pengurusan pembelajaran ( tajuk : tingkah laku devian )_tugasan kumpulan sem 1_uthm

9
UNIVERSITI TUN HUSSESIN ONN MALAYSIA PENGURUSAN PEMBELAJARAN BBD18104 8.2 PENGURUSAN DEVIAN DAN SALAH LAKU AHLI KUMPULAN : 1)SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN (DB100321) 2)ROSDI BIN RAMLI (DB100316) 3)SAADAH BINTI MASRANI (DB10001) 4)SAKTHI REKKA A/P JAYAGOGOLAN (DB100921) 5)ROSHALIZA BINTI RAHMAT (DB100017)

Upload: rosdi-ramli

Post on 26-May-2015

3.002 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM

UNIVERSITI TUN HUSSESIN ONN MALAYSIA

PENGURUSAN PEMBELAJARANBBD18104

8.2 PENGURUSAN DEVIAN DAN SALAH LAKU

AHLI KUMPULAN :1)SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN (DB100321)2)ROSDI BIN RAMLI (DB100316)3)SAADAH BINTI MASRANI (DB10001)4)SAKTHI REKKA A/P JAYAGOGOLAN (DB100921)5)ROSHALIZA BINTI RAHMAT (DB100017)

Page 2: Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM

DEFINISI SALAH LAKU DEVIAN

Menurut Kamus Dewan (2003), tingkah laku devian didefinisikan sebagai

perlakuan yang menyimpang atau melencong. Azizi et al. (2005)

Menyatakan bahawa tingkah laku devian membawa maksud tingkah laku

yang melanggar norma-norma masyarakat tertentu. Ianya juga ditakrifkan

sebagai sebarang tingkah laku yang tidak memenuhi norma-norma sosial

sesuatu kumpulan atau masyarakat (Rohana, 1996).

Albert Cohen (Azizi et al., 2005) mentakrifkan tingkah laku devian

sebagai kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan, iaitu

Jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu sistem

sosial.

Page 3: Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM

FAKTOR PENYEBAB TINGKAH LAKU DEVIAN Konsep kendiri yang rendah di mana remaja ini

melihat diri mereka dari perspektif yang negatif, penghargaan kendiri yang rendah, tidak mempunyai matlamat tertentu dalam kehidupan dan kurang memikirkan tentang sumbangan mereka kepada masyarakat (Byrne, et al., 1981).

Faktor psikologi yang menyumbang kepada tingkah laku delinkuen ialah apabila wujudnya emosi yang tidak gembira hasil dari faktor persekitaran seperti hubungan kekeluargaan yang longgar, keluarga berpecah dan kurang perhatian daripada keluarga atau ibubapa.

Konflik dalam keluarga juga boleh menjadi faktor penyebab ketidakstabilan emosi yang boleh membawa kepada tingkah laku devian.

Kajian oleh Loeber (1986) dan Rowe (1992) mendapati bahawa kebanyakan remaja yang terlibat dalam tingkah laku devian sejak usia kanak-kanak mempunyai ahli keluarga atau ibu bapa yang juga pernah bertingkah laku sedemikian.

Page 4: Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM

Ibu bapa, sebagai pengurus dan pentadbir dalam sesebuah keluarga merupakan model utama yang diikuti oleh anak-anak.

Kajian oleh Patterson (1989) dan Dishion, et.al., (1991) mendapati bahawa pengaruh keluarga dan rakan sebaya saling berkaitan dalam pembentukan tingkah laku anti sosial remaja.

Page 5: Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM

JENIS-JENIS SALAH LAKU DEVIAN

Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan) dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain).

Page 6: Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM

CARA MENGATASI Ibu bapa yang autoritatif mengawal dan

bertanggungjawab terhadap anakanak mereka. Gaya asuhan mereka yang bersifat rasional dan demokratik dapat membentuk anak-anak yang berfikiran positif, aktif bersosial, bertanggung jawab, dan mempunyai kompeten daripada aspek kognitif.

komunikasi antara ibu bapa dan anak yang baik, suasana keluarga yang tenteram(Clark dan Shields, 1997; ;Sokol-Katz et al., 1997).

Menurut Baumrind (1989), kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang demokratik cenderung menjadi lebih bertenaga, suka menjelajah, mempunyai perasaan ingin tahu tinggi, berdedikasi, dapat mengawal diri, puas hati dengan diri dan bersikap positif terhadap rakan sebaya.

Page 7: Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM

remaja yang mendapat lebih perhatian ibu bapa memiliki nilai

positif berbanding remaja lain. Cara didikan autoritatif yang diamalkan oleh ibu bapa menghasilkan gejala sosial paling rendah di kalangan remaja.(Universiti Islam Antarabangsa)

Page 8: Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM

ISU SEMASA (PONTENG SEKOLAH)Secara umum kebarangkali antara punca dan masalah ini ialah:-

1)Pelajar bersikap malas untuk ke sekolah atau kelas tertentu.

2)Pelajar TIDAK MINAT SUDAH UNTUK BELAJAR.

3)Pelajar mempunyai masalah peribadi sehinggakan malas untuk datang ke sekolah tau masuk kelas tertentu.

4)Pelajar terpengaruh dengan pelbagai macam hiburan (khususnya di bandar) lalu

malas ke sekolah.

5)Pelajar terpengaruh dengan rakan sebaya yang sudah tidak bersekolah.

6)Pelajar tiada matlamat dalam pembelajaran mereka lalu bersikap tidak mengambil berat terhadap pembelajaran.

7)Masalah kemiskinan keluarga pelajar menyebebkan kekurangan serba serbi lalu

malas ke sekolah kerana terpaksa kerja dan sebagainya.

Page 9: Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM

CARA MENGATASI: UNTUK MENGATASI MASALAH INI BUKANLAH PERKARA

MUDAH...MEMERLUKAN KOMITMEN DAN DEDIKASI SEMUA PIHAK.Antara cara penyelasaian nye ialah:

1)Menguatkuasakan peraturan sedia ada berkaitan hal ini di sekoolah.

2)Memberikan tumpuan khusus golongan ini oleh pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru kelas.

3)Pihak kaunseling perlu mengadakan satu program khas bagi memulihkan pelajar yang serikali ponteng.

4)Mempelbagaikan KAEDAH MENGAJAR agar pelajar minat ke sekolah.

5)Mewujudkan pelbagai aktiviti Ko Kurikulum yang menarik minat pelajar ke sekolah.

6)Mengwujudkan dan mengaktifkan lagi Program Pembimbing Rakan Sebaya dalam mengurangkan atau mengatasi masalah ini.

7) Pihak sekolah dan PIBG senentiasa dari masa ke semasa secara berterusan berusaha berkerjasama untuk menyelasaikan masalah ini.

8)Semua ibu bapa mestilah mengambil berat dan memberikan perhatian serta kerjasama kepada pihak sekolah untuk mengatasi masalah ini.

9)Seluruh masyarakat seharusnya memberikan kerjasama dalam mengatasi masalah ini...khususnya dari segi mewujudkan SATU BUDAYA YANG MEMENTINGKAN ILMU SERTA MENGGALAKKAN PELAJAR RAJIN ke sekolah.