pendahuluan & objektif

3

Click here to load reader

Upload: ezzani82

Post on 01-Oct-2015

222 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

p

TRANSCRIPT

PendahuluanProgram Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru siswazah iaitu selaras dengan hasrat negara.Aktiviti ini dilaksanakan berpandukan kepada Takwim Induk Sekolah .Sumber kewangan adalah melalui aktiviti yang telah disusun oleh pihak sekolah. BIG PPG boleh dilaksanakan secara kolektif di kalangan pelajar PPG yang berhampiran. Pelajar PPG mengendalikan dan melaksanakan aktiviti BIG ini. Program BIG PPG mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG PPG bermula dengan Fasa1, iaitu Aktiviti Perkhemahan dan Aktiviti Kemasyrakatan ( 6 jam ) yang dilaksanakan pada Fasa 2 dan

Fasa 3 Tempat Angkat selama 10jam.

Bagi program kali ini, saya telah melaksanakan Bina Insan Guru di SJK Poi Lam, pada 1 Mac 2014 dan 12 April 2014 .Saya bersama dengan 20 orang murid dan 9 orang guru telah berjaya menyempurnakan impian saya yang berhasrat untuk mengadakan aktiviti melukis mural pada tiang di pusat sumber sekolah di sekolah saya berkhidmat.2Objektif

Selepas mengikuti kursus Bina Insan Guru, para peserta diharapkan mendapat:1. Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam menganalis masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi penambahbaikan secara berterusan.2. Menunjukkan sikap prihatin dan kesedaran terhadap kepentingan.3. Memupuk gerak balas secara positif tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.4. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran dan kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti.Empat matlamat utama yang ingin dicapai dalam kursus Bina Insan Guru ini, iaitu:1. Peserta-peserta akan dapat menimba pengetahuan dan pengalaman praktikal asas mengenai persediaan dan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan.

2. Peserta-peserta kan dapat pengetahuan , pengalaman, dan kemahiran aktiviti-aktiviti utama dan sampingan dalam masyarakat.

3. Peserta-peserta kursus dapat mengamati, menghayati dan menghargai kemahiran bersosial dan berkomuniti.4. Peserta-peserta dapat mengukuhkan sikap nilai-nilai murni melalui interaksi antara satu sama lain dan bersama komuniti.3