pengurusan projek bertindan antara kontraktor

125
PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR NUR KHAIRUNNISA BINTI SAYUDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

NUR KHAIRUNNISA BINTI SAYUDI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK

Nama penuh penulis : NUR KHAIRUNNISA BINTI SAYUDI

Tarikh lahir : 20.04.1994

Judul :

PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA

KONTRAKTOR

Sesi Akademik : 2017/2018

Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai;

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan)*

TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan

sebagai akses terbuka atas talian (teks penuh)

Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut;

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

Disahkan oleh,

_______________________________ _____________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

(940420-14-6162) (Prof Madya Sr Dr. Sarajul Fikri Mohamed)

Tarikh: 04/06/2018 Tarikh:

CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 3: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan).”

Tandatangan : ………………………………………….

Nama Penyelia : Prof Madya Sr Dr. Sarajul Fikri Bin Mohamed

Tarikh : ………………………………………….

Tandatangan : ………………………………………….

Nama Pembaca II : Puan Tantish Binti Kamaruddin

Tarikh : ………………………………………….

Page 4: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

NUR KHAIRUNNISA BINTI SAYUDI

Tesis ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2018

Page 5: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

PENGAKUAN

Saya akui tesis yang bertajuk “Pengurusan Projek Bertindan Antara

Kontraktor” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ....................................................

Nama : Nur Khairunnisa Binti Sayudi

Tarikh : Jun 2018

Page 6: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

DEDIKASI

Kajian ini saya dedikasikan khas kepada

Ibu dan ayah saya yang tercinta

Sayudi & Lisnur

serta abang saya

Muhammad Yusuf Gazali.

Seterusnya kepada penyelia kajian saya iaitu

Profesor Madya Sr Dr Sarajul Fikri Bin Mohamed

& Profesor Dr Roslan Bin Amirudin.

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan, penyokong tegar dan yang amat dikasihi

Mohd Haizairi Bin Razali

Hizani Izzati Binti Rijat@Hijat

Mashanisa Binti Mohmad.

Terima kasih atas sokongan dan bantuan anda semua selama ini.

Page 7: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya juga

kajian ini telah dapat disiapkan dengan jayanya. Alhamdulillah.

1

2 Segunung penghargaan saya ucapkan kepada penyelia kajian saya

iaitu Profesor Madya Sr Dr Sarajul Fikri Bin Mohamed kerana telah banyak

membantu dan memberi panduan serta tunjuk ajar sepanjang kajian saya ini

dijalankan. Setiap masa yang diluangkan dan kesabaran yang diberikan olehnya

amat saya hargai. Tanpanya, saya mungkin tidak akan dapat menyiapkan kajian

saya ini dengan jayanya.

Seterusnya, terima kasih tidak terhingga kepada kedua-dua orang tua saya

yang amat saya cintai yang telah tidak putus-putusnya memberikan doa, semangat

dan bantuan sepanjang kajian ini dijalankan. Mereka merupakan tulang belakang

dan tonggak utama dalam kejayaan saya selama ini. Tidak lupa juga kepada semua

rakan-rakan dan insan-insan yang telah banyak memberi sokongan dan juga

membantu saya dalam memperbaiki dan menghasilkan kajian in.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua responden dan pihak-pihak

kontraktor yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan kesudian untuk

ditemubual sepanjang proses pengumpulan data dijalankan. Terima kasih

Page 8: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

ABSTRAK

Dalam setiap projek pembinaan kewujudan masalah dan konflik adalah

sesuatu yang sentiasa berlaku dan lazimnya berbeza antara satu projek dengan projek

lainnya. Hal ini kerana sifat, persekitaran dan lumrah setiap projek itu berbeza-beza.

Selain itu, jenis projek yang berbeza seperti projek bangunan dan projek infrastruktur

juga turut mempengaruhi jenis amalan koordinasi projek yang diamalkan. Lebih

rumit pula bagi sesuatu projek itu apabila terpaksa berkongsi kawasan kerja dan

tapak bina yang sama dengan kontraktor lainnya. Apatah lagi, jika terdapat dua

kontraktor utama yang berbeza skop projek terpaksa menjalankan kerja di atas satu

kawasan kerja yang bertindan. Justeru, projek bertindan ini pastinya mempunyai

masalah dan cara pengurusan masalah serta strategi yang berlainan berbanding

dengan projek tunggal biasa. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk

mengenalpasti masalah-masalah yang timbul antara kontraktor dalam fasa

pembinaan bagi projek bertindan dan mengetahui strategi serta usaha yang diambil

bagi menangani masalah tersebut. Kaedah kajian kes tunggal dan temubual

digunapakai bagi mendapatkan data yang lebih mendalam dan tepat bagi projek

bertindan ini. Data-data yang diperolehi pula dianalisis menggunakan kaedah

deskriptif yang bertemakan objektif satu dan objektif kedua. Berdasarkan temubual

yang telah dijalankan terhadap beberapa orang responden daripada kedua-dua belah

pihak kontraktor utama projek bertindan tersebut mendapati masalah yang paling

tinggi kesannya dan impaknya kepada projek adalah dari aspek program kerja.

Manakala aspek aktiviti dan tempat kerja pula merupakan aspek yang paling banyak

menimbulkan masalah di dalam tapak bina dan menduduki tempat kedua tertinggi

dalam memberikan kesan atau impak kepada keseluruhan projek tersebut.

Kesimpulan bagi dapatan kedua pula adalah strategi kontraktor yang paling utama

dalam menangani masalah ini iaitu dengan melalui pendekatan dan kaedah

koordinasi, penyelarasan dan perancangan kerja secara berterusan.

Page 9: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

ABSTRACT

The existance of problems and conflicts in every construction project is

something that is usual and always happens but varies between projects. This is

because, of the nature, environment and surrounding of each project is differ and not

the same. Besides, different type of project such as infrastructure work or building

work also influence the type of coordination practices. It is even more complicated

for a project if they have to share the same working area and site with the other main

contractor. In addition, it become more problematic when there are two major

contractors that have different job scope forced to work together on the same and

overlapping or interfacing working area. Hence this overlapping and interfacing

project definately will have many problems and ways of managing that problems or

different strategies as compared to ordinary single project. Therefore, this study was

conducted to identify the problems that arise between the contractors in the

construction phase of the overlapping and interfacing project and to determine the

strategies and efforts taken to address the problems. A single case study and

interview method is used to obtain more in-depth and accurate data for this kind of

project. The data were analysed using descriptive method which is divided into

themes according to the objectives stated correspondingly. Based on the interviews

conducted on several respondents from both parties of contractors found that the

most significant problem which give most impact to the project is from the aspect of

work programme. Meanwhile, aspect of activity and workplace is the most

problematic aspect in the construction site and is ranked as second highest in

impacting and effecting the whole project. In conclusion, from the study also found

that the most important strategy that the contractors practice in dealing with this

problem is through a continuous coordination and work planning approach.

Page 10: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

SENARAI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah 3

1.3 Persoalan Kajian 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Skop Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Penyelidikan Terdahulu 8

1.8 Kaedah Penyelidikan 9

1.8.1 Penyataan Masalah & Objektif 9

1.8.2 Kajian Literatur 10

1.8.3 Pengumpulan Data 10

1.8.4 Penganalisaan Data 11

1.9 Cadangan Organisasi Bab 11

Page 11: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

2 PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA

KONTRAKTOR

14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Sejarah Pembinaan Jalan Raya Malaysia 15

2.2.1 Rangkaian Jalan Raya 16

2.2.2 Jalan Persekutuan 18

2.2.3 Jalan Negeri 19

2.3 Penswastaan Projek Pembangunan Jalan Raya 21

2.4 Projek Bertindan 22

2.5 Konflik dan Masalah di Tapak Bina 22

2.5.1 Definisi 22

2.5.2 Masalah di Tapak Bina 23

2.5.3 Masalah Umum dalam Koordinasi

Tapak 25

2.6 Pengurusan & Koordinasi dalam Pembinaan 26

2.6.1 Pengurusan Pembinaan 26

2.6.2 Pengurusan Projek Pembinaan 27

2.6.3 Koordinasi Projek 28

3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 30

3.1 Pengenalan 30

3.2 Metodologi Kajian 31

3.3 Falsafah Penyelidikan 31

3.3.1 Falsafah Penyelidikan Yang Diaplikasi 32

3.4 Pendekatan Penyelidikan Kualitatif 33

3.5 Kaedah dan Prosedur Penyelidikan 35

3.5.1 Penentuan Penyataan Masalah &

Objektif 35

3.5.2 Kajian Literatur 35

3.5.3 Pengumpulan Data 36

3.5.3.1 Kajian Kes 37

3.5.3.2 Temubual 39

3.5.4 Penganalisaan Data 40

Page 12: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4 ANALISIS DATA 45

4.1 Pengenalan 45

4.2 Latar Belakang Kajian Kes Projek Bertindan 46

4.3 Maklumat Projek DBKL & DUKE3 48

4.4 Maklumat Responden 49

4.4.1 Projek Membinan Persimpangan

Bertingkat Di Persimpangan Jalan

Ampang / Jalan Jelatek Kuala Lumpur

(DBKL)

49

4.4.2 Projek Setiawangsa-Pantai Expressway

(SPE) / Duta-Ulu Kelang Expresway

Fasa 3 (DUKE3)

50

4.4.3 Analisis Pengalaman Reponden 50

4.5 Perbezaan Projek Bertindan 51

4.5.1 Aspek Program Kerja 52

4.5.2 Aspek Kaedah / Cara Kerja 54

4.5.3 Aspek Pengurusan Tapak 56

4.5.4 Rumusan Perbezaan Projek Bertindan

Berbanding Projek Biasa 58

4.6 Masalah & Isu Projek Bertindan 59

4.6.1 Laluan Akses 59

4.6.1.1 Masalah Laluan Akses

Berdasarkan Projek 62

4.6.2 Tempat Kerja 63

4.6.2.1 Masalah Tempat Kerja

Berdasarkan Projek 66

4.6.3 Lalulintas Jalan Raya 67

4.6.4 Aktiviti Kerja 69

4.6.4.1 Masalah Aktiviti Kerja

Berdasarkan Projek 72

4.6.5 Reka Bentuk 73

4.6.5.1 Masalah Reka Bentuk Berdasarkan

Projek 75

4.6.6 Keselamatan 76

4.6.6.1 Masalah Keselamatan Berdasarkan

Projek 77

Page 13: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.6.7 Program Kerja 78

4.6.7.1 Masalah Program Kerja

Berdasarkan Projek 79

4.6.8 Kos Projek 80

4.6.9 Tahap Kesan / Impak 80

4.7 Strategi Mengatasi Masalah dalam Pengurusan

Projek Bertindan 83

4.7.1 Ciri-ciri Penting Pengurus Projek

Bertindan 83

4.7.2 Langkah-langkah Mengatasi Masalah

Projek Bertindan 85

4.7.2.1 Laluan Akses 85

4.7.2.2 Tempat Kerja 86

4.7.2.3 Lalulintas Jalan Raya 87

4.7.2.4 Aktiviti Kerja 87

4.7.2.5 Reka Bentuk 88

4.7.2.6 Keselamatan 89

4.7.2.7 Program Kerja 90

4.7.2.8 Kos Projek 90

4.8 Kaedah Koordinasi dan Pengurusan yang

Diamalkan 91

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 92

5.1 Pengenalan 92

5.2 Rumusan Hasil Kajian 93

5.2.1 Masalah & Isu Projek 93

5.2.2 Strategi Menangani Masalah 95

5.3 Permasalahan Kajian 96

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 97

RUJUKAN 98

LAMPIRAN

Page 14: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Kategori Jalan Persekutuan 19

2.2 Kategori Jaran Raya Negeri 20

2.3 Jenis Masalah dan Kadar Skala Kesan 24

2.4 Masalah dan Kumpulan Masalah 25

3.1 Elemen Utama Dalam Falsafah 32

3.2 Contoh Analisis Jadual 43

4.1 Maklumat Projek 48

4.2 Maklumat Responden Projek DBKL 49

4.3 Maklumat Responden Projek DUKE3 50

4.4 Peratusan Perbezaan Dari Aspek Program Kerja 53

4.5 Peratusan Perbezaan Dari Aspek Kaedah / Cara Kerja 55

4.6 Peratusan Perbezaan Dari Aspek Pengurusan Tapak 57

4.7 Peratusan Perbezaan Projek Bertindan Dari 3 Aspek Utama 58

4.8 Peratusan Masalah Dari Aspek Laluan Akses 61

4.9 Peratusan Masalah Dari Aspek Tempat Kerja 65

4.10 Peratusan Masalah Dari Aspek Aktiviti Kerja 71

4.11 Peratusan Masalah Dari Aspek Reka Bentuk 74

Page 15: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.12 Peratusan Masalah Dari Aspek Keselamatan 77

4.13 Peratusan Masalah Dari Aspek Program Kerja 79

4.14 Rujukan Tahap Kesan / Impak Kepada Projek 81

4.15 Purata Markah Kesan / Impak Bagi Setiap Masalah 81

4.16 Ciri-ciri Penting Seorang Pengurus Projek 84

4.17 Peratusan Amalan Koordinasi & Pengurusan 91

5.1 4 Masalah Utama Projek Bertindan & Skala Kesan 93

5.2 Peratusan Jumlah Masalah Bagi Setiap Aspek 94

Page 16: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Peta Jaringan Jalan Utama di Malaysia 3

2.1 Jumlah Panjang Jalan Raya Malaysia 17

2.2 Panjang Jalan Raya di Malaysia 18

3.1 Proses Utama Dalam Kajian Kes 38

3.2 Peringkat-peringkat dalam Kajian 44

4.1 Peta Lokasi Kajian Kes di Jalan Ampang, Kuala Lumpur 47

4.2 Peratusan Pengalaman Responden 51

4.3 Perbezaan Dari Aspek Program Kerja Berdasarkan Projek 53

4.4 Perbezaan Dari Aspek Kaedah / Cara Kerja Berdasarkan Projek 55

4.5 Perbezaan Dari Aspek Pengurusan Tapak Berdasarkan Projek 57

4.6 Graf Masalah Laluan Akses di Tapak Berdasarkan Projek 62

4.7 Graf Masalah Tempat Kerja di Tapak Berdasarkan Projek 66

4.8 Graf Masalah Lalulintas Jalan Raya di Tapak Berdasarkan

Projek 68

4.9 Graf Masalah Aktiviti Kerja di Tapak Berdasarkan Projek 72

4.10 Graf Masalah Reka Bentuk di Tapak Berdasarkan Projek 75

4.11 Graf Masalah Keselamatan di Tapak Berdasarkan Projek 77

Page 17: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.12 Graf Masalah Program Kerja di Tapak Berdasarkan Projek 79

4.13 Purata Kesan / Impak Bagi Setiap Kategori Masalah 82

4.14 Ciri-ciri Utama Pengurusan Projek Bertindan 84

Page 18: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

SENARAI SINGKATAN

CIDB - Construction Industry Development Board

ARE - Assistant Resident Engineer

COW

DBKL

JKR

G7

MRR2

QA

QC

PPP

LRT

DUKE3

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Clerk of Work

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Jabatan Kerja Raya

Gred 7

Middle Ring Road 2

Quality Assurance

Quality Controller

Public private partnership

Light Rail Transit

Duta Ulu Kelang Expressway 3

Page 19: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Seiring dengan hasrat negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang

tahun 2020, Malaysia telah menjadi sebagai salah sebuah negara yang pesat dan giat

membangun. Dasar dan polisi kerajaan mengenai pelaburan dalam sektor

infrastruktur sejak tahun-tahun awal kemerdekaan (1957) hingga tahun 1970-an

terutamanya adalah tertumpu pada memastikan bahawa kapasiti kemudahan

infrastruktur adalah mencukupi untuk memenuhi permintaan yang semakin

meningkat (Lee, 2011). Selain itu, sektor infrastuktur di Malaysia merupakan sektor

yang menerima bahagian terbesar dalam perbelanjaan pembangunan sektor awam di

setiap Rancangan Malaysia yang dilancarkan (Naidu, 2008). Maklumat tersebut

telah dapat menggambarkan bahawa kerajaan memandang serius terhadap

pembangunan infrastruktur di Malaysia sebagai matlamat utama kerajaan dalam

memberikan prasarana untuk rakyat. Justeru itu, dalam Rancangan Malaysia

Kesebelas yang dilancarkan pada 2016 juga, telah mengambil kira pembangunan

infrastruktur dalam negara dengan memberi tumpuan kepada peningkatan sistem

pengangkutan di Malaysia melalui pembangunan jalan raya, lebuh raya, rel dan

Page 20: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

perkhidmatan udara yang terdapat dalam salah satu enam teras utamanya iaitu

‘memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi’ (Amri, 2016).

Berdasarkan laporan yang dipetik, Datuk Seri Fadillah Yusuf telah

memberitahu bakal terdapat lima projek mega yang akan dilancarkan oleh

Kementerian Kerja Raya iaitu Projek Lebuh Raya Pan Borneo, Projek Central Spine

Road (CSR), Projek Lebuh Raya Pantai Barat dan Lebuhraya Kota Bahru-Kuala Krai

(Awani, 2015). Menerusi projek-projek pemantapan sistem pengangkutan darat ini

kerajaaan telah menyalurkan dana sebanyak RM 6.8 billion peruntukan pada tahun

2016 (Amri, 2016) dan untuk belanjawan tahun 2018 yang dibentangkan pada 27

Oktober 2017, kerajaan memperuntukkan RM943 juta untuk projek pembangunan

jalan luar bandar yang mana hampir RM500 juta telah dirizabkan untuk Sabah dan

Sarawak (Chu, 2017)

Pembangunan sistem pengangkutan darat terutamanya jalan raya yang dipacu

oleh pertambahan jumlah penduduk terutamanya yang bermigrasi di bandar-bandar

besar seperti Kuala Lumpur telah menyumbang kepada kesesakan lalu lintas semasa.

Hal ini telah menyebabkan permintaan perjalanan yang tinggi yang majoritinya

adalah daripada pengangkutan persendirian. Hal ini juga telah mengakibatkan

kesesakan dan kelembapan kelajuan perjalanan yang serius di jalan-jalan utama

sekitar pusat bandar terutamanya ketika waktu puncak (DBKL, 2008).

Industri pembinaan kerap menghadapi cabaran dalam memastikan projek-

projek mereka mencapai target masa penyiapan yang telah ditetapkan. Selari dengan

projek-projek pembinaan jalan raya semakin kian betambah, terdapat banyak

masalah dan isu yang timbul. Menurut Hossain & Chua (2014), masalah dan isu

kebolehbinaan dalam pembinaan telah banyak diperkatakan dalam kajian-kajian

terdahulu (cth. Faniran et Al., 2001; Anumba and Evbuomwan, 1996; Lam et al.,

2006).

Page 21: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Rajah 1.1: Peta Jaringan Jalan Utama Di Malaysia

Oleh yang demikian, industri pembinaan jalan raya telah menjadi semakin

rancak dan pesat yang menyebabkan pengurusan tapak bina semakin sukar diuruskan

kerana kebanyakan kes yang berlaku di industri pembinaan menggambarkan sendiri

keadaan industri tersebut yang unik, dimana melibatkan kelakuan manuasia, tapak

bina pembinaan yang menyukarkan kerja, budaya kerja yang tidak selamat,

penggunaan jentera dan peralatan yang bahaya dan melibatkan prosedur yang

pelbagai (Ahmadon, 2006).

1.2 Penyataan Masalah

Secara teorinya, aktiviti kerja bertindan ini yang jika dilakukan secara

berturutan sebenarnya dapat mengurangkan masa pengahantaran projek. Kenyataan

ini disokong oleh Hossain & Chua (2014) yang secara ringkasnya mengatakan

bahawa projek bertindan ini boleh dilakukan untuk mengurangkan masa kerja

berbanding jika perlu menunggu sehingga satu-satu projek itu siap. Walau

Page 22: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

bagaimanapun, ia perlu dilakukan dengan pendekatan yang sistematik agar dapat

mengurangkan kos dan risiko (Bogus, Molenaar, & Diekmann, 2006). Hal ini

kerana, kontraktor dapat memansuhkan kerja-kerja pengendalian berulang (double

handling) dan kerja abortif dan seterusnya kontraktor juga dapat mengurangkan kos

kerana kerja-kerja dikawasan bertindan tersebut sebahagiannya dapat dikongsi

bersama.

Walaupun begitu, ironinya projek seperti ini kebanyakannya menelan kos

yang lebih besar kerana terpaksa melakukan banyak kerja-kerja semula dan

pembaikan yang sememangnya memberi kesan langsung kepada kos dan tempoh

siap projek keseluruhannya (Hossain & Chua, 2014). Selain itu, pelbagai konflik

juga akan timbul kerana projek seperti ini melibat banyak pihak yang mempunyai

kepentingan masing-masing yang perlu dilindungi (Whitfield, 2012). Tambahan

pula, menurut Menteri Kerja Raya Malaysia (2011) menyatakan antara punca-punca

utama yang menyebabkan projek pembinaan infrastruktur mengalami kelewatan

adalah disebabkan masalah yang melibatkan pengurusan dalam kontraktor dan juga

klien.

Di samping itu, prosedur kerja yang pelbagai ini juga dipengaruhi dengan

keadaan dan kawasan tapak itu sendiri. Bagi projek-projek pembinaan infrastruktur

jalan raya, terowong dan jambatan ini banyak keaadaan yang memerlukan kontraktor

untuk berkerjasama dengan kontraktor lain dalam satu tapak (Menteri Kerja Raya

Malaysia 2011). Kemungkinan juga boleh terjadi jika dua kontraktor yang berlainan

projek terpaksa berkongsi tapak yang sama kerana laluan kerja bagi pembinaan jalan

raya yang bertembung atau bertindan. Prosedur kerja yang merumitkan ini telah

menimbulkan masalah di tapak bina dan memerlukan pengurus tapak bina lebih

berkemahiran dan berpengalaman bagi mengendalikan projek dengan cekap

(Whitfield, 2012).

Selain itu, semasa fasa pembinaan, kesukaran juga boleh timbul akibat

daripada perubahan dan ketidakseragaman dalam lukisan dan spesifikasi, koordinasi

Page 23: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

dan kerjasama antara pakar dan jurutera yang lemah, pereka bentuk yang kurang

berpengalaman dan spesifikasi yang bukan teknikal (Hossain & Chua, 2014). Dalam

projek pembinaan infrastruktur jalan raya, terowong dan jejambat salah satu punca

masalah timbul adalah apabila kontraktor daripada dua projek berlainan bekerja

diatas tapak yang sama. Kawasan kerja bertindan boleh menyebabkan perubahan

dalam reka bentuk dan kekangan kawasan kerja yang sempit terutama sekali jika

tapak bina berada di tengah bandar yang sesak dengan lalu lintas (JKR, 2009).

Justeru, pengurusan projek yang mantap diperlukan bagi menangani masalah-

masalah ini. Seperti yang dikatakan oleh Costin (2008) beliau menyifatkan bahawa

projek bertindan ini merupakan salah satu yang sukar dan kritikal dan memerlukan

sistem pengurusan dan pekerja yang cekap bagi memastikan proses pembinaan

berjalan lancar.

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat sama

ada projek bertindan ini dapat mengurangkan kos dan mengurangkan masa bekerja

ataupun tidak. Seterusnya, melalui penyelidikan ini juga kita dapat mengetahuii sama

ada masalah yang timbul dalam projek tunggal biasa adalah sama seperti masalah-

masalah yang timbul dalam projek bertindan serta daripada situ kita dapat

mengenalpasti strategi kontraktor dalam menangani masalah ini serta perbezaannya

berbanding projek tunggal yang biasa.

1.3 Persoalan Kajian

Oleh itu timbullah persoalan bagi isu dan permasalahan bagi kajian ini iaitu

seperti yang dinyatakan berikut:

Page 24: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

1. Adakah terdapat konflik atau masalah yang dihadapi oleh kontraktor-

kontraktor yang bekerja secara serentak di satu kawasan tapak yang sama?

2. Bagaimana dua kontraktor yang berlainan daripada dua projek yang

berbeza berkerjasama dalam menguruskan risiko dan masalah yang timbul di

tapak bina?

3. Apakah strategi atau langkah-langkah untuk meminimumkan

kebarangkalian terhadap berlakunya masalah dan risiko ini pada masa

hadapan sepanjang projek berjalan?

1.4 Objektif Kajian

Oleh yang demikian tujuan kajian ini dijalankan adalah:

1. Untuk mengenalpasti masalah-masalah dan isu yang timbul antara

kontraktor ketika dalam fasa pembinaan.

2. Untuk mengetahui strategi koordinasi dan usaha yang diambil bagi

menangani masalah tersebut.

Page 25: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

1.5 Skop Kajian

Kajian ini memberi tumpuan kepada syarikat kontraktor Gred G7 Malaysia

yang berdaftar di CIDB dan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan infrastruktur

jalan raya berskala besar. Kajian ini juga tertumpu terhadap dua pihak kontraktor

yang menjalankan kerja-kerja pembinaan di atas tapak bina yang sama atau dengan

kata lainnya mengalami isu projek bertindan. Projek yang dipilih pula mestilah

projek yang berada di tengah bandar bagi mendapatkan masalah dan isu yang lebih

mencabar yang timbul seiring dengan kepesatan pembangunan di kawasan bandar.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan kerana di Malaysia, situasi seperti ini jarang-jarang

berlaku dalam industri pembinaan kita. Kontraktor-kontraktor tempatan juga kurang

didedahkan dan tidak berpengalaman dalam menguruskan projek yang bertindan

lokasi seperti ini. Oleh itu, di harapkan agar hasil kajian yang di perolehi ini dapat

membantu pihak-pihak yang terlibat terutamanya bagi kontraktor projek infrastruktur

di Malaysia yang mungkin pertama kali menghadapi masalah disebabkan situasi

yang sama seperti kajian kes yang dikaji. Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai

panduan kepada kontraktor-kontraktor agar dapat mengurangkan risiko terjadinya

masalah terhadap projek yang bakal dijalankan pada masa hadapan.

Selain itu, kajian ini juga penting bagi pihak majlis daerah atau penguatkuasa

tempatan untuk mengetahui keadaan sebenar dan kesan utama yang dihadapi oleh

kontraktor projek bertindan sebelum ingin merancang atau meluluskan mana-mana

projek infrastruktur di satu lokasi tapak bina yang sama akan datang.

Page 26: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

1.7 Penyelidikan Terdahulu

Terdapat beberapa kajian yang hampir serupa telah dijalankan sebelum ini

antaranya adalah kajian yang bertajuk “Coordination Problems in Complex

Construction Project” yang dijalankan oleh Kaw Kean Meng pada tahun 2015.

Dalam kajiannya itu, dia telah melakukan penyelidikan berdasarkan 3 kajian kes

utama iaitu projek Paradigm Mall, Tritower Residence dan Danga Bay Country

Garden. Kajian ini menumpukan terhadap masalah koordinasi yang timbul di ketiga-

tiga tapak bina dan pendekatan koordinasi yang diamalkan dalam menguruskan

kompleks projek.

Selain itu, terdapat kajian satu lagi kajian yang serupa telah dijalankan oleh

Noorfazilah (2014) yang bertajuk “Keberkesanan Pengurusan Projek Persimpangan

Bertingkat Pandan Indah Mrr2 Kuala Lumpur Ke Atas Tempoh Pembinaan: Satu

Kajian Kes”. Kajian beliau tertumpu kepada masalah dan halangan yang dihadapi

dan kriteria-kriteria utama dalam pasukan projek tersebut serta hubungan antara

kriteria penting tersebut dengan kejayaan tempoh penyiapan projek tersebut.

Kedua-dua kajian tesebut berbeza dengan kajian yang dijalankan ini iaitu dari

segi objektif kajian yang hendak dicapai dan dari sudut skop pemilihan projek serta

isu yang ditimbulkan

Page 27: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

1.8 Kaedah Penyelidikan

Kaedah penyelidikan yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengumpul

maklumat sepanjang proses kajian berlangsung. Perancangan kaedah penyelidikan

ini adalah untuk memastikan kelancaran sepanjang menjalankan kajian ini. Kaedah-

kaedah yang diguna juga adalah untuk menjawab objektif yang dikemukakan dalam

kajian. Kajian ini melibatkan beberapa peringkat iaitu :

1. Penentuan Penyataan Masalah dan Objektif

2. Kajian Literatur

3. Pengumpulan Data

4. Penganalisaan Data

1.8.1 Penentuan Penyataan Masalah dan Objektif

Peringkat ini adalah peringkat pertama dalam kajian ini. Pada peringkat ini

hala tuju utama kajian dirangka dengan mengambil kira isu-isu yang diketengahkan

berdasarkan perbincangan bersama penyelia. Daripada isu tersebut maka penyataan

masalah di hasilkan dan objektif kajian pula ditetapkan. Berdasarkan maklumat

tersebut cadangan tajuk kajian pula dicipta.

Page 28: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

1.8.2 Kajian Literatur

Kajian Literatur ini adalah kajian yang dilakukan melalui pembacaan dan

perbincangan dengan penyelia. Kajian Literatur ini adalah untuk memberi

pemahaman dan idea yang lebih mendalam terhadap bidang dan tajuk yang dikaji.

Antara bahan pembacaan yang dijadikan rujukan dalam peringkat ini adalah jurnal,

surat khabar, artikel, buku-buku, hasil kajian lepas dan carian dalam internet. Pada

peringkat ini juga penulisan tertumpu terhadap pemilihan bidang kajian yang telah

diskopkan.

Disamping itu, setiap frasa dan istilah akan didefinisikan berdasarkan

sumber-sumber bacaan ilmiah tersebut. Peringkat ini juga adalah dimana kenyataan-

kenyataan dan pembacaan akan direkodkan bagi menguatkan isu yang diketengahkan

pada peringkat sebelumnya.

1.8.3 Pengumpulan Data

Peringkat ini adalah peringkat di mana semua data-data kajian dikumpulkan.

Pengumpulan data dilakukan melalui beberapa kaedah yang bersesuaian. Kaedah

pengumpulan data ini meliputi dua sumber iaitu data primer dan sekunder. Sebelum

data dikumpul, kaedah kajian ditentukan samaada menggunakan kaedah kuantitatif

mahupun kualitatif bagi mendapatkan gambaran tentang reka bentuk kajian yang

ingin dilaksanakan secara keseluruhannya. Bagi kajian ini, pendekatan kaedah

kualitatif telah dipilih berdasarkan satu kajian kes yang berhadapan dengan isu ini di

dalam projek pembinaan mereka.

Page 29: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

1.8.4 Penganalisaan Data

Pada peringkat analisis pula, data-data yang diperoleh semasa proses

pengumpulan maklumat akan dianalisis bagi menjawab persoalan yang timbul dan

seterusnya mencapai objektif kajian yang cuba dicapai. Penganalisaan data ini

nantinya boleh juga digunakan sebagai rujukan untuk masa hadapan.

1.9 Cadangan Organisasi Bab

Secara keseluruhannya dalam kajian ini terdapat lima bab utama yang telah

dikelaskan. Bab 1 adalah mengenai pengenalan terhadap subjek kajian secara umum,

bab 2 pula adalah mengenai kajian literature, bab 3 berkisarkan kaedah dan

metodologi kajian, bab 4 tentang penganalisaan data kajian yang dikumpulkan dan

bab 5 bab yang akan merangkumi keseluruhan kajian dan memberikan rumusan

terhadap kajian serta cadangan untuk kajian lanjutan.

Bab 1 : Pengenalan.

Dalam bab ini, pengenalan ringkas diberikan berkenaan tajuk kajian yang

dipilih. Pengenalan ini adalah gambaran keseluruhan tentang industri pembinaan

dalam aspek yang pembinaan dan pembangunan infrastruktur di Malaysia. Dalam

bab 1 juga terdapat penyataan masalah yang berkaitan dengan isu yang ingin dikaji,

daripada situ persoalan kajian pula dihasilkan, objektif kajian ditetapkan, skop kajian

dinyatakan, kepentingan kajian dan rancangan penyelidikan yang dipilih pula di juga

diterangkan.

Page 30: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Bab 2 : Kajian Literatur

Dalam bab ini, kajian tertumpu kepada pembacaan bahan ilmiah daripada

sumber-sumber bahan yang sedia ada sahaja. Kajian literature ini akan menerangkan

tentang latar belakang sejarah pembinaan jalan raya di Malaysia, pihak-pihak yang

bertanggungjawab dalam mebangunkan infrastruktur ini, jenis-jenis pembangunan

infrastruktur dan menyentuh sedikit latar belakang projek yang ingin dikaji. Selain

itu, bab ini nanti akan menerangkan segala istilah dan maklumat dengan lebih

terperinci bagi mendalami idea dan pengetahuan tentang bidang yang dikaji. Bab ini

adalah amat penting dalam kajian ini.

Bab 3 : Metodologi Kajian.

Metodologi kajian adalah kaedah dan pendekatan yang digunakan bagi

mendapatkan data sepanjang kajian dijalankan. Dalam bab ini, akan diterangkan

secara terperinci tentang pendekatan yang digunakan iaitu pendekatan kualitatif dan

kerja lapangan. Teknik yang diaplikasikan untuk mendapatkan data pula adalah

melalui temubual dan pemerhatian. Penghasilan borang soalan dan senarai semak

tentang data yang perlu dikumpulkan juga akan di terangkan di dalam bab ini. Selain

itu, proses dan prosedur pengumpulan data dan kaedah menganalisis data bagi tujuan

mencapai objektif kajian juga turut diterangkan.

Bab 4 : Analisis Data/Maklumat dan Hasil Kajian

Bab 4 ini nantinya akan menerangkan data analisis yang diperoleh. Analisis

data ini dilakukan bagi mendapatkan hasil kajian berdasarkan objektif yang ingin

dikaji. Pelbagai kaedah analisis boleh digunakan bagi menginterpretasikan data-data

yang diperoleh. Hasil daripada analisis tadi akan dibentangkan dengan pelbagai cara

Page 31: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

sama ada menggunakan jadual carta ataupun gambar rajah. Hasil kajian ini mestilah

dapat selari dengan objektif dan persoalaan kajian yang ingin dijawab tadi.

Bab 5 : Rumusan Kajian dan Cadangan

Bab ini adalah bab yang terakhir dalam laporan kajian ini. Bab terakhir ini

nanti akan mengambil kira hasil kajian yang telah didapati daripada bab sebelum ini

untuk membuata rumusan dan kesimpulan bagi keseluruhan kajian. Berdasarkan

penamatan keseluruhan dalam bab 1 dan 2 maka rumusan nanti dihasilkan merujuk

kepada hasil kajian yang diperoleh. Cadangan kajian pula adalah pendapat atau

pandangan mengenai kajian pada masa akan datang yang boleh dijalankan oleh orang

lain. Bab ini merupakan bab penutup bagi kajian ini.

Page 32: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian literature adalah ringkasan menyeluruh dan objektif serta analisis

kritikal terhadap penyelidikan yang berkaitan bukan sahaja mengenai topik

penyelidikan yang dikaji (Hart, 1999). Selain itu, kajian literature yang baik adalah

dengan mengumpulkan maklumat tentang subjek tertentu daripada pelbagai sumber

yang perlu ditulis semula dengan baik dan mengandungi sedikit sahaja

kecenderungan peribadi jika ada (Carnwell & Daly, 2001). Matlamat kajian literatur

ini adalah untuk membawa pembaca dengan maklumat dan ilmu terkini tentang topik

dan membentuk asas tujuan yang lain seperti justifikasi untuk penyelidikan pada

masa hadapan (Potter, 2004).

Bab ini akan menerangkan serba sedikit tentang sejarah pembangunan jalan

raya di Malaysia, jenis-jenis dan bagaimana program penswastaan projek jalan raya

berlaku. Selain itu, bab ini juga akan menerangkan definisi masalah dan konflik

beserta jenis-jenis dan contoh yang timbul secara umum, definisi serta penerangan

berkaitan pengurusan dan koordinasi di tapak bina.

Page 33: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

2.2 Sejarah Pembinaan Jalan Raya Di Malaysia

Pembangunan jalan raya di Malaysia telah bermula sejak sebelum

kemerdekaan dicapai lagi. Pembagunan jalan raya ini terbahagi kepada dua bahagian

utama Persekutuan Malaysia iaitu di Barat atau Semenanjung Malaysia dan di

Malaysia Timur yang terdiri daripada negeri Sabah dan Sarawak yang terletak di

pulau Borneo (Olszewski, 2015). Sejak sebelum kemerdekaan lagi iaitu sebelum

tahun 1957 telah terdapat sistem jalan raya yang menghubungkan bandar-bandar

utama iaitu Johor Bahru di selatan semenanjung, Kangar di Utara dan Kota Bahru di

Pantai Timur serta yang menghubungkan antara kawasan dan daerah masing-masing

(JKR, 2009).

Rangkaian jalan raya di Barat Malaysia adalah lebih baik berbanding di lain-

lain bahagian di Malaysia yang telah menyumbang sebanyak 40% kawasan tanah dan

79% panjang jalan. Hal ini kerana bentuk muka bumi dan topografi kawasan

merupakan faktor utama yang mempengaruhi pembangunan jalan raya di Malaysia.

Oleh yang demikian, sebahagian besar rangkaian utama di Malaysia di bina di

sepanjang kawasan persisiran barat pantai yang rata kerana kawasan pedalaman di

Malaysia Timur dan Semenanjung dilitupi dengan kawasan pergunungan yang sukar

untuk diakses (Olszewski, 2015).

Leinbach (1989) menyatakan dalam pemerhatiannya mendapati bahawa

sejarah perkembangan jalan raya di Semenanjung Tanah Melayu menggambarkan

dengan baik bagaimana jalan raya telah dapat memainkan peranan penting dalam

pembukaan kawasan baru untuk mengeksplotasi sepenuhnya potensi kawasan

tersebut. Perlombongan bijih timah dan pertanian komersial yang diperkenalkan

telah menjadi daya penggerak pembangunan dan menghasilkan permintaan yang

besar untuk perkhidmatan pengangkutan.

Page 34: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Perkembangan sejarah jalan-jalan raya moden adalah bermula di

Semenanjung Malaysia pada abad ke-19 apabila pengaruh British mula tersebar di

Laluan Selat Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Selepas negara telah mencapai

kemerdekaan pada tahu 1957, usaha untuk meperbaiki sistem jalan raya telah

dilakukan dengan betul melalui perancangan pembangunan yang pesat mengikut

Pelan Malaysia setiap lima tahun (JKR, 2009).

Pada tahun 1966, rangkaian jalan raya di Malaysia adalah 15 ribu kilometer

dan meningkat hampir enam kali ganda kepada 85 ribu kilometer menjelang tahun

2005. Jalan-jalan antara bandar utama di Semenanjung Malaysia kini

kebanyakkannya telah diperbesarkan kepada dua hingga empat lorong dua hala.

Lebuh raya Utara-Selatan yang menjajar dari Johor Bahru di Selatan Semenanjung

ke Padang Besar di Sempadan Thailand di Utara sepanjang 869 kilometer yang

mempunyai empat lorong dua hala merupakan satu contoh peningkatan besar kepada

rangkaian jalan raya di negara ini (Olszewski, 2015).

2.2.1 Rangkaian Jalan Raya

Sistem rangkaian jalan raya adalah merupakan salah satu komponen

infrastruktur yang paling penting bagi sesebuah negara kerana ia merupakan

medium utama dalam perpindahan atau pergerakan barangan dan manusia. Sistem

rangkaian jalan ini telah mewujudkan attribut jalan raya seperti hierarki jalan raya,

sambungan, akses, hubungan dan pergerakan. Ringkasnya, sesebuah jalan raya,

lebuhraya atau landasan kereta api ini merupakan laluan antara mana-mana dua titik

yang terletak di atasnya (Anor et al, 2014).

Page 35: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Laporan JKR (2009), menyatakan jumlah panjang sistem rangkaian jalan raya

di Malaysia adalah sebanyak 82, 144 kilometer yang kebanyakannya menggunakan

turapan jenis fleksibel atau rigid. Malaysia hanya memiliki 80% sahaja jalan raya

yang berturap berbanding dengan negara jiran kita iaitu Singapura yang mempunyai

jalan berturap seratus peratus (Anor et al., 2014). Walau bagaimanapun, Lembah

Klang merupakan kawasan yang mempunyai nisbah paling tinggi untuk panjang

lebuhraya bagi setiap orang iaitu 68m untuk setiap 1000 orang dan mempunyai

ketumpatan kawasan sama seperti di Amerika Utara serta setaraf dengan beberapa

bandar raya di Eropah .

Rajah 2.1: Jumlah Panjang Jalan Raya Malaysia

1, 820 km

61, 420 km

18, 904 km

Page 36: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Rajah 2.2: Panjang Jalan Raya di Malaysia (JKR, 2009)

Berdasarkan dalam laporan JKR, (2009) rangkaian jalan raya di Malaysia

boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu Jalan Persekutuan dan Jalan

Negeri seperti yang akan diterangkan berikut:

2.2.2 Jalan Persekutuan

Jalan Persekutuan di Malaysia adalah merupakan jalan-jalan yang telah

diisytiharkan di bawah Ordinan Jalan Persekutuan (1959) dan jalan-jalan besar atau

utama yang menghubungkan antara bandar-bandar dan ibu negeri serta jalan-jalan

utama ke pintu keluar dan masuk persempadanan negara.

Page 37: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Dalam Jalan Persekutuan ini pula terdapat beberapa jenis jalan yang berada di

bawah pengurusan dan tanggungjawab pihak-pihak yang berbeza seperti Lembaga

Lebuhraya Malaysia, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Majlis Bandaraya Tempatan dan

Jabatan Kerja Raya Negeri.

Jadual 2.1: Kategori Jalan Persekutuan

KATEGORI JALAN PIHAK BERWAJIB

Lebuhraya Express Bertol Lembaga Lebuhraya Malaysia

Lebuhraya Jabatan Kerjaraya Malaysia

Jalan Serantau Majlis Perbandaraan

Jalan Aksess ke Institusi

Kerajaan Persekutuan Jabtan Kerjaraya Negeri

2.2.3 Jalan Negeri

Jalan raya negeri pula umunya terdiri daripada jalan-jalan utama yang

menghubungkan kawasan antara dalam negeri dengan pusat pentadbiran daerah.

Antara jalan-jalan lain yang termasuk dalam kategori ini adalah jalan bandaran, jalan

tempatan, jalan kampung dan jalan utama.

Page 38: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Jadual 2.2: Kategori Jalan Raya Negeri

KATEGORI JALAN PIHAK BERWAJIB

Jalan Dalam Wilayah Persekutuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

dan Majlis Perbandaran Labuan

Jalan Utama

(dalam negeri, menghubungkan

bandar besar dengan ibu negeri)

Jabatan Kerjaraya Negeri

Jalan Sekunder

(menghubungkan antara daerah) Jabatan Kerjaraya Negeri

Jalan Kecil

(jalan antara kampung atau di

kawasan pedalaman )

Pegawai Daerah

Jalan Bandaran

(jalan utama yang menghubungkan

jalan-jalan lain dalam kawasan

pihak berkuasa tempatan)

Pihak Berkuasa Tempatan

(kebiasaannya dengan bantuan

Jabatan Kerjaraya Negeri)

Jalan Tempatan

(rangkaian jalan dalam bandar) Pihak Berkuasa Tempatan

Page 39: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

2.3 Penswastaan Projek Pembangunan Jalan Raya

Dasar penswastaan telah diperkenalkan sejak tahun 1983 lagi. Dasar ini

dirangka bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam usaha-usaha

pembangunan negara. Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) merupakan agensi

pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang telah

dipertanggungjawabkan bagi menyelaras dan menyelia projek-projek penswastaan

ataupun ‘public private partnership’ (PPP) serta mana-mana sahaja projek kerjasama

awam-swasta yang mampu memberikan impak positif terhadap pembangunan

negara. Mana-mana sahaja projek tersebut yang layak akan diberikan suntikan

modal oleh kerajaan (UKAS, 2017).

Dasar penswastaan projek-projek kerajaan ini adalah bertujuan untuk

meminimumkan tanggungan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan,

memaksimakan kecekapan dan daya pengeluaran, mempercepatkan pertumbuhan

ekonomi, mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi dan

membantu mencapai matlamat dasar ekonomi negara (UKAS, 2017). Antara

kejayaan yang boleh dilihat dalam pembangunan projek infrastuktur di Malaysia

sejak dasar ini diperkenalkan adalah kerajaan mampu menyediakan kemudahan

infrastuktur yang canggih dan bertaraf dunia seperti projek Lebuhraya Utara-

Selatan, Lebuhraya Borneo Utara, Aliran Transit Ringan (Lrt) dan projek Mass

Rapid Transit (Mrt).

Kebanyakaan daripada projek pembinaan jalan raya di bawar dasar

penswastaan ini adalah jenis BOT (built-operate-transfer). Amalan BOT ini adalah

di mana kerajaan membuat perjanjian dengan pihak swasta untuk memberikan hak

mengoperasi sebagai pertukaran terhadap perkhidmatan dalam melaksanakan

permbinaan tersebut. Konsensi hak mengoperasi oleh pihak swasta ini adalah

bergantung selama mana pihak berkenaan mencapai persetujuan dengan kerajaan

sebelum menyerahkan semula kepada pihak kerajaan (Olszewski, 2015).

Page 40: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Syarikat swasta yang melaksanakan projek BOT ini nantinya akan

mengenakan bayaran tol selama beberapa tahun mengikut perjanjiannya kepada

kerajaan kepada pengguna lebuhraya tersebut sebagai sumber pendapatan utama

untuk mendapatkan pulangan modal (Olszewski, 2015).

2.4 Projek Bertindan

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Pelajar Edisi Kedua

maksud perkataan bertindan adalah berlapis-lapis dengan tidak bersusun (berkaitan

tentang letak sesuatu ), bertindih atau bertepatan atau sama antara satu dengan yang

lain. Berdasarkan definisi tersebut maka perkataan ini boleh disama ertikan dengan

perkataan bertindih juga. Walau bagaimanapun, dalam konteks pembinaan perkataan

yang lebih sesuai digunakan adalah perkataan bertindan yang menunjukkan kawasan

tapak bekerja projek infrastruktur terutamanya yang berada di atas satu sama lain.

2.5 Konflik dan Masalah di Tapak Bina

2.5.1 Definisi

Menurut Noresah (2007), masalah merupakan sesuatu yang perlu

diselesaikan, perkara atau keadaan yang boleh menimbulkan kesukaran. Oleh yang

demikian, permasalahan di tapak bina boleh difahami sebagai perkara atau keadaan

yang timbul ketika proses pembinaan di kawasan kerja yang boleh mengganggu

proses kerja dan memberikan kesan buruk terhadap keseluruhan projek pembinaan

jika tidak diselesaikan.

Page 41: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Seoharto (2001) menyebutkan bahawa konflik adalah pertikaian antara

elemen atau pemikiran yang bertentangan dalam projek. Manakala konflik pula

membawa maksud keadaan di mana berlakunya percanggahan antara nilai atau

matlamat yang hendak dicapai oleh kedua-dua pihak (Rauzana, 2016). Dalam

penulisan beliau juga menyatakan bahawa konflik boleh ditafsirkan sebagai suatu

perselisihan antara dua atau lebih pihak antau organisasi yang timbul kerana terpaksa

menggunakan sumber yang terhad atau menjalankan aktiviti bersama ataupun

mempunyai status, matlamat, nilai dan persepsi yang berbeza.

Industri pembinaan yang semakin rumit dan kompleks di sebakan oleh

kehadiran banyak pihak yang mempunyai kepentingan yang berbeza telah menjadi

pemangkin kepada pertumbuhan konflik dalam industri. (Whitfield, 2012)

2.5.2 Masalah di Tapak Bina

Dalam suasana yang industri yang kian mempunyai persaingan sengit,

pengurus dan syarikat selaluanya perlu bersaing dalam mendapatkan sumber terhad,

peluang, dan menyediakan perkhidmatan selari dengan permintaan klien yang

selalunya sentiasa berubah (Pennypacker, 2002).

Berdasarkan kajian yang dijalan sebelum ini oleh Sidawi (2012), terdapat

beberapa masalah biasa yang timbul di tapak bina yang boleh menyebabkan

berlakunya kelewatan terhadap tempoh penyiapan projek.

Page 42: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Jadual dibawah akan menunjukan kadar skala kesan tahap kelewatan

berdasarkan masalah (Skala nombor kesan lebih tinggi dari skala 1 ke 3 dan nilai

purata min: 1 positif, 0 neutral dan -1 negatif)

Jadual 2.3: Jenis Masalah dan Kadar Skala Kesan

Masalah

Tahap Kesan

Negatif

kelewatan

projek

Nilai purata

kesan negatif

(diwakili oleh kos,

kualiti, skop dan

kriteria masa)

Kesalahan dalam kerja-kerja pembinaan 2.63 -0.48

Kerja-kerja kurang berkualiti 2.62 -0.24

Pemilihan pekerja yang tidak berkemahiran / kurang

kemahiran 2.54 -0.44

Kekurangan peralatan di tapak 2.54 -0.39

Ketidaksediaan bahan binaan 2.52 -0.46

Produktiviti pekerja rendah 2.48 -0.49

Perubahan spesifikasi 2.44 -0.23

Perancangan dan penjadualan projek yang kurang

efektif oleh kontraktor 2.42 -0.39

Kaedah pembinaan yang tidak betul oleh kontraktor 2.38 -0.32

Malasah berkaitan pengangkutan bahan binaan ke

dalam tapak 2.3 -0.36

Perubahan skop projek oleh kontraktor 2.15 -0.19

Kelewatan dalam menjalankan tinjauan lapangan

oleh kontraktor 1.92 -0.29

Keselamatan Pekerja 1.85 -0.06

Pembahagian peralatan kerja di tapak 1.81 -0.42

Peningkatan kos bahan binaan ketika pembinaan 2.22 -0.27

Page 43: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

2.5.3 Masalah Umum dalam Koordinasi Tapak

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Ng dan Price (2008) pula terdapat

lapan belas masalah umum berkaitan koordinasi di tapak bina yang telah di kenal

pasti dan dikelaskan kepada beberapa kumpulan utama. Masalah masalah tersebut

telah di tunjukkan seperti jadual di bawah.

Jadual 2.4: Masalah dan Kumpulan Masalah

Kumpulan Masalah

Maklumat Projek Maklumat yang tidak cukup dan kurang terperinci

Maklumat yang tidak jelas

Program Kerja

Program kerja yang kurang terperinci

Turutan kerja tidak praktikal

Notis memulakan kerja yang lambat

Perubahan program kerja lewat

Persediaan Kawasan Kerja

Persekitaran tempat kerja yang belum disediakan

seperti pembersihan tapak dan pengcahayaan

Titik rujuk tidak cukup ditapak

Keperluan kerja-kerja sementara yang tidak

mencukupi seperti bekalan air dan elektrik.

Pertindihan Kerja yang perlu

disiapkan oleh kontraktor lain

Kerja belum lagi disiapkan

Kerja tidak lengkap

Laluan ke Tapak Bina Laluan akses belum disediakan / tidak disediakan

Laluan akses tapak bina yang tidak selesa

Bekalan Bahan Binaan Kuantiti tidak mencukupi

Jenis bahan yang disediakan tidak bersesuaian

Bekalan Jentera dan Peralatan

Penyediaan jentera dan peralatan yang lambat

Jenis jentera dan peralatan yang disediakan tidak

bersesuaian

Page 44: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Secara umunya, masalah koordinasi di tapak bina ini adalah di bawah

tanggungjawabnya pihak kontraktor. Koordinasi perlu kerana ia memberikan kesan

utama dalam menentukan kejayaan sesebuah projek pembinaan itu. Malah

koordinasi projek yang betul dan bersesuaian juga dapat memberikan hasil positif

dan juga mengelakkan kesan negatif kepada semua yang terlibat dalam projek demi

memastikan matlamat utama projek tercapai (Meng, 2015).

2.6 Pengurusan & Koordinasi dalam Pembinaan

2.6.1 Pengurusan Pembinaan

Pengurusan pembinaan atau pengurusan projek pembinaan adalah

keseluruhan proses yang terdiri daripada perancangan, koordinasi dan kawalan

bermula dari awal sehingga projek disiapkan (Ilveskoski & Niittymaki, 2008).

Menurut beliau, pengurusan projek pembinaan ini adalah bertujuan untuk memenuhi

keperluan klien untuk menghasilkan projek yang berfungsi secara fizikal dan

kewangan.

Pengurusan pembinaan projek jalan raya melibatkan pengawasan fizikal

projek tersebut. Sebelum memulakan mana,mana proses pembinaan atau apa-apa

turapan dikerjakan, kontrak dimetrai untuk menentukan peranan dan tanggungjawab

pihak-pihak terbabit. Semasa pembinaan pula, segala rekod-rekod disimpan dan

didokumentasikan mengikut yang tertulis di dalam kontrak. Pemeriksaan pula akan

dijalankan sebaik sahaja pembinaan selesai pada akhir tempoh jaminan kontrak.

Secara ringkasnya, perkara-perkara yang dinyatakan di atas membawa maksud dalam

pengurusan projek jalan raya (DeWitt et al., 2005).

Page 45: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Menurut Haris & Caffer (2013) pengurusan pembinaan merupakan satu

proses perniagaan yang berkesan berkenaan dengan perancangan, pengorganisasian,

penyelarasan, pemantauan, pengawasan dan kawalan terhadap pemasaran, perolehan,

pengeluaran, pentadbiran, akaun dan kewangan yang diperlukan bagi mencapai

matlamat organisasi atau keuntungan dalam perkhidmatan pembinaan.

Berdasarkan kenyataan tersebut dapat dirumuskan bahawa perancangan dan

pengkoordinasian dalam pengurusan pembinaan sangat penting. Hal ini kerana,

menurut Omar (2006) konsep asas dalam pengurusan pembinaan adalah merancang,

menjadual, mengawas dan mengawal kerja-kerja yang dijalankan agar menjadi

sistematik.

2.6.2 Pengurus Projek Pembinaan

Pemimpin yang baik akan sentiasa berusaha dan belajar untuk meningkatkan

kemahiran kepimpinan mereka. Kepimpinan adalah satu kemahiran yang kompleks

yang mempengaruhi seseorang yang lain untuk mencapai misi, tugas atau objektif

dan menerajui organisasi ke arah yang menjadikannya lebih kohesif dan keheren.

Seorang pengurus pembinaan mesti melaksanakan tugasnya dengan menggunakan

ciri-ciri kepimpinannya seperti kepercayaan, nilai, etika, pengetahuan dan

kemahiran. Sebagai pemimpin, tugas utama pengurus pembinaan adalah untuk

mencapai matlamat menyiapkan pembinaan (Gharehbaghi, K. & Manus, K. M.,

2003).

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Noorfazilah (2014) pula, kriteria-

kriteria utama yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah projek infrastruktur

adalah:

Page 46: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

a. Bijak membuat keputusan

b. Berkebolehan menyelesaikan masalah

c. Berkeupayaan untuk memberikan maklumbalas dengan berkesan

d. Berpengetahuan & berpengalaman

e. Menggunakan komunikasi dengan berkesan.

2.6.3 Koordinasi Projek

Pendekatan koordinasi projek adalah merupakan cara bagaimana untuk

menguruskan projek. Dengan mengamalkan pendekatan koordinasi yang betul dapat

mengurangkan dan mengelakkan masalah dalam penyelarasan dan koordinasi kerja

(Meng, 2015). Dalam usaha untuk memastikan keberkesanan dan kemantapan

pengurusan dan koordinasi tapak, kontraktor utama perlu menumpukan perhatian

lebih dalam sistem pengurusan dan komunikasi di tapak untuk memastikan matlamat

utama projek iaitu masa, kos dan kualiti tercapai (Ng & Price, 2008).

Berdasarkan laporan kajian Meng (2015), koordinasi dalam pembinaan boleh

dibahagikan kepada tiga kategori utaama iaitu, koordinasi reka bentuk, koordinasi

urutan dan koordinasi operasi pembinaan.

a) Koordinasi Reka Bentuk

Secara umunya koordinasi reka bentuk ini berlaku dalam peringkat awal

pembinaan bermula (Meng, 2015). Setiap kontraktor yang terlibat

dkehendaki menyediakan reka bentuk mereka tersendiri yang nantinya akan

diselaraskan untuk mengkoordinasi reka bentuk kedua-duanya bagi

Page 47: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

mengurangkan konflik di antara aktivti-aktiviti yang saling bergantung antara

satunya (Martjin Trebb et al, 2014). Di samping itu, dalam fasa reka bentuk,

pengkoordinasian merupakan prosess untuk mencari penyelesaian kepada

kesalahan-kesalahan dalam reka bentuk dan konflik dalam elemen-elemen

bangunan (Lee & Kim, 2014).

b) Koordinasi Urutan kerja

Koordinasi untuk urutan kerja pembinaan pula adalah berkaitan dengan

perancangan urutan pembinaan yang melibatkan beberapa pihak di dalam

tapak bina. (Meng, 2015). Mengkoordinasi urutan dalam kerja pembinaan

adalah amat penting lebih-lebih lagi jika melibatkan bahan yang pasang siap

daripada kilang yang mengamalkan kaedah ‘just in time’. Tambahan pula,

jika bahan tersebut tidak dapat disimpan lama di tempat penyimpanan bahan

binaan maka koordinasi urutan kerja ini sangat diperlukan bagi mengelakkan

pembaziran dan kerosakan pada bahan-bahan binaan yang sepatutnya telah

tersedia untuk digunakan.

c) Koordinasi Operasi Pembinaan

Dalam peringkat operasi pembinaan kaedah koordinasi digunakan dalam

merancang aktiviti kerja mengikut keadaan tapak dan kerja-kerja yang telah

sedia ada di tapak bina. Disebabkan terdapat perbezaan dalam keadaan

kondisi tapak maka keperluan bagi setiap kaedah kerja adalah berbeza dan

konflik yang bakal timbul di dalam tapak juga tidak dapat diramal. (Martijn

Trebbe et al, 2014)

Page 48: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

BAB 3

3 METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini akan diterangkan jenis metodologi kajian yang diadaptasi bagi

mengkaji pengurusan projek bertindih antara kontraktor dijalankan. Tujuan kajian

metodologi ini di lakukan adalah untuk merangka jalan kerja bagi pengumpulan dan

penganalisaan data bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan iaitu

pengenalpastian masalah dan konflik yang dihadapi oleh kontraktor yang terpaksa

bekerja di atas tapak yang sama secara serentak dan strategi kontraktor dalam

menangani dan meminimumkan kemungkinan risiko dan masalah yang timbul di

tapak bina. Seterusnya, reka bentuk, kaedah, pendekatan dan strategi penyelidikan

akan dinyatakan secara lebih terperinci di dalam bab ini.

Page 49: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

3.2 Metodologi Penyelidikan

Menurut Fellows dan Liu (2008), penyelidikan membawa maksud satu kajian

atau investigasi atau eksperimentasi yang dilakukan secara tersusun dan

bersistematik dengan tujuan untuk menambahkan pengetahuan. Dalam kata lain,

penyelidikan dilakukan bagi menyelesaikan malasah dan mengumpulkan maklumat

atau pengetahuan baru terhadap isu berkaitan. Oleh itu, penyelidikan boleh

dilakukan dengan cara menentukan masalah, merangka hipotesis, mengumpulkan

maklumat, menganalisis dan membuat rumusan serta cadangan yang berkaitan

dengan objektif.

3.3 Falsafah Penyelidikan

Falsafah penyelidikan adalah pokok utama dalam kajian yang perlu dikenal

pasti bagi menentukan arah tujuan sesebuah kajian yang dijalankan. Falsafah

penyelidikan yang digunakan merupakan gambaran penting tentang cara seseorang

melihat dunia (Saunders, Lewis, & Thornhill, 2009). Menurut Creswell (2013) pula,

falsafah umum mengenai dunia dan sifat penyelidikan yang dibawa oleh seseorang

penyelidik ke sebuah kajian sebagai pandangan dunia yang timbul berdasarkan

orientasi disiplin, kecenderungan penasihat atau mentor dan pengalaman

penyelidikan yang lalu. Pandangan dan anggapan ini nantinya akan menyokong

strategi penyelidikan dan kaedah yang dipilih.

Berdasarkan buku yang ditulis oleh Creswell (2013), terdapat empat falsafah

utama yang sering dibincangkan dalam literatur iaitu pasca-positivisme,

konstruktivisme, transformatif dan pragmatism. Setiap falsafah ini mempunyai

Page 50: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

elemen elemen utama yang membezakan kandungan dan sifat penyelidikan sesebuah

kajian itu.

Jadual 3.1: Elemen Utama Dalam Falsafah

Elemen Utama Setiap Falsafah

Pasca Positivisme Konstruktivisme

Kecenderungan kaedah saintifik.

Andaian tertumpu lebih untuk penyelidikan

kuantitatif berbanding kualitatif.

Pemerhatian dan pengukuran emperikal

Pengesahan teori

Penjanaan teori

Pembinaan sosial dan sejarah

Matlamat kajian bergantung kepada

pandangan dan keadaan yang dikaji.

Pendekatan kepada penyelidikan kualitatif.

Transformatif Pragmatisme

Berunsur politikal

Berorientasikan kuasa dan keadilan

Memberi tumpuan pada sesebuah kumpulan

dan individu dalam masyarakat yang

didiskriminasi

Pemahaman kesan & akibat sesuatu tindakan

dan jalan penyelesaiannya

Berpusat pada masalah

Pluralistik

Amalan dunia sebenar

3.3.1 Falsafah Penyelidikan Yang Diaplikasi

Falsafah yang diterima pakai dalam penyelidikan ini adalah falsafah

penyelidikan pragmatism. Menurut falsafah penyelidikan pragmatism, persoalan

kajian adalah sebagai penentu utama dan juga menggunakan pelbagai kombinasi

kaedah yang dirasakan bersesuaian bagi menjawab persolan tersebut (Dudovskiy,

2013; Creswell, 2013). Falsafah ini juga tidak terlalu rigid dan membolehkan

penyelidik untuk memilih bagi melakukan kajian berdasarkan pendekatan kualitatif

atau kuantitatif serta bebas menetukan teknik dan prosedur penyelidikan yang paling

Page 51: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

sesuai dengan keperluan dan tujuan kajian (Creswell, 2013). Falsafah ini sangat

bertepatan dengan tujuan kajian ini dijalankan iaitu bagi mengenalpasti masalah

dalam projek pembinaan dan mengetahui strategi bagi mengatasi masalah tersebut

dengan pendekatan kualitatif dan teknik kajian kes mengikut kesesuaian dan

kekangan yang dihadapi sepanjang kajian ini.

3.4 Pendekatan Penyelidikan Kualitatif

Pedekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan penyelidikan

kualitatif. Pendekatan kajian kualitatif adalah berasal daripada cabang sains

semulajadi yang berguna untuk menjalankan kajian terhadap fenomena semulajadi

dan pada masa yang sama memberikan penerangan tentang keadaan realiti dengan

jelas (Meng, 2015).

Kajian kualitatif adalah kaedah yang membolehkan penyelidik mendapat

maklumat lebih mendalam terhadap sesuatu topik yang dikaji (Yin, 2003). Selain

itu, kajian kualitatif juga memberi peluang kepada penyelidik untuk menjalankan

kajian secara langsung dalam persekitaran yang sedang dikaji. Dalam pendekatan ini

terdapat dua jenis strategi boleh digunakan iaitu Kajian Naratif iaitu dengan

melakukan penyelidikan terhadap individu atau sekumpulan yang

menceritakantentang kisah mereka dan kemudiannya aklumat ini di olah dalam

bentuk penceritaan kronologi. Manakala Kajian Fenomenologi pula adalah di mana

penyelidik mengenal pasti maklumat dalam pengalaman manusia yang menerangkan

tentang topik berkaitan (Creswell, 2013).

Page 52: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Menurut Yin (2013) yang dipetik dari laporan Noorfazilah (2014), kajian

kualitatif memiliki ciri-ciri dan sifat yang tersendiri. Ciri-ciri tersebut dapat

membezakan kajian kualitatif berbanding pendekatan yang lain. Antara ciri-ciri yang

berkaitan adalah seperti berikut:

i. Penyelidik merupakan alat kajian utama untuk pengumpulan data

dalam situasi sebenar.

ii. Penyelidikan kualitatif bersifat deskriptif untuk menerangkan sesuatu

fenomena yang sedang berlaku dengan cara meneroka permasalahan dalam

fenomena yang dikaji. Hasil kajian boleh mengandungi petikan-petikan

ucapan responden yang diperoleh daripada transkripsi temubual, nota kerja

lapangan, gambar, video, dokumen projek dan rekod-rekod rasmi.

iii. Pengumpulan data dilaksanakan secara berterusan kerana

penyelidikan ini memberi penumpuan terhadap hasil kajian mendalam.

iv. Penganalisaan data dilakukan secara induktif. Hal ini demikian

kerana, matlamat penyelidik bukan untuk menguji dan mengesahkan analisis

tetapi untuk membina kesimpulan berdasarkan dapatan kajian yang telah

dianalisis.

v. Membuat tafsiran adalah proses paling penting dalam penyelidikan

jenis ini kerana penyelidik berniat untuk mengetahui dan memahami

perspektif responden terhadap sesuatu kejadian atau fenomena yang dikaji.

vi. Melibatkan kumpulan kajian yang kecil.

Page 53: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

3.5 Kaedah dan Prosedur Penyelidikan

3.5.1 Penentuan Penyataan Masalah dan Objektif

Penyataan masalah dan objektif kajian merupakan elemen utama dalam

kajian. Penyataan masalah dan objektif kajian ini amat penting dalam menentukan

hala tuju sesebuah kajian itu dijalankan (Creswell, 2013) Penentuan masalah dan

objektif ini dilakukan melalui perbincangan bersama-sama dengan penyelia

penyelidikan pada mula-mula kajian ingin dirangka. Pada waktu ini, pembacaan dan

reka bentuk awal kajian dicadangkan melalui pembacaan dan rujukan rujukan ilmiah

lain.

Melalui penyataan masalah yang dibentuk tersebut maka objektif kajian telah

dapat di tetapkan. Dalam kajian ini, objektifnya adalah untuk mengenalpasti

masalah-masalah dan isu yang timbul antara kontraktor yang bertindan tempat kerja

dan mengetahui strategi atau usaha yang di ambil bagi menangani masalah tersebut.

3.5.2 Kajian Literatur

Dalam kajian ini maklumat dan data diperolehi hasil daripada pembacaan

ilmiah iaitu daripada sumber rujukan jurnal, surat khabar, buku, laman portal rasmi

kerajaan, laporan-laporan yang diterbitkan, hasil kajian terdahulu dan artikel-artikel

yang berkaitan ilmiah. Berdasarkan kajian literatur penyelidik dapat memperoleh

gambaran mengenai reka bentuk kajian dan instrumen yang sesuai untuk digunakan.

Page 54: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Melalui pembacaan tersebut maklumat-maklumat yang berkaitan dengan

objektif kajian dikumpulkan. Maklumat-maklumat ini nantinya akan digunakan

sebagai panduan dalam mengumpulkan data primer sewaktu kajian.

Antara maklumat-maklumat yang dikumpulkan dalam kajian literature adalah

jenis-jenis dan penerangan tentang masalah yang timbul dalam pengurusan di tapak

bina secara umunya. Seterusnya, kajian literatur juga dilakukan bagi memahami

bagaimana pengurusan dan koordinasi projek dilakukan bagi mengatasi masalah-

masalah yang timbul di tapak bina. Kebanyakkan daripada maklumat ini diperolehi

melalui pembacaan jurnal dan hasil kajian terdahulu.

3.5.3 Pengumpulan Data

Pada peringkat ini kajian lapangan akan dijalankan. Peringkat ini adalah

peringkat paling penting yang akan menentukan kejayaan dalam sesebuah kajian

yang dijalankan. Cara dan strategi yang paling bersesuaian telah ditetapkan bagi

memastikan data yang diperlukan mampu diperolehi dan cukup bagi meneruskan

kajian.

Dalam kajian ini, strategi yang penyelidik gunakan bagi mengumpulkan data

adalah melalui cara temubual yang dijalankan terhadap kajian kes tunggal yang telah

dipilih.

Page 55: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

3.5.3.1 Kajian Kes

Kajian kes ini adalah salah satu kaedah pengumpulan data yang boleh

digunakan dalam semua jenis kajian. Kajian kes ini adalah suatu penyelidikan

‘emperical’ yang mengkaji fenomena sekeliling dalam konteks realiti yang sebenar

terutamanya apabila melibatkan sempadan fenomena atau konteks yang tidak jelas

(Yin, 2003) Kajian kes terbahagi kepada dua jenis iaitu kajian kes tunggal dan kajian

kes pelbagai. Kajian kes tunggal adalah satu kaedah di mana satu kes atau projek

dipilih bagi mendapatkan data untuk tujuan kajian bagi kes atau projek tersebut

sahaja manakala kajian kes pelbagai pula adalah merupakan kajian yang terdapat

lebih daripada satu jenis kes atau projek yang dipilih dalam proses pengumpulan data

kajian. Kebiasaanya kajian kes tunggal diguna pakai apabila kajian yang dijalankan

itu adalah berfokus kepada sesuatu isu yang unik dan masih baru, bagi mendapatkan

data dan hasil kajian yang lebih terperinci dan mendalam (Creswell, 2013), berbeza

sedikit dengan kaedah kajian kes pelbagai yang biasanya dijalankan bagi

mendapatkan maklumat yang lebih menyeluruh dan berskop besar.

Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan kaedah kajian kes tunggal

bagi mengumpulkan data berkenaan masalah dan isu serta strategi dalam

menguruskan projek bertindan. Kajian kes tunggal dipilih bagi memastikan kajian

ini dapat menggambarkan dan mendapatkan hasil analisis kajian yang lebih

mendalam dan tepat tentang masalah dan isu serta strategi yang pihak kontraktor

alami dan amalkan ditapak bina yang bertindan. Hal ini demikian kerana, situasi ini

masih baru dan jarang diamalkan dalam industri tetapi tidak mustahil akan menjadi

lebih kerap berlaku di masa hadapan terutamanya dalam projek pembinaan

infrastruktur jalan raya dan pengangkutan yang semakin pesat dan kompleks.

Kes tunggal yang dikaji adalah projek pembinaan infrastruktur jalan raya

yang bertindan lokasi dan yang menjalankan pembinaan secara serentak di kawasan

bandaraya yang pesat dan tinggi kadar lalu lintasnya. Kawasan yang telah dikenal

pasti adalah di Jalan Jelatek ke Ampang yang sedang mengalami pembangunan jalan

Page 56: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

raya tetapi tidak ramai yang tahu bahawasanya ia melibatkan dua kontraktor utama

yang berbeza projek dan klien.

Penyelidik telah menjadikannya sebagai kes untuk di kaji setelah mendapat

kepastian daripada wakil projek tersebut. Dua projek yang bertindan di kawasan itu

adalah projek “Cadangan Membina Persimpangan Bertingkat Di Persimpangan Jalan

Ampang/ Jalan Jelatek Kuala Lumpur” dan juga projek pembinaan “Setiawangsa-

Pantai Expressway (Spe) / Duta-Ulu Kelang Expresway Fasa 3”. Projek ini dibawah

kendalian dua buah syarikat kontraktor utama iaitu Bayangan Sepadu Sdn Bhd dan

Ekovest Construction Sdn. Bhd.

Menurut Runeson, P. & Host, M. (2009), terdapat lima langkah utama yang

perlu dilalui untuk menjalankan penyelidikan kajian kes ini, seperti yang

digambarkan di carta alir di bawah:

Rajah 3.1: 5 Proses Utama Kajian Kes

Reka Bentuk Kajian Kes:

Objektif ditakrifkan dan kajian kes dirancang

Analisis data

Laporan

Penyediaan pengumpulan data:

Instrumen kajian dan pemilihan projek

Pengumpulan data:

Menjalankan temubual berdasarkan objektif

Latar Belakang

Projek & Responden

Masalah & Isu

Projek Bertindan

Strategi & Usaha

Menangani Masalah

Page 57: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

3.5.3.2 Temubual

Temubual adalah merupakan perbualan terperinci yang bertujuan untuk

mendapatkan maklumat yang mendalam mengenai topik atau subjek tertentu dan di

mana suatu fenomena tersebut ditafsirkan berdasarkan pemahan daripada yang

ditemubual itu (Kvale, S & Brinkmann, S., 2009).

Menurut Alshenqeeti (2014), temubual merupakan kaedah terbaik dalam

mendapatkan data yang lebih tepat dan jelas berdasarkan pengetahuan dan

pengalaman sebenar seseorang yang berada di lokasi kajian. Oleh yang demikian

maklumat yang diperolehi akan lebih mudah difahami dan dapat mengelakkan salah

faham terhadap sesuatu maklumat yang dikumpul.

Jumlah temubual telah berjaya dijalankan terhadap 9 orang responden yang

terdiri daripada pelbagai latar belakang jawatan daripada kedua-dua belah pihak

kontraktor. Antara responden yang telah ditemubual adalah pengurus pembinaan,

penyelia tapak, wakil pihak perunding (‘COW’ & ‘ARE’), pegawai pengurus kualiti

dan alam sekitar serta jurutera tapak.

Oleh yang demikian, borang temubual telah disediakan sebagai panduan

kepada penyelidik ketika menjalankan sesi temubual. Temubual yang akan

dijalankan ini adalah berbentuk separa-stuktur iaitu soalan-soalan yang dinyatakan di

dalam borang temubual adalah tidak rigid dan penyelidik boleh mengajukan soalan

tamabahan berkaitan jika perlu ketika sesi temubual berangsung. Temubual yang

dijalankan pula adalah secara individu iaitu penyelidik akan menemubual setiap

responden secara berasingan. Terdapat tiga bahagian utama dalam soalan yang akan

diajukan kepada respoden iaitu:

Page 58: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

i. Bahagian A - Maklumat & Latar Belakang Responden

ii. Bahagian B - Masalah-masalah dan isu yang timbul antara

kontraktor

iii. Bahagian C - Strategi dan usaha yang di ambil bagi

menangani masalah tersebut

3.5.4 Penganalisaan Data

Bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan pada peringkat awal

kajian, penganalisaan terhadap data dilakukan berdasarkan hasil temubual dan

kajiian kes yang dijalankan. Kemudiannya data yang telah di analisis tadi akan

diringkaskan kedalam bentuk grafik yang lebih mudah difahami seperti graf, carta

pai dan peratusan.

Seterusnya, data-data yang diperoleh melalui temubual akan dikumpulkan

dan dikategorikan mengikut jenis-jenis kategori yang bersesuaian merujuk kepada

kajian literatur yang telah dibuat. Terdapat dua analisis yang perlu dijalan kan iaitu

analisis awalan dan analisis terperinci. Analsis awalan adalah analisis berkaitan

reponden manakala analisis terperinci adalah analisis yang dijalankan terhadap data-

data yang diperoleh bagi tujuan mencapai objektif. Terdapat beberapa proses yang

dilalui dalam melakukan analisis terhadap data-data yang telah dikumpulkan bagi

menjadikannya sebuah maklumat yang bermakna iaitu dengan cara:

Page 59: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

i. Menghasilkan Tranksrip/Ringkasan Temubual

Perkara pertama setelah temubual berjaya dijalankan adalah menghasilkan

transkrip temubual ataupun ringkasan temubual yang telah dijalankan bagi setiap

responden. Transkrip ini berbentuk dialog bertulis yang menggambarkan perjalanan

temubual yang berlangsung. Setiap soalan dan jawapan serta penerangan berkenaan

sesuatu soalan yang diberikan oleh pihak responden dan penyelidik akan direkodkan.

Kemudiannya rekod tersebut akan ditafsirkan kedalam bentuk transkrip dialog

temubual.

ii. Pengekodan & Pengkelasan

Seterusnya, melalui transkrip dan ringkasan temubual tersebut maka pengekodan

dan pengkelasan data dan maklumat dilakukan. Data-data tersebut dikelaskan kepada

jenis-jenis utama yang berkaitan mengikut tema bagi objektif satu dan objektif dua.

Jenis-jenis utama tersebut adalah aspek permasalahan yang dikaji dalam kajian ini.

Berdasarkan hasil temubual bersama responden segala jawapan mereka tentang

masalah dan isu serta strategi bagi menangani masalah tersebut lalu telah dikelaskan

kedalam setiap aspek-aspek yang telah dikenalpasti.

iii. Analisis Responden

Analisis awalan pula seterusnya dilakukan bagi mendapatkan maklumat

mengenai pecahan responden yang telah ditemubual mengikut setiap satu projek.

Setiap nama responden tadinya telah diwakili oleh kod yang telah ditetapkan ketika

proses pengkelasan dan pengekodan bagi memudahkan kajian ini. Analsis berkenaan

Page 60: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

pengalaman responden dilakukan iaitu dengan mengira pecahan peratusan

pengalaman bagi setiap responden mengikut kategori kategori berikut:

a. 5 tahun kebawah

b. 6-10 tahun

c. 10 tahun ketas

% Bilangan Responden =

Mengikut Kategori

ii. Analisis Bagi Mencapai Objektif

Paling penting adalah analisis menikut tema objektif satu dan dua. Berdasarkan

pengkelasan dan ringkasan tembual yang telah dihasilkan maka proses bagi

menganilisis menjadi lebih mudah dan sistematik. Setiap data dan maklumat telah

dibahagikan dalam dua tema besar utama iaitu masalah atau isu projek yang timbul

dan strategi bagi menangani masalah tersebut.

Dalam setiap kategori aspek kiraan kekerapan dilakukan bagi melihat aspek

dan jenis masalah apa yang peling ketara terjadi dan timbul di tapak bina projek

bertindan. Peratus responden yang bersetuju dan menyatakan kewujudan masalah

tersebut akan dikira bagi setiap satu jenis masalah pada setiap aspek yang telah

dikategorikan.

Jumlah responden mengikut kategori

9

x 100

Page 61: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

% Bilangan Responden =

Mengikut Jenis / Aspek

Jadual 3.2: Contoh Jadual Analisis

Masalah: Aspek Keselamatan

Penerangan Responden

% A1 A2 A3 A4 A5 B1 B2 B3 B4

X`

33.33

Y

11.11

Jumlah responden yang bersependapat

9 x 100

Page 62: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Peringkat Pertama

Bab 1 Pendahuluan

Penyataan isu dan

masalah dalam projek

pembinaan.

Objektif:

1. Masalah & isu projek bertindan

2. Strategi mengatasi masalah &

kaedah koordinasi

Skop Kajian:

Projek infrastruktur

berskala besar di

bandar

Peringkat Kedua

Peringkat Ketiga

Peringkat Keempat

Bab 5 Kesimpulan dan Cadangan

Meringkaskan hasil kajian dan

perbincangan yang telah

dilakukan

Membuat rumusan bagi

menjawab objektif

Memberikan cadangan

untuk kajian lanjutan

Rajah 3.2: Peringkat-peringkat Dalam Kajian

Bab 2 Kajian Literatur

Terdapat 3 bahagian utama :

i. Perkembangan pembinaan jalan raya di Malaysia

ii. Konflik dan masalah di tapak bina

iii. Pengurusan & koordinasi dalam pembinaan

Bab 3 Metodologi Penyelidikan

Pendekatan Kajian Kualitatif

- Kajian Kes Tunggal

Temubual separa struktur

- Responden projek bertindan

Bab 4 Analisis Kajian

Analasis deskriptif bertema berdasarkan

objektif kajian.

Menggambarkan data dengan illustrasi, graf

dan jadual serta carta.

Page 63: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

BAB 4

ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab analisis kajian ini adalah bahagian di mana maklumat yang diperolehi

dalam peringkat pengumpulan data akan di analisis dengan lebih mendalam. Bab ini

akan membincangkan tentang hasil kajian daripada analisis yang telah dibuat selari

dengan kedua-dua objektif kajian yang telah diketengahkan pada awal bab.

Semua maklumat-maklumat yang telah dikumpul pada sesi temubual yang

telah dijalankan akan diproses untuk menjadikannya sebuah data yang bermakna

dengan cara mengolah maklumat tersebut melalui pengklasifikasian, pengekodan dan

gambar rajah seperti graf bar dan carta pai.

Maklumat-maklumat kajian yang diperolehi daripada temubual tersebut

adalah amat penting dalam bab kajian analisis ini bagi mengenalpasti masalah-

masalah dan isu yang timbul antara kontraktor ketika dalam fasa pembinaan serta

untuk mengetahui strategi dan usaha yang diambil oleh kedua-dua belah pihak

kontraktor bagi menangani masalah tersebut.

Page 64: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Kelak, bab ini akan menerangkan hasil kajian yang dibahagikan kepada

beberapa sub topik bermula dengan penerangan berkenaan latar belakang dan

maklumat responden, masalah dan isu yang timbul dari dua perpestif projek yang

berbeza, ranking masalah yang timbul, strategi dan usaha yang mereka lakukan bagi

menangani masalah-masalah tersebut serta analisis yang menggambarkan hubungan

antara objektif satu dan objektif dua.

4.2 Latar Belakang Kajian Kes Projek Bertindan

Projek yang telah dipilih bagi menjayakan kajian ini adalah dua buah projek

yang bertindan di lokasi yang berada di persimpangan jalan utama Jalan Ampang-

Kuala Lumpur. Dua-dua buah projek ini dipilih kerana persekitaran dan ciri-cirinya

yang sama bersesuaian dengan isu dan penyataan masalah yang hendak di kaji.

Dua-dua buah projek tersebut merupakan projek pembangunan infrastruktur

jalan raya yang berada di dalam satu lokasi tapak dan jajaran yang sama. Walau

bagaimanapun, kedua-dua projek ini adalah berbeza iaitu dari segi skop kerja, reka

bentuk, pemaju dan klien serta pihak-pihak yang bertanggung jawab. Oleh yang

demikian, pelbagai masalah boleh timbul disebabkan pertindihan lokasi tapak bina.

Justeru, okasi projek yang dipilh sangat bersesuaian seperti yang digambarkan di

dalam penyataan masalah kajian yang ingin dikaji.

DBKL merupakan pemilik tapak pembinaan tersebut dan syarikat kontraktor

Bayangan Sepadu Sdn Bhd telah diberi kuasa dan kebenaran untuk menjalankan

projek mereka. Pihak kontraktor Ekovest pula kemudiannya telah memasuki tapak

setelah fasa pembinaan dimulakan oleh kontraktor pertama iaitu pada awal tahun

2016. Pertembungan lokasi ini tidak dapat dielakkan dan pihak Ekovest tidak

Page 65: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

mampu menunggu sehingga projek pertama siap terlebih dahulu kerana ingin

mengejar sasaran projek untuk siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2020.

Rajah 4.1: Peta Lokasi Tapak Kajian Kes di Ampang, Kuala Lumpur

Rajah 4.1 di atas menunjukan peta lokasi tapak bina yang dimaksudkan.

Pertindihan lokasi berlaku di sepanjang Jalan Jelatek menuju ke persimpangan Jalan

Ampang lurus terus menuju ke Jalan Ampang Hilir dan Jalan Wickham. Di

sepanjang laluan ini kedua-dua buah kontaktor perlu bekerjasama dan berkongsi

kawasan kerja bagi mencapai matlamat projek masing-masing. Projek DBKL

meliputi pembinaan jalan raya, laluan bawah tanah dan jejambat di sepanjang laluan

tersebut manakala DUKE3 pula adalah pembinaan jejambat yang lebih tinggi di atas

laluan yang sama.

Page 66: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.3 Maklumat Projek DBKL & DUKE3

Jadual 4.1: Maklumat Projek

DBKL DUKE3 Maklumat Projek

Tajuk Cadangan Membina Persimpangan Bertingkat Di

Persimpangan Jalan Ampang/ Jalan Jelatek Kuala Lumpur.

Setiawangsa-Pantai Expressway (Spe) / Duta-Ulu Kelang

Expresway Fasa 3

Maklumat Pengurusan

Klien Datuk Bandar Kuala Lumpur Lebuhraya Duke Fasa 3 Sdn. Bhd

Pegawai Penguasa Pengarah, Jabatan Kejuruteraan Awam Dan Pengangkutan

Bandar, Dbkl

Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas), Jabatan Perdana

Menteri

Pemilik Tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Perunding Ranhill Consulting Sdn Bhd MMSB Consult Sdn Bhd

Kontraktor Bayangan Sepadu Sdn Bhd Ekovest Construction Sdn Bhd

Maklumat Kerja

Tarikh Milik / Masuk Tapak 15 September 2014

Skop Kerja Membina persimpangan jalan raya bertingkat yang

merangkumi kerja-kerja pengalihan utiliti, kerja tanah, jalan

raya sementara dan baharu, laluan pejalan kaki, laluan jalan

raya bawah tanah, jambatan, jejambat, dinding penahan serta

sistem perparitan.

Membina lebuhraya bertingkat sepanjang 29.8 kilometer

termasuk kerja-kerja pembinaan tol, kerja-kerja pengalihan

utiliti, kerja tanah, jalan raya sementara dan baharu,

jambatan, jejambat, dinding penahan serta sistem

perparitan.

67

Page 67: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.4 Maklumat Responden

Bagi mendapatkan data untuk kajian ini, temubual telah dijalankan terhadap

beberapa orang wakil daripada kedua-dua belah pihak kontraktor dan perunding

projek yang telah dikenalpasti. Wakil-wakil ini telah dipilih berdasarkan jawatan

yang berbeza dalam satu-satu projek tersebut bagi mendapatkan gambaran tentang

keadaan tapak dengan lebih jelas dan menyeluruh. Pada mulanya, target responden

adalah sebanyak tiga orang bagi setiap projek tetapi terdapat sedikit tambahan kerana

telah berpeluang berjumpa dengan beberapa orang lagi pegawai lain yang berada di

tapak pada ketika itu.

4.4.1 Projek Cadangan Membina Persimpangan Bertingkat Di Persimpangan

Jalan Ampang/ Jalan Jelatek Kuala Lumpur (DBKL)

Jadual 4.2: Maklumat Responden Projek DBKL

Bayangan Sepadu Sdn. Bhd (302704-K)

Kod Jawatan Pengalaman

(thn)

A1 Eksekutif Projek

2

A2 Jurutera Tapak 2

A3 Penyelia & ‘TMO’ 10

A4 ‘COW’ 34

A5 Pengurus Pembinaan 7

Page 68: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.4.2 Projek Setiawangsa-Pantai Expressway (Spe) / Duta-Ulu Kelang

Expresway Fasa 3 (DUKE 3)

Jadual 4.3: Maklumat Responden Projek DUKE3

Ekovest Construction Sdn. Bhd. (251743-T)

Kod Jawatan Pengalaman

(thn)

B1 Jurutera Tapak 4

B2 Pegawai Persekitaran 3

B3 “QA/QC’ 3

B4 ‘ARE’ 8

4.4.3 Analisis Pengalaman Responden

Total bilangan responden bagi kedua-dua projek adalah seramai 9 orang yang

terdiri pelbagai peringkat jawatan dan juga mempunyai tempoh pengalaman kerja

yang berbeza. Bagi projek DBKL purata jumlah tempoh pengalaman kerja responden

adalah sebanyak 11 tahun dan terdapat seorang responden daripada pihak perunding

yang mempunyai pengalaman selama 34 tahun iaitu responden E. Bagi projek

DUKE3 pula purata tempoh pengalaman responden adalah selama 4.5 tahun sahaja

kerana semua responden yang ditemubual rata-rata mempunyai tempoh pengalaman

kerja 10 tahun ke bawah sahaja.

Page 69: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

3.1

Rajah 4.2: Peratusan Pengalaman Responden

Jumlah responden yang paling banyak adalah dalam lingkungan pengalaman

5 tahun ke bawah. Hal ini bermaksud kebanyakkan responden hanya pernah

melibatkan diri dalam sekurang kurangnya dua buah projek sahaja sebelum ini dan

jika dibandingkan dengan responden yang mempunyai pengalaman kerja 5 tahun ke

atas mereka kurang berpengetahuan dalam menghadapi dan menangani masalah-

masalah daripada projek-projek yang sebelum ini.

4.5 Perbezaan Projek Bertindan

Berdasarkan temubual bersama kesemua responden daripada pihak kontraktor

projek DBKL dan DUKE3, mereka semuanya bersetuju bahawa projek bertindan ini

mempunyai sedikit perbezaan berbanding projek bangunan dan infrastruktur yang

biasa iaitu dari segi kaedah atau cara kerja, program kerja dan pengurusan tapak.

56% 33%

11%

% PENGALAMAN RESPONDEN

< 5 TAHUN

6-10 TAHUN

>10 TAHUN

Page 70: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Responden telah memberikan penerangan dan menyatakan sebab mengapa

mereka mengatakan bahawa sesuatu aspek itu berbeza antara projek biasa dan projek

bertindan.

4.5.1 Aspek Program Kerja

Dalam aspek program kerja hanya terdapat empat orang responden (44.44%)

sahaja yang bersetuju bahawa projek bertindan ini mempunyai perbezaan dari segi

program kerja jika dibandingkan dengan projek biasa yang tidak mengalami

pertindanan.

Responden A1 daripada projek DBKL dan juga responden B1 serta B4

daripada projek DUKE3 telah bersependapat bahawa program kerja bagi projek

bertindan ini berbeza dengan projek biasa lainnya kerana dalam program kerja

mereka, kedua-dua belah pihak kontraktor perlu mengintegrasikan, menyelaras

dan menyatukan kedua-dua program kerja bagi aktiviti yang bertindan

menjadi satu program kerja yang baharu yang dipersetujui oleh kedua-dua belah

pihak. Mesyuarat khas perlu diadakan bagi menghasilkan satu program kerja baru

yang menyatukan kedua-dua kerja kontraktor tersebut. Program kerja itu nantinya

yang akan menjadi program kerja utama yang menjadi rujukan kedua-dua belah

pihak kontraktor.

Selain itu, responden A4 daripada projek DBKL mengatakan perbezaannya

adalah kerana program kerja bagi projek bertindan ini lebih banyak mengalami

perubahan dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana, setiap aktiviti utama

menpunyai tempoh siap dan setiap kelewatan bagi setiap fasa aktiviti itu akan

mengakibatkan pihak kontraktor terbabit perlu menghasilkan perancangan program

kerja susulan baru yang telah diubahsuai bagi mempercepatkan kerja-kerja lainnya

Page 71: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

supaya tempoh kelewatan tersebut tidak menyebabkan kerja dan perancangan jadual

pihak yang satu lagi terjejas dengan lebih ketara.

Jadual 4.4: Peratusan Perbezaan Dari Aspek Program Kerja

Perbezaan: Program Kerja

Penerangan Responden

% A1 A2 A3 A4 A5 B1 B2 B3 B4

Perlu mengintegrasi,

menyelaras dan

menyatukan dua

program kerja menjadi

satu

33.33

Mengalami perubahan

dari semasa ke semasa

11.11

Rajah 4.3: Perbezaan Dari Aspek Program Kerja Berdasarkan Projek

0 1 2 3

Tiada Perbezaan

Memerlukan Penyelarasan dan

Penyatuan Program Kerja

Kerap Mengalami Perubahan

Bilangan Responden

PERBEZAAN DARI ASPEK PROGRAM KERJA

Projek DUKE3

Projek DBKL

Page 72: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.5.2 Aspek Kaedah / Cara Kerja

Dalam kategori ini sebanyak enam daripada sembilan orang (66.67%)

responden telah bersetuju dan mengatakan bahawa terdapat perbezaan dari segi

kaedah atau cara kerja yang dialami oleh dua projek ini berbanding dengan projek

jalan raya atau bangunan yang tidak bertindan lainnya.

Responden-responden mengatakan bahawa perbezaan yang dirasakan adalah

kerana projek bertindan ini telah melibatkan banyak perubahan reka bentuk dan

juga menyebabakan berlakunya kerja-kerja ‘abortive’ kerana apabila kontraktor

kedua ingin memulakan kerja mereka, mereka perlu mengikut prosedur dan reka

bentuk struktur daripada pihak kontraktor pertama. Konflik juga timbul kerana

kedua-dua kontraktor perlu memastikan reka bentuk mereka tidak bercanggah.

Hal ini telah mengakibatkan prosedur kerja yang lebih banyak sebelum kerja

boleh dilakukan jika dibandingkan dengan hanya satu kontraktor sahaja yang

menguasai tapak dan berbanding apabila melakukan kerja-kerja pembinaan di tapak

kosong yang baharu. Jika projek biasa lainnya, mereka boleh terus melakukan kerja

mengikut apa yang dirancang tetapi tidak bagi projek bertindan kerana setiap aktiviti

kerja yang hendak dijalankan perlu dimaklumkan terlebih dahulu dan dipastikan

tidak akan menganggu pihak kontraktor yang satu lagi.

Dalam aspek ini, berdasarkan maklum balas daripada responden kedua-dua

pihak, sebab yang paling ketara mengapa projek ini berbeza dengan projek biasa lain

yang tidak bertindan adalah kerana wujudnya konflik dalam menentukan reka bentuk

struktur agar tidak bercanggah antara reka bentuk satu sama lain yang telah

dirancangkan dari mula. Sebagai contoh dalam satu kawasan yang mempunyai

pertembungan reka bentuk struktur seperti lantai jalan konkrit dan tiang beserta yang

asas pad dapat menyebabkan konflik dalam menentukan reka bentuk pihak yang

mana yang perlu diubah atau dikekalkan bagi memastikan kedua-dua struktur dapat

disesuaikan antara satu dengan yang lain dan mencapai standard spesifikasi yang

ditetapkan. Situasi ini tidak akan mungkin berlaku dalam projek biasa kerana hanya

Page 73: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

terdapat satu pihak sahaja yang mengeluarkan reka bentuk struktur dan binaan di

dalam tapak bina.

Jadual 4.5: Peratusan Perbezaan Dari Aspek Kaedah / Cara Kerja

Perbezaan: Kaedah / Cara Kerja

Penerangan Responden

% A1 A2 A3 A4 A5 B1 B2 B3 B4

Melibatkan banyak

perubahan reka bentuk

44.44

Konflik dalam

menentukan reka

bentuk struktur

55.56

Prosedur lebih panjang

33.33

Melibatkan kerja-kerja

‘abortive’

22.22

Rajah 4.4: Perbezaan Dari Aspek Kaedah / Cara Kerja Berdasarkan Projek

0 1 1 2 2 3 3

Perubahan Reka Bentuk

Konflik Reka Bentuk

Prosedur Panjang

Kerja-kerja 'Abortive'

Bilangan Responden

PERBEZAAN DARI ASPEK KAEDAH / CARA KERJA

Projek DUKE3

Projek DBKL

Page 74: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.5.3 Aspek Pengurusan Tapak

Kesemua sembilan responden bersetuju bahawasanya projek bertindan ini

mempunyai perbezaan dari segi pengurusan tapak bina. Hal ini kerana untuk

menguruskan sebuah projek pembinaan sahaja sudah rumit apatah lagi apabila

terdapat dua pihak kontraktor yang ingin menjalankan projek masing-masing

di satu lokasi tapak bina yang sama. Justeru, pengurusan menjadi lebih sukar dan

melibatkan lebih banyak kordinasi dan penyelarasan antara dua pihak yang

perlu dilakukan kerana setiap pihak mempunyai kepentingan terhadap projek

masing-masing yang perlu dicapai.

Berbanding dengan projek tunggal, projek bertindan akan mengalami lebih

banyak risiko permasalahan di tapak bina. Oleh hal yang demikian, projek bertindan

ini memerlukan pihak kontraktor melakukan lebih banyak perbincangan dan

mengemas kini kemajuan kerja bersama. Mesyuarat koordinasi dan penyelarasan

ini telah banyak kali di adakan pada peringkat permulaan ketika pihak kontraktor

kedua iaitu Ekovest ingin memasuki tapak dan memulakan kerja.

Selain daripada itu, projek bertindan ini lebih banyak melibatkan pihak

ketiga dan pihak berkuasa tempatan. Jika sebelum ini, projek tunggal hanya

berhubungan dengan klien dan satu pihak bertanggungjawab, tetapi apabila terdapat

dua projek berlainan secara tidak langsung mereka juga terpaksa berhubungan

dengan pihak ketiga seperti, konsultan kedua, kontraktor kedua, klien dan pihak

berkuasa yang bertanggungjawab.

Di sebabkan oleh perkara-perkara tersebut responden mengatakan bahawa

pengurusan tapak menjadi lebih sukar dan perancangan dalam pengurusan perlu

dilakukan dengan lebih terperinci yang mengambilkira kepentingan dan bagi

kemaslahatan kedua-dua belah pihak.

Page 75: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Jadual 4.6: Peratusan Perbezaan Dari Aspek Pengurusan Tapak

Perbezaan: Pengurusan Tapak

Penerangan Responden

% A1 A2 A3 A4 A5 B1 B2 B3 B4

Melibatkan koordinasi

dan penyelarasan

55.56

Mesyuarat lebih kerap

44.44

Penglibatan lebih banyak

pihak

55.56

Perancangan yang lebih

terperinci

44.44

2 projek yang

berkepentingan

44.44

Rajah 4.5: Perbezaan Dari Aspek Pengurusan Tapak Berdasarkan Projek

0 1 1 2 2 3 3

Banyak Koordinasi & Penyelarasan

Mesyuarat Lebih Kerap

Penglibatan Pelbagai Pihak

Perancangan Terperinci

Dua Projek Berkepentingan

Bilangan Responden

PERBEZAAN DARI ASPEK PENGURUSAN TAPAK

Projek DUKE3

Projek DBKL

Page 76: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.5.4 Rumusan Perbezaan Projek Bertindan Berbanding Projek Biasa

Berdasarkan analisis di atas dapat disimpulkan bahawa projek bertindan ini

adalah berbeza dengan projek infrastruktur atau projek bangunan yang lainnya dari

segi tiga aspek utamanya iaitu program kerja, kaedah atau cara kerja dan pengurusan

tapak bina.

Berikut adalah peratusan bagi setiap aspek yang membezakan projek

bertindan dengan projek tunggal yang biasanya berdasarkan kiraan undian daripada

setiap jenis contoh yang di nyatakan bagi setiap satu aspek.

Jadual 4.7: Peratusan Perbezaan Projek Bertindan Dari 3 Aspek Utama

Aspek Jenis / Contoh (A) Jumlah

Undi % Kedudukan

Program Kerja Menggabungkan dua program

kerja menjadi satu

Banyak perubahan dari semasa ke

semasa

4 10 3

Kaedah / Cara

Kerja Terdapat kerja-kerja ‘abortive

Prosedur panjang

Konflik reka bentuk

Perubahan reka bentuk

14 35 2

Pengurusan

Tapak 2 Projek berkepentingan

Perancangan lebih terperinci

Penglibatan pelbagai pihak

Mesyuarat lebih kerap

Lebih banyak koordinasi &

penyelarasan diperlukan

22 55 1

Page 77: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.6 Masalah dan Isu Projek Bertindan

Bagi pihak projek DBKL pelbagai masalah telah timbul sejak pihak

kontraktor kedua iaitu kontraktor Ekovest mula menduduki dan melakukan kerja di

tapak. Hal ini demikian kerana, kontraktor Ekovest baru mula memasuki tapak

setelah beberapa tahun fasa pembinaan berjalan. Justeru itu, beberapa jenis struktur

telahpun siap dibina dan pengurusan sedia ada hanya berfokus kepada satu pihak

berkepentingan sahaja berbanding setelah projek DUKE3 mula memasuki tapak yang

memerlukan perancangan semula dijalankan. Oleh yang demikian, temubual telah di

jalankan bagi mengetahui masalah-masalah yang timbul antara dua jenis projek yang

bertindan ini. Berdasarkan temubual tersebut, beberapa jenis masalah telah dikenal

pasti dan dikategorikan kepada lapan lapan utama iaitu masalah dari segi laluan

akses, tempat kerja, lalulintas jalan raya aktiviti kerja, reka bentuk, keselamatan,

program kerja dan kos.

4.6.1 Laluan akses

Berdasarkan temubual bersama sembilan responden yang mewakili kedua-

dua projek di tapak terdapat beberapa masalah laluan akses telah dikenal pasti timbul

dalam projek ini. Masalah yang timbul adalah keperluan menggunakan laluan akses

semakin meningkat disebabkan pertambahan jumlah jentera berat keluar masuk tapak

bina. Laluan akses yang direka sedia ada pada mulanya hanya untuk menampung

kegunaan satu projek sahaja. Oleh yang demikian, laluan tersebut tidak mencukupi

bagi memenuhi keperluan kedua-dua pihak kontraktor yang mempunyai sub-

kontraktor dan pembekal mereka tersendiri. Oleh yang demikian, mereka terpaksa

berkongsi laluan akses sedia ada sebelum laluan lain dibuka.

Page 78: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Selain daripada itu, masalah juga timbul apabila mereka perlu berkongsi

laluan akses baru dan lama yang juga telah menyebabkan keadaan dipintu masuk

agak sesak dengan jentera dan barang-barang yang menghalang laluan masuk untuk

lori konkrit terutamanya.

Masalah juga timbul apabila laluan akses telah ditambah bagi menampung

kegunaan kedua-dua pihak kontraktor iaitu keadaan jalan yang kurang terkawal.

Pihak kontrkator sepatutnya mengawasi setiap laluan akses yang berhampiran

mereka dan memastikan bahawa terdapat beberapa orang penjaga lalu lintas

(flagman) bagi memastikan keadaan lalu lintas selamat dan berjalan lancar ketika

terdapat jentera berat keluar masuk tapak. Keperluan terhadap jumlah ‘flagman’ ini

meningkat seiring dengan peningkatan jumlah akses. Terkadang, pengawasan yang

kurang oleh ‘flagman’ menyebabkan keadaan jalan raya berhampiran akses kotor

ditambah pula dengan kerapnya jentera keluar masuk tapak dan kebersihan tayar lori

yang kurang dititkberatkan oleh pemandu itu sendiri.

Bagi projek DUKE3 pula masalah kecil lain yang mereka hadapi selain

daripada masalah-masalah di atas adalah apabila mereka terpaksa berkongsi laluan

akses di satu-satu kawasan. Pihak kontraktor DUKE3 perlu mengikuti arahan yang

dikeluarkan daripada pihak kontraktor utama iaitu projek DBKL. Mereka perlu

mendahului kerja-kerja projek DBKL iaitu apabila kontraktor DBKL perlu

menggunakan laluan akses berhampiran tempat kerja mereka maka kerja-kerja pihak

DUKE3 perlu dihentikan seketika. Hal ini secara tidak langsung juga telah

mengganggu produktiviti pekerja pihak DUKE3.

Page 79: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Jadual 4.8: Peratusan Masalah Dari Aspek Laluan Akses

Peratusan Masalah: Laluan Akses

Penerangan Responden

% A1 A2 A3 A4 A5 B1 B2 B3 B4

Laluan akses tidak

mencukupi

66.67

Berkongsi laluan akses

55.56

Laluan Sesak & Terhalang

55.56

Mengganggu produktiviti

22.22

Keperluan ‘flagman’

meningkat

22.22

Laluan akses kotor

22.22

Berdasarkan jadual di atas laluan akses tidak mencukupi merupakan masalah

utama dalam projek bertindan ini. Hasil daripada temubual yang dijalankan, laluan

akses tidak mencukupi merupakan masalah utama yang menjadi pemangkin ataupun

punca kepada masalah-masalah yang lain berlaku. Laluan akses tidak mecukupi

mencatatkan peratusan paling tinggi iaitu sebanyak 66.67% diikuti oleh masalah

seterusnya yang timbul setelah laluan akses ditambah iaitu masalah berkongsi laluan

dan laluan yang sesak serta terhalang yang mencatatkan peratusan kedua tertinggi

iaitu sebanyak 55.56%.

Walaubagaimanapun, terdapat seorang responden daripada projek DUKE3

iaitu responden B4 yang kurang bersetuju bahawa laluan akses ini ada memberi

masalah kepada projek. Hal ini meungkin kerana responden tersebut adalah seorang

Page 80: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Pembantu jurutera tetap bagi pihak perunding yang tidak terlalu kerap melihat

keadaan laluan akses di tapak. Selain daripada itu, hal ini kerana beliau berpendapat

bahawa masalah laluan akses yang timbul ditapak tidak sepatutnya berlaku kerana

wujud persefahaman dan kerjasama antara kedua-dua belah pihak kontraktor.

4.6.1.1 Masalah Laluan Akses Berdasarkan Projek

Rajah 4.6: Graf Masalah Laluan Akses Di Tapak Berdasarkan Projek

Berdasarkan graf di atas, responden Projek DBKL lebih banyak bersetuju

bahawa masalah utama dalam laluan akses ini adalah mengenai laluan akses yang

tidak mencukupi. Kelima-lima orang responden daripada Projek DBKL mengatakan

bahawa ia menjadi masalah utama yang wujud pada mula-mula kemasukan Projek

DUKE3 ke tapak bina yang memerlukan pihak mereka membuka lebih banyak akses

untuk kegunaan kedua-dua belah pihak.

0 1 2 3 4 5

Tidak Mencukupi

Berkongsi Akses

Sesak & Terhalang

Mengganggu Produktiviti

Flagman Betambah

Laluan Kotor

Bilangan Responden

MASALAH LALUAN AKSES DI TAPAK

Projek DUKE3

Projek DBKL

Page 81: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Kebanyakkan masalah yang dialami adalah daripada pihk kontrkator DBKL

kerana mereka sebagai tuan rumah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap

keseluruhan tapak bina.

Manakala, bagi pihak kontraktor DUKE3 pula masalah yang dirasai adalah

dari segi produktiviti terjejas oleh kerana mereka terpaksa berkongsi laluan akses.

Hal ini kerana, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, pihak kontrkator DUKE3

yang merupakan pihak kedua dalam tapak ini perlu mendahului segala kerja-kerja

yang perlu dilakukan oleh pihak kontraktor pertama iaitu projek DBKL. Oleh yang

demikian, disebabkan oleh kedudukan tempat kerja mereka yang berhampiran

dengan laluan akses kedua yang baru.

4.6.2 Tempat Kerja

Bagi aspek tempat kerja pula disebabkan kawasan tapak ini terletak di

tengah-tengah bandar yang sibuk dan dikelilingi oleh bangunan komersial serta

rumah kediaman orang-orang kenamaan (VVIP) membuatkan tapak bina sedia ada

terhad walaupun masih bersaiz besar kerana kawasan kerja yang memakan kawasan

yang luas dan ditambah pula dengan jumlah sub-kontrkator yang ramai, jentera-

jentera berat dan bahan binaan yang banyak yang semuanya diletakkan di dalam

kawasan tapak. Justeru itu, kemasukan kontraktor DUKE3 ke dalam kawasan tapak

membuatkan keadaan tempat kerja semakin terhad dan agak sempit.

Selain itu, tempat penyimpanan barang dan jentera berat yang memakan

ruang kawasan bekerja juga menjadi satu masalah setelah bertambahnya pihak yang

bekerja di dalam tapak. Hal ini juga telah mejadi punca kepada masalah lain iaitu

tempat kerja menjadi terhalang dengan jentera dan bahan binaan salah satu

kontraktor yang menyebabakan kerja-kerja kontraktor lain terganggu dan tergendala.

Page 82: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Tambahan pula, terdapat sub-kontraktor pihak projek DUKE3 yang

meletakkan kabin kediaman pekerja di dalam kawasan tapak bina. Walaupun ia

hanya mengambil sejumlah kecil tempat bekerja namun menyebabakn kerja-kerja

kontraktor pihak pertama juga terganggu. Hal ini demikian, apabila telah sampai

masa giliran kontraktror DBKL ingin memulakan kerja di kawasan tersebut tetapi

kabin tersebut masih tidak di alihkan lagi maka telah menyebabkan kerja-kerja

kontraktor DBKL tergendala. Tambahan pula, tempat kerja terhad ini juga

menyebabkan banyak kerja-kerja tambahan awalan perlu dilakukan sebelum

dapat memulakan kerja di tempat tersebut seperti kerja-kerja pengalihan barang dan

jentera yang diletakan dikawasan tersebut.

Masalah lainnya pula adalah, kemungkinan berlakunya kerosakan struktur

binaan yang telah siap di dalam satu kawasan tersebut apabila sampai giliran kedua

mana-mana kontraktor sama ada DBKL ataupun DUKE3 yang perlu menjalankan

kerja di kawasan yang telah ada struktur yang telah disiapkan oleh kontraktor giliran

pertama. Hal ini kerana, tempat kerja yang berhampiran dan bertindan antara satu

sama lain.

Akhir sekali, masalah yang timbul yang hanya dihadapi oleh DUKE3 adalah

apabila mereka perlu beralah dalam memilih tempat kerja yang ingin

dijalankan. Hal ini kerana, setiap kontraktor mempunyai tarikh siap yang perlu

dicapai namun, bagi projek ini keutamaan perlu diberikan kepada projek DBKL

kerana mereka merupakan tuan tapak. Oleh yang demikian, kontraktor DUKE3 perlu

menunggu kerja projek DBKL siap sebelum masuk ke kawasan tersebut sambil

melakukan kerja-kerja di kawasan berlainan yang kurang menjadi keutamaan pihak

DBKL dahulu. Secara tidak langsung, perkara ini juga boleh menyebabkan

kelewatan kepada pihak mereka jika pihak kontrkator DBKL tidak mampu

menyiapkan kerja-kerja di tempat tersebut tepat masa.

Page 83: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Jadual 4.9: Peratusan Masalah Dari Aspek Tempat Kerja

Peratusan Masalah: Tempat Kerja

Penerangan Responden

% A1 A2 A3 A4 A5 B1 B2 B3 B4

Tempat semakin terhad

dan sempit

77.78

Banyak kerja-kerja

tambahan awalan

11.11

Tempat penyimpanan

barang & jentera

memakan ruang bekerja

77.78

Tempat kerja terhalang

22.22

Kabin kediaman pekerja di

dalam tapak

11.11

Kerosakan struktur yang

telah disiapkan

11.11

Beralah dalam memilih

kawasan kerja

44.44

Page 84: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.6.2.1 Masalah Tempat Kerja Berdasarkan Projek

Rajah 4.7: Graf Masalah Tempat Kerja Di Tapak Berdasarkan Projek

Berdasarkan graf di atas, Projek DBKL mencatatkan masalah paling tinggi

dari segi tempat penyimpanan barang dan jentera yang memakan ruang di dalam

kawasan tapak dan bekerja. Kelima-lima responden bersetuju bahawa ia

mendatangkan masalah kerana masalah itu juga menjadi punca kepada timbulnya

masalah lain seperti tempat kerja terhalang dan kerja-kerja awalan perlu dilakukan.

Tiada seorang responden daripada projek in yang mengatakan bahawa mereka

menghadapi masalah terpaksa beralah tempat kerja ataupon kerosakan struktur yang

disebakan oleh mereka. Hal ini kerana, pihak mereka masih tidak mengalaminya

sehingga ke waktu temubual ini di jalankan.

0 2 4 6

Terhad & Sempit

Banyak Kerja Tambahan Awalan

Tempat Penyimpanan Barang &

Jentera Memakan Ruang

Termpat Kerja Terhalang

Kabin Kediaman Di Dalam Tapak

Kerosakan Struktur

Beralah Memilih Tempat Kerja

Bilangan Responden

MASALAH TEMPAT KERJA DI TAPAK

Projek DUKE3

Projek DBKL

Page 85: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Bagi sudut pandangan projek DUKE3 pula, perkara yang paling menjadi

masalah dalam aspek tempat kerja ini adalah apabila pihak mereka terpaksa beralah

dalam menentukan tempat kerja yang ingin mereka lakukan terlebih dahulu mengikut

perancangan asal mereka. Keutamaan bagi melakukan kerja-kerja di hampir semua

kawasan perlu diberikan kepada projek DBKL. Oleh itu, projek DUKE3 hanya dapat

menjalankan kerja-kerja dikawasan yang dibenarkan sahaja. Tambahan pula

kebanyakan kawasan telah dikerjakan oleh pihak DBKL maka kawasan kerja yang

ada pula sesetengahnya mempunyai struktur atau binaan yang telah siap. Oleh yang

demikian, mereka juga menghadapi masalah kerana kerja-kerja mereka yang

kebanyakan bermula dari kerja-kerja binaan asas dan tiang konkrit menyebabkan

sesetengah binaan atau struktur terpaksa dimusnahkan ataupun memberi risiko

kepada struktur lain yang telah siap yang berada berhampiran dengan kawasan kerja

mereka.

4.6.3 Lalulintas Jalan Raya

Dari aspek masalah lalulintas pula hanya lima orang responden yang

mengatakan ia mendatangkan masalah kepada projek mereka. Masalah utama yang

timbul adalah apabila pihak kontraktor kedua iaitu DUKE3 mula menjalankan kerja

mereka di tapak yang menyebabkan beberapa pengalihan dan kawasan jalan

perlu ditutup. Hal ini berlaku adalah kerana bagi memberikan kawasan kepada

kontraktor tersebut menjalankan kerja-kerja meraka terlebih dahulu. Oleh yang

demikian, berlaku pertambahan bilangan dan keluasan jalan yang terpaksa di tutup

agar kedua-dua kontraktor ini dapat menjalankan kerja-kerja mereka tanpa perlu

menanggung kos menunggu (idling) jika terpaksa menunggu sehingga kontraktor

pertama menyiapkan kerja di kawasan utama.

Page 86: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Seterusnya, masalah yang dikenal pasti adalah masalah dalam penyelarasan

pengurusan lalulintas jalan raya. Permasalahan berlaku kerana setiap kontraktor

mempunyai pelan pengurusan trafik masing-masing. Walaubagaimanapun,

kontraktor DUKE3 perlu menyelaraskan pelan pengurusan trafik (TMP) mereka

mengikut apa yang diamalkan oleh pihak kontraktor DBKL dan memastikan segala

kerja-kerja dalam pengurusan trafik tidak bercanggah atau membelakangi pelan

pengurusan trafik yang telah disediakan oleh projek DBKL.

Rajah 4.8: Graf Masalah Lalulintas Jalanraya Di Tapak Berdasarkan Projek

Walaubagaimanapun, terdapat 4 orang responden yang mengatakan projek

bertindan ini tidak mengalami apa-apa masalah berkenaan lalulintas kerana setiap

projek mempunyai pegawai pengurusan trafik dan pelan pengurusan trafik mereka

tersendiri di kawasan kerja masing-masing jika diperlukan.

0 1 2 3

Tiada Masalah

Pengalihan dan Penutupan Jalan

Penyelarasan TMP

Bilangan Responden

MASALAH LALULINTAS JALAN RAYA DI TAPAK

Projek DUKE3

Projek DBKL

Page 87: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.6.4 Aktiviti Kerja

Aktiviti kerja sememangnya akan mengalami masalah dalam situasi projek

bertindan ini. Hal ini demikian kerana, setiap projek mempunyai aktiviti kerja

mereka sendiri yang perlu disiapkan mengikut perancangan. Namun, dalam projek

bertindan ini perkara tersebut telah menyebabkan konflik giliran antara kedua-dua

pihak kontraktor bagi menentukan pihak mana yang lebih layak untuk menjalankan

kerja terlebih dahulu dikawasan yang bertindan. Kawasan bertindan ini akan

mengakibatkan aktiviti kerja kedua-dua pihak kontraktor juga bertindan kerana

wujudnya lebih banyak jenis aktiviti berlainan dalam satu kawasan yang perlu

masing-masing kerjakan. Sebagai contoh dalam projek ini, terdapat satu kawasan

yang memerlukan kontraktor DBKL membina laluan jalan raya bawah tanah

berlantaikan konkrit manakala pihak DUKE3 pula perlu membina asas pad dan tiang

bagi projek lebuhraya bertingkat mereka.

Selain itu, masalah yang timbul adalah kerja-kerja yang telah

dirancangkan terlebih dahulu tidak boleh dijalankan apabila terdapat pihak

kontraktor lagi satu yang menduduki kawasan tersebut. Keadaan ini berlaku dan

dihadapi oleh kedua-dua belah pihak kontraktor kerana sebelum mereka mula

menjalankan pembinaan, masing-masing mempunyai perancangan dan penjadualan

bagi setiap aktiviti yang perlu mereka patuhi. Namun, apabila kawasan kerja dan

aktiviti tersebut bertindan maka salah satu pihak perlu mengalah dan mendahului

kerja-kerja pihak kontraktor lainnya.

Apabila perkara tersebut berlaku, maka pihak satu lagi perlu menunggu

sambil melakukan kerja di tempat-tempat lain yang juga telah menyebakan masalah

lain timbul iaitu kontraktor kedua, pihak kontraktor DUKE3 telah menjalankan

kerja tanpa kebenaran dan tidak seperti urutan yang dipersetujui oleh kedua-

dua pihak sebelum ini. Mereka telah menjalankan kerja-kerja pemasangan ‘cross

head’ jejambat yang masih tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa

DBKL lagi sehingga kini.

Page 88: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Perkara ini berlaku kerana, pihak DUKE3 perlu mengejar target kemajuan

projek mereka seperti yang dirancang namun, kerana telah berlakunya kelewatan

pada aktiviti dan tempat yang bertindan disebabkan kesalahan atau masalah-

masalah lain dan seterusnya mendesak mereka untuk melakukan kerja-kerja lain

tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

Gangguan aktiviti kerja juga timbul dalam projek bertindan ini kerana

kerja-kerja pihak kontraktor satu lagi yang mungkin telah menghalang laluan dan

memakan ruang kerja yang besar yang juga akan menyebabkan kerja-kerja lain yang

berhampirannya lebih bertambah susah dan berisiko untuk dijalankan.

Akhir sekali, menurut temubual yang dijalankan ini didapati bahawa masalah

lainnya adalah dominasi pihak kontrkator pertama dalam tapak yang hanya

membenarkan kerja-kerja atau aktiviti tertentu sahaja untuk dijalankan ditapak bina

kerana selebihnya perlu menunggu kontraktor mereka menyiapkan kerja mereka

dahulu.

Page 89: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Jadual 4.10: Peratusan Masalah Dari Aspek Aktiviti Kerja

Peratusan Masalah: Aktiviti Kerja

Penerangan Responden

% A1 A2 A3 A4 A5 B1 B2 B3 B4

Konflik giliran

55.56

Aktiviti kerja yang

berlainan bertindan

44.44

Kerja-kerja tidak dapat

dijalankan seperti yang

dirancang

77.78

Terdapat kerja yang

dijalankan tanpa kebenaran

22.22

Kelewatan

22.22

Gangguan aktiviti kerja

33.33

Dominasi kontraktor

pertama

22.22

Page 90: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.6.4.1 Masalah Aktiviti Kerja Berdasarkan Projek

Rajah 4.9: Graf Masalah Aktiviti Kerja Di Tapak Berdasarkan Projek

Menurut responden projek DBKL yang telah di temubual, didapati bahawa

paling tinggi masalah yang terjadi dalam aspek aktiviti kerja adalah masalah aktiviti

kerja yang tidak dapat dijalankan seperti yang telah dirancang pada mula-mula

sebelum projek ini menjadi bertindan. Masalah tersebut telah mendapat bilangan

responden tertinggi iaitu sebanyak 4 daripada 5 orang

Manakala, daripada pihak projek DUKE3 pula mengatakan bahawa masalah

utama yang di hadapi adalah konflik giliran yang mencatakan rekod sebanyak 100%

responden yang bersependapat.

0 1 2 3 4

Konflik Giliran

Aktiviti Kerja Berlainan

Bertindan

Kerja Tidak Seperti Awal

Perancangan

Terdapat Kerja Dijalankan Tanpa

Kebenaran

Kelewatan

Gangguan Aktiviti Kerja

Dominasi Kontraktor Pertama

Bilangan Responden

MASALAH AKTIVITI KERJA DI TAPAK

Projek DUKE3

Projek DBKL

Page 91: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.6.5 Reka Bentuk

Reka bentuk juga mempunyai banyak masalah yang tersendiri dalam projek

bertindan ini. Masalah pertama timbul apabila kontraktor kedua ingin memasuki

tapak, maka terdapat beberapa percanggahan reka bentuk seperti dua jenis struktur

yang bertembung dalam satu titik kawasan.

Selain itu, masalah yang timbul adalah proses pembinaan yang dijalankan

di kawasan bertindan perlu dijalankan dengan lebih teliti dan berhati-hati.

Tindakan ini penting bagi mengelakkan berlakunya kesalahan pembinaan di tapak

bina. Walaubagaimanapun, kesalahan pembinaan struktur di tapak ini tidak dapat

dielakkan dan telahpun berlaku. Oleh yang demikian, pelan perubahan reka bentuk

dan penyelarasan baharu perlu disediakan oleh pihak perunding kontraktor yang

bersalah tersebut. Pelan pembetulan reka bentuk ini perlulah mendapat kelulusan

daripada pihak perunding kedua-dua belah kontraktor. Segala proses pembetulan ini

juga menimbulkan masalah kerana ia memakan masa yang agak lama.

Masalah juga timbul apabila terdapat pembetulan dan penyelarasan reka

bentuk yang menyebabkan perubahan lokasi dan perubahan reka bentuk

struktur lain yang berhampiran. Secara tidak langsung perubahan tersebut

mengakibatkan peningkatan kerja-kerja abortif atau sia-sia di tapak bina.

Page 92: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Jadual 4.11: Peratusan Masalah Dari Aspek Reka Bentuk

Peratusan Masalah: Reka Bentuk

Penerangan Responden

% A1 A2 A3 A4 A5 B1 B2 B3 B4

Percanggahan reka bentuk

55.56

Proses penyelarasan dan

perubahan memakan masa

33.33

Perlu lebih teliti dan

berhati-hati

11.11

Kesalahan dalam

pembinaan struktur

88.89

Penyelarasan & perubahan

reka bentuk

77.78

Peningkatan kerja-kerja

abortif

33.33

Page 93: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.6.5.1 Masalah Reka Bentuk Berdasarkan Projek

Rajah 4.10: Graf Masalah Reka Bentuk Di Tapak Berdasarkan Projek

Masalah utama yang dihadapi oleh projek DBKL adalah apabila terdapat

kesalahan daripada pihak kontraktor DUKE3 dalam membinan struktur tiang. Hal ini

kerana, kesalahan tersebut merupakan kesalahan yang boleh dikatakan besar dalam

projek ini. Tiang yang dibina di bahagian laluan jalan raya bawah tanah telah lari

jauh daripada jajaran sebenar. Kesalahan tersebut telah menyebabkan struktur binaan

projek DBKL diubah sedikit dan kerja-kerja di kawasan tersebut dihentikan seketika.

Masalah dalam kesalahan pembinaan struktur ini merupakan masalah yang paling

besar untuk setakat ini.

Berlainan pula dengan projek DUKE3, sebanyak empat orang responden

bersependapat bahawa masalah dalam aspek reka bentuk adalah terpaksa melalui

proses penyelarasan dan perubahan reka bentuk yang banyak kali terpaksa dilakukan

seperti pada waktu awal-awal perancangan dan ketika kesalahan pembinaan struktur

berlaku.

0 2 4 6

Percanggahan Reka Bentuk

Memakan Masa

Pelu Lebih Berhati-hati & Teliti

Kesalahan dalam pembinaan

struktur

Penyelarasan & Perubahan Reka

Bentuk

Peningkatan Kerja-Kerja Abortif

Bilangan Responden

MASALAH REKA BENTUK DI TAPAK

Projek DUKE3

Projek DBKL

Page 94: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.6.6 Keselamatan

Dalam aspek ini, hanya sebanyak lima (55.56%) orang responden

berpendapat bahawa terdapat masakah yang timbul. Manakala selebihnya, sebanyak

4 (44.44%) orang responden mengatakan tiada masalah yang berlaku dalam aspek

keselamatan dalam projek bertindan ini. Hal ini demikian kerana, mereka

berpendapat bahawa dengan adanya pegawai dan penyelia keselamatan di tempang

masing-masing maka masalah ini tidak sepatutnya timbul.

Walaubagaimanapun, lima orang responden tersebut mengatakan terdapat

beberapa masalah yang timbul dalam aspek keselamatan. Pertama sekali adalah

tahap risiko kemalangan lebih tinggi disebabkan jumlah jentera berat yang

digunakan ditapak bertambah. Selain itu, projek bertindan ini juga memerlukan

pengawasan yang lebih besar kerana melibatkan pekerja yang lebih ramai dan

kawasan tapak yang luas. Di samping itu, masalah lainnya pula adalah berlakunya

kemalangan-kemalangan kecil di kawasan pengalihan dan penutupan jalan

yang melibatkan orang awam. Akhir sekali pula adalah disebabkan lebih ramai

pekerja daripada dua pihak kontraktor yang bekerja di dalam satu kawasan yang

sama maka masalah dalam membezakan dan mengenalpasti pekerja pihak mana

yang melakukan kesalahan serentak pada waktu tersebut juga.

Page 95: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Jadual 4.12: Peratusan Masalah Dari Aspek Keselamatan

Peratusan Masalah: Keselamatan

Penerangan Responden

% A1 A2 A3 A4 A5 B1 B2 B3 B4

Risiko kemalangan tinggi

22.22

Memerlukan lebih

pengawasan

33.33

Kemalangan-kemalangan

kecil

11.11

Membezakan pekerja dari

pihak mana

22.22

4.6.6.1 Masalah Keselamatan Berdasarkan Projek

Rajah 4.11: Graf Masalah Keselamatan Di Tapak Berdasarkan Projek

0 1 1 2 2

Tiada Masalah

Tahap Risiko Kemalangan Tinggi

Memerlukan Lebih Pengawasan

Kemalangan-kemalangan Kecil

Membezakan Pekerja Dari Pihak

Mana

Bilangan Responden

MASALAH KESELAMATAN DI TAPAK

Projek DUKE3

Projek DBKL

Page 96: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Berdasarkan graf di atas, masalah yang paling banyak sekali diperkatakan

oleh responden daripada pihak kontraktor DBKL adalah masalah dalam melakukan

pengawasan. Hal ini demikian kerana, pihak kontraktor DBKL merupakan pihak

yang bertanggungjawab yang menjaga keselamatan di keseluruhan kawasan tapak.

Justeru, ia menimbulkan masalah kerana jumlah pekerja terlibat lebih besar dan

mempunyai pelbagai ragam. Masalah kedua yang mencatakan jumlah paling tinggi

juga adalah masalah tahap risiko kemalangan yang lebih tinggi.

Sebaliknya, menurut responden projek DUKE3 perkara yang menjadi

malasah dalam aspek keselamatan ini adalah pengawasan yang lebih diperlukan dan

masalah dalam membezakan dan mengenalpasti pekerja pihak mana yang melakukan

kesalahan serentak pada waktu itu juga.

4.6.7 Program Kerja

Masalah dalam aspek ini yang paling utama adalah kemajuan kerja di tapak

yang perlahan telah menyebabkan projek mengalami kelewatan dan terpaksa

memohon untuk tambahan masa (EOT). Perkara ini berlaku kerana kedua-dua

kontraktor tidak boleh menjalankan kerja di kebanyakkan tempat yang sama secara

serentak dan perlu menunggu kontraktor tersebut (pihak DBKL/DUKE3) siap

terlebih dahulu.

Selain itu, masalah utama yang kedua adalah di mana kedua-dua kontraktor

mempunyai program kerja mereka tersendiri yang mempunyai tarikh siap kerja yang

perlu dipatuhi. Oleh yang demikian, kedua-dua pihak mempunyai kepentingan

masing-masing terhadap sesuatu kerja itu. Di sebakan oleh perkara itu juga wujudnya

Page 97: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

konflik antara dua pihak dalam menentukan program kerja pihak mana yang lebih

penting dan perlu diutamakan bagi mengelakkan lebih banyak lagi kelewatan.

Jadual 4.13: Peratusan Masalah Dari Aspek Program Kerja

Peratusan Masalah: Program Kerja

Penerangan Responden

% A1 A2 A3 A4 A5 B1 B2 B3 B4

Kelewatan & EOT

77.78

Konflik program kerja dua

pihak

44.44

4.6.7.1 Masalah Program Kerja Berdasarkan Projek

Rajah 4.12: Graf Masalah Program Kerja Di Tapak Berdasarkan Projek

0 1 2 3 4

Kelewatan & EOT

Konflik Program Kerja Dua

Pihak

Bilangan Responden

MASALAH PROGRAM KERJA DI TAPAK

Projek DUKE3

Projek DBKL

Page 98: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Kedua-dua pihak responden iaitu bagi projek DBKL dan DUKE3 paling

banyak mengatakan bahawa terdapat maslah kelewatan di sebabkan projek bertindan

ini. Kesemua responden (100%) DUKE3 dan 3 daripada 5 orang responden (60%)

mengeluarkan kenyataan bahawa masalah projek bertindan ini adalah kerana ia telah

menyebabkan kelewatan dalam program kemajuan sebenar di tapak.

4.6.8 Kos Projek

Responden juga diberi peluang untuk menyatakan masalah-masaah lain yang

timbul atau berkemungkinan untuk berlaku akibat daripada projek bertindan.

Masalah tersebut adalah kenaikan atau penambahan kos projek. Sebanyak tiga

daripada sembilan orang responden (33.33%) mengeluarkan kenyataan tersebut iaitu

responden A1, A5 dan B4. Masalah ini timbul atau tercetus akibat daripada semua

kerja-kerja di tapak yang bertambah, kesalahan pembinaan yang berlaku, jumlah

pekerja yang diperlukan semakin ramai, kelewatan projek dan sistem pengurusan

yang lebih rumit. Semua sebab-sebab tersebut secara tidak langsung telah menjadi

penyebab dan pendorong kepada kenaikan kos projek bertindan ini.

4.6.9 Tahap Kesan / Impak

Berdasarkan masalah-masalah yang telah disenaraikan di atas, ke semua

pihak responden telah memberikan markah bagi setiap kategori masalah tersebut

mengikut skala tahap kesan masalah tersebut yang memberi impak kepada

keseluruhan projek. Daripada jumlah markah skala tersebut dapatlah di ketahui

sejauh mana setiap masalah tersebut memberikan kesan negatif kepada keseluruhan

projek bertindan ini.

Page 99: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Jadual 4.14: Rujukan Skala Tahap Kesan / Impak Kepada Projek

Jadual 4.15: Purata Markah Kesan / Impak Bagi Setiap Masalah

Purata : Kesan / Impak Bagi Setiap Masalah

Masalah Skala Mengikut Responden

Purata A1 A2 A3 A4 A5 B1 B2 B3 B4

Laluan Akses 3 2 3 2 3 3 3 2 2 2.6

Tempat Kerja 5 4 5 3 3 2 3 4 3 3.6

Lalulintas Jalan Raya 2 2 2 2 2 2 2 2 1 1.6

Aktiviti Kerja 3 4 3 3 4 4 3 4 4 3.6

Reka Bentuk 3 4 3 4 3 3 3 4 3 3.3

Keselamatan 3 2 3 4 2 2 3 3 2 2.7

Program Kerja 3 3 3 4 5 5 4 3 4 3.8

Pertambahan Kos Projek

3 - - - 3 - - - 3 3

SKALA TAHAP KESAN

5 Sangat Mempengaruhi Dengan Ketara

4 Sangat Mempengaruhi

3 Mempengaruhi

2 Kurang Mempengaruhi

1 Tidak Mempengaruhi

Page 100: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Rajah 4.13: Purata Kesan / Impak Bagi Setiap Kategori Masalah

Berdasarkan analisis purata yang dibuat di atas, dapat dikenal pasti bahawa

program kerja menduduki tempat pertama yang paling memberi kesan atau impak

kepada keseluruhan projek iaitu sebanya 76% ataupon 3.8 daripada 5 tingkat kesan.

Kedudukan kedua tertinggi pula adalah adalah bagi kedua-dua masalah

tempat kerja dan aktiviti kerja yang mencatatkan jumlah purata skala 3.6 ataupun

sebannyak 72% masing-masingnya. Masalah yang mempunyai tahap kesan atau

impak ditempat keempat pula adalah reka bentuk manakala tempat kelima adalah

pertambahan kos projek yang mencatatkan sebanyak 3.3 (66%) dan 3 (60%) jumlah

purata.

Bagi tempat keenam pula merupakan masalah keselamatan iaitu sebanyak

54% manakala tempat ketujuh iaitu laluan akses sebanyak 52%. Akhir sekali,

masalah yang menduduki tempat terakhir yang bermaksu kurang memberikan impak

atau tidak akan meninggalkan kesan kepada keseluruhan projek jika ia berlaku

adalah masalah lalulintas jalan raya yang mencatatkan jumlah purata skala hanya 1.6

iaitu sebanyak 32% sahaja.

0.0

1.0

2.0

3.0

4.0

Laluan Akses

Tempat Kerja

Lalulintas Jalan

Raya

Aktiviti Kerja

Reka Bentuk

Keselamatan

Program Kerja

Pertambahan

Kos Projek

PURATA KESAN / IMPAK MASALAH

Purata Skala

Page 101: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.7 Strategi Mengatasi Masalah dalam Pengurusan Projek Bertindan

4.7.1 Ciri-Ciri Penting Pengurus Projek Bertindan

Berdasarkan temubual yang telah dijalankan terhadap kesembilan responden

dalam projek bertindan ini didapati terdapat beberapa ciri-ciri utama yang dianggap

penting bagi seseorang pengurus projek binaan terutama sekali untuk menguruskan

projek bertindan seperti ini iaitu:

a. Kemahiran dalam bidang pengurusan

b. Kreativiti, kebolehan dan kemahiran dalam penyelesaian masalah

c. Kemahiran dan berkomunikasi dan menjalinkan perhubungan awam

d. Pengalaman dalam menguruskan projek binaan

e. Kemahiran meramalkan masalah

f. Bertanggungjawab

g. Sentiasa berfikiran Positif

Kemahiran-kemahiran yang dinyatakan tersebut penting bagi seseorang pengurus

projek binaan terutamanya yang menguruskan projek bertindan seperti ini kerana

projek ini lebih mencabar dan mepunyai situasi yang agak berbeza berbanding projek

biasa. Ciri-ciri tersebut dapat menjadikan seseorang itu lebih berkemampuan dan

layak menjadi seorang penguru pembinaan.

Page 102: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Jadual 4.16: Ciri-Ciri Penting Seorang Pengurus Projek Bertindan

Purata : Ciri-ciri Penting Seorang Pengurus Projek Bertindan

Ciri-ciri Skala Mengikut Responden

Purata A1 A2 A3 A4 A5 B1 B2 B3 B4

Kemahiran Pengurusan 5 5 4 4 5 5 5 5 3 4.5

Kreativiti & Penyelesaian

Masalah

4 4 2 3 4 3 2 3 4 3.2

Pengalaman 3 2 5 2 2 2 4 4 5 3.2

Kebolehan Meramal 2 3 - - 3 1 - - - 2.3

Komunikasi &

Perhubungan Awam 1 1 1 1 1 4 3 2 1 1.7

Berfikiran Positif &

Bertanggungjawab

- - 3 5 - - 1 1 2 2.4

Rajah 4.14: Ciri-ciri Utama Pengurus Projek Bertindan

0.0

1.0

2.0

3.0

4.0

5.0

Kemahiran

Pengurusan

Kreativiti &

Penyelesaian

Masalah

Pengalaman

Kebolehan Meramal

Komunikasi dan

Perhubungan Awam

Berfikiran Positif &

Bertanggungjawab

CIRI-CIRI UTAMA PENGURUS PROJEK BERTINDAN

Purata Skala

Page 103: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Berdasarkan graf radar dan jadual yang ditunjukkan di atas, didapati bahawa

ciri-ciri utama bagi seseorang pengurus projek bertindan adalah kemahiran dalam

bidang pengurusan. Ciri-ciri ini mencatatkan purata tertinggi iaitu sebanyak 4.5 dan

peratusan kepentingan tertinggi sebanyak 90%.

Selari dengan apa yang dinyatakan oleh Saram & Ahmed (2001), iaitu

seseorang pengurus projek itu memainkan peranan penting dan menguruskan kerja-

kerja perancangan, perorganisasian, kepimpinan dan pengawasan tapak.

4.7.2 Langkah-langkah Mengatasi Masalah Projek Bertindan

4.7.2.1 Laluan Akses

Dalam mengatasi masalah yang timbul bekaitan dengan laluan akses ini

langkah-langkah utama yang di ambil oleh kedua-dua belah pihak adalah dengan

mengadakan mesyuarat koordinasi dan perbincangan. Hasil daripada itu kedua-dua

belah pihak bersetuju untuk menambahkan dua laluan akses lagi yang dikhaskan di

kawasan kerja di Desa Pandan yang dilengkapi oleh satu ‘washpit’. Selain itu juga,

bagi mengelakkan masalah penggunaan serentak kedua-dua kontraktor saling

berinteraksi dan memaklumkan akan pergerakan jentera keluar masuk di tapak yang

mungkin akan menhalang dan mengganggu kerja-kerja lain ataupun kegunaan

kontraktor yang satu lagi.

Masalah itu juga dapat di atasi dengan adanya pengawasan dan penyeliaan

oleh penyelia-penyelia dan koordinator tapak yang sentiasa memastikan kebersihan

dan keselamatan di kawasan laluan akses keluar masuk tapak.

Page 104: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Secara keseluruhannya, kaedah pengawasan dan koordinasi urutan dan

operasi pembinaan di gunakan dalam menangani dan mengekang masalah ini.

4.7.2.2 Tempat Kerja

Bagi mengatasi masalah tempat kerja bertindan dan sesak pula mesyuarat

koordinasi juga dijalankan. Hasil daripada perbincangan dalam mesyuarat itu telah

diputuskan bahawa kawasan kerja yang bertindan dibahagikan kepada 6 fasa. Setiap

kontraktor akan mempunyai giliran untuk menjalankan kerja di setiap fasa terbabit.

Kerjasama dan pemantauan daripada pengurus projek agar memastikan kerja-kerja

berjalan lancar dan tepat masa siap amat diperlukan bagi mengelakkan kelewatan

kepada kedua-dua belah pihak kontraktor.

Koordinasi dan susun atur tapak juga dilakukan semula dengan mengambil

kira tempat penyimpanan barang bagi kontraktor DUKE3 meletakkan jentera dan

bahan binaan mereka di dalam kawasan tapak. Setiap kontraktor bertanggungjawab

agar memastikan barang-barang mereka tidak akan menganggu perjalan kerja ditapak

dan sekiranya ada, mereka perlu dengan segera mengalihkannya untuk mengelakkan

kawasan kerja kontraktor yang satu lagi terganggu.

Oleh yang demikian, kaedah koordinasi urutan dan penjadualan serta

pengawasan di amalkan oleh kedua-dua kontraktor untuk memastikan masalah ini

tidak berlaku lagi.

Page 105: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.7.2.3 Lalulintas Jalan Raya

Lalulintas jalan raya tidak banyak menimbulkan masalah kerana kedua-dua

kontraktor saling bekerjasama dalam menguruskan kawasan kerja masing-masing di

setiap fasa yang mereka kerjakan. Setiap kontraktor mempunyai pegawai trafik

masing-masing dan pelan pengurusan yang telah diselaraskan mengikut keperluan

daripada DBKL. Pelan pengurusan trafik ini menjadi panduan kepada setiap projek

bagi menguruskan keadaan lalulintas di kawasan mereka.

Pegawai trafik projek berperanan penting dalam memastikan semua amalan

pengurusan trafik yang dituntut oleh pihak berkuasa tempatan iaitu DBKL dipenuhi

bagi mengelakkan kemalangan dan kesesakan lalulintas. Selain daripada itu, projek

ini mempunya pasukan tindak balas kecemasan (ERT) yang akan segera

menyelesaikan segala bentuk kecemasan yang menghalang lalulintas.

Kaedah koordinasi dan pengurusan yang diamalkan untuk mengekang

masalah lalulintas jalanraya pula adalah koordinasi operasi pembinaan dan

pengawasan yang berterusan.

4.7.2.4 Aktiviti Kerja

Seterusnya, bagi mengelakkan masalah dalam aspek aktiviti kerja pula

mereka perlu memastikan bahawa segala aktiviti yang bertindan ini dikoordinasikan

dengan baik. Sebagai contoh dengan cara membahagikan tempat kerja kepada 6 fasa

yang juga akan mengelakkan berlakunya akitviti-aktiviti kerja bertindan.

Page 106: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Selain itu, dengan cara menyelaraskan jadual dan program kerja kedua-dua

belah kontraktor maka mereka dapat melihat segala jenis aktiviti yang bertindan

dengan jelas. Oleh itu, mereka telah merangka satu program kerja baharu yang

menyatukan aktiviti kedua-dua kontraktor kedalam satu program kerja utama yang

baharu yang akan menjadi panduan bagi kedua-dua belah pihak bagi menjalankan

aktiviti-aktiviti mereka dengan lancar dan tidak mengganggu kontraktor lain.

Koordinasi jenis operasi dan urutan serta amalan perancangan yang berkesan

di gunakan dalam aspek ini bagi mengelakkan masalah dalam aktiviti bertindan

berlaku lebih kerap.

4.7.2.5 Reka Bentuk

Bagi mengatasi masalah yang paling tinggi kesannya ini pula ia melibatkan

banyak mesyuarat koordinasi dilakukan antara kontraktor dan perunding kedua-dua

belah pihak. Setiap perubahan reka bentuk yang diperlukan perlu dibincangkan

kepada kedua-dua belah pihak dan mendapatkan persetujuan pihak perunding

masing-masing. Penyelarasan reka bentuk diperlukan iaitu pada waktu mula-mula

pihak DUKE3 ingin memulakan kerja di tapak dan ketika berlakunya kesilapan di

tapak bina. Bagi memastikan risiko kesalahan pembinaan dikurangkan pula setiap

pengurus projek dan penyelia tapak bertanggungjawab dalam memastikan setiap

kerja ditapak ini dilakukan dengan mengikut spesifikasi dan arahan daripada pihak

perunding. Pengawasan berterusan wajib dilakukan agar kesalahan besar seperti ini

tidak akan berlaku. Koordinasi reka bentuk, urutan dan operasi dijalankan dalam

memastikan risiko kesalahan dalam reka bentuk dapat dielakkan

Page 107: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.7.2.6 Keselamatan

Dalam aspek masalah keselamatan pula, usaha kedua-dua pihak dalam

memastikan keselamatan sentiasa pada tahap terbaik adalah dengan adanya pegawai

keselamatan yang sentiasa mengawal operasi kerja di tapak bina setiap hari. Peranan

pegawai tersebut amat penting dalam mengelakkan sebarang masalah berlakuk di

tapak bina dan jika ada juga mereka dapat memberikan bantuan dan arahan dengan

serta merta.

Di samping itu juga, bagi mengelakkan masalah keselamatan timbul di tapak

bina, pegawai dan penyelia keselamatan tapak bergilir-gilir akan mengadakan

perjumpaan taklimat keselamatan (toolbox briefing) setiap hari Isnin. Pada waktu itu,

pekerja akan diingatkan semula tentang pemakaian PPE dan amalan kerja selamat di

tapak bina. Tidak lupa juga, mesyuarat keselematan turut diadakan sebulan sekali

bagi membincangkan segala masalah-masalah yang timbul.

Untuk membezakan pekerja-perkeja di kawasan tapak pula, mereka telah

memberikan pelekat bewarna di topi keselamatan setiap pekerja. Hal ini penting bagi

memastikan perkerja yang melakukan kesalahan dapat dikenal pasti serta merta dan

dikenakan tindakan sewajarnya.

Dalam aspek ini, kaedah koordinasi yang diamalkan adalah dibawah kaedah

koordinasi operasi binaan dan pengawasan yang berterusan.

Page 108: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.7.2.7 Program Kerja

Seperti yang dilakukan dalam mengatasi masalah aktiviti kerja, aspek

program kerja ini juga memerlukan penyelarasan kedua-dua belah pihak kontraktor.

Program kerja baharu diwujudkan dan menjadi panduan kedua-dua belah kontraktor.

Peranan pengurus binaan sangat penting dalam memastikan program kerja yang

dirangka ini dipatuhi dan dijalankan ditapak dengan lancar. Koordinasi dalam urutan

kerja amat diperlukan seiring dengan koordinasi operasi pembinaan kerana jadual

kerja yang baik adalah jadual kerja yang mengambilkira semua kemungkinan-

kemungkinan yang mungkin berlaku di tapak bina

4.7.2.8 Kos Projek

Akhir sekali, masalah yang kemungkinan akan timbul ini dapat diatasi jika

kedua-dua belah kontraktor dapat mengawasi perjalanan kerja meraka ditapak agar

tidak menyebakan lebih banyak masalah dan kesalahan bianaan struktur terjadi.

Mesyuarat mingguan kemajuan tapak amatlah penting dalam membincangkan segala

isu dan masalah ini dan mendapatkan persetujuan dalam mencari jalan penyelesaian.

Kaedah pengawasan dan perancangan yang teliti diperlukan di setiap fasa

tempat kerja bagi mengelakkan masalah-masalah yang timbul ditapak menjadi

semakin besar dan rumit untuk diselesaikan yang mungkin akan melibatkan

pertambahan kos projek.

Page 109: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

4.8 Kaedah Koordinasi dan Pengurusan yang Diamalkan

Jadual 4.17: Peratusan Amalan Koordinasi & Pengurusan

Peratusan Amalan Kaedah Koordinasi & Pengurusan

Penerangan Responden

A1 A2 A3 A4 A5 A6 A7 A8 %

Pengurusan : Penjadualan

25.00

Pengurusan : Pengawasan

62.50

Pengurusan : Perancangan

25.00

Koordinasi Reka Bentuk

12.50

Koordinasi Urutan Kerja

75.00

Koordinasi Operasi

Pembinaan

75.00

Petunjuk:

A1: Aspek Laluan Akses A5: Aspek Reka Bentuk

A2: Aspek Tempat Kerja A6: Aspek Keselamatan

A3: Aspek Jalan Raya A7: Aspek Program Kerja

A4: Aspek Aktiviti Kerja A8: Aspek Kos Projek

Page 110: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini adalah bahagian di mana hasil kajian akan dirumuskan bagi

mendapatkan kesimpulan daripada analisis yang telah dilakukan dan sekaligus

menjawab objektif serta persoalan kajian yang telah dikemukakan pada awal bab.

Di samping itu juga, cadangan untuk kajian lanjutan yang boleh dilakukan

pada masa hadapan termasuklah permasalahan kajian atau halangan yang timbul

sepanjang kajian ini dijalankan turut juga dinyatakan dalam bab ini.

Page 111: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

5.2 Rumusan Hasil Kajian

5.2.1 Masalah & Isu Projek

Berdasarkan kajian ini dapat dirumuskan bahawa masalah yang paling

banyak dihadapi dan memberikan kesan impak yang paling tinggi adalah program

kerja, tempat kerja, aktiviti kerja dan reka bentuk.

Jadual 5.1: 4 Masalah Utama Projek Bertindan & Skala Kesan

Hal ini demikian kerana, menurut responden aspek-aspek tersebut sangat

mempengaruhi keseluruhan projek jika timbulnya masalah di tapak bina. Kesan-

kesan yang menurut responden mungkin memberikan impak kepada keseluruhan

projek adalah apabila masalah yang timbul itu boleh menyebabakan kemalangan,

kelewatan projek, dan peningkatan kos projek.

Program kerja mempunyai skala tahap kesan yang paling tinggi kerana

menurut kesemua responden kegagalan menghasilkan program kerja yang baik atau

kesalahan dalam mengatur program kerja ini dapat menyebabkan kesan dan masalah

yang paling teruk timbul iaitu kelewatan dan peningkatan kos projek.

Skala Tahap Kesan Aspek Masalah

3.8 Sangat Mempengaruhi Program Kerja

3.6 Sangat Mempengaruhi Tempat Kerja

3.6 Sangat Mempengaruhi Aktiviti Kerja

3.3 Mempengaruhi Reka Bentuk

Page 112: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Jadual 5.2: Peratusan Jumlah Masalah Bagi Setiap Aspek

ASPEK MASALAH JUMLAH MASAlAH

TIMBUL %

Aspek Laluan Akses 6 17.14

Aspek Tempat Kerja 7 20.00

Aspek Lalulintas Jalan

Raya 2 5.71

Aspek Aktiviti Kerja 7 20.00

Aspek Reka Bentuk 6 17.14

Aspek Keselamatan 4 11.43

Aspek Program Kerja 2 5.71

Aspek Kos Projek 1 2.86

Selain daripada itu, aspek aktiviti kerja dan tempat kerja pula merupakan

aspek yang mempunyai paling banyak menimbulkan masalah di tapak iaitu sebanyak

7 masalah yang berlaku dibawah kategori ini. Tujuh masalah yang berlaku itu

menyumbang peratusan paling besar iaitu sebanyak 20% berdasarkan keseluruhan

jumlah masalah yang timbul yang telah dinyatakan oleh reponden-reponden kajian.

5.2.2 Strategi Menangani Masalah

Page 113: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Bagi strategi dan usaha yang dilakukan pula, didapati melalui hasil

perbincangan bahawa usaha yang paling penting sekali adalah dengan melakukan

mesyuarat koordinasi dan perbincangan serta penyelarasan di tapak bina. Semua

masalah-masalah yang dihadapi dapat dikurangkan dan dikekang dengan cara

kerjasama dan komunikasi antara dua pihak yang kontraktor terbabit.

Amalan koordinasi urutan kerja dan operasi pembinaan mencatatkan

peratusan paling tinggi iaitu sebanyak 75% yang bermaksud sebanyak 6 daripada

lapan aspek utama masalah itu mengamalkan kaedah koordinasi tersebut.

Hal ini demikian kerana, projek bertindan ini melibatkan dua pihak

kontraktor yang bergabung tempat kerja di dalam satu kawasan yang sama. Justeru,

terdapat banyak langkah-langkah dan amalan koordinasi yang mereka perlu lakukan

untuk memastikan reka bentuk, aktiviti, tempat kerja dan pengurusan tapak berjalan

lancar.

Page 114: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

5.3 Permasalahan Kajian

Sepanjang kajian ini dijalankan terdapat beberapa isu dan masalah timbul

yang telah membuatkan kajian ini agak sedikit mencabar. Masalah pertama ialah

masalah dalam mendapatkan maklumat mengenai projek infrastruktur di Malaysia.

Kurangnya rujukan daripada kajian lepas yang dibuat fokus kepada projek

infrastruktur menyebabkan kesukaran penyelidik mendapatkan gambaran

pembangunan dan perubahan serta situasi yang berlaku dalam projek pembinaan

infrastruktur di Malaysia. Walau bagaimanapun, masalah itulah yang membuatkan

penyelidikan ini lebih penting untuk dijalankan. Hal ini demikian kerana,

kebanyakan kajian-kajian lepas yang ada lebih ke arah masalah pada projek

pembinaan bangunan dan pencakar langit. Oleh itu, agak sedikit sukar bagi

penyelidik mendapatkan rujukan yang sebagai panduan untuk kajian ini.

Selain daripada itu, masalah mendapatkan responden juga timbul. Hal ini

disebabkan, isu projek bertindan adalah sangat baru dan kurang diketahui ramai

kewujudannya. Oleh itu, hanya projek yang terlibat sahaja yang tahu akan masalah

dan strategi yang melibatkan projek bertindan. Disebabkan oleh itu kajian ini

mengambil kaedah kajian kes tunggal yang hanya menceritakan tentang masalah dan

strategi projek bertindan bagi projek yang dikaji sahaja dan bukannya secara

menyeluruh. Kesukaran juga timbul ketika ingin menemubual responden kerana

ramai yang tidak berkesempatan atau mempunyai masa ketika bekerja melainkan

pada hujung-hujung minggu seperti hari Sabtu atau Jumaat. Oleh itu, terdapat sedikit

kelewatan dalam menjalankan kajian ini berbanding seperti rancangan jadual kajian

yang telah dibuat sebelum ini.

Walaupun terdapat beberapa masalah timbul tetapi dengan adanya bantuan

daripada semua pihak termasuk responden-responden yang sudi ditemubual dan

memberikan maklumat telah menjadi peransang terhadap penyelidik untuk

menyiapkan keseluruhan kajian ini.

Page 115: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Perubahan dalam suasana dan persekitaran tapak bina berlaku dari semasa ke

semasa dengan adanya pengenalan teknologi terkini dan amalan kerja yang semakin

berkualiti. Justeru, kajian lanjutan perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi

memastikan maklumat yang diperolehi lebih terkini, relevan dan tidak ketinggalan.

Kajian lanjutan juga penting bagi mendapatkan maklumat yang lebih

menyeluruh dalam menggambarkan keadaan sebenar industri pembinaan di

Malaysia. Oleh kerana kajian ini hanya tertumpu kepada permasalahan dan strategi

pihak kontrakator dalam menguruskan projek bertindan maka kajian lain boleh

dilakukan dalam aspek yang berbeza. Antara kajian-kajian yang boleh dilakukan

pada masa hadapan adalah :

i. Kajian berkaitan dengan cabaran yang dihadapi oleh kontraktor

infrastruktur dalam menangani masalah di tapak dan amalan

pengurusan terbaik di tapak bina secara menyeluruh.

ii. Kajian berkaitan sejauh mana projek bertindan ini memberi faedah

untuk diamalkan pada masa hadapan.

iii. Kajian tentang faktor-faktor kejayaan dalam sesebuah projek

infrastruktur dan kepentingan pengurusan yang berpengalaman dalam

memastikan kelancaran pembinaan projek.

Page 116: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

3.2 RUJUKAN

Alshenqeeti, H. (2014). Interviewing as a Data Collection Method: A Critical

Review. English Linguistic Research, 3(1), 39-45.

Anor, N., Ahmad, Z., Abdullah, J., & Hafizah, R. N. (2014). Road Network System

in Port Klang , Malaysia and Impacts to Travel Patterns. Procedia - Social and

Behaviour Sciences, 35(2012), 629-636.

Amri, A. (2016). Pembangunan Infrastuktur Bantu Pertumbuhan Ekonomi. Retrieved

November 11, 2016, from https://malaysianaccess.com/pembangunan-

infrastruktur-pertumbuhan-ekonomi/

Bogus, S. M., Molenaar, K. R., & Diekmann, J. E. (2006). Strategies for overlapping

dependent design activities. Construction Management and Economics, 24(8),

829–837.

Carnwell, R., & Daly, W. (2001). Strategies for the construction of a critical review

of the literature. Nurse Education in Practice, 1(2), 57–63.

https://doi.org/10.1054/nepr.2001.0008

Chu, M. (2017, Oktober 27) Budget 2018: Sabah and Sarawak get biggest slice of

rural infrastructure development pie. The Star Online. Retrieved from

https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/10/27/budget-2018-sabah-and-

sarawak-get-biggest-slice-of-rural-infrastructure-development-pie/

Costin, A. A. (2008). Managing Difficult Projects. Burlington, MA: Butterworth-

Heinemann

Creswell, J. W. (2013). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed

Methods Approaches. California SAGE Publications Inc

DeWitt, S., Yakowenko, G., Bohuslav, T., Ferguson, T., Hoelker, E., Molenaar, K.

R., … Wagman, R. (2005). Management Practices in Canada and Europe, 1–72.

Page 117: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Retrieved from

http://international.fhwa.dot.gov/construction_mgmt/pl05010.pdf

Damodaran, R. (2016). Malaysia ranks No 2 in Asia and No 5globally for

Infrastructure investment. New Straits Times. Retrieved from

http://web6.infotrac.galegroup.com

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. (2008). Kuala Lumpur Structure Plan 2020.

Retrived from

http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/english/infrastructure_and_utilities/index.ht

m

Fellows, R., & Liu, A. (2003). Research Methods for Construction. Quarterly

Journal of Economics. https://doi.org/10.11113/jt.v70.2804

Gharehbaghi, K. & Manus, K. M., (2003), The Construction Manager as a Leader.

Leadership and Management in Engineering, 3(1), 56-58.

Harris, F., & Caffer, R. M. (2013). Modern Construction Management. UK: John

Wiley & Sons, Ltd.

Hart, C. (1999). Doing a Literature Review (Book). book (Vol. 6).

https://doi.org/10.1017/S1049096506060264

Hossain, M. A., & Chua, D. K. H. (2014). Overlapping design and construction

activities and an optimization approach to minimize rework. International

Journal of Project Management, 32(6), 983–994.

https://doi.org/10.1016/j.ijproman.2013.10.019

Ilveskoski, O., & Niittymaki, S. (2008). Construction Managment Study book.

Hameenlinna, Finland: Hame University of Applied Research.

JKR. (2009). Malaysian roads, 1–6.

Page 118: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Kvale, S. & Brinkmann, S. (2009). Interviews. Learning the Craft of Qualitative

Researcch Interviewing. (2nd Ed.). Thousand Okas, CA: Sage.

Lee, C. (2011). Infrastructure and Economic Development. Malaysia: Policies and

Issues in Economic Development, (50), 423–436.

Leinbach, T.R. (1989). South-East Asia Transport - Issues in Development.

Singapore: Oxford University Press.

Martjin Trebbe et al. (2014). 4D CAD models to support the coordination of

construction activities. Journal of Automation in Construction, 83-91.

Meng, K. K., (2015). Coordination Problems in Complex Construction Project.

Johor: Universiti Teknologi Malaysia

Naidu, G. (2008). Infrastructure Development in Malaysia. In Kumar, N. (Eds.),

International Infrastructure Development in East Asia-Towards Balanced

Regional Development and Integration, (pp. 204–227). Chiba: IDE JETRO.

Ng, K. W. A., & Price, P. D. F. A. (2008). Causes Leading to Poor site Coordination

in Building Projects. An International Journal, 167–172.

Noorfazilah, (2014). Keberkesanan Pengurusan Projek Persimpangan Bertingkat

Pandan Indah Mrr2 Kuala Lumpur Ke Atas Tempoh Pembinaan: Satu Kajian

Kes. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Noresah, Baharom. (2007). Kamus Dewan (Edisi ke empat). Kuala Lumpur,

Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Olszewski, P. (2015). Road infrastructure development in Singapore and Malaysia.

Asia Pacifis Journal of Transport, 3(1), 1-16.

Osman , O. (2006). Pengurusan Pembinaan: Konsep, Strategi dan Aplikasi. Usm

Pulau Pinang Malaysia: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Page 119: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Pennypacker, J.S. (2002). Managing Multiple Project. New York: Marcel Dekker

Inc.

Potter, S. (2004). Undertaking a Literature Review. Doing Postgraduate Research,

4(4), 411–429. https://doi.org/10.1177/107808747000500401

Rauzana, A. (2016). Causes of Conflicts and Disputes in Construction Projects. IOSR

Journal of Mechanical and Civil Engineering, 13(5), 44–48.

https://doi.org/10.9790/1684-1305064448

Runeson, P. & Host, M. (2009) Guidelines for conducting and reporting case study

research in software engineering. Retrieved from

http://portal.research.lu.se/portal/files/2838283/1276782.pdf

Saunders, M., Lewis, P., & Thornhill, A. (2009). Understanding research

philosophies and approaches. Research Methods for Business Students 4, 106–

136. https://doi.org/10.1176/appi.ajp.162.10.1985

Soeharto, (2001).Project Management. Erlangga, Jakarta.

Sidawi, B. (2012). Management problems of remote construction projects and

potential IT solutions: The case of Kingdom of Saudi Arabia. Electronic

Journal of Information Technology in Construction, 17(2007), 103–120.

Yin, R. K. (2003). Case Study Research: Design and Method (3 ed, Vol.5). Thousand

Oaks: SAGE Publications Inc.

Whitfield, J. (2012). Conflict in Construction. West Sussex, UK: John Wiley & Sons,

Ltd.

Page 120: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

LAMPIRAN

Page 121: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

SOALAN TEMUBUAL ( SEPARA

STRUKTUR)

TAJUK KAJIAN

Pengurusan Projek Bertindan Antara Kontraktor

OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk mengenalpasti masalah-masalah dan isu yang timbul antara kontraktor

ketika dalam fasa perancangan dan pembinaan.

2. Untuk mengetahui strategi dan usaha yang diambil bagi menangani masalah

tersebut.

MAKLUMAT

Soalan temubual ini mengandungi tiga bahagian:

Kerjasama anda amatlah dihargai. Terima kasih.

Penyelia: Assoc. Prof. Sr Dr Sarajul Fikri Bin Mohamed

Nama: Nur Khairunnisa Binti Sayudi

No IC: 940420-14-6162

No Matriks: A14BE0113

Bahagian A: Latar Belakang Responden & Projek

Bahagian B: Masalah & Isu Projek

Bahagian C: Strategi & Usaha Menangani Masalah Yang Timbul

Semua maklumat adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan kajian ini sahaja. Data

yang diperoleh tidak akan diterbitkan mahupun dipaparkan kepada orang awam.

No Rujukan.

Page 122: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

No Tel: 011-25410090

Email: [email protected]

Bahagian A :

Maklumat Responden

Nama Responden : _____________________________________

Nama Syarikat : _____________________________________

Jawatan : _____________________________________

Pengalaman : _____________________________________

Cop dan Tanda tangan : _____________________________________

Maklumat Projek

Projek : _____________________________________

Klien : _____________________________________

Skop Kerja : _____________________________________

Tempoh : _____________________________________

Cop Syarikat :

Page 123: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Bahagian B : Masalah & Isu Projek

1. Apakah perbezaan projek ini dengan projek bangunan atau jalan raya yang

lain?

i. Kaedah / Cara Kerja : ________

ii. Jadual Kerja : ________

iii. Pengurusan tapak : ________

Masalah :

1. Adakah terdapat masalah-masalah berikut yang pernah atau di alami di tapak

bina sepanjang proses pembinaan setelah pihak kontraktor kedua memasuki

tapak bina ?

i. Laluan Akses : ________

ii. Tempat Kerja : ________

iii. Lalulintas Jalan Raya : ________

iv. Aktiviti Kerja : ________

v. Reka Bentuk : ________

vi. Keselamatan : ________

vii. Program Kerja : ________

viii. Lain-lain : ________

Page 124: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

2. Berikan skala bagi tahap impak setiap masalah-masalah tersebut terhadap

keseluruhan projek pembinaan.

i. Laluan Akses : ________

ii. Tempat Kerja : ________

iii. Lalulintas Jalan Raya : ________

iv. Aktiviti Kerja : ________

v. Reka Bentuk : ________

vi. Keselamatan : ________

vii. Program Kerja : ________

viii. Lain-lain : ________

Bahagian C : Strategi & Usaha Menangani Masalah Yang Timbul

Soalan Umum :

1. Apakah ciri-ciri dan perkara paling penting bagi setiap pengurus projek

binaan dalam menguruskan projek seperti ini

i. Pengurusan: : ________

ii. Penyelesaian Masalah : ________

iii. Lain-Lain : ________

RUJUKAN TAHAP KESAN

5 Sangat Mempengaruhi Dengan Ketara

4 Sangat Mempengaruhi

3 Mempengaruhi

2 Kurang Mempengaruhi

1 Tidak Mempengaruhi

Page 125: PENGURUSAN PROJEK BERTINDAN ANTARA KONTRAKTOR

Strategi :

1. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi menyelesaikan masalah-masalah

yang dinyatakan di atas?

iv. Laluan Akses : ________

v. Tempat Kerja : ________

vi. Lalulintas Jalan Raya : ________

vii. Aktiviti Kerja : ________

viii. Reka Bentuk : ________

ix. Keselamatan : ________

x. Program Kerja : ________

xi. Lain-lain : ________

Soalan Tamat

Terima Kasih Atas Kerjasama Anda