89979597 pwerpoint kaedah mengalami menghayati

28
Tajuk: Kaedah Mengalami-menghayati 1 SGDK3013 TEORI PEDAGOGI KESUSASTERAAN MELAYU

Upload: farfarway

Post on 11-Aug-2015

91 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

Tajuk:Kaedah Mengalami-menghayati

1

SGDK3013 TEORI PEDAGOGI

KESUSASTERAAN MELAYU

Page 2: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

2

PENGENALAN

DEFINISI KAEDAH

KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI

KONSEP KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI

CIRI-CIRI

CARA-CARA PELAKSANAAN DALAM P&P

KEKUATAN DAN KELEMAHAN

PENUTUP

Page 3: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

1. Kesusasteraan Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran yang tergolong dalam disiplin ilmu kemanusiaan.

2. Minat pelajar dapat dibentuk setelah memahami hakikat kemanusiaannya.

3. Sastera mampu mempengaruhi cara manusia berfikir tentang hidup dan kehidupan

4. Minat pembelajaran sastera, boleh ditingkatkan melalui kaedah yang menarik .

3

Page 4: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

1.0 Pengenalan kaedah Mengalami-menghayati

4

•Mengikut kamus dewan edisi keempat dewan bahasa dan pustaka (1990) kaedah iaitu cara atau peraturan membuat sesuatu terutamanya yang bersistem atau biasa, mengajar cara mengajar berdasarkan prinsip-prinsip tertentu.

•Manakala mengalami ialah merasai atau menempuh (kesusahan, kesulitan, perubahan dan lain-lain).

Page 5: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

SAMBUNGAN

Menghayati pula mengalami dan merasai (dalam batin). Meresapkan ke dalam jiwa. Dalam kaedah mengalami dan menghayati pelajar dapat memperoleh pengalaman dalam mengapresiasi sesuatu pembelajaran dan pengalaman dalam bentuk apresiasi sastera.

5

Page 6: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

Kemampuan untuk menikmati karya sasteraKebolehan pelajar-pelajar untuk mengalami dan menghayatiKarya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya.Watak difahami dan dilakonkanPantun dibacakan melalui aktiviti berbalas pantun

6

Page 7: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

7

Kaedah mengalami dan menghayati begitu abstrak dalam erti kata melibatkan:-pengetahuan,-kejiwaan, -emosi[luaran dan dalaman], -penghargaan dan sebagainya.

Page 8: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

KONSEP KAEDAHMerupakan jalan, cara, susunan, proses dan

prosedur pengajaran yang teratur.Kaedah merupakan proses memindahkan

kefahaman itu kepada pelajar-pelajar.kaedah ini diperhalus dalam bentuk [jalan,

cara, susunan, proses dan prosedur] yang mengandungi langkah-langkah pengajaran:

8

Page 9: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

Sambungan,Hendaklah mampu merasai sesuatu

perasaan atau pandangan dan memberi pandangan atau penilaiannya sendiri.

Pendapat Goodman (1962) mengsyorkan supaya sesuatu pengalaman

dikaji mengikut apa yang ditanggapi oleh pembaca sendiri.

9

Page 10: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

Sambungan,Menurut beliau, tiap-tiap individu mempunyai

pengalaman yang tersendiri, iaitu hasil daripada himpunan pengalaman yang dilaluinya dan nilai-nilai pengalaman itu sendiri.

10

Page 11: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

Sambungan,Kaedah mengalami dan menghayati

menekankan ‘penikmatan’.

Darmawijaya (1987) berpendapat, kaedah ini mengambil dasar daripada pengalaman, iaitu pengalaman hidup yang berbeza-beza dan setiap individu mempunyai pengalaman hidup yang unik.

Ini menyebabkan manusia mudah matang kerana mempunyai pandangan, pendapat dan pemikiran yang tersendiri.

11

Page 12: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

Sambungan,Dalam p&p pula, pelajar didedahkan kepada

beberapa persoalan di dalam sesuatu aspek kesusasteraan yang dikaji.

Langkah ini disusuli pula dengan aktiviti menginterpretasi persoalan-persoalan itu sehingga ia benar-benar dapat dirasakan.

12

Page 13: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

Sambungan,Pengajaran tidak mementingkan sesuatu

objektif tertentu tetapi lebih menumpukan kepada analisis pengalaman.

Soalan-soalan yang dikemukakan harus bersifat mencungkil pengalaman para pelajar. Guru hendaklah sentiasa berusaha untuk menarik perhatian dan minat para pelajar ke arah cerita yang dipelajari.

13

Page 14: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

Ciri-Ciri Kaedah Mengalami dan Menghayati1. Menekankan kepada penikmatan. Ini

bermaksud sesuatu aspek kesusasteraan yang dipelajari itu dapat dirasakan dan dihayati sepenuhnya

2. Pengalaman pelajar digunakan untuk mendapatkan sesuatu pengalaman baru.

3. Pendedahan persoalan dalam sesuatu aspek kesusasteraan.

4. Menginterpretasi persoalan-persoalan itu sehingga ia benar-benar dapat dirasai

14

Page 15: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

sambungan

5. Menarik minat para pelajar ke arah cerita yang dipelajari

6. Membuat simulasi sendiri dengan menggunakan episod-episod yang sesuai.

7. Penggunaan bahan bantu mengajar dapat mewujudkan penikmatan dan penghayatan.

8. Peluang membaca karya-karya kesusasteraan bagi memperoleh kesan keseluruhan penghayatan.

15

Page 16: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

APLIKASI KAEDAH MENGALAMI - MENGHAYATI

16

Page 17: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sastera dalam kelas melalui kaedah mengalami-menghayati boleh diaplikasikan melalui:

i. Puisi Tradisional ii. Puisi Moden

iii. Noveliv. Cerpenv. Drama

APLIKASI KAEDAH MENGALAMI-MENGHAYATI DALAM

P&P SASTERA

Page 18: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

18

Sajak : Tukang Gunting  

Page 19: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

TEMASajak ini bertemakan kehidupan dan permasalahan yang dihadapi oleh masyakarat golongan rendah di tengah-tengah kesibukan dan pembangunan kota-kota besar. Masalah kemiskinan masih wujud di celah-celah kemajuan kota.

SAJAK : TUKANG GUNTING

Page 20: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

BENTUK5 rangkap - sajak bebas.

NILAI DAN PENGAJARANKegigihan dan kerajinan.Usaha yang berterusan perlu diamalkan oleh setiap orang. Kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa sifat tekun dan rajin, umpamanya tukang gunting tetap berusaha walaupun sudah tua.

Kecekalan dan ketabahan.Nilai ini digambarkan dalam diri tukang gunting. Dia tetap cekal dan tabah menjalani kehidupan yang sukar demi mencari rezeki untuk meneruskan hidupnya. Hal ini perlu dijadikan contoh oleh generasi muda.

Page 21: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

Sambungan….Kasih sayang dan tanggungjawab - Nilai murni ini digambarkan secara tersirat dalam sajak ini. Tukang gunting amat bertanggungjawab sebagai ketua keluarga dan amat menyayangi anak-anak dan isterinya. Oleh itu, hal ini memberi pengajaran supaya melaksanakan tanggungjawab dengan baik terutama ketua keluarga.

Page 22: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

PENGENALAN / SET INDUKSI

Guru mempamerkan video kepada murid.

Guru bersoal jawab mengenai video yang dipamerkan mealui LCD.

Guru mengaitkan dengan tajuk sajak yang hendak diajar.

Page 23: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

1. Guru mengedarkan bahan puisi serta mempamerkan sajak melalui LCD

2. Pelajar yang terpilih mendeklamasikan sajak3.Pelajar mencari tema serta persoalan sajak.4. Pelajar diminta menyatakan  makna/ maksud rangkai kata yang terpilih

5.  Pelajar berbincang dengan rakan sekumpulan dan membuat hubung kait tema dan persoalan sajak

6.  Perbincangan antara guru dengan murid.

ISI PELAJARAN

Page 24: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

Penutup – Pelajar mendengar dan mendeklamasikan sajak Tukang Gunting serta menghayati kegigihan tukang gunting mengharungi kehidupan di kota mencabar.

PENGHAYATAN

Page 25: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

25

BIL

KELEBIHAN

1 Perasaan seni dan halus mudah menusuk hati hanya dengan cara mengalami dan menghayati.

2 Mendapatkan kepuasan dan meninggalkan kesan.

3 Menjawab persoalan dengan mengunakan daya kreatif dan imiginasi.

4 Pemikiran kritis dicungkil.

5 Pelajar terdedah secara menyeluruh dalam sesuatu slot pembelajaran.

6 Penikmatan dan penghayatan yang mendalam dengan bantuan BBM.

7 Mempengaruhi cara berfikir

KAEDAH MENGALAMI DAN MENGHAYATI

Page 26: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

26

KAEDAH MENGALAMI DAN MENGHAYATI

BIL KELEMAHAN

1 Pendidik haruslah berkemampuan untuk mengajar kesusasteraan dengan baik.

2 Guru perlu berkebolehan untuk mengaplikasi aspek-aspek kesusasteraan Bahasa Melayu.

3 Kekurangan bahan rujukan dan alat bantu mengajar

4 Kekurangan minat pelajar terhadap pembacaan bahan-bahan kesusasteraan

5 Pengajaran yang lebih berorientasikan peperiksaan dan mengenepikan fokus pengajaran sebenar Kesusasteraan Melayu

Page 27: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

PENUTUP

1. Pendidikan sastera boleh membentuk personaliti, mengasuh kefahaman pemikiran, menghalusi nilai keindahan memperolehi nilai-nilai hidupnya bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan bertamadun dan membentuk manusia menjadi lebih sensitif terhadap kehidupan sejagat ini.

2. Kesemua ini didapati oleh para pelajar

selepas mereka benar-benar mengapresiasi karya sastera yang dibacanya.

27

Page 28: 89979597 Pwerpoint Kaedah Mengalami Menghayati

SAMBUNGAN

3. Bagi memperolehi nilai-nilai sastera yang berhubungan ini, pengajaran sastera haruslah menjuruskan pengajarannya ke arah penikmatan dan penghayatan.

4. Bahan-bahan sastera yang sesuai dan berkesan dapat mempercepatkan proses membantu pencapaian ke arah ini. Penikmatan membaca hasil karya bukanlah suatu perkara yang susah dilakukan.

5. Ia memerlukan masa memupuk minat, daya menghayati dan kebolehan meneroka ke akar-umbi sesebuah hasil sastera yang dibaca.

 28