pengenalan.docx editted

24
1.0 Pengenalan Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Semua sekolah rendah di Malaysia akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bagi murid Tahun Satu 2011. Ia selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan mampu bersaing di peringkat global. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Guru-guru yang telah dilatih untuk melaksanakan KSSR dan ianya diharapkan dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kurikulum berbentuk modular itu akan memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Ia juga memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh menyerlahkan potensi mereka. Kurikulum itu akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran. Sebagai usaha membentuk pelajar seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baharu akan menjadikan sukan sebagai subjek mata pelajaran.

Upload: jayasri-devaraj

Post on 04-Oct-2015

30 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pengenalan

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).Semua sekolah rendah diMalaysiaakan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruhMalaysiabagi murid Tahun Satu 2011. Ia selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan mampu bersaing di peringkat global.Proses pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks.Guru-guru yang telah dilatih untuk melaksanakan KSSR dan ianya diharapkan dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Kurikulum berbentuk modular itu akan memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Ia juga memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh menyerlahkan potensi mereka.Kurikulum itu akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran. Sebagai usaha membentuk pelajar seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baharu akan menjadikan sukan sebagai subjek mata pelajaran.Matlamat KBSR adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang,harmonis dan berakhlak mulia. Penekanan utama ialahKemahiran Asas 3Miaitumembaca, menulis dan mengira. Aspek yang terkandung dalamkemahiran asasialah 3M ialah kemahiranpertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus.Penekanan Dan Tumpuan KBSR ialah seperti kemahiran asas3M (Meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis), kemahiran berfikir, nilai merentas kurikulum, bahasa merentas kurikulum, Patriotisme merentas kurikulum, strategi P&P yang berpusatkan murid, penilaian berterusan serta pemulihan dan pengayaan.KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi seiringan dengan KBSR.KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.2.0 Perbincangan

Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR dan KSSR merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa,. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada di peringkat rendah. Tatabahasa adalah salah satu sistem bahasa yang ditekankan dalam KBSR dan KSSR Bahasa Melayu. Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan dijalankan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan berbahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk kata, dan penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata, bentuk kata, proses pembentukan kata bahasa Melayu dan juga golongan kata. Bentuk kata terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Perkataan- perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses pengandaan, perangkaian tergolong dalam bentuk kata tunggal. Terdapat sekurang- kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu kata dan dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih. Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang mengandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut sebagai kata terbitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut sebagai akar. Terdapat empat jenis dalam kata terbitan. Antaranya ialah kata terbitan berawalan. Awalan dapat wujud dalam kata terbitan, kata kerja terbitan dan kata terbitan adjektif. Sebagai contohnya, pelari, pembawa,pesara dan sebagainya. Akhiran dalam bahasa Melayu hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan seperti pakaian, seniwati, hadirin dan sebagainya. Apitan pula wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan. Antara contohnya ialah pelaksanaan, memainkan, kehujanan dan sebagainya. Kata terbitan bersisipan juga salah satu jenis dalam kata terbitan. Bentuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan, dengan maksud, kata terbitan baharu tidal lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk- bentuk kata sisipan sudah tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk- bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baharu dicipta. Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam kata nama, kata adjektif dan kata adjektif. Sebagai contohnya, seruling, gemilang, jelajah dan sebagainya. Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsure lain. Misalnya, kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti yang. Kata majmuk terdiri daripada rangkai kata bebas, istilah khusus dan kiasan. Sebagai contohnya ialah, tengah hari, garis pusat, buah hati dan sebagainya. Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Bentuk- bentuk kata tersebut ialah antarabangsa, beritahu, setiausaha dan sebagainya. Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu penggandaan penuh, berentak dan separa. Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak seperti meja- meja, pelatih- pelatih, amalan- amalan dan sebagainya. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Antara contohnya ialah lelaki, berlari- lari dan sayur- sayuran. Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi- bunyi tertentu diulang atau diubah. Melalui bentuk kata ini, proses pembentukan kata pengimbuhan, penggandaan dan juga pemajukan juga turut didedahkan kepada murid- murid.

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna,bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan adalah seperti yang berikut. Murid- murid didedahkan tentang unsure utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat. Pembahagian atau pemenggalan frasa subjek dan predikat bagi sesuatu ayat tidak boleh dilakukan tanpa peraturan atau secara ad hoc. Murid- murid dikenalkan cara membagagikan frasa subjek dan predikat sebagai asas pembinaan sesuatu ayat. Dalam bahasa Melayu jenis- jenis ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, ayat Tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan sesuatu penyataan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Jenis jenis ayat juga diajar secara terperinci kepada murid- murid menerusi KBSR dan KSSR. Terdapat dua jenis ragam ayat iaitu ayat aktif dan pasif. Ia juga ditekankan dalam Kurikulum Sekolah Rendah Bahasa Melayu KSSR dan KBSR. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Susunan ayat iaitu ayat biasa dan juga songsang diajarkan kepada murid- murid sama ada dalam KBSR dan juga KSSR. Dalam KBSR, binaan dan proses ayat dasar, ayat tunggal diajar kepada murid- murid dalam KBSR. Tetapi dalam KSSR pula, proses ayat terbitan seperti proses penggantian, pengguguran, penyusunan semula dan perluasan amat ditekankan daripada KBSR. Dalam KBSR proses penerbitan ayat diajar bersama- sama dengan binaan ayat tetapi dalam KSSR ia dijadikan sebagai salah satu aspek yang diajar kepada murid murid di bawah sintaksis. Sistem ejaan juga merupakan salah satu aspek yang ditekankan dalam sistem bahasa KBSR dan KSSR. Perkataan yang diberikan penekanan ialah pola keselerasan huruf vokal, ejaan kata pinjaman dan ejaan kata dasar dan kata terbitan. Sistem ejaan rumi bahasa Melayu terdiri daripada keselarasan vokal, kata pinjaman, kata terbitan, kata ganti singkat, kata sendi nama, kata majmuk, kata nama, kata partikel dan kata ganda. Sistem ejaan diajar agar dapat murid dapat mengeja sesuatu perkataan dengan betul supaya makna perkataan bersamaan dengan maksud ujaran. Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata pra akhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Pola keselarasan vokal ini adalah keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar, kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup dan bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja. Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baharu bahasa Melayu iaitu:

BilSuku kata pra akihirSuku kata akhir tertutupContoh penggunaan

1aaasal ,talak, halaman

2aialih,tarik,parit

3auasuh,datuk,baruh

4e (pepet)aemas,kelam, selam

5e (pepet)ibetik ,ketil,lebih

6e (pepet)ubelut,telur, perut

7e (taling)aelak,dewan,perang

8e (taling)e (taling)belek ,gele,leceh

9e (taling)oelok,belok,telor

10iabilah,kilang,selinap

11iiintip,pilih,sisih

12iupikul,ribut,tidur

12oaotak,borang,sekolah

14oe (taling)oleh,boleh, celoteh

15ooobor,borong,kelompok

16uaulat,bulat,ketupat

17uiulit,kulit,putih

18uuuntuk ,buluh,seluruh

Rajah 1.1 Pola keselarasan huruf vokal

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Kemahiran mendengarMendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah. Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses paling utama dalam proses Anderson et al. (1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada kaedah pengajaran di universiti adalah dengan mendengar kuliah. Barker (1971:I) menyatakan bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di universiti adalah antara 50% - 100%.

Proses mendengarProses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat:a) Mendengar deretan bunyi bahasaIndividu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendegnar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal.

b)Memahami bunyi tersebutSesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi tersebut. Dalam perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukann dengan bunyi yang dilafazkan. Proses ini yang berukangkali dilakukan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.

c) Menguasai maknaDi peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Pendek kata, pendengar yang baik akan faham dan mengerti maksud setiap ujuran yang dilafazkan. Mereka bukan shaja boleh memaham malah boleh juga membuat interpretasi daripadanya.

d) Bertindak terhadap bunyiPeringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.

Jenis kemahiran mendengarKemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis:Mendengar Secara IntensifMendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya dilaksanakan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan. Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh dijalankan dalam berbagai-bagai cara. Antaranya ialah:

i)Mendengar arahanMurid-murid mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas terhadapnya. Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru besar, ketua darjah atau rakan-rakan mereka sendiri. Biasanya, murid-murid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dan cepat dan dapat pula segera bertindak terhadapnya. Murid-murid seperti ini dapat menghasilkan sesuatu tindak balas secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan pada peta sesebuah bandar dan sebagainya.

ii)Menjawab soalan kefahamanMurid-murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan yang diberi. Berbagai-bagai aktiviti boleh dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah memberi penerangan, memberi makna, membuat huraian, menyatakan sebab, menjelaskan sesuatu, membuat taksiran, membuat andaian interential, memberi komen dan sebagainya.

iii)Mendengar untuk mendapatkan maklumatDalam latihan ini perhatian murid-murid ditumpukan kepada bahagian-bahagian tertentu daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih murid-murid mendengar dengan teliti maklumat-maklumat yang berkenaan sahaja dan mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-murid. Antaranya ialah mendengar tentang cara untuk membuat kuih, mendengar dari seorang jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli, mendengar dn mendapatkan maklumat tentang rumah yang akan dibeli, mendengar dn mendapatkan maklumat maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh orang tetentu dalam seminggu dan sebagainya.

iv)Membuat ringkasanMurid-murid mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat ringkasna tentang apa yang telah didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakam terlebih dahulu. Murid-murid diminta membuat catatan isi-isi penting ketika mendengar sesuatu petikan itu. Ringkasan itu kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk laporan bertulis.

v)Menyelesaikan masalahMurid-murid mendengar sesuatu maslah dan kemudian diminta berbincang bersama- sama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Murid-murid pada mulanua diminta mendengar masalah itu dengan teliti. Setelah dapat memahami meksudnya, mereka diminta mencari punca masalah tersebut dan selepas itu mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Kadangkala murid-murid diminta memberi penerangan atau mentafsirkan tajuk-tajuk rangsangan secara bernas dan logik. Misalnya, 'Semua orang Melayu bolehbertutur Bahasa Melayu, tetapi bukan semua orang Melayu'. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran mendengar secara intensif. Setelah murid-murid memahami dan boleh menanggapi apa yang didengarnya, guru boleh meneruskan kerja mereka selanjutnya secara terperinci bahasa. Pada peringkat awal, murid-murid akan didedahkan kepada bahasa-bahasa yang asli iaitu bahasa yang belum dipermudahkan. Tujuan mendedahkan mereka kepada bentuk bahasa seperti ini adalah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa mereka boleh menterjemah sebahagian besaar ciri-ciri bahasa walaupun mereka tidak memahami apa yang diperkatakan. Murid-murid dapat juga menyuburkan keyakinan diri mereka terhadap pembelajaran bahasa di samping memberi mereka peluang mendengar berbagai-bagai bentuk bahasa.

Mendengar Secara EkstensifLatihan mendengar secara ekstensif adalah latihan yang dijalankan setelah murid-murid dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan dan tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang seumpamanya. Latihan mendengar secara ekstensif biasanya dilakukan melalui aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar yang telah sedia diperolehi. Mendengar secara ekstensif menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logis. Murid-murid boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa yang didengarnya itu. Kemungkinan murid-murid boelh memberi komen daripada apa yang didengarnya, atau melengkapkan cerita, atau mencari isi penting daripada sebuah tafsiran dan sebagainya. Latihan mendengar seperti ini membantu menyediakan murid-murid untuk boleh memberi pandangan dan pendapat serta hujah dengan baik.

Bentuk kemahiran mendengarMendengar secara pasifIni merupakan peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya. Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebutkan semula perkara-perkara yang didengar itu. Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif. Antaranya ialah, mungkin kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka.

Mendengar Secara Bertelau-telauMendengar secara bertelau-telau berlaku dilalangan pelajar bahasa kedua. Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya daripada kemahiran mendengar secara pasif. Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar dan menangkap bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. Mereka kurang biasa mendengar dan bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa itu.

Mendengar Tanpa Tindak BalasMendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si pendengar tidak peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin si pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan makna di antara kata-kata dalam ayat-ayat yang diucapkan menyebabkan mereka tiak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih, simpati atau sebagainya.

Mendengar Secara Membuak-buakHal ini berlaku dikalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuk-nebuk kata atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Di peringkat ini, kemahiran mendengar pelajar yang menuturkan bahasa itu masih rendah. Kemahiran mendengar secara menebuk ini juga berlaku di kelangan pelahar bahasa ibunda. Ini berlaku kerana mereka pasti yang mereka cukup berupaya memahami dan menggunakan bahasa sendiri, walhal darjah kefahaman mereka terhadap bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah.

Mendengar Dengan BeremosiPada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang dituturkannya. Ini dikatakan begitu kerana pendengar dapat merasakan sesuatu hingga memberanngsangkan emosinya. Mereka sudah boleh mendengar, memaham dan bertindak terhadap ujaran tersebut.

Mendengar Secara Berhati-hatiMendengar di peringkat ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan secara bersungguh-sungguh. Dia harus menumpukan pendengarannya terhadap kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat di dalam sesuatu percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap ujaran yang dilafazkan ituadalah untuk menentukan supaya setiap butir yang dituturkan itu dapat difahami dengan tepat dan betul.

Mendengar Secara kritikalMendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini kemahiran mendengar si pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi. Dia boleh menentukan kesahihan sesuatu fakta yang didengarnya.

Mendengar Dengan PengamatanMendengar dengan pengamatan biasanya berlaku di kalangan pelajar yang sudah boleh berfikir secara kritikal. Mendengar cara ini akan lebih bermakna jika proses mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman si pendengar. Ini bermakna si pendengar itu akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan jika ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya.

Kemahiran BertuturBertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.

Aspek-aspek PertuturanAda beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan sembilan aspek pertuturan seperti berikut. Sebutan,Tekanan, Mora(panjangpendek), Jeda(persendian), Intonasi, Nada, Tatabahasa, Kelancaran, Kefasihan, Laras Bahasa.Tujuan Kemahiran BertuturKemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan ayat dengan tepat.

3.0 Perancangan AktivitiMata PelajaranBahasa Malaysia

Tahun 2

Standard kandungan1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila

Objektif Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapati. Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila

Langkah Pelaksanaan1. Guru membimbing murid cara membuat permintaan yang betul ketika berurusan dengan orang lain dengan memberi contoh pembeli berurusan dengan penjual semasa meminta barang yang dibeli. Penekanan diberi pada aspek keusahawanan iaitu cara yang betul membuat permintaan. Bertatasusila Menggunakan intonasi yang betul2. Guru memilih beberapa orang murid untuk menjalankan aktiviti main peranan berjual beli di kantin sekolah.3. Guru memberi kad situasi kepada murid yang telah dipilih:Kad A: Peniaga melayan pelangganKad B: Pelanggan membuat pesanan4. Guru meminta murid yang dipilh memainkan peranan seperti yang terdapat dalam kad situasi dengan menggunakan dialog yang sesuai dan bertatasusila.5. Guru dan murid berbincang tentang kesesuaian dialog yang digunakan dalam aktiviti main peranan dan makanan yang digemari oleh murid.

Aktiviti Main Peranan

Kad A Kad B

Kamu menjadi penjual di kantin sekolah kamu. Lakonkan cara kamu melayan pembeli secara bertatasusilaKamu menjadi pembeli. Lakonkan cara kamu membuat permintaan semasa memesan barang daripada penjual di kaunter secara bertatasusila

Mata PelajaranBahasa Melayu

Tahun 3

Standard Kandungan2.5 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul

Objektif Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini , murid dapatI. Menceritakan sekurang- kurangnya tiga maklumat penting yang didengar daripada paparan slaid yang ditayangkan iaitu contoh haiwan yang hidup di darat, di dalam air dan kedua- duanyaII. Memahami perkara yang dibaca dengan menjawab soalan guru.

Langkah Pelaksanaan1. Guru memaparkan slaid 2. Murid dikehendaki melihat paparan slaid yang ditayangkan3. Ketika slaid sitayangkan, guru menyoal beberapa soalan- soalan mudah kepada murid untuk memastikan tahap kefahaman murid.4. Setelah selesai melihat slaid, secara berpasangan murid diminta untuk menceritakan tentang slaid yang telah ditayangkan iaitu berkenanaan habitat Haiwan

Aktiviti Bercerita

Rancangan Aktiviti MenulisBahasa Malaysia Tahun 3Mata PelajaranBahasa Malaysia

Tahun 3

Tema Panduan keselamatan

Tajuk Panduan Keselamatan untuk Murid

Standard Kandungan3. 4 Menulis imlak dengan tepat

Objektif Pada akhir proses pengjaran dan pembelajaran ini, murid dapatI. Menulis imlak secara tepat berdasarkan bacaan guru dengan ejaan dan tanda baca yang betul

Langkah Pelaksanaan1. Guru mengagihkan lirik lagu kepada murid- murid2. Lirik lagu tersebut berkaitan dengan panduan keselamatan3. Guru menyanyikan terlebih dahulu sebelum meminta murid- murid menyanyikannya 4. Murid- murid menyanyikan lagu tersebut dengan iringan muzik5. Meurid diminta mengeluarkan isi penting daripada lagu tersebut dan mencatakannya dalam buku latihan

Aktiviti Menyanyi

Negara kita ada undang-undangPerbuatan jenayah amatlah dilarangRakyat selamat perkara utamaUntuk keamanan negara Malaysia999 nombor kecemasanDail sahaja pihak polis sampaiPencuridiberkaspenjahatditahanPihak polis hebat, cekapdanberjasaJangansalahgunanomborkecemasanPanggilanpalsujangandilakukanJagakeselamatantanggungjawabsemuaMogasejahtera, amandanbahagia

Rancangan Aktiviti Seni BahasaBahasa Malaysia Tahun 4

Mata PelajaranBahasa Malaysia

Tahun 4

Tajuk Membaca untuk Menguasai Dunia

Tema Kemasyarakatan

Standard Kandungan4.4 Melafazkan dan memahami puisidengan intonasi yang betul menggunakanbahasa yang indah secara didik hibur.

Objektif PembelajaranPada akhir pembelajaran, murid dapati. Mendeklasmasikan sajak dengan sebutan jelas dan intonasi yang betulii. Menuis maksud sajak dengan betul

Langkah Pelaksanaan1. Murid- murid ditayangkan video contoh bersajak2. Murid- murid diberi masa untuk berbincang tentang tayangan video berdasarkan sebutan dan intonasinya.3. Murid- murid diminta mendeklamasikan sajak berdasarkan rangkap yang diberi.4. Murid- murid berbincang secara kumpulan dan menyatakan maksud sajak mengikut rangkap yang diberi

Aktiviti Bersajak

Rancangan Aktiviti TatabahasaBahasa Malaysia Tahun 2Mata PelajaranBahasa Malaysia

Tahun 2

Tema Kekeluargaan

Tajuk Keluarga saya

Standard kandunganMemahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks

Objektif PembelajaranPada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapati Menyatakan kata nama hidup manusia dengan betul

Langkah Pelaksanaan 1. Murid ditunjukkan beberapa keping gambar melalui LCD dengan audio2. Murid dan guru bersoal jawab berdasarkan gambar yang dipaparkan.3. Murid dipilih secara rawak untuk bercerita tentang keluarga masing- masing di hadapan kelas.4. Murid dibimbing memahami penggunaan kata nama am hidup manusia mengikut konteks keluarga.

Contoh aktivitiBercerita