penghargaan

Download PENGHARGAAN

If you can't read please download the document

Upload: wani

Post on 11-Jun-2015

2.124 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kalu nk lagi sal geo 09. pola penempatan. tggl kan komen anda. :))

TRANSCRIPT

3.0 PENGHARGAANSyukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2009 dengan jayanya. InsyaAllah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu YM Tn. Hj. Megat Abu Bakar bin Megat Hussin dan guru pembimbing saya iaitu YM Pn. Raja Nordiana binti Raja Abdullah kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Ramzi bin Mamat dan bonda Radin Wati binti Mohd @ Mokhtar yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya iaitu Nur Shahirah Aqilah,Ku Nur Farahain dan Nur Adibah Amanina yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat, cadangan serta rujukan di beberapa kawasan kajian. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada penduduk di Kampung Kuala Ibai terutamanya sahabat ibunda saya Pn Hazura Long, penghulu mukim, bilal, dan lain-lain yang menjadi responden atau orang sumber kerana banyak membantu saya dengan memberi pelbagai maklumat terkini tentang penduduk di kawasan ini.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat daripada saya,

NURUL SYAZWANI BINTI RAMZI