penulisan · web viewsoalan 2 bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini. cadangan...

5
Soalan 1 Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini. Cadangan Jawaban: 1 Gambar ini menunjukkan kegiatan buruk murid-murid yang melepak di pasar raya. 2 Mereka berpakaian sekolah tetapi aksi mereka menunjukkan bahawa mereka tidak berdisplin. 3 Mereka tidak menghiraukan orang ramai yang memerhatikan gelagat nakal mereka. 4 Sambil berbual-bual kosong di tepi tangga pasar raya itu, mereka menghisap rokok 5 Selain menghisap rokok , mereka mungkin juga terlibat dengan kegiatan ponteng sekolah. Soalan 2

Upload: phamnguyet

Post on 16-Apr-2018

530 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENULISAN · Web viewSoalan 2 Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini. Cadangan Jawaban: 1 Seorang anggota polis trafik yang menunggang motosikal sedang mengejar

Soalan 1Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

Cadangan Jawaban:

1 Gambar ini menunjukkan kegiatan buruk murid-murid yang melepak di pasar raya.

2 Mereka berpakaian sekolah tetapi aksi mereka menunjukkan bahawa mereka tidak berdisplin.

3 Mereka tidak menghiraukan orang ramai yang memerhatikan gelagat nakal mereka.

4 Sambil berbual-bual kosong di tepi tangga pasar raya itu, mereka menghisap rokok

5 Selain menghisap rokok , mereka mungkin juga terlibat dengan kegiatan ponteng sekolah.

Page 2: PENULISAN · Web viewSoalan 2 Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini. Cadangan Jawaban: 1 Seorang anggota polis trafik yang menunggang motosikal sedang mengejar

Soalan 2Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

Cadangan Jawaban:

1 Seorang anggota polis trafik yang menunggang motosikal sedang mengejar seorang pemuda yang menunggang motosikal.

2 Pemuda itu menunggang motosikalnya dengan laju dan telah melanggar undang-undang jalan raya.

3 Perbuatan pemuda itu bukan sahaja membahayakan dirinya tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.

4 Polis trafik itu bertindak dengan cekap dan akhirnya berjaya menahan pemuda tersebut.

5 Polis trafik itu mengeluarkan saman kepada pemuda itu atas kesalahan yang dilakukannya.

Page 3: PENULISAN · Web viewSoalan 2 Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini. Cadangan Jawaban: 1 Seorang anggota polis trafik yang menunggang motosikal sedang mengejar

Soalan 3Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

Cadangan Jawaban:

1 Cikgu Ramli dan murid-muridnya berada di makmal sains.

2 Pelajaran yang diajarkan beliau ialah fotosintesis oleh tumbuhan hijau.

3 Beliau sedang menerangkan proses daun tumbuhan membuat makanan dengan bantuan cahaya matahari.

4 Selepas penerangan, beliau akan meminta murid-murid membuat uji kaji tentang perkara yang diajarkan.

5 Beliau telah meminta murid-murid membawa daun tumbuhan untuk membuat uji kaji tersebut.

Page 4: PENULISAN · Web viewSoalan 2 Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini. Cadangan Jawaban: 1 Seorang anggota polis trafik yang menunggang motosikal sedang mengejar

Soalan 4Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

Cadangan Jawaban:

1 Masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai warisan termasuklah permainan tradisonal.

2 Permainan gasing menguji kemahiran pemainnya untuk memutarkan gasing paling lama.

3 Permainan wau menjadi pilihan kaum lelaki di Pantai Timur untuk mengisi masa lapang .

4 Permainan sepak raga sudah dikesan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

5 Permainan tradisonal Melayu melambangkan kehalusan seni budaya masyarakat Melayu.

Page 5: PENULISAN · Web viewSoalan 2 Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini. Cadangan Jawaban: 1 Seorang anggota polis trafik yang menunggang motosikal sedang mengejar

Soalan 5

Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

Cadangan Jawaban:

1 Bergotong- royong ialah amalan mulia yang masih diteruskan oleh masyarakat kita.

2 Kegiatan gotong-royong memudahkan sesuatu pekerjaan kerana pekerjaan itu dilakukan secara beramai-ramai.

3 Selain meringankan kerja, gotong-royong dapat mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat juga.

4 Kerja-kerja membersihkan kawasan seperti menebas rumput, mencuci longkang, dan membuang sampah sarap, jika dilakukan selalu, dapat menjamin kebersihan dan keselesaan penduduk.

5 Amalan gotong-royong perlu diteruskan kerana amalan ini banyak memberikan kebaikan kepada semua anggota masyarakat.