di sungai atau seumpamanya. Ini memang kita meng­gariskan sama ada sungai tersebut digunakan untuk sesuatu kegunaan, iaitu sesuatu maksud seperti kalau sungai itu digunakan untuk air minuman atau tadahan air, maka standard tersebut adalah tinggi danjikalau sungai itu untuk kegunaan .transport, pengangkutan dan sebagainya, maka standard itu rendah dari segi BO!' ·tu, yakni standardnya adalah berlainan Jari satu tempat ke satu tempat.

FELCRA-MENGATASI PUNCA KEMISKINAN PESERT A

3. Tuan Abdul Rashid bin Ismail minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan:

(a) berapakah peratusan peserta rancangan FELCRA yang hidup di bawah paras kemiskinan;

(b) sudahkah Kementerian menge­nalpasti apakah sebenar kemis­kinan tersebut dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut; dan

(c) apakah benar dakwaan yang menyatakan punca kemiskinan peserta FELCRA disebabkan oleh pengurusan ladang yang kurang cekap.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Loar Bandar (Dato Mohamed bin Jamrah): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Dari data-data yang terkumpul, purata pendapatan peserta bagi projek-projek yang dilaksanakan oleh FELCRA adalah dalam lingkungan $458 setiap peserta/

(!_

Page 10: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1557 5 OGOS 1992 1558

keluarga sebulan. Ini bermakna mereka adalah melepasi garisan miskin.

(b) Kementerian sentiasa mengambil berat terhadap golongan miskin, begitu juga dengan · peserta­peserta FELCRA. Penyatuan, pemulihan adalah di antara tugas­tugas yang termaktub dalam Akta FELCRA di mana saiz tanah yang tidak ekonomik adalah salah satu punca kemiskinan yang telah dikenalpasti dan inilah yang dijalankan oleh FELCRA.

(c) Dakwaan itu tidak benar.

MUZIUM GETAH ASLI/ TIMAH/KRAFTANGAN/

PERHUT ANAN­PENUBUHAN

4. Puan Hajah Asmah binti Haji Ismail minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan:

(a) bolehkah pihak Kementerian ini mengkaji dan membina kompleks muzium getah asli dan timah negara--oleh kerana dua bahan ini hasil negara yang tertua sekali semenjak lebih seratus tahun yang lalu. Muzium ini akan menjadi tarikan pelancong dan juga pengetahuan untuk generasi muda di negara kita ini;

(b) seterusnya hendaklah mengkaji untuk membina muzium-muzium membalak, kelapa sawit, tenunan dan membatik dan juga kraf­tangan tembaga dengan latar belakangnya yang membangga­kan negara Malaysia.

35. Puan Hajah Asmah binti Haji Ismail minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan adakah cadangan pihak Kementerian ini ataupun lain-lain Kementerian hendak menubuhkan sebuah "Institut Tamadun Melayu" atau diwujudkan "muzium

etnologi" (Etnogrofi) dunia Melayu­yang boleh melahirkan sebuah majlis antarabangsa tamadun Melayu.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (Dato' Abdul Raman bin Soliman): Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini dengan soalan 35 pada hari ini yang ditanya oleh Yang Berhormat yang sama kerana dilihat dari segi pertanyaannya adalah hampir­hampir sama sahaja kandungannya.

(a) Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan memang menggalakkan agensi­agensinya menubuhkan muzium­muzium khas dengan kerjasama teknikal dari Jabatan Muzium Negara. Pada masa ini Muzium Getah Asli telahpun ditubuhkan oleh Pusat Penyelidikan Getah Malaysia yang terletak di Sungai Buloh yang telah dirasmikan pada l lhb Februari 1992 yang baru lalu. Manakala Muzium Timah pula telah wujud iaitu terletak di Gedong Raja Abdullah, Kelang.

Muzium Kraftangan telahjuga wujud dan dikendalikan oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia dan terletak di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Muzium Perhutanan pula terdapat di Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong dan satu lagi di Muzium Perhutanan di Pulau Pinang.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan telah juga meluluskan penubuhan sebuah muzium khas yang diberi nama Muzium Etnologi Dunia Melayu yang akan dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Keenam ini. Pada masa ini Kementerian sedang mencari tapak yang sesuai di ibu kota di mana muzium ini akan ditempatkan. Muzium ini akan berperanan sebagai institusi yang mempamerkan warisan sejarah dan budaya dunia Melayu selain daripada memainkan peranannya sebagai institusi

Page 11: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1559 5 OGOS 1992 1560

yang menekankan kepada bidang­bidang penyelidikan dan pendokumen­tasian warisan sejarah dan kebudayaan dunia Melayu.

PEKERJA ASING TANPA IZIN­SY ARA T-SY ARA T

5. Puan Hajah Zaleha binti Hussin minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah syarat-syarat dan peraturan yang telah dikenakan oleh Kerajaan kepada pekerja-pekerja asing yang telah mendaftar di negara ini.

· Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon izin untuk menjawab soalan ini kerana ianya jatuh dalam bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, semua pekerja asing tan pa izin ataupun PA TI yang tel ah mendaftar di J abatan Imigresen Malaysia dikehendaki mematuhi syarat­syarat berikut bagi melayakkan pas kerja dikeluarkan kepada mereka:

(a) mempunyai dokumen perjalanan yang sah;

(b) membayar levi; dan

(c) membuatpemeriksaan kesihatan.

Setelah pas kerja dikeluarkan, PA TI dikehendaki memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam pas, antaranya:

(i) tidak boleh bertukar majikan ataupun tempat kerja; dan

(ii) mematuhi undang-undang dan peraturan negara Malaysia.

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dalam kemasukan pekerja-pekerja asing ini ke negara kita, saya difahamkan ada juga di antara mereka yang terlibat dengan perlakuan jenayah dan juga yang me~gidapi HIV. Apakah benar?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di­Pertua, memang adalah benar bahawa di antara PATI-PATI yang telah masuk ke negara kita didapati segelintir daripada mereka itu terlibatdalamjenayah. Waiau bagaimanapun, bilangan yang terlibat dalam jenayah itu adalah dalam kawalan dan tidak membimbangkan. Terdapat juga di antara mereka itu yang mengidapi penyakit berjangkit dan perkara ini telahpun di dalam perhatian Kemen­terian Kesihatan.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, dalam kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, pendatang tanpa izin ini ada 3 daripada IO membawa pelacuran, tetapi Timbalan Menteri Kesihatan menjawab pula tidak ada, hanya segelintir. Mana Timbalan Menteri yang betul?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat tidak boleh rujuk kepada Kementerian yang Iain.

PELABURAN° ASING-JUMLAH

6. Dato' Tan Gim Hwa minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:

(a) jumlah pelaburan asing dalam negara ini dari bulan Januari hingga Jun tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan penambahan atau pengurangan pelaburan asing ini;

(b) apakah jenis-jenis industri asing yang telah ditubuhkan oleh pelabur-pelabur asing dalam tempoh masa yang sama;

( c) pecahan jumlah pelaburan asing ini mengikut negeri serta jenis dan bilangan industri mengikut negeri dalam tempoh dari bulan Januari hingga Jun tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu; dan

..

Page 12: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1561 5 OGOS 1992 1562

(d) apakah faktor-faktor yang menyebabkan penambahan atau pengurangan pelaburan asing di negeri-negeri yang disebutkan di atas.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Tuan S.S. Subramaniam): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Bagi tempoh Januari-Jun 1992, sebanyak 278 permohonan telah diterima bagi penubuhan projek­projek perkilangan di bawah AktaPenyelarasan Perindustrian, 1975. Ini melibatkan jumlah cadangan modal sebanyak $9 ,525 juta di mana pelaburan asing ialah sebanyak $6,218 juta berbanding dengan sebanyak 297 per­mohonan yang melibatkan cadangan modal pelaburan sebanyak $7,125 juta di mana pelaburan asing ialah $3,268 juta bagi tempoh masa yang sama tahun Ialu. Walaupun bilangan permohonan telah turun sebanyak 6%, jumlah ni.lai pelaburan asing yang dicadang­kan telah meningkat sebanyak 90%. Ini bermakna permohonan yang diterima bagi setengah tahun 1992 adalah lebih berintensif modal berbanding dengan jangka masa yang sama tahun 1991. Ini menunjukkan bahawa minat pelabur untuk melabur di Malaysia tidak ber­kurangan. Bagi tempoh Januari­Jun 1992, sebanyak 304 projek perkilangan telahpun diluluskan yang melibatkan jumlah modal pelaburan sebanyak $11,039 juta di mana pelaburan asing adalah sebanyak $8,972 juta berbanding dengan 456 projek dengan cadangan modal pelaburan sebanyak $20,131 juta di mana pelaburan asing adalah sebanyak $11,588 juta bagi tempoh masa

yang sama tahun lalu. Daripada projek-projek yang diluluskan bagi tempoh masa yang sama, didapati dalam setengah tahun pertama 1992, 78 projek atau 25%, adalah projek pelaburan semula berbanding dengan 48 projek atau 10%, bagi jangka masa yang sama 1991. Perubahan dalam aliran pelaburan asing di mana-mana negara pun termasuk Malaysia bergantung kepada ekonomi dunia secara amnya dan keadaan ekonomi di negara­negara pengeksport modal secara khasnya. Oleh yang demikian, jika ada kemerosotan ekonomi di negara-negara ini tidaklah hairan jika pelaburan dari negara-negara tersebut menurun. Ini tidak dapat dielakkan, kita yakin bila ekonomi negara-negara peng­eksport modal bertambah baik, pelaburan akan meningkat semula di negara kita.

(b) Kebanyakan dari permohonan yang diterima dengan penyertaan pelaburan asing adalah dalam industri petroleum, barang­barang logam asas, kertas, percetakan dan penerbitan dan kayu dan barang-barang kayu. Bagi projek-projek yang diluluskan dengan penyertaan asing kebanyakan dari pelaburan adalah di dalam industri petroleum, kimia dan barang kimia, barang-barang elektrik dan elektronik dan pengilangan jentera.

(c) Berhubung dengan pecahan t~rperinci mengikut industri, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk memberi jawapan bertulis kerana data-data yang diminta adalah terlalu detail, dengan izin, dan akan memakan masa yang panjang untuk menyatakan satu persatu.

Page 13: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1563 5 OGOS 1992 1564

(d) Perubahan dalam pengaliran pelaburan asing mengikut negeri adalah disebabkan oleh faktor­faktor seperti:

(i) kekurangan tenaga kerja dan tanah perindustrian di negeri-negeri yang menjadi tumpuan pelabur masa ini serta tekanan ke atas infras­truktur dan kemudahan sokongan yang lain;

(ii) peningkatan taraf infras­truktur di kawasan­kawasan yang kurang menjadi tumpuan pelabur­pelabur di masa-masa lalu; dan

(iii) kemudahan dan insentif yang menarik yang di­tawarkan oleh negeri­negeri berkaitan.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, kita dapati bahawa kebanyakan ataupun semua syarikat­syarikat pelabur asing ini tidak disenaraikan di Bursa Saham seperti kebanyakan syarikat-syarikat besar tempatan di mana kita boleh dapat faedah. Jadi saya ingin tahu mengapakah pihak Kementerian tidak mengusahakan supaya syarikat-syarikat pelabur asing ini disenaraikan di Bursa Saham supaya kita masing-masing boleh mendapat faedah daripada keuntungan syarikat­syarikat tersebut. Sekia_n.

Tuan S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, sebagai satu negara yang mengamalkan sistem ekonomi yang terbuka, kita tidak boleh paksa sesiapa untuk mengadakan supaya syarikat­syarikat disenaraikan di dalam Bursa Saham di negara kita. Ini terletak kepada keupayaan dan juga kebolehan mereka untuk bekerjasama dengan pihak-pihak dalam negeri untuk menjadi satu syarikat yang boleh didaftarkan di daJam Bursa Saham di negara kita.

KOD ETIKA RAJA-RAJA

7. Tuan Haji Azman Atar bin Othman minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah penerimaan Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan terhadap Kod Etika Raja-Raja. Apakah tindakan dan langkah-langkall Kerajaan selanjutnya untuk melihat keseragaman dan kepaduan dalam penerimaan dan pelaksanaan Kod Etika Raja-Raja yang berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato Dr Haji Abdul Hamid bin Haji Othman): Tuan Yang di-Pertua, Kod Etika Raja-Raja sekarang dikenal dengan nama Pengisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan dan butir­butir Pengisytiharan tersebut telahpun disiarkan melalui media massa sepenuhnya. Sebilangan besar Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja telah menerima Pengisytiharan itu dan yang lain memerlukan lebih masa untuk menimbangkannya.

Kerajaan akan sentiasa bekerjasama dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Pengisytiharan ini akan menja~i panduan ke arah usaha bekerjasama yang lebih erat dan persefahaman yang lebih bermakna. Dengan itu, Kerajaan berpuas hati dengan penerimaan ke atas Pengisy­tiharan tersebut oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membuat soalan tambahan. Saya sangkakan soalan saya ini dijawab oleh Perdana Menteri sendiri, tetapi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab bagi pihak Pe.rdana Menteri. Pertama, saya ingin tahu apa bermulanya Kod Etika Raja­Raja ini kita wujudkan?

Yang kedua, apabila Kod Etika Raja­Raja ini seteJah pihak Raja-Raja memahami, tidakkah kita terfikir

Page 14: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

..

1565 5 OGOS 1992 1566

bahawa tugas dan tanggungjawab mungkin tidak akan dapat kita sempumakan selagi kod etika kepada Menteri Besar, Exco-exco dan Menteri­menteri yang berkenaan kalau dia masih lagi takut dengan Raja, masih lagi menghormati, umpamanya kalau ada satu permohonan, saya beri contoh, ada satu permohonan untuk hendakkan tanah; ada anak Raja minta dan orang biasa pun minta, maka jawapannya, ada Menteri Besar dan Exco mengatakan, ini kita kena beri, ini Raja yang minta. Jadi, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri setelah Kod Etika Raja-Raja ini kita wujudkan, adakah ekoran daripada itu kod etika kepada Menteri Besar dan Exco kita perlu wujudkan supaya ianya selaras dan memberikan kefahaman kepada semua lapisan rakyat dalam Malaysia ini supaya tahu tanggungjawab masing-masing.

Dato Dr Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua, latar belakang kepada timbulnya yang dipanggil Pengisytiharan Prinsip Perlembagaan itu apabila ada kesamaran dan kekeliruan tentang fungsi masing­masing.

Bagi soalan yang kedua yang disebut oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azman Atar, ialah apabila timbul kesamaran mungkin boleh dibincang untuk pengisytiharan itu.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah benar ada terdapat di kalangan Raja-Raja yang tidak mahu terima Kod Etika ini?

Dato Dr Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini tidak ada kenyataan yang ada di antara Duli Yang Maha Mulia yang menolak. Setakat yang diketahui ialah Duli Yang Maha Mulia yang berkenaan memerlu­kan masa untuk mempertimbangkan pengisytiharan itu.

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja, sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab memerlukan masa untuk dipertimbangkan. Kalau 10 tahun dia ambil masa macam mana atau 20 tahun? Adakah dihadkan masa itu, macam kita. membuat undang-undang ini. Kalau sekiranya Yang di-Pertuan Agong tak sign dalam masa dua minggu, maka digazet jadi undang-undang. Adakah had masanya itu? Kalau sedikit masa untuk dipertimbangkan, saya rasa sampai kucing bertanduk pun boleh kita ambilkira.

Dato Dr Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua, setakat yang difahami had masa itu ialah had yang munasabah. (Ketawa)

LAWATANPERDAGANGAN KE LUAR NEGERI OLEH

W AKIL NEGERI MELAKA

8. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, Kementerian ini telah banyak meng­adakan lawatan perdagangan di luar negeri, adakah lawatan perdagangan itu disertai oleh wakil Kerajaan Negeri Melaka:

(a) jika ada, apakah kesan atau _faedah yang diperoletii oleh Kerajaan Negeri Melaka; dan

(b) berapa ramai pelabur yang menunjukkan minat ingin membuat pelaburan dalam negeri Melaka basil daripada lawatan perdagangan itu.

Tuan S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Per­dagangan Antarabangsa dan Industri menganjurkan rombongan-rombongan galakan perdagangan dan pelaburan ke luar negeri pada setiap tahun dan semua Kerajaan Negeri dijemput dan digalakkan untuk menyertainya. Dalam

Page 15: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1567 5 OGOS 1992 1568

tahun 1991, Kementerian telah menganjurkan rombongan-rombongan galakan perdagangan dan pelaburan ke Finland, Jerman, Itali, Perancis, Republik Korea dan Hong Kong. Sehingga bulan Julai tahun ini, rombongan-rombongan galakan perdagangan dan pelaburan telah dibuat ke Jepun, Taiwan, Australia, New Zealand, Hong Kong, Republik Korea, Amerika Syarikat dan Kanada.

Tujuan utama rombongan-rombongan sedemikian ialah bagi menarik pelaburan asing ke Malaysia secara keseluruhannya. Keputusan pelabur-pelabur asing melabur di negara ini adalah berdasarkan kepercayaan mereka terhadap suasana dan iklim negara yang membolehkan pelaburan mereka bermanfaat. Dalam hal ini, penyertaan wakil Kerajaan-kerajaan Negeri dalam rombongan tersebut memberi peluang kepada mereka menjelaskan secara lebih terperinci keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di negeri masing-masing.

Kerajaan Negeri Melaka telah menghantar wakil menyertai di dalam rombongan galakan perdagangan dan pelaburan ke Hong Kong dalam tahun 1991, dan YAB Ketua ~1enteri Melaka sendiri telah mengetuai kumpulan pegawai dari Melaka yang menyertai rombongan galakan perdagangan dan pelaburan ke Amerika Syarikat dan Kanada dalam bulan Mei-Jun tahun ini. Dalam tahun 1989 wakil-wakil Kerajaan Negeri Melaka telah turut serta dalam rombongan-rombongan ke Taiwan, Australia, Korea dan Hong Kong.

Dalam keadaan di mana ada persaingan untuk menarik minat pelaburan asing, kemasukan pelaburan asing ke negara ini adalah hasil daripada galakan-galakan yang diberi, dan usaha­usaha kita melalui rombongan­rombongan galakan. Dalam tahun 1991, sebanyak 765 projek dengan nilai pelaburan asing sebanyak $15,956 juta

iaitu 57% dari jumlah nilai pelaburan keseluruhannya telah diluluskan. Untuk 5 bulan pertama tahun ini, 252 projek dengan nilai pelaburan asing sebanyak $8,549 juta telah diluluskan.

Bagi negeri Melaka, dalam tahun 1991 sebanyak 34 projek pelaburan dengan pelaburan asing bernilai sebanyak $4,321 juta telah diluluskan berbanding dengan 28 projek dengan pelaburan asing bemilai $372,000 juta dalam tahun 1991. Sehingga bulan Mei 1992, sebanyak 9 projek dengan pelaburan asing bernilai $9 juta telah diluluskan. Di antara bidang-bidang pelaburan termasuklah petroleum, elcktronik, tekstil dan barangan logam.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah Kerajaan Pusat akan terus menggalakkan Kerajaan-kerajaan Negeri menghantar­kan rombongan-rombongan dagang ke luar negeri?

Tuan S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah diterangkan oleh Menteri kita i11ilah dasar Kementerian untuk menggalakkan rombongan-rombongan perdagangan daripada negeri-negeri untuk melawat negeri-negeri asing untuk menarik pelaburan dan juga perindustrian kepada negeri masing-masing. Saya rasa inilah satu inisiatif yang harus diambil oleh negeri-negeri berkenaan.

TANKER MEMBA WA BA HAN MUDAH MELETUP BERLABUH

DI PELABUHAN KLANG­KESELAMATAN

9. Tuan Haji Zainal bin Md. Deros min ta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada Kementerian akan mengambil tindakan untuk memindahkan "tanker-tanker" yang membawa bahan-bahan yang mudah mcletup supaya dipindahkan ke pulau­pulau yang berdekatan dengan Port

..

c

Page 16: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

"

..

1569 5 OGOS 1992 1570

Klang. Jika tidak, adakah Kemen­teriannya dapat meyakinkan penduduk­penduduk yang tinggal berhampiran Pelabuhan Klang dijamin keselamatan ipereka.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan sedar tentang keadaan bahaya di Pelabuhan Klang apabila "tanker-tanker" berlabuh di pelabuhan tersebut. Waiau bagaimanapun, perlulah ditegaskan di sini bahawa dengan amalan-amalan keselamatan yang baik dan tinggi, kadar bahaya boleh dikawal dan dikurangkan. Beberapa langkah sementara tel ah diam bil bagi meningkatkan lagi keselamatan setelah letupan yang berlaku di atas kapal Choon Hong III. Antara lain, langkah­langkah tersebut adalah:

(i) memerlukan supaya agen perkapalan membuat peng­isytiharan awal 48 jam sebelum tarikh/masa ketibaan kapal mengenai jenis kargo merbahaya supaya langkah­langkah keselamatan dapat diambil lebih awal lagi;

(ii) pasukan bomba pelabuhan diletakkan dalam keadaan "standby" di dermaga ber­kenaan;

(iii) memperketatkan lagi pelak­sanaan peraturan-peraturan dan prosedur pengendalian kargo merbahaya.

Kementerian Pengangkutan juga sedang melaksanakan projek pelabuhan baru di Pulau Lumut. Semua pengen­dalian kargo merbahaya akan dipindah kepada kemudahan baru di Pulau Lumut pada tahun 1994. Pihak-pihak berkenaan di Pelabuhan Klang telahpun diberi notis pemindahan. Saya yakin bahawa pihak agensi-agensi berkenaan akan lebih berwaspada supaya letupan seperti Choon Hong lll tidak akan berlaku lagi.

KURSUS INSTITUT PERIKANAN MALAYSIA-KELA YAKAN

PARA PELATIH

10. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Pertanian menyatakan apakah taraf akademik para pelatih yang akan diterima masuk ke kursus Institut Latihan Perikanan Malaysia yang berpusat di Pelabuhan Perikanan Chendering Kuala Terengganu. Dan bilakah kursus tersebut akan dimulakan.

Timbalan Menteri Pertanian (Dato' S. Subramaiam): Tuan Yang di-Pertua, para pelatih yang layak diterima masuk ke kursus Institut Latihan Perikanan Malaysia, Chendering, Kuala Terengganu tidak perlu ada apa-apa taraf akademik tertentu. Mereka cuma perlu mem­punyai kelayakan-kelayakan berikut:

(i) pengalaman sebagai nelayan sekurang-kurangnya dua tahun;

(ii) berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga kurang dari 60 tahun pada masa membuat permohonan;

(iii) sihat tubuh badan;

(iv) boleh membaca dan menulis.

Kursus-kursus di Institut Latihan Perikanan Malaysia, Chendering telahpun bermula pada 15hb Julai, 1992.

AIDS-LANG KAH KAW ALAN

11. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) apakah faktor-faktor yang menyebabkan Malaysia berada di peringkat pertengahan (visible stage) wabak penyakit AlDS; dan'

Page 17: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1571 5 OGOS 1992 1512

(b) usaha-usaha yang berkesan yang dijalankan oleh Kerajaan supaya negara kita tidak menghadapi masalah kian bertambah oleh kerana menjangkau peringkat pertengahan wabak AIDS.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (Dato' K. Kumaran): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kes-kes AIDS yang semakin ketara pada masa ini telah diduga. Ini adalah oleh kerana mereka yang dijangkiti kuman AIDS dan kelihatan normal sebelum program pencegahan wujud telah menjadi kes AIDS dalam jangka masa 2 hingga 10 tahun. Selain daripada itu, kesedaran orang ramai dan pengesanan aktif kakitangan perubatan dan kesihatan telah menghasilkan peningkatan kes­kes AIDS yang dikesan.

Sehingga sekarang belum ada ubat yang boleh menyembuh ataupun vaksin untuk mencegah jangkitan AIDS. Atas hakikat ini, Kerajaan telah mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang berikut, seiring dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Di antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengawal penyakit merbahaya ini termasuklah: memberi pendidikan kesihatan kepada golongan tertentu dan orang ramai; memastikan keselamatan darah dan hasilan darah adalah selamat digunakan; membuat "surveillance" ke atas kes dan pembawa HIV; melatih kakitangan di dalam bidang rawatan dan kaunseling; pengawalan melalui peruntukan perundangan; kerjasama di antara Kementerian dan badan bukan Kerajaan dan agensi antarabangsa; dan baru-baru ini, pada lhb Julai Jawatankuasa Peringkat Menteri Mengenai AIDS telah ditubuhkan.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, salah

satu langkah keselamatan yang diambil untuk mencegah penyakit AIDS semasa persetubuhan adalah menggunakan kondom. Setakat mana keselamatan dari kondom dijamin untuk kedua-dua orang yang terlibat, yang satu sahaja adalah pembawa kuman HIV, tetapi mereka berdua menggunakan kondom? (Ketawa) ·

Dato' K. Kumaran: Tuan Yang di­Pertua, saya tidak faham apa soalan itu, (Ketawa) tetapi Kerajaan tidak meng­galakkan menggunakan kondom-ini adalah sebagai satu nasihat sahaja.

Puan Law Jack Yoon: Dari dua orang terlibat sekiranya seorang sahaja yang ada kuman AIDS dan dia menggunakan kondom, tetapi kalau kedua-dua menggunakan kondom, adakah ini selamat?

Dato' K. Kumaran: Tuan Yang di­Pertua ..

Tuan Yang di-Pertua: (Kepada Puan Law Jack Yoon) Yang Berhormat, nampaknya dia hendak minta notis untuk menjawab soalan itu.

BERIT A NASIONAL DI RTM DAN TV3-MASA SIARAN

12. Tuan Doi bin Dolah minta Menteri Penerangan menyatakan adakah Kementerian ini berhasrat untuk mengubah masa siaran Berita Nasional di RTM dan TV3 daripada jam 8.00 malam kepada masa yang sesuai berikutan dengan rungutan orang ramai kerana semasa siaran berita itu kebanyakan umat Islam masih berada di masjid dan surau bersembahyang dari M~ghrib hingga waktu lsyak.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan (Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman): Tuan Yang di­Pertua, Kementerian Penerangan tidak ada cadangan untuk mengubah siaran

Page 18: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

- - --- - ---------

1573 5 OGOS 1992 1574

Perdana pukul 8.00 malam, kerana mengikut kajian yang dijalankan oleh Kementerian ini, ianya merupakan masa yang paling sesuai.

Selain daripada Berita Perdana, Tuan Yang di-Pertua, Berita-berita yang disiarkan pada pukul 6.00 petang melalui Televisyen I, Berita-berita Radio 1, 3, 4, 5, 6, Suara Malaysia, Berita Orang Asli, Ulasan Berita dan rancangan-rancangan seperti Sorotan, Isu-isu Dunia Hari ini, W awancara dan Pendapat Rakyat adalah memadai untuk membantu keperluan memper­luaskan lagi penyampaian maklumat atau berita kepada rakyat negara ini.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bagai­manakah Kerajaan menentukan bahawa siaran Berita pukul 8.00 malam itu sesuai atau tidak sesuai dan sebagainya. Agak saya, benar atau tidak, mereka ini membuat keputusan melalui kajian daripada Jabatannya sendiri dan mereka tidak pergi ke kampung-kampung untuk bertanya dan sebagainya. Oleh itu apa yang disebut oleh Kerajaan bahawa ia telah membuat kajian dan bahawa itulah waktu yang sesuai, pada saya, adalah tidak benar.

Tuan Yang di-Pertua: Apakah soalannya?

Dato' Azumu bin Tak: Cara Kerajaan membuat kajian itu bagaimana?

Dato' Haji Fauzi bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai Kerajaan yang dinamakan Kerajaan Barisan Nasional dan segala yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah berbohong.

Berkaitan dengan cara yang dijalankan untuk menjalankan kajian, Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita tidak. perlu bertanya ke kampung, kita ada buat survey sama ada Kementerian sendiri ataupun pihak swasta melalui SRM ataupun syarikat-syarikat lain seperti Frank Small dan mengikut survey ini, the peak viewing hours, dengan izin, adalah pada jam antara lebih kurang 8.00 sampai 8.30 malam. Ini bererti bahawa pada ketika itu penontonan televisyen adalah pada tahap yang maksimum, yang tertinggi dan oleh kerana Kerajaan merasakan penyampaian maklumat yang tepat dan terkini kepada masyarakat umum, khususnya kepada rakyat Malaysia ini perlu dibuat dengan cara seluas­luasnya. Maka kita telah mengambil langkah untuk memilih jam 8.00-8.30 malam, kerana itulah masanya rakyat di Malaysia ini yang paling ramai menonton televisyen supaya maklumat­maklumat yang tepat dan terkini yang disampaikan oleh Kerajaan akan sampai kepada rakyat dengan seluas­luasnya.

PASUKAN TENTERA KE KAMPUCHEA­LATIHAN BAHASA

13. Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah pasukan tentera yang ditugaskan di Kampuchea itu diberi latihan bahasa tempatan sebelum dihantar bertugas di sana. Sekiranya tidak, adakah baiknya dilengkapkan sekarang kepada pasukan yang akan digantikan nanti.

Timbalan Menteri Pertahanan (Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan telah diberi jangka masa sebulan untuk menyedia­kan Kontinjen dalam penugasan di Kampuchea. Dalam jangka masa tersebut, Kontinjen telah diberi pendedahan berkaitan dengan negara Kampuchea. Selain daripada mem-

Page 19: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1575 5 OGOS 1992 1576

pelajari asas bahasa Khemer, mereka telah juga diberi pendedahan berkenaan dengan:

(a) sejarah dan pergolakan di Kampuchea;

(b) kebudayaan dan adat resam tempatan; dan

(c) kemusykilan dan bahaya yang b.akal dihadapi oleh penugas.

Kementerian Pertahanan telah memperolehi bantuan dua orang tempatan dari Ulu Tiram, Johor yang berasal daripada Kampuchea dalam urusan tersebut. Semasa dalam penugasan di Kampuchea, Kontinjen juga ditumpangkan jurubahasa bahasa Khemer oleh Pertubuhan Bangsa­bangsa Bersatu bagi tujuan perhubungan dengan wakil-wakil tempatan.

Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah benar tugas tentera kita di Kampuchea itu terhad kepada 6 bulan dan bukan 9 ataupun 12 bulan sepertimana tentera kita yang telah berkhidmat di Congo? Maksud saya ialah kalau lagi lama sedikit setakat mana yang boleh, bererti tentera kita boleh memberi peranan dengan lebih bermakna lagi.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, perkara ini bergantung kepada permohonan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana penugasan anggota kita di sana adalah atas kehendak dan juga permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

PINJAMAN KEWANGAN KERAJAAN KELANTAN

14. ·Tuan Haji Shuib bin ShawaJ minta Menteri Kewangan menyatakan

adakah Kerajaan Kelantan telahpun menjelaskan hutang-hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat atau lain-lain institusi kewangan serta menyenaraikan kadar pinjaman dan bayaran batik yang telah dijelaskan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Kelantan hanya berhutang dengan Kerajaan Persekutuan. Sehingga 3 lhb Julai 1992 Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pinjaman kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebanyak $756.5 jufa. Daripada jumlah ini sebanyak $658.7 juta telahpun dikeluarkan.

Mengikut rekod di Kementerian Kewangan dan setelah mengambil kira faedah yang telah dipokokkan serta bayaran batik yang telah dibuat, jumlah hutang Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak $810. 6 juta pada akhir bulan Julai tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, perbandingan jumlah yang perlu dibayar balik oleh Kerajaan Kelantan serta bayaran sebenar adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah Perlu Yang Dibayar Dibayar Balik Sebenarnya

1989 $48.6 juta $6.5 juta

1990 $52.8 juta $2.6 juta

1991 $54.2 juta $5.9 juta

1992 $51.7 juta $2.3

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Kelantan telah tertunggak bayaran balik pinjaman sebanyak $346. 7 juta sehingga akhir bulan Julai tahun ini. Pada masa ini, Kementerian Kewangan sedang berunding untuk menyelesaikan masalah tunggakan ini

..

a

Page 20: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1577 5 OGOS 1992 1578

berdasarkan kepada keputusan Majlis Kewangan Negara pada 8hb. Februari 1990 antara lain seperti berikut:

(1) bagi pinjaman untuk projek­projek yang berjaya, Kerajaan Negeri berkenaan akan mem­bayarnya dalam satu tempoh yang sesuai dengan kadar pulangan projek tersebut.

(2) bagi pinjaman untuk projek­projek yang menghadapi masalah kewangan, penjadualan semula akan dibuat dengan membekukan faedah dalam satu tempoh yang munasabah dan kadar faedah dikurangkan kepada paras yang berpatutan.

Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, soalan tarnbahan. Kalau tunggakan setakat ini daripada Kerajaan Negeri Kelantan sebanyak $346 juta dan tiga tindakan telah disebut oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tadi, tetapi jika sekiranya Kerajaan Kelantan masih untuk tempoh penggal akan datang tidak dapat menjelaskan, apakah tindakan-tindakan selanjutnya akan dilakukan?

Tuan Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan sentiasa berunding dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri, bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah tunggakan ini. Selain daripada dua langkah yang dinyatakan tadi iaitu penjadualan semua yang telahpun sebenarnya dipersetujui, Kerajaan akan menimbangkan langkah-langkah lain apabila tiba masanya kelak. Waiau apa pun tindakan yang diambil, perundingan akan diadakan dengan Kerajaan Negeri termasuk Kerajaan Negeri Kelantan.

PEKERJA ASING-PROSES PENGAMBILAN

15. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Sumber Manusia menyatakan bagaimanakah proses­proses atau cara-cara mengambil pekerja-pekerja asing dapat diper­mudahkan.

Timbalan Menteri Somber Manusia (Dato' M. Mahalingam): Tuan Yang di-Pertua, ingin dijelaskan bahawa Kerajaan akan sentiasa memberi keutamaan kepada pekerja­pekerja tempatan bagi mengisi sebarang kekosongan jawatan. Pengambilan pekerja asing akan hanya dipertimbangkan sekiranya majikan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pekerja-pekerja tempatan dengan berbagai cara seperti mengiklankan kekosongan jawatan itu di akhbar-akhbar tempatan dan juga dengan menghubungi Jabatan Tenaga Rakyat bagi mendapatkan bantuan tetapi masih gagal mendapatkan pekerja tempatan yang·mencukupi.

Sektor-sektor yang dibenarkan menggaji pekerja asing hanyalah sektor pembinaan, perladangan, perkhidmatan pembantu rumah, perhotelan dan restoran serta sektor pembuatan yang dibuka secara selektif.

Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi dasar Kerajaan supaya majikan tidak bergantung selama-lamanya kepada pekerja asing dan oleh itu penggajian pekerja asing adalah langkah sementara sahaja.

Bagi menggaji pekerja asing, seseorang majikan hendaklah mengisi borang-borang yang ditentukan oleh Kementerian Sumber Manusia dan mengemukakan borang-borang tersebut kepada Bahagian Penggajian Pekerja Asing di Kementerian Sumber Manusia

Page 21: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1579 5 OGOS 1992 1580

dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:

(a) salinan iklan-iklan atau gambar . poster-poster atau kedua­keduanya sekali.

(b) surat pengesahan daripada Pejabat Pekerjaan tempatan di bawah Jabatan Tenaga Rakyat bahawa pekerja tempatan/ penduduk tetap tidak ada atau tidak mencukupi untuk meng­atasi kekosongan jawatan dan perakuan mengenai bilangan pekerja asing yang diperlukan oleh majikan.

(c) di mana sesuai surat pengesahan dari Penghulu Kampung menyatakan bahawa majikan telah berusaha mendapatkan pekerja tempatan/penduduk tetap dari kawasannya tetapi gagal.

Permohonan yang tidak disertakan dokumen-dokumen di atas tidak akan diproses. Majikan akan diberitahu melalui surat .supaya mengemukakan dokumen-dokumen yang lengkap.

Jawatankuasa Penggajian Pekerja Asing bermesyuarat setiap bulan. Keputusan mesyuarat akan dihantar kepada majikan dan salinan kepada Jabatan Imigresen memperakukan bagi dikeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara.

Sistem semasa yang dikeJidalikan untuk memproses permohonan bagi mengaji pekerja asing adalah ringkas dan teratur serta tidak memakan masa yang lama. Waiau bagaimanapun, Kementerian Somber Manusia dari masa ke semasa akan mengkaji sistem yang ada bagi mengend~ikan permohonan menggaji pekerja asing dengan lebih cepat dan teratur.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Apakah benar Kerajaan mengutamakan kepada

syarikat-syarikat yang besar sahaja untuk pengambilan pekerja-pekerja asing. Apakah cadangan Kementerian Somber Manusia bagi syarikat-syarikat kecil seperti kilang · tepung, syarikat­syarikat perikanan yang ada pekerja­pekerja sebanyak 10 dan kurang dari itu. Apakah cadangan Kementerian untuk mengelakkan kekurangan pekerja yang dialami oleh syarikat-syarikat yang kecil?

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, di Dewan yang mulia ini, saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan tidak hanya akan menjaga kepentingan sektor-sektor besar sahaja. Kepentingan sektor-sektor kecil juga menerima perhatian Kerajaan. Bukan tujuan Kerajaan untuk membiarkan sektor-sektor kecil mengalami kerugian atau "suffer" dari kekurangan tenaga kerja.

Dengan mengambil pekerja bahawa terdapat jenis-jenis pekerjaan yang khusus dengan izin, croupier dan pencuci tingkap bagi bangunan­bangunan tinggi yang sukar mendapat pekerja tempatan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat iaitu kilang tepung dan perikanan juga termasuk. Kerajaan telah memutuskan untuk memberi kuasa kepada Menteri Somber Manusia meluluskan permohonan bagi jenis-jenis pekerjaan yang khusus dan melaporkan · keputusan-keputusannya kepada Jawatankuasa Khas Pekerja Asing yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

SEK OLAH-SEK OLAH TEKNIKAL-PEMBINAAN

16. Tuan V. K. Sellappan min ta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membina sekolah-sekolah teknikal bagi setiap Daerah untuk menampung keperluan pakar-pakar teknologi pada masa akan datang. Jika tidak, mengapa.

Page 22: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

--- -----------------

1581 5 OGOS 1992 1582

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr. Fong Chan Onn): Tuan Yang di­Pertua, buat masa ini Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk membina sekolah menengah teknik. Sebaliknya pula akan menambah bilangan sekolah menengah vokasional. Ini adalah selari dengan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran dan keperluan negara yang memerlukan lebih ramai tenaga mahir dan separuh mahir bagi mencapai Wawasan 2020.

Kementerian Pendidikan tidak dapat membina sekolah menengah vokasional di setiap daerah oleh kerana kos pembinaannya adalah sangat tinggi. Kajian dan perancangan yang terperinci dan teliti perlu dibuat dan juga untuk mengelakkan duplikasi .dengan institusi-institusi vokasional yang sedia ada di bawah berbagai agensi Kementerian.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin mengetahui adakah Kementerian bercadang mendirikan sekolah vokasional di kawasan Parlimen Selandar? ( Ketawa)

Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, memanglah itu merupakan satu hasrat penduduk-penduduk di kawasan Selandar dan Kementerian Pendidikan akan cuba sedaya upaya supaya hasrat itu boleh ditunaikan.

RTM-PERUBAHAN RANCANGAN

17. Datuk David Yeoh Eng Hock minta Menteri Penerangan menyatakan:

(a) kenapakah jadual rancangan­rancangan di RTM 1 dan R TM 2 sating berubah sehingga mengelirukan berjuta penonton yang setia;

(b) memandangkan minat umum tentang isu-isu alam sekitar telah meningkat, mengapakah RTM menyiarkan dokumentari­dokumentari environmen hanya sebagai pengisi masa (fillers) dan bukan sebagai tayangan waktu perdana; dan

( c) adakah soal wang ringgit yang diperolehi dari ikLan lebih penting daripada objektif RTM untuk memberi maklumat, mengajar dan menghibur.

Setiausaha-Parliinen Kementerian Penerangan (Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman): Tuan Yang di­Pertua,

(a) Kementerian Penerangan tidak­lah mengubahkan rancangan­rancangannya sebegitu kerap seperti mana didakwa. Kalau ada pun perubahan program, ianya adalah perkara biasa yang didapati dalam semua stesen­stesen televisyen di dunia ini.

(b) Tuan Yang di-Pertua, RTM terpaksa mengubahkan kadang­kadang ataupun jarang-jarang rancangannya dan digantikan dengan program yang difikirkan lebih bererti kepada kepentingan umum. Seperti contoh, pada 7-7-92 Rancangan Gado-gado, umpamanya, yang dijadualkan pada 8.30 malam terpaksa dibatalkan untuk menyiarkan rancangan khas "Memorial Tunku Abdul Rahman". Program pada lhb Julai­"Theatre P. Ramlee" yang dijadualkan untuk siaran pada pukul 8.30 malam dibatalkan untuk siaran secara langsung rancangan "Rumahku Syurga­ku" yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Antara itu ada juga rancangan-rancangan yang di­jadualkan terpaksa dibatal atau diubah masa rancangannya

Page 23: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1583 5 OGOS 1992 1584

untuk menyiarkan secara langsung upacara penghormatan terakhir dan pengkebumian satu-satu tokoh dalam negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, RTM sendiri banyak membawa berita­berita berkaitan dengan masalah dan penjagaan alam sekitar dalam Warta Perdananya. Selain dari itu isu-isu alam sekitar bukan sahaja dapat dilihat oleh para penonton di kacamata televisyen melalui siaran dokumentari-dokumentari dan environmen tetapi juga dapat membaca dan mendengar mengenainya melalui media­media yang lain.

( c) Jawapannya, tidak.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, semasa Radio Ibo Kota dilancarkan dahulu tujuannya ialah untuk memberikan maklumat kepada penduduk-penduduk Ibo Kota. Tetapi sejak akhir-akhir ini saya dapati ianya lebih berminat untuk mencari penaja. Jadi, apakah RTM bercadang untuk mengadakan satu lagi saluran radio khas untuk penduduk-penduduk Ibo Ko ta?

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya cuba hendak mengait­kan soalan ini dengan soalan (a), (b) atau (c), tetapi tidak ada kaitan. Waiau bagaimanapun oleh kerana soalan ini adalah soalan yang berkepentingan umum, untuk menjawab Yang Berhormat Senator dan untuk kepen­tingan Dewan ini, saya faham bahawa­sanya Yang Berhormat Senator telahpun menyuarakan permasalahan program jam 7.00 hingga 9.00 iaitu Siaran Radio 3 Ibu Kota dan Yang Berhormat Menteri telahpun meng­arahkan di atas pandangan Yang

Berhormat agar dikaji supaya tidak ada iklan-iklan yang dikeluarkan dalam siaran-siaran Radio Ibo Kota °khususnya jam 7.00 hingga jam 9.00.

Tuan Saad bin Haji Man: Tuan Yang di-Pertua, adakah benar terdapat berita baru-baru ini mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan bercadang untuk menubuhkan stesen TV dan Radio sendiri? Kalau benar, sudahkah permohonan itu dibuat?

Soalan kedua, apakah benar juga terdapat siaran radio haram yang baru­baiu ini dikatakan berada di Kelantan? Kalan benar, apakah bentuk siaran yang telah disiarkan, bila, pukul berapa dan apakah tindakan R TM a tau Kerajaan Malaysia terhadap stesen haram ini?

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita mengikuti perkembangan media cetak di mana suara Menteri Besar Kelantan ada menyatakan bahawasanya Kerajaan Negeri Kelantan berhasrat untuk mendapatkan lesen TV dan Radio. Kalau berasaskan kepada berita itu, maka benar. Tetapi sehingga kini mereka belum membuat permohonan dan saya telah menjawab di dalam satu pertanyaan yang lain bahawasanya mereka boleh membuat permohonah dan Kementerian Penerangan bersedia untuk menolak.

Berkaitan dengan radio haram, Kementerian Penerangan telahpun mengesan, memang ada radio haram yang beroperasi di kawasan sempadan. Boat masa ini kita belum lagi mengesan siapakah yang mengoperasikan stesen radio tersebut· dan Yang Berhormat Menteri telahpun meluahkan bahawasanya dia berasa dukacita, sungguhpun Parti Komunis telahpun meletakkan senjata tetapi nampaknya radio sedemikian masih berleluasa. Berkenaan dengan detail programnya, masanya dan apakah yang dinyatakan,

Page 24: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

~ - ------·· ----

1585 5 OGOS 1992 1586

saya memerlukan notis kerana ini adalah soalan khusus dan saya akan menjawabnya secara bertulis kepada Ahli Yang Berhormat yang berkenaan.

EKONOMI BUMIPUTERA­PENINGKAT AN TAHAP

18. Tuan Haji Abdul Salam bin Awang minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) apakah lagi program-program selanjutnya di dalam meningkat­kan tahap ekonomi bumiputera yang kini belum tercapai 30% seperti yang dihadkan melalui Dasar Ekonomi Baru, yang telahpun berlalu; dan

(b) apakah sebabnya tidak tercapai matlamat itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Raja Dato' Ariffin bin Raja Sulaiman): Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peningkatan tahap ekonomi bumiputera hingga ke tahap sekurang­kurangnya 30% adalah berkait dengan salah satu aspek penyusunan semula di bawah Dasar Ekonomi Baru iaitu pemilikan dalam sektor korporat. Selain daripada aspek itu penglibatan bumiputera juga merangkumi aspek­aspek penyusunan semula pekerjaan dan juga pembangunan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera. Ketiga-:iga aspek ini kini diteruskan di bawah Dasar Pembangunan Nasional.

Antara program yang sedang diteruskan dan akan diperkukuhkan di bawah Rancangan Malaysia Keenam adalah seperti berikut:

(a) menyelaras sem ula peranan agensi-agensi amanah untuk menggembeling sumber-sumber ekonomi bumiputera dan memperbaiki prestasi masing­masing bagi meningkatkan

pemilikan bumiputera dalam sektor korporat. Sebuah agensi amanah yang baru Perbadanan Usahawan Nasional telahpun dilancarkan oleh Kerajaan dan akan membantu pembangunan usahawan secara menyeluruh terutama dalam sektor industri kecil dan sederhana;

(b) meningkat taraf kemudahan pendidikan dan latihan untuk menyokong usaha menambah penawaran tenaga manusia di peringkat profesional, peng­urusan teknikal dan mahir di kalangan bumiputera;

(c) memperuntukkan pmJaman perniagaan sebagai modal broker, modal menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan dan perusahaan kepada pengusaha­pengusah a industri kecil dan sederhana;

(d) menggalakkan perdagangan dan pemasaran keluaran syarikat­syarikat bumiputera termasuk mengukuhkan operasi pernia­gaan di bawah konsep payung, sistem vendor, sub contract dan franchise;

(e) menyokong sokongan per­kilangan dalam membangunkan tapak-tapak kilang dan pem­binaan kilang-kilang kecil;

(f) menyediakan ruang niaga seperti pembinaan gerai-gerai dan kawasan-kawasan tertentu di kompleks niaga moden; dan

(g) memberi kemudahan latihan dan khidmat nasihat mela!ui penye­diaan pusat-pusat latihan kemahiran dan pembangunan usahawan.

Peruntukan ini akan disalurkan melalui institus1-mstitusi seperti MARA, Bank Pembangunan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri dan Perbadanan Pembangunan Bandar

Page 25: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1587 5 OGOS 1992 1588

untuk membantu masyarakat bumi­putera menyertai sektor perdagangan dan perindustrian moden dalam ekonomi. Matlamat 30% penyertaan bumiputera di bawah DEB telah tidak tercapai sepenuhnya memandangkan terdapat beberapa kelemahan dalam aspek penyelarasan dan pengesanan program-program di masa yang lalu. Selain daripada itu terdapat beberapa golongan bpmiputera yang telahpun tidak dapat merebut sepenuhnya peluang-peluang yang disediakan dan masih ketinggalan dari segi daya cipta amalan perniagaan yang baik dan semangat kerja yang gigih. Berniaga, keusahawanan dan kesanggupan menanggung risiko masih lagi belum dihayati dengan sepenuhnya oleh bumiputera.

Untuk mengatasi kelemahan­kelemahan mt, Kerajaan akan mengambil beberapa tindakan tegas dengan menentukan bahawa semua program akan dilaksanakan dengan tersusun. Dalam hal ini, program­program akan dilaksanakan dengan mengambil kira cadangan-cadangan baru yang dikemukakan oleh beberapa pihak termasuklah resolusi-resolusi yang telahpun dikemukakan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera yang Ketiga baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa sudah cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 19 hingga 77 adalah diberi di bawah ini)

KEM TAHANAN KAMUNTING­JUMLAH TAHANAN

19. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) berapa orang lagi ditahan dalam Kem Pertahanan dan Perlin­dungan Kamunting, Taiping pada masa setakat ini;

(b) berapa orang dilepaskan dan ditahankan dalam tahun 1991 dan 1992; dan

(c) dan apakah kes mereka terlibat menyebabkan mereka ditahan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting):

(a) Jumlah orang tahanan yang sedang ditahan dalam kem tahanan perlindungan Kamunting, Taiping sekarang adalah seramai 112 orang;

(b) Jumlah orang yang ditahan dan dibebaskan dalam tahun 1991 dan 1992 adalah seperti berikut:

Tahun /um/ah /um/ah Yang yang

Ditahan Dibebaskan

1991 57 orang 69 orang 1992 16 orang 50 orang

(c) Kesemua mereka yang dikenakan Perintah Tahanan di bawah Seksyen 8( 1) AKDN, 1960 adalah kerana mereka terbabit di dalam kegiatan yang memudaratkan keselamatan Malaysia.

MEMBURUKKAN NAMA NEGARA DI LUAR

NEGERI- HUKUMAN

20. Tuan Saidin bin Mohamad minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah Kerajaan akan memberi kelonggaran kepada rakyat negara ini memburuk-burukkan negara sendiri di luar negara yang kesan negatif begitu ketara .sedangkan rakyat umum mahukan Kerajaan menangkap dan mengenakan hukuman berat ke atas mereka yang terlibat.

Tuan Ong Ka Ting: Kerajaan menyedari dan memandang berat terhadap perbuatan sebilangan rakyat

Page 26: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1589 5 OGOS 1992 1590

Malaysia yang memborok-borokkan negara di luar negeri. W alaopon jomlah yang terlibat adalah kecil, namon pergerakan dan tindak-tandok mereka sentiasa dalam pengawasan dan penelitian Kerajaan. Kerajaan tidak akan bertolak ansor dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajamya mengikot ondang-ondang sekiranya tindakan mereka boleh menjejaskan keselamatan negara.

KESATUAN SEKERJA­BANTUAN DARI LUAR

NEGERI

21. Tuan C. Krishnan minta Menteri Somber Manosia menyatakan Kementerian sedarkah Kesatoan Sekerja di dalam negara ini menerima bantoan melaloi agensi-agensi Boruh Antarabangsa dan daripada badan­badan negara-negara tertento seperti Jepun. Apakah langkah-langkah Kementerian yang akan diambil ontok mengawasi sebarang penyelewengan yang berlako di dalam penerimaan bantuan.

Dato' M. Mahalingam: Kemen­terian Somber Manosia memang sedar ada pegawai-pegawai atao pekerja­pekerja Kesatuan Sekerja di negara ini yang menerima bantuan melalui agensi-agensi Buruh Antarabangsa atau badan-badan lain di negara-negara tertentu seperti yang disebotkan, tetapi wang ini biasanya tidak dimasokkan ke dalam akaon Kesatuan atas alasan bahawa ianya diberikan kepada individu dan bokan kepada Kesatuan. Kementerian ini memberi perhatian yang serius kepada perkara ini dan ada juga cadangan untok meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 sopaya Ketoa Pengarah Kesatoan Sekerja diberi kuasa untuk mengawasi dan mengawal perkara ini.

PROJEK HIDRO ELEKTRIK PERGAU-KOS

22. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan:

(a) Jumlah kos untok membina Projek Hidro Elektrik Pergao di negeri Kelantan; dan

(b) sama ada kos tersebot diper­untokkan oleh Kerajaan Posat atao TEN sendiri.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (Dato' Seri S. Samy Vellu):

(a) Untok makloman Ahli Yang Berhormat, harga kontrak keseluruhannya yang telah dirundingkan adalah M$1,345 jota. Songgohpon begito, Kerajaan British telah bersetuju memberi geran berjumlah M$362 jota menjadikan kos sebenar berjomlah M$983 jota;

(b) Kos projek dibiayai dengan pinjaman sebanyak $305 jota dengan kadar faedah yang rendah iaito sebanyak 0.809%. Pinjaman ini dijamin oleh Kerajaan. Bakinya adalah dari somber dalaman TNB.

BEKAS PERAJURIT­LANGKAH-LANGKAH

DAN BANTUAN

23. Tuan Ghazali bin Haji Embong minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah yang dilakokan kepada bekas­bekas perajurit untuk membantu mereka, nyatakan langkah-langkah yang diambil dan bentuk bantuan yang diberikan.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Usaha Kerajaan untuk membantu bekas-bekas perajorit di Malaysia bermula semenjak anggota tentera tersebut masih berkhidmat

Page 27: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1591 5 OGOS 1992 1592

dalam Angkatan Tentera Malaysia. Usaha-usaha tersebut boleh dibahagi­kan kepada 2 peringkat iaitu:

(a) Program latihan kemahiran tred atau ketukangan dan program pendidikan bagi memenuhi keperluan perkhidmatan;

(b) Program persediaan untuk bersara dan Program Pembangunan Susulan dan Pembangunan Bekas Perajurit sebaik sahaja akan tamat perkhidmatan dan selepas bersara.

Program latihan tersebut bertujuan menyediakan kemahiran dan pengetahuan yang memadai dan boleh digunakan dalam memperolehi kerjaya dalam kehidupan awam.

Program Susulan dan Pembangunan Bekas Perajurit membantu mereka dalam mencari pekerjaan, berjaya dalam bidang perniagaan dan menyelaraskan bantuan-bantuan kebajikan yang lain.

PENDATANG TANPA IZIN­KOS PEMBIA Y AAN

24. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan dalam sehari bagi membiayai Pendatang Tanpa Izin di kem-kem tahanan mengikut tempat- tempat yang telah disediakan.

Tuan Ong Ka Ting: Kadar perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan bagi mem biayai Pekerja Asing Tanpa Izin di depot tahanan ialah $2.90 sehari bagi seorang. Jumlah ini hanya bagi makan-minum sahaja tidak termasuk lain-lain kos.

AHLI PARLIMEN­PEMBATALAN PEMBAYARAN

ELAUN BULANAN

25. Dato' Azumu bin Tak minta Perdana Menteri menyatakan sama ada

Kerajaan akan menimbangkan untuk membatalkan pembayaran elaun bulanan kepada seseorang Ahli Parlimen disebabkan digantung dari menghadiri sidang Parlimen disebab­kan tindakan disiplin terhadapnya.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Douglas Uggah Embas): Kerajaan belum bercadang membatalkan pembayaran elaun bulanan kepada seseorang Yang Berhormat Ahli Parlimen kerana digantung dari menghadiri sidang Parlimen disebabkan tindakan disiplin terhadapnya.

BERAS-JUMLAH LESEN KEPADA PEMBEKAL

26. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Yang Berhormat Menteri Pertanian menyatakan:

(a) jumlah pembekal beras yang diberi lesen oleh LPN di seluruh negara mengikut negeri-negeri; dan

(b) apakah syarat yang dikenakan bagi seseorang yang memohon lesen pembekal beras LPN.

Dato' S. Subramaniam:

(a) Se ban yak 1,211 lesen telah dikeluarkan kepada pembekal beras di seluruh negara sejak 31 h b Julai, 1992. Pee ah an mengikut negeri ialah seperti berikut:

Perlis 26 Kedah 196 Pulau Pinang 76 Perak 121 Selangor 198 Negeri Sembilan 33 Melaka 41

Johor 121 Pahang 53

Page 28: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1593 5 OGOS 1992 1594

(b)

Terengganu Kelantan

Sarawak Sa bah

52 86

113

95

Syarat-syarat yang dikenakan bagi peinohon memohon lesen pembekal beras ialah seperti berikut:

(i) pemohon adalah warga­negara Malaysia;

(ii) pemohon hendaklah ber­umur 21 tahun ke atas;

(iii) mempunyai pendaftaran perniagaan secara borong yang sah;

(iv) mempunyai premis per­niagaan;

(v) mempunyai stok yang sesuai;

(vi) luar daripada kawasan penyeludupan;

(vii) mempunyai modal yang mencukupi (sekurang­kurangnya $30,000 bagi syarikat bumiputera dan $50,000 bagi syarikat bukan bumiputera).

LAPANGAN TERBANG ANTARA­BANGSA-KEBAKARAN DI

TERMINAL SATU

27. Tuan Haji Syed Abdul Hamid Sagaff minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) berapakah jumlah kerugian akibat kebakaran di Terminal Sa tu Lapangan Terbang Antarabangsa di Subang baru­baru ini;

(b) berapakah jumlah peruntukan yang akan diperuntukkan bagi kerja-kerja membaikpulih dan bilakah tempat tersebut dapat digunakan sepenuhnya.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail):

(a) Setakat ini pemulihan semua kawasan tidak termasuk kawasan Kedai Bebas Cukai dianggarkan dalam lingkungan $4.76 juta. Taksiran untuk kedai bebas cukai belum dapat dibuat kerana ianya bergantung kepada laporan 'structural verification' yang sedang dikendalikan oleh JKR pada masa ini. Kerugian oleh pihak pengusaha Kedai Bebas Cukai dianggarkan kira­k ira $20 juta. Kerugian­kerugian lain belum dapat ditaksirkan lagi.

'Peruntukan bagi kerja-kerja baikpulih dianggarkan di antara $20 juta hingga $30 juta dan tempat tersebut dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada awal tahun 1993. Waiau bagai­manapun, jangka masa baik­pulih ini bergantung kepada laporan 'structural verification' yang sedang dikendalikan oleh pihak JKR. Sekiranya laporan ini mendapati kerosakan di Bangunan Terminal I agak teruk maka jangkamasa baikpulih akan mengambil masa lebih lama dan perbelanjaan baikpulih juga akan meningkat.

MTUC-BILANGAN PEKERJA YANG MENJADI AHLI

(AFFILIATE)

28. Tuan Ding Seling minta Menteri . Sumber Manusia menyatakan:

(a) bilangan pekerja-pekerja di seluruh Malaysia yang menjadi ahli a tau bersekutu (affiliate) kepada MTUC (Malaysian Trade Union Congress);

(b) bilangan kesatuan dari Sarawak dan Sabah yang bersekutu kepada MTUC;

Page 29: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

5 OGOS 1992 1596

( c) bilangan pekerja-pekerja dalam kesatuan-kesatuan di Sabah dan Sarawak yang bersekutu kepada MTUC itu;

(d) amaun yuran persekutuan (affiliation fees) kesatuan­kesatuan dari Sabah dan Sarawak bayar kepada MTUC setiap tahun; dan

(e) amaun yang diberi oleh MTUC pusat kepada cawangannya di Sabah dan Sarawak.

Dato' M. Mahalingam:

(a) Bilangan pekerja-pekerja di seluruh Malaysia yang menjadi ahli (affiliate) kepada MTUC (pada akhir Jun 1992) ialah seramai 315,735 pekerja;

(b) Bilangan kesatuan dari Sarawak dan Sabah yang menjadi ahli kepada MTUC adalah seperti berikut:

(i) Sabah 8 kesatuan

(ii) Sarawak - 19 kesatuan

( c) Jumlah pekerja-pekerja dalam kesatuan-kesatuan di Sabah dan Sarawak yang menjadi ahli kepada MTUC adalah seperti berikut:

(i) Sabah-14,088 pekerja (8 kesatuan)

(ii) Sarawak-10,386 pekerja (19 kesatuan)

(d) Yuran pergabungan (affiliation fees) yang dibayar oleh kesatuan-kesatuan kepada MTUC setiap tahun termasuk kesatuan-kesatuan dari Sabah dan Sarawak adalah berasaskan kepada pengiraan $1.00 setahun bagi seorang ahli. Jumlah amaun sebenar yang dibayar kepada MTUC bergantung kepada bilangan ahli dalam sesebuah kesatuan berkenaan;

(e) Kementerian Somber Manusia tidak mempunyai maklumat tentang amaun yang diberi oleh MTUC pusat kepada cawangan­nya di Sabah dan Sarawak. Pada kebiasaannya pihak MTUC pusat menghantar peruntukan secara terus kepada cawangan­cawangannya di Sabah dan Sarawak.

LORI MEMPUNY Al MUA TAN BERLEBIHAN-TINDAKAN

29. Tuan Johan B.O.T. Ghani minta Menteri Pengangkutan menyatakan tindakan-tindakan yang dijalankan kepada lori-lori yang memuat muatan yang berlebihan sehingga mengakibat­kan kerosakan jalan-jalan lebuh raya di Sabah.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Kementerian Pengangkutan menyedari bahawa terdapat lori-lori di Sabah yang membawa muatan yang melebihi daripada had yang dibenar­kan. Perangkaan yang dikumpul oleh pihak Polis DiRaja Malaysia menunjukkan bahawa jumlah kes tindakan mahkamah terhadap peng­usaha-pengusaha pengangkutan lori yang membawa muatan berlebihan, kian bertambah dalam beberapa tahun seperti berikut:

Tahun

1990

1991

1992 (Jan-Apr)

Bil Kes 135

397 693

Tindakan penguatkuasaan akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi apabila stesen-stesen timbang siap menjelang akhir tahun 1993 di beberapa jalan utama seperti berikut:

(i) Kota Kinabalu-Sipitang

(ii) Sandakan-Telupid

Page 30: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

..

1597 5 OGOS 1992 1598

(iii) Kota Kinabalu-Kudat

(iv) Sandakan-Lahad Datu

(v) Tawau-Lahad Datu

Stesen-stesen timbang tersebut akan dikendalikan oleh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan.

PELABUHAN KELANG­JUMLAH KERUGIAN AKIBAT

KEBAKARAN

30. Tuan Rahim bin Baba minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) berapakah kerugian yang ditanggung akibat kebakaran di Pelabuhan Kelang pada bulan Jun 1992 baru-baru ini; dan

(b) apakah anggota bomba pernah dilatih untuk menghadapi kebakaran taut dan pelabuhan yang melibatkan bahan-bahan bahaya seperti xylene dan toluene.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Dato' Dr. Ting Chew Peh):

(a) Kebakaran di Pelabuhan Kelang pada 20hb Jun, 1992 melibatkan 2 tangki minyak Kilang Tiram Kimia Sdn. Bhd. kepunyaan Shell dan sebuah kapal Choon Hong III. Anggaran kasar kerugian langsung yang dialami adalah kira-kira berjumlah $16.6 juta. Anggaran kerugian sebenar masih belum diperolehi. Bagaimanapun tiada kerugian langsung di pihak Kerajaan;

(b) Setiap anggota bomba adalah mendapat latihan menyeluruh di dalam semua aspek kebakaran. Latihan khusus dan lanjutan dilakukan mengikut keperluan dan keadaan tugas. Di Pelabuhan Kelang terdapat

pasukan bomba dan mcnyclilmilt khas di bawah Lembaga Pelabuhan Kelang dengan peng­khususan untuk menghadapi kebakaran laut/pelabuhan.

PEKERJA ASING YANG DITANGKAP-JUMLAH

31. Dato' Tan Tiew Bock minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) sejak tindakan memberkas pekerja-pekerja asing yang gagal mendaftarkan diri mula dilancarkan pada lhb. Julai tahun ini, berapa orang pekerja asing telah ditangkap dan dihantar masuk ke dalam kem tahanan sementara;

(b) antara mereka yang telah ditangkap itu, berapa orang telah dihantar batik ke negeri berkenaan masing-masing;

( c) didapati masih ada berapa jumlah pekerja asing yang bebas dari tindakan tangkapan tersebut, dan apa langkah­langkah akan diambil untuk mengatasi masalah ini; dan

(d) adakah Kerajaan bercadang membuka semua bidang ekonomi untuk pekerja asing yang sah, termasuk bidang perkilangan.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Sejak Ops Nyah II dilancarkan pada lhb Julai sehingga 3 lhb Julai, 1992 seramai 3,191 orang Pekerja Asing Tanpa Izih (PATI) telah ditahan di sembilan kem (Depot Imigresen);

(b) Daripada jumlah ini seramai 30 orang telahpun diusir keluar;

(c) Tidak diketahui akan jumlah sebenar PA TI yang masih bebas. Waiau bagaimanapun, pihak

Page 31: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1599 5 OGOS 1992 1600

Polis sedang dan akan mening­katkan kegiatan mengesan dan menangkap mereka yang masih belum mendaftar ini;

(d) Kerajaan tidak bercadang untuk membuka semua bidang eko­nomi untuk diisi dengan pekerja asing. Pertimbangan hanya diberi mengikut keperluan sektor-sektor tertentu.

MALAYSIA SEBAGAI NEGARA PERINDUSTRIAN YANG

MAJU-USAHA

32. Tuan K. Munisamy minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan usaha menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju banyak usaha telah diambil untuk memperbanyakkan kawasan perindustrian di negara ini. Lumut di Perak merupakan salah satu kawasan tersebut. Apakah langkah-langkah yang akan/sedang diambil oleh Kerajaan untuk memajukan kawasan perindus­trian di Lumut.

Tuan S. S. Subramaniam: Kerajaan Negeri berpendapat Lumut yang terletak di daerah Manjung lebih sesuai untuk pembangunan industri pelancongan. Di daerah Manjung sudahpun terdapat dua kawasan perin­dustrian iaitu kawasan perindustrian Kampung Acheh (214 hektar) di Sitiawan dan kawasan perindustrian Seri Manjung (15 hektar) di Bandar Baru Seri Manjung. Kedua-dua kawasan perindustrian ini terletak dalam lingkungan 15 km dari Lumut. Kawasan perindustrian Kampung Acheh boleh dibangunkan lagi untuk memenuhi keperluan pembangunan perindustrian dalam jangkamasa 5 tahun yang akan datang.

Untuk mempergiatkan pembangunan perindustrian di daerah Manjung, Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji untuk membuka sebuah pengkalan laut (maritime terminal) di Kampung Acheh untuk mengendalikan kargo pukal (conventional bulk cargo).

TOL-CADANGAN MENAIKKAN KADAR OLEH PLUS

33. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) apakah benar terdapat cadangan daripada pihak PLUS untuk menaikkan kadar tol daripada keadaan yang ada sekarang kepada kadar yang lebih tinggi; dan

(b) apakah pihak Kerajaan ber­cadang, untuk menimbangkan permohonan PLUS bagi menaik­kan keadaan ini dan apakah kadar baru yang dicadangkan ini setimpal dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak PLUS.

Timbalan Menteri Kerja Raya (Tuan Kerk Choo Ting):

(a) Adalah memang benar pihak PLUS Berhad telah memohon kepada Kerajaan untuk menaik­kan kadar tol di Lebuhraya Utara-Selatan daripada keadaan yang ada sekarang kepada suatu kadar yang lebih tinggi berkuatkuasa mulai 1.1.1993.

(b) Kerajaan akan menimbangkan permohonan PLUS Berhad untuk menaikkan kadar tol ber­pandukan kepada peruntukan­peruntukan di dalam Perjanjian Konsesi Lebuhraya Utara­Selatan yang telah ditanda­tangani di antara Kerajaan Malaysia dengan United Engineers (M) Berhad.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar tol baru yang dicadangkan ini adalah wajar dan setimpal dengan kemu­dahan-kemudahan yang disedia­kan di Lebuhraya ini. Umpama­nya perjalanan di Lebuhraya ini adalah Iebih cepat, selamat dan selesa di samping lain-lain

Page 32: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1601 5 OGOS 1992 1602

kemudahan yang disediakan seperti kawasan rehat dan rawat, telefon kecemasan dan rondaan keselamatan untuk pengguna­pengguna Lebuhraya yang menghadapi masalah.

FELDA, FELCRA, RISDA DAN LAIN-LAIN AGENSI­

PENGGABUNGAN

34. Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan sejauh mana langkah menyatukan agensi-agensi FELDA, FELCRA, RISDA dan lain­lain seumpamanya sudah dijalankan dan bilakah penyatuan sebenar akan dilaksanakan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Dato Mohamed bin Jamrah): Cadangan bagi menggabungkan· pengurusan sektor pekebun 1cecil yang melibatkan FELDA, FELCRA dan RISDA rnasih lagi dalarn peringkat kajian.

(Soalan No. 35-Sila lihat jawapan kepada Soalan No. 4)

PARLIMEN-PEMBINAAN MINI STADIUM

36. Tuan Haji Azman Atar bin Othman minta Perdana Menteri menyatakan sama ada munasabah suatu perancangan dibuat bagi mengadakan sebuah mini stadium di sudut yang sesuai di dalam kawasan Parlirnen sebagai suatu kemudahan bagi membolehlr:an Ahli-ahli Parlirnen melakukan riadah dengan sebaik­baiknya terutama di dalam masa sesi sidang Parlimen sedang berjalan.

Tuan Douglas Uggah Embas: Par\imen memang mempunyai rancangan jangka panjang untuk

membina sebuah Kompleks Sukan di dalam kawasan Parlimen. Di dalam kompleks itu kelak, kemudahan sukan seperti padang permainan sepaktakraw, badminton dan lain-lain sukan dalaman akan disediakan. Bagaimanapun, projek ini belum dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Keenam (RM6).

PELACURAN-HUKUMAN BERAT TERHADAP

PENGANJUR

37. Dato' Tan Tiew Bock min ta Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa memandangkan semakin seri usnya berlaku kes-kes wanita belasan bahkan gadis-gadis yang masih bersekolah diugut dan ditipu sehingga terjerumus ke dalam lembah maksiat:

(a) adakah pihak Kementerian bercadang mengubahsuaikan undang-undang berkenaan untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan penge­lolaan 'perniagaan' pelacuran; dan

(b) adakah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dikenakan terhadap agen-agen sindiket pelacuran dan 'bapa ayam' dan berapa orang terbabit telah dihantar ke Pulau Jerejak.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Pada masa ini Penganjur Pelacuran atau 'Pimp' boleh dikenakan tindakan undang­undang di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Perlin­dungan Wanita dan Gadis 106/ 1973. Kerajaan masih lagi dalam proses kajian untuk merninda undang-undang ber­kenaan yang bertujuan menge­nakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang terlibat dengan kegiatan menganjurkan pt;lacuran.

Page 33: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1603 S OGOS 1992 1604

(b) Kerajaan tidak berc&.dang menggunakan AKDN untuk' dikenakan ke atas penganjur­penganjur pelacuran. Setakat ini belum ada mana-mana orang ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Pulau Jerejak atas kegiatan penganjur pelacuran.

KAPALTERBANG/KAPAL LAUT KEPUNY AAN ORANG PERSEORANGAN-JUMLAH

38. Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pengangkutan menyatakan berapa buah kapalterbang dan berapa kapal laut yang dipunyai oleh orang perseorangan di negara kita. Siapa yang meluluskan lesen kapalterbang dan di manakah kapalterbang-kapalterbang ini men­darat.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Jumlah kapalterbang milik perseorangan yang telah didaftarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia setakat ini adalah sebanyak 17 buah dan dipunyai oleh 15 orang perseorangan. Kebanyakan kapal­terbang-kapalterbang ini mendarat di Lapangan Terbang-Lapangan Terbang Jabatan Penerbangan Awam dan terdapat juga yang menggunakan padang terbang persendirian seperti Polo Ground di Johor Bahru dan kawasan estet di Ulu Bernam. Mana­kala jumlah kapal laut yang telah didaftarkan atas milik orang per­seorangan sehingga akhir 1991 ialah sebanyak 101 buah.

PENCEMARAN-TEKNOLOGI BERKESAN UNTUK

PENCEGAHAN

39. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan adakah pihak Kerajaan/Kementerian menyediakan sesuatu teknologi berkesan untuk setiap

jenis pencemaran sebelum pelaksanaan undang-undang dikuatkuasakan ter­hadap perlakuan sesuatu pencemaran. Sekiranya tidak untuk sesuatu jenis pencemaran tersebut apakah tindakan Kerajaan selanjutnya supaya pen­cegahan pencemaran tersebut dapat dilaksanakan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Tuan Peter Chin Fah Kui): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar memberi perhatian berat sebelum menggubal dan melaksanakan undang-undang alam sekitar selaras dengan perubahan dalam nilai dan keperluan manusia terhadap mutu kehidupan dan persekitaran yang lebih baik. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar akan mengenalpasti punca-punca tertentu yang berkaitan dengan masalah alam sekitar yang perlu dikawal. dan seterusnya mengkaji dan menilai teknol9gi kawalan bagi pencemaran yang telah dikenalpasti dari segi keberkesanan, kos dan kesesuaian bagi industri-industri di Malaysia sebelum menetapkan standard-standard pelepasan yang perlu dipatuhi. Sekiranya teknologi kawalan yang ada tidak sesuai dari segi keberkesanan dan kosnya, pihak industri akan dikehendaki mengamal­kan cara praktik terbaik (best practi­cable means) untuk mengurangkan masalah pencemaran.

NELA Y AN/KELUARGA YANG DIJANGKITI PENY AKIT AIDS­

PENCEGAHAN

40. Puan Hajah Zaleha binti Hussin minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah tindakan Kementerian Kesihatan kepada nelayan dan keluarga yang berada di pulau-pulau yang berdekatan dengan negara-negara asing untuk mengatasi daripada terdedah kepada jangkitan AIDS dan penyalahgunaan dadah.

..

Page 34: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1605 5 OGOS 1992 1606

Dato' K. Kumaran: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga masa ini belum ada ubat yang boleh menyembuh ataupun vaksin untuk mencegahnya. Strategi utama untuk mencegah diri dari jangkitan adalah dengan menjauhkan diri dari semua kelakuan dan perbuatan yang boleh mendedahkan diri kepada jangkitan. Untuk tujuan ini, Kemen­terian telah dan terus meningkatkan kempen pendidikan kesihatan mengenai AIDS ke seluruh negara melalui pendekatan media massa seperti akhbar-akhbar, radio dan televisyen.

Di kawasan-kawasan sempadan, poster-poster khas telah ditampal dan pamplet-pamplet dan ceramah-ceramah mengenai pencegahan penyakit AIDS kepada orang ramai juga telah diberikan.

PERUMAHAN-PROJEK TERBENGKALAI

41. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan masalah projek terbengkalai yang masih berleluasa dan apakah tindakan Kerajaan mengatasinya serta tindakan kepada kontraktor yang tidak mematuhi hingga menyebabkan banyak projek perumahan terbengkalai:

(a) berapa ramaikah pembeli rumah yang menjadi mangsa perbuatan kontraktor yang membuat

· projek perumahan terbengkalai bagi seluruh negara; dan

(b) berapa ramaikah pula yang terlibat dalam masalah ini bagi negeri Melaka.

Dato' Dr. Ting Chew Peh: Dakwaan Ahli Yang Berhormat bahawa masalah projek terbengkalai masih berleluasa adalab kurang tepat kerana dari perangkaan yang ada di Kernen-

terian menunjukkan bahawa dari jumlah -420 projek terbengkalai sejak tahun 1983 kini telah berkurangan kepada 148 projek pada 30hb Jun, 1992. Kekurangan 101 adalah disebabkan oleh tindakan-tindakan yang telah diambil seperti berikut:

(a) Tertubuhnya Tabung Projek Peru mah an Terbengkalai (TPPT) yang membantu memulihkan projek-projek berkenaan dari segi pembiayaannya;

(b) Wujudnya Akaun Kemajuan Perumahan yang mana menyekat penggunaan wang projek untuk digunakan kepada lain-lain perbelanjaan oleh pemaju perumahan;

(c) Pengawasan yang rapi dari Kementerian terhadap pemaju­pemaju bagi mengelakkan penyelewengan.

Berhubung dengan pertanyaan Ahli Yang Berhormat mengenai tindakan kepada kontraktor-kontraktor yang tidak mematuhi syarat-syarat dimaklumkan bahawa Akta dan Peraturan Pemaju Perumahan yang ada tidak mengawal kegiatan mereka.

(a) Sehingga 30hb Jun, 1992 seramai 22,497 pembeli terlibat dengan projek perumahan terbengkalai. Bilangan rumah yang terlibat ialah 34,055 unit:

(b) Bagi negeri Melaka pula sehingga 30hb Jun 1992, jumlah pembeli yang terlibat ialah 1,484 di mana bilangan rumah pula ialah 2,190 unit. Jumlah projek terbengkalai bagi seluruh negeri Melaka pada tempoh yang sama ialah 8 projek.

PROGRAM PERKAMPUNGAN PERABOT-KEMAJUAN

42. Tuan Mustafa bin Awang minta Menterl Perusahaan Utama menyatakan

Page 35: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1607 5 OGOS 1992 1608

sehingga kini sejauhmana kejayaan/ kemajuan yang telah dicapai dalam Pr-ogram Perkampungan Perabot dan nyatakan tempat di seluruh negara di mana perkampungan ini diadakan.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama (Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor): Perkampungan Perabot telah dan akan dibangunkan di enam buah negeri di Semenanjung Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke 6 seperti berikut:

(i) Perkampungan Perabot Saujana, Terengganu telah bermula pada tahun 1991.

(ii) Perkampungan Perabot Ulu Yam, Selangor telah bermula pada tah un 1991.

(iii) Perkampungan Perabot Mukim Belanja, Perak telah bermula pada tahun ini.

(iv) Perkampungan-perkampungan Perabot di Pahang, Kedah dan Johar masih di dalam kajian.

Tujuan penubuhan perkampungan perabot ini adalah untuk menyediakan tapak pengeluaran perabot yang sesuai dan dilengkapi dengan kemudahan­kemudahan bersama (common facilities) yang mana tapak-tapak berkenaan akan dijual dengan harga yang berpatutan kepada pengusaha bumiputera. Melalui program ini akan dapat memberi peluang bagi pembesaran dan penempatan semula industri perabot bumiputera serta mengimbangi penyertaan pengusaha bumiputera dalam sektor ini. Penggunaan kemudahan bersama secara berkumpulan akan dapat meminimakan kos pengeluaran pengusaha-pengusaha berkenaan.

Setakat ini tahap kemajuan yang dicapai di bawah program perkam­pungan perabot adalah berbeza-beza seperti berikut:

(i) Kerja-kerja pembinaan infras­truktur sedang disediakan di

Perkampungan Perabot Saujana, Terengganu dan Perkampungan Perabot Ulu Yam, Selangor. Sebanyak 10 pengusaha telah dikenalpasti akan beroperasi di setiap perlampungan perabot berkenaan bagi fasal pertama. Kilang perabot di Perkam­pungan Perabot Saujana, Terengganu dijangka mula beroperasi pada pertengahan tahun 1993 manakala di Perkampungan Perabot Ulu Yam pula pada penghujung tahun 1993.

(ii) Kerja-kerja pengukuran tapak di Perkampungan Perabot Mukim Belanja, Perak dan Perkam­pungan Perabot Temerloh, Pahang telah selesai dijalankan. Usaha-usaha mengenalpasti pengusaha perabot untuk ditempatkan di Perkampungan Perabot berkenaan sedang giat dijalankan.

(iii) Usaha-usaha mengenalpasti tapak Perkampungan Perabot di Kedah dan Johor yang sesuai sedang dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri masing-masing.

PEMANDU KENDERAAN TANPA CUKAI PENGANGKUTAN/

INSURANS-JUMLAH DIDAKWA

43. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) sejak awal tahun ini berapa orang yang telah didakwa kerana memandu kereta tanpa cukai pengangkutan dan insurans di Malaysia;

(b) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memudahkan pemilik kereta yang tidak boleh mendapat insurans parti ketiga daripada syarikat- syarikat insurans; dan

..

Page 36: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

\)

1609 5 OGOS 1992 1610

(c) apakah syarat-syarat yang diperlukan oleh syarikat­syarikat insurans untuk mengeluarkan insurans parti ketiga.

Tuan Mustapa bin Mohamed:

(a) Sejak awal tahun ini, iaitu mulai bulan Januari hingga Jun 1992, pihak Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan telah meng­ambil tindakan penguatkuasaan terhadap 6,092 orang kerana memandu kenderaan tanpa lesen kenderaan motor atau cukai ja1an dan perlindungan insurans.

(b) Bagi mengatasi kesukaran pemilik kenderaan motor untuk mendapatkan perlindungan insurans daripada s yarikat­syarikat insurans indi vi du, Persatuan Insurans Am Malaysia setelah berbincang dengan Bank Negara Malaysia, telah merangka satu skim khas untuk tujuan tersebut. Skim ini merupakan lanjutan kepada skim Kumpulan Motor Tak Bertempat atau, dengan izin, "Unplaced Motor Pool" yang dikendalikan oleh Persatuan tersebut. Dengan demikian, mereka yang sukar mendapat perlindungan insurans daripada syarikat insurans individu, boleh memohon perlindungan insurans melalui skim tersebut.

(c) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak ada sebarang syarat yang diperlukan oleh syarikat- syarikat insurans untuk mengeluarkan insurans pihak ketiga. Taraf motor hanya menetapkan premium minimum yang perlu dikenakan sahaja. Keengganan syarikat insurans mengeluarkan perlindungan insurans kepada pihak-pihak tertentu pada amnya disebabkan oleh risiko yang tinggi.

ITM-PERLETAKAN JAWATAN KAKITANGAN AKADEMIK

44. Tuan Haji Doi bin Dolah minta Menteri Pendidikan menyatakan benarkah akhir-akhir ini sebilangan besar pensyarah Dekan Kajian Kejuruteraan di Institut Teknologi MARA (ITM) berhijrah ke sektor awam atau ke institusi-institusi lain atau swasta. Jika benar,mengapakah perkara ini berlaku dan apakah langkah-langkah serta tindakan Kementerian ini memulihkan keadaan itu.

Dr. Fong Chan Onn: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perletakan jawatan kakitangan akademik di institusi pengajian tinggi tempatan adalah di sekitar 2% setiap tahun, termasuk dari Institut Teknologi MARA (ITM). Sebahagian besar daripada mereka meletakkan jawatan kerana ingin berkhidmat di sektor swasta dan melibatkan diri dalam perniagaan.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak Institut Teknologi MARA ialah menghantar tenaga pengajar muda melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi melalui skim latihan kakitangan akademik dan membuat pengambilan baru bagi mengisi kekosongan.

PULAU-PULAU SPRATLY­KEMAJUAN PERBINCANGAN

DI ANTARA NEGARA

45. Jen. (8) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazalj bin Dato' Mohd. Seth minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah kemajuan perbincangan di antara negara-negara yang berhak terhadap Pulau-pulau Spratly di Laut China Selatan.

Menteri Loar Negeri (Datuk Abduilah bin Haji Ahmad Badawi): Sebenarnya belum ada sebarang

Page 37: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1611 5 OGOS 1992 1612

perundingan rasmi antara negara­negara yang ada kepentingan atas pulau-pulau di Laut China Selatan. Waiau bagaimanapun, ada kese­fahaman antara negara-negara yang berkenaan untuk menyelesaikan segala masalah secara aman menerusi perundingan apabila sampai masa yang sesuai. Negara-negara ASEAN, pada 22hb Julai, 1992 telah mengeluarkan satu pengisytiharan mengenai Laut China Selatan dalam mana mereka menegaskan keperluan menyelesaikan segala masalah secara aman menerusi perundingan.

BADAN DAKWAH TABLIGH­MENGAWASI KEGIATAN

46. Tuan Haji Abdul Salam bin Awang minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) Badan Dakwah Tabligh sedang berleluasa di negara kita dan ramai daripada pemuda-pemuda berkecimpung dalam kumpulan ini; tidakkah pihak Kerajaan mengambil perhatian dan tindakan selanjutnya memasti­kan kumpulan berdakwah mengikut etika yang sepatutnya bersesuaian dengan zaman kerana ditakuti mereka yang berkecimpung akan menjadi fanatik dan menjadi masyarakat mundur; dan

(b) setakat ini adakah kes-kes jenayah atau sivil yang dilakukan oleh kumpulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha):

(a) Jemaah Tabligh adalah satu kumpulan dakwah yang berasal dari India. Antara tujuannya ialah untuk berdakwah di kalangan orang Islam di negara ini. Sehingga kini Kerajaan

sentiasa mengadakan per­hubungan rapat dengan Kumpulan Jemaah ini bagi memastikan kegiatan dakwah yang dijalankan oleh mereka tidak bercanggah dengan dasar­dasar dan etika perjalanan Islam di Malaysia yang mengamalkan ajaran Islam berdasarkan Mazhab · Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pada masa ini, per­jalanan aktiviti mereka adalah terkawal.

(b) Setakat ini tidak ada kes-kes jenayah atau sivil yang dilakukan oleh kumpulan ini yang disabitkan salah oleh mahkamah.

BUKU-BUKU YANG MEMBERI KESAN NEGATIF-KA WALAN

BEK ALAN

47. Tuan V.K. Sellapan minta Menteri Pendidikan menyatakan terhadap beberapa kesalahan dari segi isi, nahu clan ejaan di beberapa buah buku-buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah:

(a) apakah Iangkah-langkah Kementerian untuk mengelak­kan bekalan buku-buku yang memberi kesan negatif supaya pelajar-pelajar dapat bekalan buku-buku teks yang betul; dan

(b) adakah Kementerian mengambil Iangkah untuk membenarkan buku-buku teks yang dikaji dan diiktiraf oleh sebuah penal kepakaran sebagai buku teks. Jika tidak, mengapa?

Dr. Fong Chan Onn:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan telah mengambil beberapa langkah tertentu untuk mengelakkan daripada berlaku beberapa kesalahan umpamanya

Page 38: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

---------- -

1613 5 OGOS 1992 1614

dari segi isi, nahu dan ejaan dalam buku-buku teks yang digunakan di sekolah. Di antaranya ialah:

(i) mendapat kelulusan daripada Ahli Panel Penapisan buku teks yang dilantik oleh Kementerian sebelum buku-buku itu· dicetak. Ahli Panel ini terdiri daripada pegawai­pegawai dari Bahagian­bahagian di Kementerian Pendidikan dan sekolah­sekolah;

(ii) sekiranya keadaan men­desak, semua erata yang ada dalam buku yang· telah dicetak akan diper­betulkan sebelum diedar­kan ke sekolah;

(iii) jika sebarang kesalahan dikesan, Ahli Panel akan meminta penerbit ber­kenaan membetulkan kesalahan-kesalahan yang ada untuk cetakan akan datang.

(b) Kementerian Pendidikan se­memangnya mempunyai Panel Penilaian buku-buku teks yang akan mengkaji dan meneliti kesalahan-kesalahan yang ada. Di samping itu buku-buku teks ini perlu mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian sebelum diedarkan ke sekolah­sekolah.

AKTA PERIKANAN-PINDAAN

48. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) mengapa Akta Perikanan belum dibuat pindaan sehingga hari ini walaupun Menteri .Pertanian telah lama berjanji untuk membuat pindaan sebelum pilihanraya pada tahun 1990;

(b) berapa bot nelayan tempatan telah melanggar undang-undang atau syarat-syarat Akta Per­ikanan dalam tahun 1992 dan apakah hukuman telah diambil mengikut cara:

(i) denda sahaja;

(ii) denda dan bot dirampas.

Dato' S. Subramaniam:

(a) Sato sesi dialog mengenai cadangan-cadangan pindaan Akta Perikanan 1985 telah diadakan pada 21hb Mei, 1992 antara pengusaha-pengusaha perikanan, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Parlimen, wakil-wakil Persatuan Nelayan/Syarikat Kerjasama Nelayan dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah NEKMAT. Cadangan­cadangan pindaan Akta Perikanan 1985 yang telah dikemukakan semasa sesi dialog itu telah dikumpulkan dan sedang dikaji dengan teliti oleh Jawatankuasa Pindaan Akta Perikanan 1985. Ini adalah untuk memastikan pindaan Akta Perikanan 1985 yang akan dikemukakan kepada Parlimen adalah satu pindaan yang mencerminkan kehendak semua pihak yang terlibat demi kebaikan dan kemajuan industri perikanan Malaysia.

(b) Dari bulan Januari 1992 sehingga bulan Jun 1992, sejumlah 678 vesel penang­kapan ikan tempatan telah pun ditangkap kerana melanggar peruntukan ataupun syarat­syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985. Daripada vesel­vesel penangkapan ikan tempatan yang telah ditangkap:

{i) bilangan vesel yang didenda/kompaun adalah 365 dan kompaun sejumlah $864,550.00 telah pun dikutip.

Page 39: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1615 5 OGOS 1992 1616

(ii) bilangan vesel yang telah didakwa di Mahkamah adalah 102 dan Mahka­mah mengenakan denda $119,100.00 dengan keputusan vesel rampas.

(iii) bilangan vesel yang dibebaskan tanpa pen­dakwaan adalah 134.

(iv) bilangan kes yang di­tangkap tanpa nelayan dan barang-barang ram­pasan disita untuk tempoh 30 hari dan dilupuskan seperti arahan Ketua Pengarah Per­ikanan adalah 75.

TOL-TINDAKAN TEGAS KE ATAS PENGGUNA YANG

TIDAK MEMBA Y AR

49. Tuan Saidin bin Mohamad minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah Kerajaan akan mengambil tindakan tegas bagi setiap pengguna jalan lebuhraya yang tidak membayar tol dan bagi mereka' yang mula mencipta rekod itu bolehkah dianggap 'Kepala Jenayah Lebuhraya'.

Tuan Kerk Choo Ting: Izinkan saya menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bersekali dengan pertanyaan­pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain iaitu:

(a) Yang Berhormat Tuan Haji Azman Atar bin Othman;

(b) Yang Berhormat Tuan C. Krishnan; dan

(c) Yang Berhormat Tuan Ho Cheng Wang,

kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut adalah berkisar mengenai isu pengguna jalan raya yang enggan membayar tol.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan yang enggan membayar tol bagi tahun 1992 ialah 6,697 orang (iaitu setakat 30hb Jun, 1992).

Bagi mereka yang enggan membayar tol, pihak Kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

PEKERJA ASING TANPA IZIN­JUMLAH DIDAFT ARKAN

50. Tuan Chong Chi Siong mint2. Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) jumlah pekerja asing tanpa izin telah didaftarkan sehingga 30.6.1992; dan

(b) adakah Kementerian bercadang · memanjangkan tempoh masa

untuk kerja pendaftaran atau cara lain yang flexible supaya tidak menjejas pembangunan negara.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Jumlah Pekerja Asing Tanpa Izin (PA TI) yang didaftar sehingga 30.6.92 adalah seramai 353,739 orang.

(b) Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan · lagi tempoh pendaftaran ini.

T ANAH FELD A YANG TERBENGKALAl-KELUASAN

51. Puan Kalthom binti Haji Othman minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan:

(a) berapa keluasan tanah FELDA yang dilaporkan terbengkalai. Mengapakah berlaku demikian. Apakah langkah susulan yang diambil oleh Kerajaan untuk

..

Page 40: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1617 5 OGOS 1992

tidak terus membiarkan skim tanah tersebut dalam keadaan demikian;

(b) b~rapa ramaikah peneroka FELDA dan jumlah isi keluarga mereka mengikut perangkaan yang terkini;

(c) apakah ada peneroka yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Jika ada, nyatakan jumlah peneroka itu dan bagai­manakah Kerajaan bercadang mengatasinya; dan

(d) nyatakan pendapatan purata sebulan bagi peneroka FELDA. Adakah Kerajaan berpuashati dengan kadar pendapatan itu.

Dato Mohamed bin Jamrah:

(a) Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya tidak timbul masalah tanah yang terbengkalai bagi rancangan FELDA. Apa yang berlaku ialah peneroka-peneroka tidak me­ngerjakan ladang yang telah diuntukkan kepada mereka di rancangan. Bagi peneroka­peneroka yang tidak menger­jakan ladang, FELDA meng­adakan peraturan sehinggalah ke peringkat mengambil tindakan tatatertib ke atas. mereka sekira­n ya masih engkar mematuhi peraturan tersebut.

(b) Sehingga ini seramai 118,448 peneroka dengan jumlah 712,600 isi keluarga telah ditempatkan di rancangan­rancangan FELDA.

( c) Keluasan ladang I 0 ekar dengan tanaman sawit atau getah yang diperuntukkan kepada setiap peneroka dapat memberi pulangan yang ekonomik dan 'viable'. Oleh itu, tidak sepatut­nya pendapatan seseorang peneroka itu jatuh di bawah paras kemiskinan. Sekiranya

1618

berlaku pendapatan bulanan yang rendah ianya adalah di­sebabkan ladang itu tidak di­usahakan sepenuhnya. Pen­dapatan dari ladang semat2.­mata, walau bagaimanapun, tidak boleh dijadikan ukuran untuk menentu paras kemis­kinan kerana di samping !tu peneroka-peneroka juga mem­perolehi pendapatan dari sumber-sumber lain.

Tiada peneroka yang pe~­dapatannya berada di bawah paras kemiskinan. Contornya, purata pendapatan bersih peneroka bagi tahun 1992 (Januari-Mei) adalah $525 .24 bagi sawit dan $493.68 bagi getah. Bagaimanapun, bagi peneroka-peneroka yang pen­dapatan ladangnya kurang daripada yang sepatutnya bo1eh diperolehi beberapa langkah telah dilaksanakan untuk meng­atasinya, antaranya ialah:

(i) Meningkatkan kadar pengeluaran hasil pada lot-lot ladang yang mr,sih tidak diusahakan seca!'a optima, program tanam semula juga turut diper­cepatkan bagi ladar.g­ladang yang tidak lagi produktif/sampai masa­nya untuk ditanam semula.

(ii) Menggalak peneroka melibatkan diri dalam usaha-usaha ekono".Ili sampingan dengan mer.g­adakan kemudahan khid­mat nasihat, latihan, pinjaman modal dan lain­lain bantuan melalui agensi-agensi Kerajaan.

(iii) Peneroka dibolehkan bekerja di luar rancangan untuk memperolehi pendapatan tambahan

Page 41: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1619 S OGOS 1992 1620

dengan syarat mereka bermastautin di ran­cangan dan kerja ladang telah disempurnakan.

(iv) Melaksanakan skim pen­dapatan minima di mana pendapatan ladang yang kurang daripada $400 sebulan dikecualikan dari potongan-potongan FELDA. Kadar bayaran kembali juga dikurang­kan kepada tidak me­lebihi $250 seorang sebulan.

(d) Purata pendapatan bersih sebulan mengikut jenis tanaman adalah seperti berikut:

Tahun Jenis Purata Purala Tanaman Kasar Bersih

(Ringgit) (Ring git)

1990 Sa wit 622.74 446.95 Getah 599.88 455.41

1991 Sawit 654.34 490.61 Getah 657.69 502.92

1992 Sa wit 671.76 525.24 Jan-Mei} Getah 641.72 493.68

(Pendapatan bersih ialah setelah ditolak potongan-potongan FELDA}.

Pendapatan bulanan peneroka yang dinyatakan itu berpunca dari hasil ladang. Jika hasil tinggi dan harga pasaran baik peneroka akan mendapat pendapatan yang tinggi dan begitu juga sebaliknya. Kadar pengeluaran basil ladang oleh peneroka masih boleh lagi ditingkatkan dan perkara ini sentiasa diberi penekanan oleh penguru~n FELOA.

. Se lain. dari kuantiti penge­luaran, faklor harga pasaran komoditi juga menjadi penentu kepada pendapatan peneroka. Harga yang kurang stabil menyebabkan pendapatan ber-

ada di paras yang sederhana. Bagi mengatasi keadaan ini, Kerajaan telah mengambil langkah-langkah menggalakkan peneroka melibatkan diri dalam pelbagai usaha sampingan seperti yang dinyatakan di atas tadi.

AHLI KESATUAN SEKERJA MENGKHIANATI NEGARA­

TINDAKAN KERAJAAN

52. Tuan Ghazali bin Haji Embong minta Menteri Somber Manusia menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap segelintir ahli-ahli Kesatuan Sekerja yang telah mengkhianati negar~ untuk kepentingan peribadi mereka:

(a) apakah langkah-langkah pen­cegahan yang diambil;

(b) nyatakan bentuk tindakan yang boleh dikenakan oleh Kerajaan kepada mereka; dan

(c) senaraikan nama-nama pemim­pin-pemimpin yang disyaki yang melakukan kegiatan tersebut.

10.8.92

35. Tuan C. Krishnan minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah tindakan-tindakan yang akan diambil terhadap pemimpin Kesatuan Sekerja yang tidak ada semangat kebangsaan apabila mereka memburuk-burukkan Kerajaan Malaysia di dalam Per­sidangan-persidangan Buruh Antara­bangsa.

Dato' M. Mahalingam: Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan Yang Berhormat Tuan C. Krishnan pada lOhb Ogos, 1992 mengenai perkara yang sama.

Kementerian Somber Manusia memang sedar bahawa ada sebilangan pemimpin-pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang

Page 42: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

..

1621 5 OGOS 1992 1622

memburuk-burukkan nama baik Malaysia ini di mata dunia dengan membuat aduan yang tidak tepat terhadap dasar-dasar Kerajaan mengenai perkara-perkara perburuhan kepada organisasi-organisasi kesatuan sekerja luar seperti International Metalworks Federation (IMF) dan Pertµbuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Kerajaan sentiasa mengawasi situasi ini dan mengkaji kesan-kesan buruk terhadap negara akibat dari tindak­tanduk mereka itu. Tindakan yang sewajarnya akan diambil apabila perlu, bersesuaian dengan kesan-kesan buruk yang berbangkit.

Dalam hubungan ini adalah jelas bahawa pemimpin-pemimpin Kesatuan Sekerja yang terlibat mempunyai hasrat liar untuk mencapai objektif mereka iaitu untuk menyingkirkan Malaysia dari menganggotai Pertubuhan B uruh Antarabangsa (ILO) dengan tidak mengambilkira kepentingan negara. Mereka itu tidak wajar dipilih untuk memegang jawatan sebagai pemimpin­pemimpin Kesatuan Sekerja. Akibat dari tindak-tanduk yang tidak bertanggung­jawab mereka untuk menjejaskan imej negara di mata dunia, Kementerian Sumber Manusia terpaksa mengambil langkah untuk memperbetulkan maklumat palsu tentang perkara-perkara perburuhan dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan akhbar dan membidas kenyataan-kenyataan palsu badan-badan antarabangsa berkenaan dari semasa ke semasa supaya gambaran sebenar di negara ini dapat difahami oleh semua pihak di dalam dan di luar negeri.

Kerajaan akan terus memerhati dan mengawasi tindak-tanduk pemimpin­pemimpin Kesatuan Sekerja kita yang bertindak secara sulit atau terbuka untuk kepentingan peribadi bukan untuk kepentingan kaum pekerja. Di peringkat ini tidaklah wajar disebutkan nama­nama mereka kerana sebab-sebab tertentu. Kerajaan yakin bahawa rakyat kita, terutamanya golongan pekerja

sudah sedar terhadap putar belit dan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Kesatuan Sekerja ini yang menjejaskan imej dan ekonomi negara serta kepentingan masyarakat pekerja sendiri. Oleh itu, ingin ditegaskan di sini bahawa golongan pekerja sendiri harus lebih berjaga-jaga akan tingkah laku dan daya muslihat pemimpin-pemimpin mereka.

SEKTOR PERKILANGAN­PERTUMBUHAN

53. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberi penjelasan apakah usaha Kerajaan agar pertumbuhan dalam sektor perkilangan dapat mencapai seperti yang diramalkan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar dan memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.

Tuan S.S. Subramaniam: Sektor perkilangan dijangka berkembang pada kadar 11.5% setahun dalam tempoh RM6 dan menyumbangkan 45.8% daripada jumlah pertambahan dalam KDNK. Menjelang tahun 1995, sektor perkilangan dijangka akan menyum­bangkan hampir satu pertiga daripada KDNK.

Di antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memasti­kan ramalan di bawah RM6 bagi sektor perkilangan dicapai ialah:

(i) Meningkatkan taraf infrastruktur dan · kemudahan-kemudahan sokongan lain yang diperlukan oleh pelabur.

(ii) Mempertingkatkan taraf kema­hiran sumber tenaga manusia bagi memenuhi keperluan sektor perkilangan dari segi kepakaran dan kemahiran.

(iii) Mempergiatkan aktiviti-aktiviti promosi dengan pendekatan yang lebih selektif supaya hanya pelaburan dalam industri-

Page 43: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1623 5 OGOS 1992 1624

industri berteknologi fr•1ggi, berintensif capital dan nilai tambah tinggi digalakkan.

(iv) Mengadakan Skim Insentif Pelaburan yang memberi pene­kanan kepada jenis industri­industri yang ingin digalakkan.

(v) Mencari pasaran-pasaran baru bagi barang-barang eksport sambil memperbesarkan pasaran-pasaran yang sedia ada.

Berhubung dengan menggalakkan pelaburan dalam negeri, di antara usaha­usaha yang diambil oleh Kerajaan ialah:

(i) Mengubahsuaikan dasar ter­hadap penyertaan ekuiti bagi industri-industri yang telah maju/ dewasa. Syarikat-syarika~ luar negeri yang ingin mendirikan projek perkilangan dalam industri yang telah maju atau dewasa disyaratkan berusaha secara usahasama dengan pelabur tempatan. Antara industri yang telah dikenalpasti ialah, dengan izin, plastic moulded parts, packaging materials, coils and transformers, heat treatment dan electroplating.

(ii) Dalam misi-misi pelaburan ke luar negeri untuk menarik pelaburan asing, Kerajaan juga telah menjemput pelabur-pelabur tempatan untuk menyertai bersama bagi tujuan meng­galakkan usahasama di antara pelabur tempatan dengan pelabur asing;

(iii) Beberapa insentif juga te:ah diperkenalkan untuk pelabur tempatan yang berkecimpung dalam industri kecil dan sederhana. Insentif-insentif ini adalah untuk membantu pelabur tempatan mendirikan projek perkilangan baru dan untuk mempertingkatkan taraf tekno­logi. Bagi syarikat-syarikat yang

mempunyai penyertaan majoriti ekuiti tempatan, Tabung Penyusunan Industri telah disediakan untuk syarikat­syarikat tern pa tan bagi memodenkan operasi mereka. Setakat ini, 10 permohonan telah diterima bagi pinjaman dari IAF dan 7 telah diluluskan. Pinjaman sebanyak $9.2 juta telah pun diberi kepada syarikat-syarikat terse but.

(iv) Kerajaan telah menubuhkan pejabat-pejabat cawangan MIDA di setiap negeri untuk menyebar­kan maklumat-maklumat kepada pihak swasta tempatan mengenai peluang-peluang pelaburan di mana para pelabur tempatan boleh berkecimpung.

(v) Kerajaan juga telah mengadakan seminar pelaburan bagi industri tertentu dan sesi dialog di antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri dengan pihak swasta tempatan bagi memaklumkan mengenai peluang-peluang pelaburan, dasar-dasar Kerajaan yang baru mengenai pelaburan dan juga rancangan-rancangan pem­bangunan yang memberi faedah kepada para pelabur dan bakal pelabur.

SISTEM OMBUDSMAN TIDAK AKAN DIWUJUDKAN­

PENGESAHAN

54. Dato' Azumu bin Tak minta Perdana Menteri mengesahkan bahawa dengan adanya sistem pentadbiran Kerajaan yang begitu kemas di semua segi, terutama aduan-aduan pentadbiran seperti Biro Pengaduan Negara, maka sistem Ombudsman tidak akan diujudkan di dalam pentadbiran Malaysia di masa kini.

..

Page 44: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

..

1625 5 OGOS 1992 1626

Dato Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Boat masa ini Kerajaan menganggap Biro Pengaduan Awam adalah memadai untuk mengendalikan aduan-aduan terhadap jentera perkhid­matan awam.

GERAKAN MEMBANCI PEKEBUN KECIL-KURANG

SAMBUTAN

SS. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan:

(a) apakah sebabnya "Gerakan Membanci Pekebun-pekebun Kecil" kurang mendapat sambutan;

(b) apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi perkara yang tersebut; dan

(c) pekebun-pekebun getah FELDA adakah ditakrifkan sebagai pekebun kecil.

10.8.92

49. Puan Kalthom binti Haji Othman minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan:

(a) setakat manakah kemajuan usaha pendaftaran banci pekebun kecil getah yang dijalankan oleh Kementerian. Berapa ramaikah yang telah dibanci dan berapa ramai pula yang belum. Apakah tujuan gerakan banci itu:

(b) adakah benar Iaporan bahawa sejak gerakan banci pekebun kecil itu dijalankan di seluruh negara hanya 33. 7% atau 179 ,626 daripada 534,516 pekebun kecil getah dibanci. Jika · benar, mengapakah bilangan majoriti pekebun kecil getah itu tidak berbuat demikian. ·

Dato Mohamed bin Jamrah: Saya ingin memohon keizinan Tuan Yang di­Pertua bagi menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan Yang Berhormat Puan Kalthom binti Haji Othman pada lOhb Ogos, 1992.

(a) Tujuan gerakan banci secara umumnya adalah untuk mem­bantu RISDA menyenaraikan semua lot tanah getah dan semua pemilik-pemilik tanah getah yang ada di Semena:njung Malaysia. Maklumat-maklumat berkenaan akan digunakan bagi merangka satu program yang mantap menjelang tahun 2000 selaras dengan hasrat Kerajaan yang termaktub di dalam Rangka Rancangan J angka Panjang Kedua dan Wawasan 2020.

Adalah tidak tepat jika dikatakan gerakan barlci pekebun-pekebun kecil kurang mendapat sambutan. Setakat ini seramai 380,906 orang pekebun kecil atau 82.6% daripadajumlah pekebun kecil telahpun dibanci. Waiau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah kecil yang wujud di dalam gerakan ini. Masalah-masalah terse but adalah seperti:

(i) Pekebun kecil tidak dapat ditemui kerana mereka telah berpindah ke kawasan lain dan alamat mereka tidak dapat dikesan.

(ii) Ada di antara pekebun kecil yang masih ragu­ragu dengan tujuan dan matlamat banci yang di­jalankan. Mereka bim­bang jika urusan banci ini adalah merupakan satu muslihat untuk mendapat­kan maklumat bagi maksud kegunaan cukai pendapatan.

Page 45: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1627 S OGOS 1992 1628

(iii) Pekebun-pekebun kecil tidak nampak akan pentingnya dan faedah­faedah yang diperolehi dengan melibatkan diri dalam banci tersebut.

( b) Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, RISDA telah meng­aturkan beberapa strategi seperti berikut:

(i) Memusatkan kegiatan banci melalui radio, TV, suratkhabar, poster, van penerangan bergerak, ucapan orang-orang kenamaan dan pengaruh ketua-ketua masyarakat termasuk ahli-ahli politik bagi menghebahkan maklumat-makl um at berkenaan dengan banci seluas-luasnya.

(ii) Memulakan operasi mopping-up untuk mem­banci saki-baki pekebun kecil yang masih belum dibanci.

(iii) Pekebun kecil getah FELDAadalahjugaditak­rifkan sebagai pekebun kecil.

MURID-MURID DI SARAWAK MENABUNG DI BSN­

BILANGAN

56. Tuan Ding Seling minta Menteri Kewangan menyatakan sehingga Julai 1992, berapakah bilangan murid-murid di sekolah-sekolah di Sarawak yang menyimpan wang dalam Bank Simpanan Nasional dan bank- bank swasta lain.

Tuan Mustapa bin Mohamed: Bilangan penyimpan murid-murid sekolah di Bank Simpanan Nasional bagi negeri Sarawak ialah sebanyak 51,726 atau 18% daripada jumlah besar penyimpan Bank Simpanan Nasional di Sarawak yang berjumlah 287,369.

Kerajaan tidak dapat memberi maklumat mengenai bilangan penyimpan murid-murid sekolah di bank-bank swasta kerana rekod sedemikian tidak disimpan oleh bank­bank tersebut.

BOSNIA-BANTU AN MALAYSIA

57. Tuan Haji Zainal bin Md. Deros minta Menteri Luar Negeri menyatakan · apakah tindakan Kementerian untuk membantu Bosnia yang telah meng­is ytiharkan kemerdekaan dari Yugoslavia yang mana pada ketika ini negara yang baru merdeka ini sedang wujud peperangan di antara ·Bosnia dan tcntera Serbia yang pro-Yugoslavia. Apakah bentuk-bentuk bantuan yang telah diberi dan yang sedang difikirkan oleh Malaysia imtuk membantu Bosnia.

Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi: Malaysia memang amat terharu dengan keadaan di Bosnia-Herzegovina dan bersimpati dengan penderitaan yang menimpa rakyat jelatanya. Malaysia telah mengam bil bahagian yang aktif di persidangan-persidangan antarabangsa seperti di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Persidangan Tergempar Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Istanbul, Turki dan telah melaksanakan ketetapan-ketetapan PBB dan OIC tersebut. ·

Di samping tindakan melalui badan­badan dunia tersebut, Malaysia juga telah mengecam pihak yang ber­tanggungjawab dan menggesa supaya mereka menyelesaikan pertelingkahan melalui meja perundingan.

Di samping sokongan politik dan moral seperti dinyatakan Malaysia juga telah menghulurkan bantuan kewangan sejumlah US$500,000 (RM $1.25 juta) kepada Kerajaan Bosnia-Herzegovina bagi m~mbantu mengurangkan pen­deritaan rakyat Bosnia-Herzegovina.

Page 46: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1629 5 OGOS 1992 1630

SEKOLAH AGAMA RAKYAT­CADANGAN PENGAMBILAN

ALIH OLEH KERAJAAN PUSAT

58. Tuan Rahim bin Baba minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kerajaan Pusat bercadang mengambil­alih Sekolah Agama Rakyat di peringkat rendah dan menengah. Jika tidak, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelaraskan sukatan pelajaran agama yang diajar di sekolah Kerajaan dengan sekolah Ugama Rakyat supaya tidak berlaku pertindihan.

Dato' Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk mengambialih Sekolah-sekolah Agama Rakyat.

Waiau bagaimanapun, Sukatan Pelajaran Sekolah Agama diselaraskan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

KAMPUNG BARU MENJADI PUSAT PEMBANGUNAN-­

JUMLAH

59. Tuan Neo Tuan Cheng minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan berapakah kampung-kampung baru di negara kita telah menjadi pusat pembangunan. Ap.akah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang untuk mempertingkatkan kemudahan dan infrastruktur fizikalnya untuk menjadikan pusat-pusat bandar yang teratur. ·

Dato' Dr. Ting Chew Peh: Untuk makluman Yang Berhormat, melalui usaha-usaha Kerajaan untuk memajukan pembangunan kampung-kampung tersebut itu dan juga dengan pertambahan aktiviti ekonomi maka kini terdapat beberapa buah kampung yang telahpun menjadi pusat pembangunan

ataupun pusat bandar iaitu seperti Sri Kembangan, Sri Setia, Jinjang dan Mengelembu.

Sememangnya menjadi hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk meningkatkan kemudahan-kemudahan infrastruktur di kampung-kampung tersebut agar lebih banyak lagi darinya akan berkembang sebagai pusat pembangunan atau pusat bandar. Bermula daripada Rancangan Malaysia Kedua hinggalah ke akhir Rancangan Malaysia Keli ma, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah membelanjakan sebanyak $72.56 juta untuk nielaksana­kan projek-projek kemudahan di kampung-kampung tersebut. Bagi jangka panjang, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri agar sesebuah kampung tersebut dapat membangun sebagai pusat pertumbuhan atau pusat bandar dengan lebih teratur mengikut keutamaan dan keperluan setempat serta peruntukan semasa.

GURU SEMENTARA DI SEKOLAH RENDAH-BILANGAN

60. Tuan K. Munisamy minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) berapakah bilangan guru sementara yang bertugas di sekolah-sekolah rendah pada tahun 1992;

(b) dalam bahasa penghantar manakah lebih ramai guru-guru sementara bertugas. Sila beri angkanya; dan

(c) bolehkan Kementerian Pendidikan membuka Latihan KDC sekali lagi sekurang­kurangnya tiga tahun berturut­turu t untuk menyelesaikan masalah guru-guru sementara yang dihadapi pada masa sekarang. Jika tidak, apa sebabnya.

Page 47: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1631 5 OGOS 1992 1632

Dato' Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,jumlah guru sandaran tidak terlatih yang sedang berkhidmat di semua sekolah rendah seluruh Malaysia ialah seramai 16,195 orang.

(b) Jumlah guru sandaran tanpa latihan yang terbesar ialah guru­guru sementara di sekolah berpengantar Bahasa Malaysia iaitu seramai 10,235 orang.

(c) Kementerian Pendidikan memang sedar akan bilangan guru sementara di sekolah­sekolah masa kini. Waiau bagaimanapun, Kementerian tidak bercadang membuka latihan KOC lagi kecuali di Sabah dan Sarawak. Untuk menyelesaikan masalah guru sementara, Kementerian telah meningkatkan lagi pengambilan bilangan guru pelatih bagi kursus Perguruan Asas di maktab­maktab perguruan. Peluang diberikan juga kepada guru-guru sementara untuk mengikuti kursus tersebut sekiranya mereka mempunyai kelayakan yang disyaratkan.

PENUNTUT MALAYSIA DI LUAR NEGARA-MENUKAR AGAMA

61. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah benar terdapat dakwaan yang menyatakan terdapat penuntut Malaysia di luar negara yang telah menukar agama mereka dan apakah Kerajaan bercadang untuk mengambil langkah dan tindakan yang perlu bagi mengawasi aktiviti pelajar-pelajar Malaysia di luar negara supaya perkara-perkara seperti di atas tidak berlaku.

Dato' Dr. Haji Suleiman bin Haji Daud: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, oleh kerana terdapat dua orang Ahli Yang Berhormat yang mengemukakan soalan yang hampir sama pada hari ini maka saya memohon supaya soalan ini dijawab serentak. Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut ialah:

(i) Yang Berhormat Tuan Saad bin Haji Man; dan

(ii) Yang Berhormat Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh.

Melalui Jabatan Penuntut Malaysia di luar negeri, Kementerian Pendidikan telah membuat siasatan yang rapi berkaitan dengan laporan mengenai pelajar-pelajar wanita Melayu yang menukar agama.

Sehingga kini, hasil daripada siasatan itu didapati tidak ada maklumat yang mengesahkan adanya mana-mana pelajar Melayu Malaysia yang menukar agama Islam kepada agama-agama lain.

Pada masa 101, Kementerian Pendidikan tidak bercadang men1buat sebarang pindaan perakuan berkaitan perighantaran pelajar ke luar negeri, kerana peruntukan yang sedia ada telah menetapkan syarat-syarat yang ketat, antaranya pelajar-pelajar tajaan Kerajaan tidak dibenarkan berkahwin melainkan mendapat kebenaran Kerajaan terlebih dahulu semasa di dalam pengajian sama ada di dalam atau luar negara. Syarat-syarat tersebut telah dimasukkan ke dalam Surat Perjanjian Biasiswa pelajar berkenaan.

Waiau bagaimanapun, untuk mengelakkan perkara ini berlaku Kementerian Pendidikan bercadang untuk mempertingkatkan kursus- kursus bimbingan agama dan menyediakan buku-buku panduan agama bagi pelajar­pelajar yang akan bertolak ke luar negara dan juga bagi yang sedia berada di luar negeri. Program orientasi bagi pelajar­pelajar yang akan ke luar negeri juga akan dipertingkatkan.

"

Page 48: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1633 5 OGOS 1992 1634

PROMOSI PERJUANGAN NEGARA SELAT AN-SELAT AN­

KEJA YAAN MALAYSIA

62. Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi minta Menteri Luar Negeri menyatakan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia di arena antarabangsa dalam usaha mempromosi­kan perjuangan negara Selatan-Selatan; dan apakah langkah-langkah susulan selanjutnya.

Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi: Kerjasama Selatan-Selatan merupakan satu aspek pen ting dasar luar Malaysia. Malaysia telah memaju dan menyokong kerjasama Selatan-Selatan dengan aktif dan konsisten di sem ua forum-forum antarabangsa.

Kerajaan juga telah mengambil beberapa tindakan yang konkrit berkaitan dengan polisi bagi mempertingkatkan lagi kerjasama Selatan-Selatan. Ini dapat dilihat melalui pertambahan kerjasama ekonomi dan perdagangan di dalam rantau ini sendiri iaitu di Asia Tenggara, yang kesemuanya terdiri dari negara-negara membangun.

Malaysia adalah salah sebuah negara penggerak utama dalam menggalakkan kerjasama Selatan-Selatan. Penubuhan Suruhanjaya Selatan bagi mengkaji masalah negara-negara Selatan dan persidangan tahunari di peringkat Ketua­Ketua Negara Kumpulan G-15 bagi membincangkan masalah-masalah negara-negara Selatan adalah di antara kejayaan-kejayaan yang boleh dibanggakan. Baru-baru ini, 'South Investment Trade and Technology Data Exchange Centre (SITTDEC)' iaitu satu pusat pengumpulan dan pertukaran data bagi negara-negara Selatan telah ditubuhkan dengan rasminya pada lhb Februari, 1992 dan beribu pejabat' di Kuala Lumpur. Kini juga terdapat Peraturan Pembayaran Duahala (Bilateral Payments Arrangement) di antara Malaysia dengan 14 buah

negara-negara membangun yang lain yang bertujuan memudahkan lagi perdagangan di antara negara-negara membangun.

Di bidang alam sekitar dan pem­bangunan pula, Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada Persidangan Kedua Peringkat Menteri Negara-Negara Membangun Mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan pada 22-29hb April, 1992 yang telah niembolehkan negara­negara Selatan mencapai pendirian­pendirian bersama mengenai isu-isu pen ting.

Malaysia akan terus memajukan daya usaha bagi memperkuat dan memper­eratkan lagi kerjasama dan hubtmgan di antara negara-negara Selatan kerana ini adalah satu-satunya cara untuk memper­tahankan diri kita dari ditindas oleh negara-negara maju.

PINJAMAN MARA-BILANGAN PENGUSAHA BUMIPUTERA

63. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan sejak tahun 1980 hinggaJun 1992 berapa ramai pengusaha-pengusaha bumiputera membuat pinjaman dari MARA meng­ikut negeri-negeri bagi menjalankan perusahaan dan perniagaan seperti:

(a) pengangkutan awam;

(b) pemborong;

( c) industri besar/.kecil;

( d) perladangan perikanan;

( e) trading;

(f) pelancongan; dan

( g) perusahaan batik.

Menteri Perusahaan A wam (Dato' Dr. Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor): Sejak tahun 1980 sehingga Jun 1992, MARA telah memberi pinjaman kepada 15,222 peminjam di sektor perdagangan, 2,569

Page 49: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1635 5 OGOS 1992 1636

di bidang pembuatan, 4,048 pemborong, 2, 159 profesional/perkhidmatan dan 1,497 pengusaha pengangkutan. Seinentara bilangan pengusaha­pengusaha bumiputera yang menerima pinjaman mengikut negeri-negeri pula adalah seperti berikut:

(i) Johor 2,415

(ii) Selangor 3,231

(iii) Negeri Sembilan 1,665

(iv) Pahang 2,848

(v) Perak 1,852

(vi) Kelantan 7,040

(vii) Terengganu 4,939

(viii) Melaka 1,664

(ix) Kedah 5,280

(x) Pulau Pinang 1,287

(xi) Sabah 2,031

(xii) Sarawak 1,358; dan

(xiii) Wilayah 2,008 orang Persekutuan

T ADIKA/TASKA KELOLAAN KEMAS-JUMLAH

64. Tuan Rahim bin Baba minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) berapakah jumlah tadika atau taska yang dikelolakan oleh KEMAS atau badan-badan lain yang telah diambilalih oleh Kementerian Pendidikan;

(b) apakah Kerajaan bercadang menyerapkan guru-guru tadika atau taska yang terlibat kepada perkhidmatan perguruan.

Dato' Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak ada satu pun di antara Tadika KEMAS dan tadika agensi-agensi Kerajaan yang Iain diambilalih oleh Kementerian

Pendidikan, oleh itu soalan penyerapan guru-guru tadika berkenaan tidak berbangkit.

SINDIKET MENIPU UNTUK BEKERJA PERAMUGARI­

BILANGAN GADIS

65. Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Dalam Negeri menyatakan benarkah terdapat sindiket yang menipu untuk bekerja sebagai peramugari. Kalau benar berapa orangkah gadis-gadis ini terlibat dan apakah hukuman yang dikenakan kepada sindiket tersebut.

Tuan Ong Ka Ting: Setakat ini belum ada laporan yang diterima tentang wujudnya sindiket yang menipu orang untuk bekerja sebagai peramugari.

RADIO 4-PEMBATALAN RANCANGAN "RADIO

THEATRE"

66. Datuk David Yeoh Eng Hock minta Menteri Penerangan menyatakan:

(a) adakah Menteri Penerangan sedar bahawa siaran yang telah lama memberi perkhidmatan cemerlang · iaitu Radio Theatre disiarkan melalui Radio 4 telah dihentikan begitu sahaja setelah di udara selama hampir satu generasi;

(b) bukankah Radio Theatre satu cara yang cukup baik untuk belajar bahasa Inggeris kerana selain dari mengajar, ia juga menghibur; dan

(c) apakah sebabnya rancangan ini dibatalkan sedangkan mutu bahasa lnggeris di negara semakin menurun.

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Kementerian ini member­hentikan siaran Radio Theatre sebagai

..

Page 50: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1637 5 OGOS 1992 1638

tindakan untuk membuat kajian membaiki program tersebut. Program yang bercorak Radio Theatre akan disambung semula selepas membuat pilihan program- program berkualiti dari beberapa 'resources' dalam negeri dan luar negeri. Ini adalah penting dari segi menggalak pendengar-pendengar tempatan memberi sumbangan bagi membaiki kelemahan penguasaan penggunaan bahasa Inggeris.

PENCEMARAN-KERJASAMA DENGAN BADAN PELAKSANAAN

UNTUK MENCEGAH

67. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan apakah kerjasama antara Kementerian dengan badan-badan pelaksana projek-projek perindustrian supaya pertum buhan industri tidak terbantut dengan alasan masalah pencemaran.

Tuan Peter Chin Fah Kui: Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar melalui agensinya, J abatan Alam Sekitar (JAS) telah dan terus menjalan­kan berbagai program kerjasama dengan badan-badan pelaksanaan projek perindustrian. Di peringkat persekutuan, kerjasama dari segi penyeragaman dasar perancangan dan pengawalan alam sekitar dicapai melalui Mesyuarat Majlis Kualiti Alam Sekeliling yang mana ahli-ahlinya terdiri daripada agensi yang kebanyakan terlibat secara langsung dengan pelaksanaan projek-projek perindustrian. Jabatan Alam Seki tar juga telah menghantar wakilnya di Pusat Pelaburan MIDA untuk memudahkan pihak pelaksana projek memahami dan mematuhi keperluan untuk mengawal pencemaran alam sekitar di peringkat awal lagi. Di peringkat Kerajaan Negeri pula, di samping mengadakan Mesyuarat Menteri-Menteri dan Ahli­Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan­Kerajaan Negeri Mengenai Alam Sekitar, untuk menerangkan perkem-

bangan tentang program pengawalan alam sekitar secara keseluruhannya; Jabatan Alam Sekitar Negeri-Negeri memainkan peranan dan kerjasama yang aktif untuk mengawal masalah pencemaran terutamanya yang berpunca daripada aktiviti perindustrian dengan memberikan ulasan dan input yang berkaitan di berbagai peringkat seperti Pusat Pelaburan Negeri, Jawatankuasa Pembangunan Perindustrian Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dan sebagainya.

Se lain dari itu, J abatan Alam Seki tar juga mengadakan runding cara (consultation) dengan pihak pelaksana projek untuk tujuan ini.

Program kesedaran (awareness) melalui Ceramah-ceramah Alam Sekitar terus dibuat dengan badan-badan yang terlibat dengan pelaksanaan projek atau pihak-pihak lain yang berkaitan. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah usaha-usaha perancangan alam sekitar umpamanya penilaian kesan ke atas alam sekitar atau EIA dan pengawalan alam sekitar melalui penguatkuasaan undang­undang yang berkaitan, sebenarnya tidak bermaksud untuk membantutkan pertumbuhan industri dengan alasan pencemaran tetapi sebaliknya menggalakkan pertumbuhan industri yang peka kepada masalah pencemaran. Ini sebenarnya selaras dengan slogan "Pembangunan Berkekalan" atau "Sustainable Development" yang juga diperdebatkan dengan h~ngat di Persidangan Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro baru-baru ini.

PERKHIDMATAN FERI­BILANGAN PENGGUNA

JAiAN KAKI

68. Dato' Tan Gim Hua minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) sila nyatakan bilangan pengguna jalan kaki yang menggunakan

Page 51: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1639 5 OGOS 1992 1640

perkbidmatan feri dari Pulau Pinang ke Butterworth dan sebaliknya dari bulan Januari hingga Jun tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu;

(b) apakah rancangan atau cadangan Kementerian untuk meningkat­kan mutu perkhidmatan feri ini; dan

(c) adakah Kerajaan bercadang membina semula pengkalan pengguna jalan kaki yang telah runtuh itu. Jika ya, bilakah ianya akan dilaksanakan dan jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail:

(a) Bagi tempoh Januari-Jun 1992, seramai 2,828,050 pengguna jalan kaki telah menggunakan feri Pulau Pinang berbanding dengan2,875,191 penggunajalan kaki bagi tempoh yang sama tahun lalu.

(b) Pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) sedang/ akan menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian serta memper­tingkatkan kemudahan-kemu­dahan di kedua-dua pangkalan dan feri-feri bagi maksud mengendalikan pengguna ber­jalan kaki dan kenderaan secara lebih cekap dan selesa.

(c) Berkenaan dengan kedudukan masa depan pangkalan lama, pihak SPPP sedang membuat kajian terperinci mengenai operasi feri. Kajian ini merupa­kan sebahagian.rancangan jangka panjang Pelabuhan Pulau Pinang dan dijalankan menerusi Kajian Pelan Induk Pelabuhan Pulau Pinang yang dijangka siap pada awal tahun 1993.

PENDATANG TANPA IZIN-OPERASI NY AH II

69. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengenai operasi menjejak pendatang tanpa izin seluruh negara yang mana mereka telah ditangkap dalam operasi "Nyah II" dan mereka ditahan di kem-kem penahanan sementara yang telah dikenalpasti setiap negeri:

(a) berapa lamakah mereka ditempatkan di kem-kem penahanan sementara itu;

(b) apakah jaminan Kerajaan terhadap penduduk persekitaran berikutan kehadiran pendatang tanpa izin yang ditahan di kem­kem tahanan sementara itu;

(c) berapa lamakah kem-kem tahanan sementara bagi pendatang tanpa izin itu dikekalkan;

( d) berapa ramaikah pendatang tan pa izin yang akan ditempatkan di kem tahanan sementara Unit Kawalan Keselamatan (UKK) Macap Umboo/Permai, Melaka;

(e) pihak manakah yang menanggung bagi membiayai. penghidupan pendatang­pendatang tanpa izin itu dan berapakah anggaran kos tanggungan bagi seorang dewasa pendatang tanpa izin.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Pekerja Asing Tan pa Izin (PA Tl) yang ditangkap dalam Ops Nyah II akan ditahan di Depot Imigresen sehingga mereka diproses untuk dihantar keluar dari negara ini, atau dipohon untuk diambil kembali oleh majikan.

( b) Kehadiran PA Tltidak akan men­jejaskan penduduk persekitaran kerana mereka akan ditempatkan di dalam kem yang dikawal rapi oleh pihak Polis.

Page 52: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1641 5 OGOS 1992 1642

(c) Kem-kem ini akan terus digunakan sebagai depot Imigresen sehinggalah Kerajaan berpuashati bahawa tiada lagi PA TI di negara ini.

(d) Pada masa ini, Kem UKK Macap Umboo berkemampuan memuat­kan seramai 300 orang PA TI dalam satu masa. Waiau bagaimanapun, setelah selesai kerja- kerja membina beberapa buah bangunan baru di Kem ini, dijangka ianyadapat menampung seramai 1,500 orang PA TI dalam satu masa.

(e) Pembiayaan PATI di tempat­tempat tahanan adalah ditanggung oleh Keraj'aan Persekutuan. Kadar perbelanjaan makanan yang diperuntukkan ialah $2.90 sehari bagi seorang.

GURU KERAJAAN DI SELURUH MALA YSIA-JUMLAH

70. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) jumlah guru Kerajaan yang ada di seluruh Malaysia;

(b) sejak 1991, berapa guru-guru sekolah rendah atau sekolah menengah:

(i) yang bersara secara pilihan;

(ii) yang bersara genap umur 55 tahun.

(c) apakah sebab-sebab yang diberi untuk memilih persaraan pilihan; dan

(d) walaupun pendapatan yang lumayan iaitu gaji pencen tam bah gaji pada kadar gaji terakhir dalam perkhidmatan sebelum bersara dipelawakan, mengapa tidak ramai guru-guru yang bersara memohon jawatan itu.

Dato' Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah guru Kerajaan yang ada di seluruh Malaysia sehingga Julai 1992 ialah 184,093 orang.

(b) Mengikut rekod Jabatan Perkhidmatan A warn, pada tahun 1991, jumlah guru yang bersara pilihan sendiri ialah 840 orang dan yang bersara wajib seramai 2,892 orang.

(c) Guru-guru yang bersara secara pilihan disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya dorongan ingin berniaga, menguruskan hal­hal keluarga, berkhidmat dengan sektor swasta dan masalah kesihatan.

(d) Memang benar Kerajaan telah membuat tawaran gaji agak lumayan kepada guru-guru yang telah bersara wajib untuk menyambung perkhidmatan dengan Kementerian Pendidikan secara kontrak. . Sam bu tan terhadap iklan itu adalah amat menggalakkan, oleh itu andaian Ahli Yang Berhormat berkenaan tidak berasas.

KTM-LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN

71. Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) berapa banyakkah kemalangan KTM telah berlaku sejak 5 tahun yang lalu;

(b) apakah sebab-sebabnya;

( c) apakah langkah yang telah dan akan diambil untuk menentukan kemalangan itu tidak berulang;

Page 53: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1643 5 OGOS 1992 1644

( d) apabh hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka yang bersalah atau bertanggungjawab supaya kemalangan itu tidak terjadi dan tidak menakutkan penumpang KTM; dan

(e) adakah Kementerian bercadang untuk menggunakan patrol track sepertimana digunakan masa darurat 1948-1960 yang biasanya mendahului keretapi sebelumnya bergerak.

6.8.92

60. Dato' Tan Tiew Bock minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada beliau sedar bahawa perkhid­matan keretapi Malaysia kurang selamat dipandangkan dari segi kekerapan berlakunya kejadian tergelicir, jika ya:

(a) apa sebabnya kejadian itu kerap berlaku;

(b) adakah tindakan 'tergelicir' bersabit dengan sabotaj;

(c) apa tindakan telah diambil untuk menjamin kejadian ini tidak diulangi lagi, demi untuk

· mempertinggikan mutu perkhidmatan keretapi negeri kita.

69. Dato' Tan Gim Hua minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilangan kemalangan yang kian meningkat dalam perkhidmatan keretapi, apakah langkah­langkah keselamatan yang diambil oleh Kerajaan bagi mengelakkan kejadian­kejadian yang tidak diingini.

11.8.92

Sl. Tuan Haji Zainal bin Md. Deros minta Menteri Pengangkutan menyata­kan basil penyiasatan terhadap peng­khianat-pengkhianat · yang cuba mensabotaj Keretapi Tanah Melayu dan jika telah diperolehi; bilakah penjenayah-penjenayah tersebut akan didakwa di mahkamah supaya orang ramai boleh mengetahui siapakah mereka sebenamya.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Saya meminta izin untuk menjawab soalan ini bersama-sama soalan-soalan daripada:

(i) Yang Berhormat Dato' Tan Giro Hua yang ditetapkan bagi 6.8.92;

(ii) Yang Berhormat Datuk Tan Tiew Bock yang ditetapkan bagi 6.8.92; dan

(iii) Yang Berhormat Tuan Haji Zainal bin Md. Deros bagi 11.8.92.

(a) Kes-kes kemalangan atau kegelinciran yang dialami oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) sejak lima tahun yang lepas adalah seperti berikut:

(i) Tahun 1987 sebanyak 53 kegelinciran;

(ii) Tahon 1988 sebanyak 59 kegelinciran;

(iii) Tahun 1989 sebanyak 41 kegelinciran;

(iv) Tahun 1990 sebanyak 48 kegelinciran;

(v) Tahun 1991 sebanyak 35 kegelinciran;

(vi) Tahon 1992 (sehingga 30.6.92) sebanyak 16 kegelinciran.

(b) Kegelinciran-kegelinciran keretapi berlaku kerana beberapa sebab utama iaitu:

(i) kerosakan pada rel atau keadaan kurang memuas­kan bagi landasan;

(ii) stokereta iaitu gerabak dan koc atau peralatannya rosak; dan

(iii) kecuaian kakitangan dalam pengawasan operasi atau penyeleng­garaan yang kurang memuaskan.

Page 54: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

..

1645 5 OGOS 1992 1646

(c) Kerja-kerja yang telah dan sedang diambil bagi mencegah kemalangan keretapi adalah seperti berikut: ·

(i) Kerja-kerja pembaik­pulihan landasan sedang dan akan dilaksanakan dan ini akan mengukuh­kan tapak landasan yang dikenalpastikan sebagai kurang memuaskan.

(ii) Gerabak dan koc yang telah lanjut usianya atau prestasi mekanismenya tidak memuaskan akan dihapuskan secara ber­peringkat.

Selain dari itu, peng­awasan rapi terhadap penyelenggaraan yang lebih bersistematik di­jalankan supaya kegelin­ciran gerabak dan koc dapat dikawal.

(iii) Bagi mengatasi kecuaian kakitangan, KTM sen­tiasa mengadakan latihan untuk meningkatkan kemahiran serta mem­bentuk semangat ber­tanggungjawab di kala­ngan para pegawai dan kakitangan.

(iv) Membuat rondaan di kawasan-kawasan yang disyaki, khususnya di waktu malam sehingga pagi.

(d) Hasil penyiasatan-penyiasatan mengenai kemalangan-kema­langan yang lalu tidak menunjuk­kan berpunca daripada perbuatan khianat. Sebab-sebab utama berlaku adalah seperti yang dinyatakan tadi. Mengenai kes sabotaj yang berlaku di Johor Bahru, dimaklumkan bahawa penyiasatan sedang dilakukan oleh pihak Polis DiRaja

Malaysia. Jika penjenayah­penjenayah tersebut berjaya ditangkap, mereka boleh di­dakwa di bawah Akta Keretapi 1991 Seksyen 66 yang memper­untukkan supaya sesiapa yang ditangkap kerana perbuatan sabotaj boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun .

(e) Kerajaan tidak bercadang untuk menggunakan "patrol track" sepertimana yang digunakan semasa darurat dahulu. Waiau bagaimanapun, ingin ditegaskan di sini bahawa Kerajaan sentiasa memastikan- keselamatan penumpang-penumpang keretapi terjamin.

PINJAMAN BANK DUNIA KEPADA KEMENTERIAN

PENDIDIKAN

72. Tuan V .K. Sellapan minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) apakah jenis bantuan yang telah diperolehi Kementerian melalui Bank Dunia dari tahun 1980 hingga tahun 1991;

( b) bagaimanakah bantuan ini telah diagihkan kepada sekolah;

(c) berapakah wang perbelanjaan diperuntukkan untuk mendirikan bangunan sekolah mengikut tahun masing-masing:

(i) Sekolah Kebangsaan;

(ii} S.R.J.K. (C);

(iii) S.R.J.K. (T);

(iv) Sekolah Menengah;

(v) Pusat-pusat pengajian tinggi yang lain.

Dato' Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daµd:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian

Page 55: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1647 5 OGOS 1992 1648

Pendidikan tetah memperolehi pinjaman Bank Dunia dari tahun 1980 hingga 1992 sebanyak US$297 .3 ju ta.

(b) Pinjaman tersebut diagihkan ke sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi seperti berikut:

{i) Program Pembangunan Politeknik mendapat peruntukan sebanyak US$63.3 juta.

(ii) Program Pembangunan Sekolah Rendah, Mene­ngah, Asrama, Rumah Guru, serta Maktab Perguruan mendapat US$185.8 juta, dan

Kemajuan Staf dan perolehan peralatan untuk program­program. pembangunan pen­didikan.

(c) Perbelanjaan sebenar bagi mendirikan bangunan sekolah dan juga pusat-pusat pengajian tinggi adalah dibuat mengikut program pendidikan dan tidak mengikut jenis sekolah.

Oleh kerana agihan perbelanjaan sebenar bagi program pem­bangunan pendidikan tersebut adalah terperinci, lampirannya adalah seperti di bawah ini:

Agihan Perbelanjaan bagi Program Pembangunan Pendidikan (1983-1991)

Program Tahun

Rendah Menengah

1983 173,964,377 219,650,838

1984 172,621,688 194,270,720

1985 97,126,343 169,810,786

1986 116,914,220 142,227,387

1987 121,934,508 144,746,065

1988 98,606,529 141,014,048

1989 182,586,507 203,948,805

1990 166,984,748 337,392,331

1991 102,360,331 264,363,136

(iii) Program Pembangunan Pusat Pengajian Tinggi sebanyak US$48.2 juta.

Selain daripada itu, pmJaman tersebut telah juga digunakan untuk membiayai Program

Jumlah

Peng. Tinggi

192,523,677 586,138,892

232,751,111 599,643,519

214,719,849 481,656,978

240,206,000 499,347,607 . 178,383,400 445,063,973

159 ,991,530 399,612,107

295,980,325 682,515,637

610,054,390 1,114,431,469

326,391,012 693,114,479

PERSIDANGAN NEGARA­NEGARA ISLAM-PERANAN

73. Puan Kalthom binti Haji Othman minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) Setakat manakah peranan Persidangan Negara-negara

..

Page 56: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1649 5 OGOS 1992 1650

Islam (OIC) dalam menangani malapetaka yang sedang melanda umat Islam di Bosnia­Herzegovina;

(b) oleh kerana Bosnia-Herzegovina telah mengisytiharkan kemer­dekaan dari Yugoslavia, adakah Malaysia mengiktirafnya. Jika ya, adakah Malaysia membuka kedutaannya di Sarajevo dan siapakah yang menjadi Duta Malaysia. Jika tidak, mengapa­kah Kerajaan tidak membukanya; dan

(c) apakah bentuk bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan untuk meringankan penderitaan rakyat Bosnia-Herzegovina yang semakin runcing sekarang.

Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi:

(a) Satu Sidang Tergempar Menteri­Menteri Luar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah diadakan di Turki dari 17-18hb Jun, 1992 khas untuk mem­bincangkan keadaan di Bosnia­Herzegovina dan peranan OIC membantu Bosnia-Herzegovina. Satu ketetapan yang meng­gariskan beberapa tindakan untuk diambil oleh OIC telah dipersetujui oleh persidangan tersebut. Di antaranya adalah:

(i) melancarkan satu program OIC/IDB bagi menyediakan bantuan kemanusiaan dan pem­bangunan semula Kera­jaan dan rakyat Bosnia­Herzegovina. Dalam hal int, persidangan itu merayu negara-negara anggota OIC dan institusi­institusi kewangan Islam memberi sumbangan sukarela kepada ran -cangan tersebut;

(ii) mengesyorkan negara­negara anggota OIC menubuhkan tabung khas di peringkat kebangsaan bagi membantu rakyat Bosnia- Herzegovina; dan

(iii) membentuk satu "contact group" di peringkat Perwakilan Tetap negara­negara OIC di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York bagi mengawasi keadaan masyarakat Islam Bosnia­Herzegovina khususnya dan perkembangan di negara tersebut dari masa ke semasa dan seterusnya membuat tindakan susulan.

Peri;idangan ini juga menggesa semua negara-negara anggota OIC supaya tidak mengiktiraf negara baru Persekutuan Republic Yugoslavia sehingga negara tersebut melaksanakan sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai Republik Bosnia- Herzegovina.

(b) Malaysia tel ah mengiktiraf kemerdekaan Republik Bosnia­Herzegovina pada 4hb Mei, 1992 tetapi tidak mempunyai rancangan pada masa ini untuk membuka Kedutaan di Sarajevo.

( c) Malaysia bersimpati dengan penderitaan akibat krisis yang berlaku di Bosnia-Herzegovina. Malaysia telah memainkan peranan yang aktif di peringkat antarabangsa bagi menggesa supaya penyelesaian dicapai dengan segera. Kerajaan juga telah menyampaikan bantuan kewangan sebanyak US$500,000 (RMl.25 juta) kepada Kerajaan Bosnia-Herzegovina bagi mem­bantu mengurangkan keseng­saraan rakyat mereka.

Page 57: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

----------- - ---- ----

1651 5 OGOS 1992 1652

BAHASA MALAYSIA­MEMPERGIA TKAN

PENGGUNAAN

74. Tuan Ghazali bin Haji Embong minta Menteri Penerangan menjelaskan bila dan di mana Kerajaan memper­giatkan penggunaan Bahasa Malaysia di semua peringkat termasuk di mahkamah-mahkamah dengan tujuan mendaulatkan bahasa resmi negara, sedangkan kita dapat lihat rancangan­rancangan tempatan berbentuk ekonomi yang disiarkan di TV kita masih mengutamakan bahasa asing terutama bahasa penjajah:

(a) apakah Kementerian Penerangan tidak terikat dengan kempen tersebut; dan

(b) kenapa tidak dilakukan perkara yang sama ke atas Kementerian Penerangan dan penyiaran khusus hanya di RTM.

Sila beri penjelasan.

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Kerajaan sedar kepentingan penggunaan Bahasa Malaysia di semua Kementerian dan Jabatan. Ini termasuk di mahkamah. Kerajaan akan memper­giatkan sepenuhnya penggunaan Bahasa Malaysia di mahkamah secara ber­peringkat-peringkat.

(a) Beberapa program berbentuk ekonomi yang disiarkan melalui R TM seperti:

(i) RTM masih menggunakan bahasa Inggeris dalam beberapa programnya sejajar dengan dasar Kerajaan mengamalkan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama siarannya dan bahasa lnggeris sebagai bahasa keduanya. Penggunaan bahasa Inggeris dalam rancangan-rancangan bukanlah bermakna

Kementerian ini tidak terikat dengan kempen­kempen Kerajaan meng­utamakan Bahasa Malaysia ataupun tidak mendaulat bahasa rasmi negara ini, tetapi ianya merupakan salah satu daripada usaha RTM untuk mencapai mat­lamat, memberi maklumat dengan tepat dan meng­hibur.

WARGANEGARA YANG DILUCUTKAN KERAKYATAN­

BILANGAN

75. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejak 1991 hingga Jun 1992, berapa ramaikah warganegara ini yang telah dilucutkan kerakyatannya kerana telah menjadi warganegara asing. Adakah Kemen­terian sedar bahawa ada warganegara kita yang memiliki dua kerakyatan. Kalau benar, apakah tindakan yang diambil dan berapa ramaikah yang terlibat.

Tuan Ong Ka Ting: Semenjak tahun 1991 hingga Jun 1992, seramai 192 orang warganegara telah dilucutkan kerakyatannya kerana memiliki taraf warganegara asing. Kerajaan juga sedar ada warganegara Malaysia yang memiliki dua kerakyatan. Tindakan melucut kerakyatan mereka boleh diambil jika sekiranya maklumat serta bukti diperolehi. Sejak tahun 1982 hinggaJun 1992, seramai 3,968 di antara mereka telah dilucutkan kerakyatannya.

KERETA LAMBORGHINI­BENTUK PENYELESAIAN ISU

76. Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) apakah bentuk penyelesaian yang dikatakan telah diselesaikan

..

Page 58: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

-

1653 5 OGOS 1992 1654

berhubung dengan isu kereta Lamborghini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan; ·

(b) adakah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan membayar cukai sebagaimana yang dituntut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan; dan

(c) kalau KDYMM Al-Sultan telah membayar cukai, sila nyatakan siapakah yang menjelaskan bayaran tersebut.

Tuan Mustapa bin Mohamed: Isu kereta Lamborghini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan tidak perlu dibangkitkan lagi memandangkan ianya telah selesai di mana pihak Kastam berpuashati kerana peraturan Kastam telah dipatuhi.

PENGISYTIHARAN HART A­MOTIF BADAN PENCEGAH

RASUAH

77. Puan Kalthom binti Haji Othman minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) apakah motif Badan Pencegah Rasuah mengeluarkan perintah pengisytiharan harta terhadap beberapa orang kenamaan berikutan dengan isu saham Telekom yang melibatkan MAJKA Holdings baru-baru ini dan apakah bentuk-bentuk tindakan BPR selanjutnya; dan

(b) apakah bentuk laporan yang dikemukakan oleh Menteri Tenaga, Telekom dan Pos kepada Kabinet mengenai isu saham yang melibatkan MAJKA

·Holdings. Apakah reaksi dan keputusan Kerajaan mengenai laporan tersebut.

Dato Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman:

(a) Badan Pencegah Rasuah tidak mempunyai motif dalam men­jalankan siasatan terhadap sese­orang. Siasatan Badan Pencegah Rasuah adalah berdasarkan aduan dan maklumat yang mempunyai asas untuk disiasat. Semasa menjalankan penyia­satan berkaitan dengan satu kesalahan di bawah Akta Pencegah Rasuah 1961 (Disemak 1971), maka Pendakwa Raya boleh meminta orang-orang yang disiasat mengemukakan penya­taan bersumpah secara bertulis semua harta alih atau tidak alih yang dipunyai atau dimiliki oleh orang yang disiasat sebagaimana mengikut kehendak peruntukan Seksyen 25 Akta Pencegah Rasuah bagi membantu siasatan terse but.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN

(1991 DAN 1992) (No. 2)

Bacaan Kall Yang Kedua

3.41 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulanwang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 1991 dan 1992 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun-tahun yang tersebut itu dibacakan kali yang kedua sekarang.

Page 59: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1655 5 OGOS 1992 1656

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang­undang ini meminta kebenaran bagi peruntukan berjumlah $2,069,294,024 dikeluarkan daripada Kumpulanwang Disatukan untuk membiayai per­belanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 1991 dan 1992 seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual Pertama dan Jadual Kedua kepada Rang Undang­undang ini. Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Tambahan Keempat) 1991 adalah berjumlah $2,024,110,692. Dari jumlah tersebut, sebanyak $2,003,709,724 diminta diluluskan di bawah Fasal 2 Rang Undang-undang ini, manakala baki daripada jumlah tersebut sebanyak $20,400,968 adalah merupakan perbelanjaan tanggungan yang tertakluk kepada perbekalan undang-undang tertentu.

Peruntukan tambahan yang diminta diluluskan di bawah Fasal 2 Rang Undang-undang ini adalah seperti berikut:

(i) Tambahan sebanyak $2,000 juta di bawah Maksud B.30 iaitu peruntukan kepada Kumpulan­wang Terkanun untuk dipindah­kan kepada Kumpulanwang Pembangunan bagi membiayai projek-projek pembangunan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan adalah dibiayai melalui sumber­sum ber hasil yang dikutip. Manakala Perbelanjaan Pem­bangunan pula adalah dibiayai melalui lebihan dalam akaun semasa Kerajaan Persekutuan serta sumber kewangan yang diperolehi melalui pinjaman sama ada daripada dalam ataupun luar negeri.

Berikutan perkembangan pesat ekonomi negara dalam berbagai sektor telah menyebab­kan Kerajaan Persekutuan berjaya memperolehi hasil yang tinggi dalam tahun 1991. Lebihan

basil ini adalah diperlukan pula untuk dipindahkan kepada Kumpulanwaog Pembangunan untuk membiayai projek-projek pembangunan Kerajaan. Dengan bertambahnya wang dalam kumpulan wang pembangunan, maka bererti Kerajaan Persekutuan kurang bergantung kepada sumber-sumber pinjaman untuk melaksanakan projek­projek pembangunan Kerajaan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, jumlah peruntukan yang telah dipindah­kan kepada Kumpulanwang Pembangunan bagi tiga tahun yang lalu adalah seperti berikut:

1988 - $600 juta

1989 - $1.85 ribu juta

1990 - $2.079 ribu juta

Tuan Yang di-Pertua, tambahan sebanyak $3.7 juta di bawah Maksud B.51 Kementerian Luar Negeri untuk menampung kenaikan kadar elaun lojing dan elaun makan pegawai-pegawai dan kakitangan luar negeri serta rawatan perubatan pegawai dan kakitangan luar negeri. Antara lain sebab-sebab utama secara terperinci tambahan diperlukan diberi kepada Kementerian Luar Negeri adalah seperti berikut:

(i) kenaikan kos tuntutan elaun makan dan lojing oleh pegawai­pegawai dan kakitangan Kementerian Luar Negeri ekoran dari kenaikan kadar baru yang diluluskan oleh Kerajaan bertarikh 12hb Ogos, 1991;

(ii) peningkatan kos untuk mem­biayai tambang perjalanan ekoran pertambahan bilangan anak-anak pegawai dan kakitangan Kementerian yang membuat lawatan untuk bertemu ibu bapa di luar negeri sama ada yang bersekolah di Malaysia mahupun yang bersekolah di negara ketiga~

....

Page 60: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

...

..

1657 5 OGOS 1992 1658

(iii) pertambahan kos sewa pejabat sementara termasuk penyewaan hotel dan kediaman kakitangan Kementerian untuk perwakilan­perwakilan baru yang dibuka pada tahun 1991.

Tuan Yang di-Pertua, butir-butir dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Tambahan Keempat) 1991 ini boleh didapati dalam penyata anggaran tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun 1992 dan di dalam Memorandum Perben­daharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13A Tahun 1992.

Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Tambahan Kedua) 1992 adalah berjum lah $78,942,200. Daripada jumlah tersebut, sebanyak $65,584,300 diminta diluluskan di bawah Fasal 3 Rang Undang-undang ini. Manakala baki daripada jumlah tersebut sebanyak $13,357,900 adalah merupakan perbelanjaan tanggungan yang tertakluk kepada perbekalan undang-undang yang tertentu.

Antara tambahan-tambahan yang terbesar yang dipohonkan bagi tahun 1992 adalah untuk Kementerian Pendidikan. Tambahan sebanyak $53,495,800 adalah dikehendaki diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti baru dalam tahun ini seperti berikut:

(i) pendidikan pra-sekolah ber­jumlah $9,221,000;

(ii) peningkatan pendidikan Bahasa Inggeris berjumlah sebanyak $13,622,600;

(iii) pendidikan muzik berjumlah $28,949,100;

(iv) pendidikan kemahiran manipu­latif berjumlah $1,703,100.

Tuan Yang di-Pertua, objektif program pendidikan pra-sekolah ialah bagi menyediakan kemudahan pendidikan pra-sekolah khususnya untuk kanak-kanakdi luarbandar, dan di kalangan kanak-kanak miskin di bandar. Sebanyak 1,130 buah kelas telah dibuka oleh Kementerian Pendidikan, iaitu 137 buah di Sabah, 154 buah di Sarawak, dan 839 buah di Semenanjung Malaysia. Peruntukan sebanyak $9.2 juta adalah diperlukan untuk perbelanjaan iaitu untuk bantuan makanan dan juga elaun pengasuh.

Selain daripada itu, sepertimana yang dimaklumkan tadi, peruntukan tambahan juga diperlukan bagi meningkatkan pendidikan Bahasa Inggeris. Ini merupakan program kembar antara Maktab Perguruan Ilmu Khas dengan Universiti ataupun institusi-institusi di United Kingdom. Antara objektif-objektif utama program ini ialah untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan Bahasa Inggeris melalui peningkatan kemahiran, kecekapan dan prestasi pengajian guru Bahasa Inggeris. Dan ked~a, menambahkan bilangan guru siswazah Bahas,11 Inggeris di kalangan guru sekolah menengah serta guru berkelulusan diploma di sekolah rendah.

Peruntukan tambahan yang diperlu­kan untuk pendidikan muzik adalah diperlukan kerana pendidikan muzik ini merupakan satu mata-pelajaran asas Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Objektif utama pendidikan muzik ini ialah untuk membina dan memper­kembangkan minat dan sikap positif murid-murid terhadap muzik, membina kemahiran serta kematangan, men­dengar dan mempertingkatkan daya kreativiti murid dan memperkenalkan unsur-unsur kebudayaan tempatan melalui penghayatan muzik tradisional.

Tuan Yang di-Pertua, tambahan sebanyak $7.9 juta adalah diperlukan di bawah Maksud B. 7 iaitu Jabatan Perdana

Page 61: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1659 5 OGOS 1992 1660

Menteri untuk menampung kekurangan peruntukan bagi perayaan Hari Kebangsaan, lawatan rasmi ke luar negeri Kebawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga lawatan rasmi ketua-ketua negara asing ke Malaysia. Antara peruntukan-peruntukan tambahan utama yang dipohonkan di bawah J abatan Perdana Menteri termasuklah tambahan peruntukan bagi menyambut Hari Kebangsaan berjumlah $916,895; tambahan peruntukan untuk membiayai lawatan rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke luar negeri berjumlah kira-kira $1,946,832 dan untuk menampung lawatan ketua-ketua negara asing ke Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, tambahan sebanyak $2.5 juta diperlukan di bawah Maksud B.22-Kementerian Kebu­dayaan, Kesenian dan Pelancongan untuk membiayai kerja menebang serta mencabut pokok mati di Tasek Kenyir, Terengganu.

Tambahan sebanyak $1 juta adalah diperlukan di bawah Maks11d B.17-Kementerian Belia dan Sukan untuk membiayai perbelanjaan bagi mengen­dalikan Sukan Malaysia (SUKMA) yang keempat, yang telahpun berlangsung di Johor Bahru.

Tuan Yang di-Pertua, tambahan sebanyak $734,300 di bawah Maksud B.49-Kementerian Tenaga, Telekom· dan Pos adalah diperlukan untuk menampung perbelanjaan mengurus Program Kawalselia Pos bagi mengawal­selia industri Pos berikutan penswastaan Jabatan Perkhidmatan Pos mulai lhb Januari 1992.

Tambahan ini diperlukan bagi menampung perbelanjaan mengurus' Program Kawalselia Pos. Program ini adalah di bawah tanggungjawab sebuah badan Kawai Selia iaitu Jabatan Pos yang telah ditubuhkan sepertimana yang saya katakan tadi pada lhb Januari, 1992

berikutan dengan pengambilalihan operasi Perkhidmatan Pos oleh Pos Malaysia Sdn. Bhd. pada tarikh yang sama. Secara umumnya peranan Jabatan Pos ialah mempastikan perkhidmatan Pos dilaksanakan dengan cekap, selamat, ekonomi dan berkesan selaras dengan Akta Perkhidmatan Pos 1991.

Tuan Yang di-Pertua, butir-butir dan penjelasan-penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Tamb.) (No.2) 1992 adalah seperti dalam penyata Anggaran Tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14/1992 dan dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14A/1992.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr. Fong Chan Onn): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulanwang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 1991dan1992 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk Maksud-maksud yang tertentu bagi tahun-tahun yang tersebut itu, dibacakan kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas sekarang. Yang Berhormat Tuan Haji Azman Atar.

3.54 ptg.

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil bahagian di dalam membahas Rang Undang-undang yang bernama suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulanwang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 1991 dan 1992 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk Maksud-maksud yang tertentu bagi tahun-tahun yang tersebut itu.

Page 62: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1661 5 OGOS 1992 1662

Tuan Yang di-Pertua. pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya sebagai pembahas pertama di dalam Rang Undang-undang ini.

Saya menyokong penuh di dalam Rang Undang-undang ini sebagai Perbekalan Tambahan kerana saya percaya semuanya wang ditambah kepada Kementerian-kemei;iterian yang memerlukan adalah memberikan kesan kepada perubahan keadaan pentadbiran dalam negara kita. Inilah satu keistimewaan Kerajaan Barisan Nasional di mana walaupun kita mempunyai peruntukan tertentu dan peruntukan khas kepada Kementerian­kementerian, di samping itu kita juga memberi peruntukan tambahan yang difikirkan perlu. Maka itu sebabnya, kita dapati tiap-tiap kali pilihanraya dalam negara kita, walaupun pihak Pembangkang menabur fitnah, membuat tohmahan mengatakan Barisan Nasional zalim, dan berbagai-bagai lagi, mengatakan Kerajaan Barisan Nasional hendak bankrap tetapi akhirnya kita serahkan mandat kepada rakyat bahawa terbukti rakyat merasa segala nikmat di bawah Kerajaan Barisan Nas·ional.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh Maksud B.51 yang diperuntukkan kepada Kementerian Luar Negeri. Oleh kerana seluruh negara di dalam dunia telah mengenali di manakah negara Malaysia, apatah lagi apabila baru-baru ini, negara Malaysia telah terpilih sebagai tuan rumah di dalam Sukan Komanwel yang akan berlangsung pada tahun 1998 di Kuala Lumpur. Kalau kita dengar di kedai­kedai kecil ataupun mini-mini Parlimen yang tidak bertauliah, yang ditaburkan oleh cakap-cakap daripada orang PAS dan orang S.46 kononnya negeri Kelantan lebih terkenal daripada Malaysia. Tetapi saya akui negeri Kelantan terkenal daripada Malaysia oleh kerana mungkin kerana dialah

merupakan sebuah negeri yang ketinggalan kerana dia tidak mahu menyokong Barisan Nasional.

Jadi, itu sebabnya saya percaya negeri Kelantan terkenal, kerana di dalam satu fakta yang lain, bukan terkenal kerana kemajuan dan pembangunan negeri Kelantan.

Saya ingat Yang Berhormat Tuan Mohd. Zain hendak bangun, hendak membuat penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana peruntukan kita berikan kepada Kementerian Luar Negeri, maka perlu saya membuat teguran kepada Kementerian Loar Negeri. Kalau kita ibaratkan, saya beri contoh, kalau kita menjual ubat kuat, si penjual itu mestilah badannya yang gem pal dan 'sendul' sedikit, janganlah badan yang macam 'frame gambar'. Maksud saya apabila kita hendak mengenalkan negara kita sebagai sebuah negara yang membangun, yang makmur, yang mewah, maka perlu Kerajaan menentukan semua pegawai-pegawai Wisma Potra di Kementerian Luar Negeri kita, mestilah mempunyai satu tahap, pertama; pegawainya mestilah berdisiplin, mempunyai budi bahasa yang tinggi, bersopan-santun dan senantiasa memberi layanan terutamanya layanan kepada pelawat­pelawat daripada negara kita sendiri.

Di samping itu, kita juga perlu memberikan kemewahan, kemudahan segala-galanya, mahupun daripada pejabatnya, daripada kenderaannya, contohnya, pada dua tahun sudah saya pergi melawat ke Jeddah, saya dapati kereta-kereta yang digunakan oleh Kementerian Luar Negeri semuanya kereta yang umurnya ~udah dekat 20 tahun, yang kalau dijual di kedai besi buruk pun mungkin tidak laku. Tetapi baru-baru ini saya pergi, saya nampak alhamdulillah, kereta-kereta telah

Page 63: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1663 5 OGOS 1992 1664

bertukar. Ini sepatutnya kita kena ambil tahu perkara ini kerana ini adalah satu perubahan membuktikan kepada negara luar, Malaysia ini bukan 'temberang kacang' punya. Malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional bukan hanya hendak buat temberang di luar negeri mengatakan: "Ohl Malaysia semuanya ada, dalam laut ada basil, di udara ada hasil, di bu mi ada hasil." Segala-galanya kita kena tunjukkan satu contoh, tauladan yang menggambarkan benar, apa yang dikatakan oleh pegawai­pegawai Wisma Putra yang bertugas di Kementerian Luar Negeri, memang betul. Kerana, dari segi kenyataan mata kasar mereka melihat keadaan pegawai­pegawai kita dalam keadaan keselesaan.

Maka itu sebabnya, saya amat bersetuju dan menyokong penuh, pertamanya, dalam elaun lod~ing yang diberikan kepada Kementenan Luar Negeri, memandangkan keadaan harga naik yang begitu tinggi. ~emudia~ memang patutlah pegawa1-pegawa1 yang datang ke negara kita, yang bertugas di negara luar itu, mestilah kita berikan satu tempat yang istimewa sekurang-kurangnya memberikan satu gambaran kepada dunia luar, bila dia tahu sahaja: "Where are you from?", dengan izin, "I am from Malaysia. "Wah! dia tengok, duduk dalam 'suite room', kalau dibandingkan dalam negara kita $1,000 harganya.

Jadi, kita mendapat kebanggaan. Cuma satu yang saya hendak minta nasihat, apabila pegawai-pegawai ini sudah mendapat kemudahan semacam ini, yang diberikan oleh Kerajaan, kena pandai-pandailah jaga diri. Janganlah pula action, ego dan menyalahgunaka~ kuasa sehingga tertangkap berkhalwat di dalam bilik dan berbagai-bagai lagi. Walaupun di negara luar tidak ad~ undang-undang tangkap khalwat, tetap1 kita tidak mahu cerita-cerita ini yang boleh memburukkan negara kita. Selain daripada itu, peralatan pejabat seperti kerusi meja, yang seharusnya patut diperbaharui dan ditukar, patutlah ditukar.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil bahagian untuk bercakap di dalam Kementerian Luar Negeri ini kerana sudah banyak negara yang saya pergi melawat, cuma saya ingin menegur lagi dan menasihatkan pegawai­pegawainya, bila Wisma Putra mengadakan sesuatu latihan, melatih semua pegawai-pegawai yang hendak dihantar bertugas ini supaya mereka mempunyai satu tatatertib dan berbudi bahasa tinggi. Kerana Malaysia ini memang sudah terkenal sebagai sebuah negara yang rakyatnya mempunyai budi bahasa yang tinggi. Saya tidak mahu pegawai-pegawai yang kita hantar ini, apabila ada soalan ataupun masalah yang ditimbulkan oleh negara lain, ataupun orang-orang di negara lain, maka jawapan yang diberi itu boleh menyinggung perasaan orang-orang luar dan juga orang-orang di negara lain. Saya sebutkan ini kerana, contohnya, pegawai-pegawai yang ditugaskan untuk bekerja ketika musim haji.

Walaupun perkara yang saya sentuh ini bukan di bawah tanggungjawab Kementerian Luar, ini perlu, bukan hanya untuk Kementerian Luar sahaja, malahan sem ua rakyat jelata, apabila dia diberi togas di luar negeri, dia mestilah mempunyai kelakuan yang tertib dan bersopan-santun kepada sesiapa sahaja. Mesti mempunyai budi bahasa yang tinggi dan cara menjawab janganlah menyinggung perasaan. Baru-baru ini, apabila saya pergi ke Mekah, terdapat satu atau dua orang begini kelakuannya; yang lain, majoritinya saya pujilah pegawai-pegawai dari Tabung Haji ini­semuanya baik-baik dan bersopan santun. Cuma budak-budak yang muda­muda ini, bila mereka menjawab soalan daripada jemaah haji, sepatutnya kita yang tidak tahu marah pun pand~i marah: kerana kita orang Islam, apabila perg1 menunaikan ibadat haji, kalau boleh jangan marah dan kalau boleh ju~a orang yang bersama-sama dengan kita pun jangan buat kawan marah. Maka itu sebabnyasayamenegurbendainisupaya

Page 64: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1665 5 OGOS 1992 1666

sesiapa sahaja pegawai, mahupun dari Jabatan Perdana. Menteri, Kementerian Luar ataupun dari Tabung Haji, dia mestilah mempunyai satu perangai, satu kelakuan yang boleh dibanggakan oleh mana-mana pihak.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu ..... .

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang minta penjelasan.

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: Tuan Yang di-Pertua, saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Senator Azman Atar. Saya kurang sedap bila dengar perkataan "budak-budak", yang telahpun membawa beberapa keadaan yang tidak menyenangkan. Bolehkah diperjelaskan, siapakah budak-budak itu?

Keduanya, Tuan Yang di-Pertua, saya pohon penjelasan, saya ada mendengar dan boleh dikatakan satu perkara yang difahamkan kepada saya, oleh kerana Yang Berhormat Senator Azman baru pulang dari Mekah, rambutnya pun belum tumbuh panjang lagi. Jadi, saya ada mendapat berita kononnya ada satu berita yang dibawa ke negara Timur Tengah, khususnya di Mekah, bahawa Kerajaan kita daripada negara Malaysia ini, dalam seg.i peraturan dan juga perundangan kita, dan juga minat Kerajaan Malaysia kepada institusi raja clan mungkin perkara ini sampai kepada pihak yang berkenaan di Timur Tengah, khususnya, di negara Saudi dan ini boleh menjcjaskan perhubungan baik antara K.erajaan Malaysia dcngan Kerajaan Saudi.

Apakah Yang Berhormat Saudara Azman, dalam menceritakan tentang 'budak-budak' ini ada tersibar berita yang seperti ini. Terima kasih.

Tuan Haji Aim.an Atar bin Otlaman: Terirna,kasih, Ustazah Zalcha. Sebenarnya, perkataan 'budak-budak' saya gunakan tadi apabila dia i tu seorang

tua tetapi berperangai tidak senonoh, maka saya anggap dia budak-budak. Itu sebabnya saya gunakan perkataan 'budak-budak'. Sebab itu ka:lau Pembangkang seperti DAP, PAS atau S.46, kalau dia berperangai tidak senonoh di dalam Dewan ini, kita juga boleh panggil dia budak-budak. Saya rasa ianya tidak menjadi salah, Tuan Yang di-Pertua. Itu maksud saya sebenamya tentang 'budak-budak' ini­dia orang tua tetapi berperangai budak­budak. Jadi, memang tidak salahlah kalau kita panggil dia 'budak-budak'.

Kedua, apa yang diminta oleh Yang Berhormat Ustazah tadi, seperti yang dijelaskannya, yang itu saya kurang pasti. Tetapi saya dengar angin adalah. Saya tidak dapat hendak menjelaskan dengan sejelasnya kerana saya tidak mempunyai bukti-bukti yangjelas, cuma saya dengar berita-berita yang mendebarkan kita · sahaja. Contohnya, satu masa, sclepas maghrib, saya duduk, datang dua, tiga orang kawan jemaah haji yang duduk di Maktab yang lain, datang bertanya "Yang -Berhormat, betulkah Encik Ghafar Baba meninggal dunia"? Saya kata "mana dengar?"Dia kata, "Baru sekejap - berita dari Singapura". Jadi, Tuan Yang di-Pertua, rupa-rupanya fitnah ini bukannya di sini sahaja, di tempat Tanah Suci pun berlaku. Kemudian saya dengarpula lagi satu, Tuan Yang di-Pertua, besok malam itu, "Yang Berhormat ada dengar atau tidak Saddam Hussein tembak bini dia". Sa ya kata, "tidak dengar juga, macam mana ceritanya?" Dia jawab "'Saddam Hussein tembak bini dia, apabila Saddam Hussein selak kain bini dia ternampak Bush dckat kain bini dia, maka dia tembak". Ini saya dengar. Mula-mula saya terperanjat, saya ingat benda itu betul, rupa-rupanya ia hendak m~mberikan saya hilang sedikit tension. Bila kita dengar Saddam Hussein dengan Bush ini, memang kita tahu, mereka ini mus uh ketat. J adi, apa sebab kalau dia marah pada Bush, dia tembak bini dia? Rupa-rupanya dia ternampak Bush. Itu perasaan dialah.

Page 65: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1667 S OGOS 1992 1668

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, minta maaflah. Selain daripada itu, saya juga ingin hendak bertanya sesuatu kepada Kc;menterian Luar. Baru-baru ini kita dengar penuntut-penuntut-ini memang sahib, memang betul-yang telah hilang taraf sebagai seorang Islam kerana telah berkahwin dengan orang bukan Islam. Saya amat sedih sekali, Tuan Yang di­Pertua. Kalau perkara ini benar-benar berlaku walaupun secara tidak langsung, Kementerian Luar harus bertanggung­jawab. Sebelum perkara ini berlaku sudah tentu Kementerian Luar mesti mendapat laporan. Sudah tentu apabila Wisma Putra melantik pegawai-pegawai dari Kementerian Luar yang bertugas di London, memang ada salah seorang yang dikhaskan untuk mengambil tahu hal penuntut-penuntut kita. Kalau tidak ada pegawai yang ditugaskan khas untuk mengambil tahu hal penuntut-penuntut kita, maka saya amat kesal, kerana perkara ini telah berlaku dan tidak ada sebarang laporan daripada Kementerian Luar dalam masalah perkara penuntut­penuntut Islam murtad, bertukar agama kerana berkahwin dengan bangsa lain dan agama lain di London.

Dan ini juga, saya boleh salahkan kepada pendakwah-pendakwah yang tidak ditauliahkan oleh Kerajaan yang berkeliaran di luar negeri. Baru-baru ini, saya difahamkan bahawa ada sebuah hotel yang terkemuka di London, ada satu ceramah yang dianjurkan oleh Arqam Antarabangsa, yang dipelopori, dikendalikan oleh Arqam dalam negara Malaysia kita ini. Dengan adanya ceramah-ceramah yang semacam inilah bahawa kononnya Arqam ini, dia mahu wanita-wanita ini, kalau boleh mestilah bertudung, mestilah kononnya kalau boleh tutup mata dan bila sampai di London, "atas tekanan daripada dakwah inilah yang botch mengasingkan penuntut Islam kita. Apabila dia tidak memakai tudung, maka diarah oleh kumpulan dakwah songsang ini supaya pulaukan dia, asingkan dia, jangan berkawan dengan dia. Maka inilah satu

puncanya yang saya fikir menyebabkan penuntut-penuntut ini sudah tersingkir daripada berkawan kerana tidak mengikut cara pakai tudung dan sebagainya.

Maka tidak ada pilihan lagi. Apabila dia di luar negeri, dia berasa kesunyian. Siapa sahaja yang pandai tackle dia, yang pandai mengurat dia, maka berjayalah lelaki itu berkahwin dan ketika itu, apabila penuntut ini mempunyai sifat lemah, tidak mempunyai asas keagamaan, keimanan yang kukuh, yang kuat, maka mudah terjerumus dan mudah terpengaruh dan mudah berkahwin dengan bukan Islam.

Saya amat kesal, kalau inilah berlaku dan tidak ada sebarang laporan daripada Kementerian Luar atau daripada Wisma Putra. Kalau Wisma Putra hendak menjawab bahawa dia tidak pernah dengar cerita ini sebelum benda ini berlaku, saya rasa ini adalah perkara mustahil. Ini adalah perkara mustahil dan tidak boleh diterima oleh akal. Apa hendak jadi kepada penuntut-penuntut ini? Ini memalukan. Memalukan kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasminya, agama yang pertama di dalam negara kita. Sedangkan penuntut yang pergi ke luar negeri dengan semudah itu boleh terkeluar daripada Islam, jadi murtad.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap Kementerian Luar, bukan hanya di London sahaja, kalau perkara ini sudah berlaku, insya-Allah, kita cari jalan untuk membendung tetapi di negara­negara yang belum berlaku di mana ada sahaja penuntut kita belajar, saya minta Kementerian Luar kena tugaskan salah seorang pegawainya sentiasa melawat penuntut-penuntut, sentiasa memberi­kan layanan yang baik, sentiasa mengambil tahu apakah masalah yang dihadapi oleh penuntut-penuntut kita di luar negeri.

Page 66: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1669 5 OGOS 1992 1670

Tuan Yang di-Pertua, ada juga negara-negara di m·ana penuntut­penuntutnya tidak pernah mendapat layanan, tidak pernah dilawati oleh pegawai Wisma Putra. Ini saya berani mengakui, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mahu bercakap bohong kerana saya baru balik daripada ibadah Haji. Ini memang saya mengaku. Wisma Putra jangan cuba menafikan benda ini. Memang ada berlaku di mana penuntut­penuntut kita yang belajar di luar negeri tidak pernah dilawati oleh pegawai­pegawai Kementerian Luar, mengambil tahu masalah mereka, memberi layanan, bertanya sesuatu supaya mereka ini dapat dilayan dengan baik. Inilah satu kelemahan yang dilakukan oleh Wisma Putra dan saya harap, teguran saya ini kepada pegawai-pegawai yang ada bertugas, yang daripada Kementerian Luar buat peringatan. Ini satu teguran, bukan fitnah. Kalau hendak bukti, mari kita pergi melawat ke seluruh negara, sama ada betul atau tidak benda ini berlaku. Cuma di Medan, Indonesia sahaja. Enam bulan sudah, saya pergi melawat penuntut di Medan. Penuntut di Medan dapat bermesra dengan Kedutaan kita, Konsulat kita kerana pegawai yang ditugaskan mengetuai Konsulat di Medan itu adalah pegawai yang mempunyai asas keagamaan, yang mempunyai keinsafan sebagai rakyat Malaysia. Secara kebetulan dia dilantik menjadi pegawai bertugas mewakili negara kita. Maka dia mengambil tahu hal penuntut-penuntut.

Saya pergi Umrah di bulan Ramadan yang sudah. Penuntut daripada Cairo bertanya dan bercakap dengan saya. Dia ingin membawa saya pergi beri ceramah dan saya tanya ada atau tidak pegawai daripada Kementerian Luar melawat. Dia kata, "Tidak pernah, Yang Berhormat." Jadi, saya paling kesal, kenapa perkara ini berlaku sehinggakan apabila saya pergi ke Medan itu hari, penuntut datang menem4i saya di hotel tcmpat saya menginap, dia minta saya memberi ceramah kerana dia tidak tahu

cerita apa yang sebenar berlaku dalam negara kita ini. Yang dia dengar bahawa Kerajaan Barisan Nasional hendak buang raja-raja. Ini yang dia dengar. Terpaksa saya pergi malam itu, Tuan Yang di-Pertua, menerangkan kedu­dukan yang sebenar bahawa saya katakan tidak ada terlintas langsung Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO hendak buang raja-raja, malah kami ingin mendaulat­kan lebih lagi raja-raja dalam negara kita ini. Cuma apa yang kami lakukan, kami ingin membuat teguran kepada raja-raja ini kerana kami berpendapat teguran ini perlu. Kerana hari Kiamat bukan esok, bukan lusa, bukan tulat. Kita tidak tahu bila hari Kiamat, wallahualam bissawab. Maka tidak ada siapa manusia yang menungkat langit walau dia Raja, walau dia Sultan, walau dia Perdana Menteri, walau siapa pun, walau kita semua. Kita akan berpulang, berpindah kepada alam yang lagi satu.

Maka pengganti kepada yang kita tegur ini sekarang, penggantinya besok. Raja-raja yang ada sekarang semuanya Raja yang berdaulat, Raja yang kita sembah, Raja yang adil. Kalau ada satu, dua pun jangan masuk kiralah asalkan majoritinya bagus. Yang kita hendak tegur ini dia. Kita ingin membendung supaya Raja tahu apa tugas dia. Kita maktubkan dalam Perlembagaan Negara. Raja tugasnya yang sebenar menjadi payung kepada negara, kepada negeri, mengetuai agama Islam, tidak boleh berniaga, tidak boleh berpolitik. Ini kita hendak tegur. Kalau sudah Raja, dialah memerintah, dialah berpolitik, dialah berniaga,jahanamlah! Apa rakyat hendak makan? Jawabnya pegawai­pegawai Kerajaan ini semuanya keturunan raja-raja sahaja besok, semua Tengku-Tengku. Ini yang hendak kita tegur. Apatah lagi peristiwa, bila kita dengar, tengok baru-baru ini berlaku.

Apa hal Sukan SUKMA? Sukan adalah kita anjurkan supaya memberikan keistimewaan kepada semua rakyat

Page 67: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1671 S OGOS 1992 1672

jelata khasnya semua manusia dalam dunia ini, berkenal-kenalan, bermesra, relationship yang baik. Bila bertanding, yang kalah memberikan tahniah kepada yang menang. Ini bukan untuk yang kalah, .panggil kawan, masuk dalam bilik, pukul sampai berdarah-darah. Ini apa? Sukan apa ini? Kalau sudah anak Raja berani boat macam ini, tidak juga kita tegur, sampai masa dia jadi Raja besok, apa hendak jadi kepada negara kita? Saya hendak tanya kepada semua dalam Dewan Negara ini. Kalau anak Raja, bila ada sukan dia mesti mahu menang. Kalah - panggil, pukul dengan kayo hoki sampai berdarah-darah. Apa hendak jadi kalau dia ini jadi Raja besok?

Jadi, salahkah Barisan Nasional menegur? Adakah salah, saya bertanya, adakah salah? Itulah bila saya bercakap parti Pembangkang ini semua habis keluar, apa hal ini? Ini, 46, PAS, PBS semua tak berani duduk dalam Dewan ini. Saya hendak dia bangkitlah, minta penjelasan sebab saya tahu mereka ini senantiasa menentang kita. Apa sahaja yang kita boat betul, pada dia tak betul, tetapi bila time saya berucap tiap-tiap kali tidak ada satu orang Pembangkang berani duduk dalam Dewan ini. Apa halnya?

Jadi Tuan Yang di-Pertua, inilah sebenarnya kita tegur. Kita tegur supaya masa depan rakyat kita besok akan terus menghormati raja-raja. Kita tidak mahu di satu masa besok bila rakyat sanggup tarik pedang, tarik parang, sudak tidak lagi hormat raja. Ini perlu kita tegur, bukan kita tidak hendak raja. Tengok bila sudah sampai satu peristiwa pertandingan sukan pun boleh pukul sampai berdarah-darah, Tuan Yang di­Pertua. Amat sedih, amat sedih! Saya tidak tahulah peguam kita ada dalam Dewan ini, adakah ini akan dikecualikan daripada Undang-undang ataupun mesti kita ambil tindakan undang-undang? Kita tidak peduli siapa.

Maka itu sebabnya tadi bila saya menyoal Kod Etika bagi Raja-raja, saya ingat Perdana Menteri yang menjawab, rupanya dia hantar Timbalan Menteri. Timbalan. Menteri pula pandai menjawab, macam potong sayur cara jawapannya! (Ketawa) Sa ya tak bolehlah mencelah lagi, tetapi saya hormat Tuan Yang di-Pertua, dia sudah beritahu kita jangan banyak boat soalan tambahan. Kalau tidak tadi memang saya seligi betul-betul fasal jawapannya itu tak seronok. Dia boleh kata had masanya sampai bila? Dia kata sampai bila saya pun kurang faham. Apa dia kata,-masa yang munasabah. Ini jawapan mengolok­olokkan kita, membudak-budakkan kita. Jawapan "masa yang munasabah'', hendak tunggu 20 tahun, sampai 30 tahun? Baik, bagaimana kalau dia tak menjawab terus?

Itulah, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak memperlihatkan negara kita ini sebuah Kerajaan yang betul-betul mengamali demokrasi yang dipilih oleh rakyat, kita kena senaraikan berbagai­bagai undang-undang, berbagai-bagai panduan kerana kita ini dipilih oleh rakyat. Rakyat menyerahkan mandat kepada kita, apa yang kita lakukan, apa yang kita boat ini adalah semuanya faedah, untung kepada rakyat.

Saya tak nampak penekanan Kod Etika ini, dan saya pada mulanya pun tak berapa bersetuju, Kod Etika kepada Raja-raja ini perlu apa, sudah termaktub kepada Peilembagaan, raja tak boleh berniaga, tak boleh berpolitik. Yang penting kod etika ini kita beri kepada Menteri-menteri Besar, Exco-exco, ini yang penting sepatutnya. Kerana walau apa pun kita beri Kod Etika kepada Raja­raja, tetapi kalau Menteri Besar masih takut kepada raja, Exco masih takut kepada raja, kita hendak boat apa?

Saya sudah beri contoh tadi; dua permohonan~ satu permohonan daripada kerabat diRaja minta tanah; satu permohonan daripada orang ramai min ta

...

Page 68: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1673 5 OGOS 1992 1674

tanah, maka MB clan Exco menjawab, "Oh, yang ini kena beri sebab Raja minta". Apa sebab perkataan "kena beri"? Kerajaan kita ini adakah Kerajaan dipilih oleh rajakah? Kerajaan kita dipilih oleh rakyat! Patutnya kita kena hormati, ini kerana raja sudah cukup. Ibarat makan remah-remah, itupun takkan remah-remah pun raja hendak punyakan?

Itu yang penting, kod etika ini kepada orang yang berkuasa, yang menjalankan tugas. Umpama macam dalam Dewan Negara ini, kod etika diberikan kepada semua Ahli Dewan Negara apabila bercakap, bila duduk mesti pandang depan, bila berucap mesti pandang Tuan Yang di-Pertua, sedangkan Tuan Yang di-Pertua tak diberikan kod etika. Kalau macam saya hendak berkeliling-keliling bercakap, apa Tuan Yang di-Pertua hendak tegur, fasal dia tidak ada kod etika. Cuba dia kita beri peraturan. "Eh, hendak berucap mesti terus memandang Tuan Yang di-Pertua", jadi barulah kita berpusing, pandang saya. Ini yang pen ting.

Serupalah kod etika yang kita berikan kepada MB-MB, Exco-exco kerana terdapat kadang-kadang sekarang MB bila sudah jadi MB, sudah mula dia berkawan dengan raja, sudah tak kenal rakyat, pada hal sebelum pilihanraya dia punya angkat tangan, nampak rakyat kalau boleh cermin itu belum sempat buka dipecahkannya sekali hendak mengeluarkan tangan, hendak meng­hulur.kan tangan hendak melambai rakyat. Bila sudah berjayajadi MB sudah berkawan dengan raja, konon sudah lupa jasa rakyat, lupa sokongan rakyat, maka dialah seolah-olah jawatannya itu dilantik oleh raja, bukan dilantik oleh parti dan dilantik oleh rakyat.

Jadi, pada saya yang Iojik, yang munasabah kod etika ini perlu diberikan kepada Menteri Besar, Exco-exco, baru ia selaras. Itu sebabnya saya men­cadangkan Menteri-menteri Besar ini

kalau boleh dicadangkan orang yang betul-betul "firm". Sebab itu saya puji Menteri Besar Selangor. Ada orang Selangor dalam ini? Seorang pun tak ada. Ada seorang, Selangor. Yang Berhormat cakap kepada MB Selangor, saya puji dia tahu! (Ketawa) Tetapi saya puji dia bukan saya mahu balak tahu, bukan saya mahu tanah. Ini secara gentleman saya puji. Ada orang dia puji dia mahu sesuatu tetapi saya secara gentleman puji. Firm, mesti firm. Apa dia hendak buat? Parti dipilih oleh rakyat, termaktub dalam Perlembagaan, parti yang mempunyai suara majoriti berhak menubuhkan Kerajaan. Parti yang mempunyai suara majoriti berhak menubuhkan Kerajaan di peringkat negeri di mana Menteri Besar itu diperkenankan oleh Perdana Menteri sebagai mengetuai parti di peringkat Federal, Kerajaan di peringkat Federal. Itu dia caranya. Sebab itu saya perlu tegur, dan ada kadangkala Exco pun bukan main action lagi, sebelum jadi Exco tak pernah main golf, mula-mula belajar main golf terpukul kaki sampai dua minggu tak keluar rumah; bila sudah pandai main golf, wah, mudah lupa segala sokongan rakyat. ·

Itu sebabnya saya pernah sebut rakyat yang_ sebenar bukan marah pada Kerajaan Barisan Nasional, dia puji dasar Kerajaan, Barisan Nasional ini paling baik memberikan nikmat, rahmat kepada rakyat jelata, tetapi oleh kerana satu dua orang manusia yang diberikan jawatan yang berlagak, lupa daratan, kacang lupakan kulit, maka itu yang membuat kadang-kadang rakyat kita jelak, bosan kepada perangai-perangai ini; membuatkan elok-elok dia hendak undi Barisan Nasional, dia pergi undi parti lain, sebab dia marah pada perbuatan pemimpin yang tidak mengenang budi yang saya maksudkan tadi.

Itulah, Tuan Yang di-Pertua, saya telal} menyentuh perkara itu tadi kerana ia adalah satu perkara yang saya rasa kita

Page 69: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1675 5 OGOS 1992 1676

harus renungkan. Di dalam kita ingin mencapaikan kejayaan Wawasan 2020, kerana kita ini, wallahua'lam, sama ada lagi atau tidak ketika itu, maka jenerasi muda yang akan mengambilalih. Kalau kita tidak perlu ada panduan yang tertentu kepada raja, kepada pembesar yang berkuasa, saya takut-takut akhirnya besok negara yang kita sudah bendung dengan begitu cantik, begitu baik, begitu berkemewahan dan keamanan, akhirnya menjadi negara yang senantiasa berperang di antara satu sama lain.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu apabila saya menyentuh masalah Sukan Komanwel, saya mengucapkan syabas kepada semua pegawai dan orang-orang yang memainkan peranan untuk mendapatkan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 1998 dan saya niengucapkan syabas. Oleh itu, di dalam menghadapi 1998, kita ada masa enam tahun lagi, kita perlu meng­adakan berbagai-bagai pembangunan, mengadakan berbagai-bagai yang patut kita ubahsuai sehingga ianya merupakan tempat di mana menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel adalah sebuah negeri, sebuah bandar yang betul-betul kagum dengan pembangunan dan keselesaan dan berbagai-bagainya kemudahan yang menggunakan wang ringgit Kerajaan. Oleh itu, saya percaya Kuala Lumpur akan dipertanggung­jawabkan di dalam menjayakan Sukan Komanwel ini.

Pertama, saya dan seluruh-bolehlah saya cakap bagi pihak UMNO Bahagian saya sendiri, kerana saya Ketua Bahagian-seluruh UMNO Bahagian Pa'rlimen Batu walaupun W akil Rakyat

· saya bukan UMNO, daripada Gerakan, tapi saya tidak bercakap bagi pihak dia, kerana dia lainlah, dia Parti Gerakan­walaupun dalam komponen parti tapi hubungan mesra dia dengan saya tak begitu mesra. Sebab dia tidak hormat saya macamana saya hendak hormat dia. UMNO Bahagian Batu menyokong supaya menjayakan Sukan Komanwel

1998 ini di mana Malaysia menjadi tuan rumah supaya Dato' Bandarkita ini, Tan Sri Elyas Oma.r ini diteruskan khidmatnya, tugasnya sehingga tamat 1998. Kerana saya percaya, Tan Sri Elyas Omar sebagai Dato Bandar walaupun petnah suatu ketika dulu saya tidak bersefahaman dengan dia tetapi dari segi membangunkan Kuala Lumpur, dari segi menaikkan taraf Kuala Lumpur saya akui beliau mempunyai kemampuan.

Dato' Azumu bin Tak: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Sita, sila.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan. Adakah Yang Berhormat itu sedar bahawa Yang Berhormat Wakil Rakyat Parlimen Kawasan :Batu adalah Naib Yang di-Pertua Majlis Olimpik Malaysia yang bertanggungjawab untuk mendapatkan anjuran sukan itu ke sini pada tahun 1998. Kenapa beliau sanggup mengata­kan kurang percaya terhadap Wakil Rakyat dia itu?

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mengatakan kurang percaya, ini nampak Yang Berhormat daripada Perak ini hendak melagakan saya dengan Dato' Alex Lee. Saya sebenarnya mengatakan antara dia dengan saya tidak ber­sefahaman, itu sahaja. Tetapi dari segi togas dia yang lain saya akui, tetapi kalau hendak katakan dialah yang menjayakan sehinggakan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998, saya rasa tidak mungkin. Tidak mungkin. Kalau adapun satu dua negeri mungkinlah dia cakap. Itu pasal saya tidak berani hendak memuji dia. Saya kalau hendak puji, yang mengetuai peserta kita yang pergi ke Sukan Olimpik iaitu Tan Sri Elyas Omar, Perdana Menteri kita pun ada buat. Sa ya ke luar negeri pun, saya cakap about Malaysia. Kalau Yang Berhormat hendakkan Dato' Alex Lee masuk dalam senarai, saya pun mahu claim diri saya.

...

Page 70: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1677 5 OGOS 1992 1678

Saya pun ada bercakap di luar negeri. Lagi hebat. Saya pergi mewakili negara kepada Inter-Parliamentary Union Meeting-dunia-198 negara. Ha, jangan main-main. Dato' Alex Lee pun belum pernah pergi lagi. Saya mewakili Tuan-tuan ini, Dewan Senat pergi.

Timbalan Yang di-Pertua: Jadi Tuan Azman, Tuan Azman tidak setuju acahan daripada Dato' Azumu bahawa Dato' Azumu ini kononnya ingin melagakan Tuan Azman. Adakah begitu?

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Saya Tuan Yang di-Pertua, Dato' Azumu ini sahabat saya dia tidaklah mempunyai nawaitu yang sebegitu. Tetapi saya ....

Timbalan· Yang di-Pertua: Saya bukan kata nawaitu, Tuan Azman sendiri yang kata begitu.

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Oleh kerana dia minta saya memberikan penjelasan tadi, tetapi saya nampak ada hubung kait seolah-olah dia hendak melagakan saya. Jadi saya tidak setujulah. Dato' Alex Lee tetap kawan saya. (Ketawa) Kerana saya Pengerusi Barisan Nasional di kawasan Parlimen Batu, dia Timbalan saya. Cuma saya marah dia ada benda-benda dia tidak pernah hormat saya, tidak pemah rujuk saya, itu sahaja. Ustazah Zaleha bangkit tadi ada apa? Tidak apa saya boleh beri peluang.

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: Tuan Yang di-Pertua, soalannya yang sama, sudah ditanya oleh Dato' Azumu tadi.

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Macam mana, minta maaf.

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: Penjelasannya sama, tapi sudah ditanya oleh Dato' Azumu.

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Terima kasih. Saya ingat ada soalan lain lagi. Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya harap kita berdoa agar Sukan Komanwel yang akan diadakan di negara kita pada tahun 1998 akan mendapat kejayaan dan akan memberi­kan lebih lagi masyhur negara kita sebagai sebuah negara yang betul-betul bukan indah khabar dari rupa, rupa­rupanya indah khabar dan indah rupa, itu yang kita hendak. Maka itu sebabnya kita perlu dari sekarang kita terpaksa bermula memperkemaskinikan apa sahaja yang kita fikir untuk hendak menjayakan sukan ini supaya tidak menggagalkan sebarang perkara, sebarang program ketika sukan ini diadakan.

Maka saya nampak yang pen ting ialah Dato' Bandar yang akan bertanggung­jawab di dalam menyelaraskan segala kemudahan asas dalam Kuala Lumpur. Maka saya mencadangkan dia ini disambung supaya jawatan beliau sebagai Dato' Bandar diteruskan sehingga berakhirnya Sukan Komanwel. Kalau hendak sambung lagi, kalau masih mampu itu terpulang kepada Perdana Menteri. Tetapi kepada saya, kerana say a takut-takut apabila Dato' Bandar yang baru datang, maka dia mempunyai program yang baru sedangkan dia bukan ahli sukan. Sekurang-kurangnya Dato' Bandar ini kita telah lihat dia telah menjayakan satu sukan di mana dia sendiri menjadi presiden iaitu kita telah merebut Piala Thomas, walaupun kita gagal dalam Sukan Olimpik tetapi kita tidak nafikan, pemain-pemain kita walaupun dia gaga! untuk mendapat pingat emas, pingat perak tetapi dia telah menunjukkan satu permainan yang cemerlang, yang baik. Cu ma Tuhan tidak memberikan nasib kepada Malaysia untuk membawa balik pingat emas. Waiau bagaimanapun, sungguhpun dia tewas, dia tidak berjaya mendapat pingat emas, kepada saya, saya masih memberikan satu ucapan tahniah dan syabas kepada pasukan badminton kita yang telah beradu nasib di Sukan Olimpik.

Page 71: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1679 S OGOS 1992 1680

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: (Bangun)

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Sila.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat Tuan Azman, saya faham Tuan Azman mahukan supaya Dato' Bandar ini diteruskan jawatan sampai 1998 kerana hendak adakan kesinambungan kerja yang dilakukan ke arah 1998. Macamana dengan jawatan pegawai dalam Majlis Olimpik Malaysia? Apakah merekajuga harus dipertahankan kedudukannya sampai 1998 kerana kesinambungan tadi?

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Haji Nazri. Pertama saya bersetuju dia disambung untuk meneruskan kesinambungan sebagai Dato' Bandar. Tetapi kalau dia juga berkemampuan pada masa yang sama, di waktu yang sama selaku Dato' Bandar dan juga selaku pegawai di MOM, Majlis Olimpik, apa salahnya. Teruskan!

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat, saya tidak bertanya berkcnaan dengan jawatan Tan Sri Elyas dalam Majlis Olimpik Malaysia, tetapi saya bertanya tentang pegawai-pegawai lain dalam Majlis Olimpik Malaysia. Apakah mereka ini juga hendak diteruskan jawatan sampai tahun 1998?

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Terima kasih. Kalau itu, patutlah kita ada tukar. (Ketawa) Tukarlah seorang, dua orang. Umpamanya, macam Alex Lee datang daripada Batu, gantikan saya. (Ketawa) Itu sahaja, betul tak? Tetapi janganlah gantikan orang lain. Terima kasih, Yang Berhormat.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Kuala Lumpur patut diberikan, dan saya mendesak Kerajaan Pusat di

dalam menjayakan Sukan Komanwel di mana Kuala Lumpur atau negara kit.a menjadi tuan rumah, berikan lagi peruntukan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya belum pemah sebut dalam Dewan ini, kami rakyat Kuala Lumpur ini nasibnya kurang baik dengan rakyat di negeri-negeri lain, sebab negeri-negeri lain ada peruntukan bayaran kepala, tetapi kenapa tidak ada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini? Saya harap Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan sila catat perkara ini, sebab ini satu soalan yang penting, tanya Menteri sendiri, kalau tidak, dia tak dapat undi daripada Kuala Lumpur. Jangan main-main, kalau orang Wilayah Persekutuan bcrcakap, cakap terus buat. lni bukan gertak sahaja .....

Timbalan Yang di-Pertua: Dia bukan macam Presiden Bush!

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Bukan, Presiden Bush ada temberang sedikit. Tetapi kalau orang Wilayah Persekutuan bercakap, dia cakap betul. Jadi, saya mint.a berikan peruntukan. Sudahlah kami tak dapat peruntukan bayaran bilangan kepala, tetapi pcruntukan yang lain kalau diminta pun saya dengar Kcmenterian Kewangan susah hendak meluluskan. Kita patut sedar Kuala Lumpur adalah Bandaraya di mana seluruh pelancong dan rakyat negara luar datang, mcreka bertumpu kc Kuala Lumpur dahulu. Kalau Kuala Lumpur masih penuh dengan setinggan, jalan ke rumah sctinggan pun tak bertar lagi dan berbagai-bagai lagi, tak boleh disalahkan kepada Dato Bandar.

Saya percaya Datuk Bandar juga mempunyai hasrat yang sama semacam Perdana Mentcri. Kalau Perdana Menteri ingin membangunkan negara kita, mengindahkan negara kita, mcmakmur­kan negara kita, saya percaya Dato Bandar juga mempunyai hasrat yang sama. Kalau adapun berlalc:u kelambaran, kelembapan, bukan salah Dato Bandar.

Page 72: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1681 5 OGOS 1992 1682

Ini saya hendak beritahu, mungkin salah ada satu dua pengarah yang merasakan dirinya olch kerana dia ini dalam close department, department yang tak boleh ditukarkan ke tempat-tempat lain, dia tahu Dato Bandar ini merupakan satu jawatan bukan dalam close department, maka dia mempunyai perasaan, masa di office dia hormat Dato Bandar itu sebagai Dato Bandar, tetapi dalam jiwanya, dalam hatinya mengatakan, engkau tak lama lagi akan cabut, kami tetap kekal juga di Bandaraya. Ini mungkin ada satu, dua orang. Kalau terdapat pengarah a tau pegawai yang ada mempunyai perangai macam ini, tendang dia keluar, buat apa simpan orang macam ini. Kalau dia tidak boleh menghormati Dato Bandar sebagai Dato Bandar (Mayor) yang mengetuai pentad­biran Bandaraya. Maka itu sebabnya tidak hairanlah, bukan saya tuduh semua, kalau ada pegawai Bandaraya yang bertugas dalam Dewan ini, dengar, quote cakap saya betul-betul, saya tidak menuduh semua, tetapi ada satu, dua orang pengarah-pengarah yang langsung tak hormat kepada Kerajaan Barisan Nasional ini semata-mata pergi bekerja ke sana makan gaji, malulah, makan gaji dengan Barisan Nasional· tetapi jiwa, otak, kepala kepada Pembangkang.

Maka itu sebabnya tidak hairan segala rahsia Bandaraya ha bis bocor terbongkar kepadaDAP. Siapa bongkar, siapa bocor rahsia-rahsia ini? Adakah orang luar pergi semak fail-fail dalam Bandaraya? Ini membuktikan mesti ada pegawai Bandaraya yang telunjuk lurus, kelingking berkait; gunting dalam lipatan. Saya terperanjat apabila DAP boleh tahu cerita-cerita Bandaraya. Saya terperanjat DAP boleh mengemukakan angka-angka yang tepat. ....

Tuan Dahalan bin Haji Embun: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan·Haji Azman, ada yang hendak minta penjelasan. Ya, Tuan Dahalan.

Tuan Dahalan bin Haji Emhun: Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan, oleh sebab apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tuan Azman Al­haj tadi ini begitu serius yang melibatkan OSA-Official Secret Act. Jadi, kalau ini memang terbukti dengan bukti­buktinya, apakah tindakan selanjutnya Yang Berhormat akan mengambil terhadap pengarah-pengarah yang berkenaan tadi?

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua. Janganlah tanya saya apakah tindakan yang patut saya ambit, saya bukan Hakim, saya bukan Magistret. Tetapi sudah terbukti kalau orang ini dapat ditangkap .....

Tuan Dahalan bin Haji Embun: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Azman, ada penjelasan.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Penjelasan. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, sebagai Ahli Dewan Negara yang bertanggungjawab, setiap kesalahan itu patutlah kita bongkarkan dan hapuskan. Itulah hasrat saya.

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Kalau Yang Berhormat ingin tahu apakah hukuman dan tindakan, kalau sebagai rakyat biasa, kalau diizinkan oleh Kerajaan, tindakan ke atas orang yang macam ini kalau kita dapat tangkap buktinya, kita cari pokok besar yang ada dalam Kuala Lumpur ini, kita ikat dia, kita kerenggakan dia, beritahu kepada rakyat, inilah penyeleweng, inilah gunting dalam lipatan, inilah telunjuk lurus kelingking berkait, inilah pegawai yang tak bertanggungjawab .....

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Azman, apa hukuman itu? Saya tak faham tadi, apa? (Ketawa)

Page 73: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1683 5 OGOS 1992 1684

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Kalau saya sebagai rakyat biasa dan diizinkan oleh rakyat memberi pelqang, saya cadangkan, tangkap dia, cari pokok besar dalam Kuala Lumpur ini di mana tempat orang lalu-lalang, kita tulis satu sepanduk, "Pegawai yang menyelewengkan tugas, yang mem­bocorkan rahsia Kerajaan'', dalam pada itu kita cari sarang kerengga, taburkan ke atas dia .....

Timbalan Yang di-Pertua: Oh, sarang kerengga! Saya ingat 'sula' tadi.

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Bukan, saya orang Melaka, saya sebut 'kerengga'. Kalau orang Negeri Sembilan, 'koronggo' dia cakap. (Ketawa) Itulah dia, Tuan Yang di­Pertua. Itu kalau saya rakyat biasalah. Kalau Kerajaan, kita sudah peruntukkan undang-undang, kalau kita dapat tangkap orang yang begini, terbukti kesalahannya. Tetapi ada, Tuan Yang di­Pertua. Saya tidak menabur fitnah.

Orang-orang yang melakukan kesalahan macam ini dia cerdik. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat, akhimya kc tanah juga. Itulah sebabnya saya sekali lagi hendak ingatkan kepada pegawai-pegawai ini, bukan semua, pengarah-pengarah lain bagus. Saya menyentuh ini, pernah saya mendapat laporan, apabila pemimpin, Wakil Rakyat, Ketua Bahagian memberi surat sokongan untuk mendapatkan sesuatu dalam Bandaraya, contohnya untuk mendapatkan unit rumah pangsa, bila dia tengok sahaja letter head Barisan Nasional, letter head UMNO, dia pernah baling, apa ini Barisan Nasional, UMNO hendak campurtangan? Kami bukan hendak campurtangan. Kami tak campurtangan. Kami juga mempunyai falsafah, kata bidalan Adat Pepateh, "Pantang orang tempat semenda, beri satu oak dua". Maknanya 'pan tang tempat semenda' ini, kalau kita sudah kahwin kakaknya, janganlah kahwin adik dia. Itu kepantangan orang Adat

Pepateh. Pantang orang semenda pula, sudah beri ambil batik. Itu kepantangan orang semenda. Maknanya, bila kami sudah memerintah, kami sudah menubuhkan rakyat, kami serahkan mandat kepada pegawai-pegawai Kerajaan, jalan, buat tugas. Kami tak ambil balik tugas itu. Tetapi salahkah apabila sampai satu ketika kami minta tolong, dengan budi bahasa yang baik. Sebab kami meletakkan diri, kami adalah Kerajaan, kami pembuat dasar, membuat rang undang-undang. Tengok wang tambahan ini berapa Kementerian yang terlibat ini? Kalau kami di Dewan Negara ini tak luluskan, sorrylah, tak dapat pakai duit ini, faham tak? Hendak tengok besar atau tak besarnya tugas kami ini. Kalau kami tak luluskan, tak boleh pakai perbelanjaan tahunan, macam bulan Disember nan ti kami bahas yang melibatkan beberapa billion, kalau Dewan Negara tak luluskan, sorrylah, jawabnya pegawai-pegawai Kerajaan tak dapat gajilah enam bulan sehingga rang undang-undang itu diluluskan. Hendak tahu terror atau tak terror Dewan Negara ini? Apa yang kami tegur .....

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Sila, penjelasan ya?

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad: Terima kasih. Tuan Yang di­Pertua, saya ingin penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Tuan Haji Azman. Adakah Yang Berhormat berhajat untuk membuat ataupun menulis surat, mencatatkan nama-nama pegawai ini, hantar kepada Perdana Menteri, selaku menyimpan rahsia Kerajaan dan tidak dibentangkan di tengah khalayak ramai, kerana hukuman Yang Berhormat jatuhkan, saya rasa tidak .dipersetujui oleh PAS, kerana hukuman ini adalah mungkin diper­katakan hukuman hawa nafsu. Oleh sebab yang demikian, lebih baik, saya berpendapat, sekiranya Yang Berhormat

Page 74: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1685 5 OGOS 1992 1686

Tuan Haji Azman dapat menulis surat, memberi nama-nama, hantar kepada Perdana Mentcri dan hukumannya baru kita tahu setelah disiasat.Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin hendak beritahu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua, bahawa saya pcrcaya perkara ini berlaku, tetapi susah hendak menangkap pencuri macam ini ataupun penyelewengan macam ini. Tetapi sekali pandang dari segi logiknya, saya hcndak beritahu kepada Yang Bcrhormat, macamana orang luar bolch tahu segala rahsia Dewan Bandaraya? Macam mana OAP boleh tahu apa sahaja perkara penyelewengan Dewan Bandaraya. Yang tidak dipersetujui oleh parti Pcmbangkang, macamana OAP bolch tahu, kalau tidak ada orang dalam Dewan Bandaraya itu sendiri mem­bocorkan rahsia. Itu maksud saya tadi, susah hendak bukti, tetapi pasti perkara ini berlaku, kalau tidak mustahil perkara ini boleh terbocor di luar.

Seperti yang saya sebut tadi sepandai­pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah. Dari segi hukuman, saya tahu PAS tidak akan bersetuju apa sahaja Barisan Nasional buat, tetapi pada saya hukuman yang setimpal, kalau dapat kita tangkap untuk _menyedarkan yang lain­lain, saya rasa memang patut, itu tidak zalim, kalau perbuatan dia itu membocorkan rahsia, saya rasa itu lebih zalim. Jadi, itulah Tuan Yang di-Pertua, penjelasan saya.

Saya harap apabila Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur ini minta wang tam bah an, Kementerian Kewangan berilah dan saya minta juga kita sama-sama mencari jalan terutama­nya Kementerian Pengangkutan. Saya tidak fikir Sukan Komanwel ini akan mendapat sambutan baik kalau lalulintas di Kuala Lumpur ini masih dalam keadaan seperti pada hari ini. Jadi, kita

perlu membuatkan jalan-jalan baru dan menyekat kenderaan daripada berpusu­pusu berada dalam town, dalam Kuala Lumpur. Sepatutnya kita berikan satu syarat di mana ada kawasan-kawasan tertentu kereta boleh lalu, di mana terdapat kawasan itu tidak begitu kesibukan, tetapi ada kawasan yang dianggap sibuk untuk memberikan keselesaan kepada orang yang penting­penting untuk bekerja ke Pejabat dan berbagai-bagai lagi, makajalan itu patut dihadkan kepada kereta-kereta yang tertentu sahaja.

Saya mencadangkan untuk mengatasi keselesaan lalulintas, semua passenger­passenger yang diangkut oleh bas yang datang daripada Timur, Utara, Selatan jangan terus benarkan bas ini terus memungguhkan passengernya di Pudu Raya, sebab saya selalu lihat apabila satu dua bas jem di Pudu Raya, maka dalam masa setengah jam dia akan melibatkan keseluruhan Bandar Kuala Lumpur menjadi sesak. Jadi, saya harap dan saya mencadangkan supaya semua bas-bas yang membawa passenger yang datang daripada Kelang, daripada Seremban, daripada Utara dia mes ti memunggahkan passengernya di sempadan Kuala Lumpurdengan sempadan negeri-negeri masing-ri:tasing yang menjadi jiran kepada Kuala Lumpur. Maka itu sebabnya kita berikan Mini Bas,tujuan kita mengadakan Mini Bas ini untuk mengangkut passenger itu daripada Seremban kita curahkan passenger di Cheras, jadi di sana Mini Bas sambut. Dengan cara ini, saya percaya barulah kurang kesesakan lalulintas. Dan teksipun boleh mencari makan dengan betul, sebab apabila bas itu tidak terus ke Pudu Raya, maka teksi-teksi yang kita keluarkan permit atau lesen dengan banyaknya ini barulah mereka dapat hidup dengan betul-betul, dapat mencari nafkah.

Sekarang saya tengok sudah terlalu banyak permit teksi dikeluarkan, tetapi ada kawan yang hendak mencari gaji $20

Page 75: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

16&7 5 OGOS 1992 1688

satu hari pun susah, setelah ditolak duit sewa kereta, duit minyak, sebab tidak ada peluang untuk mereka mendapat passenger yang lebih jauh dan mendapat bayaran yang lebih banyak. Ini adalah satu perkara yang rasa paling penting sekali, Tuan Yang di-Pertua, iaitu masalah kesesakan lalulintas, yang mana Dato' Bandar akan dipertanggung­jawabkan. Saya mencadangkan, kalau benda ini mahu semuanya selaras, apabila dapat sahaja permohonan daripada Dewan Bandaraya, pihak Kementerian Kewangan sila berilah peruntukan.

Saya menyokong penuh kerana saya tahu apabila kewangan diberi kepada Dewan Bandaraya duitnya akan digunakan untuk membangun Kuala Lumpur dan barulah ianya akan dibanggakan kepada negara-negara lain besok sebagai tuan rumah Sukan Komanwel.

Selain daripada itu, saya juga mencadangkan untuk hendak menunggu Sukan Komanwel pada tahun 1998, prestasi sukan di Malaysia atau di negara kita ini harus dipertingkatkan-harus dipertingkatkan. Kalau ada acara-acara sukan yang kita tidak ambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan sekarang ini di Barcelona, kalau kita patut wujudkan-kita wujudkan dan beri latihan dengan sepenuh-penuh. Adakan satu peruntukan khas untuk menanggung perbelanjaan semata-mata kepada peserta-peserta, ahli sukan yang akan mengharumkan nama negara kita. Kadang-kadang kita hairan apa bezanya negara Jepun? Apa bezanya negara Kanada dengan Malaysia? Pada hal dia manusia juga, kitapun manusia juga, padahal Malaysia kalau hendak ikut lagi terror-terror, lagi handal-handal, tetapi apabila sampai ke peringkat antara­bangsa, kita 'out', ke tepi tidak ada tempat. Apa sebab? Kalau kita sudah tahu sebabnya kerana tidak ada satu peruntukan khas untuk membelanjakan kepada ahli-ahli sukan ini, maka kita

perlu adakan satu peruntukan khas kepada mereka ini; kalau dia seorang peninju, dia diberi tugas berlatih dalam peninjuan.Kalau hoki dalam hoki; badminton, latih di bidang badminton.

Saya ingin mencadangkan dalam hendak menjayakan sukan ini Raja-raja jangan campurlah memegang jawatan­su sah, bila sudah Raja menjadi pemimpin sukan ini, hendak jaga protokol lagi hendakjaga itu-ini lagi dan hendak tegurpun takut. Jadi, apabila berlaku perkara macam ini, macamana kita hendak mendapat kejayaan­macamana hendak mendapat kejayaan? Kalau semuanya orang biasa, tidak payah kita hendak sembah, hendak jumpa dia, saya rasa orang berani tegur, umpamahya macam saya dengan Datuk Azumu ini, kalau Datuk Azumu diberikan tugas mengetuai sesuatu yang membawa kepentingan, mengharumkan nama negara, kalau tidak betul saya boleh tegur, atau kalau Jawatankuasa tidak betul, boleh say a tegur ,"tolong betulkan Jawatankuasa Datuk ini." Tetapi kalau sudah Raja atau anak Raja ini siapa berani tegur? Hendak-hendak Raja yang silap sedikit 'pang' penampar dia bagi, siapa berani-siapa berani? Lain daripada kita hendak menegur terpaksa pakai topi helmet dahulu. (Ketawa)

Ini penting, Tuan Yang di-Pertua. Penting saya sebut ini, kalaulah betul negara kita hendakkan perubahan. Kalau hendak ikut kolar lama sahaja, tidak guna hendak cakap ini semua. Tidak guna. Sebab kita sekarang makin lama makin ban yak perubahan. Rakyat sudah cerdik, rakyat sudah pandai. Rakyat sudah berani. Ini faham-faham kuno, faham­faham fanatik ini, semua harus kita ketepikan kalau mahu kejayaan di dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah bercakap satu jam setengah. Saya perlu panjangkan. Saya hendak sahabat­sahabat saya kalau boleh semua rnengarnbil bahagianlah rnembahas bekalan ini.

0

Page 76: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

0

1689 5 OGOS 1992 1690

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, saya ingin menyentuh masalah Kementerian Pendidikan di mana kita juga memberikan peruntukan tambahan kepada Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan kita memberi­kan $53,495,800 di dalam Bill yang hendak kita luluskan ini. Di dalam anggaran ini saya nampak Kementerian Pendidikanlah yang paling banyak kita memberi tambahan.

Saya puji Kement~rian Pendidikan. Memang banyak perkara-perkara yang dibuat. Dasar-dasar baru yang dibuat. Cuma saya hendak tegur, satu sahajalah. Jangan bila ada Menteri baru pegang Kementerian Pendidikan maka sudah tukar dasar baru. Ada tukar sahaja Menteri baru, sudah dasar pula bertukar. Kalau sepuluh Menteri dalam masa setahun menjadi Menteri Pendidikan, jawabnya sepuluhlah polisi pendidikan. Jadi macam manalah Pegawai-pegawai, Cikgu-cikgu, Pengarah-pengarah hendak jalankan dasar? Belum selesai cerita bawang putih sudah bawang merah pula keluar. Ini betul. Dan kalau hendak pun ubah a tau tam bah dasar, jangan jauh perbezaan dengan dasar yang dibuat oleh Menteri Pendidikan yang sudah. Kerana, saya tahu apabila Perdana Menteri melantik seseorang itu menjadi Menteri Pendidikan, memang Perdana Menteri sudah tahu orang ini berwibawa, berkebolehan, berkemampuan.

Cuma bezanya kalau jawatan Menteri Pendidikan itu diberikan kepada orang UMNO, maka bila sampai pilihanraya parti UMNO, terpaksalah ada pegawai­pegawai ditugaskan sama-sama berkempen.

Sekarang saya puji. Menteri Pendidikannya bukan daripada parti UMNO, daripada parti PBB. Jawabnya kalau kita ada pilihanraya parti UMNO, tidak ada seorang pegawai yang hendak berkempen. Untuk siapa dia hendak berkempen? Menteri dia tidak bertanding. lni tidak boleh dinafikan. Siapa berani nafi? Sila bangkit buat penjelasan, saya hendak jawab. Saya

. potong sayur nanti.

Jadi, bila ada Menteri yang tidak ada kaitan dengan parti UMNO, saya setuju. Saya setuju Datuk Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud menjadi Menteri Pendidikan. Banyak perkara yang beliau majukan. Cuma yang saya hairan, ini saya tahu, ini peringkat bawah yang boleh lembab. Macam mana keputusan bahasa Inggeris begitu lemah, begitu lembab terhadap murid-murid di luar bandar? Begitu menurun prestasinya di dalam matapelajaran bahasa Inggeris. Apa sebabnya? Kenapa benda ini berlaku? Saya harap pegawai daripada Kementerian Pendidikan yang bertugas di belakang ini sila ambil catitan. Ini satu teguran. Dengan izin, why these things happen?

Timbalan Yang di-Pertua: Saya ingat kalau Tuan Haji Azman kalau cakap bahasa itu mesti lulus. (Ketawa)

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Saya minta izin, sekali-sekala apabila saya duduk dalam Dewan ini, Tuan Yang di-Pertua, seolah-olah saya duduk di forum antarabangsa. (Ketawa) Kenapa benda ini bedaku? Saya harap dapat kita atasi supaya apa sahaja yang diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, semua bertanggungjawab di dalam menjayakan anak-anak murid kita di sekolah-sekolah agar ianya terbukti betul-betul sebagai sebuah negara yang segala-galanya mewah. Semua cukup, ada bantuan, ada peruntukan; tidak cukup duit, kita tambah. Asalkan semuanya dapat diselaraskan.

Paling hairan saya, Tuan Yang di­Pertua. Tetapi ada sekolah-sekolah yang harus kita puji dan mendapat sambutan yang baik dan berkeputusan yang baik. Tetapi kenapa di dalam bahasa Inggeris kita nampak sekolah-sekolah di luar bandar dan murid-murid kampung begitu lemah sekali.

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, sayajuga ingin mcnyentuh serba­sedikit, minta maaf kerana saya tidak teratur menyusun ayat, maklumlah saya

Page 77: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1691 5 OGOS 1992 1692

tidak memakai teks ucapan. Saya ingin menyentuh maksud B.7-Jabatan Perdana Menteri yang diperuntukan $7 ,854,200,000 sebagai peruntukan tambahan. Saya percaya di dalam meraikan dan memperingatkan Hari Kemerdekaan sudah barang tentu kita mendapat peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri. Saya harap kalau boleh adakan lagi berbagai-bagai pertunjukan ataupun sukan ataupun hari keramaian di mana rakyat jelata boleh sama-sama menyertai program itu. Kerana perayaan Hari Kemerdekaan adalah merupakan hari yang seharusnya seluruh rakyat jelata memperingatkan bahawa bukannya senang kita hendak merdeka, t~rut~ma generasi-generasi yang dilahrrkan selepas merdeka, di mana dia hidup sedar-sedar dia telah ada dalam dunia ini, rumah sudah ada, api sudah ada, air sudah ada, pergi sekolah berkereta, tetapi rakyat yang berada dalam masa negara kita belum merdeka, benda-benda ini semua belum ada.

Dengan adanya program-program yang mem berikan kesedaran kepada rakyat jelata di mana betapa susahnya kita hendak menuntut kemerdekaan dulu, dengan serangan komunis, penjahat dalam hutan, penjahat di dalam pekan, musuh dalam selimut ketika itu. Ketika itu walau macam mana tinggi kita pandai be la jar, tetapi kita ini bukan keturunan anak raja tidak merasa kita pergi ke pelajaran tinggi menyambung pelajaran. Tidak semacam sekarang. Anak penoreh getah, pekebun sayur, petani semuanya tidak ada perbezaan lagi. Ketika di zaman pemerintahan lnggeris ada perbezaan. Dia divide and rule!

Jadi dengan adanya program supaya menyedari ulangtahun merayakan Hari Kemerdekaan saya percaya 101

memberikan keinsafan kepada seluruh tenaga, seluruh rakyat terutamanya rakyat yang dipertanggungjawabkan di dalam mengendalikan tugas-tugas Kerajaan sebagai pegawai Kerajaan.

Kalau dulu, pegawai Kerajaan minta maaflah tidak akan dapat duduk kerusi macam ini. Kalau ada pun bangsa kita dia punya togas paling tinggi sekali atas orang putih, bawah orang putih, dia duduk hujung sana dia menarik kipas. Tarik kipas kerana masa itu kipas angin tidak ada. Ada kain dibuat pemidang, apabila ditarik, berangin! ltu dulu. Sekarang mana ada?

Jadi, perlu kita adakan program ini supaya menyedari rakyat jelata bukan semudah itu kita hendak mendapat kemerdekaan. Dan bila mereka sedar barulah datang perasaan insaf, perasaan keharmonian. Dan adakan program­program di mana seluruh bangsa mesti melibatkan diri di mana Melayu, Cina, India-segala-gala. Walaupun sekarang a.da. tetapi saya rasa perlu dicari jalan untuk lebih sesuai, lebih baik lagi. Barulah tidak ada timbul perasaan kita Melayu atau dia Cina atau dia India.

Malahan semua merasakan kita ini ~alaysian, kita inilah rakyat Malaysia, llada perbezaan. Barulah negara lain segan dan hormat betul-betul, negara lain puji. Bukan senang hendak mentadbir sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum, berbilang bangsa dan berbilang adat resamnya. Inilah Malaysia. Itu sebabnya Perdana Menteri kita bila dia pergi ke luar negeri dia mendapat penghormatan dan sanjungan tinggi daripada negara lain kerana Perdana Menteri kita memimpin semua kaum. Walaupun ada puak-puak di negara kita, saya pun tidak tahu macam mana otak kepalanya boleh lain pula daripada otak kepala kita. Ada pula separuh Cina tidak suka duduk dalam MCA pergi duduk dalam DAP, ada pula Melayu tidak suka duduk dalam UMNO pergi duduk dalam PAS dan 46. Yang MIC ini, dia ikutlah mana lebih.Yang India ini minta maaflah, Dato' Samy Vellu tidak ada. Cuba kita marl ...

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: Tuan Yang di-Pertua, say a hendak min ta penjelasan daripada Yang Berhormat Tuan Haji Azman. Mengapa tangannya

Page 78: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1693 5 OGOS 1992 1694

menunjuk ke sini sahaja? Oleh kerana saya berada di sini, saya terasa apakah saya digolongkan sebahagian daripada mereka?

Timbalan Yang di-Pertua: Saya rasa Puan Rajah itu dia terasa dia ....

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Ya, memang betul, saya pun ada nawaitu ...

Timbalan Yang di-Pertua: Tangan itu tajam ke situ.

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Memang betul, saya akui, sebab Yang 'Berhormat Rajah Zaleha datang dari Kelantan. Fasal apa tidak beritahu orang PAS di Kelantan, "marilah kita ramai-ramai berada dalam UMNO", bagi tahu 46-Tengku Razaleigh, "marilah kita, sesat di hujung jalan baliklah kita ke pangkal jalan". Itu sebabnya saya tunjuk tangan saya. Minta maaflah. Saya percaya Yang Berhormat boleh boat itu.

Puan Rajah Zaleha binti Hussin: Tuan Yang di-Pertua, saya pohon penjelasan dari Yang Berhormat Tuan Haji Azman. Apakah saya yang boleh mengajak pemimpin PAS dan Tengku Razaleigh Hamzah masuk UMNO ataupun wakil 46 dan PAS yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azman?

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Saya percaya orang-orang ini, jikalau atas cara Yang Berhormat Rajah Zaleha bercakap, kerana Yang Berhormat Rajah Zaleha ini, Tuan Yang di-Pertua, dia ada kelebihan, kalau dia bercakap, dia mengeluarkan ayat Quran terus diterjemahkannya sekali. Tidak semacam parti Iain, dia sebut ayat Quran tetapi dia tidak tahu terjemahkan. Itulah saya percaya, kalau Yang Berhormat Rajah Zaleha, mereka akan terikut, mereka akan masuk dalam UMNO.

Tuan Yang di-Pertua, itulah saya harap Kementerian Kewangan dapat meneliti apa sahaja peruntukan tam bah an yang perlu kita berikan kepada tiap-tiap Kementerian yang difikirkan penting, yang betul-betul akan menaikkan darjat, menaikkan nama baik negara kita di dalam menjayakan apa sahaja perancangan Kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga Jabatan Perdana Menteri telah memperuntukkan sebahagian daripada wang yang kita berikan dalam Perbekalan Tambahan ini kepada perbelanjaan Iawatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kita di luar negeri. Saya harap, kalau boleh, apabila Yang di-Pertuan Agong kita melawat di Iuar negeri, apalah salahnya bawa dua-tiga orang Ahli Dewan Negara ini untuk mengikuti Baginda. Sebab kita ini kalau pergi mengikut Yang di-Pertuan Agong memang layak, sebab kita ini Dewan Negara, dengan izin, we are in the Upper House-House of Lords.

Timbalan Yang di-Pertua: Boleh terjemahkan?

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Kita ini di Dewan yang tertinggi, kita ini boleh dianggap seb~hagian daripada orang Raja,jawatan di Raja, patut boleh pelawa kita pergi. Saya minta Kementerian Kewangan ...

Timbalan Yang di-Pertua: Jadi "Lord" itu maknanya "di Raja"?

Tuan Haji Azman Atar bin Othman: Yalah, Iebih kurang macam itulah, Tuan Yang di-Pertua. (Ketawa) Saya minta kalau boleh biarlah tiap-tiap lawatan Yang di-Pertuan Agong di luar negeri, ada wakil daripada Dewan Negara ini untuk bersama-sama dalam rombongan itu.

Page 79: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1695 5 OGOS 1992 1696

Tuan Yang di-Pertua, saya telah menyentuh banyak perkara dan akhir sekali saya hendak sentuh Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos. Kita telah menswastakan Jabatan Pos. Saya ingin tahu semenjak penswastaan ini, adakah ia benar-benar berkesan, benar-benar menguntungkan. Apabila saya ingat batik sebelum Pos ini diswastakan, paling amat sedih terutama semua kami Ahli-ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat dan semua Yang Berhormat­Yang Berhormat. Kalan dahulu kita pakai "Urusan Seri Paduka", kita diberi kebenaran cop, sekarang terpaksa pakai setem. Bila sudah pakai setem, di mana­lah ada "semangat" surat Wakil Rakyat, surat Ahli Dewan Negara, surat Ahli Dewan Rakyat? S udah tidak ber­semangat lagi dah. J awabnya tidak ada perbezaan daripada surat yang datang daripada seorang Senator, Ahli Dewan Negara dengan surat orang kampung. Tiada lagi perbezaan.

Saya harap pihak Kerajaan, kalau hendakkan betul-betul Ahli-ahli Yang Berhormat ini menjalankan tugas sebagai orang yang mempunyai darjat lebih sedikit daripada pegawai-pegawai Kerajaan, daripada orang-orang kampung, maka perlu ada perbezaan dalam surat menyurat Urusan Seri Paduka ini. Kalan tidak nanti, siapa yang hendak hormat? Kalan surat yang datang daripada seorang Yang Berhormat mereka tengok bersetem, pakai baling begitu sahajalah. Pada hal dalam isi kandungan surat itu penting. Saya haraplah, cari satu jalan alternatif, kalau sekiranya sudah kita swastakan dan semua surat perlu mempunyai setem, maka berilah satu penghormatan kcpada tiap-tiap Yang Berhormat, Ahli Dewan Negarakah, Dewan Rakyatkah, ADUN­kah-bahawa surat-surat mereka itu, cari satu jalan untuk betul-betul sebagai surat yang ada penghormatan daripada penerima, iaitu tidak menggunakan setem. Itulah teguran saya kepada Jabatan Pos setelah diswastakan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, saya percaya ramai kawan kita yang akan membahas Rang Undang­undang ini dan saya telah mengambil masa lebih kurang duajam, maka denge.n itu saya sekali lagi mengucapkan terima kasih dan saya menyokong penuh Rang Undang-undang yang bernama suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulanwang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 1991 dan 1992 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun-tahim yang tersebut itu. Maka dengan itu saya menyokong penuh. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Tuan Dahalan.

5.19 ptg.

Tuan Dahalan bin Embun: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk bersama-sama menyokong dan seterusnya membahas secara ringkas di atas Rang Undang-undang ini iaitu Rang Undang-undang yang berbunyi sebagai Akta Perbekalan Tambahan ( 1991 dan 1992).

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya tadi Yang Berhormat Tuan Haji Azman begitu lantang menegur secara marah, saya nampak, kepada kerabat-kerabat DiRaja ini. Kita fahamlah, dia datang dari Melaka, dia duduk di Kuala Lumpur, bi la dia hendak pergi ke Pulau Pinang dia naik kapalterbang, dia tidak lalu di negcri-negeri yang ada Raja. Kalan dia hendak pergi ke ...

Tuan Haji Azman Atar bill Othman: (Bangun)

Timbalan Yan~ di-Pertua: Sila.

Tuan Haji Azmall Atar bi• Othman: Saya ingin penjelasan. Adakah maksud Yang Berbormat bahawa kami yang datang dari Melaka tak per11ah beraja dahulu? Kalan itulah maksud

Page 80: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1697 5 OGOS 1992 1698

Yang Berhormat, saya hendak beritahulah, saya hendak menjelaskan sedikit. Itulah jangan silap, sebelum negeri-negeri lain beraja, Melaka ada raja dahulu. Tetapi sekarang tidak ada. Jadi, raja ini tidak hairanlah, boleh ada, boleh tak ada .. Itu sebab saya tegur.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Terima kasih. Saya belum habis. Sebenamya saya hendak ucap tahniah. Daripada pengalaman dari situ dapatlah kita ambil sebagai satu pelajaran. Tetapi kami yang datang daripada negeri-negeri lain ini ialah oleh sebab kami semua beraja, jadi bila hendak bercakap kiri­kanan kena pandang jugalah. Bila kita hendak menegur, kita buat secara nasihat. Secara yang dibuat tadi nampaknya menegur dengan lantang, nampaknya marah bukan? Tidak mengapalah, mungkin itu satu cara yang wajar, oleh sebab beberapa kali kita sudah tegur, beberapa ka.li kita sudah nasihat, tetapi ini berlaku juga. Jadi, teguran Yang Berhormat Tuan Haji Azman tadi nampaknya begitu wajar dan selaras dengan tindakan pihak Kerajaan dan parti kita. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih sekali lagi.

Berbalik kepada Rang Undang­undang ini, saya dapati permohonan untuk pertambahan ini adalah wajar oleh sebab ini dipohon untuk pembangunan danjuga untuk pengurusan. Memang apa yang dipohon itu adalah wajar dan sepatutnya diberi kelulusan, .oleh sebab perbelanjaan pembangunan dan pengurusan bagi projek-projek tadi adalah merupakan perbelanjaan yang priority yang sepatutnya dijalankan, yang sepatutnya didahulukan daripada projek-projek ataupun perbelanjaan­perbelanjaan yang lain lagi. Jadi, di sini saya ingin ucap tahniah kepada pihak Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menempuh dua, tiga perkara, dan saya akan membawa satu, dua cadangan berikutan dengan p.erbahasan ini, tetapi hanya secara ringkas. Saya tidak akan

menempuh banyak, khusus kepada Rang Undang-undang ini, tetapi saya akan menempuh atau membuat cadangan yang berkaitan dengan Kementerian, iaitu kebanyakannya dari segi untuk menambahkan basil Kerajaan.

Yang pertamanya, kita dapati mengenai cukai khusus-sungguhpun sekarang ini tidak dijalankan lagi, saya rasa ini adalah satu perkara yang wajar­oleh sebab kita bermasalah banyak mengenai penggunaan rokok. Syarikat­syarikat rokok menggunakan banyak duitnya untuk promosi untuk 'advertisement'. Patut kita faham bahawa advertisement ini adalah sebagai satu pelaburan (investment), bukan sebagai expenditure item yang sebenarnya. Tetapi di dalam accounting system mereka, ini dianggap sebagai expense item, sebagai kos yang digunakan untuk hendak melarikan daripada mem bayar cukai. Beratus-ratus juta ringgit hanya dihapuskan atas nama advertisement, atas nama promosi. Jadi, Kerajaan tidak dapat apa-apa faedah daripada duit ini. Sebagai satu jalan untuk mengurangkan promosi ataupun 'advertisement' rokok-rokok ini, rasa saya peruntukan untuk promosi atau 'advertisement' syarikat-syarikat rokok ataupun minuman ataupun barang­barang yang 'luxurious', saya cadang supaya peruntukan itu dicukaikan. Umpama kata satu syarikat membelanjakan 20%-saya percaya ada syarikat yang sampai 30% pun membelanjakan-hanya untuk promosi ataupun advertisement. 20% daripada $10 jutajadi $2 juta. Ini dianggap sebagai kos,sebagaiexpense.

Timbalan Yang di-Pertua: 20% daripada jualan ataupun daripada modal?

Tuan Dahalan bin Haji Embun: 20% daripadajualan. Jadi, $2 juta hangus begitu sahaja. Tetapi saya anggap ini satu perkara yang dapat kita capitalise, Kerajaan kita boleh dapat hasil. Tiap-

Page 81: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1699 5 OGOS 1992 1700

tia11 satu promosi, tiap-tiap satu advertisement yang telahpun kita ambit secara ad hoc, mesti Kerajaan cukaikan, oleh sebab, sebagai saya sebutkan tadi, advertisement cost ini bukanlah sebagai 'expense item', iaitu sebagai pelaburan. Mereka melaburkan duit dalam promosi, dalam 'advertisement', untuk hendak menambahkan lagi hasil untuk syarikat itu atau jualan. untuk syarikat itu. Memang mereka telah menyebutkan bahawa promosi ini bukanlah untuk hendak merosakkan sesiapa, bukan untuk hendak menarik sesiapa. Tetapi sebenarnya mengikut apa yang diberi oleh syarikat-syarikat rokok, ini sebagai contoh, promosi rokok dijalankan supaya ada 'transfer of brand'. Macam sekarang kita hisap Rothmans, satu hari kita akan hisap mungkin Benson & Hedges, oleh sebab ada promosi seperti 101. Jadi, bukan untuk hendak menambahkan jualan. Jadi, kalau inilah alasan mereka, ini adalah sebagai satu alasan yang agak lemah.

Itulah saya harap pihak Kerajaan mengambil kesempatan ini. Banyak duit, kalau 20% daripada $500 juta, berapa banyak itu, sebagai contoh? Itulah satu cadangan yang saya bawa, Tuan Yang di-Pertua, dan mungkin kita boleh anggap ini sebagai fiscal policy. Bagaimanapun, cukai-cukai rokok ini ataupun apa-apa lain lagi mengenai rokok ini tidak dapatlah kita hapuskan begitu sahaja, oleh sebab macam Tan Sri-dia tidak ada di sini-kata "It's my only enjoyment." Kalau dia sudah pencen, tak ada apa hendak buat, duduk di rumah, dia tengok muka itu sahaja. Hendak main apa pun tidak boleh.

Timbalan Yang di-Pertua: Mana tahu?

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Dia kata "That's my only enjoyment," selain daripada Kerajaan mendapat basil. Jadi, kita rasionalise. Janganlah sampai teruk

sangat. Jadi, pihak-pihak syarikat rokok dan minuman-minuman ini mestilah mengambil sedikit-sebanyak social responsibility ini terhadap rakyat dan sebagainya. Janganlah harap kepada keuntungan sahaja, sehingga Kerajaan pun, saya tidak mahu sebut perkataan 'tertipu', tetapi daripada hasratnya rasa saya kalau $500 juta, $600 juta sudah dibelanjakan oleh kebanyakan syarikat rokok ini dan kalau ianya dihapuskan begitu sahaja sebagai expense, ini memang sudah 'tertipu', Tuan Yang di­Pertua. Jadi, itulah saya ambil ini sebagai satu perkara yang serius.

Berbalik kepada Rang Undang­undang ini, Tuan Yang di-Pertua, kita dapati kos overrun ini memang selalu berlaku, tetapi seperti penjelasan yang diberi tadi, oleh sebab prioriti projek­projek dan keperluan untuk menambahkan, maka ini memanglah perlu. Tetapi saya ingin tahulah mengenai 'cost overrun' ini, tambahan­tambahan ini, siapa yang sebenarnya yang ada kuasa untuk memberi peruntukan kelebihan daripada Budget? Sama ada Perdana Menterikah, Timbalan Perdana ·Menterikah, Menterikah, Menteri Besarkah, siapa yang sebenarnya ada hak? Kalau masing­masing ada hak, saya hendak tahu apakah kuota tiap-tiap seorang itu?

TimbaJan Yang di-Pertua: Hak menggunakan duit.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Hak menggunakan duit tambahan lebihan daripada budget-hak melulus, saya ingin tahu itu. Siapakah dia dan berapa banyak dan untuk projek-projek apa? Jadi, setakat sekarang ini tiap-tiap kali kita bersidang ada sahaja tambahan diminta. Kita tidak tahulah-memang dia sebut di bawah Kementerian-tetapi siapa yang sebenarnya meluluskan. Adakah ini boleh .diluluskan sebelum dibawa ke Kabinet?

.,

Page 82: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1701 5 OGOS 1992 1702

Oleh sebab kita dengar diumumkan oleh Menteri pun ada, oleh Menteri Besar pun ada, oleh Timbalan Perdana Menteri pun ada, oleh Menteri Kewangan pun ada. Jadi, kita tidak tahu mana satu, siapa yang ada kuasa sebenarnya, ataupun boleh diluluskan sebelum dibawa ke Kabinet. Ini yang ingin saya tahu.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya pun tidaklah begitu teratur sangat, saya hendak sambung balik daripada segi rokok tadi, fasal banyak sangat 'smuggling', lebih-lebih lagi kretek daripada Indonesia. Ini telahpun diakui oleh pihak Kerajaan sendiri, berapa banyak jumlah smuggling rokok sahaja tidak termasuk barang-barang lain. Jadi, kita tahu sebagai contoh, kretek ini begitu 'popular', kita boleh anggap ini sebagai satu kes ad hoc. Saya rasa pihak Kerajaan sungguhpun kita belum impose lagi VAT ini, dapat digunakan khas untuk rokok kretek sahaja. Jadi, sesiapa yang hendak membeli rokok kretek ini, cukai dikenakan 3:2. Jadi, direct tax kepada pengguna. Bagaimana kita hendak implementkan, itu saya pun tidak tahulah. Tetapi sepatutnya kita ada satu 'standard price', dalam pasaran sekarang ada yang jual $3, ada yang jual $2.50, kalau pergi ke Kuala Perlis, saya ingat dalam $2, $1.50 pun ada. Jadi, harga itu tidak seimbang.

Saya rasa kalau kita buat secara itu, dapat sedikit sebanyak kita mengurang­kan smuggling, sebagai contoh saya sebut kretek ini. Tetapi ini boleh digunakan untuk barang-barang lain juga yang banyak sangat dismugglekan ke negara kita sehinggakan kita kerugian daripada segi hasil.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang saya hendak sebutkan oleh sebab inipun melibatkan perbelanjaan· Kerajaan iaitu cukai jalan untuk lori-lori berat iaitu lori balak, trailer, lori pasir dan semua lori-lori jenis berat. Mereka

ini mendapat keistimewaan di atas jalan raya, banyak jalan-jalan yang cantik­cantik, yang elok-elok dimusnahkan oleh lori-lori ini. Saya rasa, cukai ke atas lori-lori ini mesti dikenakan premium, lebih daripada apa yang dikenakan sekarang. Oleh sebab merekalah yang merosakkan jalan, dua tiga lori balak. Kita ada 400, 500 atau mungkin 1,000 motokar lain yang tidak merosakkan jalan, tetapi oleh sebab lima enam buah lori-lori balak 'yang lalu pergi/balik setiap hari, inilah yang merosakkan jalan. Jalan-jalan di Pahang contohnya, tadi saya bercakap dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jerantut

. sahaja, dia sudah pening kepala tidak tahu hendak cari dari mana, masalah lori balak. Jalan telah begitu elok, begitu cantik dibelanjakan begitu banyak wang tetapi rosak oleh sebab lori-lori ini. Jadi, inilah saya minta pihak Kementerian mengimposekan satu sistem cukai yang munasabah supaya ini dapat disekat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menempuh sedikit sebanyak berkenaan dengan R&D ini. Kita dapati sekarang ini minat begitu meluas lebih-lebih lagi di sektor awam iaitu mengenai penggunaan 'personal computer' untuk 'research and development' untuk hendak meninggikan taraf ataupun standard mutu prestasi setiap orang yang bekerja di jabatan-jabatan, mungkin di peringkat-peringkat yang tinggi sedikit, di peringkat pegawai-pegawai yang tahu mengendalikan 'personal computer' ini. Mereka ini begitu minat untuk·research, untuk inp1Jt lain-lain dan sebagainya. Tetapi kemampuan untuk hendak membeli, sungguhpun komputer­komputer ini tidak begitu mahal, dalam $2,000, $3,000 kita telah boleh dapat satu sistem yang lengkap hendak gunakan di rumah tetapi duit untuk hendak membeli itu tidak tercapai lagi.

Sekiranya Kerajaan boleh beri . pinjaman untuk rumah, untuk membeli kereta, untuk 'renovation' dan lain­lainnya lagi, jadi inilah saya rasa untuk

Page 83: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1703 5 OGOS 1992 1704

pegawai-pegawai yang muda-muda ini y~g keluar dari universiti ataupun kolej yang ada diploma, inilah orang yang begitu berminat untuk mempunyai sebuah komputer kecil ini. Jadi, saya cadangkan supaya pihak Kerajaan memberi satu peruntukan khas ataupun pinjaman kepada pegawai-pegawai Kerajaan ini. Kita hendak prestasi daripada mereka, kalau kita tidak beri peransang untuk mereka adakan sesuatu yang mereka hendak, jadi tidak bergunalah. Ini sebagai peransang, satu strategi ataupun taktik untuk hendak meninggikan taraf prestasi pegawai­pegawai Kerajaan. Ini telahpun dilakukan di private sec tor, jadi, di pi hak Kerajaan kita sepatutnya ikut jugalah.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari itu ada satu hal lagi yang saya sebut tadi saya buat dalam soalan iaitu mengenai syarikat pelaburan asing yang begitu banyak melabur di negara kita. Satu-satu syarikat sampai beratus juta, sampai billion pun ada. Tetapi syarikat-syarikat ini hanya dimiliki oleh mereka sahaja iaitu kalau satu kumpulan itu, sepuluh orang, sepuluh oranglah. Rakyat di sini selain daripada faedah dapat kerja, tidak banyak sangat daripada segi ekuiti. J adi, inilah saya cadang pihak Kerajaan supaya bawa kepada satu perbincangan supaya syarikat-syarikat asing yang melabur di sini, yang begitu berjaya disenaraikan di dalam Bursa Saham tempatan supaya dapat kita semua menikmati. Kita bukan hendak majoriti, kita tidak mahu majoriti. Kalau dia beri 49% pun cukuplah, $100 juta-49%, sudah berapa banyak, T~an Yang di­Pertua. Sudah banyak, dia control 51% tidak mengapa, itu dia punya.

Jadi, sekarang keuntungan ini semua dia bawa balik habis, selain daripada Kerajaan kata, ini untuk hendak beri kerja, tidak cukuplah, kalau begitu rugi sangat, kita telah beri kemudahan pioneer status, 10 tahun sudah tidak kena­cukai. Kadang-kadang kita tambahkan lagi, macam-macam insentif lain kita

beri. Jadi, inilah kita boleh sekat mereka ini supaya meminjam duit daripada tempat-tempat lain, cari duit daripada 'local source', melalui listing yang saya sebutkan tadi.

Ini sebagai satu cadangan, saya rasa cadangan ini wajar dan tidak mustahil untuk dilaksanakan. Kalau pihak Kerajaan sendiri mengambil peranan untuk hendak menjalankan, pihak syarikat luar pun saya rasa, dia akan rasa senang, oleh sebab ada ini, penyertaan ekuiti daripada tempatan ini, secara terus, rakyat pun akan senang. Lebih­lebih lagi untuk pekerja-pekerja di syarikat itu. Mereka diberi keutamaan untuk mempunyai syer-syer dalam syarikat-syarikat itu, sebagai contoh kita boleh ambil Motorola, syarikat Jepun, syarikat Amerika, apa yang tidak ada di sini, semua boleh.

Tuan Yang di-Pertua,jadi, inilah satu cadangan yang saya harap sangat-sangat pihak Kementerian ini akan meman­dangnya sebagai satu perkara yang serius. Saya tahu pihak Kementerian Kewangan ini memang sensitif, sebenarnya saya mula-mula tadi hendak mengucapkan terima kasih, oleh sebab banyak cadangan-cadangan yang kita bawa, bukan sahaja daripada Dewan ini, kadang-kadang cadangan kita bawa direct dengan perjumpaan Yang Berhormat Menteri pun dilaksanakan, contohnya macam borang, dahulunya borang minta tanah 1 ekar-free, 10 ekar-free, minta 100 ekar, 1,000 ekar pun free juga. Ataupun borang pasport, dahulu 50 sen, 20 sen; sekarang sudah naik, saya pun tidak tahu berapa ringgit. Jadi, inilah pihak Kementerian telah mengambil satu sikap yang positif iaitu begitu sensitif terhadap cadangan­cadangan yang dibawakan oleh rakyat dan kami sebagai mewakili rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab tadi saya sebut saya akan menempuh sedikit sebanyak mengenai Rang Undang­undang ini, inginlah saya beralih kepada Maksud B.51 iaitu Kementerian Luar Negeri.

Page 84: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

--------- ---- --------

1705 5 OGOS 1992 1706

Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Tuan Azman tadi, saya pun begitu merasa insaf dan bersimpati dengan kedudukan rakyat orang-orang Islam di Iuar negara yang tertindas, teraniaya, tersingkir daripada negara sendiri dan sebagainya. Sebagai contoh, di Bosnia-Herzegovina dan di negara­negara lain seperti Burma dan sebagainya. Jadi, di bawah Kementerian Luar, saya minta sangat-sangat supaya pihak Kerajaan memberi peruntukan khas, mungkin melalui Kementerian Kewangan ataupun lain-lain Kemen­terian-tetap ini adalah di peringkat Kementerian-supaya nampak kita di Malaysia ini membantu rakyat di negara­negara yang bukan sahaja beragama Islam, tetapi kebanyakan mereka itu, disebabkan Islam, jadi perlu sangatlah bagi kita sebagai orang Islam untuk membuat sesuatu amalan yang akan membawa sesuatu faedah dari segi agama kepada kita.

Selain daripada itu, saya telah melawat bukan sahaja beberapa buah negara yang maju tetapi juga saya pergi ke negara yang tidak maju, sampai ke Pulau Tonga di Afrika, di tengah-tengah pulau di Africa Continent pun saya pergi, dan saya banyak melawat tempat orang­orang Islam di sana, keadaan-keadaan masjid di sana, surau-surau, tempat­tempat mereka sembahyang. Kadang­kadang sembahyang di bawah pokok, kadang-kadang pinjam tempat, kadang­kadang sewa tempat, kadang-kadang hanya didirikan empat batang kayu, berbumbung sedikitdan di situlah masjid dan sebagainya dengan tidak ada kitab, Quran dan Hadis jauh sekali. Quran pun tidak ada. Apa pun tidak ada. Jadi, saya merasa insaf, sedangkan mereka ini memang berjiwa Islam. Tetapi untuk menghayati kelslaman mereka itu memang bermasalah.

Jadi, inginlah saya cadangkan supaya pihak Kerajaan setiap tahun, sebagai contoh, memperuntukkan sebanyak $10 juta-ini tidak banyak, $10 juta

setahun-untuk hendak menolong. Bukanlah kita hendak menolong semua sekali setahun. Mungkin dalam 10 tahun. Kalau $10 juta setahun, 10 tahun sudah $100 juta-jangka panjanglah sebab kita tidak boleh buat dalam masa sehari. Ini pahala besar. Bukan pahala kepada saya tetapi kepada semua, kepada Kerajaan, bukan sahaja kepada orang Islam, Islam tidak Islam, semua kita dapat pahala dari segi ini. Cadangan saya $10 ju ta setahun ini tidak banyak. Kita boleh kesan melal ui Kementerian Luar. Tetapi perlulah mereka ini membuat research sedikit, pergi berjalan tengok. Kalau macam di China sana, tidak perlu kita bantu lagi. Mereka sudah bertamaddun mengenai Islam. Sehinggakan Arqam pun sudah pergi ke sana untuk menubuhkan Persatuan Arqam di sana. Apa ini? Dahulu mula di Malaysia, sekarang sudah ke China, sudah ke London, jadi, sudah jadi Arqam International sekarang. Jadi, Arqam ini pun pandai juga, dia mencari tempat yang banyak duit, tempat mana yang sudah maju, bukan dia hendak pergi cari di hutan Arfika ataupun di Pulau Tonga atau Mauritius-Mauritius itu dikira sudah bertamadun. Kenapa dia tidak pergi ke Afrika, kalau benar-benar dia hendak berdakwah?

Dia pergi ke China, China sudah Islam 1,300 tahun lebih dahulu daripada kita. Jadi, what.are we talking about Islam. Kita compare dengan China. Daripada 'silk route' dahulu, di Xian, masjid itu berusia 1,300 tahun lamanya. Siapa di sini yang pergi dahulu tahu hal ini. Dato dan ada dua tiga orang di sini yang pergi. Kita melawat masjid yang 1,300 tahun lamanya. Bukan satu. Yang di Xian itu 'silk route' melalui jalan darat, di Canton silk route melalui jalan laut. Di Canton ada satu perkuburan yang berusia 1,300 tah un. Yang termasyh ur sekali ialah Abdul 'Asy, seorang Arab yang meninggal di sana. Kita biasa dengar dalam buku sejarah Islam mengenai Abdul 'Asy, tetapi kita tidak tahu dia mati di mana. Tetapi kalau hendak

Page 85: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1707 5 OGOS 1992 1708

tengok, pergilah di Benua China. Tempat dia bersemadi itu dijaga di dalam kawasan lebih kurang 100 ekar. Bukanlah dia seorang sahaja, semua umat-umat Islam. Dia telah bermula 1,300 tahun dahulu. Jadi, inilah suatu yang saya minta, itu fasal saya boat perbezaan tentang negara-negara maju dan negara tidak maju dalam kedudukan Islam di negara-negara tersebut. Jadi, inilah saya minta sekali lagi kepada pihak Kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mengakhiri, satu sahaja lagilah, iaitu B.17-Kementerian Belia dan Sukan. Tadi, sebenarnya Tuan Azman telahpun menyebutkan persediaan untuk Commonwealth Games, mungkin satu hari nanti, kita tidak tahu, Olympics ataupun Asian Games dan sebagainya. Jadi, di negara-negara asing, misalnya, di China, kita nampak di televisyen, 4 tahun atau 5 tahun dahulu mereka sudah mula dan memberi latihan. Kita mungkin tidak sampai ke peringkat itu. Tetapi kalau kita mulakan sekolah-sekolah khas untuk sports ini, kita boleh tubuhkan sekolah sports. Di Philippines, dia tubuhkan University of Life untuk pembangunan sports dengan peruntukan khas dari Kerajaan. Jadi, kalau kita hendak maju begitu, kita terpaksa kena buatlah. Tetapi kalau kita hendak barapkan Kerajaan sahaja pun tidak bolehlah. Rasa saya mesti kita berganding bahu antara Kerajaan dan juga rakyat. Jadi, inilah saya hendak minta supaya pihak Kerajaan memper­untukkan ataupun memberi insentif kepada 'private sector' untuk hendak menubuhkan sesuatu ~infrastructure

sports', sama ada secara grant ataupun pinjaman, melalui apa sahaja saluran, supaya private sector ini dapat aktif. Tubuhkan satu kompleks untuk memberi latihan untuk sporls dan ini mestilah bertaraf untuk hendak mara ke arah Commonwealth Games dan sukan-sukan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, inilah seruan saya dan cadangan-cadangan yang saya bawa, dan saya berharap akan jadi satu faedah untuk Kementerian mengambil tindakan.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang dan seterusnya saya menyokong di atas Rang Undang­undang ini. Sekian, terima kasih.

Tim balan Yang di-Pertua: Ya, Puan Hajah Zaleha.

5.48plg.

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan selamat sejahtera. Yang Berho'rmat Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kerana membenarkan saya mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang yang bernama suatu Akra bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulanwang yang Disatu­kan untuk perberlanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 1991 dan 1992 dan bagi memperuntukkan wang ini untuk maksud yang tertentu bagi tahun-tahun yang 1ersebut. Saya akan menyentuh perbelanjaan tambahan kedua bagi tahun 1992 supaya dikeluarkan wang yang 1idak melebihi $65,584,300 iaitu mengenai B.26-Kementerian Pen­didikan, sejumlah wang $53,495,800. Saya menyokong perun1ukan tambahan ini kerana ia amatlah bertepatan dengan hasrat Kerajaan yang begitu tinggi kepada Kementerian Pendidikan yang berasaskan matlamat pendidikan negara untuk memperkembangkan potensi individu secara bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang, harmonis dari segi keintelektualan, kerohanian, jasmani dan emosi. Ia juga berhasral untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berkeupayaan

Page 86: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1709 5 OGOS 1992 1710

memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Matlamat ini juga mencerminkan kepada idealisma yang ingin kita capai melalui pendidikan dalam usaha men­capai cita-cita besar ini, ia hendaklah bermula daripada pra-sekolah, kerana ia merupakan asas dan foundation kepada pembentukan melaksanakan amanah pendidikan.

Saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan yang telah mewujudkan kelas-kelas pra-sekolah di sekolah-sekolah di seluruh negara dan ini juga boleh membantu ibu bapa yang miskin di luar bandar yang tidak mempunyai keupayaan untuk mem­biayai persekolahan anak-anak di pra­sekolah. Kementerian Pendidikan juga perlu mengambil perhatian terhadap beberapa perkara yang timbul dalam pelaksanaan ini.

Pertama, guru-guru yang mengajar di kelas-kelas pra-sekolah ini adalah guru­guru yang terlatih di bidang persekolahan formal selama 7 tahun hingga 12 tahun. Kepada mereka ini, perlulah diberi latihan yang cukup di bidang pengajaran pra-sekolah kepada anak-anak kecil di dalam pelaksanaan untuk mewujudkan pendidikan pra­sekolah.

Yang kedua, apa yang saya lihat dan saya perhatikan, apabila kelas pra­sekolah ini diwujudkan di sekolah­sekolah, saiz bilik darjah yang sempit. Ini tidak cukup untuk menampung murid-murid pra-sekolah yang ramai, dengan ini menghalang pergerakan bebas anak-anak kecil ini dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran mereka yang tidak formal dan anak-anak ini tidak mungkin dapat menggerakkan aktivitinya dengan begitu bebas. Oleh itu, Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan pendidikan pra-sekolah ini, saiz bilik darjah perlulah diambil kira dan dibuat perhatian.

Yang ketiga, dalam bidang ini juga, saya ingin menyentuh masih kedapatan Iagi, apa yang saya lihat dan ini Kementerian Pendidikan perlu mengambil pemerhatian yang wajar kerana masih kedapatan lagi kekurangan alat-alat sokongan mengajar yang menarik perhatian anak-anak yang sepatutnya digunakan oleh guru-guru pra-sekolah.

Yang keempat, pemilihan guru. Apa yang saya lihat, pemilihan guru pra­sekolah yang diambil daripada guru­guru daripada sekolah-sekolah yang formal ini, yang pentingnya ialah mereka ini hendaklah terdiri daripada guru-guru yang mengajar di kelas pra-sekolah ini adalah mereka yang berminat, berkualiti dan profesional di bidang pra-sekolah dengan ciri-ciri perguruan yang positif, kreatif dan inovatif.

Saya juga difahamkan, di dalam pembentukan kelas pra-sekolah ini, Kementerian Pendidikan juga perlu mengambil perhatian kepada pembantu ataupun pengasuh yang telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan di kelas­kelas pra-sekolah ini acialah dengan cara kontrak dan mereka ini dilantik setahun ke setahun. Apakah perancangan Kementerian Pendidikan mengenai kedudukan pengasuh-pengasuh dan pembantu-pembantu pra-sekolah ini dalam segi perjawatan mereka kerana mereka yang dilantik secara kontrak ini, yang saya bimbangkan ialah tidak begitu menumpahkan minatnya kerana mereka lebih mementingkan untuk mencari tempat-tempat yang lebih terjamin nasib mereka.

Dal am ghairah Kementerian membentuk kelas pra-sekolah ini, iajuga ada masalah yang dihadapi oleh pertembungan antara kelas-kelas KEMAS iaitu kelas-kelas Kemajuan Masyarakat di seluruh negara. Saya ingin di beri penjelasan oleh pihak Kementerian Penciidikan, apakah caranya penyelarasan dan dasar-dasar

Page 87: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1711 5 OGOS 1992 1712

yang dibual oleh Kementerian Pendidikan dengan pihak Kementerian Pembangunan Negara dan Loar Bandar iaitu menerusi Jabatan Kemajuan Masyarakat dalam pembentukan kelas­kelas pra-sekolah di seluruh negara?

Saya akan menyentuh hanyalah di bidang pendidikan. Di bidang pendidikan pra-sekolah di Kelantan hari ini, saya melihat bukan hanya pra­sekolah daripada Kementerian Pendidikan tetapi saya melihat pertumbuhan kelas-kelas pra-sekolah khususnya di negeri Kelantan tumbuh bagai cendawan. Di seluruh negeri Kelantan hari ini, kita dapat lihat pra­sekolah ditubuhkan oleh swasta dengan begitu sewenang-wenangnya dan berbagai-bagai nama; ada PERKIM, ada PASKI, ada TASKI, ada Arqam, ada berbagai-bagai nama dan saya hendak menyatakan di sini, saya tidak tahu bagaimanakah cara pengawalan dibuat di dalam membentuk ataupun menubuhkan pra-sekolah sehingga ada badan politik pun boleh menubuhkan pra-sekolah mereka sendjri.

Yang membimbangkan saya, apabila pertumbuhan sekolah-sekolah ataupun pra-sekolah swasta ini dengan begitu berleluasa tanpa mendapat pengawalan yang rapi daripada pihak Kerajaan, yang membimbangkan ialah kurikulum ataupun sukatan pelajaran dalam segi proses pembelajaran anak-anak ini kerana ada di antara mereka menggunakan kurikulum mereka sendiri yang kalau itu dibentuk oleh badan politik di negeri Kelantan, maka ia mengikut selera politik tersebut dan ini boleh menjejaskan dan boleh meracuni fikiran anak-anak kecil yang asasnya akan pergi ke sekolah formal yang telah dibentuk oleh Kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, di akhirnya saya ingin merakamkan di Dewan yang mulia ini iaitu rasa kesal saya sebagai rakyat Kelantan, sebagai Ahli Dewan

Negara daripada negeri Kelantan. Apa yang telah berlaku satu peristiwa kepada sebuah sekolah di Sekolah Kebangsaan Meranti, Pasir Mas yang ada murid keciciran dalam menduduki peperiksaan kelas UPSR baru-baru ini dan kalau ini setelah dibuat kajian oleh pihak Kementerian Pendidikan menerusi Jabatan Pendidikan negeri Kelantan, kalau inilah benar berlaku, maka saya amatlah kesal kerana ia bercanggah dengan dasar dan falsafah Pendidikan Negara dan kerana ini kalau tidak diambil satu tindakan positif, sekiranya perkara ini berlaku, maka ia boleh berlaku di sekolah-sekolah yang lain. Apabila ghairah di antara sekolah­sekolah berlumba-lumba untuk mendapatkan prestasi kedudukan sekolah, untuk mendapat tempat yang tinggi dan anak-anak ini akan menjadi anak-anak yang terbiar dari sudut menduduki peperiksaan ini.

Saya memohon kepada pihak Kementerian Pendidikan supaya mengambil perhatian kepada perkara yang berlaku. Ini bukanlah perkara yang kecil tetapi ini adalah perkara yang serius dan perlu ianya mendapat suatu laporan yang lengkap daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Inilah di antara ucapan say a yang say a ingin menyentuh kerana saya lihat rakan­rakan saya telah menyentuh dengan begitu penuh bersemangat dalam beberapa bidang tetapi saya ingin menyentuh hanya satu bidang iaitu di bidang pendidikan ini sahaja dan di akhirnya, saya menyokong penuh terhadap kelulusan Rang Undang­undang Perbekalan Tambahan ( 1991 dan 1992) (No. 2). Terima. kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Tuan Munisamy.

5.54 ptg.

Tuan Munisamy a/I Kuppan: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk

Page 88: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1713 5 OGOS 1992 1714

membahaskan Rang Undang-undang menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulanwang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhid­matan tahun 1991 dan 1992.

Bagi Maksud B.51 untuk tujuan Kementerian Loar Negeri diperuntukkan sebanyak $3.7 juta. Saya menyokong penuh mengenai peruntukan ini memandangkan berkembangnya aktiviti Kementerian di luar negeri. Malaysia mahu dikenal ramai di peringkat antarabangsa kerana kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah antara­bangsa dan serantau.

Malaysia juga dikenali ramai kerana bermurah hati membimbing rakyatnya dalam menyokong mana-mana negara. Dengan adanya kedutaan yang kukuh dan kakitangan yang mencukupi di luar negeri, segala saluran maklumat dan khidmat yang baik dapat dijalankan. Malaysia juga telah membuka banyak kedutaan dan pejabat Konsular yang baru dan dengan sendirinya akan meng­galakkan kegiatan perdagangan antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengesyorkan di sini supaya Kedutaan dan Konsular Malaysia di luar negeri mengadakan perjumpaan yang kerap di antara pelajar-pelajar Malaysia, peniaga dan kakitangan Kedutaan. Perjumpaan seumpama ini dapat menyatukan rakyat Malaysia dan dapat menjadi forum untuk menerangkan aktiviti dan hasrat Kerajaan. Dengan adanya suasana mesra dan gambaran yang jelas mengenai keadaan di Malaysia, maka rakyat Malaysia di luar negeri tidak akan menyibarkan berita buruk mengenai negara sendiri dan lebih sayang kepada negara.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai B.17-Kementerian Belia dan Sukan. Peruntukan tambahan sebanyak $I juta telah diperuntukkan. Sukan menjadi semakin penting dalam aktiviti

kehidupan harian dan bukan sahaja untuk menjaga kesihatan badan. Kegiatan sukan menjadi satu perniagaan yang membawa pendapatan yang lumayan. Dengan perkembangan yang positif terse but .. saya kira peruntukan tambahan sebanyak $1 juta adalah wajar diberi.

Malaysia juga telah mencipta nama dalam sukan seperti badminton dan hoki. Kemenangan dalam Piala Thomas menunjukkan basil positif daripada skim-skim galakan. Saya juga meng­ucapkan syabas kepada Kerajaan berjaya menyakinkan negara-negara Komanwel bahawa Malaysia menjadi tuan rumah bagi Sukan Komanwel pada tahun 1998. Dalam perkara itu persembahan oleh peserta-peserta Malaysia di Sukan Olimpik yang sedang berlangsung adalah tidak memuaskan terutama pasukan badminton dan hoki.

Oleh yang demikian, saya berpendapat latihan yang intensif sahaja tidak mencukupi, malahan yang lebih pen ting ialah, dengan izin, psychological preparedness. Dari segi mental, peserta Malaysia masih kekurangan dan Kementerian harus mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini, terutamanya memandangkan ban yak lagi pertandingan antarabangsa yang akan disertai oleh Malaysia. Ahli-ahli sukan Malaysia juga kekurangan dari segi latihan. Kerap kali latihan hanya diberi untuk tempoh satu atau dua bulan sebelum sesuatu kejohanan. Kita sepatutnya menubuhkan pusat-pusat latihan yang kekal bagi peserta-peserta yang berpotensi bagi semua jenis sukan di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan memberi lebih tumpuan kepada aktiviti sukan, dan kegiatan bagi belia-belia terutamanya di luar bandar adalah amat berkurangan. Kementerian Belia dan Sukan mesti menyediakan lebih banyak ceramah dan program latihan teknikal bagi belia-beliadi semua

Page 89: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1715 5 OGOS 1992 1716

daerah dan negeri. Pusat Jatihan seperti Dusun Tua dan Pertak adalah tidak mencukupi. Oleh yang demikian, pihak Kementerian harus menubuhkan lebih banyak pusat latihan bagi belia-belia yang tercicir dalam pelajaran supaya dapat membekalkan diri dengan kemahiran untuk mencari pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu­alukan peruntukan di bawah B.22 untuk membangunkan industri pelancongan di negara ini. Saya ingin menarik perhatian terhadap beberapa kawasan di negeri Perak yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan negara dan nilai-nilai sejarah serta mempunyai pemandangan alam yang indah dan menarik minat dan perhatian para pelancong ke negara ini. Contohnya di Kuala Kangsar, Taiping, Port Weld, Pasir Salak dan Kellie's Castle di Batu Gajah. Kawasan-kawasan ini perlu diberi peruntukan untuk pembangunan sebagai salah sebuah pusat tarikan pelancong di negara ini. Kawasan sepanjang Lebuhraya Changkat-Jering mempunyai peman­dangan semulajadi yang amat indah seperti air terjun dan hutan yang menghijau. Pusat-pusat rekreasi dan kemudahan juga perlu disediakan untuk para pelancong serta pengguna lebuhraya untuk berehat dan menikmati keindahan alam semulajatli.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai tindakan untuk membangunkan industri pelancongan di negara ini, lebih banyak kemudahan penginapan perlu disediakan terutamanya di kawasan-kawasan pusat pelancongan yang baru didirikan. Kemudahan penginapan ini harus dibekalkan kepada semua golongan pelancong. Oleh sebab itu, hotel-hotel yang dibina harus menyediakan kadar sewa yang berpatutan supaya semua golongan pelancong mampu meng­gunakannya.

Pusat-pusat dan gerai-gerai yang menjual atau mempamerkan kraftangan dan seni kebudayaan negara perlu didirikan di setiap pusat pelancongan

supaya dapat mempromosi kebudayaan dan kesenian kita kepada pelancong asing. Pemandu pelancong juga harus dilatih dari segi kefasihan berbagai bahasa, kebudayaan dan kesenian supaya dapat membantu para pelancong luar negeri mahupun pemandu harus dididikkan tentang sejarah negara kita.

Kementerian Kesihatan juga harus mengambil tindakan dan melawat hotel­hotel yang banyak dikunjungi oleh para pelancong untuk memastikan pihak pemilik hotel-hotel ini mengamalkan perkhidmatan yang bersih dan layanan yang mesra.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan B.26-Pembangunan Sumber Tenaga Manusia, adalah kuilci ke arah pembangunan dan modenisasi negara. Salah satu strategi terpenting untuk pembangunan sumber tenaga manusia adalah melalui pendidikan formal. Ini termasuklah pendidikan di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, menengah, maktab dan universiti. Pendidikan formal dapat menyediakan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk pertumbuhan ekonomi.

Bidang sains dan teknologi amat perlu ditekankan dalam sistem pendidikan negara supaya dapat mencapai cita-cita negara kita ke arah Wawasan 2020. Peranan dan penglibatan wanita dan belia perlu juga ditekankan lagi dalam bidang pembangunan negara. Ini dapat dilakukan melalui pendidikan formal. Program-program khas atau projek pendidikan dan latihan hendaklah diamalkan untuk memperlihatkan kemahiran dan bakat seseorang individu, terutamanya pelajar-pelajar yang tercicir dari Tingkatan 3 dan S serta Darjah 6. Projek-projek seumpamanya ini akan membantu meresap masuk kaum belia ini dalam bidang perkhidmatan tertentu. Jika tidak, golongan belia yang tercicir dan menganggur ini mungkin akan menimbulkan masalah-masalah sosial seperti merompak, membunuh,

Page 90: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1717 5 OGOS 1992 1718

melacur ataupun mengedar dadah mahupun menjadi penagih dadah untuk mengatasi masalah kewangan serta masalah peribadi mercka.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana itu kemudahan-kemudahan pendidikan di kawasan luar bandar, estet-estet dan kampung baru juga haruslah diperbaiki. Perbelanjaan dan peruntukan juga perlu ditingkatkan supaya menambahkan lagi kemudahan asas seperti perumahan dan lain-lain kemudahan terutama bagi guru­guru yang berkhidmat di luar bandar supaya mereka dapat meluangkan masa dan tenaga yang lebih terhadap meninggikan prestasi pendidikan kaum pelajar-pelajar di luar bandar seperti menumpukan sepenuh masa dalam aktiviti kurikulum, ko-kurikulum dan kurikulum di sekolah.

Kemudahan asas yang baik berhampiran dengan kawasan sekolah, terutamanya kemudahan perkhidmatan bas awam yang lebih kerap bagi golongan guru-guru yang berulang-alik melebihi 20 kilometer sehari perlu dibaiki supaya mereka dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam tugas-tugas mereka dalam suasana yang lebih selesa. Dengan kemudahan-kemudahan yang diperbaiki ini guru-guru di SRJK (T) dan SRJK (C) dan Kebangsaan di kawasan luar bandar di mana-mana pencapaian prestasi akademik agak kurang memuaskan dapat menumpukan lebih masa untuk menjalankan kelas-kelas tambahan bagi pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris supaya dapat memperbaiki mutu pelajaran pelajar-pelajar di sekolah ini.

Tuan Yang di-Pertua, masalah guru­guru sementarajuga semakin meningkat. Saya mencadang untuk Kerajaan mengadakan lagi Kursus Dalam Cuti bagi tiga tahun berturutan untuk menyelesaikan atau mengurangkan masalah ini. Guru-guru sementara ini ada yang telah bertugas melebihi lapan

tahun tidak diberi peluang untuk bekerja semula ataupun mengikuti latihan perguruan kerana telah melebihi umur tiga puluh tahun, walaupun mereka mempunyai kelayakan dan pengalaman­pengalaman. Ramai daripada mereka yang terlibat ini menganggur atau bekerja sebagai buruh selepas gagal diterima untuk mengajar semula. Mereka ini juga mengalami masalah dalam mencari kerja di lain sektor awam ataupun swasta.

Memandang keadaan semasa ini di mana guru-guru yang telah bersara diberi peluang untuk berkhidmat semula di mana perbelanjaan Kerajaan akan meningkat sebab guru-guru ini telahpun mencapai gaji maksimum dan Kerajaan harus membayar mengikut tanggagaji mereka. Oleh yang demikian, Kerajaan harus memberi pertimbangan terhadap guru-guru sementara yang mempunyai pengalaman dan kelayakan, diberi peluang untuk mengikuti latihan perguruan supaya dapat meneruskan perkhidmatan mereka. Kos ini lebih murah daripada menerima guru-guru yang telah bersara untuk berkhidmat semula.

Saya juga diberitahu bahawa guru­guru sementara yang berkelayakan SPM Pangkat 2 tanpa mempunyai kepujian di dalam bahasa Tamil dan Matematik diterima untuk bertugas sebagai guru sementara, tetapi apabila mereka memperolehi kelayakan SPM dalam mata pelajaran bahasa Tamil dan Matematik dan memohon untuk mengikuti latihan perguruan mereka tidak diberi peluang. Saya harap Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap masalah guru-guru sementara ini. Saya ingin juga menarik perhatian Suruhanjaya Perkhidmatan dan Kementerian Pendidikan terhadap masalah guru-guru sementara yang telah diberhentikan perkhidmatan mereka sebab melebihi umur 30 tahun pada tahun lalu. Pada tahun ini mereka yang terlibat

Page 91: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

-----------------

1719 5 OGOS 1992 1720

ini tidakdilantiksemula untuk mengajar. Pihak yang berkenaan hams mengambil tindakan dan memberi peluang kepada yang terlibat ini untuk bertugas semula.

Tuan Yang di-Pertua, akhimya sekali saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1991 dan 1992) (No. 2). Sekian, terima kasih.

6.15 pig.

Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana telah memberi peluang untuk saya sama-sama menyokong Rang Undang-undang bemama suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulanwang Disatukan untuk perbelanjaan perkhid­matan tahun 1991 dan 1992 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun-tahun yang tersebut itu yang baru sebentar dibentangkan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kemen­terian Kewangan, Yang Berhormat Senator Haji Mustapa Mohamed di Dewan yang mulia ini yang bertujuan memberi kuasa berkanun supaya pembayaran tertentu dibuat untuk perkhidmatan-perkhidmatan awam Persekutuan 1991 dan 1992, tidak melebihi perbelanjaan yang dibenarkan oleh Akta Perbekalan Tambahan (1991 dan 1992) iaitu Jadual Pertama (Seksyen 2) berjumlah $2,003,709,724 dan Jadual Kedua (Seksyen 3) berjumlah $65,584,300.

Tuan Yang di-Pertua, Maksud B.51 Kementerian Luar Negeri sebanyak $3,709,724 untuk bayaran tertentu seperti elaun lojing, bayaran perubatan, elaun makan, kos tambang dan lawatan serta juga sew a pejabat. Selain daripada itu, saya ingin mendapat penjelasan adakah Pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar mencukupi di luar negeri? Dalam program, apakah dapat pelajar-pelajar kita berinteraksi dengan duta dan pegawai-pegawai dari kedutaan dan majlis apakah y~ng dirancangkan dalam

tiap-tiap tahun? Adakah kes pelajar yang hilang baru-baru ini telah ditutup atau masih dalam siasatan?

Tuan Yang di-Penua, tengahari tadi semasa soaljawab mulut, soalan nombor satu iaitu soalan saya telah membangkitkan mengenai dengan pelajar-pelajar wanita di London yang telah berkahwin dengan orang-orang yang bukan beragama Islam. Tetapi jawabnya agak menghairankan sebab telah dijelaskan tidak ada satu kes pun berlaku dan saya hairan kenapakah begitu heboh di Malaysia yang melibatkan ibu bapa begitu susah hati mendengar berita-berita tersebut dan ada pihak-pihak yang bertanggungjawab yang sedia memberi laporan dan sebagainya.

Jadi sebab itulah, saya rasa kami Senator pun apabila kita hendak soal satu-satu soalan itu, oleh kerana ianya bukan hanya melibat diri kita sebagai seorang ibu ataupun rakan kita, bahkan masyarakat, sebab mereka inilah kepada kita-betulkah. J adi saya kata kalau kita dengar daripada sumber-sumber lain mungkin tidak betul, jadi kalau kita dengan somber daripada Parlimenlah yang tepat. Tetapi entahlah, bagaimana? Jadi saya kurang puashati di atas penjelasan yang telah dibagi tadi.

Tuan Yang di-Pertua, Maksud B.7 Jabatan Perdana Menteri iaitu $7 ,854,200 untuk Hari Kebangsaan dan lawatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sedikit penjelasan mengenai lawatan ke luar negeri. Adakah ianya dirancang dalam tiap-tiap tahun, berapa kunjungankah dibuat atau bila ada pelawaan sahaja baru dibuat. Selalunya berapa ramaikah Menteri-menteri dan Pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat sama dalam Iawatan-Iawatan rombongan tersebut sebagai pengiring.

Page 92: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1721 5 OGOS 1992 1722

B.26, Kementerian Pendidikan, sebanyak $53,495,800 bayaran mengenai dengan Program Pra-Sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari kelas-kelas pra-sekolah yang dianjurkan oleh Kerajaan, banyak kelas-kelas pra­sekolah swasta dan persendirian yang telah diwujudkan. Kalau pra-sekolah anjuran Kerajaan kurikulumnya sudah tentu mempunyai garispanduan­garispanduan ke arah mewujudkan insan yang kamil, bersesuaian dengan Dasar Pendidikan Negara. Kalau kelas-kelas pra-sekolah yang lain, siapakah yang akan menentukan supaya kurikulum mereka juga seimbang dengan hasrat Kerajaan. Adakah pihak Kementerian Pendidikan mempunyai hubungkait dengan kelas-kelas pra-sekolah yang Jain? Adakah apa-apa seliaan diadakan dan siapakah yang memberi surat-surat kebenaran dan kuasa untuk menubuhkan kelas-kelas pra-sekolah di seluruh negara? Saya rasa perkara ini amat penting sekali diberi perhatian kerana pelajaran pra-sekolahlah menjadi asas untuk kanak-kanak kita menempuh bidang pendidikan di sekolah rendah, menengah dan seterusnya ke pusat-pusat pengajian tinggi dan menentukan masa depan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, pembayaran Kementerian Pendidikan juga termasuk Program Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris adalah salah satu bahasa yang penting dipelajari kerana ianya menjadi bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa. Saya ingin tahu dari pihak Kementerian Pendidikan, adakah guru-guru bahasa Inggeris mencukupi di seluruh negara pada hari ini? Kalau tiada mencukupi, apakah usaha Kementerian Pendidikan untuk mengatasi perkara ini?

Tuan Yang di-Pertua, pihak Kementerian Pendidikan juga meng­adakan kursus-kursus dengan teknik­teknik pengajaran bahasa lnggeris kepada guru-guru. Adakah pakar-pakar bahasa Inggeris dari luar negeri diambil

oleh pihak Kementerian Pendidikan? Tempoh hari ada disyorkan untuk menampung kekurangan guru-guru bahasa Inggeris diambil semula guru­guru bersara yang mahir dalam bahasa Inggeris. Adakah perkara ini diambil tindakan?

Pelajaran m uzik adalah juga mustahak supaya anak-anak dapat melahirkan bakat dan perasaan kreatif, cinta dan sayangkan keluarga, masyarakat dan negara dengan lagu-lagu yang diajar. Begitu pula lagu-Iagu patriotik untuk kasihkan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan ada segelintir ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka belajar muzik. Adakah perkara ini benar? Jika benar, murid-murid ini apa aktivitinya semasa rakan-rakan mereka belajar muzik? _,

Tuan Yang di-Pertua, B.17 Kementerian Belia dan Sukan. Tahniah saya ucapkan kerana Sukan SUKMA di Johor Bahru baru-baru ini yang telah berjaya. Di antara tujuan mengadakan sukan ialah untuk muhibah di antara berbilang kaum. Tetapi malangnya, satu peristiwa negatif telah berlaku yang melibatkan seorang peserta sukan dipukul oleh seorang anak Raja. Mungkin ahli-ahli sukan kita kurang faham akan tujuan sukan diadakan. Oleh itu, penerangan-penerangan harus diadakan. Latihan-Iatihan yang mencukupi dan intensif mesti bermula

· dari sekarang supaya ahli-ahli sukan kita Iebih bersedia untuk menyertai Sukan Komanwel nanti dalam tahun 1998.

Tuan Yang di-Pertua, itulah sedikit pandangan dari saya, sebab saya mendengar ramai daripada rakan-rakan saya telah sentuh banyak perkara. Dengan ini, saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1991dan1992). Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada lagi? Ya, Tuan Sellappan.

Page 93: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1723 5 OGOS 1992 1724

6.24 ptg.

Tuan V.K. Sellappan: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong kepada Rang Undang­undang yang bernama suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulanwang Disatukan untuk per­belanjaan tambahan bagi perkhidmatan­perkhidmatan tahun 1991 dan 1992 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun-tahun tersebut itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah juga mengkaji Rang Undang-undang ini dan setelah mendengar penjelasan yang begitu jelas dan detail daripada Kementerian Kewangan, ·maka dengan penuh tanggungjawab saya, saya menyokong penuh Rang Undang­undang ini. Tetapi saya juga ingin membuat beberapa sentuhan dari Kementerian Pendidikan yang telah diberikan pertambahan kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, perlantikan guru-guru yang tidak mempunyai latihan perguruan di perantaran bahasa Cina dan Tamil ke sekolah-sekolah SRJK (Cina) dan SRJK (Tamil) sebagai Guru Besar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menimbulkan masalah-masalah seperti berikut. Yang pertama, peluang kenaikan pangkat bagi guru-guru terlatih dalam bahasa perantaran Tamil dan Cina terjejas kerana peluang kenaikan pangkat bagi mereka adalah terhad. Guru Besar-Guru Besar yang tidak mem- · punyai kelayakan latihan perguruan dalam perantaran bahasa Cina dan Tamil memang tidak akan menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran dengan berkesan. Kebanyakan mereka lemah dalam menguasai mutu bahasa Cina dan Tamil. Walaupun mereka mempunyai kelulusan akademik peringkat SPM dan STPM, ini bukan bererti bahawa mereka telah menguasai keseluruhan bahasa Cina dan Tamil serta dapat memelihara kebudayaan dan tradisi bahasa Tamil dan Cina. Malahan kebanyakan mereka tidak

mempunyai pengetahuan asas berhubung dengan sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Oleh itu, saya berpendapat murid-murid akan mengalami kemerosotan dalam peperiksaan. Perkara ini telah berlaku pada masa lalu dan masalah ini telah diselesaikan dengan saksama melalui perundingan. Tetapi ini masih berlarutan dan terdapat banyak kritik dan teguran dari kesatuan­kesatuan dan orang ramai.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa amalan Kemen­terian Pendidikan memanglah tidak wajar apabila terdapat ramai guru yang berkelayakan di sekolah-sekolah Tamil dan Cina untuk kenaikan pangkat sebagai Guru Besar. Ini akan menjejas­kan kebajikan dan peluang kenaikan pangkat bagi guru-guru sekolah-sekolah Tamil dan Cina di seluruh tanahair kita. Oleh yang demikian, saya merayu Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengambil perhatian berat untuk menyelesaikan masalah ini dengan adil dan saksama untuk memelihara mutu, taraf dan kebudayaan sekolah-sekolah Tamil dan Cina pada masa depan kelak.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghantar surat pekeliling mengenai pengambilan matapelajaran Peperiksaan SPM 1993/1994. Matapelajaran Kesusasteraan Cina dan Tamil disenaraikan sebagai matapelajaran Peperiksaan SPM sehingga 1992. Sehingga ini kedua-dua matapelajaran tersebut telah dicatat dalam Sijil SPM sekiranya lulus. Ini telah membolehkan mereka mencapai keputusan baik dan mendapat peluang mengambil bahasa Tamil dalam Peperiksaan STPM, menun tut di ins ti tut pengajian tinggi seperti maktab perguruan dan universiti­universiti tempatan. Tetapi pada tahun 1993/1994 calon-calon boleh meng­am bil matapelajaran Kesusasteraan bahasa Cina dan Tamil pada peringkat SAP sahaja. Oleh itu, status

Page 94: PENYA TA RAS MI PARLIMENJilid II Bil. 9 MALAYSIA Hari Rabu 5hb Ogos, 111!>2 PENYA TA RAS MI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL

1725 5 OGOS 1992 1726

matapelajaran-matapelajaran tersebut sebagai matapelajaran SPM digugurkan. Untuk meningkatkan mutu bahasa Inggeris setanding dengan bahasa Melayu, matapelajaran Kesusasteraan Inggeris diberi status sebagai matapelajaran Peperiksaan SPM. Mengapa perbezaan ini berlaku? Masyarakat khuatir bahawa tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia ini akan menjejaskan mutu dan iaraf bahasa Cina dan Tamil kerana kesusasteraan merupakan jiwa dan nadi yang mencerminkan sesuatu bahasa. Oleh itu, saya m~rayu Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengekalkan tradisi memberi status sebagai matapelajaran SPM bagi kedua-dua matapelajaran ini semata-mata untuk mengekalkan kebudayaan bahasa Cina dan Tamil di seluruh negara ini.

L-17091.

Tuan Yang di-Pertua .....

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Sellappan, panjang lagikah ucapan?

Tuan V.K. Sellappan: Lebih kurang lagi 5 minit.

Timbalan Yang di-Pertua: Oh, kalau macam itu Tuan Sellappan boleh sambung esok.

Tuan V.K. Sellappan: Ya, terima kasih.

Tim balan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.