penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi seperti sebahagian dari hidup kita

4
Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi seperti sebahagian dari hidup kita. Perjalanan dan tugas seharian menjadi semakin mudah dan tanpa disedari kita semakin bergantung kepada mesin yang kita panggil komputer ini. Begitu juga dengan tanggungjawab dan beban kerja di pejabat, di mana maklumat-maklumat boleh dihantar dengan cepat dan pantas serta memudahkan kerja-kerja pengurusan. Di bidang pendidikan pula, gabungan di antara penggunaan komputer dengan dengan teknologi 2 telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita kenali sebagai Teknologi Maklumat, ICT. Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara, animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalurgunakandengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian (networking), intranet dan internet. Proses pengajaran-pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta meransangkan minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Kamps, 1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996; Mackenzie & Jansen, 1998; Heinich et al, 1999). Penggunaan komputer yang meluas serta perkembangan sains dan teknologi maklumat hari ini banyak memberikan manfaat kepada paara pensyarah seperti mempelbagaikan bahan bantu mengajar (BBM), menyediakan Rancangan Pengajaran, merekod dan menyimpan maklumat pelajar, memproses markah ujian/peperiksaan, membuat semakan stok dan inventori peralatan/buku/BBM dan banyak lagi. Senario ini telah menimbulkan implikasi kepada pelaksanaannya di berbagai peringkat.

Upload: ratnavell-muniandy

Post on 23-Jun-2015

307 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Komputer Pada Masa Kini Telah Menjadi Seperti Sebahagian Dari Hidup Kita

Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi seperti sebahagian dari hidup kita. Perjalanan dan tugas seharian menjadi semakin mudah dan tanpa disedari kita semakin bergantung kepada mesin yang kita panggil komputer ini. Begitu juga dengan tanggungjawab dan beban kerja di pejabat, di mana maklumat-maklumat boleh dihantar dengan cepat dan pantas serta memudahkan kerja-kerja pengurusan. Di bidang pendidikan pula, gabungan di antara penggunaan komputer dengan dengan teknologi 2 telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita kenali sebagai Teknologi Maklumat, ICT.

Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara, animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalurgunakandengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian (networking), intranet dan internet.

Proses pengajaran-pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikanpenyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputerdan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data ataumaklumat atau melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data. Penggunaan alatbantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta meransangkan mindapelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin prosespengajaran dan pembelajaran (Kamps, 1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996; Mackenzie &Jansen, 1998; Heinich et al, 1999).Penggunaan komputer yang meluas serta perkembangan sains dan teknologi maklumathari ini banyak memberikan manfaat kepada paara pensyarah seperti mempelbagaikanbahan bantu mengajar (BBM), menyediakan Rancangan Pengajaran, merekod danmenyimpan maklumat pelajar, memproses markah ujian/peperiksaan, membuat semakanstok dan inventori peralatan/buku/BBM dan banyak lagi. Senario ini telah menimbulkanimplikasi kepada pelaksanaannya di berbagai peringkat.Pada asasnya, tugas utama seorang pensyarah ialah menyampaikan ilmu pengetahuan,memperkembangkan kemahiran dan membentuk akhlak di samping tugas-tugas sebagaiperancang, pengurus, fasilitator, pembimbing dan sebagai model untuk diteladani pelajar.Perubahan dan peralihan sistem pendidikan negara turut sama merubah fungsi danperanan pensyarah pada hari ini. Pensyarah bukan sahaja lagi berperanan sebagaipengajar, pendidik dan pembimbing, malah telah berkembang ke tahap pengsosialisasian,penggalakan, pengilhaman, penyaluran nilai, penyemaian rasa hormat dan apresiasikritikal dalam diri pelajar (Faridah Karim, 1999). Bagi melaksanakan tugas-tugas yangmencabar ini, pensyarah seharusnya bijak dan kreatif mendidik serta merancang pelbagaistrategi, kaedah dan pendekatan terutamanya dalam melaksanakan amanah yangdipertanggungjawabkan kepadanya pada sesatu masa itu dengan jayanya.Dari segi pengajaran, penggunaan teknologi maklumat memerlukan perancangan yangcekap dan efisien supaya pembelajaran dapat dimaksimumkan kepada setiap orangpelajar. Teknologi maklumat yang digunakan dalam pengajaran juga dapat memberipeluang pembelajaran yang lebih dinamis, menarik minat serta meningkatkan ilmupengetahuan yang relevan dan berguna kepada pelajar. Pengajaran berintegrasikankomputer pada hakikatnya adalah melibatkan penggunaan komputer untuk mencapaiobjektif pengajaran dan pembelajaran, di samping itu ia turut membawa dimensi barudalam budaya mengajar dan budaya belajar di kolej malahan mengikut pandangan Abd.3Rahim (2000), beliau berpandangan bahawa pengajaran yang tidak mementingkankreativiti di institusi pendidikan akan melahirkan insan yang tandus dengan dayaimaginasi dan idealisme. Perubahan ini akan memberi cabaran kepada pensyarah bagimenguasai seberapa banyak ilmu dan kemahiran sebagai tuntutan pada hari ini agar dapatbersaing di peringkat global. Dengan itu, pensyarah pada hari ini harus melengkapkandiri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan seiring dengan

Page 2: Penggunaan Komputer Pada Masa Kini Telah Menjadi Seperti Sebahagian Dari Hidup Kita

keperluan semasa supaya pengalaman yang sedia ada dapat ditingkat, dikemaskini dandiguna mengikut kesesuaian pelajar dan persekitaran masa kini.Kelebihan seseorang pensyarah dalam menyepadukan alat teknologi pendidikan sepertikomputer di dalam pengajaran, bukan sahaja dapat menarik minat dan ransangan pelajaruntuk menguasai pelajarannya dengan lebih mudah, malah dapat memotivasikan pelajarberfikir secara kreatif di samping menambahkan keseronokan kepada pensyarah itusendiri dalam proses pendidikan (Budin, Kendall & Lengel, 1986). Penyelidik percayabahawa alat teknologi seperti komputer boleh diadaptasikan ke dalam pengajaran dansebagai amalan pensyarah hari ini bagi mengatasi masalah beban tugas yang semakinmencabar itu. Justeru itu, inovasi dalam pendidikan adalah merupakan agenda pentingbagi pensyarah untuk melaksanakannya selaras dengan apa yang terkandung di dalammisi reformasi pendidikan negara.Persoalannya kini ialah, walaupun pelaksanaan program komputer dalam pendidikan initelah bermula sejak tahun 1998, agenda pendidikan yang dirancangkan ini didapatikurang berjaya dilaksanakan disebabkan banyak masalah yang timbul berkaitan denganprasarana dan juga sikap dan penerimaan para pendidik sendiri (Abd. Rahman,1992;Fatimah, 1994 ). Walau bagaimanapun, Kolej Matrikulasi Pahang adalah sebuah kolejMatrikulasi baru yang dilengkapkan dengan segala prasarana ICT seperti komputer mejauntuk setiap orang pensyarah, dewan kuliah dilengkapkan dengan kemudahan projektortayangan, kemudahan akses internet yang baik dan kemudahan komputer di bilik bacaanasrama pelajar serta makmal-makmal komputer.Dalam kertas kerja ini, penyelidik beranggapan bahawa satu daripada cabaran yangpenting untuk ditinjau ialah kesediaan dan kompetensi pensyarah melaksanakanteknologi canggih di peringkat Kolej Matrikulasi serta kekangan-kekangan yang wujuddalam usaha untuk mengaplikasi dan mengintegrasikannya dalam tugas pentadbiran danpengajaran.Tujuan