pengurusan panitia

Upload: nida-ishak

Post on 05-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

filing

TRANSCRIPT

UNIT PENGURUSAN AKADEMIKPEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

PANITIA MATA PELAJARAN

SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN

1. Memperoleh sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang terkini.2. Menyedia dan menyelaraskan rancangan pelajaran tahunan3. Memilih dan mencadangkan buku kerja jika perlu kepadajawatankuasa kurikulum.4. Memilih dan mencadangkan buku bacaan tambahan untuk kegunaan panitiapelajaran dan pusat sumber sekolah.5. Mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran.6. Merancang dan melaksanakan program peningkatan prestasi akademik7. Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan, menganalisis keputusan peperiksaandan menyusun strategi mengatasi kelemahan murid.8. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli panitia mata pelajaran yangberkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.9. Menyedia dan memperoleh bahan bantu mengajar.10. Merancang program khas untuk membantu murid-murid bermasalah 3M/berprestasi rendah.11. Menyedia dan memastikan prosedur keselamatan dipatuhi.12. Memastikan bilik khas berada dalam keadaan kondusif untuk pengajaran danpembelajaran.13. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan kurikulum.14. Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan.15. Mengurus dan menyemak stok.16. Memastikan fail-fail panitia berada dalam kemas kini.17. Memilih dan membentuk jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk menguruskan sesuatu akitiviti.

PANDUAN BUKA FAIL

1. Daftarkan di dalam buku daftar fail sekolah ( pejabat )2. Tuliskan Perkara: BAHASA MELAYU ( tulis tangan )- mesti sama dgn apa yg didaftarkan tulis secara penuh(bukan dalam bentuk singkatan) 3. Tuliskan kod yang ditetapkan (contoh: 600/4/01/01)- lihat perincian di bawah4. Tuliskan tarikh kandung pertama : tarikh minit pertama 5. Didaftarkan dibawah perkara : lihat buku daftar jika ada 6. Tebuk lubang 1.5 inci ( KE BAWAH ) DAN 1 inci dari tepi tulang fail dengan penebuk lubang 7. Tiada lambang sekolah. mesti original ( Am 435 pin. 1/80 ) 8. Kertas Minit hendaklah diletakkan di belakang kulit hadapan9. Nombor yang dicatatkan di kertas minit mestilah sama dengan nombor yang dicatatkan di penjuru atas dokumen yang dikandungkan di dalam fail

PANDUAN TUTUP FAIL

1. No minit mencapai :100 atau tebal fail 4cm (yang mana dahulu)2. Nombor fail baru sama 600/4/01/01 JILID 23. Fail lama ikat dengan tali putih; Letak belakang fail baru ATAU tempat yg boleh dicari

PANDUAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

Setiap organisasi memerlukan sistem penyimpanan rekod yang baik. Sekolah yang berkualiti adalah sekolah yang dapat menampilkan imej pengurusan yang bermutu tinggi melalui pendokumentasian maklumat dan rekod. Sistem Fail adalah salah satu kriteria kualiti yg mesti bersistem, mudah dirujuk, mudah diperolehi dan selamat.

PANDUAN PENGISIAN DOKUMEN DALAM FAIL PANITIA

1- FAIL SURAT MENYURAT AM (600-4/X/1)

1Kertas minit

2Surat masuk

3Surat keluar

4Surat panggilan mesyuarat

5Memo

6Surat pekeliling ikhtisas (jika ada)

2- FAIL MINIT MESYUARAT (600-4/X/2)

1Kertas minit

2Surat /Memo panggilan mesyuarat

3Minit mesyuarat kurikulum

4Minit mesyuarat panitia

5Lampiran berkaitan minit mesyuarat

6Maklum balas minit mesyuarat

3- FAIL MAKLUMAT PANITIA (600-4/X/3)

1Kertas minit

2Biodata guru

3Jadual waktu terkini guru

4Jawatankuasa panitia @ carta organisasi

5Jadual pencerapan guru

6Jadual pemeriksaan buku latihan

7Senarai ABM/ BBM, buku kerja / teks / rujukan

4- FAIL SP/HSP/DSK/RPT (600-4/X/4)

1Kertas minit

2Sukatan setiap tahun / tingkatan

3Huraian sukatan setiap tahun / tingkatan

4Dokumen standard kurikulum

5Rancangan Pelajaran Tahunan

5- FAIL RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN/ PENINGKATAN PANITIA (600-4/X/5)

1Kertas minit

2Perancangan strategik

3Perancangan aktiviti peningkatan akademik

4Kertas kerja / cadangan aktiviti panitia

5Laporan dan post mortem aktiviti panitia

6- FAIL MAKLUMAT PEPERIKSAAN (600-4/X/6)

1Kertas minit

2Jadual peperiksaan dalaman dan awam

3Analisis peperiksaan dalaman dan awam

4Post mortem peperiksaan dalaman dan awam

5Jadual spesifikasi ujian / item peperiksaan

6Analisis item peperiksaan

7- FAIL BANK / KOLEKSI SOALAN (600-4/X/7)

1Kertas minit

2Soalan dua tahun terakhir peperiksaan dalaman

3Soalan dua tahun terakhir peperiksaan awam

4Bank soalan samada bercetak atau soft copy (CD )

SISTEM PENOMBORAN FAIL PANITIA MATA PELAJARANContoh : 600/4/01/1600 BIDANG KURIKULUM 4 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN 01 KOD BAGI MATA PELAJARAN (CONTOH: BAHASA MELAYU). KOD BAGI MATA PELAJARAN DITENTUKAN OLEH PIHAK SEKOLAH SEBAGAIMANA YANG DIDAFTARKAN 1 NOMBOR FAIL SURAT-MENYURAT