pengajian sukatan pelajaran bahasa melayu · pdf filemenghargai serta menghayati bahasa...

4
bukharishafie 1/15/2012 [email protected] | http://bukharis.net 1 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU (BMM 3101) Tugasan : Huraikan dan bincangkan perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta kaitannya dengan matlamat dan objektif sukatan matapelajaran. Kumpulan 1 : Lee Cheah Eu Siti Nazirah Omar Noor Adnin Othman PK (PJ/BM) Pembentangan 12/01/2012 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara. 2 Matlamat Sukatan Matapelajaran Sekolah Rendah Melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata – mata bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia. 3 Objektif Sukatan Matapelajaran Sekolah Rendah Menurut kandungan Sukatan Matapelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid – murid dapat : Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari – hari. Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila. Membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan. Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan. 4 Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul. Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul. Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi. Menggunakan Bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu. Menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan. Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai. Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan. . 5 Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Sukatan Matapelajaran Intelek • melahirkan insan yang berintelek tinngi dan berketerampilan. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasamani, rohani. • Kurikulum Sukatan Pelajaran berperanan membantu para guru bagi merancang pengajaran secara tersusun, dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Mampu memjadi seorang insan yang berdaya fikir yang tinggi dan mampu bersaing di antara satu sama lain bagi mencapai cita – cita dan Dasar Pendidikan negara kita. Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi. 6

Upload: lythien

Post on 09-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU · PDF filemenghargai serta menghayati bahasa sebagai bahasa rasmi negara ... Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut

bukharishafie 1/15/2012

[email protected] | http://bukharis.net 1

PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU

(BMM 3101)

Tugasan : Huraikan dan bincangkan perkaitan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan serta kaitannya dengan matlamat dan objektif sukatan

matapelajaran. Kumpulan 1 :

Lee Cheah Eu

Siti Nazirah Omar

Noor Adnin Othman

PK (PJ/BM) Pembentangan 12/01/2012

1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

• Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.

2

Matlamat Sukatan Matapelajaran Sekolah Rendah

• Melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata – mata bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia.

3

Objektif Sukatan Matapelajaran Sekolah Rendah

• Menurut kandungan Sukatan Matapelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid – murid dapat :

Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari – hari.

Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila.

Membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan.

Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan.

4

Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul.

Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul.

Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi.

Menggunakan Bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu.

Menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan.

Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai.

Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan. .

5

Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Sukatan Matapelajaran

Intelek

• melahirkan insan yang berintelek tinngi dan berketerampilan. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasamani, rohani.

• Kurikulum Sukatan Pelajaran berperanan membantu para guru bagi merancang pengajaran secara tersusun, dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Mampu memjadi seorang insan yang berdaya fikir yang tinggi dan mampu bersaing di antara satu sama lain bagi mencapai cita – cita dan Dasar Pendidikan negara kita. Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi.

6

Page 2: PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU · PDF filemenghargai serta menghayati bahasa sebagai bahasa rasmi negara ... Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut

bukharishafie 1/15/2012

[email protected] | http://bukharis.net 2

Rohani

• nilai–nilai murni boleh diterapkan ke dalam diri murid–murid seperti nilai–nilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin, tolenransi, bertolak ansur, kesyukuran, dan pelbagai lagi. Jika nilai–nilai ini dapat disemat ke dalam diri murid–murid, murid–murid akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah laku dan akhlak mereka. Mereka bersikap lebih baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkara–perkara negatif. Dengan kata lain, sikap mereka akan lebih menjadi positif dan bertambah mulia.

Jasmani

• Guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa Melayu dengan menyelitkan elemen–elemen kesihatan. Contohnya pengajaran tentang petikan kesihatan berkaitan penjagaan diri, kebersihan diri, makanan seimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan fizikal seperti melakukan lompatan, angkat tangan, memegang sesuatu, dan pelbagai lagi.

7

Bakat

• Alam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu misalnya, pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan. Antaranya aktiviti lakonan, mendeklamasi sajak, main peranan, bersyair, dan pelbagai lagi. Dengan ini, bakat murid–murid akan dapat dicungkil. Tambahan pula, banyak pertandingan seperti bercerita, nyanyian, pidato, berbalas pantun dan pelbagai lagi dianjurkan, sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, mahu pun kebangsaan, bagi mecungkil bakat.

Akhlak

• Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga dapat merealisasikan aspek ini. Guru perlu menerapkan nilai–nilai murni ke dalam diri murid–murid. Contohnya, membantu rakan, menghormati orang tua mahu pun orang yang lebih muda, memberi salam, dan pelbagai lagi.

8

Sosial

•sosial ini boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan, perbincangan, dan lain–lain lagi. Guru perlu menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakan–rakan, dengan guru–guru, dan dengan sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial mereka lebih baik. Apabila sosial mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka dapat bergaul mesra dan dapat berkomunikasi dengan baik. Sifat pemalu dapat dihindari dari dalam diri sesetengah murid.

Nilai – nilai estetik

•Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilai–nilai estetik ini dapat dilihat dari segi keindahan bahasa itu sendiri. Contohnya, dalam pengajaran puisi seperti sajak, pantun, gurimdam, seloka, syair, dan pelbagai lagi. Keindahan bahasa yang terdapat dalam puisi ini memang wujud dan dapat dirasai kehadirannya. Contohnya penggunaan gaya bahasa dalam sajak, novel, cerpen, dan lain-lain seperti metafora, personafikasi, dan lain – lain.

9

Rujukan • Sharifah Alwiah Alsagoff. (1985). Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Heineman.

• Abd. Fatah Hasan. (2001). Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publication and Distributors.

• Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjong Malim: Quantum Books.

• http://retibasa.blogspot.com/2010/12/perkaitan-kandungan-sukatan-pelajaran.html

• http://retibasa.blogspot.com/2011/01/kurikulum-bersepadu-sekolah-rendah-kbsr.html

• http://suaramarhaenis.blogspot.com/2009/03/kaitan-matlamat-dan-objektif-sukatan.html

• http://pgc070017.wikispaces.com/file/view/hsp_bm_f1.pdf

• http://www.scribd.com/doc/58801924/Kaitan-Matlamat-Dan-Objektif-Sukatan-Pelajaran-Sekolah-Rendah-Dengan-Falsafah-Pendidikan-Kebangsaan

• http://bm.skseriampang.net/hsp/hsp_bm_sk_y2%20(1).pdf

• http://www.scribd.com/doc/61719057/Hubungan-Sukatan-Pelajaran-Dengan-Fpn

10

Sekian, Terima Kasih

11

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

(BMM 3101) Pensyarah pembimbing:

Encik Bukhari bin Shafie

Kumpulan 2: Nur Adawiyah Binti Muhd Ajos Nur Atirah Binti Mat Ariffin Nur Fahana Binti Muda Fatin Nazihah Binti Yusoff

Pembentangan 12/01/2012

12

Page 3: PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU · PDF filemenghargai serta menghayati bahasa sebagai bahasa rasmi negara ... Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut

bukharishafie 1/15/2012

[email protected] | http://bukharis.net 3

Soalan:

Hurai dan bincangkan perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK) dengan matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran.

13

JERIS

MATLAMAT, OBJEKTIF SUKATAN

PELAJARAN

FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

14

JASMANI

• Guru menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dengan Bahasa Melayu dengan menyelitkan elemen-elemen kesihatan.

• Contohnya, makanan seimbang,kebersihan diri,penjagaan diri.

15

EMOSI

• Guru menerapkan nilai emosi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

• Sebagai contoh, dalam aktiviti lakonan, murid diminta menjiwai watak agar lakonan dapat disampaikan dengan berkesan.

16

ROHANI

• Dalam FPK, aspek rohani ditekankan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekaligus boleh ditekankan ke dalam jiwa kanak–kanak.

• Contohnya, melalui aspek nilai-nilai murni seperti kasih sayang, bekerjasama, disiplin, toleransi.

• Jika nilai–nilai ini dapat disemat ke dalam diri murid–murid, mereka akan bersikap lebih positif dari segi tingkah laku dan akhlak mereka.

17

INTELEK

• Seiring dengan matlamat FPK untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, Sukatan Pelajaran BM berperanan dalam melahirkan insan yang berintelek tinggi.

• Guru berperanan merancang pengajaran secara tersusun

bagi melahirkan murid yang mampu untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

• Contoh, jika murid dapat menguasai kemahiran asas

membaca, ianya bukan lagi menjadi satu masalah untuk melengkapkan ilmu daripada mata pelajaran yang lain.

18

Page 4: PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU · PDF filemenghargai serta menghayati bahasa sebagai bahasa rasmi negara ... Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut

bukharishafie 1/15/2012

[email protected] | http://bukharis.net 4

SOSIAL

• Sosial juga penting dan harus diserap ke dalam diri murid–murid sekolah.

• Contohnya, guru menjalankan aktiviti seperti lakonan, main peranan dan perbincangan.

19

Sekian,

terima kasih…

20