pengenalan sv

17
PENGENALAN SV &TEORI PENGHASILAN BAHAGIAN( A ) 1.Jelaskan empat kesan psikologi yang dapat ditimbulkan daripada pendidikan seni visual. (i) Kesan terhadap kreativiti, iaitu memantapkan keupayaan membuat dan mereka cipta (ii) Kesan terhadap sensitiviti iaitu memantapkan kepekaan, kebolehan menghayati dan merasa (iii) Kesan terhadap emosi iaitu membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibiliti, mencorak perlakuan perasaan semulajadi. (iv) Kesan terhadap ekspresi iaitu memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan. [ 12 ] 2. Berikan pengertian seni visual Seni visual ialah disiplin ilmu yang berkaitan dengan kedua- dua bidang iaitu pengkaryaan, yang berkaitan dengan catan, cetakan dan arca serta bidang perekaan seperti komunikasi visual, rekabentuk teknologi dan rekabentuk persekitaran. [ 4 ] 3. Huraikan empat peranan seni visual dari aspek sosiologi (i) Peranan terhadap Nasionalisma iaitu membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan negara. (ii) Peranan persekitaran iaitu mengukuhkan kepekaan dan sensitiviti terhadap kepentingan alam sekitar yang memberi kesan kepada kehidupan (iii) Peranan propaganda iaitu karya seni visual sebagai alat penyebaran maklumat, idea, hasrat, kepercayaan dan kuasa. (iv) Peranan ritual iaitu seni visual digunakan dalam adat resam, upacara dan aktiviti kehidupan masyarakat. ( Pengeluaran. Perniagaan dan perdagangan ) [ 8 ] 4. Berikan dua bidang penghasilan dalam seni visual (i) Pengkaryaan (ii) Perekaan [ 2 ]

Upload: christy-atkinson

Post on 02-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Seni visual merupakan aktiviti kesenian yang boleh dilihat melalui mata.

TRANSCRIPT

PENGENALAN SV &TEORI PENGHASILAN

BAHAGIAN( A )

1.Jelaskan empat kesan psikologi yang dapat ditimbulkan daripada pendidikan seni visual.(i) Kesan terhadap kreativiti, iaitu memantapkan keupayaan membuat dan mereka cipta(ii) Kesan terhadap sensitiviti iaitu memantapkan kepekaan, kebolehan menghayati dan merasa(iii) Kesan terhadap emosi iaitu membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibiliti, mencorak perlakuan perasaan semulajadi.(iv) Kesan terhadap ekspresi iaitu memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan.[ 12 ]

2. Berikan pengertian seni visualSeni visual ialah disiplin ilmu yang berkaitan dengan kedua-dua bidang iaitu pengkaryaan, yang berkaitan dengan catan, cetakan dan arca serta bidang perekaan seperti komunikasi visual, rekabentuk teknologi dan rekabentuk persekitaran.[ 4 ]

3. Huraikan empat peranan seni visual dari aspek sosiologi(i) Peranan terhadap Nasionalisma iaitu membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan negara.(ii) Peranan persekitaran iaitu mengukuhkan kepekaan dan sensitiviti terhadap kepentingan alam sekitar yang memberi kesan kepada kehidupan(iii) Peranan propaganda iaitu karya seni visual sebagai alat penyebaran maklumat, idea, hasrat, kepercayaan dan kuasa.(iv) Peranan ritual iaitu seni visual digunakan dalam adat resam, upacara dan aktiviti kehidupan masyarakat.( Pengeluaran. Perniagaan dan perdagangan ) [ 8 ]

4. Berikan dua bidang penghasilan dalam seni visual(i) Pengkaryaan(ii) Perekaan[ 2 ]

5. Jelaskan maksud peranan seni visual dari aspek sosiologi seperti berikut

a) Propaganda :Seperti diatasb) Ritual :Seperti datasc) Perniagaan dan perdagangan :Hasil seni visual sebagai barangan yang berpotensi untuk perniagaan[ 9 ]

6. Pengalaman estetik diperolehi dari dua sumber iaitu pengalaman intelektual dan pengalaman langsung. Huraikan kedua-dua sumber tersebut.

Pengalaman intelektual:Merupakan pengalaman yang diperolehi melalui pembacaan dan kajian merangkumi konsep, falsafah dan nilai

Pengalaman langsung:Merupakan pengalaman yang diperolehi melalui kederiaan dan keterlibatan dalam prosess penghasilan seni visual. [ 6 ]7. Dalam proses pengkaryaan idea boleh dihidupkan melalui pelbagai cara dan sumber. Jelaskan empat daripada sumber-sumber idea tersebut.

(i) Homages iaitu dorongan dari semangat menghargai tuan, pendewaan, ikonologi dan semangat.(ii) Media massa iaitu menggunakan mediacetak dan elektronik sebagai subjek dalam karya bagi menyampaikan mesej tertentu.(iii) Pemerhatian iaitu persepsi dan ilusi alam benda.(iv) Persekitaran iaitu alam semulajadi dan buatan, seperti lanskap[ 8 ]

8. Jelaskan maksud perekaan dalam bidang rekabentuk teknologi.

Perekaan reka bentuk teknologi melibatkan perekaan yang menghasilkan produk berteknologi tinggi seperti kenderaan, peralatan elektrik dan sebagainya. [ 4 ]

9.Berikan maksud pengalaman estetik dari aspek intelektual mengenai konsep dan falsafah serta nilai.Bermaksud pengalaman estetik yang diperolehi melalui pembacaan dan kajian yang merangkumi konsep, falsafah serta nilai dalam seni visual. [ 3 ]

10. Bandingkan peranan seni visual dalam aspek psikologi dari segi(i) Kreativiti:pembelajaran dan aktiviti seni visual memantapkan keupayaan membuat dan mereka cipta.

(ii) Ekspresi :pembelajaran dan aktiviti seni visual memantapkan pengucapan,curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan.[ 4 ]

11. Jelaskan maksud peranan seni visual dari aspek sosiologi dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.(i) Persekitaran :Sensitiviti terhadap kepentingan persekitaran yang memberi kesan terhadap kehidupan cotohnya karya Rumah Rakit Kuala Lipis oleh peter Harris

(ii) Pengeluaran :Seni visual membantu dalam menghasilkan pengkaryaan dan perekaan yang bermutu contohnya Rekaan Kereta nasional Proton Wira.[ 4 ]12. Berikan maksud pengalaman estetik dari aspek pengalaman secara langsung dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Pengalaman estetik yang diperolehi melalui kederiaan dan keterlibatan semasa proses menghasilkan seni visual seperti catan, lukisan dan arca.[ 2 ]

13. Berikan maksud perekaan dalam aspek komunikasi visual berserta contoh-contoh yang sesuai.Maksud perekaan dalam aspek komunikasi visual melibatkan rekaan multimedia dan grafik, contohnya poster, billboard dan iklan.[ 4 ]

14. Bandingkan antara penghasilan dalam bidang pengkaryaan dengan penghasilan dalam bidang perekaan.Bidang pengkaryaan menghasilkan bentuk seni halus seperti catan, lukisan,arca dan cetakan manakala bidang perekaan menghasilkan bentuk, seni grafik, reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran contohnya pembungkusan, rekaan kenderaan dan hiasan dalaman.[ 5 ]

15. Nyatakan empat sumber idea atau inspirasi yang digunakan oleh seniman dalam karya mereka dan berikan contoh karya untuk menyokong setiap sumber yang anda nyatakan itu.

Sumber ideaContoh karya(i) Homageskarya Sulaiman Esa, Ke arah Tauhid (1983).

(ii) Media massakarya Joseph Tan, Love Me In My Batik (1968)(iii) Pemerhatiankarya Paul Cezzane, Still life.

(iv) Persekitarankarya, Peter Harris, Rumah rakit-Kuala Lipis (1956)

[ 8 ]

16. Nyatakan tiga sumber idea yang boleh didapati melalui proses penggunaan teknologi maklumat(i) Media massa merupakan sumber idea yang boleh diperolehi melalui teknologi maklumat

(ii) Maklumat tentang Peristiwa mitos, sejarah, semasa dan exotik boleh di perolehi melalui penerokaan teknologi maklumat

(iii) Pengalaman juga merupakan sumber idea yang mampu diperolehi melalui penggunan teknologi maklumat[ 6 ]

17. Jelaskan peranan seni visual daripada aspek sosiologi yang berikut(a) NasionalismeMembangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan negara[3 ](b) PersekitaranMengukuhkan kepekaan terhadap kepentingan alam sekitar yang memberi kesan kepada kehidupan[ 3 ]

(C)Perniagaan dan perdaganganHasil seni visual berpotensi sebagai barang untuk diniagakan

[ 3]

18. Berikan definisi :

(i) Kreativiti :Keupayaan membuat dan mereka cipta, menjadikan individu lebih imaginatif[ 2](ii) Ekspresi :Keupayaan menzahirkan pengucapan seni, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan.[ 2 ](iii) PemujukanKesan diripada hasil seni visual terhadap pemikiran khalayak dari segi kepercayaa, pengaruh dan penerimaan idea.

[ 2 ]

19. Mengikut Frank Cheatham dan Sheryl Haler(1983), pengertian idea dapat dipecahkan kepada beberapa unsur iaitu :

(i) awareness(ii) interpretasi(iii) penerokaan[ 3 ]

20. Berikan maksud perekaan dalam bidang rekabentuk persekitaran dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.Reka bentuk persekitaran bermaksud seni visual yang menghasilkan perekaan seperti lanskap persekitaran dan hiasan dalaman contohnya rekaan taman permainan dan rekaan ruang dalaman pejabat.

[ 3 ]TAJUK : Bahasa Seni Visual

1. Terdapat 2 aspek yang perlu difahami oleh pelajar dalam bahasa seni visual. Iaitu aspek formal dan makna,fungsi dan konteks. Nyatakan 3 ciri dalam aspek formal.a ) Unsur seni rekab) Prinsip rekaanc) Media dan teknik (3) )

2. Unsur seni memainkan peranan yang penting dalam proses pengkaryaan. Huraikan apakah unsur-unsur yang terdapat dalam pengkaryaan catan.a) Warna merupakan unsur yang paling penting dalam pengkaryaan catan kerana ia membezakan antara catan dengan lukisan.

b) Bentuk merupakan salah satu unsur yang digunakan dalam catan bagi menyampaikan hasrat estetika mahupun makna.

c) Rupa juga sering digunakan dalam pengkaryaan catan samada rupa geometrik mahupun rupa organik

d) Jalinan sentuh dan jalinan tampak juga digunakan dalam catan bagi meningkatkan lagi mutu pengkaryaan.( 12 m)

3. Prinsip rekaan memainkan peranan penting untuk proses perekaan dan pengkaryaan. Huraikan 3 prinsip rekaan yang digunakan dalam perekaan pembungkusan.a) prinsip kontra merupakan prinsip yang penting dalam rekaan pembungkusan kerana ia mampu menimbulkan kesan keterbacaan.

b) Prinsip dominan digunakan dalam perekaan pembungkusan bagi menjelaskan titik fokus dan tarikan.

c) Prinsip ekonomi juga diterapkan dalam perekaan kerana hasil grafik perlu kelihatan ringkas dan menarik.( 6 m )4. Jelaskan perbezaan fungsi prinsip kontra dan harmoni dalam hasil rekacorak batik canting.Prinsip kontra merupakan penggunaan unsur-unsur bertentangan yang mampu menimbulkan fokus dalam reka corak batik canting manakala prinsip harmoni menimbulkan kesan kesamaan dan sekata dalam reka corak batik canting.( 4 m )

5. Media terbahagi kepada 2 jenis. Iaitu media konvensional dan media baru.a)Nyatakan apakah maksud media.Media ialah bahan dan alat yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu karya( 3 m )

b) Apakah perbezaan antara media konvensional dan media baru.Media konvensional adalah media yang biasa, digunakan secara biasa dalam berkarya seperti cat minyak, akrilik dan sebagainya; media baru pula merupakan media yang berasaskan bantuan teknologi seperti multi media, mampu menghasilkan sesuatu yang sukar dibuat dengan tangan. kemahiran tangan.( 3 m )

6. Terangkan kelemahan media-media komunikasi visual yang berikut.a) Media konvensionalmemerlukan kemahiran tangan yang tinggi, memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan sesebuah karya dan Cuma dipersembahkan secara paparan kaku dan sukar dilakukan secara berkumpulan.(3 m)b) Media elektronik

memerlukan peralatan canggih dengan kos yang mahal dan masih memerlukan kemahiran tangan untuk menghasilkan rekaan yang berkualiti (3 m)

7. Apakah media yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan?a) Arangb) Pensilc) Dakwat cina( 3 m )

8. Terangkan nilai estetika dalam sesebuah karya seni arca.estetika dalam sesebuah karya seni arca ialah nilai keindahan yang menjadikan karya tersebut kelihatan menarik.( 5 m )

9. Lukisan mempunyai tujuan tanpa had atau ianya meluas merangkumiaspek psikologi hingga ke impak dramatik. Jenis lukisan juga meluas dan pelbagai. Perincikan maksud lukisan berikut.

a)lukisan Figuratif lukisan yang Mengkaji anatomi bentuk badan manusia atau haiwan( 3 m )

b) Lukisan KajianLukisan yang mengkaji secara terperinci tentang setiap aspek hal benda yang dilukis, ia digunakan dalam bidang biologi, perubatan, arkeologi dan sebagainya ( 3 m )

c) Lukisan Fantasihasil imaginasi pelukis yang mencadangkan konsep tertentu, digunakan dalam mencipta watak untuk filem fiksyen, komik dan sebagainya. ( 3 m )

10. Nyatakan 3 cara atau teknik lukisan yang sering digunakan oleh pelukis.a) hatchingb) cross hatchingc) sgraffito(blending, burnishing, frottage, blot drawing, scraperboard)

( 3 m )TOPIK 3 : Sejarah dan Kritikan

1.Jelaskan pengertian

(a) Seni

Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah

(b) seni visualmerangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus dan perekan yang meliputi bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran

[ 4 ]2. Huraikan maksud Sejarah Seni Visual.

Maksud sejarah seni visual ialah pengkajian tentang bentuk-bentuk seni yang berkaitan dengan apa jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri termasuklah tentang pelukis, pereka,bentuk, stail, proses, teknik, bahan dan sebagainya.[ 4 ]

3 Nyatakan tiga tujuan Sejarah Seni Visual.

i. Sebagai dokumen sejarah yang merakamkan masa atau era yang menghasilkannya.

ii. Memperjelas akan bentuk, makna dan fungsi sesuatu karya.

iii. Melihat perubahan persepsi, fungsi dan makna yang berlaku keatas sesuatu karya. [ 3 ]

4 Pengolahan sesebuah karya seni boleh dilakukan melalui tiga aspek. Jelaskan.

i. Idealisasimerujuk kepada unsur kepercayaan / keagamaan. terdapat banyak pada imej-imej keugamaan.

ii. Representansimerujuk kepada perlambangan. menyatakan tentang keperihalan sifat dan ciri sesuatu kualiti hal yang mujarad seperti berat atau isipadu sesuatu objek tanpa sebenarkan menekankan sifat luaran.

iii. stailisasi. merujuk kepada bahan dan teknik yang digunakan dalam sesuatu karya atau perekaan. pertimbangan imej dibuat dengan mengambil kira aspek ciri bahan yang digunakan dan rupa yang akan diserasikan dengan keseluruhan reka bentuk.[6]

5 Huraikan gaya penampilan dalam sesebuah karya di bawah:

i. Realistik

karya yang menggambarkan sepertimana objek/situasi asal melibatkan imitasi, peniruan daripada bentuk asal.Contoh Gadis Melayu, Potret Diri (Mohd.Hoessien Enas),

ii. spara abstrak

Mengubah bentuk asal kepada unsur yang sukar difahami tetapi masih boleh dikenali unsur-unsur asal.

iii. abstrak

karya yang melambangkan keseluruhan imej yang sukar difahami , dikenali sebagai mujarad,niskala,kabur, tetapi pengkarya lebih mementingkan simbol,bentuk dan warna,Contoh Pago-pago (A.Latiff Mohidin).[6]

6 Jelaskan pengertian Kritikan Seni Visual.

Kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni samada dalam bentuk lisan ataupun tulisan.[ 4 ]

7 Apakah peranan kritikan seni kepada pengkarya?

Membantu profesion pengkarya dari segi penambahbaikan dalam proses berkarya dengan mengambil kira maklum balas dari pengkritik.[3]

8. Jelaskan 2 pendekatan yang digunakan dalam kritikan seni visual.

i) pendekatan ilmiah iaitu dalam bentuk penulisan yang terperinci diterbit dalam jurnal, majalah dan buku.

ii) pendekatan jurnalistik iaitu berbentuk laporan, penerangan dan penulisan diskriptif diterbit dalam akhbar dan majalah atau disiar melalui media elektronik.

[4]

10. Apakah yang dimaksudkan dengan diskripsi dalam kritikan seni visual?

Diskripsi ialah Strategi dimana pengkritik perlu mengenal pasti ciri-ciri fizikal karya seperti pengolahan aspek formal dan mengenal pasti imej.[2]

10. Apakah yang dimaksudkan dengan pertimbangan

i. Formalisme

Pertimbangan yang berasaskan aspek keindahan dan harmoni.

ii. Ekspresivisme

Pertimbangan berdasarkan keupayaan menyampaikan perasaan dan idea.

iii. Instrumentalisme

Pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat.[6]

11. Nyatakan empat strategi kritikan senii) Diskripsiii) analisisiii) interpretasiiv) pertimbangan 11. Nyatakan kepentingan kritikan seni visual kepada

i. Pengkarya

Kritikan seni mampu meningkatkan profesion pengkarya kerana ia merupakan suatu bentuk reaksi, maklum balas, pengesahan malah pengiktirafan terhadap sesuatu produk seni.

ii. Pengkritik

Dapat menghubungkan antara pengkarya dan khalayak melalui hasil kritikan nya yang mengupas kepelbagaian nilai serta makna.

iii. pemilik galeri/promoter

Kritikan seni membantu mempromosikan karya mejadikan sesuatu karya lebih popular

iv. pengumpul karya

Meningkatkan nilai karya dengan menjadikannya popular, ini memberi keuntungan kepada pengumpul.

v. sejarawan

kritikan seni merupakan dokumen sejarah yang pentig bagi pengkaji dan khalayak untuk mengenali sesebuah karya dengan lebih berkesan.[10]posted by seni visual at 7:12 PM | 0 comments Sunday, October 29, 20069 set soalan dengan skema Contoh-contoh Soalan

PENGENALAN SV &TEORI PENGHASILAN

BAHAGIAN( A )

1. Jelaskan empat kesan psikologi yang dapat ditimbulkan daripada pendidikan seni visual.(i) Kesan terhadap kreativiti, iaitu memantapkan keupayaan membuat dan mereka cipta(ii) Kesan terhadap sensitiviti iaitu memantapkan kepekaan, kebolehan menghayati dan merasa(iii) Kesan terhadap emosi iaitu membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibiliti, mencorak perlakuan perasaan semulajadi.(iv) Kesan terhadap ekspresi iaitu memnatapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan.[ 12 ]

2. Berikan pengertian seni visualSeni visual ialah disiplin ilmu yang berkaitan dengan kedua-dua bidang iaitu pengkaryaan, yang berkaitan dengan catan, cetakan dan arca serta bidang perekaan seperti grafik, rekabentuk industeri dan sebagainya.[ 4 ]

3.Huraikan empat peranan seni visual dari aspek sosiologi(i) Peranan terhadap Nasionalisma iaitu membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan negara.(ii) Peranan persekitaran iaitu mengukuhkan kepekaan dan sensitiviti terhadap kepentingan alam sekitar yang memberi kesan kepada kehidupan(iii) Peranan propaganda iaitu karya seni visual sebagai alat penyebaran maklumat, idea, hasrat, kepercayaan dan kuasa.(iv) Peranan ritual iaitu seni visual digunakan dalam adat resam, upacara dan aktiviti kehidupan masyarakat.( Pengeluaran. Perniagaan dan perdagangan ) [ 8 ]

4. Berikan dua bidang penghasilan dalam seni visual(i) Pengkaryaan(ii) Perekaan[ 2 ]

5. Jelaskan maksud peranan seni visual dari aspek sosiologi seperti berikut

a) Propaganda :Seperti diatasb) Ritual :Seperti datasc) Perniagaan dan perdagangan :Hasil seni visual sebagai barangan yang berpotensi untuk perniagaan[ 9 ]

6. Pengalaman estetik diperolehi dari dua sumber iaitu pengalaman intelektual dan pengalaman langsung. Huraikan kedua-dua sumber tersebut.

Pengalaman intelektual:Merupakan pengalaman yang diperolehi melalui pembacaan dan kajian merangkumi konsep, falsafah dan nilai

Pengalaman langsung:Merupakan pengalaman yang diperolehi melalui kederiaan dan keterlibatan dalam prosess penghasilan seni visual. [ 6 ]7. Dalam proses pengkaryaan idea boleh dihidupkan melalui pelbagai cara dan sumber. Jelaskan empat daripada sumber-sumber idea tersebut.

(i) Homages iaitu dorongan dari semangat menghargai tuan, pendewaan, ikonologi dan semangat.(ii) Media massa iaitu menggunakan media sebagai subjek dalam karya bagi menyampaikan mesej tertentu.(iii) Pemerhatian iaitu persepsi dan ilusi alam benda.(iv) Persekitaran iaitu alam semulajadi dan buatan, seperti lanskap[ 8 ]

8. Jelaskan maksud perekaan dalam bidang rekabentuk teknologi.

Perekaan reka bentuk teknologi melibatkan perekaan yang menghasilkan produk berteknologi tinggi seperti kenderaan, peralatan elektrik dan sebagainya. [ 4 ]

9. Berikan maksud pengalaman estetik dari aspek intelektual mengenai konsep dan falsafah serta nilai.Bermaksud pengalaman estetik yang diperolehi melalui pembacaan dan kajian yang merangkumi konsep, falsafah serta nilai dalam seni visual. [ 3 ]posted by seni visual at 6:24 PM | 0 comments Saturday, October 28, 2006soalan 2 2. Berikan pengertian seni visual ....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................(4)posted by seni visual at 6:43 PM | 0 comments PENGENALAN SV &TEORI PENGHASILAN Contoh-contoh Soalan

BAHAGIAN( A )

Jelaskan empat kesan psikologi yang dapat ditimbulkan daripada pendidikan seni visual.(i) ..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................

(ii)...........................................................................................................................................................................................................................................................................................................

(iii)..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................

(iv) ......................................................................................................................................................................................................................................................................................................... [ 12 ]posted by seni visual at 5:40 PM | 0 comments