pengacaraan majlis

Upload: rosemini-abdul-salam

Post on 06-Oct-2015

489 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Education

TRANSCRIPT

PENGACARAAN MAJLIS

PENGENALAN

Pengacaraan majlis merupakan kelaziman dan tradisi yang biasa dijalankan di mana-mana sahaja sama ada di kampung, bandar, sekolah, institusi dan di merata tempat. Terdapat berbagai jenis majlis yang diadakan, sama ada majlis rasmi mahupun tidak rasmi. Majlis-majlis tersebut sudah pasti disusun dengan teliti sebelum pelaksanaannya. Dalam majlis ini, pengacara majlis atau pengerusi majlis merupakan individu yang memainkan peranan utama dalam menghidupkan sesuatu majlis. Menurut R.Terry Ellimore (1991) dalam buku siri pendidikan perguruan (aktiviti lisan) karya Siti Hajar Bt Hj. Abdul Aziz mengatakan bahawa pengacara majlis sebagai master of ceremonies (MC0 is an individual who acts as a host an a radio or television program.Often spelled emcee. Pengacaraan majlis tidak hanya terhad dalam media elektronik seperti radio dan televisyen tetapi juga banyak digunakan dalam majlis rasmi atau tidak rasmi.

Seorang pengerusi majlis boleh berperanan terus sebagai pengacara majlis, tetapi seorang pengacara majlis itu tidak boleh mengambil alih tugas sebagai pengerusi majlis. Peranan pengacara majlis boleh dimainkan oleh lebih daripada seorang, misalnya seorang pengacara majlis lelaki digandingkan dengan seorang wanita. Merekalah orang yang pertama yang tampil ke hadapan dalam setiap apa jua majlis kerana merekalah yang akan membuka tirai awal memperkenalkan satu-satu majlis kepada para tetamu.Ciri-Ciri Pengacara Majlis

Realitinya, menjadi pengacara majlis ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ada beberapa kriteria ataupun ciri-ciri yang patut dipertimbangkan sebelum memilih seseorang individu untuk menjadi pengacara majlis. Antara kriteria tersebut ialah; (i) Pengacara majlis hendaklah daripada mereka yang berkebolehan, mampu berkomunikasi dengan yakin dan jitu.

(ii) Mempunyai suara yang baik, lunak didengar, sebutnya tidak pelat dan kelajuan percakapan sederhana.

(iii) Perwatakan yang menarik. (iv) Gaya bahasa yang baik, lancar dan tidak tersekat-sekat.

(v) Tidak ada darah gemuruh kerana ini akan menimbulkan ketakutan.

(vi) Tidak cacat anggotanya supaya mudah menjalankan tugasannya dengan baik.

(vii) Cergas dan cepat dalam pergerakannya kerana adakalanya ia perlu bergerak.

(viii) Seorang yang kreatif dan mampu melahiirkan kalimat-kalimat spotan sekiranya terdesak.

(ix) Tahu menyusun pengucapan yang bertatasusila mengikut prosedur dan etika sosial.

(x) Mempunyai pengetahuan dan peka dengan situasi majlis yang dikendalikan iaitu pengacara majlis akan memaklumkan kepada tetamu apa yang akan berlaku mengikut urutan majlis.

(xi) Berwajah ceria dan dapat menghidupkan suasana majlis.

(xii) Ttidak kaku dan tidak panik iaitu berbicara dengan tidak melakukan aksi-aksi yang keterlaluan jika berhadapan dengan pelbagai situasi.

(xiii) Berketerampilan dan pandai menbezakan kelainan-kelainan sesuatu majlis contoh majlis rasmi, majlis tidak rasmi, majlis formal dan majlis tidak formal, PERANAN PENGACARA MAJLIS

Pengacara majlis mempunyai tiga peranan utama(i) Mengawal MajlisMajlis tidak boleh dimulakan selagi juruacara tidak memulakannya. Majlis tidak akan tamat selagi tidak diumumkan olehnya.(ii) Membuat PengumumanJuruacara akan membuat pengumuman mengikut susunatur acara majlis.

(iii) Memberi Panduan Juruacara memberi panduan kepada mereka yang mengambil bahagian seperti bila hendak mula bercakap, bila perlu bacaan doa dan sebagainyaJENIS-JENIS PENGACARA MAJLISPengacara majlis penuh istiadatDi dalam majlis penuh istiadat seperti majlis istiadat pertabalan, majlis istiadat penganugerahan darjah kebesaran, majlis istiadat menerima surat tauliah, majlis istiadat menyampaikan surat tauliah dan majlis istiadat mengangkat sumpah oleh menteri kabinet, pengacara majlis perlu mematuhi beberapa peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak protokol antaranya.

(i) Pengacara majlis tidak perlu buat apa-apa kata aluan semasa memulakan majlis tersebut.

(ii) Pengacara majlis tidak perlu menyebut nama tetamu kenamaan yang hadir.

(iii) Pengacara majlis terus membuat pengumunam kepada tetamu perkara yang akan dijalankan seterusnya.

(iv) Pengacara majlis tidak dibenar berjenaka atau menyelitkan unsur-unsur lucu semasa mengadalikan majlis tersebut.(v) Pengacara majlis tidak perlu membuat ulasan berkaitan dengan acara yang sedang berjalan didalam sesuatau majlis.(vi) Tidak perlu mengucapakan terima kasih kepada tetamu atau mereka yang menerima anugerah dan sebagainya.

(vii) Pengacara majlis penuh istiadat juga tidak menonjolkan diri dan mengelekkan daripada menjadi perhatian orang ramai.

(viii) Pengacara majlis penuh istiadat tidak kelihatan, sebaliknya tempat pengacara terletak di suatu tempat terlindung daripada khalayak. Hanya suaranya sahaja yang dapat didengar oleh tetamu yang hadir.

PENGACARA MAJLIS RASMI

Majlis rasmi biasanya dianjurkan oleh pihak kerajaan dan keseluruhan perbelanjaan ditanggung oleh pihak kerajaan.Mengikut kamus sinonim (1984: 558) menjelaskan bahawa majlis rasmi bermaksud upacara iaitu seluruh perbuatan yang dilakukan menurut peraturan dan istiadat tertentu ( untuk merasmikan, memperingati, merayakan, melantik dan lain-lain). Terdapat dua jenis majlis rasmi iaitu

(i) Majlis rasmi dan formal antaranya ialah majlis jamuan makan oleh Perdana Menteri bagi meraikan ketua kerajaan yang membuat lawatan ke Malaysia, majlis perasmian pemeran, majlis pembukaan bangunan, majlis perasmian seminar dan lain-lain.(ii) Majlis rasmi dan tidak formal merupakan majlis anjuran kerajaan yang tidak banyak mematuhi protokol Antaranya majlis rasmi dan tidak formal ialah jamuan teh kanak-kanak yang diraikan oleh oleh Perdana Menteri, majlis jamuan teh sempena memyambut Hari Kemerdekaan.Sebagai pengacara yang mengendalikan majlis rasmi, beberapa kriteria tertentu perlu dipatuhi antaranya:(i) Perlu memastikan audien yang hadir dalam majlis tersebut sebagai persediaan dari segi sistem panggilan dan protokol.

(ii) Menggunakan bahasa melayu baku sepanjang mengendalikan majlis.

(iii) Menggunakan tatabahasa yang betul dan disesuaikan dengan suasana dan peringkat dan juga orang yang disapa dalam suasana majlis tersebut.

(iv) Gaya bahasa semasa mengacara majlis perlu dikawal, gaya yang dimaksudkan adalah dari segi suara dan aksi.(v) Menggunakan bahasa halus semasa mengendalikan majlis.(vi) Perlu mematuhi aturcara yang ditetapkan, setiap aturcara dipastikan dalam terkawal.PENGACARA MAJLIS TIDAK RASMI Kebiasanya majlis tidak rasmi dianjurkan oleh pihak swasta atau orang perseorangan. Keseluruhan perbelanjaan adalah ditanggung oleh pihak yang menganjurkannya. Majlis tidak rasmi boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitui

(i) Majlis tidak rasmi dan formal kebiasanya dianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol. Walaupun majlis ini tidak rasmi tetapi perjalanan majlis ini dilakukan mengikut peraturan yang telah oleh pihak protokol kerana majlis adalah bersifat formal yang mana tetamunya terdiri daripada menteri dan orang kenamaan . Antara majlis tidak rasmi dan formal ialah majlis perasmian kilang oleh Perdana Menteri,Menteri Kabinet, Menteri Besar.(ii) Majlis tidak rasmi dan tidak formal ialah majlis yang dianjurkan oleh pegawai dan kakitangan sesebuah organisasi kerajaan atau bukan kerajaan. Antara majlis tidak rasmi dan tidak formal ialah majlis perkahwinan, kenduri arwah dan sebagainya.Majlis tidak rasmi juga mempunyai pengacara majlis yang menjadi juracara sepanjang berlangsungnya majlis tersebut. Walau bagaimanapun peranan yang perlu dimainkan oleh juruacara majlis ini dalam suasana yang agak longgar sama ada dari segi ucapan, pakaian dan sistem panggilan berbanding dengan pengacara majlis penuh istiadat dan majlis rasmi. Berikut adalah kriteria yang diamalkan semasa oleh pengacara mengendalikan majlis tidak rasmi(i) Tidak perlu membuat latihan bagi mengandalikan majlis, percakapan adalah secara spontan.

(ii) Pengunaan bahasa atau dialek daerah atau tempatan bagi sesuatu masyarakat yang menjadi pendengar boleh dilakukan.

(iii) Pengacara yang dilantik kebiasannya adalah dikalangan individu yang telah sedia mempunyai hubungan yang rapat dengan badan, pertubuhan atau masyarakat tersebut.

(iv) Pengacaraan adalah tidak mementingkan status sosial pendengar, jadi penggunaan bahasanya adalah berdasarkan kemesraan yang telah sedia wujud dan ini juga meliputi panggilan.

(v) Pengacara tidak menggunakan skrip tetapi berdasarkan pada suasana yang ingin diwujudkan dan matlamat sesuatu majlis itu. PENYEDIAAN TEKS PENGACARA MAJLIS

PENYEDIAAN KANDUNGAN TEKSKelancaran perjalanan sesuatu majlis bukan sahaja terletak kepada kebolehan pengacara majlis tetapi juga kepada aturcara yang menjadi garis panduan kepadanya. Justeru, sesuatu majlis yang akan diadakan haruslah disusun dengan teliti dan dicernakan dalam bentuk aturaca ataupun buku cenderamata yang sempurna. Berikut adalah perkara yang perlu ada bagi menyediakan aturcara atau teks pengacara majlis:(i) Nama majlis yang akan dikendaliakan oleh pengacara

(ii) Setiap teks yang disediakan mestilah mengandungi muka surat.

(iii) Bilangan pengumuman

(iv) Mesti catat Masa untuk suatu aturcara contoh

(v) Panduan (CUE)

(vi) Pengumuman (ANN)

Penutup

Ringkasnya sebagai seorang pengacara majlis mestilah memiliki dan mematuhi beberapa ciri-ciri sebagai pengacara yang menarik dari setiap segi. Pengacara majlis haruslah berpengetahuan tentang latar belakang majlis yang diadakan, orang-orang yang terlibat, khalayak yang akan dihadapi, tujuan majlis, tokoh-tokoh yang berucap dan acara-acara yang dirancang. Dalam membuat sebarang ulasan atau pandangan, pastikan segalanya menjurus kepada nilai-nilai positif yang tidak keterlaluan.