penglibatan usahawan negeri pahang dalam program … · bumiputera (kub) yang juga berlangsung di...

6
PENGLIBATAN USAHAWAN NEGERI PAHANG DALAM PROGRAM SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) ZON TIMUR 2019 PADA 15 HINGGA 16 FEBRUARI 2019 DI PUSAT DAGANGAN TERENGGANU (TTC), KUALA TERENGGANU KUALA TERENGGANU, 17 Februari 2019 - Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (TPU) Terengganu telah menganjurkan Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Zon Timur 2019 pada 15 hingga 16 Februari 2019 bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu yang disertai oleh usahawan SDSI dari Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Program SDSI Zon Timur 2019 bertujuan untuk menghimpunkan produk atau perkhidmatan mikro PKS, PKS dan koperasi yang berpotensi dari seluruh Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Negeri Terengganu telah menjadi hos kepada penganjur program SDSI Zon Timur ini yang julung kali diadakan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED). Sehubungan itu, pihak MED telah melantik Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Pahang sebagai Jawatankuasa Program dan Jualan bersama pihak ICU Pahang serta SME Corp cawangan Pahang. Program SDSI Zon Timur 2019 ini telah berjaya mengumpulkan lebih 500 usahawan dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan yang menampilkan pelbagai pameran serta jualan produk dan perkhidmatan SDSI berkualiti dari pelbagai daerah di Negeri Pantai Timur. Dalam masa yang sama, usahawan juga berpeluang menyertai Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera (KUB) yang juga berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Majlis perasmian dua program berkenaan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, YH. Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof pada pagi 16 Februari 2019. Kali ini, Kerajaan Negeri Pahang telah membawa seramai empat belas (14) usahawan Pahang yang mewakili daerah masing-masing beserta produk yang berkualiti. Senarai Syarikat Usahawan yang telah mewakili Pavillion Negeri Pahang adalah seperti berikut: 1. Realistic Attraction Sdn Bhd (Tenun DiRaja Pahang), 2. DGK Entprise Sdn Bhd (Dodol Gula Kabung), 3. Zatiy Dihati Sdn Bhd (Pelbagai jenis Sambal Hitam) 4. Pribumi Trading (Puding Raja). Wakil dari bahagian Malaysia Kitchen adalah syarikat 1. Jaman Tory (daging salai) 2. Asam Boi Mengkreykoit Ent (Patin Tempoyak Ori Temerloh).

Upload: others

Post on 13-Sep-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGLIBATAN USAHAWAN NEGERI PAHANG DALAM PROGRAM … · Bumiputera (KUB) yang juga berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Majlis perasmian Majlis perasmian dua program berkenaan

PENGLIBATAN USAHAWAN NEGERI PAHANG DALAM PROGRAM SATU DAERAH

SATU INDUSTRI (SDSI) ZON TIMUR 2019 PADA 15 HINGGA 16 FEBRUARI 2019 DI

PUSAT DAGANGAN TERENGGANU (TTC), KUALA TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 17 Februari 2019 - Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan

kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (TPU) Terengganu telah menganjurkan Program

Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Zon Timur 2019 pada 15 hingga 16 Februari 2019 bertempat di

Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu yang disertai oleh usahawan SDSI dari

Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Program SDSI Zon Timur 2019 bertujuan untuk menghimpunkan produk atau

perkhidmatan mikro PKS, PKS dan koperasi yang berpotensi dari seluruh Negeri Pahang,

Terengganu dan Kelantan. Negeri Terengganu telah menjadi hos kepada penganjur program SDSI

Zon Timur ini yang julung kali diadakan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED).

Sehubungan itu, pihak MED telah melantik Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Pahang

sebagai Jawatankuasa Program dan Jualan bersama pihak ICU Pahang serta SME Corp cawangan

Pahang.

Program SDSI Zon Timur 2019 ini telah berjaya mengumpulkan lebih 500 usahawan dari

negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan yang menampilkan pelbagai pameran serta jualan

produk dan perkhidmatan SDSI berkualiti dari pelbagai daerah di Negeri Pantai Timur. Dalam

masa yang sama, usahawan juga berpeluang menyertai Konvensyen Memperkasakan Usahawan

Bumiputera (KUB) yang juga berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Majlis perasmian

dua program berkenaan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, YH. Datuk Seri

Mohd Redzuan Yusof pada pagi 16 Februari 2019.

Kali ini, Kerajaan Negeri Pahang telah membawa seramai empat belas (14) usahawan

Pahang yang mewakili daerah masing-masing beserta produk yang berkualiti. Senarai Syarikat

Usahawan yang telah mewakili Pavillion Negeri Pahang adalah seperti berikut:

1. Realistic Attraction Sdn Bhd (Tenun DiRaja Pahang),

2. DGK Entprise Sdn Bhd (Dodol Gula Kabung),

3. Zatiy Dihati Sdn Bhd (Pelbagai jenis Sambal Hitam)

4. Pribumi Trading (Puding Raja).

Wakil dari bahagian Malaysia Kitchen adalah syarikat

1. Jaman Tory (daging salai)

2. Asam Boi Mengkreykoit Ent (Patin Tempoyak Ori Temerloh).

Page 2: PENGLIBATAN USAHAWAN NEGERI PAHANG DALAM PROGRAM … · Bumiputera (KUB) yang juga berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Majlis perasmian Majlis perasmian dua program berkenaan

Manakala terdapat 8 syarikat yang mewakili booth Pahang adalah

1. D’ Teroh Villa Guesthouse,

2. Tinies Craft Collection,

3. Lela Jasa Murni Enterprise,

4. Zararich Enterprise,

5. Jaboq Kelulut Enterprise,

6. Oshmifood Sdn Bhd,

7. HH Mesra Enterprise

8. Azyra Enterprise.

Kesemua syarikat ini telah mewakili daerah Kuantan, Bera, Maran, Raub, Jerantut, Pekan, Bentong

dan Temerloh. Tujuan penyertaan Negeri Pahang kali ini adalah untuk memberi pendedahan dan

peluang kepada usahawan mempamer dan membuat jualan barangan masing-masing ke Negeri

Terengganu dan Kelantan. Selain itu, adalah bagi memberi peluang kepada usahawan SDSI

Pahang untuk mengembangkan rangkaian perniagaan di pasaraya kedua-dua negeri ini.

Page 3: PENGLIBATAN USAHAWAN NEGERI PAHANG DALAM PROGRAM … · Bumiputera (KUB) yang juga berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Majlis perasmian Majlis perasmian dua program berkenaan

SEKITAR PAVILION PAHANG DI PROGRAM SATU

DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) ZON TIMUR 2019

PADA 15 HINGGA 16 FEBRUARI 2019

DI PUSAT DAGANGAN TERENGGANU (TTC)

Page 4: PENGLIBATAN USAHAWAN NEGERI PAHANG DALAM PROGRAM … · Bumiputera (KUB) yang juga berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Majlis perasmian Majlis perasmian dua program berkenaan

SEKITAR GERAI PAHANG DI PROGRAM SATU

DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) ZON TIMUR 2019

PADA 15 HINGGA 16 FEBRUARI 2019

DI PUSAT DAGANGAN TERENGGANU (TTC)

Page 5: PENGLIBATAN USAHAWAN NEGERI PAHANG DALAM PROGRAM … · Bumiputera (KUB) yang juga berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Majlis perasmian Majlis perasmian dua program berkenaan

AKTIVITI SEKITAR PROGRAM SATU DAERAH SATU

INDUSTRI (SDSI) ZON TIMUR 2019

PADA 15 HINGGA 16 FEBRUARI 2019

DI PUSAT DAGANGAN TERENGGANU (TTC)

Page 6: PENGLIBATAN USAHAWAN NEGERI PAHANG DALAM PROGRAM … · Bumiputera (KUB) yang juga berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Majlis perasmian Majlis perasmian dua program berkenaan

LAWATAN MENTERI MED DAN DELIGASI LUAR

NEGARA SEKITAR PERASMIAN PROGRAM SATU

DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) ZON TIMUR 2019

PADA 15 HINGGA 16 FEBRUARI 2019

DI PUSAT DAGANGAN TERENGGANU (TTC)