pengangkutan

5
3.0 Kepentingan pengangkutan kepada geografi penduduk di Malaysia Pengangkutan bermaksud membawa barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selain itu, pengertian pengangkutan ini juga bermaksud kenderaan. Walaupun definisi pengangkutan disampaikan dengan cara berlainan tetapi masih membawa maksud yang sama iaitu, pengangkutan bermaksud pergerakan untuk membawa penumpang atau barangan dari suatu tempat ke tempat yang lain ataupun mengubah lokasi fizikal sesuatu barangan atau penumpang. Oleh itu, pengangkutan berfungsi sebagai medium yang menghubungkan satu lokasi dengan lokasi yang berlainan dan membolehkan melakukan pergerakan manusia. Terdapat pelbagai kesan serta kepentingan terhadap geografi penduduk terutama dalam isu ekonomi, sosial dan petempatan. 3.2 Sosial Terdapat pelbagai kepentingan pengangkutan yang mempengaruhi aspek sosial. Antaranya ialah meningkatkan darjah ketersampaian dan mobiliti penduduk. Dengan adanya jalan raya,jalan kereta api dan kapal terbang (jalan udara) setiap individu boleh berulang alik dari satu destinasi ke destinasi yang lain dalam tempoh yang singkat. Hal yang demikian secara tidak langsung telah memudahkan migrasi penduduk terutamanya migrasi dalaman. Di samping itu, sekiranya berlaku sebarang bencana alam bantuan yang ingin diberi oleh pihak keselamatan seperti Bomba, Jabatan

Upload: hafizullurvedieyla

Post on 30-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ukm

TRANSCRIPT

Page 1: pengangkutan

3.0 Kepentingan pengangkutan kepada geografi penduduk di Malaysia

Pengangkutan bermaksud membawa barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Selain itu, pengertian pengangkutan ini juga bermaksud kenderaan. Walaupun definisi

pengangkutan disampaikan dengan cara berlainan tetapi masih membawa maksud yang

sama iaitu, pengangkutan bermaksud pergerakan untuk membawa penumpang atau

barangan dari suatu tempat ke tempat yang lain ataupun mengubah lokasi fizikal sesuatu

barangan atau penumpang. Oleh itu, pengangkutan berfungsi sebagai medium yang

menghubungkan satu lokasi dengan lokasi yang berlainan dan membolehkan melakukan

pergerakan manusia. Terdapat pelbagai kesan serta kepentingan terhadap geografi

penduduk terutama dalam isu ekonomi, sosial dan petempatan.

3.2 Sosial

Terdapat pelbagai kepentingan pengangkutan yang mempengaruhi aspek sosial.

Antaranya ialah meningkatkan darjah ketersampaian dan mobiliti penduduk. Dengan

adanya jalan raya,jalan kereta api dan kapal terbang (jalan udara) setiap individu boleh

berulang alik dari satu destinasi ke destinasi yang lain dalam tempoh yang singkat. Hal

yang demikian secara tidak langsung telah memudahkan migrasi penduduk terutamanya

migrasi dalaman. Di samping itu, sekiranya berlaku sebarang bencana alam bantuan yang

ingin diberi oleh pihak keselamatan seperti Bomba, Jabatan Pertahan Awam Malaysia

serta Polis dapat dilakukan dengan mudah kerana tahap ketersampaian yang tinggi antara

sesebuah kawasan.

Seterusnya kepentingan pengangkutan dalam aspek sosial dapat dilihat apabila

wujudnya peluang pekerjaan. Umum mengetahui, pada zaman yang penuh dengan

teknologi ini segala jentera serta kenderaan yang digunakan adalah bergantung

sepenuhnya kepada enjin. Maka dengan itu, wujudlah pelbagai peluang pekerjaan dalam

bidang automotif yang naik melonjak akibat permintaan yang terlalu tinggi oleh kerana

kepesatan pengangkutan di Malaysia. Selain itu, peluang pekerjaan dalam bidang

perkhidmatan seperti pemandu juga akan wujud dengan berkembangnya pengangkutan di

Malaysia.

Di samping itu,kepentingan pengangkutan terhadap penduduk ialah jaringan

komunikasi yang luas. Dengan adanya kemudahan pengangkutan serta tahap

Page 2: pengangkutan

ketersampaian yang tinggi kebanyakkan kampung bahkan pedalaman telah mendapat

kemudahan telekomunikasi yang sewajarnya sekaligus dapat mengakses serta menerima

maklumat melalui radio, televisyen dan internet. Segala dasar kerajaan serta maklumat

terkini yang penting dapat diterima dengan cepat dan tepat. Seperti mana yang kita

ketahui, sekiranya kemudahan internet dapat diaplikasikan di kawasan sekolah-sekolah

kampung, perkara tersebut telah membuka seluas-luasnya peluang untuk penduduk

kampung terutama yang berstatus pelajar untuk mengikuti pembelajaran secara atas talian

yang mana telah banyak digunakan di sekolah kawasan bandar.

3.3 Pembangunan petempatan

Pembangunan merupakan satu proses yang berterusan, melalui satu perancangan untuk

memperbaiki kehidupan masyarakat dalam pelbagai aspek. Satu aspek yang penting

dalam pembangunan tersebut ialah pengangkutan. Hampir seluruh kehidupan manusia

tidak terlepas daripada keperluan pengangkutan. Pengangkutan berkembang seiring

dengan kemajuan kehidupan dan budaya manusia. Sistem pengangkutan merupakan salah

satu faktor penggerak utama dalam pembangunan negara yang secara langsungnya dapat

meningkatkan kualiti hidup sosial. Sejarah telah membuktikan bahawa proses

perbandaran telah banyak membawa kesan positif kepada pembangunan negara. Dari

awal lagi pusat bandar telah memainkan peranan yang penting sebagai pusat pengumpul,

pertukaran barangan melalui aktiviti perniagaan dan perdagangan serta menjadi pusat

pengedaran hasil pengeluaran ke kawasan-kawasan lain atau di peringkat tempatan.

Proses ini berterusan sehingga fungsi bandar merebak keluar ke kawasan-kawasan di

sekitarnya setelah wujudnya kawasan-kawasan perindustrian, perdagangan, pejabat-

pejabat pentadbiran, pasar raya dan kawasan kediaman yang memerlukan kawasan yang

lebih luas. Akibatnya wujud pula bandar-bandar lain di pinggir bandar atau di sepanjang

jalan pengangkutan utama mengikut fungsinya yang tertentu seperti bandar satelit, bandar

baru, bandar peranginan, bandar universiti dan suburb yang terdiri daripada pelbagai jenis

seperti suburb perumahan eksklusif, campuran dan suburb perindustrian ringan yang

merangkumi kawasan bandar yang lebih luas dan kompleks seperti yang dialami pada

masa kini. Justeru itu kesannya tidak dapat dinafikan di kalangan sebahagian

Page 3: pengangkutan

penduduknya dalam memperoleh kualiti hidup sosial pada peringkat minimum

disebabkan kepesatan proses perbandaran yang tidak terkawal.

4.0 Rujukan

Thomas R. Detwyler, Melvin g. Marcus ; terjemahan Sulung Muhamad,

1985.Pembandaran dan Persekitaran Geografi Fizikal Bandar. Dewan Bahasa dan

Pustaka : Kuala Lumpur. Hlm.106

Jamaluddin Md. Jahi, 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi, Selangor. Hlm. 19.

brahim Wahab, 1988. Pengangkutan dan Struktur Bandar. Penerbit Universiti Sains

Malaysia : Pulau Pinang. Hlm 12.

Mohmadisa Hashim, Mohamad Suhaily Yusry Che Ngah, 2005. Pembangunan dan Alam

Sekitar di Malaysia. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris : Tanjong Malim, Perak