pentaksiransosial

Upload: rahimisaad

Post on 07-Jul-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    1/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    MODUL PENTAKSIRANPERKEMBANGAN MURID

    DI PRASEKOLAH

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    2/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    PENGENALAN

    Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanakberumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untukmeningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersediauntuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Untuk memastikanmatlamat dan objektif tersebut tercapai, pentaksiran perlu dijalankan untuk menilai

    perkembangan kanak-kanak dari semasa ke semasa dalam aspek-aspek yang dikenalpasti.Pentaksiran yang dicadangkan adalah pentaksiran secara formatif dan autentik melaluipengajaran dan pembelajaran harian.

    OBJEKTIF MODUL

    Modul ini bertujuan menyediakan maklumat asas, menerangkan definisi, konsep, istilah

    serta memberi contoh instrumen untuk dijadikan panduan kepada guru bagi menjalankanpentaksiran dan menilai perkembangan murid di peringkat prasekolah.

    bjektif modul ini adalah untuk membantu guru!i. Memahami tujuan, konsep, istilah serta kaedah berkaitan pentaksiran prasekolahii. Mengenalpasti perkara-perkara "konstruk# yang ditaksir iii. Mengenal pasti jenis instrumen yang sesuai untuk mentaksir muridiv. Membina instrumen

    v Mengurus dan melaksanakan pentaksiran

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    3/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    Pentaksiran murid di prasekolah lebih menekankan kepada usaha ke arahpenambahbaikan "improvement # serta perkembangan "development # dan bukan pencapaian

    "achievement # semata-mata. Maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatuaktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan proses pentaksiran.Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologikanak-kanak, teori perkembangan kanak-kanak semasa merancangkan proses pentaksiran.

    'agi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu sebelummemulakan persekolahan formal di (ahun )atu, Pentaksiran Merujuk )tandard digunakan,selaras dengan rekabentuk *urikulum )tandard Prasekolah *ebangsaan "*)P*# yang mula

    digunakan di semua prasekolah pada tahun +. )tandard Pentaksiran yang dinyatakandalam *)P* "rujuk ampiran & dalam modul ini# perlu diakur oleh semua pihak yangmenggunakan kurikulum kebangsaan ini.

    APAKAH PENTAKSIRAN MERUJUK STANDARD ?

    *urikulum )tandard Prasekolah *ebangsaan yang dilaksanakan di semua prasekolah mulai

    + disusunatur mengikut format /okus, )tandard *andungan dan )tandardPembelajaran. /okus, )tandard *andungan dan )tandard Pembelajaran adalah perkara-perkara yang dirujuk semasa guru merancang dan melaksanakan pengajaran danpembelajaran..

    Fokus adalah bidang pembelajaran yang ingin dikembangkan dalam diri murid. )emasamerancang pentaksiran, /okus boleh dirujuk untuk membina Konstruk. *onstruk adalahperkara yang akan ditaksir. )etiap /okus dinyatakan melalui beberapa )tandard*andungan. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang

    t t id t h d b l h l k k d l t t h k l h I dit li li ti

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    4/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    )tandard Prestasi memperihalkan kualiti penguasaan sesuatu perkara atau hasil kerjamengikut hierarki. )tandard Prestasi tidak menjelaskan secara spesifik tentang teknik atau

    kaedah untuk mencapai hasil yang dikehendaki. )tandard prestasi bukan saja patutdiketahui oleh pentaksir "guru#, malah ibu bapa dan murid sendiri.

    )tandard Prestasi dinyatakan dalam bentuk kriteria dan skor.  Kr%tr%a  merupakanpernyataan yang menjelaskan tentang kualiti sesuatu kerja atau perkara yang dikuasai.*riteria yang ditulis mesti mudah, ringkas, tidak mengelirukan dengan mengambil kiraperbe1aan antara individu. Ianya menjadi rujukan bagaimana prestasi murid ditaksir dandiberikan skor. Pernyataan kriteria yang ditulis pada setiap tahap penguasaan mestilah

    dapat memperihalkan setakat mana kualiti kerja yang ditunjukkan oleh murid. *riteria yangkhusus dibina bagi setiap konstruk yang dinilai dalam pentaksiran prasekolah. 'agimemastikan kesamaan kualiti antara kesemua kriteria khusus, satu standard dan kriteriateras "core# digunakan sebagai panduan.

    $alam konteks pentaksiran prasekolah di Malaysia, )kor bermaksud apa yang digunakanuntuk menandakan tahap penguasaan murid. $i prasekolah, skor yang diberi bukan sekadar berbentuk gred "&, ', 2, ...# atau markah ", +, 3, ...# yang hanya boleh dijumlah dandipuratakan, seperti yang digunakan dalam ujian pencapaian di peperiksaan awam. )kor dalam bentuk markah dan gred semata-mata tidak boleh memberi maklumat tentang apayang murid boleh lakukan. Untuk menjadikan pentaksiran lebih bermakna di prasekolah,skor mestilah dapat menjelaskan di tahap manakah murid berada berbanding standardprestasi yang hendak dicapai. 2ontoh skor yang boleh digunakan dalam pentaksiran

    prasekolah ialah 'elum Menguasai "#, )edang Maju "#dan (elah Menguasai

    "#. (iga skor ini mewakili penguasaan pada tahap (ahu sahaja, (ahu dan 'oleh 'uat

    dengan bimbingan, (ahu dan 'oleh 'uat dengan 'aik dan dengan )endiri, sepertiditunjukkan dalam 4adual . 4adual + memberi satu lagi contoh )tandard Prestasi.

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    5/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    Jadua# .' Standard Prstas% d% Prasko#a( ) *onto( .

    Skor +Ta(a, Pnguasaan-

    S%!"o# Kr%tr%a

    Menguasai M 'oleh melakukan aktiviti dengan betul sehinggaselesai

    )edang 'erkembang )' Memerlukan bimbingan dari semasa ke semasaapabila melakukan aktiviti namun masih boleh

    melakukannya sehingga selesai

    Perlu 'anyak'imbingan

    P' )ukar memahami arahan untuk menjalankan aktivitidan sentiasa memerlukan bimbingan

    (iga tahap penguasaan di 4adual dan + boleh menjadi teras "asas# kepada pernyataan

    kriteria bagi standard prestasi yang dibina dan disesuaikan untuk mentaksir setiap konstruk.

    $engan adanya )tandard Prestasi, guru dapat memberi skor dan maklum balas yang tepatkepada murid tentang prestasi mereka . )ehubungan itu guru boleh mengatur strategipengajaran atau intervensi untuk membantu murid memperbaiki pembelajaran mereka bagimenguasai tahap yang tertinggi. $aripada maklum balas guru, murid pula mendapatgambaran yang jelas tentang sasaran pembelajaran, di mana kedudukan mereka dan apalagi yang mereka perlu perbaiki untuk maju ke arah sasaran berkenaan.

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    6/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    BAGAIMANA HASIL PENTAKSIRAN BERGUNA UNTUK GURU?

    %asil pentaksiran membantu guru di prasekolah untuk!

    i. Mengesan keberkesanan pengajaranii. Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada muridiii. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur iv. Merancang tindakan susulan untuk tujuan pemulihan dan pengayaanv. Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikuasai murid

    vi. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan perkembangan

    dan pertumbuhan muridvii. Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke

    semasaviii. Mengenalpasti pelbagai kecerdasan, kemahiran dan potensi murid yang boleh

    diperkukuhkan

    BAGAIMANA HASIL PENTAKSIRAN BERGUNA UNTUK MURID?

    )atu aspek penting dalam memastikan keberkesanan pentaksiran untuk membantupengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan maklumat pentaksiran oleh guru untukmemberi respon atau !ak#u! "a#as yang sesuai dan berguna kepada murid. Maklum balasguru yang merujuk kepada pernyataan standard dan kriteria yang jelas boleh disampaikandalam bentuk pujian, teguran dan nasihat. )elain pengakuan guru sama ada hasil kerjamurid itu boleh dikatakan baik, perlu dibaiki, ada kemajuan atau sebagainya, murid perludiberitahu kenapa kerja atau prestasi mereka dinilai sedemikian. Murid juga perlu diberitahu

    apakah langkah langkah yang boleh dilakukan untuk menambah baik prestasi mereka

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    7/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    Tun$ang Ko!un%kas%

    /okus utama (unjang *omunikasi adalah *emahiran 'ahasa dan )eni 'ahasa. *emahiran'ahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dankemahiran menulis. 'ahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangankanak-kanak. )eni 'ahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahanbahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak.

    Tun$ang Kro(an%an1 S%ka, dan N%#a%

    (unjang *erohanian, sikap dan nilai merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan Moral.Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu.Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.

    Pendidikan Islam

    Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang 9ukun Iman, 9ukun

    Islam, )irah 9asulullah dan *alimah )yahadah. *anak-kanak prasekolah belajar bersuci,berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak 9asulullah danmelakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama kanak-kanak ini jugamengenal asas bahasa &l :uran, huruf hijaiyah dan 4awi serta menghafa1 beberapa surahpendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melaluiaktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka danbermain.

    P didik M l

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    8/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    Tun$ang Prk!"angan F%2%ka# dan Estt%ka

    (unjang Perkembangan /i1ikal dan 8stetik merangkumi Perkembangan /i1ikal danPenjagaan *esihatan serta Perkembangan *reativiti

    Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

    *anak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan ototmereka. &spek perkembangan fi1ikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpaperkembangan fi1ikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam

    melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis,penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan mu1ik serta pengendalianperalatan. Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkankemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangankanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat,menyambut objek, membaling objek serta postur yang betul semasa duduk.

    (unjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan

    fi1ikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. (abiat yang dibinaakan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. )ecara la1imnya kanak-kanakyang mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepadapembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang positif. (unjang ini juga menekananaspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan danbahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri.

    Perkembangan Kreativiti 

    P k b k ti iti k i i i l didik ik t d d

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    9/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    Tun$ang Sa%ns dan Tkno#og% ) A3a# Sa%ns dan A3a# Mat!at%k

    (unjang )ains dan (eknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaanmenggunakan objek seperti blok dan penggunaan I2(.

     Awal Sains

     &wal )ains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. $alam proses penerokaan ini,sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk.

    )emasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati,mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akandikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan"contoh! tumbuhan, haiwan#,alam bahan "contoh! objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet# dan alam fi1ikal "contoh!pelangi,cuaca#. (unjang ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripadapemerolehan pengetahuan. ;uru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatandaripada hasil penerokaan murid.

     &wal )ains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untukmembuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. &ktiviti pembinaan ini bukan sahajamemberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkunganserta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus.

     Awal Matematik 

     &wal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak ini.P l i i t k k b b i b d h il i

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    10/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    Konstruk 4ang d%taks%r 

    Untuk mengenal pasti apakah perkara-perkara utama yang ditaksir"konstruk#, rujukan dibuatke atas /okus, )tandard *andungan dan )tandard Pembelajaran untuk setiap (unjang didalam dokumen *urikulum )tandard Prasekolah *ebangsaan. /okus, )tandard *andungandan )tandard Pembelajaran menyatakan dengan terperinci perkara yang perlu dipupuk dandikuasai oleh murid. Pengamalan sikap baik "yang berkaitan dengan kemahiran< kebolehandalam )tandard Pembelajaran# juga diperhatikan dan ditaksir sebagai usaha untukmemupuk nilai murni dan sikap positif semasa murid mempamerkan kemahiran mereka.4adual 3 menunjukkan senarai konstruk yang telah dikenal pasti mengikut tunjang

    sepanjang tempoh pembelajaran murid di peringkat prasekolah.

    Jadua# 5' Snara% Konstruk untuk Pntaks%ran d% Prasko#a(

    TUNJANG KONSTRUK

    Ko!un%kas%

    'M *emahiran Mendengar 

    'M+ *emahiran 'ertutur 'M3 *emahiran Menyebut dan Mengecam %uruf =okal dan

    *onsonan

    'M> *emahiran Membaca Perkataan

    'M> *emahiran Membaca Perkataan

    'M? *emahiran Membaca &yat

    'M@ *emahiran Mencerita )emula

    'MA *emahiran Menulis

    K %

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    11/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    TUNJANG KONSTRUK

    /CD Mengamalkan angkah-langkah Menjaga *eselamatan $iri

    Kreativiti  *9 *emahiran Menghasilkan *arya )eni =isual secara *reatif *9+ Mengamalkan )ikap &presiasi )eni

    *93 *emahiran dalam Menyanyi 

    *9> *emahiran Memainkan &lat Perkusi

    *9? *emahiran ;erakan *reatif 

    *9@ *emahiran 'erlakon dan Main Peranan

    Sa%ns dan Tkno#og% +Prk!"angan Kogn%t%6-

     !al Sains dan )( *emahiran Memerhati !al "atematik  )(+ *emahiran Merekod %asil Pemerhatian

    )(3 *emahiran Membuat Pengukuran Menggunakan Unit 'ukanPiawai

    )(> *emahiran Membanding dan Membe1a

    )(? *emahiran Mengelas

    )(@ *emahiran Membuat 9amalan

    )(A *emahiran Menyelesai Masalah

    )(D *emahiran Membuat )eriasi)(E *emahiran Mengecam 2orak 'erulang dan Membina Pola

    )( Pengetahuan tentang 7ombor -+

    )( Pengetahuan tentang +,3,>,?

    )(+ *emahiran Menyelesai perasi (ambah dalam ingkungan

    )(3 *emahiran Menyelasai perasi (olak dalam ingkungan

    )(> *emahiran Mengecam $uit yang 'erlainan 7ilai

    )(? Pengetahuan tentang *onsep Masa

    )(@ P t h t t * d d k bj k d l 9

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    12/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    TUNJANG KONSTRUK

    PM+ Mengamalkan 7ilai *esederhanaan

    PM3 Mengamalkan 7ilai (oleransiPM> Mengamalkan 7ilai 'erdikari

    PM? Mengamalkan 7ilai 'erdisiplin

    Nota'

    7ilai-nilai murni yang hendak diterapkan melalui Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

    boleh ditaksir secara bersepadu. Pengamalan nilai murni boleh diperhatikan semasa muridmelakukan aktiviti-aktiviti dalam kelas atau semasa kemahiran-kemahiran lain ditaksir. (idaksemestinya diadakan instrumen atau aktiviti yang khusus untuk mentaksir nilai-nilai murnisahaja.

    BAGAIMANA MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN DI PRASEKOLAH?

    Pentaksiran prasekolah lebih banyak menggunakan pendekatan 6or!at%6 . Matlamatpentaksiran formatif ialah untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid.Pentaksiran dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, membantu gurumengesan penguasaan, kemajuan dan merancang pengajaran atau strategi seterusnya.Untuk mencapai matlamat, guru harus melaksanakan aktiviti-aktiviti pentaksiran secaraberulang dan berterusan seperti yang ditunjukkan dalam 9ajah . )ebagai persediaan, guruharus membuat perancangan dan membina item, instrumen atau aktiviti.

    P t k i h di l d dil k k b t t k lih t k j h il k j

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    13/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    Ra$a( &' Pross Mn$a#ankan Pntaks%ran

    MerancangMenentukan Konstruk dan kaedah

    penilaian

    Membina InstrumenM!"%na %nstru!n dan !nntukan Standard Prstas%

    Melaksanakan PentaksiranPemerhatian Tingkah laku,

     

    M k d

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    14/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    MERAN*ANG

    )ebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang dengan melakukanperkara-perkara berikut!

     

    (ahu tujuan mentaksir 

     

    (ahu apakah konstruk yang ditaksir 

      9ujuk kepada )tandard *andungan dan )tandard Pembelajaran dalam

    *urikulum )tandard Prasekolah *ebangsaan9ujuk kepada )tandard Prestasi teras dan kriteria berkaitan6

    • (entukan instrumen "aktiviti atau strategi# yang akan digunakan6

     

    (entukan bila hendak mentaksir6

     

    (entukan tempoh pemerhatian.

    MEMBINA INSTRUMEN

    'erdasarkan *onstruk, )tandard *andungan, )tandard Pembelajaran, )tandard Prestasi,guru boleh membina instrumen serta mengatur aktiviti yang sesuai dan tepat supaya muridberpeluang memberi respon yang diharapkan. Melalui pendekatan pentaksiran autentik,murid boleh diperhati dan ditaksir melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Pemilihan instrumen dan aktiviti harus sesuai dengan apa yang hendak ditaksir denganmengambil kira faktor murid dan persekitaran mereka. )atu instrumen atau aktiviti bolehdigunakan untuk mendapatkan evidens bagi lebih daripada satu konstruk. &ntara aktivitiyang la1im dijalankan di prasekolah ialah permainan, lakonan, nyanyian, projek, bercerita,k i d b l

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    15/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    ii. Interaksi   Interaksi murid boleh diperhati dan dinilai melalui contoh aktiviti berikut !

    • 'acaan.

    • 7yanyian.

    • Main peranan.

    • 'ersoal jawab.

    •  &ktiviti berkumpulan "projek, persembahan#

    Interaksi murid dengan bahan< haiwan< tumbuhan< persekitaran.• $engan diri sendiri "imaginar$ friend #.

    • Perbualan antara murid dengan guru

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    16/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    pencapaian dalam penguasaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai murid. Penilaianterhadap hasil kerja atau evidens direkod berdasarkan skala. )kala penskoran dibina bagi

    pentaksiran setiap konstruk dalam setiap tunjang.

    ;uru perlu menentukan perkara-perkara berikut dalam merancang senarai semak !

    • *onstruk yang hendak dinilai

    • )tandard Prestasi dan kriteria ditulis dengan jelas.

    • Instrumen dan aktiviti yang digunakan

    • )kor digunakan! angka atau simbol

    9ujuk contoh 9ekod )enarai )emak dalam ampiran '.

    +"- Rkod Ankdot

    9ekod &nekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah lakumurid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif untuk direkod.Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan tingkahlaku

    tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap murid secara individu, walaupunperistiwa berlaku dalam kumpulan. (iada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkahlaku ini. 2atatan hendaklah ditulis secara objektif apa sebenarnya yang berlaku. 2ontohmaklumat yang boleh direkod adalah peristiwa yang menggambarkan tentangperkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikanmasalah.

    Panduan "enulis %ekod &

    M b t h ti t h d i ti b l k

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    17/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    2atatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

    9ekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku.

    ;unakan bahasa yang boleh difahami.'oleh gunakan singkatan semasa mencatat.

    • (ulis secara terperinci tentang apa dilakukan murid semasa peristiwa berlaku dan

    tingkah laku yang ingin diperhatikan.

    (ulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan H judgmental 0.

      Pastikan buku nota atau kertas catatan tidak didedahkan dan diletak di tempat yang

    selamat

    9ujuk contoh 9ekod 'erterusan dalam ampiran $.

    MENGANALISIS DAN MENGINTERPRETASI

    )egala data yang direkod menggunakan senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, ataurekod berterusan perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat rumusan mengenai

    murid. Prosedur umum yang dicadangkan semasa menganalisis dan menginterpretasimaklumat adalah seperti berikut!

    • Membaca dengan teliti semua data yang diperolehi daripada hasil pemerhatian.

    •  Membuat analisis terhadap data dengan mengambil kira aspek-aspek penting dalam

    (unjang. 2ontohnya (unjang *omunikasi lebih berfokus kepada kemahiran bertutur,kemahiran mendengar dan kemahiran menulis

    • Menganalisis hasil kerja murid.

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    18/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    'ontoh Analisis Hasil Kerja(

    2ontoh "a#

     

    2ontoh "b#

     &malina melakar menggunakan dua

    warna. Ia menggunakan banyakbentuk bulat dalam lukisan. $iaberjaya meneruskan lakaran untukmembentuk kaki, tangan danrambut

     &lice berjaya menceritakansemula cerita yang dibacakanmelalui lukisan. 'eliau sudah boleh

    i t h l t k

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    19/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    MENGGUNA MAKLUMAT

    Maklum balas hendaklah diberikan kepada murid secara individu setiap kali selepas muriddiperhatikan atau ditaksir. Maklum balas adalah bukan sahaja berbentuk pujian, tetapimaklumat tentang kerja dan kemajuan murid. /okus maklum balas ialah kepada apa yangmurid boleh kuasai atau buat, bagaimana boleh memperbaikinya dan apakah kemajuanyang murid telah tunjukkan. Melalui maklum balas yang merujuk kepada standard dankriteria, murid-murid dapat mengetahui apa yang patut dicapai, dan sejauh mana merekatelah berjaya mencapai standard dan kriteria ditetapkan dalam penguasaan sesuatukonstruk "pengetahuan, kemahiran dan nilai#. Murid boleh meneliti dan menilai kerja masing-masing. Mereka akan rasa dihormati dan hasil kerja mereka dihargai. Melalui maklum balas,murid lebih jelas tentang apa lagi yang perlu dilakukan untuk menjadi lebih baik, dan merekaakan lebih bermotivasi untuk meneruskan aktiviti.

    PEN0IMPANAN MAKLUMAT

    )egala maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian yang sistematik direkodkan dandikumpulkan dalam portfolio. Portfolio menjadi sumber rujukan yang menunjukkankemajuan, kekuatan, konsep dan kemahiran yang mereka kuasai. )etiap murid mempunyaiportfolio yang mengandungi hasil kerja mereka beserta tarikh kerja dihasilkan dan catatanyang berkaitan.

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    20/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    REKOD PERIBADI MURID

    9ekod peribadi murid mengandungi maklumat diri, keluarga murid dan fi1ikal murid.   ;uruperlu memastikan segala maklumat yang hendak diperolehi tepat dan mendapat kerjasamadari ibu bapa atau penjaga. 9ekod peribadi ini akan diserahkan kepada ibubapa

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    21/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

      MAKLUMAT FI9IKAL

    DATA BERAT DAN TINGGI MURID

    =T&%& ;! =Be't ( STATUS KESIHATAN

    $ANUARI

    MEI

    OKTOBER

    = :tt(% *(*'% t&%& +% t&!%% e't p+ pet( % +&e+&(%.  S&, '*/*( :'t Pe't*!*)% *%t*( tt* (e&)t%== T%+(% # p+ '*% e'(e%% !e%&(*t tt* (e&)t%.

    TATA*ARA PENGURUSAN DAN PEN0IMPANAN REKOD

    . )emua instrumen yang digunakan untuk menilai murid secara kumpulan dan kelasperlu disimpan di dalam fail induk

    +. )emua instrumen yang digunakan untuk menilai murid secara individu perludisimpan di dalam portfolio murid

    3. )etiap fail perlu dilabelkan.>. /ail induk < individu disimpan di ruang yang selamat dan berstatus sulit.?. Maklumat perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    22/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    ETIKA PENTAKSIRAN KANAK/KANAK PRASEKOLAH

     &kta Pendidikan EE@, )eksyen +>, Peraturan-peraturan Pendidikan "*urikulum Prasekolah*ebangsaan# ++, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut !

    )eksyen +> *uasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah,  FMenteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan 'ab iniG.

    D. 9ekod *emajuan Murid;uru hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid dan

    merekodkan perkembangan itu mengikut cara yang ditetapkan oleh *etua Pendaftar darisemasa ke semasa

    Panduan Mn$aga Rkod Prk!"angan dan K!a$uan Mur%d Prasko#a(

    • )egala hasil pemerhatian hanya boleh dibincang dengan pihak yang tertentu sahaja "ibubapa, guru besar, pakar perubatan, pihak-pihak atau orang-orang berkenaan#

    • 9ekod murid tidak boleh dipamerkan.

    • *ebenaran ibu bapa, penjaga murid perlu didapatkan untuk mengambil gambar dan

    merakam video yang melibatkan murid berkenaan.

    • Pastikan segala rekod pemerhatian diberikan kepada ibu bapa

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    23/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

     &spek perkembangan murid yang boleh dilaporkan adalah seperti berikut!

    a. (unjang *omunikasib. (unjang *erohanian , )ikap dan 7ilaic. (unjang *etrampilan $iri Perkembangan )osioemosid. (unjang Perkembangan /i1ikal dan estetikae. (unjang )ains dan (eknologif. (unjang *emanusiaan

    *onto( 6or!at ,#a,oran

    TUNJANG ULASAN

    SEMESTER & SEMESTER .

    *omunikasi 'oleh bercerita mengenai diri dankeluarga. 'oleh berinteraksi secarasopan dengan rakan sebaya. )udahboleh mengenal dan membunyikanhuruf abjad serta membacaperkataan mudah "*=J*=# . $apatmenulis huruf dan perkataan serta

    mewarna gambar mengikut cara danarah yang betul.

    /i1ikal dan 8stetika )udah dapat menguasai kemahirankoordinasi mata-tangan. 'olehmengemas dan menyimpan alatanyang telah digunakan denganbantuan. $apat membe1akanobjek

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    24/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    25/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    LAMPIRAN A' STANDARDPENTAKSIRAN DALAMKURIKULUM STANDARD

    PRASEKOLAHKEBANGSAAN

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    26/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    o Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid dalam semua aspek yang

    dirangkumi dalam *urikulum )tandard Prasekolah *ebangsaan.

    o Mengesan keberkesanan pengajaran guru.

    • %asil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancang tindakan susulan

    yang berkesan untuk!o Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif,

    afektif dan psikomotor.o Membantu pembelajaran murid.

    o Memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan mutu

    pengajaran dan pembelajaran guru.

    Standard Pntaks%ran Kdua' Pntaks%ran (arus d%$a#ankan k atas ,ngta(uan1k!a(%ran dan s%ka, 4ang d%rangku!% da#a! Kur%ku#u! Standard Prasko#a(K"angsaan:

    • Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua (unjang dalam *urikulum

    )tandard Prasekolah *ebangsaan termasuk!

    o Penerapan nilaio Pembentukan sikap

    o Penguasaan kemahiran

    o )tatus kecergasan

    o )tatus kesihatan

    o *esediaan sosial "social readiness)

    •  &ktiviti kokurikulum dan ekstra-kurikulum tidak harus ditaksirkan berasaskan

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    27/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    • $ata yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya inferens atau kesimpulan yang

    dibuat adalah sah dan sahih.

    • Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitanperkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid . 2ontoh rekod adalahseperti berikut!

    o )enarai )emak.

    o )kala *adar.

    o 9ekod &nekdot.

    o 9ekod 'erterusan "%unning %ecord #.

    o Portfolio

    Standard Pntaks%ran K#%!a' Has%# ,ntaks%ran d%gunakan untuk !ran8ang t%ndakansusu#an d!% !n%ngkatkan !utu ,nga$aran dan ,!"#a$aran dan untuk !!"antu,nga$aran:

    • %asil pentaksiran diserahkan kepada guru (ahun selepas murid tamat prasekolah

    untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif.

    • %asil pentaksiran digunakan untuk memberi laporan dan maklumat kepada ibubapa

    mengenai kemajuan anak-anak mereka.• %asil pentaksiran digunakan untuk mengenalpasti masalah murid-murid sama ada

    mereka perlu dirujuk kepada pakar.

    Standard Pntaks%ran Kna!' Pntaks%ran (arus d%$a#ankan dngan ,nu( "rt%ka1(ak asas% kanak/kanak ,r#u d%,atu(%:

    • %asil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang lain, ia hanya

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    28/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    LAMPIRAN B

    *ONTOH REKOD

    SENARAI SEMAK

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    29/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    *andunganPemerhatian

    UlasanI II III

    mudah tertarik oleh

    bunyi di luar.

    Mendengar dan mengecam kesamaan bunyi

    perkataan.+. *emahiran 'ertutur 

    'erinteraksi dan mengecam bunyi perkataanyang berbe1a.Merangsang pertuturan melalui soal jawab.

    Melafa1kan puisi dengan intonasi yang betul.

    Melakonkan watak-watak mengikut situasi.

    andakan ( *+ ) jika murid telah menguasai andakan ( ,) dan catatkan tarikh jika murid belum menguasai 

    *onto( . +%nd%7%du-*onto( . +%nd%7%du-

    Na!a !ur%d ' ;;;;;;;;;;;;;;;::;;;;;;;;;;;;Na!a Guru ' ;;;;;;;;;;;;;;;;;:;;;;;;;;;;

    HASIL PEMBELAJARAN U#asan<Tar%k(

    U#asan<Tar%k(

    U#asan<Tar%k(

    KEMAHIRAN BERTUTUR

    Br"ua#!nggunakan "a(asa4ang !uda( dngans"utan 4ang "tu#

    Pendiam dan tidakmahu berbual dantidak ramai kawan  +&5F"-

    )udah bolehberbual semasamenjalankanaktiviti +&=M%-

    )eorang yangperamah, berbualdengan ber-tatasusila dansudah ramai kawan

     <

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    30/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    HALIM < & Ma8 < . Ma8 < &@ M% < = A,r%#

    LINDA < &@ A,r%# < &. M% = A,r%#

    LATIFAH < .= A,r%#

    uru meminta murid secara individu melafaz niat doa atau bacaan tertentu.andakan ( *+ ) dan catatkan tarikh jika murid telah menguasai andakan ( ,) dan catatkan tarikh jika murid belum menguasai 

    *onto( +Ku!,u#an-*onto( +Ku!,u#an-SENARAI SEMAK PENILAIAN LISAN BAHASA MELA0U

    BIL NAMA MURID KEMAHIRANPETUNJUK KEMAHIRAN

    & . 5

    . 9ohani <+ /eb

      . Memberi respons bila disoal.+. Mematuhi arahan secara bertatasusila

    3. Menyoal untuk mendapatkan maklumat>. Mendengar pesanan dan

    menyampaikannya dengan menggunakanperkataan sendiri

    ?. 'ercerita berpandukan gambar 

    +. aily <+ /eb

     

    3. /au1iah K+ /eb

     

    >. &1ila <3 /eb

     

    ?. )hamsudin <3 /eb

     

    @. %aris <3 /eb

     

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    31/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    + Marina )M (M )M (M (M (M (M

    3 4enny )M (M (M (M )M (M )M

    > )uraya (M (M (M (M )M (M (M

    ? )iva (M 'M )M (M )M (M )M

    7ota! )kor (M! (elah menguasai )M! )edang Maju, 'M! 'elum Menguasai

     

    *onto( = +Ku!,u#an-*onto( = +Ku!,u#an-

    Tun$ang ' Sa%ns dan Tkno#og%

     Ta$uk ' M!"%na Mod# Mnggunakan Bongka( +Akt%7%t% Ku!,u#an-

    'il 7ama Murid It! Petunjuk Item

    i ii iii iv v

    Ku!,u#an A i. Pemilihan bongkah mengikutsai1, warna dan bentuk yangsesuai

    ii. Menyusun bongkah mengikutsai1 untuk membentuk objek

    iii. *reativiti dalam menghasilkanobjek

    iv. *ekemasan hasil objekv. *erjasama dalam satu

    pasukan

    . *amilah Masrol (M )M )M (M )M

    +. %asnah &lias (M )M 'M )M (M

    3. 9aihana &li 'M 'M )M (M (M

    >. *asmin *asim (M 'M (M 'M (M

    ?. 4amlus %asan (M (M 'M 'M 'M

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    32/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    *onto( +Ku!,u#an-*onto( +Ku!,u#an-

    *omponen ! Perkembangan /i1ikal

    (ajuk ! Membentuk bjek $ari $oh

    *andungan ! Menguasai kemahiran motor halus  Menguasai kemahiran kordinasi mata-tangan

    B%#Na!a !ur%d ITEM < KEMAHIRAN

    Mengulidenganbetul

    Membentukdengankemas

    *reativitidalammenghasilkan objek

    *ekemasantempat

    'ekerjasamadalamkumpulan

    . D%na

    +. T%na

    3. Ad%#a(

    >. Mansor 

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    33/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    *onto( +Ind%7%du-*onto( +Ind%7%du-Pn%#a%an k!a(%ran !!"a8a

    7ama murid ! &minPemerhati ! Mahani Cakaria(arikh ! +D /eb +Masa ! . - .? pagi)ituasi < tempat ! $alam kelas prasekolahItem ! *emahiran Membaca "Mengenal abjad#

    *onto( Tks !ngna# a"$ad *atatan

     

    a p d y

    Ksa#a(an s"utan- y disebut g- r disebut n- l disebut i

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    34/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    *onto( tks suku kata *atatan

    Ini lori)   dapa

    Ini lori bapa) *

    #ori bapa biru)       baba deli

    Bapa baru beli lori) 

      dapa

    Ksa#a(an s"utan- bapa dibaca dapa, baba- beli dibaca deli- bawa dibaca bama- baja dibaca baju

    T%ndakan Susu#an- Murid ini perlu diberi

    penekanan terhadapkonsonan Hb0,d dan vocal

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    35/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    36/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    *onto( @' + Ind%7%du-

    Panduan'

    Skor +Ta(a, Pnguasaan-

    S%!"o# Kr%tr%a

    (elah Menguasai (M (ahu dan boleh buat dengan sendiri dengan baiksecara bertatasusila

    )edang Maju )M (ahu dan boleh buat dengan bimbingan.

    'elum Menguasai 'M (ahu beberapa perkara asas berkaitan dengankonstruk tetapi tidak boleh buat "sentiasamemerlukan bimbingan#

    S%ngkatan 4ang d%gunakan'

    PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

    (M (elah menguasai)M )edang menguasai

    'M 'elum menguasai

    I isan

    P Projek

    %* %asil kerja

    ( (ingkah laku

    ain-lain

    36

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    37/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    TUNJANG KOMUNIKASI +BM-

    KONSTRUK STANDARD PRESTASI+SPTS-

    T AR

    I   KH

    P E ME R

    HAT I   AN

    SPTS8=I$87)

    *ATATAN

    TM

    SM

    BM

    LI

    PHK

    TL

    LL

    K!a(%ran!ndngar 

    (M! 'oleh mengecam pelbagai bunyi, perkataandan memberi pelbagai respon kepadaarahan ringkas, perbualan dan cerita.

    )M! 'oleh mengecam pelbagai bunyi, perkataandan memberi respon kepada arahan ringkas,perbualan dan cerita dengan bimbingan.

    'M! 'oleh mendengar tetapi tiada respon.

    +

    3

    K!a(%ran "rtutur  (M! 'oleh berinteraksi, bersoal jawab, berceritaserta melakon watak mengikut situasidengan menggunakan bahasa dan intonasiyang sesuai.

    )M! 'oleh berinteraksi, bersoal jawab, berceritaserta melakonkan watak tertentumenggunakan bahasa dan intonasi yang

    sesuai dengan bimbingan.'M! (ahu guna beberapa perkataan. 'elum

    boleh menggunakan perkataan yang sesuai.'elum boleh menyebut perkataan denganbetul.

    +

    3

    PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID 37

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    38/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    LAMPIRAN *' *ONTOH REKOD

    ANEKDOT

    PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID 38

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    39/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    *onto( &*onto( &7ama Murid ! /atin 7adia bt. &bdul

      Umur ! @ (ahun  (arikh ! + /ebruari +  Masa ! . pagi  7ama ;uru ! Puan Pu1iah &no bt Muhamad

      Item ! *ebolehan membaca

    *atatan U#asan

    )elepas mengikuti sesi bacaan bersama guru kelas, /atinmenarik tangan &ni, Munah dan )iti ke Pusat 'ahasa untukmencari buku. /atin memilih buku bergambar sama denganbuku yang dibaca oleh gurunya ./atin ajak kawan-kawanyadengar cerita yang dia baca. /atin pun membuka buku lalumembaca dengan gaya seperti 2ikgu 9usnani. &ni, Munah dan)iti mendengar dengan penuh minat. /atin tanya kawannyasedap tak cerita yang dibaca. H%ei, /atin kau dah boleh bacaL0(anya )iti. 2ikgu 9usnani memuji sambil bertepuk tangan. /atinsenyum.

    /atin tidak berminat terhadap buku tetapi selepas sesi bacaandengan guru, /atin sudah mula berminat dengan buku.

    /atin cuba membaca walaupun masih belum mengenalsemua huruf.

    2adangan/atin perlu dirangsang melalui pujian untuk membolehkan nyamembaca dengan baik.

    *onto( .*onto( .

    7ama ! Mun1ir )hamsudin*elas ! Prasekolah )ayang(arikh! +@ Mac +7ama ;uru ! Puan Ummu I11ah bt. 'ohari

    Peristiwa yang diperhatikan! Mun1ir mengambil lego &li. &li menengking dan memukulnya.

    2adangan! Penerapan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran perlu diberi penekanan

    PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID 39

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    40/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    *onto( 5*onto( 57ama Murid ! Carina

      Umur ! @ (ahun  (arikh ! D 4ulai +  Masa ! D.3 pagi  7ama ;uru ! Puan %on

      Item ! *emahiran )osial

    *atatan U#asan

    Carina bermain pasir bersama kawan-kawan lain di tempat mainpasir. &iman merampas penyedok pasir yang sedang digunakanoleh Carina. Carina berkata dengan suara kuat! HIni saya punya0Carina terus ambil balik penyodok pasir daripada &iman. &imannampak terkejut tetapi biar sahaja.

    Carina pendiam, kebiasaannya dia tidak melawan walaupundiganggu oleh rakannya. Carina cuma akan menanggisbersendiri jika barangnya diambil oleh kawannya. Inimerupakan kali pertama dia memperjuangkan hak dirinya.Peristiwa ini merupakan satu permulaan yang baik, dia telahmula bertindak untuk melindungi hak dirinya.

    PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID 40

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    41/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    LAMPIRAN D' *ONTOH REKODBERTERUSAN

    PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID 41

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    42/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    *onto( &*onto( &

    7ama ! &inon 'akar Umur ! @ tahun(arikh ! +@ )eptember +Masa ! . - . pagi

    7ama ;uru ! Puan )ofia Mansor I tem ! *epimpinan

      Pemerhatian Ulasan

     &na sedang bermain pasir dengan beberapa orang rakannya.$ia bangun dan mengatakan HPenatlah main pasir, jom main

     jongkang jongkit. &na memanggil rakan-rakannya. 'eberapaorang murid berebut-rebut menaiki jongkang jongkit itu.

     &na ! 4angan berebut.i1a ! )aya pun nak naik.

     &na ! ;ilir-gilirlah. *., Minah, 9o1i duduk hujungsana. 7oni , Milah hujung sini,ya

    Milah ! )aya tak boleh dengan 7oni, sebab dua-duakurus, ... ringan, nanti tak sama

     &na ! .....aaa la, nanti tak sama.9o1i ! (ak mau, saya nak duduk dengan Minah juga

     &na ! k, )om pun kurus, duduk depan 7oni. %ah,baru sama berat.

     &da ciri kepimpinan

    Mula memahami konsep "berat

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    43/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

    *onto( .*onto( .7ama murid ! &minPemerhati ! Mahani Cakaria(arikh ! A 4ulai +Masa ! . - .? pagi)ituasi < tempat ! $alam kelas prasekolah

    Item ! Main sendirian

    *atatan

    U#asan

     &min sedang bermain dengan batang aiskrim di ruang bermain.

     min tidak suka diganggu beliau suka bermain sendirian$ia memusing batang aiskrim seolah- olah kapal terbang sambil berkata H*apal akan berlepas, kapal akan berlepas0.

     &min berhenti bermain apabila melihat )ani menuju ke arahnya lalu memberi arahan kepada )ani H&wak tidak boleh bermain di sini0.

    Perkembangan bahasan$a menunjukkan satu kemajuan &rahan &min jelas, )ani memandang ke arah &min dan terus berlalu.

     &min terus bermain dengan kapal terbangnya.)uara &min semakin kuat meniru bunyi kapa lterbang.

    H'''''''''''''0HUmmm oo oo oo0H'u111111111NNNNN.0

    H?>3+, terbang0 "sambil melancar batang aiskerim#

    $iana yang sedang memandu kereta memerhati tingkah laku &min lalu meluru ke arahnya sambil berkata H %ey, giliran awak

    PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID 43

  • 8/18/2019 pentaksiransosial

    44/44

    MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

     min tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain

    pula untuk memandu kereta ini0. &min tidak memberi respon.

    $engan nada kesal $iana berkata H*, saya pandu sekali lagi0.

     &min beralih ke pusat pupet , mengambil puppet dan bermainKepuasann$a untuk sendirian

    PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID 44