pengalaman umrah pertama kali di mekah

10
PENGALAMAN UMRAH PERTAMA KALI DI MEKAH Pengalaman umrah pertama kali di Mekah dan ziarah mengunjungi Madinah pada musim dingin bersama keluarga. Alhamdulillah, syukur setelah lebih 40 tahun hidup di atas muka bumi, akhirnya saya diberi hidayah dan dipilih oleh Allah SWT untuk menunaikan umrah pertama kali bersama keluarga pada musim sejuk cuti sekolah iaitu pada 7 Disember 2017 hingga 18 Disember 2017. Saya mengerjakan umrah bersama keluarga yang terdiri dari 5 orang iaitu isteri, anak, ibu yang berkerusi roda dan adik. Saya juga di temani sahabat-sahabat keluarga bikers yang berpakat menunaikan umrah bersama-sama. Perkongsian pengalaman mengerjakan umrah bersama keluarga disamping membawa bersama ibu yang berkerusi roda boleh dijadikan panduan menunaikan umrah bersendirian atau berkerusi roda. Jadi, ibu bapa yang uzur atau berkerusi roda tidak perlu risau, kerana banyak kemudahan di lapangan terbang atau kemudahan semasa mengerjakan umrah bagi pengguna berkerusi roda.

Upload: zaidi-emas-public-gold

Post on 23-Jan-2018

91 views

Category:

Travel


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengalaman umrah pertama kali di mekah

PENGALAMAN UMRAH PERTAMA KALI DI MEKAH

Pengalaman umrah pertama kali di Mekah dan ziarah mengunjungi Madinah pada musim

dingin bersama keluarga.

Alhamdulillah, syukur setelah lebih 40 tahun hidup di atas muka bumi, akhirnya saya diberi

hidayah dan dipilih oleh Allah SWT untuk menunaikan umrah pertama kali bersama

keluarga pada musim sejuk cuti sekolah iaitu pada 7 Disember 2017 hingga 18 Disember

2017. Saya mengerjakan umrah bersama keluarga yang terdiri dari 5 orang iaitu isteri, anak,

ibu yang berkerusi roda dan adik. Saya juga di temani sahabat-sahabat keluarga bikers yang

berpakat menunaikan umrah bersama-sama.

Perkongsian pengalaman mengerjakan umrah bersama keluarga disamping membawa

bersama ibu yang berkerusi roda boleh dijadikan panduan menunaikan umrah bersendirian

atau berkerusi roda. Jadi, ibu bapa yang uzur atau berkerusi roda tidak perlu risau, kerana

banyak kemudahan di lapangan terbang atau kemudahan semasa mengerjakan umrah bagi

pengguna berkerusi roda.

Page 2: Pengalaman umrah pertama kali di mekah

Pada 7 disember 2017, kami bersama rakan umrah melalui syarikat syaza travel menaiki

kapal terbang Saudi Arabia ke Madinah. Kami tidak memakai pakaian ihram kerana kami

mengunjungi dan berada di Madinah dahulu 4 hari sebelum menunaikan umrah di Mekah.

Setelah menaiki kapal terbang selama lebih kurang 9 jam, kami tiba di lapangan terbang

madinah pada pukul 3 pagi. Kami di tempatkan di Hotel Mawaddah yang hanya 100 meter

dari Masjid Nabawi. Turun saja daripada bas terasa sangat sejuk dimana suhunya lebih

kurang 10 darjah celcius kerana pada musim sejuk di Madinah. Walaupun keletihan dan

mengantuk, kami gagahi untuk sembahyang subuh berjemaah di masjid Nabawi.

Bacaan surah oleh Imam Masjid Nabawi, sungguh enak didengar dengan taranum yang

hebat, suara yang lantang dan bacaan yang betul membolehkan kita khusyuk dalam

sembahyang. Entah kenapa semasa iman membacakan surah alquran semasa sembahyang

subuh berjemaah di Masjid Nabawi, hatiku jadi sebak dan menitiskan air mata. Ku rasa

pertama kali aku menitis air mata di dalam masjid. Solat subuh di Madinah atau mekah

tiada doa qunut dan setiap selepas waktu solat terus diadakan solat jenazah.

Page 3: Pengalaman umrah pertama kali di mekah

Sebilik hotel hanya mempunyai 4 katil, namun kami sekeluarga berlima rapatkan 4 katil dan

tidur berlima bersama dalam satu bilik walau telah tersedia satu katil dibilik lain. Umrah

bersama keluarga lebih baik, tenang jiwa tanpa masalah, menambah kemesraan keluarga

dan seterusnya akan dapat mengerjakan umrah sebaiknya. Jadi, jika ingin mengerjakan

umrah serta berkemampuan, lebih baik bawa bersama ibu bapa atau bersama muhrim dan

sebaiknya di awal usia kerana umrah perlukan kekuatan fizikal.

Hari berikutnya kami mengunjungi dan bersembahyang di masjid Quba. Masjid Quba

adalah masjid pertama yang di dirikan oleh Nabi Muhammad. Sejarah pembangunan masjid

di Quba sewaktu Nabi Muhammad melakukan perjalanan atau hijrah ke Madinah. Peletakan

batu yang pertama untuk pembangunan masjid dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi Muhammad tinggal di Kampung Quba selama 4 hari dan menyelesaikan pembangunan

masjid bersama-sama dengan umat muslim. Nabi mendirikan sholat Jumat dan berkhutbah

pertama kali di tempat tersebut. Sejak dari itu kota tersebut disebut sebagai madinatun nabi

atau kotanya nabi.

Page 4: Pengalaman umrah pertama kali di mekah

Seterusnya ziarah madinah ke Bukit Badar bagi mengenang perang badar dan mengunjungi

perkuburan shuhada yang mati syahid dalam peperangan tersebut, dimana sebahagian

sahabat nabi yang mati syahid yang di pindahkan ke perkuburan baru, jasadnya tidak reput.

Selepas itu kami mengunjungi ladang kurma, dimana memakan kurma ajwa atau kurma

nabi, tapi harga di ladang kurma lebih mahal, jadi lebih baik beli kurma ajwa di pasar biasa

di Madinah. Selepas ziarah madinah, kami melakukan ibadah di Masjid Nabawi sebelum

berangkat ke Mekah bagi mengerjakan umrah.

Masjid Nabawi di Madinah adalah masjid tercantik dan disucikan oleh semua umat islam

kerana salah satu masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW. Masjid Nabawi adalah

masjid kedua terbesar di dunia setelah Masjidil Haram di Mekkah. Masjid Nabawi juga

bertujuan untuk tujuan umat islam yang ingin ziarah makam Nabi Muhammad SAW dan

para sahabat di mana terdapat kawasan Raudhah. Bumbung perkarangan Masjid Nabawi

paling canggih yang terbuka waktu siang dan menutup waktu malam yang dapat mengawal

suhu.Corak, ukiran serta warna masjid Nabawi adalah daripada emas dengan warna

keemasan.

Apabila keluar saja dari masjid Nabawi, kedai utama di deretan bangunan di sekeling Masjid

Nabawi adalah KEDAI EMAS yang di buka 24 jam sehari dan hanya di tutup pada

waktu solat. Kedai emas sentiasa di kunjungi pelanggan setiap masa kerana sejak zaman

dahulu lagi, orang Arab menganggap emas bukan sahaja digunakan sebagai emas perhiasan

tapi emas juga sebagai mata wang dan untuk pelaburan bagi mengelak kejatuhan mata

wang. Penyimpanan emas adalah sebagai pelaburan, perlindungan dari kejatuhan

nilai wang, pengelak kebocoran wang kerana emas sentiasa berharga dan

penyimpanan emas adalah sunnah rasullullah. Pentingnya dan berharganya emas

hingga emas di sebut dalam kitab alquran yang dikaitkan dengan matawang, masa dan

syurga. Emas terbaik, termurah, bebas gst, patuh syariah untuk untuk pelaburan,

perlindungan kejatuhan nilai wang dan menjana pendapatan adalah emas PUBLIC GOLD.

Panduan membeli atau memulakan Pelaburan Emas Public Gold, whatsapp 019-9185593

Mohd Zaidi Junus, Pembimbing pelaburan emas fizikal berpengalaman semenjak 2010 atau

KLIK panduan CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD

Page 5: Pengalaman umrah pertama kali di mekah

Setelah 4 hari berada di Madinah kami siap berpakaian ihram dan bertolak dengan menaiki

bas selama lebih kurang 7 jam ke Makkah untuk mengerjakan umrah. Kami berhenti miqat

di Masjid Bir Ali untuk sembahyang qasar jamak dan berniat ihram untuk mengerjakan

umrah. Kami sampai di Kota Makkah selepas isyak dan berada di Hotel Anjum yang bertaraf

5 bintang yang berdekatan dengan Masjidil haram.

Setelah pembahagian bilik, makan dan persiapan ihram, kami berkumpul semula di lobi

hotel untuk mengerjakan umrah dengan pimpinan mutawwif. Oleh kerana ini umrah

pertamaku, jadi mutawwif mencadangkan supaya kami meninggalkan dulu ibu yang

berkerusi roda di bilik untuk mengikuti mutawwif pertama kali bagi mempelajari cara

mengerjakan umrah. Kami selesai menunaikan umrah pada pukul 2 pagi, lantas kami

sekeluarga terus mengambil ibu yang berkerusi roda untuk menunaikan tawaf sunat dan

umrah untuk ibu. Kami sekeluarga selesai menunaikan umrah sunat dan umrah wajib untuk

ibu lebih kurang pukul 4 pagi dan terus sembahyang subuh di Masjidil Haram. Setelah

menyelesaikan umrah, barulah dapat menanggalkan baju ihram iaitu tamat pantang larang

dalam ihram.

Page 6: Pengalaman umrah pertama kali di mekah

Hari berikutnya kami ziarah Mekah untuk umrah kedua dengan ziarah Luar Ke Jabal Thur

(Gua Thur), Jabal Rahmah, Padang Arafah, Mina dan Miqat Di Jaaranah. Mekah adalah

kawasan kering dengan bukit bukau berbatu. Jabal bermaksub bukit atau gunung. Ziarah

jabal bagi mengenangkan peristiwa Nabi Muhammad SAW semasa berada di Mekah. Ziarah

Jabal Thur adalah ziarah luar ke Jabal Thur bagi mengenangkan sejarah peristiwa Nabi

Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar menyorok atas perintah Allah daripada ancaman

pembesar Bani Quraish, peristiwa ini berlaku ketika baginda sedang dalam perjalanan

Hijrah ke Madinah. Ziarah Jabal Rahmah adalah ziarah mengunjungi bukit Jabal Rahmah

bagi mengenangkan peristiwa pertemuan antara nabi adam dan hawa setelah masing-

masing terpisah dan diturunkan dari Syurga oleh Allah SWT. Jadi, bukit ini dipercayai bukit

“jodoh” untuk berdoa. Namun, perkara ini adalah mitos sesat yang tidak sepatutnya

dilakukan kerana boleh menjadi syirik. Di puncak bukit inilah Nabi Muhammad S.A.W

menyampaikan pesanan atau Khutbah Terakhir baginda kepada seluruh Muslim yang

menunaikan ibadah Haji bersama baginda sebelum baginda meninggal dunia.

Ziarah Mina iaitu mengunjungi Mina yang merupakan lembah padang pasir yang terletak

sekitar 5 kilometer dari kota Makkah, Arab Saudi. Mina paling dikenali sebagai tempat

pelaksanaan ibadat melontar jamrah dalam ibadah haji. Selain itu, di Mina juga terdapat

tanda-tanda yang menjadi tempat penginapan bagi ratusan ribu jemaah Haji. Ziarah Jabal

Nur bagi mengenangkan peristiwa Nabi Muhammad s.a.w telah menerima wahyunya yang

pertama dari Allah dengan perantaraan Malaikat Jibril sebagai utusan dari Allah SWT dalam

Gua Hira yang berada di Gunung Jabal Nur. Kami singgah di Miqat Jaaranah untuk niat dan

sembahyang sunat bagi mengerjakan umrah kali kedua bagi yang mampu. Miqat Jaaranah

Page 7: Pengalaman umrah pertama kali di mekah

adalah tempat bermiqat untuk penduduk Mekah dan di sini jugalah tempat miqatnya

Rasullullah SAW. Selepas miqat di Jaaranah, kami terus ke Madjidil Haram bagi melakukan

umrah ke dua. Kali ni kami tidak lagi mengikut mutawwif untuk mengerjakan umrah tetapi

mengikut kesesuaian masa sendiri. Umrah perlukan tenaga dan stamina yang tinggi, umrah

wajib hanya sekali jadi ada pendapat menyatakan lebih baik perbanyakkan tawaf sunat dari

perbanyakkan umrah.

Ziarah luar Mekah berikutnya adalah mengunjungi Muzium Mekah dan niat umrah di miqat

untuk umrah ke tiga. Muzium Mekah mempamerkan pelbagai artifak sejarah dan

pembangunan Kota Makkah, masjidil haram, kaabah dari zaman dahulu hingga kini. Ziarah

ke luar mekah biasanya hanya pada waktu pagi iaitu antara pukul 8.00 pagi sehingga

sebelum masuknya waktu Zohor. Selain dari itu, adalah masa untuk berada di masjidil

haram menunaikan ibadah di Masjidil haram kerana solat di Masjid Masjidil haram

digandakan pahala sebanyak 100,000 kali.

Ziarah luar Mekah berikutnya adalah mengunjungi Taif yang jaraknya lebih kurang 90 km

dari Mekah mengambil masa hampir 2 jam dan miqat di miqat Qarn Al-manazil untuk

umrah yang ke empat. Kota Taif adalah tempat paling sejuk di Saudi Arabia seperti Cameron

Highland Malaysia dan subur dengan tanaman. Seharian di Taif kami beberapa tempat

Page 8: Pengalaman umrah pertama kali di mekah

bersejarah antaranya Masjid Khurk (Siku) iaitu tempat dimana Baginda Nabi Muhammad

SAW berehat telah meletakkan sikunya disebuah batu menyebabkan batu itu menjadi

lembut dan berlekuk selepas dihalau dan dilempar batu oleh penduduk Taif. Kami juga

melawat Muzium Al Shareef muzium yang menempatkan pelbagai koleksi kuno artifak lama

orang arab.

Kami juga melawat masjid Abdullah Ibn Abbas, kebun tempat Rasulullah berhenti selepas di

baling batu oleh penduduk Taif, kilang pemprosesan minyak wangi bunga ros, makan nasi

mandi dan terakhir masjid Qarnul Manazil (Miqat).

Satu kelebihan umrah bersama syaza tour and travel pakej umrah murah kerana dapat

ziarah percuma ke taif iaitu sudah termasuk dalam pakej umrah. Maklumat mengenai

umrah syaza boleh whatsapp 013-9207667 ustaz Azhar iaitu mutawwif berpengalaman,

peramah, mudah berunding dan mesra yang merupakan ketua cawangan syaza travel

Kelantan atau layari https://syazatravel.com.my

Page 9: Pengalaman umrah pertama kali di mekah

Selepas sembahyang isyak dan makan di hotel, saya dan isteri telah buat umrah badal untuk

arwah ayah dan ibu masing-masing menggunakan skuter kerana keletihan. Umrah boleh

dilakukan dengan 3 cara iaitu berjalan kaki, berkerusi roda dan menggunakan skuter.

Bayaran menggunakan skuter untuk umrah iaitu 50 rial seorang untuk tawaf dan 100 rial

bagi tawaf dan sae. Terdapat 2 jenis skuter iaitu perseorangan atau berdua yang berada di

aras 3 masjidil haram.

Hari terakhir berada di Mekah dan mesti melakukan tawaf wida'. Tawaf wida’ adalah tawaf

selamat tinggal sebelum meninggalkan bumi Mekah. Sebelum melakukan tawaf wida’ kami

mengambil peluang membeli belah di Bandar Mekah kerana selepas tawaf wida’ sudah tidak

boleh melakukan apa-apa aktiviti. Kami menaiki kereta sewa ke puat beli belah murah iaitu

Jaafaria Souq. Rupa-rupanya harga barangan di sini lebih murah dari harga barangan di

Page 10: Pengalaman umrah pertama kali di mekah

madinah. Setelah menunaikan tawaf wida’ bersama mutawwif, kami bertolak ke lapangan

terbang Jeddah untuk pulang ke tanah air tercinta Malaysia yang subur dan menghijau.

Pengalaman mengerjakan umrah di tanah suci Mekah dan madinah adalah pengalaman

terhebat dan luar biasa di bandingkan dengan pengalaman percutian keluar negara yang

lain. Pelancongan ke luar negara untuk melihat keindahan ciptaan tuhan secara fizikal,

namun umrah untuk melihat, mengenal, mendekati tuhan dalam bentuk rohani.

Pengalaman mengerjakan umrah amat luarbiasa berharga yang melibatkan kerohanian

untuk menyucikan diri. Di sini kita akan melihat kerohanian manusia sebenar yang

memperhambakan diri kepada Allah dengan meninggalkan urusan dunia yang sementara

seperti suasana manusia berbagai bangsa berkejar mengunjungi masjid apabila tiba waktu

solat dengan suasana pemandangan yang damai.

Umrah adalah satu ibadah yang paling mudah yang hanya perlukan kekuatan fizikal dan

ilmu yang telah sedia ada. Contohnya, tawaf dan sai hanya perlu niat dalam bahasa melayu

dan zikir asas seharian sahaja. Terima kasih kepada syarikat umrah syaza, mutawwif dan

semua sahabat atas urusan terbaik, tunjuk ajar, kerjasama dan tolong menolong. Nantikan

artikel seterusnya PANDUAN MENUNAIKAN UMRAH untuk maklumat, panduan serta tips

dalam mengerjakan umrah dan ziarah di Madinah dan Mekah.

Pengalaman, umrah, pengalaman umrah, pengalaman umrah pertama kali, mekah,

pengalaman mengerjakan umrah, pengalaman menunaikan umrah, umrah dan ziarah,

pengalaman kali pertama umrah, pengalaman umrah pertama, ziarah madinah, ziarah

mekah, pengalaman umrah musim sejuk, pengalaman umrah bersama keluarga, umrah

pertama kali, tips umrah, cara mengerjakan umrah, panduan umrah, kaedah mengerjakan

umrah, umrah bersama syaza, syaza travel and tour, pakej umrah murah, pakej umrah

terbaik, ziarah taif percuma, perkongsian pengalaman umrah, umrah musim dingin

http://www.wasap.my/60199185593 http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/

https://syazatravel.com.my/