penilaian kesihatan

3
0 LAPORAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN Rajah 3.1 Berdasarkan gambar rajah di atas menunjukkan peratusan bagi pemantauan dan penilaia Namun demikian terdapat beberapa program yang perlu penambahbaikkan. Antaranya ada 3.1 Program Bebas Denggi Pengenalan Program Bebas Denggi merupakan satu program khas yang dijalankan di sekolah untuk memastikan sekolah sentiasa bersih dan bebas daripada kawasan-kawasan kotoran dan t pembiakan nyamuk. Melalui program ini murid-murid mendapat kesedaran tentang baha nyamuk aedes serta perlunya menjaga kebersihan di sekolah dan juga di rumah. Rasional Murid-murid bersama-sama guru saling bekerjasama membersihkan persekitaran sekolah memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk. Se!ara tidak langsung dapat meningkatka

Upload: katherine-hardy

Post on 05-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

gugug

TRANSCRIPT

0LAPORAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

Rajah 3.1Berdasarkan gambar rajah di atas menunjukkan peratusan bagi pemantauan dan penilaian PBSS. Namun demikian terdapat beberapa program yang perlu penambahbaikkan. Antaranya adalah:

3.1Program Bebas DenggiPengenalan :Program Bebas Denggi merupakan satu program khas yang dijalankan di sekolah untuk memastikan sekolah sentiasa bersih dan bebas daripada kawasan-kawasan kotoran dan tempat pembiakan nyamuk. Melalui program ini, murid-murid mendapat kesedaran tentang bahayanya nyamuk aedes serta perlunya menjaga kebersihan di sekolah dan juga di rumah.Rasional:Murid-murid bersama-sama guru saling bekerjasama membersihkan persekitaran sekolah dan memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk. Secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap kesedaran di dalam diri murid murid mengenai bahaya denggi. Selain daripada kerjasama warga sekolah, penduduk setempat juga turut bersama dalam menjayakan program ini.Matlamat:Program Bebas Denggi bermatlamat untuk memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk di kawasan sekolah dan juga memberi kesedaran kepada muridmurid tentang bahaya denggi serta perlunya menjaga kebersihan supaya mencapai 0 kes denggi.Objektif:1.Memastikan kawasan sekolah bebas dari tempat pembiakan nyamuk terutamanya, longkang dan parit di sekitar kawasan sekolah.2.Memberi kesedaran kepada muridmurid tentang bahayanya nyamuk aedes.3.Menghalang pembiakan nyamuk aedes di kawasan berpotensi iaitu tandas.Kekuatan Program:Setelah program bebas denggi dilaksana, penilaian ke atas program ini dilakukan dan kekuatan pada program ini dikenal pasti iaitu program berjalan lancar. Tambahan pula dengan adanya kerjasama dari guru-guru dan juga warga sekolah. Semangat kerjasama yang diberi oleh semua pihak membuahkan hasil yang amat bagus, di mana persekitaran sekolah lebih bersih dan selamat. Semua tempat kebiasaannya menjadi sarang nyamuk eades telah dibersihkan seperti longkang, tempat takungan air dan sebagainya.Kelemahan Program:Walaupun pelan tindakan untuk program ini telah disedia dan dijadualkan, namun terdapat sedikit kelemahan yang mana program ini lewat dimulakan dari jadual asal disebabkan kelewatan penceramah jemputan. Hal ini menyebabkan masa untuk aktiviti yang dijadualkan terganggu iaitu masa untuk murid melihat pameran dipendekkan kerana kekangan waktu.Cadangan:Oleh itu, beberapa cadangan bagi penambahbaikan program ini telah dikenal pasti iaitu, pihak sekolah perlu menetapkan tarikh untuk program ini pada hari yang lebih sesuai. Sebagai contoh pada hujung minggu. Hal ini kerana pada kebiasaan murid-murid juga tidak akan bertembung dengan aktiviti lain, jadi akan membolehkan mereka menghadirkan diri. Selain itu, penceramah juga tidak akan menghadapi masalah untuk datang awal. Di samping itu, ibu bapa dan masyarakat luar juga boleh turut untuk sama-sama menyertai program ini bagi memenuhi masa lapang di hujung minggu.