penguatkuasaan undang

2
Penguatkuasaan Undang-undang Terdapat banyak akta dan undang-undang telah digubal untuk mengawal kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Antaranya termasuklah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Kawalan Pencemaran Air 1979, Akta Pembangunan Mineral, 1994, Akta Perikanan 1985, Akta Perhutanan Negara 1984, dan Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Agensi kerajaan seperti jabatan Alam Sekitar, bertanggungjawab menguatkuasakan akta dan undang-undang ini. Jika pihak berkuasa yang berkaitan mendapati terdapat pihak yang melanggar akta dan undng-undang tersebut, maka hukuman seperti denda, penjara, atau menggantung lesen operasi harus dikenakan terhadap pihak yang berkenaan. Selain itu, pihak berkuasa juga harus mewajibkan pihak yang terbabit menanggung kos pemuliharaan atau kos pembersihan sepenuhnya. Hukuman yang lebih berat ini mungkin akan dapat mencegah aktiviti yang memudaratkan alam sekitar dengan lebih berkesan. Pihak kerajaan melalui penggubalan dan penguatkuasaan undang- undang juga mewajibkan pengusaha-pengusaha kilang memasang alat- alat pencegah dan rawatan pencemaran seperti alat penapisan asap, sistem pembetungan air kumbahan, dan loji pelupusan bahan toksik bersepadu. Jabatan Perhutanan juga mengetatkan kawalan dan pemantauan terhadap kegiatan pembalakan. Renjer-renjer hutan kerap melakukan rondaan dan tinjauan untuk memastikan aktiviti pembalakan berjalan mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan. Langkah mengehadkan pengeluaran lesen pembalakan dan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pihak yang melakukan pembalakan haram juga penting dalam mengawal pembalakan secara berleluasa. Penghutanan Semula

Upload: shadyrulez7

Post on 06-Jun-2015

5.411 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penguatkuasaan  Undang

Penguatkuasaan Undang-undang

Terdapat banyak akta dan undang-undang telah digubal untuk mengawal kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Antaranya termasuklah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Kawalan Pencemaran Air 1979, Akta Pembangunan Mineral, 1994, Akta Perikanan 1985, Akta Perhutanan Negara 1984, dan Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

Agensi kerajaan seperti jabatan Alam Sekitar, bertanggungjawab menguatkuasakan akta dan undang-undang ini. Jika pihak berkuasa yang berkaitan mendapati terdapat pihak yang melanggar akta dan undng-undang tersebut, maka hukuman seperti denda, penjara, atau menggantung lesen operasi harus dikenakan terhadap pihak yang berkenaan. Selain itu, pihak berkuasa juga harus mewajibkan pihak yang terbabit menanggung kos pemuliharaan atau kos pembersihan sepenuhnya. Hukuman yang lebih berat ini mungkin akan dapat mencegah aktiviti yang memudaratkan alam sekitar dengan lebih berkesan.

Pihak kerajaan melalui penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang juga mewajibkan pengusaha-pengusaha kilang memasang alat-alat pencegah dan rawatan pencemaran seperti alat penapisan asap, sistem pembetungan air kumbahan, dan loji pelupusan bahan toksik bersepadu.

Jabatan Perhutanan juga mengetatkan kawalan dan pemantauan terhadap kegiatan pembalakan. Renjer-renjer hutan kerap melakukan rondaan dan tinjauan untuk memastikan aktiviti pembalakan berjalan mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan. Langkah mengehadkan pengeluaran lesen pembalakan dan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pihak yang melakukan pembalakan haram juga penting dalam mengawal pembalakan secara berleluasa.

Penghutanan Semula

Penebangan hutan untuk kegiatan pembalakan, pertanian, dan pembangunan telah menyebabkan hutan semula jadi semakin diancam kepupusan. Oleh itu, program penghutanan semula telah dilakukan oleh Jabatan Perhutanan.

Penghutanan semula dilaksanakan dengan cara menanam semula pokok-pokok berharga, cepat matang, dan tahan daripada serangan penyakit di kawasan yang telah ditebang untuk pembalakan. Antara spesies pokok yang ditanam ialah akasia, pain, batai, dan yemane. Kawasan tersebut akan menjadi hutan semula apabila spesies kayu balak yang ditanam matang dalam tempoh 10 tahun hingga 15 tahun.