pengurusan kecederaan

8
PENGURUSAN KECEDERAAN /BANTU MULA Semua kecederaan sukan yang dialami semasa bertanding atau latihan mestilah diuruskan dan diperiksa untuk menentukan sama ada mangsa itu dibenarkan meneruskan latihan atau beraksi atau dirujuk dengan segera kepada pakar perubatan. Terdapat beberapa kaedah pengurusan menilai kecederaan sukan. KAEDAH BANTU MULA Terdapat dua kaedah bantu mula yang sering di gunakan semasa kecemasan,iaitu kaedah T.O.T.A.P.S. dan kaedah D.R.A.B.C. Kedua- dua kaedah ini adalah langkah -langkah pemeriksaan terhadap mangsa sebelum memberi pertolongan cemas kepada mangsa. PENGURUSAN KECEDERAAN PENILAIAN KECEDERAAN BERMULA DENGAN S -STOP : Hentikan semua bentuk aktiviti fizikal T - TALK : bercakap dengan atlit O - OBSERVE : memerhati jika terdapat sebarang perubahan pada pergerakan, otot P - PREVENT FURTHER INJURY T.O.T.A.P.S DIGUNAKAN SEMASA Sekiranya mangsa dalam keadaan sedar maka bantuan awal yang perlu dilakukan ialah T.O.T.A.P.S dan jika mangsa tersebut tidak sedar, maka bantuan yang sesuai diberikan ialah D.R.A,B,C. Maksud T.O.T.A.P.S 1. T=TALK- Bercakap dengan mangsa (bolehkah mangsa itu bercakap, bertanya kepadanya peringkat kesakitan dan tempat kecederaan.)

Upload: elizabeth-peter

Post on 10-Nov-2015

167 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

PENGURUSAN KECEDERAAN /BANTU MULASemua kecederaan sukan yang dialami semasa bertanding atau latihan mestilah diuruskan dan diperiksa untuk menentukan sama ada mangsa itu dibenarkan meneruskan latihan atau beraksi atau dirujuk dengan segera kepada pakar perubatan. Terdapat beberapa kaedah pengurusan menilai kecederaan sukan.KAEDAH BANTU MULATerdapat dua kaedah bantu mula yang sering di gunakan semasa kecemasan,iaitu kaedah T.O.T.A.P.S. dan kaedah D.R.A.B.C. Kedua-dua kaedah ini adalah langkah -langkah pemeriksaan terhadap mangsa sebelum memberi pertolongan cemas kepada mangsa.PENGURUSAN KECEDERAANPENILAIAN KECEDERAAN BERMULA DENGANS -STOP : Hentikan semua bentuk aktiviti fizikalT - TALK : bercakap dengan atlitO - OBSERVE : memerhati jika terdapat sebarang perubahan pada pergerakan, ototP - PREVENT FURTHER INJURY

T.O.T.A.P.S DIGUNAKAN SEMASASekiranya mangsa dalam keadaan sedar maka bantuan awal yang perlu dilakukan ialah T.O.T.A.P.S dan jika mangsa tersebut tidak sedar, maka bantuan yang sesuai diberikan ialah D.R.A,B,C.Maksud T.O.T.A.P.S1. T=TALK- Bercakap dengan mangsa (bolehkah mangsa itu bercakap, bertanya kepadanya peringkat kesakitan dan tempat kecederaan.)2. O=OBSERVE Pemerhatian (perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa terutamanya kecederaan yang dialami ke atas kepala mangsa)3. T=TOUCH Sentuh (rasakan tempat kecederaan, periksa sebarang bengkak atau deformiti anggota badan tersebut).

4. A=ACTIVE MOVEMENT - Pergerakan Aktif (suruh mangsa gerakkan anggota badan yang cedera, sekiranya mangsa rasa sakit rujuk kepada pakar perubatan dengan segera).5. P=PASSIVE MOVEMENT - Pergerakan Pasif (gerak perlahan bahagian yang tercedera untuk periksa tahap kecederaan. Regangkan otot dan benarkan mangsa kembali beraksi setelah pasti dengan sepenuhnya kecederaan tidak serius).6. S=STAND - Berdiri (suruh mangsa itu berdiri, jalan, lari dan lompat untuk mempastikan tahap kecederaan. Benarkan mangsa sambung bermain bila tiada tanda kecederaan yang khusus).

LANGKAH-LANGKAHPertama bercakap atau bertanya tentang peringkat kesakitan dan tempat kecederaan yang dihadapi oleh mangsa. Contoh soalan yang boleh ditanya ialah, apakah yang telah berlaku?, adakah anda berasa sakit?, dan di bahagian manakah anda berasa sakit.Soalan-soalan ini boleh membantu kita mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan juga keadaan mangsa. Bercakap dengan si mangsa juga dapat menenangkannya dan juga untuk mendapatkan maklumat tentang peristiwa atau kemalangan yang telah berlaku. Pembantu mula juga boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada rakan si mangsa atau penonton yang ada. Tujuan untuk bertanya ialah membolehkan pembantu mula terus fokus kepada bahagian yang cedera.Langkah yang kedua ialah membuat pemerhatian. Beri perhatian kepada penafasan dan perubahan denyut nadi mangsa sama ada normal atau tidak. Periksa bahagian mulut dan hidung jika terdapat sesuatu yang menyekat laluan udara semasapernafasan. Jika berlaku pendarahan , perhatikan jenis pendarahan itu. Pada masa yangsama perhatikan wajah si mangsa. Adakah ia sedang menahan kesakitan, kelihatan pucat atau terkejut. Beri fokus kepada kecederaan yang dihadapi oleh mangsa contohnya luka ,bengkak, atau sesuatu yang tidak normal dibahagian yang cedera terutananya di bahagian kepala.Langkah yang ketiga ialah sentuh. Sentuh tempat kecederaan dan periksa sebarang bengkak atau deformiti anggota badan. Perhatikan dan periksa tempatkecederaan dan keadaan mangsa, terutama yang dialami pada bahagian kepala. Sentuh bahagian badan mangsa yang cedera dengan berhati -hati. Tujuan utama sentuhan dengantangan adalah untuk mentafsir darjah kecederaan itu. Contohnya, bengkak atau sesuatu yang tidak normal pada bahagian yang cedera. Langkah yang keempat ialah pergerakan aktif. Pembantu awal kecederaan perlumeminta mangsa mengerakkan anggota yang cedera. Contoh pergerakan aktif ialahmengerakkan pergelangan tangan yang cedera. Ini penting untuk menilai sejauh manatahap kecederaan yang dihadapi oleh mangsa. Sekiranya mangsa merasa sakit, rujuk danmembawa mangsa kepada doktor.Langkah yang kelima ialah membuat pergerakan pasif iaitu meminta mangsamengerakkan bahagian yang cedera secara perlahan untuk memeriksa tahap kecederaan.Jika mangsa didapati mengalami kecederaan maka pergerakan pada anggota yang cederaperlu diminimumkan.Langkah yang keenam iaitu meminta mangsa berdiri, berjalan, berlari danmelompat untuk menilai tahap kecederaan. Regangkan otot dan benarkan mangsa bera ksisetelah pasti kecederaan tidak serius.

KAEDAH D.R.A.B.CMaksud D.R.A.B.CD: Danger, Check for danger to self, others and casualty.

R: Response, Is the casualty conscious?

A: Airway, Check the casualty's airway is clear.

B: Breathing, Is the casualty breathing?

C: Circulation, Do they have a pulse?

D: Danger atau bahayaSebagai penyelamat, syarat utama adalah keselamatan. Kita mestilah memastikan keadaan persekitaran yang selamat untuk kita bertindak sebagai penyelamat. Tak guna kalau kita juga bakal menjadi mangsa pulak kerana cuba menyelamat. Contohnya, mangsa yang terkena kejutan elektrik. Mangsa kelihatan tidak bernafas, sebagai penyelamat kita mesti memastikan mangsa sudah bebas dari aliran elektrik dan juga persekitaran mangsa juga selamat dari mengelakkan kita pula yang terkena renjatan elektrik.

R: Response atau tindakbalasSetelah semuanya selamat, cuba periksa tindakbalas mangsa iaitu bayi dalam kursus ini. Panggil nama bayi itu, goncang perlahan tubuhnya dan juga boleh juga digeletek kakinya. Jika mangsa tidak memberi tindakbalas, sebagai penyelamat, kita harus bertenang dan segera meminta bantuan sesiapa di sekeliling untuk menelefon ambulance. Jika tiada sesiapa yang dapat membantu kita, terus berikan CPR atau bantuan pernafasan dahulu lebih kurang satu minit dan kemudian menghubungi talian kecemasan 999.

A: Airway atau saluran pernafasan iaitu mulut mangsaPeriksa mulut atau hidung bayi agar ia bebas dari sebarang benda yang akan menahan saluran pernafasan terbabit. Seterusnya dengan menggunakan satu jari tolakkan dagu bayi supaya kepala bayi tersebut sedikit terdongak agar saluran pernafasannya terbuka luas. Dagu bayi mesti kelihatan selari dengan dadanya. Letakkan telinga di mulut dan hidung bayi disamping mata memandang dada bayi itu untuk memastikan sama ada bayi itu masih bernafas atau tidak. Jika tidak, teruslah memberikan bantuan pernafasan.

B: Breathing atau pernafasanJika bayi kelihatan tidak bernafas, teruslah dengan memberikan 5 kali bantuan pernafasan dengan menekup mulut dan hidung dengan mulut kita dan terus meniupkan udara ke saluran pernafasan (mulut dan hidung) bayi terbabit. Seterusnya lakukan tekanan (compression) dengan menggunakan dua jari (jari telunjuk dan jari hantu) di tengah bawah dada iaitu di antara rusuk kanan dan kiri di mana terletaknya diaphragm. Ini membantu pengaliran udara yang ditiup tadi ke seluruh badan bayi. Lakukan sebanyak 30 kali 'compression'. Seterusnya berikan 2 kali bantuan pernafasan dan 30 kali compression atau tekanan di dada.

C: Circulation/Compression atau peredaran udaraTekanan seperti yang disebut di atas sangat penting bagi memastikan peredaran udara ke seluruh badan mangsa. Ulang dan ulang dengan 2 kali hembusan ke saluran pernafasan mangsa dan 30 tekanan di dada sehingga bantuan kecemasan tiba atau sehingga mangsa kelihatan bernafas.

RAWATAN KECEDERAAN RICEBiasanya apabila kecederaan seperti terseliuh dan kontusi berlaku, mereka yang tiada pengetahuan tentang kecederaan sukan dan rawatan ais akan terus bertindak dengan mengurut bahagian yang cedera. Mengurut atau menggosok akan menjadi kecederaan itu bertambah serius. Dalam perubatan sukan ( sport medicine ), rawatan R.I.C.E adalah digalakkan sebagai bantu mula kepada si mangsa yang mengalami kecederaan tisu lembut.Tindakan awal ke atas kecederaam tisu lembut. Rawatan R.I.C.E.- 1. R ( Rest ) : Merehatkan bahagian yang cedera.R Untuk Rest bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.

Pelajar / atlit terlibat tidak dibenarkan meneruskan aktiviti fizikalnya.2. I ( Ice ) : I Untuk Ice bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh menghadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit

Menggunakan ais pada bahagian yang cedera. Ais boleh diaplikasikan secara langsung atau tidak langsung. Jika langsung, ketulan ais perlu digerakkan dalam pergerakan bulatan. Aplikasi ais selama 5-10 minit dan ulang setiap 3 jam atau 4 kali sehari, jika boleh berbuat demikian.

Penggunaan ais perlu diadakan dalam 24 jam pertama untuk mengelakkan bengkak kerana pengumpulan cecair di tempat yang cedera.

Penggunaan ais ini boleh diteruskan sehingga 48 jam atau lebih. Walau bagaimanapun, penggunaan ais ini akan menyebabkan bahagian terlibat berasa kebas.

3. C ( Compression ) : C Untuk Compression bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.

Tekanan dikenakan pada bahagian yang cedera dengan dua cara. Pertama,cara tidak langsung dengan pembalut bahagian cedera, menggunakan bandage atau pita pelekat kain. Kedua, cara langsung, iaitu dengan tekanan tangan.Perhatian perlu diberi supaya ikatan tidak terlalu ketat sehingga mengganggu pengalirandarah.4. E ( Elevation ) : E Untuk Elevation bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/oedema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.

Menaikkan bahagian yangcedera ke paras lebih tinggi dari paras jantung. Ini boleh dilakukan dengan mengangkatkan kaki yang cedera ke atas bangku sambil berbaring

Nota :Dalam masa 72 jam pertama sebarang urut pada bahagian yang cedera tidak dibenarkan. Selepas 72 jam, mula dengan pergerakan perlahan diikuti dengan berlari perlahan. Sekiranya tidak rasa sakit di bahagian yang cedera, murid dianggap telah pulih.Rawatan Kejang Otot:

Jika betis yang terlibat-luruskan lutut dan tolak hujung kakinya perlahan-lahan ke belakang menghala ke tulang kering. Urut otot betis perlahan-lahan. Jika berlaku di paha-luruskan lutut dan angkat kaki tersebut ke atas. Jika berlaku di bahagian depan paha, bengkokkan lutut dan urut tempat yang terlibat perlahan-lahan dengan jejari.Tuamkan atau demah dengan ais atau bahang panas pada kawasan yang terlibat. Ais dapat membantu melegakan otot dan memperlahankan sebarang keradangan. Bahang panas merupakan pilihan yang terbaik jika kekejangan berlaku dalam persekitaran yang sejuk