penghuraian kerja perkhidmatan jurutera 1. · pdf fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan...

21
1 PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. SKIM PERKHIDMATAN Jurutera Gred J41, J44, J48, J52, J54. 2. PERINGKAT ORGANISASI Jabatan Kerja Raya/ pelbagai jabatan/ agensi kerajaan. 3. RINGKASAN TUGAS Bertanggungjawab merancang dan menyelaras pembangunan sistem pengairan, bekalan air, khidmat kejuruteraan awam, aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan kejuruteraan awam, projek-projek khas dan urusan pentadbiran am pejabat. 4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS 4.1 Jurutera Gred J41 4.1.1 Aspek Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi a. Bertanggungjawab mengawal dan menyelia pelaksanaan kerja-kerja di tapak projek dan berbincang dengan Jurutera, juruperunding dan kontraktor untuk mencari penyelesaian bagi apa-apa masalah teknikal di tapak projek. b. Menyelaras pelaksanaan kerja di tapak projek dengan cadangan yang dikemukakan oleh kontraktor. c. Merancang pelaksanaan projek pembangunan yang dipertanggungjawabkan sehingga tempoh siap dengan menggunakan beberapa kaedah pengurusan projek. d. Mengawal dan menyelia penyelenggaraan bagi setiap projek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja- kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh memperbaiki kecacatan.

Upload: vuthien

Post on 31-Jan-2018

374 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

1

PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATANJURUTERA

1. SKIM PERKHIDMATAN

Jurutera Gred J41, J44, J48, J52, J54.

2. PERINGKAT ORGANISASI

Jabatan Kerja Raya/ pelbagai jabatan/ agensi kerajaan.

3. RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab merancang dan menyelaras pembangunan sistempengairan, bekalan air, khidmat kejuruteraan awam, aktiviti peningkatan mutuperkhidmatan kejuruteraan awam, projek-projek khas dan urusan pentadbiranam pejabat.

4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

4.1 Jurutera Gred J41

4.1.1 Aspek Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi

a. Bertanggungjawab mengawal dan menyelia pelaksanaankerja-kerja di tapak projek dan berbincang denganJurutera, juruperunding dan kontraktor untuk mencaripenyelesaian bagi apa-apa masalah teknikal di tapakprojek.

b. Menyelaras pelaksanaan kerja di tapak projek dengancadangan yang dikemukakan oleh kontraktor.

c. Merancang pelaksanaan projek pembangunan yangdipertanggungjawabkan sehingga tempoh siap denganmenggunakan beberapa kaedah pengurusan projek.

d. Mengawal dan menyelia penyelenggaraan bagi setiapprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempohmemperbaiki kecacatan.

Page 2: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

2

e. Mengawal selia kerja-kerja di tapak sejajar denganpenjagaan dan kawalan alam sekitar yang disyaratkandan memantau pematuhan kontraktor ke atasnya.

f. Mengarah kontraktor untuk memperbaikiketidaksempurnaan pembinaan dalam tempoh membaikikecacatan.

g. Menyediakan laporan kemajuan semua projekpembangunan yang sedang/ belum dan akandilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan danKejuruteraan.

h. Menyediakan laporan projek pembangunan untukdilaporkan kepada Kementerian Kewangan UnitPerancang Pelaksanaan dan lain-lain agensi yangberkaitan.

i. Memeriksa dan menyemak kertas perakuan, surat setujuterima sijil bayaran dan lain-lain.

j. Urus setia kepada mesyuarat jawatankuasa yangberkaitan dengan pelaksanaan projek supaya diadakandengan sempurna dan lancar.

k. Membantu Jurutera untuk berbincang secara terusdengan perunding, kontraktor, jabatan/ agensi berkaitanbagi melancarkan pelaksanaan projek yangdipertanggungjawabkan.

l. Menyediakan kertas pertimbangan dan kertas maklumanuntuk Mesyuarat Lembaga Pengarah dan menjawabsurat-surat berkaitan.

m. Mengurus pelaksanaan program pembangunan tanamanpadi.

n. Mengenal pasti projek-projek pembangunan tanamanpadi dan bukan padi untuk dilaksanakan di peringkatkawasan/ jajahan.

o. Mengurus peruntukan pembangunan, penyediaan indenkerja, dokumen sebut harga/ tender bagi kerja-kerjapembinaan prasarana/ bekalan peralatan yangdiluluskan.

p. Menyelaras aktiviti-aktiviti pembahagian air dankejenteraan ladang.

Page 3: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

3

q. Menjalankan tugas-tugas pembinaan infrastruktur danpembangunan untuk kawasan-kawasan pertanian.

r. Bertanggungjawab dalam semua hal ehwal pentadbiranpejabat di jajahan/ daerah.

s. Bertanggungjawab mengawal semua aset-aset kerajaandi bawah jagaannya.

t. Bertanggungjawab mengatur bagi menyalurperkhidmatan dan keperluan kepada petani-petani secarakeseluruhan.

u. Mengawas, memberi galakan motivasi dan membimbing’mentor’ kakitangan sokongan.

v. Membantu menyediakan anggaran dan justifikasibelanjawan pembangunan, projek dan belanjawanmengurus mengikut garis panduan dan pekeliling.

4.1.2 Aspek Pengurusan Pengairan

a. Bertanggungjawab kepada Jurutera Kanan PengurusanAir.

b. Bertanggungjawab sebagai Pengawal Dokumen dalampelaksanaan Sistem Kualiti MS ISO 9001:2000 berkaitanPengendalian Sistem Pengurusan Air di ibu pejabat,wilayah dan lokaliti berkaitan.

c. Bertanggungjawab ke atas pengurusan sumber air untukmemenuhi keperluan pengairan bagi kawasan-kawasanpertanian dan keperluan bekalan air domestik sertamenjalankan analisis penggunaan air.

d. Menyelaras dan mengendalikan Sistem Pengurusan AirBerkomputer untuk pembekalan dan pengagihan airpengairan dalam Kawasan Muda dan kawasan-kawasanpertanian.

e. Menjalankan operasi banjir termasuk mengambil tindakanpengagihan air berlebihan dan penyediaan laporan banjir.

f. Menjalankan analisis terhadap laporan kemajuan aktivitipenanaman padi yang dikemukakan.

Page 4: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

4

g. Bertanggungjawab terhadap pengendalian danpenyenggaraan infrastuktur pengairan dan saliran dibawah jagaan bahagian.

h. Memastikan dan menyemak laporan-laporan harian,bulanan dan tahunan Seksyen Penaksiran Air/ TebatanBanjir serta yang diarahkan dari semasa ke semasamengikut jadual/ seperti dikehendaki.

i. Mengetuai Seksyen Pengendalian dan PenyenggaraanEmpangan serta Seksyen Keselamatan/ tadahan/ kolamtakungan.

j. Memantau paras air dan pengendalian pelepasan air dariEmpangan Pedu, Ahning dan Muda.

k. Merancang, menjalankan kerja pemeriksaan sertamemantau kerja-kerja penyenggaraan di EmpanganPedu, Ahning dan Muda.

l. Melaksanakan dan memantau kerja-kerja yangdilaksanakan dalam program pembangunan.

4.1.3 Aspek Mekanikal dan Infrastruktur

a. Menyemak dan mengesahkan surat-menyurat berkenaandengan pentadbiran kontrak, termasuk tuntutan bayaranansuran, arahan perubahan kerja, sijil-sijil pelaksanaan,permohonan lanjutan masa dan lain-lain dokumen.

b. Mengesan kemajuan kontrak dan prestasi kontraktor,termasuk melawat tapak, mengkaji dan menyelesaikanmasalah kecil, perbincangan dengan penyelia kontrak/kontraktor dan mengesan tindakan susulan yangdiputuskan.

c. Mengemaskinikan dan mengesahkan databasepengurusan kontrak dan kewangan pembangunan.

d. Menyediakan dan mengesahkan Laporan SETIA,Laporan SIAP, Laporan Bulanan Kemajuan Kontrak-Kontrak, Laporan Kewangan Bulanan RancanganMalaysia dan laporan-laporan lain yang ditugaskan.

e. Melawat tapak projek, menyiasat pelaksanaan danmemantau kemajuan kontrak.

Page 5: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

5

4.1.4 Aspek Teknikal

a. Menjalankan kajian teknikal dan feasibility sertapenyiasatan tapak projek kejuruteraan, awam sepertijalan raya, perparitan, pembetungan, lapangan terbang,cerun, geoteknik, struktur bangunan, marin danjambatan.

b. Menyediakan Pelan Pengambilan Balik Tanah untukjajaran jalan mengikut kehendak Akta.

c. Melaksanakan kerja-kerja analisa dan reka bentuk(konsep dan terperinci) dengan menggunakan perisiankomputer berpandukan garis panduan, kod amalan danpiawaian kejuruteraan.

d. Menyedia dan memberi bimbingan kepada kakitangansokongan dalam menyediakan lukisan kejuruteraan danmenyemaknya.

e. Mengurus perubahan atau pindaan reka bentukkejuruteraan, dan memaklumkan pihak yang terlibat.

f. Mengurus, menyelia dan melakukan lawatan ke tapakbina, memberi nasihat dan menyelesaikan masalahberkaitan dengan reka bentuk dan pembangunankejuruteraan.

g. Berkomunikasi dengan semua stakeholders sepertipelanggan, Juruukur Tanah, Arkitek, Juruukur Bahan,Jurutera Elekrikal dan Mekanikal, pembekal, perundingdan kontraktor.

h. Memberi khidmat nasihat teknikal dan kejuruteraandengan profesional kepada pihak yang terbabit dalampembinaan projek di tapak.

i. Mengurus pelantikan perunding dan menyemak sertamengaudit reka bentuk yang dibuat oleh perunding.

j. Menyediakan laporan teknikal dan laporan reka bentukprojek, bahan-bahan taklimat, minit dan maklum balasmengikut piawaian.

4.1.5 Aspek Elektrikal

a. Membantu merancang dan mengurus kerjapenyelenggaraan elektrik di rumah pam dan pintu air.

Page 6: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

6

b. Membantu merancang dan mengurus kerja pembaikandan senggaraan pemasangan elektrik di bangunan dankuarters.

c. Membantu mereka bentuk, menyedia spesifikasi kerjadan menyelia kerja-kerja sokongan elektrik.

d. Membantu merancang dan mengurus perbelanjaansenggaraan rumah pam dan memastikan stok peralatansentiasa dalam simpanan.

e. Menyediakan laporan dan maklumat teknikal elektrikuntuk cawangan/ kawasan.

f. Melatih dan memastikan kakitangan berkeupayaan mahirdalam tugas dan memastikan keselamatan di bengkeldan semasa penyelenggaraan diutamakan.

4.2 Jurutera Gred J44

4.2.1 Aspek Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi

a. Membantu merancang, reka bentuk dan spesifikasiprojek serta membantu menyedia anggaran kos,dokumen tender dan penilaian projek.

b. Mengurus dan menyelia pelaksanaan projek mengikutkeputusan Lembaga serta mengemaskinikan semualaporan/ aktiviti pembangunan.

c. Mengadakan perbincangan/ mesyuarat dengan pegawaibagi mengatasi masalah yang berlaku supaya tidakmenjejaskan program pertanian khususnya masalahpembekalan air.

4.2.2 Aspek Pengurusan Pengairan

a. Merancang dan melaksana projek pembangunanberkaitan dengan pengurusan air/ hidrologi.

b. Merancang dan melaksana program penyenggaraanuntuk sistem telemetri dan telekomunikasi (Radio VHF).

c. Menyelia dan memantau kerja-kerja pengumpulan danpemprosesan data-data hidrologi dan menyemak data-data yang dikumpul serta menjalankan analisa data-datahidrologi untuk ramalan/ amaran banjir.

Page 7: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

7

d. Merancang dan melaksanakan kerja-kerja sukat kadaralir air sungai semasa banjir.

e. Memantau kualiti air dengan membuat penganalisaandaripada data-data yang diperolehi daripada JabatanKimia.

f. Menyelaras kerja-kerja pembenihan hujan serta memberimakluman dan bantuan yang diperlukan oleh pihak yangterlibat (Jabatan Meteorologi).

g. Mengkaji dan menganalisis data-data punca air untukmemastikan sumber air yang mapan serta menjalankankajian kemungkinan untuk pembangunan sumber airdalam kawasan MUDA dan kawasan-kawasan berkaitan.

h. Menjalankan kajian ke atas kaedah untuk menambahkansumber air dalam kawasan tadahan (pembenihan hujandan sebagainya).

4.2.3 Aspek Mekanikal dan Infrastruktur

a. Bertanggungjawab atas kerja reka bentuk di Unit Rekabentuk serta urusan pengurusan dan pentadbiran UnitPengurusan Kontrak.

b. Mereka bentuk projek-projek kejuruteraan awam yangditugaskan dari peringkat perancangan, termasuk kajiankemungkinan, penyediaan pelan pengambilan, rekabentuk, kiraan kuantiti, penyediaan dokumen tender dananggaran kos.

c. Memberi khidmat nasihat teknikal pelaksanaan kontrak,termasuk analisa dan penyelesaian masalah berbangkit,penyediaan pelan perubahan, memberi sokonganteknikal dan penjelasan kepada penyelia kontrak.

d. Menjalankan kajian kemungkinan, siasatan, analisa danmenyelesaikan masalah untuk projek-projek yangditugaskan.

e. Penyediaan laporan penilaian kontrak/ sebut harga danmengemaskinikan database pengurusan kontrak dankewangan pembangunan.

f. Mengesan kemajuan kontrak dan prestasi kontraktor,termasuk melawat tapak, mengkaji dan menyelesaikanmasalah kecil, perbincangan dengan penyelia kontrak/

Page 8: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

8

kontraktor dan mengesan tindakan susulan yangdiputuskan.

g. Menyediakan pelan dan dokumen serta anggaran hargauntuk panggilan sebut harga atau pesanan kerja-kerjakecil.

h. Menyedia dan menyemak Laporan SETIA, LaporanSIAP, Laporan Bulanan Kemajuan Kontrak-Kontrak,Laporan Kewangan Bulanan Rancangan Malaysia danlaporan-laporan lain yang ditugaskan.

4.2.4 Aspek Elektrikal

a. Merancang operasi gumbaan air dan mengawal indeksgumbaan.

b. Merancang aktiviti senggaraan harian, bulanan dansemasa berhenti musim tanaman padi.

c. Menyedia spesifikasi (elektrikal) pembinaan Pusat-PusatSediaan Benih Padi.

d. Menyelia kerja-kerja di semua rumah pam danmerancang kerja-kerja senggaraan.

4.3 Jurutera Gred J48

4.3.1 Aspek Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi

a. Memantau dan menyelaras kerja-kerja pembinaankontrak serta mengawas kerja-kerja pembinaan danpenilaian kemajuan projek.

b. Merancang, mereka bentuk, menyedia pelan, spesifikasikerja, dokumen tender/ sebut harga serta anggaran kosprojek.

c. Menyedia bayaran interim/ siap kerja dan mengemaskinilaporan berkaitan dengan pembinaan/ projek.

4.3.2 Aspek Pengurusan Pengairan

a. Menyelaras dan mengendalikan Sistem Pengurusan AirBerkomputer untuk pembekalan dan pengagihan airpengairan dalam Kawasan Muda dan kawasan setempat.

Page 9: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

9

b. Merancang dan menyediakan Jadual Penanaman Padibagi musim pertama dan kedua untuk Kawasan Mudadan kawasan setempat.

c. Bertanggungjawab terhadap pengendalian danpenyenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran dibawah jagaan bahagian.

d. Melaksanakan sistem kualiti MS ISO 9000 untuk sistempengurusan air di ibu pejabat, wilayah dan lokaliti yangberkenaan.

e. Mengendali sistem kawalan banjir serta mengagihkan airberlebihan semasa banjir dan menyediakan laporanbanjir.

f. Menjalankan analisis penggunaan air untuk pengairandan bekalan air domestik.

g. Menyelaraskan kerja-kerja penguatkuasaan AktaKawasan Pengairan di Kawasan Muda denganPengurus-pengurus Wilayah MADA.

h. Menyediakan ulasan berkenaan permohonan tanahkerajaan di kawasan Muda.

i. Mengurus pengendalian pelepasan air dari EmpanganPedu, Ahning dan Muda.

j. Mengurus penyenggaraan pejabat empangan dan semuainfrastruktur di kawasan empangan.

k. Menguruskan tugas-tugas pengumpulan, memprosesdan analisis hydrological and reservoir data danpemantauan kualiti alam sekitar dalam kawasanEmpangan Pedu, Ahning dan Muda.

l. Bertanggungjawab atas perancangan dan pelaksanaanprogram pembangunan termasuk siasatan, sukatmenyukat, perancangan dan reka bentuk, tawaran sebutharga/ tender, penilaian tender dan bertindak sebagaipegawai penguasa bagi kontrak/ sebut harga di kawasanempangan.

4.3.3 Aspek Mekanikal dan Infrastruktur

a. Bertanggungjawab dalam aspek mekanikal danpembangunan infrastruktur.

Page 10: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

10

b. Bertanggungjawab atas urusan pengurusan danpentadbiran jabatan.

c. Melaksanakan projek pembangunan infrastruktur jabatandari peringkat perancangan awal hingga siappelaksanaan projek.

d. Merancang dan mereka bentuk kerja-kerja pembaikandan pemulihan infrstruktur dalam kawasan Muda dankawasan setempat.

e. Mengurus dan memantau pelaksanaan kontrak yangditawarkan serta mengesan prestasi dan kemajuankontrak.

f. Memberi khidmat teknikal dalam bidang kejuruteraanawam kepada jabatan dan agensi lain atas permohonankhas termasuk khidmat bilik lukis, makmal kaji tanah,sistem maklumat, repositori dan kajian teknikal.

g. Mengumpul maklumat dan mengemaskinikan dokumen-dokumen dan spesifikasi kontrak serta pangkalan datakadar harga untuk kerja-kerja kejuruteraan.

h. Menyediakan dan mengemaskinikan belanjawanRancangan Malaysia dan sebagainya serta menyediakanlaporan kewangan dan prestasi bulanan.

i. Mentadbir pengambilan tanah untuk cadangan projekpembangunan dan mengurus hak milik tanah.

j. Memberi khidmat nasihat kepada One Stop Centre(OSC) bagi kerja-kerja pembangunan dan mengurus hakmilik tanah.

k. Mengesan kerja-kerja penyenggaraan bangunan daninfrastruktur pengairan yang dijalankan oleh jabatan,termasuk penyelarasan jadual harga dan penilaianprestasi.

l. Menyenggara database untuk inventori aset (bangunan,infrastruktur dan tanah) dan maklumat (pelan, lukisan,peta, buku, laporan kajian, foto udara, katalog dan lain-lain).

Page 11: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

11

4.3.4 Aspek Teknikal

a. Menyelaras pelaksanaan projek bersama dengankumpulan pengurusan projek.

b. Menyelaras konsep reka bentuk untuk kejuruteraan sivildan struktur.

c. Menjalankan kerja-kerja semakan, verifikasi danpengesahan reka bentuk kejuruteraan.

d. Menyediakan dan memberi bimbingan teknikal secarahands-on kepada Jurutera bawahan dan kakitangansokongan dalam reka bentuk dan penyediaan lukisankerja.

e. Memberi khidmat nasihat teknikal, penyediaan spesifikasidan piawaian kejuruteraan kepada pihak yang terbabit diperingkat projek, cawangan dan jabatan.

f. Mengaudit reka bentuk dan cadangan teknikal yangdikemukakan oleh Jurutera Perunding bertauliah yangdilantik.

4.3.5 Aspek Elektrikal

a. Mengurus dan bertanggungjawab ke atas pelaksanaanprojek kejuruteraan elektrik dan pemasangan elektrikbagi pelbagai kementerian dan jabatan di bawahnya.

b. Memberi khidmat perunding dan pakar kepadaCawangan Portfolio mengenai pelbagai kejuruteraanelektrik dan pemasangan elektrik.

c. Memperuntukkan dan membahagi projek-projek kepadaJurutera Elektrik.

d. Mengawasi projek yang dijalankan oleh Unit PerundingReka Bentuk, Perunding Akustik dan ELV serta Unit ICTdan Telekomunikasi.

e. Mengkaji semula dan menyemak reka bentuk yangdisediakan oleh Jurutera Elektrik.

f. Menyemak salinan-salinan dokumen tender/ kontrakyang disediakan oleh Jurutera Elektrik.

Page 12: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

12

g. Menghadiri uji saksi bagi peralatan dan kelengkapanyang diguna pakai dalam projek.

h. Merancang, mengenal pasti dan menetapkan kegiatan-kegiatan dan aktiviti Unit Perunding Reka Bentuk,Perunding Akustik dan ELV serta Unit ICT danTelekomunikasi.

4.4 Jurutera Gred J52

4.4.1 Aspek Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi

a. Membantu Pengurus Besar dalam merangka dasardalam semua aspek aktiviti selaras dengan arahankementerian/ menteri/ pengerusi.

b. Merancang dan menyelaras aktiviti perkhidmatan bekalanair dan sistem pengairan.

c. Merancang dan menyedia keperluan kewangan berkaitanaktiviti bahagian.

d. Merancang dan menyelaras khidmat kejuruteraan awamdan projek khas.

e. Menilai, merancang dan melaksana aktiviti peningkatanmutu perkhidmatan kejuruteraan awam.

f. Merancang Program Pembangunan InfrastrukturPengairan.

g. Merancang dan memantau Projek Pembangunan Fisikal.

h. Merancang dan mengurus sistem maklumat spatial danhidrologi dan mengurus penyelenggaraan AsetInfrastruktur.

4.4.2 Aspek Pengurusan Pengairan

a. Bertanggungjawab atas kerja-kerja pengendalian danpenyenggaraan Empangan Pedu, Ahning dan Muda.

b. Bertanggungjawab atas kerja pemeriksaan danpengesanan keselamatan Empangan Pedu, Ahning danMuda.

Page 13: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

13

c. Bertanggungjawab atas perancangan dan pelaksanaanprogram pembangunan bagi Bahagian PengurusanEmpangan dan Sumber Air.

d. Bertanggungjawab atas pentadbiran, pengurusankewangan dan anggota-anggota bagi BahagianPengurusan Empangan Dan Sumber Air.

e. Bertanggungjawab atas perancangan dan kajianpembangunan sumber air dalam Kawasan Muda.

f. Bertanggungjawab atas pengurusan takungan Muda,Pedu dan Ahning.

4.4.3 Aspek Teknikal

a. Mengetuai, memimpin dan menyelia Unit Reka Bentukyang diletakkan di bawah tanggungjawabnya.

b. Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja reka bentukkejuruteraan sivil dan struktur.

c. Mendorong serta memberi bimbingan teknikal dalamsemua aspek reka bentuk kepada pereka bentuk-perekabentuk yang berada di bawah seliaan unit.

d. Mencadangkan skop kerja reka bentuk baru danmengkaji cadangan konsep reka bentuk yangdikemukakan oleh perunding bertauliah yang dilantikuntuk diperakukan.

e. Merancang dan melaksanakan rancangan latihan,penyelidikan atau kajian khas untuk meningkatkankeupayaan kejuruteraan di unit.

f. Menyediakan garis panduan kejuruteraan,mengendalikan dan mengajar kursus reka bentukkejuruteraan bagi meningkatkan keupayaan pegawai dankakitangan bawahan.

4.4.4 Aspek Mekanikal dan Infrastruktur

a. Merancang dan melaksana projek-projek bagipeningkatan kemudahan bekalan air dan lain-lainkemudahan elektrikal dan mekanikal.

b. Menilai dan merancang aktiviti peningkatan mutuperkhidmatan kejuruteraan mekanikal.

Page 14: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

14

c. Merancang program pembangunan infrastruktur danmengurus penyenggaraan aset.

d. Memberikan khidmat nasihat teknikal kepadakementerian dan jabatan pelanggan terhadap rekabentuk, spesifikasi, lukisan dan semua urusankejuruteraan.

e. Menyediakan dasar-dasar cawangan dalam hal rekabentuk sistem perkhidmatan mekanikal.

f. Menyedia dan mengawal belanjawan tahunan untuk subunit pembangunan reka bentuk di bawahtanggungjawabnya.

g. Membentuk organisasi yang baik dan teratur, memberilatihan, mentor mentee, nasihat termasuk kaunseling dandorongan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan,membentuk network coordination serta mengesyorkanperjawatan dan memimpin.

h. Mengawal, mengulangkaji dan menilai prestasi danoperasi sub unit reka bentuk di bawah tanggungjawabnyadan mencari jalan memperbaikinya.

i. Mengawal dan memastikan peruntukan yang diterimadibelanja dengan baik.

j. Mengesyor dan mengesah perkiraan reka bentuk(peringkat konsep, awalan dan terperinci) bagi sistemmekanikal yang dijalankan secara in house.

k. Membuat analisa keperluan ruang dan peralatan roomdata dan mengesyor dan mengesah spesifikasi teknikalbagi sistem-sistem mekanikal.

l. Melulus semakan reka bentuk design review.

m. Mengesyor dan mengesah dokumen tender/ sebut hargabagi sistem mekanikal.

n. Menyemak laporan penilaian sebut harga dan tenderuntuk projek yang dilaksanakan secara in house, lantikanperunding dan reka dan bina.

Page 15: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

15

o. Menyemak permohonan Arahan Perubahan Kerja (APK)yang dikemukakan oleh kontraktor untuk menentukansama ada APK patut dilaksanakan serta harganyaberpatutan.

p. Menyemak permohonan/ syor lanjutan masa untukkontrak-kontrak pembinaan.

q. Meneliti perkembangan kemajuan pembinaan untukmengenal pasti masalah dan punca kelewatan yangberlaku dan seterusnya memberi cadangan untukmengatasi masalah tersebut.

r. Menyemak pelan reka bentuk untuk Sistem Kawal DanLapor (SKALA).

4.4.6 Aspek Elektrikal

a. Merancang dan bertanggungjawab ke atas pelaksanaanprojek kejuruteraan elektrik dan pemasangan elektrikbagi pelbagai kementerian dan jabatan di bawahnya.

b. Memberi khidmat perunding dan pakar kepadaCawangan Portfolio mengenai pelbagai kejuruteraanelektrik dan pemasangan elektrik.

c. Memperuntukkan dan membahagi projek-projek kepadaJurutera Elektrik Kanan dan Jurutera Elektrik.

d. Mengawasi projek yang dijalankan oleh Unit PerundingReka Bentuk, Perunding Akustik dan ELV serta Unit ICTdan Telekomunikasi.

e. Menyemak dan mengkaji semula dan reka bentuk yangdisediakan oleh Jurutera Elektrik.

f. Menyemak dan mengkaji semula salinan-salinandokumen tender/ kontrak yang disediakan oleh JuruteraElektrik.

g. Menyemak dan membuat penilaian tender/ sebut hargayang dipelawa kepada Ketua Jurutera Elektrik (UnitPerunding Reka Bentuk, Perunding Akustik dan ELVserta Unit ICT dan Telekomunikasi).

h. Membantu mengkaji dan menyelaras penggubalan/pengubahsuaian pekeliling cawangan dan surat pekeliling

Page 16: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

16

dari kementerian/ jabatan berkaitan dengan projekpemasangan elektrik.

i. Membantu mengkaji dan menyediakan nota-notapanduan prosedur dan teknikal berkaitan dengankejuruteraan elektrik dan pemasangan elektrik.

j. Merancang, mengenal pasti dan menetapkan kegiatan-kegiatan dan aktiviti Unit Perunding Reka Bentuk,Perunding Akustik dan ELV serta Unit ICT danTelekomunikasi.

4.5 Jurutera Gred J54

4.5.1 Aspek Teknikal

a. Menjalan tugas dan tanggungjawab sebagai PegawaiPenguasa (Superintending Officer atau S.O) dalampentadbiran kontrak.

b. Menyemak dan melulus ulasan terhadap permohonanperancangan dan pembangunan projek-projek fizikalyang dikemukakan oleh MBAS, MDKP, MDP dan MDY.

c. Memantau penggunaaan sumber air untuk pengairanbagi penanaman padi dua (2) kali setahun di KawasanMuda dan bekalan air mentah bagi keperluan domestikdan industri di Kedah Utara, Perlis Selatan danLangkawi.

d. Memantau kedudukan paras dan takungan sertapengendalian Empangan Pedu, Ahning dan Muda untukmemastikan lepasan air empangan terkawal danmematuhi arahan tetap (SOP).

e. Mengawasi dan memantau bekalan pengairan untukpenanaman padi dua (2) kali setahun melalui SistemPengurusan Air.

f. Memantau keselamatan Empangan Pedu, Muda danAhning untuk memastikan keadaan empangan sentiasaberada dalam keadaan baik dan selamat.

g. Mengawasi dan memantau sistem penyaluran banjiruntuk mencegah/ mengurangkan kesan banjir semasamusim tengkujuh.

Page 17: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

17

h. Memantau dan melaksanakan tugas sebagai pihakpengurusan dalam pelaksanaan MS ISO 9001:2000 bagiSistem Pengurusan Air mengikut kehendak piawaian MSISO 9001:2000.

4.5.2 Aspek Mekanikal dan infrastruktur

a. Bertanggungjawab atas urusan pengurusan danpentadbiran Cawangan Pembangunan Infrastruktur, IbuPejabat MADA.

b. Melaksanakan projek pembangunan infrastruktur MADAdari peringkat perancangan awal hingga siappelaksanaan projek.

c. Merancang dan mereka bentuk kerja-kerja pembaikandan pemulihan infrastruktur pengairan dan saliran dalamKawasan Muda dan kawasan setempat.

d. Mengurus dan memantau pelaksanaan kontrak yangditawarkan serta mengesan prestasi dan kemajuankontrak.

e. Memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidangkejuruteraan kepada pengurusan jabatan.

f. Mengumpul maklumat dan mengemaskinikan pangkalandata kadar harga untuk kerja-kerja kejuruteraan.

g. Menyediakan dan mengemaskinikan belanjawanRancangan Malaysia Lima Tahun dan sebagainya sertapenyediaan laporan kewangan dan prestasi bulanan.

h. Mengurus pengambilan tanah untuk projekpembangunan dan mengurus hak milik tanah MADA.

i. Memberi khidmat nasihat kepada One Stop Centre(OSC) bagi kerja-kerja pembangunan tanah dalamKawasan Muda dan kawasan-kawasan berkenaan.

j. Menyenggara database untuk inventori aset (bangunan,infrastruktur dan tanah) dan maklumat (pelan, lukisan,peta, buku, laporan kajian, foto udara, katalog dan lain-lain).

k. Bertanggungjawab atas urusan pengurusan danpentadbiran Cawangan Perkhidmatan MekanikalJabatan.

Page 18: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

18

l. Merancang dan mengawasi pengurusan programpenyenggaraan kepada semua jentera/ loji dankelengkapan jabatan.

m. Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakanprogram pembangunan perkhidmatan kejuruteraanmekanikal, elektrikal dan kejenteraan pertanian jabatan.

n. Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakanprogram modenisasi perkhidmatan operasi danpenyenggaraan kepada kelengkapan kejenteraan diKawasan Muda dan kawasan setempat.

o. Mengesan kerja-kerja penyenggaraan bangunan daninfrastruktur pengairan yang dijalankan oleh jabatan,termasuk penyelarasan jadual harga dan penilaianprestasi.

p. Menyenggara database untuk inventori aset (bangunan,infrastruktur dan tanah) dan maklumat (pelan, lukisan,peta, buku, laporan kajian, foto udara, katalog dan lain-lain).

4.5.3 Aspek Teknikal

a. Bertindak sebagai Ketua Pasukan Reka BentukKejuruteraan (HODT) di bahagian/ cawangan/ unit JKR.

b. Merancang, merumus strategi serta mengawal seliakerja-kerja reka bentuk kejuruteraan sivil dan struktur.

c. Memimpin, mendorong dan memberi bimbingan dalamsemua aspek reka bentuk yang dijalankan oleh perekabentuk.

d. Menentukan dan memperakukan skop kerja reka bentukbagi projek-projek baru termasuk menilai cadangan rekabentuk perunding bagi projek-projek yang diserahkankepada jurutera perunding bertauliah.

e. Mengetuai, mengawasi, menyemak dan meluluskankemaskini reka bentuk, lukisan, spesifikasi dan termarujukan menurut perkembangan teknologi semasa.

4.5.4 Aspek Elektrikal

a. Merancang, mengurus dan bertanggungjawab ke ataspelaksanaan projek kejuruteraan elektrik dan

Page 19: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

19

pemasangan elektrik bagi pelbagai kementerian danjabatan di bawahnya.

b. Memberi khidmat perunding dan pakar kepadaCawangan Portfolio mengenai pelbagai kejuruteraanelektrik dan pemasangan elektrik.

c. Memperuntukkan dan membahagi projek-projek kepadaJurutera Elektrik Penguasa, Jurutera Elektrik Kanan danJurutera Elektrik.

d. Mengawasi projek yang dijalankan oleh Unit PerundingReka Bentuk, Perunding Akustik dan ELV serta Unit ICTdan Telekomunikasi.

e. Menyemak, membuat verifikasi dan membuatpengesahan (jika perlu) reka bentuk yang disediakanoleh Jurutera Elektrik.

f. Mengkaji dan menyelaras penggubalan/ pengubahsuaianspesifikasi piawai pemasangan elektrik.

g. Mengkaji dan menyelaras penggubalan/ pengubahsuaianpekeliling cawangan dan surat pekeliling darikementerian/ jabatan berkaitan dengan projekpemasangan elektrik.

h. Mengkaji dan menyedia nota-nota panduan prosedur danteknikal berkaitan dengan kejuruteraan elektrik danpemasangan elektrik.

i. Menasihatkan jabatan kerajaan yang lain di atas perkara-perkara berkenaan dengan perkhidmatan danpemasangan elektrik.

j. Merancang, mengenal pasti dan menetapkan kegiatan-kegiatan dan aktiviti Unit Perunding Reka Bentuk,Perunding Akustik dan ELV serta Unit ICT danTelekomunikasi.

5. HUBUNGAN KERJA

Dalaman

a. Pengurusan Tertinggi.

b. Jurutera Kanan Perancang.

Page 20: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

20

c. Jurutera Perancang.

d. Jurutera Wilayah.

Luaran

a. Semua kementerian/ jabatan di peringkat persekutuan dan negeri,semua agensi/ badan berkanun, semua kerajaan tempatan danindividu yang berurusan.

b. Pertubuhan/ persatuan dalam negeri.

c. Semua perunding kejuruteraan swasta yang dilantik oleh kerajaandalam pelaksanaan projek.

d. Semua kontraktor utama, kontraktor yang dinamakan, sub-kontraktoryang dilantik dan terlibat dalam pelaksanaan projek.

e. Semua pembekal yang ada hubungan dengan pelaksanaan projek.

6. PERSEKITARAN KERJA

a. Dalam dan luar pejabat.

b. Dalam negara.

7. KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN)

a. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana/ Ijazah Kedoktoranyang diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) dan JabatanPerkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang kejuruteraan awam denganpengkhususan kepakaran tertentu; dan

Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) padaperingkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setarafdengannya oleh kerajaan.

b. Berkebolehan dalam bidang undang-undang, peraturan am Kewangan/pentadbiran.

c. Berkemahiran dalam bidang komputer.

d. Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis sama adadalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Page 21: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN JURUTERA 1. · PDF fileprojek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh ... 4.1.3 Aspek Mekanikal dan

21

e. Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberikhidmat nasihat dan mengemukakan hujah-hujah dengan baik.

f. Berkebolehan dalam menulis/ menyedia laporan yang berkualiti.

8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN

a. Integriti.

b. Esprit de Corps.

c. Bertanggungjawab

d. Profesionalisme.

e. Kebebasan, adil dan saksama.

f. Kualiti.

g. Kerahsiaan.

g. Kompetensi dan ketelitian.

h. Disiplin diri.

9. ANCAMAN/ BAHAYA

a. Percanggahan kepentingan.

b. Penglibatan dengan aktiviti luar pejabat.

c. Boleh diambil tindakan undang-undang.

d. Risiko terdedah kepada peluang penyelewengan.

e. Tekanan.

Sumber : Perbadanan Putrajaya. Surat Rujukan PPj/KORP/PENT/HR(S)/2 Jld. 9(48) bertarikh 3 Julai2008.Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu Kelantan (KADA). Surat Rujukan KADA. 01/03:01KH.18(22) bertarikh 26 Jun 2008.Emel daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bertarikh 24 Jun 2008.Emel daripada Jabatan Kerja Raya bertarikh 29 Jun 2008.