pengenalan surah muzammil

2

Click here to load reader

Upload: ainul-asyifah

Post on 25-Sep-2015

239 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

al muzammil

TRANSCRIPT

Pengenalan Surah Muzammil

Pengajaran Solat tahajjud akan memberikan kita kekuatan jiwa untuk menghadapi dugaan. Rasulullah (s.a.w) juga diperintahkan oleh Allah untuk mengerjakan solat tahajjud sebagai persiapan sebelum diberi satu tugas yang sangat berat. Jika kita terasa hidup ini terlalu menekan, dan dada terasa amat terhimpit, segeralah mula untuk mengerjakan solat tahajjud dengan istiqamah. Kita akan mendapat kekuatan jiwa yang membolehkan kita menghadapi segala dugaan tersebut.

Untuk mendapatkan kesannya, Quran hendaklah dibaca dengan tartil semasa solat tahajjud. Dalam perkataan lain, bacalah quran dengan sebaiknya supaya kita merasa "enjoy" dengan solat yang dilakukan. Sekiranya solat dilakukan dengan rasa terpaksa, besar kemungkinan ia tidak akan dapat memberi kita kekuatan yang diperlukan untuk menghadapi dugaan hidup.

Sekiranya kita selalu dicerca atau dikritik sedangkan kita adalah dipihak yang benar, maka hadapilah kritikan tersebut dengan cara yang baik, dan sebutlah nama Allah, atau sebutlah "Ya Allah" dengan lidah mahupun hati sebanyak-banyaknya. Tak perlulah risaukan kata-kata manusia, tapi fokuslah kepada Allah. Apabila kita melakukan seperti ini, maka Allah lah yang akan membalas perbuatan orang-orang yang mencerca anda.

Sebab nuzul

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ketika kaum Quraisy berkumpul di gedung Darul Nadwah, mereka berkata sesama mereka: "Mari kita carikan nama bagi Muhammad yang cepat dan mudah dikenali oleh orang ramai." Mereka berkata: "Kahin (Dukun)" Sebahagian daripada mereka menjawab: "Dia bukan dukun." Sebahagian lagi berkata: "Majnun (orang gila)." Sebahagian daripada mereka menjawab pula: "Dia bukan gila." Terdapat sebahagian lagi yang mengatakan: "Sahir (tukang sihir?." Kemudian sebahagian daripada mereka menjawab pula: "Dia bukan tukang sihir."

Kejadian ini akhirnya sampai ke pengetahuan Nabi s.a.w. sehingga baginda menyembunyikan diri dengan berselimut dan berkurung. Maka datanglah Jibril menyampaikan wahyu kepadanya: "Ya ayyuhalmuzzammil."(Surah al Muzzammil: 73:1) dan "Ya ayyuhal muddatstsir."(Surah al Muddatstsir: 74:1) (Diriwayatkan oleh al Bazzar dan at Thabarani dengan sanad yang lemah dari Jabir)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ayat ini (Surah al Muzzammil: 73: 1) turun di saat Nabi s.a.w. berselimut dengan lihat. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibrahim an Nakhai)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa setelah turunnya ayat ini (Surah al Muzzammil: 73:1-4) yang memerintahkan kepada kaum Muslimin agar bangun pada sepertiga malam untuk mengerjakan amal ibadat pada setiap malam. Maka, mereka melaksanakannya dengan tekun sehingga perkara ini berterusan selama setahun dan mengakibatkan kaki mereka bengkak-bengkak.

Maka turunlah ayat yang berikutnya (Surah al Muzzammil: 73: 20) yang memberi keringanan untuk bangun malam dan memendekkan bacaan. (K. Diriwayatkan oleh al Hakim dari Aisyah) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas dan perawi lain seperti itu)