penjenamaan produk buah pala kajian kes syarikat sheng hiang %2824 pages%29

Upload: saddam-abu-bakar

Post on 06-Jul-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    1/24

    PENJENAMAAN PRODUK BUAH PALA

    KAJIAN KES: SYARIKAT SHENG HIANG

    LIM SIOK SYAN

    Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

    Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

    (Seni Reka Grafik)

    Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

    UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

    2007

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    2/24

    UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN

    JUDUL :  PENJENAMAAN PRODUK BUAH PALA (KAJIAN KES : SYARIKAT SHENGHIANG)

    SESI PENGAJIAN: SESI 1 2006/2007

    Saya LIM SIOK SYAN

    mengaku membenarkan tesis/ Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat MaklumatAkedemik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

    1.  Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

    2.  Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

    salinan untuk tujuan pengajian sahaja3.  Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

     pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan4.  Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

    salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaranantara institusi pengajian tinggi5.  *sila tandakan

    SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjahkeselamatan atau kepentinagn seperti termaktub di

    dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)TERHAD ( Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan

    oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

    TIDAK TERHAD

    Disahkan

     _______________________ _______________________________

    Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

    Tarikh: Tarikh:

    Alamat Tetap :

    31-A Kampung Tiong,

    73400 Gemas,

     Negeri Sembilan.

    Catatan: *Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

    * Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/

    organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan

    sebagai SULIT atau TERHAD

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    3/24

    Projek bertajuk ‘ Penjenamaan Produk Buah Pala. Kajian kes : Syarikat Sheng

    Hiang’  telah disediakan oleh Lim Siok Syan dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni

    Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan

    dengan Kepujian Teknologi Seni Reka.

    Diterima untuk diperiksa oleh:

     ___________________________

    Encik Sylvester Wielding Jussem

    Tarikh:

     _____________________

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    4/24

    PENGHARGAAN

    Saya ingin mengucapkan setinggi-setinggi terima kasih kepada Fakulti Seni Gunaan

    dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak, kerana memberi peluang untuk memulakan dan

    menyiapkan tesis ini dalam tempoh masa yang telah ditentukan. Saya berasa amat bangga

    kerana dapat membuat projek tertentu dan dorongan para pensyarah di Fakulti Seni

    Gunaan dan Kreatif sehinggalah tamatnya kajian saya ini.

    Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penyelia

    Utama, Encik Sylvester Wielding Jussem yang telah banyak membantu serta sentiasa

    memberi bimbingan, teguran dan ajaran sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

    Selain itu, saya ingin mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada

    Penyelia kedua saya iaitu Cik Salmiah Binti Abdul Hamid yang banyak membantu dan

    membimbing saya dalam menghabiskan projek saya. Pensyarah. Tidak lupa juga saya

    ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah-syarah Teknologi Seni Reka Grafik

    yang lain, iaitu Profesor Madya Ahmad Khiri, En. Louis Ringah Kanyan, Encik Mastika

    Hj. Lamat, Puan Siti Shukhaila bt Shaharuddin dan Encik Ahmad Azaidi Abdul Manaf.

    Saya juga ingin sampaikan penghargaan kepada Profesor Khairul Aidil Azlin Abdul

    Rahman dan Cik Norhayati (Mentor). Mereka telah banyak memberikan dorongan dan

    teguran mengenai projek yang dilaksanakan.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada juruteknik yang banyak membantu

    dan memberi kerjasama semasa projek saya dijalankan. Saya amat berterima kasih ke atas

     bantuan yang dihulurkan dan komitmen yang diberikan.

    Jutaan terima kasih kepada En. Chung, Marketing Executive syarikat Sheng Hiang

    yang telah memberi kerjasama yang baik kepada saya ketika proses mengumpulkan

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    5/24

    maklumat yang diperlukan dalam projek ini. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang

     pernah menolong saya semasa menjalankan kajian ini. Saya amat berterima kasih dan

    menghargai bantuan yang telah dihulurkan.

    Setinggi-tinggi penghargaan saya hadiahkan kepada ibu bapa saya. Mereka telah

     banyak memberi sokongan kepada saya dalam menangani masalah yang dihadapi.

    Dengan pengalaman serta panduan yang telah saya perolehi sepanjang tempoh

    melaksanakan kajian ini, saya akan praktikkannya demi kepentingan pada masa akan

    datang. Saya akan sentiasa mengingati jasa dan bantuan serta ajaran yang diberi oleh

     pensyarah-pensyarah dan sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang

    telah membantu saya.

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    6/24

    ISI KANDUNGAN

    Halaman Tajuk i

    Borang Pengesahan Status Laporan ii

    Pengesahan dan Tandatangan Penyelia iii

    Penghargaan iv

    Kandungan vi

    Senarai Lampiran viii 

    Abstrak ix

    Abstract x

     

    BAB 1 PENDAHULUAN

    1.1  Pengenalan 1

    1.2  Latar Belakang 3

    1.3 

    Jenama 4

    1.3.1 Kesan Jenama 6

    1.3.2 Ciri-ciri Jenama 7

    1.3.3 Faktor-faktor Penting Dalam Membangunkan Jenama 8

    1.4 Penjenamaan 11

    1.5 Promosi 12

    1.6 Penyataan Masalah 13

    1.7 Objektif Kajian 13

    1.8 Hipotesis 141.9 Skop Kajian 14

    BAB 2 METODOLOGI

    2.1 Pengenalan 16

    2.2 Kaedah Primer 16

    2.2.1 Wawancara 16

    2.2.2 Fotografi 17

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    7/24

    2.2.3 Pemerhatian 17

    2.2.4 Borang Soal Selidik 17

    2.3 Kaedah Sekunder 18

    2.3.1 Buku dan Artikel 18

    2.3.2 Internet 19

    2.4 Strategi Analisa Jenama 19

    2.5 Limitasi Kajian 21

    2.6 Kajian Lepas 22

    BAB 3 HASIL DAPATAN KAJIAN

    3.1 Pengenalan 24

    3.2 Analisa Jawapan Soal Kaji Selidik 24

    3.3 Wawancara 36

    3.4 Pemerhatian 37

    3.5 Perbincangan 38

    3.6 Kesimpulan 39

    BAB 4 CADANGAN

    4.1 

    Pengenalan 40

    4.2 

    Jenama 40

    4.3  Periklanan 41

    4.3.1 Periklanan Luaran 42

    4.3.2 Periklanan Persinggahan 44

    4.3.2 Majalah 45

    4.3.4 Risalah 464.3.5  Flyers  47

    4.3.6 Teaser 47

    4.3.7  Festival Advertisement 48

    4.4 Promosi 49

    4.5 Konsep 53

    4.6 Sasaran 53

    4.7 Perletakan 54

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    8/24

    4.8 Unique Selling Proposition 54

    4.9 Kesimpulan 55

    BAB 5 KESIMPULAN 56

    BIBLIOGRAFI 57

    LAMPIRAN 59

    Lampiran A : Perkembangan Idea Logo 59

    Lampiran B : Periklanan Televisyen 60

    Lampiran C : Gambar-gambar berkenaan 61

    Lampiran D : Borang soal selidik   64 

    Lampiran E : Soalan bagi Syarikat Sheng Hiang  65

     

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    9/24

    ABSTRAK

    Buah pala merupakan produk tempatan tradisional Penang, Malaysia. Penjenamaan

    merupakan satu proses menukarkan satu produk dan syarikat menjadi satu jenama.

    Penjenamaan membantu dalam memberi penjelasan atau berkomunikasi dengan pengguna

    tentang produk atau servis yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat. Kajian ini dibuat untuk

    mewujudkan satu jenama baru dan identiti baru produk buah pala Syarikat Sheng Hiang.

    Penjenamaan baru ini adalah untuk memperkenalkan produk buah pala kepada orang ramai

    dan mewujudkan satu identiti yang lebih baik yang dapat menyakinkan pengguna. Selain itu,

    kempen periklanan dan promosi akan dijalankan dalam usaha membangun dan

    memperkenalkan jenama baru “Richmeg”. “Richmeg” adalah penjenamaan baru bagi produk

     buah pala syarikat Sheng Hiang dan ia adalah kombinasi perkataan “rich” dengan “nutmeg”

    yang membawa makna buah pala kaya dengan pelbagai vitamin dan nutrisi. Konsep yang

    digunakan dalam periklanan adalah keseronokan, keceriaan dan meriah. Konsep ini

    digunakan berpadanan dengan sasaran pengguna pengkaji iaitu golongan muda.

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    10/24

    ABSTRACT

    The nutmeg products are one of the local traditional legacies of Penang, Malaysia.

     Branding is a process which transforms a product or a company to become a brand.

     Branding helps in translating and communicates with the consumers about the products or

    the services offered by a company. The purpose of my research is to create a brand identity

     for Sheng Hiang’s nutmeg product. The main goal of rebranding the product is to create a

    better brand image to make consumer more confident on it. Thus, new advertising campaigns

    and promotions will be executed in promoting the new “Richmeg” brand.  “Richmeg” is

    aimed to be a new brand for nutmeg products in which the name is the combination of the

    word rich and nutmeg. The name conveyed the meaning of richness in vitamins and nutrition

     from the nutmeg. The main idea applied in the advertising is to show the feeling of happiness,

    warmth, and harmonious. This concept is well suited for the targeted group, which is the

     youth.

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    11/24

      1

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Buah pala atau nama saintifiknya adalah  Myristica fragrans Houtt merupakan biji

     benih kepada pokok pala.  Pokok buah pala akan bertumbuh sehingga 60 kaki tinggi. Ia

    memerlukan masa sepanjang 7 tahun untuk bertumbuh buahnya dan buahnya boleh

     bertumbuh selama 90 tahun. Kebanyakan buah pala berbentuk telur dan lebih kurang 20mm-

    30mm panjang 15mm-18mm lebar.

    Ahli falsafah di zaman Roman bernama Pliny menyebut tentang penggunaan dan

     penanaman buah pala pada abad pertama. Ahli kesusasteraan India turut mengesyorkan

     penggunaan buah pala untuk mengatasi masalah nafas buruk, sakit kepala, dan deman. Satu

     penulisan Arab juga menyatakan penggunaan buah pala sebagai bahan yang meningkatkan

    nafsu dan sebagai ubat penyakit perut. Pedagang-pedagang dari timur membawa tumbuhan

     buah pala ke bahagian selatan Eropah pada abad ke-6, sehinggalah penggunaannya meluas ke

    Itali dan Denmark pada abad ke-12. Orang Portugis jumpa pokok buah pala di kepulauan

    Molucca dan terus monopoli perdagangan dalam bidang ini sehinggalah penjajahan orang

    Belanda pada tahun 1602. Satu perbuatan yang silap oleh pegawai-pegawai Belanda iaitu

    kurang menggalakkan penanaman pokok buah pala. Pada tahun 1800, penanaman buah pala

    tersebar ke Barat Indies, Trinidad dan Grenada oleh orang dari British . Buah pala diadakan

    di beberapa negara seperti Grenada di Caribbean, India, Indonesia, Sri Lanka dan Malaysia.

    Pengeluar terbesar buah pala ialah Indonesia, diikuti dengan Grenada (Barat Indies) dan Sri

    Lanka. Kegunaan buah pala bukan sahaja terhad untuk masakan rempah ala-Barat, malah ia

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    12/24

      2

    sejenis ramuan penting dalam campuran rempah wangi, seumpamanya garam masala di India,

    masakan kari di Indonesia, Malaysia dan India. Akan tetapi, buah pala jarang digunakan

    dalam masakan di sekitar Sri Lanka, tetapi banyak digunakan dalam penghasilan gula-gula

    tradisional di Belanda.

    Buah pala boleh digunakan untuk membuat produk-produk minyak, yang mempunyai

    fungsi-fungsi perubatan tertentu,  jam, biskut, makanan ringan, minuman, minyak sapu, dan

    lain-lain. Minyak buah pala boleh didapatkan daripada penyedihan buah pala. Minyak ini

    tidak berwarna atau kuning muda. Ia digunakan sebagai minyak rasa semulajadi dalam

    membuat makanan, minuman dan gula-gula. Minyak ini juga digunakan dalam industri

    farmasi dan bahan bersolek.

    Dalam ilmu kedoktoran tradisional, buah pala dan minyak buah pala digunakan untuk

    mengubati penyakit seperti sistem pencernaan dan penyakit sistem saraf . Selain itu, ia juga

    digunakan untuk sakit sengal-sengal tulang, rasa loya, gastroenteritis, kesenakan, cirit-birit

    kronik, terapeutik aroma terapi, antiseptik bakteria, anti toksin, penguat daya tahanan badan

    dan masalah pencernaan. Ia juga boleh digunakan semasa persediaan untuk kelahiran bayi,

     biasanya urutan dilakukan tiga minggu sebelum kelahiran di bahagian abdomen. Bau buah

     pala juga dapat melegakan hati dan membantu melepaskan tekanan seseorang. Negara

    Indonesia merupakan Negara yang mengeluarkan paling banyak bauh pala. Negara yang

    kedua banyak ialah Caribbean.

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    13/24

      3

    1.2 Latar Belakang

    Buah pala didapati di Malaysia sejak 100 tahun yang lalu. Buah pala banyak

    ditumbuhkan di Balik Pulau, Penang. Ia juga merupakan salah satu produk tempatan

    tradisional di Penang, Malaysia. Penang merupakan salah satu tempat perlancongan yang

    amat terkenal di Malaysia. Pelancong yang melancong ke Penang terdiri daripada pelancong

    tempatan dan pelancong asing. Produk tempatan adalah sangat penting bagi sesuatu tempat

     perlancongan. Produk tempatan boleh membantu dalam usaha memajukan suatu tempat

     perlancongan. Pada masa kini produk buah pala juga amat disukai orang ramai tidak kira

    golongan, kaum, dan tempat asal. Terdapat banyak syarikat yang menjual produk buah pala.

    Antaranya yang amat popular adalah syarikat Cheong Kim Chuan, syarikat Sheng Hiang dan

    syarikat Sin Hoe Huat. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah penjenamaan terhadap

    syarikat Sheng Hiang.

    Syarikat Sheng Hiang adalah sebuah syarikat yang menjual pelbagai jenis makanan

    tempatan Penang termasuklah produk buah pala. Syarikat Sheng Hiang telah diadakan di

    Penang selama 11 tahun yang terdapat di Kimberley Street, Penang and New Land, Penang.

    Terdapat pelbagai produk tempatan yang dijual oleh syarikat Sheng Hiang. Produk yang

    dijual termasuk minuman, biskut, minyak sapu, makanan ringan dan lain-lain yang

    merupakan produk tempatan Penang. Produk buah pala merupakan suatu produk yang

     berpotensi untuk berkembang ke pasaran yang lebih luas. Dengan jenama yang tidak padan

    dan tidak dapat berkomunikasi dengan para pelanggan maka pasarannya hanya berhenti ke

    satu tahap sahaja. Dalam usaha mengembangkan produk buah pala syarikat ini, jenama dan

    logo perlu bersifat zaman sekarang (contemporary)  dan menghasilkan tanggapan pertama

    terhadap sesebuah syarikat, produk ataupun sesuatu perkhidmatan tersebut. Jenama yang

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    14/24

      4

    unik, memberi ingatan yang mendalam, dan berjaya menyentuh pengguna dari segi psikologi

    akan menjadi pilihan kepada pengguna.

    Sasaran utama bagi syarikat Sheng Hiang ialah pelancong tidak kira dari negeri lain

    ataupun dari negara yang lain. Didapati bahawa kesemua seni reka produk adalah direka oleh

    syarikatnya sendiri. Pembungkusan yang tidak konsisten akan mengelirukan pengguna. Logo,

     jenama, pembungkusan, persekitaran kedai dan juga promosi merupakan elemen yang

     penting dalam membangunkan sesebuah syarikat dan juga penting dalam usaha memperbaiki

    imej syarikat tertentu.

    1.3 Jenama

    Jenama dapat dilihat pada produk yang berjaya di pasaran. Jenama adalah gabungan

    antara satu set idea dan harapan. Ia bergantung kepada bagaimanakah ia berinteraksi dengan

     pengguna berkenaan syarikat, produk dan perkhidmatan pada setiap masa. Jikalau kurangnya

    kesedaran dan tiada pengurusan yang efektif terhadap jenama, maka pengguna dan pesaing

    akan mendefinasikan jenama tersebut mengikut apa yang dipamerkan terhadap jenama

    tersebut. Ini bermaksud, jenama tersebut haruslah aktif dalam memajukan kedudukannya

    maka pengguna akan tahu kenapa mereka memilih syarikat atau produk dan perkhidmatan

     berbanding dengan pesaing-pesaing yang ada.

    Menurut Scott Bedbury (2001) dalam buku “A Brand New Wor ld”  menyatakan

     bahawa jenama merupakan hasil tambahan kesan-kesan sesuatu produk sama ada baik atau

     buruk, berjaya atau gagal, yang mendapat anugerah atau tidak, serta komen-komen pengguna

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    15/24

      5

    yang baik atau buruk. Segala kesannya yang baik dan buruk memberi impak terhadap sesuatu

     jenama. Ia merupakan konsep psikologi di minda pengguna untuk selama-lamaya.

    Menurut Aaker dan Joachimsthaler (2000) dalam buku “Brand Leadership”, jenama

     bukanlah sekadar produk, ia sesuatu yang lebih dari itu. Produk merangkumi skop produk,

    ciri-ciri produk, kualiti atau nilai, kegunaan, kelebihan dari segi fungsi. Manakala jenama

    mempunyai semua ciri-ciri tersebut dan beberapa ciri yang lain. Antaranya kaitan organisasi,

     personality jenama, simbol, hubungan antara jenama dan pelanggan, kelebihan untuk

    ekspresi diri, kelebihan dari segi emosi, imaginasi pengguna dan Negara asal.

    Merujuk kepada Joep Cornelisse (2004) dalam buku “Corporate Communication” 

    menyatakan “brand is the set of physical attributes of a product or service, together with the

    beliefs and expectations surrounding it. It is a unique combination which the name or logo of

    the product or service should evoke in the mind of the audience”. Joep Cornelisse

    menyatakan bahawa jika sesuatu jenama ingin menampat hati pelanggan, ia perlu

    menumpukan perhatian terhadap ciri-ciri fizikalnya bersama-sama dengan meningkatkan

    kepercayaan dan kejangkaan terhadap jenama tersebut.

    Menurut Alina Wheeler (2003) dalam buku  Designing Brand Identity  –  A Complete

    Guide to Creating, Building, and Maintaining Strong Brands menunjukkan bahawa “Brand

    is the promise, the big idea, and expectations that reside in each customer‟s mind about a

     product, service or company”. Persepsi pelanggan ke atas jenama sesuatu produk,

     perkhidmatan dan syarikat bergantung kepada janji, idea utama dan jangkaan yang dijamin

    oleh sesuatu jenama.

    Menurut Alina Wheeler (2003) dalam buku  Designing Brand Identity  –  A Complete

    Guide to Creating, Building, and Maintaining Strong Brands menyatakan penjenamaan

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    16/24

      6

    selalu dikaitkan sebagai satu jalinan emosi. Pengguna tertarik kepada sesuatu jenama tertentu

    kerana percaya terhadapnya. Seterusnya membina ketaatan membeli produk dan sentiasa

    yakin terhadap jenama tersebut. Selain itu, jenama memberi maksud terhadap sesuatu produk

    dan menunjukkan ciri-ciri yang tersendirinya.

    1.3.1 Kesan Jenama

    Merujuk kepada Temporal (2000) dalam buku “Branding in Asia”, menyatakan

     bahawa penggunaan jenama, simbol atau logo yang konsisten membolehkan jenama tersebut

    mudah dikenalpasti dan diingati oleh pengguna.

    Jenama dan logo yang baik akan menghasilkan tanggapan pertama terhadap sesebuah

    syarikat, produk ataupun sesuatu perkhidmatan tersebut. Kedudukan yang jelas akan

    menerangkan apakah perniagaan yang dijalankan oleh sesebuah syarikat, apakah faedah yang

    akan diperolehi dan mengapa ia lebih penting daripada pertandingan. (Avis We Try Harder)

    “A brand is a person‟s gut feeling about a product, service, or company. It‟s a Gut

     Feeling because we‟re all emotional, intuitive beings, despite our best efforts to be rational.

     Each person creates his or her own version of it. While companies can‟t control this process,

    they can influence it by communicating the qualities that make this product different than

    that product.” Menurut Marty Neumeier (2003) dalam buku “The Brand Gap”. Jenama yang

     berjaya akan memberikan seseorang berasa kesungguhan terhadap produk, perkhidmatan dan

    syarikat. Jenama memainkan psikologi yang terpenting dalam reka bentuk mengingatkan

     pengguna terhadap produknya.

    Jenama yang teguh dapat dikaitkan dengan penghasilan manfaat atau faedah dimana

    nilai pemegang saham dicipta, serta membangkitkan kesedaran di antara kalangan pengguna,

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    17/24

      7

     pekerja dan juga peniaga tentang kebaikan dan faedah yang bakal dicapai dalam urusniaga

    tersebut. Dengan perkataan lain, jenama teguh membina kepercayaan yang mendalam

    terhadap sesebuah syarikat disebabkan kualiti yang unggul.

    Jenama-jenama yang berjaya hari ini bukan sahaja menjual produk ataupun servis

    mereka tetapi mereka menjual gaya hidup dan berjaya menyentuh pengguna dari segi

     psikologi. Kata kunci bagi sesuatu jenama itu untuk berjaya adalah kepuasan pengguna. Ini

    adalah kerana kuasa terletak pada pengguna dan pengguna berhak membuat pilihan.

    Pengguna menentukan jenama mana yang menjadi pilihan berdasarkan kepuasan mereka.

    Pelanggan yang berpuas hati dan percaya pada sesuatu jenama akan menjadi pelanggan yang

    setia lalu menggunakan jenama tersebut dengan kerap dan ini dikenali sebagai „brand

    loyalty‟ .

    1.3.2 Ciri-Ciri Jenama

    Jenama yang tulen mempunyai ciri-ciri tersendiri yang unik, dan sering dikaitkan

    dengan sifat-sifat yang konsisten, segar dan tulus. Jenama yang tulen boleh memberikan

    impak yang mendalam dan ingatan yang mendalam. Ia juga dapat menunjukkan personaliti

    dengan jelas dan dapat membezakan antara satu jenama dengan yang lain disebabkan

    keunikan dan perbezaannya.

    Jenama yang baik perlu mempunyai ciri-ciri tersebut:

     

    Dapat mencerminkan imej syarikat dengan positif.

      Senang disebut dan senang diingat.

      Unik

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    18/24

      8

      Tidak menggunakan nama yang telah ada dalam pasaran.

    1.3.3 Faktor-faktor Penting Dalam Membangunkan Jenama

    Menurut Professor David Jobber, terdapat 7 faktor penting dalam membangunkan

     jenama dengan berjaya. Iaitu: Quality, positioning, repositioning, long-term perspective,

    internal marketing, credibility and well-blended communications.

    Quality

    Quality  adalah elemen yang paling penting dalam membina jenama yang baik. Selain itu,

    ciri-ciri penting yang harus diutamakan adalah mengetahui atau memahami keperluan dan

    kehendakan pengguna. Kajian statistik menunjukkan bahawa jenama yang berkualiti boleh

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    19/24

      9

    merangkumi pasaran yang lebih besar dan mendapat keuntungan yang lebih tinggi

     berbanding dengan pesaing-pesaingannya.

    Positioning

     Positioning  adalah bagaimana sesebuah syarikat menentukan arah satu jenama dalam minda

     pengguna. Selain itu, ia merupakan persepsi yang ingin disampaikan kepada pelanggan.

     Positioning   dapat dilaksanakan melalui beberapa faktor, ia termasuk jenama, imej,

     perkhidmatan jaminan produk, pembungkusan dan lain-lain.

    Repositioing

     Repositioing   ini berlaku apabila sesuatu jenama ingin menukarkan arah haluannya dalam

     pasaran. Fenomena ini berlaku apabila sesuatu jenama telah mencapai tahap kematangan dan

    kemunduran.

    Communication

    Communication memainkan peranan penting dalam membangunkan sesuatu jenama dengan

     berjaya. Komunikasi adalah untuk menarik perhatian orang ramai terhadap suatu jenama

    seterusnya membangunkan personaliti jenama dan memupuk persepsi pelanggan terhadap

     jenama itu.

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    20/24

      10

    First-mover Advantage

     First-mover Advantage bermakna jenama pertama yang berjaya dalam sesuatu pasaran dapat

    menampat hati sasaran pasarannya sebelum pesaing-pesaing yang lain memasuki pasaran

    tersebut. 

    Long-term Perspective

     Long-term Perspective  merupakan salah satu faktor yang penting dalam membangunkan

    sesuatu jenama disamping menarik perhatian pelanggan dan menyampaikan mesej jenama

    tersebut serta membina ketaatan pengguna. Langkah ini mengambil masa yang panjang. Oleh

    itu, syarikat tersebut perlu melabur dalam usaha membangunkan jenamanya walaupun

    terpaksa menggunakan untung jangka masa pendeknya.

    Internal Marketing

     Internal Marketing sesuatu jenama harus dipasarkan secara dalaman sebelum dipasarkan di

    luar. Melalui cara ini, jenama tersebut dapat memahami kedudukan pasarannya dan

     pencapaiannya. Ini menjadi faktor yang penting untuk syarikat yang menawarkan

     perkhidmatan. Oleh itu, latihan-latihan yang intensif adalah penting untuk memastikan

    kepuasan dan ketaatan pelanggannya. 

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    21/24

      11

    1.4 Penjenamaan

    Penjenamaan merupakan satu proses menukarkan satu produk dan syarikat menjadi

    satu jenama. Pandangan, fikiran, tanggapan, dan kesedaran orang ramai merupakan ciri-ciri

    yang penting untuk satu jenama yang berjaya. Penjenamaan membantu dalam menjelaskan

    atau berkomunikasi dengan pengguna apakah produk atau servis yang dijalankan oleh

    sesebuah syarikat.

     Branding is about making an emotional connection. People fall in love with brands

    because they trust them, develop strong loyalties, buy them, and believe in their superiority.

    The brand is shorthand: it stands for something and demonstrates it.” (Alina Wheeler, (2003)

     Designing Brand Identity –  A Complete Guide to Creating, Building, and Maintaining Strong

     Brands)

    Menurut Hamisah Hamid (2002), penjenamaan merupakan strategi yang paling

     berkesan dalam bersaing dalam pasaran yang semakin banyak pesaing ini. Selain itu,

     penjenamaan juga dapat menambahkan keuntungan sesebuah syarikat sebanyak 50 peratus

    atau meningkat sebanyak 200 atau 300 peratus.

    Berner dan Kiley (2005) dalam artikel “Global Brand”, telah menyenaraikan 100

     jenama yang diiktiraf sebagai „Best Global Brand 2005‟. Setiap orang kenal akan Coca-Cola,

     Nokia, Microsoft dan Mc Donald‟s, jenama tersebut merupakan antara jenama yang berada

    di 10 tangga teratas di dalam dunia. Menurut kedua-dua penulis, jenama yang berjaya berada

    di atas merupakan jenama yang mempunyai cara pemasaran yang berlainan dan sentiasa

    dapat memenuhi kehendak pelanggan.

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    22/24

      12

    1.5 Promosi

    Menurut Rosli Salleh (2002) dalam  buku “Rujukan Asas Pemasaran” promosi

    merupakan salah satu elemen di dalam pemasaran campuran. Ianya boleh didefinasikan

    sebagai komunikasi yang digunakan oleh pemasar-pemasar untuk memberitahu,

    menggalakkan dan menyakinkan pembeli-pembeli yang berpotensi supaya mencuba dan

    menbeli keluaran yang dipasarkan.

    Promosi memainkan peranan penting dalam memperkenalkan dan memasarkan

    sesuatu jenama. Lamb, Hair dan McDaniel (2004) dalam buku “Marketing” mendefinisikan

     promosi sebagai komunikasi oleh pemasar dengan tujuan memberitahu, memujuk dan

    mengingatkan bakal pembeli tentang sesuatu produk dengan tujuan mempengaruhi pendapat

    ataupun tindak balas. Promosi merupakan salah satu elemen dalam strategi pemasarn jenama.

    Elemen-elemen tersebut dikenali sebagai “Four P„s‟  yang mewakili produk, harga, tempat

    dan promosi. “Promotion: this embraces plans for advertising and also for promotions.

     Publicity and public relations are included among the below-the  – line activities. The brand

    advertising strategy is the foundation  for the brand‟s above-the-line programme”,  (Jones,

    2005). Berdasarkan pendapat Jones diatas, periklanan, promosi dan jenama saling berkaitan

    antara satu sama lain.

    Promosi dan periklanan memainkan peranan yang penting dalam pasaran untuk

    menyampaikan maklumat dan informasi produk atau perkhidmatan kepada pengguna.

    Promosi dan periklanan bertujuan untuk memujuk dan menyakinkan sasaran pengguna.

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    23/24

      13

    1.6 Penyataan Masalah

    Masalah yang didapati ialah tidak mempunyai satu jenama dan logo yang komersil

    dan sesuai bagi produk buah pala syarikat Sheng Hiang. Produk buah pala merupakan suatu

     produk yang berpotensi untuk berkembang ke pasaran yang lebih luas. Ia adalah suatu buah

    yang amat unik yang dapat menghasilkan pelbagai jenis produk. Dengan tidak mempunyai

    satu jenama yang dapat berkomunikasi dengan para pelanggan maka pasarannya hanya

     berhenti ke satu tahap sahaja. Ini adalah sebab utama ramai pengguna tidak tahu akan jenama

    ini walaupun syarikat ini telah ditubuh selama 11 tahun.

    Cara promosi yang tidak berkesan. Promosi yang dijalankan hanya melalui potongan

    harga terhadap pembelian pada hari yang tertentu. Kekurangan periklanan bagi produk buah

     pala juga merupakan salah satu sebab yang menyebabkan orang ramai tidak kenal akan

     produk ini.

    1.7 Objektif kajian

    1. Membuat analisa terhadap syarikat Sheng Hiang.

    2. Mengenalpasti kelemahan atau masalah produk buah pala syarikat Sheng Hiang.

    3. Mewujudkan jenama dan logo produk buah pala syarikat Sheng Hiang yang sesuai

    dengan zaman sekarang, mudah dikenal pasti, mudah diingat dan dapat menyakinkan

     pengguna.

    4. Mengadakan pelbagai promosi untuk membangun dan mempromosikan jenama

     produk buah pala dan memperkenalkannya kepada orang ramai.

  • 8/16/2019 Penjenamaan Produk Buah Pala Kajian Kes Syarikat Sheng Hiang %2824 Pages%29

    24/24

    1.8 Hipotesis

    Jenama berada dimana-mana dan mempengaruhi kehidupan kita. Begitu besar kuasa

     penjenamaan hari ini sehingga agak sukar untuk sesuatu produk itu dipasarkan tanpa jenama.

    Menurut buku Marty Neumeier (2003) dalam buku „Brand Gap‟ , menyatakan bahawa

     jenama yang berjaya akan memberikan seseorang berasa kesungguhan terhadap produk,

     perkhidmatan dan syarikat. Jenama memainkan psikologi yang terpenting dalam reka bentuk

    mengingatkan pengguna terhadap produknya.

    Produk buah pala merupakan produk tradisional tempatan Penang. produk tempatan

    adalah sangat penting bagi suatu tempat perlancongan. Untuk membangunkan sesuatu

    syarikat, penjenamaan adalah sangat penting.

    Penyelidikan dijalankan ke atas jenama produk buah pala syarikat Sheng Hiang.

    Kelemahan akan didapati dan pengkaji akan menghasilkan jenama dan logo yang dapat

    menggambarkan produk dan mudah disebut serta mudah diingat oleh pengguna. Jenama akan

    menyakinkan pengguna untuk membeli produk sesebuah syarikat kerana jenama bagaikan

    suatu sijil yang mengesahkan produk dan dipercayai oleh pelanggan. Ini juga akan

    memperbaiki imej syarikat tersebut dan juga membantu membangunkan Industri Kecil dan

    Sederhana (IKS) serta membantu memajukan bidang perlancongan Penang, Malaysia.

    1.9 

    Skop Kajian

    Skop kajian bertujuan untuk menentukan ruang lingkup sesuatu kajian supaya kajian

    tidak terlalu meluas. Kajian akan dijalankan di sekitar Penang terutamanya tempat-tempat

    yang ramai pelancong. Kajian tertumpu kepada jenama produk buah pala syarikat Sheng