pengenalan keluli

2
STRUKTUR KELULI Keluli dihasilkan daripada penapisan bijih besi yang dileburkan dalam Relau Bagas. Pembuatan besi telah bermula sejak 2000 tahun yang lampau dan teknik-teknik pembuatannya telah berubah dari semasa ke semasa. Operasi Relau Bagas pada masa kini boleh menghasilkan kira- kira 8000 tan besi cair dalam tempoh 24 jam. Bijih besi, arang kok, batu kapur dan sinter ( sejenis bijih campuran, arang kok dan batu kapur yang digunakan untuk membuang beberapa jirim meruap ) dimasukkan di bahagian atas relau. Udara ditiup untuk menaikkan suhu, kandungan oksigen bertindak balas dengan karbon panas dalam arang kok untuk membentuk karbon monoksida secara berterusan untuk mengeluarkan besi. Penggunaan keluli sebagai struktur pembinaan dalam bidang kejuruteraan awam, keluli adalah struktur logam yang paling banyak digunakan. Popularitinya adalah disebabkan oleh kombinasi beberapa faktor seperti kekuatan yang tinggi, tahan lama, kemuluran baik, kekukuhan yang tinggi ( high stiffness ), agak murah jika diambil kira tempoh pembinaannya yang cepat, saiznya yang pelbagai serta tidak rumit untuk pembinaan infrastruktur. Sehubungan itu, industri keluli mengalami perkembangan yang pesat dengan pelbagai penyelidikan dilakukan untuk memodenkan kaedah analisis dan rekabentuk keluli dalam usaha menghadapi dunia tanpa sempadan. Proses analisis dan rekabentuk struktur keluli merupakan salah satu fasa pembinaan terpenting kerana pencapaian rekabentuk yang

Upload: msel

Post on 12-Jun-2015

3.466 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Keluli

STRUKTUR KELULI

Keluli dihasilkan daripada penapisan bijih besi yang dileburkan dalam Relau Bagas.

Pembuatan besi telah bermula sejak 2000 tahun yang lampau dan teknik-teknik pembuatannya

telah berubah dari semasa ke semasa. Operasi Relau Bagas pada masa kini boleh

menghasilkan kira-kira 8000 tan besi cair dalam tempoh 24 jam. Bijih besi, arang kok, batu

kapur dan sinter ( sejenis bijih campuran, arang kok dan batu kapur yang digunakan untuk

membuang beberapa jirim meruap ) dimasukkan di bahagian atas relau. Udara ditiup untuk

menaikkan suhu, kandungan oksigen bertindak balas dengan karbon panas dalam arang kok

untuk membentuk karbon monoksida secara berterusan untuk mengeluarkan besi.

Penggunaan keluli sebagai struktur pembinaan dalam bidang kejuruteraan awam, keluli

adalah struktur logam yang paling banyak digunakan. Popularitinya adalah disebabkan oleh

kombinasi beberapa faktor seperti kekuatan yang tinggi, tahan lama, kemuluran baik,

kekukuhan yang tinggi ( high stiffness ), agak murah jika diambil kira tempoh pembinaannya

yang cepat, saiznya yang pelbagai serta tidak rumit untuk pembinaan infrastruktur.

Sehubungan itu, industri keluli mengalami perkembangan yang pesat dengan pelbagai

penyelidikan dilakukan untuk memodenkan kaedah analisis dan rekabentuk keluli dalam usaha

menghadapi dunia tanpa sempadan. Proses analisis dan rekabentuk struktur keluli merupakan

salah satu fasa pembinaan terpenting kerana pencapaian rekabentuk yang optimum dapat

menjimatkan kos pembinaan, memendekkan masa pembinaan serta menghasilkan sebuah

bangunan yang menarik dan selamat untuk didiami.

Walau bagaimana pun, penggunaan keluli dalam industri pembinaan di Malaysia masih

berkurangan jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United

Kingdom, Kanada dan negara-negara Eropah yang lain.

Tujuan utama dalam merekabentuk struktur keluli ialah untuk menghasilkan satu

rekabentuk struktur keluli yang optimum serta berupaya memuaskan fungsi dan menahan

Page 2: Pengenalan Keluli

beban yang ditentukan dalam jangkamasa hayatnya. Rekabentuk yang dihasilkan sepatutnya

memudahkan dari segi fabrikasi pembuatan yang selamat, pengangkutan, pengendalian dan

bangunan. Keperluan penyenggaraan, perobohan akhir, kitar semula dan menggunakan

semula bahan-bahan patut dipertimbangkan dalam rekabentuk. Kerjasama yang baik di antara

Jurutera dan Arkitek amat diperlukan bagi menghasilkan satu rekabentuk yang menarik dan

mempunyai nilai estetika yang tinggi serta bertepatan dengan kehendak pelanggan dan

pengguna.