pengenalan.doc

1
PENGENALAN Kebimbangan Matematik merupakan fenomena yang sering dikaitkan dengan masalah pembelajaran Matematik di sekolah. Kebimbangan Matematik ditakrifkan sebagai perasaan bimbang dan tegang yang berlaku dalam diri seseorang individu dan mengganggu proses kecekapan penggunaan nombor dan penyelesaikan masalah Matematik dalam kehidupan seharian. Dalam bidang pembelajaran pula, kebimbangan Matematik boleh menyebabkan seseorang murid lupa dan hilang keyakinan terhadap diri sendiri. Kajian menunjukkan bahawa tekanan yang dihadapi oleh kebanyakan murid dalam pembelajaran Matematik ialah biasanya disebabkan oleh masa menjawab dan sifat malu di khalayak umum. Masalah ini telah menjadi perhatian para guru sekian lama dan banyak kajian serta usaha yang dilakukan untuk membasmi masalah kebimbangan Matematik di kalangan murid. Murid yang berasa bimbang, bosan, takut atau menganggap Matematik tidak penting biasanya cuba mengelakkan diri daripada mempelajari subjek ini dan melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan kegagalan memahami subjek ini. Murid-murid yang mengalami kebimbangan Matematik sering kali menganggap Matematik sukar bagi mereka dan menjadi pengalaman yang membebankan untuk mempelajarinya. Antara simptom-simptom kebimbangan Matematik ialah : Berpandangan negatif terhadap diri sendiri Kurang motivasi semasa menjalankan tugasan Matematik Kurang membuat ulangkaji Lambat menyiapkan kerja rumah Matematik Berasa panik semasa menghadapi ujian Menghadapi kesukaran menghafal fakta Matematik Bergantung kepada hafalan berbanding pemahaman Penawar bagi masalah kebimbangan Matematik terletak pada diri murid sendiri dan juga terletak di bahu guru yang menyampaikan ilmu Matematik kepada murid. Kebijaksanaan guru memilih strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai dan menarik amat penting dalam usaha mengurangkan seterusnya membasmi masalah kebimbangan Matematik di kalangan murid.

Upload: mohdradzlee77

Post on 17-Jan-2016

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

56u56u56u

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN.doc

PENGENALAN

Kebimbangan Matematik merupakan fenomena yang sering dikaitkan dengan masalah

pembelajaran Matematik di sekolah. Kebimbangan Matematik ditakrifkan sebagai perasaan

bimbang dan tegang yang berlaku dalam diri seseorang individu dan mengganggu proses

kecekapan penggunaan nombor dan penyelesaikan masalah Matematik dalam kehidupan

seharian. Dalam bidang pembelajaran pula, kebimbangan Matematik boleh menyebabkan

seseorang murid lupa dan hilang keyakinan terhadap diri sendiri.

Kajian menunjukkan bahawa tekanan yang dihadapi oleh kebanyakan murid dalam

pembelajaran Matematik ialah biasanya disebabkan oleh masa menjawab dan sifat malu di

khalayak umum. Masalah ini telah menjadi perhatian para guru sekian lama dan banyak

kajian serta usaha yang dilakukan untuk membasmi masalah kebimbangan Matematik di

kalangan murid.

Murid yang berasa bimbang, bosan, takut atau menganggap Matematik tidak penting

biasanya cuba mengelakkan diri daripada mempelajari subjek ini dan melakukan perbuatan

yang boleh menyebabkan kegagalan memahami subjek ini. Murid-murid yang mengalami

kebimbangan Matematik sering kali menganggap Matematik sukar bagi mereka dan menjadi

pengalaman yang membebankan untuk mempelajarinya. Antara simptom-simptom

kebimbangan Matematik ialah :

Berpandangan negatif terhadap diri sendiri

Kurang motivasi semasa menjalankan tugasan Matematik

Kurang membuat ulangkaji

Lambat menyiapkan kerja rumah Matematik

Berasa panik semasa menghadapi ujian

Menghadapi kesukaran menghafal fakta Matematik

Bergantung kepada hafalan berbanding pemahaman

Penawar bagi masalah kebimbangan Matematik terletak pada diri murid sendiri dan

juga terletak di bahu guru yang menyampaikan ilmu Matematik kepada murid. Kebijaksanaan

guru memilih strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai dan menarik amat penting

dalam usaha mengurangkan seterusnya membasmi masalah kebimbangan Matematik di

kalangan murid.