pengenalan.docx

2
1.0 Pengenalan Dalam melaksanakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, guru perlulah merancang suatu strategi yang bukan sahaja berkesan tetapi juga menarik dan memberi pengalaman pembelajaran yang memberi kesan kepada pelajar. Menurut Gagne R (1965), strategi seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan setiap maklumat atau ilmu yang diajar dapat dimanfaatkan semaksimum mungkin oleh murid-murid. Dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, penguasaan ilmu atau fakta oleh murid menjadi antara faktor penting dalam pengajaran. Oleh itu, penguasaan maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid dalam suatu pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan merupakan salah satu langkah bagi memastikan murid melibatkan diri secara sepenuhnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah Gallery Tour merupakan suatu kaedah pengajaran yang menarik dan dapat merangsang pemikiran dan idea murid dalam menjawab soalan tugasan yang diberikan. Melalui kaedah pengajaran ini, murid akan dapat memberikan pendapat dan komen mengenai hasil perbincangan kumpulan lain bagi tujuan penambahbaikan (Kagan S, 1992). Ini diharapkan dapat membantu murid untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru

Upload: kong-siew-yia

Post on 18-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sej

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan Dalam melaksanakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, guru perlulah merancang suatu strategi yang bukan sahaja berkesan tetapi juga menarik dan memberi pengalaman pembelajaran yang memberi kesan kepada pelajar. Menurut Gagne R (1965), strategi seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan setiap maklumat atau ilmu yang diajar dapat dimanfaatkan semaksimum mungkin oleh murid-murid. Dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, penguasaan ilmu atau fakta oleh murid menjadi antara faktor penting dalam pengajaran. Oleh itu, penguasaan maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid dalam suatu pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan merupakan salah satu langkah bagi memastikan murid melibatkan diri secara sepenuhnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Kaedah Gallery Tour merupakan suatu kaedah pengajaran yang menarik dan dapat merangsang pemikiran dan idea murid dalam menjawab soalan tugasan yang diberikan. Melalui kaedah pengajaran ini, murid akan dapat memberikan pendapat dan komen mengenai hasil perbincangan kumpulan lain bagi tujuan penambahbaikan (Kagan S, 1992). Ini diharapkan dapat membantu murid untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dan seterusnya meningkatkan penguasaan mereka dalam fakta yang dipelajari.