pendahuluan - s3-ap-southeast-1.amazonaws.com · 7 pendahuluan buku ini merupakan hasil dari kajian...

21
7 PENDAHULUAN Buku ini merupakan hasil dari kajian mendalam selama ribuan jam yang dijalankan mengenai sektor perniagaan kecil. Buku ini menawarkan kepada anda pengalaman sebenar yang bertahun- tahun lamanya dari individu-individu yang telah berjaya dalam perniagaan malahan juga dari orang-orang yang pernah mencuba tetapi gagal dalam perniagaan mereka. Di dalamnya terkandung panduan yang boleh anda amalkan untuk berjaya dan saranan mengenai kesilapan yang boleh menyebabkan kegagalan sesebuah perniagaan yang perlu anda hindari. Buku ini ditulis khas untuk membantu individu seperti anda membuat persediaan jika anda bercadang ingin memulakan perniagaan sendiri pada masa hadapan atau meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang pengurusan perniagaan sedia ada. Buku ini bukan mengenai program skim cepat kaya atau sebuah buku rujukan ilmiah semata-mata tetapi lebih dari itu. Buku ini memberikan anda sesuatu yang lebih bermakna dan bernilai iaitu panduan, saranan dan amaran berdasarkan kepada pengalaman sebenar ahli-ahli perniagaan yang telah berjaya, juga yang pernah gagal dan ianya perlu anda ketahui sebelum dan apabila telah memulakan perniagaan. Kandungan buku ini menyentuh segala aspek-aspek penting di dalam sesebuah perniagaan seperti aspek perancangan serta pengurusan perniagaan, pentadbiran pejabat, pemasaran, pengiklanan, promosi, operasi, kawalan sumber manusia dan perancangan kewangan perniagaan. Dunia perniagaan merupakan sesuatu yang dinamik dan sentiasa mengalami perubahan mengikut keadaan pasaran, pengguna dan ekonomi semasa. Anda digalakkan untuk menjalankan kajian yang lebih mendalam dan mendapatkan maklumat yang lebih lengkap serta terbaru sebagai tambahan kepada topik-topik yang yang dibincangkan di dalam buku ini. Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

Upload: trinhbao

Post on 25-Mar-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

7

PENDAHULUAN

Buku ini merupakan hasil dari kajian mendalam selama ribuan jam yang dijalankan mengenai sektor perniagaan kecil. Buku ini menawarkan kepada anda pengalaman sebenar yang bertahun-tahun lamanya dari individu-individu yang telah berjaya dalam perniagaan malahan juga dari orang-orang yang pernah mencuba tetapi gagal dalam perniagaan mereka. Di dalamnya terkandung panduan yang boleh anda amalkan untuk berjaya dan saranan mengenai kesilapan yang boleh menyebabkan kegagalan sesebuah perniagaan yang perlu anda hindari. Buku ini ditulis khas untuk membantu individu seperti anda membuat persediaan jika anda bercadang ingin memulakan perniagaan sendiri pada masa hadapan atau meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang pengurusan perniagaan sedia ada. Buku ini bukan mengenai program skim cepat kaya atau sebuah buku rujukan ilmiah semata-mata tetapi lebih dari itu. Buku ini memberikan anda sesuatu yang lebih bermakna dan bernilai iaitu panduan, saranan dan amaran berdasarkan kepada pengalaman sebenar ahli-ahli perniagaan yang telah berjaya, juga yang pernah gagal dan ianya perlu anda ketahui sebelum dan apabila telah memulakan perniagaan. Kandungan buku ini menyentuh segala aspek-aspek penting di dalam sesebuah perniagaan seperti aspek perancangan serta pengurusan perniagaan, pentadbiran pejabat, pemasaran, pengiklanan, promosi, operasi, kawalan sumber manusia dan perancangan kewangan perniagaan. Dunia perniagaan merupakan sesuatu yang dinamik dan sentiasa mengalami perubahan mengikut keadaan pasaran, pengguna dan ekonomi semasa. Anda digalakkan untuk menjalankan kajian yang lebih mendalam dan mendapatkan maklumat yang lebih lengkap serta terbaru sebagai tambahan kepada topik-topik yang yang dibincangkan di dalam buku ini.

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

8

PENGENALAN

Memiliki perniagaan sendiri merupakan pengalaman yang paling menarik dan bernilai akan anda lalui. Memang benar! anda tidak akan menjadi kaya dengan hanya bekerja untuk orang lain melainkan jika anda dilahirkan berlatarbelakangkan keluarga yang memiliki kekayaan yang boleh diwarisi. Salah satu cara untuk memiliki kekayaan ialah dengan menjalankan perniagaan sendiri bermodalkan pengetahuan dan pengalaman, melaburkan wang ringgit, masa dan tenaga di samping mempelajari kaedah dan teknik yang diberikan di dalam buku ini. Hampir setiap orang mempunyai impian untuk memiliki perniagaan sendiri. Kajian kami mendapati 7 dari 10 orang yang ditemui melahirkan cita-cita mereka untuk memiliki perniagaan sendiri pada masa hadapan. Kami pasti anda juga berimpian begitu. Ini terbukti dengan adanya buku ini di tangan anda. Bergantung kepada kemampuan seseorang individu, tidak kira sebesar mana saiz dan jenis perniagaan, setiap orang yang menjalankan perniagaan sendiri dapat merasakan kesukaran dan cabaran berniaga tetapi pada masa yang sama mereka dapat merasai kebebasan dan kepuasan hasil titik peluh mereka sendiri sama ada perniagaan tersebut dijalankan secara sambilan atau sepenuh masa. Memulakan perniagaan sendiri membuka peluang kepada diri anda untuk mengecapi peluang pendapatan dan menikmati kesenangan yang tiada batasannya. Tidak dinafikan adanya risiko kerugian dan kegagalan dalam apa jua jenis perniagaan tetapi yang pasti setiap risiko akan meningkatkan diri anda dari segi kematangan dan pengalaman yang amat berharga. Hanya

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

9

imaginasi dan fikiran anda sahaja yang boleh membataskan segala perancangan dan cita-cita anda. Adalah diharap anda dapat menerimapakai (mengikut kesesuaian) pandangan serta idea yang diberikan di dalam buku ini kerana kesemuanya telah terbukti berkesan. Walaupun begitu kami ingin menarik perhatian anda, tiada jaminan bahawa semua perniagaan yang dimulakan akan berjaya kerana selain dari pengetahuan dan kemahiran anda, kejayaan perniagaan juga bergantung kepada cara pengurusan, keadaan pasaran semasa dan kesungguhan anda berniaga. Peluang untuk berjaya juga adalah lebih tinggi sekiranya anda memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:-

♦ Modal perniagaan yang mencukupi atau sokongan kewangan.

♦ Amalan profesionalisme, integriti dan amanah.

♦ Penggunaan tenaga professional/kepakaran yang bersesuaian.

♦ Komitmen yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab.

♦ Pengurusan, pemasaran dan kawalan kewangan yang baik.

♦ Kawalan piawaian kualiti barangan/perkhidmatan yang ketat.

♦ Amalan sikap bertanggungjawab sebagai warganegara dan menyumbang semula untuk kemajuan masyarakat.

Nota: Istilah ‘PRODUK’ yang digunakan di dalam buku ini merujuk kepada ‘BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN’ spesifik yang ingin dihasil atau ditawarkan oleh perniagaan anda kepada pasaran.

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

10

CIRI-CIRI UTAMA USAHAWAN

Seorang usahawan diumpamakan sebagai seorang nakhoda yang mengemudikan kapalnya iaitu perniagaan mengharungi lautan dunia perniagaan yang sentiasa bergelora dan mencabar. Oleh yang demikian, seseorang usahawan perlu sentiasa berada dalam keadaan yang bersedia. Untuk berjaya sebagai usahawan anda perlu menanamkan di dalam diri semangat untuk sentiasa belajar memperbaiki diri, disiplin diri yang tinggi, penumpuan kepada apa yang sedang anda usahakan serta matlamat yang jelas mengenai apa yang anda inginkan dari perniagaan anda. Pembentukan sifat-sifat asas berikut adalah penting untuk menyediakan diri anda sebagai seorang usahawan cemerlang:- Mengenal Diri Sendiri Sebelum anda boleh mengenali dunia perniagaan, pasaran dan pelanggan, anda perlu mengenali diri anda. Anda perlu mengaudit atau membuat penilaian diri secara lebih jujur dan telus. Bagaimana membuat penilaian diri? Untuk membuat penilaian diri, anda perlu senaraikan semua kelebihan dan kelemahan yang ada di dalam diri anda. Kenalpasti bagaimana anda boleh menggunakan atau mengambil peluang dari kelebihan diri untuk menjalankan perniagaan dan bagaimana kelemahan diri yang ada berkemungkinan dapat mengugat perniagaan yang dirancang. Fikirkan bagaimana anda perlu mengatasi atau meminimakan kelemahan yang ada. Di dalam proses pernilaian diri anda perlu bersikap jujur kepada diri sendiri. Dalam proses ini anda tidak perlu berkongsi maklumat penilaian diri dengan orang lain. Penilaian diri yang dilakukan adalah untuk membantu anda ke arah menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ini. Proses penilaian diri ini bukan dilakukan sekali sahaja tetapi ianya perlu dilakukan dari masa ke semasa sepanjang anda berniaga.

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

11

Membina Kekuatan Rohani dan Jasmani

Rohani dan jasmani merupakan dua unsur kekuatan dalam diri anda di mana jika kedua-duanya dapat diseimbangkan anda akan mampu menghadapi masalah-masalah perniagaan dengan sabar dan tenang. Ketidakseimbangan antara dua unsur ini akan menyebabkan anda tidak dapat mencapai ketenangan dan kebahagiaan hidup. Sebagai contoh terdapat individu di sekeliling kita yang pada zahir kehidupannya kelihatan senang dan gembira tetapi pada hakikat yang sebenarnya hati serta tubuh badan mereka kosong, tidak tenang dan tidak merasa kebahagiaan akibat tiadanya keseimbangan di antara kedua-dua unsur ini. Kekuatan rohani merupakan kekuatan 'spiritual' dan kekuatan fikiran yang membentuk disiplin diri yang tinggi. Kekuatan rohani hanya boleh dicapai oleh seseorang yang hati yang mengakui dirinya seorang hamba yang lemah, sentiasa berserah diri kepada tuhan, sentiasa merendah diri, menyedari kelemahan diri, sentiasa menilai dirinya serta berusaha mengubah diri ke arah kebaikan. Kekuatan rohani dapat membersihkan diri anda dari sifat-sifat buruk seperti ego kepada manusia dan tuhan, merasa diri lebih dari orang lain, berhasad dengki, cemburu tidak bertempat, pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang ada, takut mati, takut kehilangan pangkat, cinta dunia dan lain-lain penyakit hati yang menyebabkan diri merasa tertekan serta menderita. Kekuatan jasmani pula merupakan kesihatan tubuh badan dan fizikal yang perlu diambil berat supaya anda sentiasa sihat, cergas dan bergerak aktif. Untuk mendapatkan tubuh badan dan fikiran

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

12

yang sihat anda perlu mengamalkan perhubungan sosial yang bersih, pemakanan yang terkawal dan jadual latihan fizikal yang teratur. Pada hari ini kita dapat lihat begitu ramai manusia yang mengalami berbagai-bagai jenis penyakit akibat kurang bersenam, pemakanan yang tidak terkawal dan amalan aktiviti sosial yang tidak sihat. Tubuh badan yang sihat dan fikiran yang lapang serta tenang merupakan aset yang paling bernilai untuk anda menikmati kehidupan yang sepenuhnya. Untuk mendapatkan keseimbangan antara dua unsur ini, rohani dan jasmani, anda perlu membuat jadual aktiviti rutin harian yang menyenaraikan aktivit-aktiviti serta masa-masa untuk anda beribadah, bekerja/berniaga dan melakukan perkara-perkara peribadi bersama keluarga. Membina Kesabaran Diri

Di dalam dunia perniagaan anda tidak akan sunyi dari menghadapi masalah-masalah yang timbul silih berganti. Masalah-masalah ini perlu dilihat sebagai satu cabaran yang harus diselesaikan dan bukan alasan untuk menarik diri dari usaha-usaha perniagaan anda. Masalah-masalah akan timbul dari kalangan keluarga, rakan, pembekal dan juga pelanggan. Anda akan menghadapi masalah-masalah seperti pandangan serong, cemuhan orang sekeliling, rakan kongsi yang tidak jujur, tekanan dari pelanggan dan pembekal, kesempitan wang, birokrasi, kesunyian malah apa saja cabaran yang mampu mengugat ketabahan hati yang telah anda pupuk sejak mula berniaga. Hidup anda tidak akan sama sepertimana dahulu sebelum berniaga. Untuk menghadapi semua ini, anda harus belajar bersabar dan berfikir secara matang dan waras sebelum membuat sesuatu keputusan atau menghadapi sesuatu krisis. Berfikirlah dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. Elakkan diri dari bertindak mengikut perasaan dan tekanan sekeliling. Jangan

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

13

terlalu cepat menerima pendapat dan menuruti kata-kata orang lain. Anda perlu menilai dahulu situasi dan percaya kepada diri sendiri apabila membuat sesuatu keputusan. Keputusan anda perlulah satu keputusan yang adil, dibuat sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan pada masa yang sama anda perlu menyedari risiko yang mungkin timbul serta bersedia untuk bertanggungjawab terhadap sebarang keputusan yang dibuat. Di dalam situasi perbincangan sama ada bersama rakan kongsi, pelanggan atau pembekal, anda perlu mengamalkan fikiran yang terbuka, sentiasa mendengar dahulu pandangan pihak lain, tidak memotong percakapan dan sentiasa tersenyum. Ketika sesuatu isu yang dibincangkan mungkin terlalu 'panas' atau sensitif, oleh yang demikian jika perlu, tangguh atau berundur seketika dari sesuatu masalah yang sedang dihadapi dan lihat semula dari sudut yang berlainan dengan fikiran yang positif serta optimistik. Menguatkan Keyakinan Diri

Keyakinan anda kepada Tuhan dan diri sendiri berupaya mematahkan segala pemikiran serta perlakuan negatif di sekitar anda. Anda perlu terus berusaha serta melakukan yang terbaik mengikut perancangan dan kemampuan diri, seterusnya menyerahkan kepada Tuhan sebagai penentu kejayaan usaha-usaha anda. Keyakinan serta komitmen tinggi yang anda tunjukkan dalam perniagaan yang sedang diusahakan akan dilihat dan dirasai oleh orang-orang di sekeliling anda. Ini termasuklah mereka yang memandang rendah dan berfikiran negatif terhadap anda sebelum ini. Membina keyakinan dan kepercayaan masyarakat kepada perniagaan anda akan mengambil masa namun begitu yang pastinya akan ada individu yang akan tertarik dengan dengan apa yang anda usahakan sendiri dan bersedia untuk membantu anda memajukan perniagaan.

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

14

Pada hakikatnya tiada siapa yang suka berurusan dengan orang-orang yang kurang keyakinan diri, cepat berputus asa serta banyak bersungut apabila mengusahakan sesuatu perniagaan. Anda perlu sentiasa mempamirkan sikap yang positif apabila memperkatakan mengenai usaha-usaha perniagaan anda dan pada masa yang sama jangan sekali-kali memburuk-burukkan pesaing di hadapan pelanggan atau pembekal. Hanya setelah terbinanya keyakinan di dalam diri dan terserlah melalui apa yang sedang anda lakukan, anda akan bertemu dengan orang-orang yang positif dan ikhlas ingin melihat anda berjaya tetapi tidak kurang juga yang berhasad dengki dan ingin melihat anda gagal. Menetapkan Pendirian

Sebagai usahawan, ada ketikanya anda akan terpaksa membuat sesuatu keputusan segera untuk menangani keadaan atau krisis. Untuk menghadapi keadaan ini anda perlu berpendirian tegas, tidak mudah goncang dan tidak mudah dipengaruhi oleh persekitaran apabila membuat sesuatu keputusan. Sikap ini penting untuk mencerminkan diri anda sebagai seorang usahawan yang berkredibiliti dan berwibawa pada pandangan orang lain. Adakalanya keputusan yang diambil mungkin tidak disenangi oleh mereka yang berurusan dengan anda, oleh itu sebelum setiap keputusan diambil anda harus berfikiran terbuka, logik dan mempunyai asas yang kukuh untuk menyokong keputusan anda. Elakkan dari mengambil keputusan secara spontan dan tergesa-gesa. Pengalaman dan Pengetahuan

Pengalaman dan pengetahuan mengenai bidang perniagaan penting untuk anda menyesuaikan diri dan berniaga mengikut kesesuaian keadaan semasa. Ianya juga penting untuk membantu anda merancang masa depan serta hala tuju perniagaan. Ilmu

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

15

perniagaan tidak semestinya dipelajari hanya apabila anda berniaga, tetapi ianya juga boleh dipelajari dari sumber lain asal sahaja anda mempunyai semangat untuk belajar dan berjaya. Sumber-sumber ilmu pengetahuan mengenai perniagaan

Terdapat pusat-pusat latihan yang menawarkan kursus jangka pendek mengenai bidang perniagaan yang anda ingin ceburi melalui kelas malam atau hari minggu yang boleh anda ikuti. Walaubagaimanapun anda perlu berhati-hati apabila memilih tempat belajar. Untuk mengelakkan anda dari hanya mendapat ilmu perniagaan yang bersandarkan kepada buku semata-mata, pilihlah untuk belajar di pusat latihan yang dikendalikan oleh individu yang berpengalaman serta terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan dan bukan setakat bekerja untuk orang lain kerana melalui individu seperti ini anda akan mendapat ilmu perniagaan berdasarkan kepada pengalaman sebenar mereka. Jika anda sedang bekerja di organisasi yang stabil anda mungkin boleh mempelajari sesuatu dari pemerhatian seharian anda di tempat kerja. Ini melibatkan urusan pentadbiran, pemasaran, kewangan dan sebagainya yang anda rasa berkaitan dengan perniagaan yang bakal anda mulakan. Pengalaman bekerja secara tetap atau sambilan di tempat yang sesuai dapat membantu anda menambah pengetahuan mengenai jenis perniagaan yang anda minati. Sentiasalah berusaha menimba ilmu, meningkatkan kemahiran diri serta tidak jemu mempelajari perkara-perkara yang difikir dapat memajukan perniagaan anda. Daya Tahan

Anda mesti percaya kepada kemampuan diri dan tabah menghadapi apa saja kesulitan yang dihadapi di dalam perniagaan.

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

16

Setiap hari anda mesti menghidupkan cita-cita anda untuk mencapai matlamat ke arah memiliki perniagaan yang berjaya. Semangat sahaja tidak cukup untuk anda menghadapi cabaran yang bakal datang, adakalanya anda merasakan dunia ini tidak adil kepada anda yang mempunyai cita-cita. Jangan mudah patah semangat, percayalah kepada janji-janji Tuhan bahawa Dia akan membantu orang-orang yang membantu diri mereka sendiri. Orang-orang di sekeliling anda tidak mungkin memahami malah tidak peduli dengan apa yang anda lalui dan impikan. Oleh itu daya tahan di dalam diri amatlah penting untuk anda menghadapi ujian mental dan psikologi ini terutama sekali di waktu-waktu anda merasa kesulitan, keseorangan dan tidak bersemangat di dalam usaha-usaha perniagaan anda. Sekiranya anda tidak sanggup menderita dan melalui kesusahan walau hanya untuk sementara waktu, sentiasa tidak ada masa dan tiada kesungguhan untuk mencapai apa yang anda ingini adalah lebih baik anda bekerja untuk orang lain iaitu bekerja makan gaji. Namun begitu tiada jaminan bagi mereka yang hanya mahu bekerja makan gaji kerana pada bila-bila masa sahaja anda boleh dibuang kerja apabila khidmat anda tidak diperlukan lagi. Ini telah terbukti di mana hari ini kita dapat saksikan walaupun seseorang itu telah berkhidmat lebih dari 10 tahun di sesebuah syarikat tetapi begitu mudah dibuang kerja apabila syarikat mengalami kemerosotan atau bergabung dengan syarikat yang lain. Jaminan yang sebenar adalah jaminan yang dicipta sendiri melalui perniagaan anda. Jawatan yang dilantik pada bila-bila masa sahaja boleh ditarik semula. Tetapi jawatan anda yang cipta sendiri sebagai usahawan dan pemilik perniagaan tidak ada siapa berhak mengambilnya semula kecuali anda sendiri.

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

17

MEMILIH PERNIAGAAN YANG SESUAI

Sebelum mula berniaga anda perlu tahu apa yang ingin dan sesuai untuk anda perniagakan. Langkah Pertama

Perkara yang pertama sekali perlu anda lakukan ialah dengan melihat dan mengenali diri anda sendiri. Proses ini memerlukan anda berada di tempat yang jauh dari gangguan dan sunyi supaya anda dapat berfikir dengan lebih mendalam tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri anda. Semua manusia diciptakan dengan kebolehan dan bakat tersendiri. Tidak kira bagaimana keadaan diri anda hari ini sama ada sempurna atau cacat, kaya atau miskin, berpelajaran tinggi atau tidak. Akui dan terima hakikat kelebihan dan kelemahan diri anda. Jangan jadikan keadaan diri anda sekarang sebagai satu alasan atau halangan kepada cita-cita anda untuk tidak memulakan perniagaan sendiri. Cuba fikirkan mungkin anda memiliki kelebihan dan minat di dalam bidang-bidang berikut yang boleh dijadikan sebagai satu usaha perniagaan:- ♦ Menulis ♦ Mengurus kanak-kanak ♦ Mengubah bunga ♦ Mendandan ♦ Memperbaiki peralatan elektrik ♦ Mengajar mata pelajaran khas ♦ Menghias rumah ♦ Bertani dan bercucuk tanam ♦ Menternak ♦ Melukis

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

18

♦ Mengurut ♦ atau apa sahaja ilmu pengetahuan khusus yang anda ketahui

tetapi tidak ada pada orang lain. Langkah Kedua

Setelah anda mengenalpasti bakat atau kebolehan diri, fikirkan bagaimana ianya dapat dimanfaatkan untuk kehidupan anda. Fikirkan juga sama ada pengetahuan anda dapat memenuhi keperluan masyarakat sekitar. Jika ya, bagaimanakah anda dapat meningkatkan serta memperbaiki pengetahuan yang sedia ada untuk dijadikan idea dan sumber yang boleh mendatangkan hasil. Langkah Ketiga

Lihat pula kepada pengalaman yang ada pada anda. Fikirkan bagaimana pengalaman dan pengetahuan anda dapat disatukan dan dijadikan sesuatu yang lebih bermakna untuk anda memulakan perniagaan. Langkah Keempat

Buat perancangan bertulis tentang apa yang anda cita-citakan dari perniagaan yang bakal anda mulakan. Sejauh manakah anda ingin pergi dan berjaya. Dapatkan seberapa banyak maklumat tentang perniagaan yang anda ingin mulakan. Bermula dari pemerhatian sendiri dan nasihat dari mereka yang telah berjaya di dalam bidang perniagaan berkaitan. Perancangan yang dibuat akan melibatkan perancangan dari sudut pengurusan, kewangan, pemasaran dan juga penghasilan produk yang anda ingin tawarkan. Adalah penting untuk anda menulis segala idea atau perancangan anda di dalam buku catatan khas walaupun ianya munkin kelihatan tidak logik atau tidak masuk akal pada waktu ini. Di peringkat ini anda hanya perlu mencatatkan semua idea tanpa

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

19

perlu berfikir dua kali. Setelah semua idea dicatatkan barulah anda mengambil masa yang secukupnya untuk membuat penilaian dan memilih idea yang paling baik untuk diusahakan. Di peringkat penilaian dan pemilihan idea anda perlu mengambilkira kesesuaian idea yang akan dimajukan dengan melihat kepada perkara perkara berikut:- ♦ Adakah terdapat permintaan masyarakat sekeliling terhadap

apa yang hendak anda tawarkan? Siapa pelanggan sasaran anda? Adakah mereka mampu untuk membeli dari anda?

♦ Berapakah perbelanjaan awal yang diperlukan untuk melaksanakan idea sama ada ianya di dalam kemampuan anda atau tidak?

♦ Jika anda tidak mampu, adakah orang lain yang boleh bersama-sama anda membantu melaksanakan idea tersebut?

♦ Berapa lama masa yang diperlukan sehingga idea boleh dilaksanakan di peringkat pensampelan atau percubaan?

♦ Apakah risikonya kepada anda jika percubaan pertama anda mengusahakan idea gagal. Adakah anda mempunyai modal lebihan, pelan susulan atau pelan tindakan luar jangka?

♦ Adakah idea anda memerlukan sebarang bentuk pembaharuan yang akan memerlukan perbelanjaan tambahan pada masa ini atau akan datang? Jika ya, berapa diperlukan?

♦ Di mana dan bila anda perlu menyiapkan idea sebagai perniagaan sepenuhnya?

♦ Adakah terdapat orang lain yang sudah pun melakukan idea yang sama? Jika ada, apakah masalah-masalah yang dihadapinya sekarang? Bolehkah anda mengatasi masalah-masalah tersebut?

♦ Apakah kelebihan idea anda berbanding pesaing sedia ada? ♦ Jika idea anda mendapat sambutan, adakah anda mampu

meneruskan penawaran produk? Adakah anda mempunyai tenaga, kakitangan, keupayaan dan modal sendiri yang

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

20

mencukupi atau perlukah anda memohon bantuan kewangan dari pihak lain?

♦ Bagaimana anda boleh meningkatkan kualiti tetapi pada masa yang sama mengurangkan perbelanjaan pengeluaran dan operasi?

♦ Persoalan yang paling penting, adakah anda benar-benar berminat serta yakin dengan idea yang ingin diusahakan dan yakin anda tidak akan mudah merasa bosan melakukannya walaupun dalam jangkamasa yang panjang?

Jangan biarkan segala idea, cita-cita dan rancangan anda tinggal berlegar-legar di fikiran kerana impian yang tidak dibuat secara bertulis hanyalah satu angan-angan. Oleh itu mulalah berfikir sekarang. Dapatkan sebuah buku catatan/diari dan catatkan apa yang anda mahu dari kehidupan ini dan bagaimana anda akan berusaha ke arah mencapai cita-cita tersebut. Proses Memilih Perniagaan Yang Sesuai

Sebelum anda boleh membuat keputusan mengenai jenis perniagaan yang ingin diceburi, anda perlu memahami terdapat 4 kategori utama sektor perniagaan:

1. Peruncitan (Retailling) Contoh : kedai runcit, jualan langsung, pasaraya kecil, kedai roti , restoran, gerai makan.

2. Perkhidmatan (Service) Contoh: kedai gunting rambut, kedai jahitan, perkhidmatan perakaunan, tuisyen.

3. Pembuatan (Manufacturing) Contoh: kilang membuat mee, biskut, pembinaan.

4. Pemborongan (Wholesale) Contoh: pasaraya hyper seperti GIANT, TESCO, pemborong kain yang membeli secara pukal dan menjual kepada orang tengah

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

21

Soalan-soalan untuk membantu anda membuat pemilihan:-

♦ Apakah 3 jenis kemahiran bekerja/perniagaan utama yang pernah anda tunjukkan sepanjang pekerjaan/karier anda? Contoh kemahiran: membuat jualan, perakaunan, pemasaran, pengurusan, menulis, berkomunikasi, membuat penganalisaan, melantik dan melatih pekerja, memotivasi individu, membangunkan produk, memberi perkhidmatan pelanggan, menjalankan tugas secara cekap dan fokus serta lain-lain lagi kemahiran yang positif.

♦ Dengan menggunakan senarai contoh di atas, apakah kemahiran-kemahiran yang anda paling lemah dan perlu diperbaiki?

♦ Sepanjang pengalaman bekerja anda (sama ada secara sambilan atau sepenuh masa), apakah 3 pekerjaan yang sangat anda minati dan kenapa?

♦ Sepanjang pengalaman bekerja anda (sama ada secara sambilan atau sepenuh masa), apakah 3 pekerjaan yang anda TIDAK minati dan kenapa?

♦ Pada keseluruhannya apakah 3 jenis kemahiran peribadi penting yang anda miliki? Contoh kemahiran: kepimpinan, komunikasi, semangat, kerajinan, kebijaksanaan, merancang, inovasi, kaunseling, mendengar, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

♦ Jika anda berpeluang untuk membuat pilihan, apakah 3 jenis industri yang anda ingin ceburi? Contoh industri: sukan, muzik, filem, makanan, pertanian, kewangan, hartanah, insurans, fesyen, plastik dan sebagainya.

♦ Adakalanya hobi boleh dijadikan sumber pendapatan. Apakah 3 jenis kegemaran atau hobi anda yang mungkin boleh dijadikan satu peluang perniagaan?

♦ Berdasarkan pengetahuan anda mengenai bidang peruncitan, perkhidmatan, pembuatan dan pemborongan, senaraikan mengikut pilihan atau keutamaan minat anda.

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

22

Membuat Pilihan Anda

Jika anda masih belum membuat keputusan atau telah pun memilih jenis perniagaan yang anda ingin ceburi, anda perlu menilai keputusan anda dengan menjawab soalan-soalan di bawah untuk memastikan anda telah membuat keputusan yang betul. Adakah perniagaan yang dipilih sesuai dengan pesonaliti anda?

Peruncitan - Sesuai dengan anda sekiranya anda gemar berjumpa orang ramai, tiada masalah untuk untuk bekerja lebih dari waktu biasa serta boleh bekerja di satu tempat yang tetap untuk jangkamasa yang panjang. Jangan melibatkan diri di dalam bidang peruncitan jika anda tidak sanggup menghadapi keadaan-keadaan di atas.

Perkhidmatan - Sesuai jika anda gemar berjumpa dengan orang ramai dan bekerja di dalam keadaan-keadaan di atas. Perniagaan perkhidmatan juga memerlukan anda mempunyai kemahiran tertentu yang jarang ada pada orang lain.

Pemborongan - Sesuai jika anda seorang yang boleh menguruskan stok/barangan di dalam kuantiti yang besar dengan cekap, gemar melakukan tugas-tugas penyeliaan dan sanggup mengambil risiko kerana menyimpan stok/barangan di dalam kuantiti yang besar.

Pembuatan - Sesuai jika anda seorang yang sangat menjaga kualiti, teliti dan suka mencipta sesuatu yang berkaitan dengan teknikal atau memerlukan kemahiran. Anda juga perlu mempunyai kemahiran untuk menguruskan keseluruhan proses pembuatan dan kakitangan yang terlibat. Tambahan kepada di atas: ♦ Jika anda gemar bekerja dengan angka, mungkin bidang

perakaunan, kewangan atau percukaian sesuai untuk anda ceburi.

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

23

♦ Jika anda tiada masalah untuk bekerja di luar waktu-waktu biasa dan panjang, mungkin bidang restoran atau hiburan sesuai untuk anda ceburi.

♦ Jika anda boleh melakukan tugas-tugas di dalam pejabat dalam jangkamasa yang panjang, mungkin perniagaan perkhidmatan perunding atau kaunseling sesuai untuk anda.

Persoalan-persoalan Untuk Pemilihan

♦ Adakah anda mempunyai kemahiran di dalam bidang perniagaan yang dipilih? Pengalaman merupakan guru yang terbaik untuk anda. Jika anda tiada pengalaman, anda mungkin tidak akan mempunyai daya saing untuk menghadapi pesaing-pesaing di pasaran dan menyukarkan anda untuk menyakinkan pelanggan.

♦ Adakah perniagaan yang dipilih sesuatu yang mampu untuk dimulakan? Perkhidmatan merupakan bidang perniagaan yang memerlukan modal paling rendah untuk anda bermula. Ini diikuti dengan bidang peruncitan, pemborongan dan yang memerlukan modal terbanyak ialah bidang pembuatan. Anda perlu melihat kepada keupayaan kewangan anda serta peluang membuat pinjaman sebelum menceburi bidang perniagaan yang bermodal besar.

♦ Bolehkah anda menghadapi risiko dari perniagaan yang ingin diceburi? Semakin besar modal yang diperlukan maka semakin besarlah risiko yang ada. Lihat kepada keupayaan perniagaan anda. Jika anda perlu bekerjasama dengan pihak lain untuk mengumpul modal tambahan, anda perlu mencari rakan niaga yang sesuai.

♦ Adakah anda selesa dan yakin dengan industri yang anda ingin ceburi? Pilih perniagaan yang dapat memberi anda kepuasan bekerja dan ketenangan semasa menjalankannya. Tidak semua orang boleh menjalankan perniagaan seperti

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

24

perkhidmatan mengutip hutang, menjual rokok, menarik kereta dan seumpamanya.

♦ Adakah industri yang dipilih tidak mempunyai terlalu ramai pesaing dan tidak didominasi oleh beberapa syarikat besar sahaja? Melalui pengamatan adakah anda berpeluang membuat keuntungan jika anda menceburi sesuatu perniagaan yang sedia ada didominasi oleh beberapa syarikat besar. Anda perlu bersedia untuk bersaing dari segi kualiti produk, imej profesionalism, bilangan kakitangan, lokasi yang strategik dan harga yang kompetitif. Semua ini melibatkan penggunaan modal yang agak banyak.

♦ Adakah pesaing anda mempunyai kelebihan dalam perniagaan yang anda ingin ceburi? Jika ya, anda perlu merancang untuk mengatasi kelebihan mereka dan menawarkan sesuatu yang berbeza kepada pelanggan. Adakah anda perlu bersaing dari segi kualiti, perkhidmatan atau harga?

♦ Adakah perniagaan ini akan membolehkan anda menjadi seorang pakar? Peluang anda untuk berjaya adalah lebih besar jika anda menjadi pakar dalam bidang anda. Jika anda cuba melakukan semua perkara pada masa yang sama, anda akan kehilangan tumpuan dan besar kemungkinan menawarkan produk yang sedia ada banyak dalam pasaran serta kurang menguntungkan.

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

25

MENAMAKAN PERNIAGAAN

Nama memainkan peranan yang penting untuk perniagaan anda kerana nama yang baik akan menjadi aset yang bernilai untuk menonjolkan imej perniagaan yang anda ingin bina. Oleh itu anda perlu memilih nama yang sesuai dengan apa yang diperniagakan. Bagi mendapatkan idea nama-nama yang sesuai anda boleh merujuk kepada bahan bacaan tempatan, dari luar negara atau melayari internet untuk laman-web yang berkaitan dengan perniagaan anda. Ciri-ciri yang perlu ada pada nama perniagaan

♦ Elakkan dari memilih nama yang pelik dan mengelirukan.

♦ Nama yang dipilih mestilah sesuatu yang boleh menarik perhatian pelanggan dan tidak menyalahi undang-undang.

♦ Nama yang dipilih perlu mudah disebut, diingati dan tidak terlalu panjang. Permudahkan pelanggan untuk menghafal, mengeja dan seterusnya mengingati nama perniagaan anda.

♦ Jika anda ingin menonjolkan imej perniagaan yang profesional, nama yang dipilih semestinya tidak kedengaran kebudak-budakan atau humor.

♦ Nama yang dipilih boleh digunakan sehingga ke tahun-tahun yang akan datang dan tidak terhad kepada gaya atau trend semasa.

♦ Nama yang ideal atau sesuai ialah nama yang boleh mengambarkan kepakaran, nilai yang tinggi dan keunikan produk yang anda tawarkan.

Perkara-perkara yang perlu diambilkira dalam proses menamakan perniagaan

♦ Siapakah pasaran sasaran anda? Nama yang dipilih perlu sesuai dengan bakal pelanggan anda. Sebagai contoh: Nama

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

26

yang berkaitan dengan kesukaan kanak-kanak tidak sesuai untuk produk yang disasarkan untuk orang dewasa.

♦ Apakah yang ingin ditawarkan oleh perniagaan anda untuk memenuhi keperluan pasaran? Nama yang dipilih seboleh-bolehnya perlu menggambarkan produk.

♦ Apakah perkataan atau ayat yang boleh menarik perhatian pelanggan? Nama yang kedengaran lebih komersial dan boleh menarik perhatian pelanggan.

♦ Apakah gambaran perniagaan yang ingin anda sampaikan kepada pelanggan? Nama yang diberi perlu membezakan imej perniagaan anda sama ada perniagaan anda membawa imej professisonal, humor, sedih dan sebagainya. Sebagai contoh nama seperti PETRONAS dan SENARIO memberi dua gambaran imej perniagaan yang berbeza.

♦ Bagaimana pesaing anda menamakan perniagaan mereka? Apa pula nama yang boleh membezakan anda di dalam pasaran berbanding pesaing yang sedia ada? Pilih nama yang lebih komersial dan menonjol serta boleh menarik minat pelanggan atau menimbulkan keyakinan.

Jawapan-jawapan kepada persoalan di atas akan membantu anda untuk menyenaraikan antara 3 hingga 5 nama untuk penilaian. Menilaikan Nama Perniagaan

♦ Adakah nama yang dipilih menarik pada pandangan pelanggan sasaran anda? Dapatkan maklumbalas dari bakal pelanggan, rakan-rakan dan ahli keluarga anda. Dapatkan sekurang-kurangnya pandangan dari 10 individu berbeza.

♦ Adakah nama yang dipilih memberi ruang untuk perniagaan anda berkembang atau ianya hanya menghadkan anda memperniagakan sesuatu produk tertentu sahaja?

♦ Adakah nama yang dipilih memberi kelebihan atau membezakan perniagaan anda dengan pesaing yang lain?

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

27

♦ Adakah nama yang dipilih mengambarkan sesuatu yang boleh dibanggakan dan memberi gambaran kesungguhan anda?

Bagaimana Kedengaran Nama Perniagaan Anda ?

♦ Proses ini memerlukan anda membaca kuat setiap nama dan beri perhatian pada bunyi nama yang dipilih sama ada ianya kedengaran melucukan atau sebaliknya.

♦ Adakah anda telah mengambil masa yang mencukupi untuk berfikir tentang nama yang dipilih?

♦ Luangkan sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk anda membuat pemilihan nama perniagaan yang sesuai dan berkualiti.

Nota: Bagi keperluan pendaftaran perniagaan anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya 3 nama pilihan. Setelah Proses Penilaian dan Pemilihan Nama

Cuba gambarkan bagaimana nama perniagaan yang dipilih kelihatan apabila dicetak di atas kad atau papan tanda. Tanamkan nama tersebut di dalam minda dan bina kesungguhan anda terhadap perniagaan. Nama yang dipilih adalah langkah pertama untuk anda membina suatu identiti perniagaan yang kukuh. Walau bagaimanapun nama yang menarik sahaja tidak mencukupi untuk menjamin kejayaan sesuatu perniagaan. Apa yang penting untuk kejayaan perniagaan anda ialah perancangan yang teliti, usaha yang bersungguh-sungguh, pengurusan yang cekap dan aktiviti pemasaran yang berterusan serta penawaran produk yang berkualiti.

Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan