penubuhan dan zaman kegemilangan melaka

6
PENUBUHAN DAN ZAMAN KEGEMILANGAN MELAKA Pengenalan Kerajaan Melaka diasaskan oleh Putera Raja Palembang iaitu Parameswara. Kerajaan empayar Melaka berkembang dengan pesatnya pada abad ke 14 setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya. Sebelum penubuhan Melaka oleh Parameswara, beliau bersama pembesar-pembesar serta pengikutnya melarikan diri daripada tentera Majapahit kerana usaha beliau hendak membebaskan Palembang daripada Kerajaan Majapahit tetapi gagal lalu dikepung oleh tentera Majapahit. Beliau melarikan diri ke Tamasik (Singapura). Temasik dikuasai oleh kerajaan Siam yang diperintah oleh Temagi. Temagi telah dibunuh oleh Parameswara kerana untuk menguasai Temasik. Akibat tindakannya, kerajaan Siam menghantar tentera untuk menangkap Parameswara. Parameswara melarikan diri ke Muar, Johor dan seterusnya ke Melaka. Parameswara telah disambut baik oleh penduduk-penduduk tempatan di Melaka. Akhirnya beliau menetapkan Melaka menjadi pusat pemerintahannya.Parameswara merupakan seorang pemerintah yang bijak dan berpandangan jauh. Beliau mempunyai sifat kepimpinan berwibawa dalam pentadbiran, pengurusan perdagangan dan berhemah tinggi dalam menghadapi ancaman Siam. Akibat suasana yang aman dan selamat di Melaka, ianya telah menarik ramai saudagar-saudagar dari Arab, Parsi, India dan China untuk berdagang sehingga Melaka menjadi pelabhuan enterport yang sibuk. Kestabilan dan kedamaian Melaka telah menyebabkan ramai yang terus bermastautin. Melaka mendi selamat kerana penduduk asal Melaka amat taat dan setia. Kemahiran yang ada

Upload: alju-suci

Post on 26-Jun-2015

1.151 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Sejarah Melaka

TRANSCRIPT

Page 1: Penubuhan Dan Zaman Kegemilangan Melaka

PENUBUHAN DAN ZAMAN KEGEMILANGAN MELAKA

Pengenalan

Kerajaan Melaka diasaskan oleh Putera Raja Palembang iaitu Parameswara. Kerajaan

empayar Melaka berkembang dengan pesatnya pada abad ke 14 setelah kejatuhan kerajaan

Srivijaya. Sebelum penubuhan Melaka oleh Parameswara, beliau bersama pembesar-

pembesar serta pengikutnya melarikan diri daripada tentera Majapahit kerana usaha beliau

hendak membebaskan Palembang daripada Kerajaan Majapahit tetapi gagal lalu dikepung

oleh tentera Majapahit. Beliau melarikan diri ke Tamasik (Singapura). Temasik dikuasai oleh

kerajaan Siam yang diperintah oleh Temagi. Temagi telah dibunuh oleh Parameswara kerana

untuk menguasai Temasik. Akibat tindakannya, kerajaan Siam menghantar tentera untuk

menangkap Parameswara. Parameswara melarikan diri ke Muar, Johor dan seterusnya ke

Melaka. Parameswara telah disambut baik oleh penduduk-penduduk tempatan di Melaka.

Akhirnya beliau menetapkan Melaka menjadi pusat pemerintahannya.Parameswara

merupakan seorang pemerintah yang bijak dan berpandangan jauh. Beliau mempunyai sifat

kepimpinan berwibawa dalam pentadbiran, pengurusan perdagangan dan berhemah tinggi

dalam menghadapi ancaman Siam. Akibat suasana yang aman dan selamat di Melaka, ianya

telah menarik ramai saudagar-saudagar dari Arab, Parsi, India dan China untuk berdagang

sehingga Melaka menjadi pelabhuan enterport yang sibuk. Kestabilan dan kedamaian Melaka

telah menyebabkan ramai yang terus bermastautin. Melaka mendi selamat kerana penduduk

asal Melaka amat taat dan setia. Kemahiran yang ada pada orang laut telah membantu Melaka

mengawal kawasan Selat Melaka.

Gambaran pembukaan negeri Melaka semasa Parameswara dan pengikutnya melarikan diri dari Kerajaan Siam

Page 2: Penubuhan Dan Zaman Kegemilangan Melaka

Akibat kepesatan kerajaan Melaka sebagai pusat perdagang serantau, perasaan irihati

pasti wujud dari negara luar. Untuk memastikan keselamatannya terjamin, Parameswara telah

menghantar wakil ke luar negara untuk menjalinkan persahabatan. Parameswara telah

menjalinkan hubungan dengan kerajaan Siam serta menghantar ufti 40 kati emas tanda

pertuanan dan persahabatan. Langkah ini dapat mengelakkan serangan daripada kerajaan

Siam. Melaka juga telah menerima lawatan daripada wakil Maharaja China iaitu Laksamana

Yin Ching pada 1404 dan Laksamana Cheng Ho pada 1404 dan 1409. Kerajaan China telah

mengiktiraf Melaka sebuah Negara berdaulat dan menaunginya. Hubungan dengan China

telah menyebabkan musuh-musuh Melaka berfikir dua kali untuk menyerang Melaka

terutamanya Siam dan Majapahit. Pada tahun 1411 Parameswara serta rombongan besar dari

Melaka melawat China iaitu pada zaman pemerintahan Dinasti Ming. Pemerintah Dinasti

Ming pada masa itu ialah Maharaja Yung Lo. Maharaja Yung Lo telah menghadiahkan raja

Melaka payung kuning, cop mohor dan sepesalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan

Kerajaan China pada Melaka. Utusan-utusan Melaka terus dihantar ke China pada tahun 1412

dan 1413. Parameswara bijak merancang dan gigih berusaha memajukan Melaka sebagai

pusat perdagangan enterport dan pelabuhan penting pada abad ke 15. Melaka sebagai pusat

pengedaran serta pengumpulan barang-barang dari Kepulauan Melayu, ke Timur dan ke

Barat serta sebaliknya. Peranan Melaka telah membezakannya dengan pelabuhan-pelabuhan

lain yang hanya memperdagangkan hasil tempatan. Kedudukan Melaka yang strategik

menjadi tempat pertemuan saudagar dari Arab-India dan China – Jepun. Selain daripada

kebijaksanaan Parameswara, pembesar-pembesar lain telah menjalankan tugas dengan

bijaksana. Pengurusan dan pentadbiran yang baik dan teratur telah menggalakkan kedatangan

saudagar-saudagar dari luar. Melaka terletak berhampiran pusat pengeluaran rempah ratus,

bijih timah, emas dan pelbagai hasil hutan di kawasan pendalaman. Semenanjung Tanah

Melayu, Sumatera, Pulau Jawa dan Kepulauan melayu lain mempunyai pelbagai hasil yang

telah lama diperdagangankan. Barang-barang keperluan tersebut amat diperlukan sebagai

barangan dagangan Arab, Parsi,

India dan China untuk dijual kepada

pedagang-pedagang asing ditempat

lain.

Gambaran Istana Melaka

Page 3: Penubuhan Dan Zaman Kegemilangan Melaka

Pengislaman pemerintah Melaka iaitu Megat Iskandar Shah pada tahun 1414 telah

menjadi daya penarik kepada saudagar-saudagar Islam dari Timur Tengah. Dalam sistem

pemerintah Melaka, Syahbandar atau Pegawai Pelabuhan menjaga kebajikan, keselamatan

dan pengurusan perdagangan. Empat orang Syahbandar dilantik bagi menjaga untuk

mengurus perdagangan yang berlainan. Setiap seorang mengendalikan saudagar dari Gujerat,

Benggala, Pegu dan Sumatera Utara, Kepulauan Melayu dan saudagar China, Indo-china dan

Luzon Filipina. Kerajaan Melaka juga menyediakan kemudahan membaiki kapal, tempat

penginapan para saudagar, bekalan makanan dan air bersih serta yang penting sekali tempat

penyimpanan barang dagangan dengan selamat. Sistem cukai yang adil juga memberi faedah

besar kepada pedagang asing dan tempatan. Sistem piawaian timbang turut digunakan.

Pegawai undang-undang pelabuhan juga dilantik bagi memastikan tiada penipuan,

penindasan serta diskriminasi berlaku semasa proses pengurusan perdagangan. Keadaan

keselamatan dan keadilan sebegini telah menyebabkan para saudagar berasa selamat dan

tanpa dipaksa seperti yang berlaku semasa pemerintahan Srivijaya.

Kestabilan politik, pengurusan menarik dan sistematik dan jaminan keselamatan

menyebabkan saudagar asing optimis dengan keuntungan perdagangan yang mereka perolehi

dengan membuat pelaburan di Melaka. Saudagar-saudagar dari Arab, Parsi, India dan China

telah mendirikan pusat perdagangan mereka di Melaka dan menjalankan perdagangan

pemborong. Sistem kanun Melaka yang baik masa itu telah menjadi ikutan beberapa negara

lain. Dalam pada itu penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa “lingua franca” atau bahas

perantaraan dalam urusan perdagangan telah lama digunakan pedagang di rantau kepulauan

Melayu. Bahasa Melayu senang ditutur dan difahami turut memudahkan penggunaan oleh

pedagang asing seperti Arab, India dan China. Selain daripada itu, penggunaan mata wang

turut meyumbang kepada kelancaran perdagangan urus niaga dan menarik kedatangan

pedagang-pedagang. Perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan turut dinyatakan oleh

seorang penulis barat iaitu Tome Pires yang mana menyatakan hamper 4 000 pedagang asing

di Melaka. Bendahara Melaka yang terkenal ialah Tun Perak. Pada masa sekarang diibaratkan

sebagai Pendana Menteri. Beliau bukan saja menjadi penasihat Sultan bahkan menjalankan

cara pengurusan pentadbirannya yang bijak membantu memakmurkan Melaka. Beliau sering

menjadi wakil kepada Sultan dalam menjalinkan hubungan dengan negara luar. Hasil

kebijaksanaan Tun Perak Sultan Mansur Shah (1459-1477) mendapat pengiktirafan maharaja

China sebagai pemerintah Melaka. Hubungan perkahwinan dengan Puteri Hang Li Po dan

Puteri Ratu Majapahit bernama Raden Mas Ayu telah mencetuskan perhubungan yang

berpengaruh Melaka dengan China dan Majapahit serta memberi kesan yang besar kepada

peluasan wilayah Melaka. Kekuatan Melaka banyak bergantung kepada kebijaksanaan

Page 4: Penubuhan Dan Zaman Kegemilangan Melaka

Bendahara Tun Perak. Beliau telah beberapa kali mematah serangan dari luar termasuk

tentera Siam. Beliau juga dibantu oleh panglima bersaudara iaitu hang Tuah, Hang Jebat,

Hang Kasturi, hang Lekiu dan Hang Lekir. Pertahanan tentera yang kuat dan terlatih maka

Melaka sangat selamat untuk menjalankan perdagangan.

Pada zaman sekarang, negara kita Malaysia juga mengamalkan sistem perdagangan

antarabangsa serta pengasas Sistem Perbankan Islam di dunia. Undang-undang antarabangsa

serta dasar-dasar perdagangan Malaysia telah menyebabkan negara kita Malaysia menjadi

sebuah negara yang boleh dianggap berjaya dalam pengurusan perdagangannya. Dasar luar

negara kita serta hubungan akrab dengan negara-negara luar seperti China, Jepun , Amerika,

Singapura, Russia dan banyak negara-negara lain telah menggalakkan proses perdagangan

Malaysia. Pembelian sistem pertahanan yang canggih untuk memastikan kedaulatan negara

terjamin dari anasir luar yang berniat jahat. Kesemua ini adalah untuk memastikan

kemakmuran, keselamatan dan kestabilan negara. Faktor-faktor ini telah pun diamalkan pada

zaman kemakmuran empayar Melaka untuk menjadi sebuah kerajaan yang masyhur dan

ternama.

Semoga dengan rencana dan keterangan ini akan memberi faedah serta

sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari maklumat untuk kajian

atau assignment anda.

Hasil Kerja:

Ali Juli

Bekenu,Miri,

Sarawak.