pengacaraan

3
CONTOH TEKS PENGACARAAN Dari Johor hendak ke Pekan, Singgah di Lipis membeli haruan, Semanis senyuman kami hamparkan, Buat bingkisan salam pertemuan Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam 1 Malaysia Yang berusaha Puan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu Datin Siti Hanifah Binti Madarsa , Yang dihormati Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu, Ketua-ketua Unit , barisan pensyarah, staf-staf sokongan, ibu bapa dan para guru pelatih sekalian. Saya bagi pihak seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu mengucapkan Selamat Datang ke Minggu Pengurusan Pelajar Baharu, bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2011. Orang Jawa berdagang ke kota, Singgah di Acheh membeli gamat, Tangan dirafak, restu dipinta; Doa diamin moga selamat. Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari yang berbahagia ini, majlis dengan tunduk ta’zimnya menjemput dan mempersilakan saudara Muhamad Fahmi bin Rosli, Exco Kerohanian, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2014 untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ______________________________________ Terima Kasih diucapkan kepada Saudara Muhamad Fahmi bin Rosli atas bacaan doa sebentar tadi. Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda, Tak lengkap malam tanpa purnama, Tak lengkap laut tanpa ombak badainya, Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya.. Untuk itu, dengan segala hormat dan tunduk kasihnya, pihak majlis mempersilakan Yang berusaha Tuan Puan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu Datin Siti Hanifah Binti Madarsa, untuk menyampaikan ucapan. Dengan Segala hormatnya, dipersilakan. ______________________________________

Upload: vinoothini-manogaran

Post on 16-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

teks pengacaraan

TRANSCRIPT

CONTOH TEKS PENGACARAANDari Johor hendak ke Pekan,Singgah di Lipis membeli haruan,Semanis senyuman kami hamparkan,Buat bingkisan salam pertemuanSalam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam1 MalaysiaYang berusaha Puan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu Datin Siti Hanifah Binti Madarsa , Yang dihormati Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu, Ketua-ketua Unit , barisan pensyarah, staf-staf sokongan, ibu bapa dan para guru pelatih sekalian.Saya bagi pihak seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu mengucapkan Selamat Datang ke Minggu Pengurusan Pelajar Baharu, bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2011.Orang Jawa berdagang ke kota, Singgah di Acheh membeli gamat,Tangan dirafak, restu dipinta; Doa diamin moga selamat.Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari yang berbahagia ini, majlis dengan tunduk tazimnya menjemput dan mempersilakan saudara Muhamad Fahmi bin Rosli, Exco Kerohanian, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2014 untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.______________________________________Terima Kasih diucapkan kepada Saudara Muhamad Fahmi bin Rosli atas bacaan doa sebentar tadi.Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,Tak lengkap malam tanpa purnama,Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya..Untuk itu, dengan segala hormat dan tunduk kasihnya, pihak majlis mempersilakanYang berusaha Tuan Puan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu Datin Siti Hanifah Binti Madarsa, untuk menyampaikan ucapan. Dengan Segala hormatnya, dipersilakan.______________________________________Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha Puan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu Datin Siti Hanifah Binti Madarsa atas ucapannya sebentar tadi. Semoga kita semua dapat mengambil input-input penting sebagai panduan pada masa hadapan.Seterusnya, pihak majlis dengan berbesar hatinya menjemput dan mempersilakan ibu bapa, penjaga mahupun guru-guru pelatih sendiri untuk mengajukan soalan kepada Puan Pengarah, sekiranya terdapat soalan, mahupuin kekeliruan berhubung Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini. Untuk makluman, pihak jawatankuasa pelaksana Minggu pengurusan pelajar ada menyediakan mikrofon di bahagian tengah dewan untuk tuan-tuan dan puan-puan mengajukan soalan.______________________________________Baiklah, sekiranya tuan-tuan dan puan-puan masih mempunyai sebarang masalah atau kekeliruan berhubung program ini, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah berhubung terus dengan pegawai-pegawai kami di Jabatan Hal Ehwal Pelajar atau mendapatkan bantuan daripada ahli jawatankuasa pelaksana yang bertugas.Kalau hendak bertani inilah batasnya,Kalau hendak bertandak, inilah pentasnya,Kalau hendak berperang, inilah medannya,Kalau hendak menuntut ilmu, IPGKTAA inilah tempatnya.Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan upacara simbolik penyerahan tanggungjawab oleh waris pelajar kepada pihak IPGKBM untuk melatih dan mempersiapkan pelajar dengan ilmu, latihan dan pengalaman sebelum ditauliahkan sebagai seorang pendidik yang unggul.Untuk itu, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Zukhri bin Haji Mahmud, Ibu/bapa/Penjaga kepada Nurul Fatin Aleesya untuk menyerahkan anak di bawah jagaanya kepada pihak IPGKTAA untuk dilatih, dibimbing dan dipersiapkan dengan segala ilmu dan kepakaran untuk berhadapan dengan cabaran profesionalisme perguruan. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.______________________________________Begitulah tadi, simbolik penyerahan tanggungjawab oleh waris pelajar kepada pihak IPGKBM. Kepada para pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan sekalian, kini anda merupakan warga IPG Kampus Bahasa Melayu. Besarlah hasrat dan harapan kami, supaya anda akan dapat menjalankan tanggugjawab dan amanah yang diberikan dengan baik dan cemerlang.Tuan-tuan, Puan-Puan serta hadirin dan hadirat sekalian, dengan berakhirnya simbolik penyerahan itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Saya bagi pihak seluruh ahli jawatankuasa pelaksana program mengucapkan Jutaan Terima kasih dan kami mendoakan semoga Tuan-tuan, Puan-puan serta hadirin dan hadirat sekalian selamat sampai ke destinasi yang dituju.Apa yang baik datangnya dari Tuhan, apa yang buruk juga datangnya dari kelemahan dan kekhilafan kami. Semoga bertemu lagi, Sekian terima kasih dan Salam 1Malaysia.__________________________________________________________________________________________CIRI-CIRI PENGACARA YANG BAIK DAN BERKESAN Suara yang lunak dan baik Fasih dalam bahasa Jelas dan terang dalam sebutan Cergas dan cepat dalam pergerakan Tidak gagap Tidak panik menghadapi situasi Tahu mengguna budi bicara Sabar Tidak berwatak serius Senyum Berpengetahuan asas dalam adat istiadat, protokol dan etiket