pengajian am-mahkamah khas

12
MAKHAMAH KHAS TENTERA STRUKTUR MAHKAMAH KHAS TENTERA 1. MAHKAMAH TINGGI TENTERA Membicarakan pegawai berpangkat staf sarjan ke atas Hakim ialah Leftenan Kolonel dan dua orang pegawai tinggi. 2. MAHKAMAH RENDAH TENTERA Membicarakan askar yang pangkatnya di bawah staf sarjan. Hakim ialah Yang Dipertuan (Mejar) dan dua orang lain (Kapten/hakim Peguam) 3. Pegawai-pegawai yang menganggotai Mahkamah Tentera dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Pertahanan. BIDANG KUASA MAHKAMAH TENTERA Sesiapa yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan angkatan tentera. Askar simpanan yang dipanggil untuk berkhidmat dalam latihan tentera.

Upload: syazwani-idris

Post on 21-Jul-2015

847 views

Category:

Presentations & Public Speaking


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: pengajian am-Mahkamah khas

MAKHAMAH KHAS TENTERASTRUKTUR MAHKAMAH KHAS TENTERA

1. MAHKAMAH TINGGI TENTERA

• Membicarakan pegawai berpangkat staf sarjan ke atas

• Hakim ialah Leftenan Kolonel dan dua orang pegawai tinggi.

2. MAHKAMAH RENDAH TENTERA

• Membicarakan askar yang pangkatnya di bawah staf sarjan.

• Hakim ialah Yang Dipertuan (Mejar) dan dua orang lain (Kapten/hakim Peguam)

3. Pegawai-pegawai yang menganggotai Mahkamah Tentera dilantik oleh Yang

di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Pertahanan.

BIDANG KUASA MAHKAMAH TENTERA

Sesiapa yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan angkatan tentera.

Askar simpanan yang dipanggil untuk berkhidmat dalam latihan tentera.

Page 2: pengajian am-Mahkamah khas

Orang awam yang digaji oleh tentera atau sedang bekerja dengan

pihak tentera.

Orang awam yang berada di atas kapal terbang atau tentera laut.

Kes-kes pecah amanah dan disiplin dalam angkatan tentera

• HUKUMAN DAN RAYUAN MAHKAMAH TENTERA

Tertakluk kepada pengesahan seorang pegawai atasan tentera.

Jika melibatkan hukuman mati, pengesahan hendaklah diperoleh

daripada Yang di-Pertuan Agong.

Hukuman yang dijatuhkan boleh dirayu di Mahkamah Tinggi.

Pemgampunan boleh diperoleh daripada Yang di-pertuan Agong

melalui Lembaga Pengampunan.

Page 3: pengajian am-Mahkamah khas

MAHKAMAH KHAS BUMIPUTERA

1. Mahkamah Bumiputera hanya wujud di Sabah dan Sarawak.

Struktur Mahkamah Bumiputera

Mahkamah Bumiputera Sarawak Mahkamah Bumiputera Sabah

Mahkamah Rayuan Bumiputera

Mahkamah Bumiputera Residen

Mahkamah Daerah Bumiputera

Mahkamah Pegawai/ ketua Bumiputera

Mahkamah Ketua Kampung

Mahkamah Rayuan Bumiputera

Mahkamah Pegawai Daerah

Mahkamah Bumiputera

Page 4: pengajian am-Mahkamah khas

PERSAMAAN MAHKAMAH BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

• Jika berlaku apa-apa kes yang berkaitan dengan perkahwinan atau seks dan kedua-dua pihak yang terlibat adalah daripada keturunan yang berbeza, adat pihak perempuan hendaklah digunakan.

• Sebarang pelanggaran adat boleh dibicarakan di Mahkamah Bumiputera asalkan salah seorang daripada pihak-pihak yang terlibat ialah bumiputera.

Page 5: pengajian am-Mahkamah khas

STRUKTUR MAHKAMAH BUMIPUTERA SARAWAK

1. Mahkamah Rayuan Bumiputera

Personel Mahkamah Rayuan Bumiputera terdiri daripada

I.Hakim Mahkamah Tinggi

II.Setiausaha Hal-ehwal Bumiputera

III. Dua orang pengapit

Mahkamah ini diadili oleh tiga, lima, atau tujuh orang yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi.

Mahkamah ini mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Bumiputera Residen.

2. Mahkamah Bumiputera Residen

Personel Mahkamah Bumiputera Residen terdiri daripada

I.Residen

II.Ketua Bumiputera

III.dua orang pengapit

Page 6: pengajian am-Mahkamah khas

Mahkamah ini mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Bumiputera bawahan.

Residen berkuasa untuk menghentikan atau mengarahkan perbicaraan semula sesuatu kes di Mahkamah Daerah Bumiputera atau Mahkamah Ketua Bumiputera jika perbicaraan berkenaan tidak mematuhi undang-undang adat.

3. Mahkamah Daerah Bumiputera

Personel Mahkamah Daerah Bumiputera terdiri daripada:

I.Majistret

II.Pegawai Bumiputera

III.dua orang pengapit

Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun dan denda tidak melebihi RM200.

4. Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputera

Personel Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputera terdiri daripada:

I.Pegawai/Ketua Bumiputera

II.dua orang pengapit

Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 6 bulan dan denda tidak melebihi RM100.

Page 7: pengajian am-Mahkamah khas

5. Mahkamah Ketua Kampung

Personel Mahkamah Ketua Kampung terdiri daripada:

I.Hakim Mahkamah Tinggi

II.dua orang pengapit

Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM50.

STRUKTUR MAHKAMAH BUMIPUTERA SARAWAK

1. Mahkamah Rayuan Bumiputera

Personel Mahkamah Rayuan Bumiputera terdiri daripada:

I.Hakim Mahkamah Tinggi

II.dua orang ketua bumiputera

2. Mahkamah Pegawai Daerah

Personel Mahkamah Pegawai Daerah terdiri daripada:

I.Pegawai Daerah

II.dua orang pengapit

Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun dan denda tidak melebihi RM200.

Page 8: pengajian am-Mahkamah khas

3. Mahkamah Bumiputera

Personel Mahkamah Ketua Kampung terdiri daripada:

I.Hakim Mahkamah Tinggi

II.dua orang pengapit

Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM50.

BIDANG KUASA MAHKAMAH BUMIPUTERA

1. Mahkamah Bumiputera berkuasa untuk membicarakan:

Kes kesalahan melanggar undang-undang adat dan pihak-pihak yang terbabit ialah bumiputera, contohnya tentang perkahwinan, perkara seks, harta pusaka, dan tanah.

Kes pelanggaran Undang-undang Adat Sarawak oleh seorang atau sekumpulan bumiputera.

Kes pelanggaran Undang-undang Adat Melayu bukan Islam.

Kes-kes yang diberi kuasa oleh undang-undang bertulis kepada Mahkamah bumiputera.

2. Kes yang melibatkan bumiputera Islam dibicarakan di Mahkamah Syariah dan hanya akan dibicarakan di Mahkamah Bumiputera jika perkara yang hendak dibicarakan tidak diliputi dalam undang-undang islam.

Page 9: pengajian am-Mahkamah khas

MAHKAMAH KHAS PERUSAHAANSTRUKTUR MAHKAMAH PERUSAHAAN

1. Presiden Mahkamah Perusahaan ialah ketua organisasi yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan fungsi dan aktiviti mahkamah.

2. Terdapat 21 orang Pengerusi Mahkamah Perusahaan, iaitu 15 orang di Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur, dua orang di Mahkamah Perusahaan Pulau Pinang, dua orang di Mahkamah Perusahaan Cawangan Timur (Sabah dan Sarawak), seorang di Mahkamah Perusahaan Ipoh, dan seorang di Mahkamah Perusahaan Johor Bahru.

3. Di bawah Yang Dipertua, terdapat Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan 8 orang Penolong Pendaftar.

4. Yang Dipertua, bertanggungjawab perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan, personel, kewangan, dan pengurusan pengendalian sebutan dan pendengaran kes.

5. Mahkamah Perusahaan terbahagi kepada Mahkamah Pengerusi dan Mahkamah Yand Dipertua.

6. Mahkamah Pengerusi membicarakan:

Kes pembuangan kerja pekerja-pekerja dalam sektor swasta.

Kes pertikaian perusahaan tentang syarat-syarat perkhidmatan.

Kes-kes sebagaimana yang diarahkan oleh Presiden.

Page 10: pengajian am-Mahkamah khas

7. Mahkamah Yang Dipertua membicarakan:

Kes pertikaian tentang interpretasi, variasi, dan ketidakpatuhan keputusan atau

perjanjian kolektif.

Kes tentang rujukan ke mahkamah tinggi atas persoalan undang-undang

Kes yang berkaitan dengan writ of certiorari.

KEANGGOTAAN MAHKAMAH PERUSAHAAN

1. Mahkamah Perusahaan dianggotai oleh seorang Presiden dan suatu panel yang

terdiri daripada beberapa orang anggota.

2. Panel tersebut diwakili oleh dua kumpulan, iaitu kumpulan yang mewakili

majikan dan kumpulan yang mewakili pekerja.

3. Anggota-anggota panel dilantik oleh Menteri Sumber Manusia.

4. Presiden Mahkamah Perusahaan dan 2 orang anggota dari setiap kumpulan

dalam panel akan mendengar sesuatu pertikaian perusahaan.

FUNGSI MAHKAMAH PERUSAHAAN

1. Arbitrasi, iaitu proses penyelesaian pertikaian perusahaan melalui 4 peringkat:

a) Rundingan terus antara pihak majikan dengan pekerja swasta.

b) Rundingan damai dijalankan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan.

Page 11: pengajian am-Mahkamah khas

a) Dalam kes-kes yang tidak mencapai penyelesaian melalui rundingan damai, pertikaian tersebut akan dirujuk kepada Menteri Sumber Manusia yang akan memutuskan kes-kes tersebut, sama ada mempunyai merit untuk dirujukkan kepada Mahkamah Perusahaan.

b) Mahkamah perusahaan akan membicarakan sebarang pertikaian yang telah dirujuk kepadanya dan membuat atau menurunkan keputusan.

2. Perjanjian Kolektif

Mahkamah perusahaan mendaftarkan dan memberikan pengiktirafan kepada perjanjian kolektif antara majikan dengan pekerja supaya perjanjian itu sah dari segi undang-undang

Peringkat penyelesaian antara majikan dengan pekerja

Mahkamah Tinggi

Mahkamah Perusahaan

Menteri Sumber Manusia

Jabatan perhubungan Perusahaan

Pertelingkahan Majikan dengan pekerja

Page 12: pengajian am-Mahkamah khas

BIDANG KUASA MAHKAMAH PERUSAHAAN

1. Memerintahkan mana-mana pihak majikan atau pekerja digabungkan,

digantikan, atau dibatalkan.

2. Mengeluarkan saman terhadap mana-mana pihak atau orang perseorangan

untuk menghadirkan diri di Mahkamah Perusahaan.

3. Merekodkan kenyataan sesuatu pihak secara angkat sumpah dan

mengarahkan pihak itu mengemukakan buku-buku, surat-surat, dan

dokumen-dokumen sebagai bukti.

4. Melaksanakan perbicaraan atau mana-mana bahagian daripadanya secara

tertutup.

5. Memohon bantuan daripada tenaga pakar untuk memberikan pendapat pakar

semasa perbicaraan

6. Membuat apa-apa yang perlu untuk menyelesaikan kes secara tepat.

7. Mendengar dan membuat keputusan dalam sesuatu kes walaupun tanpa

penyerahan pernyataan kes atau pernyataan jawapan, atau mendengar kes

secara sebelah pihak (ex-parte) selepas notis-notis atau saman-saman telah

diserahkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian itu.