penutup

1
PENUTUP Kod etika dianggap penting kerana telah menyediakan garis panduan bagaimana guru seharusnya bertingkah laku dalam profesion perguruan. Kod etika yang diperkenalkan sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Keguruan menyatakan dengan jelas tentang akauntabiliti guru dalam bidang pendidikan. Guru perlu mematuhi kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kepatuhan etika dan memenuhi segala akauntabiliti terhadap keperluan murid menjadikan bidang perguruan dilihat sebagai kerjaya profesional. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan semakin dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dengan menjalankan tugas berdasarkan kod etika dan melaksanakan tugas tersebut dengan penuh integriti. Berikutan hal ini, guru perlu mempunyai kepimpinan dalam dirinya agar mampu memimpin diri sendiri dan orang lain ke arah mencapai matlamat dalam pendidikan. Untuk menjadi pemimpin yang berkesan bukan sahaja memerlukan peribadi yang baik dalam guru sahaja, malah guru perlu bijak memilih kepimpinan yang sesuai mengikut situasi yang dialaminya. Sesuatu situasi yang berbeza mempunyai cara-cara pengurusan dan penyelesaian yang turut berbeza. Pemimpin yang berkesan merupakan pemimpin yang kreatif dalam pimpinannya. Masalah yang ingin diselesaikan atau matlamat yang ingin dicapai tidak seharusnya memiliki satu alternatif sahaja. Dengan adanya Teori Kepimpinan Guru sebagai panduan, guru boleh menjadi pemimpin yang berkesan dalam erti kata yang sebenarnya. 30

Upload: ina-alli

Post on 17-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bg

TRANSCRIPT

PENUTUP

Kod etika dianggap penting kerana telah menyediakan garis panduan bagaimana guru seharusnya bertingkah laku dalam profesion perguruan. Kod etika yang diperkenalkan sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Keguruan menyatakan dengan jelas tentang akauntabiliti guru dalam bidang pendidikan. Guru perlu mematuhi kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kepatuhan etika dan memenuhi segala akauntabiliti terhadap keperluan murid menjadikan bidang perguruan dilihat sebagai kerjaya profesional. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan semakin dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dengan menjalankan tugas berdasarkan kod etika dan melaksanakan tugas tersebut dengan penuh integriti. Berikutan hal ini, guru perlu mempunyai kepimpinan dalam dirinya agar mampu memimpin diri sendiri dan orang lain ke arah mencapai matlamat dalam pendidikan. Untuk menjadi pemimpin yang berkesan bukan sahaja memerlukan peribadi yang baik dalam guru sahaja, malah guru perlu bijak memilih kepimpinan yang sesuai mengikut situasi yang dialaminya. Sesuatu situasi yang berbeza mempunyai cara-cara pengurusan dan penyelesaian yang turut berbeza. Pemimpin yang berkesan merupakan pemimpin yang kreatif dalam pimpinannya. Masalah yang ingin diselesaikan atau matlamat yang ingin dicapai tidak seharusnya memiliki satu alternatif sahaja. Dengan adanya Teori Kepimpinan Guru sebagai panduan, guru boleh menjadi pemimpin yang berkesan dalam erti kata yang sebenarnya. 30