pengenalan.docx

2
PENGENALAN Pada masa kini, penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran amat meningkat sekali . Secara ringkasnya ICT adalah singkatan nama daripada perkataan English iaitu Information and Commmunication Technology yang bermaksud Teknologi maklumat dan Komunikasi. Jadi ICT dalam pengajaran adalah berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). Penggunaan ICT dalam PdP bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan PdP. Integrasi ICT dalam PdP ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan untuk melancarkan proses PdP bukannya belajar tentang ICT. Namun begitu penggunaan ICT di dalam PdP secara tidak lansung pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware,software, internet dan sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannnya yang tersendiri dalam menjalani proses PdP di sekolah. Melalui penggunaan ICT dalam PdP, guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi- teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap mata pelajaran yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk difahami. FUNGSI ICT DI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam PdP dapat: Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang mempunyai pelbagai keupayaan Meningkatkan motivasi murid Membolehkan pembelajaran bersendirian Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi

Upload: comel83

Post on 28-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Pada masa kini, penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran amat meningkat sekali . Secara ringkasnya ICT adalah singkatan nama daripada perkataan English iaitu Information and Commmunication Technology yang bermaksud Teknologi maklumat dan Komunikasi. Jadi ICT dalam pengajaran adalah berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). Penggunaan ICT dalam PdP bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan PdP. Integrasi ICT dalam PdP ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan untuk melancarkan proses PdP bukannya belajar tentang ICT. Namun begitu penggunaan ICT di dalam PdP secara tidak lansung pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware,software, internet dan sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannnya yang tersendiri dalam menjalani proses PdP di sekolah. Melalui penggunaan ICT dalam PdP, guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap mata pelajaran yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk difahami.

FUNGSI ICT DI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam PdP dapat:

Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang mempunyai pelbagai keupayaan Meningkatkan motivasi murid Membolehkan pembelajaran bersendirian Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi Membolehkan murid mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima Meningkatkan kemahiran ICT

Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya di dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses PdP. Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat diaplikasikan dalam proses PdP bagi memudahkan lagi pemahaman murid