panduan pendaftaran pelajar baharu · pdf filemencetak slip pendaftaran online bagi...

18
PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA DAN SIJIL KEMAHIRAN KHAS Disediakan oleh : Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, KM 10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor. Tel : 07 – 261 2488 Fax : 07 – 261 2963 http://www.pis.edu.my PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN SESI DISEMBER 2017

Upload: phungminh

Post on 06-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

PROGRAM PERINGKAT

DIPLOMA DAN SIJIL KEMAHIRAN KHAS

Disediakan oleh :

Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, KM 10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor. Tel : 07 – 261 2488 Fax : 07 – 261 2963 http://www.pis.edu.my

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

SESI DISEMBER 2017

Page 2: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

1. PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

i) Melayari laman web www.pis.edu.my untuk mendapatkan maklumat PENDAFTARAN SESI

DISEMBER 2017.

ii) Membuat bayaran yuran pendaftaran, yuran asrama dan bayaran pendaftaran dengan merujuk

lampiran JADUAL BAYARAN SESI DISEMBER 2017.

Segala urusan pembayaran yuran perlu diselesaikan DUA(2) hari sebelum tarikh pendaftaran.

Proses pengaktifan calon pelajar mengambil masa 24 jam (hari bekerja) sebaik sahaja data bayaran

telah diterima daripada pihak Bank Islam Malaysia Berhad.

iii) Log masuk ke portal SPMP di http://spmp.pis.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp untuk membuat

pendaftaran dalam talian SELEPAS 24 jam (hari bekerja) membuat pembayaran. Pelajar perlu

mencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas pelajar.

iv) Memuat turun (download) dan mencetak borang-borang yang perlu diisi.

v) Melengkapkan semua Borang HEP di lampiran HEP 1 – 6 (muat turun dari laman web www.

politeknik.edu.my)

vi) Menjalani pemeriksaan doktor termasuk pemeriksaan X-ray dengan mengemukakan borang HEP 2

(Filem X-ray tidak perlu dibawa semasa pendaftaran).

1.1 DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN

i) Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan

ii) 3 salinan slip pendaftaran online (melalui portal SPMP).

iii) Salinan Resit / Slip bayaran Bank Islam (simpanan pelajar).

iv) Borang HEP1 – HEP 6 yang telah lengkap diisi, borang asrama (kolej kediaman), borang

koperasi.

v) Surat asal tajaan yuran pengajian dan bayaran pendaftaran (jika berkaitan) seperti Majlis Agama

Islam Negeri, Angkatan Tentera Malaysia, Yayasan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan

lain-lain.

vi) Gambar berukuran passport sebanyak 10 keping (Pelajar lelaki - bertali leher dan berambut

pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan berpakaian sopan dan bertudung (pelajar Islam).

2. SEMASA HARI PENDAFTARAN DAN SEPANJANG PROGRAM HALUAN SISWA (PHS)

Berikut aliran pendaftaran pelajar semasa hari pendaftaran:

BAHAGIAN A : PANDUAN PENDAFTARAN

Tarikh & Maklumat Pendaftaran Pelajar Baharu Adalah Seperti Berikut:

Tarikh : 19 November 2017 (Ahad)

Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan

Tarikh & Maklumat Program Haluan Siswa (PHS) Pelajar adalah seperti berikut:

Tarikh : 19 – 23 November 2017 (Ahad - Khamis)

Tempat : Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan

Page 3: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

i) Pelajar akan diberikan Fail Peribadi Pelajar (FPP) oleh petugas pendaftaran untuk diisi dan

dilengkapkan oleh pelajar. Borang-borang yang disenaraikan di dalam senarai semak (seperti yang

dinyatakan di dalam fail peribadi) perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja pendaftaran.

ii) Perkara yang perlu ada di dalam FPP adalah BJT, surat tawaran, salinan IC, salinan SPM, salinan sijil

ko kurikulum, salinan sijil berhenti sekolah, salinan keputusan Kolej Komuniti bagi pelajar yang

berkaitan (kesemua ini adalah borang yang telah di poskan ke Politeknik Ibrahim Sultan), borang BHEP

1 – 6, gambar 2 keping, 1 salinan slip pendaftaran online, 1 salinan resit bagi setiap bayaran.

iii) Menerima Buku PHS, Buku Panduan & Peraturan Am Pelajar Politeknik dan kad matrik sementara.

iv) Menyerahkan 1 salinan slip pendaftaran online (SPMP) – dimasukkan ke dalam FPP

2.1 Rupadiri semasa hari pendaftaran

Lelaki

Kemeja Putih , bertali leher hitam / gelap , seluar “slack” hitam, berambut pendek dan tidak berwarna.

Sebarang aksesori seperti rantai, gelang, anting-anting dan lain-lain tidak dibenarkan.

Perempuan

Muslim : Berbaju kurung putih, berkain warna hitam / gelap & bertudung hitam.

Bukan Muslim : Berbaju kurung/blouse panjang putih, skirt labuh berwarna gelap, rambut tidak

berwarna & kemas.

2.2 Rupadiri semasa Program Haluan Siswa (PHS)

i) Baju Kemeja putih berlengan panjang, bertali leher dan berseluar ‘slack’ hitam bagi pelajar lelaki.

ii) Baju kurung/blouse panjang berwarna putih, kain/skirt labuh berwarna hitam dan tudung hitam

(pelajar Islam) bagi pelajar perempuan.

iii) Track bottom dan kasut sukan.

iv) Tshirt dan baju korporat (termasuk di dalam barangan yang akan diperolehi dari koperasi Politeknik

Ibrahim Sultan).

3. PENYEDIAAN KEPERLUAN DIRI DAN PERALATAN PEMBELAJARAN

3.1 Adalah dinasihatkan semua calon pelajar menyediakan keperluan diri untuk dibawa sebagai bekalan

sepanjang pengajian. Keperluan diri yang dicadangkan adalah seperti berikut:

i) Pakaian Kuliah / Kelas (Formal)

ii) Pakaian harian / sukan / riadah

iii) Baju Melayu Johor (leher teluk Belanga berasaskan warna biru)

iv) Baju Batik (untuk majlis-majlis rasmi)

v) Kasut Hitam / kasut Sukan

Page 4: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

vi) Bekalan ubat-ubatan peribadi

vii) Keperluan peribadi/kebersihan diri

3.2 Keperluan di Kolej Kediaman Pelajar yang PERLU dibawa semasa pendaftaran Kolej Kediaman

Pelajar:

i) Bantal berukuran ‘standard’. Bantal juga boleh dibeli di Koperasi Politeknik Ibrahim Sultan.

ii) Sehelai sejadah, senaskhah Al-Quran dan Surah Yassin bagi pelajar Islam

iii) Pakaian sukan / riadah.

iv) Cadar dan sarung bantal.

v) Langsir bagi pelajar lelaki wajib dibeli di Koperasi Politeknik Ibrahim Sultan.

vi) Keperluan harian dan peribadi pelajar seperti baldi, gayung, sabun dan sebagainya. Semua

keperluan ini juga boleh didapati di Koperasi Politeknik Ibrahim Sultan.

4. SENARAI DAN KOD PROGRAM MENGIKUT JABATAN

Calon pelajar dinasihatkan untuk menyemak kod-kod program dan jabatan bagi memudahkan proses

pendaftaran.

PROGRAM KOD

PROGRAM JABATAN (KOD)

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) DJK JABATAN KEJURUTERAAN

ELEKTRIK (JKE) Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik DEE

Sijil Kemahiran Hotel Dan Katering KHK

JABATAN PELANCONGAN

DAN HOSPITALITI (JPH)

Diploma Pengurusan Hotel DHM

Diploma Pengurusan Pelancongan DUP

Diploma Pengurusan Acara DEV

Diploma Kejuruteraan Mekanikal DKM

JABATAN KEJURUTERAAN

MEKANIKAL (JKM)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) DTP

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan) DMB

Diploma Kejuruteraan Mekatronik DEM

Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian KFP

JABATAN REKABENTUK

KOMUNIKASI DAN VISUAL

(JRKV)

Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik KRG

Diploma Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian DFP

Diploma Rekabentuk Grafik DRG

Diploma Rekabentuk Industri DRI

Diploma Teknologi Kreatif Digital DCT

Page 5: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

5. LAIN-LAIN BAYARAN JABATAN

Pembelian peralatan pembelajaran berikut juga dicadangkan untuk disediakan sebelum calon pelajar

menjalani pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan. ( Boleh dibeli melalui Koperasi atau diuruskan oleh jabatan

masing-masing ) - Sila sediakan wang tunai secukupnya.

Contoh : Jabatan JKE

BIL ITEM JENAMA BILANGAN

1 ANALOGUE MULTIMETER SANWA 1

2 TEST PEN 240 V/AC PHILLIPS 1

3 SCIENTIFIX CALCULATOR fx-570ms

(atau yang setaraf dengannya)

CASIO 1

i) JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE)

(Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 150.00 seperti Kalkulator, Multimeter, dll )

ii) JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM)

(Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 150.00 seperti Peralatan Lukisan, Peralatan

Keselamatan Diri (PPE), dll )

iii) JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI (JPH)

(Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 300.00 seperti Baju Chef, Blazer, dll)

iv) JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI VISUAL (JRKV)

(Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 250.00 seperti Peralatan Melukis, Alatan

Jahitan,dll)

Page 6: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)

Kampus PIS terletak 30 km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru. Sekiranya anda daripada susur keluar Skudai

Lebuhraya Utara-Selatan teruskan perjalanan dan ambil simpang kiri ke Pasir Gudang. Jarak perjalanan

daripada susur keluar Skudai ke PIS lebih kurang 35 km.

Anda juga boleh menggunakan jalan alternatif daripada susur keluar Senai Lebuhraya Utara-Selatan (E22

Lebuhraya Senai-Desaru). Selepas tol Senai, ambil jalan simpang kiri Ulu Tiram / Pasir Gudang teruskan

perjalanan sehingga Exit 2205A – Persimpangan Cahaya Baru. Selepas tol Cahaya Baru ambil susur kiri

Masai/Kong Kong dan teruskan perjalanan menghala ke Masai.

1. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL / TAWARAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

Kolej Kediaman Pelajar adalah DISEDIAKAN untuk semua pelajar baharu yang akan mendaftar. Adalah

menjadi tanggungjawab pelajar untuk menjaga kemudahan yang diberikan dengan baik dan mengikuti

semua peraturan dan rupadiri yang ditetapkan untuk pelajar tetap menduduki Kolej Kediaman Pelajar

sehingga habis semester 1. Pelajar yang ditawarkan kolej kediaman pelajar boleh menggunakan

kemudahan Kafetaria yang terletak di kawasan kolej untuk membeli makanan yang dijual. Kos sara hidup

ditanggung oleh pelajar sendiri.

BAHAGIAN B: MAKLUMAT AM

Page 7: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

2. BANTUAN KEWANGAN

Bagi memudahkan urusan yang berkaitan dengan biasiswa / pinjaman pendidikan, pelajar diminta

menyediakan keperluan-keperluan berikut:-

2.1 PELAJAR PERINGKAT DIPLOMA – PINJAMAN PTPTN

i) Membuka akaun SSPN-i

ii) Membuka Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

iii) Menyediakan 2 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:

Kad pengenalan pelajar

Slip/Sijil keputusan peperiksaan SPM

Surat tawaran kemasukan ke politeknik

Sijil politeknik/kolej komuniti/mana-mana kolej berkaitan atau transkrip keputusan peperiksaan

bagi pelajar lulusan sijil

Penyata pendapatan @ slip gaji ibu/bapa/penjaga terkini

Sijil kematian ibu/bapa atau surat sumpah (jika ibu/bapa tidak dapat dikesan) sekiranya

berkaitan sahaja.

Buku Akaun atau penyata akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Surat Akuan / Pengesahan ibubapa penerima bantuan Baitulmal atau Jabatan Kebajikan

Masyarakat

iv) Maklumat mengenai pinjaman PTPTN sila rujuk laman web http://www.ptptn.gov.my

2.2 PELAJAR PERINGKAT SIJIL KEMAHIRAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN)– BANTUAN

KEWANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

i) Menyediakan 2 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:

Salinan Kad pengenalan pelajar

Salinan Kad pengenalan ibu dan bapa

Salinan Akaun Bank Islam Pemohon/Pelajar

Salinan Keputusan SPM / Sijil Tamat Belajar Tingkatan 5

Salinan Sijil PMR

Surat Tawaran Pengajian di Politeknik

Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat

Kesemua Salinan dokumen yang dinyatakan di atas hendaklah disahkan.

Pegawai Yang Layak Mengesahkan Salinan Sijil Atau Dokumen

1. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Kumpulan A.

2. Pegawai Kehakiman dan Perundangan, Hakim, Peguam , Majistret / Jaksa Pendamai dan semua

Doktor yang bertugas di Pusat Kesihatan Kerajaan Sahaja.

3. Pengetua Sekolah / Guru Besar.

Page 8: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

4. Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas.

5. Pegawai Tentera berpangkat Kapten dan ke atas.

6. Penguasa Penjara, Penguasa Bomba dan Penguasa Kastam.

7. Wakil Rakyat / Senator.

8. Pengurus Felda atau Pengurus Felcra.

9. Penghulu / Penggawa / Pemanca / Ketua Kaum / Ketua Kampung.

Senarai Biasiswa Dan Tajaaan Yang Lain.

1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

3. Biasiswa Sukan KPM

4. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

5. Lembaga Zakat Negeri

6. Kuok Foundation Berhad

7. Lembaga Biasiswa Negeri Kedah

8. Yayasan Kelantan Darulnaim

9. Kerajaan Negeri Selangor

10. Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor

11. Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak

12. Kerajaan Negeri Perak

13. Yayasan Negeri Sembilan

14. Kerajaan Negeri Pulau Pinang

15. Yayasan Terengganu

16. Yayasan Pahang

17. Yayasan Pelajaran Johor

18. Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor

19. Yayasan Felcra

20. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan

21. FELDA

22. MARA

23. Yayasan Negeri Melaka

24. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)

25. Yayasan Negeri Sarawak

26. Baitulmal Negeri

27. Dermasiswa KPM (OKU / PPK)

Nota : Sebarang maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Biasiswa dan Tajaan, Jabatan Hal Ehwal

Pelajar PIS

Page 9: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

3. RUPADIRI PELAJAR

Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran

(Tatatertib) 1976, Pindaan 1997 (Akta 174) dan semua peraturan bertulis di Politeknik. Secara umumnya

pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan

sopan. Semua jenis pakaian yang “menjolok mata” dan tidak menepati peraturan Politeknik adalah dilarang

sama sekali. Sila rujuk Buku Panduan Dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia yang akan diedarkan semasa pendaftaran.

3.1 PAKAIAN DAN RUPADIRI PELAJAR LELAKI (sepanjang pengajian)

a. Pakaian Ke Kelas / Bengkel

Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.

Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar,

negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju T yang tidak berkolar TIDAK

dibenarkan.

Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).

Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.

Pemakaian baju Kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin, berkasut dan

bersongkok hitam.

Berseluar ‘slack’ panjang dan seluar ‘jeans’ TIDAK dibenarkan.

Pelajar hendaklah memakai kasut yang yang sesuai semasa menghadiri kuliah, berurusan di

pejabat dan memakai sarung kaki dengan sempurna. Pemakaian kasut khas untuk kerja-kerja

bengkel akan dimaklumkan oleh pihak jabatan akademik masing-masing.

Kasut sukan dibenarkan untuk keperluan sukan atau riadah.

Pemakaian selipar, sandal, terompah, capal dan seumpamanya dilarang semasa pelajar

berada dalam kampus PIS (kecuali di Kolej Kediaman Pelajar).

Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.

b. Rambut

Rambut hendaklah sentiasa pendek, tidak berwarna dan kemas. Paras belakang tidak melebihi

paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan paras depan tidak melebihi

paras dahi.

Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, berekor dan diwarnakan adalah dilarang.

Page 10: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

3.2 PAKAIAN DAN RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN (sepanjang pengajian)

a. Pakaian Ke Kelas / Bengkel

Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan bagi semua pelajar Islam.

Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan

mendedahkan mana-mana bahagian badan adalah TIDAK dibenarkan sama sekali.

Pakaian hendaklah berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangan dan labuh baju

sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.

Pelajar TIDAK dibenarkan memakai ‘skirt’ di atas paras lutut.

Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar,

negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju T yang tidak berkolar TIDAK

dibenarkan.

c. Jika berseluar pastikan yang tidak ketat (longgar). Boleh memakai seluar ‘slack’ panjang dan

seluar ‘jeans’ TIDAK dibenarkan.

Pelajar hendaklah memakai kasut bertutup penuh yang sesuai semasa menghadiri kuliah,

berurusan di pejabat dan memakai sarung kaki dengan sempurna. Pemakaian kasut khas

untuk kerja-kerja bengkel akan dimaklumkan oleh pihak jabatan akademik masing-masing.

Kasut sukan dibenarkan untuk keperluan sukan atau riadah.

d. Pemakaian selipar, sandal, terompah, capal, kasut bertumit tinggi (yang runcing) serta kasut

berladam logam yang berbunyi juga TIDAK dibenarkan semasa pelajar berada dalam kampus

PIS (kecuali di Kolej Kediaman Pelajar).

b. Rambut

Pelajar Islam WAJIB berpakaian yang menutup aurat (contoh bertudung) seperti yang

disyariatkan Islam.

Rambut hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan.

Rambut fesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, berekor, diwarnakan atau seumpamanya adalah dilarang.

c. Perhiasan

TIDAK digalakkan memakai barang kemas dan solekan yang berlebihan.

4. HAL-HAL LAIN

Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan atau lain yang sesuai dan memenuhi rupadiri

pelajar.

Pelajar Islam dikehendaki membawa senaskah Al-Quran dan pakaian bersolat yang lengkap.

Sekiranya memiliki mesin kira (calculator) saintifik, ia hendaklah dari jenis yang tidak boleh

diprogramkan.

Jika ibu/bapa atau penjaga berkerja dalam sektor awam atau swasta, sila bawa salinan Borang J (Cukai

Pendapatan – jika ada) untuk tujuan biasiswa/pinjaman pelajaran yang berkaitan.

Page 11: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

1. Menjaga kebersihan bilik sepanjang masa dan ketika. Sentiasa bebas dari sampah sarap.

2. Tidak menconteng dinding, bantal, tilam dan dinding tilam

3. Tiada tampalan-tampalan yang merosakkan dinding bilik.

4. Menjaga kebersihan kipas angin, tingkap, laci, meja tulis dan kaki lima.

5. Tidak menyimpan, memiliki dan menghisap rokok di dalam bangunan Kolej Kediaman Pelajar. Tindakan buang Kolej

Kediaman Pelajar serta merta akan dikenakan terhadap pelajar yang didapati bersalah.

6. Tidak membenarkan orang asing/pelawat menginap di dalam bilik Kolej Kediaman Pelajar pada setiap masa dan

pesalah boleh diambil tindakan buang Kolej Kediaman Pelajar jika melakukan kesalahan tersebut.

7. Tidak membawa peralatan elektrik (kecuali komputer dan lampu study) dan tidak masak di dalam bilik.

8. Mesti menghormati waktu senyap Kolej Kediaman Pelajar iaitu mulai 8.30 malam hingga 8.00 pagi.

9. Dilarang mengubah atau mengalih sebarang peralatan di dalam bilik. Contoh seperti katil, tilam, bantal, meja tulis

dan kerusi, jangan dikeluarkan dari bilik anda.

10. Semua penghuni Kolej Kediaman Pelajar dikehendaki masuk ke kampus sebelum jam 7.00 malam dan tidak

dibenarkan keluar kampus pada waktu tersebut.

11. Semua pelajar mesti berada di blok Kolej Kediaman Pelajar masing-masing pada jam 11.00 malam.

12. Memadamkan lampu bilik selepas jam 12.00 tengah malam dan gunakan lampu ‘study’ selepas waktu itu atau

belajar di Bilik Rekreasi blok masing-masing.

13. Tilam hendaklah sentiasa kelihatan kemas dan bersarungkan cadar yang bersih.

14. Bantal sentiasa bersarung dan bersih serta tidak mengambilnya di akhir semester.

15. Lampu bilik tidak bersalut kertas warna.

16. Tidak menyidai sebarang pakaian di ‘railing’, di tingkap bilik, di kipas angin siling pada setiap masa dan ketika.

Pakaian hendaklah sentiasa digantung dalam almari dengan kemas.

17. Sentiasa bersedia dan memberikan kerjasama untuk didatangi oleh staf atau warden bagi tujuan ‘spot check’ dari

masa ke semasa.

18. Kunci hendaklah dijaga dengan baik dan dikembalikan pada penghujung semester dalam keadaan baik dan bertag.

19. Semua warga Kolej Kediaman Pelajar dilarang menyimpan bahan-bahan lucah seperti gambar, buku, majalah, CD

dsb.

20. Pemakaian seluar pendek adalah tidak dibenarkan sama sekali pada bila-bila masa bagi pelajar lelaki dan

perempuan.

21. Pemakaian ‘jeans’ dan pakaian yang menjolok mata adalah dilarang sama sekali bukan sahaja di Kolej Kediaman

Pelajar tetapi di seluruh kawasan kampus PIS.

22. Pertemuan antara dua jantina yang berlainan (berdua-duaan) adalah dilarang pada setiap masa.

BAHAGIAN C : PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

Page 12: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

23. Tidak dibenarkan membawa atau meletakkan kenderaan bermotor di Kolej Kediaman Pelajar dan persekitarannya.

24. Dilarang meninggalkan Kolej Kediaman Pelajar atau bermalam di luar Kolej Kediaman Pelajar tanpa

kebenaran.

25. Dilarang sepenuhnya meninggalkan Kolej Kediaman Pelajar ketika ‘grounded’.

26. Dilarang mengambil barang yang bukan hak dan merosakkan apa jua kemudahan yang diberikan.

27. Dilarang melanggar peraturan Kolej Kediaman Pelajar pada setiap masa dan tindakan akan diambil bagi pelajar yang

didapati bersalah, termasuk tindakan buang Kolej Kediaman Pelajar.

Jika peraturan di atas tidak sesuai dengan kehendak dan jiwa anda, anda tidak layak menghuni Kolej Kediaman Pelajar

PIS ini. Segala peraturan ini bertujuan untuk memastikan pelajar Politeknik yang menghuni Kolej Kediaman Pelajar bukan

sahaja berdisiplin, tetapi juga sentiasa kelihatan berdisiplin.

Notis ini hendaklah sentiasa berada dalam keadaan baik serta kekal sepanjang masa, dan hendaklah ditampalkan di

belakang pintu bilik anda. Kegagalan anda menjaga notis ini dan mengikutnya akan menyebabkan anda disingkirkan dari

kediaman Kolej Kediaman Pelajar PIS dengan serta merta. Pihak Pengurusan Arama tidak akan berkrompomi dalam hal

ini.

PENGETUA

KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.

Page 13: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

Semak dan tandakan (√) pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh

anda sebelum hadir mendaftar di Politeknik Ibrahim Sultan pada tarikh yang telah ditetapan.

1. 3 salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan

2. 3 salinan Slip Pendaftaran Online (SPMP)

3. 3 salinan Resit Bank Islam – YURAN PENGAJIAN

4. 3 salinan Resit Bank Islam – YURAN KOLEJ KEDIAMAN (ASRAMA)

5. 3 salinan Slip Bank Islam – BAYARAN PENDAFTARAN

6. Borang-borang Pendaftaran (BHEP 1 hingga BHEP 6) yang telah LENGKAP diisi

dan semua dikepilkan (staple) sekali mengikut tertib/aturan.

7. Borang Pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar PIS (sekiranya duduk Kolej Kediaman)

8. Borang Keahlian KOPERASI

9. Dokumen-dokumen ASAL(ORIGINAL) / Sijil-sijil Persekolahan (yang berkaitan – terutamanya

yang mewakili Negara dan Negeri)

10. Dokumen-dokumen Pinjaman PTPTN

11. Surat Tawaran yang telah disahkan.

SENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI PENDAFTARAN

Page 14: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

MANUAL

PENDAFTARAN

ONLINE PELAJAR

BAHARU

Page 15: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

MANUAL PENDAFTARAN PELAJAR BARU MENGGUNAKAN SISTEM PENGURUSAN

MAKLUMAT POLITEKNIK (SPMP)

i. Taipkan URL di bawah pada pelayar web:

http://spmp.pis.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp

ii. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan No KP Calon. Kemudian, klik pada butang

Teruskan.

iii. Panduan untuk langkah seterusnya dipaparkan.

1. Skrin di bawah dipaparkan apabila calon masih belum membuat apa-apa bayaran

yuran.

Page 16: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

2. Skrin di bawah dipaparkan apabila calon telah membuat bayaran yuran.

3. Untuk membuat pendaftaran online, klik pada butang Teruskan Untuk Pendaftaran

pada Langkah 4.

4. Seterusnya, skrin maklumat pendaftaran online dipaparkan. Klik pada butang Cetak

Slip untuk mencetak Slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian.

Page 17: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

5. Sekiranya pelajar hendak mencetak semula slip pendaftaran online, klik pada Semak

Semula dan Cetak Slip.

iv. Proses pendaftaran online calon berjaya dan seterusnya calon dikehendaki mencetak slip pengesahan pendaftaran online untuk dibawa pada hari lapor diri di Politeknik Ibrahim Sultan.

Page 18: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU · PDF filemencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas ... perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja ... Pengetua Sekolah

Contoh Slip Pengesahan Pendaftaran Online