pendidikan asas vokasional4.2 objektif pendidikan asas vokasional 1 4.3 kurikulum berasaskan...

27
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 2014

Upload: others

Post on 12-Feb-2020

68 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

i

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

PENDIDIKAN ISLAM

TINGKATAN 1

2014

Page 2: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

ii

Page 3: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

MODUL JATI DIRI

PENDIDIKAN ISLAM

TINGKATAN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Page 4: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013

Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

Page 5: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii

3. KATA PENGANTAR viii

4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2

5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 2

5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2

6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Organisasi Standard Kurikulum 6.5 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian

4 4 4 5

7-13

Page 6: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 7: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al -

Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang

mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan

kesejahteraan abadi di akhirat.

Page 8: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

viii

Page 9: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

1

PENGENALAN Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kurikulum Standard Pendidikan Islam bagi Pendidikan Asas Vokasionsal (PAV) digubal untuk melahirkan murid bertakwa,

berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT yang berjaya di dunia dan di akhirat. Bagi mencapai matlamat ini, murid

dibekalkan dengan ilmu berkaitan al Quran, hadis, akidah, ibadah, sirah dan akhlak. Pendidikan Islam PAV juga menekankan kepada

aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan.

Pelbagai strategi digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran dengan memberi penekanan kepada pembelajaran secara

“hands-on learning”. Penekanan juga diberi kepada kesepaduan ilmu dan amali. Strategi pembelajaran dan pengajaran yang

dirancang merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik bagi memenuhi kriteria pencapaian yang telah ditetapkan.

Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran formatif

dijalankan secara berterusan semasa pembelajaran dan pengajaran untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam

pembelajaran. Kelemahan murid yang dikenal pasti hendaklah diatasi melalui aktiviti pemulihan manakala kekuatan murid perlu

ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan. Di samping itu pentaksiran sumatif dilaksanakan untuk menentukan tahap penguasaan dan

pencapaian murid.

Matlamat Pendidikan Asas Vokasional

Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan

bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif Pendidikan Asas Vokasional

Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini

bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang

kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas

dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang

menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan

pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui

Page 10: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

1

aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan

mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.

Kurikulum Berasaskan Kompetensi

Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula

kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.

Kurikulum Modular Berasaskan Standard

Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria

Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh

persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan

Kriteria Pencapaian

Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan

bagi setiap Standard Pembelajaran.

Page 11: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

1

PELAKSANAAN

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 4 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 140 waktu setahun.

Guru berlatarbelakang opsyen Pendidikan Islam paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan

prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya

pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Penggunaan Teknologi Dalam P&P

Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran

masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru

perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru

perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

Page 12: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

1

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

PENDIDIKAN ISLAM

Page 13: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

1

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) Matlamat Modul

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Pendidikan Asas Vokasional (PAV) adalah untuk membina dan membentuk hamba dan khalifah Allah S.W.T yang berilmu, beriman, bertakwa, beramal soleh, berakhlak mulia, berkemahiran dan berketrampilan berdasarkan al- Quran dan al-Sunah serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan ilmu demi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

Objektif Modul

Di akhir modul ini, murid akan dapat;

. 1. Membaca ayat-ayat dan surah-surah pilihan daripada al Quran dengan betul dan bertajwid. 2. Melazimi bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian. 3. Menghafaz ayat-ayat dan surah-surah pilihan daripada al Quran dengan betul dan bertajwid 4. Mengamalkan ayat-ayat hafazan sebagai bacaan dalam solat dan amalan kehidupan seharian. 5. Memahami ayat-ayat pilihan daripada al Quran untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya. 6. Memahami hadis-hadis pilihan untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya. 7. Memahami dan meyakini akidah Islamiah sebagai pegangan hidup. 8. Memahami, mengamalkan dan menghayati fikah ibadah dalam kehidupan seharian. 9. Memahami, mengambil iktibar dan meneladani Sirah Nabi Muhammad SAW serta sejarah tokoh-tokoh Islam dalam

kehidupan seharian. 10.Memahami, mengamalkan dan menghayati akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian.

Fokus Modul

Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Pendidikan Islam memberi penekanan kepada asas pengetahuan

berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan

menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan. Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah dan nilai

(kewarganegaraan dan sivik) yang boleh membina jati diri dalam kalangan murid. Kesepaduan ini berjalan serentak dalam proses

pembelajaran dan pengajaran. Kurikulum ini memberikan tumpuan kepada latar belakang sejarah tanah air, demografi dan warisan

sosiobudaya untuk memberi pengetahuan yang lebih jelas kepada murid. Justeru, kurikulum ini juga memberi tumpuan kepada

penghayatan dan pemupukan nilai kewarganegaraan serta jati diri murid dalam mewujudkan semangat daya saing. Selain itu,

Page 14: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

1

menekankan Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah bagi membolehkan murid kreatif dan berkeyakinan dalam berkomunikasi untuk

menghadapi abad ke-21.

Kurikulum Pendidikan Islam PAV memberi penekanan kepada penguasaan membaca, menghafaz ayat al Quran daripada surah-

surah pilihan serta memberi tumpuan kepada kefahaman ayat al Quran dan hadis pilihan. Kurikulum ini juga memfokuskan kepada

peneguhan akidah, pelaksanaan tuntutan ibadah, mencontohi nilai-nilai murni serta penghayatan terhadap sirah Rasulullah SAW dan

tokoh-tokoh Islam serta mengamalkan akhlak islamiah dalam kehidupan seharian.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan

menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:

Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah

Organisasi Standard Kurikulum

Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2

hingga 3.

Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran

tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini

merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan

Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks,

sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan

pembelajaran.

Page 15: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

1

Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan

kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi

menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai

Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan,

kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara

sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

Organisasi kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Menengah dibahagikan kepada 6 bidang pembelajaran : 1. Bidang al Quran.

Bidang al Quran menumpukan perkara-perkara berikut:

a. Bacaan ayat-ayat pilihan. b. Hafazan ayat-ayat dan surah-surah pilihan. c. Kefahaman ayat-ayat pilihan.

2. Bidang Hadis.

Bidang Hadis menumpukan perkara-perkara berikut:

a. Pengenalan Hadis. b. Kefahaman hadis-hadis pilihan.

3. Bidang Akidah.

Bidang akidah menumpukan perkara-perkara berikut:

a. Ilahiyyat. b. Nubuwwat. c. Sam’iyyat.

4. Bidang Fikah.

Bidang fikah menumpukan perkara-perkara berikut:

a. Ibadah.

Page 16: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

1

5. Bidang Sirah dan Tokoh.

Bidang sirah dan tokoh menumpukan perkara-perkara berikut:

a. Sirah Nabi Muhammad SAW. b. Sejarah tokoh-tokoh Islam.

6. Bidang Akhlak Islamiah.

Bidang akhlak Islamiah menumpukan perkara-perkara berikut:

a. Akhlak dengan Allah SWT. b. Akhlak sesama manusia. c. Akhlak dengan alam.

Page 17: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

1

at Bukhari dan Muslim)

perkara baik.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Musli

kemungkaran

(Hadis Riwayat Muslim)

PEMETAAN DSK PENDIDIKAN ISLAM PAV TINGKATAN 1-3

Bidang Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3

1. Al Quran

1.1 Membaca ayat-ayat berikut:

1.1.1 Surah Al Baqarah ayat 1 - 5

1.1.2 Surah Al Baqarah ayat 201

1.1.3 Surah Al Baqarah ayat 255

1.2 Membaca dan menghafaz surah-

surah berikut:

1.2.1 Surah Al Fatihah

1.2.2 Surah Al Ikhlas

1.2.3 Surah Al Falaq

1.2.4 Surah Al Nas

1.3 Memahami ayat Al Quran:

1.3.1 Surah Al Mukminun ayat 5 – 7

(Menjaga kehormatan diri.)

1.1 Membaca ayat-ayat berikut:

1.1.4 Surah Al Baqarah ayat 255 dan

256

1.1.5 Surah Al Baqarah ayat 284 -

286

1.2 Membaca dan menghafaz surah-

surah dan ayat-ayat berikut:

1.2.5 Surah Al ‘Asr

1.2.6 Surah Al Kafirun

1.2.7 Surah Al Baqarah ayat 201

1.3 Memahami ayat Al Quran:

1.3.2 Surah Al Baqarah ayat 168.

(Memahami makanan halal dan

haram.)

1.1 Membaca ayat-ayat berikut:

1.1.6 Surah Yaasin ayat 1 – 27

1.2 Membaca dan menghafaz ayat-ayat

berikut:

1.2.8 Surah Al Baqarah ayat 1-5

1.2.9 Surah Al Baqarah ayat 255.

1.3 Memahami ayat Al Quran:

1.3.3 Surah Al Maidah ayat 90.

(Memahami perbuatan-perbuatan

haram yang memusnahkan

kehidupan.)

2. Hadis

2.1 Memahami pengenalan Hadis.

2.2 Memahami dan mengamalkan sifat

Ikhlas

(Hadis Riway

2.3 Memahami tuntutan bercakap 2.4 Memahami kewajipan mencegah

m )

Page 18: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

Bidang

Tingkatan 1

Tingkatan 2

Tingkatan 3

3. Aqidah

3.1 Memahami dan mengamalkan

Rukun Islam.

3.2 Memahami dan meyakini Rukun

Iman.

3.3 Memahami dan meyakini keimanan

kepada Allah SWT.

3.4 Memahami dan meyakini keimanan

kepada malaikat.

3.5 Memahami dan meyakini keimanan

kepada kitab suci.

3.6 Memahami dan meyakini keimanan

kepada Rasul.

3.7 Memahami dan meyakini keimanan

kepada Hari Akhirat.

3.8 Memahami dan meyakini keimanan

kepada Qada dan Qadar.

4. Fiqah

4.1 Memahami dan menghayati istilah-

istilah hukum dalam Islam.

4.2 Memahami konsep bersuci dan

mengamalkan cara bersuci.

4.3 Mengenali jenis najis dan cara

menyucikannya.

4.4 Memahami dan mengamalkan

Istinjak.

4.5 Memahami dan menyempurnakan

wuduk.

4.6 Mengenalpasti jenis-jenis mandi.

4.7 Mengamalkan solat fardu.

4.8 Memahami dan mengamalkan

Tayammum.

4.9 Memahami dan mengamalkan ibadah

Puasa.

4.9.1 Puasa Ramadan.

4.9.2 Puasa Sunat

4.10 Memahami dan mengamalkan solat

:

4.10.1 Solat Qasar dan Jamak.

4.10.2 Solat ketika sakit.

4.10.3 Solat Fardu Jumaat.

5. Sirah

5.1 Mengetahui dan menghayati riwayat

hidup Rasulullah SAW dan

mengambil pengajaran daripadanya

serta mengamalkannya dalam

kehidupan seharian.

5.2 Memahami dan mengambil

pengajaran daripada keunggulan

perjuangan tokoh-tokoh Khulafa al

Rasyidin.

5.2.1 Saidina Abu Bakar al Siddiq

5.3 Memahami dan mengambil

pengajaran daripada keunggulan

perjuangan tokoh-tokoh.

5.3.1 Saidatina Khadijah

5.3.2 Saidatina Fatimah

5.3.3 Saidina Abdul Rahman bin Auf

6

Page 19: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

Bidang

Tingkatan 1

Tingkatan 2

Tingkatan 3

5.2.2 Saidina Umar al Khattab

5.2.3 Saidina Uthman al Affan

5.2.4 Saidina Ali Abi Talib

5.3.4 Saidina Bilal bin Rabah

6. Akhlak

6.1 Memahami dan mengamalkan adab

ketika menuntut ilmu.

6.2 Memahami dan mengamalkan adab

dengan rakan.

6.3 Memahami, menghayati dan

mengamalkan sifat amanah.

6.4 Memahami dan mengamalkan sifat

mahabbah.

6.5 Memahami dan mengamalkan adab

terhadap ibu bapa dan keluarga.

6.6 Memahami dan mengamalkan sifat

malu.

6.7 Memahami dan mengamalkan adab

di masjid dan surau.

6.8 Memahami dan mengamalkan adab

berjiran

6.9 Memahami, menghayati dan

mengamalkan sifat pemaaf.

7

Page 20: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL TINGKATAN SATU

STANDARD

KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

1. Membaca,

Menghafaz Dan

Memahami Ayat al

Quran

1.1 Membaca ayat-ayat berikut:

1.1.1 Surah al Baqarah

ayat 1 – 5.

1.1.1.1 Membaca ayat 1-5 surah al Baqarah dengan betul dan bertajwid.

1.1.1.2 Membaca ayat 1-5 surah al Baqarah sebagai amalan harian.

1.1.2 Surah al Baqarah

ayat 201.

1.1.2.1 Membaca ayat 201 surah al Baqarah dengan betul dan bertajwid.

1.1.2.2 Membaca ayat 201 surah al Baqarah sebagai amalan harian.

1.1.3 Surah al Baqarah

ayat 255.

1.1.3.1 Membaca ayat 255 surah al Baqarah dengan betul dan bertajwid.

1.1.3.2 Membaca ayat 255 surah al Baqarah sebagai amalan harian.

1.2 Membaca dan menghafaz

surah-surah berikut:

1.2.1 Surah al Fatihah.

1.2.1.1 Membaca dan menghafaz surah al Fatihah dengan betul dan bertajwid.

1.2.1.2 Membaca dan mengamalkan surah al Fatihah dalam solat dan amalan

harian.

1.2.2 Surah al Ikhlas.

1.2.2.1 Membaca dan menghafaz surah al Ikhlas dengan betul dan bertajwid.

1.2.2.2 Membaca dan mengamalkan surah al Ikhlas dalam solat dan amalan

harian.

1.2.3 Surah al Falaq.

1.2.3.1 Membaca dan menghafaz surah al Falaq dengan betul dan bertajwid.

1.2.3.2 Membaca dan mengamalkan surah al Falaq dalam solat dan

amalan harian.

1.2.4 Surah al Nas.

1.2.4.1 Membaca dan menghafaz surah al Nas dengan betul dan bertajwid.

1.2.4.2 Membaca dan mengamalkan surah al Nas dalam solat dan amalan harian.

8

Page 21: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

STANDARD

KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

1.3 Memahami ayat Al Quran:

1.3.1 Surah al Mukminun

ayat 5 – 7.

(Menjaga kehormatan diri.)

1.3.1.1 Menyatakan intisari ayat 5-7 surah al Mukminun.

1.3.1.2 Menyatakan maksud menjaga kehormatan diri.

1.3.1.3 Menyatakan maksud dan hukum salah laku seks berikut:

a) Zina.

b) Liwat (Gay).

c) Musahaqah (Lesbian).

d) Biseksual.

e) Onani.

f) Gangguan seksual.

1.3.1.4 Menjelaskan cara menjaga kehormatan diri dari aspek :

a) Percakapan.

b) Pergaulan.

c) Pakaian.

1.3.1.5 Menyatakan hikmah menjaga kehormatan diri.

1.3.1.6 Menyatakan akibat perbuatan salah laku seks.

2. Memahami

Konsep Hadis

2.1 Memahami pengenalan

Hadis.

2.1.1 Menyatakan maksud Hadis.

2.1.2 Menyatakan kedudukan Hadis sebagai sumber hukum.

9

Page 22: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

STANDARD

KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

2.2 Memahami dan

mengamalkan sifat Ikhlas.

(Hadis Riwayat Bukhari dan

Muslim)

2.2.1 Menyatakan intisari hadis.

2.2.2 Menyatakan maksud ikhlas.

2.2.3 Menerangkan kepentingan ikhlas dalam kehidupan seharian.

2.2.4 Menerangkan ciri-ciri orang yang bersifat ikhlas.

2.2.5 Berusaha untuk mengikhlaskan diri dalam amalan.

3. Mengukuhkan

Pegangan Akidah

3.1 Memahami dan

mengamalkan Rukun Islam.

3.1.1 Menerangkan Rukun Islam:

3.1.1.1 Dua kalimah syahadah.

3.1.1.2 Solat.

3.1.1.3 Puasa.

3.1.1.4 Zakat.

3.1.1.5 Haji.

3.2 Memahami dan meyakini

Rukun Iman.

3.2.1 Menerangkan Rukun Iman:

3.2.1.1 Beriman kepada Allah.

3.2.1.2 Beriman kepada Malaikat.

3.2.1.3 Beriman kepada Kitab.

3.2.1.4 Beriman kepada Rasul.

3.2.1.5 Beriman kepada Hari Akhirat.

10

Page 23: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

STANDARD

KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

3.2.1.6 .Beriman kepada Qadha dan Qadar.

3.2.2 Menyatakan akibat tidak beriman dengan Rukun Iman.

3.3 Memahami dan meyakini

keimanan kepada Allah

SWT.

3.3.1 Menyatakan kewujudan dan keesaan Allah SWT pencipta dan pentadbir

seluruh alam.

3.3.2 Menyatakan keagungan dan keesaan Allah SWT yang berhak disembah.

3.3.3 Menyatakan keesaan Allah SWT yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan.

3.3.4 Menyatakan contoh perlakuan orang yang beriman kepada Allah SWT.

4. Mengamalkan

Prinsip Fiqah

4.1 Memahami dan menghayati

istilah-istilah hukum dalam

Islam.

4.1.1 Menyatakan maksud istilah-istilah hukum berikut beserta contoh:

4.1.1.1 Wajib.

4.1.1.2 Sunat.

4.1.1.3 Harus.

4.1.1.4 Makruh.

4.1.1.5 Haram.

4.1.2 Menyatakan hukum berdasarkan masalah.

4.1.3 Berusaha mengamalkan hukum berdasarkan tuntutannya.

4.2 Memahami konsep bersuci

dan mengamalkannya.

4.2.1 Menyatakan maksud bersuci daripada najis

4.2.2 Menyatakan maksud bersuci daripada hadas.

4.2.3 Menyatakan hukum bersuci.

4.2.4 Menyatakan contoh-contoh benda kotor.

11

Page 24: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

STANDARD

KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

4.2.5 Menyatakan keburukan mengabaikan kebersihan terhadap diri.

4.2.6 Menjelaskan faedah bersuci.

4.2.7 Sentiasa menjaga kebersihan diri.

4.3 Mengenali jenis najis dan

cara menyucikannya.

4.3.1 Menyatakan maksud najis.

4.3.2 Menyenaraikan contoh benda kotor yang najis dan bukan najis.

4.3.3 Menyatakan maksud najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah

berserta contoh.

4.3.4 Menunjuk cara menyucikan diri, pakaian dan tempat daripada najis

Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah.

4.3.5 Menghasilkan buku skrap berkaitan bersuci.

4.4 Memahami dan

mengamalkan Istinjak.

4.4.1 Menyatakan maksud istinjak.

4.4.2 Menyatakan hukum istinjak.

4.4.3 Menyenaraikan alat-alat yang digunakan untuk istinjak.

4.4.4 Menunjuk cara beristinjak yang betul.

4.4.5 Menjelaskan kelebihan beristinjak terhadap individu.

4.4.6 Sentiasa beristinjak dengan sempurna.

4.5 Memahami dan

menyempurnakan wuduk.

4.5.1 Menunjuk cara berwuduk dengan sempurna.

4.5.2 Menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan wuduk.

4.5.3 Melazimi diri sentiasa berwuduk dengan sempurna.

12

Page 25: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

STANDARD

KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

4.6 Mengenal pasti jenis-jenis

mandi.

4.6.1 Menyatakan maksud mandi.

4.6.2 Mengklasifikasikan hukum mandi berdasarkan situasi berikut :

4.6.2.1 Mandi sebelum menunaikan solat Jumaat.

4.6.2.2 Mandi untuk menyegarkan badan.

4.6.2.3 Mandi kerana haid.

4.6.2.4 Mandi sebelum menunaikan solat Hari Raya.

4.6.2.5 Mandi jenazah.

4.6.3 Menyenaraikan perkara-perkara yang menyebabkan wajib mandi.

4.6.4 Menunjuk cara mandi wajib menggunakan model patung.

4.7 Mengamalkan solat.

4.7.1 Menunjuk cara melakukan solat termasuk perkara sunat solat.

4.7.2 Menyatakan perkara-perkara yang membatalkan solat.

4.7.3 Menerangkan akibat meninggalkan solat fardu.

4.7.4 Menjelaskan kelebihan menunaikan solat.

4.7.5 Melaksanakan solat fardu dengan sempurna.

5. Mengambil Iktibar

Dan Meneladani

Sirah Rasulullah

SAW Dan Tokoh-

5.1 Mengetahui dan

menghayati riwayat hidup

Rasulullah SAW dan

mengambil pengajaran

5.1.1 Menceritakan riwayat hidup Rasulullah SAW :

5.1.1.1 Semasa kecil.

5.1.1.2 Semasa remaja.

13

Page 26: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

STANDARD

KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

Tokoh daripadanya serta

mengamalkannya dalam

kehidupan seharian.

5.1.1.3 Semasa dewasa.

5.1.2 Mencontohi sifat Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

6. Mengamalkan

Akhlak Islamiah

6.1 Mengamalkan adab

menuntut ilmu.

6.1.1 Menyatakan hukum menuntut ilmu.

6.1.2 Menyenaraikan adab-adab menuntut ilmu.

6.1.3 Menerangkan kelebihan beradab ketika menuntut ilmu.

6.1.4 Menyatakan kesan buruk tidak beradab ketika menuntut ilmu

6.1.5 Mengamalkan adab ketika menuntut ilmu.

6.2 Mengamalkan adab dengan

rakan.

6.2.1 Menyenaraikan adab dengan rakan.

6.2.2 Menyatakan kepentingan berkawan dengan orang baik.

6.2.3 Menyenaraikan ciri-ciri rakan yang baik.

6.2.4 Mengamalkan adab terhadap rakan.

6.3 Memahami dan

mengamalkan sifat amanah.

6.3.1 Menyatakan maksud amanah.

6.3.2 Menyenaraikan contoh sifat amanah.

6.3.3 Menyenaraikan kepentingan sifat amanah dalam kehidupan.

6.3.4 Menerangkan akibat tidak amanah dalam kehidupan.

6.3.5 Mengamalkan sifat amanah dalam kehidupan.

14

Page 27: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran

20

Terbitan: