penulisan surat kiriman tidak rasmi

7
Rangka karangan Sekolah anda baru selesai mengadakan hari kantin peringkat sekolah. Tulis sepucuk surat kepada kawan anda untuk menceritakan suasana hari kantin di sekolah anda Pendahuluan - Alamat pengirim - Tarikh - Kata-kata aluan dan bertanya khabar Isi utama 1. pihak sekolah mengadakan hari kantin dan kelas saya menyertainya 2. menjual burger dan berbincang tentang pengagihan tugas 3. mendapat sambutan menggalakkan, terpaksa menambah pesanan bekalan roti dan daging burger, menjadi tumpuan 4. memperoleh keuntungan memberansangkan, sebanyak RM 280 dan menagihkan keuntungan Penutup - gembira kerana mendapat pengalaman baru

Upload: idah-mohammad

Post on 04-Jul-2015

2.864 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Rangka karangan Sekolah anda baru selesai mengadakan hari kantin peringkat sekolah. Tulis sepucuk surat kepada kawan anda untuk menceritakan suasana hari kantin di sekolah anda Pendahuluan - Alamat pengirim - Tarikh - Kata-kata aluan dan bertanya khabar Isi utama

1. pihak sekolah mengadakan hari kantin dan kelas saya menyertainya 2. menjual burger dan berbincang tentang pengagihan tugas 3. mendapat sambutan menggalakkan, terpaksa menambah pesanan

bekalan roti dan daging burger, menjadi tumpuan 4. memperoleh keuntungan memberansangkan, sebanyak RM 280 dan

menagihkan keuntungan

Penutup - gembira kerana mendapat pengalaman baru

Page 2: Penulisan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Jamili Bin Ismail,

No. 25, Kampung Sungai Korok, 32800 Parit,

Perak.

3 April 2008

Menemui sahabatku yang dirindui selalu. Apa khabar saudara di samping

keluarga? Kami di sini sihat-sihat sahaja. Tujuan saya menulis surat ini adalah

untuk menceritakan sambutan hari kantin di sekolah saya.

Untuk makluman saudara, pada minggu lepas sekolah saya telah

mengadakan hari kantin . Pada tahun ini, saya dan rakan-rakan sekelas turut

melibatkan diri dalam menjayakan program tersebut.

Kami telah bersetuju untuk menjual burger dan saya telah dilantik menjadi

ketua. Pada peringkat awal, kami telah berbincang untuk mengagihkan tugas

masing-masing.

Semasa hari kantin, gerai kami telah mendapat sambutan yang

menggalakkan. Oleh sebab itu, kami terpaksa memesan tambahan bekalan roti

dan daging burger. Gerai kami menjadi tumpuan kerana rasa burger kami lain

daripada yang lain.

Untuk pengetahuan saudara, gerai kami beroleh keuntungan yang

memberangsangkan. Keuntungan sebanyak RM280.00 telah kami agihkan

kepada semua yang terlibat.

Kami berasa sungguh gembira kerana dapat satu pengalaman baru

tentang aktiviti berniaga. Saya berharap agar saudara dapat menceritakan

suasana hari kantin di sekolah saudara pula.

Sahabatmu,

Jamili

Page 3: Penulisan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Rangka karangan Sekolah anda akan mengadakan ekspedisi ke gua tempurung pada 5 Ogos dan 6 Ogos 2008. Tulis sepucuk surat meminta kebenaran daripada ibu untuk menyertai ekspedisi tersebut. Pendahuluan - Alamat pengirim - Tarikh - Kata-kata aluan dan bertanya khabar Isi utama

1. meminta kebenaran daripada ibu untuk menyertai ekspedisi ke Gua Tempurung.

2. berharap ibu memberi keizinan dan menandatangani surat kebenaran meminta wang pebelanjaan RM 100.

3. tujuan ekspedisi adalah untuk menikmati keindahan di dalam gua dan alam, tempat persembunyian Komunis.

Penutup - Berjanji akan menjaga diri dengan baik

Page 4: Penulisan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Asrama Putera, Sekolah Kebangsaan Parit,

32800 Parit, Perak.

23 Julai 2008

Kehadapan bonda yang dirindui yang kini berada di Jerteh Terengganu. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Bonda,

Untuk pengetahuan bonda, tujuan anakanda menulis surat ini adalah untuk meminta keizinan daripada bonda untuk menyertai ekspedisi ke Gua Tempurung. Ekspedisi ini adalah anjuran pihak sekolah dan tarikh ekspedisi ialah pada 5 Ogos hingga 6 Ogos 2008. Saya berharap bonda memberi keizinan dan menandatangani borang kebenaran yang anakanda lampirkan. Selain itu, anakanda ingin meminta sedikit wang sebanyak RM 100 untuk perbelanjaan semasa ekspedisi nanti. Untuk pengetahuan bonda, ekspedisi ini adalah bertujuan untuk mengenali keindahan alam dan keadaan di dalam Gua Tempurung. Semasa era keganasan komunis gua tersebut telah menjadi tempat persembunyian komunis daripada pemburuan pihak tentera British. Oleh itu, anakanda berharap agar bonda dapat mengizinkan anakanda mengikuti ekspedisi tersebut. Anakanda berjanji akan menjaga diri dengan baik. Sekian buat kali ini, sambutlah salam rindu daripada anakanda yang jauh. Sekian, wasalam.

Anakandamu,

Page 5: Penulisan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Rangka karangan Anda baru berpindah ke tempat baharu di sebelah pantai timur. Tulis sepucuk surat kepada kawan lama anda untuk menceritakan pengalaman baru di sana. Pendahuluan - Alamat pengirim - Tarikh - Kata-kata aluan dan bertanya khabar Isi utama

1. menceritakan pekerjaan utama masyarakat sebagai nelayan sebagai punca rezeki

2. berpeluang mempelajari selok-belok tentang kehidupan nelayan, pergi ke pantai untuk melihat nelayan pergi dan pulang

3. masyarakat yang ramah dan selalu senyum, mudah mendapat kawan, satu sekolah dengan dengan saya

4. sekolah berhampiran dengan rumah, tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, sering membantu rakan-rakan, guru sering memberi nasihat dan peransang

Penutup

- menjemput rakan untuk bercuti

Page 6: Penulisan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Blok A – 4 – 4,

Kampong Ayer Tawar, 22200 Besut,

Terengganu. 23 Julai 2008 Menemui sahabatku Azman yang kurindui selalu. Diharapkan saudara

sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar

dan menceritakan pengalaman baru saya.

Di sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama

masyarakat di sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan.

Kedudukan rumah-rumah di sini berhampiran dengan pantai.

Di samping itu, saya juga berpeluang untuk mempelajari tentang selok-

belok kehidupan nelayan. Pada pagi hari cuti sekolah, saya pergi ke pantai untuk

melihat nelayan-nelayan pergi ke laut. Pada sebelah petangnya pula saya

menunggu nelayan – nelayan pulang dengan membawa ikan-ikan segar.

Selain itu, masyarakat di sini kebanyakannya ramah dan tidak lokek

dengan senyuman. Saya mudah mendapat kawan-kawan baru dan

kebanyakannya bersekolah satu sekolah dengan saya. Mereka sering membantu

saya untuk memahami loghat Terengganu.

Untuk pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran dengan

rumah saya. Di sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran malah saya

sering membantu rakan-rakan yang lemah. Guru-guru di sini juga baik-baik

belaka dan selalu memberi nasihat dan peransang kepada saya.

Akhir sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa

menanti kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap anda

sudi membalas surat saya dan bercuti di sini.

Sahabatmu Amirull

Page 7: Penulisan Surat Kiriman Tidak Rasmi