penggunaan kad kredit

9
PENGGUNAAN KAD KREDIT

Upload: codybowlsmalaysia

Post on 06-Jun-2015

12.892 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN KAD KREDIT

PENGGUNAAN KAD KREDIT

Page 2: PENGGUNAAN KAD KREDIT

PENGENALAN

• Bilangan pengguna kad kredit didapati semakin bertambah. Penggunaan kad kredit semakin mengubah kehidupan manusia ke tahap yang lebih bergaya dan unggul.

• Individu yang berpendapatan lebih RM 18000 ke atas boleh memohon kemudahan kad kredit, cth: kad Visa dan kad Master

Page 3: PENGGUNAAN KAD KREDIT

KEBAIKAN KAD KREDIT

• 1. Penggunaan kad kredit menyenangkan urusan seharian manusia

-pemegang kad kredit tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli-belah di pasar raya.Pemilik kad kredit Cuma menurunkan tandatangan sahaja pada bil barang yang dibeli

-pemilik kad kredit dikehendaki membayar bil itu pada akhir bulan dan itupun boleh dilakukan secara ansuran mengikut kemampuan para pemilik kad

CTH : CITIBANK menawarkan kemudahan pembayaran tol Touch N Go, pembayaran bil melalui internet dan lain2

Page 4: PENGGUNAAN KAD KREDIT

• 2. Penggunaan kad kredit didapati lebih selamat

-pemegang kad kredit tidak perlu bimbang wang tunai mereka dicuri atau dirompak semasa membeli-belah dan melancong.Kalau kad kredit hilang atau dicuri,mereka boleh membuat laporan dan pemegang kad itu tidak akan menanggung risiko kad yang hilang itu.

Page 5: PENGGUNAAN KAD KREDIT

• 3. Pemegang kad ditawarkan pelbagai bentuk perlindungan insurans

- Kebanyakan syarikat pengeluar kad kredit memberikan perlindungan insurans daripada kehilangan atau kerosakan dalam masa 30 hari bagi barang yang dibeli. Dalam tempoh tersebut,ganti rugi akan diberi oleh syarikat pengeluar kad kredit

CTH : Insurans kemalangan,insurans nyawa,perlindungan kewangan dan seumpamanya

Page 6: PENGGUNAAN KAD KREDIT

• 4. Pemilik kad kredit diberikan kemudahan kredit yang istimewa

- Pemilik kad kredit boleh memohon had kredit pengeluaran ditambah. Kemudahan ini cukup penting semasa kecemasan.Ada pengeluar kad kredit yang membolehkan pemilik kad kredit menikmati kemudahan pinjaman overdraf dan baki hutangnya dijelaskan secara ansuran dengan kadar bunga yang tinggi sedikit sahaja jika dibandingkan dengan pinjaman bank perdagangan lain.

Page 7: PENGGUNAAN KAD KREDIT

KEBURUKAN KAD KREDIT

• 1. Penggunaan kad kredit boleh mewujudkan budaya belanja yang kurang sihat dan tidak terkawal

- Seseorang pemegang kad kredit mungkin akan bebas belanja tanpa had kerana kemudahan mengeluarkan wang tunai pada bila-bila masa.Sikap senang dahulu dan susah kemudian akan timbul.Ini seterusnya akan menyulitkan kehidupan mereka nanti.

- Kemudahan kad kredit menggalakkan pengguna berhutang dan berbelanja lebih daripada pendapatan mereka, sikap boros merugikan masyarakat

Page 8: PENGGUNAAN KAD KREDIT

• 2. Penggunaan kad kredit mungkin akan mendatangkan kesan negatif terhadap ekonomi negara

- Perbelanjaan yang tidak terkawal akan mengakibatkan permintaan melebihi penawaran. Ini akan membawa kepada masalah inflasi di negara kita. Akhirnya, negara kita akan menghadapi masalah kemelesetan ekonomi

Page 9: PENGGUNAAN KAD KREDIT

KESIMPULAN

• Untuk mengelakkan kesan negatif daripada penggunaan kad kredit,kerajaan harus mengadakan undang-undang yang lebih ketat untuk mengawal penggunaan kad kredit. Bank Negara dan bank-bank perdagangan harus menghadkan jumlah pemilik kad kredit di samping mengawasi had perbelanjaan, agar mereka tidak berhutang berlebihan