peny at a rasmi p arlimen · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. timbalan menteri loar...

78
Jilid I Bil. 36 MALAYSIA Hari Isnin 30hb Disember, 1991 PENY AT A RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL PERTAMA First Session KAND UN GAN MENGANGKAT SUMPAH: Y.B. Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz fRuangan 5045] PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: Mengalu-alukan Ahli Baro fRuangan 5045] JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 5045) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) [Ruangan 5115) Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) [Ruangan 5129] Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) [Ruangan 5132] DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR GHAZALI BIN JANI, J.S.D., K.M.N., A.M.P., P.P.T., KETIJA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1992

Upload: others

Post on 24-Sep-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

Jilid I Bil. 36

MALAYSIA

Hari Isnin 30hb Disember, 1991

PENY AT A RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament

PENGGAL PERTAMA First Session

KAND UN GAN

MENGANGKAT SUMPAH:

Y.B. Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz fRuangan 5045]

PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA:

Mengalu-alukan Ahli Baro fRuangan 5045]

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 5045)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) [Ruangan 5115)

Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) [Ruangan 5129]

Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) [Ruangan 5132]

DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR GHAZALI BIN JANI, J.S.D., K.M.N., A.M.P., P.P.T.,

KETIJA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1992

Page 2: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

.. ~

?

MALAYSIA

PARLIMEN KELAPAN-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG PERTAMA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, DATo' CHAN CHoONG TAK, D.S.N.s. (Dilantik).

..

..

Menteri Belia dan Sukan, TUAN HAn ANNUAR BIN MusA (Dilantik).

Timbalan Menteri Pertanian, DATo' S. SuBRAMANIAM, D.s.N.s., D.P.M.J., S.M.J. (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, DR SAK CHENG LUM (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, TUAN MusTAPA BIN MOHAMED (Dilantik).

TUAN HAn SYED ABDUL HAMID SAGAFF (Dilantik).

TuAN HAn ABDUL MAJID BIN HAn ABDULLAH, P.I.s., P.P.M. (Johor).

TuAN ABDUL RASHID BIN IsMAIL, A.M.N., P.K.T., P.J.K., P.J.M. (Pulau Pinang).

TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AWANG (Dilantik).

TUAN ADAM BIN KADIR (Dilantik).

TUAN HAJI AHMAD BIN HAJI ABDULLAH, D.S.M., A.M.N., P.J.K., J.C. (Dilantik).

TUAN HAn AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (Dilantik).

PUAN AINON BINTI ARIFFIN, A.M.N. (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

PuAN HAJAH AsMAH BINTI HAn ISMAIL, A.M.N., P.J.K. (Pahang).

TUAN AzMAN ATAR BIN 0rHMAN, P.J.K., P.B.M. (Dilantik).

DATO' AzUMU BIN TAK, D.P.M.P., P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

PUAN HAJAH CHE PORA BINTI HAJI OMAR, A.M.N., P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

DATO' WILLIAM CHEK LIN KWAI, D.S.D.K., A.M.K., P.P.N., J.P . (Dilantik).

Page 3: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5039 30 DISEMBER 1991 5040

Yang Berhormat TUAN CHONG Cur SroNG alias CHONG FAH (Negeri Sembilan).

"

"

?'

"

"

TUAN FRANKIE CHONG Yu CHEE, A.D.K. (Sabah).

TUAN DAHALAN BIN HAn EMBuN (Perlis).

TUAN DING SELING (Dilantik).

TUAN HAn DoL BIN DoLAH, A.M.N., P.P.N., J.P. (Melaka).

TUAN Foo BOON LIANG (Pahang Darulmakmur).

TUAN GHAZALI BIN HAJI EMBONG (Dilantik).

PuAN RAJAH HABIDAH BINTI Jusou alias YusoF, P.J.K. (Terengganu).

WAN HAMID EDRUCE BIN TuANKU HAn MOHAMAD, A.B.s. (Sarawak).

TUAN Ho CHENG w ANG (Perak).

PuAN IDA DuMPANGAL NEE IDA UNDAJQ', B.s.K. (Sabah).

TUAN Isu BIN HAn SIPUT (Dilantik-Wilayah Persekutuan Labuan).

TuAN ITAM WALI BIN NAWAN, P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAn JAMALUDIN BIN HAn AHMAD, A.M.N., A.N.s., P.M.c., P.J.K., J.c. (Negeri Sembilan).

TUAN JoHAN B.O.T. GHANI alias CHRISTOPHER, K.M.N. (Dilantik).

PuAN KALTHOM BINTI HAn OTHMAN (Kelantan).

TUAN c. KRISHNAN, A.M.N. (Dilantik).

PuAN LAW JACK YOON (Dilantik).

DATO' DR MAK HoN KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

TUAN HAJI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (Dilantik).

JEN. (B) TAN SRI DATO' Mono. GHAZALI BIN DATO' Moun. SETH, M.l.D., P.P.M., K.M.N., J.M.N., S.MJ •• P.P.C., P.N.B.S., D.P.MJ., P.S.M .• S.P.M.J., P.M.N .• S.l.M.P .•

D.H.M.S .• P.G.A.T. (Dilantik).

TUAN Moun. ZAIN BIN HAJI MAT DAUD (Kelantan).

TUAN MUNISAMY A/L KuPPAN, A.M.N., A.M.P., P.P.T. (Dilantik).

TUAN MUSTAFA BIN AwANG, P.P.N., P.J.K. (Terengganu).

TUAN NEo TUAN CHENG, P.P.N. (Johar).

TUAN NG PENG HAY, P.J.K. (Melaka).

DATO' Na THIAN HocK, o.s.s.A., s.M.s., P.J.K., J.P. (Dilantik).

DR NORDIN SELAT (Dilantik).

TUAN RAHIM BIN BABA, A.M.P. (Dilantik).

l

Page 4: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5041 30 DISEMBER 1991 5042

Yang Berhormat PuAN RAJAH ROGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).

"

"

PuAN RosALIND YAU SHUK MENG, K.M.N., A.M.N. (Selangor).

PuAN HAJAH RosNAH BINTI HAn MoHo. SALLEH, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN SAAD BIN IiAn MAN (Dilantik).

TUAN SAIDIN BIN MOHAMAD (Perlis).

PUAN HAJAH SALBIAH BINTI MOHD. AKIM, A.M.N., P.J.K., P.J.M. (Dilantik).

TUAN V. K. SELLAPPAN, s.s.A., A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN SHUIB BIN ENDUT, A.M.N., A.M.K., P.J.K. (Kedah).

TUAN HAn SHUIB BIN SHAWAL, A.M.K., A.N.M., P.J.K. (Kedah).

TUAN DouGLAS SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).

DATUK TAN GIM HuA, o.M.P.N., J.M.N., J.P. (Pulau Pinang).

DATO' TAN Trnw BOCK, D.P.M.P., A.M.P. (Dilantik).

TUAN TIONG THAI KING (Dilantik).

DATO' VADJVELoo A/L GovINDASAMY, D.P.M.s., s.M.s., A.M.N. (Dilantik).

TUAN K. VUAYANATHAN A/L KESAVA PILLAI, D.J.N., K.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN WONG KIE YIK (Dilantik).

DATUK DAVID YEoH ENG HocK, D.M.s.M. (Dilantik).

TtM.N HAn ZAINAL BIN Mo. DERus, s.s.A., P.J.K., J.P. (Selangor).

Page 5: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5043 30 DISEMBER 1991

DEWAN NEGARA

PEGA W Al-PEGA WAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Taijadin bin Saberan.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

Penolong Setiausaha: Haji Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Hj. Yahya bin Manap.

Penolong Penyunting: Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Shamsiah binti Mohd. Yusop.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Haji Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Haji Hassan.

Hajah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abdul Samad.

Jainah binti Sakimin.

Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., s.s.n., P.J.K.

5044

:; ,

Page 6: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5045 30 DISEMBER 1991 5046

MALAYSIA

DEW AN NEGARA

Isnin, 30hb Disember, 1991

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

MENGANGKATSUMPAH

Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat Sumpah seperti yang disebutkan dalam Per­lembagaan:

Tuan Haji Mohamed Nadzri bin Abdul Aziz

PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA

MENGALU-ALUKAN AHLI BARU

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, say a mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Ahli Yang Berhormat yang baru meng­angkat Sumpah sebentar tadi. Saya berharap semoga Ahli yang baru dilantik itu dapat memberikan sumbangan beliau yang berguna dan semoga beliau dapat berkhidmat dengan cemerlangnya.

JA WAPAN-JA WAPAN MULUT BAGI

PERTANYAAN­PERTANY AAN

DASAR LUAR MALAYSIA

1. Tuan Shuib bin Endut minta Menteri Luar Negeri menyatakan

tentang usaha-usaha Kementerian untuk menyibarkan kefahaman Dasar Luar dan penglibatan Malaysia di peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini.

Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke­menterian Luar N egeri sentiasa mengambil langkah-langkah secara berterusan untuk menyebar maklumat­makl umat mengenai Dasar Luar Malaysia serta segala usaha-usaha, tindakan-tindakan dan peranan-peranan yang dimainkan oleh Malaysia di peringkat rantau dan antarabangsa supaya difahami oleh rakyat. Antara langkah-langkah yang telah diambil termasuklah:

(i) menyibarkan melalui media massa maklumat tentang usaha­usaha, tindakan-tindakan dan peranan yang dimainkan oleh Malaysia di peringkat rantau dan antarabangsa seperti ASEAN, PBB, G15, G77, NAM, OIC dan sebagainya;

(ii) memberi syarahan atau ceramah mengenai Dasar Luar Malaysia kepada kumpulan-kumpulan tertentu;

(iii) mengambil bahagian dalam forum-forum yang diadakan dalam negeri yang membincang­kan Dasar Luar Malaysia; dan

(iv) mengeluarkan majalah Foreign Affairs yang mengandungi ucapan-ucapan dan kenyataan­kenyataan berkaitan dengan dasar luar negara.

Page 7: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5047 30 DISEMBER 1991 5048

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, akhbar-akhbar dan media massa tempatan yang lain banyak memetik ucapan dan kenyataan berkaitan dengan Dasar Luar Malaysia yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik. Dengan cara ini, rakyat sentiasa terdedah kepada isu-isu antarabangsa semasa dan pendirian-pendirian Malaysia mengenainya.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang saya membuat soalan tambahan. Saya ingin tahu daripada Timbalan Menteri Luar Negeri, di samping usaha-usaha untuk memberi kefahaman Dasar Luar dan penglibatan Malaysia di peringkat antarabangsa kepada rakyat, adakah Kementerian Luar Negeri menerangkan tindak-tanduk permainan Bar Council untuk mencerminkan keburukan kepimpinan negara kita? Saya rasa perkara ini penting supaya rakyat mengetahui bahawa ada pengkhianat di dalam negara kita daripada kalangan Bar Council.

Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sentiasa mengambil kesempatan untuk menerangkan dengan sejelas-jelas mungkin peranan yang dimainkan oleh mereka seperti ahli-ahli Bar Council dan lain-lain pertubuhan Pembangkang yang senliiasa mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan kepimpinan dan jelas ternyata bahawasanya tohmahan-tohmahan mereka itu tidak mendapat penerimaan yang menye­luruh dari masyarakat sebab mereka dari parti-parti Pembangkang tidak pernah menang pun dalam Pilihanraya Umum yang diadakan bertahun-tahun. (Tepuk)

GURU SEMENT ARA­PENGAMBILAN KE MAKTAB

PERGURUAN

2. Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah pihak Kementerian

mempertimbangkan permohonan guru­guru sementara dalam pengambilan kemasukan ba.gi maktab-maktab per­guruan.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr Leo Michael Toyad): Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada guru-guru se­mentara atau guru sandaran untuk mengikuti Program Kursus Perguruan sepenuh masa jika mereka ini memiliki kelayakan akademik dan juga me­menuhi syarat-syarat lain dalam iklan kursus itu dan juga menjafani semua peringkat prosedur pemilihan yang ditetapkan dan didapati sesuai.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saban kali Dewan ini bersidang, kita di­dedahkan dengan kekurangan guru. Kenapakah Kursus Dalam Cuti (KOC) bagi Semenanjung Malaysia di­mansuhkan tetapi tidak di Sabah dan Sarawak? Tidakkah Kerajaan ber­cadang untuk meneruskan kursus ini untuk memenuhi kekurangan guru yang sentiasa dihadapi?

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, ini sebenarnya adalah berasaskan kepada pertimbangan bahawa kekurangan guru-guru ke­banyakannya masih berlaku di luar bandar, di kawasan-kawasan pen­dalaman di negeri Sabah dan Sarawak. Kursus Dalam Cuti ini adalah memakan masa yang panjang dan sebenarnya kebanyakan guru-guru tidak begitu minat untuk mengambil Kursus Dalam Cuti. Akan tetapi untuk negeri Sabah dan Sarawak, memang kursus ini dijalankan kerana kebanyakan guru­guru sandaran yang tidak dapat diserapkan menerusi saluran latihan yang biasa sepenuh masa, mereka ini dalam masa cuti dibawa ke maktab­maktab perguruan untuk menjalankan kursus ini. Sebenarnya kalaulah guru­guru yang terlatih sentiasa tetap akan

Page 8: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

• 5049 30 DISEMBER 1991 5050

mengambil jawatan masing-masing dengan mengikuti peraturan-peraturan tertentu, saya percaya kekurangan guru ini tidak begitu ketara kerana masalah sebenarnya juga adalah diperbesarkan atau dirumitkan lagi kerana ramai guru yang terlatih enggan ditempatkan di kawasan-kawasan di mana keperluan guru ini sangat mendesak sekali.

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Kementerian Pen" didikan sedar bahawa dalam dua tiga hari ini ada dinyatakan di dalam suratkhabar bahawa ada dua tiga buah sekolah di Sabah telah ditutup kerana kekurangan guru-guru. Apakah tin­dakan Kementerian Pendidikan?

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bila laporan suratkhabar ini, kalau tidak silap saya, pada 27hb menyatakan bahawa 450 orang anak sekolah di Sabah tidak menghadiri kelas . kerana kekurangan guru. Tetapi apabila disiasatkan, enam buah sekolah yang disebutkan dalam suratkhabar itu adalah berjalan seperti biasa mulai dari sesi sekolah 1991/92. Atas laporan itu juga disiasat ke­mungkinan ada sekolah-sekolah se­benarnya, tetapi tidak ada. Cuma ada sebuah sekolah yang tidak berjalan iaitu sekolah Kerajaan di Papar Litan, jauhnya kira-kira 4 jam kalau berjalan a~au naik perahu, kalau tidak silap saya, dari pekan yang dekat sekali. Ini sebenarnya adalah masalah guru besar yang masih menggendalikan perkara­perkara pentadbiran. Tetapi sekolah itu sudah ada murid yang didaftarkan. Laporan yang sebenarnya yang di­soalkan oleh Yang Berhormat tadi, ingin saya nyatakan di sini adalah tidak benar kerana guru-guru sandaran telah diberi arahan untuk menyambung semula untuk sesi tahun 1991/92 sebelum sesi itu dimulakan.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebutkan

kebanyakan laporan-laporan yang di­keluarkan di akhbar-akhbar meleset, tidak betul dan tidak tepat dan kadang­kadang ia merupakan seolah-olah satu fitnah. Adakah Yang Berhormat ber­setuju bahawa kesemua media-massa kita ini tidak melaporkan perkara yang benar dan tidak berdasarkan kepada kenyataan atau ini satu jawapan berbentuk alasan?

Tuan Yang di-Pertua: Soalan Yang Berhormat ini merupakan soalan untuk mendapat buah fikiran sahaja. Saya fikir ini tidak payah dijawab. (Ketawa)

Tuan Johan B.O.T. Ghani: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membuat soalan tambahan. Adakah Kementerian Pendidikan bercadang untuk membina satu rumah panjang untuk tempat budak-budak sekolah tinggal di mana budak-budak sekolah ini tinggal terlalu jauh seperti di Long Basia lebih kurang 4 jam baru sampai ke sekolah itu? Adakah cadangan Kerajaan untuk membina rumah-rumah tempat budak-budak sekolah ini tinggal supaya mereka dapat tinggal di rumah itu, tidak berulang-alik ke kampung mereka yang begitu jauh?

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, walaupun soalan ini me­ngenai asrama tetapi inginlah saya menyatakan di sini bahawa dalam Rancangan Malaysia Keenam, kita pun ada program yang kita katakan Asrama Desa, yang dikenali sebagai Asrama Desa di Semenanjung. Tetapi di Sabah dan Sarawak, kebanyakan sekolah­sekolah di mana pelajar-pelajarnya adalah dari kawasan terpencil dan jauh dari sekolah-sekolah yang ada itu, kita menyediakan asrama di mana mereka 101 dapat duduk. Kemudahan­kemudahan seperti makanan, kemu­dahan belajar dan tempat tidur, untuk kediaman biasa, termasuk kemudahan­kemudahan lain yang diperlukan untuk anak-anak ini juga disediakan. Ini adalah salah satu usaha Kementerian

Page 9: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5051 30 DISEMBER 1991 5052.

Pendidikan untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar-pelajar kita di luar bandar di samping usaha untuk mengurangkan masalah-masalah di­tempat itu.

BELIA DALAM BIDANG EKONOMI

3. Tuan Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:

(a) sehingga sekarang apakah usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian ini untuk me­majukan masyarakat belia di negara ini, khususnya dalam bidang ekonomi; dan

(b) apakah bentuk aktiviti atau program yang telah dijalankan oleh Kementerian ini bagi belia­belia yang bekerja di kilang­kilang di seluruh negara.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan (Dato' Ismail bin Said): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk memajukan belia di negara ini, khususnya dalam bidang ekonomi adalah seperti berikut:

(i) memberi motivasi dan kemahiran dalam bidang perniagaan dan pertanian melalui kursus-kursus Dorongan Perniagaan dan Pertanian, Melahir dan Membina Usahawan, Pengurusan Peniaga Kecil, Penyediaan Ma­kanan dan Pengurusan Projek Pertanian;

(ii) menyediakan Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional melalui In­stitut Kemahiran Belia Negara di Pertak, Kuala

Kubu Bharu; Dusun Tua, Hulu Langat; Ipoh, Perak; Kuala Tereng­ganu, Terengganu; Skudai, Johor; Sepang, Selangor dan J itra, Kedah;

(iii) menyediakan pinjaman modal melalui Tabung Kumpulan Wang Ama­nah Pembangunan Eko­nomi Belia untuk belia yang ingin melaksana~an projek-projek perniagaan dan pertanian; dan

(iv) memberi khidmat nasihat kepada belia yang telah mendapat pinjaman dari semasa ke semasa.

(b) Tidak ada Program Pemba­ngunan Ekonomi khusus yang disediakan untuk belia di kilang-kilang, kerana program ini boleh diceburi oleh belia­belia melalui individu sendiri a tau melalui persatuan­persatuan belia.

Tuan Chong Chi Siong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Kementerian merancangkan kursus­kursus sivik sama ada jangka panjang atau jangka pendek khas untuk mengawasi belia-belia kita supaya mereka tidak mengadu nasib ke luar negeri seperti Taiwan, Jepun dan Amerika Syarikat, dan seterusnya menyumbang tenaga kerja di tan.ahair kita untuk bersama-sama mem­bangunkan ekonomi negara kita?

Dato' Ismail bin Said: Tuan Yang di-Pertua, jawapannya ialah ya. (Ketawa)

PENYAKIT YANG MEMBAWA MAUT

4. Puan Ainon binti Ariffin minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) jenis-jenis penyakit yang banyak membawa maut di

Page 10: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5053 30 DISEMBER 1991 5054

negara ini sejak tahun 1990 sehingga sekarang; dan

(b) berapa peratus kematian ber­kenaan disebabkan menghisap rokok.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (Dato' K. Kumaran): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Y.ang Berhormat, bagi tahun 1990, penyakit jantung merupakan penyebab utama kematian, iaitu sebanyak 18.23% daripada keseluruhan kematian yang disahkan oleh doktor. Ini diikuti oleh penyakit yang berpunca di dalam masa pre-natal iaitu 10.75%, penyakit serebro­vaskular 9.74%, kemalangan 9.7% dan barah 9.19%. Data­data bagi tahun 1991 masih di dalam proses pengumpulan dan hanya akan diketahui pada awal tahun hadapan.

(b) Kementerian menganggarkan sekurang-kurangnya 7 .6% daripada kematian di atas adalah disebabkan oleh tabiat meng­hisap rokok. Anggaran ini dibuat berdasarkan kepada kesan-kesan merokok kepada kematian yang disebabkan oleh penyakit jantung koronari dan barah paru-paru sahaja. Di samping itu, Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa masalah merokok ini memerlu­kan tindakan yang sepadu daripada semua pihak.

Untuk makluman Ahli Yang Ber­hormat, Kementerian Kesihatan sememangnya telahpun memper­hebatkan kempen-kempen kesedaran mengenai bahaya merokok, terutama sekali melalui media-masa seperti televisyen, radio dan suratkhabar. Kementerian juga telah mengadakan pameran bergerak bersempena dengan kempen Cara Hidup Sihat. Kempen-

kempen seperti ini akan dijalankan berterusan hingga tahun 1966.

Dasar persekitaran bebas dari rokok sedang dilaksanakan di semua ba­ngunan Kementerian Kesihatan di seluruh negara. Persediaan sedang diatur bagi diperluaskan dasar tersebut kepada sekolah-sekolah dan institusi­institusi penyelidikan di seluruh negara.

Pihak Kementerian sedang ber­bincang dengan pihak Kerajaan tempatan bagi mendapatkan maklum­balas serta cadangan supaya dasar persekitaran bebas dari rokok ini diperluaskan di bangunan-bangunan berhawa dingin. Kementerian juga sedang mengkaji secara mendalam bagi mewujudkan peraturan-peraturan bagi mengawal penggunaan tembakau dan rokok bersesuaian dengan kehendak­kehendak serta peruntukan-peruntukan yang ada di bawah Akta Makanan 1983.

Tuan Yang di-Pertua: Ada soalan tambahan?

Tuan Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, kita dengar kempen supaya menghapuskan menghisap rokok tetapi kita tidak mendengar apakah ubat yang boleh mengganti katakanlah saya ini candu merokok, bila saya tidak mahu merokok, apakah ubat yang boleh menghilangkan candu itu.

Dato' K. Kumaran: Tuan Yang di­Pertua, tidak ada ubat.

SAHAM POS MALAYSIA BERHAD KEPADA PEKERJA

POS

S. Tuan V.K. Sellappan minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan:

(a) adakah beliau akan menimbang memberikan saham 30% kepada

Page 11: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5055 30 DISEMBER 1991 5056

pekerja-pekerjanya apabila per­khidmatan pos diswastakan; dan

(b) adakah cadangan untuk mem­berikan peluang melebihi satu syarikat apabila perkhidmatan pos diswastakan.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (Dato' Seri S. Samy Vellu): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Perkhid­matan Pos akan diperbadankan esok iaitu tengah malam pada pukul 12.00. Selepas tarikh terse but J abatan Perkhidmatan Pos akan dikenali sebagai Pos Malaysia Berhad (PMB). Selepas diperbadankan Kerajaan akan membuat keputusan tentang tarikh penswastaan dan tarikh saham PMB disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk memberi peluang kepada pekerja-pekerja Pos Malaysia Berhad untuk memiliki saham sepertimana yang telah diamalkan di Syarikat Telekom Malaysia. Menteri Kewangan sebagai pemegang saham bagi pihak Kerajaan akan menentukan jumlah saham yang akan diperuntukkan kepada pekerja-pekerja PMB. Sehingga tarikh tersebut, saya tidak dapat menyiarkan tentang jumlah saham yang akan diperuntukkan untuk pekerja-pekerja Pos Malaysia Berhad.

Untuk makluman Ahli Yang Ber­hormat, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan tidak dapat menimbang untuk memberi 30% saham kepada pekerja­pekerja syarikat PMB sepertimana yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat.

Jawapan bagi soalan (b), perkhid­matan pos itu pada amnya membawa maksud satu perkhidmatan peng­hantaran surat dari pengirim kepada penerima. Maka pada masa inipun telah ada pihak-pihak Iain yang menjalankan perkhidmatan tersebut. Pihak-pihak tersebut lebih dikenali sebagai

syarikat-syarikat courier. Tetapi se­lepas berkuatkuasanya Akta Perkhid­matan Pos 1991 iaitu mulai lhb Januari 1992, semua pihak. yang menjalankan perkhidmatan pos tersebut mestilah memohon kepada Kementerian untuk mendapatkan Iesen. Syarikat-syarikat courier yang wujud dan sedang ber­operasi sekarang akan dibenarkan terus beroperasi. Waiau bagaimanapun, operasi mereka adalah tertakluk kepada syarat-syarat lesen yang akan diberi kepada mereka.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sebelum saya bertanya kepada Yang Berhormat, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah dan kita boleh beri satu title kepada Yang Berhormat Menteri-"Doktor Penswastaan". Banyak bahagian Kementerian dia sudah diswastakan. Itu menunjukkan Perdana Menteri memberi kepercayaan pen uh kepada Dato'. S yabas Dato'. Saya pun sayang kepada Dato'. Cuma saya mahu tahu apakah sebab tengah malam atau pukul 12.00 malam PMB ini diswastakan? Ini sahaja saya mahu tahu. (Ketawa)

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, lhb Januari 1992 ialah hari kelepasan bagi Wilayah Per­sekutuan Kuala Lumpur. Oleh kerana itu saya bercadang kepada Jabatan Perkhidmatan Pos bagaimana kita boleh menjalankan satu tugas Kerajaan selepas pukul 4.15 petang. Jadi, saya minta kita akan mengadakan semua rancangan untuk mengumumkan atau mengisytiharkan Pos Malaysia Berhad pada 12.00 malam esok. Kita mulakan rancangan itu pada pukul 10.00 malam dan· selesai pada pukul 12.00 tengah malam dan kita akan mengisytiharkan kelahiran Pos Malaysia Berhad.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Tenaga, Telekom dan Pos telah memberi amaran kepada Syarikat Tenaga

Page 12: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

..

5057 30 DISEMBER 1991 5058

Nasional Berhad dan Telekom serta juga Pos yang akan diswastakan nanti bahawa sekiranya mereka tidak meng­ikut peraturan-peraturan dan syarat­syarat yang dikehendaki mereka akan diambil tindakan dan dibawa ke mahkamah. Adakah amaran yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri itu ialah kerana syarikat­syarikat yang telah diswastakan ini telah bercanggah dengan kehendak ataupun bercanggah dengan syarat­syarat yang ditentukan oleh Kerajaan?

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, amaran daripada saya ialah satu amaran kepada mereka, meminta mereka mematuhi peratuan yang telah diberikan kepada mereka dan juga syarat-syarat yang telah dikenakan dalam lesen mereka. Jikalau mereka tidak mengikuti syarat-syarat yang telah dikenakan kepada mereka, barulah saya akan menimbang untuk mengambil tindakan. Sato dua syarikat yang telah ditubuhkan sekarang, saya dapat tahu, ada bercanggah sedikit di sana sini yang mana saya telah menulis kepada mereka untuk menjaga kebaikan nama mereka.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, bila Perkhid­matan Pos diswastakan, perkhidmatan akan kekal mengikut bidang masing­masing. Saya ingin tahu sama ada ada cadangan daripada pihak Pos Malaysia Berhad untuk menubuhkan anak-anak syarikat untuk bidang perkhidmatan yang berlainan tadi untuk tujuan meningkatkan prestasi dan daya saing di antara satu perkhidmatan dengan satu perkhidmatan yang lain.

Yang kedua, saya ingin tahu sama ada Pos Malaysia Berhad akan sub­kontrak perkhidmatannya kala~ perlu.

Dato' Seri S. ·Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, seperti apa yang sedang dijalankan oleh J abatan Perkhidmatan Pos semua perkhid­matan-perkhidmatan yang sedang di-

jalankan oleh mereka boleh diteruskan oleh mereka. Jikalau mereka suka keluar daripada bidang kuasa mereka, mereka sendiri boleh memohon untuk mendapatkan lesen daripada Yang Berhormat Menteri. Jadi itu satu syarat yang dikenakan kepada mereka. Ten tang satu lagi soalan daripada Yang Berhormat bolehkah ulang sekali lagi?

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Mengenai sub-kontrak perkhidmatan.

Dato' Seri. S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, saya percaya kita akan teruskan amalan sekarang oleh kerana kekurangan pekerja-pekerja di Jabatan Perkhidmatan Pos. Selepas Jabatan Perkhidmatan Pos menjadi sebuah syarikat, mereka boleh juga mengisi lebih ramai pekerja untuk menjalan atau meneruskan perkhidmatan mereka bukan scperti sekarang yang mana jika kita suka mengisi kakitangan yang lebih, kita kena membuat permohonan sana sini dan kena tunggu 10 atau 12 tahun. Masa itu orang pun sudah jadi tua dan bilangan yang ~rang bersara daripada Kerajaan, pun sudah berlebihan. Jadi, saya percaya kita sudah pecah barricade itu malam esok. (Ketawa)

Tuan Saad bin Haji Man: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Baru-baru ini kita dengar daripada laporan suratkhabar mengatakan bahawa akan ada satu peraturan pakaian baru bagi posmen, kononnya posmen akan pakai tie. Apakah Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan saya bahawa memakai tie, naik basikal atau motosikal tidak sesuai dengan cuaca dan keadaan pekerjaan mereka? Kalau ada uniform baru, apakah warna tie dan baju mereka?

Dato' Seri. S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, saya percaya posmen­posmen yang sedang menggunakan motosikal mesti pakai tie, oleh kerana saya tidak mahu mereka mengidapi apa-apa penyakit. (Ketawa) Saya men-

Page 13: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5059 30 DISEMBER 1991 5060

dapat tahu, ramai yang menaiki motosikal kena penyakit asthma dan lain-lain. Saya percaya dengan memakai tie ini mereka boleh jaga sedikit. (Ketawa)

RTM-LIPUT AN SIARAN KE SELURUH SABAD

6. Tuan Johan B.O.T. Ghani minta Menteri Penerangan menyatakan bilakah RTM (Radio Televisyen Malaysia) dapat memancarkan siaran­nya ke seluruh negeri Sabah untuk membantu Kerajaan menghebahkan maklumat kepada seluruh rakyat mengenai dasar-dasar pembangunan dan program perpaduan yang dilaksanakan oleh Kerajaan, disebab­kan kawasan kampung-kampung di Sabah kebanyakannya jauh dan terpencil.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan (Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman): Tuan Yang di­Pertua, pihak Kementerian Penerangan menyedari pentingnya liputan tele­visyen dan radio disampaikan secara menyeluruh di Malaysia termasuk Sabah bagi memanfaatkan siarannya kepada semua rakyat jelata di negara ini. Pada masa ini dianggarkan 50% hingga 55% daripada negeri Sabah mendapat liputan siaran radio VHF/ FM.

Pihak Kementerian telah mengenal­pasti untuk membina 8 lagi stesen di mana akan dilengkapkan dengan pemancar VHF/FM yang akan me­luaskan penerimaan FF/FM di Sabah kepada 85% hingga 90% liputannya. Tempat-tempat itu adalah Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Labat Datu, Tambunan, Ranau, Keningau dan Tenom dan ianya akan melibatkan perbelanjaan sebanyak $8.9 juta.

Bagi lip utan TV pula, siaran TV I RTM di negeri Sabah pada masa ini sudah meningkat kepada 80% pen-

duduk. Oleh kerana keadaan di negeri Sabah sebagai sebuah negeri yang luas dan penduduknya bertaburan serta kawasan pendalaman yang berbukit bukau, Kementerian telah mengenal­pasti kawasan-kawasan yang boleh dibaiki dan dua kawasan seperti Tenom dan Persaingan akan dibaiki pene­rimaan siaran televisyen dan ini akan melibatkan liputan meningkat kepada 85% hingga 90%.

Tuan Yang di-Pertua, di samping memberi keterangan-keterangan me­ngenai dasar-dasar Kerajaan yang berkaitan dengan kemajuan pem­bangunan dan perpaduan melalui radio dan televisyen, Kerajaan juga melalui J abatan Penerangan sentiasa meng­adakan kegiatan- kegiatan bertujuan sama kepada rakyat Sabah. Dalam tahun 1991 umpamanya, sebanyak 960 kegiatan sivik telah diadakan. Masalah perpaduan tidak seharusnya ter­tanggung kepada Kementerian Pe­nerangan atau mana-mana Kementerian atau Kerajaan Pusat semata-mata. Ianya adalah juga tanggungjawab Kerajaan Negeri dan juga setiap rakyat di negara ini tidak kira dari mana ianya datang atau statusnya dalam ma­syarakat.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah:' Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. RTM merupakan media kepada rakyat untuk mengetahui apa yang berlaku. Tetapi baru-baru ini ada rungutan daripada Dewan Undangan Negeri Kedah, kalau tidak silap saya, di mana liputan Pembukaan Rasmi Penggal ini tidak diliputi oleh RTM. Apa sebabnya berlaku hal yang sedemikian?

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan itu terkeluar daripada soalan asal. Tetapi kalau Dewan yang mulia ini hendak tahu, bahawa pada masa yang .sama RTM mempunyai terlalu banyak

Page 14: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5061 30 DISEMBER 1991 5062

program dan ketika itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan beberapa program lain juga telah diadakan di Langkawi. Jadi oleh kerana kelengkapan di pihak RTM tidak mencukupi maka dengan sebab itu tidak ada liputan.

SOALAN No. 7

Tuan Yang di-Pertua: Yang Ber­hormat Tuan Neo Tuan Cheng.

Tuan Neo Tuan Cheng: Tuan Yang di-Pertua, soalan saya yang ke 7 telahpun dijawab.

KAD KREDIT-PENGGUNAAN

8. Tuan C. Krishnan minta Menteri Kewangan menyatakan bahawa adakah difahamkan baha\,Va penggunaan kad kredit telah mengurangkan penjimatan dan juga telah meningkatkan inflasi; dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi situasi ini.

Setiausah Perlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, jawapan kepada perkara yang sama telahpun diberi pada 18 dan 26 Disember yang lalu.

GURU TERLATIH

9. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) bilangan guru-guru yang terlatih dalam kursus pra-sekolah (tadika) dan jumlah guru-guru pelatih yang sedang dilatih di Maktab-maktab Perguruan;

(b) berapakah jumlah guru terlatih akan dirancangkan untuk di­hantar ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) untuk me­mulakan kelas Tadika (pra­sekolah); dan

(c) sudahkan pihak Kementerian mengenalpasti sekolah-sekolah rendah yang akan memulakan kelas-kelas pra-sekolah pada sessi 1992.

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Kementerian Pendidikan telah­pun menjalankan kursus pen­didikan pra-sekolah kepada 1,659 orang guru terlatih di seluruh negara. Bilangan guru pelatih yang sedang mengikuti kursus pra-sekolah di maktab­maktab perguruan ialah seramai 1,700 orang.

(b) Bilangan guru terlatih yang dirancangkan untuk dihantar ke Sekolah Rendah J enis Ke­bangsaan (C) untuk memulakan kelas pra-sekolah pada tahun 1992 ialah seramai 29 orang. Ini berdasarkan keperluan SRJK(C) yang akan memulakan program pendidikan pra-sekolah pada awal tahun tersebut dan bi­langan ini akan ditambah dari masa ke semasa berdasarkan kepada keperluan.

( c) Program pendidikan pra-sekolah akan dilaksanakan di kawasan­kawasan yang benar-benar memerlukannya, iaitu sebagai tambahan kepada kemudahan­kemudahan yang disediakan oleh pihak swasta dan agensi­agensi Kerajaan yang lain. Pihak Kementerian Pendidikan sudah mengenalpasti sebanyak 1,130 kelas pra-sekolah di 1,044 buah sekolah rendah dan sebanyak 26 kelas di Maktab Perguruan yang akan memula­kan pendidikan pra-sekolah pada sessi 1992.

Tuan Chong Chi Siong: Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak tahu apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap tadika swasta selepas pra-sekolah ini dijalankan?

Page 15: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5063 30 DISEMBER 1991 5064

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang saya katakan tadi, kemudahan dari pihak Kementerian Pendidikan ialah untuk menampung di mana masih belum ada pra-sekolah disediakan oleh agensi­agensi swasta dan juga oleh agensi­agensi Kerajaan, kerana usaha kita ini adalah untuk memberi seluas-luasnya kemudahan dari pringkat pra-sekolah di mana yang masih belum mendapat kemudahan ini.

PROJEK KLANG VALLEY FLOOD MITIGATION

10. Puan Lau Jack Yoon minta Menteri Pertanian menyatakan sejak pelancaran Projek "Klang Valley Flood Mitigation" (selepas banjir besar pada tahun 1971) oleh Jabatan Taliair:

(a) setakat mana projek itu telah dijalankan;

(b) sejauh mana projek itu memberi faedah kepada orang-orang yang tinggal di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir; dan

(c) adakah kejadian banjir ber­kurang;

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian (Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Di bawah rancangan tebatan banjir Lembah Klang, kerja­kerja berikut telah dilaksanakan:

(i) meninggikan ampangan Klang Gate;

(ii) pembinaan Ampangan Batu;

(iii) memperbaiki saluran Sungai Klang sepanjang 5 .4 kilometer;

(iv) memperbaiki saluran Sungai Gombak se­panjang 3 kilometer; dan

(v) memperbaiki saluran Sungai Batu sepanjang 1.2 kilometer.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos asal projek ini ialah berjumlah $385.5 juta. Sehingga tahun 1990 sebanyak $169 juta ataupun 44% daripada perbelanjaan telahpun di­belanjakan.

( b) Projek ini telah dapat memberi faedah kepada kawasan-ka­wasan berikut:

(1) sekitar Sungai Klang seperti Kampung Haji Abdullah Hokum, Kam­pung Cendana dan Brickfields;

(2) sekitar kawasan Sungai Gombak seperti di Kampung Pop Seberang, Kampung Siam, Kam­pung Tun H.S. Lee, Pasar Borong Lama. dan Tiong Nam;

(3) sekitar Sungai Batu seperti Kampung Max­well, Kampung Sirnpang Batu dan Kampung Kasipillai.

( c) Kejadian banjir di kawasan­kawasan yang terletak di sepanjang Sungai Klang, Sungai Gombak dan Sungai Batu khususnya di kawasan pusat Bandaraya Kuala Lumpur telah dapat dikurangkan. Keadaan ini akan bertambah baik bila keseluruhan projek siap pada tahun 2007 nanti.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Baru-baru ini berlaku beberapa kali banjir kilat di bandaraya Kuala Lumpur selepas hujan yang tidak lebat. Apakah sebab-sebab banjir kilat boleh berlaku? Berapa banyakkah wang yang telah di­belanjakan untuk memperkukuhkan b.enteng-benteng dan mendalamkan

Page 16: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

.J

5065 30 DISEMBER 1991 5066

Sungai Klang di Kuala Lumpur untuk mencegah banjir di Kuala Lumpur dan berapa panjangkah benteng Sungai Klang yang telah disiapkan dan berapa panjang masa yang diperlukan untuk menyiapkan?

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, fasal banjir itu ialah kerana hujan turun. Mengenai soalan yang memerlukan statistik, perangkaan, saya mohon notis.

AKTA DADAH MERBAHA YA

11. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah ada suatu cadangan meminda Akta Dadah Merbahaya daripada 15 gram jika sabit kesalahan dihukum mati mandatori kepada hanya 5 atau 10 gram mesti dihukum mati mandatori jika sabit.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk meminda had berat minima heroin dari sebanyak 15 gram yang boleh membawa hukuman gantung mandatori kepada hanya 5 gram atau 10 gram.

NILAIAN HARTANAH

12. Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd Ghazali bin Dato' Mohd. Seth minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah formula yang digunakan oleh Kerajaan untuk menyemak semula senarai nilaian 1991 bagi pegangan hartanah mulai dari lhb Januari 1992. Sesungguhnya hasrat Kerajaan itu sangatlah dihormati, namun demikian cadangan meningkat­kan hampir atau lebih dua kali ganda nilaian bagi pegangan hartanah itu, akan memberatkan banyak pihak-pihak

yang tidak mampu membayar taksiran itu apabila ianya dikuatkuasakan nanti. Seterusnya adakah ini bermakna Kerajaan akan melipatgandakan nilaian hartanah itu apabila disemak pada 5 tahun yang akan datang.

31.12.91

29. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) apakah garispanduan-garis­panduan yang digunakan oleh Kerajaan untuk menjalankan kerja menilai semula harta-harta tanah dan untuk meningkatkan nilai harta tanah; dan

(b) bagaimanakah harta tanah dinilaikan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha): Tuan Yang di-Pertua, soalan oleh Ahli Yang Berhormat Jen. (B) Tan Sri Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth ada persamaan dengan soalan oleh Yang Berhormat Puan Law Jack Yoon yang dijadualkan pada 31.12.1991. Oleh itu saya bercadang menjawab kedua­duanya sekaligus.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha: Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara yang di­bangkitkan mengenai nilaian hartanah adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan­kerajaan Negeri. Kuasa mengeluarkan senarai nilaian dan mengenakan kadar oleh Pihak Berkuasa Tempatan ada diperuntukkan oleh Akta Kerajaan Tempatan, 1976 yang ditadbirkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tetapi sebaliknya per­untukan-peruntukan berkenaan me­nyatakan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan boleh berbuat demikian hanya dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Page 17: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5067 30 DISEMBER 1991 5068

Waiau bagaimanapun, mengenai kadar yang boleh dikenakan, Akta Kerajaan Tempatan ada mensyaratkan hadnya iaitu tidak melebih 35% dari nilai tahunan. Secara umum kadar yang kini dikenakan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan adalah jauh lebih rendah dari itu, kebanyakannya sekitar 8% sahaja. Oleh itu, soalan-soalan yang dibangkitkan adalah lebih wajar ditujukan kepada Keraja~n-Kerajaan Negeri.

BARGA BARANGAN UT AMA

13. Tuan Ghazali bin Haji Embong minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah Ke­rajaan untuk rnempertahankan harga keluaran utama negara seperti getah, koko, kelapa sawit dan bijih timah dan usaha-usaha untuk menaikkan lagi harganya ke tahap yang lebih baik; dan

(b) bagaimanahh caranya untuk memperseimbangkan harga­harga basil pertanian di Malaysia.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama (Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor): Tuan Yang di-· Pertua,

(a) Harga komoditi sentiasa berubah-ubah disebabkan oleh kedudukan permintaan dan bekalan di pasaran antarabangsa yang di luar kawalan kita. Waiau bagaimanapun, Kerajaan sentiasa mengawasi per­kembangan harga barangan utama dan mengambil langkah­langkah untuk memastikan harga barangan utama berada di paras yang munasabah dan baik. Di antara langkah-langkah yang

telah, sedang dan akan diambil adalah seperti berikut:

(i) m e m p e r k 1i1 k u h k a n pasaran yang sedia ada dan menembusi pasaran baru melalui aktiviti­aktiviti galakan seperti mengadakan misi-misi ekonomi dan teknikal ke luar negeri dan menyertai seminar-seminar pemasaran dan pameran­pameran perdagangan;

(ii) menyertai perundingan perdagangan pelbagai hala dan perbincangan dua hala untuk me­ngurang atau meng­hapuskan rintangan­rintangan tarif dan bukan tarif terhadap barangan utama termasuk usaha untuk menangkis lobi anti-minyak kelapa sawit dan anti-kayu tropika;

· (iii) bekerjasama dengan negara-negara pengeluar dan pengguna dalam Perjanjian Getah Asli Antarabangsa untuk menstabilkan harga getah dan juga dengan negara­negara pengeluar timah dalam Persatuan Negara­negara Pengeluar Timah untuk tujuan yang sama. Malaysia telah meng­anggotai Perikatan Peng el uar-pengel oar Koko untuk bersama­sama mencari jalan bagi mengatasi masalah kejatuhan harga yang berlaku pada masa ini;

(iv) memesatkan usaha-usaha penyelidikan dan pem­bangunan terhadap ba­rangan utama untuk meningkatkan

Page 18: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5069 30 DISEMBER 1991 5070

produktiviti dan mengu­rangkan kos pengeluaran serta memperbaiki mutu dan menam bahkan ke­gunaan akhir; dan

(v) berusaha untuk terus menggalakkan perkembangan dan pem­bangunan industri hiliran yang menggunakan ba­rangan utama bagi me­nam bahkan nilai tokok sejajar dengan Ran­cangan Pelan Induk Perindustrian Malaysia.

(b) Dengan mengadakan usaha­usaha sebagaimana yang telah saya sebutkan di atas tadi, saya yakin dan percaya basil pertanian negara ini akan dapat diperseimbangkan dalam jangka masa yang panjang.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tahu sama ada pihak Kerajaan menyimpan stok penimbal untuk menghadapi sesuatu kemung­kinan dalam harga pasaran komoditi.

Dato' Haji Tengku Mahm,ud bin Tengku Mansor: Tuan Yang di­Pertua, salah satu tugas yang diberi pada perjanjian-perjanjian yang kita ikuti ialah mengawal harga. Jadi kita boleh menyimpan stok ini tetapi kalau kejatuhan itu terlalu besar dan stok yang disimpan terlalu besar, ini menyebabkan harga itu merosot. Kita boleh menahan hanya sekadar enam bulan atau lima bulan sahaja. Tetapi kita tidak mampu menahan stok sampai dua tahun atau tiga tahun sebagaimana yang berlaku pada bijih timah sekarang dan juga koko serta lain-lain komoditi.

Walau bagaimanapun, pada tahun ini alhamdulillah, harga kelapa sawit dan getah agak memuaskan.

BANJIR KILA T DI KUALA LUMPUR

14. Tuan Rahim bin Baba minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) apakah beliau sedar bahawa berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur ketika ini khasnya di J alan Kelang Lama adalah disebabkan Jabatan Perairan dan Saliran membesarkan Sungai Gombak bermula dari kuala sungai dan tidak dari muara sungai; dan

(b) jika sedar apakah tindakan yang akan diambil bagi membetulkan keadaan ini.

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini JPS sedang menjalankan "Rancangan Tebatan Banjir Kuala Lumpur" untuk mengurangkan ke­kerapan berlakunya banjir di sekitar Wilayah Persekutuan.

Salah satu komponen kerja dalam rancangan ini ialah untuk membe-sarkan sungai supaya air tidak melimpahi tebing sungai dan membanjiri kawasan yang berhampiran. Projek untuk melebar dan mendalam Sungai Gombak berhampiran kuala telah siap di­laksanakan pada tahun 1985. Projek ini telah mengurangkan banjir di kawasan yang bersekitaran dengannya. Kuala Sungai Gombak ini terletak lebih kurang 10 kilometer dari Jalan Kelang Lama, oleh yang demikian projek ini tidak memberi apa-apa kesan langsung kepada masalah banjir kilat di Jalan Kelang Lama. Waiau bagaimanapun, kawasan Batu 4 J alan Kelang Lama adalah kawasan rendah dan punca utama masalah banjir kilat adalah kerana limpahan Sungai Kerayong dan sistem saliran infrastruktur tepi jalan yang tidak memuaskan.

JPS Wilayah Persekutuan adalah bertanggungjawab atas projek mem­baiki Sungai Kerayong manakala

Page 19: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5071 30 DISEMBER 1991 5072

DBKL adalah bertanggungjawab atas sistem saliran infrastruktur jalan. JPS Wilayah Persekutuan telah mul~ melak­sanakan projek memperbaiki Sungai Kerayong mengikut keutamaan sejak tahun 1984. Sungai Kerayong Peringkat I untuk mengatasi banjir kilat di Batu 31/2 Jalan Cheras telah di­siapkan pada tahun 1987 manakala Peringkat II untuk mengatasi masalah banjir kilat di kawasan TUDM baru sahaja disiapkan. Jumlah kos bagi kedua-dua projek yang tersebut ialah $5.5 juta.

WANG TABUNG MASJID

15. Tuan Haji Saidin bin Mohamad minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan bercadang hendak menyatukan wang tabung masjid di seluruh negara kerana ada masjid­masjid mempunyai berpuluh-puluh ribu ringgit dan tidak berkembang untuk tujuan pelaburan dalam Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam bagi memperkukuhkan semua aspek keper­luan kolej Al-Quran atau Yayasan Islam di negeri-negeri.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan (Dato' Ismail bin Said): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menjawab bagi pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Buat masa ini Kerajaan tidak bercadang hendak melaksanakan apa yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat itu.

Wang masjid adalah wang yang disedekah oleh orang ramai dengan niat untuk kegunaan di masjid berkenaan seperti penyelenggaraan, kegiatan pengajaran agama dan sebagainya. Wang itu bukan untuk pelaburan atau membangunkan Yayasan atau sekolah­sekolah agama.

PROJEK PERUMAHAN TENTERA

16. Tuan Haji Abdul Salam bin Awang minta Menteri Pertahanan menyatakan banyak projek-projek di Kementerian ini akan dilaksanakan. Banyak projek-projek perumahan bagi tentera akan dibuat di negeri-negeri dalam Semenanjung Malaysia. Tidakkah patut bagi Kementerian tersebut melaksanakan projek-projek seperti ini oleh syarikat-syarikat gabungan kontraktor di peringkat negeri yang ada projek-projek tersebut dengan secara tawaran rundingan (Negotiated Tender).

Timbalan Menteri Pertahanan (Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan melaksanakan projek-projek perumahan bagi anggota­anggota Angkatan Tentera Malaysia sama ada dengan cara membeli atau dengan cara membinanya melalui tender terbuka.

Di samping itu ada juga projek­projek perumahan Kementerian Per­tahanan yang dilaksanakan oleh Persatuan Pemborong Binaan Bumi­putera peringkat negeri secara perundingan terus. Di antaranya ialah pembinaan rumah keluarga Tentera Darat di Kem Sungai Besi dan di Kem Tapah. Waiau bagaimanapun, per­timbangan untuk meluluskan pelak­sanaan projek binaan oleh Persatuan Pemborong Binaan Bumiputera ini dijalankan bersama oleh Kementerian Pertahanan dan Bahagian Kontrak, Kementerian Kewangan.

PENCEMARAN ALAM DI BANDAR-BANDAR

17. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Pengangkutan menyata­kan selain satu sebab utama pen­cemaran alam di bandar-bandar besar adalah disebabkan oleh asap kenderaan

Page 20: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

,•

5073 30 DISEMBER I 99 I 5074

yang dikeluarkan oleh kenderaan awam seperti bas, van dan teksi. Soalan saya, bagaimanakah ini boleh terjadi. Kenderaan awam perlu menjalani pemeriksaan setiap 6 bulan. Setelah mendapat kelulusan barulah keilderaan tersebut boleh bergerak di jalan raya. Semasa kelulusan itu diberikan tentulah pihak Kementerian berpuas hati bahawa kenderaan itu boleh digunakan untuk tempoh 6 bulan sebelum ianya menjalani pemeriksaan sekali lagi. Kalau begitu sepatutnya, mengapa pula pihak berkuasa terus menyaman kenderaan awam ini semasa ianya berada di jalan raya. Mungkinkah ada penyelewengan berlaku dalam soal mendapatkan kelulusan semasa ujian. Apakah usaha Kerajaan bagi me­mastikan bahawa dengan menjalani ujian 6 bulan sekali itu adalah berkesan untuk mengurangkan pencemaran. Apakah kita akan menyaksikan ken­deraan yang mengeluarkan kepulan asap berterusan mencemarkan udara kota sedangkan Kerajaan tidak dapat membuat apa-apa.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan memang sedar bahawa salah satu sebab pencemaran alam di bandar­bandar besar adalah pelepasan asap daripada kenderaan motor, termasuklah kenderaan perkhidmatan awam seperti bas, van dan teksi. Bagi mengawal keadaan 101, setiap kenderaan perdagangan dikehendaki menjalani ujian setiap 6 bulan sekali.

Pemeriksaan ini tidaklah menjamin bahawa kenderaan yang lulus ujian itu akan tidak mengeluarkan asap ber­lebihan 6 bulan selepas ianya diuji. Sesebuah kenderaan itu akan me­ngeluarkan asap berlebihan jika sekiranya kenderaan ·itu tidak di­selenggarakan dengan baik semasa digunakan. Untuk mengawal keadaan

inilah maka penguatkuasaan diadakan di jalan raya. Denda akan dikenakan kepada kenderaan-kenderaan yang mengeluarkan asap berlebihan.

Untuk memastikan pelepasan asap berlebihan oleh kenderaan dapat di­kawal dengan lebih berkesan, 10 buah lagi mesin pengukur asap jenis "Hartridge Smoke Meter" telah dibekalkan kepada Jabatan Pengang­kutan Jalan dan penguatkuasaan khas ke atas kenderaan yang mengeluarkan asap berlebihan ini akan terus diadakan bersama-sama pihak Polis, Jabatan Alam Sekitar dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

KESESAKAN LALULINT AS­LANGKAH MENGAT ASI

18. Tuan Azman Atar bin Othman minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kesesakan lalulintas di jalanraya di Kuala Lumpur disebabkan banyak kenderaan ataupun perancangan yang dibuat tidak menepati matlamat.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab bagi pihak Perdana Menteri.

Terlalu banyak kenderaan, khusus­nya kereta persendirian yang meng­gunakan jalanraya, adalah faktor utama yang menyebabkan kesesakan lalulitas di Kuala Lumpur terutamanya pada waktu pagi dan petang. Keadaan ini ·adalah diakibatkan oleh pengaliran lalulintas daripada kawasan sekitar Kuala Lumpur menuju ke Kuala Lumpur dengan kadar yang sangat pesat. Pengaliran lalulintas daripada kawasan sekitar menuju ke Kuala Lumpur dari tahun 1988-1991 ialah sebanyak 49%.

Menurut basil kajian lalulintas yang telah dibuat pada bulan Mei, 1991, jumlah kenderaan memasuki Kuala Lumpur sehari adalah 665,558 yang

Page 21: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5075 30 DISEMBER 1991 5076

mengandungi jenis-jenis kenderaan seperti berikut:

Motosikal 210,737

Teksi 44,835

Kereta 362,867

Lori ringan 18,841

Lori berat 1,715

Bas mini 9,162

Bas 17,401

Boleh dilihat daripada angka-angka yang telah saya sebutkan tadi iaitu 665,558 kenderaan yang memasuki Kuala Lumpur sehari sebanyak 362,867 atau 54.5% adalah kereta. Ini jelas dapat dilihat bahawa kebanyakan penduduk di kawasan sekitar Kuala Lumpur bergantung kepada kereta sendiri sebagai cara pengangkutannya ke Kuala Lumpur.

Kerajaan memandang serius masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur ini. Beberapa rancangan telah, sedang dan akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan rancangan dan tindakan jangka pendek yang telah dibuat, kesesakan telah dapat dikurangkan sedikit. Bagi rancangan jangka panjang, Kerajaan merancang untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam yang sedia ada di samping memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang baru. Sistem-sistem tersebut ialah:

Monorail bagi permintaan perjalanan dalam pusat bandar Kuala Lumpur;

LRT bagi permintaan ulangalik kerja dari Kuala Lumpur dan keluar Lumpur; dan

Relbas bagi oleh Keretapi Tanah Melayu bagi permintaan ulang­alik untuk orang bekerja dari Juar Kuala Lumpur dan ke Kuala Lumpur.

PENAGIH DADAH-PEMULIHAN DI PUSA T SERENTI

19. Tuan Syed Abdul Hamid bin Sagaff minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah penagih dadah yang telah menjalani pemulihan di Pusat Serenti di seluruh negara dari tahun 1985-1990 dan dari jumlah tersebut berapa ramaikah yang telah pulih sepenuhnya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua, bilangan penagih dadah yang telah tamat pemulihan melalui program Pusat Serenti antara 1985-1990 ialah seramai 5,836 penagih.

Dari jumlah tersebut, seramai 2,102 orang atau 36.0% telah pulih se­penuhnya.

PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI-PEMULIHAN

20. Tuan K. Munisamy minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) jumlah projek terbengkalai yang telah dipulihkan setakat ini di Perak, dengan nyatakan projek tersebut; d.,n

(b) jumlah yang dikeluarkan oleh TPPP untuk memulihkan projek-projek terbengkalai di seluruh negara setakat ini.

Tuan Haji Daud bin Dato Haji Taha): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tempoh sehingga 30hb Jun, 1991, sebanyak 24 daripada 70 projek perumahan terbengkalai di Perak telah dapat dipulihkan. Nama-nama projek tersebut adalah seperti berikut:

(1) Taman Malim, Tanjong Malim.

(2) Taman Buluh Emas, Ipoh.

Page 22: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5077 30 DISEMBER 1991 5078

(3) Taman Jasa II, Kuala Kangsar. (4) Taman Harmoni, Langkap. (5) Taman Muda, Simpang Pulai. (6) Taman Seri Rokam, lpoh. (7) Lot 707-714 Batu Gajah. (8) Taman Kepoyong, Tanjong

Malim. (9) Taman Kenangan, Kuala

Kangsar. ( 10) Taman Kuning Emas, Tapah. (11) Taman Sharin Park, Ipoh. (12) Taman Laristar, Kuala

Kangsar. (13) Taman Rumah Hijau, Taiping. (14) Taman Tok Yah, Kuala

Kangsar. (15) Taman Pertama, Sungai Siput. (16) Taman Panglima Jaya,

Tai ping. (17) Taman Sri Lekir, Sitiawan. (18) Taman Sri Pinang, Taiping. (19) Taman Bandar Bharu, Seri

Behrang. (20) Taman Desa Tambun, Ipoh. (21) Taman Muhibbah Tanjong

Ram bu tan. (22) Taman Kelebang, Ipoh. (23) Taman Bersatu Taiping. (24) Taman Changkat Jering,

Changkat Jering.

Untuk tempoh sehingga lhb Oktober, 1991 Tabung Projek Pe­rumahan Terbengkalai telah melulus­kan pinjaman sebanyak $247.0% juta bagi memulihkan 80 projek perumahan swasta yang terbengkalai di seluruh negara.

ANAK SY ARIKA T PERBADANAN A WAM-PENYERAHAN KEPADA

BUMIPUTERA

21. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan apakah asas penyerahan anak-anak

syarikat perbadanan awam kepada pengusaha-pengusaha bumiputera dan setakat ini berapakah jumlah anak-anak syarikat perbadanan-perbadanan di bawah Kementerian Perusahaan Awam telah diserahkan dan berapakah jumlah dan kepada siapa anak-anak · syarikat PKEN Kedah yang telah diserahkan.

Menteri Perusahaan A wam (Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor):' Tuan Yang di-Pertua, lazimnya penswastaan anak-anak syarikat perbadanan Kerajaan di­laksanakan untuk memenuhi tujuan bedkut sebagaimana yang telah digariskan dalam Buku Panduan Penswastaan, iaitu:

(i) untuk menggalakkan per- . saingan, memperbaiki kece­kapan dan meningkatkan pro­duktiviti perkhidmatan;

(ii) bagi meningkatkan kadar per­tumbuhan ekonomi;

(iii) memenuhi objektif KerajaaH dalam menambahkan pe­nyertaan bumiputera dalam bidang ekonomi; dan

(iv) untuk mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran Kerajaan dalam pengurusan perkhidmatan dan pentadbiran.

Semasa melaksanakan urusan penswastaan pula, pelbagai pertim­bangan seperti penentuan harga, tahap dan keupayaan pembayaran serta elemen faedah dan matlamatnya kepada bumiputera juga dibuat.

Di samping pertimbangan yang tersebut, asas yang penting dalam menguruskan penjualan anak-anak syarikat ini ialah kesesuaian sesebuah syarikat itu untuk diswastakan pada sesuatu masa. Kesesuaian ini me­libatkan antara lain perkara-perkara seperti pencapaian matlamat pe­nubuhannya, tahap pengurusannya, tahap teknologinya, prospek dan masa depan syarikat serta kesan-kesan ke atas penswastaannya.

Page 23: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5079 30 DISEMBER 1991 5080

Setakat ini agensi-agensi di bawah Kementerian Perusahaan Awam telah menswastakan sejumlah 151 buah anak syarikat. Dari jumlah tersebut, Per­badanan Kemajuan Negeri Kedah telah menswastakan sejumlah 8 anak-anak syarikatnya kepada pihak awam.

Tuan Saad bin Haji Man: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya hendak tanya kepada Yang Berhorrnat Menteri Perusahaan Awam, apakah ada anak-anak syarikat PKEN-PKEN yang untung yang diserahkan kepada pihak­pihak tertentu tetapi akhimya syarikat tersebut mengalami kerugian di bawah pengurusan baru.

Dato' Dr Mohd. Yusof bin Haji Mohamed Nor: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana penswastaan yang dibuat masih baru, setakat ini belum lagi kita dapat menilai tentang sama ada pihak pengurusan baru mendapat untung ataupun tidak kerana kalaupun mereka rugi, kalau terjadi, sebenamya dalam masa peralihan mungkin kerugian berlaku buat beberapa waktu dalam masa proses penyusunan dan se­bagainya. Tetapi kita yakin bahawa penyerahan yang dibuat telah di­ambilkira bahawa ia tidak akan menyebabkan kerugian, lebih-lebih lagi bagi kepentingan kaum bumiputera.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Ber­hormat Tuan K. Vijayanathan.

Tuan Itam Wali bin Nawan: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan No. 22.

SUKAN KOMANWEL 1998-MALAYSIA SEBAGAI TUAN

RUM AH

22. Tuan Itam Wali bin Nawan (di bawah S.O. 23(2)) minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan bolehkah beliau

memberi butir-butir ~ama ada amaun wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan untuk menawar bagi Sukan Komanwel 1998 dan betapa keyakinan Kerajaan bahawa tawarannya akan berjaya, memandangkan kepada fakta bahawa Bandaraya Adelaide juga sedang meneruskan dengan giat untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan Komanwel 1998.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan (Dato' Ismail bin Said): Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia menyokong penuh usaha untuk menjadi tu an rum ah S ukan Komanwel 1998. Bagi membuktikan sokongan ini, Kerajaan telah me­luluskan peruntukan sebanyak $3 juta.

Sehingga sekarang beberapa strategi dan usaha kempen penawaran telah dilakukan. Di antara strategi tersebut ialah mengadakan perjumpaan dengan Ketua-ketua Pertubuhan Sukan Negara­negara Komanwel dan mengadakan promosi semasa kejohanan di peringkat benua diadakan. Promosi dan kempen ini dilakukan sendiri oleh Yang Ber­horma t Menteri Belia dan Sukan, Presiden Majlis Olimpik Malaysia dan Pegawai-pegawai Kementerian Belia dan S ukan sendiri. Lawatan melobi setakat ini telah diadakan di tempat­tempat seperti berikut:

{i) Kongres Ketua-ketua Perse­kutuan Sukan Komanwel di Malta;

{ii) Pan American Games di Havana, Cuba;

(iii) South Pacific Games di Port Moresby, Papua New Guinea;

(iv) All African Games di Cairo; dan

{v) South Asian Games di Colombo, Sri Lanka.

Selain daripada lawatan-lawatan di atas, usaha melobi juga diteruskan

Page 24: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5081 30 DISEMBER 1991 5082

dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) menjemput Ketua-ketua Per­tubuhan Sukan Negara-negara Komanwel melawat Malaysia mulai 8 hingga 12hb Disember, 1991 yang lalu sempena dengan perasmian Bangunan Majlis Olimpik Malaysia;

(ii) Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memohon sokongan Ketua-ketua Negara Komanwel semasa menghadiri Mesyuarat CHOGM di Harare, Zimbabwe pada 16 hingga 22hb Oktober yang lalu; dan

(iii) Kempen melobi dan promosi melalui Majlis Jamuan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang akan diadakan pada 21hb Julai, 1992 di Barcelona.

(iii) Kempen melobi dan promosi melalui Majlis Jamuan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang akan diadakan pada 21 Julai 1992 di Barcelona. Usaha dari segi kempen akan di pertingkatkan lagi melalui Pejabat-pejabat Kedutaan Malaysia di luar negeri sehingga tarikh pengundian diadakan di Barcelona pada 22 Julai, 1992.

Berdasarkan kepada sokongan yang diberi oleh negara-negara membangun dalam Komanwel dan juga sokongan daripada rakyat Malaysia termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya percaya harapan kita untuk berjaya adalah cerah.

FELCRA MEMAJUKAN T ANAH TERBIAR

23. Puan Hajah Habidah binti Jusoh minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan sejauh manakah tindakan FELCRA dan Kerajaan

setakat ini untuk memajukan tanah­tanah yang terbiar yang dimiliki oleh orang-orang kampung yang tidak begitu luas, atau yang luas tetapi tidak mampu diusahakan kerana sekarang ini didapati masih banyak di kampung­kampung tanah tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Loar Bandar (Dato Mohamed bin Jamrah): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat sehingga 30hb Jun 1991, FELCRA telah memajukan tanah seluas 250,884 hektar. Tanah-tanah ini telah ditanam dengan tanaman pelbagai yang memberi faedah kepada seramai 99,728 orang peserta.

Usaha pemulihan tanah ini bertujuan untuk menggalakkan perusahaan pertanian secara berkooperatif atau pertanian berkelompok dengan harapan produktiviti dapat di pertingkatkan.

Kaedah pelaksanaan yang diamalkan ialah secara pengurusan ladang bagi tanah-tanah yang dipulihkan itu.

Bagaimanapun sebelum tanah-tanah ini dapat dimajukan, beberapa syarat antara FELCRA dengan tuan punya tanah terpaksa dipersetujui. Syarat­syarat itu ialah:

(i) Pemilik-pemilik tanah mem­berikan persetujuan secara bertulis;

(ii) Projek yang akan dimajukan berdaya maju serta meng­untungkan bagi memungkinkan peserta-peserta membayar balik kos pelaburan atau pinjaman;

(iii) Fizikal kawasan yang sesuai dari segi kesuburan tanah dan infrastruktur; dan

(iv) Keluasan kawasan berkelompok yang sesuai bagi operasi ladang iaitu sekurang-kurangnya 40 hektar.

Jika terdapat tanah-tanah milik kepunyaan orang-orang kampung yang

Page 25: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5083 30 DISEMBER 1991 5084

lidak begilu luas atau tuan punya tanah tidak mampu memajukan sendiri maka tanah-tanah tersebut akan digabungkan dengan kawasan yang berhampiran dengan projek-projek FELCRA yang sedia ada untuk dimajukan tertakluk kepada kesesuaian tanah dari segi teknikal dan infrastruktur seperti yang tersebut di atas.

Usaha memajukan tanah-tanah terbiar akan terus menjadi program utama FELCRA dalam Rancangan Malaysia Keenam dan masa yang akan datang selaras dengan perancangan dan objektif FELCRA untuk memajukan sektor luar bandar berasaskan per­ladangan.

Kejayaan seterusnya dalam me­majukan tanah-tanah terbiar adalah bergantung kepada kesediaan pemilik­pemilik tanah yang terlibat untuk turut serta dalam urusan pembangunan negara dan ingin mendapat faedah daripadanya.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, satu jam untuk soal jawab telah cukup, seterusnya kita pergi kepada perkara yang lain.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 24 hingga 47 adalah diberi di bawah ini.)

SKIM PERKHIDMAT AN PENGUASA·PENGUASA

TEMPATAN

24. Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan ada­kah Kerajaan sedar bahawa per­khidmatan di Penguasa-penguasa Tempatan adalah tertutup "close service". Bentuk perkhidmatan se­umpama ini menyebabkan pekerja­pekerja di Penguasa-penguasa Tern-

patan menjadi terkongkong, dorongan kerja yang rendah dan peluang-peluang kerja yang terbatas.

(a) adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk mewujudkan skim perkhidmatan Penguasa­penguasa Tempatan supaya pekerja-pekerja boleh di­tempatkan dari satu Penguasa Tempatan ke Penguasa Tem­patan yang lain.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha): Sukalah saya maklumkan bahawa buat masa sekarang ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan belum ada apa­apa rancangan untuk mewujudkan satu skim perkhidmatan Penguasa-penguasa Tempatan seperti yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat itu.

Peruntukan dalam Akta Kerajaan Tempatan yang kini ada tidak membolehkan suatu Perkhidmatan Gunasama. Ini ialah kerana Akta memberi kuasa kepada yang Di-Pertua Majlis untuk melantik kakitangannya.

Waiau bagaimanapun, Akta boleh dipinda jika dikehendaki dan diper­setujui oleh Kerajaan-kerajaan Negeri.

Persetujuan Kerajaan Negeri penting, kerana mengikut Perlem­bagaan Persekutuan bidang Kerajaan Tempatan adalah di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan hanya berperanan membantu memajukan Kerajaan Tempatan.

TOL PLAZA-BILANGAN

25. Tuan V.K. Sellappan minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) berapa bilangan Toi Plaza yang ada di Negara ini;

(b) senaraikan jumlah kutipan pada setiap Toi sehingga 30hb Jun, 1991; dan

Page 26: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5085 30 DISEMBER 1991 :5066

(c) sebutkan nama Tol-tol yang akan ditamatkan perkhid­matannya dan tarikh me­namatkan perkhidmatannya.

Tuan Kerk Choo Ting:

(a) pada masa ini terdapat sebanyak 37 buah plaza tol di seluruh negara ini.

(b) untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedudukan jumlah kutipan tol sehingga 30 Jun 1991 bagi Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Syarikat-syarikat Konsesi adalah seperti berikut:

(i} Lembaga Lebuhraya $376,556.271.05 Malaysia

(ii} PLUS Berhad

(iii} Kamunting (M} Corporation Berhad

$252,627 ,848.53

$56,146,832.00

(iv} Syarikat Shapadu (M} $22,854,219.00 Sdn. Bhd

JUMLAH $708,185,170.58

(c) menyentuh tentang soalan ketiga yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, mengikut Perjanjian Konsesi di antara Kerajaan dengan Syarikat Konsesi Lebuhraya Utara Selatan ialah selama 30 tahun. Apabila berakhirnya tempoh Konsesi ini iaitu pada 30 Mei 2018, keseluruhan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Baru Lembah Kelang termasuk plaza-plaza tol ini akan di­serahkan kembali kepada Kerajaan. Hanya sebuah sahaja plaza tol yang akan diserahkan lebih awal iaitu Plaza Toi Slim River yang terletak di Lebuh­raya Toi Slim River-Tanjung Malim dari Laluan Lebuhraya Persekutuan I. Lebuhraya ini akan diserahkan kembali pada Kerajaan pada 1 Februari 1994 setelah siapnya Lebuhraya Baru Slim River ke Tanjung Malim

(sebahagian dari Lebuhraya Utara Selatan). Bagi Jalan Lintas Selat Kelang Utara pula tempoh konsesinya adalah selama 25 tahun; dan bagi J alan Kuching/J alan Kepong tempoh konsesinya adalah selama 16 tahun iaitu mulai 8 Januari 1987 hingga 6 Januari, 2003. Tempoh konsesi bagi Jalan Cheras adalah selama 12 tahun mulai dari 15 September 1991 dan bagi J alan Pahang juga selama 12 tahun berkuatkuasa dari tarikh menandatangani Perjan­jian Konsesi Baru.

LEBUHRAY A CHANG KAT JERING-BUTTERWORTH­

PEMBINAAN

26. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Kerja Raya menyatakan kedudukan pembinaan Lebuhraya dari Changkat Jering ke Perai, Butterworth pada masa sekarang ini.

Tuan Kerk Choo Ting: Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak PLUS telahpun memberi tawaran bagi pembinaan Lebuhraya Changkat Jering ke Butterworth kepada lima kontraktor yang berasingan. Lebuhraya ini sedang di dalam peringkat pembinaan dan ianya dijangka siap pada awal tahun 1994.

JALANRAY A BENTONG-RAUB­MEMBAIKI

27. Puan Hajah Asmah binti Haji Ismail minta Menteri Kerja Raya menyatakan berhubung dengan Jalan Raya dari Bentong ke Raub dalam Negeri Pahang:

(a) adakah pihak Kementerian Kerja Raya bercadang hendak membaiki dan membesarkan jalan raya tersebut di dalam Rancangan Malaysia ke 6 ini,

Page 27: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5087 30 DISEMBER 1991 5088

kerana memandangkan buat masa ini keadaan lalu lintas di jalan ini telah meningkat dengan banyaknya; dan

(b) bolehkah pihak Kementerian Kerja Raya mengambil per­hatian yang berat kepada jalan raya ini-khususnya di dalam Daerah Raub yang mana kemalangan selalu berlaku yang meragut nyawa dan harta-benda pengguna-penggunanya.

Tuan Kerk Choo Ting: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telahpun memperuntukkan $39.19 juta di bawah Rancangan Malaysia Keenam untuk memper­tingkatkan Jalan Bentong ke Kuala Lipis. Kerja-kerja ukur dan penyiasatan telahpun disiapkan dan beberapa selekoh yang patut diperbaiki telah dikenalpasti. Rekabentuk bagi tujuan tersebut sedang dibuat dan pelawaan tender dijangka akan dikeluarkan pada April 1992.

PERDANAMENTERI SELAKU PENGERUSI KUMPULAN 11

KOMANWEL

28. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Luar me­nyatakan apakah peranan Y AB Perdana Menteri selaku Pengerusi Kumpulan 11 Komanwel.

Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Semasa Mesyuarat CHOGM di Harare pada bula Oktober yang lepas, Ketua-ketua Kerajaan Komanwel telah menubuhkan satu kumpulan terdiri dari Ketua-ketua Kerajaan dari 11 negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk merumuskan langkah-langkah yang harus diambil oleh Komanwel me­ngenai Afrika Selatan dalam usaha menggalakkan proses rundingan di antara pihak-pihak yang berkenaan untuk membentuk negara Afrika

Selatan yang demokratik, bersatu dan bebas dari sistem apartheid. Setiausaha Agong Komanwel telah ditugaskan untuk melawat Afrika Selatan dengan secepat mungkin untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan di Afrika Selatan untuk mencapai matlamat ini.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, basil dari lawatan Setia­usaha Agong Komanwel ke Afrika Selatan baru-baru ini dan atas persetujuan Kumpulan 11, satu kum­pulan yang digelar 'Distinguished Commonwealth Citizens Group' telah ditubuhkan untuk memerhati per­jalanan persidangan berbagai parti di Afrika Selatan pada 20-21 Disember 1991 untuk membincangkan masa depan Afrika Selatan. Tan Sri Ghazali Shafie, bekas Menteri Luar Malaysia, adalah salah seorang dari 6 orang anggota kumpulan ini.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, selaku Pengerusi Kumpulan 11, akan terus mengawasi perkembangan-perkembangan di Afrika Selatan dan mengam bil tindakan-tindakan yang wajar dalam matlamat Komanwel membantu Afrika Selatan menjadi negara yang demo­kra tik dan bebas dari belenggu apartheid.

KEMPEN MEMBURUK­BURUKKAN MALAYSIA

29. Tuan Doi bin Dollah minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan:

(a) apakah strategi dan tindakan balas Kementerian ini untuk menangkis kempen-kempen memburuk-burukkan Malaysia oleh Kumpulan Pencinta Alam dari Barat dan apakah kempen­kempen itu menjejaskan nama baik negara; dan

./

..

Page 28: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

..

5089 30 DISEMBER 1991 5090

(b) apakah punca sebenar ber­lakunya jerebu dan setakat ini berapakah jumlah kerugian yang ditanggung oleh negara, misal­n ya Penerbangan Malaysia (MAS) dan apakah langkah­langkah yang telah diambil bagi memastikan kejadian berjerebu tidak berlaku lagi.

Timbalan Menteri Sains, Tek­nologi dan Alam Sekitar (Tuan Peter Chin Fah Kui): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menjawab soalan (a), Kerajaan sentiasa meng­awasi kegiatan yang dijalankan oleh kumpulan-kumpulan pencinta alam sekitar yang mengaitkan isu pem­balakan hutan tropika dengan masalah alam sekitar dunia untuk memburuk­burukkan imej negara-negara mem­bangun termasuk negara ini.

Keadaan ini berlaku oleh sebab mereka kurang faham mengenai pengurusan alam sekitar, khusus pengurusan hutan, di negara ini. Mereka menganggap bahawa aktiviti pembalakan di negara ini sama dengan tebangan bersih (clear felling) seperti mana yang dilakukan di negara-negara maju. Mereka juga bimbang bahawa dalam usaha melaksanakan pem­bangunan di negara-negara mem­bangun akan memusnahkan hutan sebagaimana yang berlaku di negara­negara maju.

Dalam usaha untuk menjelaskan pengurusan alam sekitar di negara ini, khususnya membenteras kempen anti kayu tropika serta membetulkan tanggapan dan meyakinkan masyarakat dunia, berbagai usaha dan langkah telah dan sedang diambil oleh Kerajaan dari masa ke semasa yang di antaranya termasuklah:

(i) mewujudkan Deklarasi Lang­kawi mengenai afam sekitar, termasuk peranan hutan, di Mesyuarat Ketua-ketua Ke­rajaan Komanwel (CHOGM) pada bulan Oktober 1989;

(ii) menyediakan buku, filem dan risalah mengenai sistem pe­ngurusan alam sekitar ter­masuk pengurusan hutan di negara ini untuk edaran di luar negeri:

(iii) menghantar missi-missi khu­sus ke luar negeri untuk membetulkan tanggapan ma­syarakat dunia mengenai isu alam sekitar termasuk pe­ngurusan hutan di negara ini serta mendapatkan per­sefahaman dan sokongan daripada Kerajaan-kerajaan negara asing yang berkenaan.

(iv) mengambil bahagian yang aktif dalam persidangan dan mesyuarat antarabangsa ber­kaitan dengan alam sekitar dan isu pengurusan hutan tropika;

(v) menerima panel pakar dari­pada Pertubuhan Antarabangsa Kayu Tropika (ITTO} untuk membuat penilaian ke atas sistem pengurusan hutan di Sarawak yang hasilnya ialah Sarawak mempunyai sistem pengurusan hutan yang baik;

(vi) mengatur beberapa lawatan dan taklimat, terutamanya kepada tetamu-tetamu negara, supaya dapat memahami dasar dan perlaksanaan sistem pengurusan alam sekitar dan perhutanan di negara ini;

(vii) menubuhkan Tabung Pem­bangunan Industri Kayu­kayuan Malaysia yang boleh digunakan oleh industri­industri bagi membenteras kempen anti kayu tropika;

(viii) menyediakan kertas bertajuk An Initiative for the Greening of the World yang akan dibentangkan dalam per­sidangan atau seminar di peringkat antarabangsa yang bersesuaian; dan

Page 29: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5091 30 DISEMBER 1991 5092

(ix) menjadi tuan rumah kepada Persidangan Kedua Peringkat Menteri di Kalangan Negara­negara Membangun Mengenai Alam Sekitar dan Pem­bangunan pada penghujung bulan April 1992.

Saya ingin memohon izin untuk menjawab soalan bahagian (b) ini bersama dengan soalan yang di­tanyakan oleh Yang Berhormat Sellappan pada 31.12.91.

Untuk makluman Ahli Yang Ber­hormat, keadaan udara berjerubu yang wujud di Malaysia termasuk bandar­bandar Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Kelang baru-baru ini adalah berpunca dari 2 faktor.

Pertama faktor luaran iaitu kejadian pembakaran hutan yang berlaku di negara jiran. Kejadian ini biasanya berlaku dalam keadaan cuaca yang kering dan tiupan angin Barat-daya yang membawa debu dan asap dari kawasan kebakaran tersebut ke kawasan-kawasan berkenaan di negara ini.

Kedua faktor dalaman iaitu pe­lepasan asap dari kenderaali bermotor, aktiviti perindustrian, kegiatan pem­bakaran terbuka dari tempat-tempat pelupusan sampah sarap serta aktiviti pembukaan tanah baru yang turut juga memberi kesan kepada keadaan berjerubu ini, terutamanya apabila keadaan udara didapati stabil dan tidak mampu membawa debu dan asap ke kawasan-kawasan lain.

Dalam usaha untuk mengawal keadaan berjerubu, Kementerian ini telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kebangsaan (lnduk) Mengenai Jerubu yang dianggotai oleh pelbagai agensi Kerajaan. Tiga Kumpulan Kerja telah ditubuhkan di bawah Jawatankuasa berkenaan iaitu:

(a) Kumpulan Kerja untuk menge­nalpasti Punca-punca Jerubu;

(b) Kumpulan Kerja untuk meng­kaji kesan-kesan jerubu ter­hadap kesihatan dan ekonomi; dan

(c) Kumpulan Kerja untuk mem­bentuk strategi Kawalan Jerebu.

Kerajaan sedang berusaha untuk mengetat serta meningkatkan lagi penguatkuasaan undang-undang ter­hadap kawalan aktiviti pembakaran terbuka, pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan juga industri-industri. Manakala orang ramai pula di­nasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka terutamanya ketika keadaan berjerubu demi mengelakkan daripada keadaan jerebu m~njadi bertambah serius.

IMPORT KERET A MEWAH­JUMLAH AP

30. Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri men­jelaskan:

(a) berapakah jumlah AP yang dikeluarkan untuk kereta-kereta mew ah;

(b) berapakah jumlah penye­lewengan yang telah dikesan dari penggunaan AP;

( c) apakah tindakan yang dikenakan terhadap penyelewengan ber­kenaan; dan

(d) apakah langkah jangkapanjang yang diambil bagi mengu­rangkan pengimportan kereta­kereta mewah bagi mengatasi masalah pengaliran wang negara ke luar .negeri.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Tuan S.S. Subramaniam):

(a) Pada tahun 1991 sehingga 3.12.1991, jumlah AP yang

Page 30: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5093 30 DISEMBER 1991 5094

telah dikeluarkan oleh Kemen­terian Perdagangan Antara­bangsa dan Industri kepada Syarikat-syarikat Pemegang Kuota yang layak untuk mengimport kereta-kereta pe­numpang adalah sejumlah 7,798 unit. Waiau bagaimanapun, AP yang dikeluarkan tidak di­klassifikasikan sebagai kereta mewah ataupun bukan mewah dan terpulanglah kepada syarikat yang diberikan kuota untuk mengimport jenis ken­deraan yang diperlukan.

(b) Pada masa yang lepas, Ke­menterian telah mendapati be­berapa penyelewengan yang dilakukan oleh syarikat pe­megang kuota lesen import seperti menjual kereta secara borong, membenarkan pihak lain menggunakan lesen import dan tidak menyediakan laporan jualan yang lengkap. Hasil daripada penyiasatan yang telah dilakukan sehingga kini, kuota lesen import bagi sejumlah 153 buah syarikat telahpun ditarik balik. Kementerian ini sentiasa meneliti prestasi syarikat­syarikat pemegang kuota untuk mempastikan tidak berlaku sebarang bentuk penyalah­gunaan terhadap AP yang telah dikeluarkan. Di samping itu, Kementerian ini sentiasa meng­galakkan satu bentuk kerjasama di antara beberapa syarikat supaya bergabung di bawah konsep konsortium. Setakat ini, 6 buah Konsortium telah ditubuhkan di mana ahli-ahli boleh melihat, menegur dan memperbaiki kesalahari satu sama lain demi untuk me­majukan Korsortium masing­masing.

(c) sekiranya terdapat bukti ber­lakunya penyelewengan .di kalangan syarikat-syarikat

pemegang kuota yang ada sekarang, AP yang telah diperuntukkan kepada syarikat yang berkenaan akan ditarik balik.

( d) sebagai langkah untuk mengu­rangkan pengimportan kereta­kereta penumpang, Kementerian ini sedang meneruskan dasar membekukan sebarang per­mohonan daripada syarikat­syarikat baru untuk mem­perolehi AP. Di samping itu juga, kuota-kuota yang sedia diberikan kepada syarikat­syarikat pemegang kuota akan dikurangkan secara ber­peringkat-peringkat.

PROMOSI PELANCONGAN

31. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelan­congan menyatakan adakah benar bahawa promosi pelancongan kata di luar negara setengah-setengahnya tidak begitu berkesan:

(a) apakah langkah-langkah positif untuk melipat-gandakan usaha promosi pelancongan agar ianya menyeluruh; dan

(b) ada setengahnya projek promosi Perbadanan Kemajuan Pelan­congan Malaysia seperti Malaysia Fest tidak langsung disedari oleh pelancong yang melancong ke negara ini. Apakah langkah-langkah supaya projek promosi mendapat perhatian daripada pelancong yang telahpun berada di negara ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelan­congan (Dato' Abdul Raman bin Suliman): Antara langkah-langkah yang dicadangkan untuk memastikan supaya projek promosi Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia

Page 31: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5095 30 DISEMBER 1991 5096

mendapat perhatian daripada pelancong yang melawat negara ini ialah:

(i) Mengadakan promosi bersama di dalam "inflight services" Penerbangan Malaysia.

(ii)

(iii)

Menyiarkan iklan-iklan projek pelancongan di rangkaian video VISSION FOUR di hotel-hotel yang menyediakan perkhid­matan tersebut.

Mempertingkatkan iklan-iklan pelancongan dengan lebih agresif lagi di mesia massa utama negara seperti radio, televisyen dan akhbar-akhbar terkemuka.

JURURAWAT TERLATIH­KEKURANGAN

32. Datuk David Yeoh Eng Hock minta Menteri Kesihatan menyatakan bahawa memandangkan banyaknya kekurangan jururawat terlatih yang mahir dalam kerja-kerja di bilik bedah dan penjagaan rapi:

(a) bolehkah Institut Jantung bernilai $200 juta yang diswastakan dan terletak di tengah Kuala Lumpur mengatasi masalah oleh kerana kekurangan kakitangan; dan

(b) sebab-sebab kenapa dua bilik pembedahan di Hospital Besar Pulau Pinang dan dua lagi di Hospital Besar Ipoh tidak digunakan.

Dato' K. Kumaran:

(a) Kementerian Kesihatan sedang mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa kaki­tangan yang djperlukan akan dapat disediakan apabila Institut Jantung Negara mula berfungsi.

(b) Dua bilik pembedahan di Hospital Besar Pulau Pinang

dan dua lagi di Hospital Besar Ipoh tidak digunakan pada masa sekarang memandangkan komplimen kakitangan yang mencukupi untuk bekerja di bilik-bilik pembedahan ini tidak dapat diperolehi. Waiau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan sedang berusaha untuk mengatasi masalah kekurangan kakitangan ini.

EAEC-PEMBENTUKAN

33. Tuan K. Vijayanathan minta Menteri Luar Negeri menyittakan fakta bahawa Caucus Ekonomi Asia Timur (East Asia Economic Caucus, EAEC) adalah suatu blok ekonomi yang diusahakan untuk negara-negara ASEAN dan memandangkan fakta bahawa Amerika Syarikat berdiri menentang kepada pembentukan EAEC, adakah beliau merasa bahawa ini adalah suatu method oleh Amerika Syarikat menggunakan penguasaan ekonomi dan politiknya, untuk me­nentukan masa depan sosio-ekonomi bagi negara-negara yang sedang membangun dan negara-negara yang kurang maju.

Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Saya ingin menekankan di sini sekali lagi, bahawa EAEC bukanlah sebuah blok perdagangan atau blok ekonomi yang akan menghalang perdagangan bebas, sebaliknya ia merupakan sebuah Forum Perundingan bagi negara-negara Asia Timur untuk mempertingkatkan lagi kerjasama serantau, berlandaskan kepada potensi yang luas dalam bidang ekonomi mereka dan seterusnya menyumbang secara berkesan kepada sistem per­dagangan antarabangsa yang bebas dan terbuka.

Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, ada pihak-pihak tertentu yang menentang penubuhan EAEC. Walau­pun terdapat tentangan sedemikian, kita yaRin EAEC akan berjaya.

Page 32: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

..

5097 30 DISEMBER 1991 5098

AIDS-PUSAT PEMULIHAN

34. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Kesihatan menyatakan di manakah Kerajaan bercadang untuk mendirikan Pusat Pemulihan AIDS. Apakah ada tentangan terhadap rancangan ini di Kampung Melaka. Serendah kerana berdekatan dengan kampung Orang Asli.

Dato' K. Kumaran: Untuk mak­luman Ahli Yang Berhormat, jawapan kepada soalan ini telahpun dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan kepada soalan mulut oleh Ahli Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah pada 16.12.91.

EAEC-PENOLAKAN JEPUN DAN KOREA

35. Tuan Ghazali bin Haji Embong minta Menteri Perdagangan Antara­bangsa dan Industri menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan Malaysia setelah Korea dan Jepun menolak untuk menjadi ahli anggota EAEC setelah dipengaruhi oleh Amerika.

31.12.91

40. Tuan Shuib bin Endut minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan perkem­bangan mutakhir tentang cadangan perundingan ekonomi Asia Timur. Adakah Kerajaan akan meneruskan usaha untuk menubuhkan perundingan ekonomi ini sekalipun mendapat tentangan dari negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

Tuan S. S. Subramaiam: Soalan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat ini adalah berkaitan dengan soalan yang telah dijawab oleh Tim balan Men teri pad a 16.12.1991

ketika dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Dato• William Chek Lin K wai dan Yang Berhormat Puan Hajjah Habidah bt Jusoh @ Yusof. Jawapan tersebut adalah juga meliputi soalan-soalan dari Ahli Yang Berhormat Puan Ainon bte Ariffin pada 19.12.1991, Tuan Chong Chi Siong pada 20.12.1991, Yang Berhormat Tuan Ng Peng Hay pada 27.12.1991. dan Yang Berhormat Tuan Shuib bin Endut pada 31.12.1991. Memandang­kan bahawa perkara yang· dibangkitkan semuanya berkaitan dengan izin East Asia Economic Group-EAEG/East Asia Economic Carcus-EAEC. Oleh yang demikian saya tiada apa-apa maklumat tambahan yang hendak disampaikan.

36. Tuan Abdul Rashid bin Ismail minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian bagi mempastikan tidak ada kesan buruk terhadap penubuhan EAEC berhubung dengan bantahan Jepun dan Korea Selatan.

Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Untuk pengetahuan Yang Ber­hormat, ASEAN masih belum memajukan perkara ini secara rasmi kepada J epun dan Korea Selatan mengenai penglibatan mereka dalam EAEC.

T AMAN PERT ANIAN

37. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Pertanian menyatakan iaitu sesuai dengan Wawasan 2020, rancangan/cadangan mewuj udkan 'Taman Pertanian' seperti di Bukit Cahaya Seri Alam, di negeri Johor dan Perak, tidakkah ada cadangan pihak Kementerian mengadakan projek seumpama ini di negeri Semenanjung dan Negeri Sabah dan Sarawak.

Page 33: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5099 30 DISEMBER 1991 5100

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pertanian memang bercadang untuk mewujudkan beberapa buah lagi Taman seperti Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Pada masa ini Kementerian sedang mengkaji dan mengenalpasti dua buah tempat iaitu di Negeri Johor Darul Takzim dan Perak Darul Ridzuan untuk dijadikan Taman Pertanfan dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam.

Waiau bagaimanapun, perancangan­nya masih lagi di peringkat awal memandangkan Kementerian Pertanian sedang menumpukan sepenuh per­hatian untuk menyiapkan Projek Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam terlebih dahulu. Bagi negeri­negeri di Sabah dan Sarawak, Kementerian belum ada rancangan/ cadangan untuk mewujudkan Taman Pertanian di sana.

PENUMPANG BAS DI KUALA LUMPUR

38. Puan Law Jack Yoon minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) setakat hari ini, berapa pe­numpang bas harian di Badaraya • Kuala Lumpur;

(b) berapa syarikat bas yang memberi perkhidmatan kepada penumpang-penumpang di Kuala Lumpur dan jumlah bas yang digunakan; dan

(c) apakah tindakan-tindakan yang diambil untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam di Bandaraya Kuala Lumpur.

Perdana Menteri:

(a) Pad a tahun 1989, bilangan penumpang bas di Bandaraya

(b)

Kuala Lumpur adalah lebih kurang 1.04 juta penumpang sehari dan anggaran kadar pert um buhan purata ialah sebanyak 6.3% setahun.

• Berikut adalah senarai syarikat­syarikat bas dan jumlah bilangan bas yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkenaan di Kuala Lumpur bagi Tahun 1989:

Syarikat Bas Bilangan Bas

1. Sri Jaya Kenderaan Sdn. Bhd. 454 2. KL-Klang Omnibus 160 3. Foh Hup Omnibus Co. Bhd. 138 4. Toong Fong Omnibus 124 5. Len Omnibus 115 6. Len Seng Omnibus 110 7. Selangor Omnibus 109 8. Len Chee Omibus C. Sdn Bhd 45 9. Len Ngiap Omnibus 8

10. Bas Mini (Dimiliki oleh Lebih kurang 175 syarikat 534 dan perseorangan)

JUMLAH 1,797

(c) Bagi meningkatkan lagi ke­cekapan pengangkutan awam di Bandaraya Kuala Lumpur, satu sistem pengangkutan bandar yang konprehensif telahpun dicadangkan. Antaranya ter­masuk projek-projek yang utama seperti berikut:

(i) Sistem Transit Laju Ringan (TLR);

(ii) Sistem Metrolink;

(iii) Sistem Monorel;

(iv) Sistem Rel Komuter (KTM Double Tracking);

(v) Memperbaiki mutu perkhidmatan sistem bas.

(i) Sistem Transit Laju Ringan (TLR)

DBKL telah merancangkan Sistem TLR berdasarkan kepada Pelan Struktur Kuala Lumpur untuk tujuan perjalanan ulang alik dari kawasan perumahan/

..

Page 34: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

,,

5101 30 DISEMBER 1991 5102

pertumbuhan di luar i>usat Bandar dalam Metropolitan Kuala Lumpur ke Pusat Bandar ('Commuter service').

Projek ini diperkenalkan pada tahun 1982 dan pelaksanaan Fasa I (iaitu dari Sentul ke Petaling Jaya) telahpun di­luluskan oleh Jemaah Menteri pada 1.8.1984. Waiau bagai­manapun, projek ini telah ditangguhkan sejak tahun 1986 oleh kerana kemelesetan ekonomi pada masa itu. Baru­baru 101 Kerajaan telah memperuntukkan $500 juta untuk melaksanakan projek ini melalui Rancangan Malaysia Keenam.

Projek Sistem Transit Laju Ringan telah dirancang dalam lima fasa dalam satu rangkaian laluan sepanjang 52 km.

Fasa I-Dari Sentul ke Petaling Jaya Fasa 2-Dari Dayabumi ke Bandar Tun Razak

Fasa 3-Dari Dayabumi ke Gombak

Fasa 4-Dari Sentul ke Kepong

Fasa 5-Dari Bandar Tun Razak ke Bukit Jalil.

(ii) Sistem Metrolink

Sistem Metrolink memainkan peranan yang sama dengan Sistem TLR, iaitu untuk perjalanan ulang alik dari kawasan perumahan/pertum­buhan di luar Pusat Bandar dalam Metropolitan Kuala Lumpur ke Pusat Bandar ('Commuter Service').

Projek ini telah diperkenalkan pada tahun 1986, dan akan dilaksanakan melalui pihak swasta. Laluan Sistem Metro­link akan menghubungi Pusat Bandar ke Salak Selatan dan

Ampang dan akan menggunakan rezab keretapi (KTM) yang sediada.

Syarikat swasta yang akan mengendalikan projek 101

(Tetuan Kuala Lumpur Transit Group) kini sedang menyedia­kan cadangan pelaksanaan untuk kelulusan Kerajaan.

(iii) Sistem Monorel

Sistem Monorel adalah satu sistem pengangkutan 'people mover' yang telah dicadangkan oleh DBKL untuk perjalanan dalam Pusat Bandar ('intra-city service') yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu­lintas dan mempertingkatkan mobiliti di Pusat Bandar.

Projek ini telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 14.6.1989 untuk menggantikan Projek Aerobus . .Pada masa itu, projek ini telah diluluskan supaya dilaksanakan sepenuhnya oleh DBKL. Waiau bagaimanapun, baru-baru ini Kerajaan telah bersetuju bahawa projek ini dilaksanakan secara peng­swastaan.

Kajian pelaksanaan untuk Fasa I telahpun siap.

(iv) Sistem Rel Komuter (KTW) Double Tracking)

Sistem Rel Komuter adalah satu sistem pengangkutan awam yang akan dilaksanakan oleh KTM untuk tujuan perjalanan ulang alik dari luar Metropolitan Kuala Lumpur ke Pusat Bandar Kuala Lumpur ('inter-city commuter service').

Laluan Sistem Rel Komuter akan menghubungi Rawang ke Pusat Bandar Kuala Lumpur dan ke Seremban. Ia akan mengikut

Page 35: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5103 30 DISEMBER 1991 5104

koridor landasan keretapi KTM yang sediada.

Projek ini sedang dilaksanakan oleh KTM.

(v) Memperbaiki Mutu Perkhid­matan Sistem Bas

Beberapa usaha telah dibuat untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan sistem bas di Kqala Lumpur. Antaranya ialah:

(1) Menjalankan kajian untuk menyusun semula laluan bas yang sedia ada supaya perkhidmatan bas menjadi lebih efisien dan meliputi kawasan yang lebih menyeluruh.

(2) Menyediakan dan mem­pertingkatkan kemudahan terminal bas.

(3) Menyediakan pondok bas baru yang lebih selesa dan menarik.

PASPORT RAKYAT MALAYSIA DiGANTUNG

39. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) setakat ini berapakah jumlah pasport rakyat Malaysia di­gantung oleh Imigresen meng­ikut sebab penggantungannya.

(b) berapa bilangan rakyat Malaysia yang dianggap 'penderhaka' telah memohon pulang ke tanah air dengan sebab-sebab melawat atau menziarahi saudara-mara di Malaysia tetapi ditolak oleh Kerajaan; dan

(c) adakah Kerajaan memikirkan dan menimbangkan semula permohonan mereka ini (pen-

derhaka) atas dasar pelancongan atau hubungan dua hala antara Kerajaan Malaysia dengan Negeri China.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob:

(a) Sehingga 1 November 1991 sebanyak 12,0121 pasport telah digantung oleh J abatan Imigresen. Ini dilakukan setelah Jabatan Imigresen mendapati pemegangnya melakukan ke­salahan di dalam dan luar negeri serta yang boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara.

(b) Kementerian ini tidak ada menerima sebarang permohonan dari rakyat Malaysia yang dimaksudkan itu.

(c) Buat masa ini Kementerian tidak akan memberi per­timbangan kepada permohonan­permohonan mereka.

KEMALANGAN JALAN RA YA

40. Tuan Ho Cheng Wang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan: .

(a) jumlah kes kemalangan di jalanraya dari Simpang ke Butterworth dan mangsa ke­matian;

(b) jumlah kes kemalangan di jalan raya (lama) dari Simpang ke lpoh dan mangsa kematian;

(c) jumlah kes kemalangan di Lebuhraya dari Changkat Jering ke Ipoh dan mangsa kematian.

dalam tahun 1990 dan 1991.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail:

(a) Jumlah kes kemalangan yang dilaporkan di jalan raya dari Simpang ke Butterworth pada

Page 36: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5105 30 DISEMBER 1991 5106

tahun 1990 ialah sebanyak 91& kemalangan dan pada tahun 1991 (sehingga bu Ian November) sebanyak 937 kemalangan. Dari jumlah tersebut seramai 56 pengguna jalan raya maut pada tahun 1990 dan 49 pada tahun 1991.

(b) Jumlah kemalangan yang dilaporkan pada tahun 1990 di jalan raya lama Simpang ke lpoh ialah 13, melibatkan 8 kematian manakala bagi tahun 1991 (sehingga bu Ian November) ialah 9 kemalangan dengan 3 kematian.

(c) Jumlah kemalangan di Lebuh­raya Changkat Jering ke Ipoh bagi tahun 1990 ialah 253 dengan 14 kematian manakala bagi tahun 1991 (sehingga bulan November) ialah 192 ke­malangan melibatkan 8 ke­matian.

PESAKIT AIDS

41. Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Saleh minta Menteri Kesihatan menyatakan berapakah jumlah pesakit AIDS hingga kini:

(a) berapakah yang meninggal dunia; dan

(b) adakah kempen-kempen men­cegah AIDS diadakan diseluruh negara kepada masyarakat umum dan kepada sasaran tertentu seperti pelajar-pelajar dan golongan belia, serta golongan-golongan berisiko tinggi.

Dato' K. Kumaran: Untuk mak­luman Ahli Yang Berhormat, jawapan kepada soalan ini telahpun dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan kepada soalan mulut oleh Ahli Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah pada 16.12.91.

PESi\Wi\T TENTERA UDA.RA. SINGAPURA TERHEMPAS DI

JOH OR

42. Tuan Doi bin Dolah minta Menteri Pertahanan menyatakan se­takat ini sudah dua kali pesawat Tentera Udara Singapura berlaku terhempas di kawasan Johor dan apakah Kerajaan Singapura telah memberikan pampasan kepada mangsa­mangsa terlibat. Jika sudah berapakah jumlahnya.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Pesawat yang terhempas di Johor baru-baru ini adalah pesawat yang hendak berlepas menuju ke tempat latihan, kejadian seperti ini adalah diluar kawalan yang tidak dapat dielakkan. Seperti kita sedia maklum bahawa pesawat udara apabila diterbangkan terpaksa menghadapi beberapa risiko termasuk kerosakan enjin, kesilapan juruterbang dan juga keadaan cuaca.

Mengenai pampasan pula sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran dibuat oleh Kerajaan Singapura melalui sebuah firma swasta (Robins Devis) kepada mangsa-mangsa yang terlibat di dalam peristiwa kemalangan pesawat Tentera Udara Singapura di Johor tempoh hari.

Sehingga kini pampasan telah diselesaikan -pada 14 Okt, 1991 kepada sembilan pihak/individu yang menuntut (claimants) dan pembayaran kese­luruhan kepada mereka ini berjumlah MR$218,286.82 yang meliputi pem­bayaran pampasan untuk kenderaan dan peralatan yang musnah/rosak dan perbelanjaan perubatan.

HAR GA T AMBANG BAS

43. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan adakah benar pihak Kerajaan akan meluluskan permohonan dari peng-

Page 37: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5107 30 DISEMBER 1991 5108

usaha-pengusaha pengangkutan untuk menaikan harga tambang bas mulai tahun hadapan dan apakah asas-asas pertimbangan yang telah diambil bagi meluluskan permohonan tersebut.

Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor: Untuk makluman Yang Berhormat, satu Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Per­usahaan Awam sedang menjalankan kajian menyemak semula kadar tambang bagi semua jenis kenderaan perdagangan. Buat masa ini masalah kenaikan atau penurunan tidak timbul kerana ianya masih diperingkat kajian dan penentuan asas-asas pertimbangan.

EAEC-KESAN PENUBUHAN

44. Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi minta Menteri Luar Negeri menjelaskan apakah langkah-langkah jangkapanjang yang akan diambil untuk merealisasi penubuhan EAEC, agar keberkesanan benar-benar dapat membantu memperkukuhkan ekonomi dan barangan dagangan negara-negara Asia Timur, clan menjelaskan:

(a) apakah kesan yang akan dihadapi jika Jepun tidak menyertai EAEC dan Amerika Syarikat tidak merestui:

(b) sejauh mana anjuran (assump­tion) kejayaan EAEC untuk tempoh 10 tahun akan datang;

( c) apakah langkah-langkah alter­natif yang akan diambil jika EAEC terhalang kerana ter­dapatnya sabotaj dari negara­negara besar untuk meng­gagalkannya.

Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN (AEM) ke 23 yang diadakan di Kuala Lumpur dari 7-8 Oktober yang lalu, telah mencapai kata sepakat terhadap penubuhan EAEC. Mesyuarat

bersetuju supaya cadangan tersebut dibawa ke Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada bulan Januari 1992, ini bagi menentukan arah perjalanan EAEC seterusnya. Oleh yang demikian, sebarang langkah yang akan diambil untuk merealisasikan penubuhan EAEC akan hanya dapat diputuskan selepas Persidangan tersebut.

(a) Sebagaimana yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Malaysia akan terus berusaha melalui ASEAN untuk memajukan cadangan itu tidak kira samada semua negara di Asia Timur menyertainya.

(b) EAEC dalam dekat 90an dan seterusnya, perlu menghadapi perkem bangan-perkem bang an seperti penubuhan "European Economic Area", Kumpulan "North American Free Trade Area" dan juga perubahan­perubahan lain akibat per­golakan yang sedang berlaku di Eropah Tengah dan Eropah Timur. Negara-negara Asia Timur yang menguasai hampir satu perempat dari dagangan dunia, sekiranya dapat sebulat suara menyuarakan pendirian mengenai isu-isu ekonomi antarabangsa, tentu sekali akan dapat menyumbangkan kepada kepentingan rantau ini bagi memperkukuhkan kedudukan ekonomi mereka.

Gabungan tenaga dan kerjasama ASEAN dan lain-lain negara di rantau ini dalam lengkongan ekonomi dan perdagangan akan menjadikan ASEAN dan EAEC sebagai satu kuasa berpengaruh dalam hubungan ekonomi antarabangsa, dan akan mem­bantu menggalakkan per­tumbuhan ekonomi, per­dagangan serta pelaburan. Dengan lain perkataan ianya akan membantu perkembangan ekonomi serantau yang lebih

Page 38: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

...

---------·--

5109 30 DISEMBER 1991 5110

sihat dan seterusnya me­nyumbangkan kearah pem­bentukan satu sistem ekonomi antarabangsa yang terbuka.

(c) Berasaskan kepada keputusan yang telah diambil oleh AEM dan penerimaan konsep EAEC ini oleh negara-negara ASEAN, Malaysia mempunyai pan­dangan yang positif terha4ap kejayaan EAEC walaupun terdapat halangan dari negara­negara tertentu.

KES MAHKAMAH TERTANGGUH

29. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Kehakiman menyatakan:

(a) apakah langkah penting supaya dapat dikurangkan kes-kes mahkamah yang tertangguh dapat disegerakan terutama kes­kes yang tidak begitu berat; dan

(b) apakah yang menyebabkan kes­kes tersebut tertangguh begitu lama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman (Tuan Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar):

(a) Kerajaan telah, sedang dan akan mengambil beberapa langkah penting bagi memastikan kes­kes mahkamah yang tertangguh dapat disegerakan dalam usaha mengurangkan kes-kes yang tertangguh. Di antara langkah­langkah ini ialah dengan melantik lebih ramai lagi Hakim Mahkamah Tinggi, Pesuruhjaya Kehakiman, Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret. Sehingga kini bilangan mereka adalah seperti berikut:

(i) Hakim Mahkamah Tinggi 36 orang.

(ii) Pesuruhjaya Kehakiman 9 orang.

(iii) Hakim Mahk.amah Se­syen 58 orang.

(iv) Majistret 111 orang.

Selaras dengan penambahan Hakim Mahkamah Tinggi, Pesuruhjaya Kehakiman, Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret tersebut, Kerajaan juga telah membangunkan lebih banyak mahkamah bagi menempatkan para Hakim dan Majistret. Pembinaan bangunan mah­kamah baru juga adalah bertujuan untuk menempatkan semula mahkamah yang selama ini ditempatkan di bangunan­bangunan yang telah usang. Bilangan bilik bicara yang akan dibina di bawah RM6 ialah sebanyak 141 buah.

Bilangan kakitangan pembantu di mahkamah khususnya Setiausaha kepada Hakim, Jurubahasa, Pegawai Kerani dan Jurutaip juga telah ditambah. Penambahan bilangan kaki­tangan tersebut dapat membantu mempercepatkan lagi pen­dengaran kes-kes dan penye­diaan nota keterangan dan alasan penghakiman yang diperlukan bagi penyediaan rekod rayuan. Bagi tahun 1990 dan 1991 sahaja 214 jawatan tetap khusus bagi Kerani, Setiausaha Hakim dan Juru­bahasa telah diwujudkan.

Kerajaan juga telah mem­bekalkan peralatan moden di mahkamah-mahkamah seperti alat komputer, mesin fax, mesin fotostat dan kelengkapan pejabat yang lain. Buku-buku rujukan seperti Malayan Law Journal, buku-buku teks dan Akta Perundangan juga telah ditambah bekalannya di mah­kamah sebagai usaha untuk membantu mempercepatkan lagi penulisan alasan penghakiman.

Page 39: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5111 30 DISEMBER 1991 5112

Sebanyak 91 buah PC telah dibekalkan kepada mahkamah pada tahun 1990 dan 1991 dengan kos $628,992.00.

Di samping itu, pihak mah­kamah telah juga mengeluarkan Arahan Amalan dengan ber­tujuan untuk menghalang pihak­pihak yang terlibat dalam kes­kes perbicaraaan dari membuat permohonan untuk menangguh­kan kes-kes atas alasan-alasan bahawa mereka belum bersedia atau peguam terlibat dalam kes lain semasa perbicaraan sedang dijalankan, saksi-saksi tidak dapat hadir di mahkamah kerana ada urusan lain atau sebagainya. Permohonan bagi pengangguhan atas alasan-alasan sedemikian tidak akan dipertimbangkan oleh pihak mahkamah.

Arahan juga telah dikeluarkan supaya semua mahkamah mula bersidang tepat pukul 9 .00 pagi supaya lebih banyak kes dapat didengar pada setiap hari. J uga setiap mahkamah dikehendaki melaporkan kepada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Agung pada setiap bulan jumlah kes yang telah diselesaikan dan jumlah kes yang belum diselesaikan bagi membolehkan Ketua Pendaftar mengawasinya.

Selain daripada itu, Akta-akta dan Kaedah-kaedah yang ber­kaitan dengan prosedur mah­kamah telah/sedang dikaji dan telah/akan dipinda untuk mengurangkan kesulitan dalam pemfailan sesuatu kes dan di mana boleh, prosedur yang dianggap tidak perlu di­keluarkan bagi mempercepatkan lagi tempoh perbicaraan sesuatu kes.

( b) Sebab-sebab kes-kes tertangguh adalah seperti berikut:

(i) Peguam yang mengen­dalikan kes berkenaan tidak dapat hadir oleh kerana beliau diperlukan juga mengendalikan kes di mahkamah lain yang telah ditetapkan untuk perbicaraan lebih awal.

(ii) Jikalau Kes Sivil, pihak­pihak yang terlibat sedang berunding untuk menyelesaikan kes ber­kenaan di luar mah­kamah.

(iii) Pihak-pihak yang terlibat belum bersedia untuk perbicaraan.

(iv) Saksi penting tidak dapat hadir.

(v) Pegawai pendakwa se­dang menunggu arahan dari pihak atasan ataupun belum memperolehi laporan kimiaatau se­bagainya.

(vi) Pihak yang terlibat hendak menukar pe­guamnya ataupun se­baliknya, peguam asal telah menarik diri.

JABAT AN PEMEGANG HART A­CARIAN KEBANGKRAPAN

46. Datuk David Yeoh Eng Hock minta Menteri Kehakiman menyatakan:

(a) bagaimanakah Jabatan Pe­megang Harta hendak ditingkat­kan tarafnya supaya dapat melayani permintaan-permin­taan mencari fail yang bertambah banyak; dan

(b) memandangkan terlalu banyaknya pertambahan kes-kes penggulungan syarikat dan kes­kes muflis dan juga kekurangan

Page 40: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5113 30 DISEMBER 1991 5114

tenaga kerja di Jabatan itu, adakah langkah-langkah perlu diambil bagi memberikan perkhidmatan yang cekap kepada orang ramai. .

Tuan Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar:

(a) Dari soalan yang dikemukakan ini apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat adalah melayani permintaan carian kebangkrapan dan bukannya permintaan-permintaan mencari fail yang bertambah banyak. Kementerian sedang mengkaji keperluan untuk meningkatkan keupayaan komputer bagi kerja­kerja carian relCod kebangkrapan samada secara membeli terus atau menyewa satu sistem komputer yang baru bagi menggantikan sistem komputer yang sedia ada. Sistem komputer yang sedia ada sekarang didapati mencapai had maksima dan tidak boleh dipertingkatkan lagi.

(b) Untuk memberikan perkhid­matan yang cekap kepada orang ramai beberapa langkah telah dan sedang diambil walaupun menghadapi kekurangan tenaga kerja sedangkan kes ke­bangkrapan dan penggulungan syarikat bertambah. Di antaranya:

(i) Membekalkan mesin fax ke Alor Setar, Pulau Pinang, Ipoh, Kota Bharu, Johor Bharu, Shah Alam, Kuantan, Kuala Terengganu dan Melaka.

(ii) Kakitangan digalakkan bekerja lebih masa.

(iii) Kelulusan telah di­perolehi daripada Per-

bendaharaan Malaysia untuk mengisi semua jawatan tetap dengan kakitangan sambilan se­hingga Jabatan Perkhid­m atan Awam dapat mengisinya dengan calon tetap.

UNIT PENCEGAH PENYELUDUPAN

47. Tuan Shuib bin Endut minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tentang kekesanan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dalam men­jalankan tugasnya. Apakah terdapat penyelarasan sebab yang menganggotai unit ini terdiri daripada Polis, Kastam, Imigresen, Lembaga Padi dan Beras Negara. Apakah Kementerian tidak bercadang untuk meletakkan unit ini di bawah satu badan yang berasingan supaya wujud penyelarasan yang lebih jitu.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang beroperasi di kawasan sempadan sangat berkesan kerana basil daripada tindakan unit ini banyak sindiket-sindiket yang menjalankan kegiatan penyeludupan minuman keras, beras, kain dan sebagainya telah dapat dilumpuhkan kegiatan mereka. Pada keseluruhannya tindakan-tindakan Unit Pencegah Penyeludupan dan dengan itu secara tidak langsung telah me­nyumbangkan kepada penambahan basil cukai negara.

Untuk makluman Yang Berhormat, anggota-anggota unit ini adalah di bawah pengawasan dan penyelarasan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian ini tidak bercadang untuk meletakkan unit ini di bawah satu badan berasingan.

Page 41: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5115 30 DISEMBER 1991 5116

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG SY ARIKA T LUAR PESISIR

(PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

3.35 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa suatu Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk memind~ Akta Syarikat Luar Pesisir 1990 dibaca pada kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, tujuan Rang Undang-undang ini ialah untuk me­minda Akta Syarikat Luar Pesisir 1990 bagi melicinkan lagi perlaksanaan dan pentadbiran Akta tersebut. Pindaan yang dicadangkan ini juga bertujuan menggalakkan pertumbuhan syarikat­syarikat luar pesisir di Labuan dengan mengadakan peruntukan-peruntukan yang lebih longgar dan menarik supaya ianya dapat dibangunkan sebagai suatu Pusat Kewangan Luar Pesisir Antara­bangsa (IOFC), dengan izin, yang sihat dan berkembang.

Akta S yarikat Luar Pesisir 1990 telah mula dikuatkuasakan pada lhb Oktober, 1990 bagi membolehkan penubuhan syarikat-syarikat luar pesisir di Labuan.

Sebagai suatu Akta yang baru Kerajaan mendapati beberapa per­ubahan perlu dibuat terhadap Akta tersebut supaya Labuan yang merupakan suatu IOFC yang baru dapat bersaing dengan IOFC-IOFC yang sedia ada di dunia ini dan berkembang se3a3ar dengan hasrat Kerajaan menjadikannya sebuah pusat kewangan antarabangsa yang maju di masa yang akan datang.

Pindaan yang dicadangkan buat kali pertama ini telah mengambil kira pandangan dan cadangan dari mereka yang berkecimpung di dalam aktiviti­akti viti luar pesisir dan juga pandangan-pandangan yang dike­tengahkan melalui seminar-seminar mengenai Labuan yang telah beberapa kali diadakan sebelum ini.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan pada kali pertama ini meliputi 11 seksyen iaitu Seksyen-seksyen 6, 29, 31, 87, 109, 111 dan 112 serta pengenalan 4 seksyen baru iaitu Seksyen-seksyen 113A, 150, 151 dan 152.

Seksyen 6 Akta tersebut melarang pemastautin daripada memegang syer di dalam sesebuah syarikat luar pesisir kecuali pemastautin yang merupakan sebuah syarikat amanah yang didaftar di bawah Akta Syarikat Amanah Labuan 1990 dan bank atau syarikat insurans tempatan yang dibenarkan oleh Akta Bank Luar Pesisir 1990 atau Akta Insurans Luar Pesisir 1990 untuk menubuhkan anak syarikat di Labuan.

Akta Bank Luar Pesisir 1990 dan Akta Insurans Luar Pesisir 1990 yang juga membenarkan mereka yang berurusan tidak menyatakan bahawa sesuatu anak syarikat perlu ditubuhkan di bawah Akta-akta tersebut dan juga struktur pegangan syer-syer. Oleh sebab itu, adalah didapati wajar Akta Syarikat Luar Pesisir dipinda agar bank-bank Malaysia dan syarikat­syarikat insurans boleh menubuhkan sebuah bank luar pesisir atau syarikat­syarikat insurans luar pesisir yang ditubuhkan secara bersama dan bank atau syarikat insurans tempatan itu tidak perlu memegang lebih daripada 50% saham ekuiti.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan kepada Seksyen 29(2) didapati perlu agar pelawaan untuk mendeposit wang dengan/atau memberi pinjaman wang kepada sesebuah syarikat luar

Page 42: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5117 30 DISEMBER 1991 5118

pesisir boleh dibuat oleh sesebuah bank luar pesisir kepada pemastautin­pemastautin Malaysia selaras dengan kebenaran, persetujuan atau arahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953. Sebelum ini seksyen tersebut melarang pelawaan yang sedemikian dan ini juga merupakan suatu percanggahan kepada Seksyen 7(3) yang membolehkan syarikat luar pesisir berurus niaga dengan pemastautin Malaysia jika Akta Bank Luar Pesisir membenarkannya.

Seksyen 31 ( 1) yang sedia ada melarang sesebuah syarikat luar pesisir daripada menerima deposit atau pinjaman daripada orang awam tanpa prospektus, kecuali jika ianya sebuah syarikat ditetapkan atau ia mene­rimanya atau meminjam kepada kurang dari 20 orang. Oleh kerana salah satu daripada aktiviti utama sesebuah bank luar pesisir ialah menerima deposit atau memberi kemudahan kredit, maka tidaklah wajar jika sekiranya pros­pektus diperlukan didaftar dengan Pendaftar Syarikat pada setiap kali transaksi.

Walaupun menurut seksyen 31(6), Menteri boleh mewartakan mana-mana syarikat luar pesisir sebagai syarikat ditetapkan bagi maksud-maksud untuk menerima deposit atau meminjamkan wang, prosedur untuk melakukannya adalah remeh kerana tiap-tiap syarikat luar pes1su terpaksa membuat permohonan sendiri kepada Menteri untuk mendapat status tersebut. Adalah difikirkan lebih sesuai jika status secara automatik diperkenalkan dalam seksyen 31 Akta Syarikat Luar Pesisir 1990 supaya sebuah bank luar pesisir yang dilesenkan di bawah Akta Bank Luar Pesisir 1990 terus ditakrifkan sebagai syarikat ditetapkan. Peruntukan baru ini akan memberi pengisytiharan secara menyeluruh (en bloc) kepada semua bank luar pesisir sebagai syarikat ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa mi seksyen 87 menghendaki semua

pengarah pemastautin sesebuah syarikat luar pesisir dilantik dari kalangan pegawai-pegawai dari se­sebuah syarikat amanah. Kehendak seperti itu didapati kurang wajar kepada syarikat luar pesisir yang ditubuhkan oleh sesebuah bank atau syarikat insurans tempatan, ter­utamanya jika syarikat-syarikat ter­sebut di atas sebab-sebab tersendiri tidak berhasrat untuk menubuhkan sebuah syarikat amanah di Labuan. Tanpa peruntukan yang mengecualikan di dalam Akta Syarikat Luar Pesisir, sesebuah bank atau syarikat insurans tempatan terpaksa melantik seorang pegawai sebuah syarikat amanah sebagai pengarah pemastautin ataupun menubuhkan syarikat amanahnya sendiri jika mereka mahu pengarah pemastautin dilantik di kalangan pegawai dari kumpulan bank atau syarikat insurans mereka sendiri. Dengan cadangan pindaan ini, bank­bank dan syarikat-syarikat insurans tempatan boleh melantik pengarah pemastautin yang bukan terdiri dari pegawai syarikat amanah jika mereka ingin berbuat demikian.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pengenalan seksyen baru, iaitu seksyen l 13A bertujuan mengecualikan syarikat-syarikat luar pesisir yang bukan merupakan sebuah bank luar pesisir atau syarikat insurans luar pesisir atau syarikat luar pesisir yang tidak pernah niempelawa orang awam untuk memohon beli syer dan debentur daripadanya atau mendeposit atau meminjamkan wang kepadanya jika dipersetujui di dalam mesyuarat ahli­ahli daripada melantik juruaudit bagi tahun-tahun kewangan yang mereka fikirkan tidak perlu. Pengecualian di atas adalah didapati perlu me­mandangkan ada cadangan-cadangan dari mereka yang terlibat dengan syarikat-syarikat luar pesisir melalui seminar-seminar agar diadakan kelong­garan yang sedemikian. Tambahan pula, kebanyakan pusat-pusat ke­wangan ·luar pesisir antarabangsa yang

Page 43: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5119 30 DISEMBER 1991 5120

lain, seperti Bahamas, British Virgin Island, Western Samoa dan Cook Islands ada pengecualian yang sedemikian dan adalah difikirkan Labuan sewajarnya ada peruntukan yang serupa agar ia menjadi lebih kompetitif dan menarik berbanding dengan pusat-pusat kewangan luar pesisir yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan se­lanjutnya dicadangkan supaya diper­kenalkan seksyen baru, seksyen 150 bertujuan memberi kuasa kepada Menteri memberi pengecualian kepada sesuatu syarikat luar pesisir dari mematuhi mana-mana peruntukan di bawah Akta ini jika didapati per­untukan tersebut tidak sesuai kepada sesuatu syarikat luar pesisir yang mungkin menghalang Labuan dari berkembang sebagai satu IOFC yang menarik. Kuasa tersebut didapati perlu diberikan kepada Menteri sebagai suatu cara yang mudah dan cepat untuk menghapuskan sebarang halangan suatu peruntukan di dalam Akta sekiranya ia didapati tidak wajar. Kuasa yang serupa juga terdapat di dalam Akta Bank Luar Pesisir 1990 dan Akta Insurans Luar Pesisir 1990.

Selain dari itu, adalah dicadangkan supaya memperkenalkan seksyen baru 151 berturutan dengan pengenalan seksyen baru IOA ke dalam Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990 yang memberi opsyen kepada sesuatu syarikat luar pesisir yang menjalankan aktiviti perdagangan luar pesisir untuk memilih sama ada untuk membayar cukai atau membayar suatu fee kepada Pendaftar Syarikat. Pindaan ini membolehkan bayaran sedemikian dibuat kepada Pendaftar Syarikat. Kuasa yang serupa juga terdapat di dalam Akta Bank Luar Pesisir 1990 dan Akta Insurans Luar Pesisir 1990.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan se­terusnya dicadangkan bagi memper­kenalkan suatu seksyen baru -152 bagi

membolehkan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi pengecualian kepada pematuhan mana-mana undang-undang oleh syarikat luar pesisir jika didapati sesuatu peruntukan undang-undang itu menghalang perkembangan Labuan sebagai pusat kewangan dan aktiviti­aktiviti perdagangan antarabangsa. Pindaan ini dicadangkan kerana di­dapati perlunya satu kaedah yang cepat bagi menghapuskan halangan-halangan perundangan memandangkan Labuan adalah suatu yang baru yang terpaksa bersaing dengan IOFC yang lain yang telah lama wujud. Cadangan pindaan yang lainnya hanya menyentuh perkara-perkara kecil dan berturutan dengan cadangan pindaan yang telah saya huraikan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya huraikan tadi, pindaan­pindaan ini adalah dicadangkan bagi menggalakkan pertumbuhan syarikat luar pesisir di Labuan supaya ia dapat berkemb~ng dengan pesat sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antara­bangsa yang maju.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk meminda Akta Syarikat Luar Pesisir 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.Yang Berhormat Dahalan.

3.49 ptg.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk saya membahas secara ringkas dan seterusnya menyokong di atas

Page 44: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

""

5121 30 DISEMBER 1991 5122

Rang Undang-undang yang bernama Akta Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 1991.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Rang Undang-undang ini adalah wajar demi kepentingan pembangunan Labuan sebagai IOFC yang berkesan untuk menandingi IOFC yang sedia ada di rumpun-rumpun yang lain di seluruh dunia. Saya hanya ingin hendak menempuh beberapa bidang, iaitu mengenai institusi kewangan, bank dan juga insurans. Saya akan kemukakan beberapa pendapat, saranan dan juga soalan-soalan untuk pihak Kerajaan memberi penjelasan.

Mengenai bank kita telah dengar sentiasa berlaku banyak penye­lewengan, bukan sahaja di negara kita tetapi di negara-negara luar, bank-bank yang begitu besar, begitu maju dan begitu kukuh yang pada satu ketika dianggap sebagai bank yang kredibiliti­nya tak dapat kita challenge. Tetapi bagaimanapun, oleh sebab sesuatu masalah ataupun pengurusan dan juga pihak-pihak Lembaga yang tidak beramanah, tidak jujur dan mungkin tidak begitu kompeten dalam men­jalankan perusahaan bank ini, banyak bank yang tertutup begitu sahaja.

Jadi, saya ingin tahu apabila bank­bank dan syarikat-syarikat insurans ditubuhkan di Labuan ini, sama ada pihak Kerajaan akan menentukan ataupun bagaimanakah untuk me­nentukan kredibiliti orang-orang yang hendak memohon untuk menubuhkan sebuah bank ataupun insurance company di Labuan itu. Kita bimbang kalau-kalau tidak kena pilihan, mungkin banyak wang yang dikumpul ataupun deposit-deposit yang dikumpul darfpada duit Malaysia kita ini akan lesap begitu sahaja di pasaran dunia. Wang-wang itu dikumpul dan tidak dilabur di Malaysia. Mungkin wang­wang itu dikumpul daripada duit kita di Malaysia dan dilabur di negeri­negeri lain ataupun hanya disimpan di

negara-negara lain di mana mereka mendapat faedah deposit yang lebih tinggi. Ini memang sedang berlaku.

Kalau sekiranya faedah pinjaman di Malaysia kita hanya atau 10%, kalau wang yang sama disimpan di Australia, kita boleh mendapat 15%. Sudah jelas ada lebih faedahnya kalau kita pinjam duit di sini dan simpan di Australia dengan tidak ada niaga apa-apa pun, hanya pinjam di sini, simpan di sana. Kalau begitu, tidak apa juga, kita dapat faedah kalau duit kita tadi terjamin, iaitu duit orang Malaysia yang disimpan di bank-bank tersebut ter­jamin. Tetapi seelok-eloknya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyaran­kan supaya pihak Kerajaan meng­utamakan supaya bank-bank ini dapat menarik wang daripada luar Malaysia untuk disimpan di sini dan untuk dilabur di negara Malaysia ini bukan hanya untuk membantu pembangunan Labuan sebagai IOFC dan juga umumnya untuk pembangunan Malaysia.

Jadi, inilah harapan saya supaya dapat pihak Kerajaan mengambil inisiatif untuk kita bergerak ke arah ini supaya duit-duit kita tidak terkeluar dan supaya duit luar masuk ke sini supaya kita dapat faedah daripada pelaburan daripada luar itu.

Selain daripada itu kita dapati apabila syarikat-syarikat sama ada bank ataupun insurance company ataupun syarikat-syarikat lain lagi sudah ditubuhkan di Labuan, peng­usaha daripada luar ini sentiasa mengambil banyak kesempatan dari­pada faedah yang boleh didapati di sini selain daripada harga bahan-bahan mentah yang murah, harga labour yang murah, tetapi yang selalunya di­selewengkan ialah mengenai harga cukai tak dibayar melalui.skim transfer • pricing yang begitu cerdik pandai diusahakan oleh setengah-setengah pelabur hinggakan kita tidak dapat faedah sedikit pun daripada apa yang kita usahakan itu.

Page 45: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5123 30 DISEMBER 1991 5124

Jadi, inilah saya minta pihak Kerajaan supaya mengambil berat tentang hal-hal yang mungkin akan berlaku, tetapi telahpun berlaku di negara-negara lain. Jadi, kita tidak mahu ini berulang lagi di negara kita.

Satu soalan saya ingin tahu mengenai bank ataupun insurance company ini ialah apabila bank-bank ataupun insurance company 101

ditubuhkan di Labuan, adakah institusi­institusi 101 dapat menubuhkan cawangan-cawangan juga di negeri­negeri lain di Semenanjung Malaysia ataupun di Sabah dan Sarawak ataupun mereka ini hanya dapat beroperasi di Labuan sahaja? Saya ingin tahu supaya dapat kita menentukan bagaimanakah corak kegiatan institusi-institusi ini sama ada mereka memang benar-benar masuk untuk hendak memberi per­khidmatan kepada kita ataupun hanya untuk hendak mengambil kesempatan daripada pihak kita.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya ingin menyentuh khusus berkenaan koperasi insurans. ~ita dapati kini pihak Kerajaan telahpun berusaha untuk me'restructure' dengan izin, kegiatan insurance companies ini. Sebenamya ini lebih tepat kalau saya tujukan kepada Kementerian Ke­wangan oleh sebab di sini disebut insurance company, jadi saya ingat ini tidak jadi masalah kalau saya buat cadangan di sini juga. Sebenarnya saya telahpun membuat cadangan yang sernpa, tetapi masa tidak mencukupi pada hari perbahasan Budget itu, jadi sekali lagilah saya ingin hendak bawa cadangan saya ini iaitu yang pertama; saya ingin tahu mengenai bidang niaga insurance company sama ada mereka ini boleh ataupun tidak menerima deposit-deposit. Yang kedua, sama ada mereka ini boleh menerima cagaran­cagaran ataupun kolateral-kolateral untuk sesuatu pelanggan untuk hendak melindungi sesuatu polisi.

Contohnya, untuk contractors of all risks, performance bond dan guarantee dan sebagainya yang dikeluarkan oleh pihak insurance company, tetapi sebaliknya, insurance company sedang­kan telahpun mendapat premium, tetapi masih meminta lagi gerenti ataupun kolateral daripada pihak pelanggan. Ini satu yang saya ingin tahu.

Yang kedua, men,genai insurance company iaitu accident claim untuk motor, dengan izin, Tuan Yang di­Pertua, telahpun saya sebut, tetapi tidaklah begitu jelas· pada hari itu. Kita dapati banyak sangat masalah, jadi inilah saya cadangkan pihak Kerajaan menganjurkan supaya insurance com­panies ini membuat accident claim, iaitu bayaran kepada pengguna ini terns kepada pemegang polisi, bukan kepada workshop.

Kita dapati sekarang, bila sesuatu kemalangan motokar, pihak insurance company membayar wang itu kepada pihak bengkel, jadi banyaklah rnngutan, sampai sekarang pun tidak putus-putus. Saya buat cadangan ini atas beberapa sebab; yang pertamanya saya dapati dengan cara ini tuntutan itu akan lebih cepat diurnskan. Sekarang ini kita dapati kadang-kadang sampai 6 bulan pun motokar kita belum dapat bawa balik lagi, masih di workshop. Cara ini juga dapat mengelakkan daripada di'dispute' ataupun tuduhan terhadap pihak Polis, pihak adjusters, pihak bengkel, pihak syarikat insurans dan juga pihak pengguna sendiri.

Banyak sangat rnngutan dan pihak insurance company pun kita dapati sudah banyak yang kena tutup oleh sebab kononnya penyelewengan daripada claims ini. Sekiranya claim ini dibayar terns kepada pihak pengguna, iaitu tuanpunya motokar itu tadi, dia tahulah apa hendak buat dengan duitnya itu, sama ada dia akan baiki sendiri ataupun bawa kepada workshop yang dia pilih ataupun kepada sesiapa. Jadi, untung kepada pihak pengguna ialah dia ada pilihan untuk pergi ke mana-mana bengkel yang dia suka. Bukan seperti sekarang, pihak bengkel

Page 46: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5125 30 DISEMBER 1991 5126

itu telahpun ditentukan oleh pihak syarikat insurans itu sendiri iaitu sebagai panel, pihak pengguna tidak ada pilihan.

Dengan cara yang ada sekarang ini kita dapati, daripada pengalaman saya sendiri, 6 bulan kita belum dapat balik motokar kita tetapi instalment untuk hire purchase kita kena bayar juga untuk 6 bulan sedangkan motokar tidak berjalan. Ini satu masalah dan sering­kali berlaku. Memang ini kegiatan workshop untuk tuanpunya motokar ini sign blank untuk borang-borang ini. Kalau ikut taksiran pada mata kasar kita, kita tengok, barangkali dalam seribu ringgit, tetapi oleh sebab kita telahpun sign borang yang kosong ini, ada orang yang membuat rungutan bahawa claim yang sebenar dibuat kepada insurance company itu ber­lebihan daripada seribu ringit itu.

Jadi inilah yang diselewengkan, tetapi kalau mengikut cadangan saya tadi, pihak insurance company, pihak adjuster, pihak polis dan pihak bengkel boleh menilai sendiri bila sudah nampak kemalangan motokar tadi itu, kita kata $1,000 kosnya, insurance company terus mengeluarkan bayaran $1,000 kepada pengguna. Terserah kepada penggunalah untuk hendak membaiki motokarnya itu di mana sahaja yang ia suka~

Inilah saya bawa cadangan ini se­bagai satu tugas supaya pihak in­surance company dapat mengatasi, saya harap, masalah-masalah yang mereka hadapi sekarang. Pihak Kerajaan pun saya rasa tidaklah begitu bermasalah sangat kepada pengurusan insurance company daripada segi motor insurance policy ini.

Bual akhir sekali, Tuan Yang di­Pertua, saya ingin menempuh mengenai EAEC (East Asia Economic Caucus), kerana ini ada kaitan dengan Labuan sebagai IOFC. Saya menyokong penuh di atas usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menubuhkan EAEC ini.

Sebenarnya pada tahun sudah, sebelum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengeluarkan idea ini, ada orang menyebut-nyebutnya. Jadi latarbelakangnya tadi adalah daripada segi masalah penyeragaman undang-undang antara ahli-ahli di Asia. Contohnya, berkenaan dengan undang­undang extradition, undang-undang kita tidak serupa dengan undang­undang Filipina, Indonesia. Jadi, sebagai contoh, kalau EAEC (East Asia Economic Caucus) ini ditubuhkan, daripada segi extradition dapat kita seragamkan undang-undang. Begitu juga daripada segi Customs duties dan sebagainya. Jadi kita boleh jaga juga kepentingan kawasan ini daripada segi uniform currency. Kita dapati sekarang inipun memanglah banyak masalah sangat. Mengenai currency ini, ada yang menggunakan yen, ada yang menggunakan American dollar, Deutsche Mark dan sebagainya. Tetapi dengan tertubuhnya EAEC ini, saya berharap masalah-masalah seperti ini dapat kita selesaikan seperti EEC yang sekarang ini hendak mengeluarkan satu common currency untuk EEC sahaja. Jadi kalau di sana dapat dibuat saya sungguh-sungguh berharap di sinipun dengan tertubuhnya EAEC ini dapat kita menikmati banyak faedah yang seragam untuk kepentingan kita.

Selain daripada itu, memanglah kita ada kekuatan suara daripada segi pasaran, daripada segi pengeluaran, daripada segi research and develop­ment dapat kita seragamkan ataupun dapat kita agih-agihkan kepada negara­negara yang tertentu supaya kerja ini tidak overlap.

Untuk mengakhiri Tuan Yang di­Pertua, EAEC ini adalah satu usaha yang begitu penting kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya berharaplah apabila ini ditubuhkan, kita kaitkan pertubuhan ini dengan Labuan, dan saya mencadangkan supaya EAEC ini di ibupejabatkan di Labuan agar dapat kita selaraskan usaha-usaha kita, dengan menubuhkan headquarters di sana supaya perjalanan

Page 47: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5127 30 DISEMBER 1991 5128

EAEC ini lebih lancar daripada badan­badan lain yang ada di Asia ataupun di South East Asia ini.

Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sedikit sebanyak teguran saya dan sekali lagi saya menyokong di atas Rang Undang-undang yang bernama Akta Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 1991. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya menjemput Kementerian Per­dagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk memberikan jawapan.

Dr Sak Cheng Lum: Tuan Yang di­Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dahalan bin Haji Embun yang telah membangkitkan beberapa perkara dan juga membuat cadangan dan pandangan beliau dengan tujuan yang memang sama dengan kami iaitu supaya kita menyokong Rang Undang-undang Pindaan yang telah dibentangkan dan juga dengan hasrat bahawa dengan usaha ini kita dapat menengok bahawa Labuan dimajukan dengan lebih pesat lagi sebagai satu IOFC. Izinkan saya sekarang untuk menjawab dua tiga perkara secara ringkasnya.

Yang pertamanya, memang maksud untuk mengadakan satu IOFC ialah supaya syarikat luar pesisir yang ditubuhkan di IOFC itu tidak disekat dengan peraturan-peraturan yang begitu ketat. Waiau bagaimanapun, suka saya menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini bahawa sebelum pihak berkuasa dipertanggungjawabkan me­nerima sesebuah syarikat luar pesisir termasuk syarikat bank luar pesisir atau syarikat insuran luar pesisir untuk beroperasi di L~buan, memang penelitian yang ketat dengan izin, stringent check, akan dikenakan bagi mempastikan bahawa Labuan ber­kembang sebagai IOFC yang bersih. Dengan penelitian yang ketat dan juga dengan dasar hanya membenarkan kemasukan bank-bank, syarikat­syarikat insurans dan lain-lain yang mempunyai, dengan izin, high inter-

national standing and repute untuk beroperasi di Labuan, tentu sekali mereka disangka terlibat di dalam aktiviti-aktiviti haram seperti "pem­bersihan wang kotor" tidak dapat masuk beroperasi di Labuan.

Berkenaan dengan soalan samada bank atau syarikat insurans yang ditubuhkan di Labuan boleh dibenarkan menubuhkan cawangan-cawangan di negeri-negeri lain di Malaysia, suka saya memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa bank luar pesisir atau syarikat insurans luar pesisir sungguhpun boleh menubuhkan cawangan-cawangannya di seluruh dunia, akan tetapi ia tidak dibenarkan membuka cawangan-cawangan mereka di mana-mana negeri di Malaysia kecuali di Labuan.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya berkenaan dengan soalan yang ada berkaitan dengan industri insuran secara amnya, memang ini adalah di bawah bidangtugas atau kawalan Kementerian Kewangan, dan saya akan merujukkan teguran dan cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Ber­hormat kepada Kementerian yang berkenaan.

Perkara yang ada berkaitan dengan East Asian Economic Caucus (EAEC), saya akan merujukkannya kepada Kementerian ataupun agensi-agensi yang berkenaan. Dengan itu, saya lagi sekali mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dahalan.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua sekarang dan di­serahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. ·

Page 48: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5129 30 DISEMBER 1991 .5130

Dewan bersidang sebagai J awatan­kuasa.

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian dari Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG SY ARIKAT (PINDAAN)

Bacaan Kall Yang Kedua dan Ketiga

4.14 ptg.

Dr Sak Cheng Lum: Tuan Yang di­Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa satu Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Syarikat, 1965 dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, tujuan Rang Undang-undang pindaan ini ialah untuk meminda Akta Syarikat 1965 bagi membolehkan Pendaftar Syarikat menimbang dan meluluskan sesuatu skim saham pekerja oleh sesuatu syarikat asing di mana skim seperti tersebut. akan mendatangkan banyak faedah kepada pekerja-pekerja tem­patan di anak-anak syarikat asing di Malaysia.

Akta S yarikat 1965 merupakan suatu perundangan yang selalu mengambil­kira perubahan-perubahan dan per­kembangan yang berlaku dari masa ke semasa dan oleh hal yang demikian, ia perlu dipinda selaras dengan per­kembangan dunia korporat yang semakin sophisticated. Sebelum ini, Akta ini telah dipinda sebanyak enam kali iaitu dalam tahun 1969, 1971, 1985, 1986, 1989 dan akhir sekali pada awal tahun 1991.

Semua pindaan-pindaan termasuk juga pindaan yang dicadangkan pada

\

kali ini dibuat dengan mengambilkira cadangan dan pandangan daripada badan-badan profesional, dewan-dewan perniagaan dan badan-badan lain agar pindaan yang dibuat akan men­datangkan faedah kepada semua pihak yang terlibat dalam sektor korporat khususnya dan negara pada amnya.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menghuraikan pindaan kecil yang dicadangkan untuk kali ini. Sesuatu skim saham pekerja di­tawarkan oleh sesebuah syarikat kepada pekerjanya bertujuan mem­bolehkan pekerja-pekerja bersama­sama menjadi pemegang saham syarikat itu dan menikmati keuntungan yang didapati oleh syarikat itu dan selanjutnya dapat mempertingkatkan produktiviti seseorang pekerja itu.

Mengikut Seksyen 37(2)(c) yang ada sekarang, Pendaftar Syarikat hanya mempunyai kuasa untuk menimbang dan meluluskan sesuatu skim saham pekerja yang dimajukan oleh syarikat­syarikat tempatan sahaja. Dengan kuasa yang ada pada Pendaftar Syarikat, syarikat tempatan adalah dikecualikan dari mendaftar prospektus dengan Pendaftar S yarikat. Penge­cualian ini diberi kerana mendaftar sesuatu prospektus memakan masa dan melibatkan perbelanjaan yang agak besar. Di samping itu, pekerja-pekerja syarikat sudah sepatutnya mempunyai pengetahuan mengenai prestasi sya­rikatnya sendiri dan boleh membuat keputusan yang sewajarnya sama ada untuk menerima tawaran itu atau tidak. Sebaliknya, Pendaftar Syarikat tidak mempunyai kuasa di bawah peruntukan yang ada sekarang untuk menimbang sesuatu permohonan seperti itu dari sesebuah syarikat asing.

Sementara itu, Pendaftar Syarikat telah menerima beberapa permohonan daripada syarikat-syarikat asing yang bertaraf antarabangsa atau multi­national corporations, dengan izin, seperti Motorolla, Welcome Inter­national, AB Axtra Sweden, The New Zealand Insurance Company Limited dan sebagainya yang bercadang me-

Page 49: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5131 30 DISEMBER 1991 5132

nawarkan saham-sahamnya kepada pekerja-pekerja tempatan di anak-anak syarikatnya di Malaysia. Ini bermakna tawaran skim tersebut hanya di­laksanakan dengan menyedia dan mendaftarkan prospektus dengan Pendaftar Syarikat di mana ianya akan memakan masa dan melibatkan per­belanjaan yang agak besar kepada syarikat itu.

Kesan daripada peruntukan itu, pekerja-pekerja tempatan di anak-anak syarikat asing yang terdapat di Malaysia tidak dapat menikmati faedah daripada skim yang ditawarkan oleh syarikat induknya kepada pekerja­pekerja di anak-anak syarikatnya di tempat-tempat lain di seluruh dunia.

Dengan pindaan yang dicadangkan kepada seksyen tersebut, Pendaftar Syarikat akan diberi kuasa untuk menimbang dan meluluskan cadangan sesuatu skim saham pekerja oleh sesebuah syarikat asing. Ini akan memudahkan sesuatu syarikat asing membuat tawaran sahamnya kepada pekerja-pekerja anak syarikatnya di Malaysia tanpa memerlukan penye­diaan dan pendaftaran prospektus dengan Pendaftar Syarikat. Dengan itu, pekerja tersebut akan berpeluang menikmati faedah-faedah dari sesuatu skim saham pekerja itu seperti yang dinikmati oleh pekerja-pekerja anak­anak syarikat kepada syarikat asing itu di tempat-tempat lain di seluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua, seperti saya nyatakan tadi, pindaan ini adalah dicadangkan bagi membolehkan pekerja-pekerja tempatan sesuatu anak syarikat kepada syarikat asing di Malaysia bersama-sama menjadi pemegang saham kepada syarikat itu dan menikmati keuntungan yang didapati oleh syarikat itu dan seterus­nya boleh mempertingkatkan pro­duktiviti kerja mereka. Ini akan men­datangkan kesan yang baik kepada pekerja-pekerja itu sendiri khususnya dan kepada negara pada kese­luruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tuan Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk meminda Akta Syarikat 1965 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab tiada ahli yang hendak. berucap, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatan­kuasa.

(Tuan Yang di-P•"1:ua mem­pengerusikan J ·nkuasa)

Fasal 1 dan 2 ( sebahagian daripad. undang.

· ,tahkan jadi .mg Undang-

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PROFESION UNDANG-UNDANG

(PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketlga

4.22 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman (Tuan Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Page 50: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

..

5133 30 DISEMBER 1991 5134

Tujuan Rang Undang-undang ini ialah untuk meminda Seksyen 3, 15, 67, 68, 70, 70A, 71, 88A, 93 hingga 103, 108, 109, 110 dan 111 Akta Profesion Undang-undang 1976 dan juga untuk mengadakan satu seksyen baru iaitu Seksyen 78A.

Tuan Yang di-Pertua, profesion u~dang-undang pada masa lampau d1pandang tinggi dan dihormati tetapi pada masa ini ia sedang menghadapi krisis kerana imejnya dan keyakinan orang awam dan pihak client terjejas oleh kerana kes-kes salah-laku dan pecah amanah yang dilaporkan di­lakuka_n oleh peguam. Kerajaan sering menenma rungutan dan aduan orang awam dan pihak client kerana mereka tidak puas hati terhadap perkhidmatan dan pengendalian kes oleh peguam­peguam mereka. Ada masanya mereka mengambil masa terlalu panjang. Begitu juga orang awam beranggapan bahawa kes terhadap peguam tidak diam bil tindakan segera. Kes-kes tatatertib terhadap peguam dikatakan tidak diberi perhatian yang khusus dan serius oleh Majlis Peguam dan Jaw~tankuas~ Bar di peringkat negeri masmg-masmg. Malahan anggapan orang awam ialah apabila mereka teraniaya kerana tindakan peguam, sela~uny~ mereka gagal mendapat gant1-rug1 dan terpaksa menghadapi kerugian.

Walaupun Akta Profesion Undang­undang yang ada sekarang mempunyai peruntukan khusus mengenai pengen­dalian dan prosedur kes-kes tatatertib, tetapi ia tidak berkesan. Justeru itu lahirlah perasaan marah dan hampa orang awam dan juga client. Orang awam membuat andaian bahawa Majlis Peguam tidak berjaya menyelesaikan kes tatatertib terhadap peguam kerana mereka tidak berminat hendak berbuat demikian. Majlis Peguam disebaliknya pula berpendapat peruntukan yang sedia ada terlalu longgar dan tidak berkesan untuk menyelesaikan masalah tatatertib. Majlis Peguam sendiri

mengakui bahawa disiplin di kalangan peguam sudah menjadi satu masalah dan meminta Kerajaan menimbangkan untuk meminda Akta ini.

Den~an kepekaan Kerajaan terhadap kepentmgan rakyat, maka Kerajaan memikirkan sudah tiba masanya untuk disemak semula beberapa peruntukan Akta Profesion Undang-undang 1976 selaras dengan keperluan dan kehendak semasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya semua badan profesional ingin melihat profesionnya tidak tercabar dan nama baiknya tercemar. Cara yang paling berkesan sekali ialah dengan me­numpukan pemerhatian dalam aspek mengawal dan mengawas tindakan dan amalan profesion dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya selaras dengan undang-undang yang di­kanunkan. Ini akan dapat melahirkan keyakinan terhadapnya bukan sahaja di kalangan ahli-ahli tetapi juga di kalangan orang awam. Justeru itu pindaan memberi penekanan soai disiplin ataupun tatatertib para peguam adalah dicadangkan struktur dan pengurusan badan tatatertib dikemas­kinikan. Kerajaan percaya prosedur baru ini akan membolehkan kes tatatertib berjalan dengan lebih teratur, cepat dan efisyen.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini orang sering memperkatakan tentang hak. Oleh yang demikian, di dalam bidang profesional pun pihak yang kita wakili juga mempunyai hak. Bagi menjamin client tidak terdedah kepada kerugian akibat daripada kesalahan berhubung dengan tanggungjawab profesional peguam dan supaya client berasa terselamat, Kerajaan berpen­dapat sudah tiba masanya untuk mewajibkan insurans indemniti pro­fesional kepada semua pengamal undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, hakikat yang perlu kita terima dalam undang-undang dan fakta · ialah negeri Selangor dan

Page 51: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5135 30 DISEMBER 1991 5136

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah dua wilayah yang berasingan. Menyedari realiti tersebut dan ter­wujudnya Mahkamah Tinggi di Shah Alam, Selangor dan Kuala Lumpur membolehkan kita untuk memisahkan Bar Selangor dan Bar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selain dari itu, beberapa peruntukan lain juga akan dipinda. Tuan Yang di­Pertua, saya mohon untuk menjelaskan dengan lebih terperinci lagi seksyen­seksyen yang akan dipinda. Rang Undang-undang ini mengandungi pindaan ke at.as Seksyen 3, 15, 67, 68, 70, 70A, 71, 88A, 93 hingga 103, 108, 109, 110, 111 dan juga peruntukan baru iaitu Seksyen 78A.

Di bawah Akta yang sedia ada, peguam tidak diwajibkan untuk meng­ambil polisi insurans indemniti untuk kerugian yang dialami akibat daripada apa-apa kelas liabiliti profesional peguam yang mengendalikan kes-kes mereka. Orang awam berasa terdedah, teraniaya dalam kes-kes yang sebegini rupa. Mengikut maklumat yang diberikan oleh Majlis Peguam, pada masa ini 50% daripada peguam­peguam tidak mengambil insurans indemniti profesional. Bilangan se­benar tidak kami mengetahui. .

Justeru itu, satu pindaan perlu dibuat bagi mewajibkan semua peguam untuk terlibat dengan satu skim insurans indemniti profesionaL Justeru itu, satu seksyen baru, Seksyen 78A, diper­kenalkan dan kuasa diberikan kepada Majlis Peguam dengan kelulusan Peguam Negara untuk membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan skim insurans indeminiti profesional terhadap apa-apa kes liabilti pro­fesional.

Tujuan utama skim tersebut adalah untuk memberi perlindungan kepada orang awam di mana mereka boleh membuat tuntutan terhadap kerugian yang dialami akibat daripada apa-apa

kelas liabiliti profesional peguam­peguam yang mengendalikan kes-kes mereka. Keduanya, ia juga akan dapat melindungi peguam-peguam yang mengamal undang-undang terhadap liabiliti mereka selain daripada me­lindungi pihak tetuan guaman itu sendiri dari apa-apa tuntutan pihak client akibat liabiliti mana-mana peguamnya.

Bagi menentukan yang peruntukan mandatori ini dipatuhi dengan lebih berkesan, di antara lainnya, skim ini memperuntukkan supaya setiap pe­guarri mengambil insurans yang memberi perlindungan yang mencukupi bagi setiap peguam yang mengamalkan undang-undang sebelum ia mendapat sijil t.ahunan.

Seksyen baru 78A yang dicadangkan ini, apabila diluluskan kelak akan memberikan kuasa kepada Majlis Peguam untuk melaksanakan skim insurans indemniti bagi kepentingan orang awam serta juga profesion undang-undang senantiasa terpelihara. Kerajaan berharap dengan adanya skim ini pandangan dan keyakinan orang awam terhadap pengamal undang-· undang akan dapat dipulihkan semula.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang dicadangkan kepada Seksyen 93 hingga I 03 bertujuan menggantikan peruntukan-peruntukan yang sedia ada mengenai prosedur tindakan tat.atertib terhadap peguambela dan peguamcara.

Mengikut prosedur yang diamalkan sekarang, Majlis Peguam mempunyai kawalan ke atas semua perkara ber­kaitan dengan tindakan tatatertib terhadap seseorang peguambela dan peguamcara. Apa-apa aduan mengenai kelakuan seseorang peguambela dan peguamcara hendaklah dibuat kepada Majlis Peguam. Majlis Peguam ke­mudiannya merujukkan aduan itu kepada Jawat.ankuasa Bar Negeri yang akan menyiasat aduan itu. Dan selepas itu melaporkan pendapatnya kepada

J. ·-

Page 52: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5137 30 DISEMBER 1991 5138

Majlis Peguam sama ada aduan itu patut dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib atau tidak untuk siasatan formal. Jika Jawatankuasa Bar Negeri tidak mengemukakan laporannya dalam masa 3 bulan, Majlis Peguam boleh, atas usulnya sendiri merujukkan aduan itu kepada Jawatankuasa Siasatan.

Jawatankuasa Siasatan hendaklah menyiasat aduan i_tu dan hendaklah dalam masa 3 bulan memberi kepada Majlis Peguam laporannya bersama­sama dengan syor-syornya. Dalam masa 6 bulan setelah menerima laporan daripada Jawatankuasa Bar Negeri atau Jawatankuasa Siasatan, mengikut mana-mana yang berkenaan, Majlis Peguam hendaklah memutuskan sama ada suatu siasatan formal perlu diadakan ataupun tidak.

Jika suatu siasatan formal perlu diadakan, Majlis Peguam hendaklah memohon kepada · Hakim Besar Mahkamah Tinggi supaya dilantik sautu Jawatankuasa Tatatertib untuk menjalankan siasatan itu.

Jawatankuasa Tatatertib kemudian­nya hendaklah mengadakan suatu siasatan formal ke atas aduan dan membuat keputusan mengenai syor­syor yang tertentu berkaitan dengan tindakan peguambela dan peguamcara yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Peguam Negara telah dimaklumkan bahawa Majlis Peguam menerima kira­kira 300 aduan terhadap peguam tiap­tiap tahun. Kerajaan menerima banyak aduan daripada orang awam bahawa kes disiplin terhadap peguam yang mengamal undang-undang mengambil masa terlalu panjang dan tidak berpuas hati dengan layanan yang dianggap tidak cekap dan praktikal. Mereka sering mengambil sikap dan ber­pendapat Majlis Peguam tidak berminat untuk mengambil tindakan terhadap ahlinya sendiri. Setelah mengkaji dari aspek keahliannya, orang awam dan imej profesion undang-undang adalah

difikirkan perlu membuat peraturan baru terhadap prosedur tatatertib. Bar Malaysia sendiri mengakui prosedur tatatertib yang sedia ada mengambil masa yang panjang dan menyebabkan kelewatan melibatkan banyak dokumen dan kertas kerja dan tidak praktikal. Berbagai-bagai had masa yang di­peruntukkan di dalam Akta juga sukar dipatuhi. Untuk memudahkan kese­luruhan prosedur tatatertib, Seksyen 93 hingga 103 yang sedia ada perlu digantikan dengan seksyen baru 93 hingga 103G.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bercadang untuk menghuraikan peruntukan-peruntukan seksyen baru 93 hingga 103G Rang Undang-undang ini satu persatu kerana huraian sedemikian sudahpun disertakan bersama-sama Rang Undang-undang ini. Bagaimanapun, izinkan saya secara ringkas menerangkan peruntukan­peruntukan baru mengenai prosedur tatatertib yang dicadangkan di dalam Rang Undang-undang ini.

Mengikut prosedur tatatertib yang baru, suatu Lem baga Tatatertib hendaklah ditubuhkan yang akan mempunyai kawalan ke atas semua perkara berkaitan dengan tatatertib peguambela dan peguamcara. Lembaga itu akan dibantu oleh Pengarah Urusetia Aduan. Lembaga itu juga diberi kuasa untuk membuat kaedah­kaedah untuk mengawalselia prosedur tatatertib. Semua aduan berkenaan dengan kelakuan peguambela dan peguamcara atau pelatih hendaklah dirujukkan kepada Lembaga Tatatertib.

Tuan Yang di-Pertua, apabila sesuatu aduan diterima, Lembaga Tatatertib hendaklah menubuhkan satu Tribunal Penyiasatan terdiri daripada anggota-anggota panel Tribunal Penyiasatan untuk menyiasat aduan itu. Tribunal Penyiasatan hendaklah dalam masa dua minggu dari tarikh per­lantikannya menyiasat aduan dan melaporkan pendapatnya kepada

Page 53: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5139 30 DISEMBER 1991 5140

Lembaga Tatatertib dengan seberapa segera yang boleh. Tetapi dalam mana­mana kes tidak lewat daripada dua bulan selepas bermulanya penyiasatan itu. Jika suatu penyiasatan formal diperlukan, satu Jawatankuasa Tata­tertib terdiri- daripada anggota-anggota Panel Jawatankuasa Tatatertib hendak­lah dilantik untuk menyiasat dan mendengar aduan itu dan seterusnya membuat syor-syor kepada Lembaga Tatatertib. Lembaga Tatatertib ke­mudiannya hendaklah membuat perintah yang sesuai setelah me­nimbang syor-syor Jawatankuasa Tatatertib.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut prosedur tatatertib yang baru semua perkara yang berhubungan dengan prosiding tatatertib yang di bawah bidangkuasa Majlis Peguam akan dipindahkan kepada suatu badan baru iaitu Lembaga Tatatertib. Lembaga Tatatertib hendaklah dipengerusikan oleh seorang yang dilantik oleh Hakim Besar. ·

Peruntukan-peruntukan juga dibuat di dalam akta bagi membolehkan orang biasa selain daripada peguambela dan peguamcara mengambil bahagian di dalam perkara-perkara berkaitan dengan prosiding tatatertib. Kuasa untuk menyiasat sesuatu aduan tidak lagi terletak kepada J awatankuasa Bar Negeri tetapi akan menjadi tanggung­jawab Tribunal Penyiasatan yang akan ditubuhkan. Ini akan memastikan lebih kesaksamaan dalam keseluruhan proses penyiasatan.

Pindaan-pindaan berbangkit juga perlu dibuat kepada seksyen 3, 88A, 108, 109, 110 dan 111 oleh sebab peruntukan-peruntukan baru mengenai prosedur tatatertib.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 15 dan 70 dipinda untuk memberi kesan statutory kepada apa yang sedang diamalkan oleh profesion undang­undang. Pindaan-pindaan kepada seksyen 67 dan 70A adalah untuk

membenarkan pembubaran Mesyuarat Agung Bar Malaysia dan Bar Negeri masing-masing sekiranya tidak cukup kuorum. Tindakan ini adalah. praktikal oleh kerana di bawah peruntukan­peruntukan yang sedia ada, mesyuarat itu terpaksa ditangguh ke minggu yang berikutannya dan dari segi amalan adalah didapati sukar untuk men­dapatkan kuorum bagi Me~yuarat yang berikutnya.

Sekysen 68 (elah dipinda untuk membenarkan pemisahan Bar Selangor dan Bar Wilayah Persekutuan kepada Bar Kuala Lumpur dan Bar Negeri Selangor. Negeri Selangor sekarang ini telahpun mempunyai Mahkamah Tingginya sendiri di Shah Alam dan dengan ini Bar Selangor berhasrat untuk berpisah daripada Bar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada keseluruhannya pindaan­pindaan yang dicadangkan adalah selaras dengan usaha untuk mem­perbaiki prosedur dan mengemas­kinikan Akta Profesion Undang-undang yang mana adalah sangat sesuai dan baik belaka. Saya harap Rang Undang­undang ini akan mendapat sokongan daripada Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Dr Sak Cheng Lum: Tuan Yang di­Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Adam bin Kadir: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk meminda Akta Profesion Undang-undang, 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya, Tuan Azman.

4.38 ptg.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong Rang Undang­undang yang bernama S uatu Akta

Page 54: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5141 30 DISEMBER 1991 5142

. untuk meminda Akta Profesion Undang-undang, 1976 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di J abatan Perdana Menteri dan juga selaku Menteri Kehakiman.

Sebelum saya mengambil peluang untuk membahas dan menegur di dalam meluluskan Rang Undang-undang ini, saya ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Y.ang Berhormat Saudara Nazri yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dan secara kebetulan akan menjadi sejarah kepada beliau sendiri kerana di hari perlantikan beliau sebagai salah seorang peguam maka Akta ini dibawa di dalam Dewan Negara untuk mendapat sokongan.

Tuan Yang di-Pertua, sudah sampai masanya bagi pihak Kerajaan Malaysia meneliti semua rang undang-undang yang patut kita pinda, yang patut kita perketatkan supaya ianya menjadi suatu rang undang-undang yang dapat dipergunakan oleh rakyat Malaysia untuk selama-lainanya kerana banyak rang undang-undang yang saya dapati sudah tidak sesuai lagi dengan keadaan zaman. Apatah lagi negara kita sekarang merupakan negara yang sedang membangun di mana terdapat rakyatnya sudah cerdik-cerdik, sudah pandai-pandai dan sudah berani-berani sehingga sampai kepada satu ketika mereka menggunakan demokrasi yang menjadi sistem pentadbiran negara ini sudah keterlaluan dan sudah tidak dapat dikawal lagi.

Maka perlu apa sahaja Rang Undang-undang yang patut kita pinda atau perketatkan, kita perketatkan. Saya percaya tujuan Kerajaan membuat pindaan Rang Undang-undang profesion ini adalah satu daripadanya di mana ada satu badan yang telah menggunakan demokrasi yang kita beri sebagai sistem pemerintahan dalam negara ini sudah keterlaluan, sudah tidak menghormati lagi pentadbiran

negara, tidak menghormati pimpinan negara dan sehingga menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap profesion ini.

Tuan Yang di-Pertua, di mana-mana sekarang kalau kita pergi, kita dapati Parlimen-parlimen yang tidak bertauliah di kedai-kedai kopi, di bawah-bawah pokok, rakyat sudah pandai bercakap masalah profesion undang-undang. Minta maaf, bukan saya merendahkan peguam-peguam, tetapi saya hanya bercakap kepada mereka yang tidak bertanggungjawab, peguam-peguam di bawah Bar Council yang tidak tahu membalas budi, yang tidak tahu mengenang budi, yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih kepada pemerintahan negara Malaysia.

Saya pun hairan kenapa ada di antaranya begitu memandang rendah kepada pucuk pimpinan parti yang memerintah dalam negara kita ini. Apakah kerana mereka cemburu kerana Perdana Menteri kita bukan seorang peguam? Dia seorang doktor. Tetapi saya hendak memberitahu di Dewan yang mulia ini, Perdana Menteri kita, saya akui, dia bukan seorang peguam, dia sebagai seorang doktor tetapi dia ini adalah sebagai seorang doktor daripada semua lapisan bidang yang dia boleh jadi doktor termasuklah doktor peguam sekali. Ini saya hendak beri tahu kepada Bar Council. Saya pun hairan kenapa rakyat sama-sama boleh membahaskan masalah profesion undang-undang ini. Ini disebabkan oleh kerana rakyat sudah tidak lagi percaya, kerana ramai rakyat sudah tertipu.

Kalau dahulu, semasa saya kecil, bila sebut sahaja peguam, saya gerun, naik bulu roma saya. Saya ingat entah macam mana rupanya orang yang dipanggil peguam atau lawyer ini. Rupa-rupanya, bila saya sudah besar, sudah dewasa, masuk pula dalam Dewan Negara-pembuat undang­undang dalam negara di mana saya dapat membezakan, "oh! rupa-rupanya

Page 55: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5143 30 DISEMBER 1991 5144

taraf· saya lebih tinggi lagi daripada peguam". Sebab kita di sini membuat undang-undang, mereka hanya meng­amalkan undang-undang. Mana mereka hendak lebih daripada kita, mereka hendak lawan dengan kita? lbaratnya, "engkau lari ke mana pun kita pintas". "Nah! sekarang sampai masanya kita pintas, di mana tempat, ceruk engkau hendak lari?"

Tuan Yang di-Pertua, apabila saya mengenali rupa peguam-peguam ini, bukan semuanya yang dianggap bijak. Tetapi macam peguam kita yang membawa Rang Undang-undang tadi memang bijaklah, itu sebab sekali dia memikir, sekali dia garu kepala sehingga rambutnya banyak gugur. Begitu juga Encik Nazri. Dalam Dewan Negara ini sudah ramai peguam. Tetapi yang masuk dalam Dewan Negara ini yang saya tahu mereka juga tidak bersetuju dengan perjalanan Bar Council 101. Kerana perjalanan, penyelewengan Bar Council ini maka Akta ini terpaksa dipinda. Dahulu kita ingat peguam di bawah Bar Council ini, togas mereka menyelamatkan wang atau harta pelanggan-pelanggan mereka. Rupa-rupanya ada yang kaki sapu, yang kaki sakau lebih daripada penyamun. Mereka ini penyamun berlesen tetapi kita penyamun tidak berlesen. Itu sahaja bezanya. Kadang­kadang kita pun naik hairan, boleh pula bercakap, "oh! kenapa Malaysia tidak ikut cara sistem Amerika, sistem British, sistem Australia."

Saya hendak beritahu kepada Bar Council, di Amerika, di Britain, peguam-peguam sentiasa menyokong Kerajaan, sentiasa menghormati Kerajaan, tidak semacam mana Bar Council yang ada di sini. Ada yang menjadi ahli Bar Council, politik pun dia hendak campur, business dia hendak sakau, semua dia hendak sapu. Rupa-rupanya mereka ini betul-betul seperti kepada perbidalan, "kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi". Kepada yang bukan Melayu, saya

hendak beri penjefasan mengenai peribahasa itu. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi, maknanya ada tahu ayam jantan, dia berkokok bukan main nyaring, sebatu boleh dengar. Dengan nyaring suaranya itu, kita ingat sungguh cantik rupa ayam itu. Rupa­rupanya bila dekat, ekornya berge­lumang dengan tahi, baunya sungguh busuk, I 00 ela sudah berbau busuknya. Inilah perangai peguam-peguam yang ada ini. Tetapi Yang Berhormat Krishnan, dia tentu angguk, sebab dia bukan peguam.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap di dalam Dewan ini kita akan memberikan satu pandangan dan teguran. Apa yang patut kalau kita fikirkan undang­undang ini tidak ketat, kita haruslah perketatkan lagi dan kalau sekiranya ada orang bercakap, kita kena beritahu. Undang-undang ini adalah ciptaan manusia. Kalau hari ini kita luluskan, dan minggu depan kita rasa tidak sesuai, kita luluskan lagi satu undang­undang, kerana ini adalah ciptaan manusia. Kita tidak mahu ada cabaran dari luar yang mengatakan seolah­olahnya kita ini sudah takut dengan Bar Council, kerana kita sudah tiada jalan lain untuk hendak bertindak.

Saya sudah menyebutkan perkara ini dalam Perhimpunan Agung yang sudah. Penyelewengan yang banyak sudah dibuat oleh mereka yang berjawatan dalam Bar Council ini sudah ke­terlaluan. Tetapi setakat meluluskan undang-undang sahaja, kalau tidak kita ambil satu tindakan di mana undang­undang yang telah kita wujudkan dalam negara yang sudah sedia ada iaitu undang-undang Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kerana perbuatan mereka sudah keterlaluan. Contohnya, mereka telah pergi ke luar negeri memburuk­burukkan negara kita, memburuk­burukkan pentadbiran negara kita, kemudian saya lihat perangai mereka ini tidak mengiktiraf Lord President, Ketua Hakim Negara kita, tetapi saya tengok berapa ramai ahli Bar Council

Page 56: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5145 30 DISEMBER 1991 5146

pergi ke Mahkamah terpaksa men­jalankan togas, melayan pelanggan­pelanggan mereka. Tetapi bila sampai dalam Mahkamah, dia terpaksa angguk dengan Ketua Hakim Negara, dengan izin, "Yes, my Lord". Ini apa punya cerita. Di luar bercakap tidak mengiktiraf Ketua Hakim Negara tetapi bila berdepan Ketua Hakim Negara, "Yes, my Lord". Apa punya perangai ini? Inilah yang dikatakan hypocrite, fasal dia terpaksa pergi dan meng­angguk, kalau tidak mereka terlepaslah duit daripada pelanggan. Bukan itu sahaja yang menyusahkan rakyat jelata sekarang-kepada pelanggan-pelanggan dan saya minta kalau boleh Menteri Kehakiman dalam masa menggulung nanti menjawab pandangan saya ini. Kenapa tidak kita masukkan sekali satu pindaan undang-undang di mana kita pisahkan mereka ini. Kalau mereka hendak menjadi peguambela, peguam­bela sahaja. Kalau hendak jadi peguam­cara, peguam cara sahaja.

Dengan adanya kedua-dua mereka bolot sekali, itu sebabnya kadang­kadang terdapat kes berlonggok­longgok dalam mahkamah tidak dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Kerana kadang-kadang Majistret dan Hakim sudah dapat menentukan masa perbicaraan, peguam pula tidak senang. Pada mulanya dia mengaku sudah senang, tetapi bila sampai masanya ada pula satu kes bagi peguamcara mendapatkan somber kewangan, dia boleh minta tangguh perbicaraan. Bukankah ini menyusahkan per­bicaraan dan perjalanan mahkamah?

Sudahlah begitu, kita sudah luluskan rang undang-undang supaya meng­gunakan Bahasa Kebangsaan dalam mahkamah tetapi masih lagi terdapat peguam-peguam yang kebanyakannya dari Bar Council yang tidak mahu menghormati, tidak mahu meng­gunakan Bahasa Kebangsaan di dalam mahkamah.

Jadi, kita kena buat satu tindakan supaya kita ajar mereka ini betul-betul. Saya kalau boleh, Tuan Yang di-Pertua dan Menteri yang berkenaan yang membawa Rang Undang-undang ini, di dalam menentukan profesion undang­undang ini juga apabila sesiapa sahaja ingin mempraktis undang-undang, dia mesti diiktiraf oleh Lord President, mesti mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim Negara atau Lord President. Sekurang-kurangnya dia dapat menghormati Ketua Hakim Negara. Tetapi kenapa mesti melalui Bar Council? Kenapa bila Kerajaan hendak meminda undang-undang yang saya sebutkan ini, masih lagi memberi peluang kepada peguam-peguam yang ingin mempraktis profesionnya mesti melalui Bar Council, kenapa tidak di bawah satu saluran yang tertentu di bawah jagaan Kerajaan iaitu melalui Ketua Hakim Negara. Dan kalau ini dapat diadakan, saya percaya dengan sendirinya seluruh peguam ter­utamanya peguam dari Bar Council dapat menghormati Ketua Hakim Negara kerana dia mengangkat sumpah untuk hendak menjadi peguam di depan Ketua Hakim Negara. Tetapi sekarang undang-undang ini masih lagi tidak dapat dipinda, tidak ada di dalam pembentangan Rang Undang-undang ini.

Saya harap Menteri Kehakiman dapat menyemak kerana Yang Ber­hormat juga paling arif dalam profesion undan·g-undang supaya dapat kita wujudkan benar-benar merupakan satu undang-undang di mana peguam dapat bekerjasama dengan Kerajaan, be­kerjasama dengan pelanggannya, bekerjasama dengan rakyat dan begitu juga rakyat dapat bekerjasama dan menghormati peguam-peguam.

Saya tidak mahu kerana ibarat perbidalan Melayu, "Kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit." Kerana seorang peguam yang mempunyai perangai salahlaku yang buruk, maka terbabit

Page 57: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5147 30 DISEMBER 1991 5148

peguam-peguam yang baik-baik belaka semua tercemar namanya. Tengok sekarang, dulu kita tidak pernah dengar peguam masuk Pudu Jail. Kita tidak pernah dengar peguam pergi Kajang masuk penjara tetapi sekarang semua sudah berlaku. Di mana Bar Council yang hendak meletakkan kononnya mereka ini mempunyai imej yang tinggi? Sedarlah kau orang bukan Malaikat! Banyak kesalahan dan kelemahan yang Kerajaan boleh ambil tindakan tetapi Kerajaan tidak mahu bertindak zalim sedangkan kami tidak bertindak zalim juga. Kau sanggup hendak mencabar dan memburuk­burukkan nama negara dan pemimpin negara di dunia luar. Dan saya hairan kesalahan yang mereka buat boleh dianggap sebagai pengkhianat bangsa, pengkhianat negara kerana mereka boleh dianggap sebagai sabotaj eko­nomi. Tetapi kenapa Kerajaan tidak bertindak? Saya ingin tahu selama ini berapa ramai ahli Bar Council yang telah pergi k~ negara luar menceritakan keburukan negara kita, menceritakan keburukan pimpinan Perdana Menteri kita yang telah diambil tindakan. Saya hendak tahu daripada Menteri yang berkenaan nanti.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, penjelasan.

Tuan Adam bin Kadir: Ya, beri jalan?

Tuan Azman Atar bin Othman: Boleh •. boleh. Saya tidak takut kepada siapa pun.

Tuan C. Krishnan: Adakah maksud Yang Berhormat itu bahawa dari tindakan tersebut apa tindakan yang harus dibuat? Adakah dilucutkan ke­warganegaraan mereka? Inikah maksud Yang Berhormat itu?

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Kita sudah ada undang-undang ISA. Buat setakat ini kita gunakan ISA.

Letak dia dulu dalam satu simpanan dan kalau kita rasa ini tidak mencukupi atau tidak boleh membuat dia takut, tidak boleh membuatkan dia gentar, kita buat lagi satu pindaan undang­undang. Sepatutnya kita tangkap orang yang melakukan kesalahan yang saya sebut tadi yang menceritakan ke­burukan negara di luar negeri, men­sabotaj ekonomi, apa lagi, saya mencadangkan kalau boleh kita buat satu pindaan undang-undang, tangkap dan ikat dia dekat pokok, bantai-guna firing squad, tembak! Itu sahaja.

Buat apa bagi hidup manusia semacam ini. Manusia yang tidak boleh memberikan khidmat bakti kepada rakyat, kepada negara, buat apa kita hidupkan. Ini sampah masyarakat. Saya anggap orang-orang macam ini lebih buruk daripada sampah masyarakat. Jadi, kita kena ambil tindakan. Jangan kita hanya bercakap sahaja kerana mereka ini pandai, bijak. Tetapi bila kita sudah ada satu undang-undang tertentu, saya percaya mereka tidak dapat lari daripada undang-undang.

Tengok, bila sudah Perdana Menteri dedahkan atas kesilapan salahlaku mereka pergi memburuk-burukkan, tidak mengaku pula, menafikan. Apa punya manusia ini! Kalau awak betul­betul peguam dari Bar Council, bijak dan pandai undang-undang-nah! Perdana Menteri bukan seorang peguam, mari berdepan dengan Perdana Menteri. Tetapi tidak meng­aku. Yang saya pelik, Tuan Yang di­Pertua, akibat perbuatan mereka ini seorang manusia yang kita sanjung tinggi, yang telah kita memberikan penghormatan sehingga dapat bergelar Tun, bekas Ketua Hakim Negara boleh terlibat, boleh terpengaruh dengan kumpulan orang ini sehingga sanggup pergi menghadiri satu mesyuarat agung Bar Council dan membuat ucapan­ucapan yang menyinggung perasaan pemimpin parti yang memerintah. Dia lupakah, kau telah kita bersarakan dengan baik dan beri kemudahan dan

Page 58: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5149 30 DISEMBER 1991 5150

keistimewaan oleh Kerajaan yang ada sekarang, tetapi kau boleh hina Perdana Menteri sehingga sanggup meng­gunakan ayat mengatakan "Presiden Bush hegitu tergila-gila hendakkan jawatan Dr Mahathir sehagai Perdana Menteri." Jadi ini saya pun terperanjat apahila dia sehut Presiden Bush tergila­gila hendakkan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Jadi rupanya Perdana Menteri Malaysia ini lehih terror dia punya kekuasaan sehagai Perdana Menteri daripada Presiden Bush.

Saya pun hersetuju kalau Perdana Menteri sanggup tukar kuasa, heri Presiden Bush perintah Malaysia ini dan mari kita ramai-ramai pergi ke Amerika amhilalih kepimpinan di Amerika. Lagi sedap. Kita holeh keluarkan waran tangkap. Kita ingat hendak tangkap Salleh Ahas .kita hawa dia ke sana, hicarakan di Sana. Kita teringat hendak tangkap Su'ffian kita hawa. Kita ingat hendak tangkap Manjeet Singh, hawa. Lagi senang. Tetapi i~ yang dinamakan tidak tahu hersyukui.1

Kenapa, \awak yang telah kita letak­kan sehegitu tinggi taraf, dihormati oleh rakyat jelata sehagai Lord President, ~emudian hekas Lord Presiden yang hersara dengan haik. Janganlah peristiwa Lord President yang lagi satu, Tun Salleh Ahas, herhenti maka awak terikut-ikut dan terpengaruh settingga menjadi musuh kepada Kerajaan yang memerintah sekarang.

Saya hendak ingatkan sekali lagi, walaupun saya ....

Tuan Haji Jamaluddin bin Haji Ahmad: (Bangun)

Tuan Adam bin Kadir: Dia minta penjelasan. Boleh heri?

Tuan Azman Atar bin Othman: Minta penjelasan juga? Boleh, holeh.

Tuan Haji Jamaluddin bin Haji Ahmad: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua. Saya ingin meminta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Tuan Azman Atar, adakah yang hergelar "Tun" itu apabila ia tidak bersetuju dengan pemerintahan yang ada hari ini, adakah Yang Berhormat bercadang untuk menarik balik gelaran ''Tun" itu? Sila beri penjelasan.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada permintaan Yang Berhormat Senator Jamaluddin. Saya rasa tak perlu kita tarik balik gelaran Tun itu, biar rakyat jelata menyaksikan, melihat keadaan. Boleh kita anggap, pada diri saya tak perlu kita tarik, pada saya, saya anggap dia sudah masuk kumpulan orang nyanyuk. Kalau dia masih siuman, dia takkan bertindak begini, dia tahu menjaga kedudukan dia sebagai Tun, tetapi oleh kerana mungkin, saya ingat dia sudah tak siuman lagi dan saya tak akan mencadangkan supaya ditarik halik, tetapi untuk melantik yang akan datang, kalau sekiranya ada, lebih baik siasat dahulu latarbelakang orang itu. Betulkah, kerana kadangkala terdapat latarbetakang orang itu sebagai orang kenamaan tetapi mungkin dia ini masih ada keturunan orang gila atau datuk­nenek moyang dulu ada yang sasau, pernah dipasung.lni mungkin ada. Jadi, saya tak mahu cakap lehih daripada itu.

Tetapi yang saya pelik, sepatutnya hekas-bekas Ketua Hakim Negara ini patut dia menjadi pendamai dan menjadi penasihat kepada Bar Council, mendamaikan Bar Council ini dengan Kerajaan dan bagi tahu kepada mereka dengan stabilnya politik di hawah pimpinan Barisan Nasional inilah yang membuatkan Bar Council ini holeh cari makan. Jangan hendak nak eklah di Malaysia ini awak boleh berlagak, awak ada certificate peguam, pergi luar negeri tak laku, akhirnya buka kedai kopi, jual nasi goreng. Minta maaf kepada peguam yang ada di sini. Di sini

Page 59: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5151 30 DISEMBER 1991 5152

bolehlah ek, sudah itu ada yang tak hendak cakap Melayu, punya tem­berang. Kalau hendak cekap "petai" jadi "pete", kan bunyinya pun tak betul padahal di kampung dahulu tak tahulah.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya hairan kenapa Tuhan jadikan manusia semacam ini di dalam negara kita, cabutlah nyawa mereka cepat, biar manusia di dalam negara ini semuanya orang yang baik-baik belaka, yang tahu membalas budi kepada negara macam pegawai-pegawai Kerajaan kita yang hadir, ini semua orang baik-baik belaka. (Tepuk) Tetapi cuma saya sudah cadangkan, supaya diadakan minuman tiap-tiap kali Dewan ber­sidang beri minuman free, tak tahulah macam mana sambutan pihak Parlimen. Akan datang bolehlah, kalau tak ada dqit, bil itu boleh hantar kepada saya. Sehari saya1 sehari dia, semua Yang Berhormat boleh tanggung. Kita minum sama-sama.

Tuan Yang di-Pertua, kemudian memperkatakan minta negara kita mengikut sistem macam England dan Amerika. Di Amerika dan ·di England, saya hendak beritahu, peguam tak campur politik. Kalau tak percaya, tanyalah Yang Berhormat Menteri Kehakiman ini. Dia tak campur politik, dia menyokong Kerajaan, sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan dan kalau dia menjadi peguamcara, peguamcara sahaja, kalau peguambela, peguambela sahaja; Tetapi kita di Malayaia tak diperketatkan undang­undang itu, boleh bawa kedua-duanya, itupun dia tak tahu bersyukur lagi, tak tahu berterima kasih lagi kepada negara kita. Apa punya manusia?

Kemudian bukannya semua yang menyokong Bar Council, berapa ramai yang saya tahu peguam-peguam yang ada di dalam negara ini, 95% tidak setuju kepada perjalanan Bar Council. Memang patut, saya setuju sangatlah Rang Undang-undang ini dibentangkan

hari 101 untuk dipinda supaya ditubuhkan satu Jawatankuasa Tata­tertib. Selama ini Jawatankuasa Tata­tertib yang ada di bawah Bar Council semuanya bias. Bila berlaku salahlaku oleh ahli-ahlinya, maka terdapat ahli yang duduk dalam Jawatankuasa Tatatertib geng-geng dia. Sudah tentulah dia akan menyebelahi geng dia. Jadi, bila masa kita hendak bertindak kepada peguam yang membuat salahlaku. Dan memang kena pada masanya untuk diadakan pindaan ini.

Selain daripada itu, di Selangor dan Wilayah Persekutuan, saya juga ber­setuj u supaya Mahkamah ini dapat dipisahkan kerana kita telahpun wujud­kan pentadbiran negeri masing-masing.

Selain dari itu, saya ingin me­nasihatkan kepada Bar Council ini sepatutnya kalau sekiranya merasa tidak puas hati kepada pimpinan negara kita, adakan satu forum, panggil Perdana Menteri kita untuk berdialog. Tetapi janganlah pergi di luar negara, pergi buruk-burukkan, batik di sini jumpa orang politik, bila jumpa ahli Barisan Nasional mereka mengatakan seolah-olah mereka menyokong Barisan Nasional. Tetapi kebanyakan­nya, saya hendak beri tahu, inenjadi kuda tunggangan kepada OAP, menjadi kuda tunggangan kepada parti Pem­bangkang. Tengoklah pilihanraya yang sudah, mereka menyokong Pem­bangkang tetapi pada Semangat 46 mereka tak sokong kuat, pada DAP mereka sokong kuat. Minta maaf, saya sebut, nanti Yang Berhormat Zain minta penjelasan pula. Yang saya tahu, pada 46 mereka tak sokong kuat, mereka sokong kuat kepada OAP, dan kepada PAS mereka sokong kuat, sebab mereka sokong kuat pada PAS, sebab mereka tahu PAS ....

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, minta penjelasan.

Tuan Adam bin Kadir: Boleh.

Page 60: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5153 30 DISEMBER 1991 5154

Tuan Ng Peng Hay: Apakah sebab ahli-ahli Majlis Peguam ini menyokong DAP dan tidak menyokong parti-parti Pembangkang yang lain?

Tuan Azman Atar bin Othman: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, mereka menyokong DAP, mereka tahu DAP pun banyak orang dia, geng dia, macam tong kosong. Tong kosong, Yang Berhormat tahu tak, kalau pukul dia punya bunyi bukan main kuat tetapi kosong. Mereka tak sokong 46, mereka tahu 46 tak ramai, tak boleh me­merintah, tengoklah contoh dalam Dewan ini seorang sahaja ada. Itupun dia jadi kawan kita sekarang, jadi macam mana mereka hendak sokong. Parti PAS mereka hendak sokong langsung duduk. Saya tak dengar Yang Berhormat PAS itu berucap, tetapi kalau Yang Berhormat hendak minta penjelasan, saya boleh beri jalan. Jadi, itulah dia. Yang Berhormat tengok, mana ada ramai lagi peguam dalam PAS. Semua sudah habis lari, semua sudah habis masuk UMNO. Ada pun dalam 46, itupun saya dengar tengah mencari-cari borang UMNO sekarang. Jadi, saya minta Yang Berhormat yang ada ini, simpanlah borang UMNO dalam kereta, dibuatnya bila minta ....

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad: Minta penjelasan. Adakah Yang Berhormat itu tahu dan telah buat penyiasatan bahawa Bar Council ini telah menjadi ahli DAP ataupun tidak? Kerana apa Yang Berhormat cakapkan tadi bahawa mereka ini menyokong DAP.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya berani tuduhlah. tetapi mereka ini tak berani kata mereka itu ahli DAP, tetapi perbuatannya, saya tengok lebih teruk lagi daripada DAP, lebih baik mereka menjadi ahli DAP, jadi kita senang tahu dia musuh kita. Tetapi kita sekarang tak kenal mereka, kadang-kadang kita ingat mereka ini menyokong kita, rupa-

rupanya mereka menentang kita. lni yang susah, bangsa musuh dalam selimut yang susah kita hendak tangkap. Tetapi kalau kita tahu betul­betul mereka declare, berterus terang megatakan kami peguam-peguam dalam Bar Council semuanya penyo­kong DAP, ahli DAP. Lain ceritalah. Bentuk undang-undang pun tak macam inilah yang kita buat pada hari ini. Saya pun percaya memang sudah ada dalam kepala Yang Berhormat Menteri kita apa bentuk undang-undangnya kalau mereka itu sudah terang-terang sah mereka ahli DAP ataupun orang kuat DAP, tetapi mereka menjadi dalang, menjadi talibarut, menjadi peng­hasut.Teruk.

Tuan Yang di-Pertua, saya cukup hairanlah, saya terpaksa menyentuh perkara ini kerana memikirkan apa hendak jadi kepada negara Malaysia di dalam menentukan berJayanya Wawasan 2020 kalau jenis manusia yang saya sebutkan tadi masih ber­keliaran dalam negara kita menjadi hypocrite, talam dua muka; cakap tidak serupa bikin, depan lain belakang lain, berbagai-bagai lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu lagi kepada mereka ini, hormatlah kepada pimpinan negara kita, dan bila Rang Undang-undang ini diluluskan nanti, jangan ada cuba hendak mencemek-cemek atau hendak merendah-rendahkan. Jika sekiranya berlaku, saya minta Kerajaan jangan teragak-agak mengambil tindakan. Kita kena beritahu kepada mereka, negara ini diperintah oleh Perdana Menteri daripada Barisan Nasional, yang telah membuktikan kemenangan dalam pilihanraya daripada kalangan 18 juta rakyat bukan daripada 300-400 orang yang memilih dalam Bar Council, kena beritahu kepada mereka. Kemudian, kita beritahu kepada mereka, kalau hendak berpolitik, nah! terus masuk politik, tinggalkan profesion undang­undang. Nahl mari lawan dengan kita. Saya hendak beritahulah, bukan saya

Page 61: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5155 30 DISE.MBE.R 1991 5156

hendak membanggakan diri saya, saya ini tidak lulus undang-undang, tetapi pernah seorang peguam, minta maaf, pernah peguam lawan saya merebut jawatan Ketua Bahagian. Masa itu saya pun gentar juga, bila diputuskan pengundian, 30 undi sahaja dia dapat, saya dapat dekat 200 undi. Sekarang pegu,am itu sudah tidak laku lagi dalam UMNO, dia pergi masuk S.46. Akhirnya S.46 pun sudah tidak ada tempat, batik semula kepada UMNO, tidak tahu Bahagian mana dia masuk. Saya malaslah hendak sebut nama, tetapi kalau Ahli-ahli Yang Behormat minta, saya akan sebutkan, kalau tidak, tidak payahlah, tuan-tuan tahulah.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari­pada itu, saya banyak yang telah saya tulis di sini, tetapi oleh kerana saya nampak Senator baru kita Yang Berhormat Mohd. Nazri itu meng­angguk-angguk sahaja, seolah-olah dia hendak mengambil bahagian bercakap di sini.

Tuan Yang di-Pertua, saya haraplah apabila lulus sahaja Rang Undang­undang ini, saya minta Kerajaan dapat menjalankan, melaksanakan undang­undang ini dan mengambil tindakan. Saya tidak mahu dengar lagi setelah dikuatkuasakan mesti mempunyai satu jawatankuasa tatatertib di mana seorang Hakim Besar mesti menjadi Pengerusi, tetapi akhirnya tidak dapat diselaraskan, tidak dapat dilaksanakan, tidak dapat dibuktikan tindakan apa yang patut diambil terhadap penye­lewengan, salah laku peguam-peguam di bawah Bar Council, jadi tidak ada makna kita meluluskan Rang Undang­undang ini.

Maka sebab itulah, saya minta apa sahaja pindaan undang-undang yang kita luluskan di Dewan Negara ini mesti dilaksanakan dengan sebaik­baiknya. Kita berasa bangga hari ini semua Ahli Dewan Negara yang tidak datang daripada profesion undang­undang harus berasa bangga hari ini.

Hari ini terbukti bahawa kita ini lebih besar daripada Bar Council kerana ....

Puan Hajah Rogayah binti Che Mat: (Bangun)

Tuan Azman Atar bin Othman: Sebelah rumah pun hendak buat penjelasan juga. (Ketawa)

Tuan Adam bin Kadir: Sila.

Puan Hajah Rogayah binti Che Mat: Tuan Yang di-Pertua, apakah Yang Berhormat boleh bersetuju sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdemokrasi, kita mempunyai empat kategori masyarakat. Pertama, golongan politik seperti pembuat dasar, seperti kita yang ada hari ini. Kedua, pentadbir. Ketiga, para pemikir dan terdiri daripada ahli peniaga. Jadi, apakah tidak ada satu langkah yang boleh kita buat untuk membahagikan tugas dan tanggungjawab masing­masing demi kebaikan negara.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, memang saya amat bersetuju apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat sahabat sejiran, serumah saya. Memang patut,. kita sepatutnya ada satu guideline dalam negara kita ini di mana bidang profesion politik, nab! you jaga politik kerana ini adalah pembuat dasar. Kerana bila kita berkecimpung di dalam profesion politik, pemikiran kita walaupun tidak ada seksyen-seksyen tertentu yang harus menjadi pegangan kita, tetapi ianya datang daripada hukum akal di mana kita membuat keputusan, kita tidak pernah, makna kata saya tadi, akal kita, pemikiran kita dikuasai oleh nafsu. Maka itu sebabnya apabila, apa sahaja dasar yang di­putuskan oleh ahli-ahli politik yang memerintah negara ini, semuanya membuat polisi-polisi untuk kebaikan rakyat.

Kita tengok, kita tentukan rakyat ada makan, ada pakaian, ada sekolah, ada

Page 62: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5157 30 DISEMBER 1991 5158

kuarters untuk tempat tinggal, sam{lai masa bila ekonomi kita baik, kita naikkan gaji mereka. Dan bila ada tunjuk-tunjuk perasaan, kita tidak pernah mengarahkan Polis terus tembak, malahan kita huraikan dahulu. Tetapi bila telah ada tunjuk perasaan, cuba menembak Polis, terpaksalah Polis bertindak hendak menyelamatkan nyawa sebagaimana yang berlaku di Memali. Lihatlah apa yang berlaku di Memali, kemudian dia tuduh Polis zalim, Polis tidak akan menembak sesiapa selagi pihak yang sebelah sana menggunakan kekerasan, baharulah Polis terpaksa bertindak. ltu sebabnya saya bantah mereka membuat hari peringatan konon kematian orang­orang mereka.

Tuan Adam bin Kadir: Panjang lagi Yang Berhormat?

Tuan Azman Atar bin Othman: Sedikit lagi.

Tuan Adam bin Kadir: Silakan. . Tuan Azman Atar bin Othman:

Tuan Yang di-Pertua, saya kalau bercakap ini baharu Seksyen 78, tetapi oleh kerana hendak beri peluang kepada kawan yang lain, bolehlah, saya akan cuba percepatkan. Cuma saya hendak menjawab Yang Berhormat tadi.

Jadi, saya amat bersetuju kalau ada profesion golongan orang-orang yang berniaga, nah! satu kumpulan. ltu sebabnya kita tidak pernah tengok seseorang itu berjaya di dalam dua profesion, berniaga pun dia hendak, berpolitik pun' dia hendak, mana · ada orang yang berjaya. Kalau dia berjaya dalam politik, maknanya dia mesti tumbang dalam berniaga. Bila dia berjaya dalam berniaga, dia mesti tumbang dalam politik. Jadi, saya amat bersetuju.

Kemudian, kita, dalam negara kita ini, sudah pun termaktub satu Per-

lembagaan yang begitu indah, di mana kita mempunyai Yang di-Pertua Agong, selepas Yang di-Pertuan Agong kita mempunyai satu Judiciary. Judi­ciary tidak campur dengan politik, itulah sebabnya kadangkala kita pun kecil hati, bila keputusan Mahkamah bercanggah dengan keputusan Ke­rajaan. Kita rasa kecil hati, tetapi adakah pernah Perdana Menterikah, Menteri-menteri, pemimpin-pemimpin kita bercakap sesuatu yang tidak puas hati di atas tindakan keputusan Mahkamah di mana bila sesuatu ke­putusan itu boleh menjatuhkan nama baik Kerajaan kita.

Kita tidak pernah, malahan kita bersetuju, serah, ini kuasa mahkamah, kita tidak campur. Tetapi bila sampai tentang pemberhentian Ketua Hakim Negara, Bar Council pula tuduh kita yang bukan-bukan. Mereka bukan tidak tahu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Ahas bukan kita berhentikan dia, dia pencen, kita beri pencen, sebab umurnya pun sudah lanjut. Kalau kita beri dia tugas, mungkin dia babas, mungkin sudah masuk dalam kumpulan orang nyanyuk dan sebagainya. Tetapi dia kecam kita, dia tuduh pula.

Berkenaan dengan perlantikan Ketua Hakim Negara, Kerajaan mestilah cari jalan supaya Bar Council sekarang mesti meminta maaf kepada Ketua Hakim Negara kita sekarang, kerana selagi mereka tidak minta maaf kepada Ketua Hakim Negara ini, selagi itu saya tidak akan menghormati kepada Bar Council, kerana saya anggap mereka ini golongan hypocrite. Pergi ke mahkamah: "Yes, My Lord," dengan izin, tetapi di luar-bantai, tidak iktiraf Ketua Hakim Negara kita. Konon hendak penjarakan kawan itu dahulu. Mana logiknya, kalau sudah dipenjara­kan dia, kemudian diletakkan dia sebagai Ketua Hakim Negara, mana penghormatan orang ramai terhadap dia sebagai Ketua Hakim Negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya mintalah undang-undang ini bila diluluskan

Page 63: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5159 30 DISEMBER 1991 5160

dapat dilaksanakan dengan sebaik­baiknya agar ianya menjadi satu undang-undang dapat dipergunakan oleh rakyat jelata.

Kalau kita fikirkan ini tak sesuai, kita pinda lagi sehingga ianya. menjadi satu Rang Undang-undang untuk kegunaan semua profesion undang­undang di bawah satu guideline yang mana dia jangan campur pentadbiran Kerajaan, kamu jaga profesion kamu dan kamu sokong Kerajaan, Kerajaan baik dapat membawa pelabur luar masuk, makin bagus, negara kita mempunyai sumber-sumber kewangan. Kamu pun lagi bagus, boleh cari bisnes melalui pelanggan-pelanggan yang buat agreement dan sebagainya. Kita tak mahulah sampai satu ketika bila kita tidak ada sebarang guideline dalam undang-undang ini, habis pelanggan­pelanggan tertipu dan teraniaya.

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, pen­jelasan sedikit sahaja kepada Yang Berhormat Tuan Azman.

Tuan Azman Atar bin Othman: Boleh.

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad: Adakah apabila Yang Ber­hormat mencadangkan satu cara baru ataupun undang-undang baru, adakah Yang Berhormat hendak mencadang­kan supaya peguam-peguam ini tiap­tiap enam bulan sekali mesti berjumpa dengan Ketua Hakim Negara untuk mendapat ta'ndatangan bagi melanjut­kan lesen dia?

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua ....

Tuan Adam bin Kadir: Ahli Yang Berhormat, saya rasa teruskanlah ucapan, jangan berlegar-legar dahulu.

Tuan Azman Atar bin Othman: Elok juga saya jawab itu.

Tuan Adam bin Kadir: Selepas jawapan ini, kita teruskanlah.

Tuan Azman Atar bin Othman: Sedikit sahaja, Tuan Yang di-Pertua, saya jawablah. Saya rasa kalau enam bulan itu terlalu singkat, setahun sekali, semacam mana Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kita, selepas ini kita jumpa dia, salam dia, bermakna kita hormat dia. Begitu juga peguam­peguam ini, bila kita beri dia satu guideline, sekurang-kurangnya setahun sekali, maknanya kursus tahunan ataupun perjumpaan mesra tahunan, semacam mana malam ini kita buat jamuan tahunan, kita mesra antara kita sama kita meraikan yang dilantik dan meraikan yang akan bersara, jangan lupa, sambil itu saya mencelah sedikit.

Itulah, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya tidaklah hendak memanjang­kan lagi perbahasan saya ini kerana saya rasa ramai yang berminat untuk hendak bercakap sama. Sebelum saya duduk, sekali lagi saya memper­ingatkan supaya Rang Undang-undang ini dapat kita luluskan dan setelah diluluskan, saya minta Kerajaan kita benar-benar menggunakan undang­undang ini untuk menjadikan guideline kepada siapa-siapa sahaja yang harus kita bertindak supaya ia boleh mencerminkan satu pentadbiran negara yang akan dihormati oleh rakyat dalam negara kita, begitu juga oleh rakyat di luar negara kita.

Maka dengan itu, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah membentangkan Rang Undang-undang ini dan juga semua kakitangan Yang Berhormat yang telah sama-sama bekerja untuk menyediakan sebuah Rang Undang-undang yang saya rasa baik. Maka dengan itu, saya me­nyokong penuh dan mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini diluluskan iaitu yang bernama suatu

Page 64: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

..

5161 30 DISEMBER 1991 5162

Akta untuk meminda Akta Profesion Undang-undang, 1976. Sekian, terima kasih.

Beberapa Ahli: (Bangun)

Tuan Adam bin Kadir: Ahli-ahli Yang Berhormat, nampaknya pem­bahas yang pertama telah memulakan dengan rancak dan hangat, ini bukan maksud saya bahawa pembahas yang pertama tadi telah menggunakan perkataan-perkataan yang personal ataupun sebagainya, itu bukan maksud saya. Tetapi kerana kerancakan permulaannya, pembahas-pembahas yang berikutnya diharap sekiranya ada excitement sedikit, dengan izin, kita cuba bataskan kata-kata yang boleh berbentuk personal. Saya juga berharap apabila kita merujukkan kepada tokoh­tokoh ataupun orang-orang tertentu yang mendapat anugerah tertentu, kita panggillah dengan anugerahnya sekali, Tan Srikah, Tunkah, Datokah supaya lebih sesuai dengan Dewan yang mulia ini. Terima kasih . Saya tidak tujukan kepada sesiapa, tetapi kepada ke­seluruhannya. Jadi saya jemput Tuan Saad Haji Man, dipersilakan.

5.24 ptg.

Tuan Saad b-in Haji Man: Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Bismillahir-rahmanir­rahim. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi izin kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan membincangkan Rang Undang-undang kita pada petang ini.

Pertama-tamanya saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong kerana telah memper­kenankan perlantikan saya menjadi Ahli Dewan yang mulia ini. Keduanya, saya suka merakamkan ucapan terima kasih saya kepada Yang Amat

Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad kerana telah melantik dan memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi Ahli Dewan Negara. Seterusnya juga, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri Najib, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana telah • berusaha dan menyokong perlantikan saya. Tidak lupa juga saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Saudara Nazri Tan Sri Aziz yang telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan mengangkat Sumpah pada petang tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin turut mengambil kesempatan ini untuk membahas dan menyokong Rang Undang-undang Profesion Undang­undang (Pindaan) 1976 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kehakiman pada petang tadi. Setelah meneliti Rang Undang-undang yang dibentangkan, saya dapati terdapat tiga perkara pokok dalam pindaan ini:

(i) untuk mewujudkan satu Lem­baga Tatatertib dan Tribunal;

(ii) mengenai cadangan untuk memisahkan Bar Selangor dan Bar Kuala Lumpur; dan

(iii) mengenai dengan perlindungan insurans yang perlu diambil oleh peguam-peguam.

Saya fikir semua pindaan yang dicadangkan ini adalah dibuat selaras dengan usaha untuk memperbaiki dan mengemaskinikan Akta Profesion Undang-undang yang ada sekarang, dan bukannya bertujuan untuk menutup mulut para peguam, seperti apa yang dikatakan oleh setengah pihak di setengah tempat pada masa sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua, sejak akhir­akhir ini banyak terdengar kes-kes yang melibatkan masalah tatatertib atau disiplin para peguam. Tadi kita dengar

Page 65: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5163 30 DISEMBER 1991 5164

daripada Yang Berhormat Menteri telah mengatakan Jabatan Peguam Negara telah menerima 300 aduan setahun daripada orang ramai mengenai perkara-j>erkara yang melibatkan kes­kes pecah amanah dan juga kes-kes jenayah. Pihak peguam lambat me-

• nyelesaikan kes-kes yang telah di­amanahkan kepada mereka, kadangkala mengambil masa lebih daripada be­berapa tahun.

Baru-baru ini juga kita telah dapat satu kes di mana ada seorang peguam yang tidak tahu mengenai undang­undang negara kita ini, seorang peguam daripada Seremban yang telah pergi ke Mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu, Sabah untuk mewakili satu pihak dalam seksyen 27 Akta Polis yang mana peguam tersebut telah tidak mem­punyai work permit, dengan izin. Kalaulah begini tingkah-laku peguam­peguam di negara kita, maka sudah pastilah profesion undang-undang yang mulia ini akan menjadi tercemar.

Profesion undang-undang adalah merupakan satu profesion yang mulia dan dihormati. Ianya sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat. Kalau peguam-peguam menyeleweng atau telah menyalahgunakan kuasa, penguam-peguam telah tidak amanah, bagaimanakah pula kita boleh menge­kalkan kepercayaan orang ramai kepada peguam-peguam dan bagai­manakah pula kita dapat memper­tahankan sistem kehakiman di negara kita. Kalau sistem kehakiman kita sudah tidak dipercayai, maka akan runtuhlah satu tunggak utama negara kita.

Memang tidak dapat kita nafikan di dalam semua profesion terdapat black sheep, dengan izin, termasuk juga profesion undang-undang. Pindaan ini saya percaya adalah dibuat untuk mengatasi masalah black sheep ataupun kambing hitam ini. Saya percaya dengan adanya pindaan ini, insya Allah, selepas daripada ini masalah

tercemarnya profesion ini akan dapat kita atasi.

Mengenai kes perlantikan Ketua Hakim Negara, sejak akhir-akhir ini kita telah dapati timbul satu bentuk ketegangan di antara Majlis Peguam dengan Kerajaan. Ini kerana saya fikirkan basil daripada tindak-tanduk Majlis Peguam itu sendiri. Tidak patutlah Majlis Peguam tidak meng­hormati pucuk pimpinan negara kita, iaitu Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad sedangkan seluruh dunia menerima dan meng­hormati pemimpin kita.

Tuan Yang di-Pertua, tujuan Majlis Peguam ditubuhkan mengikut Akta Parlimen ialah untuk menjaga per­jalanan pentadbiran dan juga kebajikan peguam-peguam. Peguam-peguam juga seperti badan-badan yang lain mem­punyai peranan dalam negara kita ini, tetapi jika mereka bertindak di se­baliknya, maka saya fikirkan ini adalah satu penderhakaan kepada negara kita. Tidak wajarlah kalau peguam-peguam membawa masalah di dalam negeri sampai ke luar negara. Ini akan memburukkan nama dan imej negara kita.

Pada masa sekarang negara kita sedang berusaha,. pemimpin- pemimpin kita sedang berusaha untuk me­ninggikan nama dan imej kita di mata dunia untuk menggalakkan pelaburan dan sebagainya. Kalau ini berlaku, sudah pasti sedikit sebanyak ia akan menjejaskan usaha dan juga peranan yang dimainkan oleh pemimpin­pemimpin kita untuk membangunkan negara kita.

Saya difahamkan bahawa Majlis Peguam telah menghantar satu me­morandum kepada Honorable Society of Lincoln Inn, dengan izin, yang mana Tun Hamid Omar, Lord President menjadi ahli dan juga pernah belajar di sana. Tujuan Memorandum itu di­hantarkan kepada Society ini ialah untuk meminta Society tersebut bagi

Page 66: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5165 30 DISEMBER 1991 5166

menggugurkan keahlian Tun Hamid Omar daripada menjadi ahli.

Untuk makluman Dewan ini, per­mintaan mereka telah tidak dilayan oleh peguam-peguam United Kingdom. Kalau pihak Majlis Peguam memper­juangkan keadilan, maka saya menyeru kepada Majlis Peguam terimalah ke­adilan ini. Saya juga meminta kepada Majlis Peguam marilah kita gugurkan resolusi tahun 1988 yang telah dibuat oleh pihak Majlis Peguam yang menyatakan tidak percaya kepada perlantikan Ketua Hakim Negara se­bagai langkah pertama untuk berbaik­baik semula dengan Kerajaan Malaysia. Kalau kita tidak menghormati tunggak sistem kehakiman kita, kita mahu siapa yang menghormatinya? Di mana bumi dipijak di situlah seharusnya langit dijunjung, Tuan Yang di-Pertua.

Saya suka menasihatkan peguam­peguam janganlah fikir oleh kerana mereka tahu undang-undang, maka mereka bertindak seolah-olah mereka above the law, dengan izin. Mereka juga tertakluk kepada undang-undang dan jangan pula fikir orang-orang seperti saya dan teman-teman Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang tidak mempunyai kelulusan undang-undang tidak faham tentang undang-undang.

Setiap rakyat di negara im bertanggungjawab terhadap negara ini dan mempunyai peranan masing­masing untuk membangunkan negara ini. Jika ada pihak peguam atau mana­mana ahli Majlis Peguam yang berminat dengan politik, kita tidak halang mereka untuk menganggotai mana-mana parti politik, Barisan Nasional, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersedia untuk menghadapi mereka di gelanggang mana sekali pun. (Tepuk) Apa yang kita tidak mahu ialah segelintir ahli-ahli Majlis Peguam yang tidak bertanggungjawab mencampuri hal politik, tetapi takut dan ber­selindung di sebalik Badan Majlis Peguam ini.

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh, selepas pindaan ini diluluskan, saya suka mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri Kehakiman supaya mengambil langkah-langkah tambahan seperti berikut:

Pertama, harus ketatkan syarat­syarat yang dikenakan kepada Badan ini. Jika sekiranya ada kuasa yang telah diberikan tetapi telah disalahgunakan, kuasa ini perlu dibatalkan; kedua, oleh kerana Akta yang memberi kuasa kepada Majlis Peguam telah disalah­taf sirkan, maka ianya perlu diper­ketatkan; dan ketiga, di masa lalu Presiden Majlis Peguam adalah terdiri daripada Peguam Negara sebab amalan ini banyak diamalkan di negara-negara yang lain, apatah salahnya jika Yang Berhormat Menteri Kehakiman dapat mengkaji semula supaya Peguam Negara kita dilantik menjadi Presiden Majlis Peguam Malaysia. Saya harap supaya Kerajaan dapat mengambil langkah-langkah segera untuk meng­atasi masalah ini. Mudah-mudahan usaha setengah-setengah pihak untuk menjejaskan imej negara kita akan dapat diperbaiki.

Cadangan penubuhan Lembaga Tatatertib dan ·Tribunal adalah dibuat di atas desakan Majlis Peguam sendiri kerana pihak Majlis Peguam sedar akan kepincangan, akan ketidakamanahan oleh setengah-setengah peguam di Malaysia. Maka, tidak ada sebab bagi mereka kalau mereka mahu menentang pindaan yang dibuat sekarang.

Di pihak orang ramai, pula, mereka merasa hampa dengan kegagalan Majlis Peguam untuk mengambil tindakan disiplin di atas peguam-peguam yang telah melanggar tata susila kerjaya mereka. Saya bersetuju dengan tin­dakan yang dibuat oleh Kerajaan untuk melantik Lembaga Tatatertib bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh orang ramai dan juga peguam-peguam sendiri. Di samping itu juga, cadangan supaya setiap peguam mengambil

Page 67: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5167 30 DISEMBER 1991 5168

polisi insurance indemnity untuk dilindungi kerugian yang dialami akibat daripada apa-apa liabiliti pro­fesional peguam yang mengendalikan kes mereka adalah merupakan satu cadangan yang baik. Ini adalah penting supaya kepentingan orang-orang ramai dan juga kepentingan anak guaman peguam-peguam itu akan dapat diberi perlindungan yang secukupnya.

Majlis Peguam sendiri telah meng­aku lebih daripada 50% daripada peguam mereka tidak ada mengambil insurance indemnity profesional ini. Selepas Rang Undang-undang ini diluluskan kelak, kita mahu melihat Majlis Peguam melaksanakan skim insurance indemity yang secukupnya kepada semua peguam-peguam mereka dan dengan ini kepentingan orang ramai akan terlindung.

Saya juga menyokong langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk memisahkan Bar Selangor dan Bar Kuala Lumpur. Ini adalah sesuai kerana sekarang telah wujud Mahkamah Tinggi di Shah Alam dan juga di Kuala Lumpur, maka pemisahan ini saya kira adalah dibuat untuk memperbaiki pentadbiran dan juga perjalanan Bar ini sendiri. ·

Tuan Yang di-Pertua, saya ber­cadang untuk memberi peluang kepada kawan-kawan yang lain dan sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya mengambil ba­hagian membahaskan Rang Undang­undang ini dan saya dengan ini menyokong ke atas Rang Undang­undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 1976 ini diluluskan oleh Dewan ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Adam bin Kadir: Ya, Tuan Ng Peng Hay.

5.38 ptg.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun untuk memohon

izin membenarkan saya mengambil bahagian dan terus menyokong Akta untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976.

Tuan Yang di-Pertua, kalau menurut huraian yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kehakiman iaitu profesion undang-undang pada masa ini sedang menghadapi krisis keyakinan dan imejnya sebagai satu profesion yang dihormati terjejas kerana kes-kes salahlaku dan pecah amanah di kalangan peguam.

Tuan Yang di-Pertua, saya me­nyokong penuh apa yang telah di­sebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Kehakiman kerana kita dapati bahawa di Jabatan Peguam Negara telah dimaklumkan bahawa melalui Majlis Peguam, ia menerima kira-kira 300 aduan setahun berkenaan dengan pecah amanah dan salahlaku peguam-peguam di negara kita. Sebenarnya bilangan 300 ini hanya kes-kes yang telah dilaporkan Majlis Peguam dan saya percaya bahawa kemungkinan lebih daripada 300 bilangan setahun dan kini tiba masa bagi Dewan kita ini bersama­sama meminda Akta Profesion Undang-undang 1976 supaya kita dapat kawal dan mengetatkan undang-undang dan menjamin, dengan izin, crimes tidak terdedah dalam kerugian akibat kesalahan berhubung dengan tanggung­jawab profesion peguam.

Tuan Yang di-Pertua, selalu kita mendapat aduan daripada setengah­setengah orang awam bahawa kerana setengah-setengah peguam ini pecah amanah dan mengutip wang orang awam dan telah melesapkan diri dan kerana peguam ini tidak mengambil insurance indemnity untuk membayar ganti rugi, maka orang awam yang terpaksa menanggung beban kerugian walaupun ·setengah-setengah peguam ini telah dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib Majlis di peringkat Jawatan­kuasa Majlis Peguam negeri. Tetapi orang awam yang terpaksa menang-

Page 68: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

"

5169 30 DISEMBER 1991 5170

gung kerugian yang besar. Oleh yang demikian; saya sangat bersetuju dengan cadangan pindaan ini bahawa me­wujudkan Lembaga Tatatertib dan Tribunal dalam pindaan ini dan juga mengenai insurance indemnity. Maka dengan pindaan ini orang ramai akan terjamin dan mereka tidak akan, kerana kecuaian, kerana pecah amanah, kerana salah laku seseorang peguam itu, orang awam terpaksa menanggung kerugian.

Tuan Yang di-Pertua, di sini juga suka saya menimbulkan sedikit se­banyak berkenaan dengan sijil ataupun dengan izin, practising certificate yang mana seseorang peguam yang mem­punyai pejabat di beberapa tempat di seluruh negara, maka mereka terpaksa menjelaskan yuran kepada tiap-tiap negeri di mana mereka mempunyai pejabat.

Saya sangat menyokong dengan pindaan ini walaupun ada setengah­setengah peguam menyuarakan ini akan membebankan mereka. Saya ber­pehdapat bahawa ada peguam yang mempunyai pejabat di tiap-tiap negeri mereka terpaksa membayar yuran di peringkat negeri kerana ini akan dapat mengawal tingkah laku seseorang peguam dan akan mengelakkan pe­nyelewengan.

Apa yang saya berpengalaman bahawa ada seorang peguam di Negeri Melaka, beliau mendaftar di Negeri Johor, tetapi beliau menjalankan practice, dengan izin, ataupun men­jalankan firma guaman tanpa meng­adakan pejabat di Melaka tetapi dengan menggunakan kereta sendiri dan apabila mempunyai kes-kes ataupun aduan-aduan ataupun ada kes yang diambil, beliau telah menjalankan tugas seorang peguam di kedai-kedai kopi, kaki-kaki lima, di tepi-tepi jalan, maka saya khuatir kalau perkara ini tidak dikawal, kemungkinan orang-orang awarn akan menghadapi kerugian seperti yang saya sebutkan tadi dan kem ungkinan ....

Tuan Adam bin Kadir: Peguam macam itu selalunya dipanggil apa?

Tuan Ng Peng Hay: Sayapun susah hendak sebut, tetapi kemungkinan peguam yang "kokak-kokak", peguam yang tidak bertanggungjawab yang berlaku sebenarnya berlaku di Malaysia dan peguam ini sebenarnya akan ....

Tuan Adam bin Kadir: Bukan dipanggil loyar buruk? (Ketawa)

Tuan Ng Peng Hay: Boleh di­sebutkan sebagai loyar buruk. (Ketawa)

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya sebutkan ini benar-benar berlaku, kerana memang Majlis Peguam sedar kerana tidak ada bukti untuk mengawal berkenaan dengan tindak-tanduk pe­guam yang tidak bertanggungjawab ini, peguam-peguam yang menyeleweng­kan tugas beliau, maka saya sangat khuatir kalau tidak terkawal akan menyebabkan kerugian kepada orang­ramai.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya suka timbulkan berkenaan pindaan Rang Undang-undang ini adalah berkenaan sedikit persoalan yang dibangkitkan mengenai kedudukan Majlis Peguam dan perlantikan Ketua Hakim Negara. Sebenarnya, saya berpendapat apa-apa ulasan yang telah diberikan terhadap perlantikan Ketua Hakim Negara oleh Majlis Peguam adalah satu masalah krisis peribadi iaitu antara Setiausaha Agungnya, Manjeet Singh seorang dan dua tiga orang lagi dalam Majlis Peguam. Dan saya sangat bersetuju dengan rakan saya yang tadi menyebutkan kalau Majlis Peguam jujur hendak selesaikan persoalan yang dibangkitkan dengan perlantikan Ketua Hakim Negara, maka saya bersetuju mereka terpaksa menggugurkan secara rasmi Resolusi 1988.

Saya sebutkan demikian, kerana saya pernah baca satu kenyataan yang

Page 69: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

---"" ___ _

5171 30 DISEMBER 1991 5172

telah dikeluarkan oleh Setiausaha Majlis Peguam iaitu Puan Hindon Haji Mohamad. Dalam kenyataannya beliau memperkatakan bahawa Majlis Peguam akan tetap mematuhi Resolusi 1988 yang mengatakan tidak percaya ter­hadap Tun Hamid Omar. Saya rasa, ini satu Resolusi yang sebagai penghinaan keji kepada Kerajaan kita. Saya ·sebutkan demikian kerana Kerajaan yang mentadbir negara pada masa kini ialah Kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat di negara ini dan tidak mungkin dan mustahil untuk Kerajaan boleh tunduk dan patuh kepada kehendak Majlis Peguam yang tidak mendapat mandat daripada rakyat. Maka saya berharap Majlis Peguam terpaksa mematuhi Kerajaan yang dipilih oleh rakyat jelata.

Segala tindakan, tindak-tanduk dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam dan setengah-setangah peguam adalah bertujuan untuk dis­credit, dengan izin, ataupun sengaja hendak memburukkan maruah ataupun memburukkan imej Yang Amat Ber­hormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kehakiman.

Saya berpendapat Tuan Yang di­Pertua, bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kehakiman adalah dipilih dan dilantik oleh rakyat maka segala urusan yang telah dijalankan ataupun tugas yang dijalankan adalah mengikut keputusan kabinet dan sekiranya pihak Majlis Peguam dan setengah-setengah peguam ini yang mengkritik dan sengaja memburukkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Ke­hakiman .adalah sebagai satu tindakan yang menghina rakyat keseluruhannya. Maka saya berharap semua Ahli-ahli Jawatankuasa baik kepada Exco ataupun dalam Majlis Peguam akan kesal tentang apa yang saya sebut tadi dan membuat satu mesyuarat EGM dengan izin, menggugurkan dengan secara rasmi Resolusi 1988 dan kalau sekiranya Majlis Peguam meng-

gugurkan secara rasmi Resolusi 1988 yang saya sebutkan tadi, maka saya akan membuktikan bahawa Majlis Peguam jujur untuk mencari jalan menyelesaikan soal berkenaan dengan perlantikan Ketua Hakim Negara yang telah disebutkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga berpendapat apa yang saya sebut Majlis Peguam yang menyoalkan perlantikan Ketua Hakim Negara ini adalah kerana hal peribadi Presiden iaitu Manjeet Singh. Kemungkinan Manjeet Singh ingin hendak menyelamatkan airmuka­nya, maka saya bercadang beliau boleh mencadangkan seorang yang boleh menjalankan penyelesaian perkara ini.

Di sini saya suka mencadangkan kalau sekiranya kemungkinan kerana Setiausaha Agung Majlis Peguam, Manjeet Singh ini menyelamatkan airmukanya kemungkinan beliau boleh meminta Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara iaitu Yang di-Pertua kita di Dewan ini Dato' Chan Choong Tak, beliau juga seorang ahli peguam dan juga Yang di-Pertua Dewan Negara kita ini adalah Dewan yang paling tinggi dalam Perlembagaan kita, maka kemungkinan saya cadangkan Yang di­Pertua Dewan Negara kita ini, Dato' Chan Choong Tak yang seorang yang paling sesuai untuk berhubung tlengan pihak Majlis Peguam meminta mereka menggugurkan Resolusi 1988 dan seterusnya menyelesaikan masalah di antara Majlis Peguam dengan Kerajaan kita.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja pandangan saya dan saya sekali lagi berharap semua rakan-rakan saya dalam dewan ini akan menyokong tentang Rang Undang-undang ini. Sekian terima kasih.

Tuan Adam bin Kadir: Puan Ainon binti Ariffin.

5.50 ptg.

Puan Ainon binti Ariffin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga

.. --

Page 70: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

--

5173 30 DISEMBER 1991 5174

bersama-sama bangun untuk me­nyokong penuh kepada Rang Undang­undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Profesion Undang­undang 1976.

Tuan Yang di-Pertua, saya memang meneliti deng;m sepenuhnya pem­bentangan kepada pindaan Rang Undang-undang ini yang akan di­panggil Akta selepas diluluskan nanti satu persatu. Sebab saya ingin meneliti ini ialah kerana saya sudah mengikuti begitu lama perkembangan-perkem­bangan dan tindak-tanduk Majlis Peguam di Malaysia ini sejak daripada tahun 1987 dan berbagai-bagai tingkah­laku yang bukan sahaja merangkumi istilah salahlaku juga pecah amanah tetapi kadangkala menyakitkan pe­rasaan dan menimbulkan rasa tidak senang di atas tindak tanduk mereka itu atau merupakan rasa-rasanya kalau mengikut cakap yang diringkaskan pengistilahan, "perasaan geram" dengan tindak-tanduk mereka yang bukan sahaja salahlaku, pecah amanah tetapi kurang ajar dengan negaranya sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, syukurlah khasnya saya dan saya rasa mereka yang mengikuti perkembangan ini yang cintakan keadilan, rakyat jelata yang pernah terkena dan yang sedang dalam proses akan kena, bersyukurlah dengan adanya pindaan Rang Undang-undang yang berkaitan yang barulah nampak­nya Kementerian Kehakiman di­pandukan oleh Kerajaan kita telah mula menyambut seruan dan juga harapan daripada sebilangan besar rakyat jelata dan juga daripada mereka yang juga profesional dalam bidang undang­undang, menghormati undang-undang supaya gejala-gejala yang sedang berlaku dapat dibendung, dapat diatasi, dibetulkan, diselaraskan dan sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, suara rakyat, yang bersalah dihukum.

Tuan Yang di-Pertua, sahabat­sahabat saya telah menyentuh berbagai­bagai perkara yang saya rasa tidak payahlah saya ulangi lagi. Hanya sanya, daripada hujah-hujah yang telah diberikan oleh sahabat saya di Dewan Negara dan sebelumnya di Dewan Rakyat, nyatalah mereka telah me­nyuarakan perasaan-perasaan rakyat yang rasa tertusuk, rasa marah dan rasa tidak senang dengan beberapa tindak­tanduk, mereka yang menggelarkan dirinya profesional, terutama mereka yang juga di dalam Bar Council.

Tuan Yang di-Pertua, kita faham juga bukan semua profesion lawyer di negara kita ini tidak elok, tidak baik atau terangkum atau terikut-ikut dengan kelakuan salahlaku, pecah amanah dan juga ketegal yang ada 5, 6 orang di dalam Majlis Peguam di negara kita ini tetapi sebagaimana pepatah Melayu, oleh kerana nila setitik, maka hampir-hampir rosaklah susu sebelanga.

Saya pun mengakui, Tuan Yang di­Pertua, orang ramai yang ingin meminta pertolongan dari lawyer­lawyer selalu mereka berasa syak­wasangka termasuklah diri saya. Apabila kita ingin menghubungi lawyer atau peguam di atas satu-satu kes yang kita memerlukan peguam, kita tertanya-tanya apakah peguam ini yang kami temui ini nanti terangkum dan sama perangainya dengan beberapa orang hero-hero dalam Majlis Peguam­tertanya-tanya. Dengan sendirinya juga pandangan rakyat jelata kepada lawyer yang dahulunya sangat tinggi, sama macam sahabat saya kata, sangat tinggi, sangat hormat dan mereka bila disebut, "Saya seorang lawyer", seperti hendak diciuminya tangan lawyer itu kerana dia merasakan inilah manusia yang amanah, yang pakar, yang pengasihan, yang adil, yang bijak, yang boleh membela kesnya, untung nasibnya kalau ia mempunyai masalah yang berkaitan dengan perundangan.

Page 71: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

30 DISEMBER 1991 5176

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi­tinggi tahniah kepada Menteri Ke­hakiman beserta dengan pegawai­pegawai tingginya, profesional­profesional yang ada di sana yang telah menggubal pindaan ini. Pindaan ini digubal begitu adil atas permintaan dua pihak; Majlis Peguam dan orang ramai yang minta dilindungi, cuma barangkali bezanya ada dari segi hajat atau niat. Permintaan orang ramai ialah untuk mewujudkan keadilan, peng­awasan dan juga kawalan kepada lawyer-lawyer yang sewenang­wenangnya mengeksploitasi harapan rakyat kerana ego mereka dan kerana mereka juga telah terpesona oleh racun-racun yang dibawa oleh Majlis Peguam mereka sendiri.

Majlis Peguam minta Akta ini dipinda biarlah perkara-perkara yang boleh menambahkan lagi kuasa-kuasa mereka atau yang memberi mereka mandat lagi untuk membuat sesuatu yang lebih luas sewenang-wenang mengikut selera mereka memper­tahankan imej ataupun profesionnya supaya mereka boleh membuat perkara­perkara salahlaku dan perkara-perkara pecah amanah, bertindak sebagai badan politik di antara parti-parti politik terutamanya di pihak Pembangkang dengan terpindanya Akta itu nanti. Jadi, syukurlah, saya mula-mula Rang Undang-undang ini dibentangkan di Dewan Rakyat, saya meneliti, saya bimbang kalau-kalau hajat-hajat mereka itu termaktub dalam pindaan. Syukur, rupanya satu pun tidak ada pandangan dan cadangan dari peguam itu kecuali yang baik yang telah dicatatkan di sini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Menteri Kehakiman kita iaitu mengenai Fasal 3. Fasal 3 bertujuan meminda Seksyen 15(3) dengan memasukkan perenggan baru F dan G. la memperuntukkan bahawa apa-apa permohonan kepada mah­kamah untuk diterima masuk sebagai

seorang peguambela dan peguamcara hendaklah disokong oleh keterangan­keterangan dokumen yang menyatakan bahawa pemohon ialah seorang warganegara Persekutuan atau pe­mastautin tetap di Malaysia dan telah lulus. Perkataan yang saya hendak tanya ialah "dan telah lulus atau telah dikecualikan daripada peperiksaan kelayakan Bahasa Malaysia."

Kita faham, setelah mereka me­ngecam hebat mengenai hajat negara, hajat Kerajaan untuk mempraktikkan apa yang telah diterakan dalam Per­lembagaan dengan kehendak rakyat iaitu menggunakan Bahasa Malaysia di Mahkamah pada peringkat awal, mereka bising, mereka tidak setuju, mereka membangkang dan lain-lain. Walaupun pada akhirnya mereka menerima tetapi setelah beberapa kelonggaran diminta, syarat-syarat tertentu diwujudkan. Saya ingin bertanya di sini, apakah Fasal 3 ini tidak dapat menetapkan hajat rakyat ini iaitu setiap peguam mesti mahir dan mesti boleh berhujah di dalam bahasanya sendiri. Apabila ia mengaku dirinya warganegara Malaysia, maka dia mesti boleh menuturkan bahasa rasmi negara yang ia menjadi rakyat­nya. Kalau sekiranya masih juga tidak boleh dan sekadar hanya peperiksaan, boleh atau tidak mereka itu jangan diterima kerana kita sudah banyak lawyer-lawyer yang berkemampuan, walaupun mereka bukan keturunan Melayu tetapi boleh dan dapat me­nguasai Bahasa Malaysia dengan baik, beri peluang kepada mereka yang benar-benar menghormati hak ke­negaraannya.

Tuan Yang di-Pertua, disebut juga di sini beberapa perkara yang seperti sahabat saya kata tadi, saya juga mencatat iaitu 3 perkara besar yang hendak dipinda tetapi saya sangat tertarik dengan perkara yang disentuh di dalam Akta ini iaitu Fasal 4 iaitu mengenai kuorum mesyuarat kepada Majlis Peguam.

Page 72: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5177 30 DISEMBER 1991 5178

Kita memang faham bukan semua ahli-ahli Majlis Peguam yang setuju dengan perangai-perangai 3, 4 orang kawan-kawan atau pemegang teraju di Majlis Peguam ini. Sebab itu bila panggil mesyuarat, mereka tidak datang. Jadi, sekarang setelah kita pinda Rang Undang-undang ini, apakah ada pengawasan akan dibuat baha~a mesyuarat mereka itu cukup atau tidak kuorumnya, sebab saya percaya Majlis Peguam bukan berjaya. Kita sudahpun dengar bunyinya, ataupun dengar dentumannya, bangkangannya, kata­kata kesatnya mengenai pindaan Perlembagaan ini seolah-olah dia kata Kerajaan kita ini diktator dan kita menggunakan undang-undang untuk menindas dan menganiaya rakyat yang berhak, konon menyentuh ·hak asasi seorang rakyat di dalam negara demokrasi. Kita sudah dengar ini. Saya bimbang mereka ini, lawyer-lawyer yang bijaksana pada dzahirnya tetapi sebenarnya pelaksanaan dari segi profesionnya mereka ini ada banyak yang boleh dirangkumkan dalam jumlah loyar buruk macam yang disyorkan oleh Tuan Yang di-Pertua tadi.

Sebab mereka sanggup menjadi alat. Oleh kerana dua tiga orang dalan:i kumpulan mereka ini tidak mempunyai hati dan citarasa sebagai warganegara Malaysia, hanya rupa dan wajah serta akuannya sahaja mereka warganegara tetapi sebenarnya mereka ini peng­khianat kepada negara, maka itulah sebabnya berlaku macam-macam perkara hingga sanggup mereka me­mal ukan Perdana Menteri kita dan kemudian sanggup pula untuk men­jatuhkan maruah seorang Ketua Hakim Negara yang dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia dan juga oleh dunia termasuklah tempat beliau menuntut dahulunya. Untung tuahlah, pihak yang berkenaan, seperti yang dikatakan tadi, "Arif", lawyer-lawyer dan Majlis

Peguam yang memahami perkataan "Arif'. Saya percaya mereka yang dua tiga orang yang berketak di sana sini ini tidak la yak dipanggil "Yang Arif'.

Tuan Yang di-Pertua, yang saya ingin sentuh lagi ialah mengenai perkara mewujudkan Jawatankuasa Tatatertib yang di dalam Akta ini telah disebutkan, saya lihat catitan sebentar, iaitu pengwujudan untuk mengadakan Jawatankuasa Tatatertib. Syabas dan setinggi-tinggi tahniah semoga Ja­watankuasa Tatatertib ini benar-benar dapat berfungsi dan mengatasi kerenah­kerenah, keletah-keletah, daripada Majlis Peguam terutamanya mereka yang akan mencari sebarang jalan untuk menidakkan perlaksanaan undang-undang yang akan terlaksana tidak lama lagi.

Saya bersetuju dengan beberapa pandangan sahabat-sahabat saya. Kenapa tidak Presiden Majlis Peguam ini ditentukan dalam undang-undang yang mesti diambil daripada Jabatan Peguam Negara supaya benar Yang Arif mengetuai badan yang tertinggi untuk membincang dan menjalankan kerja-kerja Yang Arif. Sepatutnya Majlis Peguam ini menyelesaikan masalah, tetapi apa yang berlaku dalam Malaysia, mereka inilah yang me­nimbulkan banyak masalah, bukan sahaja kepada clientsnya tetapi juga kepada masyarakat dan juga kepada negara dan mencemar nama baik negara bukan sahaja di dalam tetapi juga di luar negeri.

Memang ada J?anyak peristiwa penyalahgunaan profesion yang dibuat oleh peguam-peguam-bukan semua, saya akui bukan semua. Saya percaya di antara Senator-senator pun ada ramai lawyer. Datuk Presiden kita pun seorang lawyer, tetapi bukan semua, tetapi mereka yang telah diracuni, dijarumi oleh pemimpin-pemimpin yang bersikap musang berbulu ayam ini yang banyak telah menyalahgunakan profesion mereka.

Page 73: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

:5179 30 DISEMBER 1991 5180

Kita tahu banyak kes-kes tertentu, kita tahu banyak juga wang ringgit clients yang telah dilenyapkan, kita tahu banyak juga kes-kes yang sepatutnya menang tetapi tidak boleh menang, banyak juga lagi kes-kes yang telah tidak diusahakan, duit telah dibayar, tetapi yang berkenaan itu tidak pernah ke mahkamah sampai akhir hayat kesnya tidak terbela. Ada juga banyak kes penganiayaan yang dibawa ke tangan lawyer, bukan mendapat pembelaan, tetapi bertambah teruk lagi penderitaan orang yang ber.kenaan. Ini dari segi tugas dan tangggungjawab mereka. Tetapi mereka ini apabila menentang Kerajaan, apabila menunjuk juara menyokong suara-suara sumbang Pembangkang, mereka terlalu rajin, sanggup bekerja sampai malam hari, pernah mereka berpiket dekat Parlimen ini dan sanggup keluar negeri, sanggup juga membuat resolusi berjam-jam lamanya dan sanggup membuat apa sahaja sedangkan kerja yang patut ditanggungjawabkan kepada mereka telah diabaikan, wang disakau, kerja tidak dibuat.

Tuan Yang di-Pertua, saya me­nyentuh sedikit lagi hal Majlis Peguam ini iaitu berkenaan dengan Fasal 9-skim insurans indemniti profesion terhadap apa-apa kelas Iiabiliti pro­f esional. Saya rasa bersyukurlah dengan keadaan ini. Kalau mereka ini menipu client atau client teraniaya, saya pun ingin bertanya kepada pihak yang berkenaan, saya rasa dengan adanya insurans ini, client ini boleh mendapat apa-apa gantian ataupun apa­apa pulangan daripada penganiayaan yang dibuat oleh pihak lawyer-lawyer yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa dalam negara-negara di dunia, ter­utamanya di negara-negara ASEAN, terrorlah Malaysia ini dengan kisah Majlis Peguamnya, dengan kisah mereka yang sentiasa mengkritik Kerajaan, kadangkala suara mereka lebih lantang dan juga lebih mendadak

daripada suara-suara DAP, PAS dan S46. Ada kala-kalanya mereka ber­anggapan, bertindak bahawa mereka lebih berkuasa dari segi apa-apa yang ada iaitu dari segi perundangan dan kehakiman yang ada di dalam negara kita ini.

Dengan adanya Akta ini diharapkan mereka akan sedar bahawa mereka adalah di bawah Perlembagaan dan Perundangan, bukan mereka itu di atas. Rasanya kita terlalu berlembut dengan mereka, sudah terlalu bertolak-ansur dengan mereka. Berbagai-bagai yang mereka telah buat semenjak tahun 1986, kalau saya tidak silap, hingga sekarang, barulah kita hendak mencipta satu Rang Undang-undang mengawal­selia dan untuk mengambil tindakan yang wajar terhadap tindak-tanduk mereka yang tidak bersesuaian dengan undang-undang negara dan dunia dan mengawal mereka daripada kelakuan­kelakuan yang di luar daripada tata­tertib kenegaraan, tatatertib undang­undang sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, wanita-wanita juga banyak yang terlibat di dalam hal penganiyaan serta penyalahgunaan profesion ini. Ada dua tiga kes yang pernah kami dengar dan kami terima selaku Biro Undang-undang Wanita UMNO yang mengatakan lawyer­lawyer telah menipu mereka dan telah tidak menjalankan tanggungjawabnya. Ada juga di antara lawyer-lawyer ini yang sebaris dengan mereka yang memperjuangkan ketinggian undang­undang dan yang selalu sahaja bersuara di sana sini untuk membawakan pandangan-pandangan negatif ber­lindung di sebalik Majlis Peguam. Dengan adanya Akta ini mereka itu akan terlindung dan akan dapat dibela semula dan dapatlah mereka ini merasai nikmat bahawa di dalam negara Malaysia yang demokrasi kita mempunyai Sistem Perundangan dan Kehakiman yang benar-benar adil dan saksama.

Page 74: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5181 30 DISEMBER 1991 5182

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, saya ingin juga bersama-sama dengan sahabat-sahabat saya mengeluarkan rasa kesal yang tidak terhingga kami kepada tindak-tanduk Majlis Peguam yang telah membuat beberapa angkara yang menyebabkan negara kita sedikit sebanyak tercemar di luar negeri dan ada kalanya menjejaskan pelaburan asing ke negara kita sehinggalah Perdana Menteri kita terpaksa membuat penjelasan di sana sini mengenai perkara yang berkaitan. Rasa dukacita ini dirakamkan di Dewan yang mulia ini dan diharapkan supaya mereka yang sudah didapati benar-benar tidak berjiwa keMalaysiaan, tidak lagi dapat dikenalpasti sebagai warganegara yang setia kepada negara ini, diberikan mereka itu sesuatu yang boleh meng­ingatkan mereka bahawa mereka berada di negara yang mempunyai undang-undang. Sama ada mereka ini p'erlu dilucutkan kerakyatannya, kalau mereka warganegara yang berbentuk kerakyatan, atau mereka ini disimpan dahulu buat sementara untuk dilatih mengenalpasti bahawa Sistem Per­lembagaan dan Perundangan di negara ini perlu dihormati oleh semua pihak termasuklah mereka yang menggelar diri mereka lawyer-lawyer yang bijak­sana dan menganggotai khasnya Majlis Peguam ini.

Kita mengharapkan janganlah Ke­rajaan kita bertolak-ansur lagi dalam perkara-perkara yang sedemikian. Silalah jalankan tanggungjawab Ke­rajaan terhadap melindungi rakyat, melindungi Sistem Kehakiman, me­lindungi kesejahteraan, kedamaian dan juga keharmonian di kalangan rakyat. Juga silalah menjaga imej negara kita di luar dan di dalam negeri daripada dicemari oleh segelintir, tidak sampai setengah perpuluhan satu peratus, yang menggelar diri mereka profesional­profesional seperti yang dilakukan oleh Majlis Peguam.

Dengan itu sekali lagi saya menyokong penuh kepada Rang

Undang-undang suatu Akta meminda Akta Profesion Undang-undang 1976 ini.

Saya mohon izin, Tuan Yang di­Pertua, di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada sahabat saya Yang Berhormat Tuan Mohamed Nazri bin Tan Sri Aziz yang baru sahaja dilantik menjadi Senator semoga beliau akan dapat memberikan sumbangan yang cemerlang di dalam Dewan ini dan saya juga mengambil kesempatan, kalau saya tidak dapat bercakap besok, iaitu mungkin ini adalah sidang terakhir yang saya akan hadiri setelah saya berkhidmat selama 6 tahun sebagai Ahli Dewan Negara.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di atas kerjasama kepada saya selama ini, Tuan Yang di­Pertua dan lain-lain termasuklah Tuan Haji Mohd. Salleh, Setiausaha Dewan Negara yang setia dan berusaha dan juga sahabat-sahabat saya sekalian. Saya mendoakan dan sentiasa mem­berikan sokongan moral supaya Dewan Negara Malaysia ini akan cemerlang dan akan menjalankan tanggung­jawabnya setinggi-tinggi khidmat bukan sahaja dari segi perundangan tetapi juga dari segi martabatnya.

Sekian, Wabillahi taufik wal­hidayah, wassalamualaikum warah­matullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Mohamed Nazri bin Tan Sri Aziz.

6.12 ptg.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri pada petang ini untuk menyokong Rang Undang-undang yang telah dibentangkan oleh- Yang Ber­hormat Menteri Kehakiman sebentar tadi. Sebelum saya meneruskan ucapan saya dalam perbahasan Rang ·Undang­undang ini, saya ingin mengambil

Page 75: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

:5153 30 DISEMBER 1991 5184

kesempatan yang keemasan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang telah mencalon dan menyokong diri saya untuk dilantik sebagai Senator bermula pada hari ini sehinggalah pada tahun 1994.

Juga saya ingin mengucapkan ber­banyak terima kasih kepada sahabat­sahabat dalam Dewan Negara dan juga di luar Dewan Negara yang telah tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada diri saya. Dan, insya Allah, saya berjanji bahawa saya akan cuba untuk menjalankan tanggungjawab saya dengan baik, dengan cemerlang dalam Dewan Negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Rang Undang-undang ini, saya merasakan iaitu bahawa sudah memang sampai pada ketikanya iaitu kita melihat kembali Rang Undang-undang ini dan memperketatkan yang mana perkara-perkara yang masih lagi, di­anggap tidak ketat kerana akhir-akhir ini kita lihat iaitu bahawa keyakinan di kalangan ahli-ahli masyarakat kita terhadap peguam ini sudah sampai ke satu tahap yang agak membimbangkan kita.

Memang benar sepertimana yang telah disebutkan oleh rakan-rakan saya sebentar tadi iaitu kalau dahulu kala pandangan orang ramai, ahli-ahli ma­syarakat terhadap peguam adalah begitu tinggi dan sememangnya kalau 20 tahun yang lalu atau 15 tahun yang lalu kita katakan bahawa tidak diperlukan kepada peguam-peguam untuk mengambil skim insurans, maka pada ketika itu tidak silap kerana sememangnya pada ketika itu pan­dangan masyarakat biasa terhadap ahli­ahli masyarakat peguam ini adalah begitu tinggi. Sebab itu pada ketika itu tidak perlu ·untuk difikirkan bahawa dalam kita mengadakan apa yang dikatakan kerja-kerja dengan peguam ini, kita -sebagai anakguam tidak perlu bimbang bahawa peguam yang hendak

kita pergi itu akan menipu kita. Itu 10 atau 15 tahun yang lalu.

Pada hari ini, kita agak bimbang, sebab sebagaimana yang kita semua tahu dan membaca dalam laporan akhbar bahawa tiap-tiap kali kita buka akhbar memang seringlah kita baca bahawa peguam sudah mula menipu anakguamnya. Oleh kerana itu, saya merasakan adalah tepat pada ketika ini untuk Menteri Kehakiman kita yang ada bersama dengan kita pada petang ini memikirkan untuk dibentangkan Rang Undang-undang ini supaya me­mastikan setiap peguam mengambil bahagian dalam skim insurans.Ini sudah sampai kepada satu ketika dan tahap serta masanya yang mana agak sukar bagi kita untuk mempunyai keyakinan terhadap peguam yang mungkin bukan sahaja akan me­rosakkan kes kita, tetapi wang kita juga mungkin akan kehilangan disabitkan oleh perbuatan salahguna yang sering dilakukan akhir-akhir ini.

Sebab itu sebagaimana yang saya sebut, sememangnya kita menyokong dimestikan kepada setiap peguam untuk mengambil bahagian di dalam skim insurans kita ini.

Selain daripada itu, kita lihat akhir­akh ir ini khususnya di kalangan peguam yang menjadi ahli Majlis Peguam telah mengambil berat tentang soal demokrasi, yang sebenarnya tidak ada kaitan dengan mereka. Hari ini mereka merata-rata mengatakan ba­hawa mereka adalah merupakan the conscience of the people. Tetapi saya ingin bertanya kepada mereka siapa yang telah memilih atau melantik mereka untuk menjadi conscience of the people. Jikalau kebajikan anak­guam mereka itu sendiri tidak dapat dijalankan dengan baik, siapa hendak mempunyai keyakinan-keyakinan dan kepercayaan kepada mereka untuk menjadi conscience of the people?

Kita Ahli Dewan Negara ataupun Ahli Dewan Rakyat, boleh kata kita

Page 76: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

-· I

5185 30 DISEMBER 1991 5186

adalah conscience of the people kerana akhirnya perbuatan kita itu akan diambil ukurannya di dalam pilihan­raya. Walaupun kita Ahli Dewan Negara ini dilantik tetapi lantikan itu dibuat oleh sebuah Kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Sebab itu juga kita bertanggungjawab terhadap rakyat. Sebab itu kalau hendak dikatakan di antara Majlis Peguam dengan kita siapalah consciene of the people, saya fikirkan bahawa sememangnya kitalah conscience of the people. Di kalangan ahli-ahli Peguam, mereka mempunyai satu amalan bahawa kalau sekiranya ada suatu kesalahan yang dilakukan oleh peguam-peguam itu, mereka hanya boleh dihakimi ataupun dengan izin, could be tried by the peers, iaitu mereka mesti dihakimi oleh kalangan masyarakat mereka sahaja. Mereka boleh menghakimi kita. Kalau kita pergi ke mahkamah, mereka boleh menghakimi kita, tetapi kalau mereka silap, mereka buat salah, kita tidak boleh menghakimi mereka sebab prinsip yang digunakan oleh mereka ialah seperti dikatakan mereka hanya boleh dengan izin, be tried by the peers. Kalau dia ini sebuah badan demokrasi, mengapa tidak dibenarkan supaya orang luar daripada peguam untuk menghakimi kesalahan mereka? Pada hari ini kalau kita Ahli Dewan Negara atau Ahli Dewan Rakyat membuat sesuatu perbuatan yang kita silap, rakyat akan menentukan nasib dan masa hadapan kita. Kita tidak boleh berkokok begitu kuat dan sepertimana disebut, mengatakan kita boleh boat apa sahaja, kita terror, tetapi datang ketika pilihanraya rakyat akan menentukan nasib kita. Tetapi peguam tidak. Dia hakimi orang. Tetapi kalau dia buat silap mesti dihakimi dikalangan mereka sahaja. Di mana demokrasi?

Sebab itu kita kata, tidak usah sibuklah soal demokrasi di dalam Majlis Peguam kita ini. Oleh itu kita menyokong apa yang dibentangkan oleh Menteri kita sebentar tadi iaitu

bahawa sebuah badan pewyiasatan akan ditubuhkan dan pengerusinya itu boleh dipilih di kalangan orang yang bukan peguam, sebab kita mahu juga bahawa peguam adalah merupakan orang yang sama seperti kita. Mengapa pula kesalahan dia itu mesti dihakimi oleh kalangan mereka sahaja. Kalau dia buat silap, dia juga mesti dihakimi oleh rakyat biasa? Tidak ada lebih di antara dia dengan kita.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kita menyokonglah Rang Undang-undang yang disebutkan sebentar tadi di mana yang telah diperkatakan itu bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Majlis Peguam ini hendaklah diadili oleh apa yang dikatakan J awatankuasa Pe­nyiasatan dan Pengerusi Jawatankuasa ini boleh dipilih daripada mereka yang di luar daripada menjadi peguam ataupun luar daripada Majlis Peguam ini.

Selain daripada itu, saya merasakan bahawa berbalik kepada soal Majlis Peguam ini, harus kita tahu bahawa Majlis Peguam ini telah diwujudkan dan ditubuhkan oleh Akta yang sedang hendak kita pinda pada hari ini. Sebenamya segala kuasa yang ada pada mereka datangnya daripada Akta ini. Sebab itu kalau mereka merupakan orang yang bijak, mereka harus ingat bahawa kalau mereka mendapat kuasa daripada akta, maka mereka harus tahu setakat mana yang mereka boleh bercakap dan sememangnya kita tahu iaitu bahawa Majlis Peguam ini diwujudkan dan ditubuhkan semata­mata untuk menjaga kebajikan ahli-ahli Majlis itu, untuk memastikan supaya jangan ada di kalangan mereka itu ahlinya menipu, untuk memastikan jangan ada di kalangan ahli-ahli mereka ini yang mengamalkan tanpa membuat bayaran sijil tahunan.Itu sahaja kerja mereka, tidak ada sesiapa yang telah memilih mereka ini untuk menjadi wakil ataupun conscience of the people. Mereka mesti tahu tentang perkara ini.

Page 77: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

5187 30 DISEMBER 1991 5188

Sebab saya tahu dalam Majlis Peguam, saya hendak beritahu kepada Ahli-ahli Dewan ini, hendak panggil mesyuaratpun, orang tidak berminat untuk menghadiri mesyuarat tahunan Bar Council ini. Sebab itu pilihan Jawatankuasa Majlis Peguam bukan dibuat dalam satu perjumpaan tahunan. Tiap-tiap tahun apa yang dilakukan oleh mereka ialah mereka menghantar borang kepada kita borang dan di dalam borang itu mungkin ada 10-20 nama, kita diminta untuk memangkah siapa yang hendak kita pilih mereka sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Peguam. Dia bukan dipilih dalam satu perjumpaan tahunan seperti mana tiap­tiap parti politik adakan sama ada kita Presiden UMNO, Majlis Tertinggi UMNO ataupun Majlis Tertinggi MCA, majlis tertinggi parti-parti lain, kita dipilih dalam perhimpunan yang diadakan pada tiap-tiap tahun yang mengikut syarat tetapi Ahli Jawatan­kuasa Majlis Peguam termasuk Pre­sidennya dipilih menerusi pos.

Ini suatu hakikat yang hams kita tahu. Macam mana dia hendak beritahu kepada kita dia mewakili conscience of the people kalau dia hanya dipilih menerusi pos, kerana dia tidak sanggup untuk memanggil perjumpaan kerana orang tidak akan datang dan kuorum tidak cukup, kalau kuorum tidak cukup, maka tak boleh hendak pilih Jawatan­kuasa Majlis Peguam yang ada pada hari ini.Ini kita kena beritahu kepada mereka bahawa dalam soal memerintah pentadbiran, kita dipilih oleh rakyat, kita turun kepada rakyat tiap-tiap lima tahun, tetapi Ahli Majlis Peguam termasuk Presidennya tak sanggup turun ke bawah kerana takut tidak cukup kuorum. Oleh kerana itu, pe­milihan mereka itu dibuat menerusi apa yang dikatakan menerusi postal ballot. Tiap-tiap tahun dihantar kepada kita, ada kotak, ada nama, maka kita pilihlah.

Inilah yang kita katakan bahawa jangan kita fikirkan seolah-olah kita

sahaja yang betu.l. Sebab kita orang­orang politik sama ada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, memang benar kita menghadapi rakyat tetapi mereka tidak menghadapi rakyat. Mereka juga tidak menghadapi ahli-ahli mereka kerana tidak ada perhimpunan tiap-tiap tahun kerana mereka dipilih menerusi postal vote. Inilah hakikat yang sebenarnya dan ini harus ....

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan sedikit. Sama ada pemilihan secara itu mengikut peruntukan di dalam undang­undang Bar Council?

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, mengikut Akta Profesion Undang-undang, sememang­nya cara pemilihan itu dibenarkan untuk diadakan iaitu bahawa memang boleh mereka lakukan. Sebab itu juga, saya fikir adalah di atas permintaan mereka kerana mereka tahu iaitu bahawa kalau hendak dipilih menerusi perhimpunan agung tiap-tiap tahun mungkin tidak boleh dipilih. Kerana apa, kerana tidak cukup kouram. Jadi, sebab itu benda itu dilakukan mengikut apa yang dibenarkan di bawah Akta ini di atas permintaan mereka.

Tuan Azman Atar bin Othman: Yang Berhormat, oleh kerana cara itu, bolehkah atau tidak berlaku satu penyelewengan di mana kertas undi itu tak sampai kepada orang yang berkenaan tetapi dilonggok di satu tempat, maka satu orang sahaja memangkah. Siapa yang dia berkenan, orang itulah yang dipilih. Bolehkah atau tidak berlaku perkara yang saya sebut ini?

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kalau di dalam mana­mana pemilihan di mana pengundian itu dijalankan tanpa apa yang dikatakan pemerhatian daripada mana-mana pihak, sudah tentu kemungkinan untuk berlaku penyelewengan itu boleh berlaku. Sebab, kalau kita bertanding

.....

Page 78: PENY AT A RASMI P ARLIMEN · peringkat antarabangsa kepada rakyat negara ini. Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Ke menterian

fl ..

5189 30 DISEMBER 1991 5190

dalam Perhimpunan Agung UMNO, kita boleh pilih wakil kita, agen kita untuk duduk dan melihat apa yang dikatakan pembilangan undi itu. Tapi kalau Jawatankuasa Majlis Peguam, saya hanya menerima surat, di dalam sampul surat itu dituliskan nama-nama dan saya cuma hantar. Setakat itu habis tugas saya, bilangan yang dibuat itu, tidak dibuat di hadapan saya. Jadi, saya mengatakan dalam suasana seperti ini, kemungkinan boleh berlaku penye­lewengan itu.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, minta penjelasan. Pada penge­tahuan Yang Berhormat, berapa peratuskah yang benar-benar menjawab postal vote itu daripada kalangan peguam-peguam?

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya tidak dapat hendak menjawab dengan tepat, cuma untuk diri saya, saya boleh jawablah. Tiap­tiap tahun dihantar kepada saya, dan tiap-tiap tahunlah saya menjalankan tanggungjawab saya untuk memilih kerana saya juga adalah seorang peguam, tetapi orang yang saya pilih tak menang. Itu sahaja perbezaannya.

Saya menyambungkan ucapan saya ini, selain daripada itu, sepertimana

L-Al7080.

yang telah saya sebut sebentar tadi iaitu kalau kita lihat di sini, terutama apabila kita tengok tindak-tanduk peguam­peguam yang ada pada ketika ini sudah tidak begitu meyakinkan kita bahawa mereka ini boleh membela kita, sebab itulah saya merasakan bahawa mereka ini perlu didisiplinkan. Di dalam kita hendak mendisiplinkan mereka ini, maka itulah sebabnya di dalam Rang Undang-undang ini kita harus lakukan di mana perlu kita lakukan untuk memastikan supaya peguam-peguam di dalam Majlis Peguam ini akan menjalankan tanggungjawab mereka sepertimana yang termaktub di dalam Akta dan bukan luar daripada apa yang ada di dalam Akta yang telah termaktub itu.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Ber­hormat, sila sambung ucapan esok.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhromat, sekarang say a me­nangguhkan mesyuarat ini sehingga hari esok, pukul 2.30 petang.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.