penilaian laporan kajian tindakan

12
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Kursus: KPR 5063 KAJIAN TINDAKAN Penilaian Laporan Kajian Tindakan Oleh: ROSIADI BIN TAJUDIN MOHD FARIDZUL AKMAM BIN ZULKIFLI SARIZAL BIN JAMALUDIN Pensyarah: PROF. DR. OSMAN LEBAR Tutor: DR. MAHANI RAZALI DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI), 2008 ** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.

Upload: rosiadi84

Post on 06-Jun-2015

6.796 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Berdasarkan kajian tindakan yang dikaji oleh penulis, penulis mendapati tajuk bagi kajian tindakan ini adalah terlalu umum iaitu “Kajian Mengenai Masalah-Masalah Utama Di Kalangan Pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang”. Pembaca akan menjadi tertanya-tanya apakah masalah yang hendak dikaji dan apakah kaedah penyelesaian yang ingin digunakan. Ini menjadikan tajuk kajian tindakan ini kurang jelas serta menimbulkan keraguan kepada pembaca tentang masalah spesifik yang ingin dikaji.

TRANSCRIPT

Page 1: Penilaian Laporan Kajian Tindakan

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kursus:

KPR 5063KAJIAN TINDAKAN

Penilaian Laporan Kajian Tindakan

Oleh:

ROSIADI BIN TAJUDIN MOHD FARIDZUL AKMAM BIN ZULKIFLI

SARIZAL BIN JAMALUDIN

Pensyarah:PROF. DR. OSMAN LEBAR

Tutor:DR. MAHANI RAZALI

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI), 2008

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.

Page 2: Penilaian Laporan Kajian Tindakan

Isi Kandungan

Muka Surat

1.0 Tajuk 1

2.0 Abstrak 2

3.0 Pengenalan 3

4.0 Metodologi Kajian 4

5.0 Keputusan Kajian 5

6.0 Perbincangan 7

7.0 Rujukan 8

Lampiran 9

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.

Page 3: Penilaian Laporan Kajian Tindakan

1. Tajuk

Tajuk memainkan peranan penting dalam penghasilan satu kajian tindakan. Tajuk

yang dicadangkan haruslah berkaitan dengan aspek-aspek yang boleh diselidiki

serta diambil tindakan pada akhirnya. Disamping itu, tajuk bagi sebuah kajian

tindakan adalah lebih baik disertakan dengan kaedah yang akan digunakan untuk

menyelesaikan masalah yang dikaji. Tajuk juga haruslah jelas dan tidak terlalu

panjang (kurang daripada 15 patah perkataan).

Berdasarkan kajian tindakan yang dikaji oleh penulis, penulis mendapati tajuk

bagi kajian tindakan ini adalah terlalu umum iaitu “Kajian Mengenai Masalah-

Masalah Utama Di Kalangan Pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang”. Pembaca

akan menjadi tertanya-tanya apakah masalah yang hendak dikaji dan apakah

kaedah penyelesaian yang ingin digunakan. Ini menjadikan tajuk kajian tindakan

ini kurang jelas serta menimbulkan keraguan kepada pembaca tentang masalah

spesifik yang ingin dikaji. Selain itu, tajuk kajian tindakan ini juga tidak ada

menyertakan kaedah penyelesaian yang ingin digunakan untuk mengatasi masalah

yang dikaji. Dari segi jumlah patah perkataan pada tajuk pula, bilangan patah

perkataan yang digunakan adalah bersesuaian iaitu sebanyak 10 patah perkataan.

Secara keseluruhannya, penulis berpendapat tajuk kajian tindakan ini adalah

kurang memfokus pada suatu permasalahan yang spesifik dan kurang bersesuaian

untuk memberi gambaran kepada pembaca tentang kajian tindakan yang ingin

dilaksanakan.

Dalam kajian tindakan ini juga ada disertakan nama pengkaji iaitu seramai 3

orang. Ini adalah baik bagi sebuah kajian tindakan kerana ia dijalankan secara

kolaboratif. Kaedah kolaboratif perlu bagi mengukuhkan lagi dapatan suatu kajian

tindakan kerana setiap ahli pengkaji akan berkerjasama untuk mencapai satu

tujuan yang sama. Oleh itu, setiap mereka akan mendapat faedah serta

pengalaman yang sama.

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.

Page 4: Penilaian Laporan Kajian Tindakan

2. Abstrak

Daripada kajian tindakan yang dikaji, penulis mendapati bahagian abstraknya

tidak menyatakan pernyataan masalah kajian dengan jelas. Ini berlaku kerana ia

ingin meninjau masalah utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kolej

matrikulasi Pulau Pinang tanpa memfokus pada satu permasalahan yang spesifik.

Oleh itu, setelah dibuat penganalisaan terhadap dapatan mereka barulah masalah

sebenar dikenalpasti iaitu masalah adaptasi pembelajaran.

Dari segi populasi dan sampel kajian pula, ia jelas dinyatakan dalam bahagian

abstrak. Dimana, populasi kajian ialah pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Pulau

Pinang (KMPP) dan sampel yang diambil ialah seramai 610 orang.

Bahagian abstrak juga jelas menunjukkan jenis instrumen yang digunakan

dalam kajian ini, iaitu soal selidik yang terdiri daripada 220 soalan. Selain itu,

turut dinyatakan bahawa kajian tindakan ini adalah satu kajian deskriptif yang

berbentuk tinjauan dengan menggunakan item-item masalah yang terdapat di

dalam Mooney Problem Checklist (1950).

Darisegi dapatan kajian pula, ia jelas dinyatakan bahawa hasil daripada kajian

yang dilakukan masalah utama yang dikenal pasti ialah adaptasi pebelajaran yang

berbeza-beza dari segi jantina, bangsa dan kursus yang diikuti pelajar. Bahagian

abstrak ini juga ada menyertakan kesimpulan keseluruhan kajian secara ringkas.

Oleh itu, penulis berpendapat bahagian abstrak kajian tindakan ini adalah jelas

menujukkan setiap aspek-aspek penting yang dikaji dalam kajian ini. Walaupun

pernyataan masalah kurang jelas pada awal abstrak tapi setelah membaca

keseluruhan kandungan abstrak, pembaca dapat mengenalpasti pernyataan

masalah kajian yang dilaksanakan.

3. Pengenalan

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.

Page 5: Penilaian Laporan Kajian Tindakan

Bahagian pengenalan dalam kajian tindakan yang dikaji oleh penulis boleh dilihat

pada tajuk Pendahuluan dan Pernyataan Masalah dalam kajian tindakan

berkenaan. Secara keseluruhannya, bahagian pengenalan dalam kajian tindakan ini

tidak ada menyentuh tentang permasalahan yang dikaji serta strategi kajian yang

akan digunakan dalam kajian ini secara keseluruhan. Kepentingan kajian hanya

disentuh sedikit sahaja iaitu dibahagian akhir pernyataan masalah iaitu, kewajaran

melakukan kajian ini adalah atas sebab bilangan pelajar kolej matrikulasi yang

berjumlah hampir 30,000 di Malaysia. Oleh itu, adalah penting untuk meninjau

masalah-masalah yang dialami oleh mereka yang mendasari emosi, tingkahlaku

dan psikologi mereka.

Dalam bahagian pengenalan ini juga pengkaji ada menyertakan beberapa

tinjauan literatur yang pada mereka berkaitan dengan kajian yang mereka lakukan.

Namun demikian, penulis sebagai pengkritik kurang bersetuju dengan tinjauan

literatur yang dikemukakan kerana hampir keseluruhannya hanya menceritakan

siapa remaja serta ciri-ciri remaja dari sudut psikologi. Penulis berpendapat, dalam

tinjauan literatur, pengkaji seharusnya mengemukakan beberapa dapatan kajian

lepas tentang masalah yang hampir serupa dengan benda yang dikajinya. Ini perlu

supaya pembaca yang membaca laporan kajian tindakan tersebut dapat melihat

kajian tersebut dalam perspektif yang lebih luas dan mendapat gambaran awal

yang menyeluruh tentang perkara yang dikaji oleh pengkaji.

Oleh itu, secara keseluruhannya, bahagian pengenalan dalam kajian tindakan

ini kurang memuaskan kerana ianya gagal merangsang minda pembaca untuk

membuat perkaitan kajian yang dilakukan dengan dapatan kajian lepas yang

hampir serupa. Disamping itu, ia tidak memberikan kefahaman yang jelas kepada

pembaca tentang mengapa masalah tersebut perlu dikaji serta sumbangan kajian

kepada perkembangan pengetahuan sedia ada.

4. Metodologi kajian

Bahagian metodologi dalam kajian ini menjelaskan beberapa perkara iaitu, sampel

kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian.

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.

Page 6: Penilaian Laporan Kajian Tindakan

Dari segi persampelan, ianya dijelaskan dengan terperinci dimana, sampel

terdiri dari 610 orang pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Umur

pelajar juga dinyatakan iaitu 18-19 tahun. Tempoh kajian dilaksanakan pula ialah

selama 12 bulan. Dari segi pembentukan sampelan kajian pula, responden

dipecahkan kepada 3 pecahan iaitu pecahan mengikut kursus, pecahan mengikut

jantina dan pecahan mengikut bangsa. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa bahagian

persampelan dalam metodologi kajian tindakan ini diberikan secara terperinci dan

bersesuaian untuk mengkaji masalah adaptasi pembelajaran yang dialami oleh

pelajar yang datang dari latarbelakang yang berbeza.

Dari segi instrumen kajian pula, kajian ini ada menjelaskan jenis instrumen

yang digunakan oleh pengkaji. Instrumen yang digunakan hanya satu iaitu item-

item soal selidik yang terdapat dalam Mooney Problem Checklist (1950).

Sebanyak 220 soalan diajukan dalam soal selidik tersebut yang meliputi 11

kategori masalah. Juga dinyatakan ialah aras kebolehpercayaan ujian mengikut

cronbach alpha ialah 0.96. Walaupun, instrumen untuk menjalankan kajian

diberikan dengan jelas namun, tiada penerangan mengapa instrumen tersebut

digunakan. Juga tidak dinyatakan secara terperinci kerelevanan serta kesesuaian

soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang

dikaji. Disamping itu, penulis turut mecadangkan supaya turut digunakan

instrumen lain seperti temubual dengan pelajar mengenai masalah mereka untuk

menambahkan lagi kepelbagaian hasil dapatan kajian.

Darisegi rekabentuk kajian serta prosedur pula, kajian tindakan ini memberi

amat sedikit penerangan tentang rekabentuk kajian serta prosedur yang mereka

(pengkaji) laksanakan dalam menjalankan kajian ini. Dalam prosedur kajian ini

hanya dinyatakan bilangan responden adalah berasakan kumpulan praktikum yang

dipilih secara rawak dan telah pun mengambil kira perbezaan jantina dan bangsa

responden. Juga, dinyatakan ialah analisis dapatan menggunakan program SPSS

menggunakan analisis deskriptif berbentuk min dan sisihan piawai. Aras

signifikan yang ditetapkan dalam kajian ini juga dinyatakan iaitu p<0.05. Pada

pandangan penulis, bahagian prosedur dalam metodologi kajian ini adalah kurang

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.

Page 7: Penilaian Laporan Kajian Tindakan

lengkap. Ianya tidak menerangkan dengan terperinci langkah-langkah yang

dilakukan dalam menjalankan kajian tindakan seperti penentuan fokus,

pengumpulan maklumat/ data, perancangan tindakan, menjalankan tindakan serta

langkah-langkah membuat refleksi/ penilaian tentang tindakan yang dilakukan.

Oleh hal demikian, penulis berpendapat penerangan bahagian metodologi

dalam laporan kajian tindakan ini adalah tidak lengkap dan terlalu ringkas.

Sepatutnya bahagian ini perlu dihuraikan dengan jelas kerana ia merupakan

bahagian terpenting dalam kajian tindakan. Selain itu, bahagian ini penting dalam

membantu pembaca untuk memahami tentang cara persampelan kajian dilakukan,

teknik pengumpulan data kajian dilakukan, serta langkah-langkah kajian

dilaksanakan. Hal ini sekali gus dapat meningkatkan kesahan terhadap kajian

tindakan yang dijalankan dengan keputusannya diyakini dan boleh dipercayai.

5. Keputusan kajian

Dapatan kajian dalam kajian tindakan yang dikaji oleh penulis memberi

penerangan yang jelas dan terperinci tentang perkara yang dikaji. Semua hasil

dapatan kajian disusun dalam bentuk jadual mengikut pembahagian yang tertentu

iaitu masalah adaptasi pembelajaran yang disebabkan oleh faktor jantina, bangsa

dan kursus. Penjadualan semua hasil dapatan kajian memudahkan analisis data

dibuat secara sistematik dan tersusun serta menunjukkan satu pola perbandingan

yang mudah difahami.

Selain itu, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masalah utama yang

dihadapi oleh pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ialah adaptasi

pembelajaran. Ini terbukti melalui perkiraan yang dibuat berdasarkan perbezaan

minskor yang digunakan sebagai teknik analisis dan interpretsi terhadap data yang

dikumpul. Perbandingan setiap masalah yang dikaji jelas menunjukkan adaptasi

pembelajaran mencatatkan minskor yang tertinggi. Selain itu, untuk

mengenalpasti masalah utama dengan lebih terperinci kajian diteruskan dengan

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.

Page 8: Penilaian Laporan Kajian Tindakan

menguji masalah tersebut kepada pelajar berasaskan perbezaan jantina, perbezaan

bangsa, dan perbezaan kursus.

Dapatan kajian tindakan ini juga menunjukkan objektif kajian tercapai dan

berjaya menjawab semua persoalan kajian. Sebagai contoh objektif keduanya

ialah untuk melihat masalah utama yang dihadapi oleh pelajar KMPP secara

keseluruhan dan persoalan kajian yang ingin dijawab ialah apakah masalah yang

dihadapi oleh pelajar KMPP secara keseluruhannya dan apakah masalah utama

yang dhadapi oleh pelajar berasaskan perbezaan jantina, bangsa dan kursus.

Ditinjau dari dapatan kajian ini jelas menunjukkan masalah utama yang dihadapi

oleh pelajar KMPP yang menepati semua kriteria diatas adalah adaptasi

pembelajaran.

Bagi mencapai objektif terakhir pula iaitu perbandingan masalah utama

dikalangan pelajar KMPP berasaskan jantina, bangsa dan kursus, persoalan yang

cuba diselidiki ialah apakah wujud perbezaan signifikan antara pelajar berlainan

jantina, bangsa dan kursus terhadap masalah utama. Bagi menjawap persoalan ini,

dapatan kajian ini memperolehi bahawa sememangnya wujud perbezaan bagi

kategori yang dikaji. Dari segi jantina, dapatan kajian ini menunjukkan pelajar

perempuan lebih menghadapi masalah adaptasi pembelajaran berbanding pelajar

lelaki. Dari segi bangsa pula, perbezaan yang ditunjukkan kurang signifikan

kerana menunjukkan dapatan yang seimbang bagi orang Melayu dan bukan

Melayu. Dari segi kursus pula, dapatan kajian menunjukkan pelajar akaun lebih

menghadapi masalah adaptasi pembelajaran berbanding pelajar fizikal dan

mempunyai tahap masalah setara apabila dibandingkan dengan pelajar hayat.

Perbandingan antara pelajar fizikal dan hayat pula menunjukkan pelajar hayat

lebih menghadapi masalah adaptasi pembelajaran.

Walaupun segala dapatan kajian ditunjukkan dengan jelas dalam bentuk

berjadual, serta berjaya menjawap persoalan kajian, penulis mendapati pengkaji

tidak menyatakan masalah yang dihadapi semasa proses menganalisis data serta

mengintepretasi data. Ini menjadikan pembaca kurang jelas tentang sebab

mengapa suatu dapatan itu memperolehi skor sedemikian rupa dan sebaliknya.

Penulis mencadangkan agar pengkaji turut memberikan pendapat atau pandangan

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.

Page 9: Penilaian Laporan Kajian Tindakan

mereka berkaitan minskor yang berbeza-beza agar pembaca kajian tindakan ini

akan maklum tentang setiap perbezaan skor yang diperolehi bagi kategori yang

berbeza (jantina, bangsa, dan kursus). Ini kerana penerangan konkrit terhadap

setiap dapatan skor yang dikaji akan membantu pembaca memahami dapatan

kajian tindakan ini dengan lebih baik dan tidak mempersoalkan dapatan yang

pengkaji perolehi.

6. Perbincangan

Merujuk kepada bahagian perbincangan dalam kajian tindakan ini, penulis

mendapati bahagian perbincagan membincangkan dengan jelas permasalahan

kajian serta menyusunnya mengikut kronologi yang mudah difahami pembaca.

Perbincangan menjurus kepada mengemukakan dapatan kajian serta

perkaitannya dengan permasalahan kajian. Selain itu, turut dikaitakan dapatan

kajian dengan dapatan kajian yang lepas. Hasil perbandingan yang dibuat

mendapati dapatan kajian ini memperolehi dapatan yang hampir sama dengan

dapatan yang diperolehi dalam kajian lepas. Ini menunjukkan bahawa kajian

tindakan ini berjaya kerana dapatan kajian menyokong dapatan kajian sedia ada

dan tidak ada dapatan baru diperolehi yang menolak dapatan kajian yang sedia

ada.

Dalam bahagian ini juga kesimpulan yang dibuat adalah baik dengan

memperlihatkan logik hujah berdasarkan dapatan kajian.

Namun demikian, dalam bahagian perbincagan ini terdapat satu perkara

penting dalam kajian yang tidak dibincangkan iaitu hasil dapatan kajian iaitu dari

segi kursus terhadap masalah utama. Penulis berpendapat, dalam bahagian ini

pengkaji seharusnya membincangkan secara keseluruhan mengenai perkaitan

antara perbezaan jantina, bangsa dan kursus terhadap masalah yang dikaji tanpa

meninggalkan salah satu daripadanya. Selain itu, dalam bahagian kesimpulan

pengkaji mungkin boleh memberikan sedikit cadangan mengenai cara atau

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.

Page 10: Penilaian Laporan Kajian Tindakan

tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah utama yang telah dikenal

pasti. Disamping itu, pengkaji juga perlulah memberikan sedikit saranan agar

kajian selanjutnya perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

7. Rujukan

Di bahagian akhir kajian ini, rujukan yang digunakan turut disenaraikan.

Sebanyak 17 bahan rujukan telah digunakan oleh pengkaji dan ini memadai bagi

sebuah kajian tindakan yang hanya mempunyai skop yang umum dan dijalankan

dalam masa yang singkat.

Hasil pengamatan penulis juga mendapati, pengkaji mematuhi cara menulis

bahan rujukan dimana senarai bahan rujukan disusun mengikut abjad. Selain itu,

baris kedua bagi setiap bahan rujukkan dianjakkan ke dalam sedikit berbanding

baris pertama untuk membezakan antara rujukan pertama dengan kedua dan ini

memudahkan pembacaan oleh pembaca.

Dari segi bahan rujukkan yang digunakan pula, penulis mendapati semua

bahan rujukkan yang disenaraikan oleh pengkaji kajian tindakan ini ada digunakan

dalam kandungan kajian tindakan tersebut. Oleh itu, penulis berpendapat pengkaji

telah mematuhi teknik penulisan kajian dan menyenaraikan semua bahan rujukkan

yang diguna pakai ketika membuat kajian tindakan ini.

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.

Page 11: Penilaian Laporan Kajian Tindakan

** Penilaian ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.